batasan hubungan dan aurat.docx

Upload: mohd-syazwan

Post on 01-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

POLITEKNIK KOTA BHARUKm 24,Pangkal Kalong,Ketereh,KelantanE-mail : [email protected]

Department of Mechanical EngineeringAutomotive UnitCode & Name Course

Batasan Hubungan Dan Aurat Antara Mahram Dan Bukan Mahram Lelaki Dan Wanita

Title :

Dad 1B

Class :Member of Group :BilNameRegistration Number

1MOHD TAUFIQ BIN SHUIB04dad12f2012

2MOHD SYAZWAN BIN JAAFAR04dad12f2002

3MOHD HAKIM NAQIUDDIN BIN ABDUL KADIR04dad12f2004

Lecture Name :

Date of task :

Total 100

Date submit :

ISI KANDUNGAN

BilIsi KandunganMuka surat

1Pendahuluan

2Huraian Tajuk

3Rumusan

4Rujukan

5Lampiran

PENDAHULUANALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.Maksud hadis: Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah.Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan jangan kamu hampiri zina.Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian, iaitu:

1) Pandangan2) Pertemuan3) Percakapan4) Berjabat tangan5) Bersentuhan badanPandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud: Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka...Bagi kaum perempuan juga Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka...dari kedua-dua ayat itu kita dapat menafsirkan bahawa kita boleh memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja.

Pandangannya pula tidak keterlaluan atau memandang melampaui batas sehingga menerbitkan hawa nafsu sesama sendiri. Hanya dengan pandangan saja kita percaya hawa nafsu akan menguasai dan syaitan mudah menggoda akhirnya mendorong mereka ke arah kancah maksiat.Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah khalwat mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan. (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja.Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan.Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: ...demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membaiah mereka dengan percakapan. (Riwayat Imam Ahmad)Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.BATAS AURAT LELAKIHadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan AT-Tirmizi bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:Seseorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain,demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian. Para ulama mazhab mempunyai pelbagai pendapat tentang had dan batas aurat lelaki, sama ada melihat atau dilihat oleh orang lain.1. Imam Hanafi dan Iman Hambali berpendapat:Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat dan lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan muhramnya, kecuali kepada isterinya.Selain isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat dan lututnya.Isteri boleh (harus) melihat aurat suaminya, kecuali pada kemaluannya dan demikian sebaliknya, kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makruh.2.Imam Maliki dan Imam Syafie berpendapat: aurat lelaki ada dua keadaan:1. Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang muhram dengannya.2.Auratnya dengan perempuan yang bukan muhrimnya. Keadaan dengan golongan pertama, iaitu sesama lelaki dan perempuan yang muhram dengannya ialah diantara pusat dan lutut sahaja.Keadaan dengan golongan kedua, iaitu dengan perempuan yang bukan muhramnya ialah seluruh badannya adalah aurat bagi mereka. Ertinya seluruh badan lelaki dilarang dilihat oleh perempuan yang bukan muhramnya. Kecuali bagi Imam Maliki yang membolehkan dilihat hujung-hujung anggotanya ketika aman daripada fitnah.Sementara Shafie mengharamkan melihat dengan mata.(Rujuk al-fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah, jilib 1 dalam bab Mabhas Sitr al-Aurah)

BATAS AURAT WANITABatas aurat wanita dengan lelakiSeperti yang telah kita sedia maklum, aurat perempuan kepada lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh, kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berpandukan kepada ayat Al-Quran surah An-Nur ayat 31, al-Ahzab ayat 53 dan 59 serta riwayat beberapa buah hadis.Firman ALLAH: Maksudnya:Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada. (An-Nur Ayat: 31)Firman ALLAH:Maksudnya:Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak perempuan kamu serta para isteri mukmin sekalian, hendaklah mereka menghulurkan JILBAB mereka keseluruhan tubuh badan mereka, kerana dengan itu mereka mudah untuk dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab ayat: 59) Hadis riwayat Abu Daud daripada saidatina Aisyah bahawa suatu hari kakaknya, Asma binti Abu Bakar datang menghadap Rasulullah SAW sedang ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu Rasulullah SAW terus berpaling mukanya dan bersabda, maksudnya:Wahai Asma, bila seseorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka (lelaki ajnabi) tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangan).

