s3.amazonaws.com · 2 tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk...

373
Bukan Lelaki Syurga Dalam ramai-ramai, kenapa mesti aku juga yang kau pilih? Iqbalsyarie.blogspot.com

Upload: ngophuc

Post on 10-Mar-2019

274 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

Bukan Lelaki Syurga Dalam ramai-ramai, kenapa mesti aku juga yang kau pilih?

Iqbalsyarie.blogspot.com

Page 2: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

2

Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan video? Orang yang tak ada banyak komitmen tu, iyalah. Membeli belah? Orang kaya bolehlah.. Bagi aku, yang paling membahagiakan dan menyeronokkan ialah bila dapat bersama-sama dengan anak dan isteriku, menghabiskan masa bersama mereka. Maklumlah, aku kan bekerja sepanjang hari. Isteriku pun lebih kurang sahajalah. Orang sekolah, dia pun sekolahlah. Orang cuti sekolah, barulah dia pun boleh bercuti. Tapi aku ni, orang cuti sekolah pun aku masih bekerja. Nak mengeluh pun tak boleh. Sudah ditakdirkan rezeki aku daripada celah ini. Nanti kalau ada sumber rezeki yang lebih baik, bolehlah aku sambar. Buat masa sekarang, beginilah aku. "Abang nak air tak?", sapa isteriku lembut. Berlenggang dia berjalan dari dapur. Tak sempat aku menjawab 'ya', gelas berisi kopi tongkat ali yang aroma mencucuk-cucuk hidung, dihulur. Aku membalas senyumnya. Dalam hati, berkata 'terima kasih' tapi aku rasa dia tahu kut yang senyum aku itu pun sudah membentuk satu bahasa yang hanya kami berdua faham; terima kasih sayangku! "Rumaysa masih tidur lagi?" Aku bertanyanya selepas mencicip sedikit teh yang masih panas itu. Anak kedua kami, Rumaysa selalunya bangun awal. Hari ini sahaja dia masih enak tidur. Padanlah, sebab malam tadi anak perempuanku yang baru belajar merangkak itu tidur lewat sampaikan aku sendiri pun terpaksa tidur lambat juga. Isteriku mengangguk. "Kejap lagi bangunlah tu", tambahnya pendek. Oh ya. Lupa aku mahu memperkenalkan nama isteriku. Inilah dia Cikgu Murni yang namanya bakal kau orang jumpa banyak kali tak lama lagi. Dialah bidadariku di

Page 3: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

3

dunia, dan insya-Allah, di dalam syurga nanti, dialah juga ketua semua bidadari. Dia duduk bersimpuh, mengadap anak sulung kami yang baru berusia 3 tahun, Nuruddin yang sedang membelek album gambar kami. Nuruddin, namanya kami cedok daripada nama ulama tersohor di nusantara ini, iaitu Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Sudah bertahun-tahun aku menjadi pengikut kepada siri kuliah dan pengajian tuan guru syeikh. Begitu juga isteriku. Kami sangat menghormati dengan kewarakan, ketinggian akhlak dan kealiman beliau. Syeikh Nuruddin memang seorang ulama yang terkenal, bukan hanya di Nusantara, tapi juga di seluruh dunia hingga beliau pernah mendapat jolokan al-Azhar kedua, iaitu sebuah pengiktirafan yang tinggi terhadap nilai ilmunya. Tapi aku juga tak pelik jika masih ada orang yang tak kenal siapa dia Syeikh Nuruddin ini. Tak apa. Aku faham. Orang Malaysia memang susah sikit nak ingat nama ulama. Tak popular. Tak masuk surat khabar. Tak ada gosip dan kontroversi. Tak ada sesi fotografi dengan gaya menggedik mengada. Jadi memanglah tak terkenal mana. "Umi", si kecil Nuruddin memanggil ibunya. Aku pun turut berpaling kepada si kecil itu. Umurnya baru 3 tahun, tapi mulutnya.... entah mengikut siapa pun aku tak tahu. Nak kata aku ni becok, itu aku terang-teranglah tak akan mengaku (walaupun memang ibuku kata Nuruddin becok kerana aku pun kuat bercakap juga). Murni pula memang agak pendiam. Sebenarnya bukan pendiam pun. Guru, kalau pendiam… susah juga anak murid. Murni sebenarnya jenis yang bercakap apabila perlu. Kerana itu, dia tak pernah terlajak cakap bila bersamaku. Itu yang aku sayang sungguh-sungguh tu. Hati aku sikit pun tak pernah terkilan. Murni mengusap rambut Nuruddin. "Kenapa, sayang?". Aku pula masih mendengar dan memerhati. "Ni gambar umi kan?"

Page 4: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

4

Jari telunjuknya yang halus itu diletakkan atas sekeping gambar. Aku lihat Murni tersenyum dan mengangguk. "Siapa orang jahat sebelah nenek dan umi tu? Eiii... takutlah!", wajah comel Nurudddin jadi tambah comel dengan mimik wajahnya yang seperti ketakutan. Aku lihat Murni sudah ketawa kecil. Serta merta tangannya ditangkup ke mulut. Aku pelik. Gambar mana satu pulak yang Murni bergambar dengan orang jahat ni? "Cuba Nuruddin tanya abi", Murni masih ketawa. Aku lihat ke dalam matanya. Amboi! Bersungguh benar dia ketawa? Nuruddin bangun dari duduknya sambil memegang album gambar di tangannya. Wajahnya seperti keliru. "Abi, siapa orang jahat ni abi?" Aku dengar Murni ketawa lagi bila dia mendengar anak sulung kami sebut perkataan 'orang jahat'. "Orang jahat mana...", aku memandang kepada figur yang dia maksudkan dalam gambar itu. Astaghfirullahal azim. Anakku sayang... itu abi lah sayang!

Page 5: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

5

Aku terdiam. Rasa lucu dan geli hati tiba-tiba bertandang. Aku pandang Murni dan aku pandang Nuruddin, berselang seli. Isteriku masih tersenyum kelucuan dan anakku masih keliru dan mahukan penjelasan. Lalu aku kembali menatap gambar yang diambil pada tanggal 1 April, empat tahu lepas iaitu masa majlis pertunangan aku dan Murni. Sudah tentulah bukan gambar kami berdua kerana aku tak pernah berdua-dua dengan Murni pun sehingga kami bernikah. Itu ialah gambar aku, ibuku, Murni, dan ibunya. Empat orang. Aku memakai kemeja tercorak kotak-kotak, yang memang aku beli untuk majlis itu dan masih elok hingga sekarang. Kemas dan segak, tapi alih-alih, anakku sendiri cakap 'siapa orang jahat tu?'. Maknanya, Nuruddin tak kenal dan tak cam aku! "Abang ceritalah", Murni mengusik. "Nuruddin suruhlah abi cerita siapa 'orang jahat' tu". Sengaja Murni mengeraskan sebutan 'orang jahat'. Dia lalu ketawa kecil dan aku pun turut tertawa. Nuruddin sahaja yang pelik memandang umi dan abinya. Aku menatap wajah anakku yang jujur serta polos hatinya itu. Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Suci. Aku dan Murnilah yang akan mencorakkan ukiran-ukiran dan coretan-coretan atas kanvas jiwanya. Kami ialah berus untuk dia mewarna. Jadi kami sudah lama bermesyuarat dan sepakat agar nanti kanvas jiwanya itu akan kami warnakan dengan warna agama; warna ketaatan. "Abi, ceritalah", rengek Nuruddin. Dia menolak lututku.

Page 6: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

6

Aku senyum lebar. Aku boleh cerita, tapi aku yakin budak umur 3 tahun tak akan faham. Tapi, aku akan cerita juga. Ya. Aku akan. (Sebab kalian yang sedang memegang naskah ini bukan budak yang berusia tiga tahun). Bismillahirrahmanirrahim... Ajib melepaskan nafas berat. Butang baju kemejanya ditanggalkan hingga terdedah sedikit bahagian atas dadanya. Angin yang berpusar daripada kipas di siling memberi sedikit rasa nyaman pada jasad yang sedang lelah itu. Badannya disandarkan pada sofa di ruang tamu. Ber‘kriuk-kriuk’ bunyi sofa lama itu apabila badan Ajib menekan-nekannya. Matanya dipejam sedikit. Kononnya mahu berehat. Jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.45 malam dan dia baru sahaja tiba ke rumahnya. Tadi semasa di kilang, ada sebuah generator yang tiba-tiba sahaja gagal berfungsi. Habis tertangguh semua kerja. Yang cantiknya, kerosakan itu berlaku betul-betul pada jam 5 petang, setengah jam sebelum masa kerjanya tamat. Kilang alat tulis dari Jepun itu sebenarnya baru sahaja dibuka. Tak sampai lima tahun pun. Peralatan dan segala mesin-mesinnya masih baharu, moden dan baru diservis sahaja. Jadi, syarikat ini memang tidak menggaji ramai jurutera, kerana sangka bos-bos besar (perut pun besar) itu menyangka mesin yang baru sukar untuk rosak. Iyalah. Buat apa menggaji ramai orang untuk menjaga mesin-mesin yang tak boleh nak kompelin walaupun dipaksa bekerja dari pagi sampai ke malam, kan? Tapi bila sudah mula rosak, beginilah jadinya. Kerja berat tetapi tenaga kerja kurang. Lagi-lagi bila kita jadi orang baharu dalam sesebuah organisasi. Memang lumrah menjadi junior, para senior akan lepas tangan sampai terjelir-jelir lidah budak-budak baru ni buat kerja mereka. Langsung Ajib teringat masa zaman dia sekolah asrama dulu. Dialah antara senior yang paling dibenci dan digeruni oleh adik-adik juniornya, kerana kuatnya dia membuli. Mungkin

Page 7: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

7

baru hari ini Tuhan mahu dia rasa sendiri apa yang dia pernah buat kepada adik-adik junior dia dahulu. Ajib menghela nafas dalam-dalam. Lega sungguh rasanya bila kerosakan pada generator sebesar dua pemeluk itu dapat dikenalpasti seterusnya diperbaiki. Sedang dia mengumpul sisa-sisa tenaga, tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya memuntahkan nada polifonik. Rasa seperti sedang kembali ke zaman lewat 90-an pula. Tergesa-gesa tangannya mencapai telefon bimbit yang berada di dalam saku dan sesaat kemudian, telefon itupun sudah ditengkup ke telinga. "Helo. Assalamualaikum" Ajib menjawab salam yang dihulur. "Ya ibu. Ibu sihat?" "Alhamdulillah. Sihat". "Kenapa ibu telefon Ajib? Ada apa-apa ke ibu?", dia langsung bertanya. Badannya sudah diangkat daripada terus menghenyak sofa. "Tak ada apa. Saja nak bercakap dengan Ajib", pendek dibalas Ibu Suri. Dia sedang membuat panggilan dari daerah kecil di negeri Perak. Anak lelakinya itu ni sebenarnya anak jati Selama. Lahir di sana, membesar di sana, belajar dan bersekolah pun di sana. Cuma sekarang sahaja anak terunanya itu bermastautin di Selangor kerana katanya dia mendapat kerja di satu kilang alat tulis di pinggir Kuala Lumpur. "Oh", Ajib ketawa kecil. "Ajib baru saja balik dari kerja ni, ibu. Penat…"

Page 8: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

8

"Eh, lewatnya Ajib balik?", soal Ibu Suri. Dia sedang duduk di kerusi rotan di ruang tamu. Sebenarnya dia sedang menjahit seluar sekolah anak bongsunya iaitu adik kepada Razif yang bernama Hafiz. Anak bongsunya itu memang nakal. Ni seluar yang entah ke berapa entah yang terkoyak kerana terlalu banyak bermain. "Ada generator yang rosak tadi masa di kilang. Fasal tu lah saya kena tunggu. Nak tengok-tengok apa benda yang rosak" "Ooo… Aji, ibu ada benda nak tanya ni", sampai muncung-muncung bibir Ibu Suri menyebut ‘ooo’. "Apa dia?" "Ajib bila nak balik kampung ni?", soal Ibu Suri. "Balik kampung?", Ajib seakan menyoal dirinya semula. "Entahlah ibu... Ajib pun tak tahu bila", jawabnya selepas sepi beberapa saat. Memang dah agak dah pun yang ibu akan tanyakan soalan tu. "Dah 3 bulan Ajib tak balik ni", nada Ibu Suri sukar diramal. Ajib sengih. 3 bulan ke 4 bulan? Ibu sudah silap kira ni. 4 bulan dah sebenarnya. "Ajib sibuklah ibu...", balas Ajib. Dia mengeluh kecil. Memang teringin juga nak balik ke kampung. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi walaupun emas, tapi dia tetap sayangkan batu.

Page 9: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

9

"Sibuk, sibuk, sibuk. Habis bila kamu tak sibuk?", Ibu Suri memulakan mukaddimah kepada satu siri leterannya. Ajib ketawa kecil. "Yalah ibu.. Ajib kan masih junior lagi dalam kilang ni. Memanglah kena kerah habis-habisan dengan kerja. Kononnya, nak beri pendedahan dan pengalaman", tukas Ajib. "Iyalah tu", Ibu Suri malas nak sambung berleter. Nanti lama-lama, habis pula kredit telefonnya. Lagipun memang dia boleh faham situasi anak sulungnya itu. Orang baru mula bekerja, ragamnya memang begitu. Tapi masalahnya, sudah 3 bulan (sebenarnya 4 bulan). Sepatutnya Ajib sudah boleh sesuaikan diri dengan suasana barunya. "Ibu jangan risaulah. Nanti Ajib akan balik kampung. Tengoklah kut-kut hujung minggu depan Ajib boleh balik". Dia cuba memberi harapan. Dalam hati, rasa nak tergelak pula. Dulu masa dia tamat pengajiannya di Universiti Pantai Dalam, bukan main lagi ibunya suruh dia cari kerja. Nak goyang kaki di rumah dahulu pun Ibu Suri sudah sakit mata. Berleter memanjang. Alih-alih, bila dia sudah tak ada di kampung, sudah punya pekerjaan yang baik, ibunya bising fasal benda lain pula. Agaknya ibunya mahu jika kilang jepun tu dibuka di sebelah rumah ibunya saja. Senang nak mengendap anak terunanya itu buat apa. "Hah. Iyalah. Ibu nak ingatkan tentang itu saja. Ajib tu dah lama sangat tak balik. Nak kata duduk di Tokyo... tak juga. Kuala Lumpur saja pun", Ibu Suri senyum. "Takutlah nanti tak ingat jalan balik pula..." "Ish. Merepeklah ibu ni. Nanti Ajib baliklah ya. Jangan risau. Tak lupanya jalan tu. Bukannya ada naik taraf pun. Berlubang-lubang juga sampai boleh bengkok sport rim kereta", dia mengomel. Tak puas hati betul dia dengan keadaan jalan raya menuju ke kampungnya itu. Berlubang macam di permukaan bulan. Kalau ada orang yang memiliki kereta baru hendak masuk ke kawasan

Page 10: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

10

kampung tu, memang dia kena fikirkan kembali risikonya kerana jalan tar yang berturap itu sangat daif. "Lupa nak tanya. Ajib dah makan belum?", tanya ibunya. Biasalah. Nama pun ibu. Selagi anaknya tu tak kawin-kawin, selagi itulah dia akan risau juga fasal makan minumnya. Anaknya itu bukannya reti memasak pun. Melahap dia retilah. "Belum", balas Ajib ringkas. Dia menjeling kearah dinding. Jam bulat berwarna merah yang tersangkut di situ, dipandangnya. Sudah jam 9.10 malam. "Ajib tunggu Arman balik dari masjid dulu. Kejap lagi dia baliklah tu. Nak pergi makan dengan dia". "Oh. Arman pergi masjid ya", Ibu Suri senyum. Dia kenal budak nama Arman. Bagus budak tu, walaupun janggut dan jambangnya yang panjang itu membuatkannya kelihatan ala-ala Taliban sikit. "Rajin dia pergi masid ya", komen Ibu Suri sepatah. Telefon bimbit jenama Nokia yang sudah 10 tahun diguna itu, ditukar letaknya dari telinga kanan ke telinga kiri. Telinga kanannya tadu sudah rasa panas. Ajib senyum nipis. "Dia memang rajin pun". Separuh ikhlas dia memuji rakan serumahnya itu sebab separuh lagi hatinya rasa terpukul dengan sendirinya. Aku bukan macam dia! "Kamu tak ikut pergi masjid juga ke Ajib?", soalan cepu emas. Er, tak payah jawab kut soalan ni.

Page 11: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

11

"Eh, ibu ni. Kan tadi Ajib dah cakap yang Ajib ni baru balik. Orang sibuk", dia sengih. Aduhai bonda… kenapa dalam banyak-banyak soalan, ini juga yang nak ditanya. "Sibuk lagi", sindir Ibu Suri. "Hidup kat dunia ni kalau nak tunggu tak sibuk, tunggu mati sahajalah. Mana ada masa yang kita tak sibuk. Sebab itulah kena curi-curi masa juga. Bila-bila Ajib ada ruang, pergilah sama-sama dengan Arman. Sejuk sikit hati ibu bila ibu tahu kamu pun pergi juga ke masjid sekali-sekali", luah Ibu Suri. Memang sebagai ibu, hatinya bulat mahu melihat anak-anaknya jadi orang-orang yang baik-baik. Yang soleh-soleh. Nak suruh Ajib jadi imam masjid, itu sah-sah tak layak tapi setidak-tidaknya kalau dia mati nanti, dia teringin juga kalau Ajib yang jadi imam masa menyolatkan jenazahnya. "Baiklah ibu. InsyaAllah", Ajib angguk. Ada-ada saja ibu ni! "Ibu… Ajib nak pergi mandi ni. Peluh pun dah kering ni", dia menambah. Rasa lapar mencucuk-cucuk perutnya tapi takkanlah dia nak pergi makan tanpa membersihkan badan dulu. "Okey. Nanti kirim salam pada Arman ya. Kata pada Arman, assalamualaikum" "Waalaikumussalam", Ajib dah menjawab dulu! "Eh. Ibu kirim assalamualaikum tu kepad Arman, bukan kepada Ajib. Ish", Ibu Suri geleng kepala. Hujung bibirnya meleret senyum. "Oh. Ya ke. Okey. Ajib ingatkan ibu dah nak letak telefon tadi", Ajib sengih. Dia sudah bangun dari duduknya dan sedang menuju ke biliknya. Tangan kirinya sedang cuba memasukkan anak kunci masuk ke dalam lubangnya, dan selepas dipusing, tombol pintu yang terkunci berjaya dibuka. Dia lantas masuk

Page 12: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

12

ke dalam biliknya dan menghidupkan pula lampu dan kipas yang kedua-duanya melekat pada siling bilik. "Memang ibu nak letak dah pun. Jaga diri ya Ajib. Jangan lupa. Cari-carilah masa untuk balik ke kampung", sekali lagi Ibu Suri berpesan. "Ibu jangan risau. Nanti saya baliklah”. Bosanlah ibu ni. Asyik cakap benda sama saja... "Jangan lupa juga untuk pergi ke masjid. Ada masa, ada ruang, ada peluang, pergilah solat berjemaah dan dengar ceramah sekali. Tahu?", tambah Ibu Suri lagi. Nada suaranya tegas. Baginya, anaknya itu sudah besar. Tak lama lagi, akan jadi suami dan seterusnya menjadi bapa pula. Sudah tiba masanya untuk dia memperdalamkan ilmu agamanya. Ajib menghela nafas berat. Mak ni memang serupalah dengan Arman. Sikit-sikit nak suruh orang pergi masjid. Nanti sampai masa, sampai seru, orang pergilah! "Okey", walaupun berat hati, Ajib tetap melakar janji. Dia kenal ibunya. Selagi orang tak buat, selagi itu mulut ibunya itu akan membebel. Patah-patah perkataan keluar seperti peluru yang muntah daripada mesingan. Laju, dan menyakitkan! "Alhamdulillah", Ibu Suri senyum di hujung ganggang. Lega apabila anaknya kata begitu. Harapnya, dia benar-benarlah mengotakan apa yang baru disebut tadi.

Page 13: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

13

"Ibu letak telefon dululah Ajib. Assalamualaikum", ibunya menghulurkan salam. Selepas disambut, talian dimatikan. Ajib duduk melujur kaki di atas katil bujangnya. Dia termenung seketika, memikirkan kata-kata Ibu Suri tadi berkenaan dengan pergi masjid. Dahinya tiba-tiba saja berkerut bersama air muka yang bertukar kelat. Dia sedar dia tidak seperti Arman, teman sebiliknya sekarang dan teman sekelasnya masa di sekolah asrama penuh dahulu. Memang sejak dahulu lagi Arman tu jadi orang yang baik. Selalu solat berjemaah. Selalu dengar ceramah agama. Berkawan rapat dengan ustaz-ustaz. Tapi nak buat macam mana. Itu minat Arman. Minat Ajib pula tak sama dengannya. Bukankah minat setiap manusia itu berbeza-beza. Jadi kita perlulah raikan perbezaan. Bukan begitu? Tapi dalam bab agama, boleh kita kita pakai falsafah yang sama? Ah. Lantaklah! Kubur lain-lain. Kalau aku masuk neraka pun, bukannya dia yang terasa panasanya. Er? Ajib tiba-tiba sahaja mengeluh perlahan. Malas nak fikir lagi. Perut yang lapar pun belum diisi lagi ni. Dia lantas mencapai tuala yang tersangkut di tepi tingkap dan menuju masuk ke bilik air. Harap-harap selepas dia selesai mandi, Arman akan pulang. Boleh ajak dia keluar makan sama-sama. Selesai mandi, Ajib menyambar pakaian dari dalam almari kayu miliknya. Almari yang bersaiz sederhana itu baru saja dibelinya bulan lepas. Almari terpakai sahaja pun yang dia beli daripada rakan sekerjanya yang mahu berpindah rumah baharu. Ajib ni kedekut. Selagi boleh berjimat, selagi itulah dia akan berjimat. Jadi bukan kedekutlah sebenarnya tetapi berjimat cermat.

Page 14: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

14

Sedang dia bersiap-siap, telinganya menangkap suara Arman memberi salam dari luar rumah bersama bunyi pintu besar itu ditolak. Teman serumahnya itu nampaknya baru sahaja pulang. Selepas menyikat kemas rambutnya, Ajib pun keluar dari biliknya. Dia lihat Arman sedang duduk di atas sofa yang menjadi tempat sama Ajib melepaskan lelah ketika baru pulang bekerja tadi. Arman masih berkain pelikat jawa, berbaju melayu dan berkopiah putih. Pakain rasmi lelaki itu tiap kali mahu ke masjid. Dia cuma akan tukar-tukar dengan jubahnya sesekali. "Amboi, kemas semacam saja ni? Nak keluar dengan Nik Amanina lagi ke?", tegur Arman. Eh, ini memuji ke menyindir ni? "Baguslah kau dah balik". Ajib mengambil tempat duduk di sebelah. Dia buat-buat tak mendengar akan apa yang Arman katakan sebentar tadi sebab dia rasa Arman bukan memujinya tapi menyindirnya. "Kenapa? Kau tunggu aku ke?" "Jom pergi makan. Penat aku tunggu kau balik ni" “Pergi makan? Ops. Maafkan aku Ajib. Aku sebenarya dah makan kat masjid tadi. Ada ceramah perdana daripada Imam Muda Asyraf tadi. Lepas tu ada sedikit jamuan dibuat oleh pihak masjid. Jadi, aku pun tumpang sekakilah", cerita Arman panjang lebar. "Wah. Untunglah dapat makan percuma", Ajib sedikit geram sebenarnya. Orang tunggu dia, tengok-tengok dia dah makan!

Page 15: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

15

Arman hanya senyum. Dah ada rezeki di depan mata, buat apa nak tolak. Lagipun makanan yang dimasak oleh orang-orang masjid ni tak sama dengan makanan yang dimasak oleh tukang masak restoren. Dari segi kebersihan, satu bab. Dari segi keberkatan pun satu bab juga. Kalau dah terang-terang yang memasak tu perempuan yang tidak bertudung dan biarkan orang lain melihat auratnya, maka dengan sendirinya masakannya itu hilang berkatnya kerana dia telah tergolong dalam golongan orang fasik. Masakan yang berkat ni cuma bila dimasak oleh orang-orang soleh sahaja. "Kalau macam tu, jom teman aku makan sajalah", Ajib menepuk bahu sahabatnya, memujuk. "Malaslah Ajib...", balas Arman. Mimik mukanya menambahkan makna 'malas' yang disebutnya. Ajib mengetap bibir. Sebenarnya dia cukup tak suka kalau terpaksa makan bersendirian. Bosan sungguh. Kalau buat benda lain secara berseorangan, dia boleh lagi. Nak tunggu bas ke, nak basuh motosikal ke, atau apa-apa sahajalah. Cuma kalau bab makan, dia rasa dia tak boleh berseorangan. Perlu berteman. Barulah seronok. Ini kalau setakat seorang diri, baik dia makan di rumah sahaja. Tapi bab masak-memasak, dia cukup gagal. Gagal yang seperti orang yang sudah masuk universiti, tapi hanya reti masak menu ‘orang yang baru nak menduduki peperiksaan UPSR’. Ajib cuma tahu goreng telur saja dan tekaknya takkan boleh untuk menerima telur goreng semata-mata sebagai santapan. Paling kurang pun, mahulah juga menelan nasi goreng daging merah. Tak pun nasi goreng patayya. Fuh, terangkat tu! "Aku kenyanglah Ajib. Kau pergi sajalah seorang diri. Kau bukannya anak dara, perlu nak takut untuk seorang diri malam-malam", Arman ketawa mengejek. Separuh hatinya sebenarnya meragui ucapannya sediri tadi. Betulkah anak

Page 16: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

16

dara di zaman ini takut nak keluar malam? Kalau di kampung tu mungkinlah kut tapi yang di bandar? Hmm… "Bukan masalah takut. Tapi bosan", Ajib sudah berganjak menuju ke pintu rumah. Tombol dipulas dan sebelah kakinya sudahpun mencecah lantai. Selipar jenama Asadi berwarna hitam disarung di kaki. Sebelah tangannya lalu menarik daun pintu, menutupnya. Dia lalu mencapai keluar kunci motosikalnya dari dalam poket seluar. Enjin motosikalnya dihidupkan. Asap nipis keluar dari corong ekzos dan terus menjamah udara malam. Dengan sedikit tergesa-gesa, Ajib menarik keluar motosikalnya dari perkarangan tempat parkir dan tayar motosikalnya mula berputar laju. Harapnya, kedai makan milik Abang Zul bukalah. Ajib dan Arman boleh dikatakan sudah menjadi pelanggan tetap di kedai makan Abang Zul. Bukannya sebab sedap, sebab memang tak sedap mana pun tukang masak dari Siam itu masak. Kadang-kadang tak cukup masin. Kadang-kadang macam lori garam tertumpah pula, tapi disebabkan Abang Zul, pemilik kedai makan itu sangatlah peramah orangnya, maka mereka berdua seakan dirantai untuk selalu singgah di kedai makan itu. Seronok bila pergi makan di kedai dia kerana kita pasti akan dilayan dengan ramah. Ada-ada sahaja benda yang boleh dibualkan dengan Abang Zulu. Sebenarnya, lelaki yang dipanggil abang itu sebenarnya ialah seorang anggota jemaah tabligh. Jadi memang kedainya tidak dibuka sepanjang bulan. Ikut suka hati dialah bila dia nak buka. Bila dia rasa dia nak keluar berdakwah tiga hari atau empat puluh hari, maka selama itulah kedai makan dia yang kecil tu akan tutup sebab tak ada siapa yang dia harap untuk menjaganya. Ajib menekan brek motosikal. Hah! Baru cakap tadi. Kedai makan Abang Zul tutup!

Page 17: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

17

Ajib mengeluh. Nampaknya dia terpaksa berpusing semula dari jalan ini, kerana satu-satunya kedai makan yang lain berada di tempat lain. Motosikalnya bergerak laju. Setibanya di kedai makan yang didirikan di sebidang tanah rata, dia memberhentikan motosikal. Topi kaledar yang setia berada di atas kepala, ditanggalkan dan diletakkan di atas kerusi motosikal. Matanya menyapu keliling. Ramainya orang, gumamnya. Tapi nak buat macam mana, dah kedai Abang Zul tutup. (Ajib masih tak puas hati fasal kedai tu tutup sebenarnya). Satu sebab mengapa dia dan Arman tak suka makan di sini ialah kerana pelanggan yang ramai serta servisnya yang ala-ala siput gitu. Pernah sekali, hampir satu jam dia, Arman dan seorang lagi kawan mereka terpaksa menunggu sebelum pesanan makanan mereka sampai dan semenjak hari itulah, mereka semua jadi tawar hati nak ke restoren ini lagi. Anehnya, seteruk-teruk pun servis, tak sedap makanan pun, masih tetap ramai orang yang akan ke kedai makan. Kalau perniagaan bentuk lain, jangan haraplah. Contoh paling jelas ialah restoren mamak. Ajib pun tak tahu kenapa ramai sangat orang yang membanjiri restoren yang entah dia tu india muslim ataupun india yang menyembah patung berhala. Kembang tekak bila ada orang mengajaknya makan di kedai yang 24 jam dibuka itu. Tak lalu langsung dengan seleranya masakan-masakan mamak itu. Tak lama punggungnya memanaskan kerusi, seorang pelayan wanita datang kearahnya bagi mengambil pesanan. Dari lenggok bahasanya, persisnya dia wanita dari negara jiran. Seketika, jarinya berlari-lari di atas buku nota kecil, menulis pesanan yang diterima sebelum dia cergas berjalan ke arah dapur. Ajib menghantarnya dengan ekor mata. Satu senyum nakal dikulum. Kadang-kadang orang indonesia ni melaram mengalahkan gadis tempatan. Contohnya gadis yang baru berlalu tadi itulah. Kerjanya hanya di kedai makan sahaja, tapi siap berbedak dan bergincu bagai. Tambahan pula, keningnya pun dicukur hingga nipis. Dahsyat!

Page 18: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

18

Ajib duduk bersandar di atas kerusi plastik. Dia termenung sambil matanya sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan, memerhati sejuta macam ragam manusia yang sedang kelaparan sepertinya. Kemudian, matanya diarah pula ke arah peti televisyen. Dari tempatnya, memang apa-apa yang ditayang itu kelihatan serba kabur. Yang dia nampak hanya seorang lelaki dan seorang wanita sedang berpelukan. Wanita bertudung itu menangis teresak-esak dalam pelukan lelaki itu. Tak mahu lah tengok. Entah anak siapa entah perempuan yang lelaki tu peluk tu. Bosan menunggu, ditambah dengan henyakan demi henyakan pada tisu perut membuatkan Ajib rasa geram sendiri. Kan dah beritahu tadi yang servis di restoren ini teruk. Macam siput babi pula yang memasak di dapur. Lambat betul. Orang dah nak kebulur ni, takkan tak reti-reti nak cepat sikit! Dia membebel dalam hati. Selepas hampir 20 minit barulah pesanannya sampai. Itupun dia minta nasi goreng kampung sahaja. Agaknya tukang masak tu pergi balik kampungnya dahulu semata-mata mahu menggoreng nasi itu. Buatnya dia minta lima enam jenis menu, rasanya dia sempat tidur dahulu kut. Melihat nasi goreng kampung yang masih berasap hangat itu, Ajib tak menunggu. Sudu dan garfu di tangannya terus berlaga. Daripada satu suap hingga suapan terakhir. Sekejap sahaja sudah licin pinggan kaca itu. Ajin lalu menyambar gelas yang berisi teh ais. Sedikit demi sedikit air yang dingin itu bertukar tempat. Daripada memenuhi gelas, ia memenuhi perut Ajib pula. Ajib duduk bersandar. Perut yang kenyang perlu direhatkan. Dia lalu mengeluarkan kotak rokok dari poket seluar sebelah kanan. Sebatang rokok jenama Malboro dikeluarkan. Rokok yang diusahakan oleh syarikat dari Amerika itu lalu dibakar dan asapnya yang berkepul disedut dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Rasa nyaman bertandang. Untung juga Arman tak ikut makan sekali. Bolehlah dia hisap batang rokok itu dengan terbuka. Kalau budak seorang tu ada, memang Ajib kena berhati-hati masa mahu menghembuskan asap rokok. Biar asap tu berkepul ke atas, jangan berkepul mengorek-ngorek lubang hidung Arman sudahlah. Dalam bab

Page 19: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

19

merokok ni, memang Arman sama sahaja macam Ibu Suri. Mulut mereka susah mahu berhenti. Cukuplah tu. Semua orang sudah tahu merokok itu tak baik untuk kesihatan. Ajib pun tahu. Sejak dari sekolah rendah lagi dia sudah tahu. Tapi kalau nak berhenti, tunggu dia sakit dahululah. Sekarang dia masih sihat dan kuat lagi. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, tiap kali dia merokok di depan Arman, Arman selalu sahaja berkerut wajahnya menunjukkan rasa tidak suka kepada kelakuan Ajib. Arman ada beritahunya bahawa sudah banyak ulama yang berfatwa yang merokok itu haram. Ajib bukan tak nak percaya, tapi selama ini tak pernah pula dia baca tulisan "Awas. Merokok itu hukumya berdosa di sisi islam" baik di kaca televisyen mahupun di tempat-tempat awam. Yang dia nampak cumalah tulisan kecil, "Awas. Merokok membahayakan kesihatan". Jadi, haram ke tidak ni? Kalau haram, kenapa sembunyi-sembunyikan hukumnya? Dia pernah luahkan keraguannya itu kepada Arman. Tahu tak apa yang Arman jawab? "Rokok adalah antara barangan yang paling tinggi cukai importnya. Berbilion-bilion kerajaan Malaysia dapat melalui cukai bagi rokok sebab ramainya penagih rokok di Malaysia ni. Jadi, kalaulah rokok diaggap seperti arak, dengan menguatkuasakan hukuman haram itu, maka sudah tentu bilangan perokok akan jatuh merundum. Bila permintaan menurun maka pengeluaran pun akan terjejas. Import rokok pun akan berkurangan. Cukai pun kurang. Habis kerajaan nak dapat duit daripada mana lagi?" Itulah Amran. Sikit-sikit, menyalahkan kerajaan sedia ada. Entah ya entah tidak. Dari mana dia dapat fakta itu pun Ajib tak tahu. Malas nak tanya panjang lebar. Siapa makan cili memang akan terasa pedasnya. Dalam situasi ini, hisap rokok pun rasa pedas! Selepas rokok yang dibakarnya tinggal putung sahaja, dia pun menjentiknya ke bawah meja. Sisa api yang masih membakar dipijaknya dengan selipar. Ajib

Page 20: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

20

lalu bangun menuju ke kaunter pembayaran. Malas nak melepak seorang diri lama-lama. Sekali lagi, matanya mencuri pandang kepada gadis indonesia yang bersolek tebal itu. Dalam hati, Ajib ketawa sendiri. Orang perempuan ni kadang-kadang lebih suka menjadi hantu kosmetik. Ada yang semulajadi sudah cantik tapi kerana mahu lebih cantik, habis segala produk kecantikan dipasaran dicubanya, sampai berinci-inci lapisan bedak dan alat solek ditampal atas kulit muka. Bagus juga. Kalau ada nyamuk mahu hisap darah di muka, pasti terbenam kaki-kaki nyamuk tadi. Umpama terperangkap dalam pasir jerlus jugalah. Selepas menerima wang baki, Ajib terus menuju semula kearah motosikalnya. Topi keledar disarung. Kawasan ini memang jarang-jarang ada polis trafik. Memang malam-malam begini, kalau dia tak pakai topi keledar pun tak ada siapa nak ambil tindakan. Tapi untuk keselamatan sendiri, dia pun pakailah. Kan malang itu tiada bau? Kalau ada bau senanglah. Boleh kita bersedia. Enjin motosikal kembali dihidupkan. Baru beberapa saat tayar motosikalnya laju berpusing atas asfalt jalan, kelibat seseorang yang sedang melintas jalan membuatnya menekan brek secara mengejut hingga dia sendiri hampir hilang kawalan atas motosikalnya. Mujur dia tak jatuh mencium jalan. Hoi. Gila! Ajib memberhentikan motosikalnya di sisi jalan. Dadanya seperti mahu pecah, kerana degupannya yang menggila. Suara seorang perempuan menjerit tadi seperti masih terngiang-ngiang. Nasib baiklah motosikalnya tak laju mana. Sempatlah dia mengelak daripada melanggar orang yang melintas tadi. Dia berpaling ke belakang. Ternyata beberapa hasta sahaja darinya, matanya dapat menangkap dengan jelas kelibat seorang gadis yang bertudung, sedang berdiri tegak dan tergamam. Dari seberang jalan raya, terkocoh-kocoh

Page 21: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

21

seorang lelaki dan seorang wanita melintas jalan dan pergi mendapatkan gadis yang masih seperti kebingungan itu. Wanita yang baru melintas jalan tadi terus sahaja memeluk gadis hampir-hampir sahaja dilanggar oleh Ajib sebentar tadi manakala lelaki yang seorang itu pula hanya memerhati dengan riak yang kelat, risau. Rasa marah tiba-tiba sahaja berubah simpati apabila melihat gadis yang hampir dilanggarnya itu menangis. Cahaya daripada lampu jalan membantu Ajib melihat dengan jelas yang gadis tadi memang sedang menangis dalam pelukan wanita yang baru melintas itu. Haruslah dia menangis! Kerana tadi memang sikit sahaja lagi dia hampir dirempuh oleh sebuah motosikal. Mujurlah juga penunggang motosikal itu cekap. Ajib memuji dirinya sendiri. Dia melepaskan nafas panjang. Dia pun bersyukur kerana masih dapat mengelak. Jika tak, memang parah juga budak perempuan tu. Silap-silap, boleh membawa kematian. Ajib tak mahu jadi pembunuh! "Dik" Ajib baru sahaja mahu beredar dari situ saat lelaki tadi memanggilnya. Dia menoleh ke belakang. Lelaki yang berkopiah putih itu berjalan laju ke arahnya. "Encik tak apa-apa kan?", dia sedikit tercungap. Mungkin kerana badannya berisi, berjalan macam itu sahaja pun sudah buatkan nafasnya tak sekata lagi. "Tak apa-apa. Saya okey", balas Ajib pendek. "Syukur alhamdulillah", lelaki itu senyum nipis.

Page 22: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

22

"Budak perempuan tu bagaimana?", Ajib menoleh ke belakang. Nampaknya sosok dua orang wanita masih lagi disitu. "Alhamdulillah. Adik saya cuma terkejut sahaja. Saya minta maaf kepada encik bagi pihak dia", lelaki itu menunduk sedikit. Dari raut wajahnya, Ajib rasa lelaki itu pasti sudah melangkau lewat usia 30 tahun. "Hmmm. Baiklah", gumam Ajib rendah. "Lain kali pesan pada adik encik, supaya lebih berhati-hati masa melintas jalan. Jangan berjalan macam itik pula. Perlahan dan melenggang lenggok. Lagi-lagi waktu malam. Manalah orang nak nampak", Ajib melepaskan rasa bengang yang berbuku dalam hatinya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menghadiahkan perkataan 'bangang' kepada gadis itu. Biar dia ingat sampai ke tua! "Baiklah", lelaki itu menjawab sepatah sambil mengangguk. "Saya minta maaf ya", ulangnya. Tangannya dihulur lalu disambut oleh Ajib. "Okey", Ajib kembali menghidupkan enjin motosikalnya yang tadinya dimatikan. Buat sekelian kalinya, dia menoleh ke belakang dan kembali memandang kepada gadis yang 'bangang' baginya tadi. Gadis itu membalas pandangannya, sebelum wajahnya yang muram itu ditundukkan. “Encik, sekejap” Ajib menoleh. Keningnya yang diangkat seakan sedang bertanya; ada apa lagi? “Nama encik apa ya?”, soal lelaki tadi.

Page 23: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

23

Ajib tambah pelik. Kalau tadi cuma kening sahaja yang terangkat, sekarang dia rasa mulut, hidung dan pipinya juga mahu terangkat. Kenapa sibuk-sibuk nak tanya nama orang? Takkanlah nak saman kut. Nak buat laporan polis ke… “Razif”, muka dia tu macam boleh dipercayai. Jadi takkanlah dia nak kenakan atau nak fitnah aku… Lelaki tadi senyum. “Terima kasih ya Encik Razif. Moga kita dapat berjumpa lagi nanti”. Ajib hanya angguk. Dia tak berharap pun untuk ada pertemuan lagi selepas ini. Dia paksa mukanya untuk senyum walaupun tak ada langsung manisnya, sebelum kedua-dua tayar motosikalnya berpusing perlahan dan membelok masuk ke atas jalan raya. Kali ini, doa menaiki kenderaan yang dia sering lupakan, tiba-tiba sahaja lancar meniti di bibirnya. “Eh, lambatnya kau balik? Kau melepak dengan siapa Ajib?”, tegur Arman selepas huluran salam daripada teman serumahnya itu dibalas. Ajib sekadar tersengih sebelum merebahkan badannya ke sofa. Lebih kurang satu jam setengah sahaja lagi tarikh masihi akan bertukar. “Kedai makan Abang Zul tak buka malam ni jadi aku pergilah restoren yang lagi satu tu. Sekali tengok, ramai pulak orang”, ceritanya. Matanya dialih kearah kaca televisyen. Ustaz Don sedang bersyarah di televisyen dalam rancangan popularnya, 30 minit Ustaz Don. Ah, tak minat aku ustaz ni! “Man, kau nak tahu tak? Tadi aku sikit lagi nak langgar orang. Gila betullah”, Ajib bercerita.

Page 24: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

24

“Kat mana?”, tanya Arman. Berminat. “Masa balik tadilah” “Habis tu apa jadi?”, tanya Arman. Matanya masih di kaca televisyen. Tapi rasanya dia lebih fokus kepada cerita Ajib daripada mendengar ceramah ustaz muda itu di skrin televisyen. “Aku brek lah. Terbabas sikit aku. Nasib baik tak tercampak masuk dalam semak”, Ajib menokok tambah. Biasalah. Depan kawan-kawan kenalah ada elemen tokok tambah. Baru seronok ceritanya. Baru ada perisa. Arman memandang Ajib lama. “Tapi kau okey saja kan?” Ajib sengih. “Mestilah. Bukannya aku jatuh motor pun”. “Budak tu pula macam mana? Kanak-kanak ke yang malam-malam buta begini pun dia melintas jalan tanpa pandang kiri dan kanan” Kini senyum di wajah Ajib makin lebar. Makin ketara. “Ha. Yang nilah yang aku nak cerita kat kau ni. Dia bukan budak pun. Rasanya baya-baya kita jugalah. Perempuan. Cantik..”, panjang Ajib menyebut perkataan cantik tu. Arman tak memberi respon. Perempuan. Cantik. Okey…

Page 25: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

25

“Cantik Man”, sekali lagi Ajib mengulang kata-katanya tapi dalam nada yang sedikit berbeza. Dia cuba memancing perhatian Arman. Tapi selama inipun, si Arman tu bukannya berminat sangat bila dia bercakap fasal perempuan. “Tudung labuh tau” Kali ni Arman mula nampak sedikit berminat. Dia mengalih wajahnya kembali ke skrin televisyen. “Kau kenal dia ke?”, soal Arman. Ajib ketawa kecil. “Apahal?”, tanya Arman hairan. Tiba-tiba ketawa pulak mamat ni. “Ooo. Orang cakap perempuan dia tak peduli. Orang cakap perempuan muslimah, tudung labuh, baru dia nak tahu”, komen Ajib masih dalam sisa-sisa tawanya. Arman senyum. Tak segan pun. Buat apa nak segan dengan si Ajib ni! “Aku pun lelaki jugak. Lelaki manalah atas dunia ni yang tak tertarik dengan perempuan, Ajib? Lainlah kalau gay macam kau”, dia ketawa. “Kepala otak kau. Mana ada aku gay”, tukas Ajib. Dia mencebik. Gaya sudah macam anak gadis yang merajuk bila teman lelaki buat-buat tak tahu bila dia asyik memandang kepada beg tangan baru di semasa berjalan-jalan di pasaraya.

Page 26: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

26

“Amboi, marah”, Arman ketawa. “Dah tu apa jadi dengan budak perempuan tu?”, soalnya lanjut. “Tak ada apa-apa. Aku dapat elak dia”, cerita Ajib. “Tapi lepas tu abang dia pun datang dekat aku dan minta maaf dengan aku. Dia, aku tengok dah hijau mukanya. Pucat lesi. Menangis macam bayi pula”, sah, tokok tambah! “Oh. Okeylah. Aku ingat abang dia datang nak tumbuk kau”, komen Arman spontan. (Tapi dalam hati rasa kecewa juga sebab tak ada adengan tegang begitu) Ajib senyum. “Tapi aku tak puas hati satu benda” “Apa yang kau tak puas hati lagi?”, tanya Arman. “Takkanlah kau nak pergi tengking dia kut? Kesianlah. Perempuan kut…” Ajib sengih. “Oi. Aku ni kan lelaki sejati. Lelaki sejati tak marah-marah pada kaum perempuan”, balasnya selamba. Arman seraya mencebik. Tak kahwin lagi memanglah. Pijak semut pun tak mati. “Aku tak puas hati tak dapat nombor telefon dia. Cantik tu, boleh buat isteri”, sambungnya sambil ketawa panjang. Arman geleng kepala. “Kau ni dasar lelaki hidung belang betullah. Awek kau tu kau nak letak mana?”, nadanya berubah bila menyebut perkataan ‘awek’. Bagi Arman, dia cukup meluat dengan dua perkataan ini, ‘awek’ dan ‘pakwe’. Uiks… sakit mata betul bila melihat seorang lelaki dan seorang perempuan yang belum pun menjadi suami isteri tetapi kadangkala lebih romantis daripada pasangan yang sah. (Tapi bila Arman kata dia sakit mata, kau orang jangan sakit hati pula)

Page 27: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

27

Pada Arman, mereka tu kurang takut kalau terjatuh dalam dosa. Contohnya si Ajib inilah. Tiap-tiap hujung minggu, dia mesti keluar berjumpa dan bermesra dengan marka. Ceh, marka kunun. Kembang tekak tiba-tiba. Ajib ketawa. Dia memang suka betul menyakat Arman. Arman memang seperti Ibu Suri. Kuat membebel. Makin panjang bebelan ibunya (dan Arman), makin dia rasa lucu walaupun banyak kali juga dia rasa terpukul. Walau bagaimanapun, Ajib sebenarnya bersetuju dengan apa yang Arman pernah kata tentang dirinya: “Orang lain, masuk telinga kanan keluar telinga kiri tapi engkau ni, masuk telinga kanan tak sempat ke telinga kiri pun sudah keluar semula apa yang orang nasihatkan” Haha. Nak buat macam mana lagi, kan? “Alaa… kau ni Arman. Nik Amanina tu baru seorang. Kalau aku kahwin dengan Nik Amanina pun, aku masih ada tiga slot sebab lelaki kan boleh kahwin empat”, dia ketawa. Arman sekadar menggeleng perlahan. “Cuba cakap kat aku apa yang kau faham fasal kahwin empat ni?”, pancing Arman. Rancangan 30 minit Ustaz Don pun sudah berakhir. Di kaca televisyen sekarang, Tv al-Hijrah sedang menayangkan rancangan dokumentari pula yang mana baik Arman mahupun Ajib, masing-masing sudah tak memandang. Televisyen itu pula yang memandang dua sahabat ini. “Apa yang aku faham ya”, dia senyum lalu terdiam seakan-akan sedang berfikir. “Kahwin empat tu kan sunnah. Nabi Muhammad pun ada ramai isteri, kan?”

Page 28: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

28

Arman angguk. “Rasulullah ada 11 orang isteri”, dia membenarkan dakwaan Akif tadi. “Tapi kena tengok jugak, Rasulullah hanya bernikah dengan seorang sahaja yang anak dara. Yang lain semuanya janda”. Ajib angguk. “Jadi apa masalahnya?” “Masalahnya engkaulah”, selamba Arman membidik. Nah kau sedas! “Apa fasal aku pula?”, Ajib seakan tak puas hati. “Kita, kalau nak ikut sunnah Nabi, ikutlah betul-betul. Jangan ikut sunnah Nabi sebab nafsu”, Arman menjelaskan lembut. Ajib pula memandangnya dengan fokus. “Nabi berpoligami bukan kerana nafsu sepertimana orientalis-orientalis Barat yang kafir itu mendakwa. Tidak. Rasulullah tak gatal macam kita. Kita ini iyalah. Tak cukup seorang, mahu dua orang. Tak cukup dua, nak tambah yang ketiga dan keempat. Sebaliknya Rasulullah berpoligami kerana Baginda mahu membela nasib golongan wanita. Buktinya? Ramai isteri yang Baginda nikahi ialah para janda dan balu kepada para syuhada’ yang gugur syahid. Bahkan, mereka itu kebanyakannya sudahpun tua-tua belaka. Saidatina Aisyah sahaja yang masih anak dara dalam semua senarai isteri-isteri Rasulullah”, cerita Arman. Arman menelan air liur. Wah! Payah juga nak tengok Ajib fokus mendengar ceritanya. Selalunya budak seorang itu ada sahaja bantahannya. Mungkin kerana ceritanya kali ini jatuh bawah bab perkahwinan kut. Biasalah. Ustaz Azhar Idrus sendiri pernah menempelak audien yang suka sangat bertanya fasal kahwin, tapi jarang-jarang sekali bertanyakan soal mati. Tapi tak apalah. Bagi tahap orang awam, asalkan suka kepada agama pun cukuplah.

Page 29: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

29

“Lagi satu Ajib…”, Arman menambah. “Rasulullah ialah orang yang paling adil. Adil bukan bermaksud sama rata. Tak semestinya. Adil ialah lawan kepada zalim. Maksud adil ialah apabila kita meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Macam dalam perkahwinan, adil bagi seorang suami adalah dia mestilah mampu untuk memberi dua nafkah ini, iaitu nafkah zahir dan nafkah batin. Aku tak risau fasal nahfah zahir kau, tapi aku risau kalau kau tak mampu beri nafkah batin” “Oi. Cantik sikit mulut tu! Kau tak tahu aku ni….” “Tak, maksud aku lain”, belum sempat Ajib menghabiskan kata-katanya, Arman cepat-cepat memintas. Dia lalu ketawa kecil, lucu melihat Ajib yang bersungguh-sungguh mahu mempertahankan diri. “Nafkah zahir ini makan, pakaian, dan tempat tinggal untuk isteri. Yang itu siapa-siapa pun mampu sediakan. Lagi-lagi bagi seorang jurutera macam kau ni. Tapi nafkah batin ini, bukan semua orang boleh adil dengannya. Termasuk dalam nafkah batin ini ialah kita, para suami mestilah memberikan isteri dan anak-anak kita kefahaman agama, bimbingan, dan juga ilmu” “Habis tu, jimak?”, laju Ajib menyoal. “Termasuk jugalah dalam nafkah batin”, jelas Arman. Senyum di wajahnya mati. “Kau rasa-rasalah, kau mampu ke nak bimbing orang kalau diri kau pun tak terbimbing lagi?” Ajib diam. Jawapan bagi soalan Arman tadi dijawab melalui segaris senyum tawar pada bibirnya. Faham-faham sendirilah…

Page 30: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

30

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi nyaring, menarik perhatian kedua-dua lelaki yang sedang berbual itu. Ajib lalu mencapai telefon bimbitnya yang berada di samping sebelum matanya tajam menatap paparan skrin. “Helo, awak. Taklah. Saya tak sibuk pun. Baru balik makan saja ni” Dia lalu berlalu masuk ke dalam bilik. Arman hanya geleng kecil. Arman tahu siapa yang menelefon sahabatnya itu. Tengok muka gatal Ajib pun dia dah dapat tahu. Cepat-cepatlah kahwin tu Ajib! Bosan sudah aku menonton drama jiwang karat engkau ni! *************************************************** Pintu bilik Ajib diketuk bertalu-talu. "Ajib. Kau dah bangun ke belum?", laung Arman. Sebelah tangannya sedang mengikat tali leher dan sebelah lagi sedang mengetuk pintu bilik sahabatnya. Pelik juga si Ajib ni. Selalunya waktu-waktu begini dia sudah bersiap-siap tapi sejak Arman pulang dari bersolat subuh di masjid tadi, kelibat Ajib langsung tidak kelihatan. Lagipun senyap suji saja dari biliknya itu. Tidur lagi ke? Ni mesti belum solat subuh lagi ni... "Ajib. Ooo Ajib", sekali lagi nama sahabatnya diseru. Kali ini, nama itu dipanggil dengan lebih kuat. Tak menunggu pintu kayu itu untuk pecah dahulu, Ajib pun membukanya. Rambutnya yang hitam pekat itu kusut masai. Matanya juga kuyu da layu. Terdapat kesan air liur basi di bucu bibirnya. Tak perlu beritahu pun dah tahu yang dia memang baru bangun tidur.

Page 31: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

31

"Kenapa Arman?", Ajib membetulkan kain pelikat yang hampir terlondeh ikatannya. Arman geleng kepala. "Pergi solat subuh tu", suruhnya. Pagi ini telinga Arman cekap untuk menangkap bunyi keluhan yang datang daripada bibir Ajib. "Lewat dah ni. Kau tak pergi kerja hari ni?", soalnya lagi. Rasa macam sedang melayan adiknya pula yang baru darjah tiga. Nak sembahyang subuh pun kena dikejutkan lepas tu macam-macam ragam pula. Liatnya memang macam budak kecil dikejutkan untuk pergi sekolah. Ajib memandang dengan matanya yang masih layu itu. "Pukul berapa sekarang?" "Sudah pukul 7 lima minit pagi dah pun. Cepatlah sikit, dah nak habis waktu subuh dah ni", gesa Arman. Matanya dijegilkan. "Tipulah. Gelap lagi dekat luar tu", Ajib memandang ke luar tingkap. Masih suram. "Memanglah gelap. Pagi ini hujan. Tak percaya tengok jam ni", Arman menunjukkan jam tangan yang membelit pergelangan tangannya. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Boleh stress jadinya bila melayan karenah budak seorang ni. Ajib terkejut. Alamak! Betullah. sudah pukul tujuh lima minit!

Page 32: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

32

Dia lalu bergegas masuk semula ke dalam bilik dan keluar semula dengan bertuala. Tergesa-gesa dia masuk ke bilik air hingga pintu bilik air yang sudah mereput itu dihempasnya kasar. Arman hanya mampu menggeleng melihat tingkah sahabatnya. Dia juga beredar, bersiap untuk menabur bakti kepada anak-anak muridnya. Menggelabah dia mahu mengunci pintu rumah. Mangga jenama solex yang lebih kurang sebesar tiga jari dewasanya itu dikunci. Dia lalu mengoncang-goncangkan gril yang dipasang pada pintu. Dia berpuas hati. Jauh di dalam hatinya, dia berdoa agar tidak berlaku apa-apa kejadian yang tak diingini dalam rumah sewa bujangnya sepeninggalannya dan Arman. Arman seorang guru. Jadi dia memang tak pernah lewat ke sekolah. Memang berdisiplin cikgu matematik itu. Ajib sahaja yang selalu lewat. Hari ini pun sebenarnya sudah agak lewat baginya kerana jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi dan masa kerjanya bermula jam setengah jam lagi dari sekarang. Buatnya nanti ada apa-apa hal yang tak dijangka sepanjang perjalanannya nanti. Maka sudah tentu dia tak akan mampu sampai ke tempat kerjanya tepat pada masanya. Ajib menyarung topi keledar. Dia mengeluarkan kunci motosikal Yamaha 125 Z yang baru dibelinya. Tak sampai setahun pun lagi. Baru dia mahu menghidupkan enjin, dia perasan ada sesuatu yang tak kena dengan tayar depan motosikalnya. Alamak! Kenapa kempis sangat ni?

Page 33: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

33

Ajib membulatkan biji matanya seperti tak percaya. Malam semalam masih elok lagi tapi kenapa hari ini tayar depan motosikalnya sudah kempis macam getah biasa saja? Topi keledar yang sudahpun dijerut di dagu, dibukanya semula dan diletakkan atas rak kayu di sebelah tempat dia berdiri sekarang ini. Ajib duduk mencangkung, memeriksa tayar depan motosikalnya yang pancit itu. Matanya tajam meneliti dan tangannya dilarikan atas permukaan tayar getah itu. Ada satu bekas tusukan paku di situ. Argh! Macam mana ni! Ajib tarik nafas dalam-dalam sebelum dihebusnya kuat-kuat. Ini mesti berpunca kes malam semalam. Sebab perempuan itulah! Kalau bukan kerana dia melintas seperti seekor ayam, sudah tentu Ajib tak terbabas ke tepi jalan dan mungkin kerana itulah tayar motosikalnya tertusuk paku lalu pancit. Hipotesisnya terus diterima akalnya sendiri tanpa ada takwil-takwil sedikit pun. “Aduh. Macam mana ni?”, Ajib sudah bengang. Jam di pergelangannya dikerling. Sudah hampir sepuluh minit berlalu sejak pintu rumahnya dikunci. Dia mencongak-congak. Nak dihantar ke bengkel atau bagaimana? Lantas tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar. Jemarinya yang sedikit kotor itu laju semacam semasa menari atas skrin. Dia mahu mencari sesuatu daripada senarai nombor telefon teman-temannya. Selepas butang dengan ikon ganggang telefon berwarna hijau ditekan, telefon kecil itu dibawa rapat ke telinga. Tak lama, talian pun disambung.

Page 34: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

34

“Helo. Justin. Tayar motosikal saya pancitlah. Saya mungkin sampai lambat sedikit hari ini. Ya. Baiklah. Saya akan sampai secepat mungkin. Okey. Maaf ya. Terima kasih.” Ajib sekali lagi menghela nafas panjang. Selesai satu masalah. Justin ialah penyelia Ajib di kilang alat tulis dari Jepun tu. Jadi jika berlaku apa-apa hal, Justin ialah orang pertama yang perlu dimaklumkan. Mujurlah lelaki cina itu dalam angin yang baik. Tak banyak bertanya pula. Harap-harapnya, tak adalah berlaku apa-apa yang tak diingini dengan peralatan-peralatan berteknologi tinggi di kilang pagi ini. Kalau setakat mahu melakukan pemeriksaan harian, Mahat budak juruteknik yang baru sebulan bekerja itu pun boleh buat seorang diri. Tak perlu ada Ajib kerana Mahat ini jenis yang cepat belajar dan rajin. Rajin macam dia, cepatlah nanti naik pangkatnya. Kalau ikut adat, orang yang rajin dan cepat belajar ini cepat naik pangkatnya. Tapi dengan syarat jangan bekerja dengan syarikat kroni! Sebab, kalau syarikat kroni, sehebat manapun prestasi kerja kita, apa-apa jawatan sahaja pun mesti akan diberikan kepada kerabat sendiri. Kroni tetap didahulukan dan diutamakan. Ajib melabuhkan punggungnya di atas kerusi rotan yang sudah uzur. Dia berhati-hati kerana takut bebanan atas kerusi itu menyebabkan dia dan kerusi itu kedua-duanya sekali jatuh. Kerusi itu milik Arman sebenarnya tetapi oleh kerana ia sudah terlalu buruk, maka ia diletakkan di luar. Tapi tak tahulah mengapa Arman masih tak buang-buang lagi. Dia memandang ke skrin telefon. Cuba mencari nombor telefon seseorang. “Helo. Assalamualaikum”, dia menghulurkan salam. Sopan. “Waalaikumussalam. Aik, awalnya telefon orang?”, salamnya disambut oleh satu suara di hujung talian sebelum disambung dengan ketawa kecil. Ajib turut ketawa kecil. “Awak dah pergi kerja?”, soalnya.

Page 35: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

35

“Saya dalam kereta. Kenapa?” “Sudah lepas tempat saya ke belum lagi?”, tanya Ajib lagi. “Belum. Saya baru saja keluar rumah ni. Tak sampai pun lagi simpang empat depan bangunan mahkamah syariah ni”, beritahu suara di hujung talian itu. “Saya nak tumpang awak boleh tak? Tayar motosikal saya pancitlah. Tak bolehlah saya nak tunggang motosikal ni”, Ajib bermain dengan nada suara. Suaranya menjadi umpan bagi memancing simpati. “Boleh. Tak jadi masalah. Awak sekarang masih di rumah ya? Lagi lima minit lagi saya sampai. Tunggu kejap ya” “Okey. Terima kasih. Babai”, Ajib tersenyum lebar sebelum tangannya diturunkan sambil ibu jarinya menekan butang yang punya gambar ganggang telefon berwarna merah pula. Ajib menyimpan kembali telefon bimbit jenama Nokia 1101 itu ke dalam poket seluarnya. Dia teringat bahwa dia sudah banyak kali ditertawakan oleh kawan-kawannya kerana sampai ke hari ini dia masih menggunakan telefon yang sama yang dia gunakan sejak kali pertama dia mampu untuk membeli sebuah telefon bimbit. Wah. Rasanya sudah lapan tahun telefon ini digunanya dan hingga ke hari ini, ia masih lagi elok. Cuma bateri telefonnya sahaja yang pernah ditukar. Itupun baru sekali.

Page 36: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

36

Bukannya dia tak mahu menukar telefon bimbitnya yang sudah termasuk dalam senarai panjang gadjet yang sudah ketinggalan zaman. Telefon yang selayaknya digunakan untuk membaling polis anti-rusuhan di negera-negara dunia pertama dan kedua. Malaysia sebagai negara dunia ketiga masih tak boleh sesuka hati mencampak telefon bimbit kerana rakyatnya masih ramai yang miskin. Ajib bukannya tak terliur melihat kawan-kawannya bergaya sakan dengan telefon pintar terbaru mereka. Dia pun ada nafsu. Terliur juga melihat aplikasi yang hebat-hebat yang datang bersama harga yang juga hebat! Beginilah Ajib. Dia bukannya tak mampu. Dia mampu. Kalau setakat seribu dua itu, celah gigi sahaja dia boleh beli. Tapi dia tak mahu wang hasil penat lelahnya itu habis dengan cara sebegitu. Ajib mengeluarkan kotak rokok dari poket sebelah kanannya. Poket seluarnya memang selalu penuh pun. Sebelah untuk mengisi telefon bimbit. Sebelah lagi untuk dia isikan kotak rokok bersama dengan pemetik api. Sebatang rokok malboro dibawa keluar dan diletakkan di celah bibir. Tangannya kemudian mengeluarkan pemetik api dan rokok di celah bibirnya itu dicucuh dengan api. Berlumba-lumba asap keluar dan menjilat lapisan udara. Betul dia memang sedang berjimat-cermat, tapi tidak untuk rokoknya. Sudah bernanah telinga dia sebenarnya dileteri oleh Ibu Suri. Sudah berdarah gegendang telinganya diketuk oleh tazkirah-tazkirah daripada Arman, dan sudah cair tahi telinganya mendengar nasihat-nasihat daripada buah hatinya, Nik Amanina. Tapi sebagaimana kata orang; benda jahat ni jangan pernah cuba untuk buat walaupun sekali, kerana benda-benda jahat ni ada ‘hantunya’. ‘Hantu’ itu ialah ketagihan. Bila sudah ketagih, memang sangat susah nak tinggalkan benda itu walaupun datanglah seribu hujjah dan dalil al-Quran dan hadis sekalipun.

Page 37: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

37

Ajib tiba-tiba senyum. Teringat dia kepada sahabat lamanya, Farhan. Paan itu ialah rakan sekampungnya. Dialah yang mula-mula sekali mengajar Ajib untuk merokok. Nak ceritanya, si Paan ini punyalah nakal masa kanak-kanak dahulu tapi Paan sudah jadi polis berpangkat inspektor. Kali terakhir dia bertemu dengan bekas rakan sepermainannya yang sama-sama membesar dahulu itupun masa hari raya aidiladha tahun lepas. Selain bertambah boroi perutnya, satu lagi perubahan Paan ialah bila dia sudahpun berhenti merokok. Sedang asyik melayan perasaan, sebuah kereta perodua Myvi berwarna putih berhenti di hadapan rumah. Ajib yang baru perasan cepat-cepat mencampakkan rokoknya yang tinggal separuh lagi ke dalam longkang. Melihat pemandu kereta itu memandang kepadanya, dia pun tersenyum lebar. Punggungnya diangkat dan kakinya laju menapak ke luar. Pintu pagar rumah kemudiannya dikunci. “Terima kasih awak”, dia menghulurkan senyum manis sambil melangkah masuk ke dalam kereta Myvi putih itu. Hari itu, Nik Amanina mengenakan baju kurung berwarna hijau dan dipadankan dengan tudung yang berwarna hijau daun. Dia turut tersenyum, tapi tiba-tiba senyumannya mati apabila Ajib sudah duduk di kerusi sebelah. “Awak hisap rokok lagi”, wajahnya cepat-cepat bertukar keruh. Ajib sengih. “Ala… baru sebatang hari ni” Nik Amanina diam. Tangan gadis itu memulas stereng dan matanya fokus ke arah jalan raya. Kereta Myvi putih yang masih berkilat tanda baru dibasuh, bergerak laju ke arah jalan raya utama.

Page 38: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

38

“Awak, janganlah masam-masam pagi-pagi ni”, Ajib memandang wajah gadis itu. Tadi bukan main manis senyuman gadis itu tapi kini dah berubah masam. Tahulah yang Nik Amanina tu tak suka dengan bau rokok (termasuklah dengan asapnya) tapi nak buat macam mana… Ajib bukannya sempat nak beli gula-gula getah pun untuk dia kunyah dahulu bagi menghilangkan sedikit bau rokok itu. “Awak janji dengan saya nak berhenti kan”, suaranya satu nada. Ajib sengih. Semua orang boleh berjanji, wahai gadis… “Kan kata lepas kahwin”, Ajib membetulkan. “Memanglah selepas kahwin tapi tak mungkin awak boleh berhenti secara sekaligus kan? Setidak-tidaknya awak kenalah kurangkan dahulu”, Nik Amanina mencebik. “Memanglah kena beransur-ansur. Sebab itu hari ini baru sebatang sahaja rokok yang saya hisap”, Ajib membela diri. “Huh. Baru pukul 8 sudah sebatang. Nanti pukul 10, pukul 1?”, Nik Amanina merengus. Matanya tak memandang Ajib. Sedih. Sedih kerana dia sayangkan Ajib. Sudah banyak kali dia menasihati Ajib tentang mudharat rokok itu. Bukan hanya kepada Ajib, tapi juga kepada dia. Nanti bila mereka sudah berkahwin, bagaimana? Buatnya ajal suaminya pendek disebabkan merokok! Ah, siapa nak jadi janda muda? Tak mahu! Tak mahu! Lainlah kalau Ajib seorang jutawan… Ajib senyum. “Okey. Hari ini saya janji saya tak akan merokok pukul 10 nanti. Selepas makan tengahari nanti sahaja. Itu sahaja untuk hari ini”.

Page 39: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

39

“Betul ni?” “Betullah. Apa ingat saya ni suka sangat ke menipu? Berdosa tu menipu”, Ajib senyum nakal. Sisi baiknya mengutuk dirinya sendiri, konon tahu bahawa menipu itu berdosa tapi sudah berbakul-bakul penipuan yang dia buat sepanjang dia hidup. “Lepas makan malam pun?”, Nik Amanina menduga. “Er, yang itu saya tak janji”, Ajib serba-salah. Bukannya Nik Amanina tak tahu, bahawa nikmat merokok meningkat 200 peratus selepas setiap kali makan. “Malaslah nak cakap dengan awak”, Nik Amanina mencebik. “Yelah. Yelah. Saya janji. Malam ini pun saya tak merokok”, Ajib cepat-cepat berjanji. Alah, kalau aku bantai pun sebatang, bukannya perempuan ni tahu pun. Dia ketawa dalam hati. “Bagus. Macam ni lah. Kalau awak tak boleh nak sayang diri awak, awak kena sayang pada saya tau. Buatnya awak mati awal sebab merokok. Awak tak kesian kat saya ke?”, Nik Amanina bersuara sayu. Ajib memandang gadis di sebelahnya. Riak wajah Nik Amanina nampak ikhlas saat dia berkata begitu. “Ajal maut kan di tangan Tuhan. Merokok ke tak merokok ke, kalau Allah kata mati muda, mati muda juga. Tak begitu?”

Page 40: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

40

“Eii… awak ni pandai betul menjawab”, sekali lagi Nik Amanina mencebik geram. Ajib ni, ada-ada sahaja hujah dan perisainya. Kalau dah rasa betul sangat tu, kenapa nak sangat makan nasi? Kam kalau Allah kata nak beri kenyang, makan atau tak makan pun kenyang juga. Samalah konsepnya kan? “Motosikal cabuk awak tu kenapa?”, tanya Nik Amanina. Dia senyum kecil, mengusik. “Cabuk awak kata? Saya beli dengan duit sendiri tau. Tunai lagi”, kini giliran Ajib pula untuk mencebik. Padahal, bukan dia seorang sahaja atas dunia ini yang beli motosikal secara tunai. Lainlah kalau beli kereta secara tunai. Yang itu memang hebatlah. Tak semestinya orang kaya, tapi kalau orang yang berpendapatan sederhana yang menabung dan membuat simpanan, boleh juga jika mahu membeli kereta secara tunai. Senang tak terlibat dengan riba’ mahupun dengan syubhat. “Saya bergurau saja. Erm, kenapa dengan motosikal awak? Tak boleh hidupkan enjin?”, duga Nik Amanina. “Tayar depan pancit”, balas Ajib pendek. “Itulah, lain kali beli kereta”, selamba Nik Amanina menuturkan. Kedua-dua belah tangannya masih kemas mengawal stering. “Eh, apa kaitannya pula?”, laju Ajib menyoal. Dahinya berkerut. “Kalau kereta kan selalunya ada tayar simpanan. Senang. Tak payah tunggu bengkel untuk buka. Boleh tukar sendiri”

Page 41: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

41

“Eleh. Awak tu boleh ke nak tukar tayar? Macamlah larat”, Ajib ketawa mengejek. “Helo… Encik Razif. Awak ingat perempuan jelita macam saya tak boleh tukar tayar kereta sendiri ke? Hei, orang boleh berdikarilah”, Nik Amanina senyum manis. “Iyalah tu”, komen Ajib. Dia memandang ke luar tingkap. Nik Amanina sebenarnya bekerja di kilang yang sama dengannya. Cuma, gadis dari Terengganu itu bekerja di bahagian pengurusan. Dia seorang eksekutif di sini. “Saya bukannya tak nak beli kereta”, Ajib bercakap lambat-lambat. Kening Nik Amanina terangkat. “Habis tu?” “Kalau awak perasan, orang melayu dengan orang cina, dari segi cara mereka berbelanja sangat berbeza. Orang cina apabila mula-mula ada duit, mereka akan berjimat cermat. Tak macam kita. Baru-baru nak mula ada duit sahaja kita sudah belanja itu dan belanja ini. Mereka kalau nak membeli pun, mereka akan beli aset terlebih dahulu. Beli rumah atau beli tanah dahulu. Sedaya upaya mereka tak mahu terlibat dalam hutang-piutang. Saya pun macam itu. Saya tak mahu terlibat dalam hutang membeli kereta. Saya ingat saya mahu beli aset terlebih dahulu. Kerana rumah dan tanah ini semakin lama semakin meningkat harganya sedangkan kereta ini semakin lama semakin turun harga”, jelas Ajib panjang lebar. “Awak macam sindir saya saja. Tahulah yang saya beli kereta inipun secara hutang”, Nik Amanina bersuara perlahan padahal sebenarnya dia sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ajib tadi.

Page 42: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

42

“Bukan macam tu. Hari ini, memiliki kenderaan sendiri sudah jadi satu keperluan asas. Hidup kita semakin hari semakin dinamik. Kita perlu bergerak ke sana dan ke mari”, pujuk Ajib. “Lelaki macam saya tak apalah. Saya boleh menunggang motosikal. Tapi kalau perempuan, baik naik kereta saja. Kereta ada empat tayar. Lebih seimbang dan lebih selamat”, tambahnya lagi. Nik Amanina cuma angguk. “Awak bayar kereta ini bulanan berapa?”, soal Ajib. “RM 400”, jawab Nik Amanina. “Awak rasa mahal tak?”, soal Ajib lagi. “Tak adalah mahal. Kiranya masih dalam kemampuanlah. Kenapa awak tanya?” Ajib senyum. “Kalau macam tu, kalau kita dah kahwin, tak perlulah saya beli kereta lagi dah. Guna kereta awak sahaja cukuplah” Nik Amanina buat muka pelik. Amboi mamat seorang ni… “Apa salahnya ada dua kereta? Nanti belilah kereta jenis MPV. Barulah besar sikit. Kalau ada anak-anak ramai pun bolehlah angkut satu famili”, Nik Amanina tersenyum-senyum malu bila menyebut tentang anak. Memang dia impikan punya anak ramai. Cuma hidup di kota raya ini, nak anak ramai susah.

Page 43: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

43

Pertama, susah nak menyara kehidupan kerana kos sara hidup yang makin meningkat setiap penggal. Kedua, anak ramai bererti tangunggjawab untuk’ memanusiakan’ anak-anak makin hebat. Ibubapa tidak boleh jadi seperti kucing. Kucing pun tahu beranak. Tahu beri anaknya makan. Tapi beza manusia dengan kucing, kucing tak perlu susah-susah nak mendidik anak-anaknya. Tuhan sudah jadikan naluri kebinatangan kepada setiap ekor kucing atas bumi ini. Dengan naluri itu sahaja sudah cukup untuk ia hidup dan membiak. Tapi manusia lain. Manusia bukan setakat perlu memberi anak-anaknya makan, pakain dan tempat tinggal, tetapi juga perlu memberi anak-anaknya didikan. Kerana jika tiada didikan, anak-anak itu akan membesar sebagai menjadi ‘zombie’ dalam masyarakat. Membawa mudharat dan mustahil akan membahagiakan ibubapa. Itu belum cerita fasal ibubapa yang diazab dalam kubur kerana perbuatan anak-anak. Gulp! “Memanglah bagus kalau ada dua kereta. Tapi awak kena ingat. Makin banyak kenderaan atas muka bumi ini, makin banyak masalah yang timbul”, Ajib membentangkan tikar perbincangan. “Contoh?” “Pencemaran alam, kesesakan lalu lintas, penipisan ozon, pencemaran bunyi, risiko kemalangan, dan bermacam-macam lagi. Saya pernah membaca satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat. Katanya kenderaan-kenderaan seperti kereta, motosikal, lori, dan seumpamanya mengeluarkan lebih kurang 34 peratus nitrogen dioksida ke atmosfera kita tiap hari, 50 peratus carbon monoksida, 33 peratus karbon dioksida, dan 10 peratus jelaga” “Jelaga tu apa?”, Nik Amanina angkat kening. “Macam debu jugalah. Biasanya kalau kita tengok bangunan-bangunan lama, kita akan nampak macam lumut-lumut hijau itu. Itu juga salah satu kesan jelaga. Jelaga ini juga akan mencemarkan air dan juga salah satu penyebab kepada jerebu”, terang Ajib.

Page 44: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

44

“Gas-gas yang saya sebutkan tadi tu, semuanya dikeluarkan oleh kenderaan. Kita tak nafikan ada juga punca lain tapi kenderaan adalah penyebab utama. Macam karbon dioksida. Karbon dioksida ini ialah punca kepada pemanasan global. Bumi akan jadi makin panas. Bila makin panas, ais di kawasan kutub makin mencair. Bila makin mencair, maka paras air laut di seluruh dunia akan naik dan tempat-tempat rendah di muka bumi ini pula akan makin tenggelam. Karbon monoksida pula boleh menyebabkan kematian jika disedut secara langsung. Tapi kalau dibebaskan ke atmosfera, ia akan menyebabkan kita sesak nafas dan sakit kepala”, tambah Ajib lagi. Gayanya serius. Nampak benar kesungguhannya dalam bercerita. Sekali pandang, serupa macam aktivis alam sekitar pula gayanya. “Kalau di Amerika Syarikat pula, lebih kurang 10 milion kenderaan dilupuskan setiap tahun dan 25 peratus daripada amaun itu tidak boleh dikitar semula dan terpaksa di ditanam dalam tanah. Bayangkan pula berapa lama pula masa yang diperlukan untuk ia lupus. Bukan itu saja, lebih kurang 13,000 meter persegi tanah di negara mereka hanya dipenuhi oleh kenderaan-kenderaan sahaja. Itu belum cerita fasal petroleum dan gas asli yang makin naik harganya dan makin berkurangan penghasilannya” Tiba-tiba Nik Amanina ketawa kecil. “Eh, awak dengar tak apa saya cakap tadi. Panjang lebar orang bercakap, dia boleh ketawa pula. Seriuslah sikit. Awak tak risau ke dengan alam sekitar kita, dengan bumi kita yang makin tercemar ni?” “Tak adalah”, Nik Amanina berhenti ketawa. Pun begitu, bibirnya masih melengkung senyum. “Saya risau juga. Bumi ini ada satu saja. Kalau bumi kita tercemar, kita nak tinggal di planet mana lagi, kan? Saya ketawa sebab lucu bila tengok awak serius. Awak bercerita yang kereta-kereta ini mencemarkan alam. Awak hisap rokok, asapnya itu tak mencemarkan alam sekitar? Tak membahayakan orang-orang di sekitar?”

