pelestarian bahasa melayu sebagai bahasa utama dalam ... · pdf filepelestarian bahasa melayu...

18
International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 2(2), 2014: 3 - 19 Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau Ini HASHIM MUSA, ROZITA CHE RODI & SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD ABSTRAK Bahasa Melayu (BM) dalam sejarahnya merupakan bahasa antarabangsa yang luas digunakan di rantau Asia Tenggara dan pernah diangkat sebagai lingua franca bagi urusan perdagangan dan perhubungan antarabangsa di seluruh rantau ini. Statusnya yang berwibawa itu telah menarik masyarakat Nusantara menggunakannya sebagai bahasa utama dalam bidang kesusasteraan, persuratan dan pendidikan. Ini dibuktikan dengan penemuan hasil karya dalam BM seawal 1303M iaitu Batu Bersurat Terengganu dan 1380M syair berbahasa Melayu yang terukir pada sebuah batu bersurat di Acheh. Selain itu, Hukum Kanun Melaka serta Undang-undang Laut Melaka pula membuktikan BM juga menjadi bahasa perundangan utama di rantau ini seawal abad ke-15. Malah, ribuan manuskrip lama bertulisan Melayu-jawi yang berada dalam simpanan institusi dalam dan luar negara dapat menjelaskan kepentingan dan kedudukan utama BM sejak sekian lama di rantau ini. Makalah ini akan menghuraikan peranan sebenar BM dalam bidang persuratan dan pendidikan melalui pembudayaan ilmu, sains dan teknologi terkini yang disampaikan dalam BM iaitu bahasa rakyat jelata rantau ini. Amalan demikian mampu menggerakkan pencapaian kemajuan negara dan masyarakat rantau ini secara ekuitabel melebihi dan bahkan mengatasi penggunaan satu bahasa asing khususnya bahasa Inggeris (BI) yang penggunaannya tertumpu kepada kumpulan elit semata-mata. Malah, dengan meneliti isu tersebut, didapati bahawa BM yang merupakan bahasa indigenus atau bahasa tempatan penduduk rantau ini, adalah penapis dan penangkis yang kebal untuk melawan badai negatif globalisasi yang boleh menghancurkan nilai-nilai tradisi yang murni. Ianya juga merupakan unsur yang kental untuk menyemai rasa kekitaan atau esprit de corp, keakraban, kemesraan dan kasih sayang sesama penuturnya demi perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara bangsa dan pemerkasaan masyarakatnya. Namun kini terdapat cabaran dan asakan BI ke atas kewibawaan BM, dan makalah ini akan membincangkan strategi dan langkah menangani isu ini demi memartabatkan kembali BM sebagai pemangkin kepada pembangunan ekuitabel negara bangsa di rantau ini. Kata kunci: pembudayaan ilmu, persuratan Melayu, lingua franca, bahasa antarabangsa, perasaan kekitaaan atau esprit de corp ABSTRACT The Malay language in its history was an international language widely used in the Southeast Asian region and became the lingua franca for trade and international relation in the whole region for several centuries. Its authoritative status has atracted the people of the region to use it as the language for literary expression and documentation and as the medium of instruction and education. This was proven by the findings of the earliest text in Malay as early as 1303 CE namely the legal edict of the Terengganu Inscription and the Malay verse of the 1380 CE Acheh inscription. The 15th Century Malacca Cannon of Law and the Malacca Maritme Law were also clear proofs of the usage of Malay as the main language for writing legal edicts apart from other literary genres. Moreover there are thousands of Malay manuscripts, texts and letters held in various libraries and acrhives in this region as well as in the west, clearly illustrating the importance of the usage of the Malay language in this part of the world for a long time. This article will discuss the prime role that can be played by the Malay language in the literary field of the region as well as the medium of education and enculturation of knowledge, science and technology to the general population at large. The use of Malay in such a manner will be able to spur a more equitable development among the nations and societies of the region, which cannot be achieved by the use of a foreign language specifically English as it will only be efficiently acquired by the urban elites. Moreover, Malay being the indigenous or local language of the people of the region, can function as a strong filter and shield in confronting and deflecting negative influences of globalisation that can weaken and destroy inherited traditional cultural traits and ethical values. The Malay language also can become the rallying point for inculcating strong national identity, unity, integration and esprit de corps amongst the citizens. However, with the current persistant onslaught the influence of the English language, the status of Malay especially in the field of education is gravely affected. This article will discuss various strategies and steps that can be taken to overcome the problems so as to spur nations and societies to achieve an equitable development and to perpetuate the authoritative status of Malay in the region. Key words: enculturation of knowledge, Malay letters, lingua franca, international language, esprit de corp

Upload: nguyenthuan

Post on 11-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad 3International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 2(2), 2014: 3 - 19

Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains danTeknologi di Rantau Ini

HASHIM MUSA, ROZITA CHE RODI & SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD

ABSTRAK

Bahasa Melayu (BM) dalam sejarahnya merupakan bahasa antarabangsa yang luas digunakan di rantau Asia Tenggaradan pernah diangkat sebagai lingua franca bagi urusan perdagangan dan perhubungan antarabangsa di seluruhrantau ini. Statusnya yang berwibawa itu telah menarik masyarakat Nusantara menggunakannya sebagai bahasautama dalam bidang kesusasteraan, persuratan dan pendidikan. Ini dibuktikan dengan penemuan hasil karya dalamBM seawal 1303M iaitu Batu Bersurat Terengganu dan 1380M syair berbahasa Melayu yang terukir pada sebuah batubersurat di Acheh. Selain itu, Hukum Kanun Melaka serta Undang-undang Laut Melaka pula membuktikan BM jugamenjadi bahasa perundangan utama di rantau ini seawal abad ke-15. Malah, ribuan manuskrip lama bertulisanMelayu-jawi yang berada dalam simpanan institusi dalam dan luar negara dapat menjelaskan kepentingan dankedudukan utama BM sejak sekian lama di rantau ini. Makalah ini akan menghuraikan peranan sebenar BM dalambidang persuratan dan pendidikan melalui pembudayaan ilmu, sains dan teknologi terkini yang disampaikan dalamBM iaitu bahasa rakyat jelata rantau ini. Amalan demikian mampu menggerakkan pencapaian kemajuan negara danmasyarakat rantau ini secara ekuitabel melebihi dan bahkan mengatasi penggunaan satu bahasa asing khususnyabahasa Inggeris (BI) yang penggunaannya tertumpu kepada kumpulan elit semata-mata. Malah, dengan meneliti isutersebut, didapati bahawa BM yang merupakan bahasa indigenus atau bahasa tempatan penduduk rantau ini, adalahpenapis dan penangkis yang kebal untuk melawan badai negatif globalisasi yang boleh menghancurkan nilai-nilaitradisi yang murni. Ianya juga merupakan unsur yang kental untuk menyemai rasa kekitaan atau esprit de corp,keakraban, kemesraan dan kasih sayang sesama penuturnya demi perpaduan, keharmonian dan kestabilan negarabangsa dan pemerkasaan masyarakatnya. Namun kini terdapat cabaran dan asakan BI ke atas kewibawaan BM, danmakalah ini akan membincangkan strategi dan langkah menangani isu ini demi memartabatkan kembali BM sebagaipemangkin kepada pembangunan ekuitabel negara bangsa di rantau ini.

Kata kunci: pembudayaan ilmu, persuratan Melayu, lingua franca, bahasa antarabangsa, perasaan kekitaaanatau esprit de corp

ABSTRACT

The Malay language in its history was an international language widely used in the Southeast Asian region and becamethe lingua franca for trade and international relation in the whole region for several centuries. Its authoritative status hasatracted the people of the region to use it as the language for literary expression and documentation and as the medium ofinstruction and education. This was proven by the findings of the earliest text in Malay as early as 1303 CE namely the legaledict of the Terengganu Inscription and the Malay verse of the 1380 CE Acheh inscription. The 15th Century MalaccaCannon of Law and the Malacca Maritme Law were also clear proofs of the usage of Malay as the main language for writinglegal edicts apart from other literary genres. Moreover there are thousands of Malay manuscripts, texts and letters held invarious libraries and acrhives in this region as well as in the west, clearly illustrating the importance of the usage of theMalay language in this part of the world for a long time. This article will discuss the prime role that can be played by theMalay language in the literary field of the region as well as the medium of education and enculturation of knowledge,science and technology to the general population at large. The use of Malay in such a manner will be able to spur a moreequitable development among the nations and societies of the region, which cannot be achieved by the use of a foreignlanguage specifically English as it will only be efficiently acquired by the urban elites. Moreover, Malay being theindigenous or local language of the people of the region, can function as a strong filter and shield in confronting anddeflecting negative influences of globalisation that can weaken and destroy inherited traditional cultural traits andethical values. The Malay language also can become the rallying point for inculcating strong national identity, unity,integration and esprit de corps amongst the citizens. However, with the current persistant onslaught the influence of theEnglish language, the status of Malay especially in the field of education is gravely affected. This article will discussvarious strategies and steps that can be taken to overcome the problems so as to spur nations and societies to achieve anequitable development and to perpetuate the authoritative status of Malay in the region.

Key words: enculturation of knowledge, Malay letters, lingua franca, international language, esprit de corp

Page 2: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

4 Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad

BAHASA MELAYU (BM) SEBAGAI BAHASADUNIA DAN BAHASA ANTARABANGSA

DAN FAKTOR KEPERKASAANNYA

Tidak dapat dinafikan bahawa BM dalam sejarahnyatelah menjadi bahasa antarabangsa yang luasdigunakan di rantau Asia Tenggara, iaitu sejak zamanEmpayar Srivijaya sekitar abad ke-7 M sehingga keabad ke-19 M apabila BM menjadi lingua francabagi seluruh wilayah ini dalam perdagangan danperhubungan antarabangsa dan juga menjadi bahasarasmi dan bahasa persuratan bagi pusat-pusatpemerintahan di seluruh rantau ini. Ini dibuktikandengan penemuan hasil karya dalam bahasa Melayuseawal 1303 M iaitu Batu Bersurat Terengganu dan1380 M syair berbahasa Melayu yang terukir padasebuah batu bersurat di Acheh. Selain itu, HukumKanun Melaka serta Undang-undang Laut Melakapula membuktikan bahasa Melayu juga menjadibahasa perundangan utama di rantau ini seawal abadke-15. Malah, ribuan manuskrip lama bertulisanMelayu-jawi yang berada dalam simpanan institusidalam dan luar negara dapat menjelaskankepentingan dan kedudukan utama bahasa Melayusejak sekian lama di rantau ini.

Apabila orang-orang Barat sampai ke wilayahini (Rajah 1), mereka mendapati bahawa bahasaperhubungan luas antara pelbagai suku kaum, etnik,dan pusat-pusat kerajaan sama ada dalamperhubungan perdagangan ataupun dokumen rasmidan juga persuratan, ialah BM, sehingga wilayah inisecara keseluruhan terkenal sebagai KepulauanMelayu atau the Malay Archipelago.

