bandar selesa didiami, tanah air disayangi - gov.sg/media/gov/files/media/20140522_bh... · nya...

1
PENDAFTARAN bagi Forum Kesihatan anjuran Beri- ta Harian (BH) dengan kerjasama Hospital Tan Tock Seng (TTSH) kini ditutup. Ini menyusuli sambutan hangat yang diterima daripa- da pembaca BH dengan lebih 200 pendaftaran menerusi e-mel. Forum kesihatan itu akan diadakan Ahad ini di TTSH. Peserta yang telah mendaftar akan menerima e-mel daripada BH sebagai pengesahan pendaftaran. Para peserta hanya perlu datang dengan membawa kad pengenalan sebagai bukti pendaftaran. Pendaftaran bagi forum tersebut akan berlangsung pa- da 1.15 petang kerana acara bermula pada 2 petang. Jamuan ringan dan beg cenderahati turut disediakan. Ini kali kedua BH menganjurkan Forum Kesihatan. Forum kali ini bakal mengetengahkan tiga pakar peru- batan. Pakar daripada TTSH, Dr Dewi Norwani Basir, dari- pada Jabatan Gastroenterologi, akan berkongsi penge- tahuan tentang pentingnya melakukan pengesanan awal barah usus besar. Dr Melanie Seah, juga daripada TTSH, akan memben- tangkan pentingnya menjalani pemeriksaan awal buah dada. Doktor keluarga daripada Banyan Clinic, Dr Elly Sab- rina, akan bercakap tentang cara mengurangkan risiko kesihatan dan kepentingan mengamalkan “cegah sebe- lum parah”. Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Penga- ngkutan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibra- him, akan tampil mengulas mengenai peri pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan penya- kit. Selain itu, pemeriksaan mata, gigi serta analisis kesiha- tan dan penilaian perubatan tradisional Cina turut disedi- akan secara percuma bagi para peserta. Tiada bayaran dikenakan bagi forum tersebut. Bagi mendapatkan maklumat mengenai acara me- narik yang dianjurkan akhbar ini di masa depan, ‘Like’ kami di Facebook.com/BeritaHarianSG. KEMENTERIAN Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) akan memberi penekanan kepa- da empat bidang apabila ia menyemak Pelan Singapura yang Berkekalan (SSB) tahun ini. Menurut Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan, dalam aden- dumnya kepada Amanat Presiden yang dike- luarkan semalam, pelan tersebut akan merangkakan visi dan strategi bagi pemba- ngunan berkekalan Singapura dalam dua de- kad mendatang. Pertama ialah memastikan sekitaran ber- sih yang menyediakan penduduk Singapura mutu kehidupan yang tinggi. MEWR antara lain akan menggalak dan memupuk kehidupan berkekalan dengan menyelaraskan pengamalan mesra alam oleh pihak individu, keluarga dan korporat. Ini termasuk meningkatkan prasarana ki- tar semula di bangunan perumahan baru dan sedia ada bagi meningkatkan kadar kitar semula dan memanjangkan tempoh hayat ka- wasan kambus abu sampah di Semakau. Kedua, MEWR akan membangunkan prasarana lebih awal daripada tuntutan bagi menyokong pengembangan ekonomi, dan meningkatkan daya tahan terhadap peruba- han iklim. Pelaburan seperti Fasa Kedua Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) dan Kemudahan Pengurusan Sampah Bersepadu (IWMF) di Tuas akan memastikan kapasiti- nya cukup bagi keperluan negara. Bidang ketiga ialah mencapai ekonomi yang lebih mesra alam dan lebih tumpuan akan diberikan dalam SSB baru mengenai hal ini. Antara lain, MEWR akan meningkatkan usaha bagi bekerjasama dengan pihak syarikat dan industri demi meningkatkan ke- berkesanan sumber mereka dan mengamal- kan amalan terbaik. MEWR akan juga meningkatkan kemahi- ran dan keupayaan serta melabur ke dalam penyelidikan dan pengembangan teknologi baru bagi mencapai objektif sekitarannya. Bidang keempat ialah pengiktirafan baha- wa perlindungan kepada sekitaran merupa- kan tanggungjawab bersama dan pemerin- tah akan memberi tumpuan kepada usaha menggalak dan memupuk perlakuan pro- sosial dan prosekitaran dengan menyokong lebih banyak inisiatif yang dijalankan masyarakat. Pemerintah juga akan mengkaji cara memperkasakan relawan dengan menjadi- kan mereka penggalak kebersihan awam dan mengawasi laluan air di sini. Semakan kepada SSB itu akan selesai akhir tahun ini. EHISHAM HASIM [email protected] SATU keutamaan pemerintah ialah terus meningkatkan dan mengubah perumahan awam Singapura. Menerusi Program Peningkatan Rumah (HIP), Kementerian Pembangunan Negara (MND) akan melaksanakan projek pemuga- ran ke atas estet HDB lama – merangkumi 100,000 flat dalam tempoh tiga tahun men- datang. Selain itu, MND juga berhasrat memban- tu pasangan dan ibu bapa mereka tinggal ber- sama atau berdekatan, agar mereka dapat menjaga satu sama lain dan memberikan sokongan. Pemerintah juga akan memastikan kedia- man dan estet HDB mesra warga tua, dan meningkatkan kemudahan bagi golongan tersebut. Pelan tersebut sebahagian daripada usaha pemerintah membangunkan sebuah bandar yang selesa didiami, dan tanah air yang disayangi. Ia juga merupakan tema yang terkandung di dalam Adendum kepada Amanat Presiden yang didedahkan kepada media se- malam. Penduduk Singapura bakal menikmati lebih banyak taman, terusan air dan kemuda- han budaya serta sukan. Pemerintah akan meluaskan rangkaian penghubung taman (PCN) dan membina La- luan Sekeliling Pulau – iaitu sebuah koridor riadah sepanjang 150 kilometer yang meng- hubungkan penduduk Singapura kepada taman dan tempat menarik di serata pulau. Matlamat Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) ialah agar hampir kesemua penduduk Singapura ting- gal dalam lingkungan 400 meter daripada se- buah taman; berada dalam lingkungan 10 minit perjalanan kaki ke sebuah kemudahan sukan dan riadah; dan permudahkan akses kepada pusat seni dan budaya serta warisan setempat. MND juga akan menyokong inisiatif yang dijalankan penduduk bagi menjadi pe- mangkin kepada ikatan dan perhubungan so- sial. MND akan memulihara bangunan dan tempat istimewa yang mempunyai kepenti- ngan sejarah dan seni bina serta ingatan sosial yang kuat. Dalam usaha mewujudkan bandar yang selesa didiami, pemerintah akan membuat banyak pelaburan bagi menambah kapasiti sistem pengangkutan awam dan meningkat- kan mutu perkhidmatan. Dalam tempoh tiga tahun akan datang Ke- menterian Pengangkutan (MOT) akan me- nambah laluan baru bagi meningkatkan rang- kaian rel negara sebanyak 25 peratus. MOT akan meningkatkan sistem isyarat bagi laluan lama beroperasi pada waktu yang lebih singkat dan menambah lagi 83 kereta api agar memendekkan waktu menunggu. Pada masa yang sama, ia akan memban- gunkan kepelbagaian kepada pilihan penga- ngkutan. Ini termasuk membina laluan berjalan ka- ki tertutup serta rangkaian laluan berbasikal serata pulau sepanjang lebih 700 kilometer. Pemerintah juga akan menggalakkan cara alternatif kepada pemilikan kenderaan – seperti skim perkongsian kereta bagi me- menuhi keperluan golongan yang memerlu- kan kenderaan pada sesuatu masa – dan menjadikan bandar ini di mana pemilikan se- buah kereta bukan menjadi satu keperluan. Pemerintah akan memanfaatkan teknolo- gi baru, termasuk penderia seperti kamera video; rangkaian fiber dan tanpa wayar; teknologi robotik seperti kenderaan tanpa pemandu, dan penduduk menggunakan tele- fon bijak, bagi menjadikan Singapura Nega- ra Bijak. Ia bagi mewujudkan kehidupan bandar lebih selesa dan menghijau, perkhidmatan awam lebih berkesan dan lebih banyak pelu- ang bagi perhubungan penduduk. Pendaftaran Forum Kesihatan BH sudah ditutup Strategi bagi pembangunan berkekalan S’pura Bandar selesa didiami, Tanah Air Disayangi KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN (MCI) E Bangunkan Pelan Induk Infokom Media bagi menjadikan Singapura sebuah Negara Bijak yang menerajui dunia dalam memanfaatkan potensi infokom dan media dan memupuk bakat inovatif dan keusahawanan. Idea awal Pelan Induk termasuk Rangkaian Beraneka yang memanfaatkan rangkaian penderiaan serata negara. E Membangunkan pelan induk baru bagi Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Arkib Negara dengan fokus kuat kepada penghasilan kandungan Singapura. a) Membangunkan sebuah koleksi fizikal dan digital kesemua kandungan mengenai Singapura, menerusi pemerolehan dan hubungan dengan institusi lain. b) Bekerjasama dengan masyarakat agar warga Singapura mampu menyumbang kepada salinan dan dokumentasi koleksi. c) Meluaskan kerjasama dengan pengkaji dan penerbit media bagi memanfaatkan koleksi dan arkib sebagai sumber mereka. KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA (MCCY) E Menambah sokongan bagi kumpulan kesenian dan artis, memudahkan akses kepada ruangan seni pementasan dan membuka pintu kepada artis setempat mempamerkan hasil kerja mereka di pentas dunia. E Membangun dan meningkatkan prasarana kebudayaan setempat. a) Galeri Nasional baru bagi kesenian moden dan visual. b) Pusat Warisan India baru di Little India c) Meningkatkan Muzium Negara dan Muzium Tamadun Asia. d) Menaiktarafkan Panggung dan Dewan Konsert Victoria, dan Esplanade. E Menubuhkan Amanah Seni Awam bagi mengisi ruang awam dengan hasil seni. E Membentuk rangkaian pusat kebudayaan dan kesenian masyarakat, muzium dan galeri masyarakat, dan jejak warisan. E Membentuk rangkaian kemudahan sukan baru di bawah Pelan Induk Kemudahan Sukan. Kemudahan sukan akan disediakan dalam jarak 10 minit perjalanan daripada kebanyakan rumah. KEMENTERIAN UNDANG-UNDANG (MINLAW) E Memaksimumkan potensi tanah negara dan hartanah negara bagi membantu mencapai objektif sosial dan ekonomi Singapura. Kelompok hartanah akan dibangunkan bagi memenuhi keperluan sektor yang kurang bertenaga dalam ekonomi. Lebih fleksibiliti kepada hak akan diperkenalkan, selain menyokong penggunaan yang inovatif. E Menyemak rangka kerja perundangan bagi membantu pembangunan ruang bawah tanah dan meningkatkan proses pemerolehan tanah bagi mengurangkan kesan ke atas pemilik tanah yang terjejas. E SLA akan mengetuai usaha pemerintah membangunkan peta nasional tiga dimensi dengan resolusi tinggi bagi meningkatkan perancangan bandar, kawalan banjir, kawalan penerbangan awam dan kegunaan lain. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MOT) E Meluaskan, meningkat dan memaksimumkan sistem rel bagi mengelak kesesakan. a) Dalam tiga tahun mendatang, laluan baru dan peluasan kepada laluan ada kini akan dibuka, dengan sambungan Laluan Utara-Selatan pada 2014, sambungan laluan Tuas West pada 2016, dan Laluan Downtown sepanjang 42 kilometer dibuka sepenuhnya pada 2017. Ini akan meluaskan rangkaian rel sebanyak sekitar 25 peratus. b) Selesaikan kerja peningkatan besar kepada trek dan kereta api, termasuk peningkatan kepada sistem isyarat bagi laluan lama agar lebih banyak kereta api bergerak dengan lebih kerap, dan menambah lagi 83 kereta api bagi mengurangkan masa menunggu dan kesesakan. E Meningkat insentif menggalak penumpang memanfaatkan pengangkutan awam semasa tempoh kurang sibuk dan memaksimumkan kapasiti sistem pengangkutan. E Meningkatkan pemadanan kepada permintaan dan bekalan teksi. Memastikan lebih banyak teksi beroperasi bagi memenuhi permintaan penumpang dan membolehkan pemadanan permintaan dan bekalan teksi lebih baik menerusi maklumat lebih baik kepada penumpang dan pemandu dengan memanfaatkan teknologi. E Membangunkan pilihan pengangkutan yang beraneka a) Membina lebih 200 kilometer laluan berjalan kaki bertutup mulai tahun ini. b) Laluan basikal serata negara yang komprehensif sejauh 700 kilometer. c) Lebih sokongan kepada cara alternatif memilik kereta, seperti berkongsi kereta. E Memastikan kenderaan kurang mencemarkan sekitaran. Rakan industri bagi menguji penggunaan kenderaan elektrik dalam skala yang besar dan mengkaji kemungkinan menggunakan bas awam berkuasa hibrid diesel. PEJABAT PERDANA MENTERI (SEKRETARIAT PERUBAHAN IKLIM NASIONAL) E Menyokong usaha global tentang perubahan iklim menerusi Rangka Kerja Konvensyen mengenai Perubahan Iklim PBB. PEJABAT PERDANA MENTERI (DIVISYEN KEPENDUDUKAN DAN BAKAT NASIONAL) E Terus menyokong aspirasi warga Singapura berkahwin dan mempunyai anak. E Terus menyelaras dan membangun dasar yang holistik dan seimbang di kesemua agensi pemerintah bagi jumlah penduduk yang berkekalan. E Terus berhubungan dengan rakyat Singapura di luar negara. E Teruskan pendekatan berhati-hati dalam penerimaan warga baru yang komited terhadap Singapura, yang sanggup menyumbang dan berkongsi nilai kita. E Terus membantu warga baru berintegrasi dengan lebih baik ke dalam masyarakat, dan pada masa yang sama meluaskan dan mendalamkan pemahaman dan penerimaan bersama antara warga asing dengan rakyat Singapura. INISIATIF PEMERINTAH Forum Kesihatan 2014 Dua jenis barah kerap dihidapi pesakit Melayu (Ceramah dalam bahasa Melayu) Kenali Barah Usus Besar & Buah Dada serta Kurangi Risiko Kesihatan Berita Harian Dibawakan Dengan kerjasama Penceramah Turut hadir Dr Dewi Norwani Basir dari Jabatan Gastroenterologi,TTSH Topik: Cara mengelakkan diri dari menghidapi barah usus besar melalui pengesanan awal Dr Melanie Seah, Konsultan Khidmat Buah Dada, Jabatan Pembedahan Am,TTSH Topik: Perkembangan barah buah dada, risiko dan cara menguruskannya Dr Elly Sabrina, doktor keluarga dari Banyan Clinic Pte Ltd Topik: Cegah sebelum parah, kurangi risiko kesihatan Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Pengangkutan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim Beliau akan mengulas peri penting mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan penyakit Masa: 2 petang Tempat: Theatrette, Hospital Tan Tock Seng Tarikh: Ahad, 25 Mei 2014 MENINGKATKAN PERUMAHAN AWAM: Matlamat pemerintah agar Singapura menjadi bandar yang selesa didiami dan tanah air yang disayangi. – Foto HDB ADENDUM AMANAT PRESIDEN 8 Berita Harian | Khamis, 22 Mei 2014 Wacana PANDANGAN

Upload: ngotu

Post on 09-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bandar selesa didiami, Tanah Air Disayangi - gov.sg/media/gov/files/media/20140522_bh... · nya cukup bagi keperluan negara. ... Pemerintah juga akan mengkaji cara ... MND akan memulihara

PENDAFTARAN bagi Forum Kesihatan anjuran Beri-ta Harian (BH) dengan kerjasama Hospital Tan TockSeng (TTSH) kini ditutup.

Ini menyusuli sambutan hangat yang diterima daripa-da pembaca BH dengan lebih 200 pendaftaran menerusie-mel. Forum kesihatan itu akan diadakan Ahad ini diTTSH.

Peserta yang telah mendaftar akan menerima e-meldaripada BH sebagai pengesahan pendaftaran.

Para peserta hanya perlu datang dengan membawa

kad pengenalan sebagai bukti pendaftaran.Pendaftaran bagi forum tersebut akan berlangsung pa-

da 1.15 petang kerana acara bermula pada 2 petang.Jamuan ringan dan beg cenderahati turut disediakan.Ini kali kedua BH menganjurkan Forum Kesihatan.Forum kali ini bakal mengetengahkan tiga pakar peru-

batan.Pakar daripada TTSH, Dr Dewi Norwani Basir, dari-

pada Jabatan Gastroenterologi, akan berkongsi penge-tahuan tentang pentingnya melakukan pengesanan awal

barah usus besar.Dr Melanie Seah, juga daripada TTSH, akan memben-

tangkan pentingnya menjalani pemeriksaan awal buahdada.

Doktor keluarga daripada Banyan Clinic, Dr Elly Sab-rina, akan bercakap tentang cara mengurangkan risikokesihatan dan kepentingan mengamalkan “cegah sebe-lum parah”.

Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Penga-ngkutan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibra-

him, akan tampil mengulas mengenai peri pentingnyamengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan penya-kit.

Selain itu, pemeriksaan mata, gigi serta analisis kesiha-tan dan penilaian perubatan tradisional Cina turut disedi-akan secara percuma bagi para peserta.

Tiada bayaran dikenakan bagi forum tersebut.Bagi mendapatkan maklumat mengenai acara me-

narik yang dianjurkan akhbar ini di masa depan, ‘Like’kami di Facebook.com/BeritaHarianSG.

KEMENTERIAN Sekitaran dan SumberAir (MEWR) akan memberi penekanan kepa-da empat bidang apabila ia menyemak PelanSingapura yang Berkekalan (SSB) tahun ini.

Menurut Menteri Sekitaran dan SumberAir, Dr Vivian Balakrishnan, dalam aden-dumnya kepada Amanat Presiden yang dike-luarkan semalam, pelan tersebut akanmerangkakan visi dan strategi bagi pemba-ngunan berkekalan Singapura dalam dua de-kad mendatang.

Pertama ialah memastikan sekitaran ber-sih yang menyediakan penduduk Singapuramutu kehidupan yang tinggi.

MEWR antara lain akan menggalak danmemupuk kehidupan berkekalan denganmenyelaraskan pengamalan mesra alamoleh pihak individu, keluarga dan korporat.

Ini termasuk meningkatkan prasarana ki-tar semula di bangunan perumahan baru dan

sedia ada bagi meningkatkan kadar kitarsemula dan memanjangkan tempoh hayat ka-wasan kambus abu sampah di Semakau.

Kedua, MEWR akan membangunkanprasarana lebih awal daripada tuntutan bagimenyokong pengembangan ekonomi, danmeningkatkan daya tahan terhadap peruba-han iklim.

Pelaburan seperti Fasa Kedua SistemPembetungan Terowong Dalam (DTSS) danKemudahan Pengurusan Sampah Bersepadu(IWMF) di Tuas akan memastikan kapasiti-nya cukup bagi keperluan negara.

Bidang ketiga ialah mencapai ekonomiyang lebih mesra alam dan lebih tumpuanakan diberikan dalam SSB baru mengenaihal ini.

Antara lain, MEWR akan meningkatkanusaha bagi bekerjasama dengan pihaksyarikat dan industri demi meningkatkan ke-

berkesanan sumber mereka dan mengamal-kan amalan terbaik.

MEWR akan juga meningkatkan kemahi-ran dan keupayaan serta melabur ke dalampenyelidikan dan pengembangan teknologibaru bagi mencapai objektif sekitarannya.

