bbk 3410 penglahiran bakat kreatif dr. kamariah kamarudin

52
BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Upload: thetis

Post on 24-Feb-2016

149 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN. Bentuk Kamariah Kamarudin. Pengenalan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

BBK 3410PENGLAHIRAN BAKAT

KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Page 2: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

BENTUK KAMARIAH KAMARUDIN

Pengenalan

Puisi ialah karangan yang berbentuk sajak, iaitu hasil kreatif berangkap moden yang dapat dilihat bentuknya menerusi gubahan dalam bahasa yang indah untuk menyatakan fikiran, perasaan, pengalaman dan sebagainya.

Panjangnya kira-kira satu muka surat dengan pecahan-pecahan baris dan bait.

Rangkap Ada beberapa istilah lain yang digunakan selain daripada rangkap apabila membicarakan puisi. Istilah –istilah itu adalah seperti bait dan stanza.

Page 3: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Baris KAMARIAH KAMARUDIN

Sesebuah sajak akan dapat difahami bentuknya daripada baris-baris dalam sesuatu rangkap. baris-baris itu memperlihatkan bentuk sebenar sesebuah sajak.

MonotonMonoton ialah istilah yang digunakan bagi sajak yang hanya terdapat satu baris dalam serangkap.

Distikon Distikon berasal daripada akar kata “dia” yang bermaksud dua. Istilah ini digunakan bagi melihat bentuk sajak yang mengandungi dua baris dalam satu rangkap.

Page 4: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Terzina KAMARIAH KAMARUDIN

Terzina merujuk kepada sajak yang mengandungi tiga baris serangkap.

Quatrain Quatrain ialah istilah yang digunakan bagi sajak yang mengandungi empat baris dalam satu rangkap.

Quint Quint ialah sajak yang mengandungi lima baris bagi setiap rangkap.

Page 5: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Sekstet KAMARIAH KAMARUDIN

Berasal daripada kata six atau enam. Bentuk demikian merujuk kepada sajak yang mengandungi enam baris serangkap.

Septaim Septaim ialah sajak yang mengandungi tujuh baris serangkap.

Oktaf Oktaf ialah sajak yang mengandungi lapan baris bagi setiap rangkap.

Soneta Bentuk soneta ialah sajak yang mengandungi empat belas baris yang semuanya dengan empat rangkap.

Page 6: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Suku Kata KAMARIAH KAMARUDIN

Bagi menentukan bentuk sesebuah sajak, penelitian kadang-kadang dibuat berdasarkan jumlah suku kata dalam sesuatu baris sajak.

Rima Rima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau bertentangan yang terdapat pada baris-baris sajak bagi bait-bait tertentu.

Rima Awal Rima awal terjadi pada suku kata awal setiap baris puisi lama atau moden.

Page 7: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Rima Akhir KAMARIAH KAMARUDIN Rima Akhir pula adalah berlawanan dengan konsep rima awal di atas iaitu bunyi suku kata akhir dalam sesebuah puisi sama ada secara bertentangan atau secara sama.

Rima Berpeluk Rima ini ialah rima yang terdapat pada sajak yang bunyi rimanya pada hujung baris pertama sama dengan hujung baris keempat dan rima hujung baris kedua sama dengan rima hujung baris ketiga.

Rima Bersilang Rima bersilang ialah rima sama di hujung baris yang berselang-seli seperti yang terdapat dalam sesebuah pantun.

Rima Dalam Rima yang terdapat di tengah-tengah atau dalam satu baris melebihi dua perkataan.

Page 8: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Rima Ganda KAMARIAH KAMARUDINRima yang berulang pada suku kata akhir bagi dua perkataan dalam satu-satu baris sesebuah sajak.

Rima KembarPerkataan yang sama diulang pada baris-baris yang bersilang bagi sesebuah sajak.

Rima Sempurna Bunyi suku kata yang sama di tengah dan akhir baris secara berselang-seli bagi sesebuah sajak.