William Marsden (1754-1836) seorang pentadbirBritish dalam East India Company dan juga seorangorientalis, yang telah mengkaji BM dan menuliskamus dan tatabahasa BM, ketika sampai di wilayahini pada bahagian kedua abad ke-18, iaitu pada 1771dan kemudian menjelajahinya, mendapati bahawa:

“The Malayan language (BM) prevailsthroughout a very extensive portion of what isvaguely termed as the East Indies includingthe Malayan peninsula, together with theislands of Sumatra, Java, Borneo, Celebes andinnumberable others, as far as to the eastwardas the Moluccas, to the southward as the islandof Timor, and to the northward as thePhillipines, formally collectively (called) theMalayan Arhipelago...The Malayan language(BM) is generally employed...as the medium ofcommercial and foreign intercourse, and everyperson of whatever nation, who frequents a portof trade must negotiate his business in this

tongue, either speaking himself or employingan interpreter. From hence it is that, bycomparison with a similar prevalence of adialect of Italian or Catalonian along theshores of the Mediterranean, it has commonlyreceived the appleation of the lingua franca ofthe East. “ (Marsden 1812: i).

Rajah 1. Alam Melayu

Suasana penggunaan BM sebagai linguafranca of the East berterusan berlaku sehinggalahpermulaan abad ke-20 apabila kuasa penjajah Barat,iaitu British bagi Semenanjung Tanah Melayu danutara Bornea, Belanda bagi kepulauan Sumatera,Jawa, Selatan Borneo, Sulawesi, Maluku, Madura,dan Bali, dan Sepanyol bagi Kepulauan Filipina,masing-masing telah memaksa penggunaan bahasamereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantarpendidikan ke atas jajahan takluk mereka itu. Makabermulalah kemerosotan status BM sebagai linguafranca dan sebagai bahasa rasmi kerajaan danbahasa pengantar pendidikan. Bahasa penjajah, iaituInggeris di Malaya dan Borneo Utara, Belanda diIndonesia, dan Sepanyol di Filipina (kemudian bahasaInggeris Amerika digunakan apabila Filipina dijajaholeh Amerika Syarikat pada 1898), telah mengambilalih peranan-peranan itu. Hanya apabilakemerdekaan dicapai oleh Indonesia (1945), danTanah Melayu (1957), maka bahasa Melayu (bahasaIndonesia) telah mula dikembalikan statusnyasebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi danlingua franca di wilayah ini. Namun Filipina yangmencapai kemerdekaan pada 1946 terusmenggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmidan pengantar pendidikan.

Pada zaman kini BM menjadi satu daripada limabahasa terbesar dunia dari segi jumlah penutur (lebihdaripada 250 juta), menjadi bahasa kebangsaan diempat buah negara (Malaysia, Indonesia, Brunei,Singapura), juga dituturkan oleh lebih satu jutapenduduk di Thailand Selatan, dan dituturkan oleh

Page 3: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad 5

golongan minoriti kecil di Burma (Myanmar), SriLanka, Australia (termasuk Pulau Kokos), Hollanddan England. BM juga menjadi bahasa pengantarpendidikan Islam di Kampuchea dan Vietnam(dengan kitab Jawi), bahasa kontak di Papua NewGuinea dan menjadi emblem tradisional bagiketurunan Cape Malays di Afrika Selatan. BM jugadiajar sebagai bahasa asing di universiti di lapan buahnegara di Eropah, dua negara di Benua Amerika(Amerika Syarikat dan Kanada), dan di benua Asiadiajar antaranya di Korea Selatan, Jepun, RepublikRakyat China, Thailand, Filipina, New Zealand,Kazakstan, dan Uzbekistan. Para sarjana yangmengkhusus dalam pengajian BM dan persuratanMelayu terdapat antara lainnya di Itali, Tanzania,Estonia, Israel, India, Republik Czech, Switzerland,Belanda, Jerman, Perancis, Rusia, Ireland, Finland,Jepun, Korea Selatan dan Taiwan (lihat Collins 1996:xix).

PERLAKSANAAN BM SEBAGAI LINGUAFRANCA DI ASIA TENGGARA SELAMA

LEBIH 1000 TAHUN (ABAD KE-7 HINGGAKE-19) DAN ANCAMAN BI TERKINI

DALAM BENTUK NEO-IMPERIALISMETAMADUN BARAT

Kekuatan satu bahasa itu bergantung kepadakekuatan bangsanya. Keperkasaan bahasaPhoenesia/Sumeria, bahasa Yunani Purba, bahasaParsi Purba, bahasa Sanskrit, bahasa Romawi/Latindan lain-lain, didukung dan ditunjangi oleh kekuatanbangsa dan peradabannya. Begitu juga keperkasaanbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Belanda,Portugis dan Jerman daripada keluarga Indo-Eropah,ditunjangi oleh kekuatan bangsa-bangsanya yangmerupakan penjajah-penjajah Eropah dengankekuatan teknologi dan persenjataan mereka yangmenjajah dan menjarah negara-negara yang lemahdi Benua Amerika, Afrika dan Asia selama hampir500 tahun bermula akhir abad ke-15 sehingga abadke-20. Walau bagaimanapun, keperkasaan bahasaArab kini di seluruh dunia Islam, bukan keranakekuatan teknologi dan persenjataan bangsa Arab,tetapi sebaliknya di tunjangi oleh kekuatan rohaniahdan hati budi manusianya yang telah memeluk agamaIslam dengan pertolongan kuasa Allah S.W.T.

Keperkasaan bahasa Melayu di seluruh rantauAsia Tenggara ditunjangi oleh empat faktor:1. faktor Rumpun Melayu sebagai penduduk pesisir

pantai yang menjadi pelaut dan pedagangmaritim yang menubuhkan pusat-pusat

pemerintahan, merkantilisme dan pelabuhanentreport di Melaka, Patani, Aceh, Palembang,Johor-Riau, Brunei, Banjarmasin, Banten,Jayakarta (Sunda Kelapa), Manila, Cebu,Makassar, Ternate, Tidore, Ambon, Bacan, danlain-lain dan kapal-kapalnya mengharungi SelatMelaka, Selat Sunda, Laut Jawa, Laut Sulawesi,Laut Sulu, Laut China Selatan, Laut Hindia, dll.(lihat Rajah 1).

2. faktor kedatangan peradaban Hindu-Buddha kekawasan dunia Melayu, penubuhan pusatperadaban terutama sekali Srivijaya, danpenyebaran pengaruhnya ke rantau AsiaTenggara melalui perantaraan bahasa Melayubercampur bahasa Sanskrit seperti yangtermaktub dalam batu bersurat di Kota Kapurbertarikh 686 Masihi (lihat Hashim Hj. Musa2006: 34-35, untuk transliterasi dan maknainskripsi batu bersurat ini).

3. faktor kedatangan peradaban Islam ke duniaMelayu dan penyebarannya dengan pengantarbahasa Melayu sama ada dalam bentuk lisanmaupun dalam bentuk manuskrip dan kitab-kitabJawi ke seluruh Asia Tenggara (lihat HashimHj. Musa 2009: 14, untuk nama 22 judul kitabkuning BM yang luas digunakan di seluruh AsiaTenggara).

4. faktor dalaman bahasa, iaitu BM yang agaksederhana daripada segi struktur tatabahasa(misalnya tiada ciri fleksi kala, gender dan jamakdalam perkataan) yang memudahkanpenguasaan dan penggunaannya.

Namun kini di Malaysia, setelah 50 tahunmerdeka dan setelah 25 tahun pelaksanaansepenuhnya dasar BM sebagai bahasa pengantarpendidikan disemua peringkat pengajian (sejak 1987),kita dikejutkan dengan dua bahana atau malapetaka.Pertama, sejak tahun 1996 apabila Akta Pendidikan1996 dan Akta IPTS (Institusi Pengajian TinggiSwasta) 1996 diluluskan parlimen, membenarkanpenggunaan bahasa Inggeris (BI) sebagai pengantarpendidikan dengan kelulusan Menteri Pendidikan/Pelajaran, maka tertubuhlah ratusan IPTS denganjumlah pelajar yang melebihi tiga ratus ribu yangmenggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Kedua ialah penggunaan bahasa Inggeris dalampengajaran Matematik dan Sains disemua sekolahdi Malaysia bermula pada tahun 2003. Matapelajaran Matematik dan Sains merupakan asas bagisemua kursus dalam bidang sains dan teknologi yangmembawa implikasi bahawa semua pengajian dalambidang sains dan teknologi di semua IPT termasuk

Page 4: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

6 Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad

IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam)berkemungkinan besar akan menggunakan bahasaInggeris sebagai pengantarnya. Penggunaan bahasaInggeris yang meningkat-ningkat di IPTA terutamasekali dalam kursus-kursus berasaskan sains danteknologi dan penggunaan bahasa Inggerissepenuhnya di IPTS akan mengakibatkanpembudayaan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi,iaitu bidang yang kritikal dalam pembentukanpembangunan negara dan tradisi ilmu dan peradaban,akan dilakukan dalam bahasa Inggeris bukan bahasatempatan atau bahasa kebangsaan. Dengan demikiantelah muncul kembali suasana dualisme pendidikanseperti yang berlaku pada zaman penjajahan, iaitugolongan elit yang menjadi ketua pentadbiran,pemimpin politik, ekonomi, undang-undang, mediadan ilmu sains dan teknologi terdidik dalam bahasaInggeris, manakala golongan rakyat marhain danpekerja biasa dan bawahan yang merupakan majoritipenduduk, terdidik atau hanya mahir dalam BM. Iniakan menimbulkan implikasi dan kesan yang seriuske atas dasar bahasa dan sosioekonomi rakyat jelatanegara Malaysia, iaitu:1. Nilai ekonomi bahasa Inggeris akan naik,

statusnya akan meningkat dan seterusnya akanmengetepikan status bahasa Malaysia sebagaibahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yangterunggul dan tidak lagi dihormati rakyat jelatakerana kejatuhan nilainya, seperti yang diluahkanoleh Menteri YB Datuk Sri Dr Rais Yatim“beberapa dasar yang diwujudkan secaramengejut meletakkan bahasa Malaysia seolah-olah berada di tangga kambing tidak lagi di tahapperdana.” (Utusan Malaysia 2007: 27),

2. Proses pengintelektualan bahasa Melayu akanterbantut kerana tidak lagi digunakan sebagaipengantar ilmu tinggi dan tidak dapatberkembang selaras dengan perkembangan ilmupengetahuan; ini memerosotkan lagi kedudukandan status bahasa Malaysia dan menjadikannyabahasa yang rendah untuk komunikasi harianyang rendah tarafnya, manakala interaksi dalamwacana ilmiah dan ilmu pengetahuan yang tinggi,bahasa Inggeris akan digunakan yangmenjadikannya bahasa terunggul di Malaysiasecara de facto (penggunaan sebenarnya)mungkin tidak secara de jurer (status undang-undang),

