bahasa, budaya & laporannya diterbitkan pada 15 november

1
BAHASA, BUDAYA & WARISAN KITA TAHUN lalu, kita digemparkan dengan berita mengenai peralihan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa ha- rian dalam kalangan anggota ma- syarakat Melayu Singapura. Perdana Menteri Lee Hsien Loong menukil tinjauan tahunan Kementerian Pendidikan (MOE) yang meraih pandangan ibu bapa murid Darjah Satu. Beliau menyampaikan perang- kaan hasil tinjauan tersebut dalam majlis ulang tahun ke-40 Kempen Bercakap Bahasa Mandarin di Pu- sat Budaya Cina Singapura tahun lalu. Dapatan tinjauan menunjuk- kan bahawa 67 peratus keluarga Melayu yang mempunyai anak di peringkat Darjah Satu menggu- nakan bahasa Inggeris sebagai ba- hasa utama di rumah pada 2019 berbanding 18 peratus pada 1999. Jumlah itu merupakan kenai- kan terbesar yang pernah dialami keluarga Melayu. Peratusan terba- haru itu bahkan hampir menyamai keluarga Cina (71 peratus) dan ke- luarga India (70 peratus). Justeru beliau menyarankan su- paya kempen bahasa setempat di- sesuaikan berdasarkan trend terse- but. KESANNYA Hal ini mengesahkan bahawa masyarakat Melayu tidak lagi ter- pelihara daripada gejala peralihan kepada bahasa Inggeris sebagai ba- hasa dominan di rumah. Usaha menangani masalah ter- sebut telah dipergiat, baik oleh pi- hak sekolah melalui program so- kongan seperti Dwiminggu Bahasa Ibunda (Mother Tongue Fortnight) mahupun pertubuhan akar umbi dan badan seperti Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dan Ja- watankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) melalui Bulan Bahasa misalnya. Kita nantikan hasilnya. Bagi saya, perangkaan yang di- dedahkan Encik Lee membuka pe- luang bagi kita memikirkan seta- kat mana Singapura berjaya memupuk rakyat yang selesa dan cekap berdwibahasa. Perkara ini juga mengajak kita merenung semula pengertian dwi- bahasa dalam pendidikan yang ki- ni mengutamakan bahasa Inggeris dan menyediakan ruang yang kecil bagi bahasa ibunda. Penutur dwibahasa berbeza da- ripada insan ekabahasa (penutur satu bahasa); mereka bukan dua in- san ekabahasa dalam satu. Penutur dwibahasa memproses maklumat dengan memanfaatkan segala sumber bahasa yang mere- ka ada. Mereka ibarat apungan ais yang berpuncak dua pada permu- kaan air tetapi pada dasarnya ber- satu. Oleh sebab itu, usaha mengajar pelajar dwibahasa dengan mem- bataskan satu bahasa sebagai pe- ngantar mata pelajaran ilmu tidak memanfaatkan potensi mereka se- penuhnya. Pemahaman terhadap kedwiba- hasaan juga sudah berubah, daripa- da menganggapnya sebagai kema- hiran untuk diperolehi kepada kae- dah menajamkan daya kognitif seseorang. Justeru kedwibahasaan bukan hak golongan tertentu bahkan ha- rus dipupuk dari awal dalam diri pelajar agar mereka dapat meman- faatkan faedah kedwibahasaan un- tuk mencapai prestasi akademik yang lebih tinggi. Perkara ini berbeza dengan pen- dekatan mensyaratkan penca- paian akademik yang tinggi mela- lui satu bahasa sebelum digalak mempelajari bahasa yang satu lagi di peringkat tinggi. LANDSKAP BAHASA Saban tahun, landskap bahasa di Singapura menjalani pelbagai perubahan. Pada zaman 1960-an hingga awal 1970-an, disebabkan anak-anak Melayu menguasai ba- hasa Melayu terlebih dahulu di ru- mah melalui ibu bapa yang me- wariskannya