bbb inovatif sains terkini

9
PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan melibatkan di antaranya penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia, yang disediakan atau yang diubahsuaikan oleh guru sendiri. Dengan demikian pembelajaran oleh murid akan menjadi lebih konkrit dan eksplisit. Oleh yang demikian, seorang guru sains perlu dapat menyediakan, mengubahsuaikan, mengulas dan memilih pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran untuk diguna pakai dalam interaksi di kelas dengan murid-muridnya. Tiga tajuk yang berikut dalam modul ini akan memperlengkapi pelajar dengan kemahiran dan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan penyediaan, pengubasuaian, pengulasan and pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang baik. Penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu murid mengalami pengalaman pembelajaran yang lebih mengayakan dan konkrit. Perkara abstrak yang susah untuk difahami dirapatkan jurang kefahaman dengan menggunakan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran merangkumi bahan realia, bahan simulasi, bahan bukan projeksi, bahan projeksi pandang-dengar, bahan multi-media dan bahan sumber internet. Bahan realia adalah bahan dalam bentuk asalnya seperti bulb, bateri, wayar, tumbuhan dan binatang. Bahan simulasi pula adalah bahan yang seakan-akan sama, menyerupai atau meniru bahan yang sebenar. Bahan-bahan jenis ini sering terdapat di sekolah dan digunakan oleh guru-guru untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan deria pandang.Di antara bahan simulasi yang biasa digunakan di sekolah ialah model,carta,transparensi dan nota edaran. Bahan bantu mengajar yang inovatif memang dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran sains. Walaupun guru berasa terbeban

Upload: mariam-isa

Post on 27-Jul-2015

135 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bbb inovatif sains terkini

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan melibatkan di antaranya

penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia, yang disediakan atau

yang diubahsuaikan oleh guru sendiri. Dengan demikian pembelajaran oleh murid akan

menjadi lebih konkrit dan eksplisit. Oleh yang demikian, seorang guru sains perlu dapat

menyediakan, mengubahsuaikan, mengulas dan memilih pelbagai sumber pengajaran dan

pembelajaran untuk diguna pakai dalam interaksi di kelas dengan murid-muridnya. Tiga

tajuk yang berikut dalam modul ini akan memperlengkapi pelajar dengan kemahiran dan

prinsip-prinsip yang berkaitan dengan penyediaan, pengubasuaian, pengulasan and

pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang baik.

Penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu

murid mengalami pengalaman pembelajaran yang lebih mengayakan dan konkrit. Perkara

abstrak yang susah untuk difahami dirapatkan jurang kefahaman dengan menggunakan

pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran merangkumi bahan realia, bahan

simulasi, bahan bukan projeksi, bahan projeksi pandang-dengar, bahan multi-media dan

bahan sumber internet.

Bahan realia adalah bahan dalam bentuk asalnya seperti bulb, bateri, wayar, tumbuhan

dan binatang. Bahan simulasi pula adalah bahan yang seakan-akan sama, menyerupai atau

meniru bahan yang sebenar. Bahan-bahan jenis ini sering terdapat di sekolah dan

digunakan oleh guru-guru untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang banyak

melibatkan deria pandang.Di antara bahan simulasi yang biasa digunakan di sekolah ialah

model,carta,transparensi dan nota edaran.

Bahan bantu mengajar yang inovatif memang dapat meningkatkan keberkesanan

pengajaran sains. Walaupun guru berasa terbeban dengan perancangan dan

persediaan pengajaran sains yang rapi, namun murid akan melalui pengalaman

pembelajaran yang menyeronokkan lagi bermakna berbanding kaedah

pengajaran ‘chalk and talk’, menggunakan buku teks semata-mata atau„ teaching

the test’.Justeru itu saya bersama rakan saya telah mereka cipta” Model Sistem Suria” daripada

bahan buangan sebagai bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan dalam kelas sains

terutama murid tahun 4.

Model adalah perwakilan tiga-dimensi bahan realia. Sebuah model boleh lebih besar,

lebih kecil atau sama saiz dengan bahan realia. Ia boleh diperbuat daripada pelbagai jenis

bahan seperti kertas, kayu, tanah liat, plastik, logam, kaca, plastisin atau polistirena.

Terdapat tiga jenis model iaitu model pepejal,model keratan dan model pergerakan.Model

Sistem Suria daripada bahan buangan yang dicipta oleh saya dan rakan saya ini adalah

Page 2: Bbb inovatif sains terkini

dari jenis model pepejal. Model pepejal biasanya dibina untuk membesarkan realia yang

terlalu kecil (serangga kecil seperti semut) atau yang terlalu besar (contoh glob untuk

mewakli bumi). Dengan menggunakan model pepejal maka murid dapat memerhatikan ciri-

ciri fizikal relia dengan lebih baik dan terperinci.