3. Bahasa Melayu yang sehingga kini telah menjadibahasa kebangsaan negara yang memainkanperanan sebagai bahasa penyatuan dan integrasinasional, bahasa yang membentuk asas jati dirinegara Malaysia, sedikit demi sedikit akan

kehilangan peranan itu kerana nilai, status danpenghormatan rakyat jelata terhadapnya akanmenjadi semakin luntur dan seterusnya akanmenghilang,

4. Penguasaan bahasa Inggeris secara cekaphanya terhad kepada segelintir penduduk elityang tinggal di bandar-bandar utama keranakonteks penggunaannya yang meluas danekologi pendidikan yang lebih baik; maka ilmupengetahuan dan teknologi tinggi akan berkisarhanya di kalangan mereka, manakala majoritirakyat jelata yang tidak dapat menguasai bahasaInggeris sebaiknya, akan tertahan daripadamemperoleh ilmu pengetahuan dan teknologitinggi dalam bahasa Inggeris, dengan itu sainsdan teknologi tinggi tidak dapat mengalamiproses pembudayaan yang meluas yang amatperlu untuk mencetuskan pembangunanmenyeluruh sesebuah negara yang ditimbadaripada Sumber Daya Tenaga Manusia seluruhrakyatnya,

5. Penguasaan bahasa Inggeris dan pemerolehanilmu pengetahuan dan teknologi tinggi olehsegelintir penduduk yang dengan itu akanmenjadikan mereka golongan elit, akanmengasingkan mereka daripada majoriti rakyatjelata dan menimbulkan jurang dan ketegangansosial yang dahsyat, seperti yang pernahdinyatakan oleh Indian Education Commission1948 iaitu:

“[the] use of English… divides the people intotwo nations, the few [English-speakingIndians] who govern and the many [nonEnglish-speaking Indians] who are governed.”

Empat puluh tahun kemudian (pada tahun 1980-an) situasi ini telah mencetuskan ketegangankelas yang dahsyat “stimulating tensionsbetween the minority at the top who knowEnglish, and the many millions – armed withthe vote – who do not” (Huntington 1996: 64),situasi ini melahirkan dualisme pendidikan yangmelahirkan pula dualisme sosial iaitu golonganelit berpendidikan Inggeris dan golongan rendahtidak berpendidikan Inggeris seperti dalamzaman penjajah,

6. Ketegangan sosial berdasarkan kelas dangolongan yang disebutkan di atas, akan menjadipemangkin pula kepada ketegangan dan konflikdalam bentuk yang lain, misalnya prasangka dankebencian etnik dan perkauman, agama, mazhabdan ideologi, daerah dan wilayah, seperti yangberlaku di Pakistan, India, dan di negara-negara

Page 5: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad 7

bekas jajahan Eropah di Afrika dan AmerikaSelatan,

7. Penguasaan ilmu, sains dan teknologi yang tinggi,kemahiran dan kepakaran secara meluas danmerata di kalangan rakyat jelata, merupakanfaktor utama dalam pembangunan Sumber DayaTenaga Manusia sesebuah negara secaramenyeluruh, yang menjadi faktor utama pulakepada pembangunan dan kemajuan negara itusecara ekuitabel iaitu ke semua lapisan rakyatjelata dan ke seluruh wilayahnya. Penyampaiandan pemahaman ilmu pengetahuan, sains,teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengancara yang paling berkesan adalah denganperantaraan bahasa kebangsaan/tempatanrakyat jelata itu sendiri kerana kemudahanpembelajaran dan pemahamannya, bukannyadalam sebuah bahasa asing. Inilah yang telahberlaku kepada negara-negara di Eropah dalamzaman revolusi industrialisasi mereka, dan jugadi Asia pada Abad ke-20 seperti di Jepun,Korea, Cina Taiwan dan Republik Rakyat China,yang telah menggunakan bahasa kebangsaan/tempatan mereka sendiri untuk menyampaikansegala ilmu pengetahuan kepada seluruh rakyatjelata mereka dan menjadikan majoriti rakayatjelata mereka daripada golongan kelasmenengah. Golongan kelas menengahmerupakan tulang belakang kepada pembangunanegara secara ekuitabel dan merata, keranamereka merupakan golongan sumber dayatenaga yang terdidik dan mahir dan penggerakutama kepada pembangunan negara.Oleh yang demikian tulang belakang bagipembangunan sumber daya tenaga manusiaseluruh rakyat sesebuah negara ialah bahasakebangsaan/tempatannya bagi Malaysia,Indonesia dan Brunei ialah bahasa Melayubukannya bahasa Inggeris. Apabila bahasaInggeris digunakan untuk menyampaikan ilmupengetahuan, sains dan teknologi maka ilmupengetahuan akan terhad kepada segelintirgolongan elit Englophile dan sumber daya tenagamanusia seluruh rakyat jelatanya tidak dapatdibangunkan dan kemajuan serta pembangunannegara secara menyeluruh tidak akan tercapai,

8. Penggunaan bahasa Inggeris ataupun bahasa-bahasa bekas kuasa penjajah yang lain sebagaibahasa pengantar pendidikan tinggi danseterusnya bahasa rasmi dan bahasa utama dinagara-negara membangun termasuklahMalaysia, akan selama-lamanya menjadikannegara-negara demikian mengalami sindrom

“mentaliti budak jajahan” (colonised mentality),dengan misi dan visi mereka senantiasa dikaitkansecara mahu atau tidak mahu, dengan misi danvisi “tuan penjajahnya” (colonial master),seperti yang berlaku di nagara-negara Asia,Afrika dan Amerika Selatan dan AmerikaTengah yang menggunakan bahasa-bahasabekas penjajah mereka (Inggeris, Sepanyol,Perancis atau Portugis) sebagai bahasapengantar pendidikan tinggi dan bahasa rasmi.Mereka itu walaupun sudah merdeka dari segipolitiknya, tetapi dari segi ekonomi, pendidikan,sains, teknologi, nilai dan aspirasi senantiasamemandang kepada London, Washington, Paris,Lisbon dan Madrid sebagai sumber ilham danpanduan. Ringkasnya, negara bangsa yangmenggunakan bahasa asing sebagai pengantarpendidikan dan ilmu tinggi terutama sekalibahasa bekas penjajahnya, tidak mampu menjadinegara bangsa yang besar, bahkan sekadarmeniru dan memimik secara palsu, lesu dan kakunegara tuan penjajahnya tanpa mempunyai jatidiri, maruah, daya usaha, kreativiti dan citranyasendiri. Juga ciri-ciri peradaban Barat sepertiideologi, nilai, gaya hidup, seni dan rekreasimereka akan ditebarkan secara global yangboleh menuju ke arah pembentukan satuperadaban sejagat atau universal.

Usaha yang menekankan penggunaan bahasaInggeris sebagai pengantar pendidikan tinggi danbahasa rasmi negara-negara membangun, padahakikatnya sedang menganjur gagasan penyejagatantamadun Barat yang berbahasa Inggeris sebagaisebuah tamadun universal iaitu dalam bentuk neo-imperialisme melalui bahasa dan budaya.

Mengikut pengkaji-pengkaji dan ahli-ahli fikirsemasa tentang peradaban manusia terutama sekaliHuntington (1996: 318), bahawa gerakan dangagasan ke arah penubuhan sebuah tamadun sejagatyang berasaskan sebuah tamadun yang terkuat (kiniialah Barat), merupakan satu gerakan yang amatberbahaya dan paling mencabar kepada kestabilandan keselamatan dunia dalam alaf baru ini. S.Huntington menegaskan:

“Universalism abroad threatens the West andthe world (h. 318)… [It] is dangerous to theworld because it could lead to a majorintercivilizational war between core states, andit is dangerous to the West because it couldlead to defeat of the West (h. 311)… What isunversalism to the West is imperialism to therest (h. 184)”.

Page 6: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

8 Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad

Mengikut Huntington (1996: 63) lagi, gagasandemikian sebenarnya digerakkan secara definitif olehpara pemimpin dan golongan elit negara-negarabekas jajahan kuasa barat itu. Ketika negara-negaraitu bergerak ke arah kemerdekaan dan seterusnyamencapainya, kempen dan gerakan penggunaanbahasa tempatan sebagai bahasa kebangsaan danbahasa rasmi negara dan penolakan bahasa penjajah,merupakan satu strategi para pemimpin dan golonganelitnya membezakan diri mereka daripada golonganpenjajah, supaya mendapat sokongan danpenerimaan rakyat jelata.

Namun sesudah mencapai kemerdekaan dannegara sedang membangun, maka para pemimpindan golongan elit yang telah terpukau oleh bahasadan peradaban Barat yang dianggap superior itu,perlu pula menonjolkan diri mereka sebagai golonganyang terdidik dan terpandai denganmengidentifikasikan diri kepada unsur-unsur tamadunterkuat semasa (iaitu kini tamadun Barat). Inidilakukan melalui kefasihan dan kecekapanmenggunakan bahasa tamadun Barat yang utamaiaitu kini bahasa Inggeris. Dengan usaha demikianmereka akan terus mendapat kedudukan dansanjungan yang tinggi oleh rakyat jelata, keranamereka mendakwa merekalah orang-orang yangpaling mampu untuk membawa negara bangsa kearah pembangunan dan kemajuan kerana merekaada hubungan yang erat dengan sumber dankhazanah tamadun terbesar dan terkuat semasa,iaitu tamadun Barat pada masa kini.

Pemimpin-pemimpin dan golongan elit (samaada dalam politik, birokrat mahupun ekonomi) akanmenganjurkan penggunaan bahasa Inggeris sebagaibahasa pengantar pendidikan tinggi di IPT, supayadapat melengkapkan para graduan untuk berperanansecara berkesan dalam persaingan global yang sengitbagi memperoleh modal dan pelanggan asing.

Sebenarnya gagasan superioriti atau keunggulanunsur peradaban barat terutama sekali BI disebar dandiperkukuh oleh propaganda yang terancang olehbirokrat politik dan media barat terutama sekaliAmerika Syarikat dan England yang merupakan intidan pendukung terkuat tamadun barat yang berbahasaInggeris. Hasrat Amerika Syarikat untuk terusmendominasi dunia terkandung dalam madah-madahrasmi pemerintahan mereka seperti yang termaktubdalam ‘Project for the New American Century’,the Cheney-Wolfowitz-Rumsfeld doctrine’1 (D.Armstrong dalam Harper’s Magazine 305, 2002,dipetik oleh Harvey 2005a, 80, dan dalam ‘Linguisticimperialism: a conspiracy, or a conspiracy ofsilence? (Phillipson 2007: 377–383):

“The plan is for the United States to rule theworld. The overt theme is Unilateralism, but itis ultimately a story of domination. It calls forthe United States to maintain its overwhelmingmilitary superiority and prevent new rivals fromrising up to challenge it on the world stage. Itcalls for dominion over friends and enemiesalike. It says not that the United States must bemore powerful, or most powerful, but that itmust be absolutely powerful.”