Page 45: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

45

Ajib terdiam. Tak habis lagi rupanya fasal rokok! “Saya kan dah janji saya nak berhenti”, Ajib berkata perlahan. Ada nada rajuk di hujung-hujung. Bukan apa, dia memang sedang berusaha pun. Sedikit kecewa dan terkilan dia apabila Nik Amanina seakan-akan tak nampak usaha dan kesungguhannya untuk membunuh ketagihannya itu. “Baiklah cik abang. Saya minta maaf ya”, Nik Amanina senyum lebar. Kereta yang dipandunya semakin mampir ke destinasi. Dari dalam ruang kerata buatan malaysia itu, tersergam di hadapan mereka kompleks kilang alat tulis dari Jepun itu. Tempat mereka berdua mencari rezeki. Nik Amanina memperlahankan kenderaannya. Saat mahu melepasi pos kawalan keselematan, dia memberhentikan kenderaan dan mempamerkan pas pekerja kepada pengawal keselamatan warga asing itu. Lelaki dari Bangladesh barangkali. Perlahan-lahan, keretanya meluncur masuk ke dalam kawasan kompleks dan bergerak ke ruang parkir. Selepas selamat meletakkan keretanya di satu petak kosong, dia mengenakan brek tangan. “Nak saya hantar balik ke petang nanti?”, dia memandang Ajib. “Terpulanglah pada awaklah. Saya tak kisah. Saya boleh je naik teksi” “Saya hantar awak sajalah ya”, Nik Amanina senyum. Dia pun bukannya kisah sangat nak tambah bacaan pada meter perjalanan keretanya. Yang dia kisahkan ialah dia dengan Ajib itu bukannnya suami isteri. Bertunang pun tak lagi. Tak eloklah berdua-duaan dalam kereta. Nanti apa pula kata orang. Kata jiran-jiran Ajib. Kata Arman? Ha… Arman akan balik awal. Petang-petang biasanya dia sudah ada di rumah. Inipun naik kereta ini, silap-silap haribulan pukul 8 malam baru sampai rumah ni. Tapi tak mengapalah. Niatkan sahajalah untuk menolong orang dalam kesusahan. Boleh tak begitu?

Page 46: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

46

“Kalau macam tu, nanti saya SMS awak. Awak tunggulah saya ya”, pesan Nik Amanina. Masa kerjanya dengan masa kerja Ajib tak sama. Dia masuk kerja jam 9 sampai 6 petang. Ajib pula jam 8.30 hingga jam 5.30 petang. “Okey. Terima kasih ya awak”, Ajib menghulurkan senyum. “Terima kasih je?”, Nik Amanina yang sudah mengunci kereta seakan-akan membuat muka. “Habis tu?”, Ajib buat-buat tak reti. Dia ketawa dalam hati. “Belanjalah orang makan” “Puasa”, spontan dibalas. “Tipu. Eiii…tak malu. Puasa konon”, Nik Amanina menyambut ketawa. “Okeylah. Nanti saya belanja makan, insya-Allah” Nik Amanina tersenyum senang. “Okeylah. Dah lewat ni. Saya naik ofis dulu. Babai”, Nik Amanina melambai dan terus melangkah laju. “Awak nak berhenti solat dulu ke? Saya boleh berhenti dan tunggu awak”, soal Nik Amanina. Matanya mengerling ke arah jam di papan pemuka

Page 47: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

47

keretanya. Sudah pukul 7.20 petang. Sepatutnya sudah masuk waktu solat maghrib dah pun. “ Awak?” “Saya tak boleh solat hari ini”, perlahan Nik Amanina menjawab. Segan nak cerita fasal hal-hal wanita kepada lelaki. Tambahan pula Ajib masih lagi ialah orang asing baginya. “Oh. Baru pukul 7.20 kan. Saya rasa baik saya solat di rumah sahaja. Sempat lagi ni”, balas Ajib. Matanya menangkap satu papan tanda di tepi jalan yang bertulis; ‘Masjid At-Taqwa 500 meter di hadapan’. Trafik petang itu sesak pada permulaannya tapi selepas sampai ke susur masuk ke lebuhraya DUKE, kesesakan yang tadi sudah mulai reda. Kereta-kereta sudah boleh bergerak laju. Tidak lagi seperti kura-kura yang beratur sambil berjalan. “Okey”, balas Nik Amanina. Dia menekan pedal minyak seraya meningkatkan kelajuan kereta yang dipandunya. Masjid At-Taqwa dilewati. Daripada hujung mata, sempat dia menangkap sosok beberapa orang lelaki yang sedang berjalan laju menuju ke dalam ruang solat. Alangkah baiknya jika Ajib salah seorang daripada mereka. Baki perjalanan ke rumah Ajib hanya diselubung dengan sepi. Masing-masing nampak penat dan lesu untuk terus berbual. Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri. Ajib melontarkan pandangan ke luar tingkap. Papan tanda ke taman perumahannya masih dapat dibacanya walaupun cahaya matahari cuma meninggalkan bekas-bekas sahaja di ufuk barat.

Page 48: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

48

Nik Amanina memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan rumah Ajib. Dia memalingkan wajahnya, memandang Ajib yang sedang membuka pintu kereta. “Terima kasih ya awak sebab tumpangkan saya”, ucap Ajib. Dia sudah berdiri di luar kereta. Nik Amanina senyum. “Tak ada masalah. Motosikal awak tu kalau malam ni tak sempat nak baiki, tak apalah. Esok boleh tumpang saya lagi” Ajib berubah riak. Aduh! Malunya nak tumpang anak dara orang pergi kerja… “Tak apa. Malam ni saya pergi tukar tayar” “Kalau macam tu, tak apalah. Awak pergilah solat dulu ya. Sudah dekat pukul 8 malam ni. Cepat sikit”, gesa Nik Amanina. Dia masih senyum walaupun jelas di raut wajahnya, dia lesu. “Baiklah. Jaga diri ya. Pandu elok-elok. Saya tak ada ni, awak jangan nak main berluma-lumba pula”, sempat dia mengusik. “Oi. Mana adalah. Dah. Pergi solat tu” Pintu kereta ditutup. “Saya masuk dulu. Terima kasih ya awak. Assalamualaikum”, Ajib memberi salam.

Page 49: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

49

Nik Amanina menjawab salam, sebelum keretanya diundur ke belakang. Sempat tangannya dilambai kepada Ajib yang masih setia berdiri di luar pintu pagar rumahnya menunggu kelibat Myvi putih itu hilang ditelan gigi-gigi malam. Ajib memusingkan badan, membuka pintu pagar dan melangkah masuk ke laman rumah teres yang disewanya sejak awal tahun ini. Arman tiada di rumah. Pasti dia di surau kerana motosikal honda miliknya tidak ada. Ajib menggagau poket seluar, mahu mencapai anak kunci. Eh? Tak ada? Dia meraba pula poket kirinya. Kemudian poket belakangnya. Tak puas hati, semua poket yang ada dia seluk. Dia gagau. Sah! Memang tak ada. Ajib menepuk dahi. Rasanya mesti dah tercicir dalam kereta tadi masa dia mahu mengeluarkan duit kertas yang ada dalam poket seluarnya untuk tolong bayarkan tol tadi. Mahu telefon Nik Amanina minta tolong dia hantarkan kunci itu sekarang atau tunggu hari esok sahaja? Hati Ajib serba-salah. Dia belum solat maghrib lagi tapi kalau dia mahu menunggu Arman pulang dari surau, selepas isyak barulah ‘ustaz’ itu akan pulang. Macam mana ni? Nak telefon atau tidak? Tidakkah dia akan sekali lagi menyusahkan Nik Amanina? Ajib melepaskan nafas panjang. Tak apalah. Aku tunggu sahajalah. Kasihan tuan puteri seorang itu nak kena patah balik. Dia memujuk diri. Kerusi rotan yang uzur itu sekali lagi menjadi tempatnya melabuhkan punggung, menunggu jam 9 malam! Tapi solat maghrib?

Page 50: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

50

Nak solat macam mana? Tak dapat nak masuk rumah kan? Ajib mengeluarkan sebatang rokok. Ah, lupakan sahaja janji-janji dengan Nik Amanina tu. Asap rokok berkepul-kepul mengotorkan udara. Tekak Ajib terasa nyaman saat menghembuskan asap itu. Dari laman rumahnya, pandangan matanya dilempar jauh ke depan. Ke kawasan kejiranannya. Walaupun Ajib sudah boleh dikira agak lama berpindah ke sini, dia sebenarnya bukan mengenali sangat pun jiran-jiran terdekatnya. Di sebelah kiri rumahnya, penyewanya jarang-jarang sekali ada di rumah. Rumah itu selalu sahaja ditinggalkan gelap gelipa. Macam hari inilah. Cuma kalau hujung minggu, selalulah ada orang yang datang duduk di rumah itu. Rumah di sebelah kanan pula dihuni oleh sebuah keluarga berbangsa india yang cukup taat beragama. Apa tidaknya, seminggu sekali (kadang kala dua kali) pasti telinganya dapat menangkap dengan jelas bunyi loceng bertalu-talu. Mulanya dia hairan. Siapa pula yang jual ais krim malam-malam buta ni? Bila dijegulkan kepala ke luar rumah, lah… jual ais krim apa bendanya. Rupanya jirannya itu sedang melakukan upacara bersembahyang. Semerbak bau colok memenuhi memenuhi rumahnya hingga bau itu ‘berziarah’ ke rumah sekitarnya termasuklah rumah Ajib. “Abang, lepak saja nampak?”, tegur satu suara. Ajib laju menoleh ke arah suara itu. Retina matanya menangkap imej sebuah leretan senyum di wajah seorang remaja india. Anak lelaki jirannya itu sedang menunggu keputusan SPM diumumkan. Sambil-sambil itu, dia pun bekerja separuh masa di satu cawangan restoran Mc Donalds. Budak itu memang peramah dan boleh diajak berbual.

Page 51: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

51

“Saja. Aku baru balik kerja saja ni Babu. Kamu apa macam? Marilah duduk sini dahulu”, pelawa Ajib kepada remaja india yang dia panggil namanya, Babu. Nama penuhnya panjang dan sebagai rakyat Malaysia, Ajib perlu meminta maaf kerana dia sepatutnya boleh menyebut nama orang india. Kata kita masyarakat berbilang bangsa berbilang agama tapi nak panggil nama orang pun dia sudah tak pandai. Slanga Ajib sudah berbaur seperti orang india. Padahal sepatutnya Babulah yang ikut berbahasa malaysia dengan baik sepertinya dan bukannya dia yang meniru slanga-slanga bangsa lain. Babu tersengih-sengih. Dia yang berseluar pendek dan berbaju tanpa lengan berjalan ke rumah Ajib. “Lewat balik bang?”, dia duduk di atas bata, buat alas punggung. “Aku naik kereta hari ni. Tu sebab sampai rumah lambat” “Eh. Abang ada kereta ka? Tak pernah nampak pun”, dia menyoal. Kepalanya ditoleh, seakan-akan mencari-cari di mana kereta yang Ajib maksudkan tadi. “Bukan kereta aku. Kereta bakal isteri aku”, Ajib ketawa. Pertama kali dalam sejarah hidupnya, dia merujuk Nik Amanina sebagai bakal isteri. Sememangnya sudah jadi niatnya sejak pertama kali berkawan rapat dengan anak gadis comel itu ialah untuk memperisterikannya. Jadi betullah kan, bakal isteri? “Wah. Tak lama lagi abang nak kahwin la ni?”, Babu senyum.

Page 52: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

52

“Tak tahulah Babu. Kalaulah aku boleh jual bulu hidung aku ni buat duit, aku dah jual dah. Boleh buat belanja majlis kahwin tu”, selamba Ajib bercakap. Tak ada nilai sivik langsung! “Kenapa? Mahal sangat ke belanja kahwin ni?”, Babu bertanya. Dia betul-betul tak ada idea tentang perkahwinan orang melayu walaupun dia tinggal di Tanah Melayu, sebelum ditukarkan namanya kepada Malaysia pada tahun 1962. “Mahal… kalau tak ada sepuluh ribu tak boleh kahwin”, balas Ajib. Dia pun dengar-dengar sahaja cakap orang fasal nombor berhantu itu tapi secara tak langsung dia telah memburukkan bangsa sendiri (bukan agama sendiri) kerana hanya bangsa melayu sahaja yang meletakkan bayaran belanja perkahwinan semahal itu padahal agama rasmi bangsa melayu, tidak pula begitu. “Uish. Mahalnya”, komen spontan Babu. Jujur. “Hah. Tahu pun kau”, Ajib senyum sambil menghembus asap rokok. “Kalau dalam agama hindu pula macam mana?” “Macam orang melayu jugalah kut. Tapi rasanya tak perlu sampai pengantin itu ada RM 10 ribu dahulu” “Tak. Aku tanya fasal ritual perkahwinan orang hindu. Dulu masa aku baya-baya kau, aku selalu jugalah tengok TV3. Hari sabtu jam 2 petang, mesti ada filem hindustan. Selalu aku tengok pasangan hindu apabila berkahwin, mesti ada majlis besar-besaran. Antara yang aku rasa menarik, bila selempang pengantin perempuan itu mesti diikat dengan pengantin lelaki. Kemudian, akan ada tok sami yang akan bacakan mantera kahwin. Lepas tu, pengantin tadi akan berjalan keliling api. Ada apa-apa maksud ke Babu?”, soal Ajib.

Page 53: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

53

Babu menarik nafas. “Saya sebenarnya tak tahu sangat pun fasal perkahwinan ni sebab saya tak pernah terlibat secara langsung pun. Tapi setakat yang emak dan ayah saya pernah ceritalah, pengantin lelaki dan pengantin perempuan perlu berjalan mengelilingi ungun api sebanyak tujuh kali atas kerana mahu bersaksi dengan Tuhan api, Agni atas ikrar mereka suami isteri. Upacara tu dinamakan sebagai saptapadi”. Ajib mengangguk-anggukkan kepala. Dia sebenarnya kagum dengan budaya masyarakat india. Masyarakat india memang punya budaya dan ritual keagamaan yang sangat unik, yang kita perasan ataupun tidak, sudah banyak meresap masuk dalam masyarakat melayu kita sendiri. Satu contoh yang paling popular ialah amalan bersanding semasa berkahwin. Ajib tak tahu hukumnya apa; harus atau haram. Nak kata sunnat dan wajib, memang terang-terang tak ada pahala. Nantilah bila-bila dia kelapangan, dia akan tanyakan kepada Arman. Arman mesti tahu punyalah. Dia kan profesor serba tahu di rumah ini. “Eh, hari ni kau tak pergi kerja ke?”, soal Ajib tiba-tiba. Pelik. Selalunya malam-malam begini budak seorang ni mesti tak ada kat rumahnya. Selalu dia dengar bunyi bising motosikal Yamaha LC milik Babu. Apa tidak bisingnya… elok-elok ekzos motosikalnya standard, dia tukarkan kepada ekzos jenama Nobi triovale. Memang tunggu masa sajalah untuk enjin motosikal itu rosak. Tapi Ajib sebenarnya tak kisah pun kerana dia dulu-dulu pun suka juga ubah suai motosikal arwah ayahnya. Elok lagi di kampung. Sudah memang dia pun minat dalam ubah suai barang ni. Mungkin itulah sebabnya mengapa dia mempu untuk jadi jurutera sekarang ni. Memang itu minatnya. “Hari ini saya cutilah bang. Hari-hari kerja. Mati saya bang”, Babu ketawa. “Hah. Baru kau tahu susahnya nak cari duit”, laju Ajib menambah. “Berapa kau dapat dalam sehari?”

Page 54: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

54

“Tak banyak pun. Seratus pun tak sampai”, jawab Babu jujur. Ajib anggukkan kepala. “Simpanlah duit tu. Buat simpanan untuk kegunaan masa hadapan. Kau ada berapa orang adik? Tiga orang kan?” Babu angguk sebagai jawapan bagi soalan tadi. “Kenapa bang?” “Ringankanlah beban mak ayah kau tu. Kau cari duit sendiri untuk buat belanja sendiri. Tak payah minta duit lagi dengan mak ayah kau. Kasihan pada mereka. Berdikari sikit. Aku dulu pun macam kau juga. Cari duit sendiri”, Ajib mula bercerita. “Oh. Abang buat kerja apa?”, tanya Babu dengan penuh minat. “Aku ini anak kampung jadi aku buat kerja-kerja kampunglah. Aku ambil upah menebas semak, ambil upah menoreh pokok getah, menebang pokok, membaja tanaman orang, mengecat rumah… pendek kata, semua benda yang boleh buat duit, aku buat duit. Aku masuk universiti pun satu sen duit mak aku, aku tak minta”, Ajib senyum bangga. Dia belum cerita lagi bagaimana dia dengan seorang rakan kongsinya pernah sama-sama menjual burger. Rakan kongsinya itu bernama Zainal atau mesra dipanggil Jenal. Mereka berdua tinggal serumah di Kolej Kenanga. Siang hari mereka sama-sama belajar dan malam hari, mereka sama-sama berniaga. Hari ini, Si Jenal itu pun sudah hidup senang dan bekerja di syarikat hartanah yang kukuh di Malaysia. Babu terngaga sekejap. Dia kagum dengan cerita Ajib walaupun dia sendiri tak berapa nak yakin dengan cerita pemuda melayu di depannya itu. Dia memuji Ajib, sekadar mahu meraikan cerita lelaki itu.

Page 55: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

55

Ajib pula hanya senyum. Dia tak tipu Babu tapi dia juga tak kisah Babu nak percaya ataupun tak mahu. “Babu.” Serentak mereka memandang. “Selamat petang encik Razif”, tegur Puan Shoba, ibu kepada Babu sambil tersenyum mesra. Ajib membalas sapaan dengan penuh mesra. Puan Shoba yang bertubuh gempal itu juga mesra dengannya. Tapi adat orang berkerjaya, sesekali sahaja akan bertemu sapa walaupun tinggal sebelah menyebelah. Puan Shoba lalu bercakap dengan anaknya dalam bahasa tamil. Ajib hanya memerhati dua beranak ini. Dia seakan-akan sedang menonton satu filem tamil tanpa sari kata. Sepatah haram pun dia tak faham! Babu kemudian menoleh kearahnya. “Bang, emak saya suruh saya pergi kedai. Saya pergi dulu ya bang”, Babu sudah bangun dari duduk melunjur kakinya tadi. Ajib angguk. “Okey. Okey.” Tak lama, bunyi bingit motosikal Yamaha LC Babu menyapu telinga. Ajib mengerutkan dahi tanda kurang senang dengan dentuman yang keluar daripada ekzos corong besar itu. Hanya beberapa saat, Babu sudah keluar dan memecut.

Page 56: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

56

Dasar budak remaja! Asal tunggang motosikal sahaja mesti fikir nak memecut. Nak sangat kut masuk rancangan dokumentari TV nasional dan dilabel sebagai pelesit jalanan. Ajib kembali memandang ke pergelangan tangannya, melihat angka-angka yang berbaris atas muka jam. Sudah hampir jam sembilan malam. Tak lama lagi batang hidung Arman mesti akan terpacul. “Tittt” “Titt” Telefon bimbit Ajib berbunyi nyaring menandakan ada SMS baru diterima. Laju tangannya mencapai telefon yang bergegar-gegar dalam poket seluarnya. Mesej yang diterima tadi, dibacanya segera. “Salam. Awak tertinggal kunci dalam kereta saya ya?” Dia tak sedar pun yang dia sudah tersenyum. Jarinya laju menekan pad kekunci sebelum dia mengirim satu SMS balas. “Itu kunci rumah saya. Esok awak bawakan ke tempat kerja ya. Saya ambil esok” Tak lama, satu lagi SMS diterima. “Okey. Insya-Allah” Baru jarinya nak menaip kiriman balas, telinganya menangkap ngauman enjin motosikal Arman dan serentak dengan itu juga mukanya disimbah dengan cahaya lampu dari motosikal itu. Hey, silaulah!

Page 57: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

57

Arman berbaju melayu. Dia tak memakai topi keledar sebaliknya hanya memakai serban putih. Selepas mematikan enjin motosikal, dia pun turun. “Kenapa tak masuk dalam rumah?”, soal Arman. Dia hairan bila terpandang sahabatnya yang kelihatan penat. Pakaian kerjanya pun tak ditukar lagi. “Aku tertinggal kunci rumah dalam kereta Nik Amanina”, jawab Ajib. “Pulak dah”, Arman ketawa. Dia terus membuka kunci rumah. Daun pintu ditolak. Selipar jepun warna putih yang melapik kakinya ditanggalkan. Ajib menurut dari belakang. Dia pun membuka kasut keselamatan dan menanggalkan stokin sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. “Dah lama kau tunggu dekat luar?”, tanya Arman. Serban dan kopiahnya ditanggalkan. Ajib duduk di sofa. SMS yang mahu dikirimkan kepada Nik Amanina tadi, ditaip. Selepas membalas, barulah dia menjawab soalan Arman tadi. “Aku sampai pukul lapan malam tadi lagi” Arman ketawa kecil. “Dah tu kau menunggu macam tunggul sajalah dekat luar?” “Tak. Aku lepak dengan Babu tadi”

Page 58: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

58

Arman angguk. Tangannya mencapai alat kawalan jauh televisyen. Siaran ESPN menjadi pilihan dengan pasukan Everton sedang mendahului Stoke City dengan jaringan 1 berbalas kosong. “Kau solat maghrib di mana tadi?”, sengaja dia menyoal. Ajib diam. “Kau singgah masjid At-Taqwa ke? Ramai tak orang tadi?”, dia menembak. Masjid At-Taqwa ialah masjid yang paling dekat dengan rumah mereka. Sesekali adalah juga Arman bersolat di masjid yang bercat hijau-putih itu. Bila dia rasa dia mahu ubah angin, dia pergilah ke sana tapi selalunya dia hanya akan bersolat di surau kecil di tengah-tengah taman perumahan mereka sahaja. Surau itu pun aktif juga dengan aktiviti. Hampir tiap-tiap malam ada kuliah maghrib. “Aku tak sempat nak sembahyang. Aku ingat nak sembahyang dekat rumah saja. Manalah tahu rupa-rupanya kunci rumah aku tertinggal dalam kereta Nik Amanina”, balas Ajib acuh tak acuh. “Jadi kau tak solatlah?” “Nak solat macam mana…”, Ajib membela diri. “Lah… solat sahajalah dekat luar tu. Apa pulak tak bolehnya”, Arman menunjukkan wajah tidak senang. Betul-betul dia tak senang bila sahabatnya boleh pula meninggalkan kewajipan bersolat. Eh, budak seorang tu tak tahu ke yang meninggalkan satu solat fardu dengan sengaja, hukumnya ialah berdosa besar dan akan diazab dalam neraka. Jangan main-main dengan solat fardu.

Page 59: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

59

“Mana ada sejadah nak buat lapik. Takkanlah aku nak solat atas simen tu. Kotorlah” “Surat khabar lama atas rak kasut tu kan ada. Ambillah buat lapik”, Arman melembutkan nada suaranya. Betul juga cakap Arman tu! “Paip air pun ada dekat luar. Kau ambillah wuduk kemudian solatlah. Tak ada masalah apapun” “Tapi tak selesalah. Kau tak tahu, silap-silap simen tu ada bekas najis ke, apa ke…”, hujah Ajib lagi. Seboleh-bolehnya dia tak mahulah nampak sebagai seorang pesalah. Dia tahu memang dia salah cuma dia tak mahu kelihatan seperti pesalah. Dia pun tahu dia jahil tapi dia tak mahu nampak seperti jahil. Egokah? “Macam ni Ajib”, Arman memusingkan badannya untuk mengadap Ajib. “Allah kata dalam al-Quran, bumi ini suci dan diizinkan untuk kita bersolat di mana-mana sahaja. Asalkan tempat itu bersih, kita boleh bersolat di situ. Maksud bersih itu pula ialah dengan kita nilaikan melalui tiga ciri. Pertama, warna. Ada nampak najis tak? Ada kesan-kesan najis tak? Kedua, bau. Ada bau najis dan kotoran tak? Kalau ada bau tu maknanya bernajislah tempat tu. Kemudian yang ketiga ialah rasa. Rasa ni tak payahlah kau nak rasa dengan lidah. Cukup kau pegang-pegang, kau sapu-sapu, dan kau pastikan tempat tu tak ada najis, maka sah kau sembahyang di situ” Ajib angkat dua belah keningnya seakan meragui. “Betul ke ni boleh?” “Iyalah. Boleh”, tegas Arman. Inilah tipikal orang melayu. Kalau tak ada kain pelikat, tak solat. Kalau tak ada songkok, tak solat. Kalau tak ada sejadah, tak

Page 60: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

60

solat. Kalau orang perempuan pula, kalau tak ada telekung maka tak boleh bersolat. Spesis serupa sahaja semua tu! “Habis, aku kena gantilah kan solat maghrib aku?”, Ajib meminta kepastian. Arman angguk. “Kau kena qada’ dan kena istighfar banyak-banyak. Minta ampun daripada Tuhan. Tak apalah. Kau tak tahu lagi kan. Ini bila aku dah beritahu, kau kenalah lebih berhati-hati selepas ni. Jangan sampai tertinggal solat atas sebab yang remeh-temeh macam ini”. “Baiklah pak ustaz”. Gaya macam tak ada rasa bersalah pun! “Hah. Tunggu apa lagi?”, Arman menyergah. “Sekarang ke?” “Dah tu kau nak tunggu esok? Macamlah ada jaminan yang esok kau boleh bernafas lagi.” Fuh. Pedas. Berasap. Dengan langkah berat, Ajib melangkah masuk ke biliknya. Mujur ada kunci simpanan diletakkan di celah kabinet dapur. Beberapa saat kemudian dia keluar dari dalam biliknya dengan bertuala. “Aku nak pergi mandi dulu. Badan melekit ni. Lepas ni nak kena pergi bengkel pula”, Ajib seakan membebel kepada diri dan Arman hanya tersenyum.

Page 61: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

61

Ajib menarik telefon bimbitnya yang ditengkup ke telinga sebentar tadi. Dia berdehem kecil, melegakan rasa perit di kerongkong. Baru sahaja dia terlelap, Ibu Suri pun menelefon. Terus hilang rasa mengantuknya tadi. Ibu Suri memintanya pulang ke kampung hujung minggu ini. Memang Ajib sudah berazam dan tekad untuk pulang pun. Lagi-lagi selepas Ibu Suri beritahunya tadi yang ada hal besar yang mahu diuruskan bersama. Sebesar mana? Tak diberitahu pula. Ajib berkira-kira. Alang-alang mahu pulang ke kampung halamannya nun di ceruk negeri Perak sana, biarlah kepulangannya itu berbaloi. Otaknya sedang merangka secara virtual rancangannya untuk mengambil cuti panjang. Kalau boleh, dia nak bercuti selama lima hari. Simpan cuti lama-lama pun tak guna juga. Cukup setahun, cuti tahunan itu akan terlupus juga. Membazir pula. Jam di telefon bimbitnya diperhati. Baru jam 11 malam rupanya. Tak adalah lewat sangat pun tapi hari dia rasa luar biasa letih. Kepalanya rasa pening-pening lalat. Tambahan pula tadi dia terpaksa meredah hujan semasa mahu pulang dari kilang tempatnya bekerja. Bukannya dia tak ada baju hujan tapi hujan lebat yang turun secara tiba-tiba itu sudahpun membasahkan seluruh pakaiannya sebelum dia sempat berhenti berteduh di mana-mana tempat berteduh. Jadi, pakai atau tak pakai pun baju hujan tu, sama sahaja kerana dia sudah basah lencun. Ketika inilah baru dia terfikir semula cadangan Nik Amanina kepadanya agar dia membeli sebuah kereta. Eh, sebut fasal Nik Amanina, barulah Ajib teringat sesuatu. Hujung minggu ini dia mahu berangkat pulang ke kampung halamannya. Jadi perancangan asalnya mahu keluar makan malam bersama dengan Nik Amanina hujung minggu ini terpaksa ditangguhkanlah. Dia perlu beritahu gadis itu.

Page 62: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

62

Ajib menaip-naip sesuatu di atas skrin telefonnya dan tak lama selepas itu, telefonnya menjerit nyaring menandakan ada jawapan diterima daripada kiriman SMS nya tadi. “Saya belum tidur lagi. Awak nak telefon ke? Telefonlah” Ajib terus mendail nombor Nik Amanina. Sengaja dia mahu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) terlebih dahulu kerana bimbang Nik Amanina sudahpun tenggelam dalam alam mimpi. Jika benar dia sudah tidur, Ajib akan cakap esok sahaja. Tak elok pula kalau kacau orang yang mahu tidur ni. “Assalamualaikum”, Ajib menghulurkan ucapan salam. Dia sedang berbaring mengiring atas tilam bujangnya. Ketara sekali ada tompokan-tompokan kotoran di atas tilam itu. Padahal baru tahun ini tilam itu dibelinya. Dasar orang bujang. Teknologi bernama sarung tilam sudah lama ada tapi tak mahu diguna pakai. Huh. “Waalaikumussalam. Awak nak cakap apa?”, Nik Amanina segera bertanya. Dia sedang menonton filem inggeris di depan kaca televisyen dengan teman serumahnya, Sarah. Kelihatan mata Sarah mencerun memandangnya. Mungkin kerana gadis itu telah sedikit terganggu konsentrasinya terhadap pelakon Taylor Kitsch yang sedang melarikan diri daripada dikejar oleh musuhnya. Hah. Memang kalau kita perasan, ada banyak sekali perbezaan antara filem tempatan dengan filem antarabangsa. Memang kita boleh kata budjet untuk menghasilkan filem tempatan tidak setinggi budjet untuk filem holywood. Sebab itulah filem-filem mereka hebat-hebat belaka. Tapi tak semestinya begitu kan? Sejak bila syarat untuk sesebuah filem itu bagus dan diiktiraf, ia memerlukan kos produksi yang tinggi.

Page 63: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

63

Cuba saja kita bandingkan antara genre dan jalan ceritanya di antara filem tempatan dengan filem antarabangsa. Di Malaysia, jika kita tak hasilkan filem seram, maka terhasillah filem romantik. Jika sudah buat filem romantik, dikeluarkan pula filem komedi. Selepas itu apa pula? Filem cinta islamik? Padahal kalau sudah pengarahnya, pelakonnya, dan sebahagian besar krew yang terlibat dalam pengambaran itu ialah orang islam, maka secara automatiknya ia akan menjadi filem yang islamik tanpa perlu pun kepada jenama ‘islamik’ itu. Bukankah setiap orang islam sudah ada disiplin yang ditetapkan oleh syariat agama. Maka, kita wajib untuk ikut setiap garis panduan itu dan dengan sendirinya, setiap pekerjaan kita akan ada nilai-nilai keislaman yang tersendiri. Dalam hal ini, filem. Filem itu akan jadi filem islamik walau tanpa label daripada JAKIM. Tak perlu lagi jenama-jenama itu semua. Termasuklah juga apa-apa bentuk seni sekalipun samada menulis novel mahupun mengarang lagu. Sebab jika benar pengarangnya ialah seseorang yang beragama islam, maka sudah pasti dia akan menonjolkan ciri-ciri dan nilai-nilai yang baik. “Awak…”, Ajib berhenti sekejap. “Hujung minggu ni rasanya tak jadilah nak keluar sama” “Kenapa?”, nada suara Nik Amanina sukar diduga. “Ibu saya suruh saya balik. Saya ingat saya nak balik seminggu terus. Baru puas”, Ajib ketawa kecil. “Oh. Kalau macam tu tak apalah”, mendatar suara Nik Amanina. Bukan apa, fokusnya sekarang bukannya kepada Ajib sangat pun tapi lebih kepada filem yang sedang ditontonnya itu. “Awak tak marah?”, duga Ajib. Dia sendiri tak pasti apa rasionalnya dia bertanya soalan itu.

Page 64: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

64

“Buat apa saya nak marah. Awak balik kampung saja kan. Baguslah tu, melawat ibu awak. Pasal belanja makan tu bila-bila masa saja pun boleh”, Nik Amanina tersenyum. Dia sebenarnya lagi suka bila mendengar Ajib kata dia mahu menziarah ibunya di kampung. Bukan apa, Nik Amanina pernah dengar yang ada orang kata, ‘Kalau kita nak lihat macam mana seorang lelaki itu akan layan isterinya nanti, lihatlah bagaimana dia melayan ibunya semasa sebelum kahwin’. Maknanya, kalau Ajib boleh hormat, kasih dan berbakti kepada ibu sendiri, insya-Allah Ajib juga boleh berbuat yang sama dengan isterinya nanti. “Ibu saya kata ada benda nak bincang. Entah apalah yang dia mahu bincangkan itu”, Ajib sedikit mengeluh. Nik Amanina senyum di hujung talian. “Adalah tu apa-apa yang ibu awak nak cakap. Awak tu anak sulung. Ingat tu. Besar tanggungjawab anak sulung ni” Kadang-kadang, di mata Nik Amanina, Ajib ini persis sekali seorang anak remaja. Pemikirannya kadangkala sangat sempit hingga dia perlu memberi pujukan, nasihat serta tunjuk ajar kepada lelaki itu agar fikiran yang sempit itu dapat dibesarkan sedikit. Tapi dalam beberapa situasi yang lain pula, dia lihat Ajib ini sangat matang dan bijak. Kompleks betul manusia yang bernama Mohd Razif ini. Ajib senyum. “Yalah. Saya tahu itu. Terima kasih mengingatkan. Eh, awak tengah buat apa?”, tanyanya. “Tengah tonton filem bersama Sarah ni”

Page 65: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

65

“Cerita apa?”, tanya Ajib. “Cerita apa Sarah?”, soal Nik Amanina sambil menjauhkan telefonnya dari mulutnya. Lambat-lambat dan malas-malas, Sarah menjawab, “John Carter”. “Tajuknya John Carter”, beritahu Nik Amanina dari balik telefon. “Eh, kan ada novel kan fasal filem ni?”, tanya Ajib. “Ada. Kenapa? Awak pernah baca ke?” “Tak pun”, Ajib ketawa. Dia nak baca novel? Mimpilah! “Tapi awak, cerita dia seronoklah. Mungkin sebab budget dia mahal kut” “Berapa mahal tu?”, tanya Ajib. Dah tak ada point nak berbual kut sampai budget filem pun dia tanya. “Sarah cakap tadi dekat 275 milion dollar juga. Dia baca di akhbar Metro, di sisipan hiburan tu” “Uish. Maknanya setakat ini, dah jadi filem kedua termahallah kan?” “Entah. Manalah saya tahu”

Page 66: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

66

“Yalah. Saya pernah baca di internet, ada artikel fasal filem termahal Holywood. Yang paling mahal adalah filem Pirate of the Carribean: At World’s End, dengan budjetnya 300 milion dollar”, terang Ajib. Nik Amanina angguk. Dia bukannya berminat sangat pun nak tahu fasal ini. “Ajib”, Nik Amanina menyeru namanya. “Ya. Kenapa?” “Saya nak layan cerita ni. Awak telefon lain kalilah ya. Sarah pun dah bengang ni saya asyik bercakap saja dari tadi”, Nik Amanina berbalas pandangan dengan Sarah. Mereka ketawa kecil. “Oh. Maaf. Cakap dekat Sarah saya minta maaf ya”, Ajib serba salah. “Tak apa. Sarah cakap dia maafkan” Sarah hanya ketawa senang. “Okeylah awak. Selamat malam ya” “Ya. Selamat malam”, Ajib membalas. “Assalamualaikum”, selepas salamnya dibalas, dia menutup talian.

Page 67: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

67

Ajib lalu baring terlentang. Matanya tajam memandang ke atas. Bilah-bilah kipas yang sedang berputar perlahan dipandangnya dengan pandangan yang kosong. Tiba-tiba dia teringat kembali dengan apa yang baru saja disebutkan oleh Nik Amanina tadi, “Awak tu anak sulung. Besar tanggungjawab awak, tahu?” Betul kata Nik Amanina! Aduh. Rasa bersalah tiba-tiba datang. Ajib akur bahawa dia bukan seorang anak yang baik kepada ibunya. Sejak kematian bapanya semasa dia di tingkatan 4, Ajib sebenarnya lebih banyak berfikir tentang dirinya sendiri. Baginya, dia sudah dikira sebagai seorang yang bertanggungjawab jika dia boleh berdikari sendiri tanpa menyusahkan ibunya yang terpaksa menyara dua lagi adiknya, Syafira dan Hafiz. Syafira kini menyambung pelajaran di sebuah maktab perguruan di Melaka. Minat sungguh dia untuk menjadi guru. Manakala adik bongsunya Hafiz pula baru sahaja mendaftar masuk darjah satu. Kasihan Hafiz. Arwah ayah meninggal dunia semasa Hafiz masih lagi bayi dan baru berusia lapan bulan setengah. Sudah pasti dia tak akan ada memori dengan arwah ayah. Ajib memandang semula jam di telefon bimbitnya. Nampaknya sudah suku jam juga masa berlalu sejak dia berbual dengan Nik Amanina tadi. Padanlah Sarah pun boleh geram. Ajib bangkit dari berbaring dan membetulkan kain pelikatnya yang terlondeh sedikit. Kalau dalam rumah, dia memang lebih suka berkain pelikat sahaja. Tombol pintu diputar dan daun pintu itu dikuak. Ruang tamu itu sepi. Ajib cuba-cuba mengintai ke bilik Aman. Dari celah-celah pintu, dia nampak ada biasan cahaya. Nampaknya guru muda itu sedang berbuat sesuatu dalam biliknya. Sedang membaca barangkali. Arman itu memang minat membaca. Cubalah masuk ke dalam biliknya. Ada dua rak buku yang tersusun kemas. Sekali imbas, seperti sebuah perpustakaan mikro. Buku-buku agama dari Indonesia dan karya terjemahan adalah yang paling banyak.

Page 68: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

68

Ajib melangkah ke dapur. Dia mengeluarkan sebotol besar 1.5 liter air masak yang dingin lalu dituangkan isinya ke dalam sebiji gelas kosong. Gelas itu lalu dibawa ke ruang tamu. Sambil meneguk, sebelah lagi tangannya mencapai alat kawalan jauh ASTRO dan menekan butang ‘On’. Serta-merta celoteh Ustaz Ghazali Ibrahim menjamu telinganya. Jarinya cepat-cepat mengalih siaran. Dari siaran Tv al-Hijrah, dia menukar ke rancangan sukan. Ajib itu memang seorang peminat sukan. Lagi-lagi kalau sukan bola sepak. Jangan cuba-cuba ajak dia bersembang tentang liga perdana inggeris, terutamanya pasukan yang dia sokong iaitu kelab Newcastle United. Dia boleh bercerita dari A sampai ke Z tentang pasukan kegemarannya itu hinggakan Arman yang juga meminati sukan bola sepak, pernah memberi sebuah komen jujur. “Kau ni hebatlah. Semua nama pemain bola sepak kelab Newcastle United kau kenal. Daripada kesebelasan utama sampailah skuad remaja semuanya kau kenal” Mendengar komen Arman, kembang-kempis hidung Ajib. Hei, inilah namanya peminat setia! Barulah boleh dikatakan sebagai peminat sejati. Bukan seperti lalang yang sekejap sokong kelab Chelsea kerana mereka menang Liga Juara-Juara, sekejap sokong kelab Manchester City pula kerana mereka merangkul kejuaraan liga musim lepas. “Tapi Ajib, nama anak nabi kita, nama isteri-isteri nabi kita, kau kenal semuanya? Kalau kau boleh ingat semua macam kau ingat pemain-pemain bola tu, aku memang tabik springlah dengan kau”, kata Arman sambil tangan kanannya membuat gaya seakan-akan sedang membuat tabik hormat kepada Ajib. Waktu tu, Ajib terdiam tak mampu nak berkata apa. Hidungnya yang kembang-kempis bangga tadi terus kecut. Hah. Nak kata apa lagi? Penembak

Page 69: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

69

hendap (baca: sniper) telahpun berjaya menembak tepat ke kepala Ajib. Sudah bersepai kepalanya kerana ditembak. Tapi rilekslah. Ramai lagi yang tak kenal dengan Nabi Muhammad. Bukan aku seorang sahaja. Bunyi pintu bilik Arman yang terbuka mematikan lamunan Ajib. Sungguhpun matanya ditarah ke arah skrin televisyen, tapi fikirannya melayang macam gas. “Eh, ingatkan sudah tidur”, tegur Arman. Dia menuju ke dapur. “Terjaga. Haus”, iyalah sangat! “Eh, Ajib… aku nak tanyalah”, Arman mengambil tempat di sebelah Ajib. Tangannya sedang memegang gelas berisi air sejuk juga. Eh, samalah! “Apa dia?” “Kau lapang tak malam esok?” Ajib diam seakan berfikir. “Lapang kut. Kenapa?” “Jom ikut aku”, Arman senyum penuh maknanya. Matanya bersinar-sinar! “Ada ceramah perdana di masjid At-Taqwa. Penceramah jemputan ialah Ustaz Jamil Arsyad”, beritahu Arman.

Page 70: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

70

“Siapa? Macam tak pernah dengar pun nama dia. Mesti tak popular tapi kalau Ustaz Azhar Idrus yang datang, aku pergilah”, dia senyum selamba. “Amboi, kalau Ustaz Azhar Idrus laju pula kau ya?”, Arman menyindir. Ajib tergelak. Dia faham sebenarnya apa yang sedang berlegar dalam kotak fikiran sahabatnya itu. “Bukan apa Arman. Ustaz Azhar Idrus tu lucu. Aku suka dengan penyampaian dia yang santai tu. Rasa seronok” “Seronok ketawa?”, tukas Arman. Dia menjeling sahabatnya. “Ketawa tu mestilah” Arman geleng kepala. Jelas sekali dia tidak bersetuju dengan sikap sahabatnya ini. “Mana boleh macam tu Ajib. Kita ni kalau nak menuntut ilmu janganlah ada sikap memilih-milih lagi-lagi bila kita memilih kerana faktor peribadi. Kalau ceramah dia lucu, kita pergi. Kalau tak lucu, kita tak pergi. Mana boleh macam tu. Lawak-lawak itu semua cumalah selingan dan bukannya maksud utama ceramah itu. Hidangan utama ialah ilmu, dan bukannya jenaka” Ajib senyum tapi dia tak menjawab. Dia memang tak ada hujah balas pun. Jadi lebih baik kalau dia angguk dan terima sahaja apa yang sahabatnya itu katakan. Lagipun dia pernah dengar ada orang kata, ‘lihat kepada apa yang disampaikan dan jangan lihat kepada siapa yang disampaikan’. Maknanya betullah apa yang Arman cakap itu. Kita belajar daripada seseorang kerana

Page 71: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

71

ilmu yang ada padanya dan bukannya kerana faktor-faktor yang lain. Bukan kerana penceramah itu kacak, bergaya, suka memuji, atau juga lucu. “Jadi, macam mana?”, Arman masih tak putus asa memujuk. “Aku tak boleh janji”, jawab Ajib dengan penuh diplomasi. “Tapi kalau kau ajak aku main futsal ke, main badminton ke… yang itu sekarang pun aku boleh janji” Dia ketawa, serupa macam sedang mentertawakan diri sendiri. “Kau ni memanglah… aku ajak pergi ceramah, kau tak nak. Aku belum ajak main futsal lagi, kau dah pun setuju”, Arman seakan mengeluh. Geram juga dia dengan gelagat sahabatnya ini. “Bukan apa Arman. Kan seorang islam itu perlu juga berbadan cergas. Dia perlu bersukan juga. Biar ada stamina dan sifat tubuh badannya. Kalau badan lemah, macam mana nak beribadah, kan?” Pandainya kamu bercakap, Ajib! Dah ada gaya seorang ustaz dah pun. “Memanglah islam ada juga menyuruh umatnya untuk bersukan supaya otak pun jadi cerdas dan badan pun jadi cergas. Tapi kalau badan sahaja sihat tapi otak dan hati kosong daripada belajar agama, kan masalah juga tu?” “Eh, aku belajar okey. Tiap-tiap minggu aku dengar khutbah jumaat. Tak pernah sekali pun aku ponteng tau”, Ajib senyum. Dia memang tak pernah terasa hati dengan kata-kata tajam daripada Arman. Hatinya sudah kebal. Takkan lut untuk dilukai sekadar dengan kata-kata.

Page 72: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

72

“Kalau macam tu baik kau cakap saja kau sudah belajar agama masa kau sekolah dulu. Lagi bagus”, Arman merengus. Menyampah betul dengan jawapan Ajib itu. Ajib ketawa. “Amboi, dalam maknanya tu” “Kita ni kalau dalam bab dunia, memang cukup bersungguh-sungguh. Tak cukup dengan UPSR, kita belajar sampai lulus PMR. Lepas tu, SPM pula. Tak jemu-jemu dengan peperiksaan, kita mendaftar masuk universiti pula. Kita ambil diploma. Kemudian, ambil ijazah pula. Selepas itu pun kita masih terliur nak sambung juga lagi. Tapi kalau bab belajar agama kita sendiri, kita sudah rasa okey dan puas walaupun setakat dapat gred A masa peperiksaan SPM dahulu” Ajib menelan air liur. Hah. Yang ini memang pedas lagi tajam! “Aku nak nasihatkan diri aku sendiri terutamanya, yang Allah sebenarnya cukup benci dan melaknat manusia-manusia yang merasa puas dengan keadaan agamanya. Dia rasa okey sebab solatnya sudah cukup. Dia rasa dia okey sebab dia sudah pakai tudung. Dia rasa dia okey sebab dia tidak berzina. Tapi macam mana pula dengan kualiti solat dia? Bagaimana pula dengan penjagaan aurat dia? Bagaimana pula dengan pergaulan dia?” Arman meninggalkan satu persoalan yang dia tak meminta pun lisan Ajib untuk menjawabnya. Sebaliknya dia mahukan hati lelaki itu sendiri yang menjawabnya kerana jawapan daripada hati adalah lebih jujur dan ikhlas. “Belajar agama ini hukumnya wajib. Bukan untuk kita jadi pandai. Bukan nak jadi ustaz pun. Tapi semata-mata kerana kita tak mahu kekal dalam kejahilan. Jahil dalam keadaan goyang kaki tanpa ada usaha mahu perdalamkan pengetahuan dalam agama ialah satu dosa. Selagi kita rasa selamba dan tak berusaha, selagi itulah kita bergelumang dengan dosa. Dosa itu masuk setiap

Page 73: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

73

saat tanpa kita perasan pun. Jadi bila berlaku sebegini maka kita ini sudah dikira sebagai seorang yang fasik. Inilah yang kita patut risaukan sebab kita tak mahu kalau-kalau Allah ambil nyawa kita dalam keadaan kita sedang tergolong dalam golongan orang-orang yang fasik” “Tengoklah macam mana. Kalau sempat aku pergilah”, Ajib akhirnya akur. Tapi dia tak mahu memberi kata putus. Dia takut mahu berjanji. Lagi-lagi nak cakap insya-Allah macam ramai orang cakapkan. Dia teringat pesanan Ustaz Rahman, ustaz yang mengajarnya pendidikan islam semasa di tingkatan lima. Pesanan daripada ustaz muda yang bermisai tebal itu; “Lafaz Insya-Allah itu sebenarnya ialah lafaz janji. Kita sedang berjanji dengan menggunakan nama Allah. Sebab maksud kalimah itu pun adalah, ‘dengan izin Allah’. Maknanya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan apa yang kita janjikan itu. Sebab itulah kita tak boleh main-main. Jangan bermudah-mudah dan sesuka hati sahaja mahu melafazkan insya-Allah jika kita sendiri tak ada niat, usaha dan komitmen yang besar untuk melakukan apa yang kita janjikan itu”. Betul tu Ustaz Rahman. Sebab itulah saya tak cakap insya-Allah. Saya cuma cakap ‘tengoklah macam mana’ sebab saya memang malas dan tak minat pun! Arman senyum. “Okeylah kalau macam tu. Aku minta maaf lah kalau kau terasa dengan kata-kata aku tadi. Aku nasihatkan diri aku sebenarnya sebab aku risau kalau aku beramal selama ini tapi Allah tak mahu terima disebabkan aku beramal dalam kejahilan. Yang kau angguk-anggukkan kepala ni, kau faham ke tak ni?” Eh budak ni. Tadi kan dah minta maaf. Ini sindir-sindir aku lagi ni kenapa. “Mestilah faham. Kalau tak, takkanlah aku angguk pula”, Ajib sengih.

Page 74: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

74

Arman mencapai gelas kaca yang sudah kosong dari atas meja kecil di sebelahnya. “Baguslah kalau kau faham”, perkataan yang baru dilontar keluar tadi, jelas sukar ditafsir. Sarkastik juga bunyinya tu. “Kau nak tidur pukul berapa ni?”, dia sudah berdiri. “Tak tahulah. Kalau mengantuk nanti aku masuk tidurlah”, jawab Ajib. Melihat Arman sudah bangun, dia pun berbaring atas tempat yang baru dikosongkan tadi. “Okey. Nanti jangan lupa matikan suis lampu pula. Bil elektrik rumah kita meningkat bulan lepas. Tak tahulah aku kenapa…” Ajib sengih. “Yelah-yelah. Aku minta maaf sebab lupa nak tutup kipas sebelum pergi kerja” Cuainya aku! Ajib memarahi diri sendiri. Sebenarnya sudah tiga atau empat kali dia asyik terlupa sahaja tapi mujurlah baru sekali dia tertangkap oleh Arman. Kalau tak, memang kena bebel lagilah. Arman hanya ketawa sebelum dia berlalu ke sinki. “Justin, minggu depan saya cuti seminggu ya”, Ajib sedang merekodkan sesuatu daripada meter pada mesin fotokopi gergasi di depannya.

Page 75: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

75

“Okey”, balas lelaki cina itu sepatah. “Saya sudah hantar borang cuti. Sudah diluluskan”, beritahu Ajib lagi. “Lama awak cuti. Mahu berkahwinkah?”, lelaki cina itu ketawa. Ajib juga turut ketawa kecil. “Tak adalah Justin. Saya sengaja mahu balik kampung. Ziarah ibu dan keluarga saya di kampung” “Kampung kamu di mana?”, soal Justin. Dia menyambut huluran borang yang sudah siap diisi oleh Ajib sebentar tadi. “Selama, Perak” “Oh, Selama. Saya berasal dari Taiping. Di Kamunting.”, dia tersenyum. “Oh yakah?”, Ajib teruja. Rupanya apek seorang ini berasal dari Perak. Yalah. Daerah yang kedua terbesar di Perak itu kan memang ramai juga diduduki oleh kaum tionghoa. “Kiranya generasi kamu, nenek moyang kamu membina penempatan di sanalah ya?”, duga Ajib. “Taklah. Sebenarnya generasi kami di Malaysia ini bermula di Bukit Merah. Moyang saya didatangkan dari Tanah Besar China untuk bekerja di Bukit Merah. Kamu tahu tak cerita tentang pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah tahun 1982?”

Page 76: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

76

Ajib geleng kepala. Dia masih belum lahir lagi pada tahun 1982 itu. “Kamu tahu projek Lynas?”, soal Justin lagi. “Di Gebeng, Pahang itu ya?” Justin angguk. “Kerajaan negeri Pahang mahu membuka satu kilang nadir bumi di Pahang. Kilang nadir bumi yang akan memproses satu bahan mineral radioaktif yang merbahaya. Nadir bumi ini sama macam petroleum jugalah. Ia adalah hasil galian dari dalam tanah. Mineral-mineral yang dilombong itu digunakan untuk menghasilkan peralatan elektronik berteknologi tinggi seperti kabel fiber optik, monitor LCD, komputer, lensa kamera, mentol lampu, telefon pintar, alatan ketenteraan bahkan juga kereta hibrid. Memanglah pihak berkuasa kata ianya selamat. Tapi sejarah telah membuktikan bagaimana projek nadir bumi ini boleh menyebabkan kerosakan yang sangat dahsyat”, cerita Justin. “Contohnya?” “Antara bahan mineral yang akan dilombong ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium dan dua lagi mineral lain. Saya tak ingat yang dua lagi itu tapi monazite itu kaya dengan Thorium. Malangnya Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Radioaktif kan sangat merbahaya. Tambahan pula, thorium ini boleh merebak melalui udara dan air. Senang-senang sahaja kita boleh ditimpa mudharat.” Ajib memberi sepenuh perhatian.

Page 77: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

77

“Kilang ini pernah dibuka di Bukit Merah. Pemajunya ketika itu ialah syarikat Asian Rare Earth Sdn Bhd (ARE). Macam biasalah. Mereka katakan ianya selamat. Menteri-menteri kita pun kata ianya selamat tapi tak lama, mimpi ngeri yang sering menghantui penduduk sekitar menjadi kenyataan juga bila berlaku kebocoran sisa radioaktif dan kawalan sisa yang tak berkesan. Kesannya, ibu-ibu yang sedang mengandung ketika itu, ramai yang melahirkan anak-anak yang cacat. Fizikal dan mental anak-anak mereka cacat. Orang dewasa pula berisiko menghidap penyakit kanser dan leukimia. Kalau ikut rekod, telah ada tujuh kes kematian dan beberapa kes lain yang melibatkan penyakit kanser ”, tambah Justin lagi. “Jadi keluarga kamu berpindahlah ya Justin?” Justin angguk. “Kami tak seperti kebanyakan penduduk lain yang mengambil risiko untuk terus tinggal di sana. Kami ada membuat bantahan. Sudah banyak kali kami melakukan bantahan dan demonstrasi. Ayah saya sendiri sampai berdarah-darah dibelasah oleh polis anti-rusuhan masa pergaduhan kecil ketika berdemonstrasi dahulu. Tapi projek tetap berjalan hinggalah ke tahun 1992. Jadi datuk, nenek dan ibubapa saya pun mengambil keputusan untuk berpindah ke pekan Taiping pada awal tahun 1982.” Ajib angguk. Dia yang membesar di Perak pun boleh tidak tahu cerita ini. Nampaknya kisah-kisah sebegini sudah seakan-akan dilupakan terus oleh masyarakat. “Tapi yang di Gebeng, Pahang ini lebih merbahaya”, tambah Justin lagi. “Kenapa?”, dahi lelaki itu berkerut. “Lokasi kilang itu terlalu dekat dengan penempatan penduduk. Ia hanya 2 kilometer sahaja dari Balok dengan kepadatan penduduknya seramai 16700 orang. Kalaulah berlaku kebocoran sisa radiokatif, lebih kurang 800 hingga

Page 78: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

78

900 ribu penduduk akan terancam dengan seluruh penduduk Kuantan akan terkena kesannya.” Ajib ternganga. “Bahaya betul! Tapi kenapa masih nak dibuka juga?” Justin angkat bahu. “Tak tahulah. Nak kata kerana ekonomi, susah juga nak percaya. Sebab peluang pekerjaan yang dibuka pun cuma setakat 350 sahaja. Tambahan pula, syarikat Lynas Malaysia Snd. Bhd diberi pelepasan cukai selama 12 tahun. Boleh kamu bayangkan tak Ajib? Ini satu projek yang boleh menghasilkan keuntungan berbilion ringgit setahun tetapi Malaysia tak dapat 1 sen pun daripada kutipan cukai. Yang dapat cumalah sisa toksik yang merbahaya itu, kerana Minister for Mines and Petroleum Australia, Hon Norman Moore telah awal-awal lagi berkata yang sisa radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tak akan diterima balik oleh Australia”. Ajib terdiam. Dia tak tahu nak komen apa. Rakusnya politikus, hinggakan yang nampak hanya fulus. Keselamatan rakyat tolak tepi. Tak layak orang-orang begitu untuk digelar pembela negara tapi lebih layak kalau digelar pengkhianat negara. “Teruknya”, komen Ajib sepatah. Justin cuma senyum tawar. “Saya tak tahu nak kata apa Ajib. Saya membantah projek ini untuk diteruskan walaupun datang seribu orang saintis dan pakar pun untuk mengesahkan yang kilang itu selamat dan terkawal. Kita tak akan tahu dengan tepat apa yang akan terjadi di masa hadapan. Risikonya tetap ada. Takkanlah kita nak tunggu kejadian yang sama berulang dahulu baru kita nak hentikan” Ajib angguk. Otaknya laju berfikir. Rasanyalah, kalau kerajaan Malaysia dapat pindahkan lokasi kilang ini ke suatu tempat yang terpencil dan jauh daripada penempatan penduduk dan dalam masa yang sama juga, dapat mengenakan

Page 79: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

79

cukai kepada industri berisiko tinggi ini, maka logiklah juga untuk diterima cadangan bagi membina kilang pemprosesan nadir bumi ini. “Okeylah Ajib. Saya pergi masuk ofis dahulu ya. Banyak lagi kerja ni”, Justin meminta diri. Tangannya sempat menepuk belakang Ajib sebelum dia cergas berjalan ke hujung koridor, arah biliknya. Ajib pula masih termagu memikirkan tentang Malaysia yang dicintainya. Ajib duduk termenung. Sekejap-sekejap, dia memandang kepada jam tangannya. Dia rasa rimas sungguh dengan kesesakan di terminal bas puduraya hari ini. Suara orang berbual-bual membuatkan dia bertambah serabut. Bunyi mesin yang bising di kilang tempat dia bekerja itupun baginya lebih menenangkan. Dia sampai ke terminal itu pun dengan kenderaan awam, LRT. Arman hanya menghantarnya ke stesen Masjid Jamek. Bukannya Arman tak menawarkan diri untuk menghantar Ajib ke terminal puduraya tapi Ajib sendiri yang berkeras menolak kerana dia tak mahu menyusahkan Arman. Er, tapi suruh dia hantar ke stesen masjid jamek yang sesak itu bukan menyusahkan juga ke namanya? Tak kut, sebab kebetulan Arman mahu ke Wisma Yakin di Jalan Masjid India. Katanya, dia mahu mencari buku-buku agama di sana. Ah, alang-alang dah sampai sana kan. Tiket bas Plusliner yang dibelinya secara atas talian dijangka bertolak menuju Ipoh jam 10 pagi dan lagi 15 minit saja lagi untuk tiba ke waktu yang tertera itu. Nampaknya bila-bila sahaja pemandu bas akan mula membenarkan penumpang-penumpang memenuhi perut bas.

Page 80: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

80

Ajib duduk bersandar sambil melepaskan nafas panjang. Baru tadi dia menghabiskan sebatang rokok, dan kebosanan menunggu ini menimbulkan daya tarikan untuknya membakar sebatang lagi rokok. Dia menoleh ke sebelah. Gelagat seorang ibu muda dengan dua orang anak kecilnya mencuri perhatian Ajib. Anak kecilnya yang mungkin berusia 2 atau 3 tahun itu sedang menyedut air minuman di sebelahnya dan seorang lagi anak kepada perempuan muda itu yang masih bayi, sedang tidur dalam dakapannya. Ibu muda itu perasan Ajib memandangnya, lalu dia pun berpaling kearah Ajib. Ajib seraya tunduk dan mengalih pandangannya kearah lain. Dia sebenarnya berasa kasihan melihat seorang ibu muda tanpa ditemani oleh sesiapa perlu menjaga dua orang anaknya yang masih kecil di tempat yang sebegini sesak dan riuh. “Perhatian”, kedengaran satu suara perempuan dari corong pembesar suara. “Kepada para penumpang bas Plusliner destinasi Ipoh jam 10 pagi, sila menaiki bas anda di lorong 10”, dia mengulang pengumumannya sebanyak dua kali. Ajib bangun dan menyambar begnya yang diletakkan di sisi. Dia berjalan bersama-sama penumpang-penumpang lain ke arah bas yang sudahpun berada di hadapannya. Sebelah tangannya mengeluarkan tiket yang dia cetak untuk ditunjukkan kepada pemandu bas yang sedang membuat pemeriksaan tiket di pintu masuk bas berwarna putih dengan celoreng-celoreng warna hijau. Selepas tiketnya diperiksa, dia terus masuk dan mengambil tempat duduk di sebelah tingkap. Para penumpang lain sedang beransur-ansur mengisi kerusi kosong dalam bas. Ajib melontarkan pandangan ke luar tingkap dengan pandangan yang kosong. Ibu muda dengan dua anaknya itu juga sudah pun masuk ke dalam bas dan mengambil tempat duduk dua baris di belakang Ajib.

Page 81: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

81

Dia asyik sangat memandang ke luar hingga tak perasan bahawa kerusi yang tadinya kosong di sebelahnya sudahpun diisi. Ajib menoleh ke sebelah. Kebetulan orang di sebelahnya juga turut sama menoleh kearahnya. “Eh, engkau ke tu Man?”, bulat biji mata Ajib. Lelaki di sebelahnya yang memakai topi besbal sudah tersenyum lebar. Matanya jadi kecil apabila dia senyum. “Oi. Ajib!” Mereka berjabat tangan. Mesra. Mulut masing-masih sudah longgar kerana lebarnya senyuman. “Kebetulan pula ya” Man atau nama penuhnya Abdul Rahman Bin Haji Awang bukan orang lain dalam hidup Ajib. Dia pernah menjadi teman sefakulti Ajib mereka di Universiti Pantai Dalam tapi Man cuma berjaya menamatkan semester ketiga sahaja kerana lelaki berjaket kulit dan bertopi besbal ini telah dibuang universiti kerana terlibat dalam beberapa siri demonstrasi jalanan. Orang kuat pembangkang sebenarnya Abdul Rahman ni. “Kau balik Ipoh ke Man?”, Apa punya soalanlah. Dah tentulah bas ini akan ke Ipoh… Rahman angguk. “Aku ada kawan yang duduk di sana. Katanya ada kerja kosong di syarikatnya. Dia tu jurujual kereta. Jadi dia ajak aku turut sama dengannya”

Page 82: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

82

Ajib angguk. Lama betul tak dengar cerita si Rahman ini. Kali terakhir dia nampak wajah sahabat lamanya ini pun masa demonstrasi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih tempoh hari. Ada sisipan video tentang beberapa orang lelaki yang cuba menyerang anggota polis anti-rusuhan. Salah seorang daripada mereka ialah Rahman. “Kau apa cerita sekarang ye Man? Lama aku tak dengar cerita fasal kau”, tanya Ajib. Bas yang mereka naiki sedang bergerak keluar daripada hentian puduraya. “Alhamdulillah. Aku sebenarnya sudah kerja pun di KL walaupun tak sempat habis belajar”, dia ketawa galak. “Tapi aku cuma jadi pekerja kerajaan. Aku jadi kerani di pejabat tanah. Tak minat aku kerja dengan kerajaan ni. Kau faham-faham sahajalah aku ni macam mana.” Ajib pula ketawa sambil menggeleng-geleng kecil. “Kau ni masih tak berubah betullah. Tak habis-habis dengan politik”, komennya pendek tapi sinis. Rahman angkat kening sebelah. “Aku sayangkan Malaysia.” “Semua orang sayang negara dia, Man”, Ajib cuba membetulkan ayat Rahman tadi. “Kalau betul sayangkan negara, kenapa susahkan seluruh rakyat negara ini? Kenapa mengaut keuntungan daripada susah payah rakyat marhaen? Aku ni rakyat marhaen. Aku cuma memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas sahaja” Ajib diam. Dia sekadar tersenyum. Dia malas nak larut dalam pemikiran keras Rahman. Baginya, Rahman memang cukup lantang dan keras dalam mempertahankan ideologi politiknya. Peliknya, nak kata si Rahman ini ahli PAS,

Page 83: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

83

tak pernah pula dia tengok lelaki itu di masjid atau program-program keagamaan. Nak kata dia ahli PKR, rasanya tak mungkin juga kerana dia juga tidak menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim lebih-lebih lagi apabila skandal liwat melibatkannya tersebar. Tapi sekarang dia tak tahulah. Kan hati manusia mudah berubah-rubah. “Kau sudah kerja?”, tanya Rahman. Nampaknya selain daripada suara juruhebah Halim Osman di corong radio, suara Ajib dan Rahmanlah yang paling kuat. Penumpang yang lain semuanya senyap-senyap sahaja. Ada yang sudah tertidur pun. Ajib angguk. “Dah dekat setahun pun. Kerja kilang saja”, dia sengih. “Kerja kilang pun kalau jadi jurutera, hebat juga tu Ajib”, Rahman ketawa kecil. Selalunya, bila ada orang kata ‘saya kerja kilang’, mesti kita akan bayangkan yang gajinya rendah dan kerjanya remeh. Bahkan ada orang yang beranggapan kerja kilang ni hanyalah orang-orang yang ada kelulusan SPM sahaja. Apa punya mentaliti entah. Padahal punyalah ramai bos, eksekutif, majikan, jurutera dan juruteknik di kilang. “Budak-budak kita apa cerita ya Ajib?”, soal Rahman. Hatinya rasa terkilan kerana dia tidak dapat bersama-sama dengan kumpulan kecil mereka untuk sama-sama bergraduasi. Oh, Sadisnya! Tapi bagi Rahman, dia tidak kecewa sangat dibuang universiti kerana berjuang dan bukannya kerana melakukan jenayah seperti bapak menteri yang buncit-buncit itu. Perut buncit makan rasuah, pecah amanah, khianat dan memeras ugut orang-orang miskin. Nanti di hadapan Allah pada hari kiamat nanti, menjawablah kamu semua. Tapi masalahnya sekarang, hutang PTPTN pula menghantuinya. Itulah sebabnya apabila ada pihak yang bermanifestasi mahu memberikan pendidikan

Page 84: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

84

percuma, dia sokong habis-habisan walaupun dalam hati, dia sendiri tak yakin dengan janji-janji para politikus ini. “Semuanya sudah mula bekerja sekarang. Baru minggu lepas aku jumpa dengan Kamal. Dia nak ke Perancis hujung bulan ni. Syarikat dia mahu hantar dia jadi perunding di sana”, cerita Ajib. “Kamal yang mana ya? Kamal Jongang ke?”, Rahman bertanya. Memang dalam fakulti mereka, ada dua orang yang mempunyai nama yang serupa. Untuk membezakan, salah seorang dipanggil Kamal Jongang kerana giginya jongang. Walaupun dia jongang, ramai peminat perempuan tu masa di universiti! Ha, jangan main-main. Ajib angguk. “Hebat dia kan. Dari dulu sampai sekarang.”, puji Rahman sambil bibirnya menguntum senyum. Kagum. “Siapa ya budak-budak kita yang sudah berkahwin?”, tanya Rahman. “Adalah juga. Aimi, Syahira, Wan, dan Yob”, Ajib membilang dengan jari. Itu yang dia tahulah. Rasanya ramai lagi kut yang sudah berkeluarga, tapi dia tak tahu. “Wan dah kahwin? Biar betul”, Rahman sudah tergelak. Ajib turut sama ketawa. “Ha, jangan tak percaya”

Page 85: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

85

“Fuh. Tak sangka. Pondan-pondan macam dia pun ada perempuan nak”, amboi, mulut! Tak ada insuran langsung. Main cakap saja. “Suka hati kau saja nak cakap orang pondan. Bukan pondan tapi lelaki lembut”, mengekek-ngekek Ajib ketawa. Dia pun pada awalnya terkejut juga. Sahabat mereka yang bernama Wan itu, aduh… sakitnya mata memandangnya! Kalau di universiti, dia asyik berkepit dengan kawan-kawan perempuan saja. Tak mahu dia rapat-rapat dengan kawan lelakinya. Kalau berpakain pula asyik-asyik nak warna merah jambu. Baju seluar semuanya ketat-ketat. Huh, menakutkan! Ramai orang yang ingat dia homoseksual hanya kerana pakaian dan perkatawakannya tapi yang bagusnya tentang pemuda lembut dari selatan itu, dia tak pernah ponteng solat jumaat. Ajib yang mengaku lelaki normal itu pun pernah ponteng solat jumaat masa di universiti dahulu. “Dia masih lembut lagi ke Ajib? Masih cubit-cubit orang? Masih menggedik lagi?”, meremang bulu roma Rahman membayangkan yang dia sebenarnya pernah dicubit di pusat oleh Wan kerana mengusik lelaki lembut itu. “Tak adalah. Dia sekarang dah berubah. Sifat lembut tu masih ada lagi tapi sudah terkawal. Kalau kau bercakap dengan dia pun, dia sudah tak melenggok-lenggokkan suaranya. Dia juga sudah tak ketawa mengilai lagi dah” “Baguslah”, ketawa Rahman masih bersisa. “Rindu pulak aku dengan kawan-kawan kita”, keluh Rahman yang masih dalam sisa ketawanya. “Itulah kau. Orang sudah nasihatkan kau jangan ikutkan sangat marah kau tu. Sudah diingatkan dan sudah diberi kata dua oleh pihak universiti pun, kau masih degil. Nak juga ikut berdemonstrasi. Demonstrasi fasal apa hari tu ya Man?”

Page 86: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

86

“Fasal desakan agar kerajaan mansuhkan ISA”, jawab Rahman sepatah. “Bukan apa Ajib. Kalau kita takut dengan tekanan, jangan bercakap fasal perjuangan”, dia menambah. Ajib senyum. Dia tak mahu membantah. “Eh, Ajib… aku nak minta tolong boleh?”, tiba-tiba Rahman memegang lengannya. “Apa dia?” “Pinjamkan aku RM 50 boleh? Duit aku sebenarnya sudah kering ni. Nak pergi rumah kawan aku tu pun aku tak tahu macam mana. Aku cuma tinggal sepuluh ringgit sahaja ni”, Rahman sengih. Cakap berapi-rapi tapi rupa-rupanya tak ada duit. Entah-entah, cerita yang dia bekerja kerajaan dan mahu tukar kerja itupun tipu saja. Ajib geleng kepala kecil. “Sebab kau kawan lama aku, aku berilah”, katanya sambil mengeluarkan dompet dari poket belakang. “Nanti aku sudah kerja semula, aku bayarlah. Kalau kau nak beli kereta nanti, belilah dengan syarikat aku. Boleh aku beri harga istimewa”, Rahman ketawa. Amboi, macamlah dia sudah dijamin dan sudah diterima kerja sebagai jurujual kereta tu! Ajib hanya senyum.

Page 87: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

87

Ajib menyarung semula kasut kulit jenama crocodile yang dibelinya di pasaraya SOGO sempena jualan akhir tahun, tahun lepas. Dia sudah sampai ke Medan Gopeng sejak jam satu petang tadi lagi. Rahman pula awal-awal lagi sudah menahan teksi. Katanya dia mahu bersegera ke rumah sewa rakannya kerana beberapa urusan. Maka Ajib terpaksalah makan tengahari berseorangan. Usai makan tengahari di restoren terdekat, dia pun berjalan ke surau. Teringat perbualannya dengan Nik Amanina kelmarin masa mereka sedang makan tengahari bersama-sama. “Awak nak balik nanti, jangan lupa solat pula”, Nik Amanina berpesan. “Awak ingat saya ni budak-budak lagi ke? Saya tahulah kewajipan saya”, Ajib membalas sambil mulutnya sedang lahap meratah sisa daging yang masih melekat pada tulang ayam goreng. Nik Amanina tersenyum manis. “Bukan itu maksud saya. Saya cuma mengingatkan. Kan saling menjingatkan itu tandanya sayang.” Ajib hampir tercekik tulang. Segera dia menyedut air sirap ais yang berada di sisi pinggannya. “Amboi. Siapalah yang sebut nama awak sampai awak tersedak ni?”, Nik Amanina ketawa kecil melihat tingkah Ajib. “Awaklah. Awak kata awak sayang saya. Mana saya tak tersedaknya”

Page 88: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

88

“Eh, perasan. Mana saya ada kata saya sayang awak”, Nik Amanina mengerutkan muka. “Dia dah cakap tadi taknak mengaku pulak”, giliran Ajib pula untuk mentertawakan gelagat Nik Amanina. Nik Amanina malas nak melayan. “Erm. Awak nanti nak bermusafir kan? Awak reti tak solat jamak dan qasar?”, soalan maut dilontar. Alamak Ajib. Kau nak jawab apa ni? Kalau jawab ‘ya’, nampak sangatlah dia berbohong. Kalau jawab ‘tak’, jatuhlah air mukanya. Jatuhlah saham diri! “Mestilah reti”, Ajib mengeraskan nadanya. Biar nampak yakin! Nik Amanina senyum. “Kalau macam tu, ajarlah saya. Saya tak berapa ingatlah” Erk! Ajar? Nak ajar apa? “Panjanglah awak… lain kali sahajalah saya ajar awak ya? Eh, awak tahu tak yang sebenarnya organ dalaman ayam, seperti hati tak elok untuk kesihatan. Masa saya sekolah dahulu, cikgu sains saya cakap makan hati ayam ini bagus kerana hati ayam kaya dengan vitamin B dan boleh membantu menghasilkan sel-sel darah dalam tubuh kita. Tapi baru-baru ni, saya terbaca satu kajian yang dibuat oleh seorang saintis muslim. Dia kata organ dalaman binatang sebenarnya tidak elok untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan macam-macam penyakit seperti terkena risiko kanser. Organ dalaman binatang juga ada zat yang boleh mematikan sel otak kita. Jadi, otak kita akan jadi lembap dan susah nak mengingati sesuatu perkara. Tambah saintis itu lagi, orang Yahudi sengaja menyarankan kepada penduduk dunia untuk makan organ dalaman haiwan tetapi mereka sendiri tak mengizinkan anak-anak mereka

Page 89: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

89

makan kerana tak mahu akal anak-anak mereka tumpul”, bersungguh-sungguh Ajib bercerita. Nik Amanina tiba-tiba ketawa. “Kenapa ketawa pula?”, soal Ajib hairan. “Awak tak tahu kan cara solat jamak kan?”, dia masih ketawa. “Sebab tu awak tukar topik, kan?” “Eh. Saya tahulah. Cuma…”, suaranya diperlahan. “Cuma saya tak ingat.” Dan hari itu memang hari yang sangat memalukan dirinya! Mujurlah Nik Amanina yang bertanya. Kalaulah ayah Nik Amanina yang bertanya? Alamatnya… ‘selamat jalan Romeo’ sahajalah. Dek kerana malu, petang itu juga dia minta Arman mengajarnya semula cara untuk mendirikan solat jamak. Memang dia pernah belajar masa di sekolah menengah dahulu. Tapi rasanya dia hanya boleh ingat sampai ke tarikh peperiksaan subjek Pendidikan Islam sahaja. Lepas itu, terus dia lupa. Semasa bergelar mahasiswa universiti dan tinggal jauh dari kampung pun, dia masih belum pernah bersolat jamak. Kalau sempat bersolat, dia solatlah. Kalau tak sempat atau penat, lebur macam itu sahajalah solat fardunya. Arman pula, bila ditanya tentang cara menunaikan solat jamak dan qasar, dia terus mengajar daripada A sampai Z, sampaikan Ajib pun jatuh rahang seakan tak percaya. Sahabatnya itu cikgu matematik ataupun ustaz sebenarnya ni?

Page 90: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

90

Dia ingat dengan jelas apa yang Arman ceritakan padanya. Kata Arman, solat jamak ini ada dua jenis iaitu jamak takdim dan jamak ta’khir. Tapi sebelum itu Arman ada memberitahunya bahawa pengertian solat jamak adalah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Contohnya, zuhur dengan asar. Solat-solat itu ada ‘pasangan kembar’ mereka iaitu zuhur dengan asar, dan maghrib dengan isyak. Kalau subuh, tak ada jamak-jamak ni. Qasar pula, menurut Arman, adalah kita memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, solat zuhur, asar dan isyak. Maghrib dan subuh tidak boleh sebab maghrib tiga rakaat dan solat subuh pula dua rakaat. Yang boleh qasar ialah solat yang bilangan rakaatnya ialah empat rakaat. Solat jamak takdim ialah kita satukan solat zuhur dengan asar (sama juga maghrib dengan isyak), di dalam waktu zuhur iaitu waktu solat pertama. Manakala jamak ta’khir pula ialah kita satukan solat zuhur dengan asar tetapi dalam waktu asar dan waktu asar itu ialah waktu solat kedua. Arman ada memberitahu juga, bahawa ada beberapa hal yang mengharuskan kita untuk buat solat jamak bersama-sama dengan qasar. Antaranya ialah apabila kita bermusafir melebihi 60 batu ataupun lebih kurang 100 kilometer dengan tujuan yang bukan untuk bermaksiat. Kalau nak buat solat jamak takdim, kita perlu buat solat yang pertama dahulu. Maksudnya, kalau kita nak jamak takdim zuhur dengan asar, kita kena buat solat zuhur dahulu. Kalau jamak takdim maghrib dengan isyak, kita buat maghrib dulu. Kemudian, kita berniat jamak dalam solat yang pertama. Niat ni apa yang ada dalam hati. Yang kita baca sebelum angkat takbir ratulihram itu namanya lafaz niat. Hukum membaca lafaz niat adalah sunat sahaja sedangkan niat yang diwajibkan adalah lintasan atau pengetahuan dalam hati. Itulah yang perlu kita wujudkan dalam solat kita sebelum selesai solat pertama. Kemudian selepas selesai sahaja solat zuhur, kita kena terus bangun untuk solat asar asar kerana syaratnya, kita tak boleh selangi antara dua solat ini dengan pekerjaan atau perbuatan lain yang memakan yang panjang.

Page 91: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

91

Itu solat jamak takdim. Solat jamak ta’khir pula lebih kurang macam tadilah. Cuma bezanya, tak ada pengkhususan antara solat mana yang kita nak buat dulu. Nak buat solat zuhur dahulukah atau asar dahulu. Nak buat yang isyak dahulukah atau nak buat maghrib dahulu. Tapi syaratnya kita mestilah terlebih dahulu berniat mahu melakukan solat jamak ta’khir bila masuk waktu solat yang pertama. Contohnya, orang yang berada dalam bas dan mahu buat solat jamak ta’khir. Maka pukul 1.15 petang, masuk sahaja waktu solat zuhur, dia terus menanam niat mahu jamak ta’khir solatnya dalam waktu asar nanti. Kalau solat qasar, lain sedikit halnya. Orang musafir digalakkan buat kedua-duanya sekali iaitu jamak dan qasar. Maka, semasa takbir ratulihram kita niatkanlah untuk qasar solat kita. Orang yang sedang solat qasar tak boleh menjadi makmum kepada orang yang solat secara tamam ataupun sempurna. Sebab itulah kalau kita perasan di surau-surau kawasan R&R, hampir semua orang sembahyang sendiri-sendiri. Dakwa mereka, “Saya memang tahu solat berjemaah ini 25 hingga 27 kali ganda lebih tinggi darjatnya daripada solat sendirian. Tapi saya mahu solat qasar.” Kalau sudah macam tu, solat sahajalah jamak tanpa qasar. Lainlah kalau kita memang ada imam yang nak buat solat jamak dan qasar sekaligus bersama-sama. Satu lagi yang Arman ingatkan, seseorang yang bermusafir itu mesti tahu ke mana destinasi yang mahu dituju. Kalau dia pun tak pasti ke mana dia mahu pergi, maka dia tak boleh buat solat jamak dan tak boleh juga untuk solat qasar. Tadi, Ajib buat solat jamak takdim dan qasar sekaligus. Buat pertama kali dalam sejarah hidupnya dia bersolat begitu. Tiba-tiba sahaja dia merasakan nilai sisi baiknya meningkat hingga 200 peratus!