kepada mereka, usa- ha mempelajari bahasa tersebut se- bagai bahasa kedua di sekolah ti- dak menggugat penguasaan baha- sa Melayu mereka. Fenomena ini tetap berlaku wa- laupun keselesaan terhadap ba- hasa Inggeris mula berputik. Generasi berikutnya mula terje- jas teruk hingga tidak lagi mampu mewariskan bahasa Melayu kepa- da anak-anak. Kanak-kanak masa kini tidak mempunyai kesempatan mengala- mi suasana penggunaan bahasa Melayu yang baik di rumah. Oleh sebab itu, kebergantu- ngan pada sekolah untuk melebar- kan ruang penggunaan bahasa Me- layu (serta bahasa ibunda yang lain) menjadi lebih genting. PANDANGAN SARJANA Sarjana dwibahasa yang priha- tin akan pengaruh besar bahasa Inggeris berpendapat bahawa pen- didikan bahasa ibunda yang me- letakkan pemeliharaan bahasa (lan- guage maintenance) sebagai matla- matnya tidak akan mampu mem- bendung kemerosotan pengguna- an bahasa itu. Sebaliknya, matlamat yang le- bih tinggi, iaitu pengembangan ba- hasa (language development), le- bih wajar untuk menyaingi kedo- minanan bahasa Inggeris. Hal ini bermakna usaha kita bu- kan setakat memelihara bahasa ibunda dengan mewajibkan ka- nak-kanak mempelajarinya se- bagai bahasa kedua bahkan kita perlu mengembangkan penguasa- an bahasa ibunda mereka. Pengembangan boleh dilaku- kan dengan mendedahkan mereka kepada ilmu dan konteks kehidu- pan yang lebih luas melalui bahasa itu agar mereka dapat mengenali kosa kata dan menggunakannya dalam pelbagai konteks. Perkara ini juga bermakna memperkaya landskap bahasa di persekitaran sekolah yang kini di- dominasi bahasa Inggeris, terma- suk menjadikan bahasa ibunda ba- hasa pengantar bersama bahasa Inggeris bagi mata pelajaran ilmu yang sesuai. Dengan demikian, ke- hadiran bahasa ibunda akan lebih terasa oleh pelajar. Jika usaha ini dilaksanakan awal secara tetap dari prasekolah hingga sekolah rendah, pelajar akan terbiasa dengan suasana dwibahasa yang lebih seimbang sekali gus menjadikan mereka pe- ngamal dwibahasa yang lebih ku- kuh dan dapat terus mengembang- kannya. Harapannya sebagai ibu bapa kelak mereka akan lebih berupaya mewariskan bahasa ibunda kepa- da anak-anak mereka. Bahasa Melayu, seperti bahasa Cina dan Tamil, bukan sebarang mata pelajaran di sekolah malah bahasa warisan kita. Justeru ba- hasa tersebut perlu diberi lebih banyak perhatian. Hingga kini, strategi tersebut be- lum mendapat perhatian pihak ke- menterian. Hal ini mungkin disebabkan kekhuatiran bahawa penguasaan bahasa Inggeris akan terjejas jika lebih banyak ruang dan masa diberikan kepada bahasa ibunda. Mungkin terdapatnya juga ke- bimbangan kalau pelajar tidak mampu menguasai dua bahasa di peringkat yang sama. Kita perlu merujuk kepada ka- jian-kajian antarabangsa yang se- makin banyak hari ini. Kajian demikian menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Ing- geris dan bahasa ibunda boleh ber- jalan seiring tanpa menjejas salah satu daripadanya jika kedua-dua bahasa itu diberi layanan sama di sekolah. Pastinya, penyesuaian kepada peruntukan bahasa dalam pendidi- kan menuntut masa, latihan serta pelaksanaan secara bertahap. GOLONGAN INTELEKTUAL DAN ISU DWIBAHASA Sehubungan itu, golongan in- telektual Melayu kita belum mem- beri perhatian yang wajar ter- hadap masalah ini. Kalau timbul suara daripada