“Language policy is essential to this mission,as formulated in an article ‘In praise of culturalimperialism’ in Foreign policy, by DavidRothkopf, (Director of the Kissinger Institute,in 1997). It is in the economic and politicalinterest of the United States to ensure that ifthe world is moving toward a commonlanguage, it be English; that if the world ismoving toward common telecommunications,safety, and quality standards, they be American;and that if common values are being developed,they be values with which Americans arecomfortable. These are not idle aspirations.English is linking the world.”

Agenda British Council pula sebagai autorititerulung dalam penyebaran dan pengagungan BI diseluruh dunia dengan pejabatnya tersebar ke 116negara, dibayangkan dengan jelas oleh laporan TheChairman of the British Council’s Annual Report1983-84, iaitu:

“Our language is our greatest asset, greaterthan North Sea Oil, and the supply isinexhaustible; furthermore, while we do nothave a monopoly, our particular brand remainshighly sought after. I am glad to say that thosewho guide the fortunes of this country share myconviction in the need to invest in, and exploitto the full, this invisible, God-given asset.”(quoted in Phillipson 1992: 144-145).

James Collins (1999: 93) dengan memetik RobertPhillipson (1992: 281) telah memperturunkan cartaberikut dalam usaha kuasa Barat mengagungkan BIdan meremehkan bahasa lain:

Bahasa Inggeris Bahasa lain

Bahasa dunia Bahasa setempat (lokal)

Bahasa antarabangsa Bahasa kebangsaan (sebuah negara sahaja/lokal)

Bahasa komunikasi luas Bahasa komunikasi sempit

Bahasa musaadah (tunjang yang kuat) Bahasa tidak menunjang (tidak kuat)

Bahasa tambahan Bahasa tak lengkap

Bahasa penghubung Bahasa pembatas

Bahasa dunia (terbuka) Bahasa tertutup

Bahasa neutral Bahasa berat sebelah

Daripada perbandingan secara binari di atas jelasternampak bahawa segala ciri yang ada pada BIsemuanya positif belaka manakala yang ada padabahasa lain termasuklah BM semuanya seolah-olah

Page 7: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad 9

negatif belaka. Inilah bentuk neo-imperialisme BIyang amat jelas untuk mengagungkan BI danmeremehkan bahasa tempatan. Sedangkan padahakikat sebenarnya bahasa kebangsaan sesuatunegara bangsa merupakan asas jati diri, maruah,pemupuk perasaan kekitaan atau esprit de corpyang kukuh, semangat perpaduan dan solidaritinegara bangsa, dan faktor pembangunan sumberdaya tenaga rakyat jelata secara meluas yangmenjadi asas pembangunan dan kemajuan sesebuahnegara, seperti yang dibuktikan oleh bahasa Jepun,Korea dan China di negara-negara Timur dan bahasaJerman, Perancis, Belanda, Sepanyol, Portugis, Itali,Rusia dan lain-lain di Eropah.

Satu lagi bentuk kekangan atau kepunganterhadap BM daripada menjadi bahasa dunia yangdisebut oleh Prof. James Collins ialah nasionalismepembelaan BM yang terlalu sempit, tidak mahumeneroka ke lapangan dan media baharu misalnyavideo games, nyayian rap dan media yang lain dalamBM. Collins menyebut satu bentuk kepungan lagi, iaitu:

“Sering juga penutur BM tidak mengenal sesamasekutunya kerana terlalu asyik menuduh danmenuntut sesama sendiri (contohnya): “(Variasi)bahasa ini tidak benar, (variasi) bahasa itu banyakcampuran bahasa lain, (variasi) bahasa kita yangmerdu, (variasi) bahasa itu kampungan.” Semuapenutur BM tidak perlu bersaing dan bertanding.BM cukup besar untuk menampung segala varianMelayu dan menerima penutur yangberdwibahasa.” (Collins 1999: 98)

Collins juga menggesa kita semua supaya terusmenerus berjuang menegakkan keunggulan status BMdan menolak pengaruh dan ancaman daripada BI:

“Kita harus berjuang menentang konsep bahasaInggeris sebagai tangkal yang akan melindungi,bahkan memulihkan, kemajuan yang telahdicapai oleh masyarakat penutur Melayu. Kitaharus berani menolak tahyul yang terlalu percayakepada citra berbahasa Inggeris yang diciptakanoleh birokrat kolonial dahulu kala. Kita harusyakin pada diri sendiri dan menempuh jalan kita,terlepas daripada segala mantera dan azimat.”(Collins 1999: 94)

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU KINISEBAGAI SEBUAH BAHASA DUNIA DAN

KEKANGAN KE ATASNYA

Para ahli kajian bahasa menggariskan beberapakriteria utama yang perlu dipenuhi oleh sebarang

bahasa untuk mengangkatnya sebagai bahasa dunia,iaitu seperti berikut (lihat de Meija 2002):1. jumlah penutur yang besar2. jumlah penutur bukan ibunda yang agak besar3. ada satu bentuk baku laras rasmi yang diajar

secara meluas sebagai bahasa pertama danbahasa asing

4. masyarakat bahasanya merentasi pelbagai etnikatau suku kaum

5. sebagai bahasa rasmi beberapa buah negara6. sebagai bahasa perdagangan dan hubungan

antarabangsa7. sebagai bahasa organisasi antarabangsa8. sebagai bahasa masyarakat akademik

antarabangsa9. ada sejumlah khazanah persuratan yang agak

besar dalam pelbagai bidang ilmu10. dikaitkan dengan kedudukan bahasa yang

berprestij

Dengan berdasarkan 10 kriteria di atas, makapara ahli bahasa telah menyenaraikan sembilanbahasa sebagai tergolong dalam kelas bahasa dunia,iaitu enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu (China, Inggeris, Perancis, Rusia, Sepanyoldan Arab) dan tiga lagi, iaitu Jerman, Hindi/Urdudan Portugis dengan jumlah penutur danpenyebarannya seperti berikut:

Jenis Bahasa Penutur Ibunda Jumlah Penutur Penyebaran

China Mandarin 600 juta 1,051 juta Tanah besar China &

diaspora China seluruh dunia

English 350 juta 1,000 juta Anglosfera & seluruh dunia

Hindustani

(Hindi, Urdu) 460 juta 650 juta

Benua kecil India, diaspora

Hindi, Urdu seluruh dunia

Sepanyol 322 Juta 500 juta Sepanyol, Argentina,

Mexico, dll.

Arab 200 juta 300 juta Timur Tengah & Afrika

Utara

Rusia 165 juta 280 juta Rusia, Eropah Timur, dll.

Portugis 190 juta 230 juta Portugal, Brazil, Angola, dll.

Jerman 100 juta 150 juta Eropah berbahasa Jerman

Perancis 65 juta 115 juta Perancis, Utara Afrika, dll.

Jika diteliti 9 kriteria bahasa dunia di atas, makabahasa Melayu sudah memperoleh beberapa cirinya,iaitu seperti dalam senarai berikut:1. Jumlah penutur ibunda BM yang besar, iaitu

sekitar 250 juta.2. Jumlah penutur bukan ibunda BM yang agak

besar termasuk etnik Jawa, Sunda, Madura,Aceh, Minang, Batak, Banjar, Cina, India, danlain-lain.

3. BM bahasa rasmi untuk empat buah negara:Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

4. BM ada laras rasmi yang baku yang diajarsebagai bahasa pertama dan bahasa asing.

5. Penutur BM tidak terhad kepada satu kumpulanetnik atau suku kaum.

Page 8: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

10 Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad

6. BM digunakan sebagai bahasa perdagangan danhubungan antarabangsa misalnya di negeri Thai,Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina,walaupun fungsi ini semakin merosot diambil aliholeh Bahasa Inggeris (BI).

7. BM mempunyai khazanah persuratan yangagak besar dalam pelbagai bidang ilmu sepertiyang ada di Malaysia dan Indonesia.

Namun tiga kriteria bahasa dunia lagi sehinggakini belum dapat dipenuhi oleh BM iaitu:1. BM belum menjadi bahasa organisasi

antarabangsa.2. BM belum dikaitkan dengan bahasa yang

berprestij di dunia.3. BM belum menjadi bahasa masyarakat

akademik antarabangsa yang digunakan dalamperhubungan antarabangsa dalam pelbagaibidang ilmu pengetahuan dan kegiatan, misalnyapersidangan dan seminar antarabangsa. Yangironisnya banyak persidangan dan seminarantarabangsa yang berkaitan dengan ehwalMalaysia dan diadakan di Malaysia bahasapengantarnya bukan BM tetapi BI.

Ketiga-ketiga syarat ini berkaitan dengankedudukan BM di arena antarabangsa dari segikewibawaan dan statusnya pada mata masyarakatdunia. Kewibawaan dan status sesuatu bahasaditunjangi pula oleh kewibawaan dan statusmasyarakat pengguna bahasa itu iaitu dari segikedudukan sosioekonominya, khazanah ilmupengetahuannya (termasuk pemenang hadiahantarabangsa misalnya Nobel Prize), kestabilanpolitik dan keutuhan budayanya, sumber penyelidikandan pembangunannya terutama dalam bidang sains,teknologi, infrastruktur dan sebagainya.

Paul Kennedy (1993: 334-335) dalam bukunyayang termasyhur Preparing for the Twenty-firstCentury setelah membuat tinjauan ke atas negara-negara di dunia secara ekstensif, telah membuatkesimpulan tentang negara-negara yang beradadalam kedudukan yang terbaik untuk terus maju danberstatus tinggi dalam abad ke-21, iaitu:

“Of those (countries) covered in this survey,the most likely at the moment (to be well-positioned in the twenty-first century) appearto be Japan, Korea, and certain other East Asiatrading states, Germany, Switzerland, and someof the Scandinavian states, and perhaps theEuropean Community as a whole. What theyhave in common, more or less, are 1) highsaving rates,2) impressive levels of investment

in new plants and equipment, 3) excellenteducational systems (especially for those notgoing to college), 4) a skilled work force andgood retraining systems, 5) a manufacturingculture with many more engineers than lawyers,6) a commitment to producing well-designed,high-added-value manufactures for globalmarket, 7) fairly consistent trade surpluses in“visible” goods..(and) 8) enjoy culturalhomogeneity and ethnic coherence... It isobvious that the societies (or nations) whichpossess 1) technical and educational resources,2) ample funds, and 3) cultural solidarity arebetter positioned for the next century than thoselacking all those strength”.

Perbandingan negara maju dengan negaramembangun dari segi jumlah ahli sains dan juruterayang merupakan penggerak kepada pembangunannegara dapat dilihat dengan jelas daripadaperangkaan yang diberikan oleh Paul Kennedyseperti berikut (Kennedy 1993: 216):

Jumlah Ahli Sains dan Jurutera Setiap Sejuta Penduduk

Jepun 3,548

Amerika Syarikat 2,685

Eropah (keseluruhan) 1,632

Amerika Latin 206

Negara Arab 202

Asia (tolak Jepun) 99

Afrika 53

Tiga syarat umum yang disebutkan oleh PaulKennedy untuk menyediakan wadah dan suasanayang membolehkan sesebuah negara melonjak kestatus negara maju dan melestarikannya, sangatpenting diteliti dengan mendalam, iaitu:1. memiliki sumber-sumber teknikal dan pendidikan

yang sesuai,2. memiliki solidariti budaya yang kukuh,3. memiliki biaya/tabungan yang mencukupi.