Page 92: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

92

Ajib menggalas beg pakaiannya yang sederhana besar itu. Sekarang, dia mahu menaiki bas mini menuju ke Selama pula. Bas klasik yang hari demi hari berbakti kepada rakyat negeri Perak. Perjalanan ke Selama memakan masa yang boleh tahan lama juga. Hampir dua jam juga dia terpaksa memanaskan kusyen bas angkut yang memang selalu tersangkut-sangkut perjalanannya itu. Sekejap-sekejap, ada penumpang yang menahan bas dan naik. Baru bergerak satu meter, ada pula penumpang yang menekan loceng untuk turun. Mana tak lamanya. Ajib melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Badanya rasa tak selesa kerana keadaan bas yang bergoyang-goyang mengikut rentak jalan raya yang berlubang-lubang. Rumahnya terletak di Kampung Durian Tua, lebih kurang 10 kilometer dari pekan kecil Selama. Menghampiri simpang masuk ke kampungnya, Ajib pun menekan loceng. Pemandu bas itu hanya berhenti selepas dia terlajak beberapa puluh meter dari simpang yang Ajib maksudkan. Sempat Ajib menegur pemandu bas itu. Dia marah pemandu itu. Kononnya lelaki itu berkhayal sampai terlepas simpang. Alih-alih, pemandu bas itu pula yang memarahinya; “Lain kali tekanlah loceng awal sedikit!” Aik? Aku pula yang salah? Keluar sahaja dia dari perut bas, dia terus memandang ke kiri dan kanan mencari-cari kelibat sahabatnya, Mamat. Dia dan Mamat sudah bersahabat sejak mereka masih lagi kanak-kanak cuma Mamat Bin Mahat itu lain daripada sahabatnya yang lain. Mamat tidak dianugerahkan dengan akal fikiran yang cerdas. Dia tak mampu membaca dan menulis sampailah darjah enam. Padanlah dia menjadi orang pertama dalam sejarah penubuhan sekolah kebangsaan Kampung Durian Tua yang mendapat 5E. Ajib yang nakal-nakal itupun masih dapat 5A masa peperiksaan UPSR. Tapi Tuhan itu maha adil. Tuhan tak beri Mamat akal yang cerdas dalam akademik tapi Tuhan berikan Mamat bakat dalam membuat kerja-kerja

Page 93: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

93

pertukangan. Sekarang, dia sudah ada bengkel kayunya sendiri walaupun satu ketika dahulu dia mendapat gred 5E dan tempat tercorot dalam setiap peperiksaan yang dilaluinya! Ajib mengeluarkan telefon bimbitnya. Nak kena telefon lagi sekali Si Mamat ni. Bukan boleh percaya. Silap-silap dia lupa aku suruh dia ambil aku. Baru mahu menekan butang ‘call’, namanya dipanggil. “Ajib”, kelihatan Mamat sedang menuju kearahnya dari atas motosikal. Dia tersenyum lebar sampai ke telinga. “Assalamualaikum” Ajib menjawab salam. Mereka berjabat tangan. “Ni saja beg kau Ajib?”, tanya Mamat sambil memandang sahabatnya dari atas ke bawah. “Cukuplah tu. Nak bawak banyak-banyak buat apa”, jawab Ajib. Dia sudah membonceng di belakang Mamat. “Manalah tahu kau balik sebab nak kerja dengan aku. Aku kan dah jadi bos sekarang”, Mamat ketawa. Ajib turut ikut ketawa. “Kalau aku kerja dengan kau, aku nak mintak gaji 5 ribu sebulan. Takut kau tak boleh bayar pula.” “Boleh. Tapi aku bayar 5 ribu rupiah sajalah” Cis! Kalau banyak tu, orang indonesia sendiri pun tak teringin nak kerja dengan dia.

Page 94: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

94

Dari jalan besar ke dalam kampung, jaraknya dalam lebih kurang dua kilometer. Jauh juga baru dapat berjumpa dengan rumah pertama. Kalau tak, kiri dan kanan ialah hutan dan dusun sahaja. Tak tahulah bagaimana kalau Mamat tak datang tadi. Mungkin Ajib terpaksa berjalan kaki atau paling tidak pun, terpaksalah menyusahkan Ibu Suri untuk mengambilnya dengan motosikal arwah ayah yang berbunyi kuat itu. Mereka melalui satu per satu rumah yang berdiri kukuh. Suasana perkampungan jelas terasa dengan wajah-wajah ceria dan manis para penduduk desa menyapa mereka di sepanjang jalan. Ada juga di seberang padang, beberapa orang kanak-kanak lelaki yang tak berbaju bergelak ketawa bermain bola sepak sesama mereka. Mamat memperlahankan motosikalnya dan membuat pusingan ke kanan, masuk ke laman sebuah rumah yang hanya sederhana besar tapi kemas. Tak ada daun-daun kering bawah perdu pohon-pohon yang rendang itu. Mamat memberhentikan motosikalnya dan Ajib pun turun. “Terima kasih Mamat. Jomlah masuk. Minum kopi dulu”, Ajib mengucapkan terima kasih dan langsung mempelawa sahabatnya tadi. Dia sudah sampai di rumahnya yang sebenar. Di sinilah tempatnya dia membesar. Di sinilah dia belajar maksud kasih sayang dan tanggungjawab. “Tak apalah Ajib. Aku nak kena balik ke bengkel aku ni. Malam ni kita jumpa di masjid, okey?” “Kau datang rumah aku sajalah Mamat”, Ajib sengih. Malas rasanya nak pergi masjid lama yang terletak di atas bukit tu. “Tengoklah macam mana”, Mamat menghidupkan semula enjin motosikalnya.

Page 95: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

95

“Okeylah Ajib. Assalamualaikum”, dia memberi salam. “Waalaikumusalam. Terima kasih ya Mamat!”, Ajib sedikit menjerit kerana Mamat sudahpun berlalu. Tangannya diangkat bersama senyum yang masih belum mati. Ajib berdiri di depan rumah. Pintu rumah itu tak ditutup. Maknanya ada orang di dalamnya. Tapi kenapa senyap sunyi sahaja? “Eh. Abang dah balik” Seorang kanak-kanak kecil berlari-lari anak kearahnya sambil tersenyum lebar. Kanak-kanak lelaki itu lalu menyalami dan menguncup tangan Ajib. Ajib turut tersenyum senang. Tangannya diletakkan ke atas kepala anak kecil itu. “Ibu di mana, dik?”, tanya Ajib. “Ada kat belakang. Adik pergi teman ibulah tadi. Beri makan itik”, beritahu kanak-kanak yang juga merupakan adik bongsu Ajib. Wajahnya memang saling tak tumpah dengan wajah Ajib. Ajib mengangguk. Memang di belakang rumah ini mereka ada menternak itik. Ternak secara lepas sahaja. Tak perlu susah-susah nak buat reban. Mereka cuma buatkan pagar yang mengelilingi laman belakang rumah yang terbiar itu dan juga membuat satu kolam kecil. Sejak arwah ayah masih ada lagi mereka sudah membela itik-itik ini. Jiran-jiran dan saudara-mara yang berkunjung juga selalu bertanya, “Kenapa bela itik? Kenapa tak bela ayam?”

Page 96: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

96

Jawabnya mudah, “Kerana sudah ramai orang yang bela ayam jadi kami pun belalah itik”. Barulah tak wujud persaingan, kan? Lagipun membela itik tak sama dengan membela ayam. Bela itik sebenarnya lebih mudah kerana itik lebih tahan penyakit. Walaupun ia makan banyak, tapi ia haiwan yang pandai mencari makanan sendiri. Lagipun ia cuma perlukan kolam sahaja untuk berenang dan membersihkan diri (walau hakikatnya tak bersih mana pun). Itik yang dibela oleh Ibu Suri ini pun bukannya untuk dimakan oleh mereka anak-beranak. Ajib sendiri pun tak dapat nak membezakan sangat antara rasa daging itik dengan rasa daging ayam. Lidahnya bersaksi yang rasanya sama sahaja. Cuma sesekali, ada lah orang-orang kampung yang mahu buat kenduri kecil-kecilan seperti kenduri doa selamat atau tahlil dan mereka mahu menyajikan kelainan. Jadi mereka tak menempah ayam daripada Pak Mail sebaliknya membeli itik-itik daripada Ibu Suri. Jangan tak tahu pula yang harga itik lebih mahal daripada harga ayam. “Kalau semua orang berada di luar kenapa biarkan pintu rumah terbuka. Masuk pencuri nanti…”, Ajib mengomel. “Alaa abang ni. Ini kampung lah. Mana pernah ada kes pecah rumah atau mencuri”, jawab adiknya dengan fasih. Mungkinkah kerana dia masih seorang budak jadi dia tak faham erti keselamatan dan risiko. “Nah. Adik bawakan beg abang masuk ke dalam. Abang nak pergi tengok ibu di belakang”, Ajib menghulurkan beg pakaiannya dan disambut dengan baik oleh adiknya. Ajib lalu terus bergerak ke belakang rumah melewati pepohon rambutan yang rendang. Dari tempatnya sedang berjalan, dia melihat satu sosok tubuh yang cukup dia kenal, sedang melemparkan dedak daripada satu cawan plastik.

Page 97: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

97

“Ibu. Buat apa?”, Ajib menyapa. Ibu Suri lantas berpaling. “Eh, bila masa Ajib sampai? Ajib suruh siapa pergi ambil Ajib di simpang luar?”, wajahnya bertukar ceria serta merta. “Baru sahaja sampai ni. Mamat yang ambil Ajib, ibu”, Ajib lalu menyalami ibunya. Tangan ibunya dikuncup. Huh, ada bau dedak di situ! “Ibu tengah kotor ni Ajib”, Ibu Suri ketawa kecil. Melihat hidung Ajib kembang-kempis, dia rasa lucu sendiri. Ajib hanya sengih. “Mana Mamat? Ajib tak ajak dia masuk rumah dahulu ke?” Ajib geleng. “Dah ajak tadi. Dia yang tak mahu. Katanya banyak kerja di bengkel dia” “A’ah. Ibu tengok pun memang pesanan orang untuk perabot buatannya tak henti-henti. Murah rezeki dia”, Ibu Suri senyum. “Ajib balik seorang sahaja Ajib?”, tiba-tiba Ibu Suri bertanya. “Iyalah ibu. Seorang sahajalah. Nak bawa balik siapa laginya”, suaranya mendatar.

Page 98: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

98

“Manalah tahu kut-kut kamu bawa balik calon menantu mak ke… macam Syafira” Ajib angkat kening. “Fira bawa balik lelaki ke mak?”, Ajib terkejut. Syafira itu adik perempuannya. Belum pun habis belajar lagi. Ibu Suri mengemaskan kotak yang berisi dedak tadi. Itik-itiknya yang jumlahnya lebih kurang 30 ekor itu sedang sibuk menyudu dedak-dedak tadi. Hingar bingar bunyinya. Dia lalu menjinjing bakul yang berisi beberapa biji telur itik yang baru dikutipnya tadi. Telur-telur itu akan dibuat telur masin untuk dijual. “Tak adalah”, Ibu Suri berjalan ke rumah. Ajib menurut. “Habis tu? Kenapa ibu cakap Fira bawa balik calon menantu pula?”, tanya Ajib yang masih lagi kehairanan. Ibu Suri memandangnya. “Inilah sebabnya ibu suruh Ajib balik ni” Ajib diam. Dia tertunggu-tunggu ibunya menghabiskan bicara. “Tengahari esok, Fira kata kawannya mahu datang ke rumah kita. Kawan lelaki dia. Fira kata budak tu suka pada dia jadi Fira suruh ibu menilai budak tu. Kalau ibu suka, Fira kata dia pun suka. Kalau ibu tak suka, maka Fira kata dia pun tak suka. Budak lelaki itu datang untuk kenal-kenal dahulu. Nanti kalau ibu kata setuju, barulah dia mahu datang dengan keluarganya. Ikut adat”, beritahu Ibu Suri.

Page 99: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

99

“Fira ada beritahu apa-apa fasal budak lelaki tu?”, tanya Ajib. Berita ini tidak mengejutkannya sangat pun kerana sejak mereka kecil lagi, adik perempuannya itu memang sentiasa saja disukai dan diminati orang. Nak katakan adik perempuannya itu cantik sangat pun, tak juga. Tapi mungkin orang geram dengan lesung pipit dia kut. Tapi Ajib pun ada lesung pipit yang diwarisi daripada arwah ayah tu, tapi tak ada pun mana-mana perempuan yang sukakan Ajib... kecuali Nik Amanina seorang sahaja. “Tak. Itulah sebab mak suruh Ajib balik. Nanti Ajiblah yang temuduga budak itu. Ajib abang sulung, jadi Ajiblah wali Fira sekarang. Ibu cuma penasihat sahaja”, Ibu Suri tersenyum pahit. Enam tahun dia hidup menjanda. Bukannya tak ada orang yang berminat mahu memperisterikannya. Tapi hatinya telah tertutup untuk bersuami lagi. Baginya, tiada seorang pun yang sama seperti arwah suaminya, bapa kepada dua orang putera dan seorang puterinya. Ajib angguk mengerti. “Ajib dah makan? Ibu ada gorengkan cempedak tadi. Ada di dapur. Lepas ni ibu buatkan kopi panas” Ajib menelan air liur. Cempedak goreng! Ajib menyedut asap rokok dalam-dalam sebelum menghembusnya keluar. Matanya meliar jauh ke jalan raya di hadapan rumah yang terbias oleh cahaya dari lampu jalan. Malam ini gelap gelita. Tak ada cahaya bulan yang menyirami bumi. Ah, kasihanlah pada si pungguk kerana bulannya tidak muncul-muncul.

Page 100: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

100

Dia baru selesai makan malam. Aduh, betapa dia merindui masakan ibunya. Walhal ibunya cuma memasak gulai lemak ikan masin sahaja. Ikan sungai yang diberi oleh jirannya Ibu Suri siang dan salai. Keenakannya amat luar biasa. Ditambah pula dengan sambal belacan yang ditumis sendiri oleh Ibu Suri. Fuh, nikmatnya. Ajib sedang mengambil angin malam di luar rumah. Malam masih terlalu muda. Belum pun pukul 9 malam lagi. Dia sendiri pun belum solat isyak lagi. “Apa yang Ajib menungkan tu?”, Ibu Suri menegur dari belakang. Dia membawakan secawan kopi yang masih berasap lalu meletakkan cawan kaca itu di anak tangga tempat Ajib sedang duduk melunjur kaki. Ibu Suri juga melabuhkan punggung berdekatan dengan anak terunanya. “Mana ada termenung apa-apa pun ibu. Ajib cuma nak ambil angin sahaja. Perut rasa kenyang sangat ni”, jawab Ajib. Rokok yang baru separuh terbakar itu berada di celah dua batang jari tangan kanannya. Dia menjentik-jentik sedikit dengan hujung jarinya lalu abu rokok itu melayang jatuh ditiup angin. “Ajib masih kuat lagi ya hisap rokok”, ada nada protes daripada ibunya itu. Ibu Suri teringat akan arwah suaminya. Betul kata pepatah melayu, ‘kemana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi’. Tapi dalam situasinya, pepatah lama itu melambangkan suatu yang bersifat negetif, kerana Ajib sedang menurut sifat buruk arwah suaminya iaitu menghisap rokok. Bukannya Ajib tak tahu yang dahulu ayahnya meninggal dunia kerana penyakit jantung angkara rokok durjana ini. Ajib terus mencampakkan rokok yang masih berbaki separuh itu ke atas tanah. Dia tahu ibunya tidak suka dan juga tidak suka untuk membuatkan ibunya sedih.

Page 101: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

101

“Saya dah nak berhenti. Sebab itu saya kurangkan”, jawab Ajib bersama senyum tawar. Kopi pekat yang dibawa oleh ibunya tadi dicicip. Kepahitan kopi dan kemanisan susu pekat itu sekata. Sempurna sekali rasanya! “Baguslah. Ibu tak pernah berhenti berdoa agar Ajib dan adik-adik diberi kesihatan yang baik dan kehidupan yang berkat”, beritahu Ibu Suri sambil tersenyum. Ajib sekadar diam. Jauh dalam hatinya, dia mengutuk dirinya sendiri kerana jarang benar dia mendoakan ibu dan arwah ayah. Jangankan nak doakan orang lain, berdoa untuk diri sendiri pun selalunya dia tidak buat. Siap solat sahaja, dia terus akan lipat sejadah. Lupa nak berdoa. “Kerja Ajib macam mana? Seronok?”, tanya Ibu Suri. Di dalam rumah, anaknya yang bongsu sedang menonton buletin utama di TV3. Biasalah orang kampung yang dhaif. Mana mampu nak melanggan ASTRO. Apa yang disajikan, itulah yang ditonton. Tak ada banyak pilihan. “Alhamdulillah ibu. Setakat ini saya masih tak bosan lagilah. Tak tahulah sepuluh atau dua puluh tahun lagi bagaimana”, Ajib melawak. Kopi hangat itu dicipnya lagi. “Baguslah.”, balas Ibu Suri sepatah. Dia berbangga dengan anak sulungnya kerana setiap bulan, Ajib pasti akan memasukkan duit ke dalam akaun simpanannya. Tiap-tiap bulan tak pernah kurang daripada dua ratus. Padahal Ibu Suri sudah banyak kali katakan agar Ajib membuat simpanan peribadi. Tak payah nak kirimkan wang untuknya. Ibu Suri hanya perlu menyara Hafiz.. Syafira kan sudah masuk maktab dan mendapat bantuan pinjaman kewangan. Tapi satu kata Ajib yang menyentuh naluri keibuannya, “Ibu simpanlah. Kalau ibu nak buat umrah atau nak pergi haji, nanti senang.”

Page 102: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

102

Anaknya seakan tahu keinginannya untuk memandang wajah kaabah! “Ajib, ibu nak tanya sesuatu boleh?” “Tanyalah ibu. Kalau saya ada jawapan, saya jawab.” “Kamu sudah ada teman wanita?” Ajib diam. Senyumnya tiba-tiba mekar tapi kerana suasana yang malap, Ibu Suri pasti tak nampak lengkungan di bibirnya itu. “Kenapa ibu tanya?” Eh, itu jawapankah Ajib? “Tak adalah. Ibu teringin nak ada cucu. Kalau kamu bernikah, kan bagus. Umur kamu pun sudah 26 tahun. Sudah sampai masanya pun” “Eh. Ibu ni… saya baru 25 tahunlah. Mana ada 26.”, Ajib membetulkan fakta. “Ye ke? Oh, ibu tersilaplah. Tapi 25 tahun pun sudah cukup dewasa. Ibu dahulu umur 20 tahun sudah berkahwin. Umur arwah ayah kamu pula masa tu baru sahaja 22 tahun”, cerita Ibu Suri. “Zaman dulu dengan zaman sekarang lain ibu. Tak serupa”, Ajib sengih. Zaman dahulu, ibubapa memberi syarat ‘tetap berpendapatan’ tapi ibubapa kita hari ini memberi syarat ‘berpendapatan tetap’. Kan banyak bezanya antara berpendapatan tetap dengan tetap berpendapatan. Konon kalau kerja

Page 103: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

103

kampung, kerja sendiri-sendiri, ibubapa tak mahu bermenantukan orang sebegini. Tak ada harapan, kata mereka. Mereka cuma mahu bermenantukan orang yang kerja di pejabat, pakai kot, pakai tali leher… walaupun cuma seorang kerani cabuk! Apa orang yang kerja dengan sektor awam itu sememangnya lebih bagus dan baik daripada orang yang kerja secara sendiri? Tak semestinya. “Tak kisahlah Ajib. Tapi Ajib dah ada calon ke belum?”, duga Ibu Suri lagi. Ajib senyum. “Insya-Allah ada ibu.” Wajah Ibu Suri tampak bersinar. “Kalau macam itu kenalkanlah kepada ibu.” Ajib angguk. “Insya-Allah, nanti saya akan kenalkan.” “Ajib pun berkenal-kenallah dengan ayah dan keluarganya dahulu. Hari itu, ibu ada pergi dengar kuliah di masjid. Ada ustaz tu cerita yang dalam mencari pasangan hidup, kita kena lihat empat aspek yang terpenting iaitu agamanya, hartanya, keturunannya dan juga kecantikannya”, bersemangat Ibu Suri bercerita. “Insya-Allah dia baik ibu. Lebih baik daripada saya sebenarnya”, malu Ajib mahu mengaku tapi itulah hakikatnya. Nik Amanina pada matanya ialah gadis yang cukup baik dan naif sedang Ajib pula… dia merasakan dirinya sebagai orang yang telah banyak ‘menjahatkan’ gadis itu. “Ustaz tu kata, hadis Nabi Muhammad itu bukan bermaksud setiap lelaki kena tengok pada agama sahaja. Tapi ustaz tu kata, bahawa Nabi Muhammad maksudkan bahawa semakin banyak kriteria itu ada pada seseorang, makinlah bagus.”

Page 104: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

104

Ajib angguk dan memahami. Patutlah Siti Khadijah sangat disayangi oleh Rasulullah hingga selepas Khadijah wafat pun, cinta dan rindu Rasulullah tak pernah berkurangan. Saidatina Aisyah yang tak pernah sempat bertemu dengan Saidatina Siti Khadijah pun merasa cemburu dengan isteri pertama Rasulullah itu kerana Siti Khadijah ialah seorang wanita lengkap dan mempunyai kesemua ciri-ciri itu; keimanan yang tak goyang, harta yang banyak, keturunan yang mulia, dan wajah yang jelita. “Ajib ambil cuti berapa lama?”, soal Ibu Suri selepas sepi seketika. “Seminggu”, jawab Ajib sepatah. “Kalau macam tu baguslah. Hari isnin ni Ajib tolong ibu di kantin sekolah ya” “Ibu berniaga di kantin sekolah ya sekarang? Sudah tak jual kuih lagi?”, tanya Ajib. Ibu Suri geleng. “Guru besar yang suruh ibu berniaga di kantin gantikan Haji Rahim dengan isterinya. Haji Rahim tak sihat. Dia mengidap penyakit kencing manis yang teruk. Silap hari bulan kena potong kaki” Ajib telan air liur. Sedikit gerun bila membayangkan bila kaki terpaksa dipotong kerana penyakit kencing manis. “Baiklah. Insya-Allah boleh, ibu” Benar kata Nik Amanina. Sebagai anak, aku wajib berbakti kepada ibubapa!

Page 105: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

105

“Pendapat Ajib macam mana?”, Ibu Suri duduk bersandar atas kerusi yang dibuat daripada rotan di ruang tamu rumahnya. Baru tak sampai 10 minit tetamu yang ditunggu-tunggu berlalu pulang. Ajib meneguk air sirap yang tersisa dalam gelasnya. “Ajib rasa budak tu bagus”, komennya jujur. Lelaki yang datang bertanyakan tentang Syafira, pada hemat Ajib adalah seorang lelaki yang berwibawa. Cara dia bercakap pun sudah melambangkan peribadinya yang baik. Teringat dia pada minit-minit yang baru berlalu sebentar tadi. “Awak tahu kan yang Syafira masih belajar”, Ajib mahu menduga respon daripada lelaki yang sedang tersenyum dihadapannya. “Saya tahu. Insya-Allah saya pun bukannya mahu tergopoh-gapah”, jawabnya dengan santun. “Macam mana kamu kenal dengan Syafira?”, tanya Ibu Suri pula. Anak muda di depannya cuma muda satu tahun sahaja daripada Ajib, dan dia juga sudah bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi. “Sejujurnya, saya tak kenal pun dengan Syafira.” Biji mata Ajib terbeliak. “Habis tu?”

Page 106: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

106

“Saya seorang ahli jawatan kuasa masjid Nurul Huda. Syafira dan kawan-kawannya selalu datang ke masjid itu untuk mengikuti program-program yang pihak masjid anjurkan. Saya jatuh suka kepada anak mak cik selepas beberapa kali melihat kelibatnya dalam program-program kami. Kebetulan pula salah seorang pensyarah Syafira ialah sahabat saya. Jadi daripada dialah Syafira memberi saya alamat rumah ini”, beritahu lelaki itu. Namanya Muhammad Mukhlis. “Mukhlis memang tak pernah keluar dengan Syafira? Tak pernah bercakap pun dengan Syafira?”, soal Ibu Suri bertalu-talu. Mukhlis geleng. “Saya tak layak untuk itu.” Ajib menarik nafas panjang. Memang. Memang dia akui bahawa adik perempuan itu telah banyak berubah semenjak mendaftar masuk ke maktab perguruan di Melaka itu. Jika dahulu, adiknya itu sama sahaja seperti kebanyakan perempuan sebayanya. Bertudung, tapi singkat. Berbaju lengan panjang, tetapi masih ketat. Bahan bacaannya juga tak sama. Dahulu, majalah yang dikumpulnya ialah majalah gosip tentang artis tempatan dan antarabangsa. Kini yang dibacanya ialah buku agama. Yang dikumpulnya ialah majalah ilmiah. Jika perasan, rak buku di rumah sekarang sudah penuh dengan Majalah Solusi. Majalah Mangga yang dua tahun dikumpulnya, dia sendiri yang membakarnya! “Ajib” Ajib terfikir tentang hubungannya dengan Nik Amanina. Dia dengan Nik Amanina, hampir hari-hari bertemu muka. Hampir hari-hari juga mereka

Page 107: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

107

berbual. Tapi sehingga kini, Ajib tak berani nak berjumpa dengan wali kepada Nik Amanina! Pengecutnya kau, Ajib! “Ajib!”, suara Ibu Suri makin keras. “Kenapa tiba-tiba termenung ni? Ibu panggil pun tak dengar?”, Ibu Suri memandangnya dengan raut hairan. Apa hal anak teruna aku seorang ni? “Ajib cuma terfikir yang Mukhlis tu bagus”, Ajib menyembunyikan khilaf dirinya. Ibu Suri tersenyum. “Ibu pun rasa macam tu juga. Ibu suka pendekatan dia. Tak macam sesetengah orang. Berjumpa dan bertemu janji. Beri hadiah. Beri ucapan sayang-sayanglah… tapi akhirnya tak juga jadi bernikah.” Pang! Hati Ajib seakan kena tempelang. Kalau ibu tahu hubungan aku dengan Nik Amanina juga macam tu, agaknya apa ibu akan kata? Ajib telan air liur. “Jadi pendapat ibu?”, soal Ajib. “Kita tunggu Fira balik dulu. Dua minggu lagi dia akan mula bercuti.” Ajik angguk, setuju.

Page 108: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

108

Hari isnin yang indah kerana Ajib tak perlu terkocoh-kocoh untuk bersiap ke tempat kerja. Selama ini, hari isnin adalah hari yang paling dia tak suka. Hari yang paling dia hilang semangat. Nak mencari tempo bekerja selepas dua hari bercuti bukanlah suatu perkara yang mudah. Tapi terpaksalah. Kalau tak kerja, macam mana nak suap nasi ke mulut sendiri? “Nanti pukul 9, Ajib datang semula ke kantin sekolah, tahu?”, Ibu Suri berpesan. Ajib angguk. Ibu Suri lalu kembali ke dapur kantin. Ajib pula menghidupkan enjin motosikal dan mengala keluar melalui pintu gerbang Sekolah Kebangsaan Durian Tua. Sudah dua kali dia berulang alik dari rumah ke kantin sekolah, membawa kuih muih dan makanan yang siap dimasak oleh ibunya seperti mi goreng. Hari pun masih awal lagi sebenarnya. Baru jam 7 pagi. Masih berkabus lagi di luar sana. Kelihatan beberapa orang ibubapa sedang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Adiknya, Hafiz juga sedang bersarapan di kantin sekolah tadi. Sesampainya dia di rumah, Ajib terus berbaring atas kerusi panjang di ruang tamu. Bagus ni kalau dapat sambung tidur, fikirnya. Jadi dia pun mengunci penggera pada pukul 8.45 pagi dan memejamkan matanya. Hanya seketika, dia sudah kembali terlena. Menala pukul sembilan pagi, Ajib sudah berada semula di kantin sekolah. Dari celah tingkap yang berdebu itu, dia dapat melihat kelibat Ibu Suri dengan Mak Cik Ramlah sedang sibuk menyusun pinggan dan piring dan menyusun dulang berisi kuih muih yang beraneka jenis. Mak Cik Ramlah ini ialah pembantu Ibu Suri. Ajib turun dari motosikal dan mampir ke arah ibunya.

Page 109: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

109

“Ibu nak suruh Ajib buat apa? Nak suruh Ajib habiskan makanan ni semua?”, dia ketawa dengan candanya sendiri. “Lah... Ajib tak sarapan lagi ke?”, Ibu Suri nampak terkejut. Ajib tergelak. “Tak adalah. Ajib sudah melantak sudah pun di rumah tadi” “Kalau macam tu, hari ni Ajib tolong ibu jadi juruwang boleh tak? Ajib jaga kaunter ya”, pinta Ibu Suri. Dia sedang membancuh air milo untuk diletakkan di dalam jag besar. Satu cawan kecil milo ais dijual dengan harga 50 sen bagi setiap cawan. “Ish. Manalah Ajib reti”, Ajib geleng kepala. Mak Cik Ramlah yang sedang mengelap pinggan plastik itu menyampuk. “Aik. Jurutera pun tak reti kira duit ke Suri?” Mak Cik Ramlah dan Ibu Suri sama-sama menyusun ketawa. “Kalau kira duit, saya tahulah. Kalau belanjakan duit, lagilah saya tahu. Cuma saya tak tahu harga-harganya macam mana”, Ajib memberi tahu. Dia memeluk tubuh. “Sini”, Ibu Suri memanggilnya dan Ajib terus mampir. “Ibu beritahu harganya ya.” Ibu Suri lalu memberi arahan dengan lebih jelas. Ajib angguk dan mengangkat ibu jari, isyarat bagus.

Page 110: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

110

“Boleh. Boleh. Tapi waktu rehat pukul berapa ibu?”, tanyanya. Dia memakai apron yang dihulurkan oleh ibunya. “Pukul 9.30 pagi.” Seperti yang ibunya beritahu, Ajib kini sudah dapat melihat sekumpulan kanak-kanak yang sebaya adiknya sedang berlari-lari ke kawasan kantin. Serta-merta suasana tenang bertukar riuh-rendah. Ajib jadi tak menang tangan. Duit kertas dan siling bertukar tangan. Secara automatik otaknya bekerja keras untuk membuat kira-kira. Fuh, rupanya kerja sebagai juruwang bukannya mudah. Jadi mudah pun sebab guna kalkulator. Cubalah mengira dengan menggunakan otak. Susah juga tu. Baru sahaja dia nak berehat, Ibu Suri memberi arahan baharu. “Ajib, tolong pergi angkat pinggan dan cawan-cawan yang sudah diguna.” Ajib lalu meninggalkan tempat berdirinya dan bergerak ke meja-meja kayu yang panjang, tempat murid-murid tadi makan. Ah, biasalah budak-budak. Habis tumpah segala makanan dan minuman. Bersepah-sepah. Ajib menyusun pinggan dan mengangkatnya dengan sebelah tangannya. Sebelah lagi tangannya pula memegang cawan-cawan yang masih tersisa airnya yang berwarna. Baru dia meletakkan pinggan-pinggan dan cawan-cawan kotor itu ke sinki, Ibu Suri menyuruhnya untuk kembali ke posisi juruwang. Ibu Suri sendiri yang pergi mengutip pinggan-pinggan kotor itu. Ajib tak membantah. Dia cuma mengikut arahan. Kan hari ini dia menjadi pekerja ibunya.

Page 111: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

111

Tiba-tiba, sekeping not RM 50 dihulur. Ajib yang asyik menunduk terus mengangkat mukanya. Amboi, budak manalah yang kaya sangat sampai pergi sekolah pun bawa duit RM 50 ni? Eh? Orang yang mahu membayar dengan not RM 50 tadi juga terkejut. Wajahnya nampak seperti orang yang hilang darah. Ajib yang masih tergamam cuba mengawal keadaan. “Duit kecil tak ada ke?” Perempuan itu menggeleng. Wajahnya bertukar merah padam. Ajib lalu mengambil huluran wang tadi dan memulangkan wang baki. Tanpa mengiranya terlebih dahulu, perempuan tadi cepat-cepat menyimpan wang tadi dan berlalu pergi. Ajib menghantarnya ke tempat makan khas bagi guru-guru dengan ekor matanya. Sah! Memang dialah perempuan yang aku hampir nak langgar dulu. Masa rehat yang diperuntukkan ialah setengah jam. Jadi, menghampiri pukul 9.55 pagi, suasana di kantin sudah mulai kembali tenang seperti sediakala. Murid-murid yang ada sejuta ragam itu sudah mula berjalan ke bilik darjah mereka. Yang masih tinggal di kantin itu hanyalah beberapa orang guru yang masih berbual-bual ringan. Mata Ajib sedang merakam sesuatu sejak daripada tadi.

Page 112: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

112

Ibu Suri sedang duduk berbual dengan tiga orang guru wanita, dan salah seorang daripada mereka, yang berbaju hitam itu, ialah gadis yang pernah hampir dia langgar dengan motosikalnya, satu ketika dahulu. Ajib memerhati dengan penuh minat. Tiba-tiba sahaja gadis yang ditenungnya secara sembunyi-sembunyi itu berpaling kepadanya. Pandangan mata mereka bertembung buat beberapa mikro saat sebelum gadis tadi kembali mengalihkan pandangannya kepada Ibu Suri semula. “Okeylah mak cik. Waktu rehat pun sudah nak habis ni”, mereka bertiga berdiri. Ibu Suri pun turut sama berdiri seakan menghantar mereka pergi sambil wajah tuanya mengukir sebuah senyuman manis. Mereka bersalaman dengan Ibu Suri sebelum menyusun tapak. Sekali lagi gadis berbaju hitam tadi memandang Ajib dan apabila dia perasan bahawa Ajib juga memandangnya, cepat-cepat dia berpaling ke arah lain. “Ehem. Ajib tengok siapa tu?”, Ibu Suri menegurnya selepas berdehem sekali. “Siapa tu ibu?” “Yang mana satu? Kalau yang tudung hijau itu, Teacher Hazwani. Dia sudah mengajar di sekolah ini sejak tahun 2003 lagi. Suaminya bekerja di seorang jurutera. Yang berbaju kemeja dengan corak belang-belang itu pula Cikgu Ainul. Dia itu cikgu Sains. Baru sahaja berpindah masuk ke sekolah ni. Hujung tahun ni dia nak berkahwin. Tunangnya sekarang askar” Amboi ibu… terperincinya cerita! “Yang berbaju kurung warna hitam itu pula siapa ibu?”

Page 113: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

113

“Yang itu Cikgu Murni. Baru awal tahun ini dia menjadi guru di sini.” Ajib angguk. Oh, nama dia Murni… “Dia ajar apa ibu?”, tanya Ajib. Ibu Suri angkat bahu. “Entah. Ibu tak ingat dia ajar apa. Kenapa Ajib tanya pula?”, senyuman Ibu Suri nampak mencurigakan. Ajib angkat bahu. “Tak ada apa-apa pun ibu. Saja betanya” Dia lalu berjalan ke deretan meja, mengutip pinggan dan cawan yang akan dibasuh nanti oleh Mak Cik Salmah. Dalam tak sedar, rupanya dia sedang tersenyum. Seminggu dia menolong ibunya berniaga di kantin sekolah dan sungguh… terlalu banyak pengajaran yang dia dapat ambil selepas seminggu yang pendek ini tamat. Selama ini, dia cuma tahu sifat ibunya iaitu gigih dan tabah. Tapi sejak hari isnin lepas, dia sendiri dapat merasai kegigihan dan ketabahan ibunya itu. Jauh dari dalam hatinya, Ajib sudah mengukir dengan darahnya nama ibunya sebagai bidadari dalam hatinya. Terima kasih ibu atas kesusahan membesarkan kami tiga beradik ini! Terima kasih juga Nik Amanina kerana menjingatkan saya tentang betapa besarnya peranan manusia yang bergelar ibu.

Page 114: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

114

“Ibu, Ajib balik dulu ya”, Ajib menyalami Ibu Suri. Tangan ibunya dikuncup. Tanpa ibunya duga, Ajib memeluk tubuh kecil ibunya. Lama. Ibu Suri terharu bukan kepalang. 25 tahun telah berlalu semenjak kali terakhir anak sulungnya itu memeluknya dengan penuh kasih sayang. Seingatnya, Ajib hanya memeluknya ketika dia masih lagi seorang kanak-kanak. Masih belum matang. Ruang hatinya pada usia sehijau itu hanya untuk ibu, ayah, dan adik beradiknya. Tapi semenjak Ajib merangkak dewasa, sekali pun anaknya tak pernah memeluknya. Inilah kali pertama. “Jalan elok-elok Ajib”, Ibu Suri berasa hiba tiba-tiba. Ajib senyum. “Ajib kan naik bas, ibu. Mana ada jalan kaki” Adiknya, Hafiz ketawa mengekek dengan lawak daripada abangnya. Ibu Suri pula hanya tersenyum. Dia tahu anaknya memang begitu. Kemudian, Hafiz pun bersalaman dengan abangnya. Sempat juga Ajib menghulurkan sedikit wang saku untuk adik bongsunya. Buat belanja sekolah, kata Ajib. Ajib pun melabuhkan punggungnya atas motosikal Mamat. Mamat sudah lama berada di situ, menjadi penonton drama sebabak sejak tadi. Lelaki berambut kerinting itu tersengih-sengih. “Ajib balik dulu ya ibu”, Ajib melemparkan senyuman kepada Ibu Suri sebelum dia berpaling kearah adik bongsunya yang masih tak mandi-mandi lagi hari ini. “Babai abang!”, Hafiz melambai-lambai.

Page 115: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

115

Ajib membalas lambaian tangan adiknya sambil berpesan, “Belajar elok-elok. Jaga ibu tahu!” Ibu Suri hanya senyum dalam hiba, sedang motosikal yang dinaiki Ajib makin jauh meninggalkan rumah tua itu. Jam yang membelit pergelangan tangannya sudah menunjukkan ke angka lapan pagi. Selalunya bas angkut yang akan membawanya ke Ipoh akan tiba dalam likungan masa-masa inilah. Ajib duduk di atas kerusi batu di perhentian bas. Mamat pula duduk atas kusyen motosikalnya. “Mat, tak payahlah kau nak tunggu aku”, Ajib memberi saran. Dah banyak dia menyusahkan sahabatnya ini. Dahul pulangnya pun dijemput Mamat. Hari ini pula, perginya juga dihantar oleh orang yang sama. “Memanglah tak payah sebab senang je. Setakat tunggu saja kut”, Mamat sengih menampakkan susunan giginya yang sedikit kuning. “Maksud aku, tak perlu.” Mamat turun dari motosikal dan mengambil tempat di sebelah Ajib, atas bangku simen. Dia duduk menyilang kakinya. “Alah, aku saja nak temankan kau. Kau tu sudahlah susah benar nak balik ke kampung. Macam si Tanggang pula gayanya.” Mereka ketawa. “Oi. Melampau sangat tu samakan aku dengan Si Tanggang.” Mereka berbual-bual pendek. Selang beberapa minit, bas yang ditunggu akhirnya sampai. Ajib bergegas melambai-lambai tangannya, memberi isyarat supaya pemandu bas itu berhenti. Selepas mengucapkan terima kasih kepada

Page 116: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

116

Mamat, Ajib terus masuk ke dalam perut bas dan mengambil satu tempat kosong. Kuala Lumpur, aku kembali! “Ahad ni awak lapang tak?” Nik Amanina membetulkan letak telefonnya. “Ahad ni? Saya ingat hujung minggu ni saya nak balik Terengganu pula. Mana aci awak saja yang balik jumpa ibu awak. Saya pun rindu dengan ibu saya juga.” Ajib ketawa. “Habis tu bila saya nak belanja awak makan ni?” “Bila? Hmm…”, Nik Amanina seakan berfikir. “Malam rabu, okey?” Ajib segera memberi kata setuju. “Boleh.” “Okey. Jumpa di tempat biasa ya” Talian diputuskan. Nik Amanina menghela nafas panjang. Ya, aku mesti katakannya! Malam itu Nik Amanina memakai baju labuh dengan skirt yang juga dilabuhkan. Tudungnya yang berwarna biru laut membelit lehernya.

Page 117: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

117

“Jom kita masuk.”, Ajib telahpun menunggunya di luar pintu sebelah utara kompleks beli-belah Pavilion. Dia pun baru sampai sahaja tadi. Mereka beriringan masuk, meredah lautan manusia. Suasana bingit menyebabkan mereka terpaksa meneran sedikit kotak suara masing-masing supaya apa yang mahu dicakapkan, sampai ke telinga. “Nak makan di mana?”, tanya Ajib. “Awaklah yang buat keputusan. Awak yang nak belanja saya”, Nik Amanina senyum. “Mc Donalds? Tapi tak ada yang istimewa pun”, “Eh… tak mahulah Mc Donalds”, cepat-cepat Nik Amanina membantah. Ajib memandangnya hairan. “Kenapa pula? Selalunya makan saja?”. Jemu kut tu. “Saya nak boikot Mc Donalds”, jawab Nik Amanina dengan semangat. Mereka masih lagi menyusun tapak, perlahan. “Boikot?”, alis kening Ajib terangkat. “Boikot kenapa pula?” “Mc Donalds ialah antara dua buah syarikat terbesar yang menyumbang kepada ketenteraan dan pembinaan negara haram Israel. Awak tak tahu ke?”

Page 118: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

118

Fasal Zionis ke? Tahu. Khatib di atas pentas khutbah pernah bercakap tentang ini. “Saya tahu. Tapi saya rasa kalau kita boikot pun, bukannya ada apa-apa kesan pun”, Ajib memberikan pandangannya. “Kenapa awak fikir tak ada kesan pula? Awak bercakap atas fakta atau atas kiraan logik akal sahaja?”, tanya Nik Amanina. “Fakta. Kerana kalau kita boikot Mc Donalds, maka yang rugi ialah orang kita juga. Berduyun-duyun orang melayu dan islam yang bekerja di syarikat Mc Donalds kan?” Nik Amanina diam seketika. “Itu mungkin betul. Tapi cuba kita bertanya dengan diri kita sendiri. Pernah tak ada orang Malaysia yang mati kerana tak dapat bekerja ataupun berhenti kerja di restoren Mc Donalds?” Ajib geleng kepala. Tak pernah pula dia dengar berita sekarut itu. “Tapi sudah puluhan ribu rakyat Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza yang mati kerana bedilan-bedilan yang dilepaskan oleh tentera zionis israel. Israel ini negaranya kecil sahaja. Mereka mana ada sumber ekonomi. Tapi mereka mendapat tajaan daripada Amerika Syarikat dan daripada dua yayasan terbesar inilah. Salah satunya ialah Yayasan Mc Donalds. Dengan duit-duit tadi, mereka membina kekuatan ketenteraan. Dengan duit-duit tadi, mereka membina tembok-tembok dan penjara-penjara. Bahkan daripada sumber kewangan itulah mereka membina negara haram mereka.” “Tapi rasanya bukan Mc Donalds sahaja kan?”, soal Ajib.

Page 119: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

119

“Betul tu memanglah betul. Sebenarnya banyak lagi barangan yang umat islam perlu boikot. Kalau ikutkan nasihat nasihat persatuan pengguna, mereka sarankan kita supaya betul-betul fokus untuk memboikot tiga barangan dahulu iaitu Coca-Cola, kafe Starbuks, dan ubat gigi jenama colgate kerana terdapat terlalu banyak alternatif bagi tiga barangan itu.” “Mc Donalds pula? Mereka tak kata apa-apa?”, tanya Ajib. Dia bukannya mahu berdebat dengan Nik Amanina pun. Dia cuma mahu tahu. Setidaknya kalau ada rakannya di kilang nanti yang mahu sangat beli barangan keluaran syarikat Yahudi, dia ada hujahnya jika dipertikal. Sebab kalau setakat bercakap tapi tak ada isi atau fakta sokongan maka semua orang boleh bercakap-cakap tapi siapalah yang nak mendengar kan? “Mc Donalds pun kena boikot juga. Tapi melihat kepada ramainya orang melayu yang terlibat, maka keperluan memboikot Mc Donalds jadi ringan sedikit. Orang melayu dan islam yang terlibat itu mesti berusaha untuk cari pekerja lain. Sebab syarikat yang mereka bekerja itu memberi bantuan secara lansung. Bukannya secara sembunyi-sembunyi tau!” Nik Amanina menambah, “Saya juga teringat pesan seorang ustaz, kita boikot barangan Israel ini motif kita ialah untuk jatuhkan Israel. Dalam masa yang sama, kita juga mahu memenangkan agama islam. Jadi kita perlu jaga adab kita. Jangan sampai bergaduh pula. Ustaz tu kata lagi, bagi orang-orang yang tak mahu boikot janganlah sampai mencaci maki orang yang memboikot. Orang yang boikot pula, tentulah tak boleh mencaci dan memaki orang-orang yang tidak memboikot sebab makanan di Mc Donalds itu sekalipun perlu diboikot, ia tetap halal dimakan. Jangan sampai kita mengharamkan suatu yang halal pula”. Ajib menggangguk tanda setuju. Dia sebenarnya lebih setuju dengan pandangan Arman. Pernah satu ketika, Arman berkongsi pendapatnya tentang isu boikot. Bagi Arman, boikot yang paling utama ialah pabila kita memboikot cara hidup orang-orang Yahudi. Orang Yahudi ini ada beberapa ciri-ciri yang paling utama dan sangat jelas. Pertama sekali, mereka ini bangsa yang sangat suka berbohong. Kedua, mereka suka membuat kezaliman kepada orang lain

Page 120: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

120

dan kepada alam sekitar dan ketiga, orang Yahudi ini sangat sombong. Mereka ialah manusia yang otak batu. Jenis yang suka menolak kebenaran walaupun kebenaran itu sudah terbukti. Sebenanya Ajib juga sudah tahu yang Arman sedang menembak peluru dua mata! Sebiji peluru adalah untuk memberitahu, dan sebutir lagi ialah peluru untuk menyedarkan Ajib. Ya, dia tahu dia bersalah. Dia juga sombong dan keras kepala. Ajib tahu dia bukan seorang muslim yang baik. Dia tahu semua itu. Dia juga pernah ada niat mahu berubah dan menjadi seorang muslim yang baik. Tetapi entahlah… dia sendiri pun tak tahu apakah yang menghalangnya untuk jadi lebih baik. “Kalau macam tu, kita makan di Secret Recipe sahajalah. Macam mana?”, saran Ajib. Kebetulan restoren itu hanya selang dua deretan kedai sahaja dengan tempat mereka sedang berdiri sekarang. Nik Amanina tersenyum menampakkan lesung pipit di sebelah kiri pipinya yang berisi. “Jom.” Mereka mengambil tempat duduk di sebelah kanan restoren. Suasana dalam restoren itu sedikit malap. Lampunya memancarkan cahaya kekuningan dan ia memberikan satu suasanan yang cukup unik. Romantik barangkali? Tetapi ada kajian yang menyatakan bahawa suasana yang malap boleh menambahkan selera makan manusia. Entah ya entah tidak. Tapi teori ini banyak sekali diaplikasi di kedai-kedai makan. Ajib membuat pesanan berupa daging di bahagian peha kambing biri-biri jantan yang dimasak lembut. Nik Amanina pula sekadar meminta ikan salmon bersama kentang goreng. Sambil-sambil menunggu pesanan mereka sampai, mereka berbual-bual ringan. Keadaan di dalam kedai ini sebenarnya agak riuh juga kerana ramainya pelanggan yang sedang menjamu selera masing-masing.

Page 121: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

121

Selang beberapa minit, hidangan mereka pun sampai. Ajib terus makan dengan penuh selera. Sedikit pun dia tak berasa mual kerana makan daging kambing dalam kuantiti yang banyak. Lapar sangat kut. Nik Amanina pula mengunyah lambat-lambat. Dia lebih banyak bercakap dan bercerita tentang Zionis. Dia masih belum habis bercerita tentang kelakuan biadab bangsa Yahudi terhadap rakyat Palestin. Sambil-sambil dia bercerita, dia tak sedar bahawa selera makannya makin menurun. Rasa kasihan yang timbul tanpa dipaksa, menyebabkan naluri kewanitaannya seakan-akan disentap dan membawa pergi selera makannya. Manusia manakah yang boleh menerima kekejaman pelampau yahudi semasa tragedi Deir Yassin pada malam 9 April 1948. Pengganas-pengganas yahudi daripada kumpulan Stern, Irgun dan Haganah telah masuk ke perkampungan Deir Yassin yang terletak di sebelah barat Baitul Maqdis. Mereka membakar rumah-rumah penduduk desa Deir Yassin. Sesiapa yang melarikan diri daripada api yang marak itu, akan ditembak bertubi-tubi. Para wanita yang hamil pula dirobek perut mereka hidup-hidup. Bayi yang berada dalam perut mereka dikeluarkan dan dikelar. Sepanjang dua hari keganasan itu dilakukan dengan permit daripada pihak berkuasa dunia, seramai 52 orang kanak-kanak telah disiksa di hadapan ibubapa mereka sebelum mereka kesemua mereka dibunuh dan kepala mereka dipenggal dari tubuh. Seramai lebih 60 orang wanita juga turut dibunuh dan anggota badan mereka dikerat-kerat. Belum puas menghirup darah manusia-manusia yang tidak berdosa itu, para pengganas yahudi mengumpulkan pula mana-mana wanita dan remaja perempuan yang masih hidup. Mereka dibogelkan lalu dibaringkan atas kenderaan sebelum diarak di sekitar perumahan yahudi di Baitul Maqdis. Akhirnya, mangsa-mangsa itu dihujani peluru dan tiada seorang pun yang terselamat. Ini baru cerita tentang peristiwa hitam Deir Yassin. Belum pun lagi bercerita tentang pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Shabra dan Shatilla yang

Page 122: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

122

mana para pelarian itu disembelih di hadapan ahli keluarga masing-masing. Wanita-wanita dirogol secara bergilir-gilir sebelum badan mereka dikerat-kerat. Kanak-kanak pula dibunuh tanpa perikemanusiaan. Ah, kita belum pun lagi bercerita tentang nakbah di Palestin, di mana peristiwa ini menjadi saksi bahawa para pemimpin negara islam ketika itu pengecut dan penakut. Bacul! Mandul! Orang yahudi dari pelosok dunia berbondong-bondong masuk ke Palestin, membawa najis kezaliman! Oh Tuhan… Tapi satu yang Ajib perasan, kesedaran tentang apa yang berlaku di Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza masih terlalu kurang dalam kalangan masyarakat yang bukan beragama islam di negara kita. Padahal jika kita lihat apa yang berlaku di luar negara, yang berdemonstrasi di jalanan dan yang paling kuat membantah kekejaman Israel itu rata-rata mereka adalah orang yang bukan beragama islam. Mereka membuat sepanduk mengecam tindakan kejam zionis, bahkan mereka turut berarak dan menunjukkan bantahan di hadapan pejabat-pejabat kedutaan Israel di negara-negara mereka. Maka timbul satu persoalan. Adakah nilai kemanusiaan dalam naluri golongan bukan islam di Malaysia sudah hilang. Rasanya tidak. Kerana betapa ramai golongan bukan beragama islam yang membantah hukuman hudud potong tangan kepada pencuri, walaupun mereka sendiri sebenarnya tak ada idea dan gambaran langsung tentang hukuman dari al-Quran ini. Hei, itu pencuri. Penjenayah sosial. Sah-sahlah mereka ada kesalahan. Yang di Palestin itu bukan lagi tangan yang dipotong, tapi leher mereka disembelih, gadis-gadis mereka dirogol, dan anak-anak kecil dipotong-potong kaki serta tangan mereka. Sedangkan apa kesalahan mereka? Apa kebiadaban mereka?

Page 123: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

123

Atau adakah kerana ini isu umat islam, maka majoriti golongan bukan islam bersikap tak mahu ambil peduli? Bukankah ini satu indikasi bahawa ada nuansa penentangan kepada agama suci ini? “Awak…”, Nik Amanina memandang wajah Ajib. “Saya nak cakap sesuatu.” Ajib angguk. “Cakaplah.” “Tapi awak jangan berkecil hati pun tau”, Nik Amanina memaksa dirinya untuk mengukir sebuah senyuman tawar tanpa perisa. “Tak. Saya tak akan kecil hati punyalah”, Ajib mula rasa tak sedap hati. Kenapa dengan gadis di hadapannya itu? “Sebelum itu, saya nak tanya awak. Awak pernah tak dengar saya kata saya sayang awak?” Ajib senyum serta-merta. “Tak pernah!” Iya! Memang Nik Amanina tak pernah bercakap secara terus, ‘saya sayang awak’ kepada Ajib. Tak pernah. Jika ada pun, bila Ajib yang berkata begitu dan Nik Amanina hanya sekadar membalas, ‘Saya pun sama’. Hanya itu sudah cukup bagi Ajib kerana dia tahu bahawa gadis itu memang benar-benar menyayanginya. Nik Amanina turut mengulum senyum.

Page 124: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

124

“Jadi hari ni, saya nak beritahu awak yang saya sayangkan awak. Sangat. Kerana itu, saya nak jadi isteri awak yang halal. Saya mahu ada hubungan yang halal.” Ajib terkedu. “Saya rasa bersalah dan berdosa tiap kali kita keluar berdua-dua. Memanglah kita tak pernah berpegangan tangan. Tak pernah bersentuhan. Tapi saya rasa bersalahlah awak. Saya mahu jadi seorang muslimah yang solehah. Saya mahu jadi isteri mithali. Saya mahu jadi ibu yang baik. Saya selalu berdoa dan saya tak pernah berhenti berdoa agar Allah satukan saya dengan orang yang saya sayang, iaitu awak. Saya mahu ada suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Saya mahu ada anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan hati saya. Anak-anak yang boleh menjadi saham bila saya mati dan berada dalam kubur.”, nada suara Nik Amanina sudah berubah. Ada getar pada hujung suaranya. Dia sebak dan matanya mula menakung air. Bila-bila masa sahaja manik halus itu akan membasahi pipinya yang mulus itu. Ajib masih terdiam. Dia terkasema. Langsung tak terduga bahwa inilah yang mahu diperkatakan oleh gadis yang dicintainya itu. “Awak, saya nak minta sesuatu boleh?”, Nik Amanina mengelap matanya yang sudah basah. “Apa dia?”, Ajib bersuara lemah. Suaranya dirasakan seperti tersekat-sekat. “Saya mahu berubah jadi seorang muslimah yang baik. Jadi saya mahu awak juga berubah menjadi seorang muslim yang baik.”

Page 125: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

125

Lambat-lambat Ajib menguntum senyum. Dadanya tiba-tiba berasa lapang dan tenang. “Insya-Allah”, dia angguk berkali-kali sambil memejamkan matanya buat seketika. Nik Amanina turut tersenyum senang. “Oh ya. Ada satu lagi perkara yang saya nak cakap dengan awak.” “Apa pula?”, tanya Ajib. Suspen yang sudah hilang kembali datang. “Kelmari masa saya telefon mak saya, mak saya ada tanya adakah saya sudah ada lelaki idaman ataupun belum. Saya jawab sudah. Jadi mak saya suruh saya beritahu sendiri kepada ayah saya kerana menurut mak, ada seorang anak kepada sahabat ayah saya yang berminat kepada saya.” Ajib menelan air liur. “Jadi?” “Jadi salah satu tujuan saya nak balik kampung hujung minggu ini adalah untuk saya terangkan kepada ayah saya tentang hubungan kita. Awak memang benar-benar berniat mahu memperisterikan saya, kan?”, tanya Nik Amanina dengan nada yang sedikit serius. Ajib segera mengangguk. “Kalau macam tu, datanglah dan berjumpalah dengan ayah saya. Mungkin kita boleh bertunang dahulu sebelum bernikah”. Perkataan ‘nikah’ itu membuatkan hati gadisnya melonjak bahagia. Sungguh, itulah satu-satunya yang dia mahukan saat ini.

Page 126: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

126

“Insya-Allah. Awak jangan risau. Awak beritahu dahulu tentang hubungan kita kepada ayah awak. Takut-takut jika dia tak tahu, dia akan terima sahaja lamaran daripada anak kepada sahabatnya yang awak cakap tadi tu. Insya-Allah, dalam masa terdekat, saya akan berjumpa dengan ayah awak, ya?”, Ajib mengukir janji. Janji yang dia tak berharap untuk memungkirinya. Nik Amanina angguk. Bibirnya melakar sekuntum senyuman yang mekar. “Insya-Allah”. “Kenapa nak bertolak malam ini juga? Kenapa tak mahu menunggu esok pagi sahaja?”, Ajib protes. Keputusan Nik Amanina untuk terus pulang ke kampung halamannya selepas waktu kerja dirasakannya cukup berisiko. Cuba fikir dengan logik. Adakah ia suatu yang selamat jika seorang anak gadis mahu memandu untuk satu destinasi yang jauh secara seorang diri pada waktu malam. Kan bahaya begitu! Nik Amanina senyum. “Janganlah risau. Saya sudah biasa memandu malam-malam. Memandu malam lebih tenang.” “Kalau macam tu, ikut suka awaklah. Degil! Tapi pastikan awak memandu dengan hati-hati ya. Buat pemeriksaan pada kereta awak terlebih dahulu. Periksa paras air dan juga tekanan udara semua tayar kereta awak tu”, Ajib berpesan. Nik Amanina ketawa senang.

Page 127: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

127

“Insya-Allah. Saya tahulah. Terima kasih kerana risaukan saya.” “Nanti kalau ada apa-apa hal, awak telefon atau SMS saya ya”, Ajib menambahkan senarai pesanan. “Insya-Allah. Saya mana pernah lupakan awak” Hari jumaat. Penghulu sekalian hari dalam seminggu telahpun melabuhkan tirainya seiring dengan gemaan suara muazzin melaungkan azan maghrib tadi. Termasuk hari ini, sudah dua hari Ajib mengikut Arman bersolat maghrib dan isyak secara berjemaah di surau kecil di taman perumahan mereka. Sejujurnya, itulah kali pertama dahi Ajib menyentuh karpet surau yang sedikit hamis baunya itu. Nampak benar karpet ini sudah terlalu berusia. Satu yang membuatkan Ajib terkejut besar ialah apabila Arman memimpin solat fardu maghrib dan isyak pada hari semalam. Ajib menyembunyikan rasa kagumnya kepada Arman yang telah memimpin solat bagi belasan orang ahli jemaah yang lebih tua dan matang daripada mereka berdua. Hinggalah sesampainya sahaja dia di rumah, Ajib terus melontarkan apa yang terbuku dalam hatinya. “Sejak bila kau jadi imam di surau tu, Arman?” Arman diam pada mulanya. Dia hanya senyum. “Tak adalah, Ajib. Bukan aku imamnya. Kau tak ada tengok carta organisasi surau tu?”, tanya Arman yang masih tersenyum selepas agak lama dia membiarkan soalan Ajib itu dijawab oleh sepi.

Page 128: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

128

Ajib geleng kepala. Dia memang tak perasan pun dengan carta organisasi surau. Jangankan papan notis, tandas surau pun dia tak tahu berada di mana. Nama pun baru pertama kali datang surau. “Imam surau tu kan Ustaz Dr. Ahmad Haikal, pensyarah usul fiqh di Kolej Islam Shah Alam. Aku ini manalah ada ilmu banyak mana pun. Aku ajar matematik bukan ajar subjek agama. Cuma tadi dia tak ada. Mungkin dia pergi berkuliah ke tempat lain. Jadi biasanya pakcik-pakcik tu akan tolak aku supaya jadi imam.”, jelas Arman. Betul kata Arman. Hari ini, Ajib sudah dapat bertemu dengan lelaki yang bernama Ustaz Dr. Ahmad Haikal itu. Lelaki yang beperwatakan sederhana. Mesra dan manis wajahnya dengan senyuman. Selepas solat maghrib, Dr. Ahmad Haikal memberikan kuliah maghrib kepada ahli jemaah surau yang dalam likungan 30 orang semuanya. Tazkirah itu mujurlah tidak panjang mana. Masuk sahaja waktu solat fardu isyak, beliau terus menyimpulkan semua hujah-hujahnya tadi. Kemudian dia pun memimpin solat fardu isyak. Masa sedang duduk di antara dua sujud pada rakaat ketiga tadi, Ajib perasan yang telefon bimbitnya yang diletakkan dalam mod senyap, bergegar-gegar dalam poket baju melayunya. Selepas selesai berdoa barulah dia membelek telefon bimbitnya. Ah, ada SMS daripada Nik Amanina! “Salam. Saya sampai di R&R Temerloh ni. Saya baru lepas solat isyak saja ni. Doakan saya selamat sampai ke destinasi ya.” Ajib tersenyum-senyum membaca kiriman SMS daripada Nik Amanina. Ketika ini, Ajib sedang menunggu Arman selesai mengerjakan solat sunat rawatib selepas solat fardu isyak tadi. Selepas menyarung selipar jepunnya, Ajib bergerak ke arah motosikal Arman dan duduk di atas kusyen keras itu sebelum jarinya laju menari-nari atas pad kekunci telefon.

Page 129: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

129

“Insya-Allah. Jaga diri. Nanti sudah sampai, beritahu saya ya.” Butang ‘hantar’ ditekan. Telefon bimbitnya lalu disimpan semula ke dalam poket baju melayunya. Arman yang baru selesai bersolat sunat menghampiri Ajib sambil tersenyum seperti selalunya. “Nak pergi mana sekarang? Makan?”, Dia mengeluarkan kunci motosikan dan memasukkan ke dalam slot kunci. Beberapa orang ahli jemaah surau berjalan melepasi mereka. Ajib membalas senyum dengan mereka. “Aku dah kenyang. Tapi kalau kau nak makan, aku temankan kau sahajalah” Lagipun mereka bukannya ada anak isteri di rumah. Tak ada nak buat apa pun selepas ini. Cuma berehat atau menonton televisyen sahaja. Arman sudahpun menghidupkan enjin motosikalnya. Ajib lalu duduk di belakangnya, membonceng. “Kalau macam tu kita balik sahajalah. Aku makan mi segera sahajalah”, dia ketawa. Bila sudah malas tu, mi segera pun terasa seperti hidangan syurga! Malam sudah merangkak ke dimensi baharu. Sudah jam 1 pagi pun. Sayup-sayup, lolongan anjing yang saling bersahutan kedengaran. Ajib masih tak dapat melelapkan matanya. Puas dia mengiring, dia menelentang. Puas dia menelentang, dia meniarap. Tapi rasa mengantuknya seakan sudah hilang. Matanya rasa segar sahaja. Tapi hatinya rasa serba salah. Degupan

Page 130: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

130

jantungnya tidak selancar biasa seakan-akan ia mahu memberitahu sesuatu kepadanya. Ah, ada apa-apa yang tak kenakah? Adakah Ibu Suri sedang sakit di kampung? Atau dik-adiknya sedang dalam masalah? Atau mungkin juga Nik Amanina sedang ditimpa kesusahan? Selepas SMS terakhir yang diterimanya semasa sedang solat tadi, dia sudah tak mendapat apa-apa berita daripada Nik Amanina. Cuma mengikut kebiasaan orang yang memandu ke Terengganu, rasanya gadis itu sudah satu jam sampai ke kampungnya di Kemaman sana kerana jika tadi dia sudah sampai ke Temerloh, bermakna perjalanannya hanya akan berbaki separuh saja lagi. Tak jauh mana dah. Ajib mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di tepi tilamnya. Cahaya terang daripada skrin telefon bimbit itu menyilaukannya. Matanya dikecilkan sedang otaknya sedang berfikir-fikir. Hmm… hendak menelefon sekarang ataupun tunggu esok pagi sahaja? Iyalah. Manalah tahu gadis itu terlalu penat hingga sampai-sampai sahaja di kampungnya, di terus tertidur. Boleh jadi juga kan? Lagipun bateri telefon Ajib hanya nyawa-nyawa ikan saja ni. Jika digunakan untuk menelefon, alamatnya padam teruslah telefonnya itu. Ajib lantas bangkit dari berbaring. Dia menghidupkan lampu bilik yang sudah satu jam lebih dimatikan. Pengecas bateri telefon bimbitnya di cari. Atas meja, tiada. Di dalam laci meja kayu itu juga tiada. Di atas para-para almari bajunya, pun tak ada juga. Habis tu, di mana dia letak pengecas telefonnya ini? Ajib diam berdiri. Cuba menjingati. Aduh! Bila masa pula Ajib ada pengecas telefon bimbit? Kan pengecas miliknya itu tertinggal di kampungnya di Perak sana masa dia balik kampung minggu lepas. Maka dia cuma meminjam sahaja daripada Arman. Kebetulan Arman juga menggunakan telefon jenama nokia dan pengecas yang dipinjamnya itu telahpun dia pulangkan kembali kepada Arman.

Page 131: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

131

Dan takkanlah malam-malam buta begini dia mahu mengetuk pintu bilik Arman pula? Oh. Tak mungkin. Ajib kembali menekan suis lampu. Biliknya sudah kembali gelap. Dia lalu kembali berbaring dan memejamkan mata sambil hatinya berdoa supaya tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada dirinya, ahli keluarganya dan buah hatinya. Kini, selepas lebih suku jam juga dia terlentang atas tilam bujangnya, akhirnya dia pun terlelap. Keesokan paginya, perkara pertama yang dibuat oleh Ajib saat matanya terbuka adalah memeriksa telefon bimbitnya. Nafas berat dihela bersama aroma air liur basi kerana sudah pukul 6.20 minit pagi tapi tiada apa-apa kiriman berita diterima. Tiada SMS dan tiada panggilan yang tak terjawab. Sama seperti malam tadi. Ajib lalu berwuduk. Sedikit terketar dia apabila badannya dijamah oleh air paip yang sejuk itu. Dia lalu menyarung kain pelikat. Seluar pendeknya sudah dia tukar. Sejadah pun dibentangkan lalu dia pun berdiri untuk mendirikan solat subuh. Lama juga Ajib duduk bertakafur atas tikar sejadah selepas selesai bersolat. Mulut Ajib kumat-kamit berzikir hinggakan saat kepalanya dipaling ke luar tingkap, dia sudah dapat melihat angkasa yang tadinya gelap kini sudah berbalam-balam bercahaya. Ajib lalu membaca doa dan melipatkan sejadahnya semula. Dia lalu keluar dari biliknya dan mengetuk bilik Arman. Suara merdu Arman yang sedang membaca al-Quran, terhenti seketika. Pintu kayu itu pun terbuka. Kelihatan sebelah tangan Arman sedang memegang mushaf kecil al-Quran al-karim. “Ada apa Ajib?”, dia tidak memakai cermin mata. Nampak sepet sekali matanya.

Page 132: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

132

“Aku nak pinjam pengecas bateri telefon kau, boleh?”, Ajib senyum. Arman lalu bergerak ke mejanya dan mengambil barang yang diminta oleh Ajib tadi. “Terima kasih Arman”, Ajib sengih. “Okey”, balas Arman pendek sebelum pintu biliknya kembali ditutup. Ajib cepat-cepat masuk ke dalam biliknya dan menyambung plug ke dalam lubang soket. Bateri telefonnya sedang dicas. Ajib lalu duduk bersila atas lantai biliknya yang dilapik dengan tikar mengkuang. Di cuba mendail nombor telefon Nik Amanina. “Maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi” Suara operator syarikat telekomunikasi kedengaran di hujung telinganya. Ajib tak puas hati. Dia bukannya nak bercakap dengan mesin. Ajib kemudiannya mencuba sekali lagi untuk mendail nombor Nik Amanina dan hasilnya masih tetap sama. Gagal. Gadis tidak dapat dihubungi. Ajib menarik nafas panjang. Hmm… mungkin bateri telefonya pun mati mati kut! Dia membuat andaian sendiri dan hatinya benar-benar berharap dan berdoa, itulah yang sedang berlaku sebenarnya.

Page 133: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

133

Ya Allah, selamatkanlah Nik Amanina! Alang-alang dia tak dapat bercakap dengan Nik Amanina, Ajib mendail nombor telefon Ibu Suri. Agak lama juga dia terpaksa menunggu sebelum panggilannya dijawab. Mendengar suara ibunya yang ceria, perasaan yang tidak senang dan kerisaun dalam hati Ajib pun sedikit terubat. Tahulah dia bahawa ibunya dan adik-adiknya dalam keadaan elok-elok sahaja sekarang ini. “Apa mimpi Ajib telefon ibu pagi-pagi buta ni?”, Ibu Suri mengusik. Dia masih dalam telekung solatnya, mengaji al-Quran. Ajib ketawa. “Amboi ibu ni, sejak bila Ajib kena mimpi-mimpi dahulu baru Ajib boleh telefon ibu” “Eleh, dulu bukan main susah Ajib nak telefon ibu”, nada suara ibu tunggal itu punya ritma-ritma kecewa dan rajuk. “Itu dulu, ibu…” Ya. Itu dahulu. Sekarang, dia mahu berubah. Dia mahu jadi anak yang soleh. Nik Amanina telah membuka matanya untuk melihat betapa besarnya kasih sayang seorang ibu dan ayah. Tiada galang gantinya atas dunia ini. Benar kata Nik Amanina, jika seorang anak mempunyai segunung kasih sayang pun dan walau habis gunung itu ditarah, setiap batu-batunya diambil dan diletakkan atas satu neraca, dan kasih sayang seorang ibu diletakkan di sebelah lagi neraca maka kasih sayang ibu akan jauh lebih berat daripada segala gunang-ganang atas muka bumi ini.

Page 134: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

134

Padanlah Rasulullah pernah menyatakan bahwa kedudukan ibu ialah di tempat ketiga selepas Allah dan Rasul dan nama ibu disebut sebanyak tiga kali oleh Rasulullah dan kali keempat barulah ayah. Bersumberkan itulah para ulama telah menyatakan bahwa sebesar-besar kebaikan dan khidmat ialah kebaikan kita dan khidmat bakti kita kepada manusia yang bergelar ibu dan bapa kita. “Ajib! Ajib” Arman mengetuk pintu biliknya bertalu-talu. Mujur saja Ajib sudah menamatkan perbualan dengan ibunya dalam dua minit yang lepas. Kalau tidak, ibunya pasti akan tertanya-tanya bunyi bising apa tadi kerana kuatnya Arman memanggil dan mengetuk pintu bilikinya. Dengan agak kalut, Ajib meluru keluar. Pintu biliknya dibuka dan matanya terus sahaja melihat wajah Arman yang nampaknya pucat lesi tak berdarah. “Kenapa ni Man?”, Ajib hairan. Hatinya sudah membayangkan ada benda yang buruk mahu sahabatnya katakan. “Cuba kau tengok berita dekat Tv tu” Sepantas kilat Ajib berpaling. Dadanya berdebar-debar saat gambar sebuah Myvi putih yang remuk dipertonton di skrin televisyen. Ah aku macam kenal kereta tu! Dan dia hampir terjelupuk, apabila pembaca berita buletin pagi Tv3 membaca satu keratan berita;

Page 135: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

135

“Mangsa yang dikenal pasti sebagai Nik Amanina binti Nik Abduh, 25 tahun, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuantan.”

“Ajib” Aku beriman dengan-Mu, Allah. “Ajib…” Aku beriman dengan qada’ dan qadar. Aku beriman dengan takdir-Mu, Ya Allah. “Ajib, janganlah macam ni”, Arman memeluk bahu Ajib. Wajahnya sugul. Tapi mengapa Engkau mengambil Dia, Ya Allah? Mengapa dia? Mengapa bukan orang lain? Terpampang di muka hadapan akhbar sinar harian gambar perodua Myvi yang remuk. Di sisinya ialah sebuah lori trellar yang juga sudah sedikit remuk di bahagian hadapan. Ajib diam. Semenjak semalam, matanya sudah menjadi mata seorang anak gadis. Terlalu kerap ia basah. Terlalu cepat ia beranak sungai. “Ajib, yang pergi biarlah pergi”, Arman memujuk rakannya.

Page 136: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

136

Arman sayu. Sungguh dia tak menyangka hingga begitu sekali kesannya apabila berita kematian Nik Amanina sampai kepada Ajib. Ajib yang selalunya banyak cakapnya, berubah jadi pendiam serta-merta. Dia asyik berkurung di dalam biliknya dan hanya keluar untuk berwuduk dan ke bilik air sahaja. Makan minumnya pun sudah tak menentu. Sejak semalam lagi dia begitu. “Ajib”, Arman memandang dengan pandangan simpati. “Aku sudah belikan nasi ayam untuk kau. Jom pergi makan” “Tak apalah Arman. Kau makanlah. Aku kenyang lagi”, Ajib masih membatu di atas sofa. Matanya masih tajam menatap muka hadapan surat khabar yang berada di tengah meja. “Tapi kau dari semalam lagi tak makan, Ajib. Kau perlu makan”, Arman memujuk. “Aku tak lapar”, lemah Ajib menjawab. Arman mengeluh. Dia mati akal. “Tak apalah kalau macam tu Ajib. Aku letakkan di atas meja makan sahajalah ya. Nanti bila-bila kau mahu, kau makanlah. Jangan tak makan pula. Nanti membazir. Kau jangan menyiksa diri sendiri pula.” Ajib diam. Dia seakan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Saat ini dia cuma mahu mendengar suara gadis itu seorang sahaja. Tak mahu orang lain. Arman lalu bangun dari duduknya dan menapak lemah ke arah biliknya. Pintu kayu itu lalu ditutup.

Page 137: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

137

Tuhan… kenapa disaat aku mahu mendekati-Mu, Engkau ambil dia dari sisiku? Di mana sifat-Mu yang Maha Adil itu? Di mana sifat-Mu yang Maha Penyayang itu? Dia membenamkan belakang kepala atas bantal lembutnya. Matanya lantas dipejam rapat-rapat dengan harapan apabila matanya dibuka nanti, wajah manis Nik Amanina akan menyapa pandangnya. Dan ya, ini bukanlah mimpi ngeri tapi ini sebuah realiti yang sangat kejam! Masuk hari ini, sudah dua hari Ajib berada di kampung halamannya di Selama. Pengurusnya, bos kepada Justin sendiri memberinya dua hari cuti ehsan, menjadikan cutinya genap lima hari kerana Ajib cuma mengambil cuti selama tiga hari. Waktu-waktu sukar begini, usahkan mahu bekerja, mahu berfikir tentang keadaan diri sendiri pun dia seakan tak mampu! Padanya, matahari yang sedang menumbuhkan tunas kebaikan dalam dirinya telahpun ghaib. Lalu tunas yang masih lemah itu layu dan hampir mati kerana tiada lagi siraman cahaya. Tuhan, sungguh aku tak faham dan tak mengerti. Dari balik pintu, Ibu Suri hanya menggelengkan kepalanya dengan penuh simpati. Melihat wajah sugul Ajib dengan benang-benang bicaranya yang sudah tumpul, Ibu Suri tahu anaknya sedang didera emosinya. Bukan fizikalnya yang sedang mengaduh, tapi jiwanya. Kehilangan orang yang dicintai benar-benar ialah satu ujian yang berat. Ibu Suri sendiri pernah melaluinya dan Ibu Suri tahu benar betapa peritnya kehilangan itu.

Page 138: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

138

Malam itu bulan purnama penuh. Indah sekali wajahnya yang terbiasa cahaya mentari. Tapi keindahan ini kosong bagi lelaki ini kerana purnama yang dipujanya sudah tiada atas bumi ini lagi. “Boleh ibu duduk?”, Ibu Suri mengulum senyum. Punggungnya sudah menyentuh anak tangga. “Ibu dah duduk pun kan”, Ajib senyum. Tapi senyumnya tidak seperti biasa. Tiada seri jauh lagi kemanisan. Ibu Suri ketawa. “Kenapa sikit sangat Ajib makan tadi? Tak sedap ke Fira masak?” Ajib geleng kepala. Masakan gulai pisang ikan masin adik perempuannya itu memang sedap. Bahkan boleh membuatkan orang menjilat jari. Tetapi hari ini, rasanya tawar sahaja di lidahnya. Deria rasanya sudah buta. Ah, biarkan ia buta! “Dah tu kenapa sikit sangat Ajib makan? Selalunya kan bertambah-tambah nasinya” “Ajib sudah kenyang”, jawab Ajib pendek. Ibu Suri diam. Dia membiarkan sepi mewarnai suasana buat seketika. “Ibu tahu Ajib sedang sedih. Ibu juga turut bersedih”

Page 139: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

139

Ya, ibu. Semua orang kononnya tahu yang Ajib tengah sedih. Semua orang kononnya turut sama-sama simpati dan bersedih. Tapi adakah simpati itu boleh mengembalikan Nik Amanina untuk Ajib? “Tapi Ajib kena ingat. Nik Amanina itu bukan milik Ajib. Bukan juga milik ibu atau bapanya. Dia milik Allah, Ajib. Apabila Allah mahu mengambil dia untuk pulang ke sisi-Nya, siapa yang mampu menghalang? Kita semua ini pun juga adalah harta benda Allah. Milik Allah. Ciptaan Allah. Bila-bila masa sahaja pun Allah boleh ambil kita…” Ajib diam. Dia cuba menghadam kata-kata ibunya. Benar. Dia tak nafikan bahawa setiap yang berada atas dunia ini, sama ada hidupnya atas udara, di daratan mahupun di dalam lautan dalam, semua itu adalah hak milik Allah. Allah berkuasa atas kesemuanya. Bila-bila masa sahaja Allah mahu mematikan, maka itu kehendak-Nya. Tiada siapa boleh menghalang. Tapi, Ajib cuma terkilan. Ya. Aku cuma terkilan. Terkilan kerana aku mahu dekat dengan-Mu Ya Allah kerana dia, tapi Engkau pula mengambil dia dariku! “Ajib nak air? Ibu buatkan ya?” Ajib menarik nafas kemudian menghembusnya dalam-dalam. Soalan ibunya dibiarkan tak terjawab. “Ajib…”, lengannya dipegang.

