bahasamelayumoden2-130722151455-phpapp02.pptx

Upload: nurul-hidayah

Post on 04-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU MODEN

4.1 Konsep Bahasa Melayu Moden1.Perkembangan bahasa Melayu moden bermula pada abad ke- 19 hasil karangan Abdullah Munsyi.2.Namun, ada pengkaji berpendapat pada zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden. Menurut mereka zaman ini sebenarnya bermula pada awal abad ke-20.3.Bahasa Melayu moden berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada (1957).4.Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia .

Perbezaan Bahasa Melayu Klasik Dan Bahasa Melayu Moden4.2 TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODENBahasa Melayu Moden PramerdekaSUMBANGAN TOKOH-TOKOH ASING TERHADAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN ERA PRAMERDEKA

Tahun 1783, beliau menghasilkan buku yang bertajuk History of Sumatera. Buku tersebut mengandungi maklumat tentang adat istiadat dan cara hidup penduduk tempatan,serta sejarah perjuangan rakyat Aceh menentang kerajaan Portugis di Melaka.W. Marsden merupakan orang pertama yang menemukan dan menyenaraikan kosa kata bahasa-bahasa dari Madagaskar di Lautan Hindi hingga Marquesas di Lautan Pasifik.Beliau menyatakan bahawa induk kepada bahasa-bahasa tersebut ialah Austronesia kerana terdapat kekerabatan antara bahasa tersebut.Menurut W. Marsden, bahasa Austronesia tersebar ke bahagian pesisir pantai timur(Lautan Pasifik), pantai barat(Lautan Hindi), dan selatan Asia(kawasan Nusantara).

Beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu termasuk dalam keluarga bahasa Nusantara, iaitu serumpun dengan bahasa Mikronesia, Melanesia,dan polinesia dengan induknya bahasa Austronesia.Tahun 1812, beliau menerbitkan dua buah buku berkaitan bahasa Melayu iaitu A Grammar of The Malayan Language dan A Dictionary of The Malayan Language.Kamus A Dictionary of The Malayan Language terbahagi kepada 2 bahagian iaitu perkataan-perkataan Melayu-Inggeris dan perkataan-perkataan Inggeris-Melayu.Kesimpulannya, W. Marsden merupakan serjana Inggeris yang banyak melakukan penyelidikan terhadap bahasa. Karya-karya beliau banyak memberikan sumbangan yang sangat bernilai dalam proses pembakuan bahasa Melayu.

R.J. Wilkinson merupakan orang pertama yang mengalihkan huruf Arab ke Rumi.Selain bidang perkamusan, beliau turut memberikan sumbangan dalam usaha menghasilkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.Tahun 1904, satu jawatankuasa ditubuhkan oleh Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Melaka Bersekutu untuk mengkaji dan membentuk suatu sistem ejaan Rumi.Beliau telah dilantik untuk mengetuai jawantankuasa tersebut. Jawatankuasa ini akhirnya menghasilkan satu sistem ejaan Rumi yang dikenali sebagai Sistem Ejaan Wilkinson.R.J.Wilkinson juga telah mengumpul dan menerbitkan sebilangan besar cerita klasik Melayu untuk kegunaan penuntut-penuntut sekolah.Beliau banyak memberikan sunbangan dalam bidang pendidikan,bahasa dan kesusasteran Melayu di negara ini.Beliau bersara pada tahun 1935 dan pulang ke London.Di London, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti London. Beliau dilantik sebagai reader dan akhirnya sebagai Honorary Fellow dalam bidang Melayu di School of Oriental and African Studies.Pada tahun 1946, beliau bersara daripada perkhidmatan pendidikan aktif.

Sumbangan dalam bidang bahasa:Beliau telah menghasilkan 2 buah kamus iaitu A Practical Modern Malay-English Dictionary(1952) dan An Unabridged English Dictionary(1958). Beliau juga menghasilkan kamus yang berjudul Dictionary of Colloquial Malay.R.O.Winstedt turut menyusun tatabahasa Melayu berdasarkan 2 buah buku iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah. Berdasarkan 2 buah buku tersebut beliau menghasilkan karya tatabahasa yang berjudul Malay Grammar yang diterbitkan pada tahun 1914.

Dalam bidang kesusteraan:R.O.Winstedt menghasilkan A History of Classical Malay Literature dan menyunting Hikayat Bayan Budiman,Misa Melayu dan Hiakayat Anggun Cik Tunggal.Karya-karya popular yang lain ialah The Malay Magician, A Simple Malay Reader, Malay Proverbs, The Malays: A Cultural History serta karya-karya yang berkaitan dengan sejarah separti History of Malaya,History of Riau and Johore, History of Perak dan sebagainya.