TAJUK BBB : MODEL SISTEM SURIA DARIPADA BAHAN TERBUANG

Objektif :

Objektif kumpulan kami mereka cipta BBB ini ialah :

a) Untuk memotivasi dan merangsang minat murid untuk belajar

b) Untuk memudahkan murid memahami sesuatu konsep sains

c) Untuk membantu pemahaman murid terhadap topik yang diajar dan

mempercepatkan proses perkembangan mengingati nama-nama- planet

Bahan / alatan :

Bahan / alatan yang digunakan untuk menghasilkan BBM ini ialah :

1. Surat Khabar Lama

2. Kertas Tisu.

3. Pita Perekat

4. Warna Poster.

5.Gam PVC

6. Spray "Clear"

7. Mounting Board Hitam.

Langkah-langkah Penyediaan Bahan Bantu Belajar

Langkah pertama, ambil beberapa helaian surat khabar dan gumpalkannya

membentuk sebiji bola atau sfera untuk mewakili 8 buah planet.  Buat satu gumpalan

atau sfera yang besar sekali untuk mewakili Matahari. Pastikan saiz setiap planet adalah

berbeza dan juga Matahari. Rujuk Sistem Suria untuk menggambarkan saiz

perbandingan kesemua planet-planet dan Matahari. Gunakan Pita perekat untuk

mengekalkan bentuk sfera model anda. Kemudian menggunakan gam PVC yang

dicampur dengan air, balut kesemua model dengan kertas tisu iaitu dalam 3 atau 4

lapisan. Biarkan kering di bawah cahaya matahari.

Rajah 1 : Gambar sfera dari surat khabar yang dibalut tisu

Page 3: Bbb inovatif sains terkini

Hasilkan bentuk sfera mewakili setiap planet menggunakan helaian surat khabar dan

kemudiannya dibaluti dengan tisu menggunakan gam PVC. Pastikan saiz model

berbeza bagi mewakili saiz planet-planet dalam Sistem Suria.

Langkah kedua, setelah model kering, warnakan dengan warna Poster. Pastikan

merujuk gambar setiap planet untuk mewarnakan planet tersebut. Keringkan dan guna

semburkan model planet menggunakan Spray "Clear" untuk mendapatkan efek dan kesan

yang lebih menarik. Untuk planet Zuhal, gegelungnya boleh dibuat daripada kad manila dan

diwarnakan. Bagi pelantar model tersebut ataupun ruang angkasa lepas, gunakan Mounting

Board hitam dan lukis orbit setiap planet menggunakan “liquid paper”. Pelantar ini boleh

dihias dengan serbuk "Glitter"  emas untuk memberikan efek bintang-bintang di angkasa

lepas.

Rajah 2 : Mewarna model mengikut warna planet sebenar.

Rajah 3 : Model Planet-planet yang telah siap diwarnakan.

Page 4: Bbb inovatif sains terkini

Rajah 5 : Menggunakan “Spray Clear “ untuk efek berkesan

Terakhir sekali, susun model planet dan Matahari mengikut turutan dalam Sistem

Suria dengan betul. Labelkan. Model ini boleh dipamerkan di dalam bilik Sains dan

digunakan khusus dalam membantu guru-guru untuk mengajar subjek ini dengan lebih

efektif. Sudah tentu murid berasa teruja dan dapat menarik perhatian mereka dalam sesi

pembelajaran dan pengajaran..

Rajah 4 : Model Matahari

Page 5: Bbb inovatif sains terkini

Rajah 6 : Model Sistem Suria

Sasaran

i) BBB ini direka cipta untuk murid tahun 4 bertajuk “Sistem Suria”

ii) BBB ini juga sesuai digunakan untuk pelbagai topik sains yang menggunakan

berkaitan bahan guna semula dan bahan kitar semula

iii) BBB ini boleh menggunakan model ini sebagai bahan bantu belajar bagi

mewujudkan suasana yang kondusif dan adalah lebih menarik lagi bermakna.

Sesuai sebagai bahan mengajar khusus di fasa "Penstrukturan Semula Idea".