Page 140: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

140

“Ibu buatkan air ya?”, Ibu Suri cuba tersenyum padahal hati ibunya sedang terluka melihat anaknya berduka cita begini. Ya Allah, hilangkanlah dukacita anakku ini! “Ikut suka ibulah”, Ajib menjawab. Dia bukannya mahu biadap tapi baginya, buatlah air apapun, rasanya tetap tawar pada lidahnya. Seleranya sudah diikat, mati. Ibu Suri lalu bangun dan bergerak ke dapur. Air panas yang baru dijerang, dituang dalam campuran serbuk kopi dan susu. Dikacau-kacau dengan sudu besi dan gelas tadi diberikan kepada anak gadisnya, Syafira. “Fira cubalah cakap dengan abang. Manalah tahu dia nak dengar cakap Fira ke”, Ibu Suri seperti berbisik kepada anak gadisnya yang baru sahaja siap membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki. Tangannya pun masih lagi basah dengan tempias air paip. “Insya-Allah Fira cuba ya ibu”, Syafira senyum. Dengan penuh tertib, dia menyambar tudung kecilnya lalu disarung. Ajib kan berada di luar rumah. Buatnya nanti tiba-tiba ada orang asing datang bertamu, tak adalah dia perlu berlari-lari masuk ke dalam rumah kerana rambutnya yang terdedah itu. Cawan kopi yang diletakkan atas piring itu kemudiannya dibawa dengan penuh hati-hati. “Abang, ni airnya”, dia meletakkan kopi yang masih berasap itu di sisi Ajib. Ajib hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong sebelum kepalanya kembali dipaling, mengadap jalan raya.

Page 141: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

141

“Fira nak cakap sesuatu boleh tak abang?”, Syafira berhati-hati menyusun perkataan. “Abang cintakan arwah Kak Nik Amanina?”, tanyanya. Ajib cepat-cepat berpaling. Wajah adiknya dipandangnya dalam-dalam. “Apa yang Fira faham dengan cinta?” Syafira senyum. “Pada Fira, cinta itu anugerah yang tak ternilai. Kerana cinta, seorang ibu sanggup menahan kesakitan kerana mahu melahirkan anaknya. Kerana cinta, seorang ayah sanggup berbanting tulang untuk membesarkan anaknya. Kerana cinta, seorang askar sanggup mati ditembak oleh musuhnya dan kerana cinta juga, seorang lelaki sanggup membiarkan hidupnya tidak terurus, seperti abang”, nada suara Syafira ditegaskan. Dia cukup kenal perangai abangnya. Dia mahu mencabar ego Ajib. Ajib merengus. “Fira tak faham”, suara Ajib juga kedengaran keras. Syafira senyum. “Betul bang, Fira tak faham. Abang tak cerita kepada Fira. Abang tak cerita kepada ibu. Abang simpan seorang diri. Memanglah kami tak faham, abang”, suaranya lembut dan perlahan. Ajib diam. Betul kata adiknya.

Page 142: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

142

“Abang ceritalah kepada Fira. Manalah tahu dengan itu abang akan rasa lebih lega”, Syafira memujuk. Angin malam bertiup deras hingga dia terpaksa memegang tudungnya, tak mahu ia berhayun ke kiri dan ke kanan. “Dia banyak mengajar abang tentang kehidupan”, Ajib memejamkan mata. “Dia banyak menyedarkan abang dan memotivasikan abang untuk berubah jadi baik. Dia sedarkan abang untuk belajar agama”, dia menyambung. Syafira masih diam menunggu abangnya selesai meluahkan apa yang terbuku dalam hati lelakinya. “Abang bukan lelaki yang baik. Tapi semenjak abang mengenali dia, abang cuba untuk berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih baik. Abang berdoa, abang berharap abang dapat memperisterikan dia. Membesarkan anak-anak kami bersama. Tapi itu sudah tak mungkin akan berlaku”, Ajib sebak. Emosinya naik turun. “Abang, kalau kak Nik Amanina masih hidup, dia pasti kecewa dengan abang” Ajib tersentak. “Dia pasti akan sedih bila dapat tahu yang abang mahu berubah kerana dia, bukan kerana Allah” Kata-kata Syafira tadi memetir relung hati Ajib.

Page 143: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

143

“Abang dah berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah. Fira tahu itu. Ibu pun tahu itu. Ibu bahkan siap telefon Fira lagi memberitahu betapa dia bangga dan seronok melihat perubahan mendadak abang. Tapi adakah apabila kak Nik Amanina sudah tiada, abang mahu kembali menjadi diri abang yang dahulu? Adakah apabila Kak Nik Amanina sudah dipanggil Allah, abang mahu menjadi muslim yang lebih buruk daripada hari ini? Sebaiknya, abang redha dan terimalah berita kematian Kak Nik Amanina. Berdoalah dan memintalah kepada Allah agar Allah rahmati rohnya. Kalau abang betul-betul sayangkan dan cintakan Kak Nik Amanina, abang mesti tak akan lupa untuk mendoakan dia, kan?” Ajib masih terkelu. Tiada perkataan atas dunia ini yang mampu menggambarkan apa yang tersirat dalam hatinya ketika ini. “Abang, cinta itu tidak semestinya dengan kita memiliki. Abang berdoalah dan bermunajatlah kepada Allah agar roh Kak Nik Amanina sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah ya?”, Syafira sendiri sudah hampir menangis. Sungguhpun dia tidak pernah melihat wajah Nik Amanina tapi dia yakin yang wanita itu adalah dalam kalangan manusia yang baik-baik. Dia juga sangat terkilan kerana tak mampu menatap wajah perempuan yang dia kenali hanya melalui cerita ibunya sahaja. “Fira minta maaf ya bang kalau apa yang Fira cakap ini buatkan abang kecil hati atau marahkan Fira. Fira cuma nak abang tahu, ramai orang yang sayangkan abang. Kami sedih apabila abang sedih. Kami menangis apabila abang menangis. Abang jangan rasa berseorangan. Abang ada ibu, ada Fira, ada adik… dan abang ada Allah. Jangan lupa bahawa Allah adalah pengarah kepada skrip kehidupan ini.” Fira menarik nafas. “Fira masuk dulu ya bang..”, dia lalu bangkit masuk ke dalam rumah meninggalkan Ajib yang masih berfikir.

Page 144: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

144

Di balik dinding kayu, Ibu Suri mengelap air matanya. Ya Allah, bantulah anakku ini. Ajib berjalan ke bilik air. Selesai berwuduk, dia pun menyusun tapak ke arah biliknya. Dengan penuh hati-hati, dia memijak lantai kayu yang menyambung antara kawasan dapur dengan biliknya. Tak mahu nanti jika tersalah pijak, dia akan membuat bising dan mengganggu adik-adik dan ibunya yang sedang tidur. Jam sudah pukul 1 pagi. Cengkerik sedang galak menyanyi, memuja Allah Taala dalam bahasa mereka yang kita tak mungkin mampu untuk memahami. Sayup-sayup, dia juga dapat mendengar bunyi burung hantu yang sedang menekur. Kopiah putih milik arwah ayahnya, disarung atas kepala. Sejadah yang disangkut atas para, dibentangkan mengadap arah ka’abah. Pasti seisi Masjidilharam sedang meriah dengan pesta ibadah ketika ini. Pun begitu nun jauh di Nusantara, rupanya ada seorang hamba sedang berdiri untuk menyerahkan nasibnya kepada Tuhan yang Maha Perkasa. Selesai melaksanakan dua rakaat solat sunat taubat, Ajib mengulang-ulang zikir yang Allah rakamkan dalam lembaran al-Quran. Zikir yang bergema bersama hembusan nafas Nabi Yunus selama dia dipenjara di dalam perut ikan nun. Lama Ajib beristigfar hingga di hujung-hujung kelopak matanya, ada terbias kilaun manik-manik air matanya. Ajib lalu mengangkat tangan, berdoa. Ya Allah Ya Tuhanku,

Page 145: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

145

Sungguh aku ini ego. Aku sombong. Aku rasa diri aku serba mencukupi. Aku merasakan diriku sudah cukup bagus dan elok hingga aku buta, rabun dan tidak nampak akan tanda-tanda kebesaran-Mu. Aku buta daripada melihat betapa banyaknya peringatan-peringatan yang telah kau datangkan kepadaku. Ya Allah, Selama ini aku telah gunakan batang tubuh kurniaan-Mu dengan cara yang salah. Aku banyak melakukan dosa. Aku banyak bermaksiat kepada-Mu. Aku banyak ingkar daripada arahan-arahan-Mu. Tapi ternyata Kau masih memberiku rezeki, memberiku kesihatan dan memberiku usia. Kau beri aku peluang untuk aku bertaubat. Kau beri aku ruang untuk aku memperbaiki diriku. Tapi dengan itupun aku masih buta daripada memandang anugerah-Mu. Aku masih pekak daripada mendengar peringatan-Mu. Maafkan aku Ya Allah. Ampuni aku Ya Allah. Ya Allah, Aku tak tahu adakah aku layak untuk meminta apa-apa kepadamu memandangkan banyaknya dosaku kepada-Mu. Tapi jika bukan pada-Mu, kepada siapa lagikah aku boleh meminta bantuan, Ya Allah. Engkaulah satu-satunya tempatku mengadu Ya Allah. Satu-satunya tempat aku bergantung harap. Ya Allah, Selama ini aku tak pernah fikirkan tentang nasibku di akhirat nanti. Syurga atau neraka. Aku mahukan syurga tapi aku tidak pula beramal ke syurga-Mu. Ya Allah, sungguh aku ngeri dan takut dengan api neraka-Mu. Aku takut dengan siksa kubur-Mu. Aku takut jika Engkau murka dan benci kepadaku. Aku takut jika Engkau melaknatiku. Aku tahu aku hamba-Mu yang sudah banyak kali terpesong. Engkau berhak untuk mengazabkan aku kerana Kau

Page 146: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

146

Maha Adil, tetapi aku berharap Kau pandanglah padaku dengan pandangan kasih sayang-Mu Ya Allah. Ampunilah aku, Ya Allah. Ya Allah, Ampunilah dosa ibuku, dosa bapaku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa sekalian muslimin serta muslimat terutamanya Nik Amanina. Ya Allah, lapangkanlah kubur bapaku. Rahmatilah roh bapaku. Berilah pengampunan dan rahmatMu kepadanya. Begitu juga dengan Nik Amanina. Aku redha dengan segala ketentuan-Mu Ya Allah. Aku redha dan ikhlas menerima semua ketetapan-Mu. Ya Allah, Hidupkanlah aku dalam islam dan matikanlah aku dalam iman. Aku tak kuat Ya Allah. Iman aku rapuh. Aku tak gagah untuk melawan godaan syaitan dan pujukan nafsuku sendiri Ya Allah. Oleh itu, Ya Allah, kuatkanlah imanku dan teguhkanlah pendirianku.” Dan air matanya berjujuran jatuh, menjadi tinta kepada catatan malaikat yang sedang tersenyum kagum. “Abang pergi mana tadi?”, Syafira sedikit cemas. Ajib tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya menghulurkan kepada adiknya satu plastik berwarna merah yang di dalamnya, agak penuh dengan kuih muih tradisional. Teragak-agak Syafira menyambut huluran plastik merah itu. Matanya mencerun melihat isinya di dalam.

Page 147: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

147

“Abang pergi masjid tadi. Lepas solat, duduk mengaji sekejap. Lepas tu Imam Azli ajak bersembang pula”, Ajib menanggalkan kopiahnya. Hari masih terlalu awal. Matahari pun masih lagi segan-segan untuk memulakan tugasnya menyirami bumi dengan cahayanya. Syafira lalu tersenyum mendengar jawapan abangnya. Ah, dia tak sangka yang abangnya bersolat subuh di masjid. Harapnya, abangnya boleh konsisten dan istiqomah. Bukan apa. Tak ramai orang yang boleh konsisten untuk solat subuh di masjid secara berjemaah. Kalau yang rumahnya cuma di sebelah masjid, itu mungkin tak jadi masalah. Tapi cuba kalau kita tinggal di luar negara terutamanya di musim salji. Saat suhu di luar bilik turun hingga mencecah ke paras beku, adalah ia suatu yang sangat sukar bagi seorang muslim untuk meninggalkan selimut tebal mereka. Yang ada iman, alhamdulillah. Masih bersolat di rumah. Yang lebih kuat iman pula memanglah akan meredah kesejukan menuju ke masjdi. Tapi bagi orang yang tak solat, bagaimana dengan iman mereka? Golda Meir, perdana menteri Israel (laknatullah) yang memerintah sejak 1969 hingga 1974 sendiri pernah mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya membuatkan umat islam rasa terhina sehina-hinanya. “Kami tidak takut kepada orang-orang Islam sehinggalah mereka solat subuh di masjid sebagaimana mereka solat Jumuat”. Hari ini, solat berjemaah sudah tidak lagi menjadi agenda utama baik oleh pemerintah mahupun yang diperintah. Maka berlalulah satu masa yang pedih iaitu bila orang islam sudah mula tak ambil peduli dengan solat-solat mereka.

Page 148: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

148

Sebenarnya tadi Syafira risau juga tadi apabila puas dia mengetuk pintu bilik abangnya namun abangnya tak juga menyahut. Dia tengok ke luar bawah garaj, motosikal itupun sudah lesap entah ke mana. Manalah tahu kut-kut abangnya itu buang tabiat, pergi lari masuk hutan ke tengah malam tadi. “Abang, pagi ni abang tolong hantarkan Fira boleh tak?”, Syafira mengambil tempat duduk di kerusi rotan di sebelah abangnya. Kuih muih yang dibeli oleh Ajib tadi disusun di dalam piring di atas meja makan. Tudung saji diletakkan, menutup piring tadi. Bimbang nanti kucing peliharaan mereka memanjat meja makan pula tapi kucing itu masih lagi merenggok badannya, tidur. “Fira nak pergi mana?” “Pergi rumah kawan Fira. Hari ini ibu ada kuliah muslimat di masjid. Jadi takkanlah Fira nak pergi seorang diri”, Syafira senyum. “Kawan tu lelaki ke perempuan?”, tanya Ajib. “Perempuan.” “Habis tu nak suruh abang tunggu Fira? Eish. Malas lah kalau macam ni” “Siapa nak suruh abang tunggu Fira? Fira nak minta abang tolong hantarkan saja. Boleh tak bang?”, Fira membuat memek muka. “Erm. Pukul berapa?” Wajah Syafira bertukar ceria. “Dalam pukul 10 pagi, boleh?”

Page 149: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

149

“Yalah. Insya-Allah.” “Terima kasih bang. Jom sarapan. Abang nak minum air apa?” “Cepatlah bang. Fira dah siap ni”, Ajib yang turut melayan kartun di TV3 bersama adiknya terus menyambar kunci motosikal di atas meja. Syafira mendahuluinya turun ke bawah. Suasana pagi di kampung benar-benar menyuntik kesegaran yang berbeza. Ajib menghidupkan motosikal. Bunyi yang bingit sedikit sebanyak mengganggu ketenangan suasana pagi. Syafira membonceng di belakang. “Nak pergi mana ni?”, soal Ajib. “Pergi kauters guru ya”, adiknya memberi arahan. Ajib sedikit angguk. Malas nak ambil tahu urusan adiknya ini. Dia hanya mahu menghantar. Tak elok rasanya jika dia membiarkan adiknya berjalan sendiri ke kauters guru itu walaupun jaraknya tidaklah jauh mana pun. Lagipun Syafira ini manalah tahu menunggang motosikal. Menyusahkan abangnya, itu dia pandailah. Ajib membelok masuk ke pintu pagar. Rumah-rumah baru yang bercat dengan warna biru dan putih itu mencuri perhatiannya. “Yang mana satu ni?”, pipinya ditoleh sedikit ke tepi.

Page 150: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

150

“Rumah nombor 4. Rumah tu”, Syafira menunjuk dengan jari telunjuknya. Ajib memberhentikan motosikal betul-betul di hadapan rumah yang dimaksudkan. Ajib mematikan enjin. Risau juga jika dia sudah menganggu para guru yang sedang bercuti hari ini. Syafira juga sudah turun dan memijak tanah. Sekarang, dia sedang memberi salam. Ajib memerhati keliling. Nampaknya pintu rumah itu ditutup rapi. Tingkapnya juga ditutup rapat. Sekali imbas rasanya penghuninya tiada di rumah. “Assalamualaikum”, Fira melantangkan sedikit huluran salamnya. Tak lama kemudian, suara wanita menjawab salamnya dari dalam. Ajib masih menjadi pemerhati bisu. “Fira…”, pintu dibuka sedikit. Kepalanya dijegul sedikit. Fira senyum. Kali ini tuan rumah telah membuka pintu rumahnya seluasnya. “Fira datang dengan siapa? Masuklah” Fira mampir. Dia menanggalkan sepatu. Wanita bertudung labuh di hadapannya disalami. Mereka berpelukan kejap dengan penuh kemesraan. “Fira datang dengan abang Fira, kak. Itu dia abang Fira”, Syafira menunjukkan kearah Ajib yang duduk di atas motosikalnya. Dada wanita itu serta-merta berdebar apabila melihat sosok lelaki itu. Ah, rupa-rupanya dia itu ialah abang kepada Syafira.

Page 151: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

151

“Abang, inilah dia Cikgu Murni. Kakak kepada kawan Fira di maktab”, Syafira kononnya mahu memperkenalkan Murni kepada abangnya padahal dia tak tahu yang abangnya itu sudahpun mengenali wanita itu daripada Ibu Suri. Ajib hanya angguk. “Okeylah. Abang balik dulu. Nanti Fira SMS abang ya.”, tanpa menunggu jawab balas, dia menghidupkan motosikalnya dan segera berlalu. “Jom, Fira… kita masuk”, Murni cuba mengorak senyum, sedang hatinya sedang berdebar hebat. Kenapa denganmu, wahai hati? Murni menghidangkan air milo kepada tetamunya. Piring yang berisi biskut kering dibawanya ke hadapan. Dia tak tahu pula yang gadis itu mahu datang berziarah ke rumahnya hari ini. Kalaulah dia tahu, bolehlah dia buat mi bandung ke, laksa ke, soto ke, atau apa-apa sahajalah yang dia boleh masak. Ini tidak. Biskut kering sahajalah yang ada. Lagipun teman serumahnya, Cikgu Jamilah tidak ada di rumah. Guru matematik itu, pada setiap hari sabtu dan ahad pasti akan memandu pulang ke rumah suaminya di Ipoh. Kasihan pada Cikgu Jamilah yang senior tiga tahun darinya itu. Dia sebenarnya baru sahaja bernikah awal tahun ini tetapi terpaksa menghadapi cabaran yang boleh tahan hebatnya iaitu perhubungan jarak jauh. Suaminya bekerja di Ipoh sedangkan dia pula tercampak jauh di ceruk perkampungan ini untuk misi mulia mereka; mendidik anak-anak kampung ini menjadi manusia yang berguna kepada agama dan bangsa.

Page 152: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

152

“Fira minumlah”, dia menuang air dari dalam kole kedalam cawan kaca. “Susah-susahkan akak sahaja”, Fira berasa segan. Dia datang untuk melawan sahaja. Bukannya untuk menyusahkan wanita cantik di hadapannya itu. “Tak ada yang susah pun Fira. Ini namanya biskut kering. Tak payah buat pun. Beli sahaja”, Murni ketawa kecil. Fira turut ketawa. “Erm, tadi akak ada kata yang akak nak tanya sesuatu. Apa dia?” Murni mematikan tawanya. Dia kelihatan teragak-agak. “Itu abang Fira ya? Siapa nama dia?”, Murni menyusun perkataan. Syafira senyum segaris. “Itu abang sulung saya kak. Namanya Mohd Razif tapi kawan-kawan dan saudara mara semuanya memanggilnya Ajib saja” “Dia tinggal di sini ke? Macam tak pernah nampak saja”, Murni cuba memancing jawapan. Beberapa minggu lepas, adalah juga dia melihat kelibat lelaki ini di kantin sekolah. Tapi kerana tak ada seorang pun cikgu-cikgu yang bercakap tentangnya, maka Murni pun tak tahu menahu fasal Ajib walaupun sebenarnya, tinggi kemahuan dalam hatinya untuk mengetahui siapakah gerangan jejaka itu. Tak kacak mana tapi tak tahulah mengapa hatinya terasa mahu sekali mengenali lelaki itu. Dia ialah lelaki yang pernah hampir-hampir saja menyebabkan Murni terbaring di hospital atau mungkin sahaja menyebabkan nyawanya melayang. Tapi Murni sedar, yang bersalah dalam situasi itu ialah dia. Bukannya orang lain dan bukan lelaki itu. Dan hari ini, barulah dia tahu yang lelaki yang kerap mencuri

Page 153: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

153

perhatiannya itu ialah Razif ataupun Ajib yang juga merupakan anak sulung kepada Ibu Suri dan juga abang kepada gadis muda di hadapannya sekarang ini. Syafira gelengkan kepala sebagai jawapan awal kepada soalan Murni itu. “Dia sedang bercuti sekarang ni kak. Dia bekerja di Petaling Jaya. Kerja di kilang alat tulis sahaja kak.” Murni angguk. “Kenapa akak tanya?”, giliran Syafira pula untuk bertanya. “Akak rasa macam pernah terserempak dengan abang Fira tadi tu. Sebab itulah akak tanya tadi”, Murni buat-buat tersenyum. “Akak terserempak di mana?”, tanya Syafira hairan. “Akak pun dah tak ingatlah Fira. Dah lama sangat”, Murni mengerutkan dahi berlagak kononnya dia sedang cuba menjingati sesuatu. Syafira angguk. Murni pula tersenyum, walaupun dia sebenarnya tak tahu mengapa dia perlu tersenyum! “Ibu, esok pagi Ajib sudah nak balik ke Kuala Lumpur”, dia masih sempat untuk bercakap dan memberitahu Ibu Suri walaupun tangannya sedang sibuk

Page 154: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

154

menyuap nasi dan giginya pula sedang bekerja keras menghancurkan partikel-partikel makanan yang sedang dinikmati sekarang. “Ajib kata Ajib cuti seminggu?”, soal Ibu Suri. Mereka sekeluarga sedang makan malam bersama-sama. Lauknya ala kadar sahaja tapi kerana suasana kekeluargaan itu wujud, maka kesedapan dan kenikmatannya meningkat beberapa kali ganda. “Betul kata ibu. Abang kan ada lagi dua hari cuti. Kenapa tergesa-gesa sangat mahu balik ke Kuala Lumpur?”, tanya Syafira pula. “Saja. Kesian dekat Arman duduk seorang diri kat rumah”, Ajib hampir ketawa dengan alasannya sendiri. Huh! Merepek sungguh. Entah-entah lagi dia tak ada di rumah sewa mereka, lagi suka si Arman tu. “Ajib ni dah betul-betul okey ke?”, Ibu Suri khuatir. “Insya-Allah. Ibu janganlah risaukan Ajib. Ajib okey. Ajib sudah dapat menerima semua ini dengan hati yang terbuka”, Ajib memberhentikan seketika suapannya tapi tangannya masih terbenam atas butir-butir nasi dalam pinggannya. “Baguslah kalau macam tu Ajib”, Ibu Suri berbalas pandangan dengan Syafira. “Abang”, Syafira menarik perhatian abangnya. Ajib menoleh ke sebelah. Wajah adik perempuannya itu dipandang. Ada senyum nakal di wajah yang licin itu.

Page 155: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

155

“Kalau abang nak tahu, Cikgu Murni tu bujang lagi”, dia hampir tergelak sendiri. Ibu Suri di sebelahnya turut tersenyum. Senyum yang jelas ada maksud di sebaliknya. “Jadi apa masalahnya?”, Ajib buat-buat tak faham. “Jadi kalau abang berminat, ibu boleh tolong tanyakan dengan Cikgu Murni. Kan ibu?”, dia mengenyit mata kepada Ibu Suri. Hafiz yang sudah selesai makan sejak tadi, sudahpun bergerak ke ruang tamu. Dia memang makan sedikit. Payah betul nak suruh dia makan. Sebab itulah badannya tidak membesar mana. Ajib geleng kepala. “Abang manalah layak dengan cikgu tu. Dia tu baik, sopan, bertudung labuh, bercakap pun tidak dengan orang lelaki…” “Abang kenal dengan Cikgu Murni?”, Syafira terkejut. Ajib sekadar menjuihkan bibirnya, menunjukkan kearah Ibu Suri yang sedang tersenyum. “Ibu yang cerita kepada abang kamu”, Ibu Suri menjelaskan kepada Syafira. “Tak payahlah susah-susah carikan jodoh untuk Ajib, ibu… Fira…”, Ajib rasa selera makannya sudah mati. Nik Amanina yang sering berada dalam fikirannya, kembali datang meniupkan rasa rindu yang masih menebal.

Page 156: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

156

“Buat masa sekarang, Ajib cuma mahu mencari cinta hakiki. Cinta Allah sahaja. Nanti bila Ajib sudah sedia, insya-Allah Ajib yakin Allah akan beri apa yang terbaik untuk Ajib”. Ibu Suri dan Syafira sama-sama kehilangan kata-kata. Ajib sampai ke rumah sewanya betul-betul sebelum masuk waktu zuhur. Waktu matahari sedang tepat berada atas kepala, waktu itulah kakinya memijak tanah depan rumah teres ini. Mungkin kerana faktor kepanasan itulah pemandu teksi yang membawanya pulang dari terminal bas tadi, terus jadi kedekut dengan senyuman apatah lagi untuk berbual. Ajib mati kutu di kerusi penumpang apabila pemandu teksi yang sudah beruban penuh di kepalanya itu hanya memandu seakan-akan tidak mendengar apa yang Ajib cakapkan. Rasa macam sedang bercakap dengan cermin pula tadi. Apabila wang kertas bertukar tangan, berdesup kereta jenis proton saga lama itu menjauh. Ajib hanya memerhati walaupun hatinya sedikit terkilan juga. Bukankah orang melayu itu ialah orang yang peramah? Tapi kenapa pak cik tadi tu tidak pula seperti yang diperkatakan oleh seorang ulama silam, Syeikh Ahmad al-Fathani dalam kitabnya yang bertajuk Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu. Kata pengarang kitab itu; “Bangsa melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, dan berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang tinggi, menguasai kemahiran pembaikan, pertukangan, menerima pemodenan teknologi, dan mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya”

Page 157: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

157

Jika inilah melayu, bermakna adakah bangsa melayu dahulu dengan bangsa melayu di abad ke-21 kini ialah dua bangsa yang berbeza. Wallahua’lam. Ajib pun tak mahu ambil tahu sangat pun kerana sejauh manapun dia cintakan bangsanya, dia tak pernah jumpa mana-mana ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan bahawa manusia akan masuk ke syurga kerana bangsanya. Yang dia jumpa hanyalah ayat-ayat dan pesanan-pesanan Rasulullah bahawa manusia akan masuk ke syurga kerana iman dan amalnya. Bukan kerana bangsa. Ajib membuka pintu pagar. Hari ini ialah hari rabu. Sudah tentulah Arman sedang berada di sekolah saat ini. Motosikalnya Arman itu pun tak ada. Ajib membuka pintu rumahnya yang dikunci. Dia lantas menanggalkan kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah sewa yang sudah 4 hari ditinggalkannya. Lantas, dia pun masuk ke dalam biliknya. Agak lama dia tercegat di hadapan mejanya, memandang dengan sayu. Meja yang berselerak dan tidak disusun itu punya macam-macam benda di atasnya. Daripada barang yang bersepah itu, pandangannya tertumpah kepada senaskah al-Quran terjemahan. Tangannya sudah dipanjangkan bagi mencapai al-Quran itu. Walaupun tanpa wuduk, naskah al-Quran terjemahan masih boleh dipegang. Hukumnya berbeza dengan memegang naskah asal al-Quran yang tiada terjemahan dan nota kaki. Ada ulama berpendapat tak boleh pegang tanpa wuduk dan ada yang berpendapat harus (boleh) pegang walau tanpa wuduk. Maka mari kita raikan rahmat (perbezaan pandangan) ini. Buat seketika, fikiran Ajib kembali terbang jauh melepasi terowong masa. “Awak, saya ada hadiah untuk awak”, wajah itu tersenyum manis seperti selalu.

Page 158: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

158

Ajib menunggu gadis di depannya mengeluarkan sesuatu dari dalam tas tangannya. “Nah”, dia menghulurkan sesuatu. “Al-Quran?”, Ajib seperti orang mamai. Iyalah. Betullah tu al-Quran terjemahan. Kenapa pelik sangat, Ajib? Nik Amanina angguk. “Saya selalu beri hadiah benda yang bukan-bukan kepada awak. Jadi saya ingat saya mahu beri hadiah yang paling bernilai bagi kita umat islam. Al-Quran tu ada terjemahan. Kalau kita baca yang arabnya saja, kita tak faham apa yang Allah mahu beritahu kita. Jadi saya beli yang ada terjemahan ke dalam bahasa ibunda kita,supaya kita boleh faham sedikit sebanyak apa yang Allah mahu beritahu pada kita.” “Terima kasih awak”, Ajib hanya senyum. “Insya-Allah, saya akan baca.” Tapi selepas beberapa minggu berlalu pun, dia hanya membelek-belek sahaja naskah kecil itu. Itupun apabila dia teringat pada janjinya yang dia pernah lakarkan kepada Nik Amanina. Dia hanya akan membaca terjemahannya sahaja kerana Ajib sudah tidak fasih lagi untuk membaca tulisan-tulisan arab yang bersambung nan indah itu! Jika surah Yassin, itu cukup lancar kerana dia selalu juga membacanya pada malam jumaat. Surah-surah lain dalam al-Quran, berbelit lidahnya mahu melantunkan bacaan. Ajib memeluk al-Quran yang berzip itu. Lama dia tenggelam dalam memori sebelum al-Quran tadi dikuncupnya dan diletakkan semula atas meja. Dia

Page 159: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

159

berazam, dia benar-benar berazam untuk kembali menjadikan al-Quran sebagai bacaan harian. Dia mahu al-Quran kembali menjadi manual kehidupannya. Teman sejatinya. Penemannya yang setia. Insya-Allah, hingga ke akhir hayatnya. “Allahuakhbarullahuakhbar” Tersentak dengan panggilan muazzin itu, Ajib lalu terus memandang kepada jam tangannya. Sudah 15 minit berlalu daripada jam 1 petang. Nampaknya waktu solat zuhur sudahpun masuk. Ajib pun segera meletakkan beg pakaiannya di tepi tilamnya dan menarik zip yang menutup satu poket di beg pakaiannya. Kopiah putih dikeluarkan dan dipakai, menutup kepalanya. Dengan agak tergesa-gesa, dia mencapai kunci motosikalnya. Hatinya sudah ditanam dengan tekad dan kesungguhan. Aku akan buktikan bahawa aku tidak main-main untuk berubah! Pulang dari solat zuhur tadi, Ajib mengambil kesempatan untuk merehatkan dirinya. Selepas membaca terjemahan surah At-Taubah mulai 87 yang dipilih secara rawak, rasa mengantuk sedikit demi sedikit mengigitnya. Lalu selepas mengunci penggera sekitar jam empat petang, Ajib pun merebahkan badannya atas tilam nipis dalam biliknya. Sekarang ini, Ajib sudahpun siap mandi. Hajatnya ialah untuk mengunjungi Masjid At-Taqwa. Dia sebenarnya pernah sekali sahaja bersolat di masjid itu iaitu untuk bersolat jumaat. Kebetulan pula hari jumaat itu ialah hari cuti umum. Jadi dia tidak bekerja. Maka, tempat yang paling dekat untuk dia mendirikan solat jumaat ialah masjid yang terletak dalam lebih kurang 10 kilometer sahaja dari rumahnya itu.

Page 160: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

160

Dia menyarung topi kaledar dan kopiah putihnya disimpan di dalam raga motosikal. Ajib menunggang motosikalnya dengan kelajuan sederhana. Sempat matanya menjeling ke arah muka jam. Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 4.20 petang. Insya-Allah dia akan sempat sampai ke masjid sebelum azan asar dilaungkan. Selepas meletakkan motosikalnya di bawah garaj berbumbung yang disediakan, Ajib terus meluru ke tempat wuduk. Dia sudah berwuduk masa di rumah tadi tapi rasanya tidak jadi masalah jika mahu memperbaharui wuduk, kan? Lainlah jika dia berada di situasi atau di lokasi yang kritikal seperti semasa musim haji di Mekah. Di sana, jangankan untuk berbuat amalan sunat semasa wuduk, mahu berwuduk untuk anggota badan yang wajib pun sudah jadi kesukaran kerana ramainya manusia yang beratur di hadapan dan di belakang kita. Semuanya sedang menunggu giliran masing-masing untuk mengangkat hadas kecil. Baru sahaja dia mambasuh muka, suara muazzin gemersik mengetuk gegendang telinganya. Azan asar dilaungkan. Selesai sahaja mengambil wuduk, Ajib pun masuk ke dalam ruang solat utama. Masjid yang besarnya separuh padang bola sepak itu masih agak lenggang. Para jemaah yang ada pun duduk saling berjauhan. Seorang di penjuru sana, seorang pula penjuru sini, seorang di hujung sana dan seorang lagi di hujung sini. Mulanya Ajib hairan dan seakan tak percaya juga. Kenapa sedikit sangat para jemaahnya? Lalu dia teringat yang hari ini ialah hari bekerja. Jadi orang semuanya masih di meja-meja mereka di pejabat. Masih menekuni kertas-kertas kerja mereka. Ajib duduk. Pada awalnya dia hanya memerhati orang-orang yang rata-rata mereka kaum tua melakukan solat sunat. Dalam keadaan mulutnya kumat-kamit membaca istighfar, matanya tertumpu pada senaskah buku kecil yang berada di rak buku betul-betul di sebelahnya. Buku yang bertajuk ‘solat-solat sunnat’, dicapai. Dia membeleknya, mencari bahagian solat sunat rawatib. Muka surat itu dibacanya laju-laju.

Page 161: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

161

Oh. Macam ini rupanya cara mahu berniat. Dia tersenyum sendiri. Ajib lalu bangun dan menunaikan solat sunat rawatib yang pertama kali dalam hidupnya. Tak lama selepas Ajib selesai melakukan solat sunat sebanyak dua rakaat, muazzin tadi pun melaungkan iqomat. Ajib bangun dan segera berjalan ke hadapan. Dia berdiri di saf paling hadapan. Ah, orang yang datang bersolat asar hari ini rupa-rupanya ramai juga. Tadi nampak macam tak ramai. Seorang lelaki berjambang dan berjanggut memerhatikan para jemaahnya. Dia lalu berpaling ke hadapan dan tak lama selepas itu, solat asar pun dimulakan. Ajib bersolat dengan tenang. Nak kata dia khusyuk, dia pun tak tahu adakah dia sebenarnya sedang khusyuk ataupun tidak. Cuma yang difikirkan olehnya saat itu hanyalah dosa-dosanya. Terasa malu apabil berdiri di dalam solat, membayangkan bahawa tika itu dia sedang berhadapan dengan Allah. Tuhannya itu sentiasa mengetahui kesalahannya. Tuhannya itu sentiasa tahu kelemahannya. Tuhannya itu berhak untuk menghukumnya. Sepintas lalu, dia teringat kepada sebuah nasihat daripada Ustaz Azhar Idrus. Kata ustaz popular itu, ‘dosa-dosa orang islam akan dihapuskan samada dengan taubat ataupun dengan api neraka. Kitalah yang pilih samada kita nak bertaubat dan biarkan dosa kita diampunkan di dunia ini ataupun kita nak biar sahaja, dan tunggu kita masuk neraka dahulu barulah masuk syurga’. Lebih kurang begitulah nasihat Ustaz Azhar Idrus yang dia ingat. Dalam tengah ketawa pun ternyata hatinya sedang teguh memegang nasihat itu. Sungguh Ajib tak sanggup untuk kena bakar dalam api neraka. Rasa takut dan ngeri mendatang, tanpa dia memaksa. Selepas memberi salam yang menandakan tamatnya solat asar yang mereka kerjakan, imam tadi pun duduk bersimpuh dan mengetuai bacaan wirid serta zikir. Kepala Ajib masih lagi tunduk dan khusyuk. Hatinya berasa betul-betul

Page 162: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

162

terpujuk dengan solat dan zikir-zikir ini, walaupun pada hakikatnya, hampir semua kalimah arab yang dibacanya tadi dia sendiri pun tak faham. Mungkin inilah kekuatan ibadah. Walau tidak difahami akan apa yang disebut oleh mulut, tapi roh yang tidak mampu dilihat, mampu memahami dan merasainya. Namun begitu sudah tentulah sebaik-baiknya ialah kita faham dengan setiap apa yang kita bacakan dalam solat tadi. Kalau kita sekadar beribadah tanpa kefahaman, maka apalah bezanya antara kita dengan burung kakak tua. Burung kakak tua pun boleh cakap ‘Allahuakhbar’, boleh sebut kalimah syahadah juga. Tapi adakah haiwan itu faham maksud ‘Allah Maha Besar’ dan adakah ia faham tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadah yang ia sebutkan? Selepas selesai berdoa, Ajib bangun dan bersalaman dengan para jemaah lain. Saat kulit tangannya bersentuhan dengan kulit tangan imam solat tadi, dia perasan yang lelaki berjambang lebat itu menatap wajahnya lama. Ajib berasa hairan, tapi rasa itu segera mati selepas dia berjalan perlahan ke belakang, menuju kearah rak buku yang ditinggalkannya semasa mahu bersolat tadi. Buku yang tampak usang yang tadi ditatapnya, kembali dipegang. Kali ini dia berpeluang untuk membacanya dengan lebih teliti. Helaian demi helaian dibeleknya. Ajib teruja saat membaca apa yang dituliskan oleh pengarang buku itu pada bahagian pendahuluan. Apa kata penulis buku itu? “Solat sunat ialah satu amalan yang sangat dituntut dalam agama ini. Benar, hukumnya adalah sunat di mana jika dikerjakan, kita akan diberikan pahala tetapi jika dibiarkan, maka tidak berdosa. Pun begitu, harus diingat bahawa seorang yang tidak berminat untuk memperbanyakkan solat-solat sunnat walaupun tidak berdosa, dia sebenarnya telah mengalami satu kerugian yang sangat dahsyat!”

Page 163: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

163

Ajib tersentak. Sampai begitu sekali? “Ini adalah kerana Rasulullah pernah bersabda sebagaimana yang diceritakan oleh sahabat yang mulia, Abu Hurairah , bahawa amal pertama sekali yang akan dihisab oleh Allah ialah solat kita. Jika baik dan bagus solat kita, maka amal-amal soleh yang lain akan dikira dan dimudahkan. Tetapi jika sebaliknya, iaitu jika solat kita tidak baik, maka Allah amalan-amalan yang lain juga akan dikira sebagai tidak baik.” “Setiap solat yang didirikan memerlukan tiga komponen, iaitu perbuatan jasad, perbuatan lisan, dan perbuatan hati. Semua orang tahu dan boleh menjaga perbuatan jasad dan lisan yang berupa qiam, rukuk, sujud, dan bacaan-bacaan di dalam solat, tetapi terlalu sukar untuk kita menjaga perbuatan hati. Yang dimaksudkan dengan perbuatan hati adalah khusyuk di dalam ibadah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menceritakan bahawa setiap solat hamba Allah akan dinilai mengikut tahap kekhusyukannya hingga ada yang mendapat satu per sepuluh, satu per sembilan, satu perlapan, hinggalah satu per dua, bahkan ada yang tidak mendapat apa-apa di mana solat itu kembali dilemparkan ke wajah orang yang mengerjakannya seumpama kain buruk.” Ajib mengangkat mukanya. Kerisauan tiba-tiba meruntun. Habis, solat aku selama ini bagaimana? Adakah solat aku yang tak ada kualiti itu diterima oleh Allah? “Oleh sebab itulah kita dianjurkan untuk memperbanyakkan solat-solat sunnat, supaya ia mampu menampung kerosakan atau kecacatan di dalam solat-solat fardu kita. Seorang sahabat bernama Rabi’ah Bin Malik Al-Aslami pernah bercerita, bahawa dia pernah mendatangi Rasulullah dan meminta kepada Baginda, “Aku meminta supaya aku mampu menemanimu di dalam syurga kelak”. Rasulullah lalu bertanya, “Adakah permintaan lain?”. Aku berkata, “Cukuplah dengan itu wahai Rasulullah”. Lalu Baginda pun bersabda, “Maka bantulah aku untuk mencapai permintaanmu dengan kamu

Page 164: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

164

memperbanyakkan sujud (solat sunat)”. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud dan Nasa’i.” “Melazimi solat sunat adalah satu amalan yang mulia. Pelakunya akan dicintai oleh Allah dan apabila Allah mencintai hamba-Nya, maka kehidupannya akan terbimbing dan akan dikurniakan keberkatan. Dadanya akan dilapangkan dan rezekinya akan diperluaskan. Masalahnya akan diselesaikan dan urusannya akan dipermudahkan. Jadi besar harapan kami agar para pembaca dapat memahami hakikat ibadah ini dan bersungguh-sungguh untuk mengerjakannya” Ajib menarik nafas panjang. Apa yang baru dibacanya sebutir demi sebutir menunjam ke dasar hatinya. Dia menanam azam. Jauh di sudut hatinya, ada doa yang dilantun supaya Allah memberinya rasa rajin beserta memberinya tubuh badan yang ringan untuk beribadah. Beribadah kerana Allah. Mudah-mudahan dengan itu, Allah akan memakbulkan setiap doanya yang tak pernah henti; agar Allah rahmati roh arwah ayahnya yang dikasihi dan roh insan yang dicintai, Nik Amanina. Hampir setengah jam berlalu dan Ajib sudah merasa sengal-sengal badan terutama di lehernya. Dia pun menutup buku itu dan kembali menyusunnya di rak. Ajib lalu berdiri dan menuju ke pintu luar masjid. Baru sahaja seliparnya disarung, suara orang memberi salam membuatkan langkahnya mati. “Waalaikumussalam”, Ajib kaget. Imam yang mengetuai solat asar tadi menghampirinya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tangannya yang kasar itu Ajib sambut. “Encik Razif kan?”. Tangan Ajib masih tidak dilepaskan. Ajib angguk. “Er, macam mana ustaz boleh tahu nama saya?”

Page 165: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

165

Lelaki yang berjambang itu ketawa kecil. “Encik Razif sudah lupa ya” Dahi Ajib berkerut. Mereka pernah berjumpa ke? “Encik masih ingat kepada adik saya yang pernah melintas jalan dengan cuai dan hampir-hampir dilanggar oleh motosikal encik?” Ah, itu kan abangnya! Ya betul. Ajib sudah ingat. Ajib terus tersenyum. “Maaflah ustaz, saya baru ingat. Ustaz nama apa ya? Saya sudah lupalah” Lelaki berjambang itu lalu ketawa kecil. “Nama saya Mohd Fahmi. Encik Razif cuti ya hari ni?” Ajib angguk. “Saya cuti hari ini dan esok. Eh, ustaz tak payahlah ber encik-encik dengan saya. Panggil saja saya Ajib sebab semua orang pun panggil saya begitu.” Ustaz Fahmi angguk. “Ajib nak balik terus ke? Kalau tak tergesa-gesa, boleh kita bersembang dulu di bawah gazebo di sana tu” “Eh, tak adalah ustaz. Saya tak ada nak buat apa-apa pun. Kalau macam tu, jomlah”

Page 166: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

166

Mereka berjalan seiringan ke gazebo yang terletak tidak jauh dari pintu keluar masjid. Ajib menyapu kerusi batu yang agak berhabuk itu sebelum punggungnya dilabuhkan. “Ajib memang tinggal di sini ya?”, tanya Ustaz Fahmi. Dia memakai t-shirt berkolar berwarna biru laut. Penampilannya langsung tak sama seperti masa dia menjadi imam solat tadi. Jubah hitam yang tebal itu sudahpun ditanggalkan. Ajib angguk. “Saya menyewa di Taman Kenanga.” “Oh. Tak jauh lah.” Ajib angguk mengiyakan. “Baru lagi ke pindah sana? Duduk dengan famili atau bujang lagi?”, Fahmi menambah koleksi soalannya. Ajib ketawa kecil. Lelaki berjambang lebat di hadapannya itu memang peramah. Suka bertanya. Padahal Ajib tak tahu bahawa ini adalah salah satu metodologi dakwah Rasulullah . Rasulullah mencontohkan kepada kita, supaya apabila kita mahu berbual dengan seseorang dengan tujuan mahu mengeratkan silaturahim, maka elakkan diri daripada bercakap tentang diri sendiri malainkan apabila ditanya. Sebaliknya banyak bertanya tentang orang itu kerana sesiapa sahaja atas bumi ini akan berasa bahagia apabila dia diberikan perhatian. “Saya bujang lagi. Saya tinggal dengan seorang kawan”, jawab Ajib. “Ustaz pula macam mana? Ustaz sudah lama ke jadi imam di masjid ini?”

Page 167: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

167

“Saya sebenarnya…” “Tolong! Tolong! Peragut” Dada Ajib tiba-tiba berombak kuat apabila dia menoleh ke arah suara perempuan menjerit yang dirasakan terlalu hampir dengan telinganya. Kelihatan beberapa hasta dari tempat mereka sedang duduk, seorang wanita berbaju kurung menjerit meminta tolong. Wajahnya pucat lesi. Tidak jauh darinya, ada seorang lelaki sedang berlari sambil di tangannya, kelihatan sebuah tas tangan berwarna hitam. Hormon ardenalin Ajib mendidih. Tanpa dipaksa-paksa, dia sudah menyusun langkah seribu, mengejar lelaki yang memakai baju-T berwarna hitam itu. Lelaki itu sekejap-sekejap menoleh kiri dan ke kanan. Ustaz Fahmi yang turut sama rasa seperti mahu pecah jantungnya bila mendengar suara perempuan menjerit tadi, tambah terkejut bila melihat respon luar biasa daripada Ajib. Dia terpegun melihat drama kejar mengejar ini. “Peragut!”, Ajib menjerit dalam kepayahan. Kakinya dihayun sehabis daya. Baru ketika ini dia berasa kesal kerana sudah lama dia tidak bersukan. Staminanya pun sudah melaut. Dahulu, dialah jaguh dalam olahraga. Berilah apa-apa jenis sukan pun, asalkan melibatkan tulang kakinya, pasti dia akan jadi juara. Masa sekolah dahulu, dia pernah mewakili daerahnya untuk kejohanan olahraga peringkat negeri. Tetapi beberapa hari sebelum pertandingan, dia terpaksa menarik diri kerana cedera buku lali. Melihat Ajib mengejarnya dengan rapat, lelaki itu berlari dengan makin laju. Dia melencong masuk ke kawasan pejalan kaki di tepi deretan kedai. Habis kaum wanita dan kanak-kanak yang berjalan di depannya, dilanggar. Yang dapat mengelak, nasib baiklah.

Page 168: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

168

Ajib yang sudah termengah-mengah memandang ke hadapan. Ah, ada kedai mamak! “Tolong. Peragut!”, kali ini dia menjerit meminta bantuan. Suaranya bergema. Orang ramai yang sedang menikmati makanan mereka di dalam kedai mamak itu segera berpaling kearahnya. Beberapa orang lelaki sudah pun berlari turun dan siap sedia untuk mengepung peragut yang sudah biru-biru mukanya kerana kepenatan. Dia jadi panik apabila melihat beberapa orang lelaki sudah bersiap sedia di hujung jalan. Dia tersepit di antara dua halangan. Di belakangnya ada Ajib yang mengejarnya manakala di hadapannya pula ialah kepungan daripada bebarapa orang lelaki yang berwajah garang. Peragut itu lalu nekad mahu menyeberang jalan raya walaupun banyak kenderaan sedang berpusu-pusu dari kedua-dua belah arah. Baru sahaja dia mahu melintas, sebuah kereta datang dari arah kanan tanpa dia sedar. Berdecup bunyi tayar kereta itu digigit oleh brek. Lelaki itu terjatuh terguling kerana mahu mengelak dilanggar oleh kereta yang sedang berhenti secara mengejut. Belum sempat dia bangun, tapak kaki Ajib sudah singgah di atas dadanya. Dia mengerang keperitan. Ajib lalu menambahkan deritanya dengan memukulnya bertalu-talu. Lelaki itu cuba melawan. Sempat dia melepaskan satu tendangan dari posisinya yang masih terbaring itu. Tepat ia singgah di perut Ajib. Senaknya bukan main! Pemandu kereta tadi meluru turun dan membantu Ajib. Kemudian, datang pula beberapa orang lelaki, menambahkan lagi azab pada fizikal lelaki itu. Ada yang menumbuk dan ada yang menendang. Lelaki itu cuma boleh mengaduh sahaja ketika itu. Dia seakan sudah tahu akan nasibnya. “Cukup! Berhenti!”

Page 169: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

169

Mendengar suara yang keras itu, ramai yang sudah bertenang tapi masih ada lagi yang terus memukul dan membelasah. “Saya kata berhenti. Cukup. Hentikan.” Ajib yang masih bengang kerana perutnya ditendang, masih belum puas walhal lelaki di depannya sudah berdarah. Hidungnya pun sudah patah barangkali. “Ajib. Cukup”, Fahmi menegaskan suaranya. Ajib berpaling. Dadanya berombak. “Penjahat macam dia patut kita belasah cukup-cukup”, seorang lelaki berkaca mata memberi cadangan. “Jangan. Cukuplah. Dia sudah berdarah pun” “Tapi ustaz… dia ini baru sikit ni. Mana dia nak serik”, seorang lelaki berbaju kemeja membantah. Ustaz Fahmi yang berkopiah nampak termengah-mengah. Badannya yang berisi benar-benar membuatkannya susah untuk berlari ke sana dan ke mari. Dia pun baru saja sampai ke lokasi itu. “Saya cakap sudah, sudahlah! Pergi cari tali. Kita ikat budak ni”, dia memberi arahan. Ajib berundur setapak, ke sisi Ustaz Fahmi. Tas tangan yang diragut oleh lelaki tadi, dia capai. Tas tangan kulit berwarna hitam itu tercampak tidak jauh daripada tempat itu. Sebelah tangannya menyapu-nyapu debu dan habuk dari tanah yang melekat.

Page 170: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

170

Ajib lalu pergi mendapatkan wanita yang berbaju kurung yang memerhati tidak jauh dari sana dengan wajah yang cemas. Wajahnya yang pucat lesi itu nampak seperti orang yang kehilangan darah. “Nah”, Ajib menghulurkan. Wajahnya serius. Wanita itu menyambutnya. “Terima kasih encik. Terima kasih sangat-sangat”. Ajib angguk. Melihat wajah wanita itu yang pucat dan hampir menangis, hatinya rasa benar-benar tersentuh. Tiba-tiba sahaja wajah Nik Amanina menggamit. Dia jadi teringat kepada gadis bernama Nik Amanina itu. “Ajib”, Ustaz Fahmi memanggilnya. Peragut tadi sudah diikat dengan tali yang diambil dari restoren mamak tidak jauh dari situ. Ajib mampir ke arah Ustaz Fahmi. Ustaz muda itu nampak serius sekali. “Telefon polis”, Ustaz Fahmi memberi arahan. Dia bertindak seperti seorang ketua. Di situ hanya tinggal beberapa orang lelaki sahaja. Yang lain sudah menghilang entah ke mana. Pemandu kereta tadipun sudah bergerak pergi. Mungkin dia juga mengejar masa. Apapun pasti meriah cerita fasal peragut malang ini. Semua orang akan membawa mulut dan masing-masing akan mengaku hebat kononnya dialah orang yang berjaya menumpaskan satu cubaan ragut hari ini. Ajib akur dengan arahan itu. Dia segera mendail nombor kecemasan pihak polis dengan menggunakan telefon bimbit miliknya. Selepas memberitahu maklumat-maklumat yang dipinta, dia mematikan talian.

Page 171: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

171

“Kenapa kamu buat macam ni? Kamu tak tahukah yang mencuri ini satu perbuatan yang berdosa. Satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan di sisi agama. Kamu agama apa? Agama islam kan?”, Ustaz Fahmi bertanya kepada lelaki yang terikat kemas badannya itu. Memang dia tak akan boleh untuk melarikan diri. “Saya islam, bang. Tolonglah lepaskan saya. Saya tahu saya salah. Saya janji saya tak akan buat lagi. Saya tak ada duit bang. Sudah dua hari saya tak makan”, lelaki tadi merayu. Jika dilihat pada fizikalnya, memang sah orang melayu. Lagi-lagi apabila dia membuka mulut. Loghat bahasa kelantan! “Oh, budak kelantan rupanya. Patutlah jahat. Cis, neger serambi Mekah konon tapi perangai macam iblis!”, seorang lelaki berambut perang menengking. Matanya merah kerana marah. Kalau dinilai pada pakaiannya dan akhlaknya, dia pun nampak sama sahaja seperti makhluk yang dia maki pada peragut di depannya itu. Ajib tersentap mendengar makian sebegitu. Mamat ni kenapa? “Bang, rileks lah. Kenapa tiba-tiba nak cetuskan sentimen kenegerian?”, Ajib geleng kepala tak puas hati. “Kenapa? Kau orang kelantan juga?”, lelaki berambut perang tadi merengus. Melihat kepada rantai dan gelang yang dipakainya, kita pun tahu dia sebenarnya bukannya baik sangat pun. Sesedap hati saja nak memaki negeri orang. Kalau baik sangat, kenapa pakai rantai leher dan gelang tangan? Itukan hiasan untuk kaum wanita dan haram lelaki memakainya sekalipun digembar gembur kononnya gelang itu ada kuasa ajaib (perubatan) pun. “Saya bukan orang Kelantan tapi saya rasa tak eloklah kita kaitkan kesalahan orang dengan negerinya”, Ajib tegas. Ustaz Fahmi hanya memerhati.

Page 172: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

172

“Ah, dah memang orang kelantan macam tu”, lelaki itu masih tidak mahu membetulkan kenyataannya. “Kalau macam tu cuba beritahu bangsa mana yang semuanya baik-baik dan tiada seorang pun yang jahat.” Lelaki itu merengus. Wajahnya nampak tak puas hati bila dia dibangkang oleh Ajib. “Kalau kau nak kata orang arab baik, bukan semua pak arab baik. Yang duduk di Mekah pun belum tentu baik lagi. Nak kata orang Amerika, kadar jenayah mereka lagi dahsyat. Nak kata orang Jepun, cuba kita tengok kadar bunuh diri mereka. Terkejut beruk kita. Tak ada satu bangsa pun yang sempurna atas bumi ini. Setiap bangsa dan masyarakat ada yang baik dan ada yang buruknya. Bukan semuanya baik dan tak mungkin semuanya jahat”, Ajib juga mengeraskan nada suaranya. Lelaki berambut perang itu padanya, cukup sombong dan kurang ajar. Nak mengajar orang yang kurang diajar itu tak boleh dengan cara berlembut. Tapi kita kena keras juga. Barulah dia tahu yang bukan dia seorang sahaja yang boleh menyombong! “Betul kata dia saudara. Tak kiralah sesiapa pun kita, yang menjadikan kita ini baik atau buruk ialah kefahaman dan pegangan kita kepada agama. Kalau pun kita ini anak ustaz sekalipun, kalau kita tak ada kesedaran atau tak berpegang dengan agama, maka apa bezanya kita dengan orang lain yang banyak buat dosa tu. Kalau kita anak pelacur atau anak pengedar dadah sekalipun, kalau kita berpegang dengan agama, maka kita tak sama dengan ibu atau bapa kita sekalipun mereka itu darah daging kita sendiri. Kita kena ingat, kita akan disiksa dalam kubur nanti secara individu, bukan mengikut bangsa-bangsa kita. Tak ada nak ikut negeri atau nak ikut dialek bahasa”, Ustaz Fahmi menambah.

Page 173: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

173

Lelaki itu nampak seperti cacing kepanasan. Dia mahu membalas, tapi ketumpulan hujah. Takkanlah dia mahu bercakap dengan emosinya. Nanti bertambah-tambahlah kelihatan bodohnya! Dia pun merengus marah sebelum berlalu pergi. Ajib dengan Ustaz Fahmi pula saling berpandangan. Rasa simpati pula bila masih wujud orang yang punya persepsi dan kefahaman sebegitu. “Abang, tolong jangan beri saya kepada polis. Saya janji saya tak akan mencuri lagi. Saya terdesak ni. Saya tak ada duit. Nak makan pun saya tak ada duit”, dia merayu. Entah betul entah tidak. “Kalau tak ada duit sangat pun, masih ada banyak benda yang kamu boleh buat”, Ustaz Fahmi menghela nafas panjang. Lelaki itu masih pucat. “Kamu tahu tak… kalau kamu mengutip tin-tin minuman, kotak-kotak terbuang, dan kamu kitar semula barangan itu dan dibayar, perbuatan itu adalah lebih baik daripada kamu meragut beg tangan orang. Kalau itu pun kamu tak mampu nak buat, baik kamu mengemis sahaja. Mengemis itupun sebenarnya jauh lebih bagus daripada mencuri. Lagi-lagi dengan usia kamu sekarang. Kamu masih muda dan bertenaga. Tipulah jika kamu kata yang kamu tak tahu nak buat kerja apa. Kamu boleh sahaja jadi buruh kasar. Boleh sahaja buat kerja-kerja berat. Jangan fikir nak hidup mudah saja!”, Ustaz Fahmi geram. Anak-anak orang kita memang cukup banyak alasan bila mahu melakukan kejahatan. Tak ada pekerjaanlah, tak ada duitlah, padahal beratus-ratus ribu pendatang dari Indonesia, Myanmmar, Bangladesh dan beberapa negara lain, boleh pun hidup dengan damai. Tak ada pula mereka nak mengomel kerana terpaksa bekerja keras di negara ini. Cuma anak watan kita sahaja yang punya mentaliti begini; mahu kaya tapi tak mahu bersusah payah.

Page 174: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

174

Lelaki itu memandangnya dengan wajah seakan mahu meraih simpati. Darah yang mengalir keluar dari bucu bibirnya sudah membeku. “Saya tahu bang. Saya bersumpah yang saya tak akan buat lagi. Lepaskanlah saya bang” Ajib yang tadi hanya memerhati sudah hilang sabarnya. Dia menegking. “Sumpah konon. Berjanji konon. Masa kau nak meragut, nak merompak tadi, ada tak kau fikirkan benda ni semua? Fikir nak seronok… nak dapat duit segera saja kan? Muka macam kau ni tak ada siapa nak percaya. Penyangak!” “Ajib…”, belakang badan Ajib ditepuk perlahan. “Siapa kita untuk mempertikaikan niat dan keazaman dia. Dia sudah berjanji untuk tak buat lagi. Itu janji dia dengan dirinya dan janjinya dengan Allah. Allah melihat, dan Allah telahpun mendengar semua janji-janjinya itu. Kita serahkan sahaja apa yang ada dalam hatinya itu kepada Allah…” Ustaz Fahmi memujuk anak muda di sebelahnya. Kepalanya lalu ditoleh kepada lelaki yang terikat di depannya. Matanya tajam menikam pandangan lelaki yang menggeletar ketakutan itu. Mungkin dia sedang membayangkan hukuman-hukuman yang bakal dia terima sebentar lagi. “Kami minta maaf kerana kami tak boleh bebaskan kamu. Biar polis yang uruskan masalah kamu. Pesan saya, bertaubatlah kepada Allah. Kamu telah berdosa kepada Allah dan juga kepada semua mangsa-mangsa kamu.” Bunyi siren kereta polis menarik perhatian mereka. Bunyi yang sama menyebabkan orang ramai yang mengelilingi mereka terintai-intai ke arah jalan raya dan bunyi itu jugalah yang menyebabkan peragut yang terjerut badannya itu menggigil ketakutan. Itu baru bunyi siren polis. Kalau bunyi

Page 175: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

175

tiupan sangkakala? Tak dapat nak dibayangkan dek akal bagaimana takutnya orang-orang yang berdosa apabila benar-benar datang kepada mereka segala peringatan-peringatan yang telah mereka dustakan dahulu. Empat orang anggota polis yang berpakaian seragam kemas keluar daripada perut kereta. Dua orang anggota polis terus mendapatkan lelaki yang diikat itu. Lelaki itu tak melawan. Dia hanya pasrah. Tangan lelaki tadi digari manakala tali yang mengikatnya masih dibiarkan terus menjerutnya. Biar padan dengan muka! Seorang anggota polis yang berwajah garang itu berkata sesuatu kepada lelaki tadi. Memarahi dan mengherdiknya barangkali. “Awak yang telefon kami?”, seorang lagi anggota polis bertanya kepada Ustaz Fahmi. “Saya yang menyuruh dia untuk menelefon polis”, Fahmi menujukkan kearah Ajib. “Terima kasih”, anggota polis itu menghulurkan tangan sambil mengukir senyum segaris. Peragut tadi sudah dibawa masuk ke dalam perut kereta peronda. Dia duduk di tengah-tengah dan diapit oleh dua orang anggota polis yang pastinya tak sabar lagi untuk segera sampai ke balai. Tak tertahan dengan bau badan lelaki itu. Sudahlah perbuatannya busuk, badannya pun busuk juga!

Page 176: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

176

“Kami mohon kerjasama baik encik untuk datang ke balai polis untuk membuat laporan”, anggota polis itu memberitahu Ajib. Ajib angguk. “Insya-Allah. Nanti saya sampai.” “Kalau begitu, terima kasih banyak-banyak. Tindakan pantas dan berani encik adalah sangat terpuji”, anggota polis yang kartu namanya tertulis nama Rahmat, senyum memuji. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Ajib, Ustaz Fahmi serta beberapa orang lelaki yang masih ada di sebelah kiri dan kanan Ajib. Dia lalu masuk ke dalam keretanya dan bunyi siren kereta polis sekali lagi mengusik suasana petang warga kota. Dari balik cermin kereta, peragut itu menjeling Ajib dengan Ustaz Fahmi, seakan-akan memberitahu, “Celaka kalian!” Ajib sedang menyuap nasi goreng ayam yang masih berasap ke dalam mulutnya. Ustaz Fahmi pun sama-sama sedang sibuk menyuap makanan. Lapar sungguh rasanya hingga lama suasana sepi dibiarkan mengusai mereka berdua. Fokus masing-masing hanya ditumpu kepada rezeki di depan mata sahaja. “Saya ini harap saja sudah beristeri, tapi masih bujang lagi”, Fahmi ketawa. Ajib mengerutkan dahi. Tak faham dengan satu kenyataan yang keluar daripada mulut Ustaz Fahmi yang bersifat kontra. Sudah punya isteri, tapi masih bujang? “Macam mana tu?”

Page 177: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

177

“Isteri saya sedang berpantang di kampung”, Fahmi mengesat mulutnya yang terlekat sisa makanan. Dia sendawa, kekenyangan. “Oh. Isteri ustaz sedang berada di kampunglah sekarang ni?”, Ajib meminta kepastian. Patut pun… Ustaz Fahmi angguk. “Dia baru sahaja sebulan melahirkan anak sulung kami selepas lapan tahun kami menunggu kehadiran orang baru dalam keluarga kami” Wajahnya bercahaya apabila bercerita tentang cahaya mata yang dinanti-nanti semenjak sekian lamanya. Ajib hanya angguk. Dia belum berkahwin jadi dia tak tahu dilema pasangan suami isteri yang sedang menunggu untuk dikurniakan zuriat. “Bila diingat-ingat balik, rasa macam tak percaya pula isteri saya sudah melahirkan puteri sulung kami”, Fahmi senyum. “Kenapa pula bang?”, Ajib bertanya. Dia bersadar di kerusi. Mereka baru saja pulang dari membuat laporan polis di balai polis terdekat sebentar tadi. Dengarnya, lelaki tadi sudah dimasukkan dalam jel. Tak tahulah apa nasibnya selepas ini. “Bermacam-macam usaha telah kami buat. Ubat-ubatan moden kami cuba. Ubat tradisional juga kami telah cuba. Macam-macam kami buat tapi hasilnya tetap tak ada hingga kami rasa hampir putus asa. Lebih-lebih lagi apabila sahabat handai dan sanak saudara tak henti-henti bertanya, “Kau bila lagi Fahmi”. Memanglah depan mereka saya dan isteri tersenyum. Tapi di belakang, isteri saya sudah banyak kali menangis.”

Page 178: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

178

Ajib menjadi pendengar bisu. Dia tiba-tiba teringat kepada Jamil, salah seorang rakan sekerja di kilang alat tulis tempat dia bekerja sekarang. Lelaki itu juga sudah enam atau tujuh tahun berkahwin tapi juga tetap belum dianugerahkan dengan zuriat. Kut-kut Ustaz Fahmi ada tips atau nasihat, bolehlah nanti dia panjang-panjangkan kepada Jamil. “Rupa-rupanya Ajib, kami lupa beberapa perkara” Ajib mengangkat muka. Wajah Fahmi yang tersenyum tenang ditatapnya sungguh-sungguh. “Kami lupa bahawa anak adalah anugerah. Apabila kita sebut tentang anugerah, sebenarnya ia adalah pemberian daripada seseorang kepada seseorang yang dikasihi dan disayanginya. Begitulah Allah, apabila dia mahu memberi sesuatu nikmat kepada hamba-hambaNya yang beriman. Dia boleh sahaja memberi anak kepada semua orang. Orang yang tak pernah melakukan hubungan badan pun Allah boleh beri anak. Siapa contohnya? Maryam, ibu kepada Nabi Isa. Maryam tak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki tetapi Allah menjadikan dia mengandung dan melahirkan Nabi Isa. Orang yang belum berkahwin pun ramai yang Allah berikan mereka anak. Yang baru kali pertama berzina pun, ada yang sudah mengandung. Kalau kita semak laporan yang dikeluarkan oleh jabatan pendaftaran negara, kita akan terkejut sendiri melihat betapa ramainya bayi yang dilahirkan di luar pernikahan. Itu yang berdaftar. Yang dibuang dalam tong sampah? Yang dicampakkan dari tingkat enam belas?”, senyum di wajah Ustaz Fahmi sukar diduga kerana cara dia bercakap seolah-olah dia sedang dilambung emosi. “Sebab itu kadang-kadang kita jadi hairan. Kenapa orang yang nak sangat dapat zuriat, Allah tak beri-beri sedangkan orang yang tak mahu, senang saja Allah beri. Ajib rasa sebab apa?”, Fahmi memandang matanya.

Page 179: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

179

“Tak tahulah saya, ustaz”, jawab Ajib pendek. “Sebab Allah nak uji orang-orang yang beriman. Allah nak uji kesabaran kita. Kalau kita baca al-Quran, ada satu ayat di dalam surah Hud ayat 72, cerita tentang Nabi Ibrahim dan isterinya yang diberikan anak di usia yang sudah lanjut. Juga ada cerita tentang Nabi Zakaria yang kehairanan, di dalam surah Ali-Imran ayat 40. Nabi Zakariya . siap bertanya pula, ‘Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”. Allah pun menjawab dengan firman-Nya, “Demikianlah keadaannya Allah melakukan apa yang dikehendakiNya”. Maknanya, Allah cuma nak uji kami, suami isteri dan Allah juga mahu kami bersedia dahulu. Mungkin masa tu Allah lihat kami belum bersedia untuk memikul amanah sebagai seorang ibu dan bapa kepada anak kami, jadi Allah tangguhkan dahulu pemberiannya” Hmm. Betul juga apa yang dikatakan oleh Ustaz Fahmi itu. Kadang-kadang manusia bersikap gopoh dalam berdoa. Mereka mahu agar Allah memberikan apa yang mereka mahu dengan cepat. Hakikatnya, Allah ialah Tuhan yang Maha Bijaksana. Dia tak semestinya akan memberi sesuatu dengan cepat, tetapi dia akan memberi sesuatu dengan tepat. Tepat pada masanya dan tepat pada keadaannya. “Jadi apa usaha ustaz? Maksud saya, ubat-ubatan atau mungkin ada amalan-amalan khas barangkali…”, Ajib cuba mengorek jawapan. Ustaz Fahmi ketawa kecil dengan soalan itu. “Buat apa? Hmm.. buat apa yang boleh kita buat sahajalah. Makan ubat. Jumpa dengan doktor. Jumpa dengan pakar perubatan tradisional. Tapi yang paling penting sekali ialah berdoa dengan sungguh-sungguh. Kami buat solat hajat hampir tiap-tiap hari, hinggalah alhamdulillah, Allah makbulkan juga permohonan kami. Tapi bila Allah sudah berikan anak, janganlah pula tak berdoa lagi dan tak buat solat hajat lagi dah. Jangan ikut perangai bani Israil

Page 180: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

180

yang Allah laknat tu. Bila susah, mereka meminta kepada Allah tapi bila sudah dapat apa yang diminta, terus lupakan Allah” Ajib menelan air liur. Tekaknya terasa pahit. Lelaki di hadapannya itu cuma bercerita sahaja tetapi Ajib rasa benar-benar terpukul bila telinganya menangkap rangkap akhir perkataan Ustaz Fahmi tadi. Ingat Allah masa susah tapi bila sudah senang, kembali lupa dan melawan Allah. Uish! Ya Allah, janganlah aku tergolong dalam kalangan manusia sebegitu rupa! “Apa nama anak ustaz?”, selepas meneguk air sirap yang masih tersisa, Ajib pun bertanya. “Marha Mardhiah Binti Mohd Fahmi” “Wow! Sedapnya nama. Maksud nama anak ustaz?”, Ajib mengangkat kening. “Periang dan yang diredhai” Ajib tersenyum. Indah sekali nama itu. Dia terpikat. “Ustaz, alang-alang kan, saya nak tanyalah fasal budak yang meragut beg tangan petang tadi tu”, Ajib tiba-tiba teringat semula akan persoalan yang berlegar dalam kepalanya petang tadi. Ustaz Fahmi memandangnya. “Kenapa?”

Page 181: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

181

“Boleh tak kita potong tangan dia?” “Astagfirullahal azim. Ajib… kita nak potong buat apa?”, Ustaz Fahmi dah tergelak dulu. Ajib segan. “Er, sebab dia mencuri. Kan kalau mencuri kita kena potong tangan dia.” “Betul tu. Dalam al-Quran pun ada disebut fasal hukuman potong tangan bagi pencuri lelaki dan pencuri perempuan”, Ustaz Fahmi membenarkan. “Jadi, bolehlah kita potong tangan dia?” “Tak boleh.” Ajib memandang dengan sejuta persoalan. Kenapa tak boleh pula? “Kerana ini tugasan pemerintah bukannya tugas orang awam. Sepatutnya kerajaan yang merangka undang-undang islam ini dan sekaligus melaksanakannya. Kita orang awam tak boleh nak memandai-mandai.” Ajib angguk faham. “Habis tu kalau pemerintah tak mahu laksanakan hukum islam?” “Itu kita biarkan mereka yang menjawab dengan Allah. Sebagai umat islam, wajib ada dalam hati dan sanubari kita perasaan dan keinginan untuk menegakkan semua hukum-hukum Allah tak kiralah dalam sudut ekonomi, sudut pengurusan, sudut pentadbiran, sudut sosial, dan termasuk jugalah dalam sudut perundangan. Berjaya atau tidak berjaya, itu perkara nombor

Page 182: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

182

dua. Yang paling penting sekarang adalah kita punya niat serta keinginan beserta dengan usaha kita. Apakah yang kita telah usahakan agar kalimah Allah dapat kita tegakkan atas muka bumi ini” Ajib angguk. Dia sedang cuba untuk faham. “Tapi satu hal lagi yang kita perlu ingat adalah, bukan semua jenayah curi kita boleh terus potong tangan. Tak. Ada syarat-syaratnya yang perlu kita lihat sebelum kita menetapkan satu-satu hukuman itu”, Ustaz Fahmi menambah. Dia nampak bersemangat sekali bercerita. “Apa dia syarat-syarat tu ustaz?”, Ajib nampaknya sangat berminat untuk tahu. “Pertama sekali, yang dikenakan hukuman hudud potong tangan ialah pada kesalahan mencuri. Maksud mencuri adalah kita mengambil sesuatu yang bukan milik kita dari tempat penyimpanannya tanpa persetujuan pemiliknya. Termasuk juga dalam mencuri adalah kita curi dengan niat mahu menghilangkan sesuatu barang itu daripada pemiliknya tanpa keizinan, walaupun kita sendiri tidak guna barang yang kita curi tadi. Hanya mencuri yang begini sahaja akan dikenakan hukuman hudud. Jika pecah amanah dan rasuah, mereka tidak dikenakan hukuman hudud potong tangan.” Ajib terlopong. “Maksud ustaz, orang yang menggelapkan duit berjuta-juta ringgit itu sebenarnya tak kena potong tangan?” Fahmi angguk. “Betul tu. Tetapi mereka tetap akan dihukum dengan hukuman takzir.” “Hukuman takzir ni macam mana pula?”, soal Ajib lagi.

Page 183: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

183

“Takzir ialah salah satu daripada bentuk hukuman dalam islam selepas hudud dan qisas. Takzir adalah satu hukuman yang tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci di dalam al-Quran dan hadis. Maka, hukuman ini adalah berdasarkan budi bicara dan kebijaksanaan pemerintah.” Ajib angguk. Rupa-rupanya perasuah, orang yang pecah amanah, orang yang berkhianat dengan tanggungjawab dan orang yang menggelapkan duit orang ramai tidak akan dikenakan hukuman potong tangan. Mujurlah juga. Kalau tak ramailah nanti ahli politik dan para ahli karporat yang akan kudung, kan? “Orang yang mahu dikenakan hukum hudud potong tangan ini hanyalah orang yang berakal, sudah baligh, dan dia mencuri atas kehendak dirinya sendiri. Pun begitu, bukan semua orang yang berakal, baligh, dan mencuri dengan kehendak dirinya sendiri, kita boleh potong tangan. Tidak. Sebaliknya, ada lagi proses saringan yang cukup teliti. Tahu tak kenapa saya katakan kaedah penjatuhan hukuman ini sangat teliti?”, tanya Fahmi. Ajib geleng. “Kerana islam bukanlah agama menghukum sebaliknya islam adalah agama sejahtera. Islam anjurkan kehidupan yang sejahtera, harmoni, dan terbimbing. Kerana itu sifat hukuman-hukuman dalam islam juga adalah untuk membimbing. Di dalam islam, kesilapan kerana membiarkan orang yang bersalah terlepas adalah lebih ringan daripada kesilapan kerana menghukum orang yang tidak bersalah.” Ajib mengangguk-angguk kecil. “Ada beberapa syarat yang cukup tegas sebelum kita boleh menjatuhkan hukuman hudud kepada seseorang. Pertama, kita mestilah yakin yang pencuri itu bukan seorang yang gila. Kedua, pencuri itu mesti sudah baligh. Kalau dia

Page 184: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

184

masih seorang kanak-kanak yang belum baligh, maka dia tidak akan dikenakan hudud. Ketiga, kita kena pastikan bahawa dia bukan mencuri kerana dipaksa ataupun terpaksa. Dipaksa ini termasuklah seperti dia diugut untuk dibunuh. Kononnya kalau dia tidak mencuri, dia akan dibunuh. Atau juga dia mencuri kerana dia sudah kebulur. Jadi dia terpaksa mencuri untuk hidup. Kalau tak curi makanan, dia dan orang-orang lain akan mati. Kalau begitulah keadaannya, maka dia tak akan dikenakan hudud.” “Macam mana kalau kita curi harta mak ayah kita? Kena hudud tak?”, tanya Ajib. “Itu pun tak kena hudud juga”, Ustaz Fahmi senyum sambil tangannya mengurut-ngurut jambangnya yang agak lebat itu. “Ada beberapa kes yang dikecualikan hukuman hudud. Antaranya yang tadilah, iaitu bila anak mencuri harta ibubapanya atau seorang suami apabila dia mencuri harta isterinya dan sebaliknya. Kemudian, kecurian yang tak dikenakan hudud juga termasuklah kalau kita mencuri dalam kuantiti yang tidak cukup nisabnya. Nisab bagi hukuman hudud ialah satu per empat dinar ataupun bersamaan juga dengan 3 dirham. Satu dinar ialah sama dengan 4.25 gram emas 24 karat. Jadi, satu per empat dinar bersamaan 1.0625 gram emas.” “Er, macam mana boleh dapat 1.0625 gram emas pula?”, tanya Ajib. Dia pening dengan banyak sangat nombor. “Satu dinar bersamaan dengan 4.25 gram emas 24 karat. Jadi, kita darabkanlah 4.25 gram dengan satu per empat. Jadi, dapatlah 1.0625 gram. Lepas itu pula, kita darabkan 1.0625 gram dengan RM 164.67. Kali terakhir saya semak harga emas ialah pada 12 Disember 2012, dan harganya masih lagi RM 164.67 bagi setiap gram. Maka, amaun minimum bagi kesalahan mencuri di Malaysia ialah 176 ringgit dan 96 sen. Maknanya kalau pencuri itu mencuri

Page 185: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

185

satu barang yang bernilai RM 174. 50 sen, Ajib rasa dia boleh dikenakan hukuman hudud tak?” Kalau nilai minimum ialah RM 174.96, maknanya…, “Tak kenalah ustaz”, dia senyum. Ustaz Fahmi angguk. “Betul. Pencuri tadi cuma akan dikenakan hudud bila barang yang dia curi sama nilai atau lebih daripada RM 174.96” “Selain itu, sepertimana kesalahan-kesalahan yang lain, hukum hudud bagi pencuri juga memerlukan bukti dan saksi. Saksi bagi hukuman mencuri ialah sekurang-kurangnya dua orang lelaki yang adil atau boleh juga seorang lelaki dan dua orang wanita yang adil. Ini pun satu hal yang besar juga. Kalau kita baca pendapat bekas mufti Mesir, Syeikh Ali Juma’ah, beliau pernah berkata, “Di zaman ini, kita sudah kehilangan saksi-saksi yang wibawa”, di mana pada hemat beliau, syarat-syarat untuk terlaksana hudud itu sangat sukar untuk diwujudkan. Ramai orang islam yang salah faham dengan kenyataan belian dan mengecam Syeikh Ali Juma’ah. Mereka menuduh bekas mufti Mesir itu sebagai menolak hukum hudud. Sebenarnya bukan begitu maksud beliau. Beliau hanya menyatakan bahawa pada hari ini, sangat sukar bagi kita untuk memenuhi syarat hudud dan bukannya bermaksud mahu menolak hukuman ini daripada ditegakkan. Sebab saksi yang adil ini ada kriteria-kriteria mereka, iaitu yang pertamanya mereka mestilah orang islam. Kedua, menjauhi dosa-dosa besar. Ketiga, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Keempat, bersikap baik dan bersopan santun dan yang kelima pula, dia itu boleh dipercayai ketika marah dengan makna yang lain, dia tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika sedang marah. Jadi betullah kata beliau. Nak cari orang yang ada lima sifat ini amatlah susah”, Ustaz Fahmi senyum tawar. Ajib turut senyum. Dia menelan air liur. Kalau dosa besar tu, mungkin ramailahlah yang tak buat tapi kalau tidak berterusan melakukan dosa kecil, bersikap sopan santun, dan tidak melampau apabila marah… itu memang sukar untuk ditemui. Kalau Ajiblah, awal-awal lagi dia sudah tak layak menjadi saksi bagi tuduhan hudud kerana baru petang tadi sudah dia termasuk dalam

Page 186: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

186

kategori orang yang melampau apabila marah. Bukankah dia masih lagi sepak terajang si peragut tadi walaupun Ustaz Fahmi sudah beberapa kali menyuruhnya untuk berhenti. “Selain itu juga, kalau pencuri itu mencuri kerana kecuaian pemilik barangan, pencuri itu tetap tak boleh kita potong tangannya. Contohlah kalau kita meninggalkan kunci kereta kita di dalam kereta yang tidak dijaga. Pintu kereta itu tak dikunci maka apabila seseorang nampak, dia pun cuba melarikan kereta kita itu. Kalau orang itu berjaya ditangkap, kita masih tak boleh potong tangan dia kerana salah kita yang tak berjaga-jaga dan cuai. Seterusnya, barang yang dicuri juga perlu kita lihat terlebih dahulu. Kalau orang tu mencuri alatan maksiat, arak, atau mencuri babi, maka itu tak dikenakan hudud kerana barang yang dicuri itu perlulah barang yang baik atau bermanfaat.” Ustaz Fahmi mengambil nafas panjang. Jeda sesaat, sebelum dia kembali menyambung penerangannya tentang hudud. “Kalau orang itu mencuri kerana mahu kutip hutangnya pun, dia tak kena hudud. Contohnya kalau ada orang yang berhutang tapi tak mahu bayar. Maka boleh kita curi harta dia yang pada hakikatnya, itu ialah harta kita. Samalah dengan kes orang yang mencuri kembali barangnya yang telah dicuri oleh orang. Orang miskin yang mencuri harta baitul mal pun tak dikenakan hudud, kerana harta baitul mal ialah harta orang ramai dan bukan milik persendirian. Yang kena hudud ini bila kita curi harta yang dimiliki secara mutlak oleh orang lain” Ajib terdiam buat seketika. Otaknya bertungkus lumus mahu menghadam ilmu baharu yang sedang mencurah-curah masuk. Sel-sel dan neuron otaknya sedang bekerja keras bagi memasukkan data-data itu dalam kotak memori. “Susah juga rupanya untuk kita menghukumkan hudud bagi seseorang ya”

Page 187: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

187

“Betul tu Ajib”, suara Ustaz Fahmi naik satu oktaf kerana bercampur teruja. Baguslah kalau anak muda di depannya faham sebab hari ini orang ramai tak faham pun apa itu hukuman hudud tapi dalam masa yang sama, mereka banyak sekali berkata-kata dan mengeluarkan pendapat mereka yang terang-terang tidak benar sama sekali. Sudahlah tak tahu, memandai-mandai pula! “Saya lihat dalam masyarakat kita hari ini, ramai yang dimomok-momokkan dengan hukum hudud. Kononnya nanti kalau kita buat hudud, maka negara akan mundur sebab ramai yang akan kena potong tangan. Merepek sungguh”, Ajib geleng kepala. “Itu kata-kata orang yang mempersendakan agama islam. Cubalah fikir dengan akal kita. Apabila kita tengok seorang pencuri dipotong tangannya, adakah kita akan jadi makin termotivasi untuk mencuri? Takkanlah bila kita lihat ada orang berzina dan dikenakan 100 kali sebatan, kita jadi makin ghairah dan bernafsu untuk berzina? Takkanlah bila kita saksikan ada orang yang sudah berkahwin ditangkap kerana melakukan zina lalu dikenakan hukuman rejam sampai mati, kita dan isteri kita mahu berlumba-lumba melanggan pelacur dan berzina dengan mereka. Kononnya supaya kita tengok siapa yang lebih cepat mati kerana direjam. Siapa yang mati dahulu, dia menang.”, Ustaz Fahmi ketawa dengan kata-katanya sendiri. Tak dapat dia nak bayangkan betapa ceteknya pemikiran manusia. Selamba datuk neneknya sahaja dia mempersendakan hukum Tuhan. Padahal jika pun dia tak mahu menegakkan hukum Allah, maka duduk diam-diam sahajalah. Jangan pula kita kompelin dan tuduh macam-macam, kononnya Allah tak adil, Allah zalim! “Sebab itu pada saya, orang yang takut dengan hukuman ini hanyalah orang yang buat salah. Sebab kalau dia tak ada salah, dia tak perlu nak takut apa-apa. Samalah macam bila polis buat pemeriksaan jalan. Kalau cukai jalan kita tamat tempoh dan lesen kereta kita pun sudah mati, maka memanglah kita akan cuak dan takut. Tapi bagi orang lain yang cukai jalan mereka masih sah dan lesen memandu mereka juga selalu diperbaharui, maka mereka tak ada sebab untuk risau. Mereka akan kekal rileks saja”

Page 188: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

188

Ajib bersetuju dengan perumpamaan yang dibuat oleh Ustaz Fahmi itu tadi. Berani kerana benar. Kalau kita di pihak yang benar, mengapa kita perlu risau dan takut tak tentu fasal. Itu betul-betul aneh. “Ustaz, sekejap ya. Saya nak pergi basuh tangan”, selepas melihat Ustaz Fahmi sudah berhenti berhujah, Ajib pun meminta diri sebelum dia berdiri menuju ke sinki. Sisa nasi goreng yang melekat pada tangan kanannya sudahpun mengeras. Ajib mengambil sedikit sabun dan menyental tangannya. Khusyuk sangat tadi mendengar penerangan panjang lebar daripada ustaz muda itu. Sempat dia melihat wajahnya di depan cermin. Memang nampak kusut benar dia. Sudahlah petang tadi dia berlari macam lipas kudung sampai berpeluh-peluh macam terkena hujan, bahkan sehingga ke malam pun dia masih belum mandi lagi. Badannya terasa rimas dan melekit-lekit. Selepas tangannya suci dan dilap dengan tisu, Ajib diam-diam berjalan ke kaunter pembayaran. Dia tersenyum kepada juruwang. “Meja nombor 12 ya bang”, Ajib memberitahu. Juruwang tadi mencari-cari kepingan kertas kecil daripada susunan kertas kecil di atas mejanya, sebelum memberitahu harga yang perlu Ajib bayar. Dengan senyum, not RM 50 dihulur. Ajib mahu belanja ustaz yang baru dikenalinya itu. Biarpun baru seketika, tapi Ajib sudah sangat mengkagumi Ustaz Fahmi. Ustaz Fahmi itu walaupun tinggi ilmu agamanya tapi dia cukup peramah dan tak kekok untuk bersahabat dengan orang jahil seperti Ajib ini. Ajib suka sekali dengan penampilan dan perwatakan Fahmi. Macam Arman jugalah. Selepas mendapatkan wang baki, Ajib pun kembali ke meja bulat tempat dia dan Ustaz Fahmi makan tadi. “Jom kita balik, ustaz”, Ajib mengajak.

Page 189: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

189

Fahmi angguk. “Baiklah. Saya pergi bayar dahulu. Saya belanja Ajib ya” Ajib senyum. “Tak payah bayarlah ustaz. Saya sudah bayarkan. Hari ini biar saya yang belanja ustaz” Fahmi nampak serba salah. Dompet yang baru dikeluarkan dari poket belakang, dipegangnya. “Er, biar betul? Janganlah. Sayalah yang kena belanja Ajib. Hari ini Ajib kan jadi hero” Ajib ketawa mengekek. Perkataan hero itu diraskannya cukup lucu. “Tak apalah. Lain kalilah kut ustaz. Jom balik ustaz. Saya nak mandi lah. Badan ni rasa macam sudah seminggu tak mandi” Jarum pendek pada jam tangan menujukkan ke angka 10 dan malam ini sebenarnya masih lagi muda bagi warga kota. “Assalamualaikum”, Ajib menghulur salam. “Waalaikumussalam. Eh, Ajib”, suara Arman lunak. Suka sungguh dia bila melihat sahabatnya yang saat itu sudahpun merebahkan badannya di atas sofa. Tangannya memanjang ke tengah meja, mencapai alat kawalan jauh televisyen. Arman yang hanya mengintai dari balik pintu biliknya, terus saja keluar dan turut mengambil tempat di sofa yang sudah sedikit kotor di sebelah Ajib.

Page 190: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

190

“Kau sampai bila ni Ajib?”, Arman bertanya. Dia tahu Ajib sudah sampai siang tadi. Sebab kalau bukan Ajib, siapa lagi yang lupa untuk tutup pintu pagar di depan rumah tu. Seingatnya, sebelum dia ke sekolah sekitar pukul tujuh pagi tadi, dia memang sudah tutup dan kuncikan pintu pagar yang sedikit berkarat itu. Dulu dia ada juga berkeinginan untuk mengecat semula pintu pagar itu tapi oleh kerana sibuknya semedang, maka sampai sekarang pun projek itu tidak berjalan. “Sebelum zuhur tadi lagi”, jawab Ajib. Haish. Bila sudah duduk atas sofa yang empuk ni, rasa macam nak tidurlah pulak! “Oh. Kau balik dari mana ni Ajib?” “Aku pergi makan tadi, dengan Ustaz Fahmi”, jawab Ajib. Arman kerut dahi. “Ustaz Fahmi mana pulak?” “Imam Masjd At-Taqwa”, Ajib senyum segaris. Serentak dengan jawapannya, kening Armin terangkat. “Eh, macam mana engkau kenal dengan Ustaz Fahmi?” “Panjang ceritanya”, Ajib ketawa panjang. Dia teringat dailog di dalam filem-filem klasik, di mana apabila ada orang yang kata ‘panjang ceritanya’, mesti akan ada orang lain yang akan kata pula, ‘pendekkan’. “Ceritalah. Aku nak tahu juga”, Arman berminat.

Page 191: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

191

“Eh, yang kau teruja sangat ni kenapa?”, Ajib masih ketawa. Respon Arman ini nyata jarang-jarang sekali. Selalunya Arman lagi suka bercerita daripada mendengar cerita. Maklumlah, Ajib ni kalau bercerita selalunya cerita-cerita yang merapu. Yang merepek-merepek sahaja. Arman buat muka tak puas hati. Banyak songeh pula mamat seorang ni. Cerita sajalah. Dalam sisa ketawa, Ajib membuka mulut. “Aku solat asar di masjid At-Taqwa tadi. Lepas tu terserempak dengan Ustaz Fahmi. Dia yang tegur aku. Lepas tu sembang-sembang. Itu saja” “Tu je? Yang sampai pergi makan sekali tu?”, tanya Arman hairan. “Lah. Biasalah pergi makan. Bak kata orang, untuk mengeratkan silaturrahim”, Ajib tak mahu bercerita tentang peristiwa dia mengejar peragut, menyepak terajang lelaki tu dan lagi-lagilah tak mahu bercerita yang dia ditendang di perut. Nasib baik senaknya sudah lama hilang. “Kau pula macam mana boleh kenal dengan Ustaz Fahmi?”, soal Ajib pula. Dia pun pelik sebenarnya. Sebab biasanya Arman tak macam ni. Kalau Ajib cerita dia jumpa Lionel Messi pun rasanya Arman akan buat muka sepuluh sen saja kerana Arman ialah jenis manusia yang memang tak akan berminat sangat untuk mengorek cerita daripada orang lain. “Kau tahu tak yang Ustaz Fahmi ada adik perempuan?”, Arman macam berbisik. Mukanya juga nampak seperti sedang ragu-ragu saat dia bertanya tadi. Adik perempuan? Murni ke?

Page 192: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

192

“Adik dia tu junior aku di maktab dulu. Junior satu tahun. Aku sebenarnya dari dulu lagi suka dengan adik dia”, Arman membuat pengakuan jujur. Ajib tergamam buat beberapa milisaat. Arman meminati Murni? “Kau suka dengan adik Ustaz Fahmi?”, Ajib seperti mengulang balik apa yang baru disebut oleh rakannya tadi. Arman hanya angguk lemah. “Tapi kau jangan cakap pula dengan Ustaz Fahmi” Ajib mengorak senyum. “Dah kalau kau suka adik dia, kenapa kau tak jumpa dengan ayah dia saja?” Arman geleng. “Aku takutlah…” “Takut apanya?”, dahi Ajib berkerut. Bapa Si Murni ni pengawai JPJ ke? Kalau Arman takut dengan JPJ, dia boleh terima juga kerana lesen motosikal Arman baru mati minggu lepas. Itupun dia tahu kerana Arman yang beritahu. Entah bilalah Arman mahu perbaharui lesennya itu. “Ayah dia bukan calang-calang orang Ajib. Ayah dia tok guru pondok tu”, reaksi Arman memang ketara menunjukkan yang dia sedang risau. Ajib telan air liur. Tok guru pondok? Bukan calang-calang orang ni. “Habis tu macam mana? Ala, kau cuba sahajalah jumpa dengan ayah dia. Tak payah malu. Tak perlu takut. Orang lain buat dosa terang-terangan, tak ada pun nak malu dan takut. Yang duk pakai seksi dan ketat-ketat di khalayak awam itu pun tak malu dan tak takut. Yang ponteng solat jumaat secara

Page 193: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

193

terang-terang itu pun tak malu dan tak takut juga. Lepas tu kau yang nak buat baik ni malu dan takut fasal kenapa?” Arman senyum segaris. “Aku bukan takut atau malu. Aku cuma sedang membina strategi. Kita kena guna otak, Ajib” Memanglah kena guna otak. Takkanlah nak guna lutut. “Maksud kau?” “Aku nak rapat dengan abang dia dulu. Sebab nanti kalau abang dia aku boleh tawan hatinya, maka sudah tentulah makin senang aku nak tawan hati ayahnya”, Arman dengan bangganya memberitahu perancangannya sekian lama ini. Ajib angguk sambil wajahnya tersenyum. Untung Arman. Walaupun dia dengan Murni masih belum ada apa-apa hubungan, tapi setidaknya orang yang Arman suka itu masih ada atas dunia ini. Ajib? Ajib pula ada siapa? Hatinya tiba-tiba sahaja sayu terkenangkan Nik Amanina. Betapa besarnya kesan kehilangan Nik Amanina kepada Ajib, hinggakan sampai hari ini, sebatang rokok pun Ajib sudah tidak lagi hisap. Tiap kali datang keinginan untuk merokok, tiap kali itulah akan terngiang-ngiang teguran, nasihat dan protes dari gadis yang bertubuh kecil itu. “Ajib. Nanti kita sama-sama pergi ziarah Ustaz Fahmi ya?” Ajib angguk. “Insya-Allah”

Page 194: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

194

Murni merenung ke luar jendela. Ada sesuatu yang mengusik hatinya. Kebelakangan ini, dia rasa seperti ada sahaja yang tak kena dan dia seperti tahu mengapa. Lelaki itu! Ya, lelaki itu. Dia yang pernah hampir-hampir melanggarnya. Ketika itu, ketika dia hampir-hampir saja dilanggar, dia jadi cukup mual dengan lelaki itu. Dia cukup benci, takut, dan marah dengan lelaki itu. Lagi-lagi apabila ketika dia sudah pucat lesi begitu, lelaki itu boleh pula menjelingnya dengan wajah yang bengis walaupun dia sendiri tahu dia yang bersalah kerana cuai saat melintas. Tapi sebagai gadis, hatinya tidak kalis bila dihukum dengan kemarahan! Tapi dia perasan ketika lelaki itu mahu berlalu pergi, saat mata mereka bertembung sejenak, dia seperti dapat melihat ada cahaya yang indah daripada biji mata lelaki itu. Tak tahulah. Tapi dia merasakan seperti mata lelaki itu mahu berkata-kata sesuatu kepadanya. Dan tak sangka, dia adalah lelaki yang sama, yang rajin membantu ibunya. Yang bertanggungjawab kepada adiknya. Yang mengasihi dan mengambil berat akan keluarganya. Mendengarkan cerita daripada Ibu Suri dan daripada Syafira tentang Ajib, hati Murni rasa seperti mahu tersenyum. Tapi kepada siapa, Murni? Kepada siapa? “Murni, akak nak keluar ke pekan ni. Murni nak pesan apa-apa ke?”, teguran teman serumahnya, Cikgu Jamilah mengejutkannya daripada lamunan. Hatinya yang entah telah terbang ke mana-mana, mendadak memijak alam realiti.

Page 195: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

195

“Er. Tak ada apa-apa kut kak”, Murni senyum manis. “Kalau tak ada apa-apa tak apalah”, Cikgu Jamilah memeriksa dirinya di hadapan cermin. Puas dengan kekemasan diri, dia pun berpaling. Tiba-tiba sahaja dia berhenti melangkah dan berpusing mengadap Murni. “Murni, jangan termenung jauh sangat kepada cik abang”, Cikgu Jamilah sudah mengekek ketawa. “Ish! Akak ni. Mana adalah”, merah padam muka Murni. Alamak! Macam mana boleh tertangkap ni! “Alaa Murni. Tak payah tipulah. Akak pun pernah jadi anak dara juga dulu”, Cikgu Jamilah masih lagi ketawa. Seronok benar rasanya dapat mengusik gadis manis ini. “Akak”, panjang sekali Murni menyebut satu perkataan itu. Malunya bukan main. “Hihi. Merah padam muka dia”, Cikgu Jamilah makin galak mengusik. “Tak adalah kak. Orang saja je tengok ke luar tu. Ish, malaslah nak layan akak”, dia mengetap bibir geram. “Ala adik manis ni. Merajuk pula. Akak pergi dulu ya. Assalamualaikum”

Page 196: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

196

Cikgu Jamilah sempat mengenyitkan matanya sebelum dia berlalu keluar dari ruang hadapan rumah yang dirizabkan oleh kementerian pendidikan kepada para guru di Kampung Durian Tua ini. “Waalaikumussalam”, Murni hanya menjawab perlahan. Sengaja tak mahu jawab kuat-kuat kononnya sebagai tanda rajuk hatinya. Bunyi ngauman enjin kereta milik Cikgu Jamilah kedengaran dari luar rumah. Beberapa saat kemudian, bunyi itu beransur berkurangan, seiring dengan putaran rodanya yang makin menjauh. Dari tepi tingkap, Murni masuk ke dalam bilik. Kata-kata Cikgu Jamilah tadi baginya seperti api yang marak yang membakar jiwanya. Dia rasa betul-betul malu dengan diri sendiri atas perbuatannya yang sudah terlalu jauh memikirkan tentang seorang lelaki yang terlalu asing dalam hidupnya. Astaghfirullahal azim… Tanpa lengah lagi, dia bergegas ke bilik air untk mengambil wuduk. Kemudian, Murni mencapai naskah al-Quran yang sentiasa menjadi teman baiknya. Tuhan, aku tak mahu diriku terlalai. Ku cuma ada satu hati sahaja. Jika bukan wahyu-Mu yang mengawal hatiku, maka aku bimbang nafsuku yang akan mengawalnya! “Selamat pagi cikgu” Murni berhenti. Dari hujung koridor sana dia sudah menghulurkan senyum kepada anak muridnya yang seorang ini, tapi saat mereka berpapasan saja, senyum yang mekar sejak tadi serta merta layu. Ucapan selamat pagi

Page 197: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

197

daripada pelajar perempuan yang bertubuh kecil itu dia tidak dibalas dengan ucapan yang serupa. “Munirah… kan cikgu sudah pesan banyak kali”, dia memujuk anak kecil itu dan dalam masa yang sama, memujuk hatinya supaya bersabar. Memang sudah banyak kali anak-anak muridnya ditegur dan dinasihati tentang hal yang satu ini. Tapi setiap perkara jika sudah menjadi kebiasaan memang susah untuk dibuang, kan? Wajah anak kecil yang bernama Munirah itu sukar diduga. Memanglah dia seperti sedang senyum, tapi nampak jelas sekali yang dia sebenarnya risaukan sesuatu. “Cikgu kata, kalau kita tersermpak dengan cikgu-cikgu kita yang beragama islam, kita ucap apa?” “Kita ucap assalamualaikum, cikgu”, dia tersenyum-senyum. Malu barangkali. “Pandai pun. Tapi tadi kamu kata apa?”, Murni menjegilkan biji matanya. Bukan marah, cuma mahu memberi ingatan. “Maafkan saya cikgu” “Tak apa. Cikgu maafkan. Lain kali kita ucap assalamualaikum, ya? Kerana kalau kita ucap selamat pagi, kita tak dapat pahala tapi kalau kita ucap assalamualaikum, kita dapat pahala”, Murni senyum. “Baiklah cikgu”, murid perempuan itu angguk.

Page 198: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

198

“Baguslah kalau macam tu. Cepat pergi masuk kelas. Waktu rehat pun sudah nak tamat ni”, Murni menyuruh. Sempat matanya mengerling kepada jam tangan comel yang membelit pergelangan tangannya. “Baik, cikgu”, murid bernama Munirah itu lalu menyusun tapak menuju ke kelasnya yang berada di blok sebelah. Murni baru pulang dari kantin sekolah. Hari ini, perutnya rasa sebu. Hilang selera langsung untuk menyumbat perutnya dengan apa-apa makanan selain daripada air. Jadi tadi dia meminta Ibu Suri buatkan untuknya teh halia. Rasa lega sedikit bila separuh daripada isi gelas itu sudah mengalir masuk ke dalam perutnya. Lagipun tadi Ibu Suri ada memberinya minum sedikit madu. Kata wanita yang berusia sekitar 40-an itu, madu lebah ialah satu ubat yang Rasulullah sendiri pernah berikan kepada seorang sahabat yang mengadu sakit perut. Murni sudah lama tahu tentang khasiat madu lebah melalui kaca mata agama. Di rumah bapanya pun memang bapanya itu sentiasa mengamalkan pemakanan madu lebah asli. Cuma Murni sahaja yang tak konsisten dengan pemakanan sunnah ini. Jadi dia membuat nota virtual dalam kepalanya agar bila-bila masa dia ke pekan nanti, dia mahu mencari sebotol madu asli untuk dijadikan makanan suplemen. Murni masuk ke bilik guru dan terus ke mejanya. Dari mejanya, dia melihat beberapa orang guru lelaki sedang berbual-bual sesama mereka. Seorang guru lelaki yang dia cukup menyampah sebenarnya, kerana miangnya dan suka menguratnya, menjeling kepadanya sebelum tersenyum. Guru lelaki itu memang tak tahu malu! Cepat-cepat Murni memandang ke tempat lain. Mual sungguh. Tak tahulah kenapa hatinya tiba-tiba sahaja memuji Ajib. Padanya, Ajib itu lebih sopan, bertenang, dan pemalu. Ah, mungkin saja dia sebenarnya yang belum mengenali Ajib. Hanya kenal dari mulut ahli keluarga lelaki itu sahaja.

Page 199: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

199

Memanglah yang dia akan dengar cuma yang positif dan yang baik-baik sahaja tentang Ajib. “Murni dah okey?” Dia tak perasan yang bahunya ditepuk. Kepalanya didongak sedikit. Wajah yang sedang tersenyum kepadanya itu ditatap. “Alhamdulillah, kak. Perut Murni sudah rasa okey sedikit”, dia menjawab dengan jujur. “Baguslah tu. Kalau Murni rasa tak sedap lagi perut tu, nanti balik nanti kita boleh pergi klinik”, Cikgu Jamilah masih berdiri di samping Murni. Meja Cikgu Jamilah di penjuru sana, berdekatan dengan pintu masuk ke bilik guru ini. “Tak ada apa-apalah kak. Bukannya sakit apa pun. Dah baik pun. Insya-Allah” Cikgu Jamilah senyum. “Kalau macam tu, baguslah. Bukan apa Murni, kita ini kan guru. Kalau kita tak sihat, maka kita tak akan mampu untuk memberikan sepenuh perhatian, komitmen dan sepenuh hati kita untuk mendidik anak-anak bangsa kita ini. Kan?” Murni angguk. Dia bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh seniornya itu. “Akak ada kelas kejap lagi ni. Akak bersiap dululah” Tanpa sempat Murni menjawab apa-apa, Cikgu Jamilah sudah pun berlalu menuju ke tempatnya. Sempat lagi dia menegur seorang lagi guru wanita dan

Page 200: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

200

bergurau. Suara dia ketawa jelas sampai ke radius pendengaran Murni. Cikgu Jamilah ini memang peramah sangat! Murni menarik laci mejanya sebelum tangannya mengeluarkan sebuah buku nota. Jemari-jemarinya dengan cermat membuka buku berwarna merah jambu yang sudah agak kusam warnanya itu. Lembaran-lembarannya juga sudah agak berkedut. Dakwat yang terpatri atas kertas-kertas itu pun sudah telus, hingga boleh ternampak dari belakang muka surat baharu. Indikator bahawa buku ini sudah sangat lama. Tapi melihatkan keadaannya yang masih sempurna, dengan tiada sebarang koyak atau kesan lipatan dan renyuk, jelas sekali buku ini dijaga dengan baik oleh pemiliknya. Lembaran demi lembaran dibuka dengan cermat. Kelas bagi Murni paling dekat pun jam 11 pagi nanti. Kelas Kajian Tempatan untuk murid-murid darjah lima. Di sekolah ini, Murni mengajar dua subjek dengan pengkhususannya baginya ialah bagi bahasa melayu dan kajian tempatan sebagai minor sahaja. Tangannya berhenti membelek apabila ia sampai kepada satu lembaran muka surat yang di hujung atasnya, tertera dengan dakwat hitam tulisan yang yang membentuk perkataan ‘murabbi’. Di bucu kanan lembaran itu pula ialah tarikh catatan ini dirakamkan. Bibirnya secara tak sedar sudahpun mengukir senyum kerana rupa-rupanya, jarak masa antara masa dia menulis atas lembaran ini dengan masa sekarang ialah lima tahun. Sudah lama rupanya. Satu lakon layar lalu bermain di dalam mindanya. Dahulu, dia pernah duduk di atas sebuah kerusi plastik berasama puluhan audien yang lain. Di hadapan mereka ialah tiga orang ahli panel yang sama-sama segak, sama-sama berwibawa. Semua mereka duduk dengan tenang sekali. Murni masih ingat kepada lelaki itu. Seniornya, merangkap juga pengerusi tertinggi Persatuan Mahasiswa Islam.

Page 201: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

201

Namanya ialah Syed Arman Bin Syed Jamaluddin. Lelaki yang berasal dari Sabah tetapi cukup fasih dan petah bersilat lidah. Semua yang mendengar ucapannya pasti akan berasa kagum dengan hujah-hujah beliau yang selalunya mantap-mantap belaka. “Hakikatnya, setiap manusia ialah guru dan pembimbing. Bezanya kita, para mahasiswa islam yang bakal dipanggil cikgu atau ustaz, kita ini diberikan gaji. Tapi adakah ini membuatkan nilai kita rendah? Atau juga maruah kita jatuh? Kerana di luar sana, wujud segelintir manusia yang berkata, kalau nak buat kerja mendidik janganlah minta bayaran. Mereka mahu pukul sama rata kononnya orang yang ikhlas sudah tentu tak akan mengharapkan habuan duniawi” Ketika itu, semua mata tertumpu kepada lelaki itu yang tenang menyusun satu per satu kata-katanya. Seisi dewan yang besar itu sepi. Hanya suara lelaki itu saja yang bergema dari balik corong pembesar suara. “Saidina Uthman sendiri pernah mengeluarkan fatwa yang cukup popular, bahwa orang yang melakukan kerja bagi agama, harus hukumnya untuk diberikan gaji atau upah. Maka jelaslah bahawa seorang guru harus untuk diberikan bayaran. Tapi inilah yang perlu kita tanya dan persoalkan kepada diri kita. Mengapa kita memilih untuk menjadi guru? Adakah kerana faktor material? Adakah kerana kita mahukan sangjungan dan rasa hormat daripada manusia? Atau kita memilih profesion perguruan kerana mahu mendapatkan peluang pekerjaan di zaman yang penuh dengan persaingan ini?” Hadirin menjawab dalam hati masing-masing. Iya. Setiap orang ada jawapan mereka, mengapa mereka memilih untuk menjadi guru berbanding dengan kerjaya yang lain. Satu ketika dahulu, di saat ekonomi Malaysia jatuh mendadak, ramailah yang mahu meminta untuk menjadi guru kerana sukar untuk mencari pekerjaan lain. Itu dahulu. Sekarang mungkin situasi dan keadaan ini sudah berubah.

Page 202: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

202

“Jikalau begitulah niat kita, maka kita sudah merosakkan diri kita sendiri. Kita sebenarnya sudahpun menyiksa dan menyusahkan diri kita sendiri. Kita perlu ingat bahawa sesungguhnya tugas mendidik ini ialah satu tugas yang cukup mulia. Hakikatnya, ia tugas setiap manusia tak kira apa latar belakang mereka sekalipun. Semua manusia ada kewajipan untuk mendidik. Setidak-tidaknya, seorang suami wajib untuk mendidik isteri. Begitu juga dengan seorang ibu dan bapa. Mereka berkewajipan untuk dia mendidik anak mereka. Proses pendidikan ini dinamakan sebagai proses tarbiyyah. Lalu kita tertanya-tanya, siapakah sebenarnya tokoh dalam bidang ini?” “Kita boleh petik beberapa nama manusia yang hebat dan terkenal. Kita ada Confucius yang mewarnai tamadun cina sekitar 500 tahun sebelum masihi. Beliau ialah seorang guru yang hebat dan memiliki ribuan orang anak murid yang kemudiannya, berselerakan di sekitar tanah besar China. Hingga ke hari ini nama Confucius disebut-sebut dan dibangga-bangga oleh rakyat China bahkan dia pengaruhnya yang begitu hebat tersebar ke beberapa negara seperti Korea, Jepun dan Vietnam sebagai satu doktrin yang dikenali sebagai Konfusianisme. Di Eropah pula, kita kenal seorang tokoh falsafah bernama Socrates. Dia diibaratkan sebagai bapa ketamadunan Barat. Daripada didikannya, dunia sekali lagi mengenali seorang tokoh hebat bernama Plato, dan daripada anak muridnya juga, lahir pula seorang lagi tokoh hebat bernama Aristotel. Tapi adakah mereka itu tokoh pendidik yang sebenar-benarnya?” Ramai yang menggeleng. Walau sehebat manapun Confucius hingga ajarannya dianuti dan menjadi satu pegangan kehidupan, dia tetap bukan guru yang terulung. Biarpun hebat Socrates hingga daripada didikannya, lahir dua lagi generasi tokoh ilmu yang mewarnai tamadun eropah, tapi ternyata masih ada yang lagi figur pendidik yang lebih hebat. Lebih agung dan lebih berkaliber! “Michele H. Hart, seorang ahli astronomi yang juga merupakan seorang warga negara Amerika Syarikat dan telah banyak menulis tentang peradapan dan sejarah, pernah menulis satu buku yang bertajuk ‘The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History’, pada tahun 1978. Di dalam bukunya, dia meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia yang paling berpengaruh. Lebih

Page 203: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

203

berpengaruh daripada Sir Isacc Newton yang berada di tangga kedua dan Jesus Christ yang berada di tempat ketiga dalam senarainya. Mengapa Michele H. Hart yang berbangsa Yahudi berkata demikan? Ini adalah kerana Rasulullah , dalam hanya masa 23 tahun sahaja kerasulan Baginda, Baginda telah berjaya mengubah satu bangsa yang pada awalnya, sangat teruk, orang gasar dan barbar, menjadi satu bangsa yang mulia, bertamadun, dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dan sosial yang terpuji. Nah! Inilah dia tokoh pendidikan kita sepanjang zaman yang wajib kita agung-agungkan dan teladani. Sejak dahulu sampailah hari kiamat pun, tak akan ada lagi orang yang lebih hebat daripada Nabi Muhammad dalam mendidik manusia” Murni mencatit dan terus mencatit. Tangannya berfungsi seperti sebuah mesin. Laju sahaja ia menari bersama sebatang pen hitam. “Apa yang istimewa sangat dengan corak pendidikan yang Rasulullah bawa sehingga masyarakat di zaman itu bukan hanya celik akalnya, tapi juga celik naluri kemanusiaannya. Berbeza dengan kita pada hari ini. Hari ini, kita boleh berbangga dengan ketinggian nilai intelektual kita. Kita berbangga dengan satu demi satu penciptaan kita. Berbangga dengan kajian-kajian terbaharu. Berbangga dengan penemuan-penemuan terkini. Tapi adakah kita boleh berbangga dengan keruntuhan moral, akhlak dan spiritual generasi muda kita hari ini? Saya yakin kita sepakat untuk berkata tidak. Maka hari ini, wajib kita merenung kembali kepada metodologi didikan Rasulullah hingga Baginda dapat melahirkan satu generasi manusia yang cukup hebat dan terpuji” “Pertamanya, kita perlu ingat bahawa tarbiyyah atau didikan yang Rasulullah berikan kepada sahabat-sahabat Baginda ialah satu bentuk didikan yang bersifat harakah, ataupun bergerak. Rasulullah tidak semata-mata mengajar dengan berceramah atau berkuliah. Tetapi baginda mengajar lebih dengan tindak-tanduk Baginda, hinggakan apa yang baginda buat, semuanya akan diikuti oleh anak murid baginda iaitu para sahabat Baginda. Ada satu kisah yang cukup terkenal berkenaan dengan seorang pemuda hebat bernama Abdullah Bin Umar nhuma. Anak kepada Saidina Umar itu, pada saat selepas kewafatan Baginda, pernah berjalan melalui satu kawasan. Anehnya, apabila beliau melalui kawasan tersebut, beliau pun menundukkan badannya walhal

Page 204: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

204

beliau seorang yang sihat dan tidak ada apa-apa yang perlu dielakkan. Orang ramai yang melihat kelakuannya pun kehairanan, lalu mereka pun bertanya kepada Abdullah Bin Umar itu. Lantas dijawab oleh Abdullah Bin Umar, “Satu ketika dahulu, aku pernah melihat Rasulullah melalui jalan ini. Ketika itu, di sini ada sebatang pokok. Jadi Baginda pun tunduk. Hari ini, walaupun pokok itu sudah ditebang, tapi aku masih tetap menunduk kerana aku mahu mengikuti perbuatan Baginda ”. “Subhanallah… sampai begitu sekali mereka mencontohi guru mereka. Oleh kerana itu, perkara pertama yang perlu dimiliki oleh seorang pendidik ialah peribadi dan pekerti yang mulia. Ini adalah kerana manusia lebih banyak belajar daripada perbuatan dan bukannya daripada percakapan. Kita beritahulah macam-macam kepada anak murid kita. Walaupun mereka ditengking, dijerit atau dipujuk sekalipun, anak-anak murid kita pasti tetap susah mahu menerima pengajaran yang baik. Tetapi jika kita yang mula-mula sekali menunjukkan pekerti yang baik, maka insya-Allah itulah yang akan ikut. Bukankah ada satu kata bidalan, ‘kalau guru kencing berdiri, maka anak murid akan kencing berlari’. Kalau guru itu sendiri tidak berperanan seperti seorang manusia, maka agak mustahil untuk dia boleh melahirkan seorang manusia yang sebenarnya”. “Kedua, sebagai seorang pendidik yang mahu membina intelektual dan spiritual anak-anak yang diamanahkan kepada kita, kita perlu menerapkan elemen agama ke dalam hati-hati mereka. Ini adalah kerana kedudukan agama itu sendiri sebagai sebuah etika kehidupan yang bukan hanya untuk kita ajar dan terapkan, tetapi untuk kita sendiri amalkan. Kita mungkin tidak mengajar subjek pendidikan islam. Kita mungkin mengajar sains, matematik, atau mungkin juga mengajarkan bahasa, tetapi sebagai guru yang baik, kita hendaklah sentiasa membawa anak murid kita untuk kembali melihat satu-satu perkara dengan kaca mata islam. Biar mereka memandang dunia ini melalui lensa seorang mukmin yang sejati.” “Ketiga, pendidik yang baik perlu memiliki kesabaran yang tiada tolok bandingnya. Dia bukan hanya perlu bersabar dengan karenah dan ragam anak muridnya, bahkan juga ragam ibu bapa kepada anak murid mereka. Hari ini

Page 205: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

205

sudah tak seperti hari kelmarin. Dahulu, ibubapa cukup suka apabila anak-anak mereka dimarahi atau dipukul tetapi sekarang, jangan haraplah. Sentuh sahaja fizikal anak mereka, ke mahkamah lah akhirnya nanti golongan pendidik ini. Nak buat macam mana, ibubapa itupun bermasalah. Sayangkan anak dengan membuta tuli. Ini gara-gara tak menonton filem Anakku Sazali yang dilakonkan oleh Allayarham P. Ramlee lah kut” Suasana dalam dewan itu tiba-tiba sahaja ceria dengan ketawa kecil audien. “Seorang guru juga perlu bersabar untuk menuai hasil usahanya di dalam kubur nanti. Kerana profesion itu sama sekali tidak menjanjikan kemahsyuran, mahupun pola kehidupan yang lumayan. Sebaliknya, hanya dengan memiliki niat yang ikhlas, kita memahatkan pengharapan kepada Allah Yang Maha Esa, agar titik peluh kita untuk mendidik mereka menjadi manusia yang seimbang neraca dunia dan akhiratnya, diganjari dengan syurga. Kita juga perlu istiqomah mendoakan kebaikan bagi semua anak murid kita. Jangan sesekali timbul dalam hati ini keinginan untuk mencelakakan anak murid sendiri sekalipun anak murid itu terlalu nakal dan tidak mendengar kata. Sentiasalah meminta kepada Allah akan kesabaran dan kekuatan untuk meneruskan tugas yang mulia ini dengan penuh komitmen dan minat.” Murni mengangkat kepala. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Semangat yang sedikit luntur dek faktor masa, kembali rasa membakar. Dia kembali menjingatkan dirinya supaya membetulkan niatnya untuk bermastautin di kampung ini. Dia mahu mendidik. Bukan hanya mengajar, tapi juga untuk mendidik. Dia tidak hanya mahu mengajar anak-anak didiknya cara berkomunikasi dengan baik sesama manusia, tapi juga dia mahu anak-anak didiknya tahu konsep komunikasi antara mereka dengan Allah Yang Esa. Dia mahu menjadi legasi perjuangan bapanya, yang tak jemu mendidik anak watan menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak.

Page 206: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

206

Dia juga mahu berada dalam gerabak yang sama, tak kisahlah walaupun di koc yang terakhir dan terhujung, dalam perjuangan yang dipelopori oleh Nabi Muhammad . untuk membina karekter seorang muslim yang sejati. Ini iltizamnya! Ini perjuangannya! Murni kembali membulatkan tekadnya. Dia tersenyum kepada diri sendiri. Buku nota tulisan tangan yang dibacanya sebentar telahpun diletakkan kembali ke dalam laci. Buku catatan yang sangat dia sayang, bahkan lebih dia sayang daripada cincin yang disarung di jari manisnya. Cincin itu jika hilang pun, nilainya tidak sampai pun RM 300 tetapi jika buku catatannya itu yang hilang, mana mungkin ilmu-ilmunya dapat dia gali semula! Murni menyusun buku yang bakal dia bawa sebagai alat bantuan mengajar untuk sesi pembelajaran sekejap nanti. Jam di dinding baru saja menunjukkan pukul 10.40 pagi. Masih berbaki 20 minit untuknya bersedia. Dia menarik buku teks bahasa melayu untuk murid darjah 4 daripada timbunan buku-buku yang mahu dibawanya. Buku yang punya ilustrasi menara KLCC di muka hadapan, dibukanya. Matanya seakan berlari, mencari beberapa point yang akan dia ketengahkan kepada anak muridnya nanti. Telefon bimbit Murni tiba-tiba melontaran suara Sami Yusuf yang tenang mengalunkan lagu Asma’ Allah. Ada panggilan yang diterima. Cepat-cepat dia menyejuk saku baju kurungnya. Hari itu, dia memakai baju kurung berwarna putih dengan corak bunga-bungan yang berwarna merah dan dipadankan pula baju kurung itu dengan tudung bidang yang berwarna kuning kemerah-merahan. Ah, Murni itu pakailah apa sahaja, tetap saja dia akan nampak anggun dan cantik. Beberapa orang guru yang turut berada di dalam bilik itu memandang Murni sekejap, mungkin kerana mendengar nyanyian Sami Yusuf secara tiba-tiba.

Page 207: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

207

“Assalamualaikum Abang Long”, Murni memberikan salam. Dia sedikit tunduk, merendahkan nada suaranya. Bimbang ada yang akan terganggu dengan suaranya nanti. “Waalaikumussalam”, Ustaz Fahmi menjawab salam. Sudah lama rasanya dia tidak menelefon adiknya yang seorang ini. Lagipun, ada beberapa hal yang dia mahu bicarakan dengan adiknya. “Murni sibuk ke? Atau sedang mengajar?”, Ustaz Fahmi bertanya. “Tak adalah, Abang Long. Murni kena masuk kelas jam 11 pagi nanti. Sekarang ni Murni lapanglah. Abang Long nak cakap apa?”, dia terus bertanya. Abang sulungnya itu selalunya hanya akan menelefonnya jika ada urusan sahaja. Selalunya Murni yang perlu menelefon abangnya itu untuk bertanyakan khabar. “Kak Shikin sibuk bertanya bila Murni nak datang tengok si kecil Marha Mardhiah ni. Marha sudah memanggil-manggil Mak Uda dia ni”, Fahmi ketawa sendiri. Anaknya itu tak sampai dua bulan pun lagi usianya. Jangankan untuk memanggil ibu saudaranya, nak memanggil umi dan abi pun belum boleh lagi. Si comel ini hanya tahu menangis. Ah, kan memang itu bahasa bayi. Bahasa tangisan. “Alaaa Abang Long ni… Murni kan mana ada cuti”, Murni mencebik. Kan sekarang ini musim persekolahan. Mana boleh sesuka hati saja dia nak ambil cuti untuk melawat abangnya di Kuala Lumpur tu. “Tak apalah Murni. Nanti bila-bila Murni cuti, Murni datanglah ke rumah kami”, Fahmi memujuk. Dia pun faham tugas adiknya sebagai guru. Daripada empat orang adiknya, dia memang sudah lama perasan yang Murni itu

Page 208: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

208

cenderung untuk menjadi pendidik. Kerana itu dia kuat menyokong adiknya, walaupun pernah satu ketika dahulu, bapa mereka, Tuan Guru Ahmad Nasir pernah mempersoalkan akan keinginan Murni untuk mengambil pengkhususan dalam subjek Bahasa Melayu dan Kajian Tempatan. Kenapa tidak subjek pendidikan islam saja? Ustaz Fahmi tahu yang berbahasa ialah satu kekuatan Murni. Murni memang cukup bijak dan puitis dalam berbahasa. Mungkin kerana itulah Murni bersungguh-sungguh mahu belajar secara lebih mendalam tentang bahasa. Apapun, memang bahasa bagi sesebuah bangsa memainkan peranan yang terlalu besar dalam ketamadunan bangsa tersebut. Jika begitu, mengapa kita membuat slogan ‘bahasa jiwa bangsa’ jika kita sendiri malas dan enggan untuk menghayati bahasa ibunda kita sendiri. “Hujung minggu depan Murni pergi rumah Abang Long ya. Hujung minggu tu Murni lapang. Tak ada apa-apa nak dibuat” Fahmi ketawa. “Ikut suka Murni lah. Nanti kalau Murni nak datang, beritahulah ya. Kak Shikin pun kata dia rindu pada Murni” Fahmi menjeling kepada isterinya di sebelah. Isterinya yang masih dalam pantang itu tersenyum manis, sambil bayi comel mereka sedang lena dengan nyenyak dalam dakapan ibunya. “Abang Long cakap kat Kak Shikin yang Murni pun rindu dia. Suruh dia jaga diri baik-baik ya. Abang Long… Murni dah nak kena pergi mengajar ni”, Murni mengerling ke dinding. Masa sekarang adalah 10.55 minit pagi. “ Okey. Selamat ya dik”, Fahmi senyum walaupun dia tahu senyumnya itu hanya mampu dilihat oleh isterinya yang masih ralit memandangnya.

Page 209: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

209

“Okeylah Abang Long. Assalamualaikum” Talian dimatikan dan naluri keibuaan Murni benar-benar tersentuh. Marha Mardhiah! Tunggu Mak Uda datang ya sayang! “Aku ingat aku nak beli keretalah Arman” Mereka berdua sedang makan malam di satu gerai makan yang terletak cuma beberapa kilometer saja dari surau taman mereka. Habis saja solat isyak di surau tadi, mereka melencong ke kedai makan. Makanan rohani sudah dapat tadi kerana mereka dijamu dengan pengkongsian ilmu daripada seorang ustaz separuh abad, yang bekerja sebagai pendakwah sepenuh masa. Ustaz itu sebenarnya ialah seorang muallaf. Tengok mukanya pun ada iras-iras muka Shah Rukh Khan. Kini, selepas dijamukan makanan rohani, makanan jasmani pula dicari. Ajib dan Arman sama-sama makan dengan lahapnya. Bukan gelojoh, tapi bersemangat. Eh, makan pun perlu semangat juga ke? “Okeylah tu”, komen pendek Arman. Ajib tu kan jurutera. Gaji banyak-banyak pun disimpan buat apa. Tambah-tambah lagi, mereka berdua kan masih bujang. “Kau rasa macam mana?”, Ajib memandang wajah sahabatnya. Dia mahu juga mendengar pandangan dan pendapat Arman. Mungkin dengan pendapat Arman, keputusannya akan berubah.

Page 210: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

210

“Bagi aku okey saja kalau kau nak beli kereta. Lagi senang kau nak balik kampung halaman kau tu. Tak payah lagi nak naik bas. Buat sakit badan saja”, Arman senyum. Ajib angguk. Memang itu salah satu rasionalnya kenapa dia mahu ada kereta sendiri. Dia sebenarnya sudah puas membina lemak dengan hanya duduk di kerusi penumpang tiap kali dia pulang ke kampung. “Bila nak tengok-tengok? Sudah ada pilihan ke?”, Arman bertanya. Ajib tiba-tiba menghambur ketawa. “Man, kebetulan kau cakap tentang pilihan... jadi aku pun nak tanya kau. Bagaimana kau dengan pilihan hati kau tu?” Dahi Arman berkerut. “Pilihan hati aku?” “Adik Ustaz Fahmi lah… siapa lagi”, Ajib senyum mengusik. Arman menelan air liur. Ustaz Fahmi itu baru sahaja bulan lepas datang ke surau mereka. Walaupun Ustaz Fahmi ialah imam pertama Masjid At-Taqwa tapi dia juga aktif memberi ceramah di surau-surau dan di masjid-masjid terdekat. Dia betah bercakap dan bijak mengawal audien. Orang yang mendengar buah-buah bicaranya pasti akan tertawan dan tidak merasa bosan. Kerana itulah ramai yang mahu menjemput Ustaz Fahmi menjadi penceramah jemputan untuk sesi kuliah maghrib di surau mereka. Tapi kerana anaknya masih bayi dan isterinya masih dalam pantang, banyaklah jemputan yang Ustaz Fahmi tidak dapat penuhi.

Page 211: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

211

“Minggu lepas kan sudah jumpa dengan Ustaz Fahmi. Ustaz Fahmi ajak pergi rumah dia kan? Bila lagi nak perginya?”, soal Ajib lagi. Arman angkat bahu. “Tak tahulah aku. Tapi kita takkanlah nak datang dengan tangan kosong kan? Nantilah bila kita sudah belikan hadiah untuk anak dia” Ajib angguk mengerti. Dia setuju dengan cadangan Arman. “Ajib, aku nak tanya kau boleh tak?” Meja makan di sebelah mereka sudah kosong. Pelanggan seramai empat orang itu sudah pun berlalu ke kereta mereka. Barulah aman sedikit rasanya kerana empat orang pelanggan lelaki tadi ibarat empat belas orang. Riuh rendah suara mereka bergurau senda dan bergelak ketawa. “Tanyalah”, Ajib buat muka selamba. “Kau sudah dapat lupakan Nik Amanina?” Dia pun tak tahu apa yang membuatkan dia cukup berani untuk bertanya sejauh itu. Arman sebenarnya merasakan ada sesuatu yang luar biasa pada diri Ajib semenjak Nik Amanina meninggal dunia. Ajib senyum. Dia menarik nafas panjang. Soalan daripada Arman tadi sebenarnya dirasakannya berat. Berat untuk dijawabnya kerana jawapan bagi soalan itu bukanlah boleh difikir-fikir dengan keterbatasan akalnya, tapi jawapannya jauh tersorok dalam hatinya. “Kalau kau nak tahu, seminit pun aku tak pernah lupakan Nik Amanina. Dialah manusia yang banyak mengubah aku dan menyedarkan aku. Dia pemankin

Page 212: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

212

perubahan aku. Dia membuka mata aku supaya aku jadi lebih baik. Jadi bagaimana mungkin aku boleh dan mampu untuk lupakan dia?” Ajib geleng kepala. “Tidak sesekali, Arman. Aku tak pernah lupakan dia. Cuma tiap kali aku selesai bersolat, pasti aku akan panjangkan doa untuk dia. Aku harap doa aku makbul, jadi aku tahu aku perlu menjadi seorang muslim yang Allah sayang terlebih dahulu. Dengan itulah baru Allah akan kabulkan doa-doa dan permintaan aku”, Ajib menjawab dengan nafas yang tersekat-sekat. Hatinya sebak tiba-tiba. “Baguslah macam tu Ajib. Aku pun seronok betul tengok perubahan kau”, dia memuji Ajib. Sebelah tangannya menggaru pipi. “Setiap orang perlu berubah kan Arman? Kita tak perlukan pun untuk orang lain nilai diri kita samada kita ini ada ciri-ciri ahli syurga atau tidak. Sebaliknya kita sendiri boleh menilai diri kita macam mana”, Ajib merendahkan suaranya. “Maaflah kalau soalan aku tadi sensitif pada kau”, Arman serba-salah. Dirasakannya soalannya tadi telah sedikit mencacatkan suasana ceria mereka sebentar tadi. “Tak adalah Arman. Aku okey je. Aku cuma nak jadi seorang muslim yang lebih baik. Setidaknya, supaya hidup aku ini lebih bermakna dan ada erti. Bukan setakat nak makan dan minum saja. Aku selalu terbayangkan kawan-kawan dan saudara-mara kita di Palestin. Mereka itu umpama satu kelompok manusia yang Allah hidupkan semata-mata untuk dilukakan dan dibunuh dalam perjuangan menegakkan agama ini.” Arman angguk. Dia bersetuju benar dengan kata-kata Ajib itu terutamanya fasal kehidupan yang mestilah bermatlamat dan juga kematian yang mestilah bersama kemuliaan seperti para mujahidin di Palestin.

Page 213: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

213

“Kau cakap fasal jihad di Palestin kan, aku terus teringat fasal sesuatu. Sebenarnya jihad itu ada pelbagai mekanismanya. Di sana, mekanisma mereka ialah berperang tapi di Malaysia, mekanisma jihad kita bukanlah dengan berperang tetapi dengan cara lain. Pun begitu, matlamat jihad itu tetap sama iaitu supaya kalimah Allah berada di tempat tertinggi atau maksud lainnya, supaya seluruh manusia tunduk kepada semua hukum Allah termasuklah orang yang kafir. Orang islam lebih-lebih lagilah perlu tunduk. Jadi jihad kita di Malaysia ialah dari sudut lain. Ekonomi, pendidikan, dan sosial. Kita terapkan sistem dan nilai-nilai islam bukan hanya secara juzuk atau pecahan-pecahan kehidupan sahaja tetapi ke dalam seluruh aspek kehidupan. Islam kan syumul. Maka kita perlu ambil ia sebagai satu yang penuh dan menyeluruh juga”, Arman menambah apa yang diperkatakan oleh sahabatnya sebentar tadi. “Jadi Arman, bila agaknya kita nak pergi ke Palestin?”, mendengar cerita dari lisan aktivis-aktivis dan sukarelawan-sukarelawan yang pernah ke sana, keterujaan Ajib untuk melihat sendiri suasana rakyat Palestin tinggi memuncak. “Tak tahulah aku. Memanglah aku teringin nak pergi sana. Nak menyaksikan dengan mata kepala sendiri. Tapi bagi aku, aku rasa ada benda-benda yang lebih awla untuk aku buat di sini berbanding dengan aku pergi sendiri ke sana” “Benda-benda awla? Apa tu?” “Dalam islam ada yang namanya fiqh awlawiyat ataupun dalam bahasa melayunya ialah fiqah keutamaan. Maknanya, dalam setiap urusan kehidupan kita, kita ada turutan keutamaannya. Mana satu yang lebih penting dan patut diutamakan, dan mana satu yang kurang penting dan kurang diutamakan.” “Contohnya?”, Ajib meneliti raut sahabatnya.

Page 214: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

214

“Contohnya macam kita mahu menziarahi saudara-saudara kita di Palestin. Kalau tak silap aku, kos ke Palestin ialah dalam lingkungan 7 hingga 8 ribu ringgit Malaysia. Satu amaun sangat banyak juga. Lalu aku terfikir, lebih baik aku gunakan duit sebanyak itu untuk aku menyumbang berupa alat bantuan mengajar, bantuan perubatan, pakain dan makanan kepada mereka. Hari ini kita ada banyak NGO yang menyalurkan bantuan secara terus ke Palestin. Jadi kita boleh menyumbang melalui mereka.” “Maksud kau, tak elok kalau pergi ke sana?” Cepat-cepat Arman menggeleng. “Bukan itu maksud aku. Jangan salah faham pula. Aku maksudkan bagi orang-orang yang gaji seciput macam aku, lebih baik aku gunakan kos perjalanan aku tadi untuk suatu yang lebih bermakna dan bernilai. Tujuh, lapan ribu ni bukannya aku keluarkan dari celah gigi. Lainlah macam jutawan-jutawan di Malaysia ini. Makanan mereka sahaja sudah beribu ringgit. Melancong ke Eropah itu pula sudah jadi seperti pulang ke kampung halaman mereka saja. Orang-orang kaya macam inilah sebenarnya yang patut pergi ke Semenanjung Gaza.” Ajib angguk. “Aku setuju dengan kau. Sepatutnya jutawan dan kerabat diraja yang kaya-kaya pergi ke sana. Biar nanti di sana mereka dapat lihat sendiri apa yang kurang dan mereka dapat membantu secara terus. Tengok sekolah-sekolah tak ada kerusi meja, maka mereka boleh bekalkan kerusi meja. Tengok hospital-hospital tak cukup mesin perubatan, jadi mereka boleh beli dan wakafkan mesin itu. Tak adalah nanti orang kaya ni buat benda mengarut seperti berhabisan separuh juta ringgit untuk beli benda yang yang harga asalnya tak sampai pun ratus-ratus ringgit” “Itu salah satu. Mereka juga perlu dibawa ke sana supaya mata hati mereka terbuka. Biar mereka ada rasa kasih sayang dan belas kasihan dengan saudara yang seagama mereka. Biar mereka rasa benci kepada Israel. Mudah-mudahan dengan itu, mereka juga akan benci dengan cara hidup Barat yang mereka agung-agungkan tu. Biar juga mereka berjinak-jinak dengan perjuangan islam. Biar mesra dengan perkataan mati syahid. Supaya secara tak langsung,

Page 215: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

215

mereka akan faham bahawa hidup atas dunia ini bukanlah semata-mata untuk cari duit sahaja sebaliknya semua orang islam perlu menyumbang untuk memenangkan agama islam ini”, tambah Arman. Ajib mengangguk-angguk. Sekali tengok, dah macam burung belatuk pula gayanya. Tapi hatinya bulat membenarkan setiap perkataan yang termuntah daripada sahabatnya. Sangat benar! “Eh, Ajib…”,Arman menyapu pandang kearah sosok seorang lelaki bertubuh gempal di belakang Ajib. Melihat sahabatnya memandang jauh ke belakangnya, Ajib turut berpaling. Ustaz Fahmi? “Ustaz!”, Ajib sudah angkat tangan, rendah. Dia memanggil Ustaz Fahmi yang perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam restoren itu. Beberapa orang yang berada dekat dengan Ajib turut sama-sama memandangnya. Ajib buat tak kisah sajalah. Dia panggil Ustaz Fahmi. Orang lain perasan buat apa. “Eh? Ajib dan Arman”, Ustaz Fahmi menguntum senyum lebar. Tak sangka budak berdua ini ada di sini. “Duduklah dulu ustaz”, pelawa Arman. Dia menyambut huluran tangan daripada lelaki yang berjambang lebat itu. Kopiah hitamnya sentiasa tidak tanggal. “Ustaz nak makan ke? Seorang saja?”, tanya Ajib.

Page 216: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

216

“Taklah. Saya nak bungkus lauk saja ni. Si kecil tu kurang sihat hari ini. Jadi isteri saya cuma melayan dia saja hari ini”, beritahu Ustaz Fahmi. Sebenarnya dia segan juga mahu cerita tapi sebab Ajib sudah bertanya, takkanlah dia mahu berbohong pula. Dah memang dia tak pandai memasak, jadi keputusan akhirnya ialah makan di luarlah. Ei. Buat malu saja tak reti masak! “Makan sajalah ustaz. Kami temankan”, Arman pula memberi saran. Ustaz Fahmi nampak serba salah. “Saya bungkus lauk sajalah” Tapi kalau dia beli lauk pun, bukannya isterinya boleh makan bersama-sama pun kerana isterinya sedang dalam berpantang lagi sekarang. Setakat makan nasi dengan ikan kering dan beberapa lauk yang ringkas-ringkas saja. Tapi mungkin bila ada wajah isteri di depan, selera makan kita pun akan meningkat. Mungkin sahajalah. Ustaz Fahmi seorang sahaja yang boleh jawab soalan itu sebab dia saja yang sudah berkahwin. “Tak apalah kalau macam tu”, Arman sedikit hampa. Kalau Ustaz Fahmi makan sama-sama, bolehlah mereka berbual panjang. “Jauhnya ustaz cari kedai makan?”, tanya Ajib pula. Pelik juga. Rasanya di sekitar kawasan masjid At-Taqwa itupun banyak restoren. Sampai sanggup berjauh-jauh ni… mesti ada yang istimewa ni. “Tak adalah. Saya kenal dengan pemilik restoren ni, Tuan Haji Imran. Saja saya mahu bantu perniagaan beliau”, Ustaz Fahmi memberitahu.

Page 217: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

217

Serentak dengan itu, Ajib dan Fahmi menoleh ke arah kaunter. Tapi yang sedang duduk di situ ialah seorang lelaki muda. Takkanlah itu dia Tuan Haji Imran? “Dia tak ada di sini. Dia kan bos besar. Bos besar cuma duduk rumah goyang kaki saja”, Ustaz Fahmi ketawa. “Apa lagi Ajib. Tak teringin ke nak buat bisnes sendiri?”, Arman senyum kepada Ajib. “Teringin tu memanglah teringin. Tapi nak untung besar, perlu modal yang besar. Kan ustaz?”, Ajib memandang Ustaz Fahmi pula. Mereka berbalas senyum. “Sebenarnya, hukum kita membangunkan ekonomi islam ialah fardu ain. Tapi jika sudah ada orang yang berusaha untuk membangunkan ekonomi umat islam, maka ia sekadar menjadi fardu kifayah. Berniaga ini satu sunnah juga sebenarnya. Rasulullah pun berniaga masa Baginda muda belia. Bahkan para sahabat dan golongan salafussoleh pun ramai antara mereka bekerja sebagai peniaga. Bezanya umat islam yang buat bisnes hari ini dengan umat islam yang buat bisnes pada masa dulu, generasi terdahulu berbisnes kerana mahu mengejar untung akhirat berbanding dengan untung dunia”, Ustaz Fahmi mula bercerita. Ajib dengan Arman menadah telinga. Memang mereka mahu dengar ustaz muda itu bercerita pun. Tu fasal sejak tadi otak Arman cergas berfikir cara bagaimana mahu membuatkan ustaz itu membuka cerita. “Tuan Haji Imran ni, kalau Ajib dan Arman nak tahu, dia ialah antara orang yang paling banyak menyumbang bagi pembinaan Masjid At-Taqwa. Dia sangat dermawan tapi dalam masa yang sama, sangat zuhud. Harta dia banyak tapi banyak yang dia sedekahkan dan dia belanjakan untuk agama islam. Saya

Page 218: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

218

pernah ke rumah dia. Macam tak percaya yang dia cuma tinggal di rumah teres sahaja. Dia tu punyalah banyak bisnesnya. Daripada restoren hinggalah kepada toko buku miliknya di sekitar KL ini. Pun begitu, dia sangat bersederhana. Orang kaya yang macam inilah yang kita patut sokong”, Ustaz Fahmi memuji-muji lelaki yang bernama Tuan Haji Imran itu. Ajib dan Arman hanya mampu mengkagumi kerana mereka tiada idea langsung tentang siapa sebenarnya lelaki yang Ustaz Fahmi maksudkan itu. “Macam cerita Saidina Abdul Rahman Bin Auf lah ustaz kan?”, Arman menyampuk. Ajib memandang Arman dengan tanda tanya. Cerita apa pulak? Ustaz Fahmi senyum lalu angguk. “Kisah Saidina Abdul Rahman Bin Auf masa beliau mula-mula berhijrah ke Madinah. Waktu dia mula membuka perniagaannya, semua orang islam sudah tidak lagi membeli dengan orang-orang yahudi hinggakan ekonomi riba dan penindasan orang yahudi itu merundum jatuh dengan mendadak. Itulah sebenarnya yang kita perlu sama-sama buat hari hari ini. Kita kata kita islam. Kita bersaudara dengan muslim yang lain tetapi dalam masa yang sama, kita membantu untuk mengembangkan ekonomi orang kafir. Kita lebih suka membeli-belah di pasaraya yang dimiliki oleh orang bukan islam, berbanding kita membeli di kedai-kedai runcit yang dimiliki secara penuh oleh orang islam. Saya sebenarnya lagi suka untuk membeli barang-barang yang dijual di kaki lima kerana kita tahu mereka itu lebih memerlukan. Begitu juga dengan orang yang datang kepada kita kononnya mahu menjual keropok. Memanglah kita boleh membiarkan sahaja mereka datang tapi kita tak membeli atas alasan kita tak makan keropok yang dia jual itu tapi apa salahnya kalau kita beli juga sedikit dan kita hadiahkan kepada jiran-jiran kita, kalau betul-betul kita memang tak makan apa yang dia jual tadi. Kita kena ingat. Mereka tu sebenarnya terdesak dan kesempitan. Patutnya kita membantu orang miskin dan bukannya membantu orang kaya jadi makin kaya”, tambah Ustaz Fahmi lagi. Ajib dan Arman sama-sama mengangguk.

Page 219: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

219

“Betul cakap ustaz. Setidaknya, mereka masih lagi mencari rezeki dengan cara yang halal. Mereka tak menipu. Tidak mencuri”, tokok Ajib. “Bang, ini daging masak merah”, seorang lelaki datang ke meja mereka dan meletakkan satu bungkusan plastik berwarna merah di atas meja. “Berapa ringgit dik?”, ustaz Fahmi mengeluarkan dompet dari saku belakang. “Kira sekali ya apa yang mereka makan ni”, Ustaz Fahmi menambah. “Eh ustaz. Tak payahlah bayar”, cepat-cepat Arman menolak. “Janganlah macam ni ustaz”, Ajib pula serba salah. Lelaki tadi berhenti mengira. Serba salah. “Tak apa. Kira sahaja berapa semua ni”, Ustaz Fahmi senyum memandang lelaki yang berdiri di hadapan mereka bertiga itu. Ajib dan Arman seperti cacing kepanasan. Rasa serba tak kena. “Semua sekali RM18” Ustaz Fahmi mengeluarkan sekeping wang kertas berwarna merah, sekeping wang kertas berwarna hijau daun dan tiga keping wang kertas yang berwarna biru laut dari dalam dompet kulit miliknya.

Page 220: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

220

“Terima kasih”, lelaki itu senyum sebelum berlalu ke tempatnya. Masih ada banyak kerja yang menantinya. “Saya gerak dahulu ya”, Ustaz Fahmi menghulurkan tangan untuk bersalam kepada Ajib dan Arman. “Nanti jemputlah datang bersolat di Masjid At-Taqwa lagi. Hah! Lagipun hari tu kamu berdua ada cakap nak datang tengok anak saya. Bila-bila rasa lapang tu, datanglah. Baik biasakan diri dengan anak kecil. Nanti bila sudah nak menjadi bapa, tak adalah kekok sangat nanti”, dia ketawa. Arman dan Akif turut ketawa. Ada-ada sahaja Ustaz Fahmi ni. “Baiklah ustaz. Insya-Allah nanti kami datang”, ucap Arman. Ajib angguk. “Okeylah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum” Hampir serentak, Ajib dan Arman menjawabnya. Seketika, mereka hanya saling berpandangan. Alhamdulillah. Rezeki di kaki malam! Pagi sabtu yang nyaman. Tak ada hingar bingar bunyi kenderaan yang bertali arus seperti biasa. Mesti masih ramai lagi manusia yang sedang berada di alam mimpi. Silap-silap, solat subuh pun belum lagi ni padahal masa sudah makin suntuk. Bila-bila masa sahaja waktu solat fajar ini akan luput. Arman dan Ajib baru balik dari mengerjakan solat subuh berjemaah di surau kecil di tengah-tengah taman perumahan ini. Mereka memakai baju tebal kerana surau itu berhawa dingin. Subuh-subuh macam inipun masih

Page 221: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

221

dipasangkan penghawa dingin. Nak ambil rasa, kononnya berada di negara mat saleh kut? “Arman, temankan aku hari ni”, kata Ajib yang baru menanggalkan kopiah dari atas kepalanya. “Pergi mana?”, Arman berhenti melangkah. Dia baru saja mahu masuk ke dalam biliknya. “Aku nak survei kereta lah” Arman teruja. “Boleh juga tu Ajib. Alang-alang kita keluar ke bandar, boleh kita cari buah tangan untuk Ustaz Fahmi. Apa kata malam ni kita pergi rumah dia?” Ajib angguk. Setuju. “Tak ada masalah. Tapi pukul berapa ni kita nak tengok-tengokkan kereta ni?” “Ikut engkaulah. Kau yang nak beli kereta. Bukan aku”, Arman sengih. “Aku nak tengok-tengok dahulu. Bukan nak beli hari ini pun. Pinjaman bank apa semua aku tak buat pun lagi ni”, jelas Ajib. Arman angguk. “Boleh. Tak jadi masalah. Eh Ajib, pagi ni kau nak belajar mengaji tak?” Sudah beberapa minggu Ajib belajar membaca al-Quran dengan Arman. Bukan belajar seperti seorang kanak-kanak yang belajar mengenal huruf alif ba ta.

Page 222: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

222

Bukan. Ajib sudah tahu baca al-Quran tapi tajwidnya sahaja yang masih tunggang langgang. Jadi dia meminta Arman untuk mengajarnya tajwid. Lagipun mana ada orang atas dunia ini yang belajar sehari, sudah pandai. Tidak ada. Setiap apa yang kita pelajari, kita perlukan kepada amali atau praktikal. Kemudian barulah kita akan kompeten dan akan ingat sungguh-sungguh dengan apa yang kita pelajari itu tadi. Seringkali Arman mengingatkan dan memberi motivasi kepada Ajib akan satu sabdaan Rasulullah yang mana kata Baginda, orang yang membaca al-Quran secara tersekat-sekat kepayahan dan kesukaran, Allah akan ganjarkan untuknya dua pahala iaitu pahala orang yang membaca al-Quran dan pahala atas kesungguhan dan usahanya. Cuma orang itu hendaklah dalam situasi belajar. Kalau tak ada usaha untuk belajar, maka selama tempoh dia buta al-Quran itu, selama itu jugalah ada sahaja debit pada akaun amalnya. Ada sahaja dosa yang sentiasa mengalir masuk. Tapi, sungguh menyedihkan bila ramai manusia yang sanggup buta al-Quran tapi takut sungguh jika buta bahasa inggeris! Apa dia ingat bahasa inggeris itu hebat sangat? Bahasa arab lebih hebatlah. Sudahlah bahasa arab itu bahasa al-Quran, ia juga adalah bahasa ahli syurga. “Belajar mengaji pagi ni? Boleh juga tu”, Ajib senyum. Cepat-cepat dia masuk ke dalam biliknya. Wajah Nik Amanina yang tersenyum kepadanya seakan-akan menyapanya saat al-Quran yang pernah gadis itu hadiahkan kepadanya, dia capai. Ya Allah, jika ada pahala untukku kerana mempelajari al-Quran, maka kau kirimkanlah pahala itu buat Nik Amanina, kerana dialah yang membuka mataku untuk melihat betapa suci dan mulianya kalam-Mu!

Page 223: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

223

“Tiba-tiba aku rasa macam tak sesuai pula kita bertamu rumah orang malam-malam begini”, Arman berbisik ke telinga sahabatnya. Mereka berdua, oh bukan, bertiga sebenarnya, termasuklah Ustaz Fahmi, baru sahaja selesai menunaikan solat isyak berjemaah di Masjid At-Taqwa. Selepas selesai bersolat sunat rawatib, Ajib dan Arman mampir ke arah Ustaz Fahmi yang sedang bercakap sesuatu dengan seorang lelaki tua, jemaah solat tadi. Selepas melihat urusan mereka berdua selesai, Ajib dan Arman pun mendatangi Ustaz Fahmi. “Kalau malam ni kami datang rumah ustaz, boleh tak?” Maka sudah tentulah jawapannya ialah, ‘Ya. Boleh. Jemputlah datang.’ Kini, saat roda motosikal Ajib sudah berhenti berpusing, barulah Arman sedar. Malam-malam kan masa yang bersifat peribadi. Orang bujang seperti mereka berdua ini memanglah hampir sepanjang masa tiada masa yang bersifat peribadi tapi orang yang sudah berkahwin, kan tak sama. Lagipun kalau kita kaji sunnah-sunnah Rasulullah S.AW, baginda selalunya hanya berziarah pada waktu petang selepas selesai solat asar. Malam-malam ialah waktu untuk berehat dan untuk beribadah. “Buat apa lagi atas motosikal tu. Masuklah”, Ustaz Fahmi yang baru keluar dari kereta wajanya mempelawa dua orang tetamunya masuk. Lambat-lambat, Arman pun turun. Wajahnya tersenyum tapi jelas senyum itu bukan senyum yang biasa. Ini senyum orang yang sudah malu!

Page 224: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

224

Topi kaledarnya ditanggalkan. Ajib pun turut menanggalkan topi kaledarnya sebelum diletakkan di atas kusyen motosikalnya. Kelakuan mereka itu diperhati oleh Ustaz Fahmi yang masih tersenyum. “Kamu berdua tunggu di luar dahulu sebentar ya. Saya masuk dalam sekejap, beritahu isteri dan adik saya dahulu”, Ustaz Fahmi meminta diri. Hampir serentak Ajib dan Arman mengangguk. Sebagai seorang lelaki, adalah menjadi tugasnya untuk menjaga maruah ahli keluarganya. Jadi, Ustaz Fahmi pun mengambil keputusan untuk memberitahu isterinya dan adik perempuan tentang kedatangan dua tetamu lelaki ini ke rumahnya. Dapatlah nanti isterinya dan adiknya itu menyarung kerudung dahulu dan menyembunyikan aurat mereka daripada dipandang oleh tetamunya. Arman pula tambah tak keruan bila mendengar perkataan ‘adik’ dari mulut Ustaz Fahmi. Jangan-jangan, Murni turut berada di dalam! “Ajib, aku rasa macam nak baliklah”, dia menyiku lengan Ajib yang berdiri di sebelahnya. Dahi Ajib berkerut. Dia memandang Arman berkali-kali. “Kau ni kenapa?” Belum sempat Arman menjawab, Ustaz Fahmi sudah terpacul di balik pintu. “Masuklah” Ajib senyum. Dia mengetuai Arman, menanggalkan selipar. Arman masih lagi teragak-agak. Melihat sahabatnya yang pelik sangat lakunya malam ini, Ajib pun menarik tangan Arman. Ustaz Fahmi sudah tergelak kecil.

Page 225: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

225

“Jomlah masuk dalam rumah. Rumah kecil je. Tak ada apa-apa. Kosong”, Ustaz Fahmi seperti tersenyum. Gayanya bercakap sudah macam seorang pemandu pelancong yang sedang memberikan taklimat tentang satu tempat pelancongan yang dilawati kepada legasi yang diketuainya. Dia mempelawa dua orang tetamunya duduk di atas sofa. “Sebentar ya”, sekali lagi Ustaz Fahmi meminta diri. Dia lalu hilang dari balik tirai yang memisahkan antara ruang tamu dengan bahagian dalam rumahnya. Ajib dan Arman sama-sama membatu di ruang tamu. Mereka duduk tegak. Rasa janggal pula tiba-tiba. Tambah-tambah lagi si Arman ni. Wajahnya pucat lesi. Ustaz Fahmi mendukung anaknya, Marha Mardiyyah yang sedang tidur. Bayi comel itu bergerak-gerak apabila merasakan tidurnya terganggu. Ustaz Fahmi lalu meletakkan anaknya ke atas tilam kecil yang berada di sisinya. “Marha tidurlah Ajib”, Ustaz Fahmi tesenyum kepada Ajib. Ajib bergerak turun dari sofa dan mengensot ke arah si kecil Marha. Sebuah senyuman terukir secara semulajadi pada wajahnya. Rasa seronok dan bahagia benar melihat wajah bayi itu. Didorong oleh naluri kebapaan yang secara fitrahnya sudah dimiliki, dia mencium bayi itu. Jarinya menyentuh lembut pipi mulus bayi itu. “Comelnya, ustaz…”, puji Ajib ikhlas. Bayi perempuan itu benar-benar nampak tenang dalam tidurnya.

Page 226: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

226

“Ada iras-iras saya tak?”, wajah Ustaz Fahmi juga ceria saat bertanya. Arman juga perlahan-lahan pergi mendapatkan Ajib yang sedang tersenyum-senyum memerhati si kecil, Marha Mardiah. “Hmmm… ada juga iras-irasnya. Hidung dia kut macam ustaz”, Ajib tersenyum. Ustaz Fahmi ketawa kecil. “Iya ke? Semua orang cakap hidung Marha ni ikut umi dia” Ajib sama ketawa. Memang dia main cakap saja tadi. Tak tahulah tang mana yang sama. “Ajib ada adik?”, tiba-tiba Ustaz Fahmi bertanya. Ajib angguk. “Ada dua orang”. “Yang paling kecil umur berapa?”, soalnya lagi. “Baru darjah satu” Ustaz Fahmi angguk. “Arman pula, ada adik?” Arman yang khusyuk memandang wajah tenang bayi yang berusia tiga bulan itu terus mengangkat wajah.

Page 227: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

227

“Saya anak bongsu, ustaz”, jawabnya perlahan. “Patutlah!”, Ajib menyampuk lalu ketawa. Arman angkat kening. “Patutlah apa?” “Patutlah manja”, Ustaz Fahmi tolong menjawab. Dia dan Ajib menghamburkan tawa. Arman pula hanya tersengih. “Mana ada manja. Ish…”, Arman membela diri. Dia pun tahu yang Ustaz Fahmi tak bermaksud apa-apa. Ustaz muda itu hanya bergurau saja. Arman sendiri pun bukannya kisah pun. “Tak adalah Arman. Saya gurau je”, bahunya ditepuk. “Tapi betullah, ada beza antara seorang anak bongsu dengan orang yang ada adik bila mereka melayan anak kecil. Orang yang tak ada adik, dia sebenarnya nampak lebih berhati-hati dan takut dengan anak kecil yang masih tak kuat lagi tubuh mereka. Silap-silap, nak dukung pun tak berani sebab badan bayi itu yang masih lembut dan tak kuat”. Ustaz Fahmi bercakap melalui pengamatannya. Bahkan ada sesetengah perempuan yang sudahpun mencapai usia 20-an, tapi masih tak berani untuk mendukung bayi. Masih tak tahu teknik sebenar untuk memegang bayi. Macam mana nak jadi ibu kalau macam ni? Seketika kemudian, seorang gadis berpakain sopan mampir ke arah mereka. Dengan cermat, dia meletakkan tiga cawan air di atas meja bulat di tengah-tengah mereka.

Page 228: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

228

Dada Arman saat itu, dirasakan seperti mahu meletup sahaja. Wajah yang sekian lama dia rindu, rupanya ada di depan matanya sahaja! Eh? Murni yang cepat-cepat mahu bergerak semula ke dapur, kaku di posisinya. Matanya dan mata Ajib bertembung sesaat. Cepat-cepat dia cuba larikan pandangannya sebelum pandangannya tumpah pula kepada Arman. “Syed Arman?” Dalam hanya sekitar beza dua saat sahaja, Murni sudah dua kali terkejut. Pertama, dia terkejut apabila melihat kelibat Ajib di rumah abang sulungnya. Apa yang Ajib buat di sini? Kedua, dia tambah terkejut melihat sosok tubuh lelaki bernama Syed Arman itu. Macam mana dia pun boleh ada di sini? Ustaz Fahmi cepat-cepat melibatkan diri dalam drama sebabak ini. “Murni kenal dengan Arman?”, sekejap dia memandang Arman dan sekejap dia memandang wajah adiknya yang sudah merona merah pipinya. “Dia senior Murni dahulu”, kerana Arman tidak menjawab, Murni pun membuka mulut. “Oh. Sama maktab lah dulu ya”

Page 229: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

229

Arman angguk. Dadanya berdebar hebat. Mujur sahajalah degup jantung kita ini tiada bunyi. Senyap sahaja. Kalau ada bunyi, rasanya bergema rumah ini dengan bunyi degupan jantung Arman seorang saja. “Abang Long, Murni minta diri dulu ya”, Murni bingkas berdiri. “Tak nak sembang-sembang dulu ke?”, soal Ustaz Fahmi. Dia faham bahawa tak ‘murni’ sebenarnya bagi seorang lelaki dan perempuan untuk berbual-bual secara berdua-duaan. Lebih-lebih lagi jika tiada urusan yang boleh masuk bawah kategori mustahak. Tapi kalau memang Arman dan adiknya ini sahabat lama, maka tak salah jika sesama sahabat untuk saling bertegur sapa semula. “Tak apalah Abang Long”, Murni cuba tersenyum kepada tiga lelaki di depannya. Lalu, dengan rasa malu yang menebal, cepat-cepat dia pergi ke dapur. Kakak iparnya, Ashikin pula kini tersenyum-senyum. “Ni apa yang merah padam ni?”, dia sengaja mencuit pipi Murni yang licin itu. Dia ketawa kecil. Sebelah tangannya mengatup mulutnya. Bimbang jika sampai ke depan sana suara dia ketawa. Lagipun rumah ini bukan besar mana pun. “Eiii… apalah akak ni. Mana ada merah”, Murni mencebik. Memanglah dia tak mengaku, sebab dia tak tengok cermin. Kalau dia tengok cermin, mesti akan bertambah satu lagi lapis rasa malu sebab melihat muka sendiri. Kulit Murni kan cerah. Jadi memang ketara benar bila ia memerah. Murni merengus, berlakon kononnya dia merajuk dengan kakak iparnya yang sangat akrab dengannya ini. Padahal dia tak merajuk pun. Dia cuma segan dan malu! Sebenarnya bukan Arman pun yang dia segankan. Dia cuma terkedu kerana boleh bertemu dengan lelaki itu di rumah abangnya…

Page 230: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

230

“Akak tak pernah tengok Murni malu sampai macam ni sekali”, Ashikin masih tersenyum-senyum. Tak ada tanda-tanda yang dia mahu berhenti mengusik. Tangannya sedang sibuk menceduk bihun goreng yang baru siap dimasak ke dalam satu bekas besar. Murni tak mahu menjawab kerana dia tahu, makin dia menidakkan maka akan makin benar dan tepatlah serkap jarang kakak iparnya itu. Dia tak mahu urusan hatinya diketahui orang lain. Setidak-tidaknya buat masa sekarang ini. “Nah, pergi bawa bihun ini ke depan”, Ashikin menyuruh. “Alaa kak. Akaklah yang bawa”, Murni merengek. Segannya memuncak. “Eh, Murni lah yang bawa. Kakak sudah masak kan”, Ashikin senyum. “Tak eloklah kak. Murni ini kan anak dara. Akak tu lainlah”, Murni sengih. “Ooo. Kiranya nak cakap akak ni kelas bawahanlah?”, dia ketawa sendiri. “Mana ada. Orang tak cakap apa-apa”, Murni menafikan. “Takpelah. Biar akak bawa. Akak nak tengok lelaki yang mana satu yang menyebabkan adik akak jadi malu sangat malam ni” Biji mata Murni bulat. Akak!

Page 231: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

231

Murni mencium anak buahnya bertalu-talu. Rasa sedih pula untuk meninggalkan si comel, Marha Mardiah ini. Dua hari dia berziarah ke rumah abang sulungnya semata-mata mahu melepaskan rindunya kepada anak saudaranya ini. Murni memiliki tiga orang anak saudara, tapi dua orang anak lelaki Kak Ain tinggal dan membesar di Mesir. Kak Ain dengan suaminya, Abang Razak bermastautin di Kaherah. Sudah tiga tahun lebih juga mereka tak balik Malaysia. Katanya hujung tahun ini baru mereka mahu pulang. Bahkan masa Mesir bergolak sepanjang arab spring dahulupun, abang dan kakaknya tidak balik-balik. Mereka masih bertahan di tengah-tengah kemelut politik Mesir. “Nanti mesti Mak Uda akan rindu pada Marha”, Murni memandang jauh ke dalam mata anak kecil yang dirangkulnya. Anak kecil itu merengek-rengek sedikit. Ashikin pula hanya senyum memerhati gelagat adik iparnya. “Kak, Murni balik dulu ya”, selepas meletakkan anak saudaranya itu di atas tilamnya, Murni menghulurkan kedua belah tangannya dan bersalaman dengan kakak iparnya sebelum mereka berpelukan kejap. “Abang Long, Murni balik dulu”, Murni kemudian meluru kearah abangnya dan menguncup tangan abang yang sangat dia hormati itu. “Murni pandu kereta elok-elok ya”, Ashikin berdiri di muka pintu. Memerhati adik iparnya yang sedang memasukkan beg pakaiannya ke dalam kereta. “Kalau penat atau mengantuk, berhentilah rehat dulu di mana-mana perhentian”, pesan Ustaz Fahmi pula.

Page 232: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

232

“Insya-Allah. Doakan Murni selamat sampai ya”, Murni menghulur sekuntum senyuman lebar. “Insya-Allah”, Ustaz Fahmi angguk. Tak lama, kereta proton saga berwarna biru gelap itu menyusur perlahan-lahan ke jalan raya. Ustaz Fahmi dan isterinya lalu masuk ke dalam rumah. Pintu rumah yang terbuka, ditutup semula. Jam di dinding sudahpun menujukkan pukul 2.30 petang. “Bang, abang perasan tak ada sesuatu yang pelik fasal Murni malam tadi?”, Ashikin bertanya. Anaknya dirangkulnya kemas. Ustaz Fahmi memandang wajah isterinya. Dia angkat bahu. “Tak ada pun. Kenapa? Ada apa-apa yang pelik?” “Saya perasan yang selepas Murni pergi hantarkan air kepada tetamu-tetamu abang, wajah Murni berubah. Merah padam”, Ashikin rasa geli hati mengenangkan perubahan mendadak pada tona kulit muka adik iparnya. “Oh. Kalau awak perasan, lelaki yang pakai cermin mata itu sebenarnya bekas senior Murni di maktab dahulu. Mungkin sebab dia terkejut kut berjumpa semula dengan seniornya”, jawab Ustaz Fahmi selamba. “Takkanlah…”, isterinya tak puas hati.

Page 233: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

233

“Kenapa pula?”, Ustaz Fahmi hairan. “Yalah. Kalau setakat jumpa senior lama kita, takkanlah sampai merah padam muka budak tu. Dia malu bang. Nampak sangat ada seseuatu yang dia segankan. Macam…” “Macam apa?”, Ustaz Fahmi cepat-cepat bertanya. “Macam masa ayah saya cerita fasal abang pada saya”, Ashikin senyum. Mana mungkin dia boleh lupa. Kakak-kakaknya dan adik-adik perempuannya sebulan penuh menyakatnya. Kata mereka, dia punya malu-malu tu memang ketara sekali. Iyalah. Sepanjang hidupnya, Ashikin tak pernah pun ada lelaki selain ayahnya dalam urusan hatinya. Dia itu anak ketiga daripada lima adik-beradik dan kelima-lima mereka semuanya perempuan. Ustaz Fahmi termenung seketika. “Erm, awak rasa Murni ada suka kepada Arman ke?”, soal Ustaz Fahmi. “Arman tu lelaki yang pakai cermin mata itu ke? Bekas senior kepada Murni?” Ustaz Fahmi angguk. Dia juga perasan yang sejak kelibat Murni dilihat oleh Arman, anak muda itu jadi seperti robot. Tidak banyak bercakap. Kaku. Bahkan, berpeluh-peluh. Padahal dia dan Ajib rileks dan tenang-tenang saja. Kipas di siling berpusing dengan kekuatan maksimum. Mana mungkin boleh panas pula.

Page 234: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

234

“Saya rasa macam itulah. Saya perempuan… jadi saya tahu bila perempuan itu menyukai seseorang”, Ashikin senyum penuh makna. Dia teringat bahawa ada satu kata-kata daripada cerdik pandai berkenaan dengan kaum hawa. Seorang wanita mampu untuk menyembunyikan rasa kasih kepada seseorang selama bertahun-tahun tapi dia tak akan mampu untuk menyembunyikan rasa cemburunya walaupun sehari. Dalam bab menyembunyikan rasa cinta atau kasih, wanita memang juara dalam urusan ini. Kerana itulah selepas melihat perubahan mendadak Murni dan tingkahnya yang serba tak kena, hati Ashikin kuat memberitahu yang adik iparnya itu ada menyukai salah seorang daripada dua orang tetamu mereka. “ Kalau betul Murni ada perasaan pada Arman, apa kita nak buat?”, tanya Ustaz Fahmi tiba-tiba. “Eh, saya pun tak pasti yang Murni tu ada hati kepada Arman. Saya cuma bercakap melalui pengamatan saya saja”, Ashikin serba-salah. Takut juga kalau dia yang tersilap dalam menafsir isi hati adik iparnya itu. “Abang pun sebenarnya rasa benda yang sama. Arman itu pun nampak lain betul bila dia pandang Murni malam tadi. Terus jadi pendiam dan kaku. Orang cakap dengan dia pun dia tak fokus”, Ustaz Fahmi tersenyum nipis. Lucu juga ya. Isterinya angguk. Suara Marha Mardiah yang menangis, menarik perhatian ibunya. Ashikin cepat-cepat merangkul anak kecilnya. “Tak apalah bang. Nanti bila ada masa, kita tanyalah dengan Murni tu”, Ashikin menyusukan Marha. Mata bayi perempuan itu terpejam tapi mulutnya sedang bergerak-gerak menelan zat daripada susu ibu.

Page 235: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

235

Ustaz Fahmi hanya angguk. “Insya-Allah, ibu. Baiklah. Assalamualaikum” Talian dimatikan. Ajib senyum sesaat. Dia baru sahaja selesai menelefon ibunya di kampung. Dia memberitahu Ibu Suri akan hasratnya untuk membeli kereta. Ibu Suri positif. Dia tidak menghalang keinginan anak sulungnya itu untuk memiliki kereta sendiri. Biarlah dia. Duit dia. Cuma hari ini dia bangga kerana anaknya melibatkan dia dalam satu urusannya yang sepatutnya tak perlu pun dia nak sibuk-sibuk atau campur tangan. Tindakan Ajib yang meminta buah fikir dan nasihatnya tadi membuatkan Ibu Suri terharu dan merasakan dirinya dihormati. Ajib tekad. Beberapa minggu kebelakangan ini, otaknya hanya memikirkan tentang satu perkara sahaja; kereta apa yang mahu dibeli? Kadang-kadang dia berfikir terlalu jauh sampaikan bayang-bayang Nik Amanina menikam fikirannya. Dia pernah berkata kepada gadis itu bahawa dia tak mahu sibuk-sibuk membeli kereta tapi tak sangka rupanya dia sudahpun hampir pasti memiliki sebuah kereta sedan keluaran tempatan. Proton Preve berwarna merah garang menjadi pilihan hati. “Bila aku nak rasmikan kereta baru kau ni?”, Arman senyum, bergurau. Ajib menjuihkan bibir. “Kau ingat kau dapat?”

Page 236: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

236

Bantal kecil di sisi Arman, dicampak. Tepat terkena wajah Ajib. Ketawa mereka bertembung. “Untunglah kau. Dah ada kereta nanti, makinlah ramai perempuan yang minat kau”, Arman ketawa. “Kenapa pula? Kau ingat semua perempuan melihat kepada material ke?”, Ajib tak bersetuju. Nik Amanina adalah contoh yang paling jelas bagi Ajib. Nik Amanina itu anak orang kaya. Anak seorang usahawan berjaya di Kemaman, Terengganu. Tapi walaupun bapanya ialah ahli perniagaan yang sukses, dia masih sudi berkawan dengan Ajib yang bukan setakat tak ada kereta, rupa pun tak ada sangat. Setakat hidung saja macam orang Pakistan jual karpet. “Aku gurau je”, Arman sengih. Jauh di sudut hatinya, dia pun merasakan bahawa tidak semua perempuan hanya memandang kepada faktor luaran. Hanya drama televisyen sahaja yang banyak mempotretkan perangai buruk sebegitu. Secara tak langsung, ramailah kaum hawa yang terikut-ikut dengan apa yang mereka contohi daripada drama dan filem murahan sebegitu. Mereka sedang duduk di depan televisyen sambil menonton televisyen. Siaran berita di saluran Awani menjadi pilihan. Di kaca televisyen sekarang adalah rakaman keganasan rejim Bashar Assad terhadap rakyat-rakyatnya di Syria. Jelas suara pembaca berita yang bertali leher itu memberitahu kepada para penonton di seluruh dunia bahawa bilangan kematian rakyat marhaen makin meningkat hari demi hari dengan kanak-kanak telahpun menjadi korban utama keganasan rejim syiah ini. “Aku pelilkah” Arman tak bertanya. Dia cuma menungguh sahabatnya yang berkerut-kerut kulit mukanya itu untuk menghabiskan cakapnya.

Page 237: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

237

“Bilangan orang syiah di Syria sebenarnya tak sampai tujuh peratus pun. Tapi macam mana mereka boleh bunuh dan siksa rakyat-rakyat mereka yang berakidah dengan akidah Ahlus sunnah wal jamaah tu?” Syukurlah kerana semenjak dia mendampingi majlis-majlis ilmu, dia dapat belajar tentang akidah ahlus sunnah wal jamaah yang selama ini, tak pernah langsung dia ambil peduli. Bahkan jika dua tahun lepas, kalau ada orang bertanya kepada dia, “Kau ini akidah ahlus sunnah wal jamaah atau syiah?”, maka Ajib tahu dia mesti akan jawab, “Akidah saya sama macam orang ramai. Macam orang lain jugalah” Padahal orang lain akidah apapun dia tak tahu. Arman senyum segaris. “Nak buat macam mana. Dah mereka yang pegang kuasa pemerintahan. Kan zaman sekarang ini manusia kembali berpegang dengan sistem politik rimba. Siapa yang kuat, dialah yang berkuasa. Dia boleh dan mampu nak buat apa-apa sahaja kerana ada autoriti” “Tapi macam mana golongan ahlus sunnah wal jamaah boleh beri kuasa politik kepada orang syiah pula? Pelik. Mereka itu majoriti. Sepatutnya merekalah yang pegang kuasa” Arman angkat dua bahunya. Bibirnya dicebik. “Aku pun tak tahu, Ajib. Tapi aku rasakan ini salah rakyat itu sendiri juga” “Salah rakyat itu sendiri? Maksud kau?” “Pertama, boleh jadi golongan ahlus sunnah wal jamaah itu berpecah dan tak bersatu padu. Bila kita berpecah, maka musuh pun mudah untuk mengambil kesempatan atas kita. Sejarah Tanah Melayu ini pun ada membuktikannya di

Page 238: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

238

saat dua orang pemimpin saling rakus berebut kuasa, maka mereka meminta bantuan Inggeris yang mana akhirnya, bukan hanya maruah yang tergadai tetapi tanah air pun tergadai sama. Mungkin begitulah juga yang berlaku di Syria” Ajib diam. Bersetuju tidak, membangkang pun tidak. Dia sendiri sebenarnya belum mengkaji lagi tentang kemelut politik yang dahsyat yang sedang berlaku di Syria tika ini. Jadi dia tak ada point untuk ditambah. “Sebab kedua ialah mungkin kerana golongan ahlus sunnah wal jamaah tidak berminat dan tidak mahu ambil peduli tentang urusan politik. Di Malaysia ini pun wujud golongan yang hanya mahu beribadah, mahu solat malam, mahu pakai jubah dan serban sahaja, tapi tak mahu untuk ambil tahu tentang pola kepimpinan negara. Bagi mereka, nak masuk syurga hanya kena banyak solat dan banyak ibadat. Tak payah nak sibuk-sibuk tentang kepimpinan. Jadi apabila orang yang baik-baik dan soleh-soleh sudah tidak ambil peduli fasal kepimpinan negara, maka akan berleluasalah kemaksiatan, kemungkaran, pecah amanah, penyelewengan, dan kerosakan dalam negara itu.” “Hmm… betul juga apa yang kau cakapkan tadi tu, Arman”, Ajib bersetuju dengan buah fikiran sahabatnya itu padahal mereka tak tahu bahawa sebenarnya Syria semenjak merdeka daripada penjajah Perancis pada tahun 1945, negara itu telahpun diperintah oleh anak watan Syria sendiri hinggalah pada zaman Hafeez Al-Assad yang telahpun menerapkan pemerintahan berbentuk diktator hinggalah kepada hari ini. Hari ini, anaknya pula yang menjadi pemerintah Syria iaitu Bashar al-Assad. Anak borek bapa rintik. Dua beranak, sama-sama kejam sama-sama zalim. Sama-sama kafir (syiah). “Syiah ni kanser…” Ajib angguk. Selepas dia mendengar pencerahan daripada para ustaz dan ulama tentang ‘agama’ syiah, hatinya meluap-luap marah dan benci. Syiah sudah tidak layak untuk dipanggil islam lagi. Mereka sudah terpesong jauh.

Page 239: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

239

Mereka sudah menjadi doktrin yang terkeluar daripada islam. Namun begitu, atas dasar ilmu, maka kita perlu ingat bahawa walaupun syiah itu sesat tetapi ada satu mazhab syiah yang tidak dihukum sesat. Itu ialah syiah zaidiyyah. Tapi sekarang, Syiah Zaidiyyah ini sudahpun tersesat juga kerana para pengikut kepada pengasas fahaman ini, iaitu Zaid bin Ali Zainul Abdin, telahpun menyelewengkan ajaran asal Zaid bin Ali Zainul Abidin. Jadi kesimpulannya, tak ada lagi syiah yang benar. Semuanya tersesat dengan kesesatan yang dahsyat. “Aku tahu yang mereka itu bahaya, songsang dan sesat. Tapi yang peliknya, kenapa masih ramai orang yang menganut agama syiah ini ya? Bulan oktober lepas, aku pernah dengar satu ceramah daripada Ustaz Nazmi Karim. Kata beliau, para pengikut Syiah di Malaysia sudahpun mencapai dalam anggaran 30,000 orang semuanya” Arman melepaskan nafas berat. Jelas sekali hatinya terasa berat membayangkan bilangan yang cukup ramai itu. 30 ribu itu yang ialah bilangan yang diketahui. Yang tak diketahui pasti lebih ramai kerana syiah ada taqiah ataupun berlakon. Satu ajaran agama mereka ialah dengan mereka berlakon seakan-akan mereka bukan syiah. Mereka sembunyikan kesesatan mereka di dalam hati semata-mata. “Syiah tak datang ke Malaysia dengan menggunakan nama syiah. Kalau terang-terang mereka gelar diri mereka syiah, maka awal-awal lagi orang akan tahu. Sebaliknya mereka datang dengan topeng baru. Mereka datang dengan nama lain, iaitu mazhab ahlul bait. Penjenamaan inilah yang memperdayakan ramai orang. Mereka ingat itu adalah mazhab kaum keluarga Rasulullah tapi ternyata sangkaan mereka meleset. Syiah itu penipu besar. Kononnya mereka kata mereka sayang Rasulullah dan kaum keluarga Baginda. Kalau betul sayangkan Rasulullah dan kerabat Baginda, jadi mengapa pula perlu mengangkat Saidina Ali lebih tinggi daripada Rasulullah”

Page 240: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

240

Ajib tak dapat menahan dirinya daripada tersenyum. “Aku teringat yang rukun iman bagi mazhab syiah imamiyah, iaitu mazhab rasmi syiah di Malaysia ini ada tujuh. Kalau kita ada enam, mereka pula ada tambahan sendirian iaitu mereka beriman dengan dua belas orang imam” “Bangang betul. Ada ke patut mereka tuduh malaikat Jibril tersilap menurunkan wahyu. Dakwa mereka, sepatutnya wahyu-wahyu itu turun kepada Saidina Ali dan bukannya kepada Nabi Muhammad. Inilah dia lawak yang paling lucu sepanjang aku hidup, Ajib. Tak fasal-fasal wahyu pun boleh jadi silap turun. Teruk betullah Allah kalau Dia biarkan wahyu itu sampai kepada orang yang salah. Kalau macam tu baik Saidina Ali sahaja yang jadi nabi. Huh. Bodoh betul pengikut syiah di Malaysia ni. Sampai macam tu pun mereka tetap tak nampak kebenaran” “Itu baru satu, Arman. Yang fasal imam-imam mereka maksum tu pula?”, Ajib mencetuskan bunga api yang bakal meledakkan lebih banyak kesesatan syiah. “Mereka kata dua belas orang imam mereka itu sebagai maksum. Bahkan kata mereka, imam-imam mereka itu adalah lebih maksum daripada sekalian rasul. Bahkan tambah mereka lagi, para imam mereka mampu untuk mengampunkan dosa-dosa manusia. Dah jadi macam paderi-paderi dalam agama kristian pula dah. Tapi yang paling mengarut, imam-imam syiah yang dua belas orang itu tahu apa yang berlaku pada masa lepas dan mereka juga tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Kalau macam tu baik mereka ramalkan bila mereka akan mati supaya nanti seminit nak mati, mereka boleh jadi ahlus sunnah wal jamaah semula”, Arman berapi-api bercakap. “Lagi satu, Ajib… kalau ikut Syiah Imamiyyah, mereka mengkafirkan semua 124 ribu orang sahabat Rasulullah selepas kewafatan Baginda kecuali tujuh orang sahabat sahaja. Kan semasa Baginda wafat, Baginda tinggalkan lebih kurang 124 ribu orang sahabat. Tak ke ramai gila sahabat nabi yang telah mereka kafirkan!”, Ajib geram. Para sahabat Rasulullah itu, kalau nak dibandingkan dengan kita, sehelai bulu roma mereka itu adalah lebih mulia

Page 241: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

241

daripada diri kita. Ini sesuka hati pula nak kata Saidina Abu Bakar kafir. Nak kata Saidina Umar kafir bahkan nak kata Saidina Aisyah sebagai pelacur pula! “Fasal karbala pula?”, Ajib juga sudah terasa panas hati. Tapi dia belum puas untuk tahu fasal syiah jadi diapun menambahkan lagi soalannya. Jauh dalam hatinya, dia berasa beruntung sekali kerana memiliki sahabat yang banyak ilmu macam Arman. Dia cuma perlu menadah telinga sahaja. Arman boleh cerita semuanya kepadanya. “Karbala ialah bukti kebodohan terbesar kaum syiah ini. Tak tahulah syaitan pangkat apa yang merasuk mereka sampaikan mereka sanggup mencederakan diri mereka sendiri. Mereka tu dah macam orang hindu Malaysia yang merayakan hari Thaipussam pula. Cucuk sana, cucuk sini, tikam sana, tikam sini, tebuk sana, tebuk sini… haish… tak rasa sakit ke? Gila betul. Tapi syiah teruk lagi kerana anak-anak mereka yang masih bayi pun mereka lukakan sampai berdarah. Kesian budak kecil itu kerana menjadi mangsa senjata tajam sampai berdarah-darah mengalir. Yang kita hairan sekarang adalah kenapa ulama-ulama mereka, ayatollah mereka tak pula turut sama mencederakan diri mereka. Yang menyiksa diri sendiri itu ialah penganut-penganut mereka sahaja. Yang ada kedudukan dalam agama mereka tak ada pula buat begitu. Nampak sangat beza antara orang yang cerdik dengan orang yang bodoh. Itu tak masuk lagi bab kahwin mut’ah” “Kahwin kontrak itu ya? Cuba kau cerita sikit. Aku pun tak faham sangat”, Ajib meminta sahabatnya untuk meneruskan cerita. “Mungkin kerana kahwin kontrak inilah yang menyebabkan ramai mahasiswa-mahasiswa di universiti terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur yang jadi Syiah”, Arman terdiam seketika. Menurut informasi yang sampai kepadanya, dia diberitahu bahwa ramai mahasiswa kita yang menjadi syiah. Mereka tertarik dengan amalan syiah yang najis tapi dalam bentuk seperti bunga yang cantik iaitu mereka sentiasa solat secara jamak dan mereka juga mengamalkan nikah kontrak.

Page 242: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

242

Kalau kita tanyakan kepada syiah, mengapa mereka solat secara jamak walhal mereka tidak bermusafir, maka mereka akan jawab yang setiap manusia sebenarnya sedang bermusafir iaitu musafir menuju akhirat. Kepala otak dia! Pandai sekali nak berhujah tapi guna hujah orang tolol. Orang bahalol. Sebab itulah mereka solat dua kali. Kalau solat zuhur, mereka buat asar terus. Jadi waktu asar nanti, mereka tak payah solat lagi dah. Maghrib dan isyak pun begitu jugalah. “Aku sebenarnya tak nampak apa pun bezanya antara kahwin kontrak dengan penzinaan. Ia cuma satu jenama baharu untuk menghalalkan zina. Padahal sama sahaja pun. Kita pergilah jumpa dengan mana-mana pelacur di Lorong Haji Taib kemudian kita buat perjanjian dengannya untuk berkahwin selama satu tempoh masa yang tertentu. Kemudian kita berikan mas kahwin yang pada aku, sama macam upah atau bayaran yang pelacur itu kenakan. Lepas tu sah dan boleh berzina. Hmmm... sedih betul”, Arman nampak kecewa. Sepatutnya golongan muda-mudi ini lebih bijak berfikir. Ini bab akidah. Bukan boleh dibuat main-main. Sekali akidah kita rosak, maka kita akan kekal dalam neraka. Orang yang akidahnya rosak tak mungkin akan masuk ke dalam syurga walaupun setiap tahun dia pergi menunaikan fardu haji. “Arman, aku nak beri satu nasihat pada kau ni. Fasal kahwin”, selepas ketegangan yang mereka ciptakan itu sudah sedikit reda, Ajib pun membuka mulutnya. Lima minit sudahpun berlalu. Arman angkat kepala. “Nasihat apa? Cakaplah” “Fasal Murni. Aku rasa Murni pun macam suka pada kau jugalah Arman”, Ajib membuat andaiannya sendiri.

Page 243: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

243

“Kenapa kau cakap macam tu?”, soal Arman. Dia menanti jawapan sahabatnya. Nun, besar harapannya agar apa yang Ajib cakapkan itu adalah benar. Amin Ya Rabb! “Sebab aku rasa dia macam malu-malu bila tengok kau. Kau tak perasan ke yang wajahnya berubah bila tahu kau ada masa malam tu” “Aku tak tahu pula. Betul ke?”, macam mana Arman nak tahu sedangkan dia itu menunduk sahaja. Tawadduk sungguhlah…! Ajib senyum ikhlas. “Aku cadangkan kau cepat-cepatlah jumpa dengan ayah dia, Arman” “Kau rasa bila aku sesuai nak pergi jumpa ayah dia?”, dia bertanya pula. “Bila-bila kau rasa kau sedia”, Ajib memberikan jawapan yang dia sendiri rasakan sebagai tak tepat tak cukup konkrit. “Aku takut ayah dia tolak aku” “Kalau takut tak payahlah kahwin. Lupakan saja Murni. Cari perempuan lain. Senang. Ramai lagi perempuan baik di luar sana tu”, Ajib ketawa. Arman telan air liur. Lupakan Murni? Ah, kalaulah dia boleh lakukannya, sudah lama dia lakukannya. Tiga tahun dia mencuba. Tiga tahun tu! Bukannya tiga hari!

Page 244: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

244

“Janganlah macam tu Ajib. Okey. Kau berilah cadangan pada aku. Apa aku kena buat sekarang? Terus jumpa dengan ayah dia? Ustaz Fahmi pula bagaimana?” Ajib diam seketika. Pandangan matanya menyapu wajah Arman yang nampak kusut. “Tanyalah dahulu kepada Ustaz Fahmi”, Ajib memberi saranan. “Nak tanya apa?”, Arman kembali bertanya. Anak muda ini hari ini nampaknya seperti sudah tak boleh berfikir apa-apa. “Tanyalah kalau-kalau Murni itu masih belum disunting sesiapa” Kan haram hukumnya kita menyunting seorang gadis yang sudahpun disunting oleh orang. Inilah dia salah satu tujuan pertunangan juga. Memberi komitmen dan memberi satu ruang yang cukup untuk saling berkenalan. Ya. Ruang yang tidak sempit tapi tidak juga longgar. Kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang, ada syariat yang memagari dua entiti berlainan jantina ini. “Betul juga”, Arman mengagguk-angguk perlahan. “Insya-Allah, nanti bila aku sedia, aku akan cakapkan kepada Ustaz Fahmi. Harap-haraplah yang Murni masih tak berpunya” Ajib senyum. “Jangan berharap sahaja. Berdoa dan berusaha juga” Giliran Arman pula untuk senyum. “Insya-Allah Ajib. Aku faham”

Page 245: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

245

Menjemput Bidadari nyanyian Dani Setiawan mula berlagu dalam relung hatinya. Pagi itu, cahaya matahari terang dan nirmala. Jam kecil yang melingkari pergelangan tangannya sudah menunjukkan ke angka sembilan setengah iaitu waktu rehat bagi sekolah ini. Hari ini Murni berpuasa sunat. Jadi dia tidak turut bersama dengan rakan-rakan guru yang lain untuk minum pagi di kantin sekolah. Perutnya masih lagi tak berasa lapar, sebaliknya masih kenyang lagi dengan minuman coklat dan biskut kering jenama Hup Seng yang dijamah semasa sahur tadi. Murni berjalan perlahan meninggalkan bilik guru. Dia berhajat untuk ke perpustakaan sekolah. Ada sesuatu yang dia mahu lakukan di situ. Dia mahu mencari novel kanak-kanak yang sahabatnya sarankan untuk dia baca kerana di dalam cerita fiksyen itu, ada pengajaran yang besar tentang psikologi kanak-kanak. Jadi, sebelum dia ke kedai buku di pekan, lebih baik jika dia cuba dahulu mencarinya di perpustakaan sekolah ini walaupun dalam hatinya, dia tahu kemungkinan besar buku yang dia mahu cari itu tidak ada dalam simpanan. Faham-faham sahajalah yang ini merupakan perpustakaan sekolah rendah. Maka bahan bacaan yang ada di kutubkhanah itu adalah amat terhad dan semuanya ialah bahan bacaan yang ringan. Baru sahaja dia menyusun tapak, dua orang murid lelaki memanggilnya. Mereka berlari-lari ke arah Murni dengan wajah yang cemas. “Cikgu! Cikgu!” Dada mereka termengah-mengah. Pernafasan mereka juga tidak lancar.

Page 246: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

246

“Kenapa ni Hafiz, Badrul?”, Murni memandang wajah dua orang anak muridnya. Budak lelaki yang berkulit cerah itu ialah Hafiz, anak kepada Ibu Suri dan juga ialah adik bongsu kepada Ajib. “Ada orang bergaduh cikgu”, Hafiz mengadu kepadanya. Murni terkejut. “Bergaduh? Di mana?” “Di tepi padang sana tu”, seorang lagi murid lelaki yang bernama Badrul menunjukkan dengan jari telunjuknya. Mimik mukanya nampak serius sekali. “Mari. Kamu berdua tunjukkan kepada cikgu” Mereka menyusun tapak, pantas. Hafiz dan rakannya, Badrul sudah mendahului Murni jauh di hadapan. Mereka berlari-lari anak. Murni pula cuma berjalan dengan laju. Dia berbaju kurung jadi agak mustahil juga untuk berlari dalam keadaan begitu. Kepalanya sedang jauh berfikir. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Tidak jauh dari situ, dia melihat satu kumpulan pelajar sedang bersorak. Riuh rendah suasananya. Hafiz dan Badrul sudah berada bersama kumpulan murid lelaki itu. Tapi kedua-dua mereka hanya diam membisu. Seorang murid lelaki yang berbadan besar sedang bergomol dengan seorang rakannya yang berbadan kurus tetapi tinggi. Budak yang berbadan gemuk itu menumbuk lawannya, tapi sempat dielak di tepi. Kerana badannya yang besar itu, maka momentumnya telah mencampakkan sedikit ke depan. Jadi peluang itu digunakan oleh murid yang tinggi itu untuk menumbuk perutnya. Dia mengaduh sambil kedua belah tangannya terus memegang perutnya.

Page 247: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

247

Lagak dua orang budak itu saling tak tumpah seperti perlawanan antara Rikshi dengan Undertaker semasa zaman kegemilangan gusti WWF, lewat tahun 90-an. Tapi kerana Murni ialah seorang gadis yang naif, jadi dia tak ada idea langsung siapakah Rikishi dan siapakah pula Undertaker itu. Sekali pun dia tak pernah menonton rancangan gusti yang pernah mendapat rating yang cukup tinggi di Malaysia. Melihat budak yang gemuk itu mengaduh kerana di tumbuk, murid-murid lain yang berada di keliling mereka berdua ketawa terbahak-bahak. Mereka bersorak dengan makin galak, seakan-akan sedang memberi semangat kepada dua orang murid lelaki di tengah-tengah mereka supaya lebih agresif dan ganas. Murni mengucap dalam hati. Dadanya meruap-ruap marah. “Cukup!”, dia berteriak. Suaranya yang nyaring itu telah menyebabkan semua murid yang tak perasan akan kehadirannya secara tiba-tiba itu terdiam. Kesemua mereka terus sahaja berubah riak. Semua panik dan cuak. “Apa yang berlaku ni?”, Murni masih tak mahu menurunkan nada suaranya. Kesabarannya benar-benar teruji. Hatinya sangat terluka apabila melihat wajah-wajah suci ini sedang melakukan kesalahan yang besar ini. “Dia ejek saya, cikgu. Dia kata saya gemuk”, budak gemuk yang menunding jari kearah lawannya. Baju sekolahnya yang putih sudah kotor dengan kesan tanah. Atau mungkin juga kesan tapak kasut murid di hadapannya. “Saya ejek saja. Mana ada saya tumbuk dia. Dia yang tiba-tiba saja tumbuk saya, cikgu”, murid yang seorang lagi membela diri.

Page 248: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

248

Murni menjeling kearah mereka berdua. “Yang kamu semua ni bersorak kenapa? Suka sangat tengok orang bergaduh?”, Murni memarahi murid-murid yang berbuat bising tadi. Ada seramai lebih kurang sepuluh orang murid darjah enam di situ. Merekalah yang menambahkan minyak pada api kemarahan yang sedang marak dalam hati dua budak lelaki yang sedang bertumbuk tadi. “Zahir, kamu kan pengawas sekolah. Kenapa kamu tak leraikan pergaduhan ini?”, Murni memarahi seorang anak muridnya yang berbaju hijau, pakain bagi pengawas sekolah. “Saya baru sampai sahaja, cikgu”, dia menjawab. Dia takut untuk mengangkat muka kerana dia tahu yang guru di hadapannya itu sedang marah. Murni geleng kepala. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia mengherdik anak muridnya berusia 12 tahun itu. Merepek sungguh! Kalau betul baru sampai, kenapa dia lihat budak bernama Zahir itu turut sama ketawa dan bersorak. Dua kali lima sahaja. “Sudah. Sekarang kamu semua pergi dari sini. Pergi balik ke kelas masing-masing”, Murni memberi arahan. Suaranya masih keras kerana marahnya masih tak reda lagi. Kesemua mereka patuh dengan arahan tadi. Mereka menyusun tapak meninggalkan lokasi itu. Ada juga antara mereka yang berbisik sesama sendiri. Mungkin sedang melahirkan rasa terkejut apabila melihat cikgu bahasa melayu mereka yang selalunya lemah-lembut dan sopan, bertukar menjadi seperti singa betina hari ini. Ini pun mujurlah Murni sedang berpuasa. Kalau tak, dengan yang bersorak itu semua sekali dia akan kenakan tindakan dan denda.

Page 249: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

249

“Kamu berdua, ikut cikgu pergi jumpa guru besar. Sekarang!”, Murni mencerun pandang dua orang anak murid di hadapannya. “Cikgu bawalah dia ni seorang saja. Dia yang tumbuk saya dulu”, murid lelaki yang tinggi itu membantah. “Kau yang ejek aku”, si gemuk itu tak puas hati. Dia menjeling kepada rakannya. “Celaka punya budak gemuk. Bodoh!”, suaranya direndahkan tapi masih jelas mampu didengar oleh Murni. Murni yang baru sahaja mahu bertenang, sudah kembali naik minyak. “Siapa yang ajar kamu untuk maki hamun orang ni? Kecil-kecil lagi sudah pandai nak memaki orang” Kedua-dua mereka terus diam. Mereka hanya saling bertikam pandang. Saling salah-menyalahkan dengan berbalas jelingan. Tak berani lagi untuk membuka mulut kerana tak mahu ditengking oleh Murni lagi. “Ikut cikgu pergi jumpa dengan guru besar”, Murni memberi arahan. Dari kejauhan, beberapa orang murid lain memerhati dengan reaksi yang pelbagai. Mereka berbisik-bisik sesama mereka. Masing-masing membuat andaian sendiri. “Tapi cikgu… saya tak salah. Dia yang salah”, budak gemuk itu meminta simpati.

Page 250: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

250

“Sudah. Diam. Siapa cakap lagi, cikgu janji cikgu akan beritahu kepada Cikgu Husin. Nak cikgu beritahu kepada Cikgu Husin?”, Murni mengugut. Kedua-dua anak muridnya itu lantas menggeleng lemah. Takut benar mereka dengan guru yang bernama Husin itu. Pernah sekali, Murni melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana seorang pelajar lelaki darjah enam dilempang oleh lelaki itu atas kesalahan menghisap rokok. Cikgu Husin memang dikenali dengan ketegasannya. Bahkan dia lebih tegas dan lebih keras berbanding dengan guru besar, Tuan Haji Rosli. Sebab itulah murid-murid ini lebih takutkan Cikgu Husin berbanding guru-guru yang lain. Kalau jadi pelajarnya, janganlah cuba-cuba untuk tidak buat kerja sekolah. Kalau mahu dirotan di tangan dan dimalukan di depan rakan sekelas, maka silakanlah abaikan tugasan yang Cikgu Husin berikan itu. Tapi yang bagusnya, caranya yang keras itu telah berjaya membentuk dan menyelamatkan murid-murid yang bermasalah walaupun bukan semuanya. Murni mengetuk pintu bilik guru besar. Dari cermin lutsinar, dia nampak lelaki separuh abad itu mengangkat muka apabila pintu kayu biliknya diketuk. “Masuklah”, dia memberi arahan. Perlahan-lahan, Murni pun memulas tombol. Dia menolak daun pintu. Dengan isyarat mata, dia menyuruh dua orang anak muridnya yang bergaduh tadi supaya masuk ke dalam. Masing-masing menundukkan kepala sahaja. Dengan langkah yang berat, mereka pun menurut. “Ada apa Cikgu Murni? Kenapa dengan mereka berdua ini?”, Tuan Haji Rosli memandang wajah dua jiwa yang masih suci yang berdiri di depannya. Mereka berdua hanya menekur lantai, tidak berani untuk malawan pandangan matanya.

Page 251: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

251

“Mereka berdua bergaduh tadi, cikgu”, Murni memberitahu. Sebagai seorang guru, sudah semestinya salah satu tugasnya ialah untuk menjaga disiplin anak didiknya. Kini, apabila ada kes pergaduhan sebegini maka sudah tentulah ia melambangkan satu sistem nilai yang sangat buruk. Nilai disiplin yang rapuh. “Cuba kamu berdua cerita kepada saya, apa sebenarnya yang berlaku” “Dia yang mulakan dulu” “Mana ada! dia yang mulakan, cikgu” “Sudah. Depan saya pun kamu berdua masih nak bergaduh lagi?”, Tuan Haji Rosli mengeraskan suaranya. “Baiklah. Kamu... cuba kamu cerita kepada saya”, jari telunjuknya ditunjukkan kepada murid yang berbadan gemuk itu. “Dia ejek saya gemuk” “Lepas tu?” “Lepas tu saya tumbuklah dia” Tuan Haji Rosli geleng kepala. “Yang kamu ejek dia pula, kenapa? Kamu rasa kamu tu hebat sangat? Kacak sangat ke?”

Page 252: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

252

Masing-masing diam. “Kamu berdua nak masuk syurga tak?” Dua orang murid itu diam. Mereka seakan teragak-agak untuk menjawab. “Mahu masuk atau tidak?”, sekali lagi soalan itu diajukan. Kini, dengan nada yang sedikit keras. “Mahu”, murid yang tinggi itu nampak yakin dalam jawapannya. “Nak”, murid yang gemuk itu pula mengangguk. “Kalau kamu berdua mahu masuk syurga, kamu kena ingat yang dalam syurga, tak boleh berkelahi. Kamu tak boleh mengejek orang lain dan kamu juga tak boleh nak pukul orang lain. Mengejek orang ialah satu dosa. Allah tak suka. Memukul orang juga ialah berdosa dan Allah tak suka. Bila Allah tidak suka kepada kita agak-agaknya boleh tak kita nak masuk syurga? Serentak mereka menggeleng. “Ha. Tahu pun. Jadi tak bolehlah kita ejek dan pukul orang, faham?” Mereka berdua mengangguk. Murni yang berdiri di samping dua orang anak muridnya hanya diam memerhati. Hatinya sebenarnya sedang belajar psikologi. Kanak-kanak ialah satu watak yang mudah terikut-ikut. Mereka mudah menerima nasihat dan tunjuk ajar yang baik tapi dalam masa yang sama juga, mereka mudah untuk menerima pengaruh yang buruk dan negetif.

Page 253: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

253

Jadi, bagaimana caranya untuk diterapkan nilai-nilai positif itu, itulah yang perlu kita semua dipelajari agar benih kebaikan yang ditanam dalam jiwa mereka itu mampu hidup subur. “Sekarang cikgu nak kamu berdua bersalaman dan minta maaf” Lambat-lambat, dua orang murid lelaki di depannya itupun saling menghulurkan tangan mereka. “Hmm… cakap apa?” Budak-budak ni… semua benda pun perlu diajar! “Aku minta maaf sebab tumbuk perut kau dulu”, murid yang berbadan gemuk itu meminta maaf. Wajahnya nampak rasa bersalah. “Aku pun minta maaf juga sebab aku ejek kau tadi. Lepas ni aku tak akan ejek kau lagi dah” Murni tersenyum senang. Ha, kan bagus macam ni. “Alhamdulillah. Lepas ni cikgu harap kamu berdua tak buat lagi benda jahat macam ini ya. Tak mahu lagi dah ejek-ejek orang ni dan tak mahu lagi dah pukul-pukul orang macam ni. Berkawan elok-elok. Boleh berjanji dengan cikgu ni?” “Kami janji cikgu”, mereka menjawab hampir serentak.

Page 254: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

254

“Baiklah. Cikgu Murni, macam mana?” “Saya tak ada apa-apa, cikgu”, Murni membalas “Kalau macam tu kamu berdua boleh balik ke kelas sekarang” Mereka tersenyum lega. Mujur tak kena hukuman yang berat-berat. Kalaulah Cikgu Murni bawa mereka kepada Cikgu Husin, sudah tentu mereka akan kena rotan tadi. Berbiratlah punggung nanti. “Terima kasih cikgu”, mereka berterima kasih kepada Tuan Haji Rosli dan menyalami lelaki yang sedang tersenyum itu. Jelas dari balik kaca matanya pandangannya yang redup dan penuh dengan kasih sayang. Bening sekali hatinya hingga boleh terpancar melalui matanya cahaya keikhlasan itu. Pintu kayu dibuka dan mereka berdua pun melangkah keluar. Murni juga sudah bersiap-siap untuk keluar dari bilik yang sederhana besar ini. Baru sahaja dia ucapkan terima kasih dan belum sempat lagi nak beri salam, Tuan Haji Rosdi cepat-cepat bertanya, “Cikgu ada kelas ke sekejap lagi?” Murni diam sekejap. Dia lalu melihat ke pada jam yang diletakkan di dinding bilik ini. “Ada, cikgu. Tapi pukul 10 pagi.” “Kelas mana?” “Kelas bahasa melayu untuk murid-murid kelas 3C”

Page 255: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

255

Kelas 3 Cerdik ialah kelas tercorot selepas kelas amanah, kelas bijak dan kelas cerdik. “Cikgu duduk sekejap boleh tak? Saya nak cakap dengan cikgu beberapa perkara” Murni akur. Dia menarik kerusi di depan meja bertentangan dengan Tuan Haji Rosli. Punggungnya dilabuhkan atas kusyen kerusi. “Saya nak ucapkan tahniah sebab hasil titik peluh dan usaha keras Cikgu Murni. Dalam peperiksaan yang lepas, ramai murid yang menunjukkan peningkatan dalam prestasi akademik mereka terutamanya dalam dua subjek ini iaitu bahasa melayu dan juga kajian tempatan. Lebih-lebih lagi kelas yang corot-corot itu. Semuanya kerana usaha cikgu. Terima kasih dan tahniah, cikgu” Murni senyum. Sebelah hatinya memanglah terasa bangga. Siapa yang tak rasa suka, gembira dan bangga apabila dipuji? Tetapi separuh lagi hatinya berasa bersalah pula. Tiba-tiba dia rasa tak senang dengan pujian melambung sebegitu. “Alhamdulillah. Mereka semua itu sebenarnya memang pandai-pandai belaka. Semuanya diberikan dengan kecerdasan yang serupa cuma biasalah… ada yang nakal dan ada juga yang malas. Saya ini pun sekadar mengajar sahaja. Yang memberi mereka faham kepada apa yang saya ajar itu pun Allah, bukannya saya. Saya tak boleh nak beri mereka faham. Saya cuma boleh berusaha sahaja, cikgu”, Murni merendah diri. Tuan Haji Rosli tersenyum.

Page 256: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

256

“Saya sebenarnya nak tanya sesuatu kepada cikgu. Sepatutnya isteri saya yang cakap dengan cikgu tapi hari ini tapi sebab saya jumpa cikgu hari ini, maka biar saya sahajalah yang cakap” Murni tiba-tiba rasa suspen. Apa yang ketuanya mahu tanyakan hingga dia nampak seperti ada sesuatu yang berat sekali yang sedang ditanggung oleh lelaki yang sebaya dengan bapanya itu. “Apa dia cikgu?” “Malam tadi masa saya pulang dari masjid daripada menunaikan solat isyak, baru sahaja masuk ke kawasan kauters guru, saya ternampak ada orang yang sedang berlari dari rumah cikgu” Serentak dengan itu, bulu roma Murni tegak berdiri. Ada orang berlari dari arah rumah aku? “Er. Saya tak tahu pula cikgu. Malam tadi tak ada sesiapa pun datang bertamu ke rumah kami” “Erm. Saya pun tak rasa dia seorang tetamu kerana jika dia seorang tetamu maka kenapa dia perlu menyusun langkah seribu dan lari masuk ke dalam semak apabila mendengar bunyi enjin dan ternampak cahaya lampu motosikal buruk saya tu” Murni telan air liur. Seram, takut dan risau juga dia. Ada hantu ke? “Cikgu nampak ke siapa orangnya?”, soal Murni dalam wajah yang berkerut risau.

Page 257: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

257

Tuan Haji Rosli geleng kepala. “Tak nampak. Jarak antara kami agak jauh juga masa tu. Yang saya nampak dari sebalik kegelapan malam ialah dia itu memakai kain, menutup hidungnya sampai ke dagu dan berpakaian serba hitam. Baju lengan panjangnya warna hitam dan seluarnya juga hitam. Saya pun sudah mula fikir yang bukan-bukan kerana kenapa malam-malam begitu pun dia masih berpakaian serba hitam” “Cikgu rasa itu pencurikah?” “Itulah sebabnya saya minta awak dengan Cikgu Jamilah untuk lebih berhati-hati. Saya takut kalau betul dia pencuri yang berniat nak pecah masuk ke rumah awak” Pencuri? Murni menelan air liur. Nauzubillah. Ya Allah, aku mohon perlindungan dari-Mu daripada kejahatan makhluk ciptaan-Mu. “Terima kasih cikgu atas peringatan. Insya-Allah saya dan Cikgu Jamilah akan lebih berhati-hati selepas ini”, Murni memaksa dirinya untuk tersenyum padahal hatinya sudahpun gundah gulana. Anak gadis mana yang takut jika rumah tempat tinggalnya diintai dan dihendap oleh orang asing. Tuan Haji Rosli angguk. Dia juga turut tersenyum. “Kalau itu saja, saya minta diri dahululah ya cikgu”, Murni berdiri. “Baiklah”, Tuan Haji Rosli mengangguk sekali. “Assalamualaikum”

Page 258: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

258

Salam bersahut dan pintu kayu itupun kembali tertutup. Ajib sedang berbaring di atas tilamnya. Kedua belah tangannya sedang memegang senaskah majalah yang pada muka depannya ialah ilustrasi seorang lelaki yang sedang menangis. Dia sedang membaca bab taubat. Dia meniliti kisah-kisah yang mahsyur berkenaan dengan tokoh-tokoh agama yang dahulunya ialah manusia yang tidak baik tetapi selepas mereka bertaubat dan meninggalkan sisi kehidupan lama mereka yang buruk itu, mereka terus berubah menjadi manusia yang baik. Bahkan mereka menjadi pula manusia yang terbaik di zaman masing-masing. Antara kisah yang terkenal ialah kisah seorang ulama dan ahli ibadah bernama Fudhail Bin Iyyad. Dahulu, Fudhail ialah seorang penjahat yang ditakuti. Dia seorang pemabuk dan juga sangat ganas dan samseng. Kejahatannya itu cukup dikenali hinggakan jika ada dua orang lelaki yang mahu melalui jalan yang sering dilalui oleh Fudhail, maka pasti kedua-dua mereka akan berkata, “Jangan ambil jalan ini. Kita guna jalan yang lain sahaja”, kerana takut akan gangguan daripada Fudhail Bin Iyyad. Suatu ketika, Fudhail Bin Iyyad terserempak dengan seorang wanita cantik. Dia terpikat dengan wanita itu lalu dia pun mengekori wanita itu hingga sampai ke rumahnya. Fudhail pun bersembunyi hingga hari bertukar malam. Pada malam hari, dia pun memanjat rumah wanita itu tadi. Dari atas bumbung rumah, dia terdengar suara wanita tadi sedang lunak membacakan ayat suci al-Quran, hinggalah sampai kepada satu ayat yang berbunyi; “Belum tiba lagikah waktu untuk hati-hati orang yang beriman, tunduk dan khusyuk menjingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka”

Page 259: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

259

Ternyata ayat ke-16 daripada surah Ar-Ra’du itu benar-benar telah meresap masuk ke dalam lubuk hatinya yang terdalam. Tanpa dia memaksa, matanya sudah beranak sungai. Dia menangis bersungguh-sungguh sambil mulutnya tak henti-henti berkata, “Sudah sampai masanya Ya Allah. Sudah sampai masanya Ya Allah”. Fudhail Bin Iyyad bertaubat dan berubah menjadi seorang tokoh ahli ilmu dan ahli ibadah, hanya kerana hatinya tersentuh dengan ayat yang suci dan mulia ini. Ajib menelan air liur. Apa yang dia sedang baca pada muka surat dua belas pada majalah yang baru dibelinya di kedai buku tadi, benar-benar meruntun hatinya. Ada juga kisah tentang Ibrahim Bin Adham, seorang bekas anak raja yang melepaskan segala kekayaan dan kedudukannya semata-mata kerana mahu menghambakan dirinya kepada Allah. Tapi kisah itu dia baru baca tajuknya sahaja. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Lantas tangannya laju meletakkan majalah tadi di sisinya. Dia berjalan menuju kearah meja dan mencapai telefon bimbit yang sedang berdering sambil bergegar-gegar seakan mahu menari. “Assalamualaikum, ibu”, Ajib memberi salam. Wajahnya bertukar ceria bila menerima panggilan daripada Ibu Suri. “Waalaikumussalam. Ajib sudah tidur ke?”, Ibu Suri bertanya. “Baru pukul berapa ni. Awal lagi”, Ajib pun tak tahu sekarang sudah pukul berapa. Dia lalu melihat kearah jam tangan yang dia letak atas meja kayu di sudut biliknya. Ah, baru pukul 10 setengah malam. Awal lagi.

Page 260: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

260

Ibu Suri tersenyum di hujung talian. “Ini, ibu nak beritahu sesuatu” “Apa dia ibu?”, Ajib kembali merebahkan badannya atas tilam lusuhnya tadi. “Hujung minggu hadapan, keluarga Mukhlis mahu datang ke rumah kita” Ajib terus teringat kepada lelaki yang sopan dan berjanggut nipis itu. Lelaki yang pernah bertamu ke rumah kecil mereka di hulu Perak untuk bertanya tentang adik perempuannya, Syafira. “Dia datang untuk ziarah-ziarah sahaja ke?” Ibu Suri geleng kepala. “Tak. Dia datang untuk meminang Syafira” “Meminang?”, bulat biji mata Ajib menyebut perkataan itu. “Bertunang sebenarnya”, Ibu Suri ketawa sendiri selepas menjelaskan lagi maksud kata-katanya tadi. “Oh…”, Ajib angguk kecil. Nak suruh dia baliklah ni ya? “Jadi Ajib baliklah ya hujung minggu hadapan” Ajib senyum. “Baiklah ibu. Insya-Allah Ajib akan balik. Hujung minggu depan kan? Bukan hujung minggu ni?”

Page 261: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

261

“A’ah. Hujung minggu hadapan. 12 hari bulan. Ajaklah Arman sama”, Ibu Suri berpesan. “Insya-Allah. Nanti Ajib tanya Arman kalau-kalau dia lapang. Kalau dia tak lapang, tak bolehlah nak ikut”, Ajib mengukir janji. Dia memang akan menjemput rakannya nan seorang itu untuk bersama-samanya. Budak Sabah itu bukannya pernah sampai ke kampung halamannya pun. “Itu saja yang ibu nak cakap”, Ibu Suri senyum sendiri. “Okey. Insya-Allah nanti Ajib balik. Assalamualaikum”, dia memutuskan perbualan. Telefon tadi lalu diletakkan kembali di atas meja. Ajib lalu mencapai semula majalah yang dia sedang baca tadi. Majalah itu diletakkan atas dadanya. Matanya pula tajam memandang ke siling. Ibu, Ajib terlalu sayangkan ibu. Ajib janji Ajib akan bahagiakan ibu. Ajib janji yang Ajib akan sentiasa berbakti kepada ibu. Tapi kata-kata itu hanya terlontar oleh hati kecilnya sahaja. Ajib memberi salam. Dia menekan satu butang pada kunci keretanya dan terus kereta itu dikunci secara automatik. Dia baru sahaja sampai di rumah ibunya. Gelap malam yang pekat ini menjadi temannya sepanjang perjalanan dari rumah sewanya di pinggir bandar metropolitan, Kuala Lumpur. Jam tangannya tepat-tepat menunjukkan pukul 11 malam.

Page 262: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

262

Seketika, pintu rumah yang tidak sebesar mana itu pun terbuka. Wajah Ibu Suri yang sedang tersenyum manis, menyambutnya. Ajib menanggalkan kasut. Kasut hitam itu lalu dia letakkan di atas atas rak kasut. Dia lalu memanjat anak tangga, dan mendapatkan ibunya. Tangan lembut ibunya itu disalami dan dikuncupnya. “Arman tak jadi datang ke?”, Ibu Suri bertanya. Sehelai kain tuala disangkut, menutup atas kepalanya. Terjegul-jegul juga dia tadi. Manalah tahu sahabat baik anak sulungnya itu juga turut. “Arman ada kelas hari ahad ni. Jadi dia tak dapat ikut” “Kelas apa? Dia sambung belajar ke Ajib?” Ajib senyum seraya menggeleng. “Tak adalah ibu. Dia sebenarnya mengajar tuisyen pada hari ahad, minggu pertama dan ketiga” “Rajinnya”, puji Ibu Suri. Dari arah dapur, Syafira mampir. Dia menyampuk, “Siapa yang rajin tu ibu? Abang yang rajin? Macam tak percaya je”, dia mencebik. Ibu Suri menghambur ketawa. Ajib pula buat-buat tak mendengar usikan adik perempuannya itu. Dia sebenarnya penat. Tamat sahaja masa kerja tadi, dia balik ke rumah sewanya sekejap untuk mandi dan bersiap. Selepas itu baru dia menyambar kunci keretanya dan memulakan pemanduan yang agak panjang dari Kuala Lumpur.

Page 263: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

263

“Taklah. Kami tengah cakap fasal kawan abang kamu ni. Dia pun cikgu juga, Fira. Kawan abang Ajib kamu tu ambil upah buat tuisyen. Kamu nanti dah jadi cikgu, kalau rasa nak duit lebih, bolehlah buat juga” Syafira mencebik. “Tak mahulah ibu. Ibu tak tahu yang sebenarnya kerjaya sebagai guru ni penat dan meletihkan. Cuti hari sabtu ahad itupun sebenarnya belum tentu boleh dimanfaatkan oleh guru-guru untuk bersama dengan keluarga mereka. Silap-silap, nak tidur pun masih tak sempat lagi padahal hari-hari lain pun sibuk macam itu juga” Ibu Suri hanya mengulum senyum. Sepanjang dia memegang tender perusahaan kantin sekolah rendah di kampung ini, sudah banyak kali juga dia mendengar keluhan demi keluhan yang keluar daripada para guru berkenaan dengan bebanan kerja mereka. Kerja guru ini sebenarnya nampak sahaja senang tapi sebenarnya penat. Kadangkala lebih penat daripada kerja di tapak pembinaan. Kalau kerja di tapak pembinaan, penat macam mana pun mereka dapat tidur lena tapi cikgu-cikgu yang komited dengan tugas mereka, mana boleh lena tidur mereka kerana memikirkan tentang anak didik mereka. “Arman tu dah nak kahwin. Sedang kumpul duit. Sebab itulah dia rajin semacam saja”, Ajib tersenyum. Memang itulah pun yang sahabatnya katakan kepadanya satu ketika dahulu. Ibu Suri dan Syafira hanya diam dan mengangguk. “Hafiz dah tidur ke?”, soal Ajib tiba-tiba selepas dia tercari-cari adik bongsunya. “Dah. Awal dia tidur hari ni. Penat sangat kut kejar itik-itik kita tu”, cerita Ibu Suri. Dia sudah duduk atas kerusi di ruang tamu.

Page 264: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

264

“Buat apa dia pergi kejar itik-itik tu?”, tanya Ajib hairan. Budak seorang ni memang nak kena marah ni… “Ibu yang suruh. Sebab ibu nak tangkap dalam lima ekor. Nak masak esok. Ibu ingat nak ajaklah jiran-jiran kita sama. Buat jamuan kecil-kecilan”, terang ibunya. “Abang nak Fira buatkan air ke?”, Syafira sekali lagi menyampuk. Ajib geleng kepala. “Tak payahlah Fira. Abang mengantuk dah ni sebenarnya” “Kalau mengantuk pergilah tidur tu”, Ibu Suri mengisyaratkan dengan bibir. “Ajib masuk tidur dulu ya”, dia bangun dari duduk dan menuju kearah bilik kecil yang sudah agak lama dia tinggalkan. Acara masak memasak sudahpun selesai sekitar jam 10 pagi tadi lagi. Mujurlah ada beberapa orang kaum ibu yang membantu di dapur. Ajib pula langsung tak ambil bahagian tentang urusan dapur. Dia cuma sibuk dan fokus untuk menerima kedatangan tetamu yang ditunggu-tunggu. Keluarga Mukhlis tiba di rumah kampung ini setengah jam sebelum pukul 11 pagi. Mereka datang dengan dua buah kereta. Kereta proton Alza itu dipandu oleh abang ipar Mukhlis yang bekerja sebagai jurutera di Seremban manakala kereta hitam keluaran syarikat dari Jepun, Honda itu pula dipandu oleh Mukhlis.

Page 265: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

265

Ajib mulanya agak gugup juga kerana terpaksa menjadi wakil bagi keluarganya tapi kerana keluarga Mukhlis itu semuanya jenis yang peramah dan mesra, rasa gugup tadi bertukar menjadi santai dan alhamdulillah, sekitar satu jam punggung mereka memanaskan lantai, Syafira kini sudahpun sah menjadi tunangan orang. Ketara sekali wajah adik perempuan itu menahan malu. Ajib tumpang bahagia sebenarnya kerana melihat semua wajah di hadapannya ceria dan bahagia. Ibu Suri pun sama-sama tersenyum lebar. Ibu dan bapa Mukhlis juga begitu. Selepas ibu kepada Mukhlis menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Syafira, Ajib pun menjemput keluarga itu untuk makan tengahari. Menu hari ini istimewa, iaitu gulai itik dan beberapa menu tambahan seperti kerabu nangka dan juga sayur-sayuran yang digoreng bersama ikan masin. Ajib lihat semua tetamunya makan dengan penuh berselera sekali. Mukhlis itu pun sampai bertambah makannya. Hari ini Mukhlis nampak lebih formal. Dia memakai baju kemeja kemas. Janggutnya juga kelihatan sedikit lebih tebal berbanding masa kali pertama dia ke sini. Lebih kurang jam 12 setengah tengahari, dua buah kereta itupun mula bergerak keluar dari perkarangan rumah ini. Ajib dan ibunya menghantar para tetamunya dengan senyuman bersama hati yang sarat dengan harapan agar segala urusan kedua belah keluarga ini akan dipermudahkan dan dirahmati Tuhan. “Ibu, Ajib nak pergi solat dahulu ya”, selepas berkemas-kemas dan membersihkan bahagian hadapan rumah tempat mereka makan-makan tadi, Ajib pun mampir kearah ibunya. Ibu Suri cuma angguk sebelum berpesan. “Lepas tu ajaklah Mamat datang makan di rumah kita. Banyak lagi lauk-pauk ni”

Page 266: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

266

Ajib cuma angguk sebelum kakinya melangkah turun, menuju kearah motosikal lama peninggalan arwah ayahnya. Matahari sudah tegak dan kini saatnya untuk solat zuhurnya juga tertegak. Usai solat isyak, Ajib terus pulang ke rumahnya walaupun Mamat ada juga mengajaknya untuk berborak-borak dahulu di anjung rumahnya. Bukan Ajib tak mahu, tapi awal-awal lagi Ibu Suri sudah berpesan supaya dia terus balik ke rumah nanti. Adalah tu kerja yang ibunya mahu swastakan kepadanya. "Ajib tolong bawakan bungkusan ini ke rumah Cikgu Murni", Ibu Suri menghulur satu bungkusan beg plastik. "Apa benda dalam ni?" "Lauk-pauk kenduri tadilah. Nanti suruh Murni simpan dalam peti sejuk. Esok nak makan, panaskan sajalah", Ibu Suri jawab. "Suruh Ajib yang hantarkan? Pergi rumah anak dara orang malam-malam buta macam ni?", Ajib membulatkan biji mata seakan tidak percaya dengan kata-kata yang termuntah keluar daripada mulut ibunya tadi. "Pergi dengan Fira lah. Ish" "Dah Firanya mana?", Ajib sengih sambil memandang kiri dan kanan, mencari kelibat adiknya.

Page 267: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

267

"Dia tengah pakai tudung tu. Tunggulah sekejap" "Haish. Nak pergi dekat-dekat sini pun bersiap bukan main lama. Karang orang tu dah tidur… kan jadi mengganggu pula", Ajib mengomel. "Awal lagilah Ajib. Takkanlah Murni nak tidur dah", Ibu Suri tergelak. Baru pukul 9.30 malam. Masih awal lagi ni. "Abang ni kuat membebel lah. Kalah ibu", Syafira yang sudah siap bertudung dan berbaju T-shirt labuh, mengusik abangnya. Dia lalu menarik lengan abangnya itu. "Jom. Cepatlah. Yang duduk lagi tu kenapa. Tadi kata nak cepat sangat", gadis itu mentertawakan abangnya. Ajib cuma geleng. Dia lalu menapak turun ke bawah rumah. Tangga yang dibuat daripada batu itu dipijaknya berhati-hati. Dia berjalan menuju kearah motosikal. "Eh, takkan naik motosikal kut? Naik kereta abanglah", Syafira tak puas hati. "Lecehlah nak pandu kereta malam-malam ni", Ajib beralasan. "Naik keretalah Ajib. Motosikal itu sudahlah bising. Takut kacau orang pula nanti", Ibu Suri memujuk. "Betul cakap ibu tu. Sudahlah bunyinya tu bising sebab abang yang buat. Hari tu kata nak modifikasi semula ekzos motosikal tu. Tapi tak buat-buat pun",

Page 268: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

268

Syafira mencebik. Dia berpandangan dengan Ibu Suri yang berada di muka pintu. Dua wanita penting dalam hidup Ajib itu berbalas senyuman. "Nantilah esok lusa abang suruh si Mamat tu betulkan semula", dia pun sudah terpaksa akur. Motosikal buruk itu dia tolak, menuju ke bawah bangsal. Dia kemudiannya berjalan ke arah keretanya yang diparkir di bawah pokok rambutan. Enjin kereta itu lalu dihidupkan. Syafira juga sudah melabuhkan punggung atas kerusi sebelah. Ajib lalu mengundurkan keretanya, sebelum kereta itu mendaki jalan raya. Dari ekor matanya, Ajib melihat adiknya seakan sedang tersenyum sendirian. "Apa senyum sorang-sorang ni? Jaga hati tu sikit" Terus wajah yang tersenyum itu berubah masam. "Orang senyum fasal benda lain lah", mukanya merah padam. Ajib langsung terus ketawa. Suka betul dia dapat mengusik adiknya itu. "Eleh, senyum sebab ingat pada Mukhlis lah tu. Angau!" "Abang!", Syafira menampar perlahan bahu abangnya. Dia mengetip bibir, geram dengan abangnya yang sudah terbahak-bahak ketawa. "Uish. Janganlah kacau orang nak memandu ni", ketawa lelaki itu masih tak surut.

Page 269: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

269

"Fira tak fikir fasal Mukhlis pun lah abang…", sekali lagi Syafira cuba untuk mengubah prasangka abang sulungnya itu. "Habis tu?", Ajib meleret senyum. Kalau bukan senyum kerana teringatkan tunangan sendiri, senyum sebab apa pula seorang diri macam tadi tu. "Fira bayangkan, mesti seronok kalau Kak Murni itu jadi kakak ipar Fira", Syafira menoleh, memandang wajah abangnya yang terdiam saat kata-kata daripada adiknya itu meluru masuk ke gegendang telinganya. "Kenapa abang diam?", Syafira serba salah. Tadi bukan main bersungguh abangnya mentertawakan dia tapi sekarang, senyap dan sunyi pula dia. "Abang tak terfikir lagi pun nak kahwin ni. Nantilah. Malas. Serabut. Lagipun…" Dia tak menghabiskan kata-katanya. Syafira diam. Cuma bibirnya sahaja yang mengukirkan senyum. Dia seakan dapat membaca isi hati abangnya. Dia seakan dapat meneka apakah perkataan yang hilang daripada bicara abangnya tadi. Nama itu… Nik Amanina.

Page 270: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

270

"Eh, kenapa gelap semacam sahaja rumah cikgu-cikgu ni?", kereta Ajib sudahpun menyusur masuk ke kawasan kaurters guru. Dia pelik sendiri. Daripada enam buah rumah, hanya ada tiga buah rumah sahaja yang bercahaya. Yang lain seakan-akan tidak berpenghuni. "Hujung minggu kan. Cikgu-cikgu ramai yang keluar. Ada yang balik kampung mereka" Ajib mengangguk. Dia bekerja di Kuala Lumpur dah lama. Jadi dia tahu orang bandar memang tak suka jika terpaksa terperap di rumah sahaja. Lagipun guru-guru di sini semuanya bukan orang tempatan. Semuanya datang dari daerah luar. "Abang berhenti di sini saja ya. Depan tu becak lah. Kotor kereta abang nanti", Ajib sudah memberhentikan keretanya beberapa hasta daripada rumah bercat warna putih itu. Cahaya dari lampu di luar rumah itu terbias ke dalam kereta. Syafira seakan merengus. Tak puas hati. "Ei… sayang sangat dengan kereta dia. Kalau kotor boleh dibasuh lah" "Oh. Terima kasih atas tawaran itu" Syafira angkat kening. "Apa yang abang merepek ni?" "Lah… tadi kata nak basuhkan kereta abang", Ajib ketawa. "Eiii… jangan haraplah", Syafira bertambah geram. Dua kali dia terkena malam ni.

Page 271: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

271

Ajib masih ketawa. Syafira pula sudahpun membuka pintu dan berjalan dengan berhati-hati. Bimbang jika terpijak lopak air dan becak di hadapannya. Dia memberi salam. "Arghhhhh. Tolong!!" Jantung gadis itu terasa mahu tercabut sahaja bila mendengar jeritan orang yang seperti dalam ketakutan. "Abang!", Syafira lalu berlari mendapatkan abangnya. Habis semua lumpur dan lopak air yang dia elak tadi, dipijaknya hingga air yang bertakung itu memercik naik ke seluarnya. "Kenapa ni?", melihat adiknya yang ketakutan, Ajib jadi kaget. "Ada suara orang minta tolong" Serta mereta Ajib keluar daripada keretanya. "Di mana dik?" Belum sempat Syafira menjawab, telinganya sendiri dengan jelas mendengar suara seorang perempuan menjerit dan meminta tolong. Murni! "Fira, cepat pergi rumah Tuan Haji Rosli. Beritahu dia dan suruh dia datang segera"

Page 272: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

272

"Tapi…" "Sekarang!", Ajib seakan bertempik. Syafira lalu terus menyusun langkah seribu, menuju ke rumah yang berada selang dua buah dari rumah Murni. Rumah di kiri dan di kanan Murni kedua-duanya tidak berpenghuni saat ini. Syafira berlari sekuat-kuat tenaganya. Hatinya ketika itu hanya ingat kepada Allah sahaja. Dia mahu beritahu abangnya tadi, yang dia sebenarnya tak berani nak meredah kegelapan malam menuju ke rumah guru besar sekolah rendah di kampung ini. Rumah itu mungkin terletak lebih kurang 400 hingga 500 meter. Tapi tanpa dia sedar, ketakutan dan kerisauan yang dicetuskan oleh hatinya telahpun membuatkan kakinya mampu dihayun hingga melangkau batasan keupayaan dirinya sendiri. Dah macam Ruqaya Al-Ghasara pun, yang pernah mengejutkan dunia dengan kejayaannya meraih pingat emas dalam acara larian 200m. Ruqaya Al-Ghasara telah mengajar seluruh gadis dan wanita atas muka bumi ini bahwa menutup aurat tak akan menjadikan seseorang itu perlahan dan lemah. Ajib menarik nafas panjang. Dadanya berdegup dengan kelajuan luar biasa. Perasaan ini adalah perasaan yang sama yang dia rasakan semasa dia tekad untuk mengejar peragut yang meragut tas tangan seorang wanita satu ketika dahulu. Ajib menghampiri pintu. Suara gadis yang ketakutan masih lagi dengan jelas didengarnya. Dia meneliti ruang untuk lolos masuk. Pintu rumah Murni diperhati. Pandangan matanya menyapu sekitarnya. Dia nampak ada dua batang pemutar skru bersaiz 18 inci di tepi pintu bersama kesan-kesan umpilan dan kerosakan yang

Page 273: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

273

jelas pada pintu kayu itu. Cis, nampaknya pintu itu sudahpun dikopak dari luar! Ajib cuba menolak pintu itu. Ternyata ada halangan dari dalam. Lalu, dia pun mengumpulkan seluruh kekuatan di bahunya. Ajib mengambil lajak ke belakang sedikit sebelum dia merempuh pintu kayu itu. Brangg! Tombol pintu yang sudahpun rosak tadi, kini tercabut dan berderai. Ajib mengaduh sendiri. Bahunya terasa seperti mahu patah! Tapi kesakitan itu terpaksa dia lupakan. Murni! "Hoi!", Ajib menjerit. Degupan jantungnya bertambah kencang apabila dia melihat sosok seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dan menutup mukanya dengan sehelai kain kecil, sedang mengacah-acah seorang gadis. Gadis itu terperosok di penjuru dapur. Kedua tangannya memegang sebilah pisau pemotong daging. Badannya menggeletar dan jelas matanya sedang basah. Mujurlah gadis itu memegang pisau dan mengacukannya kepada lelaki bertopeng di depannya. Mungkin kerana itulah lelaki jahat di depannya belum berani untuk mampir kepadanya. Dia sedang mengacah-acah dahulu agar nanti terbuka ruang untuk dia merampas senjata tajam daripada perempuan itu. Mungkin dia mengira yang nanti tiada apa lagi yang boleh rancangan jahatnya itu!

Page 274: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

274

"Woi. Celaka. Apa kau buat kat sini!", Ajib bertempik marah. Lelaki tadi nampak terkejut dan gelisah. Dia memusingkan badannya, tidak lagi mengadap kepada Murni tetapi mengadap kepada Ajib yang cuma beberapa kaki sahaja daripada tempat dia sedang berdiri. “Sial kau. Pengacau sungguh! Celaka!”, lelaki yang menutup muka itu menjerit, memaki hamun Ajib. Jelas sekali dia berang kerana rancangannya jahatnya tergendala. Lelaki itu lalu mencapai sesuatu dari atas atas dapur. Sebuah kuali leper! Kalaulah bukan kerana dia berada dalam situasi yang genting sebegini, Ajib pasti dia sudah tentu akan tergelak. Kuali leper yang masih ada sisa minyak itu baru sahaja digunakan oleh Murni untuk menggoreng telur buat makan malam tadi, dan lelaki itu mengambilnya pula untuk dijadikan senjata. Ini betul-betul menarik ni! Ah, mujur sekali semua pisau dan senjata tajam milik Murni di simpan di dalam kabinet dapur. Jadi, agak susah juga untuk dicapai oleh lelaki bodoh itu. "Murni, pergi masuk bilik tu dan kunci dari dalam", Ajib memberi arahan. Murni yang masih menggeletar ketakutan tak berfikir panjang. Dia berlari masuk ke dalam bilik yang dijadikan stor olehnya dan Cikgu Jamilah dan dia terus mengunci pintu sebelum belakang badannya disandarkan atas pintu kayu setebal tiga inci itu. Dia menangis teresak-esak. Ketakutannya tika itu, tiada bahasa pun atas dunia ini mampu untuk menggambarnya!

Page 275: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

275

Ajib membuka kuda-kuda. Dia bersiap sedia dengan lawannya yang berada di hadapan. Ekor matanya memerhati kelilingnya. Jika lawannya ada senjata, maka dia juga perlukan senjata. Tapi masalahnya, dia sedang berdiri di tengah-tengah rumah. Tiada apa yang dia boleh jadikan sebagai senjata. Dalam keadaan berjaga-jaga itu pun, dia masih tak sedar bahawa lelaki di depannya sudahpun mara. Tangannya dihayun mencari sasaran. Ajib mengelak. Kepalanya ditundukkan. Kuali leper itu hanya memukul udara. Belum sempat Ajib bertindak balas, sekali lagi hayunan yang sama cuba mencarinya. Kali ini dia sudah lebih bersedia. Tangan lelaki itu dikalis dan disambarnya hingga terlepas kuali leper yang dijadikannya senjata itu. Bergema bunyi kuali besi itu saat ia mencium lantai marmar bersama dengan bunyi erangan lelaki yang kesakitan kerana tangannya dikilas. Lalu, lututnya pula dihayun dan singgah tepat di abdomen Ajib. Kesakitan itu menyebabkan kilasan Ajib pada tangan kanan lelaki itu terlepas. Dia terpaksa berundur beberapa tapak ke belakang. Melihat Ajib sudah terduduk, lelaki itupun mencapai semula kuali leper yang berada di atas lantai. Dia bersedia untuk menyerang Ajib sekali lagi. Satu sepakan cuba dilepaskan. Mujur Ajib sempat mengelak. Melihat lelaki itu sudah terdorong ke belakang, Ajib mensasarkan tumbukan kepada muka lelaki itu. Pang! Bengkak buku lima Ajib kerana tumbukan yang sepatutnya membuatkan lelaki itu terhuyung-hayang rupanya cuma membekaskan lekuk pada kuali besi itu.