Bidang keempat ialah pengiktirafan baha-wa perlindungan kepada sekitaran merupa-kan tanggungjawab bersama dan pemerin-tah akan memberi tumpuan kepada usahamenggalak dan memupuk perlakuan pro-sosial dan prosekitaran dengan menyokonglebih banyak inisiatif yang dijalankanmasyarakat.

Pemerintah juga akan mengkaji caramemperkasakan relawan dengan menjadi-kan mereka penggalak kebersihan awamdan mengawasi laluan air di sini.

Semakan kepada SSB itu akan selesaiakhir tahun ini.

EHISHAM HASIM

[email protected]

SATU keutamaan pemerintah ialah terusmeningkatkan dan mengubah perumahanawam Singapura.

Menerusi Program Peningkatan Rumah(HIP), Kementerian Pembangunan Negara(MND) akan melaksanakan projek pemuga-ran ke atas estet HDB lama – merangkumi100,000 flat dalam tempoh tiga tahun men-datang.

Selain itu, MND juga berhasrat memban-tu pasangan dan ibu bapa mereka tinggal ber-sama atau berdekatan, agar mereka dapatmenjaga satu sama lain dan memberikansokongan.

Pemerintah juga akan memastikan kedia-man dan estet HDB mesra warga tua, danmeningkatkan kemudahan bagi golongantersebut.

Pelan tersebut sebahagian daripada usahapemerintah membangunkan sebuah bandaryang selesa didiami, dan tanah air yangdisayangi.

Ia juga merupakan tema yang terkandungdi dalam Adendum kepada AmanatPresiden yang didedahkan kepada media se-malam.

Penduduk Singapura bakal menikmatilebih banyak taman, terusan air dan kemuda-han budaya serta sukan.

Pemerintah akan meluaskan rangkaianpenghubung taman (PCN) dan membina La-luan Sekeliling Pulau – iaitu sebuah koridorriadah sepanjang 150 kilometer yang meng-hubungkan penduduk Singapura kepadataman dan tempat menarik di serata pulau.

Matlamat Kementerian Kebudayaan,Masyarakat dan Belia (MCCY) ialah agarhampir kesemua penduduk Singapura ting-gal dalam lingkungan 400 meter daripada se-buah taman; berada dalam lingkungan 10minit perjalanan kaki ke sebuah kemudahansukan dan riadah; dan permudahkan akseskepada pusat seni dan budaya serta warisansetempat.

MND juga akan menyokong inisiatif yangdijalankan penduduk bagi menjadi pe-mangkin kepada ikatan dan perhubungan so-sial.

MND akan memulihara bangunan dantempat istimewa yang mempunyai kepenti-ngan sejarah dan seni bina serta ingatansosial yang kuat.

Dalam usaha mewujudkan bandar yang

selesa didiami, pemerintah akan membuatbanyak pelaburan bagi menambah kapasitisistem pengangkutan awam dan meningkat-kan mutu perkhidmatan.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang Ke-menterian Pengangkutan (MOT) akan me-nambah laluan baru bagi meningkatkan rang-kaian rel negara sebanyak 25 peratus.

MOT akan meningkatkan sistem isyaratbagi laluan lama beroperasi pada waktuyang lebih singkat dan menambah lagi 83kereta api agar memendekkan waktumenunggu.

Pada masa yang sama, ia akan memban-gunkan kepelbagaian kepada pilihan penga-ngkutan.

Ini termasuk membina laluan berjalan ka-ki tertutup serta rangkaian laluan berbasikalserata pulau sepanjang lebih 700 kilometer.

Pemerintah juga akan menggalakkancara alternatif kepada pemilikan kenderaan– seperti skim perkongsian kereta bagi me-menuhi keperluan golongan yang memerlu-kan kenderaan pada sesuatu masa – danmenjadikan bandar ini di mana pemilikan se-buah kereta bukan menjadi satu keperluan.

