bantu mula luka

10
PENGENALAN Pada 29 Mac 2013 yang lalu, kita dikejutkan dengan berita kejadian menyanyat hati dimana dua pengguna Jalan Lapangan Terbang Subang telah mengalami kemalangan di tapak projek penyambungan laluan LRT di jalan tersebut. Lebih menyedihkan seorang antaranya maut ditempat kejadian manakala seorang lagi dilaporkan cedera parah apabila kenderaan mereka dihempap cerucuk bagi projek penyambungan jaluran LRT. LALUAN KECEMASAN : 3 penunggang motosikal, seorang pemandu kereta dan seorang Samarita terbunuh. KLANG: LIMA orang terbunuh dalam dua kemalangan berasingan yang berlaku selang beberapa minit antara satu sama lain yang melibatkan tiga motosikal dan dua buah kereta, dekat sini, awal pagi semalam. Kesemua lima mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian yang berlaku Tertera di atas adalah petikan berita daripada akhbar tempatan tentang kemalangan yang pernah berlaku di negara kita. Mungkin kita sendiri pernah menyaksikan kejadian- kejadian seperti itu atau pernah terlibat dengan kemalangan samada kecil atau pun besar. Didalam kehidupan seharian kecelakaan atau kecederaan kepada tubuh badan kerap berlaku. Seperti kata pepatah “malang tidak berbau” Kemalangan dan kecelakaan sememangnya suatu lumrah alam dan boleh terjadi dimana-mana sahaja seperti di jalan raya, tempat kerja, gelanggang permainan, tempat-tempat awam dan dalam rumah sendiri. Pepatah melayu ada berkata “ sediakan payung sebelum hujan” berdasarkan pepatah ini maka setiap individu perlu bersedia dan mempelajari ilmu dan kaedah bantu mula sekiranya berdepan dengan situasi yang memerlukan kita bertindak cepat

Upload: mykrullz

Post on 28-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

luka

TRANSCRIPT

Page 1: Bantu Mula Luka

PENGENALAN

Pada 29 Mac 2013 yang lalu, kita dikejutkan dengan berita kejadian menyanyat hati

dimana dua pengguna Jalan Lapangan Terbang Subang telah mengalami

kemalangan di tapak projek penyambungan laluan LRT di jalan tersebut. Lebih

menyedihkan seorang antaranya maut ditempat kejadian manakala seorang lagi

dilaporkan cedera parah apabila kenderaan mereka dihempap cerucuk bagi projek

penyambungan jaluran LRT.

LALUAN KECEMASAN : 3 penunggang motosikal, seorang pemandu kereta dan

seorang Samarita terbunuh. KLANG: LIMA orang terbunuh dalam dua kemalangan

berasingan yang berlaku selang beberapa minit antara satu sama lain yang

melibatkan tiga motosikal dan dua buah kereta, dekat sini, awal pagi semalam.

Kesemua lima mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian yang

berlaku

Tertera di atas adalah petikan berita daripada akhbar tempatan tentang

kemalangan yang pernah berlaku di negara kita. Mungkin kita sendiri pernah

menyaksikan kejadian-kejadian seperti itu atau pernah terlibat dengan kemalangan

samada kecil atau pun besar. Didalam kehidupan seharian kecelakaan atau

kecederaan kepada tubuh badan kerap berlaku. Seperti kata pepatah “malang tidak

berbau” Kemalangan dan kecelakaan sememangnya suatu lumrah alam dan boleh

terjadi dimana-mana sahaja seperti di jalan raya, tempat kerja, gelanggang

permainan, tempat-tempat awam dan dalam rumah sendiri. Pepatah melayu ada

berkata “ sediakan payung sebelum hujan” berdasarkan pepatah ini maka setiap

individu perlu bersedia dan mempelajari ilmu dan kaedah bantu mula sekiranya

berdepan dengan situasi yang memerlukan kita bertindak cepat dan betul. Oleh

yang demikian kita perlu mempelajari beberapa teknik untuk rawatan bantu mula

sekiranya berlaku kejadian yang melibatkan luka atau perdarahan.