Page 276: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

276

Ajib menarik tangannya yang perit. Tanpa sempat dia berbuat apa-apa, satu ketukan singgah di kepalanya. Dia terus terjatuh tapi cepat-cepat dia melepaskan tendangan dari posisinya. Tendangan itu tepat mengenai perut lelaki tadi hingga dia tercapak beberapa kaki ke belakang. Kepala Ajib terasa berpinar-pinar. Tangannya menyentuh kepala. Terasa ada cecair hangat mengalir dari celah rambutnya. Melihat Ajib sudah berdarah, lelaki itu merasakan seakan dia sudah hampir mendapat kemenangan. Dia mahu meluru ke depan. "Hoi" Jerkahan di muka pintu menyebabkan niatnya mati. Empat orang lelaki muncul. Tiga daripada mereka memegang bilah parang panjang. Melihat ada bantuan yang datang dari pihak lawannya, lelaki yang menutup muka itu cepat-cepat membuka pintu belakang dan berlari keluar dari pintu itu. Dua orang lelaki lain cuba untuk mengejarnya. Mereka cuba menghambat, melalui pintu dapur yang dibuka tadi. "Kamu tak apa-apa?", Tuan Haji Rosli nampak cemas. Dia memegang bahu Ajib. Ajib cuma angguk perlahan. Kepalanya terasa perit. "Kak!", Ajib mendengar adiknya, Syafira seperti mencari Murni. "Dia dalam bilik stor", dengan sedikit sukar, Ajib memberitahu adiknya.

Page 277: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

277

Syafira lalu pergi mendapatkan Murni yang masih menangis dan trauma dengan serangan ini. Dia lantas memeluk gadis itu. Tuan Haji Rosli pula membantu Ajib untuk berdiri sebelum memapah lelaki itu ke arah sofa di ruang tamu. Dia menyuruh Ajib untuk duduk. Tangan lelaki tua itu lalu cuba untuk menyentuh luka di kepala Ajib. Matanya tajam, cuba menilai kecederaan di kepala lelaki itu. "Dalam juga luka ni. Mari, saya bawa awak ke hospital" Ajib geleng kepala. Memang benar kepalanya rasa terlalu perit sekarang. Tapi rasanya darah yang mengalir tadi pun sudah membeku. "Tak payahlah. Sedikit saja ni cikgu. Nanti saya cuci-cuci sikit sahaja" "Tak apa. Tak apa. Biar pihak hospital yang buat. Mari, saya hantarkan awak. Nanti kita pergi buat laporan polis terus", Tuan Haji Rosli mendesak. "Ayah", seorang lelaki memanggil. Serta merta Tuan Haji Rosli menoleh kearah suara itu. "Macam mana? Dapat kejar tak?" Seorang lagi lelaki yang masih memegang parang panjang termengah-mengah menjawab, "Tak sempat. Berdesup dia lari masuk hutan" Tuan Haji Rosli diam. Ajib juga diam. Perit di kepalanya seaakan memberi keperitan yang sama pada kerongkongnya. "Kita hantar encik Razif ni ke hospital dahulu"

Page 278: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

278

Mereka memapah Ajib. Ajib menarik nafas panjang kerana terpaksa akur dengan kesungguhan lelaki separuh abad yang sudah mendahului turun ke tanah. Dari ekor mata Ajib, dia sempat menatap wajah itu. Mata Murni yang masih berair itu seakan-akan sedang mengucapkan terima kasih kepadanya. Terima kasih, wira! Mata kecilnya dibuka dan dipejam, berkali-kali. Sudah jam 3 pagi tika ini. Bermakna sudah dua jam jugalah dia berbaring atas katil ini. Sudah puas dia mencuba untuk tidur hinggakan terkeluar dari celah dua bibirnya, satu keluhan kecil. Murni lalu memandang ke sebelahnya. Syafira yang sedang berbaring di sebelahnya masih tak hilang serinya walaupun dia sudah berada di alam mimpi. Dengkuran halus menjadi irama yang menambahkan lagi lenanya. Badan Murni letih dan penat tapi otaknya masih segar dan aktif. Selepas kejadian tadi, Ibu Suri terus sahaja menyuruh Murni untuk tidur di rumahnya sahaja bersama-sama dengan Syafira. Murni tidak menolak kerana saat ini dia benar-benar ketakutan. Syukurlah Ibu Suri memahami. Sungguh dia benar-benar terhutang budi keluarga ini. Dengan Ibu Suri, dengan Syafira, dan paling utama, dengan Ajib. Ajib. Di mana lelaki itu?

Page 279: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

279

Murni sendiri tak tahu kerana sehingga jam satu pagi tadi, Ajib masih belum pulang ke rumah ibunya. Kata Ibu Suri, Ajib pergi mendapatkan rawatan di hospital sebelum dia terus melencong ke balai polis untuk membuat satu laporan rasmi. Berkenaan dengan rumahnya pula, awal-awal lagi Tuan Haji Rosli sudah menyuruh anak-anak lelakinya untuk berjaga-jaga di rumah itu. Pintu rumah yang rosak itu hampir pasti memang tak akan mampu dibaiki malam ini. Jadi, sementara menunggu siang, rumah itu perlu dijaga dan tak boleh dibiarkan terus terbuka. Tanpa Murni sedar, hatinya teringat kepada pesanan-pesanan ibunya. Wajah tua ibunya melintas masuk ke dalam nuraninya. Seorang wanita berusia yang berkedut-kedut kulit mukanya tetapi masih tetap cantik dan ratu kepada hati anak-anaknya. “Alhamdulillah Murni tak apa-apa” Saat ibunya berkata begitu, telinga Murni dengan jelas mendengar suara tangisan ibunya. Berderai air mata si ibu kesyukuran kerana anak gadisnya baru sahaja diselamatkan oleh Allah daripada mudharat makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Terngiang-ngiang juga setiap butir kata-kata ayahnya yang memujuk dan menasihatnya dengan penuh hikmah dan jujur. “Di saat Murni jauh dengan keluarga, Murni jangan pernah jauhkan diri dengan Allah. Allah ialah pelindung kita yang sebenar. Allah tak pernah lupa dan lalai tentang urusan kita. Setiap saat, kita diperhati-Nya. Setiap detik, kita dipandang-Nya. Apabila hubungan kita dengan Allah baik dan erat, maka Allah pasti akan lindungi kita”

Page 280: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

280

Berderai jatuh air mata gadis itu. Benar. Peristiwa malam ini benar-benar mengajarnya. Benar kata abi. Jika bukan kerana berkat dan kekuatan zikir, maka dia pun tak tahu apa yang akan berlaku padanya. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya terpelihara segala sesuatu yang di bumi dan di langit daripada sebarang bahaya. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wirid yang sudah sebati dalam dirinya. Satu zikir yang diambil dalam naskah al-Ma’thurat susunan sang mujahid, Imam Hassan al-Banna. Ini adalah satu zikir pendek yang berasal daripada lisan Rasulullah. Zikir ini jugalah yang sentiasa membasahi lidah Murni dan zikir itulah yang telah mencelup hatinya ke dalam zon muraqobah. Betul kata ibunya satu ketika dahulu, bahwa menjadi wanita benar-benar tidak mudah. Terlalu mudah mengundang fitnah. Terlalu mudah menjadi ujian yang membelit hati-hati kaum lelaki. “Kak” Murni seakan merasakan kakinya ditolak. Tapi matanya terasa berat. Sangat berat… “Kak…”

Page 281: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

281

Sekali lagi dia merasakan yang kakinya digoyang-goyang. Dalam kesukaran, kelopak matanya cuba dibuka. Cahaya terang yang disimbah oleh lampu kalimantang menyilaukannya. Retina matanya rasa perit. “Kak, bangun kak. Solat subuh” Kini, dia sudah mampu menangkap senyuman seorang anak gadis yang manis lagi ceria di hadapannya. “Pukul berapa dah ni Fira?”, kepala Murni pening sebenarnya. Rasa berpinar-pinar. “Sudah pukul 6.30 pagi kak”, Syafira sedang melipat telekungnya. Murni memaksa dirinya untuk bangun. Jarang benar dia bangun pagi selewat ini. Dia lalu mencapai tudungnya. Kelakuannya diperhati oleh Syafira. “Kak, abang Ajib tak balik lagi pun. Tak payah pakai tudung pun kak”, gadis itu tersenyum kepadanya. Murni angguk lambat-lambat. Dia lalu mengambil sehelai tuala yang masih kemas dalam lipatannya yang dihulur oleh Syafira. Tuala itu lalu diletakkan atas kepalanya dan dia pun melangkah keluar dari bilik Syafira, menuju ke bilik air. Murni berwuduk lalu dia kembali ke bilik kecil tadi untuk bersolat pula. Syafira sudahpun keluar menuju ke dapur. Suasana masih sepi walaupun matahari sudah mula mengintai dari tabir masa. Hanya sesekali ayam jantan saling berbalas mengokok.

Page 282: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

282

Usai bersolat, Murni duduk bersimpuh. Diikutkan hati, mahu sahaja dia berzikir dan bermunajat dengan lebih lama tetapi memikirkan yang dia sebenarnya sedang menumpang di rumah orang, dia merasakan yang dia sepatutnya membantu tuan rumah. Jika masa-masa begini, sudah tentulah dengan membantu menyediakan sarapan pagi. Setitis dua air matanya tumpah saat melagukan doa kepada Yang Maha Mendengar. Murni kemudiannya melipat sejadah dan telekung dan kembali memakai tudungnya. Dengan cermat, dia bergerak ke dapur. Suara orang bersembang di dapur membuatkan langkah kakinya mati. “Ajib hairanlah ibu. Kenapa penjahat tu masuk rumah Murni dalam pukul 9 malam? Selalunya kalau nak pecah masuk rumah orang kan kena tunggu lewat malam atau awal pagi?” “Penjahat tu bodoh kut Ajib. Dia ingat pukul 9 malam orang sudah tidur kut”, Ibu Suri menjawab dengan satu nada. “Mana ada penjahat yang pandai, ibu. Yang licik tu adalah. Lagipun perkataan pandai tak layak untuk kita gunakan bagi menggambarkan orang jahat sebab pandai itu kan salah satu daripada empat sifat yang wajib ada pada Nabi Muhammad” Murni berdiri di balik dinding yang memisahkan antara ruang depan rumah itu dengan dapur. Hatinya berbelah bahagi saat ini. Separuh hatinya memujuknya untuk tidak mencuri-curi dengar perbualan orang manakala separuh lagi hatinya sedang menyuruhnya supaya tunggu. Setidaknya, menganggu perbualan orang lain juga satu kesalahan juga.

Page 283: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

283

“Betullah bang. Fira pun pelik juga. Biasanya kes-kes pecah rumah ni berlaku bila tuan rumah sudah tidur. Lainlah kalau pencuri tu terdesak”, tambah Syafira yang hanya menjadi pendegar sejak tadi. “Terdesak?”, Ibu Suri menyoal. “Mungkin dia nak duit malam tadi juga kut” “Kalau macam tu, mesti mat dadah ni. Dia sedang ketagih dadah waktu tu. Hmm… Ibu kenal siapa orang kampung ini yang menagih dadah?” Ibu Suri terkejut ditanya begitu. “Eh Ajib ni. Manalah ibu tahu. Yang luka di kepala Ajib tu macam mana? Elok tak?” “Eloklah. Kalau tak elok, Ajib mesti sudah cakap merapu sekarang ni”, Ajib ketawa. Ibu Suri senyum nipis. “Fira, pergi panggil Kak Murni. Ajak dia bersarapan” Murni yang masih diam di tempat dia berdiri, tersentak. Belum sempat dia berbuat apa-apa, Syafira sudah berada di depannya. “Eh, Fira baru nak pergi panggil akak. Jom kak, kita sarapan dulu”, Syafira menarik tangan Murni. Murni akur. Dia berjalan ke meja makan. Wajah Ibu Suri yang tersenyum manis menjentikkan rasa segar kepada hatinya yang masih gundah. Ajib pula sekadar memandangnya sekilas sebelum mata lelaki itu dikalih ke tempat lain.

Page 284: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

284

“Kepala awak macam mana?”, Murni memberanikan diri untuk bertanya. Dia sangat simpati kepada pemuda yang sedang duduk di hujung meja makan itu. Lebih-lebih lagi bila melihat ada sedikit balutan kecil berdekatan ubun-ubun kepalanya. “Alhamudulillah. Sedikit sahaja ni”, jawab Ajib dengan separuh hati. Dia sebenarnya lapar bercampur mengantuk. Mengantuk kerana dia bergilir-gilir dengan dua beradik lelaki, anak Tuan Haji Rosli menjaga rumah Murni yang tidak terkunci itu. “Maafkan saya. Sebab saya awak kena pukul” “Alaa. Tak ada apapun Murni. Ajib itu kepala dia memang keras. Mak cik pun pelik juga macam mana boleh luka kepala dia” “Kepala keras ke kelas kepala, ibu?” Syafira ketawa dan disambut oleh Ibu Suri yang juga ketawa. Ajib pula hanya tersenyum. Cuma Murni sahaja yang masih berasa bersalah. “Tak ada apalah. Luka sedikit saja ni. Alhamdulillah awak pun selamat. Tak hilang apa-apa barang” “Betul cakap Ajib tu, Murni”, Ibu Suri duduk atas kerusi kosong di sebelah Murni. Tangannya dipanjangkan, mencapai tangan halus anak gadis yang cantik itu.

Page 285: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

285

“Syukurlah tak ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Cuma lepas ni Ajib kata pintu rumah Murni perlu ditukar. Lagi satu, pintu dapur pun Ajib kata elok tukar juga dengan pintu yang lebih kuat” Murni menelan air liur. Dia cuma mengangguk. “Jangan risau. Pagi nanti saya pergi jumpa Mamat”, Ajib memandangnya. Murni masih lagi mengangguk. “Terima kasih” “Assalamualaikum” Ajib mematikan enjin motosikalnya. Bibirnya melengkung senyum. Dia berjalan turun, menuju kearah seorang lelaki yang sedang duduk mencangkung sambil mengecat sebuah rak buku yang diperbuat daripada kayu. “Waalaikumussalam. Patutnya tetamu yang beri salam kepada tuan rumah, ini tuan rumah pula yang beri salam kepada tetamu”, Ajib ketawa. “Aku bukan tuan rumah. Aku tuan kedai”, Mamat pun ikut ketawa. Ajib berdiri tidak jauh. Bau cat membuatkan dadanya rasa tak selesa. “Eh, kenapa dengan kepala kau?”

Page 286: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

286

Ajib senyum. “Kau tak tahu cerita lagi ya? Aku kena pukul malam semalam” Respon daripada Mamat memang sudah dijangka. Lelaki itu terkejut. Serta-merta dia hentikan kerjanya dan turut berdiri. “Ceritalah”, Mamat nampak tak sabar. Ajib senyum. Dia pun menceritakan semula apa yang telah berlaku malam tadi. Jelas lelaki itu kecewa apabila Ajib memberitahunya yang pencuri yang masuk ke dalam rumah Murni itu terlepas. Mamat geleng kepala. “Aku ingat kedai aku sahaja yang dimasuki pencuri” “Kedai kau ni pun masuk pencuri juga ke?” Mamat angkat bahu. “Aku rasa macam tu lah sebab banyak sangat alat bertukang dan mesin-mesin aku yang hilang semenjak dua menjak ni” Dahi Ajib berkerut. Hmm... nampak sangat ada orang yang curi dan jual mesin-mesin elektrik yang mahal-mahal itu. “Oh ya. Pemutar skru ni kau punya ke?” Ajib menghulurkan dua batang pemutar sku kepada Mamat. Kedua-duanya daripada jenama yang sama dan saiz juga sama. Mamat meneliti barang yang berada dalam tangannya. Dari bilah ke mata, dia menelitinya.

Page 287: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

287

“Kau jumpa di mana ni?”, memek mukanya seperti tidak percaya. Ajib senyum nipis. Sudah banyak kali dia datang ke bengkel kayu Mamat dan sudah beberapa kali juga dia melihat Mamat menggunakan pemutar skru yang mirip dengan pemutar skru yang dia jumpa di rumah Murni. Bukan apa. Ajib cuma ingat yang pemutar skru sebesar itu pernah Mamat gunakan untuk mengetatkan satu skru yang bersaiz besar pada salah satu almari yang dibuat olehnya. Dan yang paling menyebabkan Ajib tak boleh lupa ialah warnanya. Kuning, putih dan hitam. Warna yang sama ada pada bendera negeri Perak. Dia tak lupakan itu kerana dia pernah mentertawakan Mamat yang kononnya Mamat itu sifatnya patriotik tak kena pada tempat sampaikan pemutar skru yang digunakan di kedai ini pun semuanya dari jenis yang begini. Tiga garisan warna. “Aku jumpa…”, ligat otak Ajib berfikir. Dia mahu merahsiakannya kerana dia mengesan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku sekarang. “Aku jumpa dekat situ”, Ajib lalu menunjukkan ke arah motosikalnya yang diletakkan di sebelah meter paip, berdekatan longkang. “Kau jumpa dekat motosikal kau?”, Mamat hairan. “Tak. Dekat tepi longkang. Pelik juga aku. Macam mana boleh lepas ke sana. Ingatkan kau memang sengaja letak di sana. Tadi masa turun motosikal tadi aku kutiplah”, Ajib membuat cerita. Bukan sengaja mahu berbohong, tetapi bukankah hukum asal yang haram itu akan bertukar haru dalam situasi perang. Dia pun sedang perang sekarang. Perang dengan si pencuri celaka lagi misteri itu! Mamat geleng kepala.

Page 288: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

288

“Mail… Mail”, dia melaungkan nama itu sebanyak dua kali. Siapa Mail? Ajib garu kepala yang gatal. Hmm… nampaknya sebelum zuhur nanti, dia perlu tanggalkan pembalut pada luka di atas kepalanya. Gatal sungguh. Tidak lama, seorang lelaki kurus datang dari belakang bengkel. “Ini kau punya pemutar skru. Pagi ni datang kerja cakap hilanglah… padahal kau letak merata. Nasib baik berjumpa. Aku ingatkan kena curi lagi dah tadi”, Mamat terus meleteri lelaki kurus itu. Lelaki kurus tadi nampak selamba sahaja. Dia belum perasan sebenarnya yang dia sedang diperhati dengan teliti oleh Ajib. Sesaat kemudian, mata mereka bertembung. Serta-merta dia nampak menggelabah dan terkejut. Perubahan mendadak lelaki kurus itu turut sama dirasai oleh Mamat. “Eh, kau ni kenapa macam terperanjat saja? Dah. Dah. Pergi sambung kerja kau. Ambil balik pemutar skru ni. Simpan elok-elok. Sudahlah dah banyak barang dalam bengkel ni hilang. Silap-silap hari bulan, kau pun aku buang kerja nanti” Lelaki kurus itu tidak berkata apa-apa. Cuma matanya sahaja yang nampak meluap dengan kebencian dan marah. Dia lalu cepat-cepat beredar masuk ke dalam bengkel kayu itu. “Siapa tu?”, selepas memastikan lelaki kurus itu menjauh, Ajib lalu bertanya.

Page 289: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

289

“Ismail. Aku panggil dia Mail saja. Adik ipar kepada Kak Nini aku”, cerita Mamat. Jelas sekali dia tak berminat mahu bercerita tentang adik ipar kakak sulungnya itu. Huh, kalaulah bukan kerana dia tak sanggup untuk menghampakan harapan kakak kandungnya sendiri, maka sudah lama dia akan buang sahaja pekerja seperti Mail ini. Macam-macam masalahnya. “Dah lama dia bekerja dengan kau?”, tanya Ajib lagi. Dia sudah semakin yakin dengan tekaannya. Lagipun, dialah yang paling tahu tentang penjahat misteri malam tadi kerana dia sendiri yang bertumbuk dengannya. Lelaki itu kurus dan tinggi. Mail itu juga kurus dan tinggi. Dan mata mereka juga merah seperti orang yang berpenyakit. Memang sama dan serupa. Mungkinkah benar-benar Mail ialah pencuri semalam? Ajib belum mahu membuat apa-apa kesimpulan. Dia perlukan bukti. “Baru dua bulan”, jawab Mamat pendek. Ajib angguk. “Aku sebenarnya nak beli pintu. Dekat bengkel kau ni ada stok tak?” Matanya melilau jauh dalam bengkel itu. “Kalau yang saiz standard tu adalah. Kau nak ganti pintu rumah kau ke?” “Aku memang nak yang standard tapi aku nak dua buah. Bukan nak ganti pintu rumah aku tapi pintu rumah Cikgu Murni. Kan pintu rumah dia kena kopak malam tadi”, Ajib tersenyum.

Page 290: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

290

Mamat sudah membawanya masuk ke satu bahagian bengkel itu. Di satu bahagian, ada beberapa buah pintu kayu yang tebal-tebal dengan sedikit ukiran dan hiasan yang halus pada bahagian depannya. “Ini sahaja yang aku ada. Kalau tak berkenan, aku boleh telefon taukeh dari Ipoh sana tu. Kedai dia jual segala benda kelengkapan rumah termasuklah perabot. Barang-barang aku ini pun banyak yang dia ambil letak di kedainya” Ajib geleng. Matanya sudah membuat keputusan. “Dua buah ini pun dah okey kut” “Aku sebenarnya nak tanya sesuatu pada kau ni, Mamat” Mamat sedang tekun memasang pintu kayu di rumah Murni. Hanya ada mereka berdua sahaja. Murni masih berada di rumah Ibu Suri. Ibu Suri seakan-akan mahu Murni tinggal terus saja di rumahnya. Katanya, selagi Cikgu Jamilah belum balik, Murni pun jangan balik. Eh, macam sudah berlebih-lebih pula ibunya itu. “Apa dia?”, tangannya sedang mengeluarkan pemutar skru daripada dalam kotak alatnya. “Aku nak tanya fasal Mail, pekerja kau tu. Kau tak rasa dia tu macam pelik sedikit ke? Mungkin macam… bermasalah ke?” “Dua minggu pertama tu baguslah. Kerja pun rajin. Tak ada nak melawan. Tapi selepas tu, dia mula buat perangai. Nak pergi kerja pun kena aku yang telefon dia. Lepas tu, buat kerja sikit dah penat dan berehat. Paling aku pelik, dia selalu sangat hilang. Bila ditanya pergi mana, dia cakap dia pergi balik rumah

Page 291: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

291

dia pergi makan dan minum. Tak tahu aku berapa kali dia makan dalam sehari tapi badan kurus kering juga” “Kau pernah masuk rumah dia? Dia tinggal di mana?” “Rumah lama Arwah Pak Man. Anak-anak Pak Man kan semuanya duduk di luar. Jadi rumah itu tak ada orang duduk. Anak sulung Pak Man pun sewakanlah kepada Mail. Aku dah masuk dah. Bersepah-sepah aku tengok” Ajib angguk. “Kau tak jumpa sesuatu yang mencurigakan dalam rumah dia?”, Ajib sedikit teragak-agak. Kalau begini gayanya, maka dia langsung tak boleh menjadi pegawai yang bertugas menyoal-siasat tahanan ISA di Kota Kamunting, Taiping. Kalau di sana, jangan haraplah akan ada pegawai yang bertanya secara sopan dan lemah-lembut begini. Silap hari bulan, akan dibogelkan atau tidak pun, dipaksa minum air kencing. Sudah ramai tahanan yang disiksa begitu bahkan sudah menang kes ini di mahkamah pun. Tangan Mamat sudah berhenti bekerja. Kepalanya diangkat. Tidak berkelip matanya masa memandang wajah Ajib. “Kau rasa dia ke yang pecah masuk rumah Cikgu Murni?” Ajib mengambil nafas panjang. Hatinya berbelah bahagi. “Mamat, aku minta maaf. Aku bukan tuduh dia. Aku cuma suspek dia yang buat benda ni. Pertama sekali, aku orang yang bertumbuk dengan penjahat tu malam semalam jadi aku tahu fizikal dia macam mana. Betul-betul macam Mail.

Page 292: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

292

Lepas tu pemutar skru yang aku bagi pada kau pagi tadi tu sebenarnya aku jumpa di rumah ni” Mamat nampak terkejut. Dia menarik nafas dalam-dalam. Cuba menenangkan dirinya. Dia tahu, Ajib tidak menuduh secara membuta tuli. “Aku sebenarnya tak mahu cakap ni tapi bila kau dah kata macam tu aku rasa aku pun terpaksa beritahu hal yang sebenarnya. Mail tu sudah dua kali berulang-alik masuk pusat serenti kerena menagih dadah. Jadi selepas kali kedua dia keluar daripada tahanan, kakak aku pun suruh dia keluar dari kampung dan tinggal di tempat baru. Itulah sebabnya aku terima dia bekerja dengan aku. Aku nak tolong dia, Ajib” Ajib angguk. “Kita memang perlu tolong dia pun Mamat. Kalau betul dia masih menagih dadah, kita perlu buat sesuatu untuk hentikannya. Tapi sebelum tu kita kena buktikan yang dia sebenarnya memang menagih dadah. Kau rasa?” Mamat angkat bahu. “Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa aku dah tahu kenapa mesin dan alatan di bengkel aku tu banyak yang hilang. Memang budak tu lah yang curi buat beli dadah. Mesti ni!” Ajib geleng kepala. “Jangan tuduh dulu. Kita tak ada bukti ni” “Susah-susah kita, kita buat saja laporan polis. Selesai masalah” “Hoi. Tadi bukan main cakap nak tolong dia. Kalau kita buat laporan polis, polis tangkap dia nanti, lepas tu tengok-tengok, bukti tak ada. Macam mana? Kita juga yang susah” Mamat kelihatan mengangguk.

Page 293: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

293

“Kita buat perangkap”, Ajib tersenyum nipis. Muka Mamat bersinar. Perangkap? “Jom, lepas ni kita pergi jumpa Tuan Haji Rosli. Kita perlukan bantuan dan pandangan dia” Ajib bukan jenis manusia yang suka bawa mulut. Dia cukup tak gemar bila dengar ada orang mengumpat, kerana dia sendiri tak suka kalau diumpat. Kalau boleh dia mahu rahsiakan sahaja semua prasangka-prasangka buruknya kepada Mail itu tapi Ajib ingat yang ulama-ulama besar seperti Imam Ghazali pun ada juga menyatakan yang walaupun menceritakan keburukan orang itu haram hukumnya, tetapi ada beberapa situasi yang menyebabkan yang haram menjadi harus. Yang hitam, diputihkan. Antaranya ialah yang inilah; bermesyuarat untuk memperbaiki kesalahan seseorang. Selepas mendapat pandangan daripada Tuan Haji Rosli, Ajib rasa dia sudah boleh untuk tersenyum sedikit. Pada hemat Ajib, lelaki yang mempunyai anak seramai lapan orang itu sebenarnya ialah seorang lelaki yang sangat matang fikirannya dan tindakannya. Ajib percaya dengan lelaki yang sudahpun berusia itu dan dia juga yakin dengan skil lakonan Mamat. Mamat menyimpan banyak rahsia dan perlu berpura-pura seperti tidak mengetahui sesuatu apapun. Ajib tak mahu tindak tanduk Mamat membuatkan Mail dapat meneka bahwa ada komplot mahu memerangkapnya. Sebenarnya bukan memerangkap pun kerana perkataan itu

Page 294: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

294

kedengaran terlalu licik. Tetapi maksud sebenarnya ialah untuk mencari kesahihan dan bukti. Ajib juga percaya dengan kejujuran dua orang anak lelaki Tuan Haji Rosli yang mana kedua-dua mereka sedang dalam cuti daripada kuliah masing-masing di Universiti al-Azhar, Mesir. Dua pemuda itu mewarisi kewibawaan bapanya. Kedua-dua mereka orang yang taat dan boleh dipercayai. Mamat sudahpun memberhentikan motosikalnya di laman rumah Ibu Suri. Mereka berdua baru sahaja pulang dari rumah Tuan Haji Rosli. “Aku dah kena nak balik Kuala Lumpur malam ni” Mamat angguk. Rasanya sudah tiga kali sahabat karibnya sejak dari kecil itu memberitahu perkara yang sama. “Jadi kalau ada apa-apa cerita terbaharu, kau jangan lupa maklumkan pada aku ya”, Ajib sebenarnya rasa bersalah. Hatinya rasa tak tenang kerana dialah sebenarnya pencetus bagi segala perancangan ini. Dia sudah libatkan ramai orang dalam perancangannya, tapi akhir sekali, dia sendiri tidak ada di sini nanti. Ajib merasakan dirinya seperti seorang diktator pula yang cuma tahu memberi arahan, “Kau buat itu dan kau buat ini!” sedangkan dia cuma goyang kaki, menunggu-nunggu hasil daripada keringat orang lain. “Tak apa. Kau doakan kami ya. Macam Tuan Haji Rosli cakap tadilah, kalau betul Mail itu masih menagih dadah, dia cuma ikan bilis sahaja. Yang jerung dan ikan paus itulah sebenarnya yang kita mahu tangkap”, Mamat tersenyum sendiri kerana menjingat semula kepada contoh yang dikemukakan oleh Tuan Haji Rosli tadi. Lelaki itu bijak bermain dengan metafora.

Page 295: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

295

“Insya-Allah”, Ajib janji. Dia janji yang dia akan sentiasa mendoakan kejayaan usaha kecil ini. “Pintu baru tu aku dah siap pasang. Aku siap letak slug lebih lagi pada pintu itu sebagai satu ciri keselamatan tambahan. Insya-Allah tak akan berlaku lagi dah” Ajib angguk. “Sekejap lagi aku pergi beritahu Cikgu Murni” Di dada kalendar, tercatat bahwa hari sudahpun terlajak ke rabu. Maknanya sudah tiga hari dia pulang semula ke Kuala Lumpur dan baru sebentar tadi, Mamat menelefonnya dan memberitahu yang rancangan mereka sudah mula membuahkan hasilnya. Mail sudahpun terbukti menagih dadah jenis ganja. Masa Mail sedang sibuk memotong kayu jenis kembang semangkuk yang bekalannya didapati dari Hulu Kinta, Mamat menghantar SMS kepada dua orang anak Tuan Haji Rosli yang ketika itu sudahpun bersiap-siap. Kedua pemuda jujur dan berani itu pun menggeledah masuk ke dalam rumah kayu yang disewa oleh Mail. Ternyata Mail lebih bijak untuk lolos masuk ke dalam rumah yang terkunci berbanding mengunci rumahnya sendiri yang terbuka. Tanpa perlu mengopak atau mengumpil pintu kayu di rumah lama itu, dua beradik tadi hanya perlu memanjat masuk melalui jendela di bilik kecil di sebelah belakang rumah lama itu. Mereka juga tak perlu susah-susah untuk mencari bahan bukti kerana di dalam bilik itu, mereka sudah bertemu dengan apa yang dicari. Dengan penuh

Page 296: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

296

hati-hati, jarum suntik yang berada atas lantai itu dimasukkan dalam beg plastik yang tebal. Jarum suntik itu sudahpun menjadi satu bahan bukti yang kukuh. Mail lalu ditahan dan telefon bimbitnya digeledah oleh pihak polis. Melalui rekod-rekod panggilan yang dibuat, mereka dapat satu nombor telefon yang disyaki, nombor telefon kepada pengedar dadah yang dicari itu. Seorang lelaki cina dari Ipoh. Tapi sayangnya, usaha untuk memerangkap lelaki cina itu tidak berjaya kerana lelaki cina itu seperti dapat mencium jerat di depannya. Menjadikan Mail sebagai umpan jelas tidak menggiurkan ‘pemangsa’ itu. Entahlah. Mungkin ada orang dalam yang bertindak sebagai tali barut. Jika tidak, bagaimana mungkin pengedar-pengedar dadah ini boleh lepas daripada pemantauan pihak berkuasa? Mereka bukan pandai sangat. Mereka bukannya hebat sangat sampai boleh lolos seperti halimunan. Lagipun kata Mamat tadi, adik ipar kakaknya itu kini sedang berada mendaftar masuk ke pusat serenti buat kali yang ketiga. Moga ini jadi yang terakhir, Mail. Ajib sedang menyiapkan laporan hariannya. Tekun benar dia sampaikan tak terasa yang bahunya dicuit sampailah Mahat terpaksa menepuk perlahan bahunya. Ajib lalu mengangkat muka. Dia lihat lelaki didepannya itu tersenyum kepadanya. “Jom pergi minum”, Mahat mengajak. Di sebelahnya ialah rakan-rakan mereka yang lain.

Page 297: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

297

Ajib melihat jam tangannya. Dia baru tersedar rupanya masa sekarang sudahpun menjengah ke pukul sepuluh setengah pagi. Khusyuk sangat dia sampaikan tak perasan pun masa berlalu sepantas itu. “Kau orang pergilah. Aku tak ikut sekali hari ni. Malas”, Ajib menolak dengan hemah. Ajib sebenarnya mahu ke surau di sebelah luar kompleks kilang ini. Dia mahu mengerjakan solat sunat dhuha kerana sudah dua hari dia tak berdiri untuk solat sunat itu. Pagi kelmarin, terdapat sedikit masalah pada mesin yang digunakan untuk membuat pensel kayu, jadi terpaksalah dia dengan pasukannya bertungkus lumus memeriksa keroskan yang dilaporkan itu. Kerjanya di sini memang tak ikut masa. Asal saja ada masalah, dia dan pasukannya mestilah sentiasa sedia. Semalam pula dia tak buat solat sunat dhuha kerana terasa malas. Lagipun semalam dia sudah ikut rakan-rakannya minum pagi di kafe yang terletak di bangunan kecil di sebelah. Cukuplah tu. Ajib bangun dari duduk. Fail-fail yang terbuka di depannya, ditutup lalu disusun secara bertingkat. Dia lalu keluar dari bilik berhawa dingin itu dan menyusun tapak ke arah surau yang terletak tidak jauh dari situ. Baru tak sampai sepuluh tapak dia melangkah, namanya diseru dari belakang. Ajib berpaling. “Ada apa Justin?” Lelaki cina itu senyum lebar. Dia nampak seperti sangat gembira kerana dapat berjumpa Ajib. Pelik. Macamlah dah lama sangat tak jumpa. Pagi tadi pun dia sudah terserempak dengan Ajib. “Jom pergi minum”, Justin masih tersenyum.

Page 298: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

298

“Alamak Justin. Saya tak mahulah hari ni” Lelaki itu nampak kecewa. “Kenapa? Kamu puasakah?” Ajib geleng. “Taklah. Tapi saya malaslah.” Takkanlah dia nak kata dia nak pergi surau buat solat sunat dhuha kut. Nanti panjang pula ceritanya. “Marilah. Saya belanja kamu minum dengan makan sekali. Saya ada perkara nak cakap dengan kamu ni”, Justin nampak sangat bersungguh-sungguh mengajak. “Ada apa ni Justin? Siap mahu belanja saya makan dan minum lagi ni”, Ajib tambah hairan. Serba salah jadinya. Dia mengesan kesungguhan pada lelaki cina yang usianya sudah 30-an itu. “Adalah. Mari. Nanti saya cerita”, Justin sudah menarik tangannya. Ajib senyum segaris. Nampaknya terkubur jugalah niatnya tadi. Tak apalah. Tak dapat buat baik dengan cara solat, dia boleh buat baik dengan meraikan orang lain. Lagipun Arman pernah pesan kepadanya supaya berdakwah kerana kata Arman, kita semua perlu menjadi manusia yang buat dakwah. Ajib rasa nak gelak saja masa tu tapi takut Arman marah pula. Iyalah. Takkanlah dia yang baru nak berjinak-jinak dengan islam sudah nak dakwahkan orang lain pula. Manalah dia layak. Ilmu pun tak ada macam mana nak ajak orang kepada islam. Tapi Arman tak biarkan dia terus salah faham. Arman kata dakwah tu tak semestinya dengan kita hafal ayat al-Quran dan hadis dulu. Dakwah tu

Page 299: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

299

bermula dengan benda kecil-kecil dahulu. Adakalanya dengan senyum dan adakalanya dengan sembang-sembang yang santai. Bila dah Arman kata macam tu, Ajib rasa dia pun perlu mula berdakwah tapi dengan benda-benda kecil seperti tadilah. Macam senyum dan beri salam. Tak berani dia nak ajak orang bercakap fasal agama. Di kilang ini pun semua orang asyik duk bercakap fasal keretalah, rumahlah, teman perempuanlah… sampai Ajib pun rasa pening dan rimas. “Kamu nak makan apa, kamu ambil saja. Hari ni saya belanja”, mereka berdua sudah sampai ke kafe. Orang agak ramai dengan pekerja perempuanlah yang paling ramai memenuhkan kerusi meja. Macam pasar suasananya kerana semua orang mahu bercakap dan ketawa. Ajib pun apa lagi… dia pun ambillah sepinggan mi goreng dan ditambahkan pula dengan telur mata kerbau. Dia mahu makan tengahari terus supaya nanti sebelum solat zuhur, dia dapat lelapkan mata seketika. Dia lalu beratur di belakang Justin bagi memesan air minuman. Selepas itu, Justin ke kaunter dan membayar bagi pihak mereka berdua. Mereka duduk di satu meja yang ajak jauh juga dari situ kerana tempat-tempat yang lain semuanya sudah pun diisi. Terpaksalah. “Makanlah dulu”, Justin sudahpun menyuap mulutnya dengan bihun goreng. Melihat lelaki cina itu makan, Ajib pun mula menyuap tetapi sebelum itu, dia membaca doa makan dahulu cuma tangannya sahaja yang tak diangkat. Tak tahulah kenapa tapi dia rasa seperti malu untuk mengangkat tangan, berdoa bila berada di hadapan lelaki yang tidak seagama dengannya. Kenapa ya dia perlu rasa malu? Padahal tak ada sebab pun.

Page 300: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

300

“Ajib, saya nak tanya ni”, selepas makanan tinggal separuh, Justin baru mahu membuka ceritanya. “Tanyalah”, Ajib jawab sepatah. Kalau dia tak jawab begitu pun memang Justin akan bertanya juga kerana lelaki itu memang mahu cakap sesuatu. “Adik saya nak masuk islam” Ajib hampir tersedak. Dia lalu mencapai gelas minumannya dan menyedut air sirap limau itu dengan menggunakan strawnya. Justin tersenyum kecil melihat reaksi spontan Ajib. “Jadi saya nak tanya kamu beberapa benda fasal islam. Boleh tak?” Ajib angkat kepala. Dia tenung muka lelaki bermata sepet di depannya. Kulit mukanya yang cerah itu nampak serius. “Kenapa kamu tak tanyakan saja dengan Haji Zahari?”, soal Ajib. “Sudah. Tapi dia marahkan saya pula” Ajib telan air liur. Dia cukup kenal dengan Haji Zahari. Lelaki yang cukup berpengalaman. Baru bulan ini dia mendapat gelaran datuk kerana anak sulungnya sudahpun melahirkan cucu sulungnya. Lelaki yang agak berusia itu sentiasa nampak redup sahaja dan tenang-tenang sahaja. Mulutnya tak lekang dengan senyuman. Manis sahaja, seakan-akan ada kebun tebu pada muka yang sudah berkedut itu.

Page 301: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

301

Tapi bila Justin kata lelaki tua yang selalu berkopiah itu marah kepadanya, maka Ajib pun hairan. Macam mana Haji Zahari yang sentiasa tenang itu pun boleh hilang sabar? “Apa yang kamu tanya sampai dia marah?”, Ajib teragak-agak. Mi goreng yang tinggal separuh dalam pinggannya terus terasa tidak sedap. Selera makannya terbang melayang. “Saya cuma suruh dia cerita fasal islam sahaja”, jelas ada nada kekecewaan pada lelaki cina itu. Ajib angguk. Tak apalah Justin. Nanti biar aku sendiri yang tanya dengan Haji Zahari. “Erm, apa yang kamu nak tahu Justin?” Wajah lelaki cina itu terus nampak kembali bersemangat. Di hujung bibirnya, terlakar sebuah senyuman. Tak tahu nak ditafsirkan bagaimana senyuman itu. “Saya nak tanya fasal nabi kamu. Nabi Muhammad. Betulkah dia seorang nabi?” Ini soalan tadika ni Justin! “Betul. Muhammad ialah nabi kami” “Kalau macam tu, nabi kamu ialah seorang pengganaslah”

Page 302: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

302

Tersirap darah Ajib bila Justin kata begitu. Ini bukan lagi soalan tadika. Ini cari gaduh namanya. Patutlah Haji Zahari pun boleh marah. “Kenapa kamu kata nabi kami pengganas?”, Ajib memandang tepat kepada lelaki cina yang juga ialah penyelianya di kilang ini. “Saya baca sejarah. Nabi Muhammad menganjurkan peperangan. Dia juga menyekat kebebasan wanita”, terang Justin. Nadanya sama sahaja. Tak ada tanda-tanda yang dia mahu cari masalah. “Kamu baca dari sumber yang salah tu Justin. Hari ini banyak sekali cerita yang tak benar tentang nabi kami. Nabi kami tak pernah anjurkan peperangan. Tak pernah anjurkan pembunuhan beramai-ramai. Mana ada semua tu Justin. Yang tentang wanita pula, nabi kami bukannya mengongkong atau menindas, tetapi nabi kami mengajar kami untuk memuliakan kaum wanita” “Dengan menghalang mereka memakai apa-apa yang mereka sukai?”, tukas Justin. Ajib angguk. “Agama kami tak halang kaum perempuan nak pakai apa-apapun asalkan pakain itu ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kami nak menjaga kaum perempuan daripada dipergunakan dan dipermainkan. Oleh itu kami jaga apa yang mereka pakai. Kami tak mahu orang lelaki menggunakan mereka bagi tujuan seks. Kami juga tak mahu kaum wanita dieksploitasi untuk kepentingan individu. Kaum wanita dalam agama kami ada maruah dan kedudukan yang tinggi. Mereka bukan hanya untuk dijadikan pemuas nafsu lelaki. Bukan untuk dipergunakan sebagai model-model yang seksi, yang menarik perhatian orang lelaki. Tidak begitu Justin” “Tetapi islam tidak menganjurkan kasih sayang seperti yang agama kristian anjurkan”, Justin membuat kesimpulan sendiri.

Page 303: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

303

“Kenapa kamu cakap macam tu?” Perbincangan mereka makin hangat. Kedua-dua belah pihak saling membentangkan pandangan dan hujah masing-masing. Hingar bingar dan riuh rendah di keliling sudah tidak dihiraukan. Mereka berdua seakan-akan sedang berada dalam vakum. Tak wujud lagi orang lain di sekeliling. Yang ada hanya mereka berdua yang sedang bersilat hujah. “Jesus sangat sayangkan umat manusia. Dalam bible Matius 5:39, Jesus pernah berkata, kalau ada orang menampar pipi kananmu maka berilah pipi kirimu untuk ditampar” Itu bukan kasih sayang. Itu lurus bendul namanya! Ajib tak sampai hati nak kata begitu, tapi itulah yang dia rasakan. “Jesus sanggup mati disalib bagi menghapuskan dosa-dosa umat manusia. Itu tandanya Jesus sayangkan manusia”, Justin nampak begitu yakin dengan hujahnya itu. Ajib diam. Kalau dipanjangkan lagi hujah, dia bimbang perbincangan mereka tak akan pergi ke mana. Dia pun sebenarnya tak berani nak cakap banyak. Dia takut dia pula yang memberikan informasi yang salah tentang islam dan itu akan menyebabkan nama baik islam yang hari ini sudah cukup cemar, jadi makin tercemar. “Maaf Justin. Saya tak tahu kisah fasal Jesus mati disalib tu”, Ajib berterus terang. Justin senyum. Dari raut wajahnya jelas dia masih tak berpuas hati. Dia masih tak mendapat jawapan yang dicari-cari olehnya.

Page 304: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

304

“Saya pun minta maaf juga Ajib. Saya cuma nak tahu tentang islam kerana adik saya yang sedang belajar di Universiti Bukit Tinggi mahu masuk agama islam. Jadi saya nak tahu apakah yang istimewa tentang islam. Saya mahu tahu apa kebaikan ajaran islam. Saya cuma nak tahu apa yang menyebabkan adik saya tekad mahu tukar agama”, dia melepaskan nafas panjang. Jelas sekali dia kecewa kerana sampai kini, dia belum mendapat jawapan dari segala persoalannya itu. Ajib angguk seraya senyum. “Kalau macam tu, saya rasa bila kamu balik rumah nanti, kamu cari video-video di YouTube. Cari nama dua orang ini. Pertama, Syeikh Ahmad Deedat dan kedua, Dr. Zakir Naik” “Siapa?”, Justin mengeluarkan pen dan buku nota dari poket bajunya. “Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Naik”, dua nama tokoh itu disebutnya lambat-lambat supaya jelas. Justin menulis laju. “Baiklah. Terima kasih Ajib” Ajib cuma senyum. Betul kata Ustaz Fahmi. Kalau kita tak mampu jadi ‘menteri penerangan’, maka jadilah ‘menteri pengangkutan’. Jika kita tak mampu berdakwah, maka kita cuma perlu sampaikan orang kepada dakwah. Macam orang tulis buku jugalah. Ada orang tulis buku kerena mahu berdakwah, tapi ramai lagi yang mahu tulis buku untuk dakwah tapi dia tak pandai. Jadi jika dia panjangkan buku itu kepada orang lain, maka itu pun sudah jadi dakwah buatnya dan dia juga akan dapat pahala yang sama tanpa dikurangkan sedikit pun.

Page 305: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

305

“Sama-sama. Jom habiskanlah makanan. Tak elok kan kalau membazir” Ajib dah menyambung suapan. Arman meletakkan telefon bimbitnya atas meja. Dia baru selesai menyambut satu panggilan telefon. Pintu biliknya yang dibuka tadi pun masih belum ditutup. Ajib yang duduk di ruang tamu, dirapati. “Ajib, kawan-kawan aku ajak kau ikut kami main futsal esok. Jomlah” Ajib sedang menonton perlawanan bola sepak antara kelab yang disokongnya, Newcastle United dengan Liverpool. Dia segera berpaling kepada Arman. Wajah Arman nampak benar-benar sedang berharap. “Kawan-kawan kau? Berapa orang semuanya?”, tanya Ajib. Rasa segan pula nak main futsal dengan orang-orang yang dia tak kenal. Lagipun dia bukan hebat mana pun cuma kalau setakat nak jaringkan hatrick itu dia bolehlah. “Adalah dalam 8 orang. Termasuk kau dengan aku esok, jadilah 10 orang. Sedang eloklah tu” Ajib kembali menatap kaca televisyen. “Insya-Allah” Arman senyum gembira. Alhamdulillah…

Page 306: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

306

“Alhamdulillah, semua dah sampai” Dari kejauhan, Ajib dan Arman sudah disambut dengan senyuman. Jauh betul gelanggang futsal ni. Sampai ke Bangi semata-mata nak main futsal. Ajib mulanya rasa menyesal juga kerana dia sangkakan yang mereka mahu bermain futsal dekat-dekat sini saja. “Assalamualaikum”, Arman memberi salam. Ajib pun sama-sama memberi salam. Dia lalu mengikut Arman, bersalaman dengan lapan orang lelaki yang sedang duduk di situ. “Ajib” Ajib kerutkan dahi. Lelaki yang menegurnya dan sedang menggenggam tangannya ini nampak sangat biasa dilihat. Siapa ya? “Lamanya tenung. Tak ingat ke siapa ni?”, lelaki yang berjambang tebal itu ketawa. Rakan-rakannya yang lain sekadar tersenyum lebar. “Mesti kau tak ingat punya kan Ajib. Dulu masa sekolah dia kurus je Ajib. Aku pun tak kenal juga dulu masa kali pertama jumpa semula”, Arman ketawa. Ajib memandang kepada sahabatnya itu. Dia masih jauh berfikir. Kawan sekolah? Seniornya? “Kenal lagi tak dengan Kamal Udin masa di asrama dulu?”

Page 307: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

307

Ajib angguk. Kamal Udin itu seniornya. Masa Ajib tingkatan dua, Kamal Udin tingkatan lima. Dia kenal lelaki bernama Kamal Udin kerana lelaki itu selalu menjadi imam di surau asrama mereka. Geng surau. “Inilah dia abang Kamal”, Arman masih ketawa. Serentak dengan itu Ajib pun ketawa kecil. “Ya Allah… lainnya abang sekarang” Kamal ketawa. “Biasalah Ajib. Ini namanya transformasi badan” “Itulah, semua orang tak percaya enta dulu kurus, Kamal”, dalam ketawa, seorang lelaki yang memakai baju merah menyakat. Selepas agak reda, Arman pun memperkenalkan Ajib kepada kawan-kawannya. Hanya sesi yang ringkas, sebelum semuanya bersiap-siap untuk mula bermain. Ajib tak tahu berapa lama mereka menyewa gelanggang ini tapi Arman awal-awal lagi kata malam ini Ajib tak payah bayar apa-apa. Arman nak belanjalah kut. Ajib mengikat tali kasutnya. Dia memakai seluar pendek tetapi dia memakai tight hitam di dalam hingga paras betis. Yang lain-lain semuanya berseluar panjang. Mereka bermain dengan santai. Tak ada kekasaran dan tak ada makian dan carutan. Hanya ada gelak ketawa sahaja. Malam ini, Ajib berjaya membolos gawang lawannya sebanyak empat kali. Seronok betul dia. Kini, mereka sedang berehat. Semuanya sedang bermandi peluh. Mereka bersepuluh membentuk bulatan kecil dan duduk di tengah ganggang. Sudah dekat satu jam juga mereka berlari-lari dan menendang bola.

Page 308: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

308

Ajib berbisik kepada Arman, “Sewa berapa lama ni Arman?” Arman senyum. “Aku pun tak tahu. Tengok bos dialah nak bagi kita duduk sini sampai pukul berapa” “Siapa bos dia?” Arman cuma menunjukkan dengan hujung bibirnya kepada seorang lelaki muda berbaju hitam yang menjadi penjaga gol tadi. Lah, patutlah main percuma. Main sekali dengan pemilik gelanggang ini rupanya. “Ajib dah lama duduk serumah dengan Arman?”, tiba-tiba seorang lelaki yang bernama Salman menegurnya. Dia melunjurkan kakinya ke tengah, sambil merenggangkan otot kakinya itu. Ajib angguk.”Sudah setahun” “Baiklah, alhamdulillah kita sudah selesai sesi main bola sepak”, seorang lelaki bangun. “Jadi selepas ini, kita nak…” “Makan!”, lelaki bernama Salman tadi menyampuk lalu disambut dengan ketawa oleh rakan-rakannya yang lain. Ajib juga ikut sama ketawa walaupun dia sendiri tak berasa lucu. “Makan saja kau tahu ya. Patutlah badan macam Kamal”

Page 309: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

309

Kali ini Ajib ketawa bersungguh-sungguh. Kesian senior lamanya. Tapi betullah, dia sendiri tak sangka Kamal boleh ‘mengembang’ sampai macam tu sekali. Lelaki yang berdiri tadi senyum. Dia menunggu rakan-rakannya habis ketawa dulu, baru dia menyambung semula kata-kata yang tersekat tadi. “Lepas ni kita nak ajak Ustaz Syauqi untuk beri sedikit tausiyyah. Boleh ya ustaz?” Lelaki yang duduk sambil memeluk lutut itu angguk. Dia membetulkan kedudukan punggungnya kepada duduk bersila. Ajib yang masih keliru pun sama duduk bersila. Matanya jatuh kepada lelaki yang nampak seperti sebaya dengannya itu. “Alhamdulillah. Pertama sekali kita bersyukur kepada Allah kerana kita dapat bertemu dan bersukan pada malam ini. Kita juga bersyukur kepada Allah kerana dapat berkenalan dan dipertemukan dengan seorang lagi lelaki soleh, Encik Razif” Semua yang berada dalam bulatan kecil itu memandang Ajib sampaikan malu Ajib dibuatnya. Er, aku bukan orang solehlah… Lelaki yang dipanggil Ustaz Syauqi itu lalu menyambung bicaranya sampai lebih kurang lima belas minit. Kemudian dia pun sudahi dengan bacaan tasbih kafarah. Malam itu, mereka bersurai lebih kurang pukul 11.30 malam kerana selepas keluar dari kompleks itu, mereka pergi minum-minum dahulu. Di sana barulah

Page 310: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

310

Ajib boleh mengenali dengan lebih rapat sahabat-sahabat barunya. Dalam diam-diam, Ajib kagum dengan kesemua mereka. Mereka itu walaupun bukanlah ustaz, kecuali Ustaz Syauqi seorang sahaja yang bekerja di JAKIM, tapi yang lain-lain juga berperangai seperti ustaz. Perbualan mereka berisi dan berkualiti. Bait kata-kata mereka mempunyai ilmu. Di dalam keretanya, Ajib ada melantunkan kekagumannya kepada kelapan-lapan orang sahabat barunya tadi. Kata Arman, mereka semua itu ialah golongan profesional. Ada yang jadi jurutera, arkitek, doktor, usahawan, dan bermacam-macam lagi. Tapi mereka nampaknya sangat menghayati islam. Lalu apa kata Arman? “Kita nak syurga tak semestinya kena jadi ustaz. Jadilah apa saja. Yang penting ialah setakat mana ilmu dan amalan kita” Betul tu Arman. Insya-Allah, aku janji minggu depan kalau ada perjumpaan, aku akan ikut serta! Ajib memeriksa telefon bimbitnya. Tak sangka rupanya ada lima panggilan yang tidak dijawab. Dia sungguh-sungguh tak perasan bilakah masanya dia meletakkan telefonnya ke dalam mod senyap. Entahlah. Mungkin malam tadi semasa mahu bersolat isyak. Dia sebenarnya baru sahaja mahu menunaikan solat sunat dhuha di surau kilang sebelum hatinya tergerak untuk memeriksa telefon bimbitnya. Ajib duduk di bangku kayu. Sebelah tangannya ditengkup ke telinga kiri, memegang kemas telefonnya. Dia mahu menelefon ibunya kerana lima kali ibunya telah gagal untuk menghubungi. Rasa bersalah memuncak.

Page 311: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

311

“Assalamualaikum ibu. Maafkan Ajib sebab tak jawab panggilan ibu. Ajib tak perasan”, cepat-cepat Ajib meminta maaf. Ibu Suri berdehem sedikit, melegakan tekanan pada kerongkong. “Waalaikumussalam. Tak apalah Ajib”, suara Ibu Suri kedengaran lemah. “Ibu okey tak ni? Kenapa suara ibu lemah sangat?”, Ajib cemas. “Ibu dalam wad sekarang ni Ajib” “Ibu di wad? Kenapa ibu?”, dada Ajib berombak. “Tak ada apapun Ajib”, Ibu Suri senyum di hujung talian. “Mana boleh tak ada apa-apa. Ibu di hospital mana? Ibu sakit apa? Siapa yang bersama-sama dengan ibu sekarang?”, Ajib menghujani soalan. Dia sudah tak boleh senang duduk. Kedengaran ibunya ketawa perlahan di hujung ganggang. Ajib dah jadi makin pelik. “Ibu tak apa-apa pun. Kata cuma kata tekanan darah ibu rendah sahaja. Ibu pengsan di kantin sekolah awal pagi tadi. Sekarang ibu tengah berbaring atas katil dalam wad pemerhatian di Hospital Taiping” Badan Ajib menggeletar sekejap bila mengetahui ibunya pengsan awal siang tadi dan kini sedang dimasukkan ke dalam wad.

Page 312: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

312

“Ibu sedang bersama siapa sekarang ni? Ibu tunggu ya. Ajib minta cuti kecemasan. Ajib akan balik kejap lagi” “Tak payahlah susah-susah, Ajib. Ibu pun dah okey ni. Lagipun ada Murni bersama dengan ibu sekarang ni. Dia yang hantarkan ibu ke hospital tadi. Ajib jangan risaulah. Tak perlu balik pun”, Ibu Suri menyebut satu per satu perkataan. Rasa penat pula bercakap dengan anaknya. Mungkin kerana kesan ubat-ubatan yang dia dipaksa telan tadi. Lagipun tangan kirinya sedang berselirat dengan jarum. Hatinya sebenarnya rasa kasihan kerana anak sulungnya itu sudah kerap sangat balik ke kampung, menziarahinya. Kalau dekat tak apalah tapi masalahnya, jauh. “Ibu, Ajib tak susah pun. Sekejap ya ibu. Ajib nak pergi minta cuti kecemasan dengan bos. Ibu berehat ya. Tunggu Ajib. Assalamualaikum” Telefonnya dimatikan. Kakinya sudah disusun menuju ke pejabat pengurusnya. Kalau perlu merayu pun, dia sanggup. Hatinya kini hanya menyebut satu nama sahaja. Ibu! “Cik, mana satu katil pesakit beranama Surihani Binti Hardi?” Ajib sedikit tercungap-cungap. Dia berjalan dengan pantas dari ruang parkir ke bangunan hospital itu. Wajah wanita yang sudah agak berusia itu dipandangnya. “Katil nombor 16. Wad nombor 3. Di sebelah sana”, selepas melihat kepada lembaran-lembaran kertas di sampingnya, wanita itu menjawab sambil tangannya menunjukkan ke arah kanannya. Sebelah kiri Ajib.

Page 313: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

313

“Terima kasih cik” Belum sepat Ajib pergi, jururawat yang sama memanggilnya. “Encik. Maafkan saya. Encik duduk dahulu di kerusi menunggu kerana sekarang ini masih belum masuk waktu melawat”, wanita itu nampak gusar. Dia hanya mahu menjalankan tugasnya. Bukannya dia mahu menghalang-halang orang daripada menziarahi pesakit yang terlantar di dalam sana. “Saya anak dia”, Ajib menjawab lembut. “Oh. Maafkan saya. Jika begitu, baiklah. Isteri encik pun ada menunggu di dalam”, wanita itu senyum. “Terima kasih”, Ajib menjawab. Dia sebenarnya sudah hampir ketawa dengan perkataan isteri tadi. Ah, mungkin wanita tadi maksudkan Syafira. Adiknya itu pun balik juga rupanya. Ajib menyusun tapak laju. Bau ubat-ubatan menusuk liang hidungnya. Selepas melewati empat pintu, dia sampai ke wad nombor 3 seperti yang diberitahu oleh jururawat di kaunter tadi. Ajib memperlahankan langkahnya. Dia memandang ke kiri dan kanan. Mencari sosok wanita yang dia sedang runsingkan itu. “Ibu”, hati Ajib sedikit lega selepas dapat melihat ibunya yang sedang berbaring di atas tilam hospital.

Page 314: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

314

Ibu Suri segera memandang kepada suara yang memanggilnya. Dia lalu terus tersenyum. Senyum yang tetap manis walaupun hakikatnya, ia terbit dari bibir yang kering lesu. “Ibu okey tak ni?”, selepas mencium tangan kanan ibunya, Ajib kembali bertanya soalan yang sudah beberapa kali dia tanyakan kepada ibunya. “Ajib tak nampak ke? Ibu sihatlah. Doktor sengaja nak suruh ibu duduk wad. Mereka takut ada yang tak kena dengan ibu. Padahal ibu tak ada apa-apa. Ibu okey saja”, Ibu Suri mencebik. Dia tak suka hospital! “Ni…”, bibirnya muncung, menujukkan kearah jarum ditusuk ke urat di tangannya, bagi memasukkan air. “Mereka cucuk benda ni… menyusahkan orang nak bergerak saja”, Ibu Suri mengomel. Ajib tersenyum nipis. Matanya memandang wajah Ibu Suri dengan penuh simpati yang digerakkan oleh kasih sayang yang meluap-luap kepada wanita yang telah melahirkan dan membesarkannya itu. “Ibu tak sihat ni. Doktor tahan ibu duduk wad kan? Jadi ibu kenalah duduk sini. Adalah tu sebab kenapa doktor tak beri ibu keluar” Ibu Suri mencebik. “Buat susah-susah saja semua ni. Biarkan ibu berehat di rumah sahaja kan senang” Ajib ketawa kecil. Ibunya itu memang degil. Tapi kerana kedegilan itulah, Ibu Suri berjaya membesarkan anak-anaknya walau selepas kematian suaminya. Seorang ibu sanggup berdegil dengan berlapar, agar anak-anaknya kenyang.

Page 315: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

315

Seorang ibu sanggup berdegil dengan kesusahan, agar anak-anaknya nanti akan senang. Seorang ibu sanggup berdegil dengan keletihan, agar anak-anaknya tidur dengan tenang. “Ibu, Fira pergi mana?”, Ajib tiba-tiba bertanya. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Tak ada. Yang di nampak hanyalah beberapa orang pesakit yang sedang tidur di katil masing-masing. Semua mereka nampak tak bersemangat dan tak bermaya. Ada seorang ibu tua sedang duduk memerhatikan Ajib dengan Ibu Suri berbual. Dari pandangan matanya, Ajib dapat melihat ada kesunyian bertapak dalam hati ibu tua itu. Kasihannya… “Fira? Kenapa tiba-tiba tanya fasal Fira pula? Dia di maktablah. Kan sudah sebulan dia masuk semester baru”, Ibu Suri menjawab dengan laju. Ajib angkat kening. “Bukan Fira ada ke tadi? Jururawat yang jaga kaunter tu cakap…” Ajib tak menghabiskan kata-katanya. Takkanlah dia nak ulang semula apa yang jururawat wanita tadi katakan, yang isterinya sedang bersama dengan ibunya. “Eh, Murni. Marilah sini. Tercegat di situ tu kenapa?” Ajib segera berpaling. Wajah gadis itu dipandangnya sekilas. Gadis itu menunduk. “Murni belikan roti dan air untuk makcik”, Murni meletakkan plastik putih yang dijijingnya di atas meja kecil di sebelah katil Ibu Suri.

Page 316: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

316

“Aduh… Murni, terima kasihlah. Susah-susahkan Murni saja. Sudahlah tadi Murni yang hantarkan mak cik… lepas tu tunggu pula mak cik… sekarang, Murni belikan pula makanan untuk mak cik”, Ibu Suri sayu. Dia sangat terharu dengan kebaikan gadis berjubah hitam yang berdiri di sisinya. Tangan gadis itu dipagut. Murni senyum manis. Mata Ibu Suri dipandangnya dalam-dalam. "Tak ada apa-apalah mak cik. Tak susahkan Murni pun. Murni ini yang sebenarnya banyak terhutang budi dengan keluarga mak cik” Ajib diam. Dia hanya menjadi penonton bisu. Buat seketika, dia seperti ghaib dan tiada di situ. Dia terasa tak diendahkan. “Murni ingat, Murni nak balik dahululah ya mak cik. Nanti Murni bawa Hafiz ke rumah Murni ya mak cik”, kedua-dua belah tangannya memegang tangan Ibu Suri. Ditepuk-tepuknya lembut tangan kanan ibu kepada anak muridnya yang bernama Hafiz itu. “Tak apalah Murni. Ajib pun dah balik dah ni. Biar Ajib saja yang jaga Hafiz”, raut Ibu Suri jelas menyatakan bahawa hatinya sedang berbelah bahagi. Dia benar-benar rasa terhutang budi dengan gadis cantik ini. Tak sanggup rasanya untuk dia menyusahkan gadis itu lagi. Ajib angguk perlahan sebagai tanda setuju dengan kata-kata ibunya tadi cuma mulutnya sahaja yang masih tidak dibuka. Cukuplah dengan mengangguk. Takkanlah guru bahasa melayu itu tak boleh faham bahasa badannya kut. “Tak apalah mak cik. Ajib tu biarlah tinggal bersama mak cik malam ni. Malam ni biarkan saja Hafiz tidur di rumah saya. Dia pun masih kanak-kanak lagi. Tak mengapa”, Murni senyum. Hafiz itu anak muridnya yang paling baik. Baru darjah satu. Sah-sahlah yang kanak-kanak itu masih hijau. Masih jauh untuk

Page 317: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

317

baligh. Kalau sudah darjah tiga, dia pun takut nak bawa budak tu bermalam di rumahnya sekalipun. “Tak susahkan Murni ke?”, Ibu Suri tidak tersenyum. Hatinya rasa tidak senang. Murni menggeleng pantas. “Insya-Allah tidak” “Kalau macam itu tak apalah. Nanti esok biar Ajib yang bawa dia uruskan dia. Mudah-mudahan mak cik pun sudah boleh keluar wad esok. Entah fasal apalah mereka mahu tahan mak cik. Mak cik bukannya sakit pun”, sekali lagi Ibu Suri cuba untuk meyakinkan semua orang bahawa dia sebenarnya sihat tapi sayangnya, tiada siapa yang percaya. Murni ketawa kecil. “Mak cik berehatlah ya. Kalau mak cik cukup rehat, cepatlah mak cik akan dapat keluar wad. Kalau macam tu Murni balik dululah ya. Insya-Allah esok selepas habis sesi persekolahan, Murni datang semula ke sini lagi ya” Ibu Suri angguk. Murni berpusing, mahu menapak keluar dari wad ini. Sekali lagi matanya menikam pandang dengan Ajib yang memandangnya, tanpa riak. Lelaki itu menghulurkan senyuman. Murni kaget sebelum kakinya dihayun laju.

Page 318: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

318

“Ajib tolong bawakkan bersama baju-baju ibu ya”, Ibu Murni berpesan kepada anak sulungnya. Hari sudah merangkak ke senja. Ibu Suri sedang dipapah oleh Ajib dari surau di hujung koridor menuju ke katilnya. Dia baru lepas solat maghrib.Susah betul nak berwuduk bila ada jarum yang menyucuk di tangan. “Baiklah. Apa lagi yang ibu nak suruh Ajib bawakan?”, tanya Ajib. “Telekung ibu dengan al-Quran” Ajib angguk. Otaknya sedang menambahkan senarai barangan yang dia perlu bawa ke sini sekejap lagi. Dari hujung pintu, matanya sempat melihat kepada seorang pekerja hospital yang sedang menolak troli makanan dan memberikan makanan kepada setiap pesakit di dalam wad ini. Makanan dan minuman buat Ibu Suri juga disediakan dan diletakkan oleh lelaki itu di atas meja di hujung katil. “Kalau macam tu, Ajib pergi balik sekejap ya. Nanti Ajib datang semula. Ibu makanlah dulu”, Ajib memandang wajah ibunya. Rasa sangat kasihan bila melihat ibu sendiri jadi tidak bermaya. Ibu Murni angguk, memberi jawapan ‘baiklah’ dengan isyarat badan. Ajib menyusun tapak perlahan. Sempat dia memandang ke arah jam di pergelangan tangannya. Jam tangannya menunjukkan pukul 7.40 malam. Baru dia melangkah ke keretanya, telefonnya pun berbunyi. Cepat-cepat poket seluarnya itu disauk. “Helo. Assalamualaikum. Abang di mana sekarang?”, gelombang suara Syafira nyaring menerobos terus ke gegendang telinganya.

Page 319: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

319

“Waalaikumussalam. Abang masih di hospital lagi sekarang ni”. Ajib masuk ke dalam kereta. Enjin keretanya belum dihidupkan. “Macam mana dengan keadaan ibu?”, gadis itu runsing. “Insya-Allah ibu okey. Tapi doktor tak beri ibu keluar. Mereka takut ada apa-apa yang tak elok terjadi pada ibu” Syafira mengeluh. “Ibu sakit apa ya abang?” Ajib sendiri pun tak tahu. Ibunya sakit apa? Dia sendiri belum sempat berjumpa dengan doktor bertugas bertanya soalan ini. Tapi kata ibunya, ia hanyalah setakat tekanan darah yang rendah sahaja. “Ibu kata tekanan darahnya rendah. Itulah puncanya dia pengsan di kantin sekolah pagi tadi” “Ibu penat barangkali. Kasihan ibu. Sendirian di rumah menguruskan Hafiz”, adik perempuan Ajib itu sebak. Ikutkan hatinya, mahu saja dia pulang balik dari kolej kediamannya di Melaka ini. Dia mahu menjaga ibunya dan menguruskan kesihatan ibunya. Tapi awal-awal lagi Ibu Suri sudah memberinya amaran agar anak gadisnya itu tidak terlalu risau akan keadaannya. Pelajarannya perlu diutamakan, kata Ibu Suri. Ajib bersetuju dengan kata-kata adiknya itu. Dia berazam untuk menasihati ibunya supaya tidak lagi memegang tender perusahaan di kantin sekolah. Dia mahu Ibu Suri berehat sahaja di rumah. Tentang Hafiz itu pula, biarkan sahaja Ajib yang tanggung.

Page 320: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

320

“Fira, nanti apa-apa hal abang telefon Fira ya. Abang nak balik rumah kita sekejap. Nak ambil kain baju untuk ibu”, Ajib memberitahu adiknya. Enjin keretanya dihidupkan. “Baiklah bang. Maafkan Fira ya kerana Fira yang sepatutnya jaga ibu.Tapi…” “Tugas jaga ibu ialah tugas kita semua dik”, cepat-cepat Ajib memotong. Dia senyum. Realiti kehidupan hari ini, seorang ibu mampu untuk menjaga dan membesarkan hingga sepuluh orang anaknya tapi sepuluh orang anak itu tak mampu untuk menjaga ibu mereka saat ibu mereka sudah tua dan uzur. Alangkah ruginya hidup kita apabila ada seorang manusia yang kita rayu dan dia melaung-laung memanggil nama mereka semasa kita masih kecil, tapi tidak dapat kita berikan perhatian dan kasih sayang kepada mereka apabila mereka sudah tua dan uzur. Benarlah kata orang. Kita boleh cari sahabat. Kita boleh cari pasangan. Kita boleh cari teman. Tapi kita tidak boleh mencari pengganti ibu dan bapa kandung kita, kerana ibu dan bapa ialah pilihan Allah dan pemberian khusus-Nya kepada kita. Jika yang itu sudah pergi menghadap Ilahi, maka tiada lagi galang gantinya buat kita. “Okeylah Fira. Sama-sama kita doakan kesejahteraan ibu. Assalamualaikum” Talian dimatikan dan telefon bimbit jenama Nokia itu kembali disimpan ke dalam poket seluar khaki yang dipakainya. Seketika kemudian, tayar kereta proton preve itupun mencium jalan raya.

Page 321: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

321

“Doktor” Ajib bergegas mendapatkan doktor lelaki yang membuat pemeriksaan kesihatan kepada ibunya tadi. Doktor yang berkaca mata itu diam di tempatnya berdiri, memandang wajah Ajib yang mampir kearahnya. “Ya? ” “Boleh saya tahu… sebenarnya ibu saya sakit apa? Boleh tak jika dia mahu keluar wad?” Dari hujung matanya, Ajib perasan yang Ibu Suri sedang memandangnya. Wajah ibunya sugul, petanda dia cukup bosan dengan hanya berbaring. Biasanya di rumah, aktivitinya dan jadual hariannya sentiasa terisi. Jika bukan memasak atau membuat kuih muih, dia ada itik-itik di belakang rumah. Padahal itik-itik itu jika tak diberi makan pun tak jadi masalah sangat kerana mereka juga makan rumput-rumput muda selain menyudu air kolam yang agak hanyir itu. Doktor itu membetulkan letak cermin matanya di atas hidung. “Begini, ibu encik ada tekanan darah yang rendah. Tekanan darah yang biasa bagi manusia normal bagi kita ialah 120/80 mmhg. Tapi ibu encik, 70/55 mmhg. Tekanan darahnya sangat rendah. Ini sebenarnya tidaklah terlalu merbahaya tetapi kami perlu tahan ibu encik di wad hingga paras dan tekanan darahnya sudah sedikit stabil” Ajib angguk. Dia boleh faham, tapi ibunya mungkin susah nak faham. “Ibu encik perlu berehat. Dia tidak boleh melakukan sebarang aktiviti berat kerana jika dia masih lagi melakukan aktiviti yang berat-berat, kemungkinan

Page 322: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

322

besar otaknya dan jantungnya akan mengalami masalah. Tekanan darah yang rendah ini akan menyebabkan darah mengalir dalam tubuhnya dengan kadar yang sangat perlahan. Oleh itu, anggota badan ibu encik akan lambat menerima oksigen. Penyakit ini kita panggil sebagai Anemia. Jadi kami perlu memasukkan air khas yang mengandungi natrium dan kalium ke dalam badan ibu encik di samping memberikannya ubat berupa hormon yang meransang pembentukan sel darah merah daripada tulang sum-sum ibu encik. Encik jangan risau. Kami hanya mahu ibu encik mendapatkan rehat yang sempurna dan pemantauan yang menyeluruh daripada pihak hospital. Insya-Allah mungkin esok atau lusa, ibu encik sudah boleh pulang. Cuma sekarang, ibu encik perlu berehat sahaja”, doktor itu senyum. “Baiklah jika begitu. Terima kasih ya doktor”, Ajib memberi ucapan terima kasih. Tangan doktor lelaki yang mungkin cuma berusia tiga atau empat tahun sahaja berbanding dirinya, disalami. “Apa yang doktor cakap?”, Ibu Suri terus bertanya bila Ajib berjalan kearahnya. Ajib melabuhkan punggungnya atas kerusi yang berada di samping. Wajah ibunya dipandang dengan kasih. Yalah. Wajah ibu bapa kan merupakan salah satu daripada tiga perkara atas dunia ini yang apabila kita memandangnya dengan kasih sayang, Allah akan memberikan kita pahala. Pertama ialah wajah ibubapa, wajah kaabah, dan juga lembaran kitab suci al-Quran. “Doktor kata ibu perlu berehat. Tak boleh lagi buat kerja berat-berat. Ibu… lepas ni ibu tak payah lagilah mengusahakan kantin sekolah tu. Ibu biarkan Mak Cik Ramlah dengan orang lain sahajalah ya ibu. Ibu perlu duduk sahaja di rumah. Rileks di rumah” “Hah. Baguslah tu. Duduk rileks tak buat apa-apa”, Ibu Suri menjegilkan biji matanya, geram. Dia sudah terdidik sejak kecil lagi untuk sentiasa sibuk. Lebih-lebih lagi semenjak dia bergelar ibu tunggal. Dia bertambah sibuk

Page 323: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

323

untuk menguruskan hal rumah tangga, membesarkan anak-anaknya. Jadi mana pernah ada istilah rehat kepadanya. “Tak adalah macam tu ibu”, Ajib menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dari atas kepala, tangannya turun ke dagu. Janggut yang baru mahu disimpannya, diusap perlahan. “Doktor suruh ibu berehat sahaja. Tekanan darah ibu rendah. Jadi kalau ibu buat aktiviti, nanti ibu akan cepat letih, pening, dan sesak nafas” Ajib senyum. “Dan paling penting ibu… kalau ibu banyak sangat bergerak, nanti ibu akan mudah hilang ingatan dan nyanyuk” “Tak percayalah ibu”, Ibu Suri cepat-cepat membantah. Dia mencebik bibir. Ajib ketawa kecil. Ibunya memang cukup tak suka dengan perkataan nyanyuk. Ibu Suri selalu berkata kepada anak-anaknya, bahawa dia selalu berdoa kepada Allah agar dia tidak nyanyuk di hari tua nanti kerana dia tak mahu menyusahkan anak-anaknya nanti. Ajib dan Syafira pasti akan sebak tiap kali ibu mereka berkata begitu. Bahkan, ibunya sejak dulu lagi sudah mengamalkan pemakanan sunnah berupa habbatus sauda kerana menurut apa yang dia yakini, habbatus sauda ini boleh menjaga akal fikiran kita daripada dimamah oleh virus usia. “Betul ibu. Ajib tak tipu. Sebab bila tekanan darah kita rendah, susah otak kita untuk dapat bekalan oksigen yang mencukupi”, Ajib memberitahu. Ibu Suri hanya diam.

Page 324: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

324

“Sudah pukul berapa sekarang ni?”, Ibu Suri mengubah topik perbualan. Ajib memalingkan kepala ke belakangnya. Jam yang setia berpusing di dinding, diperhati. “Sudah hampir jam 12 tengahari pun ibu”, Ajib memberitahu ibunya. Dari tempat dia sedang duduk, matanya sudah boleh nampak dengan jelas seorang pekerja hospital sedang menolak troli berisi bekas makanan. Staf itu bertubuh kecil sahaja dan bukan pekerja yang sama seperti semalam. Tangannya cergas mengambil bekas makanan dari troli dan diletakkan atas meja pesakit yang berada di hujung katil. Sampai ke katil ibu suri, dia mengeluarkan makanan yang telahpun dilabel dengan nombor katil. Bekas makanannya tak serupa dengan pesakit-pesakit lain. Ajib hanya memerhati dengan penuh soalan. Agaknya apa yang tak sama ya dengan menu untuk ibu? “Ibu nak makan sekarang ke?”, Ajib bertanya. Ibu Suri geleng kepala. “Sekejap lagilah. Kenyang lagi” “Ajib, Hafiz macam mana ya?”, tanya Ibu Suri tiba-tiba selepas jeda masa agak lama berlalu. Ajib diam. Dia pun belum berjumpa lagi dengan adiknya itu. Kan semalam adiknya tidur di rumah Cikgu Murni.

Page 325: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

325

“Ibu jangan risaulah. Takkanlah Cikgu Murni nak biarkan Hafiz kebulur kut”, dia tergelak sendiri. Mustahil gadis yang penuh dengan adab itu akan lakukan dan layan adiknya itu dengan buruk. Dia yakin dan pasti. Ibu Suri turut sama ketawa. “Bukan begitu. Ibu cuma risau kalau sudah menyusahkan Cikgu Murni. Kasihan Cikgu Murni. Dia sudah banyak menolong ibu”. Senyuman yang melengkung di bibir Ajib segera berubah tawar. Jika ibunya rasa terhutang budi dengan gadis itu, maka dia sepatutnya lebih-lebih lagi merasa terhutang budi kerana Cikgu Murni sudah menggantikan peranan dirinya sebagai anak sulung Ibu Suri yang sepatutnya menjaga dan berbakti kepada ibunya. “Tak apalah ibu. Nanti petang karang Ajib bawakan Hafiz ya”, Ajib berjanji. “Assalamualaikum”, satu suara lembut menyapa dari belakang. Suara seorang gadis. “Ibu…”, tanpa sempat Ajib menoleh ke belakang, seorang kanak-kanak lelaki sudah pun meluru mencium tangan ibunya. Hafiz tesenyum riang dapat memandang wajah ibunya. Dia masih memakai baju sekolah. Lengkap dengan kasut. “Mak cik sudah semakin sihat hari ini?” Ajib memandang kepada pemilik suara itu. Gadis itu sedang tersenyum ramah kepada ibunya.

