bahasa melayu pembentangan bab 4 tingkatan 6 penggal 3 (thanushah)

8
Bahasa Melayu Bab 4 : Laras Bahasa Nama Pembentang : Thanushah A/P P Soniyasee 6 AK1 Peta Konsep 4. Laras Bahasa 4.1 Konsep Laras Bahasa 4.2 Jenis Dan Ciri Laras

Upload: thanushah-soniyasee-96

Post on 07-Aug-2015

107 views

Category:

Education


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Pembentangan Bab 4 tingkatan 6 penggal 3 (thanushah)

Bahasa MelayuBab 4 : Laras Bahasa

Nama Pembentang : Thanushah A/P P Soniyasee6 AK1

Peta Konsep

4.

Lar

as B

ahas

a

4.1 Konsep Laras Bahasa

4.2 Jenis Dan Ciri Laras

Page 2: Bahasa Melayu Pembentangan Bab 4 tingkatan 6 penggal 3 (thanushah)

Konsep Dan

Definisi Laras

Abdullah Hassan (1989:26): Pemakaian

kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteks.

Halliday (1968:149):Variasi bahasa yang wujud berdasarkan fungsi.

Nik Safiah Karim (1982:1):Gaya atau cara

penggunaan sesuatu bahasa. Variasi bahasa yang digunakan oleh

penutur mengikut situasi tertentu.

Asmah Hj Omar (1987:2):Ciri khusus dalam penggunaan bahasa berdasarkan

bidang penggunaannya.

Page 3: Bahasa Melayu Pembentangan Bab 4 tingkatan 6 penggal 3 (thanushah)

Rumusan

- Laras bahasa didefinisikan sebagai ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut idang-bidang tertentu. Definisi ini sejajar dengan pendapat Asmah Hj Omar. Untuk tujuan sukatan pelajaran BM STPM, pendapat beliau menjadi pegangan.

Contoh Jenis Laras

Laras Sains

Laras Undang-Undang

Laras Ekonomi

Laras Iklan

Laras Sukan

Laras Resepi

Laras Agama

Laras Sastera

Page 4: Bahasa Melayu Pembentangan Bab 4 tingkatan 6 penggal 3 (thanushah)

Ciri Laras Undang-Undang

- Mementingkan kepersisan, keobjektifan, dan keterperincian.- Tiada gambar/graf/metafora/simili/peribahasa/kiasan/dan sebagainya

Contoh :Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya akta ini, penagih-penagih yang menagih semula selepas dua kali menjalani rawatan dan pemulihan di pusat serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari lima hingga tujuh tahun dan sebatan tidak lebih daripada tiga sebatan.

Ciri Laras Agama

- Menunjukaan pengaruh bahasa Arab- Menggunakan istilah agama- Digunakan untuk membincangkan isu agama- Menggunakan tamsil dan ibarat untuk memberikan pengajaran/penjelasan- Bnayak memberikan tafsiran mengenai sesuatu berdasarkan al-Quran dan hadis

Contoh :Allah SWT menjelaskan kewujudan syurga dalam al-Quran melalui surah Ali Imran yang bermaksud “Dan segeralah menuju keampunan Tuhanmu dan memasuki syurga yang lebarnya seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”.

Page 5: Bahasa Melayu Pembentangan Bab 4 tingkatan 6 penggal 3 (thanushah)

Ciri Laras Resepi

- Bahasanya ringkas- Penjelasan mengikut turutan- Banyak menggunakan ayat perintah- Kosa kata berkaitan dengan bidang masakan- Tidak mementingkan ketepatan bahasa

digoreng → goreng memanaskan → panaskan

Contoh :Kek Hati Pari

Bahan-bahan :10 biji telur saiz A6 gelas gula kastor16 oz mentega300 gm tepung naik sendiriCara :1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.2. Masukkan telur satu persatu.3. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri.4. Tuang adunan ke dalam loyang.5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada

suhu 110 celsius selama 45 minit.

Page 6: Bahasa Melayu Pembentangan Bab 4 tingkatan 6 penggal 3 (thanushah)

Ciri Laras Iklan

- Menggunakan bahasa yang ringkas tetapi kreatif.- Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu, atau mengubah sikap dan seterusnya, melakukan tindakan.- Tidak mematuhi tatabahasa.- Mementingkan ketepatan diksi.- Menggunakan bahasa yang bersifat emotif dan sensasi.

- Mempunyai pelbagai variasi mengikut jenis iklan, contohnya iklan promosi barang, iklan tender, iklan jawatan kosong, iklan perisytiharan, iklan papan tanda.

Contoh :Wangi sehingga keesokan harinyaPutih berseri selama-lamanya

Page 7: Bahasa Melayu Pembentangan Bab 4 tingkatan 6 penggal 3 (thanushah)

Ciri Laras Sukan

- Menggunakan istilah-istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan.- Tidak ementingkan ketepatan tatabahasa.- Mementingkan kesan emotif kepada audiens.

Contoh :Dengan dibarisi pemain-pemain bintang dari kelab ternama dunia, Sepanyol megah menjulang Piala Dunia selepas menewaskan pasukan Blanda dalam pertandingan akhir di Johannesberg, Afrika Selatan.

Ciri Laras Sastera

- Kreatif dan imaginatif- Menggunakan kosa kata yang berkesan- Menggunakan bahasa yang tersirat dan kreatif.- Terdapat gaya penulisan sastera, seperti perlambangan, personifikasi, hiperbola, dan lain-lain.- Menggunakan istilah khusus- Mengandungi mesej / tema yang lazimnya tersirat.- Berlaku penyimpangan tatabahasa.

Contoh :Daun-daun nyiur melambai-lambai pada petang yang nyaman itu.

Page 8: Bahasa Melayu Pembentangan Bab 4 tingkatan 6 penggal 3 (thanushah)

Catatan

- Jenis - jenis laras yang dibincangkan di ata hanya merupakan sebahagian daripada contoh laras bahasa dalam bahasa Melayu. Hal ini bermakna bahawa bukan laras-laras di atas sahaja yang perlu diketahui, sebaliknya laras - laras lain juga perlu dimakluminya. Antaranya :

1. Laras sejarah2. Laras geografi3. Laras akademik4. Laras matematik5. Laras linguistik, dan lain - lain

- Pecahan bagi sesuatu laras juga perlu diketahui, misalnya, laras sains terbahagi kepada beberapasublaras, seperti laras kejuruteraan, laras fizik, dan laras biologi. Laras sastera pula terbahagi kepada laras sastera kreatif dan laras sastera non - kreatif.