Dalam bidang pendidikan:Semasa beliau menjadi Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, beliau ditugaskan untuk meneliti & membuat kaji selidik tentang pendidikan vernakular dan menyediakan satu laporan bagi perkembangan pendidikan Melayu.

Pada tahun 1922, bertitik tolak daripada laporan tersebut, akhirnya Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim telah ditubuhkan.Penglibatan beliau dalam bidang pendidikan mendorong beliau menghasilkan 2 buah buku yang berkaitan dengan pendidikan iaitu Education in Malay pada tahun 1923 dan The Educational System in Malaya pada tahun 1931.

Semasa bertugas di Maktab Latihan Melayu Melaka, beliau telah menyedari masalah kekurangan bahan bacaan ilmu dalam bahasa Melayu.Beliau berusaha untuk memajukan pendidikan di sekolah Melayu serta meningkatkan pelbagai bidang ilmu dalam bahasa Melayu melalui Pejabat Karang Mengarang.Pejabat Karang Mengarang telah menerbitkan buku-buku rujukan untuk sekolah Melayu khususnya serta masyarakat Melayu amnya untuk mengatasi masalah tersebut.O.T. Dussek sentiasa menggalakkan guru dan golongan penulis agar menghasilkan karya dalam bahasa Melayu kerana beliau sendiri mengambil daya usaha menghasilkan karya sama ada dalam bentuk karya asli atau karya terjemahan.

Antara buku yang dihasilkan oleh beliau: - Kitab Pelita Mengarang (1923) yang ditulis bersama-sama Muhammad Hashim Haji Talib, Kitab Pedoman Guru Penggal 1 dan 2 (1926), Practical Modern Malay:An Introduction to The Colloquial Language Graduated Malay Reader(1949) dan Hujungan Kitab Hisab 2(1952) Karya-karya terjemahan beliau yang paling penting: - Macbeth (karya William Shakespeare) yang terbit pada tahun 1943 dan Topeng Hitam pada tahun 1934. Karya-karya tersebut diterjemah dengan kerjasama Mohammad Said Haji Hussein.

Pergaulan yang luas dengan pegawai dan Inggeris, pemikiran beliau telah banyak dipengaruhi oleh bangsa Inggeris.Berbeza dengan karya-karya sebelumnya, beliau tidak lagi menulis hal-hal berkaitan dengan alam khayalan, sebaliknya menghasilkan karya berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang dilaluinya.Beliau menggunakan gaya bahasa yang tersendiri iaitu menggunakan bahasa perbualan sehari-hari dan mudah difahami tetapi masih terpengaruh oleh bahasa Melayu klasik.Karya-karya beliau yang terkenal ialah Syair Singapura Terbakar(1830), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan(1838), Hikayat Abdullah(1849), Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah(1854), dan Dewa-ul-Kulub(1883). Turut menterjemahkan Hikayat kalilah dan Daminah dari bahasa Tamil serta menerbit Sejarah Melayu.

Kitab Pengetahuan Bahasa tergolong dalam kategori kamus walaupun dalam erti yang sebenar bukan sebuah kamus. Terbahagi kepada 2 bahagian: a)tatabahasab)kamusWalaupun karya ini mempunyai beberapa kelemahan , tetapi karya ini penting dan merupakan usaha pertama orang Melayu menyusun kamus.Beliau dianggap sebagai tokoh bahasa yang penting kerana karya-karya beliau meletakkan asas pembinaan & pembakuan bahasa Melayu.Beliau juga diaggap sebagai pencatat sejarah Nusantara yang pertama.2 buah kitab sejarah penting yang dihasilkan ialah:a)Kitab Salasilah Melayub)Bugis dan Tuhfat al-Nafis