anggota masyarakat yang prihatin terhadap kemerosotan pengua- saan bahasa Melayu dalam kala- ngan anak muda, pandangan terse- but akan dianggap kolot atau tidak mengikut arus masa kini yang menuntut penguasaan dua bahasa. Pada pendapat saya, suara sebe- gini tidak menidakkan kepenti- ngan kedwibahasaan – jauh sekali memperjuang bahasa Melayu se- mata-mata – malah mereka ber- pandangan bahawa usaha ke arah kedwibahasaan selama ini belum menunjukkan kesan yang diingini. Lebih daripada itu, kepenti- ngan bahasa Melayu seakan sudah dilemahkan lagi dalam kehidupan harian. Anak Melayu mudah ber- bual dalam bahasa Inggeris semen- tara keyakinan berbahasa Melayu berada di tahap yang rendah hing- ga timbul rasa kekok. Kurang tepat rasanya jika kita berpuas hati hanya kerana jumlah orang Melayu yang menyertai ke- giatan bahasa meningkat atau jum- lah responden yang mengaku baha- wa bahasa Melayu masih relevan kepada mereka tinggi. Tanda bahawa bahasa Melayu masih mekar terletak pada seke- rap mana orang Melayu menggu- nakan bahasa itu dalam kehidupan harian dan selancar mana mereka mampu menuturkannya. Usaha membangunkan strategi yang meningkatkan kepentingan dan meluaskan peranan bahasa ibunda di sekolah akan memberi isyarat lebih kuat kepada masya- rakat agar sama-sama mengambil berat tentang bahasa ibunda anak- anak demi merealisasikan visi rakyat Singapura yang berdwiba- hasa. E Penulis Penolong Ketua (Bahagian Bahasa Melayu) Kumpulan Akademik (AG) Bahasa dan Kebudayaan Asia (ALC) di Institut Pendidikan Nasional (NIE) Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Di NIE, beliau bertugas mengajar dan menyelia pelajar peringkat sarjana muda, sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Tumpuan kajiannya ialah kedwibahasaan, literasi dan analisis wacana. Renung semula erti dwibahasa dalam dunia pendidikan PROFESOR MADYA DR MUKHLIS ABU BAKAR PANDANGAN PERBAIKI USAHA: Dr Mukhlis berkata kita perlu mengembangkan penguasaan bahasa ibunda kanak-kanak dengan mendedahkan mereka kepada ilmu dan konteks kehidupan lebih luas melalui bahasa itu. Cara ini membolehkan anak mengenali kosa kata dan menggunakannya dalam konteks lebih besar. – Foto fail “Tanda bahawa bahasa Melayu masih mekar terletak pada sekerap mana orang Melayu menggunakan bahasa itu dalam kehidupan harian dan selancar mana mereka mampu menuturkannya. Usaha membangunkan strategi yang meningkatkan kepentingan dan meluaskan peranan bahasa ibunda di sekolah akan memberi isyarat lebih kuat kepada masyarakat agar sama-sama mengambil berat tentang bahasa ibunda anak-anak demi merealisasikan visi rakyat Singapura yang berdwibahasa.” – Dr Mukhlis Abu Bakar. Akhbar BERITA MINGGU telah menjalankan tinjauan ringkas ke atas belia Melayu/Islam setempat tentang bahasa Melayu Oktober lalu. Laporannya diterbitkan pada 15 November. Data menunjukkan bahawa belia masih menganggap bahasa Melayu relevan hari ini. Sebelum ini, kami mengetengahkan pandangan tiga ahli bahasa terhadap tinjauan tersebut dan isu penggunaan bahasa, pandangan empat belia Generasi ‘Z’ dan pandangan wartawan. Minggu ini, ikuti pula pandangan peribadi pengkaji bahasa Profesor Madya Dr Mukhlis Abu Bakar dari NIE NTU berkenaan isu kedwibahasaan dalam pendidikan anak muda. 10 Berita Minggu | 20 Disember 2020

Upload: others

Post on 31-Oct-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA, BUDAYA & Laporannya diterbitkan pada 15 November

BAHASA, BUDAYA & WARISAN

KITA

SASTERA merajut kepentingan kehidupan berbudaya dalam sese-buah masyarakat majmuk.

Dalam dunia sastera Melayu, golongan sasterawan – sejak za-man Sir Thomas Stamford Raffles hingga sekarang – diperhatikan sen-tiasa memiliki sikap optimis dan ak-tif berkarya.

Contohnya, Singapura mempu-nyai pelbagai firma percetakan karya Melayu. Firma tersebut ber-tanggungjawab menerbitkan hika-yat dan syair masyhur seperti Hikayat Abdullah (1849), Syair Jauhar Maknikam Bergelar Ju-ragan Budiman (1868, kini dalam koleksi Royal Asiatic Society) dan Syair Syair Lampung Karam (1883/1884, kini dalam koleksi Per-pustakaan Nasional Republik Indo-nesia atau PNRI dan Universiti Leiden di Belanda).

Kini, Singapura masih memiliki kedai buku Melayu seperti Kedai Buku Haji Hashim dan Pustaka Na-sional. Perkumpulan sastera dan sasterawan Melayu juga aktif ber-karya.

Justeru pengkaji, juruarkib, pengkritik dan aktivis seni Djamal Tukimin, 73 tahun, bertindak me-

mulakan kajian terhadap perkem-bangan pemikiran yang terkan-dung dalam sastera Melayu selama 200 tahun dari 1819 hingga 2019.

Kajian berteraskan sosiologi sas-tera itu bakal memanfaatkan kae-dah kepustakaan untuk menganali-sis puluhan karya sastera.

Penyelidikan tersebut dilaku-kan dalam peranannya sebagai Karyawan Tamu Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universi-ti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut Djamal, beliau mahu menggunakan dana daripada anu-gerah Pingat Budaya yang diterima pada 2017 untuk membiayai penye-lidikan berkenaan. Di samping itu, beliau berusaha mendapatkan bia-siswa setempat dan antarabangsa.

“Saya mahu menimbulkan idea-idea perjuangan dalam kalangan sasterawan. Hal ini disebabkan idea sedemikian merupakan cermi-nan masyarakat pada era berbeza-beza.

“Kajian ini dilakukan dengan harapan agar dijadikan saranan dan contoh teladan. Mereka yang banyak membantu masyarakat ialah sasterawan. Mudah-mudahan usaha ini akan menjadi tamsilan

(contoh) dan cerminan buat pem-baca,” ujarnya ketika ditemui di ru-mahnya dalam kawasan Yishun ba-ru-baru ini.

Lanjutan itu, beliau mahu me-nampilkan Singapura sebagai pusat sastera Melayu moden dan wadah atau hab yang berperanan menye-marakkan dunia kesusasteraan.

Kajian dimulakan dari tempoh 1819 sewaktu Raffles memerintah Singapura. Menurut Djamal, Raf-fles sendiri giat mengkaji sastera Melayu, khususnya Sejarah Me-layu atau juga dikenali sebagai Su-lalatus Salatin.

Setelah itu, Djamal akan meng-huraikan Hikayat Abdullah tulisan tokoh yang juga hidup pada zaman Raffles, iaitu Abdullah Bin Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali se-bagai Munshi Abdullah.

Beliau seterusnya akan meng-hayati zaman sebelum wujudnya Angkatan Sasterawan ‘50 (Asas ‘50) hingga pasca-Asas ‘50.

Menurutnya, cara sedemikian mampu menampakkan gejolak dan perkembangan pemikiran dalam masyarakat.

Oleh sebab itu, beliau akan si-buk mengumpul bahan kajian ta-

hun depan. Beliau turut meng-harapkan peluang mengunjungi Perpustakaan British, Universiti Cambridge dan Royal Asiatic So-ciety untuk meneliti manuskrip penting bagi menyempurnakan ka-jian itu.

“Pelbagai angkatan (generasi) sasterawan tidak boleh mati tetapi banyak pertubuhan boleh. Saya mahu menghapuskan batasan geo-grafi dan menumpukan perhatian terhadap pelbagai zaman dalam du-nia sastera Melayu moden,” ujar datuk 11 cucu itu.

Selain kajian 200 tahun terse-but, Djamal giat mengusahakan penerbitan lebih 20 manuskrip merangkumi analisis karya sastera, kumpulan cerpen, himpunan pan-tun, novel, elegi dan puisi.

Bersangkutan dunia penyelidi-kan, masyarakat juga boleh menan-tikan penerbitan kajian kehidupan, warisan dan kemodenan pemikiran Munshi Abdullah tulisan tokoh pengkaji setempat Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat.