Rima Sumbing Rima yang bunyi vokalnya hampir sama tetapi terdiri daripada konsonan yang berbeza.

Rima Tengah Rima berselang atau bertentangan bunyi pada suku kata di tengah-tengah baris.

Page 9: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Terikat KAMARIAH KAMARUDIN Terikat merujuk kepada sajak yang tidak bebas malah

terbawa-bawa kepada unsur puisi tradisi khususnya seperti pantun dan syair.

Terikat kepada Pantun Terikat kepada pantun dikatakan pada sajak-sajak yang

dipengaruhi oleh semua atau sebahagian daripada ciri-ciri yang terdapat dalam pantun.

Terikat kepada Syair Terikat kepada syair merujuk kepada sajak yang

dipengaruhi sebahagian atau sepenuhnya ciri-ciri syair.

Bebas Sajak yang ditemui mutakhir umumnya berbentuk bebas. Sajak penuh ialah sajak yang suku kata akhirnya

mempunyai bunyi yang sama seperti syair tetapi aspek lain tidak menyamai puisi lama.

Page 10: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Sajak Penuh KAMARIAH KAMARUDIN Sajak berbentuk penuh ialah sajak yang suku kata

akhirnya mempunyai bunyi yang sama seperti syair tetapi aspek lain tidak menyamai puisi lama.

Sajak Paruh ( Asonansi) Sajak ini memperlihatkan pengulangan bunyi dan huruf

vokal yang sama dalam hampir seluruh baris.

Sajak Aliterasi (Pangkal) Sajak ini memperlihatkan pengulangan konsonan yang

sama pada suku kata awal.

Sajak Rangka Satu rangka menunjukkan bunyi di hujung baris yang

sama tetapi tidak tersusun seakan-akan terdapat pada pergandaan tidak serupa.

Page 11: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDINSajak Lompang (Blank Verse) atau Sajak Bebas (Free Verse) Sajak ini tidak mempunyai sama pada bentuk, rupa, nahu, bunyi, dan

tatabahasa.

Sajak Enjambermen Sajak ini tidak mempunyai keselarasan bentuk tetapi susunan ayat

panjang yang patah-patah atau dikerat-kerat serta bersambung pada baris-baris berikutnya.

Sajak Eksperimen Sajak eksperimen disebut juga sajak percubaan yang dihasilkan

dalam bentuknya yang tidak menentu.

Kesimpulan Jadi, apabila melihat bentuk sesebuah sajak elemen-elemen di atas

patut diberikan penelitian, walaupun tidak semuanya releven bagi membicarakan bentuk sebuah sajak. Paling kurang sesebuah sajak boleh dilihat pada baris, rangkap, rima, suku kata, dan unsur keterikatannya dengan puisi lama. Setiap unit yang dibentangkan di atas dapat dimanfaatkan bagi seseorang untuk menelaah sesebuah sajak dari aspek bentuk secara terperinci dan memberikan kepuasan sepenuhnya.

Page 12: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

TEMA DAN PERSOALAN KAMARIAH KAMARUDIN

Pengenalan Bagi mendapatkan persoalan dan tema sesuatu sajak

bukanlah sekadar membaca sajak berkenaan tetapi perlu difahami dan dihayati.

Memberi Maksud atau Menghurai Mempunyai kebebasan yang lebih mengikut kefahaman

yang diperoleh.

Persoalan Sesebuah sajak mungkin mempunyai satu atau

beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. Antara persoalan yang diketengahkan oleh penyajak adalah seperti kemiskinan, rasuah, kebebasan sosial, cinta remaja, ketuhanan, pelajaran, nasionalisme, keruntuhan akhlak, peperangan dan kemunduran.

Page 13: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Tema KAMARIAH KAMARUDIN Bagi sesebuah sajak atau hasil sastera hanya terdapat

satu tema.

Sajak Rangkap 1 → Maksud → Persoalan Rangkap 2 → Maksud → Persoalan Rangkap 3 → Maksud → Persoalan Rangkap 4 → Maksud → Persoalan Rangkap 5 → Maksud → Persoalan TEMA Rangkap 6 → Maksud → Persoalan

Perutusan Perutusan disebut juga amanat, motif, atau tujuan sebenar

penyair menghasilkan puisi.

Page 14: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Gaya Bahasa KAMARIAH KAMARUDIN

Pengenalan Memperkatakan aspek bahasa bagi sesebuah sajak

sebenarnya bukanlah semudah yang selalu dilakukan oleh semua orang.

Aspek-aspek yang perlu disentuh ialah diksi, frasa, unsur perbandingan, dan unsur pengulangan.

Dalam sesebuah sajak tidak semua ciri tersebut dapat diperolehi tetapi unsur –unsur tersebut adalah aspek yang memberikan keindahan dan meninggikan mutu sesebuah sajak.

DIKSI

Diksi biasanya merujuk kepada satu dua patah perkataan yang digunakan oleh penyajak dalam puisi-puisi mereka. Perkataan-perkataan itu memberi gambaran dan kesan terhadap keseluruhan penggunaan bahasa.

Page 15: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Kata Asing KAMARIAH KAMARUDIN Istilah yang diambil daripada kata asing sering digunakan

oleh penyajak dalam karya mereka bagi memberikan kesan dan gambaran sebenar sajak yang mereka hasilkan.

Kata-kata asing yang selalu ditemui adalah daripada istilah Inggeris dan Arab.

Kata Tempatan Kata-kata tempatan merujuk kepada dialek tertentu yang

digunakan dalam sesebuah sajak.

Singkatan (Sinkop) Singkatan juga disebut sinkop dalam istilah puisi. Istilah ini

merujuk kepada perkataan-perkataan yang sengaja disingkatkan oleh penyajak supaya lebih ekonomis dan indah didengar oleh pembaca.

Gandaan Gandaan merupakan kata-kata yang berganda atau

berulang-ulang.

Page 16: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Onomatopia KAMARIAH KAMARUDIN Onomatopia berasal dari bahasa Yunani yang

bermaksud kata-kata yang digunakan untuk meniru suara atau bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu objek, gerak atau manusia.

Simbol Simbol biasanya merujuk kepada kata-kata dipilih

memberi erti yang lain di sebaliknya. Simbol disebut juga lambang.

Disonansi Disonansi merupakan susunan bunyi yang tidak selari

dalam sesuatu perkataan atau frasa.

Frasa Frasa ialah beberapa patah perkataan atau baris yang

digunakan oleh penyajak untuk menyampaikan mesejnya.

Page 17: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Personifikasi KAMARIAH KAMARUDIN Personifikasi dinamakan juga pengorangan dalam istilah

sastera. Ia bermaksud memberikan kiasan kepada sifat-sifat

manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak-tanduk kepada objek-objek mati atau kepada binatang, idea atau benda-benda yang abstrak.

Klise Dalam bahasa Perancis, klise dimaksudkan sebagai

kata-kata atau frasa yang telah pudar, kurang segar dan kurang asli kerana terlalu sering digunakan atau selalu diulang-ulang sehingga pembaca tidak merasakan lagi sesuatu yang baru atau indah.

Ia juga bersifat stereotaip.

Paradoks Paradoks merupakan frasa dalam baris-baris sajak yang

menggambarkan ciri-ciri berlawanan khususnya dari segi maksud.

Page 18: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Ambiguiti KAMARIAH KAMARUDIN Ambiguiti ialah frasa atau bahasa dalam sajak yang

memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan ketidakpastian atau keraguan tentang makna sebenar pwrnyataan tersebut.

Perbandingan Terdapat dua perbandingan yang gemar digunakan oleh

penyajak iaitu : i) perbandingan simile atau perbandingan lansung. ii) perbandingan metafora.

Simile Simile bermaksud sebagai tamsil atau kiasan yang

memperlihatkan perbandingan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama.

Metafora Metafora ialah perbandingan yang lebih sempurna tetapi

kurang langsung jika dibandinkan dengan simile.