Pendidikan merupakan keperluan asasi bagipembangunan sesebuah masyarakat atau negara,kerana melalui pendidikan dua perkara akandibangunkan, iaitu:1. ilmu pengetahuan dan teknologi, iaitu

diperlukan untuk mengerti, mengetahui,mencipta, mengolah, memproses dan menerokaperkara, benda, maklumat, fakta, dan realiti yangbaharu ataupun memahami dan mengertikembali dengan mendalam dan jelas lagi perkara-perkara yang lama, yang dengan demikian akanmembawa kepada pencapaian yang lebih tinggidalam kehidupan manusia,

2. kemahiran, kecekapan dan kemantapandaya tenaga manusia yang membolehkanmanusia menggunakan peralatan, sumber alam,

Page 9: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad 11

sumber manusia dan sumber budaya sebaik danseoptimum yang mungkin, yang dengan itu dapatmemanfaatkan sepenuh dan setepatnyapembangunan ilmu dan teknologi yang dicapaidi atas. Kalau sumber daya tenaga manusia initidak dimantapkan maka segala kemajuan ilmupengetahuan dan teknologi tinggi yang dicapaiitu sama ada tidak dapat digunakanseoptimumnya ataupun disalahgunakan untukmembinasakan yang lain, seperti yang dilakukanoleh Hitler demi ideologi Nazisme telahmempergunakan senjata canggih pada masa ituuntuk membinasakan jutaan nyawa dan hartabenda dalam Peperangan Dunia Kedua.

Ilmu pengetahuan dan teknologi boleh diterokai,dicipta, ditimba dan dicapai dalam apa bahasasekalipun di kalangan bangsa manusia. Dalamsejarah kemunculan ilmu pengetahuan, pelbagaipenemuan dan penciptaan baharu telah dibuat olehpelbagai peradaban manusia dengan menggunakanpelbagai bahasa, iaitu tidak terhad kepada bahasaInggeris. Antaranya:1. penciptaan alat astronomi pertama di

Mesopotamia dalam bahasa Sumeria/Phonesia,2. kaedah matematik, astronomi dan perubatan

dicipta di Masir Purba dalam bahasa Mesirpurba,

3. penemuan dalam ilmu-ilmu anatomi, zoologi,botani, mineralogi, geografi, matematik, danastronomi oleh peradaban Yunani Purba dalambahasa Yunani purba,

4. penemuan dalam matematik, astronomi, danmetalurgi di India dalam bahasa Sanskrit,

5. penciptaan kompas, ubat bedil, kertas danpercetakan di China dalam bahasa China,

6. pelbagai penemuan dalam astronomi, matematik,algebra, kimia, perubatan, optik, fizik, mekanik,dan sebagainya oleh ilmuwan Muslim dalambahasa Arab,

7. pelbagai penemuan dan penciptaan baharudalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan diEropah dalam zaman Renaisance, pramoden danmoden Eropah dengan menggunakan bahasa-bahasa Eropah misalnya Latin, Sepanyol,Inggeris, Perancis, Itali, Jerman, Belanda, danlain-lain.

Sekiranya ditinjau senarai pemenang NobelPrize, iaitu anugerah terulung dunia dalam bidang-bidang sains, kesusasteraan, ekonomi dan keamanan,sejak 10 tahun yang lalu (1997-2007), maka kita

dapati pemenang-pemenangnya terdiri daripadapelbagai bangsa dan negara bukan terhad ataudimonopoli oleh tokoh-tokoh berbahasa Inggeris,khususnya dalam bidang fizik, kimia dan fisiologi,iaitu:

Tahun Bidang Pemenang Negara/Bahasa

1997Fizik

Kimia

Claude C Tannoudji

Jens Skon

Perancis

Denmark

1998Fizik

Fizik

Horst Stormer

Daniel Tsui

Jerman

China

1999

Fizik

Fizik

Kimia

Gerardis ‘t Hooft

Martinus Veltman

Ahmad Zewail

Belanda

Belanda

Mesir (Arab)

2000

Fizik

Fizik

Fisiologi

Zhores Alferov

Herbert Kroemer

Arvid Carlsson

Rusia

Jerman

Sweden

2001Fizik

Kimia

Wolfgang Ketterie

Ryoiji Noyori

Jerman

Jepun

2002

Fizik

Kimia

Kimia

Masatoshi Koshibo

Koichi Tanaka

Kurt Wiethrich

Jepun

Jepun

Switzerland

2003Fizik

Fizik

Alexei Abrikosov

Vitaly Ginzburg

Rusia

Rusia

2005Fizik

Kimia

Theodor Hansch

Yves Chauvin

Jerman

Perancis

2007

Fizik

Fizik

Kimia

Fisiologi

Albert Fert

Peter Grunberg

Gerhard Ertl

Mario Capecci

Perancis

Jerman

Jerman

Itali

Ringkasnya penerokaan, penemuan danpenulisan ilmu pengetahuan dan segala penciptaandan penemuan baharu telah dilakukan dalam pelbagaibahasa manusia, dan kita boleh menimba danmemperolehnya daripada pelbagai bahasa itu. Namunpenyampaian, pengajaran, dan pembudayaan ilmupengetahuan itu kepada anak bangsa dan rakyatjelata bagi setiap negara bangsa agar dapat difahami,dihayati dan digunakannya secara meluas danpraktikal dalam kehidupan mereka, telah dilakukandalam bahasa indigenus/peribumi, bahasa tempatanatau bahasa kebangsaan negara bangsa itu sendiri.Suasana ini berlaku di semua negara maju baik diEropah, di Amerika Utara mahupun di Asia Timur.Ini adalah kerana dengan penggunaan bahasatempatan atau indigenus sendiri maka segala ilmupengetahuan, sains dan teknologi dapat dimengerti,diguna, dan dibudayakan sepenuhnya secara meluasdi kalangan rakyat jelatanya yang dengan demikiandapat membangunkan sumber daya tenaga manusiayang cekap, mahir dan berpendidikan secaramenyeluruh di dalam negara bangsa itu. Seperti kataMathew B. Ward seorang pegawai ekspatriat diTaiwan:

“Saya perhati bahawa kejayaan ekonomi abadke-20 bagi Jerman, Jepun dan Taiwan tidakmenggunakan pengantar bahasa Inggeris dalampengajaran, manakala banyak negara yangberbuat demikian (misalnya Filipina, Nigeria,

Page 10: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

12 Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad

India) masih tinggal miskin. Laporan kajianlinguistik dan pendidikan banyak menyokonggagasan bahawa kanak-kanak menguasai ilmupengetahuan lebih cekap dalam bahasaindigenusnya sendiri. Oleh itu sayamencadangkan agar kanak-kanak dibenarkanberbuat demikian [belajar ilmu dalam bahasaindigenusnya], kerana kejayaan ekonomi adalahlebih penting daripada kejayaan bahasaInggeris.” (Asiaweek 20-27 August, 1999: 10)(terjemahan oleh penulis).

Jelaslah dalam negara-negara maju kini yangmenjadi pengantar ilmu pengetahuan, pendidikan danpembudayaan sains dan teknologi kepada rakyatjelatanya ialah bahasa indigenus atau tempatannyasendiri, yang dengan demikian ilmu pengetahuan dantaraf pendidikan tersebar secara meluas di kalanganrakyat jelatanya yang mampu membangunkangolongan kelas menengah sebagai majoritipenduduknya dan menggerakan kemajuan negarabangsa secara ekuitabel dan merata.

Struktur masyarakat negara maju berbentukberlian (Rajah 2), iaitu golongan atasan dan golonganrendah yang kecil, manakala golongan menengahnyayang berpendidikan merupakan majoriti rakyat jelata,iaitu yang menjadi tonggak daya tenaga mahir negaradan juga penyuaraan hati budinya (socialconscience) yang lantang dan bertenaga yangmampu memperkasakan masyarakat. Oleh yangdemikian golongan kelas menengah menjadi tonggakpembangunan yang ekuitabel mana-mana negaramenuju ke arah status negara maju.

Kelas atas

Kelas menengah

Kelas bawah

Rajah 2. Struktur masyarakat negara maju

Sedangkan struktur penduduk negara yangsedang membangun/mundur berbentuk piramid(Rajah 3), iaitu golongan atas dan menengah yangkecil, manakala golongan bawahan merupakanmajoriti, iaitu yang rendah taraf pendidikan, ilmupengetahuan, kemahiran daya tenaga pekerja dankelas sosialnya yang dengan itu tidak berupayamenggerakkan pembangunan negara dan

memperkasa masyarakatnya, bahkan menjadi bebandan risiko yang berat kepada kemajuan, kestabilandan pembangunan negara.

Kelas atas

Kelas menengah

Kelas bawah

Rajah 3. Struktur masyarakat negara membangun/mundur

Suasana ini berlaku di mana-mana sahaja dinegara membangun atau mundur sama ada di benuaAsia, Afrika ataupun Amerika Selatan dan AmerikaLatin. Golongan kelas bawahan yang besar menjadibeban kepada negara kerana boleh menimbulkanketidakstabilan sosial akibat daripada kadarpengangguran yang tinggi, guna tenaga danproduktiviti yang tidak optimum, pendapatan dangaya hidup yang meleset, ketegangan kelas dankonflik sosial yang berpanjangan, seperti yangberlaku di India, Pakistan, Filipina, Bangladesh dannegara-negara di Afrika dan Amerika Selatan.

Di negara Malaysia kini prasarana pendidikanterutama sekali pasca persekolahan, iaitu peringkatdiploma dan ijazah sedang giat dibangunkan. Kiniterdapat 20 buah institut pendidikan tinggi awam(IPTA) yang menampung kira-kira 251,720 pelajar,iaitu ijazah dasar 223,968, sarjana 30,300 dan Ph.D.8,752. Manakala institut pendidikan tinggi swasta(IPTS) berjumlah 515 pada tahun 2006 denganenrolmen pelajar berjumlah kira-kira 323,787, iaituhampir 100,000 pelajar melebihi jumlah pelajar diIPTA. Jumlah keseluruhan pelajar di IPT ialah547,755 pelajar termasuk juga pelajar asing.