Nilai Inovasi :

Nilai inovasi yang terdapat dalam rekaan BBM kumpulan kami ialah:

a) Boleh diubah suai mengikut kesesuaian topik sains

BBM rekaan kumpulan kami ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian topik sains

tahun satu hingga tahun 6 . Di sini kami memilih untuk menggunakan topik “ Siistem Suria” “”

sebagai contoh. Selain daripada topik ini, terdapat banyak lagi topik sains yang boleh

menggunakan papan elektronik sebagai bahan bantu mengajar. Antara topik-topik yang

sesuai ialah bahan yang boleh diguna semula dan dikitar semula serta bahan buangan.

b) Boleh digunakan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaran

Model Sistem Suria ini juga boleh digunakan untuk matapelajaran lain terutama mata

pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni. Dalam matapelajaran

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, BBB ini boleh digunakan untuk menambahkan

pengetahuan tentang angkasa lepas dan memperkenalkan nama-nama planet.

c) Boleh dipraktikan dalam pengajaran Kemahiran Proses Sains iaitu kemahiran

memerhati dan membuat inferens

Selain itu model sistem suria ini juga amat sesuai untuk mempraktikkan Kemahiran

Proses Sains iaitu kemahiran memerhati dan membuat inferens. Memerhati ialah proses

mengumpul maklumat berkaitan dengan objek dengan menggunakan kelima-lima

pancaindera lihat,dengar,sentuh dan rasa..Manakala membuat inferens pula ialah

penerangan atau interprestasi sesuatu pemerhatian. Melalui model sistem suria ini , murid-

murid dapat dapat menggunakan pemerhatian mereka tentang nama-nama

planet,kedudukan planet dari matahari,saiz planet dan cii-ciri fizikal planet.Malahan mereka

dapat membuat inferens dengan mengatakan bahawa planet yang berhampiran dengan

matahari akan mengalami suhu yang tinggi dan cuaca yang amat panas.

Page 6: Bbb inovatif sains terkini

d) Merangsang minat dan kreativiti murid dalam bidang inovasi dan rekacipta.

Model sistem suria rekaan kami ini amat berguna untuk mewujudkan gambaran

sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat merangsang dan

memotivasikan murid untuk terus belajar. Rekaan ini juga dapat merangsang minat dan

kreativiti murid dalam bidang inovasi dan reka cipta terutama daripada aspek menggunakan

bahan terbuang yang mampu melestarikan alam sekitar..

e) Mudah alih

Model sistem suria yang kami cipta ini merupakan model mudah alih. Model ini boleh

dibawa ke mana-mana dan tidak telalu berat atau besar. Model ini juga boleh digunakan

bagi keseluruhan pelajaran atau bahagian tertentu sahaja. Selain digunakan di dalam bilik

sains, malahan ia juga boleh digunakan di dalam kelas. Model sistem suria ini juga sesuai

untuk aktiviti kumpulan atau pun individu. Bahan bantu belajar rekaan kami ini juga praktikal

digunakan untuk aktiviti pemulihan dan penggayaan.

d ) Bersesuaian dengan standard kandungan dan standard pembelajaran sains tahun

empat

Model Sistem Suria dari bahan terbuang ini amat sesuai digunakan kerana

bertepatan dengan standard kandungan sistem suria dan standard pembelajaran

matapelajaran KSSR Sains tahun 4.Malahan untuk standard pembelajaran murid- murid

diminta membuat pemerhatian ahli-ahli dalam sistem suria menerusi pelbagai media

bertepatan dengan meminta murid memerhati model ini.Di samping itu daripada

pemerhatian yang dibuat murid akan membuat urutan planet dalam sistem suria mengikut

kedudukan dari matahari.Maka tahap kefahaman murid akan meningkat dan seterusnya

objektif pelajaran pada hari tersebut akan tercapai

e ) Kos penyediaan bahan yang minimum

Dari aspek penyediaan bahan untuk membuat model sistem suria ini hanya

menggunakan bahan terbuang seperti surat khabar lama dan tisu.Ia bukan sahaja dapat

menjimatkan kos malahan dapat menggurangkan masalah ancaman kepupusan tumbuhan.

Secara tidak langsung membantu untuk menjayakan kempen ”Hijaukan Bumi”.Penghasilan

model ini juga sangat mudah dan boleh dilakukan oleh murid sendiri sebagai tugasan projek

jika dibimbing oleh guru. Guru menentukan urutan penggunaan model ini di dalam proses

pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Page 7: Bbb inovatif sains terkini

Penutup

Pelaksanaan pengalaman pembelajaran dengan bahan di mana bahan bantu belajar

disampaikan dengan guru sebagai penyampai atau fasilitator. Interaksi dengan murid dalam

bentuk soal-jawab dikendalikan untuk memantapkan kefahaman berdasarkan bahan yang

digunakan. Aktiviti susulan untuk menilai kefahaman murid dilaksanakan untuk memastikan

pembelajaran yang berjaya telah dicapai

Penggunaan bahan bantu belajar adalah sebagai alat pemudah untuk membantu

dalam penyampaian pengajaran guru bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang

telah ditetapkan . Bahan bantu mengajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas diselubungi kebosanan. Dengan adanya bahan bantu belajar ini,

proses pengajaran dan pembelajaran dapat diselamatkan dari masalah disiplin murid di

dalam bilik sains.

  Bahan bantu belajar juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah

dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia

tanpa sempadan ini dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

.