Page 19: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Hiperbola KAMARIAH KAMARUDIN Hiperbola ialah pemakaian kiasan atau perbandingan

dengan mengungkapkan sesuatu keadaan atau peristiwa secara berlebih-lebihan atau melampau.

Eufemisme Eufemisme ialah ungkapan atau kiasan yang dihalusi

lagi supaya lebih manis didengar dan tidak mengandungi makna yang kasar.

Metonimi Metonimi ialah bahasa kiasan yang digunakan sebagai

pengganti dengan menamakan sesuatu benda yang erat perhubungannya dengan perkara yang dinyatakan.

Pengulangan Pengulangan disebut juga sebagai repitasi.

Pengulangan boleh jadi dalam bentuk perkataan, frasa, baris, dan suku kata.

Page 20: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Asonansi KAMARIAH KAMARUDIN Asonansi disebut juga runtum vokal. Ia merupakan

pengulangan bunyi serta huruf vokal dalam sesuatu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih secara berturutan.

Aliterasi Aliterasi juga dipanggil perwakanti ddan rumpun

konsonan. Aliterasi ialah pengulangan bunyi dan huruf konsonan

dalam satu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih.

Anafora Anafora ialah pengulangan kata-kata pada setiap awal

baris dalam satu-satu rangkap sajak khususnya secara berikutan.

Epifora Epifora ialah pengulangan perkataan atau frasa di

hujung baris dalam satu rangkap sajak secara berturutan sebanyak dua kali atau lebih.

Page 21: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Imej dan imejan KAMARIAH KAMARUDIN Imej terdapat dalam bahasa Inggeris yang memberi

maksud sesuatu yang dapat digambarkan dan penggambaran itu adalah melalui berbagai-bagai kaedah.

Imejan pula ialah kumpulan daripada imej yang bergabung membentuk kesa hasil daripada gambaran manusia.

KESIMPULAN Setelah membuat perincian pada ciri-ciri penting yang

terdapat pada sudut-sudut bahasa dalam sajak, kita hendaklah memberikan penekanan di mana letaknya nilai-nilai keindahan pada sajak berkenaan melalui sudut-sudut bahasa ini.

Page 22: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

ALIRAN KAMARIAH KAMARUDIN

Aliran atau strem merujuk kepada seluruh idea yang disampaikan dalam sesebuah sajak secara keseluruhan. Ia dikesan setekah kita memahami maksud dan seluruh sajak.

Realisme

Aliran ini memberi penekanan kepada suatu hasil sastera ysng mengungkapkan kehidupan secara real atau benar seperti yang

dapat dilihat di alam biasa atau di dalam kehidupan seharian

Didaktisisme

Aliran ini merujuk kepada maksud untuk mendidik atau

memberi panduan soal moral, etika, dan keagamaan kepada

masyarakat pembacanya.

Page 23: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Idealisme KAMARIAH KAMARUDIN

Idealisme lahir daripada teori, fahaman atau amalan dalam penulisan termasuk sajak yang menilai sesuatu dari segi kesempurnaannya sahaja walaupun mungkin ia tidak wujud atau tidak dapat dicapai dalam alam nyata.

Humanisme Humanisme ialah aliran yang memberi perhatian

langsung tentang kehidupan manusia sejagat. Ia menekankan betapa sikap manusia sebagai makhluk sosial itu diangkat dan dibicarakan dalam sajak.

Simbolisme Simbol atau perlambangan. Simbol ialah sesuatu yang berdiri sendiri teapi

membentuk makna dan realiti yang lain secara objektif.

Page 24: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Naturalisme KAMARIAH KAMARUDIN Naturalisme merupakan aliran yang lahir dari cabang

realisme dan bertentangan dengan romantisme. Berbanding dengan realisme, ia dikatakan lebih ekstrim dan melihat segala kejadian di dunia ini lebih natural atau semula jadi.

