batu sasaran

2
NAMA :- SUBENTHIRAN A/L SEGARAN. UNIT :- PJ (SJKT) PISMP SEM 1. TUGASAN :- REFLEKSI PERMAINAN KECIL (BATU SASARAN) Saya Subenthiran Segaran dari unit PISMP Pendidikan Jasmani (SJKT) semester 1 bersyukur kerana telah dapat melaksanakan tugasan dan berjaya mengambil bahagian dalam permainan kecil iaitu batu sasaran.Permainan kecil ini menjerus kepada permainan seperti kriket,memanah,bowling dan sebagainya. Pada hari 12 Februari 2014,pensyarah kami iaitu En.K.Raja telah memperkenalkan dan mengajar salah satu permainan kecil iaitu permainan paip dalam PVC.Sebelum memulakan permainan,pensyarah kami telah memberi penerangan terhadap peraturan-peraturan dan ciri-ciri keselamatan permainan tersebut. Selepas memberi penerangan, beliau telah membahagikan rakan sekelas saya kepada empat kumpulan dan memulakan permainannya. Selain itu dengan bermian permainan ini kita dapat menyahut nilai-nilai murni seperti bekerjasama,beramah-mesra antara ahli kumpulan.Sebagai bakal guru kita mesti mengaplikasikan permainan kecil seperti ini dalam kalangan murid sekolah.Hal ini menjerus kepada seseorang pelajar dapat memahami lebih dalam akan sesuatu permainan dan akan mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Tambahan pula,melalui permainan kecil seseorang pelajar dapat dapat mengamalkan nilai bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan.Mereka dapat bergaul dengan rakan sekumpulan mereka dan secara tidak lansungnya hubungan silatulrahim antara mereka akan lebih kukuh.Dengan ini sifat bertolak ansur juga dapat ditanam dengan menggendalikan permaianan kecil seperti ini dalam kalangan pelajar sekolah. Peribahasa sambil menyelam minum air telah sangat relevan dalam hal ini kerana selain dapat menyiapkan tugasan dengan cepat, permainan kecil ini juga mampu merapatkan hubungan antara rakan sekelas kerana kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Semasa bermain , kita dapat

Upload: ben-segaran

Post on 16-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

permainan kecil

TRANSCRIPT

Page 1: Batu Sasaran

NAMA :- SUBENTHIRAN A/L SEGARAN.

UNIT :- PJ (SJKT) PISMP SEM 1.

TUGASAN :- REFLEKSI PERMAINAN KECIL (BATU SASARAN)

Saya Subenthiran Segaran dari unit PISMP Pendidikan Jasmani (SJKT) semester 1

bersyukur kerana telah dapat melaksanakan tugasan dan berjaya mengambil bahagian dalam

permainan kecil iaitu batu sasaran.Permainan kecil ini menjerus kepada permainan seperti

kriket,memanah,bowling dan sebagainya.

Pada hari 12 Februari 2014,pensyarah kami iaitu En.K.Raja telah memperkenalkan dan

mengajar salah satu permainan kecil iaitu permainan paip dalam PVC.Sebelum memulakan

permainan,pensyarah kami telah memberi penerangan terhadap peraturan-peraturan dan ciri-

ciri keselamatan permainan tersebut. Selepas memberi penerangan, beliau telah

membahagikan rakan sekelas saya kepada empat kumpulan dan memulakan permainannya.

Selain itu dengan bermian permainan ini kita dapat menyahut nilai-nilai murni seperti

bekerjasama,beramah-mesra antara ahli kumpulan.Sebagai bakal guru kita mesti

mengaplikasikan permainan kecil seperti ini dalam kalangan murid sekolah.Hal ini menjerus

kepada seseorang pelajar dapat memahami lebih dalam akan sesuatu permainan dan akan

mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Tambahan pula,melalui permainan kecil seseorang pelajar dapat dapat mengamalkan nilai

bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan.Mereka dapat bergaul dengan rakan

sekumpulan mereka dan secara tidak lansungnya hubungan silatulrahim antara mereka akan

lebih kukuh.Dengan ini sifat bertolak ansur juga dapat ditanam dengan menggendalikan

permaianan kecil seperti ini dalam kalangan pelajar sekolah.

Peribahasa “sambil menyelam minum air” telah sangat relevan dalam hal ini kerana selain

dapat menyiapkan tugasan dengan cepat, permainan kecil ini juga mampu merapatkan

hubungan antara rakan sekelas kerana kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan

lebih mendalam. Semasa bermain , kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih

mendalam dan dapat berkomunikasi secara tidak langsung.

Page 2: Batu Sasaran

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, permainan kecil ini iaitu batu sasaran ini juga dapat

membantu saya dari aspek fizikal. Permainan ini dapat membantu saya dari aspek daya

otot,daya tahan kardiovaskular,ketangkasan dan sebagainya. Permainan ini dapat

menambahkan aspek-aspek ini dan saya juga dapat bermain secara aktif.

Jika ditinjau dengan lebih mendalam,dari aspek fizikal kita dapat meningkatkan

ketangkasan.Sebagai contohnya,semasa pihak lawan menyerang pihak penyelamat mesti

menyelamatkan alat sasaran iaitu batu sepaya tidak terkena bola.Hal ini menyebabkan

seseorang pelajar bergerak mengikut lajak.

Secara amnya bagi menjalankan tugas secara profesional sebagai bakal guru kesemua ini

amatlah penting bagi seseorang yang bakal bergelar pendidik kerana perlu membuat pelbagai

persediaan secara teori dan amali.Bagi memantapkan kemahiran sebagai seorang guru atau

pendakwah penguasaan pelbagai cabang ilmu amatlah penting. Hal ini kerana, guru menjadi

khidmat nasihat kepada pelajar di bawah didikannya dan sebagai sumber rujukan. Justeru,

individu yang bergelar guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjadi contoh

terbaik kepada anak didik mereka kerana bak kata pepatah, “bagaimana acuan begitulah

kuihnya”.

Kesimpulannya, saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat

melaksanakan tugasan ini secara kumpulan. Saya sebagai seorang guru pelatih dan guru pada

masa akan datang memupuk keyakinan diri bahawa saya akan mempertahankan permainan ini

yang mempunyai keistimewaan yang tidak terhingga. Akhir kata, sesungguhnya yang baik itu

datang dari Tuhan dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri.