bahasa melayu bahagian c

37

Upload: nurlyssa

Post on 13-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

nota untuk soalan penulisan bahagian c, sekolah kebangsaan.

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Bahagian c
Page 2: Bahasa Melayu Bahagian c

BAHAGIAN C

Page 3: Bahasa Melayu Bahagian c

KELEMAHAN CALON DAN

KELEMAHAN PEPERIKSAAN GURU

Page 4: Bahasa Melayu Bahagian c

Kelemahan Calon

I. Tidak memahami kehendak soalanII. Menyalin semula ayat berdasarkan petikan.III. Tidak dapat mengenal pasti nilai-nilai murni IV. Mengulas cerita yang diberi, tidak membuat ulasan

tentang nilaiV. Nilai murni yang tidak berkaitan dengan petikan. Hanya

nilai murni yang dihafal / diketahui sahaja.VI. Banyak kesalahan dalam aspek bahasa

Page 5: Bahasa Melayu Bahagian c

KELEMAHAN-KELEMAHAN PEMERIKSAAN GURU

1. Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk kesalahan-kesalahan bahasa yang berlainan.

2. Menggunakan satu tanda ( / ) panjang lalu diberikan markah

3. Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang dilakukan oleh calon

4. Penandaan bagi idea-idea yang diberikan oleh calon tidak ditandakan dengan tepat

5. Masih menggunakan kaedah analitik dalam penandaan6. Markah yang diberikan kepada calon tidak digenapkan7. Kurang tepat dalam menentukan kesalahan dalam aspek

tatabahasaContohnya, antara kesalahan struktur ayat dengan penggunaan perkataan.

8. Markah yang diberikan kurang tepat, sama ada terlalu tinggi / terlalu rendah untuk bahagian C . Tiada markah 0.

Page 6: Bahasa Melayu Bahagian c

UPSR (BAHASA MELAYU)FORMAT BAHARU MULAI 2005

Bahagian CPerkara : Membuat Ulasan (Pengajaran, nilai

murni, kebaikan,faedah dll)

Stimulus : Petikan (sastera/bukan sastera)Bilangan soalan : 1 soalan sahaja (Tiada pilihan)

(Soalan wajib dijawab)Jumlah perkataan : Tidak kurang 50 perkataan (SK)Bentuk jawapan : Satu perengganMarkah : 20 markah Cadangan masa menjawab : 20 minit

Page 7: Bahasa Melayu Bahagian c

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C

Page 8: Bahasa Melayu Bahagian c

SEBELUM MENJAWAB

1. Baca dan faham arahan soalan.a) Tulis lima nilai murni atau

pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan atau puisi.

b) Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

c) Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Page 9: Bahasa Melayu Bahagian c

2. Mencatat nilai murni/pengajaran/amalan yang baika) Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.

b) Baca petikan atau puisi yang diberi secara ayat demi

ayat dan gariskan ayat / rangkaikata yang mempunyai nilai-nilai murni.

c) Jika terdapat nilai yang negatif, jadikan nilai itu kepada positif.

( Contoh: bangun lewat – bangun awal)

Page 10: Bahasa Melayu Bahagian c

3. Senaraikan nilai murni seberapa banyak yang dapat ( melebihi 5 nilai murni )

4. Memahami nilai yang tersurat dan tersirat.5. Elakkan membuat ulasan dalam bentuk cerita.6. Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan

sahaja diterima. 7. Elakkan / jangan menyalin semula petikan

kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun(PTM)

Page 11: Bahasa Melayu Bahagian c

SEMASA MENJAWAB

1. Berpandukan nilai-nilai murni yang telah dicatat, tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis.

2. Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja.3. Elakkan / jangan menyalin semula petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.

Page 12: Bahasa Melayu Bahagian c

4. Peribahasa atau kata hikmat tidak perlu dimasukkan.

5. Kemukakan lebih daripada 5 (lima) nilai/pengajaran.

6. Ulasan tidak perlu terlalu panjang. Satu nilai memadai dengan satu ayat sahaja.

( cadangan 8 – 12 perkataan )7. Hanya nilai positif yang terdapat dalam

petikan sahaja diterima.

Page 13: Bahasa Melayu Bahagian c

SELEPAS MENJAWAB

1. Semak 5 aspek kesalahan bahasa. ( perbendaharaan kata, struktur ayat, imbuhan, ejaan dan tanda baca )

2. Pastikan lebih daripada 5 nilai murni / pengajaran.

3. Bilangan perkataan tidak perlu terlalu panjang.Memadai antara 50 – 70 patah perkataan sahaja.

4. Jangan mencatat di ruang jawapan.

Page 14: Bahasa Melayu Bahagian c

CONTOH LATIHAN

Page 15: Bahasa Melayu Bahagian c

Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku teks

barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kakak tolong kamu balut buku-

buku itu,” Suraya menjawab, “Terima kasih kasih, kak. Biar saya yang

membalut buku-buku ini.”

Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan ahli

keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan

mangkuk,melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga membantu

ayahnya mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya

supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.

Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga

kebersihan pakaian.

Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama

membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat

pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga

merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka

sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

Page 16: Bahasa Melayu Bahagian c

JADUAL NILAI/HURAIAN

BIL. NILAI MURNI HURAIAN (DIAMBIL DARIPADA PETIKAN)

1. Rajin Menolong membalut buku-buku teks .

2. Berdikari Membalut sendiri semua buku teks tanpa

bantuan kakak.

3. Kasih sayang Suka menolong ibu bapa dan ahli

keluarganya.

4. Menjaga

kebersihan

persekitaran

Mengemas bilik tidur.

5. kesyukuran Mengucapkan terima kasih kepada kakak.

Page 17: Bahasa Melayu Bahagian c

Nilai murni atau pengajaran1. Menjaga keselamatan buku2. Memberi bantuan/tolong-menolong3. Berdikari dengan membuat sendiri4. Rajin membantu keluarga5. Menjaga kebersihan6. Mengisi masa lapang

Page 18: Bahasa Melayu Bahagian c

Contoh jawapan

Nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas ialah

kita hendaklah rajin dengan menolong membalut buku-buku

teks . Selain itu, kita mestilah mengamalkan sifat berdikari

dengan membalut sendiri semua buku tanpa bantuan kakak.

Seterusnya, kita haruslah menunjukkan kasih sayang dengan

suka menolong ibu bapa dan keluarga. Di samping itu, kita

patutlah menjaga kebersihan persekitaran dengan mengemas

bilik tidur. Akhir sekali, kita wajarlah menunjukkan kesyukuran

dengan mengucapkan terima kasih kepada kakak.

Page 19: Bahasa Melayu Bahagian c

BANTU LULUS

Page 20: Bahasa Melayu Bahagian c

1. Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita hendaklah ............................................……………………………

2 Selain itu, amalkanlah nilai …………………………………….3. Seterusnya, kita haruslah ………………………………….4. Di samping itu, semaikanlah nilai ……………………………………5. Akhir sekali, kita wajarlah …………………………….

Kesimpulannya, kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita.

Page 21: Bahasa Melayu Bahagian c

HAFAL ININilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam

petikan di atas ialah kita hendaklah ……………………………Selain itu, kita mestilah ……………………………………..………………………………….Seterusnya, kita haruslah …………………………………...........................................................................Di samping itu, patutlah …………………………………………………………………………………………………………….Akhir sekali, kita sepatutnya …………………………….……………………………………………………………………….Kesimpulannya, kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita.

Page 22: Bahasa Melayu Bahagian c

CONTOH LATIHAN BANTU LULUS

Page 23: Bahasa Melayu Bahagian c

Azman mencapai lastik yang baru dibuatnya lalu terus keluar dari rumahnya.Ibunya

berkali-kali melarangnya namun dia tetap berdegil.

Nilai murni/pengajaran :menghormati ibu bapa

Ulasan :kita hendaklah sentiasa menghormati ibu bapa dan mematuhi

nasihat yang diberikan kepada kita.

Page 24: Bahasa Melayu Bahagian c

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Murid-murid yang

menerima hadiah mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Nilai murni/pengajaran :……………………………………………

Ulasan …………………………………………………………

…………

Page 25: Bahasa Melayu Bahagian c

Nyatakan nilai-nilai murni dalam ayat-ayat di bawah ini:

Aimin mengaku telah mengambil dompet rakannya dan sedia menerima nasihat guru kaunselingnya.

( hemah tinggi - akui kesalahan sendiri)

Page 26: Bahasa Melayu Bahagian c

Walaupun cacat penglihatan namun Shukri tidak mengharap simpati malah dia membuat kerja sendiri untuk menampung hidupnya.

( berdikari - berupaya bertindak sendiri )

Page 27: Bahasa Melayu Bahagian c

Suhaimi mohon maaf daripada ibunya atas kesalahan yang dilakukan dan ibunya terima dengan senang hati.

( baik hati - saling bermaafan )

Page 28: Bahasa Melayu Bahagian c

Jani menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya serta menunjukkan bukti-bukti yang nyata.

( ( keberanian - berani kerana benar )keberanian - berani kerana benar )

Page 29: Bahasa Melayu Bahagian c

Sesungguhnya para guru rela mengorbankan masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa.

( kerajinan - dedikasi )

Page 30: Bahasa Melayu Bahagian c

Ayah Jumaiyah telah mengambil kira buruk baiknya sebelum anaknya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

(Rasional - membuat pertimbangan )

Page 31: Bahasa Melayu Bahagian c

Walaupun jirannya suka melonggokkan sampah di tepi pintu pagar rumahnya namun Zahid berjaya mengawal diri untuk mengelakkan perselisihan faham.

( kerjasama - toleransi )

Page 32: Bahasa Melayu Bahagian c

LATIHAN 1

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Petang itu hanya Diana dan adiknya yang tinggal di rumah. Ibu dan ayahnya ke rumah Pak Cik Yunus. Sudah seminggu Pak Cik Yunus sakit. Barah paru-paru. Semasa sihat Pak Cik Yunus suka merokok.

Tiba-tiba Diana terdengar bunyi hon kereta di depan pintu pagar rumahnya. Diana keluar . Kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri di samping sebuah kereta Produa Kancil. Mereka ialah jurujual. Tanpa membuka pintu pagar, Diana menolak barangan yang cuba ditunjukkan oleh jurujual tersebut.

Diana terus masuk ke dalam rumah. Dia mengunci semua pintu dan tingkap rumahnya. Azan Maghrib berkumandang dari masjid yang berhampiran dengan rumahnya. Diana menyuruh adiknya mandi. Nanti mereka akan sembahyang bersama-sama.

Page 33: Bahasa Melayu Bahagian c

LATIHAN 2Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Seperti biasa tiap-tiap petang Adam dan ayahnya berjoging di Taman Tasik Serendah, tidak jauh dari rumah mereka. Kali ini mereka melalui jalan belakang. Banyak sampah sarap yang dibuang di situ, sedangkan tong sampah ada disediakan.

Apabila tiba berhampiran kawasan tasik itu, sekali lagi Adam terkejut. Banyak ting kosong. pembalut makanan, botol minuman dan bahan terbuang yang lain terapung-apung di permukaan tasik.

Adam terkilan. Tidak sepatutnya taman dan tasik yang begitu indah dibiarkan tercemar angkara perbuatan individu yang tidak bertanggung-jawab. Sebagai pengerusi Kelab Rekreasi sekolah, dia harus berbuat sesuatu. Masalah pencemaran harus diatasi. Orang ramai mesti sedar pentingnya menjaga alam sekitar.

Page 34: Bahasa Melayu Bahagian c

LATIHAN 3Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di

bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hati Auni masih berbelah-bagi antara setuju atau tidak. Dia tidak dapat membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permintaan Aswad dan Johan untuk belajar bersama-sama dalam satu kumpulan.

Auni masih tidak dapat melupakan bagaimana Aswad selalu memandang rendah kepadanya. Mentang-mentang dia anak orang yang berharta dan berpengaruh di pekan ini. Setiap kali Auni mendapat markah yang tinggi dalam ujian, dia dapat rasakan yang Aswad tidak senang dengan kejayaannya itu.

Apabila Aswad datang memohon maaf dan ingin berkawan dengannya, dia benar-benar terkejut. Lebih-lebih lagi apabila Aswad meminta bantuannya supaya menjadi ‘guru tuisyen’ terutamanya dalam pelajaran bahasa Inggeris dan Matematik.

Akhirnya Auni tersenyum. Dia masih ingat kata-kata Ustazah Suhayati. Tidak baik berdendam dan memberi pertolongan kepada yang memerlukan ialah sifat yang terpuji.

Page 35: Bahasa Melayu Bahagian c

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Tandakan betul atau salah. Baiki kesalahan jika ada.

1. Emak menyuruh abang membersih tangki air yang diletak di atas bumbung rumahnya.2. Abang membeli sepasang stokin dan sehelai kain sampin.3. Dia tidak perasan bila berselisih dengan penyanyi terkenal tanah air itu.4. Setelah penat berjalan, mereka berhenti dan beristirahat sebentar di kaki Bukit Semambu.5. Encik Misbun telah menerima surat lantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan.

Page 36: Bahasa Melayu Bahagian c

6. Ibu memotong sekaki bunga ros lalu memasukkannya ke dalam bekas bunga di ruang tamu.7. Kakak Amiza melambai-lambaikan tangan sambil senyum kepada adik.8. Kad pintar yang digunakan ini mempunyai berbagai aplikasi.9. Petinju yang tinggi dan berbadan tegap itu ialah abang saya.10. Encik Hamid pulang lewat ke rumahnya, kerana beliau ada janji temu dengan seorang ahli perniagaan.

Page 37: Bahasa Melayu Bahagian c

11. Majlis pelancaran kempen itu akan diadakan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.12. Kita digalakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan sebab terdapat serat yang akan melancarkan proses penghadaman.13. Kawasan yang curam dan bertebing tinggi itu berbahaya kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak.14. Hujan turun dengan lebat. Oleh kerana latihan bola sepak terpaksa dibatalkan.15. Adalah dimaklumkan bahawa esok diumukan sebagai hari cuti.