KESIMPULAN Memang terdapat berbagai-bagai aliran dalam

penulisan sajak. Semakin lama aliran penulisan ini semakin berkembang dan semakin kompleks. Banyak pula aliran itu mendasari semula kepada aliran yang awal tetapi cuba membawa beberapa perubahan dan pembaharuan sesuai dengan keadaan dan isi sesuatu sajak. Aliran yang lebih kompleks biasanya tidak dapat bertahan lama kerana lebih sulit untuk menghasilkannya atau menimbulkan kesukaran pembaca untuk menikmatinya dengan efektif.

Page 25: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

CORAK KAMARIAH KAMARUDIN

Corak sesebuah sajak dapat dikenal pasti setelah kita benar-benar membaca dan mendalaminya dengan penghayatan yang baik. Biasanya corak dapat dikesan setelah seseorang dapat mengetahui maksud, persoalan, dan tema. Ia patut dihubungkan dengan perutusan atau motif sajak itu dicipta.

Satira Satira dikutip daripada Inggeris disebut satire dan

daripada kata Perancis dieja satyre yang memberi maksud menyindir, mengejek, mencenuh, dan meghina. Ia dihasilkan demikian untuk menimbulkan berbagai-bagai perasaan kepada pembaca seperti benci, insaf dan memberi makluman tentang sesuatu kejadian dan kehidupan.

Page 26: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Ode KAMARIAH KAMARUDIN Ode dalam bahasa Inggeris bermaksud sesuatu keadaan

yang menganggap sentimen atau emosi berupa sanjungan atau nyanyian memuja, menghormati serta mengangkat sesuatu yang dibanggakan seperti pahlawan, bangsa, negara, seni, kehidupan, alam, dan tokoh-tokoh tertentu.

Epigram Epigram berasal daripada istilah Inggeris dan Perancis

yang membawa erti sajak yang padat dan bernas dengan mengangkat mesej berupa nasihat, pengajaran, dan didaktik moral.

Elegi Elegi terdapat dalam istilah Inggeris dan Perancis yang

menekankan sajak yang meratap, hiba, pilu, duka, sedih, rindu, keluh-kesah, kesal hampa, dan kecewa terhadap sesuatu peristiwa.

Page 27: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Himne KAMARIAH KAMARUDIN Istilah ini juga dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Dalam bahasa Greek disebut hymnos. Istilah lain pernah juga digelar sebagai “gitapuja” iaitu nyanyian puisi yang memuji Tuhan.

KESIMPULAN

Corak bagi sesebuah sajak ada kalanya bertumpang tindih dan sering kali mengelirukan kita. Kita haruslah melihat isi dan tema sesebuah sajak sebelum menilai coraknya. Di mana terasa unsur-unsur mesej yang menonjol maka di situlah kita akan memberikan penekanan kepada corakk yang dimaksudkan.

Page 28: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

NADA KAMARIAH KAMARUDIN

Nada terdapat dalam istilah Inggeris iaitu “tone” dan istilah Perancis ialah “ton” . Nada kuat hubungannya dengan perasaan tinggi rendah dan kuat lemahnya sesuatu mesej yang disampaikan dalam sajak.

Protes

Protes merupakan satu nada yang keras terdapat dalam isi sajak dan menampilkan penentangan terhadap sesuatu yang berlaku sama ada secar terang atau berselindung.

Ia memperlihatkan bagaimana ungkapan-ungkapan yang tidak bersetuju dengan sesuatu peristiwa yang berlaku sam ada yang terdapat dalam diri, pengalaman, dan pemerhatian penyajak.

Page 29: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Kecewa dan Hampa KAMARIAH KAMARUDIN

Nada kecewa biasanya terdapat dalam sajak-sajak yang memperlihatkan perasaan putus asa dan hilang harapan.

Diksi yang dipilih bernada rendah dan lembut bagi mengimbangi emosi kecewa atau hampa itu.

Semangat dan harapan

Sajak yang bersemngat merupakan sajak yang mengambil diksi yang keras di samping menggambarkan cita-cita yang kuat untuk memperjuangkan fenomena sosial yang berlaku. Sajak yang bersemangat sekali gus membawa harapan.