Sumbangan beliau dalam bidang kesusteraan tertumpu kepada puisi, khususnya syair.a) Syair Gurindam Dua Belasb) Syair Jatuhnya Negeri Johorc) Syair Taman Permatad) Syair Abdul Muluke) Syair Siti Sainahf) Syair Hukum NikahBidang bahasa: - Karya beliau meliputi bidang perkamusan, ejaan, tatabahasa, dan penggunaan bahasa. - Buku Katan PBmPB Diraja Johor, Jalan Bahasa Melayu, Penokok dan Penambah, Manual of the Malay Language.Bidang sastera: - Syair Alam dan Bahasa Melayu, Syair Keadaan Tuhan dan Manusia Dunia dan Akhirat Juga, Syair Panduan Perkahwinan, Berzanji Nathar dan Tahribnya, dan Begitu Dia.Bidang sejarah: - Hikayat Queen Victoria, Tawarikh England, Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar, dan Tawarikh Almarhum Sultan Ibrahim.Karya Lain: - Mohamedan Calendar, Pohon Agama, Penamaan bagi Nabi Muhammad S.A.W, dan Riwayat Hidup Mejar Dato Mohd. Said bin Haji Sulaiman.Anugerah: a) bintang kebesaran Seri Mahkota Johor dan Seri Paduka Mahkota Johor. b) mendapat penghormatan tertinggi daripada D.Y.M.M Sultan Ibrahim dengan kurniaan Kerabat Diraja.Karya lain:Kitab Ilmu Bahasa Melayu(1926), Kitab Rahsia Ejaan Jawi(1929), Rahsia Ejaan Jawi(1931), Daftar Ejaan Melayu[Jawi-Rumi(1938), Ilmu Mengarang Melayu(1951) dan Petua-petua Ejaan Rumi Melayu di Malaya.Juga memberikan sumbangan menerusi jawatan yang dipegang iaitu: a) Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris b) Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, dan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumbangan lain: a) memperjuangkan penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya di Singapura b) berjuang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Rasmi negara. c) memainkan peranan penting dalam penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.Anugerah: a) dianugerahi gelaran Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga(1956) b) Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya(1959) dan UKM(1973), c) dianugerahi darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 1962.

Pertubuhan-pertubuhan Bahasa Melayu Moden Zaman PramerdekaPakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa PBmPB @ PakatanDitubuhkan pada 1988 di Johor Bahru.Diasaskan oleh Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman dan Dato Muhammad Ibrahim Munshi.Merupakan suatu perhimpunan belajar-mengajar dalam pengetahuan dan peraturan bahasa Melayu seperti persoalan ejaan & perkataan.Pada akhir abad ke-19, kegiatan Pakatan agak lembap kerana kurang mendapat sambutan & menghadapi masalah kewangan.Pada 14 April 1935, pertubuhan ini diberi gelaran Diraja oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Nama peryubuhan ini ditukar Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBmPBD).

Tujuan PBmPBD:memelihara, memperlengkap, dan memodenkan bahasa Melayua) menyeragamkan ejaanb) mencipta perkataan baharuc) menyediakan daftar kata (gugus kata)d) memelihara ejaan JawiSelepas dihidupkan semula, keanggotaannya melebihi 200 orang. Kegiatan utama: - menerbitkan buku - membentuk istilah - mengadakan majlis-majlis ceramah dan perbincanganMohd. Said Sulaiman menjadi toggak utama pada masa tersebut. Beliau banyak menyumbang makalah dalam jurnal PBmPBD, disamping menghasilkan buku-buku untuk diterbitkan.

Antara tahun 1935-1947, pertubuhan ini berjaya menerbitkan 34 buah buku. 16 daripadanya adalah tentang ilmu bahasa Melayu iaitu: - bidang perkamusan, tatabahasa, ejaan, dan daftar kata.Selebinya ialah buku-buku yang berkaitan sejarah, kebudayaan, riwayat perjalanan, dan maklumat tentang PBmPBD.Pertubuhan ini juga mengubah istilah seperti:- jurucakap- setiausaha- kerja raya- jadual waktu

PBmPB melarang anggotanya menyebut @ mengeja sesuatu perkataan selain daripada yang ditetapkan.Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM)Pertubuhan ini bermula dengan ruangan Sahabat Pena dalam ahkbar Saudara pada tahun 1934.Setelah ruangan ini tersebar ke ke seluruh Tanah Melayu, Syed Syeikh Ahmad Al Hadi mengembang aktiviti Sahabat Pena dengan menubuhkan Persekutuan Pena menjadi Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM).Tujuan pertubuhan:- mengeratkan hubungan persaudaraan antara pencinta bahasa Melayu - menggalakkan penulisan dan pembacaan buku- buku bahasa Melayu Pada 11 November 1934, PASPAM berjaya menganjurkan persidangan orang Melayu di seluruh TM. Persidangan tersebut diadakan di Taiping, Perak. Persidangan ini penting untuk menimbulkan kesedaran persaudaraan dalam kalangan orang Melayu menerusi bidang persuratan.