Jenis IPT Pelajar Ijazah dasar Pelajar ijazah tinggi Jumlah

pelajar

IPTA=20 buah 233,968 47804 281772

IPTS=515 buah 323, 787 Tiada rekod 323,787

Namun apa yang menjadi isu dan cabaran yangbesar dalam sistem pendidikan di Malaysia ialahbukan dari segi kepesatan pertumbuhannya, tetapidari segi bahasa pengantar pengajarannya, iaitupenggunaan bahasa Inggeris yang sepenuhnya diIPTS dan penggunaannya yang meningkat-ningkatdi IPTA terutama sekali dalam kursus-kursusberasaskan sains dan teknologi. Berdasarkanperangkaan IPTA dan IPTS di atas yang sebahagianbesarnya akan menggunakan bahasa Inggerissebagai pengantar pengajaran, jelaslah bahawapembudayaan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi

Page 11: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad 13

iaitu bidang yang kritikal dalam pembentukanpembangunan negara dan tradisi ilmu dan peradaban,akan dilakukan dalam bahasa Inggeris bukan bahasatempatan atau bahasa indigenus. Ini akanmenimbulkan implikasi dan kesan yang besar ke ataskedudukan BM dan sosioekonomi rakyat jelataMalaysia seperti yang dibincangkan di atas.

FAKTOR SOLIDARITI BUDAYA NEGARABANGSA MALAYSIA YANG KUKUH DEMI

PENINGKATAN KEMAJUAN DANKEPERKASAANNYA

Syarat yang kedua yang disebutkan oleh PaulKennedy untuk menyediakan wadah dan suasanayang membolehkan sesebuah negara melonjak kestatus negara maju dan melestarikan kemajuannyaialah solidariti budaya yang kukuh. Satu daripadaelemen yang mampu membina solidariti budayasesebuah negara bangsa ialah struktur demografiyang dibentuk oleh satu kumpulan bangsa, etnik atauketurunan yang dominan. Kalau ditinjau di kalangannegara maju di dunia kini, maka secara umumnyanegara demikian mempunyai penduduk yang agakhomogen (lihat Hashim Hj Musa 2008: 123-124),antaranya:

Negara Golongan yang dominan Peratusan

Amerika Syarikat (US) golongan kulit putih (Kaukasia) 80%

United Kingdom (UK) golongan kulit putih 92%,

Perancis golongan kulit putih 92.5%

Jerman golongan kulit putih 91%

Itali golongan kulit putih 95%

Sepanyol golongan kulit putih 89%

Switzerland golongan kulit putih 90%

Rusia golongan kulit putih Rusia 80%

Australia golongan kulit putih 92%

New Zealand golongan kulit putih 80%

Jepun bangsa Jepun 99%

Korea Selatan bangsa Korea 98%

Taiwan bangsa China 98%

Republik Rakyat China bangsa China Han 92%

Singapura bangsa China 77%

(siakhenn.tripod.com/ethnic.html (4.12.12)

Walaupun golongan kulit putih mempunyaipelbagai bangsa atau etnik tetapi secara umumnyamereka mampu menyemai dan memupuk perasaansolidariti dan semangat esprit de corps berdasarkanwarna kulit yang serupa, iaitu gologan Kaukasia,misalnya di Eropah, Amerika Syarikat, Kanada,Australia, New Zealand dan lain-lain. NegaraSwitzerland walaupun mempunyai empat kumpulanetnik dan empat bahasa kebangsaan yang utama,iaitu Jerman 62.7%, Perancis 20.4%, Itali 6.5% danRomansh 0.5%, namun sebagai satu dasar bahasayang dikuatkuasakan, iaitu setiap warga negara mestimenguasai sekurang-kurangnya dua bahasa, yangmenjadikan mereka penutur bilingual serentak, oleh

itu mampu membina solidariti budaya. Tambahan pulakeempat-empat kumpulan etnik itu merupakangolongan kulit putih, iaitu Kaukasia, oleh itu masihmampu menempa perasaan dan semangat kekitaanatau espirit de corps yang padu melalui warna kulitdan perwatakan Eropah yang hampir sama. Baginegara-negara maju di Timur, iaitu Jepun, Korea,Taiwan serta Singapura, satu kumpulan bangsa atauetnik yang utama mendominasinya, iaitu bangsaJepun di Jepun, Korea di Korea, China di Taiwandan Singapura. Ini juga membolehkan negara-negaraitu membina solidariti budaya yang kukuh.

Bagaimana dengan suasana demografi ataukependudukan di negara Malaysia? Strukturdemografi di Malaysia menunjukkan bahawa negaraini merupakan sebuah negara yang bersifatheterogen, iaitu ketiadaan satu golongan etnik yangdominan (iaitu 70% ke atas) melebihi yang lain, tidakseperti dalam negara-negara maju yang disebutkandi atas. Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2006ialah 26.6 juta, dengan struktur demografi sepertiberikut:

Peratusan penduduk Malaysia dari segi etnik:

Kaum Peratusan

Bumiputra (Melayu, Iban, Kadazan-Dusun, Bajau, dll.) 65%

Cina 26%

India 8%

Lain-lain 1%

Peratusan penduduk Malaysia dari segi agama:

Agama Peratusan

Islam 60.4%

Buddha 19.2%

Kristian 9.1%

Hindu 6.3%

Cina tradisional 2.6%

Lain-lain 2.4%

(Wikipedia Free Internet Encyclopedia)

Negara yang bersifat heterogen dengan jumlahpenduduk yang bersifat jamak etnik, budaya, bahasadan agama amat sukar untuk membentuk satukeadaan solidariti budaya yang menjadi satu daripadatiga syarat utama untuk menyediakan wadahpembangunan ke arah negara maju. Bahkankepelbagaian etnik, budaya, bahasa dan agama yangbesar demikian mempunyai potensi yang tinggi pulauntuk mencetuskan ketegangan dan konflik sosialberasaskan perkauman, agama dan budaya (HashimHj Musa 2008: 125).

Di Malaysia kini ketegangan perkauman danagama mulai muncul kembali, yang selama hampir40 tahun iaitu sejak rusuhan perkauman 13 Mei,1969, telah berdiam diri dilindungi oleh pelbagai usahakerajaan dan juga badan-badan sukarela yang cuba

Page 12: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

14 Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad

memupuk perpaduan dan integrasi antara kaumataupun sekurang-kurangnya membendungketegangannya. Namun oleh kerana banyak perkarayang mengukuhkan polarisasi perkauman masihditeruskan misalnya parti politik berasaskan kaum(UMNO, MCA, MIC,), sekolah Kebangsaan(Melayu), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil,sekolah Cina swasta, dan akhbar Melayu, Cina danTamil, yang mengukuh dan meneruskan amalanperbezaan kaum dan budaya, maka jurang perbezaankaum terus menerus berlaku.

Ini ditambahkan pula kini oleh kemunculanbeberapa isu dan perasaan ketidakpuasan yangditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)yang didominasi oleh parti Melayu, iaitu PertubuhanKebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO.Antaranya isu rasuah dan salah guna kuasa dalamkerajaan dan badan kehakiman, inflasi, jenayah, hakistimewa Bumiputera yang dianggap menguntungkangolongan tertentu sahaja dan meminggirkan golonganyang lain, isu penukaran agama, isu ketidaktelusanSuruhanjaya Pilihan Raya dalam mengendalikanpilihanraya, dan lain-lain. Sokongan rakyat kepadakerajaan terutama sekali di kalangan kaum India danCina merosot secara mendadak, dan jugakemerosotan sokongan di kalangan orang Melayusendiri. Ini dimanifestasikan dengan drastiknya dalampilihan raya Mac 2008 dengan BN kehilangan duapertiga majoriti di Parlimen dan kalah di dalam limabuah Dewan Undangan Negeri iaitu Kelantan, PulauPinang, Kedah, Perak dan Selangor.

Pada tahun 2008 isu yang genting ialah timbulnyasensitiviti perkauman dan agama yang dicetuskanoleh dua insiden yang berlaku di Pulau Pinang danSelangor yang membawa kepada penangkapanempat orang di bawah ISA. Semua kejadian daninsiden demikian akan menjejaskan dengan seriusnyaperpaduan rakyat dan tentu sekali menjadipenghalang pula kepada pembentukan solidaritibudaya Malaysia yang akan menjadi pemangkinkepada pembinaan sebuah negara maju seperti yangdisebutkan oleh Paul Kennedy itu.

Oleh itu soalan yang paling kritikal kini ialahapakah usaha yang boleh dilakukan untuk membinasatu asas yang kukuh bagi membentuk solidaritibudaya yang kuat demi menjadi pemangkin kepadapembinaan Malaysia sebagai sebuah negara majudalam abad ke-21 ini? Untuk menjawab soalan inimesti dicari apakah unsur-unsur yang dikongsibersama dan menjadi milik sepunya bagi rakyat jelataMalaysia yang boleh dijadikan asas atau teraspembinaan solidariti dan integrasi nasional?

Dalam Seminar Antarabangsa Linguistik danPembudayaan Bahasa Melayu VI 2010 di UPM,telah dicadangkan tiga strategi untuk memupuk danmembina solidariti dan integrasi nasional yang kukuhdi kalangan rakyat jelata Malaysia yang mempunyaijamak budaya, keturunan kaum dan agama, iaitu:1. pemerkasaan BM sebagai bahasa kebangsaan,

bahasa rasmi, bahasa penyatuan dan bahasapengantar pendidikan yang sama yang dapatmembudayakan ilmu, sains, teknologi ke seluruhrakyat jelata dalam acuan dan citra Malaysiasendiri,

2. menyemai keinsafan yang mendalam terhadapsejarah pembinaan negara bangsa yang samayang akan menjadi ikatan, dan

3. memupuk semangat patriotisme iaitu perasaancinta dan kemegahan terhadap negara Malaysiasebagai tanah air tempat tumpah darah kitabersama.

(Hashim Musa & Rozita Che Rodi 2010: 14)

PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAIBAHASA KEBANGSAAN, BAHASA

PENYATUAN, BAHASA RASMI DAN BAHASAPENGANTAR PENDIDIKAN YANG SAMA

DALAM PEMUPUKAN INTEGRASI NASIONAL

Fungsi bahasa bukan setakat menjadi alat dan wadahkomunikasi, tetapi bahasa juga amat besarperanannya dalam membentuk jati diri, memupuksemangat kekitaan (esprit de corps), integrasi danmaruah masyarakat penuturnya. Bahasa jugamencerminkan kehalusan dan kesopanan budibahasa penuturnya dan ketinggian adab susilanya,iaitu merupakan asas dan unsur yang utama dalampembentukan sesebuah peradaban. Bahasa jugamenjadi alat pencatat, perakam, penimbun, penyebardan pewaris khazanah ilmu pengetahuan dankebijaksanaan sesuatu masyarakat dan bangsa yangdiperturunkan dari generasi ke generasi.

Suasana dan keadaan alam pemikiran dan ilmupengetahuan sesebuah masyarakat sangat rapatkaitannya dengan keadaan bahasanya. Oleh yangdemikian penggunaan bahasa Melayu, iaitu bahasatempatan dan kebangsaan Malaysia sebagai wadahdan wahana ilmu pengetahuan, sains, teknologi,pendidikan, persuratan dan pentadbiran bagi negaraMalaysia dapat mengolah, membentuk danmewarnakan seluruh pencapaian, kemajuan danketinggian peradaban kita dalam acuan dan citrabudaya tempatan kita sendiri, yang mustahil dicapaimelalui penggunaan bahasa Inggeris.

