bantuan buku 1malaysia

3
Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) Di bawah projek ini, setiap pelajar di seluruh negara menerima baucar buku bernilai RM200. Antara 5.4 juta orang pelajar yang menikmati bantuan ini termasuk dari institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, kolej- kolej matrikulasi dan juga pelajar-pelajar Tingkatan 6. Inisiatif Kembali Ke Sekolah Inisiatif ini bertumpu kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Setiap pelajar di sekolah rendah dan menengah - dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 - menerima sebanyak RM100 sebelum berakhirnya semester pertama persekolahan. Lebih 5.3 juta pelajar telah mendapat faedah melalui bantuan ini. Selain itu, Kerajaan juga telah memansuhkan yuran sekolah, sekaligus membenarkan rakyat Malaysia menikmati pendidikan awam secara percuma buat pertama kalinya. Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) i-TR1M adalah program pembelajaran selepas waktu sekolah dengan menyediakan kelas bimbingan secara percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk mata pelajaran UPSR, PMR dan SPM secara online mahupun melalui cara konvensional. Program ini juga mensasarkan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran penting seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Projek ini dijangkakan dapat memupuk budaya belajar sendiri di kalangan para pelajar di samping mengajar untuk menjadi lebih berdikari di kemudian hari. Kaedah pembelajaran online yang digunakan di dalam program ini bertindak sebagai tambahan kepada apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Pembelajaran dan pencapaian para pelajar dapat diawasi dan diselia berdasarkan kepada laporan-laporan yang diperolehi melalui sistem tersebut. Projek ini telah dimulakan dengan 4,000 pelajar UPSR dan 5,300 pelajar PMR dan SPM di Selangor. Jumlah ini adalah dua kali ganda daripada jangkaan asal. Dana sebanyak RM2 juta telah ditambah untuk mencapai bilangan 200,000 pelajar di seluruh negara. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Upload: mohd-nasir-sopin

Post on 10-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)Di bawah projek ini, setiap pelajar di seluruh negara menerima baucar buku bernilai RM200. Antara 5.4 juta orang pelajar yang menikmati bantuan ini termasuk dari institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, kolej-kolej matrikulasi dan juga pelajar-pelajar Tingkatan 6.

Inisiatif Kembali Ke SekolahInisiatif ini bertumpu kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Setiap pelajar di sekolah rendah dan menengah - dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 - menerima sebanyak RM100 sebelum berakhirnya semester pertama persekolahan.Lebih 5.3 juta pelajar telah mendapat faedah melalui bantuan ini. Selain itu, Kerajaan juga telah memansuhkan yuran sekolah, sekaligus membenarkan rakyat Malaysia menikmati pendidikan awam secara percuma buat pertama kalinya.

Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M)i-TR1M adalah program pembelajaran selepas waktu sekolah dengan menyediakan kelas bimbingan secara percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk mata pelajaran UPSR, PMR dan SPM secara online mahupun melalui cara konvensional. Program ini juga mensasarkan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran penting seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Projek ini dijangkakan dapat memupuk budaya belajar sendiri di kalangan para pelajar di samping mengajar untuk menjadi lebih berdikari di kemudian hari.Kaedah pembelajaran online yang digunakan di dalam program ini bertindak sebagai tambahan kepada apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Pembelajaran dan pencapaian para pelajar dapat diawasi dan diselia berdasarkan kepada laporan-laporan yang diperolehi melalui sistem tersebut.Projek ini telah dimulakan dengan 4,000 pelajar UPSR dan 5,300 pelajar PMR dan SPM di Selangor. Jumlah ini adalah dua kali ganda daripada jangkaan asal. Dana sebanyak RM2 juta telah ditambah untuk mencapai bilangan 200,000 pelajar di seluruh negara.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)Di bawah program ini, kad diskaun diberi secara percuma khusus untuk pelajar-pelajar Malaysia di institusi-institusi pengajian tinggi yang sedang megikuti pengajian lebih daripada satu tahun bagi program sijil, diploma, ijazah dan ke atas. Para pelajar dapat menikmati potongan harga sebanyak lima peratus hingga 60 peratus untuk barangan dan perkhidmatan di lebih 2,600 premis perniagaan yang ditawarkan oleh 264 syarikat yang menyertainya. Barangan dan perkhidmatan yang dimaksudkan termasuk buku, alat tulis, pakaian sukan, pengangkutan, penginapan, makanan dan minuman, klinik kesihatan, bengkel automotif dan perkhidmatan rekreasi.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)Bantuan kewangan bernilai RM700 ini diberikan secara terus kepada rakyat Malaysia yang pendapatan isi rumahnya kurang daripada RM4,000 sebulan. Bayaran secara sekali (one-off) ini dilaksanakan sejak tahun 2012 dan telah memberi manfaat kepada 75 peratus daripada seluruh isi rumah di negara ini.Dalam perlaksanaan BR1M 2014 baru-baru ini, penerima bantuan ini turut menerima Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 dengan perlindungan minimum RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum RM30,000 bagi kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)Kira-kira 99 kedai seumpama ini telah dibuka di seluruh negara buat masa ini. Setiap kedai ini, yang berformatkan seperti pasar mini, menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan harian dengan harga yang rendah. KR1M sememangnya dapat mengurangkan beban rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar.Buat masa ini, terdapat lebih 250 barangan runcit dijual di KR1M dan kesemua barangan ini dibungkus dan dilabel dengan logo Kedai Rakyat 1Malaysia. Barangan runcit yang dijual di KR1M ini adalah 30 peratus hingga 50 peratus lebih murah berbanding kedai-kedai atau pasar raya yang lain.

Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)TUKAR adalah inisiatif yang bermatlamat untuk memodenkan kedai-kedai runcit tradisional sehingga mampu berdaya saing dalam persekitaran runcit dan citarasa pengguna yang kerap berubah agar dapat menarik minat pengguna.

Program 1AZAM (1AZAM)Program 1AZAM diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.