1. APAKAH ‘ BANTU MULA ‘?

Istilah ‘Bantu mula’ mungkin asing dalam masyarakat kita.Tetapi bila disebut

‘pertolongan cemas’ semua orang faham dan mengerti. Mengikut Kamus Dewan

edisi ke bantu mula luka atau pertolongan cemas membawa maksud..........

Page 2: Bantu Mula Luka

Daripada segi istilah bantu mula luka bermaksud suatu rawatan awalan yang diberi

kepada pesakit sebagai usaha rawatan pertama (first aid) dalam keadaan

kecemasan yang kebiasaannya dikendalikan ditempat berlakunya kejadiaan

tersebut.

2. .OBJEKTIF BANTU MULA

Kemalangan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Sebarang tindakan

bantu mula mesti berpandukan situasi berkenaan.Bantu mula perlu diberi kepada

pesakit atau orang yang tercedera secepat mungkin bertujuan untuk :

a) Menyelamat nyawa mangsa yang terlibat.

Keadaan mungkin berlaku dimana nyawa mangsa terancam seperti

pernafasan tersumbat, kelemasan dalam air, kejutan eletrik, luka yang

berdarah.Jika bantuan dilengahkan kemungkinan besar pesakit akan

menemui ajal.

b) Mengelakkan kecederaan yang lebih serius kepada mangsa.

Mangsa yang mengalami kecederaan jika tidak dibantu mungkin akan

menyebabkan kecederaan yang lebih teruk. Contohnya jika mangsa

mengalami perdarahan, individu tersebut perlu diberi bantu mula kerana

kelewatan berbuat demikian akan menyebabkan mangsa kehilangan banyak

darah.

c) Membantu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh mangsa.

Rawatan bantu mula yang diberi kepada mangsa dapat mengurangkan

kesakitan sementara menunggu rawatan seterusnya oleh pihak perubatan.

Disamping itu ianya dapat mengurangkan tekanan emosi kepada mangsa

yang terlibat.

d) Menyediakan mangsa ke hospital berdekatan

Bantu mula yang diberi kepada mangsa boleh mengelak kecederaan yang

lebih serius dan memudahkan rawatan susulan oleh pihak hospital.

Contohnya sebarang luka yang dibalut dengan sempurna dapat mengelak

Page 3: Bantu Mula Luka

jangkitan kuman. Rawatan selanjutnya menjadi lebih mudah dan

kecederaannya cepat sembuh.

3. DEFINISI LUKA

Luka bermaksud kecederaan kepada tisu kulit disebabkan oleh benda-benda tajam

atau tumpul.

4. JENIS-JENIS LUKA

4.1.Luka Terbuka

Kecederaan kepada tisu kulit dimana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat

dilihat daripada luar dan terdapat perdarahan yang keluar ke kulit.

4.1.1 Contoh Luka Terbuka

4.1.1.1 Luka Terhiris

Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau atau kaca. Luka senang dirawat

tetapi perdarahan yang banyak mungkin berlaku semasa kejadian kerana

saluran darah telah terpotong.

Rajah 1: Gambar menunjukkan luka terhiris.

4.1.1.2 Luka Terkoyak

Berlaku koyakan tisu akibat terkena objek seperti kawat berduri atau

kompenan jentera yang mengakibatkan berlaku koyakan tisu yang teruk.

Walau bagaimanapun darah yang keluar tidak banyak berbanding luka

terhiris.

Page 4: Bantu Mula Luka

Rajah 2 : Gambar menunjukkan luka terkoyak.

4.1.1.3 Luka Tikaman

Luka tikaman mempunyai liang yang kecil tetapi dalam. Luka tikaman

terjadi disebabkan oleh tertikam objek tajam seperti paku dan jarum. Oleh

kerana lukanya dalam, kotoran dan kuman mudah meresap jauh ke dalam

tubuh dan risiko jangkitan kuman adalah terlalu tinggi.

Rajah 3 : Gambar menunjukkan luka tikaman.

4.1.1.4 Luka Tembakan

Luka tembakan terjadi akibat terkena peluru senjata api. Kesan luka

kelihatan kecil ditempat terkena tembakan (tembusan) tetapi lukanya

meluas diruang keluar. Peluru yang tidak keluar daripada badan boleh

mengakibatkan kecederaan dalaman yang teruk.