Page 13: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad 15

Juga pembudayaan ilmu, sains dan teknologidalam bahasa sendiri dapat dengan mudah difahamioleh seluruh rakyat jelata dan dengan itu dapatmeningkatkan sumber daya tenaga dan modal insanyang meluas di kalangan seluruh rakyat jelatanya,bukan terhad kepada golongan elit jika pengantarpendidikan dalam bahasa asing. Ini akan membinakekuatan dalaman dan keyakinan diri yang mampumemupuk pula jati diri, maruah dan rasa kebanggaankepada elemen budaya dan masyarakat kita sendiri.Inilah bibit-bibit yang akan dapat membina semangatkekitaan atau esprit de corps dan patriotisme dikalangan rakyat jelata yang kukuh yang boleh menujuke arah pembentukan keutuhan dan integrasimasyarakat dan budayanya seperti yang berlaku dikalangan negara maju di seluruh dunia.

Suasana dan iklim demikian wujud hampir disemua negara maju baik di barat mahupun di timur.Apakah asas utama yang mencorak dan mewarnaisuasana dan iklim yang demikian? Tidak lain dantidak bukan ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmidan bahasa tempatan mereka sendiri. Inilah perananyang mesti dan boleh dimainkan oleh bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasapengantar pendidikan, bahasa ilmu, sains, teknologidan bahasa penyatuan rakyat, demi pemupukanintegrasi masyarakat dan Negara bangsa.

Ringkasnya, bahasa mewarnai seluruh kegiatandalam kehidupan sesebuah masyarakat dan bangsapenggunanya. Oleh yang demikian bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi danbahasa pengantar pendidikan boleh memainkanperanan yang kukuh dalam kelima-lima matrakegiatan hidup yang disebut oleh Christine Drake(1989:1) National Integration in Indonesia:Patterns and Policies, sebagai aspek-aspekpemupukan dan pembinaan integrasi nasional negarabangsa Malaysia dan negara-negara di Alam Melayuyang lain, iaitu:1. matra sejarah, iaitu kemunculan semangat

kebangsaan dan pengalaman sejarah bangsayang sepunya yang bertindak sebagai kuasapenyatu yang kuat,

2. matra politik yang merujuk kepada kaedah politik,kepimpinan dan pemerintahan yangberakauntabaliti, agihan kuasa antara wilayahdan kumpulan etnik yang adil dan penglibatanmeluas di kalangan orang awam dalamorganisasi politik demi kemunculan “socialconscience” yang lantang,

3. matra sosio-budaya, iaitu kesetiaan nasionalmengatasi kesetiaan wilayah dan etnik, iaitu

adanya citra nasional dan perhubungan yangharmonis antara kumpulan etnik dan wilayahyang berbeza-beza,

4. matra komunikasi, iaitu perhubungan antarawilayah-wilayah dari segi jalan raya, kereta api,perkapalan, telekomunikasi dan sebagainya, danmobiliti penduduk dan munculnya kepelbagaianrakyat dalam satu tempat yang dapat memupukintegrasi, dan

5. matra ekonomi, iaitu adanya saling melengkapidan sokong-menyokong dalam faktor-faktorpengeluaran dan distribusi, dan juga sokong-menyokong antara wilayah dalam negara itu darisegi aktiviti ekonomi.

STRATEGI MEMPERKASA BM SEBAGAIBAHASA YANG BERWIBAWA DI MALAYSIA

DAN DI PERSADA ANTARABANGSA

Walaupun BM telah pun mencapai tujuh ciri bahasautama dunia, hanya tiga ciri lagi belum dicapai, tetapiakibat asakan yang berterusan daripada BI ke ataskedudukan dan kewibawaannya sebagai bahasapengantar pendidikan dan ilmu tinggi, makaperancangan dan usaha yang gigih perlu dilakukansegera untuk membendung gelora dan gelombangneo-imperialisme tamadun Barat berbahasa Inggerisyang begitu kuat kini.

James Collins (1999: 70) telah mengemukakandua langkah untuk memenuhi tuntutan ini, iaitu:1. penggalakan penggunaan BM pada tahap

antarabangsa, iaitu menggiatkan pembelajaranBM terutamanya di negara-negara ASEAN danjuga seantero dunia melalui penyediaan secarameluas bahan-bahan bercetak dan elektronikberbantu TMK (ICT), penawaran biasiswakepada orang asing untuk mempelajari BM, danjuga penubuhan satu badan misalnya Institut TunSri Lanang yang bergiat mempromosipembelajaran BM pada peringkat antarabangsa,iaitu ala-British Council (BI), Alliance Francais(bahasa Perancis), Goethe Institute (bahasaJerman) dan Erasmushuis (bahasa Belanda),

2. penelitian BM secara antarabangsa, iaituwalaupun kerajaan Malaysia telah punmembiayai Projek Mendokumentasi SejarahBM, Projek Ensiklopedia Kebudayaan Melayu(termutakhir Ensiklopedia BM) dan PusatPenterjemahan, begitu juga kerajaaan Indonesiadan Brunei telah membiayai pelbagai projeksastera dan BM, namun belum lagi diperbanyakpenyediaan bahan sumber asasi, misalnya:

Page 14: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

16 Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad

(a) Arkib Pangkalan Data Komputer bagi BMTulisan Sedunia yang memuatkan semuatulisan BM (manuskrip dan bahan bercetak)(Australia National University telahmembina Malay Concordance Project yangmengandungi 5.8 juta perkataan berasaskan165 teks BM klasik, projek Data KorpusUKM-DBP telah memuatkan 5 jutaperkataan berasaskan 100 bahan bercetak,manakala pembinaan Pangkalan DataKorpus BM DBP memuatkan 100 jutaperkataan berasaskan sumber akhbar, buku,majalah, teks tradisonal, terjemahan dll).

(b) Arkib Pangkalan Data Komputer BM LisanSedunia (rakaman audio dan video bagisastera lisan, pidato, khutbah, siaran radiodan televisi pelbagai dialek daerah dandialek sosial Melayu).

(c) Kamus Melayu Sedunia yang memuatkanperkataan daripada semua ragam dan variasiBM.

(d) Kamus Etimologi Melayu yang memuatkanhuraian asal usul perkataan dalam BM.

Berikut ini diperturunkan pula langkah-langkahyang boleh diambil untuk mencapai matlamat itu,yang mengandungi empat strategi, iaitu:1. mengatasi masalah sikap negatif dan ketiadaan

yakin diri di kalangan para elit dan rakyatMalaysia terhadap keupayaan dan kewibawaanbahasa Melayu sebagai pengantar sains,teknologi dan pendidikan tinggi,

2. membina budaya ilmu, sains dan teknologi dalambahasa Melayu sehingga ke perbatasanterkedepan dalam penerokaan ilmunya,

3. mengantarabangsakan Bahasa Melayu dipersada dunia, dan

4. mempercekap penguasaan bahasa utama duniauntuk tujuan khusus. Berikut ini diperturunkanperbincangan tentang empat strategi itu.

Mengatasi Masalah Sikap Negatif terhadapKeupayaan dan Kewibawaan Bahasa Malaysiasebagai Pengantar Sains, Teknologi danPendidikan Tinggi

Strategi ini boleh dilaksanakan melalui dua langkahyang berikut:1. mengadakan kempen, konvensyen dan syarahan

umum pada peringkat kebangsaan danantarabangsa oleh kerajaan dan juga badan-badan swadaya supaya semua pihakterutamanya mereka yang mempunyai kuasa danpengaruh dan juga rakyat jelata dapat menyedari

betapa pentingnya menjamin dan memastikankedudukan dan kewibawaan bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan negara kita dansebagai bahasa pengantar pendidikan, sains danteknologi dikekalkan dan ditingkatkan, danmengembalikan pengajaran sains dan matematikdalam BM, demi perpaduan negara, bangsa danrakyat jelata, demi jati diri dan pemerkasaanmasyarakatnya dan demi wibawaantarabangsanya,

2. melibatkan secara aktif dan produktif dikalangan perancang ekonomi negara, ahliperniagaan dan industri yang utama, ahli sainsterkemuka, para ketua IPT yang terkemuka, dansebagainya dalam pengurusan, perancangan danpelaksanaan Bahasa Melayu. Ini memerlukanwibawa kepimpinan politik negara yang komited(political will).

Membina Budaya Ilmu, Sains dan Teknologidalam Bahasa Melayu sehingga ke PerbatasanTerkedepan dalam Penerokaan Ilmunya

Strategi ini boleh mengandungi tiga langkah yangberikut:1. peruntukan kewangan dana yang semaksimum

dalam bentuk belanjawan kerajaan dansumbangan daripada pihak sektor swasta sebagaiusaha memenuhi tanggungjawab sosial,hendaklah diwujudkan untuk menggalakkanpengkaryaan dalam segala bidang ilmu termasuksains dan teknologi dalam bahasa Melayu, samaada karya asli mahupun terjemahan; dan segalaperuntukan kewangan itu hendaklah dianggapsebagai pelaburan untuk membangunkan bidangilmu dan sumber manusia jangka panjang, bukansebagai pelaburan komersial jangka pendekyang dikira berapa untung dan ruginya,

2. menyediakan skim penggalakan dan insentifyang menarik kepada para ilmuwan dan ahlisains untuk menulis dan menterjemahkan kedalam bahasa Melayu buku dan artikel ilmiahdan profesional dalam bidang pengkhususanmasing-masing, dan

3. menubuhkan sebuah Majlis Buku Ilmiah BahasaMelayu Antarabangsa (International MalayAcademic Books Council) yangbertanggungjawab terus kepada MenteriPendidikan Tinggi dengan tugas-tugas antaranyaseperti berikut:(i) merancang dan melaksanakan penghasilan,

penulisan, penterjemahan, penyebaran,penggalakan, penggunaan dan penilaian

Page 15: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad 17

buku-buku dan bahan-bahan rujukan dalampelbagai media dalam semua bidang sains,teknologi dan ilmu pengetahuan peringkattinggi. Majlis ini harus ada pakar-pakar danahli bahasa serta penterjemah yang bertugaskhusus untuk meneliti dan menilai penerbitan-penerbitan penting daripada seluruh duniadalam bidang masing-masing, dan seterusnyamerancang dan menyelaraskanpenterjemahan, penulisan, percetakan danpenyebaran serta penggunaannya di kalangankomuniti para sarjana dan profesional di dalamdan di luar negara,

(ii) menubuhkan perhubungan, jaringan dankerjasama akademik dengan institusi-institusi, pusat-pusat penyelidikan,penerbitan buku dan jurnal dan perpustakaanyang terkemuka di seluruh dunia untukmengemaskinikan pengetahuan dalamsemua bidang sains dan teknologi ke tahap“state of the art”, dan seterusnya untukmeneroka ke tahap terkedepan perbatasanilmu pengetahuan. Perjanjian persefahamandan kontrak boleh dibuat dengan penerbit-penerbit jurnal dan buku terkemuka supayaproses penterjemahan yang serentak denganpenerbitannya dapat dilakukan,

