bahasa dan budaya.ppt
DESCRIPTION
pptTRANSCRIPT
BAHASA DAN BUDAYA
Bahasa : merupakan satu dilema besar untuk semua pendidik - Warisan budaya harus dikekalkan, bagaimana dengan kedudukan bahasa natif jika berlainan dengan bahasa di sekolah?
- Patutkah pelajar digalak / dibenarkan mengguna bahasa pertamanya?
- Bagaimana dengan pelajar yang mengguna BM tetapi bercakap dengan cara yang berbeza (contoh: dialek), patut dia diajar cara bercakap yang ‘betul’?
Penting untuk membeza antara kanak-kanak yang bercakap dengan cara yang berlainan dengan kanak-kanak yang bermasalah bahasa
DIALEK– satu variasi konsisten dan sistematik dalam
pertuturan sesuatu bahasa yang dipraktikkan oleh sebahagian besar sesuatu kumpulan orang.
- berkongsi kebanyakan ciri bahasa utama, berbeza dalam sebutan, vokabulari, stail/gaya percakapan
BILINGUALISM
Merujuk kepada kebolehan memahami dan menggunakan dua bahasa
Berbeza daripada kebolehan minimum ke kebolehan maksimum dalam lebih satu bahasa
Kanak-kanak bilingual merupakan satu kumpulan heterogeneous yang mempunyai pengalaman bahasa dan budaya yang berbeza
Kesan Pemerolehan Bahasa Kedua terhadap Kanak-kanak
Diandai bahawa belajar dua bahasa serentak akan menyebabkan kekeliruan dan gangguan antara kedua-dua bahasa
Dapatan Kajian-kajian :- kanak-kanak belajar kedua-dua bahasa pada kadar yang
serupa dengan mereka yang hanya belajar satu bahasa, kadar penguasaan kedua bahasa mungkin berbeza.
- kanak-kanak bilingual mempunyai kelebihan dalam kebolehan metalinguistik dan kognitif
- ada kanak-kanak yang kehilangan kemahiran dalam bahasa pertama apabila mereka mula memperolehi bahasa kedua, terutamanya bila mula belajar bahasa kedua di sekolah