Page 326: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

326

“Alhamdulillah Murni. Mak cik makin sihat”, Ibu Suri mengukirkan senyum. “Mak cik tak makan tengahari lagi kan? Ini saya ada masakkan gulai ayam masak cili api buat mak cik”, Murni meletakkan mangkuk tingkat di atas meja, sebelah bekas makanan untuk pesakit. Ajib berdehem kecil. “Er, ibu tak boleh makan makanan yang pedas-pedas. Ibu kena makan makanan hospital”, Ajib menjingatkan ibunya. “Murni tak buat pedas-pedas pun Ajib”, Ibu Suri mencebik kepada Ajib sebelum tersenyum kepada Murni. Murni ketawa kecil. Lucu dengan reaksi spontan Ibu Suri. “Tapi ibu kata ibu nak cepat-cepat keluar hosiptal kan”, Ajib seolah-oleh mengugut. Dia ketawa dalam hatinya. “Kalau macam tu, kamulah yang makan air tangan Murni” Eh? Murni terus jadi segan. Melihat ada Ajib di sisi ibunya tadi pun telah membuatkan dia segan sebenarnya tapi bila Ibu Suri berkata begitu, bertambah-tambahlah dia malu dan segan. Malu kepada lelaki itu! Ah, buatnya nanti bila menjamah air tangan aku, dia rasa tak sedap, lepas tu dia buang dalam tong sampah. Lepas tu, dia muntahkan semula apa yang dia makan. Lepas tu dia kutuk aku dan caci maki aku pula. Lepas tu…

Page 327: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

327

Murni cepat-cepat istighfar. Gila betul. Tiba-tiba dia boleh berfikir jauh begitu. “Hafiz sudah makan?”, Ibu Suri mengusap rambut anak bongsunya yang hanya diam di sampingnya. “Sudah ibu. Cikgu Murni yang masak. Sedap!” Murni ketawa kecil. Bila dengar jawapan jujur daripada kanak-kanak itu, hatinya rasa lega. Terus dia terlupa pada apa yang baru dia fikirkan tadi. Ibu Suri pun turut ketawa kecil. Anaknya, Hafiz itu nampak begitu bersungguh-sungguh menggambarkan perkataan ‘sedap’. “Murni, malam ini biar Ajib sahajalah yang jaga Hafiz”, Ibu Suri mengalih pandangannya kepada Murni yang berdiri di hadapannya. Gadis itu memakai baju kurung dengan tudung yang dilabuhkan, hari ini. Nampak sangat manis wajahnya walaupun jelas tiada coretan daripada alat solekan pada kulit yang halus itu. “Tapi siapa yang akan tunggu mak cik nanti? Kalau macam tu biarkan saya sahajalah yang tinggal di sini. Lagipun esok cuti umum sempena hari keputeraan Sultan Perak” Ajib tersentak. Ibu Suri juga terkejut. Dia cepat-cepat membantah. “Mak cik bukannya tak boleh bergerak pun. Boleh berjalan sendiri. Boleh buat semua benda ni. Lagipun semalam Ajib pun kata nak menunggu tapi dia tidur lena saja sampai ke pagi”

Page 328: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

328

Ajib ketawa kecil, menyembunyikan rasa malu. “Ish. Ada ke ibu cakap kat orang macam tu. Semalam kan Ajib penat. Terus dari tempat kerja kan. Tu yang Ajib tertidur terus tu” Murni turut tersenyum lucu. Matanya mencuri pandang kepada raut jejaka itu. “Tak apa-apa. Tak ada orang tunggu mak cik pun tak apa. Lagipun esok mak cik dah boleh keluar wad dah. Esok pagi sahajalah Ajib datang”, Ibu Murni memberi arahan. Murni memandang kearah jam tangannya. Sudah hampir jam 1 petang. Dia sebenarnya meminta kepada guru besar untuk keluar lebih awal sedikit kerana mahu menziarahi Ibu Suri. Mujur Tuan Haji Rosli faham dan tidak kisah kerana memang Murni tidak ada kelas untuk dia mengajar selepas jam 12 tengahari tadi lagi. Jadi dia pun balik ke rumahnya, membungkus makanan untuk Ibu Suri dan terus membawa Hafiz bersamanya ke hospital. Hafiz itupun diberi pelepasan untuk pulang awal atas ihsan daripada Tuan Haji Rosli. “Mak cik, Murni minta diri dahululah ya” “Awalnya Murni nak balik?”, Ibu Suri memandangnya. Sekadar berbudi bahasa. “Murni nak pergi ke pasaraya Giant. Nak beli barang untuk sekolah. Minggu depan sekolah nak buat hari koperasi. Mak cik kena rehat-rehat. Biar sembuh dan sihat sepenuhnya. Kemudian minggu depan bolehlah mak cik datang ke program sekolah”, seulas senyuman manis terpahat di bibirnya. Ibu Suri membalas senyuman yang mekar itu sambil mengangguk perlahan.

Page 329: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

329

“Baiklah mak cik. Murni pergi dulu ya”, dia menyalami Ibu Suri. “Maaf ya mak cik tak dapat makan air tangan Murni. Nanti bila mak cik boleh keluar wad, mungkin bolehlah”, Ibu Suri ketawa. “Tak apa. Saya boleh habiskan”, selamba Ajib memotong. Dia terkilan juga kerana gadis itu seakan-akan tidak perasan keberadaannya di sisi ibunya. Hanya berbual dengan ibunya sahaja. Tapi biasalah tu. Dia kan seorang perempuan. Ada sifat malunya dan sifat malu inilah yang memagari dan mencatikkan seseorang perempuan. Kan? “Tapi kalau tak sedap, Ajib tak payahlah habiskan” Dada Murni jadi seperti mahu pecah kerana lajunya ia berdegup. Rasa mahu pitam pun ada juga. Tak tahulah mengapa hatinya dengan sendirinya rasa begitu malu dan segan apabila menyebut nama lelaki itu. Walhal lelaki inilah yang hampir-hampir sahaja menyebabkan dia terbaring di hospital atau mungkin, menyebabkan dia meninggal dunia satu ketika dahulu. Tapi ditakdirkan Allah, lelaki itu jugalah yang menyelamatkannya daripada malapetaka besar tempoh hari, saat rumahnya dimasuki oleh pencuri. Murni selalu bersoal jawab dengan hakim hatinya. Mengapa mesti lelaki ini? Bukankah dalam doa-doanya, dia membayangkan seorang lelaki yang dia hormati dan akan taati itu ialah seorang yang punya kartu nama seorang ustaz, yang mempunyai latar belakang yang kukuh dalam agama, dan seorang lelaki yang mengamalkan sunnah dalam penampilannya dan dalam perilakunya. Bukan Ajib. Bukan kepada lelaki ini. Tetapi nampaknya Tuhan seperti menjawab doanya dengan bahasa yang dia tidak mengerti. Ah, dia tak faham!

Page 330: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

330

“Terima kasih ya cikgu Murni kerana tolong jaga ibu saya”, perlahan suara lelaki itu menembusi tudung yang menutup telinganya dari pandangan orang, dan mengalir masuk terus ke hatinya yang sedang berdegup dalam ritma yang luar biasa pantasnya! Murni rasa bibirnya seakan mahu terkoyak kerana tersenyum! Pagi itu, Ibu Suri sudah dibenarkan untuk keluar dari hospital. Itupun selepas tekanan darahnya sudah mula stabil. Mulanya, Ajib mahu memapah ibunya ke kereta tapi cepat-cepat Ibu Suri menepis tangan anak lelakinya. “Ibu sudah sihatlah. Janganlah buat ibu nampak macam sakit. Nanti doktor tu panggil semula masuk hospital, macam mana?” Mengekek Ajib ketawa. Lucu betul ibunya. Lalu dia pun hanya menjinjing beg-beg pakain ibunya dan membiarkan ibunya berjalan perlahan-lahan bersamanya. Mereka masuk ke dalam perut kereta berwana merah garang itu.. Dari perkarangan hospital taiping, kereta sedan ini bergerak dengan perlahan dan berhati-hati sebelum masuk ke jalan besar. Waktu sekarang ia pukul 10 pagi dan pekan kecil ini betul-betul sesak hari ini. Mungkin kerana hari khamis ini ialah cuti umum di negeri ini. “Alang-alang sampai pekan Taiping ni, ibu nak beli apa-apa atau nak singgah di mana-mana dahulu tak?”, kedua-dua tangan Ajib tenang mengawal stereng sekalipun kepalanya ditoleh sedikit, memandang wajah ibunya.

Page 331: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

331

“Ibu rasa nak beli sesuatu”, wanita di sebelahnya seakan sedang berfikir jauh. “Ibu nak beli apa?”, soal Ajib. Dalam kereta ini hanya ada mereka berdua sahaja. Adik bongsu Ajib, si Hafiz itu masih lagi tidur masa dia bertolak ke sini. Rasa kasihan pula jika dia mahu kejutkan adiknya yang seorang itu. Tak mengapalah. Hafiz pun sudah besar. Jika dia rasa tak ada orang di rumah, dia tahu untuk mengunci pintu dan meletakkan kunci rumah itu di tempat rahsia yang hanya mereka sekeluarga sahaja tahu di mana. Lagipun hari-hari cuti begini, adiknya pasti akan keluar bermain dengan rakan-rakan sebayanya. “Ibu nak beli hadiah untuk Cikgu Murni”, jawab ibunya dalam satu nada. Ajib terdiam. Hadiah untuk Murni? “Nak beli apa?”, dua kali Ajib bertanya soalan yang sama. “Entahlah. Ajib rasa apa yang paling sesuai?” “Ajib lagilah tak tahu, ibu”, Ajib ketawa. Matanya sekilas dipandang, menyapu wajah ibunya yang nampak bersemangat benar hari ini. “Beli tudung ke…”, Ajib memberi cadangan kepada ibunya. Ibu Suri berfikir. “Ajib, lepas ni berhenti di kedai Jakel itu ya. Ibu nak beli kain”

Page 332: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

332

Ajib angguk. Dia memandu ke depan deretan bangunan kedai. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan, mencari kedai kain yang ibunya maksudkan itu. Nun jauh di seberang jalan sana, dia perasan ada dua atau tiga patung yang dipakaikan dengan baju melayu dan baju kurung, bersama-sama dengan papan tanda yang memastikan bahawa itu adalah benar-benar kedai kain. Ajib memberhentikan keretanya betul-betul di depan kedai itu. Alhamdulillah, ada rezeki untuknya kerana memang ada satu ruang parkir yang masih kosong. Cepat-cepat petak kosong itu disambar oleh Ajib. Enjin keretanya dimatikan sebelum kedua-dua orang manusia itu keluar dari perut kereta. Hampir setengah jam berlalu, barulah Ibu Suri selesai membuat pilihan muktamadnya. Ajib sedikit pun tak mahu mengganggu ibunya. Ibunya nampak tekun dan sangat teruja. Maka Ajib pun hanya sabar. Sesekali ibunya ada juga bertanya pendapatnya dalam soal citarasa. Tapi rasanya semua yang ditanya, dijawab dengan skema jawapan yang serupa. Semuanya cantik di mata lelakinya. Saat mahu membuat bayaran, Ajib cepat-cepat mengeluarkan dompetnya dan menjelaskan harga kain dibeli oleh ibunya. Ibu Suri awalnya menolak atas alasan dia yang mahu memberikan hadiah kepada Murni. Tapi selepas Ajib berkeras, Ibu Suri pun terpaksa akur. “Panjangnya kain yang ibu beli. Ibu nak buat apa?”, soal Ajib selepas mereka masuk ke dalam kereta. Mulutnya sahaja yang bergerak sedang tumpuannya ialah kepada trafik di belakangnya. Keretanya diundur keluar dari petak parkir itu perlahan-lahan. “Ibu nak buatkan baju kurung untuk dia”, Ibu Suri senyum.

Page 333: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

333

Di Kampung Durian Tua itu Ibu Suri adalah juga sesekali menerima tempahan untuk menjahit. Tapi sudah setahun dia tidak lagi membuka tempahan untuk menjahit kerana kerja ini rumit tapi kurang lumayan. Lagipun anak bongsunya sudah mula mendaftar masuk ke sekolah. Dia perlukan duit yang lebih. Saat ini, ada beberapa perkara dalam fikiran Ibu Suri. Salah satunya ialah dia mahu berhenti daripada mengusahakan kantin sekolah. Tender yang diberikan selama setahun itu dia mahu berikan saja kepada Mak Cik Ramlah. Ibu Suri mahu menjadi tukang jahit semula. Dia tak mahu terkejar ke sana dan ke mari. Dia boleh menjahit dengan santai. Mudah-mudahan nanti apabila Murni menerima hadiah berupa baju kurung hasil tangannya, maka akan ramai lagilah warga pendidik di sekolah itu yang akan menempah baju daripadanya. Strategi perniagaan kan memang begitu. Samalah macam seorang penulis novel juga. Mereka hadiahkan buku mereka secara percuma, tapi sebenarnya mereka berharap agar orang yang dihadiahkan buku itu mempromosikan kepada taulan mereka. Pengiklanan secara pasif. “Cikgu Murni ni baik sangat. Ibu suka betul dengan dia. Untung siapa yang dapat jadi suaminya”, Ibu Suri memuji gadis bernama Murni itu. Sempat matanya yang sudah sedikit rabun itu dijeling ke sebelah. Tiada respon daripada Ajib. Matanya masih lagi fokus kepada pemanduan. Keretanya sedang mengekor sebuah bas mini yang sedang bergerak dengan kelajuan sederhana. “Ajib dengar tak ibu cakap apa?” “Dengar”

Page 334: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

334

“Ajib tak berkenan ke dengan dia?”, Ibu Suri cuba memancing keluar apa yang berada dari dalam hati anak sulungnya. “ Manalah Ajib layak dengan dia, ibu”, jawab Ajib ringkas. “Kenapa Ajib cakap macam tu?”, Ibu Suri terkilan. Nampaknya anaknya memang tak berminat dengan Murni. “Dia tu baik ibu. Anak seorang guru pondok. Abang dia pun ustaz. Mestilah dia mahu suami yang alim juga seperti ayah dan abangnya. Ajib ini sudahlah jahil, harta dan rupa pun tak ada”, Ajib tersenyum kepada ibunya. Hatinya sedikit pun tak terkilan bila bercakap tentang ini. Dia sedar, dia punya banyak kelemahan dan kekurangan. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan teman serumahnya, Syed Arman itu. Arman bukan setakat ada rupa tapi dia juga seorang yang berilmu dan alim. Suaranya mengalunkan bacaan al-Quran juga sangat merdu. Ibu Suri membuat muka terkejut. Matanya tepat memandang ke dalam mata anak lelakinya. “Dari mana Ajib tahu semua ni?” “Daripada Arman. Kalau ibu nak tahu, Arman sebenarnya ada hati pada Murni. Semenjak mereka berdua belajar di maktab lagi”, Ajib sengih. Arman ada menyuruhnya untuk merahsiakan tentang perkara ini tapi Arman hanya memintanya untuk merahsiakan kepada Ustaz Fahmi. Ibu Suri bukan ada kena mengena dengan Ustaz Fahmi pun, kan? “Betul ke? Hmm.. kalau macam tu tak dapatlah ibu nak bermenantukan Murni”, Ibu Suri mengeluh. Nah, memang itu rupanya yang dia harapkan.

Page 335: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

335

Ajib ketawa kecil. Tak ada sebab mengapa ibunya perlu bersedih atau berduka cita. Perempuan baik atas dunia ini bukan hanya seorang sahaja. Berdozen lagi di luar sana. “Ajib…”, bahu Ajib digoncang. “Kenapa ibu?”, serta merta Ajib melepaskan sedikit tekanan kaki atas pedal minyak. Dia hairan dengan reaksi ibunya yang tak dijangkanya itu. “Itu bukan Cikgu Murni ke tu?”, Ibu Suri menunjukkan ke arah tepi jalan dengan jari telunjuknya. Jaraknya hanya beberapa meter sahaja di hadapan. Cepat-cepat Ajib cuba memerhati kepada sosok seorang gadis yang sedang cemas menelefon sambil keretanya tersadai di bahu jalan. Kedua belah lampu isyarat kecemasannya menyala. “Rasanya memang dia tu. Kereta dia rosak kut. Kejap, kita pergi tengok”, Ajib cuba memandang kepada gadis itu. Dia memberi isyarat untuk susur ke bahu jalan. Ajib memberhentikan kereta tak jauh dari sana. Cepat-cepat dia keluar, mendapatkan Murni yang masih cuba menghubungi seseorang. Wajah gadis itu kelat. “Cikgu, kenapa ni?”, soal Ajib terus. Murni terkejut bukan kepalang kerana dia meminta Allah berikan bantuan melalui kenalannya tapi Allah datangkan lelaki itu untuk sekali lagi membantunya.

Page 336: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

336

Ibu Suri perlahan-lahan turun dan mendapatkan Murni. “Kenapa ni Murni?” Murni menarik nafas lega bila memandang wanita di sebelah Ajib. Soalan Ajib masih dia biarkan tergantung tanpa diberikan jawapan. “Tayar belakang kereta saya meletup”, jawab Murni perlahan. Ada nada kesal dalam suaranya. Cepat-cepat Ajib mengintai ke arah tayar kereta. Ah, tayar sebelah kiri kereta Proton Saga itu sudah terkoyak teruk. “Macam mana boleh pecah ni cikgu?”, Ajib geleng kepala. “Saya pun tak tahu”, jawab gadis itu lemah. “Ajib boleh tolong tukarkan tayar ganti?”, Ibu Suri bertanya kepada anak lelakinya. Ajib segera angguk. “Boleh, insya-Allah” Ajib tiba-tiba teringat akan Nik Amanina. Gadis itu pernah dengan tegas memberitahu yang dia boleh mengantikan tayar keretanya sendirian. Ajib tak meragui kata-kata gadis itu. Dia percaya kerana memang Nik Amanina seorang yang berdikari. Tapi gadis di depannya ini mungkin sebaliknya. Jelas sekali dia tidak tahu bagaimana caranya untuk menggantikan tayar kereta yang pancit ataupun rosak.

Page 337: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

337

“Saya buka kompartmen belakang ya. Boleh?”, Ajib bertanya kepada Murni. Dia mahu mengeluarkan tayar simpanan dan juga peralatan-peralatan yang dia perlukan seperti jek dan juga sepana yang sesuai. Murni hanya angguk, memberi izin. Tanpa menunggu lama, Ajib pun membuka pintu hadapan sebelum tangannya menarik selak bagi membuka kompartmen belakang kereta. Dia lalu menarik keluar tayar simpanan yang berat itu, sebelum dibaringkan ke bawah. Jek kecil yang ada dalam sarung plastik, dikeluarkan dan diletakkan di celah bawah kereta. Dia lalu menyambungkan satu rod yang panjangnya 10 inci kepada lubang kecil di luar jek itu. Lantas tangannya pun laju memusingkan rod itu pada arah putaran jam. Sedikit demi sedikit, jek itupun menyentuh bahagian atas kereta. Ajib kembali tunduk, memeriksa samada kedudukan jek itu sejajar dan tepat dengan ruang sempit pada badan kereta itu. Selepas berpuas hati, tangannya kembali laju memutar rod itu. Peluh jantannya mula timbul di dahinya. Selepas agak lama, akhirnya kereta itupun meninggi hingga tayarnya terangkat daripada terus menyentuh tanah. Tangannya pun berhenti memusingkan rod dan membiarkan jek itu berada di posisi dan keadaan begitu. Ajib lalu mencari spana yang sesuai daripada beberapa batang spana yang ada didepannya. Kemudian, dia mula memutar keluar nut yang menggigit tayar. Selepas berjaya mencabut keluar empat nut yang besar itu, Ajib cuba menarik keluar tayar yang sudah terkoyak itu. Tanpa dia sedar, dawai besi yang tertusuk keluar dari bahagian tayar yang pecah itu telahpun melukai tangannya. Darahnya mengalir sedikit. Dia mengaduh perlahan.

Page 338: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

338

“Tangan awak berdarah”, Murni menghulurkan tisu yang dia ambil dari bahagian dalam keretanya. Dia nampak serba salah. Ajib mendongak. Wajah Murni dipandang. “Tangan awak…”, Murni mengulang kata-katanya. Cepat-cepat Ajib menyambut huluran tisu daripada Murni. Dia beristighfar dalam hati. Entah apa yang merasuknya hingga dia tiba-tiba sahaja tergamam melihat gadis itu. Entah, dia pun tak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan matanya dirantai untuk menatap wajah gadis itu. Padahal sudah banyak kali wajah itu dia pandang. Indah. Ya, itulah satu-satunya bahasa yang tertinggal untuk dia gambarkan tentang momen pendek tadi. Dia rasakan wajah Murni cukup indah. Murni pula cepat-cepat berlalu. Mukanya merah padam. Merah kerana malu dan merah kerana dipanah oleh bahang matahari yang semakin meninggi. Hatinya juga turut sama beristighfar. Terkejut kerana direnung begitu sekali oleh Ajib. Terus dia tak jadi untuk terus menjadi pemerhati, belajar daripada apa yang dilihatnya. Baru sahaja hatinya berkira-kira agar lain kali, jika berlaku lagi sekali musibah sebegini, dia tahu cara untuk menukar tayar ganti keretanya sendirian. Ibu Suri yang memerhati tidak jauh dari sana, tersenyum nipis. Saat Murni berjalan kearahnya yang sedang berteduh di bawah pokok, cepat-cepat dia bertanya, “Macam mana Murni? Ajib sudah tukar tayar kereta itu?”

Page 339: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

339

Murni geleng. “Belum siap lagi mak cik” Ibu Suri angguk. Baru tadi Murni memberitahunya yang dia sebenarnya baru balik dari menziarahi seorang sahabat yang juga merupakan seorang guru kerana dia baru sahaja bersalin minggu lepas. Sahabat Murni itu tinggal dekat-dekat sini saja. “Boleh buat tak tu Ajib?”, Ibu Suri bertanya kepada Ajib. Bunyi deruman enjin kenderaan yang bertali arus menyebabkan dia terpaksa meneran sedikit suaranya. Ajib yang sedang berdiri sambil mengelap peluh di dahinya pun menjawab, “Tinggal nak ketatkan sahaja ni”. Dia lalu kembali duduk mencakung dan tangannya memerah tenaga, mengetatkan nut pada alurnya. Murni berdiri sambil memeluk tubuhnya. Dia benar-benar tak tahu apa yang dia perlu katakan kepada Ajib. Sekadar terima kasih sahajakah? “Sudah. Fuh…”, Ajib melepaskan nafas panjang. Dia mengangkat tayar yang sudah rosak tadi lalu memasukkannya ke dalam kompatmen yang sejak tadi dibiarkan terbuka. Jek yang menahan beban sejak tadi, diturunkannya perlahan-lahan. “Lepas ni awak kena pergi kedai tayar dan minta dia ganti tayar yang sudah rosak ni. Tayar itu biar simpan di sini. Nanti kalau ada kecemasan, boleh guna”, Ajib memberitahu Murni. Murni angguk.

Page 340: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

340

“Ibu, jom”, Ajib memandang kepada Ibu Suri. “Ajib, terima kasih ya”, Murni masih kaku. Dia ialah seorang guru. Seorang guru tak pernah kaku sebegini. Di depan anak muridnya, Murni boleh bercakap dengan lancar. Boleh berkata-kata seperti seorang pemidato yang hebat. Tapi di depan Ajib, nak keluarkan satu perkataan pun sudah payah! “Sama-sama cikgu. Tak ada susah mana pun”, Ajib senyum. Dia mengesat sisa peluhnya dengan hujung baju. Kalau bukan kerana cuaca yang panas begini, rasanya tak adalah dia akan berpeluh hebat sampai macam ni sekali. “Murni pandu kereta elok-elok ya”, Ibu Suri pula berpesan. Ajib sudah membuka pintu keretanya. “Ajib, berapa saya perlu bayar?” Ajib dan Ibu Suri memandang tepat kepada Murni. Tapi Murni hanya sedang memandang lelaki di depannya. “Bayar apa? Kalau nak tukar tayar baru, mahal sikit kut. Dalam seratus lebih. Tengok kedailah. Tapi lebih baik pastikan tayar itu daripada jenama dan gred yang sama seperti tiga biji tayar yang lain”, Ajib memberi nasihat. Murni telan air liur. “Er, saya maksudkan upah awak tukarkan tayar kereta saya”. Dompetnya dikeluarkan daripada beg tangannya yang berwarna hitam arang.

Page 341: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

341

“Eh. Saya tak minta upah. Saya tolong saja. Jangan beri apa-apa”, cepat-cepat Ajib menolak. Sungguh-sungguh pula tu dia menolak! Lambat-lambat, Murni menyimpan semula dompetnya ke dalam beg tangan. “Kalau Murni rasa terhutang budi, Murni masaklah lebih sikit lepas tu berilah sedikit kepada Ajib. Kalau Murni nak tahulah kan… lauk yang Murni beri semalam, licin Ajib seorang kerjakan”, Ibu Suri ketawa mengusik Ajib. Hati gadis itu yang tadinya tak keruan, kembang mendadak. Sampai licin? Ajib menjeling ibunya. Geram pun ada. “Ibu ni… ada ke patut cakap kat orang macam tu” Ibu Suri buat-buat tak mendengar. Dia masih lagi tesenyum. Sekejap memandang wajah anak gadis yang sudah merah-padam malu itu dan kemudian memandang wajah anak terunanya yang juga sudah segan. “Insya-Allah mak cik”, Murni membalas kata-kata Ibu Suri. Dia lalu memandang kearah Ajib yang masih berdiri di pintu keretanya yang terbuka dan berkata, “Terima kasih banyak-banyak Ajib. Allah sahaja yang boleh balas kebaikan awak” Ajib angguk. “Sama-sama cikgu. Insya-Allah” Dia pun masuk ke dalam kereta, sebelum diikuti oleh Ibu Suri. Murni juga kemudiannya berjalan kearah keretanya dan semuanya sudah bersedia untuk meninggalkan bahu jalan ini.

Page 342: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

342

“Ibu kau macam mana, Ajib?” Ajib baru sahaja sampai ke rumah sewanya di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Bahunya masih terasa sengal-sengal kerana memandu terus dari kampung halamannya. Dia hanya berhenti sekali iaitu di perhentian rehat dan rawat kawasan Tapah. Perutnya hanya diisi dengan secawan teh sahaja. “Alhamdulillah. Ibu aku sudah semakin sihat”, jawab Ajib dengan penuh syukur. Dia ke dapur, membasuh buah jambu madu yang dibelinya masa di perhentian rehat tadi. Kemudian buah jambu yang segar-segar dan masih basah dengan air paip tadi di bawa ke ruang tamu. “Makanlah”, dia mempelawa Arman. Mulutnya sudahpun membuat gigitan pertama. Arman juga mencapai sebiji buah yang merah garang warnanya itu. Mulutnya kumat-kamit, mungkin membaca doa. Doa makan buah-buahan tak sama dengan doa makan. Kalau nak tahu sunnah Rasulullah apabila mahu makan buah, doa Baginda adalah “Allahumma ba rikh lana fi samarina” “Manisnya. Pandai kau pilih. Jambu ni kau beli masa di Tapah ke?” Ajib hanya angguk. Sesedap manapun makanan, kesedapan itu hanya bertahan di kerongkong sahaja. Bila sudah melepasi kerongkong, hilanglah rasa sedap itu. Lainlah kalau kita ini ahli syurga. Di syurga sana, nikmat makan sahaja pun sudah tak mampu untuk kita dibayangkan bagaimana hebatnya.

Page 343: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

343

“Ajib, aku nak beritahu kau sesuatu ni”, gigi Arman masih sedang bekerja untuk mengunyah. “Apa dia?”, Ajib yang sedang menumpukan perhatiannya kepada rancangan bual bicara di televisyen, terus saja mengalihkan pandangannya kepada Arman di sebelah. “Aku sudah beritahu mak aku. Minta restu mak dan ayah aku. Alhamdulillah mereka merestui keputusan aku. Jadi aku ingat, aku mahu merisik Murni” Ajib terkejut. Hampir-hampir sahaja dia tersedak buah jambu yang sedang dia kunyah. Buat beberapa saat, dia kering dengan kata-kata. “Baguslah macam tu”, Ajib memaksa dirinya tersenyum. Tak tahulah kenapa, tapi dalam hatinya, timbul perasaan kurang senang dengan berita ini. Suatu yang sangat kontra! Seharusnya sebagai seorang sahabat, dia perlu gembira dan bersyukur. Iya. Jika Arman mahu merisik orang lain, dia pasti akan tumpang gembira. Tapi, kepada Murni… Dia… “Kau temankan aku ya Ajib?” “Aku?”, Ajib memandang wajah Arman. Dia mahu menduga keseriusan sahabatnya. Arman agguk dan tersenyum nipis. “Takkanlah ibu dan ayah aku yang duduk di Tawau tu nak datang ke Semenanjung semata-mata untuk ini kut”

Page 344: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

344

“Bila kau nak pergi? Ustaz Fahmi dah tahu?”, soal Ajib. Arman geleng. “Aku rancang, malam esok aku nak pergi solat isyak di Masjid At-Taqwa. Selepas tu aku nak pergi berjumpa dengan Ustaz Fahmi. Nak bincang-bincang dengan dia. Kau nak ikut sama?” Ajib senyum lalu menggeleng kecil. “Tak apalah Arman. Esok aku ingat aku solat di surau kita sajalah. Lagipun esok kan malam jumaat. Ada orang baca yassin” Bab baca yassin malam jumaat ini pun satu hal. Ada orang yang kata baca surah yassin malam jumaat ini bida’ah. Kepada yang tak tahu bida’ah tu apa, bida’ah itu ialah mengada-adakan sesuatu yang baharu, yang bercanggah dengan agama ini. Ini adalah satu perbuatan terkutuk yang dicela oleh Allah dan Rasul. Pun begitu, janganlah kalau Nabi Muhammad tak buat, kita terus nak kata ia bida’ah. Kalau ada ustaz yang semudah itu nak menghukum bida’ah sebagai sesat, maka golongan ustazlah sebenarnya yang paling banyak buat bida’ah. Sedar atau tak sedar sahaja. Contohnya, kuliah maghrib. Mana ada di zaman Rasulullah, kuliah maghrib yang berjadual. Mana ada juga kuliah subuh pada setiap pagi ahad. Di zaman kita sahaja ada. Cumanya, ini ialah perkara baharu yang baik dan elok, atau istilahnya, bida’ah hasanah. Yang dilarang ialah bida’ah yang sesat. Yang sesat ini ialah bila mana ada larangan daripada Allah. Adapun fasal baca surah Yassin malam jumaat, baguslah. Ia bukan perkara sesat. Cuma, janganlah kita hukumkan ia sebagai wajib kerana hukumnya tak wajib. Lagi satu, yang salah ialah bila orang ramai hanya baca al-Quran pada malam jumaat. Malam-malam lain, baca majalah hiburan. Yang tak boleh juga, ialah bila malam jumaat baru orang nak datang ke surau atau masjid untuk solat berjemaah. Malam-malam lain mereka melayan TV3 berbanding melayan nikmat Allah.

Page 345: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

345

Arman agguk. Akur dengan keputusan sahabatnya. “Ajib, doakan aku ya!” Ajib senyum. Insya-Allah, sahabat. Insya-Allah! “Lambat balik bang. Ada apa di masjid tadi?” Ustaz Fahmi tersenyum senang. Soalan isterinya tadi dia jawab dengan senyuman sahaja. Jubahnya ditanggalkan dan disangkut pada penyangkut baju. Dia kini berbaju nipis sahaja dan berkain pelikat warna hijau tua. “Kenapa abang senyum-senyum ni?”, isteri Ustaz Fahmi tambah hairan dengan laku suaminya. Buang tabiat ke orang tua seorang ni? “Betul cakap awak”, Ustaz Fahmi mengambil anaknya yang kini sudah makin tembam dari pelukan isterinya. Dia mencium dua pipi anaknya dengan penuh kasih sayang. “Saya cakap apa?”, isteri Ustaz Fahmi, Ashikin sudah geleng kepala. Geram pun ada juga. “Arman. Arman sebenarnya ada hati pada Murni. Tadi abang lambat balik pun sebab berbual dengan dialah. Dia belanja abang makan tadi” “Eh, cup dulu. Abang makan lagi ya?”

Page 346: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

346

Ustaz Fahmi ketawa kecil. Dia perasan isterinya sedang menjelingnya. “Orang belanjalah sayang. Tak elok kita tolak rezeki.” “Abang ni kan…hmmm. Tak apalah. Apa yang Arman cakap?”, sebagai isteri, dia risau juga jika suaminya terlebih makan. Bukan apa. Petang tadi sebelum solat maghrib, suaminya sudahpun makan malam. Tapi selepas solat isyak, dia makan lagi. Kan tak elok begitu. Banyak makan ini bak kata imam tasawwuf, boleh menimbulkan banyak penyakit kepada rohani dan jasmani. Sebab itulah Rasulullah sepanjang hidup Baginda, Baginda tak pernah sekali pun kenyang seperti kita walhal Baginda itu seorang Rasul. Kalau Baginda nak makan yang sedap-sedap, angkat sahaja tangan dan berdoa. Dijamin akan dapat tapi Baginda mahu contohkan kepada ummat Baginda bahawa banyak makan ini tak elok. Sebab itulah salah satu rawatan kepada penyakit kita baik penyakit hati mahupun penyakit jasad ialah dengan berpuasa. “Arman kata dia berkenan dengan Murni sudah lama. Sejak sama-sama di maktab dahulu lagi. Dia kata dia diamkan dan sembunyikan perasaan dia kerana dia belum sedia. Jadi sekarang, dia sudah pun sedia. Sudah dapat restu ibu dan ayah dia di kampung. Jadi dia minta alamat rumah abi” “Abang berilah?” Ustaz Fahmi angguk. “Dia kata dia nak menziarah abi dalam masa terdekat.” Ashikin nampak teruja. “Murni sudah tahu?” “Tak. Dia juga pesan supaya jangan beritahu pada Murni. Lagipun minggu depan sudah mula cuti hujung tahun. Jadi abang cadangkan Arman untuk ziarah ke rumah abi dalam masa dua minggu lagi. Sebab waktu tu, Murni mesti sudah balik ke Kuala Nerang”

Page 347: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

347

Ashikin senyum lebar. Ya Allah, berilah keputusan yang terbaik untuk adikku. Amin! Kita boleh menilai komitmen seorang pendidik melalui masa cuti mereka. Betul. Semua orang perlukan cuti. Setiap manusia perlukan rehat. Guru juga manusia. Guru juga perlukan cuti dan rehat. Tapi tugas sebagai guru tidak ada cuti dan tak ada rehat. Dimana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja, kita tetap perlu jadi seorang yang memberikan tunjuk ajar kearah kebaikan dan memberi nasihat dan teguran daripada melakukan kesalahan. Sebab itulah tugas mendidik ini tak sepatutnya kita swastakan hanya kepada seseorang yang bergelar cikgu sahaja. Ibu bapa pula goyang kaki di rumah. Bila melihat anak-anak mereka bermasalah, mereka akan cari cikgu-cikgu dan mula memaki, “Kami sudah bayar kamu untuk didik anak kami jadi anak yang baik. Kamu jangan makan gaji buta sahaja!” Inilah masalahnya; apabila kita tak lagi mampu untuk melihat kesalah kita sendiri. Murni faham tentang ini. Faham sungguh-sungguh. Jadi setiap malam dia berdoa kepada Allah agar dia mampu menjadi seorang yang benar-benar ikhlas dan tabah. Hari ini, baru genap seminggu sekolah-sekolah di Malaysia mula bercuti akhir tahun. Cuma ma’ahad tahfiz yang diasaskan oleh bapanya sahaja yang masih meriah dengan anak-anak remaja yang tak pernah bosan menghafal al-Quran. Anak-anak remaja belasan tahun yang rata-rata mereka datangnya daripada keluarga miskin dan susah. Tapi mungkin inilah berkat kemiskinan dan kesusahan. Miskin-miskin pun, dapat hafal al-Quran. Susah-susah pun, dapat iman dan amal. Orang kaya lagi sihat, usahkan untuk menghafal, untuk membaca al-Quran sekali sehari pun susah.

Page 348: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

348

Murni sedih. Sangat-sangat sedih bila difikir-fikir tentang hakikat ini. Benar, dia bukanlah gadis sempurna. Jauh sekali untuk dikatakan sebagai cerminan bidadari syurga. Dia juga seperti anak gadis yang seusia dengannya. Ada masanya, terlarut dalam emosi. Ada masanya, terjerumus dalam kehendak diri. Bila keluar ke pekan, matanya tak boleh berhenti juga daripada melihat jubah-jubah baru, tudung yang cantik-cantik bergaya tu. Tak lepas juga matanya daripada memandang kepada emas permata dan kadang-kala, bila terserempak dengan pasangan suami isteri yang berpapasan mesra, hatinya juga tak dapat menolak rasa mahu memiliki teman hidup yang tampan dan baik. Dia juga manusia biasa dan bukan malaikat. Cuma apabila Allah izinkan kita bernafas dalam jiwa manusia, Allah sudah jelaskan dan terangkan kepada kita tujuan kita berada atas dunia ini hanyalah untuk Allah uji supaya terbukti siapa antara kita ialah hamba-Nya yang taat dan siapa pula hamba-Nya yang banyak ingkar. Bunyi ketukan di pintu biliknya menyebabkan Murni cepat-cepat menamatkan bacaannya pada ayat 14, surah Ali-Imran. Ayat itu baru sahaja dihayati olehnya tadi. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat sunat dhuha. Masih bertelekung lagi. Cepat-cepat Murni bangun dan rapat ke pintu. Pintu kayu itu dibuka. Wajah tua ibunya menjengah mata sedarnya. “Apa apa umi?”, tanya Murni.

Page 349: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

349

“Murni sudah habis solat?”, ibunya bertanya. Ibunya memakain tudung. Mungkin ada tetamu sedang bertandang. Kalau tak, takkanlah ibunya mahu bertudung juga di dalam rumah sendiri. “Sudah umi. Ada orang datang ke?”, tanya Murni. Ibunya angguk. “Tolong buatkan air ya. Pisang yang dekat tepi tempayan tu pun Murni tolong goreng ya. Abi suruh umi duduk sama dengan dia” Murni agguk faham. “Siapa yang datang tu umi?” Ibu Murni geleng kepala. “Tak tahulah. Dua orang anak muda. Ibu pun tak kenal. Umi pergi dulu ya. Nanti umi datang ke dapur” Murni senyum. Selepas ibunya beredar, cepat-cepat dia menukar pakaiannya. Tudung yang bidang, disarungnya bersama-sama dengan baju T lengan panjang. Dia lalu terus ke dapur, menjerang air sebelum dia ke belakang rumah, mengambil dua sikat pisang nangka yang baru sahaja bertukar kekuningan. Di ruang tamu rumah kecil itu, lain pula ceritanya. “Nama saya Razif dan ini sahabat saya, namanya Syed Arman”, Ajib memperkenalkan dirinya dan Arman. Hari ini, dia memakai baju kemeja lengan pendek dan seluar jenis jeans berwarna gelap. Arman pula berbaju melayu tetapi berseluar khaki. Lelaki tua yang putih janggutnya dengan uban menggangguk. Rambutnya ditutup dengan serban. Wajahnya tampak tenang. Air mukanya kelihatan lembut benar.

Page 350: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

350

“Razif, anak kepada Ibu Suri?” Ajib angguk sambil senyum. “Murni sudah cerita fasal Razif kepada kami. Terima kasih banyak-banyak pak cik dan mak cik ucapkan kerana melindungi anak kami. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati Razif untuk membantu” Arman yang duduk bersila di sebelah terdiam. Sama sekali dia tak dapat memahami apa sebenarnya yang dua lelaki itu sedang bualkan. Dia cuma mengagak yang Ajib sebenarnya sedang menyembunyikan satu rahsia yang cukup besar daripadanya tapi takkanlah dia mahu mengoreknya secara terbuka di sini. Syaitan di kiri dan kanannya sedang bekerja kerana untuk menimbulkan prasangka buruk terhadap Ajib dalam hati kecilnya. “Sebenarnya, apa hajat kamu berdua datang ke rumah pak cik ni?”, bapa kepada Murni bertanya. Isterinya hanya duduk bersimpuh di sebelahnya. “Kami berdua ini sebenarnya bersahabat dengan Ustaz Fahmi. Ustaz Fahmi yang beri alamat rumah pak cik ini. Jadi tujuan asal kami ke sini ialah untuk berziarah” “Untuk bersilatuurahim, pak cik… mak cik”, Arman pula menambah. Dia tersenyum dan matanya juga seakan-akan turut tersenyum. Padahal dalam hatinya, gemuruhnya bukan main hebat lagi! “Alhamdulillah. Baguslah kalau begitu. Kita memang sentiasa dianjurkan untuk berkenalan dan bersilaturrahim sesama islam.”

Page 351: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

351

Betul cakap bapa Murni itu. Bukankah ada ayat khusus dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang menceritakan tentang perintah Allah supaya kita bersuai kenal dan berukhuwwah. “Sebenarnya begini pak cik. Saya sebenarnya mewakili sahabat saya, Syed Arman. Dia berkenan dengan seorang anak pak cik. Itupun jika anak gadis pak cik itu masih belum disunting orang”, walaupun tergagap-gagap juga, tapi Ajib berjaya juga menyampaikan mesej dengan jelas. Arman pula hanya menikus di sebelahnya. Bapa Murni diam. Ibu Murni pula tersenyum-senyum. “Dengan Murni atau Munirah? Pak cik cuma ada dua orang anak gadis dan kedua-duanya belum lagi berpunya”. Alhamdulillah! Arman lega mendengarkan bahawa Murni masih belum berpunya! “Saya sebenarnya mengenali Murni masa kami di maktab dahulu. Sejak dari sana, saya mengkagumi Murni. Jadi saya berhajat mahu menyuntingnya untuk menjadi isteri saya, pak cik”, Arman mengumpul segenap kekuatannya untuk meluahkan kata-kata ini. “Fahmi sudah tahu?”, soal bapa Murni. Arman angguk. Ajib hanya memandang dengan dada yang juga turut berdebar sedikit. Kini, bapa Murni pula mengorak senyuman. “Lama kenal dengan Fahmi?”

Page 352: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

352

Peliknya. Kenapa tak tanya fasal Murni tapi tanya fasal Ustaz Fahmi pula? “Sudah tiga tahun, pak cik”, jawab Arman jujur. Dia memang sudah lama kenal dengan ustaz muda itu. Ajib sahaja yang baru mengenali lelaki itu. Mereka pernah sama-sama duduk berlaga lutut masa mendengar ceramah perdana Dr Syeikh Yusuf al-Qardhawi masa ketua ulama di zaman ini datang ke Malaysia, awal 2009. Dari sanalah mereka berkenalan. “Begini sahajalah, Arman” Dada Arman terasa lapang apabila bapa Murni menyebut namanya. Ada nuansa penerimaan dan persahabatan yang ikhlas daripada panggilan itu. Tapi rasa lapang itu tak bertahan lama. Dadanya kembali berdebar. Apa agaknya yang bapa Murni mahu cakapkan ini? “Dahulu, pernah juga seorang anak muda yang baru selesai pengajiannya di Universiti Madinah datang melamar Murni tapi Murni menolak. Katanya, dia belum bersedia. Jadi, sebagai bapa, pak cik memang ada hak untuk menerima bagi pihaknya tapi pak cik tak mahu. Pak cik mahu Murni sendiri yang membuat keputusan. Pun begitu, kalaulah Murni katakan dia menerima, tapi sebagai ayahnya, pak cik wajib untuk memastikan yang dia bersuamikan seorang lelaki yang jujur, yang boleh menerima amanah daripada Allah” Arman mendengar dengan teliti. Ajib juga khusyuk menadah telinga. “Pak cik tahu bahawa kamu seorang lelaki yang baik. Fahmi sebenarnya sudahpun bercerita tentang kamu. Kedatangan kamu pun sudah dijangka hari ini”, dia senyum.

Page 353: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

353

“Jadi, pak cik mahu tahu tentang diri saya?”, Arman sudah siap sedia untuk bercerita tentang dirinya. Bapa Murni senyum sebelum angguk. “Pak cik sudah tahu. Fahmi sudah cerita. Cuma pak cik nak tahu, mengapa kamu mahu menikahi Murni?” Arman terdiam sesaat. Walaupun soalan yang dipanah kepadanya itu jelas, terang dan nyata, tapi jawapan baginya tidak sebegitu. Soalan itu punya falsafah di sebaliknya yang sangat besar dan berat. Dia tak boleh tersalah jawab. Erm, sebab apa ya? Sebab saya suka dia? Memang saya suka dia. Bahkan sudah sampai jatuh cinta dah pun. Anak dara pak cik itu sudahlah cantik, sopan, lemah-lembut dan baik pula. Lagipun sudah bertahun-tahun saya simpan perasaan saya ini… “Saya mahu memperisterikan Murni kerana saya mahu menyempurnakan separuh daripada urusan agama saya”, jawab Arman tegas. Ajib tergamam. Dia kagum sebenarnya. Kalau Murni ada di sini, pasti gadis juga akan terpesona dengan jawapan pendek daripada cikgu matematik itu. Bapa Murni pula hanya senyum nipis. Isterinya di sebelah juga sama-sama tersenyum manis. Manis yang ada erti, bukan sekadar manis tebu lagi. Belum sempat mulutnya dibuka, anak lelaki bongsunya yang baru tamat darjah enam datang dari arah dapur dengan menatang dulang yang tersusun cawan berisi teh ‘O’ yang masih berwap dan dua piring pisang goreng yang juga masih panas.

Page 354: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

354

Arman mencuri pandang kepada remaja lelaki itu. Wajahnya benar-benar mirip dengan ayahnya, iaitu bapa kepada Murni yang sedang duduk dengan wajah yang kekal tenang sejak awal tadi. Selepas anak lelaki bongsunya itu berpusing dan berlalu pergi, bapa Murni kembali bertanya, “Bagaimana kamu boleh yakin yang kamu mampu menyempurnakan separuh urusan agama kamu itu?” Arman nampak sedikit gelisah. Dia rasa terjerut dengan soalan itu. Ajib juga sama-sama diam tak berkutik. Suasana begini padanya terlalu janggal. “Ilmu. Dengan ilmu, saya akan mampu untuk membimbing diri saya dan dengan ilmu juga, saya akan boleh untuk membimbing bakal isteri dan anak-anak saya. Insya-Allah” Arman perlu tegas dengan jawapannya. Sudah acap kali dia terlibat dengan temuduga. Sama ada temuduga untuk pengambilan kerja ataupun temuduga masa dia di bangku sekolah dahulu. Dia faham benar selok-belok dan helah panel penemuduga. Bukannya kekemasan hujah yang mereka cari. Tapi yang lebih dicari ialah sikap. Sikap inilah yang ditontonkan melalui cara kita menjawab soalan yang diajukan kepada kita. Kalau tak ada keyakinan, maka jawabnya ialah ‘Pintu berada di sana ya encik. Terima kasih’. Hari ini, di depan bapa Murni, Arman seakan-akan mahu semua orang di situ tahu bahwa dia memang benar-benar mahu menikahi gadis itu kerana agama. Kerana Allah. Bukan kerana faktor yang lain. Bukan kerana Murni cantik. Bukan kerana Murni seorang guru juga sepertinya. Bukan, bukan, bukan. “Ilmu sahaja tak cukup, Arman” Eh?

Page 355: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

355

Arman rasa seperti mahu sahaja angkat bendera putih, berundur daripada terus mara mahu menawan hati lelaki tua di depannya. Entah apa yang berada dalam hati lelaki itu. Dia sikit pun tak mampu untuk menekur isi hati bapa kepada Murni ini. “Kalau kita kata ilmu sahaja, maka kita lihat sendiri berapa ramai orang berilmu yang terlibat dengan dosa dan maksiat. Berapa ramai orang berilmu yang melakukan perkara-perkara yang berlawanan dan bercanggah dengan ilmunya. Benar, ilmu itu memang suatu yang sangat penting. Kalau tak penting, takkanlah Saidina Ali boleh berkata; jika kamu mahukan dunia, maka perlu pada ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, juga perlu ilmu. Bahkan jika kamu mahu dunia serta akhirat, kamu juga perlu ada ilmu. Nak cakapnya di sini, betapa ilmu itu sangat penting. Tapi ilmu tanpa amal, itu tak jadi apa-apa. Amal itu pula digerakkan oleh iman kita. Jika kita beriman kepada Allah dengan hati dan bukan dengan akal semata-mata, maka kita akan jadi hamba-Nya yang banyak melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan-larangan Allah” Arman angguk. Ajib yang duduk di sebelahnya juga sama mengangguk. Mereka bersetuju. Lagipun apa lagi pilihan yang mereka ada selain daripada bersetuju? “Jadi jika kita mahu menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang muslim, kita jangan sahaja ada ilmu tapi juga perlu ada iman. Kita perlu beramal dengan ilmu kita” “Insya-Allah, pak cik”, Arman angguk. Memahami.

Page 356: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

356

“Pada saya, saya melihat perkahwinan itu sebagai satu cara untuk memudahkan seseorang itu ke syurga”, Arman mengeluarkan senjata yang lebih dahsyat. Mutiara tercantik yang dia simpan-simpan dalam mulutnya akhirnya terkeluar dalam bentuk perkataan-perkataan juga. Bapa Murni senyum manis. Dia nampak teruja dengan ungkapan keramat daripada Arman tadi. Oh, memudahkan jalan ke syurga ya? “Maksud Arman, bagaimana perkahwinan boleh memudahkan ke syurga?” “Kerana banyak sekali hadis yang menceritakan tentang kelebihan dan keutamaan orang yang sudah bernikah berbanding dengan orang yang belum. Antaranya, apabila Rasulullah menyebutkan tentang menjaga pandangan. Pada saya, perkahwinan apabila didasari oleh iman, memang benar-benar dapat membantu setiap umat islam menjaga pandangan mereka daripada yang haram. Perkahwinan juga dapat menjaga hati kita daripada membayangkan yang buruk-buruk. Selain itu, ada juga jaminan rezeki dan ketenangan, kasih sayang dan berkat. Bahkan, dengan melakukan hubungan suami isteri pun, Allah akan berikan pahala sedekah dan paling penting, ada pencen kubur iaitu daripada zuriat keturunan yang soleh, yang mana mereka akan mendoakan ibubapa mereka apabila ibubapa mereka berada di dalam kubur nanti”, jelas Arman panjang lebar tanpa gagap dan tanpa tersekat-sekat. Ibu kepada Murni yang sejak tadi menjadi pemerhati bisu, nampak makin berseri-seri air mukanya. Ajib seakan-akan dapat melihat perkataan inggeris- ‘Awesome’ daripada air muka wanita tua itu. “Pak cik sebenarnya bukanlah seperti kebanyakan orang lain. Pak cik tidak memandang kepada kedudukan duniawi seseorang. Pak cik juga tidak terlalu melihat kedudukan sosial seseorang itu. Pak cik tak pernah letak syarat bahwa orang yang mahu menikahi anak gadis pak cik ialah orang yang bergelar ustaz atau ulama. Yang hafal al-Quran dan hadis atau yang bekerja dengan jabatan agama islam. Tidak. Seorang yang beriman itu tidak hanya dinilai

Page 357: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

357

dengan ilmunya tapi juga dengan amalnya. Jadi, pak cik tak kisah pun kamu menjadi guru. Fahmi sudah cerita yang kamu ialah cikgu matematik, kan?” Arman anggukkan kepala. “Kadang-kadang cikgu matematik pun boleh jadi lebih mulia di sisi Allah berbanding mufti negara, kalau dia lebih takut kepada Allah” Arman senyum nipis. Kata-kata itu benar-benar menyejukkan hatinya. Terasa seperti seorang pengembara yang berada di padang pasir yang hangat. Di saat dia kepenatan dan kehausan, ada orang yang memberinya air sejuk. Begitulah yang Arman rasakan sekarang. Sejuk dan damai. “Pak cik perlu tanya kepada Murni dahulu. Kalau dia setuju, insya-Allah. Kalau tidak, pak cik pun tak mahu paksa dia. Sebagai seorang wanita, dia juga punya hak untuk memilih kepada siapa dia mahu berbakti nanti”, satu per satu perkataan disebut agar jelas. “Izinkan pak cik dan mak cik ke belakang, bertanyakan Murni ya” Hampir serentak Ajib dan Arman mengangguk. Dengan penuh adab, kedua orang tua Murni bangkit sebelum hilang di balik langsir yang memisahkan ruang tamu dengan bahagian dalam rumah. Arman menarik nafas panjang sebelum dihembuskannya perlahan-lahan. Kini, sejuta macam perkara berlegar dalam otak. Seribu satu rasa berkocak dalam hatinya. Ya Allah… “Janganlah cuak sangat”, Ajib senyum mengusik. Dia mencapai cawan kaca yang didepannya lalu air yang masih hangat itu dicicipnya sedikit.

Page 358: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

358

Arman hanya senyum hambar. Pandailah kau Ajib. Tunggulah giliran kau nanti. “Nah. Makan goreng pisang ni. Mesti Murni yang gorengkan. Istimewa untuk kau”, dia tergelak di hujung kata-katanya. Mulut Ajib sedang disuap dengan pisang goreng yang masih panas itu. Arman masih lagi diam. Ada syaitan di kiri dan kanannya yang dia tak nampak, sedang mengipasnya sambil ketawa terbahak-bahak. “Ajib, kau sebenarnya memang ada sembunyikan rahsia pada aku ya?”, tiba-tiba dia bertanya. Nada suaranya jelas menunjukkan dia tak puas hati. Ajib telan air liur. Kunyahannya pada pisang goreng itu tambah perlahan. Tekaknya terasa kelat tiba-tiba. Ajib mengangkat muka. Dia lihat Arman sedang memandang tepat ke dalam matanya. Jelas dua retina matanya sedang meminta penjelasan. “Aku minta maaf. Aku bukan tak mahu cerita tapi aku tak merasakan yang aku perlu untuk ceritakan semuanya kepada kau. Aku tahu kau suka dia. Jadi aku tak mahu kau anggap yang bukan-bukan kepada aku. Aku tak mahu kau terasa hati dengan aku hanya kerana Murni itu rapat dengan ibu aku. Itu saja” “Habis kenapa bapa dia siap berterima kasih kepada kau?”, Arman menyoalnya lagi. “Aku pernah tolong Murni. Hmm… panjanglah cerita dia, Arman. Nanti-nantilah aku ceritakan kepada kau”, rasa kesal berdesup datang. Ajib

Page 359: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

359

mengeluh kecil. Dia rasa menyesal kerana terlalu berahsia. Tak sangka pula boleh timbul kemelut sebegini. “Aku terkilan”, Arman geleng kepala. Wajahnya nampak kesal. “Aku tak sangka yang kaun sebenarnya memang kenal dengan Murni. Rasa macam ditipu pun ada kerana kau tak pernah sekali pun cerita yang kau kenal dengan dia” Ajib diam. Dalam keadaan begini, dia merasakan bahwa diam itu lebih baik daripada bercakap. Insya-Allah selepas ini, dia akan bercerita semuanya kepada Arman. Daripada A sampailah Z. Tiada satu pun akan dia rahsiakan. Dia tak mahu Arman terus bersangka buruk kepadanya. Dia tak mahu hubungannya dengan Arman keruh hanya kerana Arman tidak diberitahu cerita sebenar tentang Murni. Dia sayangkan Arman seperti abangnya sendiri. Dia tak mahu abangnya terasa hati dengannya. Selepas agak lama, bapa Murni pun datang ke depan semula tetapi tanpa bersama dengan isterinya lagi. Riak pada wajah guru al-Quran itu mempunyai garis-garis keruh. “Arman… Razif…”, bapa Murni menyebut nama kedua-dua orang pemuda di depannya sebelum seorang demi seorang dia pandang dengan serius, silih berganti. Arman menelan air liur. Tekaknya rasa pahit semula walaupun baru tadi dia menelan air teh yang manis. “Pak cik nak ucapkan terima kasih sangat kerana kamu berdua sudi berziarah ke rumah buruk pak cik ini. Pak cik minta maaf kalau-kalau layanan yang kami sekeluarga beri sebagai tuan rumah tidak sempurna. Tadi pak cik sudah tanyakan Murni. Sudah berbincang dan sudahpun mendengar apa kata dia”

Page 360: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

360

“Murni itu tak macam adik kembarnya, Munirah. Murni itu degil sedikit. Dia jenis yang agak kuat memberontak. Kalau dia bersetuju dengan sesuatu perkara, dia akan cuba untuk cari hujah bagi menyokong pegangannya. Dia akan berpegang teguh dengan apa yang dia yakini itu. Payah kita nak mempengaruhi dia kerana dia memang bukan jenis yang mudah terpengaruh. Dia manusia yang berprinsip.” Arman mengangguk. Baiklah pak cik. Tapi kenapa pak cik buka cerita fasal adik kembar dia pula walhal siapa dia pun saya tak tahu. Sekarang ni saya cuma nak tahu satu perkara sahaja. Adakah Murni menerima saya? “Berkenaan dengan lamaran Arman, sebagai bapa kepada Murni, pak cik mahu sampaikan permohonan maaf daripada Murni. Murni tak bersedia untuk menerima Arman sebagai calon suami kepadanya” Pang! Arman terpampan di tempat duduknya. Rasa seperti sedang berjalan di bawah panas terik matahari, tiba-tiba matahari itu jatuh atas kepala. Panas hingga mencair. Ajib memandang wajah sahabatnya yang ketara benar sedang kecewa. Pun begitu, lelaki itu masih cuba untuk tersenyum walaupun nampak benar senyumnya itu plastik. Arman benar-benar lelaki hebat padanya. “Tapi Murni juga kata, bahwa jika Razif juga memiliki hajat yang serupa, maka dia berbesar hati untuk menerima hajat itu” Kini Ajib pula yang terpampan!

Page 361: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

361

Dari siang tadi lagi dia sudah menangis. Hari ini, dua biji matanya yang indah itu hanya tahu menghasilkan hujan air mata, seperti biasa berlaku di musim tengkujung di negeri-negeri Pantai Timur. Selepas solat zuhur tadi, dia menangis. Semasa membaca al-Quran tadi pun dia menangis. Selepas solat asar pun sama. Maghrib, isyak pun serupa sahaja. “Maafkan Murni, umi. Maafkan Murni, abi”, matanya masih lagi basah. Suaranya serak, bersulamkan sedu. Ibunya memeluk bahunya. Dahinya yang licin tanpa jerawat itu dikuncup dengan kasih dan simpati. Hatinya turut bersedih bila melihat anak yang pernah dikendong selama 9 bulan didalam rahimnya sedang berjejeran dengan tangisan. “Kenapa Murni tolak lamaran Arman?”, dengan penuh diplomasi bapanya bertanya. Sunyi sepi. Bunyi cengkerik berpesta sahaja yang kedengaran di luar rumah. “Murni, jawablah sayang…”, ibunya pula memujuk. “Murni tak ada perasaan kepada dia, umi… abi…” “Razif pula?”, soal bapanya lagi. Mereka sudahpun bincangkan dan bualkan tentang hal ini siang tadi. Sepatutnya sudah selesai. Sepatutnya kes sudah ditutup kerana hakim sudah membuat keputusan! Tapi lain pula jadinya malam ini. Jelas keputusan yang dibuat oleh mahkamah hatinya, diragui ketelusannya. “Murni menyukai dia”, jujur Murni memberikan kata hatinya.

Page 362: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

362

“Murni, cuba pandang abi”, bapanya memberikan perintah. Murni taat. Daripada terus tunduk menekur tikar mengkuang, dia mengangkat wajah memandang kedutan halus pada rau wajah lelaki yang dikasihinya itu. Wajah itu nampak tenang seperti selalunya. “Cuba Murni ingat balik cerita fasal Julaibib dengan isterinya. Apa kata isterinya, di saat ayahnya menolak lamaran daripada Julaibib hanya kerana Julaibib seorang yang kerdil dan hodoh?” Murni angguk. Dia masih ingat akan perkataan wanita solehah itu, ‘"Ketahuilah wahai ibu, sekiranya ia adalah permintaan daripada Rasulallah, maka pasti tidak akan ada satu mudharat pun yang akan menimpa diriku. Kahwinkanlah aku dengan Julaibib..." Gadis itu rela menerima seorang lelaki yang tidak ada rupa apatah lagi harta. Yang ada pada sosok pendek itu cumalah iman. Dan iman itulah yang menjadikan lelaki itu nampak kaya dan kacak, pada mata gadis itu. Tapi Murni… “Murni ingat cerita tu abi. Tapi Murni tak dapat tipu diri Murni. Murni sukakan Razif, bukan Arman” Bapanya angguk lalu senyum.

Page 363: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

363

“Tapi Murni tak rasa bersalahkah menolak Arman? Bertahun-tahun dia menyimpan perasaan pada Murni. Tak rasa seperti pentingkan diri sendiri ke?” Air mata Murni makin lebat membasahi matanya. “Abi, umi… Murni mahu jadi wanita syurga. Murni ada impian untuk masuk ke dalam syurga dengan sepantas kilat. Tanpa dihisab. Murni ada impian untuk memiliki singgahsana dan menjadi ketua para bidadari dalam syurga. Kerana itu, Murni mahu menjadi seorang isteri yang solehah. Yang patuh dan taat secara mutlak kepada Allah, dan yang taat dan patuh kepada suami. Yang berkhidmat dengan penuh kerelaan dan kasih sayang kepada suami Murni, dan yang akan bersama-sama membesarkan anak-anak kami nanti dengan acuan agama dan dengan penuh kesabaran”. Kerana terlalu larut dalam emosi, Murni tak dapat menyambung kata-katanya. Ibunya mengeratkan pelukan. Dia juga sudah menangis. “Abang, lain kali sahajalah kita cakap fasal ni lagi. Kasihan pada Murni”, ibu Murni memandang kepada suaminya. “Tak apalah umi”, Murni menyeka air matanya. Dia lalu berdehem beberapa kali, melegakan kerongkongnya yang terasa perit. “Murni bimbang jika Murni menerima lamaran Arman, Murni tak dapat nak mencapai impian Murni tadi. Murni takut Murni tak dapat nak taat, tak dapat nak berkhidmat, dan tak dapat nak mencintai dia, abi. Abi dan umi masih ingat tak pada kisah sahabiah bernama Barirah dengan suaminya, Mughits. Bukankah perkahwinan itu akhirnya berakhir dengan penceraian, hanya kerana Barirah tidak mampu walaupun sudah berusaha sedayanya untuk mencintai suaminya?”

Page 364: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

364

Ibu Murni angguk. Bapa Murni pula terdiam. Sebelah tangannya meluruskan janggutnya yang memutih itu. Ah, mana mungkin dia akan lupakan kisah dua orang sahabat Rasulullah ini, kerana dialah yang mengajarkan kepada anak-anaknya bahwa setiap rumah tangga perlu dibina atas dasar taqwa tapi tidak menepikan kewujudan cinta. Kerana daripada perasaan nan satu inilah, bercambah segala macam kebaikan, kebahagianna, ketenangan, dan kasih sayang. Cinta kan ialah merupakan sumur kekuatan lalu pada sumur itulah makhluk-makhluk Tuhan ini berkongsi hatta kepada jiwanya. Kerana cinta jugalah, kisah antara Barirah dengan Mughits masih disebut-sebut hingga ke zaman ini. Ia adalah sebuah kisah yang cukup luar biasa hingga terakam dalam Shahih Bukhari sebuah kata-kata daripada Rasulullah kepada bapa saudara Baginda, “Wahai Abbas, tidakkah kamu takjub akan kecintaan Mughits terhadap Barirah dan kebencian Barirah terhadap Mughits?” Saidina Abbas lalu menjawab, “Betul. Demi Zat Yang Mengutusmu, sungguh urusan mereka berdua itu sangatlah aneh.” Kerana melihatkan betapa Mughits tersiksa dengan penceraian itu, maka Rasullah pun mendatangi Barirah dan langsung berkata, "Wahai Barirah, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya ia adalah bapak dari anakmu, kalau seandainya kamu mau, ruju'lah kepadanya." Barirah pun memandang Rasulullah dengan diliputi kesedihan lalu bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkanku untuk kembali kepadanya?"

Page 365: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

365

Rasulullah sekadar menjawab, "Tidak. Ini bukanlah perintah. Sesungguhnya aku hanyalah sebagai perantara saja." Mendengar jawapan itu, lalu Barirah pun berkata, "Kalau begitu aku tidak merasa perlu kepadanya. Aku tidak mampu hidup bersamanya dan aku memilih untuk hidup sendirian." Seakan-akan Barirah sedang mengajar kita satu pengajaran cinta yang besar; kita tak mampu memaksa diri kita untuk mencintai seseorang sebagaimana kita tak mampu menghalang diri kita daripada mencintai seseorang! “Murni sebenarnya sudah berapa lama mengenali Razif?”, selepas agak lama sepi bersarang, akhirnya terpacul keluar satu soalan daripada bibir tua itu. “Setahun” “Hanya setahun dan Murni yakin dengan dia?” Murni angguk dengan penuh kesungguhan. Terbayang-bayang olehnya lagak Ajib semasa menyerbu masuk ke dalam rumahnya dan menyelamatkan dirinya daripada dilakukan dengan tidak elok oleh penjahat yang menyerbu masuk ke dalam rumahnya dan terbayang-bayang juga oleh Murni semua khidmat bakti dan kasih-sayang yang jejaka itu tonjolkan kepada ibunya dan kepada adik-adiknya. “Kalau Murni yakin begitu, maka abi cuma boleh berdoa agar Allah berikan jalan keluar yang terbaik bagi kemelut ini” Murni hanya mampu mengesat air matanya. Dia yakin Allah akan membantunya.

Page 366: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

366

“Arman, maafkan aku” Syed Arman senyum. “Aku tak sedih pun Ajib. Aku macam biasa saja ni”, dia cuba untuk ketawa. Mahu berlakon konon dia mampu untuk berlagak selamba tapi ternyata dia bukannya seorang pelakon yang baik. Ajib diam. Kosa katanya pupus. “Aku bahkan gembira kerana dia memilih kau, Ajib. Dia memilih orang yang lebih baik daripada aku” “Arman” Bahu lelaki itu dipegang. Dua lelaki ini saling menikam pandang. “Boleh tak kita lupakan fasal Murni?” Arman senyum. “Tidak, selagi kau belum terima dia, Ajib” Sebenarnya memanglah benar dia terkejut dan rasa terpukul dengan penolakan Murni. Tapi kesakitan itu hanya terasa buat satu jam yang pertama sahaja. Selepas akal dan emosinya sudah stabil dan bertenang, dia bahkan rasa gembira!

Page 367: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

367

Dia tak pernah bertanya kepada hatinya, hinggalah hatinya sendiri yang terpekik memberitahu dirinya bahawa dia seharusnya bangga dan bahagia. Setidak-tidaknya, dia tahu bahawa gadis itu menyukai Ajib. Ajib itu ialah sahabatnya sendiri yang sudah pun dia anggap seperti ahli keluarganya sendiri. Sahabat yang mana dia tak kisah untuk berkorban apa sahaja untuknya. Harta, tenaga, mahupun jiwanya. Apalah sangat jika dia terpaksa korbankan rasa kasihnya kepada gadis itu. Ah, dia tahu dia mampu. Lagipun selepas Ajib bercerita tentang kesemua yang dia rahsiakan selama ini, bertambah-tambahlah Arman merasa dirinya kerdil. Ajib sudah banyak kali membantu gadis itu. Bahkan pernah juga menyelamatkan gadis itu daripada kejadian yang tak diingini. Maka sudah tentulah antara mereka berdua, Ajib adalah yang lelaki yang lebih layak untuk mendapat perhatian gadis cantik nan mulia itu. Arman cuma kekok hingga tak tahu bagaimana harus dia tonjolkan rasa gembiranya kerana hatinya dan akalnya sedang sibuk bermuhasabah, mengenangkan kisah persahabatan yang luar biasa antara Abu Darda’ dengan Salman al-Farisi . Lelaki dari Sabah itu mahu meneladani sikap Salman Al-Farisi yang menangis gembira saat pinangannya kepada seorang wanita ansar ditolak. Tangisan gembiranya terpahat dalam sejarah peradaban sebagai satu drama persahabatan yang melangkaui sempadan perasaan diri sendiri. Benar sekali; cinta itu tak semestinya dengan memiliki. “Aku mahu jadi seperti Salman al-farisi yang berbahagia dan redha saat cintanya ditolak”

Page 368: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

368

“Tapi aku tak layak menjadi seperti Abu Darda’ pun Arman!” Ajib seperti hampir menangis. Benar. Dia juga sebenarnya ada hati kepada Murni. Sejak menyakiskan sendiri akan peribadi Murni tika Ibu Suri sakit tempoh hari, hatinya telah sedikit sebanyak bertunas kembali dari atas runtuhan dan serpihan cinta yang berkecai bersama nama gadis itu, Nik Amanina. Cuma dia menyedarkan dirinya bahawa Arman mengasihi gadis itu. Dengan sendirinya dia pun turut tersedar bahawa dia dengan gadis itu, berdiri usahkan sama tinggi, duduk juga tidak mungkin sama rendah! “Terima dia Ajib. Aku tahu kau juga sukakan dia. Dia gadis yang sangat solehah. Insya-Allah dia akan membahagiakan kau dari dunia sampai akhirat” “Habis, engkau?” Arman senyum. “Aku tak pernah putus asa daripada janji Allah, Ajib” Tiba-tiba, kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah. Aneh! Ajib dan Arman hampir serentak menjawab salam. Dua jejaka itu saling berpandangan. Mereka hairan. Ajib lalu pun keluar dari pintu rumah mereka dan terus meluru ke luar rumah. Dia seakan-akan tak percaya apabila melihat ada dua buah senyuman yang mekar dari luar pintu pagar rumah mereka itu. “Masuklah ustaz… pak cik…”, dia menyalami kedua orang lelaki yang dia kagumi ini. Arman yang baru keluar dari rumah juga tidak terlepas daripada rasa terkejut melihat kedatangan tetamu yang terlalu istimewa itu. Dia juga menyalami kedua orang lelaki itu.

Page 369: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

369

“Marilah masuk ke dalam rumah kami. Rumah bujang sahaja”, dia cuba berseloroh. Perasaannya saat itu bercampur-baur. Terkejut, suspen, takut, dan juga gembira. Ustaz Fahmi senyum penuh makna. Dia berjalan bersama dengan bapanya, mengekor Arman dan Ajib masuk ke dalam rumah mereka. Ajib sudah bergerak ke dapur. Jus oren yang baru sahaja dibelinya dan dimasukkan ke dalam peti ais, dikeluarkan. Tak sempat nak sejuk pun jus itu. Sempat tangannya menyambar dua biji gelas di atas para dan dibawa ke hadapan. “Jemputlah minum”, dia senyum dan mempersilakan tetamunya minum, selepas jus itu berpindah masuk ke dalam gelas. “Terima kasih”, bapa Murni membalas senyum. “Terkejut dengan kedatangan kami?”, Ustaz Fahmi ketawa kecil. “Agak terkejut jugalah”, Arman juga ketawa di hujung-hujung. “Pak cik datang dari Kedah ke?”, Ajib bertanya. Sekadar berbudi bahasa. Dia sebenarnya masih terlalu segan dan malu dengan lelaki tua itu. Bapa Murni angguk sebelum tersenyum nipis. “Pak cik baru sahaja sampai ni. Murni yang pandu kereta. Kami sengaja mahu datang berziarah rumah Fahmi. Mahu tengok cucu” “Oh”, Ajib angguk. Arman juga turut angguk.

Page 370: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

370

“Abi nak cakap sekarang ke?”, Ustaz Fahmi bertanya dengan ayahnya. Cakap? Nak cakap apa lagi? Ajib tertanya-tanya. Arman juga sepertinya. Arman hairan dan rasa itu bukan lagi dibuat-buat. Apa yang penting sangat hendak sampaikan oleh dua orang tetamunya ini hingga mereka tidak menunggu siang sahaja? “Razif, pak cik ada satu harapan yang sangat besar untuk Ajib” Ajib menelan air liur. Rasanya dia sudah dapat meneka. “Pak cik berhajat mahu memperisterikan Murni dengan Ajib. Ajib sudi?” Ajib memandang kepada Arman. Sahabatnya itu manis tersenyum. Kemudian, Ajib kembali memandang kepada bapa Murni yang sedang menunggu respon darinya. “Saya… saya tak layak. Arman sebenarnya lebih layak” Arman geleng kepala. “Tak. Ajib. Jangan begini…” Ustaz Fahmi masih lagi diam. Dia masih menjadi penonton. “Arman…” Semua terdiam. Ajib dan Arman sama-sama mengalih pandang kepada bapa Murni.

Page 371: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

371

“Pak cik mahu meminang Arman untuk adik kembar Murni yang sedang berada di tahun akhir di Kaherah, Mesir. Munirah” Bulat biji mata Arman, sebulat biji mata Ajib. “Pak cik serius?” Ketawa Ustaz Fahmi terburai. “Abi tak tipu. Insya-Allah, kami mahu jodohkan Murni dengan Ajib dan kembarnya, Munirah dengan Arman. Semua ini sudah dibincangkan. Kedua-dua adik saya itu berbesar hati dan bersetuju. Jadi, hanya tinggal kamu berdua sahaja. Macam mana?” Kedua-dua lelaki bujang itu saling berpandangan sesama sendiri. Aku tersenyum. Anakku, Nuruddin sudah pun ke beranda rumah bermain dengan set mainan yang dia merengek-rengek mahukannya masa kami sekeluarga keluar ke Pasaraya Sogo bulan lepas. Habis, aku bercerita kepada siapa? Aku tatap wajah isteriku yang masih tersenyum-senyum sejak tadi. Hajatnya, mahu bercerita kepada si anak yang sibuk bertanya, tapi rupa-rupanya, ibu kepada anak itu sahaja yang masih mendengar dengan penuh khusyuk dan tawajjuh.

Page 372: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

372

“Dah habis ke?”, selepas lama aku diam, Murni pun menyoal. Aku ketawa. Dah habislah. Dah tamat pun cerita ini. Apa ingat ini cerita hindustan ke ada plot yang berbelit-belit. Hero dalam cerita ni tak pernah kalah dahulu. Sentiasa menang dari awal sampai akhir. “Ada lagi yang abang tak cerita”, lesung pipit di pipinya itu selalu membuatkan aku tak boleh tidur apabila terpaksa berpisah jauh dengannya. Iyalah. Aku kini aktif dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan agama islam. Kami banyak memberikan motivasi kepada golongan remaja dan mendekati golongan muda yang bermasalah di sekitar Kuala Lumpur. Jadi ada beberapa program kami yang memaksa kami untuk berjauhan dengan keluarga, sesekali. “Apa lagi yang abang tak cerita?” Aku memandangnya. Kalau ada pun, aku nak bercerita kepada siapa? Kepada kalian semua yang sedang memegang novel ini? Kalau aku cerita nanti kalian kata ini novel cinta pula. Tak mahulah! “Abang belum cerita pun fasal apa abang buat sebelum abang terima lamaran dari abi” Oh. Iyalah. Dari mula aku mengenali Murni hingga sekarang, aku merasakan Murni itu sebagai seorang wanita yang hebat. Sejujurnya, aku sendiri seakan masih tak percaya yang wanita yang aku kagumi itu, kini ialah isteriku dan juga ibu kepada dua anak kami yang comel-comel. Kerana aku tak yakin dengan diriku (bukan tak yakin dengan Murni), maka aku meminta masa selama seminggu untuk aku membuat keputusan.

Page 373: s3.amazonaws.com · 2 Tahu tak apakah perkara yang paling membahagiakan dan menyeronokkan untuk dilakukan sepanjang hujung minggu? Tidur? Kalau masih bujang tu, mungkinlah. Main permainan

373

Aku senyum kepada Murni. “Yang fasal abang pergi daftar masuk ma’ahad tahfiz abi itu ke?” Murni ketawa. Mula dia terkejut kerana dia hanya meminta abi untuk melamar aku bagi pihaknya, bukan melamar aku untuk menjadi anak murid kepada abinya. Tika itu, cuma satu hal sahaja yang asyik berlegar di mindaku. Aku mahu menjadi pemimpin bagi orang yang bertaqwa jadi aku juga perlu jadi orang yang bertaqwa. “Yeayyy! Pak cik datang! Yeayy!” Nuruddin yang sedang terloncat-loncat kegirangan di beranda rumah membuatkan aku dan Murni cepat-cepat menoleh kearahnya. Kedengaran juga dari luar rumah kecil kami bunyi enjin kereta yang baru sahaja diparkir di luar pintu pagar. Murni sudah masuk ke bilik, mengambil kain tudungnya. Ku lihat anak lelakiku itu gembira benar. Dia cukup kenal pada siapa yang sedang berjalan keluar dari kereta itu. “Assalamualaikum”, seorang lelaki sedang mendukung anaknya, menghulurkan salam. Di belakangnya, seorang wanita berdiri rapat. Wanita tadi sudahpun mendapatkan Nuruddin yang tersenyum gembira bertemu dengan mak ciknya. Aku tersenyum lebar di muka pintu. Lelaki itu, Arman…