(iii) menubuhkan kerjasama yang erat denganIndonesia, Brunei dan Singapuraberdasarkan keperluan dan tanggungjawabbersama untuk memajukan bahasa Melayuiaitu Bahasa Kebangsaan bagi keempat-empat negara yang mempunyai jumlahpenutur lebih daripada 250 juta manusia,supaya meningkatkan penerbitan,penyebaran dan penggunaan bahan-bahanrujukan pelbagai media dalam semua bidangilmu sains dan teknologi di keempat-empatbuah negara, dan menggalakkan pengaliranbahan-bahan itu sebebas-bebasnya antaranegara-negara itu, dan

(iv) menubuhkan hubungan dan kerjasama yangerat dalam bentuk penyelidikan, penerbitan,pengalaman, penyebaran dan promositentang semua perkara yang berkaitandengan bahasa, sastera, budaya, sains,teknologi, perindustrian, perdagangan,perhubungan antarabangsa dan diplomasidengan negara-negara dan institusi seluruhdunia yang mempunyai tradisi pengajianMelayu dan komuniti Melayu, misalnyaSingapura, Thailand, Filipina, Vietnam,Kampuchea, Sri Lanka, Afrika Selatan,

Australia, Belanda, England, Surinam, Jepun,Korea, China, dan lain-lain, dengan tujuanuntuk memperteguh dan menyebarkanbahasa Melayu, kebudayaan Melayu dansegala bentuk khazanah ilmu dan persuratanMelayu dalam pelbagai bidang ilmupengetahuan.

Mengantarabangsakan BM di Persada Dunia

Strategi mengantarabangsakan BM bolehmengandungi dua langkah:1. mempromosi secara gigih, agresif dan

meyakinkan untuk menjadikan bahasa Melayusebagai bahasa utama ASEAN mengambil alihbahasa Inggeris memandangkan bahasa Melayumempunyai jumlah penutur terbesar dalamASEAN. Pengajaran dan pembelajaran BM dinegara-negara ASEAN dipromosikan secaragigih, dengan menyediakan bahan-bahanpengajaran yang lengkap dan cekap (bahanbercetak dan bahan dalam bentuk elektronik danperisian komputer yang terkini), dan

2. mempromosikan BM sebagai satu bahasa rasmiPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)yang digunakan dalam sidang-sidangnya atasdasar bahasa Melayu ialah bahasa kelimaterbesar di dunia dari segi jumlah penuturnya.Untuk memenuhi matlamat ini, pengajaran danpembelajaran BM di negara-negara ASEANdan negara utama dunia harus dipertingkatkanmelalui perancangan yang terperinci, pembinaanInstitut BM Antarabangsa, pemberian biasiswakepada pelajar asing dalam BM, peruntukandana yang mencukupi untuk menyokong pusatpengajaran dan pembelajaran BM di negara-negara utama dunia.

Penubuhan Beberapa Buah AkademiPembelajaran Bahasa Inggeris dan BahasaModen

Penubuhan beberapa buah Akademi Bahasa Inggerisdan Bahasa Moden yang dilengkapkan dengan segalakepakaran dan peralatan canggih dengan staf yangprofesional untuk melatih anak bangsa Malaysiasecara intensif dalam penguasaan bahasa Inggerisdan bahasa-bahasa moden ke taraf yang paling tinggiuntuk kumpulan tertentu bagi melaksanakan tugas-tugas khusus, misalnya penimbaan ilmu danpemindahan teknologi tinggi, perdaganganantarabangsa, diplomasi dan hubungan antarabangsa,

Page 16: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

18 Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad

persidangan dan bengkel antarabangsa dansebagainya.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, berdasarkan perbincangan diatas dan juga banyak hasil kajian, pendapat ahliakademik, para ilmuwan dan peramal masa depan,maka dengan tegasnya dinyatakan bahawasampaikan ilmu pengetahuan dalam bahasaindigenus/tempatan penduduknya, iaitu dalam BMuntuk negara Malaysia, Indonesia dan Brunei, demikecekapan pembelajarannya, pembinaan dayasumber manusia rakyat jelata, pemupukan jati diri,integrasi dan perpaduan negara bangsa danpemerkasaan rakyat jelatanya. Pada masa yangsama adakan program pengajaran bahasa utamadunia (Inggeris, Jerman, Perancis, China, Jepun,Arab) yang cekap demi pemerolehan dan penimbaanilmu pengetahuan, teknologi, perdagangan dandiplomasi antarabangsa. Demi menjadikan BMsebagai satu daripada bahasa utama dunia, makatiga strategi yang digariskan perlu diambil.

Sememangnya setiap negara dan bangsa mestiberusaha untuk meningkatkan daya juang, dayasaing, daya tahan, daya kreatif dan kecemerlanganbangsa dan rakyat jelatanya dalam persadaantarabangsa supaya dapat mencapai kemajuan yangtinggi dan boleh bersaing dengan negara-negarautama di dunia. Untuk mencapai matlamat ini seluruhsumber daya tenaga manusia rakyat jelata harusdigerakkan (bukan hanya segelintir golongan elit)melalui pembudayaan ilmu, sains dan teknologi terkiniyang disampaikan dalam bahasa rakyat jelata sendiribukannya satu bahasa asing. Inilah yang berlaku dinegara-negara maju di Barat termasuk negara-negara Eropah dan juga di Jepun, Korea dan Taiwan.Langkah dan strategi demikian amat perlu untukmemperkasakan masyarakat dan rakyat jelatanyasecara menyeluruh dan saksama.

Gagasan yang menganjurkan supaya pendidikantinggi, sains dan teknologi disampaikan dalam bahasaInggeris didorong oleh sama ada fahaman pragmatikyang keterlaluan yang hanya mementingkan faedahsegera bagi golongan elit dalam jangka masa pendektanpa memikirkan keretakan, perpecahan dankemunduran rakyat jelata yang boleh berlaku dalamjangka masa panjang, ataupun didorong oleh mindakerdil (small minds) yang tidak ada keyakinan dirikepada ciri-ciri budaya kita sendiri dalampembangunan dan pembinaan sebuah negara bangsadan peradaban negara dalam acuan kita sendiri.

Bahawasanya bahasa indigenus/tempatansendirilah yang merupakan penapis dan penangkisyang kebal untuk melawan badai negatif globalisasiyang boleh menghancurkan nilai-nilai tradisi yangmurni, dan juga merupakan unsur yang kental untukmenyemai rasa kekitaan, keakraban, kemesraan dankasih sayang sesama penuturnya demi perpaduan,keharmonian dan kestabilan negara bangsa danpemerkasaan masyarakatnya. Dan bahawasanyabahasa indigenus/tempatan merupakan satu elemenutama yang mengungkap dan menunjangipembangunan dan kemajuan sesuatu masyarakatdan negara bangsa dalam acuannya sendiri yangakan menjamin kestabilan, ketekalan, keperkasaandan kelangsungannya.

NOTA

1 Walaupun Cheney-Wolfowitz-Rumsfeld kini sudahterkeluar daripada golongan pemerintah Amerika Syarikat(AS), namun ideologi mereka masih membara di kalanganbirokratnya kerana kata William Wohlforth “The U.S. issimply too powerful for the other nations to catch up, andthat U.S. has enormous supremacy in all aspects of militarypower and almost all aspects of economic power as well,not to mention its normative and cultural powers”. Seranganke atas Libya dan lain-lain negara yang dianggap berkukubesi yang mencabul hak demokrasi ala Amerika bagirakyatnya, dan serangan dan pembunuhan Usamah binLaden di Pakistan secara pre-emptive kerana mengancamkeselamatan A.S., membuktikan ideologi ini. Namun kinitegas Wohlforth istilah “American Imperialism” muladigantikan dengan “American benign hegemony” , iaitukeunggulan kuasa AS yang memanfaatkan dunia. LihatWohlforth (1999: 1-41).

RUJUKAN

Asiaweek. 1999. 20-27 August: 10.Collins, J. 1996. Malay, World Language of the Ages: A Sketch of

Its History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Collins, J. 1999. Wibawa Bahasa: Kepiawaian dan Kepelbagaian.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.de Meija, Anne-Marie. 2002. Power, Prestige, and Bilingualism:

International Perspectives on Elite Bilingual Education. ISBN185359590X) (en.wikipedia.org/wiki/World_languages).

Drake, C. 1989. National Integration in Indonesia: Patterns andPolicies.

Hashim Hj Musa. 2006. Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisandalam Bahasa Melayu. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Hashim Hj Musa. 2008. Hati Budi Melayu: PengukuhanMenghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: PenerbitUniversiti Putra Malaysia.

Hashim Hj Musa. 2008. Pemerkasaan Bahasa Melayu di arenaantarabangsa demi kemajuan negara bangsa Malaysia di

Page 17: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad 19

persada dunia. Dlm. Prosiding Persidangan Bahasa Melayudalam Perspektif Antarabangsa Tahun 2008. Anjuran IPGMKementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Luar Negeri& Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hj Musa. 2009. Early Jawi materials and the creation of anetwork of Malay Islamic centres. The Journal Sophia AsianStudies No. 27. Institute of Asian Cultures, Sophia University,Tokyo.

Hashim Hj Musa & Rozita Che Rodi. 2010. Pemupukanperpaduan dan semangat cintakan negara Malaysia di kalanganrakyat jelata. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistikdan Pembudayaan Bahasa Melayu VI. Anjuran Fakulti BahasaModen dan Komunikasi & Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Huntington, S. 1996. The Clash of Civilizations and the Remakingof World Order. New York: Simon and Schuster.

Kennedy, P. 1993. Preparing for the Twenty-First Century. NewYork: Vintage Books.

Marsden, W. 1812. A Grammar of the Malayan Language. London:Crosby Lockwood & Son.

Phillipson, R. 2007. Linguistic imperialism: A conspiracy, or aconspiracy of silence? Language Policy 6: 377–383. DOI10.1007/s10993-007-9058-3.

Phillipson, R. 1992. Linguistic Imperialism. Oxford: OxfordUniversity Press.

Siakhenn.tripod.com/ethnic.html (4.12.12).Utusan Malaysia. 2007. Rabu 7 November, hlm. 27.Wikipedia Free Internet EncyclopediaWohlforth, W. 1999. The stability of the unipolar world. In

International Security, Summer, pp. 1-41.

Hashim Musa, Ph.D.Profesor EmeritusJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang, Selangor, MALAYSIA.E-mail: [email protected]

Rozita Che Rodi, Ph.D.Pembantu PengajarJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang, Selangor, MALAYSIA.E-mail: [email protected]

Salmah Jan Noor Muhammad, Ph.D.Pensyarah KananJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang, Selangor, MALAYSIA.E-mail: [email protected]

Page 18: Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam ... · PDF filePelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi ... DALAM

20 Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad