24 november 2011 artikel

26
24 November 2011.....(myMetro ) IBU BAPA PERLU BIMBING KANAK-KANAK LEMBAM KUALA LUMPUR: “Ibu bapa perlu sedar kanak-kanak kurang upaya akal atau lembam perlu diberi bimbingan sejak lahir supaya mereka dapat bersedia menyesuaikan diri dalam kehidupan harian dunia sebenar. “Antara latihan yang perlu diterapkan kepada mereka supaya seiring dengan perkembangan kanak-kanak lain adalah perkara asas antaranya cara memegang botol, cara makan, cara bersosial dan penggunaan tandas,” kata Pengurus Persatuan Orang Kurang Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (SAMH), T Kamaraj, selepas majlis penyampaian sijil Program Pendedahan Pendidikan Awal (EIP), di sini, semalam. Pada majlis itu, seramai 17 kanak-kanak kurang upaya akal dari usia baru lahir hingga enam tahun menerima sijil masing-masing selepas tamat mengikuti EIP yang dijalankan SAMH, seterusnya melayakkan mereka mengikuti pendidikan sekolah rendah di 12 sekolah khas di bawah pengurusan SAMH di sekitar Lembah Klang. Kamaraj berkata, SAMH yang ditubuhkan sejak 46 tahun lalu satu-satunya badan sukarela (NGO) yang menyediakan latihan dan pendidikan kepada orang kurang upaya akal dari sejak lahir hingga usia 60 tahun termasuk bengkel latihan pekerjaan bagi membolehkan golongan itu hidup berdikari. Katanya, bagi memastikan orang kurang upaya akal yang mengikuti bengkel itu mendapat pekerjaan, pihaknya turut bekerjasama dengan syarikat swasta untuk menggunakan perkhidmatan golongan itu. “Namun hanya sedikit dari golongan kurang upaya ini yang mampu keluar untuk bekerja manakala kebanyakan daripada mereka hanya boleh membuat kerja setempat iaitu di bengkel. “Kita berharap syarikat swasta atau korporat dapat memberi peluang kepada golongan ini dengan memberi pekerjaan kepada mereka,” katanya. Berita Harian Online:23 September 2011...(Berita Harian Online ) MURID LEMAH PERLUKAN PERHATIAN BUKAN DISISIH KECUALI rakyat di Bumi Kenyalang, rata-rata rakyat di negara ini rasanya tidak pernah mendengar nama Pekan Bintangor yang terletak dalam Bahagian Sarikei di kawasan tengah Sarawak. Malah ramai tidak tahu pekan yang dibuka penempatannya pada 1896 itu sebelum ini dikenali sebagai Pekan Binatang, namun pada 1984, Kerajaan Sarawak mengarahkan namanya ditukar kepada Pekan Bintangor, bagi menangani sensitiviti nama tempat di Sarawak. Di sebalik nama Binatang itu pun ada sejarahnya, kerana satu ketika dulu berlaku peristiwa aneh di situ setiap kali tiba

Upload: baaaaaayyyyyy

Post on 25-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ffdvffd

TRANSCRIPT

Page 1: 24 November 2011 artikel

24 November 2011.....(myMetro)

IBU BAPA PERLU BIMBING KANAK-KANAK LEMBAM

KUALA LUMPUR: “Ibu bapa perlu sedar kanak-kanak kurang upaya akal atau lembam perlu diberi bimbingan sejak lahir supaya mereka dapat bersedia menyesuaikan diri dalam kehidupan harian dunia sebenar.“Antara latihan yang perlu diterapkan kepada mereka supaya seiring dengan perkembangan kanak-kanak lain adalah perkara asas antaranya cara memegang botol, cara makan, cara bersosial dan penggunaan tandas,” kata Pengurus Persatuan Orang Kurang Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (SAMH), T Kamaraj, selepas majlis penyampaian sijil Program Pendedahan Pendidikan Awal (EIP), di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 17 kanak-kanak kurang upaya akal dari usia baru lahir hingga enam tahun menerima sijil masing-masing selepas tamat mengikuti EIP yang dijalankan SAMH, seterusnya melayakkan mereka mengikuti pendidikan sekolah rendah di 12 sekolah khas di bawah pengurusan SAMH di sekitar Lembah Klang.Kamaraj berkata, SAMH yang ditubuhkan sejak 46 tahun lalu satu-satunya badan sukarela (NGO) yang menyediakan latihan dan pendidikan kepada orang kurang upaya akal dari sejak lahir hingga usia 60 tahun termasuk bengkel latihan pekerjaan bagi membolehkan golongan itu hidup berdikari.