Pemerintah akan memanfaatkan teknolo-gi baru, termasuk penderia seperti kameravideo; rangkaian fiber dan tanpa wayar;teknologi robotik seperti kenderaan tanpapemandu, dan penduduk menggunakan tele-fon bijak, bagi menjadikan Singapura Nega-ra Bijak.

Ia bagi mewujudkan kehidupan bandarlebih selesa dan menghijau, perkhidmatanawam lebih berkesan dan lebih banyak pelu-ang bagi perhubungan penduduk.

Pendaftaran Forum Kesihatan BH sudah ditutup

Strategi bagi pembangunan berkekalan S’pura

Bandar selesa didiami, Tanah Air Disayangi

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN (MCI)

E Bangunkan Pelan Induk Infokom Media bagi menjadikan Singapura sebuah NegaraBijak yang menerajui dunia dalam memanfaatkan potensi infokom dan media danmemupuk bakat inovatif dan keusahawanan. Idea awal Pelan Induk termasukRangkaian Beraneka yang memanfaatkan rangkaian penderiaan serata negara.E Membangunkan pelan induk baru bagi Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) danArkib Negara dengan fokus kuat kepada penghasilan kandungan Singapura.a) Membangunkan sebuah koleksi fizikal dan digital kesemua kandungan mengenaiSingapura, menerusi pemerolehan dan hubungan dengan institusi lain.b) Bekerjasama dengan masyarakat agar warga Singapura mampu menyumbangkepada salinan dan dokumentasi koleksi.c) Meluaskan kerjasama dengan pengkaji dan penerbit media bagi memanfaatkankoleksi dan arkib sebagai sumber mereka.

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA (MCCY)

E Menambah sokongan bagi kumpulan kesenian dan artis, memudahkan akseskepada ruangan seni pementasan dan membuka pintu kepada artis setempatmempamerkan hasil kerja mereka di pentas dunia.E Membangun dan meningkatkan prasarana kebudayaan setempat.a) Galeri Nasional baru bagi kesenian moden dan visual.b) Pusat Warisan India baru di Little Indiac) Meningkatkan Muzium Negara dan Muzium Tamadun Asia.d) Menaiktarafkan Panggung dan Dewan Konsert Victoria, dan Esplanade.E Menubuhkan Amanah Seni Awam bagi mengisi ruang awam dengan hasil seni.E Membentuk rangkaian pusat kebudayaan dan kesenian masyarakat, muzium dangaleri masyarakat, dan jejak warisan.E Membentuk rangkaian kemudahan sukan baru di bawah Pelan Induk KemudahanSukan. Kemudahan sukan akan disediakan dalam jarak 10 minit perjalanan daripadakebanyakan rumah.

KEMENTERIAN UNDANG-UNDANG (MINLAW)

E Memaksimumkan potensi tanah negara dan hartanah negara bagi membantumencapai objektif sosial dan ekonomi Singapura. Kelompok hartanah akandibangunkan bagi memenuhi keperluan sektor yang kurang bertenaga dalamekonomi. Lebih fleksibiliti kepada hak akan diperkenalkan, selain menyokongpenggunaan yang inovatif.E Menyemak rangka kerja perundangan bagi membantu pembangunan ruang bawahtanah dan meningkatkan proses pemerolehan tanah bagi mengurangkan kesan ke ataspemilik tanah yang terjejas.E SLA akan mengetuai usaha pemerintah membangunkan peta nasional tiga dimensidengan resolusi tinggi bagi meningkatkan perancangan bandar, kawalan banjir,kawalan penerbangan awam dan kegunaan lain.

