batik

8
Batik BATIK 1. Batik ialah sejenis kain yang dihasilakn melalui proses menerap corak berlilin atau melukis corak menggunakan lilin di atas permukaan kain dan seterusnya mencelupnya dengan pewarna. 2. Batik merupakan kraf tradisioanal terkenal di negeri-negeri dalam kawasan kepulauan melayu seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. 3. Di Malaysia, batik merupakan hasil kraf tradisional yang terkenal. Ia melambangkan kemahiran kraf tangan yang unggul, unik dan berkeupayaan kreatif yang tinggi. 4. Perkataan ‘batik’ bermaksud titik. Ia merupakan kraf tradisional yang paling popular di Malaysia. 5. Seni batik telah wujud sejak kira-kira 2000 tahun dahulu di Parsi dan Mesir. Batik mula diperkenalkan di Negara Malaysia pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. 6. Sejarah awal batik Malaysia bermula pada abad ke-15. Dua negeri yang berjaya memperkembangkan perusahaan batik ialah negeri Kelantan dan negeri Terengganu. Pada masa itu, proses membatik tidak menggunakan lilin. Batik dihasilkan dengan cara menerap warna yang disapu di atas corak ukiran pada permukaan blok kayu ke atas permukaan kain. 7. Kilang atau tempat membatik pada zaman dahulu biasanya didirikan di kawasan yang berhampiran dengan sungai kerana proses membatik memerlukan air yang banyak. 8. Di Malaysia kain batik mula dicipta pada tahun 1911 oleh Hj. Che Su B. Ishak (Lorong gajah Mati, Kota Bharu ,Kelantan).Kain ciptaan beliau dinamakan kain pelangi dan dihasilkan melalui teknik ikat dan celup. 9. Kain yang digunakan untuk membuat batik ialah kain sutera tiruan yang dinamakan Kain Pereir (Peria) yang diimport dari Siam.Kain pelangi ini digunakan sebagai selendang wanita pada waktu itu. 10. Fungsi batik adalah berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat Melayu, iaitu : a) Pakaian harian – Kain sarung, selendang, baju kebaya dan sebagainya. b) Pakaian majlis perayaan c) Buaian bayi d) Kain untuk mengendong anak kecil. e) Kelubung pengikat kepala /semutar( petani desa) f) Kain penutup mayat dan keranda. 11. Fungsi batik dimensi baru meliputi tiga bidang, iaitu : Fungsi Batik Dimensi Baru Mohdzuki smkpm2010 Batik 1

Upload: annahiaz

Post on 17-Jan-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PSV

TRANSCRIPT

Page 1: Batik

Batik

BATIK

1. Batik ialah sejenis kain yang dihasilakn melalui proses menerap corak berlilin atau melukis corak menggunakan lilin di atas permukaan kain dan seterusnya mencelupnya dengan pewarna.

2. Batik merupakan kraf tradisioanal terkenal di negeri-negeri dalam kawasan kepulauan melayu seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.

3. Di Malaysia, batik merupakan hasil kraf tradisional yang terkenal. Ia melambangkan kemahiran kraf tangan yang unggul, unik dan berkeupayaan kreatif yang tinggi.

4. Perkataan ‘batik’ bermaksud titik. Ia merupakan kraf tradisional yang paling popular di Malaysia.5. Seni batik telah wujud sejak kira-kira 2000 tahun dahulu di Parsi dan Mesir. Batik mula diperkenalkan di

Negara Malaysia pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka.6. Sejarah awal batik Malaysia bermula pada abad ke-15. Dua negeri yang berjaya memperkembangkan

perusahaan batik ialah negeri Kelantan dan negeri Terengganu. Pada masa itu, proses membatik tidak menggunakan lilin. Batik dihasilkan dengan cara menerap warna yang disapu di atas corak ukiran pada permukaan blok kayu ke atas permukaan kain.

7. Kilang atau tempat membatik pada zaman dahulu biasanya didirikan di kawasan yang berhampiran dengan sungai kerana proses membatik memerlukan air yang banyak.

8. Di Malaysia kain batik mula dicipta pada tahun 1911 oleh Hj. Che Su B. Ishak (Lorong gajah Mati, Kota Bharu ,Kelantan).Kain ciptaan beliau dinamakan kain pelangi dan dihasilkan melalui teknik ikat dan celup.

9. Kain yang digunakan untuk membuat batik ialah kain sutera tiruan yang dinamakan Kain Pereir (Peria) yang diimport dari Siam.Kain pelangi ini digunakan sebagai selendang wanita pada waktu itu.

10. Fungsi batik adalah berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat Melayu, iaitu :a) Pakaian harian – Kain sarung, selendang, baju kebaya dan sebagainya.b) Pakaian majlis perayaanc) Buaian bayid) Kain untuk mengendong anak kecil.e) Kelubung pengikat kepala /semutar( petani desa)f) Kain penutup mayat dan keranda.

11. Fungsi batik dimensi baru meliputi tiga bidang, iaitu :

Fungsi Batik Dimensi Baru

Bidang kehidupan Pakaian, sarung bantal, scarf, alas tilam, tas tangan, kasut dan selipar, selimut,dompet dan sebagainya.

Bidang hiasan a) Hiasan rumah dan hiasan bilik : Hiasan dinding, kusyen, penghias kerusi, pengadang ruang, alas meja dan kerusi, tudung lampu, cadar dan sebagainya.

b) Hiasan pakaian: Tali pinggang, tali leher,scarf, tas tangan, sapu tangan dan sebagainya.

Bidang cenderamata dan aksesori

Kotak serba guna, kipas, bekas tisu, payung, bekas serba guna dan bentuk-bentuk cenderamata yang lain.

12. Tokoh-tokoh batik tempatan termasuk :Mohdzuki smkpm2010 Batik 1

Page 2: Batik

Batik

a) Long bin Abdullah ( Terengganu)b) Awang bin Long ( Terengganu)c) Haji Ali ( Terengganu)d) Haji Mohd. Yusof ( Kelantan)e) Tengku Zubeidah ( Kuala Lumpur)f) Hajah Cik Su ( Kelantan)

13. Motif utama bagi batik tradisional terbahagi kepada dua jenis, iaitu :

Motif geometri Motif organik

Terdiri daripada bentuk-bentuk geometri seperti segi tiga, segi empat dan sebagainya. Ia biasanya berfungsi sebagai hiasan pada kaki kain dan pengapit kepala kain sarung.

Terdiri daripada unsur-unsur alam semula jadi iaitu :

a) unsur flora ( tumbuhan)b) unsur fauna ( haiwan)c) benda-benda buatan

manusia seperti wayang kulit dan wau.

12. Motif unsur geometri batik:

Mohdzuki smkpm2010 Batik 2

Page 3: Batik

Batik

13.Motif unsur flora:

14.Motif unsur fauna batik:

1. Motif isen berfungsi untuk memenuhi ruang antara motif-motif utama batik. Berikut adalah motif-motif isen batik.

2. Teradapat empat jenis batik, iaitu :a) Batik pelangi ( mengikat dan mencelup kain dalam pewarna)b) Batik canting atau batik lukis ( juga dinamakan batik tulis)c) Batik blok / batik terap /batik pukuld) Batik skrin – batik yang dihasilkan dengan menyapu pewarna melalui kepingan stensil( skrin) yang

mempunyai corak berlubang.

Batik Blok

Mohdzuki smkpm2010 Batik 3

Page 4: Batik

Batik

1. Batik blok juga dikenali sebagai batik cap atau batik terap (di Kelantan dikenali sebagai batik pukul).2. Proses membatik bagi batik blok adalah proses mengecap bahagian corak timbul pada permukaan blok yang berlilin cair ke atas permukaan kain.3. Kain tersebut kemudian diwarna dengan mencelupkannya ke dalam pewarna air.4. Fungsi lilin ialah untuk menghasilkan kesan corak pada kain setelah ia diwarna kerana pewarna tidak dapat menembusi bahagian kain yang berlilin.5. Berikut adalah alat/bahan yang digunakan dalam batik blok : a) Blok /sarang – permukaanya bercorak timbul yang diperbuat daripad jalur-jalur logam yang dipateri. b) Kain – kain kapas da kain sutera biasa digunakan. c) Bahan pewarna – pewarna remazol atau primazin. d) Lilin dan bahan campuran lilin – kepingan lilin pepejal yang akan dicairkan. Bahan campuran lilin adalah damar atau rosin dan minyak kelapa digunakan untuk menggelakkan lilin daripada mudah beku. e) Pemanas elektrik dan bekas logam – untuk memanas dan melebur kepingan lilin. f) Natrium silikat –mematikan warna untuk menggelakkan warna daripada mudah luntur. g) Bahan pencuci – Soda ash dan air didih digunakan untuk menaggalkan kesan lilin.

6. Proses membatik bagi batik blok adalah seperti berikut :a) Kian putih direbus untuk menanggalkan kanji, ia kemudian dijemur sehingga kering.b) Kain diregangkan di atas meja pengecap.c) Bahan campuran lilin dan damar dipanaskan sehingga melebur di dalam bekas pemanasan atau

kuali.d) Permukaan blok cetakan dicelup ke dalam lilin cair.e) Permukaan blok berlilin cair diterap ke atas permukaan kain.f) Kain dicelup dengan pewarna cair.g) Kain dicelup dengan pemati warna (natrium silikat).h) Kain direbus dengan air dan soda ash untuk menanggalkan kesan lilin.i) Kain dijemur sehingga kering.

BAHAGIAN KAIN BATIK SARUNG

Batik Canting

Mohdzuki smkpm2010 Batik 4

Kaki kain

Kaki kain

Kepala kain

Badan kainBadan kain

Pengapit kepala kain

Page 5: Batik

Batik

1. Batik canting juga dikenali sebagai batik lukis atau batik tulis.2. Batik canting dihasilkan dengan cara melakar corak pada permukaan kain dengan canting yang berisi

dengan lilin cair. Mutu hasil batik canting adalah bergantung pada kemahiran melukis corak dan mewarna.

3. Teknik mewarna bagi batik canting adalah dengan menggunakan berus dan warna air. Cara menyapu warna adalah hampir sama dengan teknik basah atas basah catan.

4. Perbezaan alat dan bahan batik canting dengan batik blok ialah batik canting menggunakan canting untuk melakar corak pada permukaan kain manakala batik blok menggunakan blok/sarang untuk menerap corak pada permukaan kain.

5. Persamaan dan perbezaan alat dan bahan batik canting dan batik blok adalah seperti berikut :

Batik canting Batik blok

Canting Blok

Lilin dan bahan campuran lilin Lilin dan bahan campuran lilin

Pemidang kain untuk meregangkan kain. Kain diregangkan di atas meja

Berus -

Kain Kain

Soda ash Soda ashPemanas elektrik dan bekas logam Pemanas elektrik dan bekas logam.

Pemati warna atau natrium silikat Pemati warna atau natrium silikat.

Bahan pewarna Bahan pewarna

6. Proses membatik cara batik canting adalah seperti berikut :a) Kain putih direbus untuk menaggalkan kanji.b) Kain diregang pada pemidang kain.c) Bahan campuran lilin dipanas sehingga cair.d) Cecair lilin diisi ke dalam canting.e) Melakar corak menggunakan canting dan lilin cair.f) Mewarnakan corak menggunakan berus dan pewarna.g) Kain dicelup dalam pemati warna.h) Kain direbus dengan air dan soda ash i) Kain dijemur sehingga kering.

Pelbagai Jenis Cantin

Mohdzuki smkpm2010 Batik 5

Page 6: Batik

Batik

Bahagian-bahagian Cantin

Mohdzuki smkpm2010 Batik 6