Page 30: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Simpati KAMARIAH KAMARUDIN

Sajak yang bernada simpati memperlihatkan sikap penyajak yang bebas terhadap sesuatu kejadian atau kehidupan. Isi sajak seolah-olah mengajak pembaca sama-sama menaruh kasihan terhadap kejadian yang dimaksudkan oleh penyajak.

Sinis Sinis ialah nada yang mengandungi unsur-unsur sindiran

yang tajam terhadap sesuatu kejadian yang berlaku. Ia ditujukan kepada sesuatu pihak dan memperlihatkan sikap penyajak yang tidak puas hati terhadap kejadian yang diungkapkan itu.

Romantis Nada romantis terdapat pada sajak beraliran romantis

juga. Romantis lahir dari jiwa yang mahu lepas dari alam kenyataan kepada alam fantasi atau khayalan.

Page 31: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KESIMPULAN KAMARIAH KAMARUDIN

Mengenalpasti nada bagi sesebuah sajak bukanlah suatu usaha yang mudah. Kita haruslah benar-benar melihat bagaimana emosi penyajak dipantulkan daripada pemilihan diksinya. Ada sesuatu perasaan yang tersembunyi di setiap pemilihan istilah itu yang mencerminkan perasaan hati penyajak. Di situlah kita harus memastikan nada yang hendak disampaikannya kepada masyarakat.

Page 32: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

IRAMA KAMARIAH KAMARUDIN

Pengenalan Irama disebut juga pola irama dalam sajak. Ia merupakan gerak alun yang timbul kerana wujudnya

pengulangan bunyi yang berurutan atau arus pergerakan kata-kata yang tersukat yang tertentu jumlahnya.

Jambe Irama jambe merupakan perulangan bunyi suku kata atau

kata-kata yang berselang-seli antara rendah, tinggi, rendah dan tinggi dalam satu-satu baris sajak. Perulangan bunyi itu sekurang-kurangnya dua kali dan mungkin boleh lebih daripada itu.

Troche Irama troche ialah urutan bunyi atau derap yang

bertentangan dengan jambe iaitu berselang-seli antara tinggi, rendah, tinggi dan rendah dalam satu-satu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih. Ia juga boleh jadi bunyi kata0kats atau suku kata tertentu.

Page 33: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Anapes KAMARIAH KAMARUDIN Anapes merupakan perulangan tiga bunyi berturutan

antara rendah, rendah dan tinggi dalam satu-satu baris sajak. Ia berlawanan dengan irama daktilus.

Spendius Irama Spendius ialah perulangan bunyi dua suku kata

yang sama dalam satu baris sajak iaitu tinggi dan tinggi.

Amphibrachis Irama ini menekankan perulangan tiga bunyi suku kata

dalam satu baris sajak iaitu rendah, tinggi, dan rendah.

Bachius

Irama bachius pula ialah perulangan bunyi suku kata antara rendah, tinggi dan tinggi dalam satu –satu baris sajak.

Page 34: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Anti Bachius KAMARIAH KAMARUDIN Irama ini berlawanan dengan irama bachius. Ia

menghasilkan perulangan tiga bunyi dalam satu-satu baris sajak iaitu tinggi,tinggi dan rendah.

Creticus Irama ini menimbulkan tiga perulangan antara tinggi,

rendah dan tinggi.

KESIMPULAN Irama ialah suatu bidang dalam sajak yang jarang sekali

diberikan perhatian barangkali kerana rumit dan memerlukan perincian yang mendalam. Mungkin juga kerana ramai pengkaji melihat sudut irama itu kurang penting daripada struktur lain dalam sajak. Harus kita ingat, selain daripada bahasa yang menjadikan indahnya sesebuah sajak ia juga terletak pada bunyi sama ada secara berulang, berselang-seli atau bertentangan. Hanya, irama ini amat kita rasakan kesannya pada waktu sesuatu sajak itu dideklamasikan atau diperdengarkan kepada audiensnya.

Page 35: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDIN

DRAMA Sumber Drama Boleh datang dari pelbagai sudut . Boleh mendapat ilham daripada sesuatu yang kita lihat

sendiri. Sesungguhnya kehidupan boleh menjadi ilham bagi penulis.

Alam Drama

Kita perlu perhatikan alam, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Pengamatan ini amat penting kerana apabila kita menulis skrip drama, kita sebenaarnya “mencipta” satu alam kita sendiri. Kita tentukan tempat, waktu, watak, dialog, emosi, reaksi dan sebagainya.

Page 36: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDIN

Alam HakikiAlam DuniaAlam Drama

Page 37: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

• KAMARIAH KAMARUDIN• Minat Khalayak

Drama perlu menarik dan tidak membosankan. minat khalayak memainkan peranan yang utama dalam

menjadikan sesebuah drama itu kekal dalam ingat khalayak.

• Tarikan Perasaan

• Minat Emosi

Seronok Prihatin Cemas Ceria

Page 38: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDINWATAK Dalam cerita mesti ada hero. Hero ini disebut sebagai

protagonis. Dia ialah watak utama dalam drama.

IMBANGAN Imbangan ini bermaksud situasi yang istimewa.

Maksudnya ialah hubungan yang terdapat dalam cerita. Keseimbangan ini akan menimbulkan ketegangan,

keadaan yang tidak selesa atau konflik.

KONFLIK

Konflik bermaksud bertentangan. Konflik dalam drama amatlah penting. Kalau tidak ada konflik dalam drama, drama akan jadi mendatar. Apabila drama mendatar ia akan membosankan.

Page 39: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDINGANGGUAN

Gangguan adalah peristiwa yang mungkin membantutkan rancangan hero atau crook. Gangguan mungkin ditimbulkan oleh alam atau oleh manusia sendiri.

KEKUSUTAN

Kekusutan adalah hasil daripada gangguan. Apabila sesuatu watak terganggu, maka fikirannya akan kusut. Kekusutan fikiran ini akan menimbulkan tanda tanya kepada khalayak kerana kekusutan perlu dileraikan oleh watak yang berkaitan.

HALANGAN Halangan ini bermaksud suatu perbuatan atau tindakan

yang secara langsung ingin merosakkan sesuatu rancangan. Hero mungkin menghalang crook daripada melakukan keburukan.

Page 40: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDINKRISIS Krisis adalah waktu yang genting hasil daripada

pertentangan secara langsung hero dengan crook. Krisis inilah yang akan menentukan kemuncak cerita. Ia adalah lonjakan emosi. Krisis adalah pertembungan antara dua rancangan dan setiap watak-hero dan crook- berdegil untuk meneruskan rancangan masing-masing.

Sub-Story Ada yang memanggilnya sebagai sub-plot. Sesebuah

sub-story mengandungi kesemua atau sebahagian besar unsur cerita sebenar tetapi sub-story tidak perlu terlalu terperinci.

Page 41: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDINPenutup Setiap yang bermula ada akhirnya. Jadi drama kita juga

perlu ditutup. Penutupan ini merupakan leraian kepada rentetan masalah yang terdapat dalam drama kita.

Sinopsis (Rangkarita) Sebelum kita mula merancang penulisan drama kita,

kita harus dapat menceritakan drama kita iaitu kepada orang lain. Ini adalah untuk memahami cerita kita dengan jelas.

# contoh sinopsis untuk teleplay dan screenplay akan dibahagikan pada kuliah akan datang

Page 42: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDINPLOT

Kepala badan ekor

PERMULAAN PENAMAT

PLOT POINT

PERTENGAHAN

PERTENGAHAN

Page 43: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDIN

PERMULAAN

Eksposisi bermaksud permulaan cerita. Apa yang hendak kita dedahkan bergantung kepada cerita. Walaubagaimanapun pendedahan itu haruslah cukup kuat untuk memancing perhatian khalayak kita.