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MOT)

E Meluaskan, meningkat dan memaksimumkan sistem rel bagi mengelak kesesakan.a) Dalam tiga tahun mendatang, laluan baru dan peluasan kepada laluan ada kiniakan dibuka, dengan sambungan Laluan Utara-Selatan pada 2014, sambungan laluanTuas West pada 2016, dan Laluan Downtown sepanjang 42 kilometer dibukasepenuhnya pada 2017. Ini akan meluaskan rangkaian rel sebanyak sekitar 25

peratus.b) Selesaikan kerja peningkatan besar kepada trek dan kereta api, termasukpeningkatan kepada sistem isyarat bagi laluan lama agar lebih banyak kereta apibergerak dengan lebih kerap, dan menambah lagi 83 kereta api bagi mengurangkanmasa menunggu dan kesesakan.E Meningkat insentif menggalak penumpang memanfaatkan pengangkutan awamsemasa tempoh kurang sibuk dan memaksimumkan kapasiti sistem pengangkutan.E Meningkatkan pemadanan kepada permintaan dan bekalan teksi. Memastikanlebih banyak teksi beroperasi bagi memenuhi permintaan penumpang danmembolehkan pemadanan permintaan dan bekalan teksi lebih baik menerusimaklumat lebih baik kepada penumpang dan pemandu dengan memanfaatkanteknologi.E Membangunkan pilihan pengangkutan yang beranekaa) Membina lebih 200 kilometer laluan berjalan kaki bertutup mulai tahun ini.b) Laluan basikal serata negara yang komprehensif sejauh 700 kilometer.c) Lebih sokongan kepada cara alternatif memilik kereta, seperti berkongsi kereta.E Memastikan kenderaan kurang mencemarkan sekitaran. Rakan industri bagimenguji penggunaan kenderaan elektrik dalam skala yang besar dan mengkajikemungkinan menggunakan bas awam berkuasa hibrid diesel.

PEJABAT PERDANA MENTERI (SEKRETARIAT PERUBAHAN IKLIMNASIONAL)

E Menyokong usaha global tentang perubahan iklim menerusi Rangka KerjaKonvensyen mengenai Perubahan Iklim PBB.

PEJABAT PERDANA MENTERI (DIVISYEN KEPENDUDUKAN DANBAKAT NASIONAL)

E Terus menyokong aspirasi warga Singapura berkahwin dan mempunyai anak.E Terus menyelaras dan membangun dasar yang holistik dan seimbang di kesemuaagensi pemerintah bagi jumlah penduduk yang berkekalan.E Terus berhubungan dengan rakyat Singapura di luar negara.E Teruskan pendekatan berhati-hati dalam penerimaan warga baru yang komitedterhadap Singapura, yang sanggup menyumbang dan berkongsi nilai kita.E Terus membantu warga baru berintegrasi dengan lebih baik ke dalam masyarakat,dan pada masa yang sama meluaskan dan mendalamkan pemahaman dan penerimaanbersama antara warga asing dengan rakyat Singapura.

INISIATIF PEMERINTAH

Forum Kesihatan 2014

Dua jenis barah kerap dihidapi pesakit Melayu(Ceramah dalam bahasa Melayu)

Kenali Barah Usus Besar & Buah Dada sertaKurangi Risiko Kesihatan

Berita HarianDibawakan Dengan kerjasama

Penceramah Turut hadir

Dr Dewi Norwani Basir dari Jabatan Gastroenterologi, TTSH

Topik: Cara mengelakkan diri dari menghidapi barah

usus besar melalui pengesanan awal

Dr Melanie Seah, Konsultan Khidmat Buah Dada, Jabatan

Pembedahan Am, TTSH

Topik: Perkembangan barah buah dada, risiko dan

cara menguruskannya

Dr Elly Sabrina, doktor keluarga dari Banyan Clinic Pte Ltd

Topik: Cegah sebelum parah, kurangi risiko

kesihatan

Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Pengangkutan), Profesor Madya Dr Muhammad

Faishal Ibrahim

Beliau akan mengulas peri penting mengamalkan gaya hidup sihat bagi

mengelakkan penyakitMasa: 2 petang

Tempat: Theatrette, Hospital Tan Tock Seng

Tarikh: Ahad, 25 Mei 2014

MENINGKATKAN PERUMAHAN AWAM: Matlamat pemerintah agar Singapura menjadi bandar yangselesa didiami dan tanah air yang disayangi. – Foto HDB

ADENDUM AMANAT PRESIDEN

8 Berita Harian | Khamis, 22 Mei 2014

Wacana PANDANGAN