Kajian yang dibahagikan kepa-da dua buku itu akan dilancarkan tahun depan. Butir-butir pelanca-ran dan penjualan akan diumum-kan kelak. – NURUL AIN RAZALI

TAHUN lalu, kita digemparkan dengan berita mengenai peralihan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa ha-rian dalam kalangan anggota ma-syarakat Melayu Singapura.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menukil tinjauan tahunan Kementerian Pendidikan (MOE) yang meraih pandangan ibu bapa murid Darjah Satu.

Beliau menyampaikan perang-kaan hasil tinjauan tersebut dalam majlis ulang tahun ke-40 Kempen Bercakap Bahasa Mandarin di Pu-sat Budaya Cina Singapura tahun lalu.

Dapatan tinjauan menunjuk-kan bahawa 67 peratus keluarga Melayu yang mempunyai anak di peringkat Darjah Satu menggu-nakan bahasa Inggeris sebagai ba-hasa utama di rumah pada 2019 berbanding 18 peratus pada 1999.

Jumlah itu merupakan kenai-kan terbesar yang pernah dialami keluarga Melayu. Peratusan terba-haru itu bahkan hampir menyamai keluarga Cina (71 peratus) dan ke-luarga India (70 peratus).

Justeru beliau menyarankan su-paya kempen bahasa setempat di-sesuaikan berdasarkan trend terse-but.

KESANNYAHal ini mengesahkan bahawa

masyarakat Melayu tidak lagi ter-pelihara daripada gejala peralihan kepada bahasa Inggeris sebagai ba-hasa dominan di rumah.

Usaha menangani masalah ter-sebut telah dipergiat, baik oleh pi-hak sekolah melalui program so-kongan seperti Dwiminggu Bahasa Ibunda (Mother Tongue Fortnight) mahupun pertubuhan akar umbi dan badan seperti Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dan Ja-watankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) melalui Bulan Bahasa misalnya. Kita nantikan hasilnya.

Bagi saya, perangkaan yang di-dedahkan Encik Lee membuka pe-luang bagi kita memikirkan seta-kat mana Singapura berjaya memupuk rakyat yang selesa dan cekap berdwibahasa.

Perkara ini juga mengajak kita merenung semula pengertian dwi-bahasa dalam pendidikan yang ki-ni mengutamakan bahasa Inggeris dan menyediakan ruang yang kecil bagi bahasa ibunda.

Penutur dwibahasa berbeza da-

ripada insan ekabahasa (penutur satu bahasa); mereka bukan dua in-san ekabahasa dalam satu.

Penutur dwibahasa memproses maklumat dengan memanfaatkan segala sumber bahasa yang mere-ka ada. Mereka ibarat apungan ais yang berpuncak dua pada permu-kaan air tetapi pada dasarnya ber-satu.

Oleh sebab itu, usaha mengajar pelajar dwibahasa dengan mem-bataskan satu bahasa sebagai pe-ngantar mata pelajaran ilmu tidak memanfaatkan potensi mereka se-penuhnya.

Pemahaman terhadap kedwiba-hasaan juga sudah berubah, daripa-da menganggapnya sebagai kema-hiran untuk diperolehi kepada kae-dah menajamkan daya kognitif seseorang.

Justeru kedwibahasaan bukan hak golongan tertentu bahkan ha-rus dipupuk dari awal dalam diri pelajar agar mereka dapat meman-faatkan faedah kedwibahasaan un-tuk mencapai prestasi akademik yang lebih tinggi.

Perkara ini berbeza dengan pen-dekatan mensyaratkan penca-paian akademik yang tinggi mela-lui satu bahasa sebelum digalak mempelajari bahasa yang satu lagi di peringkat tinggi.

LANDSKAP BAHASASaban tahun, landskap bahasa

di Singapura menjalani pelbagai perubahan. Pada zaman 1960-an hingga awal 1970-an, disebabkan anak-anak Melayu menguasai ba-hasa Melayu terlebih dahulu di ru-mah melalui ibu bapa yang me-wariskannya kepada mereka, usa-

ha mempelajari bahasa tersebut se-bagai bahasa kedua di sekolah ti-dak menggugat penguasaan baha-sa Melayu mereka.

Fenomena ini tetap berlaku wa-laupun keselesaan terhadap ba-hasa Inggeris mula berputik.

Generasi berikutnya mula terje-jas teruk hingga tidak lagi mampu mewariskan bahasa Melayu kepa-da anak-anak.

