dasar bahasa dan penggunaan bahasa dalam penulisan

17
DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN OLEH: NOR HAFIDAH BT ABU HANIT

Upload: baka

Post on 22-Jan-2016

244 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN. OLEH: NOR HAFIDAH BT ABU HANIT. 1.0 PERANCANGAN BAHASA DAN DASAR BAHASA. Malaysia mempunyai dasar bahasa yang cukup jelas iaitu : a) Dasar Bahasa Kebangsaan b) Dasar Bahasa Rasmi c ) Dasar Bahasa Pendidikan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA

DALAM PENULISAN

OLEH:

NOR HAFIDAH BT ABU HANIT

Page 2: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN
Page 3: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

1.0 PERANCANGAN BAHASA DAN DASAR BAHASA

• Malaysia mempunyai dasar bahasa yang cukup jelas iaitu:a) Dasar Bahasa Kebangsaanb) Dasar Bahasa Rasmic) Dasar Bahasa Pendidikand) Dasar Penggunaan Bahasa

Page 4: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

1.1 Dasar Bahasa Kebangsaan

• Berfungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara.

• Lambang perpaduan negara.• Perkara 152 Perlembagaan

Malaysia menyatakan Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

Page 5: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

1.1 Dasar Bahasa Kebangsaan (samb…)

FUNGSINYA:A) Lambang identiti negara.B) Wahana penyatuan warganegara Malaysia.C) Wahana komunikasi umum.

Page 6: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

1.2 DASAR BAHASA RASMIBahasa yang digunakan dalam semua urusan

rasmi dan pentadbiran dalam sektor awam (kerajaan).

FUNGSINYA:A) Bahasa bagi semua urusan pentadbiran dan

pengurusan jabatan sektor awam.B) Bahasa bagi semua urusan dan komunikasi

sesama jabatan sektor awam.C) Bahasa bagi semua urusan dan komunikasi

antara jabatan sektor awam dengan sektor swasta.

Page 7: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

1.3 DASAR BAHASA PENDIDIKAN

• Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

Page 8: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

1.4 DASAR PENGGUNAAN BAHASA

• Kebebasan menggunakan bahasa-bahasa lain.

Page 9: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

2.0 PERANCANGAN BAHASA MELAYU

• Dalam konteks Malaysia, perancangan bahasa ialah pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu baku untuk mencapai fungsinya seperti berikut:

a) Bahasa rasmi yang cekap dan berkesan;

b) Bahasa pengantar dalam bidang pendidikan;

Page 10: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

2.0 PERANCANGAN BAHASA MELAYU (samb…)

c) Bahasa kebangsaan yang dapat digunakan dengan cekap dalam semua kegiatan dan kehidupan harian;

d)Bahasa ilmu pengetahuan dan budaya tinggi;

e) Bahasa pengucapan, kesusasteraan, kebudayaan dan keseniaan.

Page 11: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

2.1 AGENSI PERANCANGAN BAHASA• Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan

agensi perancangan bahasa.• Matlamatnya; a) Membina dan memperkaya bahasa

kebangsaan. b) Memperkembangkan bakat Sastera. c) Mencetak dan menerbit buku, majalah dll. d) Membakukan ejaan dan sebutan. e) Menggalakkan penggunaan bahasa

kebangsaan. f) Membentuk, mencipta dan membakukan

istilah.

Page 12: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

3.0 BAHASA MELAYU BAKU• Dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ membawa

pengertian yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan. 

• Bahasa Melayu baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa.

• Bahasa Melayu Baku yang digunakan dalam penulisan rasmi ialah Bahasa Melayu yang digunakan setiap hari dalam urusan rasmi.

• Dapat dibezakan menerusi pilihan kata, ungkapan dan ayat kerana maksudnya juga berbeza-beza.

• Oleh sebab sifatnya rasmi, maka bahasanya perlu gramatis (mematuhi peraturan dan prinsip berbahasa).

Page 13: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

3-1 PEMBINAAN BAHASA MELAYU BAKU

• Penyelidikan dan pembangunan bagi memantapkan aspek Bahasa Melayu dan pengayaannya.

• Pembentukan, penyelarasan dan penakrifan istilah dalam pelbagai bidang ilmu untuk keperluan pelbagai sektor pengguna.

• Kodifikasi pengertian dan penggunaan kata melalui penyusunan dan penerbitan kamus umum, kamus dwibahasa, kamus istilah, dan tesaurus Bahasa Melayu.

Page 14: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

4.0 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM PENULISAN DOKUMEN RASMI Mempunyai ciri keintelektualan dan

kesempurnaan sebahagai bahasa ilmu, bahasa sastera, dan bahasa sains dan teknologi.

Menjadi satu bahasa moden yang mempunyai pelbagai laras.

Laras bahasa mewakili satu daripada empat ragam bahasa iaitu ragam BM lisan, ragam BM tulisan, bahasa-bahasa daerah, dan Bahasa Melayu moden.

Dalam penulisan, ragam BM tulisan diberi keutamaan.

Page 15: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

4.1 Penulisan Dokumen Rasmi

• Merujuk Kamus Dewan (2005),

“ Perihal atau kegiatan menulis dokumen yang disahkan oleh kerajaan atau yang berkuasa dari segi bahasa, ejaan, kenyataan…”

Page 16: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

4.2 CONTOH DOKUMEN RASMI

a) Surat Rasmib) Minit mesyuaratc) Laporand) Surat Perjanjiane) Surat Pekeliling.

Page 17: DASAR BAHASA DAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN

TERIMA KASIH

Cikgu Boleh.wmv