Page 44: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDIN

PENCERITAAN BERPUSAT

BABAK 5

BABAK 6

BABAK 1

PUSAT

BABAK 4

BABAK 3

BABAK 2

Page 45: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDIN

PENYELESAIAN

Terdapat empat cara yang digunakan oleh penulis untuk menutup ceritanya iaitu:

I. Penutupan biasa II. Penutupan tidak disangka (surprise ending) III. Penutupan berputar (twist ending) IV. Penutupan tergantung (hanging ending)

Page 46: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDIN

MANUSIA DALAM DRAMA

WATAK DAN PERWATAKAN MEK JAH

WATAK AKSI

FIZIKAL EMOSI KEPERLUAN AKSI

KERJAYA PERIBADI KEPERIBADIAN

Page 47: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDIN

DIALOG

Fungsi Dialog dalam Drama :

1. Dialog hendaklah menyampaikan maklumat atau fakta sesebuah cerita.

2. Dialog harus menggambarkan keadaan watak, miskin, kaya, cantik, buruk, tinggi, rendah dan sebagainya.

Page 48: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDIN MENGENDALIKAN ADAPTASI

Takrif Adaptasi Adaptasi adalah kerja-kerja memindahkan sebuah hasil

karya dari satu medium kepada medium yang lain. Ia mungkin merupakan pemindahan karya daripada media cetak kepada media elektronik atau media pentas.

MEDIA CETAK

MEDIA PENTAS MEDIA ELEKTRONIK

Page 49: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

Terdapat dua jenis adaptasi, iaitu :

1. Intra -adaptasi – membuat adaptasi daripada satu medium yang sama, contohnya, sebuah cerpen diadaptasi menjadi sebuah novel atau sebaliknya. Intra-adaptasi ini bermaksud membuat adaptasi daripada sebuah cerpen radio menjadi sebuah drama radio.

2. Inter-adaptasi – memindahkan karya dalam satu medium umpamanya daripada media elektronik kepada medium yang lain seperti daripada novel kepada drama TV atau filem, atau daripada drama pentas kepada drama TV.

Page 50: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDINPLOT

Terdapat beberapa cara kita membina jalinan cerita, antaranya ialah : 1. pembinaan linear (linear development) –

membentangkan cerita secara kronologi.2. pembinaan dramatik (dramatique development) – tidak

membina secara kronologi.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama adalah watak yang luar biasa. Perwatakannya mungkin gabungan antara watak yang sebenarnya dan perwatakan watak-watak lain untuk memperkasakan watak kita.

Watak yang dipilih juga, untuk menyampaikan mesej yang hendak disampaikan secara tersurat ataupun tersirat.

Page 51: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDINDIALOG

Dialog memainkan peranan membantu aksi watak dalam sesebuah teleplay atau screenplay. Untuk drama radio, dialog mesti wujud dan memaparkan cerita, menentukan aksi dan sebagainya.

Laras bahasa yang digunakan adalah laras bahasa pertuturan, bukan bahasa pasar atau slanga.

KOMEDI

Apa bentuk drama sekalipun – baik tragedi mahupun komedi – perlu ada cerita. Jika tidak ada cerita, ia menjadi sketsa. Komedi terjalin secara semulajadi, dan tidak dibuat-buat. Ia adalah untuk memancing khalayak.

Page 52: BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF DR. KAMARIAH KAMARUDIN

KAMARIAH KAMARUDINADAPTASI

Adaptasi daripada satu medium kepada medium yang lain merupakan pemindahan idea. Ia bukan merupakan penyalinan cerita.

PENUTUP

Kejayaan sesebuah drama bergantung kepada betapa sensitifnya kita pada manusia dan peristiwa yang berlaku dalam alam realiti. Kita perlu membuka mata, telinga dan hati kita kepada peristiwa-peristiwa tersebut untuk mengarang sesebuah skrip drama. Di samping itu, kita juga perlu mempunyai disiplin dan ketekunan dalam usaha ini.