Kanak-kanak masa kini tidak mempunyai kesempatan mengala-mi suasana penggunaan bahasa Melayu yang baik di rumah.

Oleh sebab itu, kebergantu-ngan pada sekolah untuk melebar-kan ruang penggunaan bahasa Me-layu (serta bahasa ibunda yang lain) menjadi lebih genting.

PANDANGAN SARJANASarjana dwibahasa yang priha-

tin akan pengaruh besar bahasa

Inggeris berpendapat bahawa pen-didikan bahasa ibunda yang me-letakkan pemeliharaan bahasa (lan-guage maintenance) sebagai matla-matnya tidak akan mampu mem-bendung kemerosotan pengguna-an bahasa itu.

Sebaliknya, matlamat yang le-bih tinggi, iaitu pengembangan ba-hasa (language development), le-bih wajar untuk menyaingi kedo-minanan bahasa Inggeris.

Hal ini bermakna usaha kita bu-kan setakat memelihara bahasa ibunda dengan mewajibkan ka-nak-kanak mempelajarinya se-bagai bahasa kedua bahkan kita perlu mengembangkan penguasa-an bahasa ibunda mereka.

Pengembangan boleh dilaku-kan dengan mendedahkan mereka kepada ilmu dan konteks kehidu-pan yang lebih luas melalui bahasa itu agar mereka dapat mengenali

kosa kata dan menggunakannya dalam pelbagai konteks.

Perkara ini juga bermakna memperkaya landskap bahasa di persekitaran sekolah yang kini di-dominasi bahasa Inggeris, terma-suk menjadikan bahasa ibunda ba-hasa pengantar bersama bahasa Inggeris bagi mata pelajaran ilmu yang sesuai. Dengan demikian, ke-hadiran bahasa ibunda akan lebih terasa oleh pelajar.

Jika usaha ini dilaksanakan awal secara tetap dari prasekolah hingga sekolah rendah, pelajar akan terbiasa dengan suasana dwibahasa yang lebih seimbang sekali gus menjadikan mereka pe-ngamal dwibahasa yang lebih ku-kuh dan dapat terus mengembang-kannya.

Harapannya sebagai ibu bapa kelak mereka akan lebih berupaya mewariskan bahasa ibunda kepa-da anak-anak mereka.

Bahasa Melayu, seperti bahasa Cina dan Tamil, bukan sebarang mata pelajaran di sekolah malah bahasa warisan kita. Justeru ba-hasa tersebut perlu diberi lebih banyak perhatian.

Hingga kini, strategi tersebut be-lum mendapat perhatian pihak ke-menterian.

Hal ini mungkin disebabkan kekhuatiran bahawa penguasaan bahasa Inggeris akan terjejas jika lebih banyak ruang dan masa diberikan kepada bahasa ibunda.

Mungkin terdapatnya juga ke-bimbangan kalau pelajar tidak mampu menguasai dua bahasa di peringkat yang sama.

Kita perlu merujuk kepada ka-jian-kajian antarabangsa yang se-makin banyak hari ini.

Kajian demikian menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Ing-geris dan bahasa ibunda boleh ber-jalan seiring tanpa menjejas salah satu daripadanya jika kedua-dua bahasa itu diberi layanan sama di sekolah.

Pastinya, penyesuaian kepada peruntukan bahasa dalam pendidi-kan menuntut masa, latihan serta pelaksanaan secara bertahap.

GOLONGAN INTELEKTUAL DAN ISU DWIBAHASA

Sehubungan itu, golongan in-telektual Melayu kita belum mem-beri perhatian yang wajar ter-hadap masalah ini.

Kalau timbul suara daripada anggota masyarakat yang prihatin terhadap kemerosotan pengua-saan bahasa Melayu dalam kala-ngan anak muda, pandangan terse-but akan dianggap kolot atau tidak mengikut arus masa kini yang menuntut penguasaan dua bahasa.

Pada pendapat saya, suara sebe-gini tidak menidakkan kepenti-ngan kedwibahasaan – jauh sekali memperjuang bahasa Melayu se-mata-mata – malah mereka ber-pandangan bahawa usaha ke arah kedwibahasaan selama ini belum menunjukkan kesan yang diingini.