Katanya, bagi memastikan orang kurang upaya akal yang mengikuti bengkel itu mendapat pekerjaan, pihaknya turut bekerjasama dengan syarikat swasta untuk menggunakan perkhidmatan golongan itu.

“Namun hanya sedikit dari golongan kurang upaya ini yang mampu keluar untuk bekerja manakala kebanyakan daripada mereka hanya boleh membuat kerja setempat iaitu di bengkel.“Kita berharap syarikat swasta atau korporat dapat memberi peluang kepada golongan ini dengan memberi pekerjaan kepada mereka,” katanya.

Berita Harian Online:23 September 2011...(Berita Harian Online)

MURID LEMAH PERLUKAN PERHATIAN BUKAN DISISIH

KECUALI rakyat di Bumi Kenyalang, rata-rata rakyat di negara ini rasanya tidak pernah mendengar nama Pekan Bintangor yang terletak dalam Bahagian Sarikei di kawasan tengah Sarawak.

Malah ramai tidak tahu pekan yang dibuka penempatannya pada 1896 itu sebelum ini dikenali sebagai Pekan Binatang, namun pada 1984, Kerajaan Sarawak mengarahkan namanya ditukar kepada Pekan Bintangor, bagi menangani sensitiviti nama tempat di Sarawak.

Di sebalik nama Binatang itu pun ada sejarahnya, kerana satu ketika dulu berlaku peristiwa aneh di situ setiap kali tiba musim buah ‘engkabang’ dengan pelbagai jenis binatang aneh dan tidak pernah dijumpai tiba-tiba muncul untuk memakan buah berkenaan.Begitu juga nama Bintangor yang menggantikannya, berasal daripada nama pokok Bintangor yang dipercayai boleh menjadi penawar dan menjadi ubat kepada penyakit AIDS, yang ditemui di pekan yang terletak enam jam perjalanan menggunakan jalan darat dari Bandaraya Kuching itu.

Di kalangan penduduk tempatan, Bintangor juga amat terkenal dengan buah limaunya yang manis selain nanas dan pelbagai buah-buahan lain, malah limau turut dijadikan maskot bagi Pekan Bintangor.

Namun, agak malang kerana nama Pekan Bintangor tiba-tiba menjadi popular susulan kes

Page 2: 24 November 2011 artikel

tiga murid di kurung guru, bagi menghalang mereka menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor, baru-baru ini.

Apa yang pasti guru terbabit mahu menjaga prestasi sekolah itu secara keseluruhan hingga sanggup mengorbankan masa depan tiga anak muridnya yang mereka kategorikan sebagai lemah dalam pelajaran dengan mengurung mereka dalam bilik pemulihan dua hari berturut-turut.Seperti ditekankan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, ada sekolah yang terlalu taksub untuk mencatat prestasi dengan keputusan semua A dalam peperiksaan awam, sehingga sanggup bertindak di luar batasan.

Ia tidak sepatutnya berlaku, kerana masyarakat juga akan mula mempersoalkan keikhlasan guru dalam mendidik anak bangsa. Kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga, sedang di luar sana lebih ramai guru ikhlas dan sanggup berkorban masa dan tenaga untuk melahirkan insan cemerlang.

Mungkin guru di sekolah itu perlu mengambil iktibar daripada pendekatan guru di SK Ulu Lubai di Limbang, utara Sarawak, yang diumumkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kedua 2010, iaitu sekolah pedalaman paling cemerlang di negara ini.

Biarpun SK Ulu Lubai antara yang paling jauh dan terletak terpencil serta di luar bandar Sarawak, namun ia bukan halangan untuk guru-guru di sekolah itu memberi komitmen padu untuk memastikan semua anak muridnya cemerlang.

Guru besar sekolah itu, Jaul anak Bunyau, 48, bersama 11 guru sekolah itu menjadikan kelemahan murid sekolah itu sebagai cabaran untuk meningkatkan prestasi murid sehingga tahap kelulusan setakat 36.4 peratus yang dicatatkan pada 1999, berjaya ditingkatkan kepada 55.6 peratus pada 2001, 77.8 peratus pada 2002, 100 peratus pada 2003, 80 peratus pada 2004 dan 2005; 100 peratus pada 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010.