PASPAM menubuhkan Lembaga Bahasa pada tahun 1938 untuk mengkhususkan kegiatan dalam bidang bahasa & persuratan seperti: - menerbitkan buku & kamus Melayu, membeli karangan daripada ahli2 PASPAM, mengadakan peraduan karang-mengarang, dan menggubal perkataan Melayu daripada bahasa Inggeris

Pejabat Karang MengarangPertubuhan ini ditubuhkan di Maktab Pergurauan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1942. Pengasasnya ialah pengetua maktab tersebut iaitu O. T Dussek dan Zaba.Zaba dilantik sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang. R. O Winstedt dan O.T Dussek menjadi penasihat.Tujuan pertubuhan untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan sekolah-sekolah Melayu khususnya masyarakat Malayu. Kegiatannya meliputi penerbitan buku-buku sekolah Melayu & bahan bacaan untuk masyarakat Melayu.Antara tahun 1924-1957, pertubuhan ini berjaya menerbitkan 85 buah buku untuk bacaan sekolah di bawah Malay School Series.

Buku-buku teks yang diterbitkan terdiri daripada perbagai bidang seperti: - Penulisan, ejaan, tatabahasa bahasa Melayu, sejarah, ilmu hisab, ilmu alam, dan kesihatan.

Buku penting yang diterbitkan:a) Pelita bahasa Melayub) Ilmu Mengarangc) Daftar Ejaan MelayuDi bawah The Malay Home Library Series pula sebanyak 64 buah buku untuk bacaan umum diterbitkan antara tahun 1929-1957.Kebanyakannya merupakan karya terjamahan daripada bahasa Inggeris seperti: a) Sang Maharaja Singa b) Hikayat Taman Ajaib c) Ali Baba dengan 40 penyamun d) Julius CeasarSumbangan pertubuhan: - membina asas pengatahuan bahasa Melayu & ilmu karang mengarang dalam kalangan orang Melayu. - meyumbang perkembangan bahasa & persuratan Melayu. - memajukan pendidikan orang Melayu.Angkatan Sasterawan 50 ( ASAS 50)ASAS 50 merupakan pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa.Persatuan ini dibentuk satu angkatan penulis generasi muda (Tongkat Warrant, Keris Mas, A. Samad Ismail, Masuri S. N. Asraf, dll).Tujuannya untuk mengembangkan bahasa & kesusteraan Melayu serta memajukan pendidikan orang Melayu.Perjuangannya tertumpu kepada pembaharuan dalam sastera dengan slogan Seni untuk Masyarakat dan status politik bahasa iaitu perjuangan bahasa & politik berjalan serantak. ASAS 50 menghimpunkan persatuan bahasa, sastera, budaya sehingga berjaya menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952) yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan .Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua (1954) menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi untuk memudahkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956), ASAS 50 mencadangkan: a) penubuhan Balai Pustaka kini Dewan Bahasa dan Pustaka) b) penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia c) bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah ASAS 50 juga mencadangkan bahasa Melayu diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan dalam bahasa Melayu untuk memperoleh pekerjaan.

Peranan ASAS 50 dalam perkembangan bahasa Melayu: - aspek ejaan dan peristilahan hingga mengangkat taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sumbangannya dalam bidang bahasa dan persuratan amat penting ketika negara kita menuju kemerdekaan.

Peranan Akhbar dan MajalahSebelum kemerdekaan, pertubuhan persuratkhabaran Melayu di TM begitu pesat.Hal ini banyak dipengaruhi perkembangan pendidikan bahasa Melayu serta perkembangan alat cetak.Sejarah persuratkhabaran Melayu bermula pada tahun 1876 apabila akhbar pertama iaitu Jawi Peranakan diterbitkan.Selepas kemunculannya, bilangan akhbar dan majalah berbahasa Melayu terus bertambah sehingga sebelum Perang Dunia Kedua.Antara tahun 1876-1941, sebanyak 147 akhbar dan majalah bahasa Melayu telah diterbitkan.

Akhbar dan majalah yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua: - Pengasuh, Al-Iman, Saudara, Majlis, Warta Malaya, Warta Jenaka, Utusan Melayu, Majalah Guru, dan Panduan Guru.

Kewujudan akhbar dan majalah ini membolehkan karya berbahasa Melayu disalurkan kepada masyarakat Melayu serta mengembangkan bahasa Melayu moden pada zaman pramerdeka.