Page 5: Bantu Mula Luka

4.2 Luka Tertutup

Luka tertutup bermaksud kecederaan kepada tisu di bawah kulit dimana

kesinambungan kulit tidak terganggu.Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.

Pendarahan hanya berlaku di dalam tubuh dan boleh menyebabkan kesakitan dan

renjatan. Kadang-kala darah mungkin keluar melalui hidung, mulut, telinga, najis, air

kencing atau pun muntah. Kadang-kala kelihatan lebam dan ada kalanya tanda

luaran langsung tidak kelihatan.

4.2.1 Contoh Luka Tertutup

4.2.1.1 Kontuse

Luka jenis ini terjadi kesan daripada pukulan yang kuat. Perdarahan biasanya

berlaku di bawah kulit.

4.2.1.2 Haematoma

Berdarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru kehitaman.

4.3Perdarahan

Perdarahan bermaksud terkeluarnya darah daripada system peredarannya

atau tercederanya sistem edaran. Apabila berlaku kelukaan dan pembuluh darah

terputus akan menyebabkan perdarahan. Perdarahan berpunca daripada arteri,

kapilari atau pun vena dan mempunyai cirri-ciri tersendiri.

Dalam perdarahan arteri, kebiasaannya darah memancut dan berwarna

kemerahan kerana masih padat dengan kandungan oksigennya. Manakala

dalam kes perdarahan kapilari, darah akan mengalir perlahan dan warnanya

masih kemerahan. Perdarahan inilah yang kerap terjadi kepada luka-luka ringan.

Sementara dalam kes perdarahan vena pula, darah mengalir perlahan. Tetapi

darah akan keluar dengan banyak jika vena besar yang terputus. Warna darah

adalah kebiruan kerana kandungan oksigennya telah berkurangan.

Page 6: Bantu Mula Luka

4.4Klasifikasi Perdarahan

4.3.1 Perdarahan eksternal

Perdarahan eksternal berlaku apabila luka itu dapat dilihat dengan

nyata seperti kulit terhiris atau terkoyak, luka di dalam mulut dan

dibahagian luar tubuh badan.Keparahan perdarahan senang diagak dan

kebiasaannya kawalannya mudah dilakukan.

4.3.2 Perdarahan internal

Perdarahan internal berlaku akibat kecederaan organ-organ dalaman.

Perdarahan internal terbahagi kepada dua jenis iaitu yang dapat dikesan

atau tidak dapat dikesan. Kes-kes perdarahan internal yang dapat dilihat

ialah perdarahan diperut, perdarahan paru-paru atau saluran pernafasan,

perdarahan rahim atau vagina,perdarahan buah pinggang dan perdarahan

pada dasar tengkorak.

Perdarahan internal tanpa kesan berlaku apabila limpa atau hati

pecah. Darah sebenarnya tumpah ke dalam ruang abdomen. Begitu juga

perdarahan didalam otak di mana darah akan bertakung dalam tempurung

tengkorak. Sekiranya tulang-tulang besar yang patah darah akan tumpah

dalam tisu-tisu sekitarnya.

5.TATACARA RAWATAN UNTUK LUKA

Perdarahan yang berlaku sama ada perdarahan eksternal atau internal

memang mengerikan sama ada kepada pesakit atau orang yang

melihatnya.Terdapat beberapa cara untuk rawatan bantu mula luka yang boleh

dipraktikkan. Antaranya ialah:

5.1 Penekanan langsung.

Kaedah ini merupakan cara paling berkesan untuk menghentikan perdarahan.

Tekanan perlu dibuat secara langsung ketempat luka. Dalam keadaan terdesak kita

boleh menggunakan tangan untuk menekan tempat luka. Penekanan hendaklah

dikekalkan selama 10 hingga 15 minit sehingga darah berhenti.

Page 7: Bantu Mula Luka

Rajah 4 : Gambar menunjukkan cara tekanan secara langsung

5.2 Penekanan tidak langsung.

Page 8: Bantu Mula Luka