Bagi memastikan semua murid sekolah itu, termasuk yang lemah dalam pelajaran, dapat meningkatkan prestasi akademik, sistem tuisyen diadakan bukan saja di bilik darjah, malah di rumah panjang, dengan pengawasan di lakukan secara bersama oleh guru dan ibu bapa, di samping guru turut memberi tumpuan membantu murid yang lemah.

Mungkin pendekatan sama boleh digunakan untuk murid lemah di SK Bintangor termasuk tiga murid malang yang dikurung itu, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi. Mereka seharusnya dibantu, bukannya dikurung.

Page 3: 24 November 2011 artikel

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membenarkan tiga murid terbabit menduduki semula peperiksaan UPSR, kurang 24 jam selepas peristiwa itu didedahkan, dengan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Pelajaran dan mengikut Akta Pendidikan, membawa kembali sinar kepada tiga murid malang itu.

Ketiga-tiga mereka akan menduduki semula UPSR pada 4 hingga 6 Oktober ini di sekolah sama dengan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sendiri akan bertindak sebagai guru pengawas.

Page 4: 24 November 2011 artikel

ISU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

IKUTI pandangan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr Saedah Siraj, mengenai keperluan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Khairina Yasin.

KEGAGALAN atau ketidakupayaan sebahagian murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas 3M adalah antara cabaran getir dunia pendidikan hari ini. Biarpun sukar mengenal pasti angka sebenar murid dikategorikan bermasalah itu setakat ini, ramai pakar pendidikan bimbang implikasinya yang mungkin boleh menyebabkan mereka hilang minat ke sekolah. Jika kelemahan murid menguasai 3M ini tidak diatasi sejak Tahun Satu, masalah itu akan berlarutan apabila mereka memasuki Tahun Dua dan seterusnya. Di manakah silap atau apakah kekurangannya? Dalam memperbetulkan keadaan, tidak dinafikan banyak usaha dilaksanakan Kementerian Pelajaran bagi menangani masalah penguasaan 3M ini di kalangan murid.

Kaedah P&P berbeza perlu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid.

Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah. Namun, keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu memberi perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid terbabit.

Dalam sesetengah keadaan, kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara penyebab pendidikan murid tergolong dalam kategori ini, gagal mencapai matlamatnya. Menyisihkan murid terbabit daripada mengikuti pendidikan seperti rakan lain hanya akan menyulitkan langkah mengatasi masalah mereka kemudian hari.

Ada juga yang menegaskan kepentingan peranan ibu bapa dalam membantu anak menguasai kemahiran asas berkenaan, namun ia tetap tidak membebaskan guru daripada membantu murid yang lemah itu. Berdasarkan kajian sebelum ini, keperluan langkah penyaringan dan pengesanan awal murid yang belum menguasai 3M penting bagi mengenal pasti pelaksanaan program pemulihan bersesuaian dengan mereka. Langkah awal itu membolehkan murid dikelompokkan berdasarkan punca sebenar kelemahan mereka menguasai 3M sama ada akibat persekitaran, pemakanan atau kesihatan.

Pemerhatian mendapati murid lemah 3M boleh dikelompokkan lima kategori, iaitu anak

Page 5: 24 November 2011 artikel

Orang Asli, kanak-kanak istimewa atau pendidikan khas, murid menghadapi masalah psikologi, kanak-kanak terbiar dan mereka yang sememangnya berketurunan tidak boleh membaca atau dungu. Setiap kelompok murid terbabit memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbeza bagi memastikan kelemahan pembelajaran mereka dapat diatasi secara berperingkat. Pencarian kaedah P&P mengikut kelompok perlu ditekankan Kementerian Pelajaran kerana jika dilaksanakan secara tunggal, ia tidak boleh diguna atau diaplikasikan kepada semua murid yang gagal menguasai 3M. Keadaan ini wajar dikaji semula di peringkat akar umbi dengan merujuk faktor mempengaruhi masalah penguasaan 3M dalam setiap kelompok murid terbabit sebelum menentukan kaedah P&P yang tepat dan bersesuaian.