Lebih daripada itu, kepenti-ngan bahasa Melayu seakan sudah dilemahkan lagi dalam kehidupan harian. Anak Melayu mudah ber-bual dalam bahasa Inggeris semen-tara keyakinan berbahasa Melayu berada di tahap yang rendah hing-ga timbul rasa kekok.

Kurang tepat rasanya jika kita berpuas hati hanya kerana jumlah orang Melayu yang menyertai ke-giatan bahasa meningkat atau jum-lah responden yang mengaku baha-wa bahasa Melayu masih relevan kepada mereka tinggi.

Tanda bahawa bahasa Melayu masih mekar terletak pada seke-rap mana orang Melayu menggu-nakan bahasa itu dalam kehidupan harian dan selancar mana mereka mampu menuturkannya.

Usaha membangunkan strategi yang meningkatkan kepentingan dan meluaskan peranan bahasa ibunda di sekolah akan memberi isyarat lebih kuat kepada masya-rakat agar sama-sama mengambil berat tentang bahasa ibunda anak-anak demi merealisasikan visi rakyat Singapura yang berdwiba-hasa.

E Penulis Penolong Ketua (Bahagian Bahasa Melayu) Kumpulan Akademik (AG) Bahasa dan Kebudayaan Asia (ALC) di Institut Pendidikan Nasional (NIE) Universiti Teknologi Nanyang (NTU).Di NIE, beliau bertugas mengajar dan menyelia pelajar peringkat sarjana muda, sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Tumpuan kajiannya ialah kedwibahasaan, literasi dan analisis wacana.

Usaha Djamal Tukimin susuri sejarah 200 tahun sastera Melayu moden

Renung semula erti dwibahasa dalam dunia pendidikan

DJAMAL TUKIMIN: Percaya sasterawan banyak membantu masyarakat justeru pemikiran mereka wajar dibedah untuk mencungkil teladan demi kebaikan masa depan. – Foto BM oleh NURUL AIN RAZALI

PROFESOR MADYADR MUKHLIS ABU BAKAR

RAFFLES: Giat meneliti Sejarah Melayu atau juga dikenali sebagai Sulalatus Salatin sewaktu memerintah dahulu. – Foto MUZIUM NEGARA SINGAPURA

MUNSHI: Karya tokoh dunia Melayu ini, Hikayat Abdullah, diketengahkan dalam kajian Djamal Tukimin dan Dr Hadijah Rahmat. – Foto RAMAN DAUD

PANDANGAN

PERBAIKI USAHA: Dr Mukhlis berkata kita perlu mengembangkan penguasaan bahasa ibunda kanak-kanak dengan mendedahkan mereka kepada ilmu dan konteks kehidupan lebih luas melalui bahasa itu. Cara ini membolehkan anak mengenali kosa kata dan menggunakannya dalam konteks lebih besar. – Foto fail

“Tanda bahawa bahasa Melayu masih mekar terletak pada sekerap mana orang Melayu menggunakan bahasa itu dalam kehidupan harian dan selancar mana mereka mampu menuturkannya. Usaha membangunkan

strategi yang meningkatkan kepentingan dan meluaskan peranan bahasa ibunda di sekolah

akan memberi isyarat lebih kuat kepada masyarakat agar sama-sama mengambil berat

tentang bahasa ibunda anak-anakdemi merealisasikan visi rakyat Singapura

yang berdwibahasa.”

– Dr Mukhlis Abu Bakar.

Akhbar BERITA MINGGU telah menjalankan tinjauan ringkas ke atas belia Melayu/Islam setempat tentang bahasa Melayu Oktober lalu. Laporannya diterbitkan pada 15 November. Data menunjukkan bahawa belia masih menganggap bahasa Melayu relevan hari ini.

Sebelum ini, kami mengetengahkan pandangan tiga ahli bahasa terhadap tinjauan tersebut dan isu penggunaan bahasa,pandangan empat belia Generasi ‘Z’ dan pandangan wartawan. Minggu ini, ikuti pula pandangan peribadi pengkaji bahasa

Profesor Madya Dr Mukhlis Abu Bakar dari NIE NTU berkenaan isu kedwibahasaan dalam pendidikan anak muda.

10 Berita Minggu | 20 Disember 2020