Batas aurat wanita menurut ulama mazhabTerdapat banyak pendapat tentang batas aurat wanita itu sendiri. Antara batas-batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa ulama mazhab ialah:1.Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh.Ertinya termasuk rambut, muka, kedua tapak tangan zahir dan batinnya, juga kedua tapak kakinya.Hukum ini berdasarkan hadis Nabi SAW, Maksudnya:Sesungguhnya wanita itu aurat.(Riwayat al-Bazar dan At-Tirmizi)2.Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita islam yang baik akhlak, batas auratnya ialah antara pusat dan lutut. Walau bagaimanapun bagi menjaga adab serta memperhalusi akhlak, ketika berhadapan dengan lelaki yang mahram dengannya, eloklah para wanita menjaga dan menutup auratnya selain dari pusat dan lutut, agar tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki tersebut walaupun mempunyai pertalian darah dengannya selain dapatmengelakkan daripada berlakunya fitnah serta gejala negatif seperti sumbang mahram dan lain-lain.

3.Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah akhlak, maka aurat wanita merdeka ialah seluruh badan kecuali anggota yang zahir ketika bekerja.Iaitu kepala, muka, leher dan dari dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kakinya.Selain itu diharamkan membukanya.4.Aurat wanita sahaya (hamba wanita). Kepada lelaki yang mahram dengannya dan semasa perempuan ialah antara pusat dan lutut.Dengan lelaki bukan mahram (ajnabi) dengannya ialah seluruh tubuh.Berikutnya diperjelaskan lagi beberapa pendapat ulama tentang batas-batas aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram).

1.Mazhab Syafie*Pendapat pertama: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh badan tanpa kecuali. Pendapat ini adalah yang paling sahih dalam Mazhab Syafie.*Pendapat kedua: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan yang boleh menimbulkan fitnah, maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Maksud dan takrif fitnah ialah: Apa yang lahir pada dirinya yang dengan melihatnya boleh menggerakkan nafsu syahwat.Demikian menurut As-Soheh iaitu pendapat yang kuat daripada sahabat-sahabat Imam Syafie.

2.Mazhab hambali:*Pendapat pertama: semua anggota badan wanita bagi lelaki ajnabi adalah aurat tanpa kecuali. Pendapat ini adalah sahih dan majoriti dalam mazhab Hambali.*Pendapat kedua: Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi ialah aurat, kecuali muka dan dua tapak tangan. Tapi jika mendedahkan boleh menimbulkan fitnah, maka ia wajib ditutup.

3.Mazhab Hanafi*Pendapat pertama: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh, kecuali muka dan dua tapak tangan. Walaubagaimanapun, jika timbul fitnah, wajib juga menutupnya.*Pendapat kedua: Seluruh anggota, kecuali muka dan dua tapak tangan hingga pergelangannya dan dua tapak kaki.

4.Mazhab Maliki: Bagi mazhab Maliki aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika timbul fitnah, maka wajiblah menutup seluruhnya.Secara keseluruhannya, empat mazhab utama dalam fiqh islam ialah mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi menetapkan bahawa aurat bagi lelaki ialah dari pusat hingga ke lutut manakala bagi wanita pula ialah keseluruhan tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan berdasarkan nas yang kuat dalam Al-Quran dan As- Sunnah.Golongan mahram dengan wanita1.Suami2.Bapa sendiri (bapa kandung)3.Bapa suami atau bapa mentua4.Anak lelaki5.Anak lelaki suaminya iaitu anak tiri atau anak isteri lain bagi suaminya (anak madunya atau anak bekas isteri suaminya bersama suaminya) sama ada isteri suaminya itu telah mati atau telah bercerai (masih hidup).Tapi bukan anakbekas isteri suaminya dengan suami lain yang dikahwinkan setelah bercerai dengan suaminya.6.Saudara lelaki iaitu adik atau abang kandung seibu dan sebapa atau seibu berlainan bapa atau sebapa berlainan ibu7.Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)8.Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)9.Wanita islam. Iaitu yang berakhlak 10.Hamba lelaki yang mereka miliki11.Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita12.Kanak-kanak lelaki (yang bukan muhram) yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz). Dalam ayat al-Quran di atas cuma disebut 12 golongan. Sementara 5 golongan lain lagi disebut oleh hadis. Mereka ialah:13. Anak lelaki susuan 14. Bapa susuan 15. Bapa saudara susuan, datuk susuan hingga ke atas. Dan anak saudara susuan hingga ke bawah 16. Menantu lelakiDibolehkan lelaki bukan mahram melihat aurat wanita1.Ketika hendak meminangKetika seseorang lelaki yang bukan mahram hendak meminang seorang wanita, Islam membolehkan melihat bahagian-bahagian tertentu yang tidak boleh dilihat pada waktu biasa tanpa ada hajat. Menurut dalam kitab fekah, bahawa harus bagi lelaki ajnabi yang halal bernikah dengan seseorang wanita itu melihatnya ketika ia berazam untuk meminangnya. Kadar sempadan aurat yang boleh dilihatnya ialah muka dan kedua tapak tangan (dari pergelangan tangan hingga ke jari)Bahkan ada sesetengah ulama berpendapat, hukum melihat untuk tujuan meminang adalah sunat pula, kerana bertujuan untuk menambatkan hati. Pendapat dan hukum itu berdasarkan hadis, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:Apabila seseorang (lelaki) itu hendak meminang seorang wanita, digalakkan ia melihatnya, sekiranya dengan melihat bertambah mendorongnya untuk berkahwin dengannya. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim) Sebuah hadis lain riwayat dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW pernah bertanya kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang wanita: adakah kamu telah melihatnya? Jawab lelaki itu: belum! Lalu Nabi SAW bersabda,Maksudnya: kamu pergilah kepadanya dan lihatlah dia (riwayat Imam Muslim)

Contoh Pakaian Menurut IslamLelaki1. Menutup seluruh aurat utama, diantara pusat dan lutut dan bahagian-bahagian anggota badan yang boleh mendatangkan aib badan dan lain-lain.2. Longgar, luas, dan tebal sehingga tidak dapat kelihatan bentuk dan bayangan tubuh badan.3. Lengan ( baju ) sempit dan panjang tidak melebihi pergelangan tangan. Tidak luas seperti pakaian tradisional bangsa cina ( baju opera)4. Tidak labuh sehingga melebihi buku lali 5. Tidak ada tali pinggang di bahagian luar.6. Bewarna gelap dan dan satu warna, tidak berwarna warni serta tidak bunga-bungaseperti pakaian dalam wanita dan tidak bercelorong-celoreng7. Tidak menyerupai pakaian dalam wanita.8. Tidak menyerupai pakain orang bukan islam dan pakaian rasmi agama lain.9. Bahagian kepala ditutup oleh penutup kepala seperti kopiah atau songkok atau serban atau sesuatu yang tidak menyerupai penutup kepala orang bukan islam10.Bahagian bawah dilapik oleh pelapik kaki seperti kasut, sepatu, selipar atau sandal dan lain-lain

Contoh Pakaian Wanita1. Menutup seluruh badan kecuali apa yang terdapat dalam syariat mengecualikannya2. labuh sehingga menutup kaki atau pakai stokin3. Tidak ada hiasan pada pakaian4. Kainnya tebal yang tidak tembus dipandang5. Tidak sempit sehingga terlihat bentuk tubuh badan6. Bewarna gelap, tidak berwarna-warni7. Tidak menyerupai pakaian lelaki8. Tidak menyerupai pakaian bukan islam9. Tidak mencolok mata 10.Tidak menyerupai pakaian pembesar jahiliah 11.Tidak mengenakan bau-bauan

RUMUSANTuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama? Jangan sampai suatu masa nanti anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita lakukan hari ini. SEKIAN

RUJUKAN

http://seindah-coretan.blogspot.com/2011/03/ikhtilat-pergaulan-bebas-antara-lelaki.html http://www.cicinta.com/2011/08/batasan-pergaulan-lelaki-wanita-bukan.html http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=1721&kategori=11 http://www.myilham.com/blog/2011/10/bolehkah-lelaki-dan-wanita-bersahabat/

LAMPIRAN