Dalam kes anak Orang Asli contohnya, kesukaran memberi fokus kepada apa yang diajar menyebabkan mereka gagal menguasai 3M. Hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata agak lambat berikutan wujudnya gangguan yang menjejaskan fokus mereka terhadap pembelajaran. Bagi menanganinya, penggunaan alat muzik dalam proses P&P disifatkan antara kaedah sesuai untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas itu di kalangan anak Orang Asli. Ini kerana mereka amat peka terhadap deria pendengaran. Oleh itu, alat muzik adalah perantara sesuai diguna pakai guru bagi menarik tumpuan kelompok murid masyarakat minoriti itu terhadap pengajaran guru. Malah, banyak kajian luar negara membuktikan penggunaan alat muzik mengikut etnik atau budaya berjaya membangunkan kemahiran 3M di kalangan murid sekolah.

PENGAJARAN menerusi lagu atau alat muzik sesuai untuk murid Orang Asli.

Bagi kes murid istimewa atau pendidikan khas, kepekaan ibu bapa terhadap proses pengembangan anak dituntut bagi membolehkan kelemahan mereka dikesan sejak awal. Murid disleksia antara kelompok murid yang gagal menguasai 3M, namun disebabkan pengetahuan ibu bapa yang rendah mengenai penyakit itu menyebabkan masalah berkenaan tidak dipandang serius. Malah, ramai ibu bapa termasuk golongan profesional cuba menafikan anak mereka berdepan masalah berkenaan hingga merasakan tidak perlu dibantu. Murid disleksia melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza terutama berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka tidak dapat diajar abjad dengan cepat kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan pemikiran tidak dapat 'membaca' huruf berkenaan. Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir mengenainya.

Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan kerjasama dan penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa. Apa yang penting, pelaksanaan tindakan progresif menangani masalah penguasaan 3M di kalangan murid ini sepatutnya sejak awal lagi, bukan pada peringkat mereka sudah terlalu jauh tercicir.

(petikan diambil dari Berita Harian : 4 nov 2009

Page 6: 24 November 2011 artikel

Isu Ibubapa vs  CikguIsu pada awal tahun bermula dengan gambar keratan akhbar mengatakan amaran kepada cikgu supaya jangan denda, hukum dan bagi kerja rumah kepada anak murid. Maka ramai lah yang respon dengan perkara ini dengan menyuruh ibubapa mengajar sendiri anak-anak mereka. Tapi muncul juga persoalan, benarkah mesej tersebut daripada ibubapa?

Isu kemudian diteruskan lagi dengan kenyataan kontroversi Dr Rubiah K Hamzah mengenai cikgu yang bersalah kalau pelajar bermasalah. Dah tentu lah meletup sekejap rakan guru mengulas kenyataan yang camtu. Macam-macam komen juga keluar dari pelbagai pihak.

Kes bertambah serius lagi dengan isu makan pelajar bukan Islam dalam jamban semasa bulan puasa yang mendapat liputan yang sangat meluas di media massa. Sehinggalah kebenarannya terbukti. Itu bukan jamban! Tetapi bilik persalinan yang diubahsuai bagi menggantikan kantin yang sedang dibina semula. Langsung tak ada permohonan maaf daripada ibu yang mencetuskan huru hara kepada pihak sekolah!

Page 7: 24 November 2011 artikel

Selain itu ada juga isu bapa pelajar yang menyaman sekolah kerana anaknya tidak menyiapkan kerja rumah. Sehingga kan muncul juga beberapa video parodi mengenai isu ini. Kesian cikgu.. Kemudian sebuah sekolah didakwa telah memasang CCTV dalam tandas yang kemudiannya dinafikan oleh pihak sekolah. Pemasangan CCTV juga sebenarnya telah mendapat persetujuan ibubapa.

Isu CikguKisah cikgu yang paling menggemparkan tahun ini tentulah kisah mengenai seorang guru yang kematian anak nya dalam kereta. Saya tak nak ulas lebih-lebih, tetapi mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarga. Kemudian dikejutkan sekali lagi mengenai kehilangan anak seorang guru. Yang kemudiannya anak tersebut ditemui di Pulau Pinang, dilarikan oleh kekasihnya. Hmm.. Ini pun taknak komen lebih-lebih.

Isu semasa seperti LGBT juga telah mengetengahkan guru yang bergiat aktif dalam menyedarkan golongan LGBT, seperti Cikgu Erin, dulu pondan sekarang pendakwah. Dunia pendidikan juga dikejutkan dengan insiden tembakan beberapa orang guru di Kelantan dan Kedah. Tak lupa juga kematian beberapa tokoh utama dalam dunia pendidikan di Malaysia seperti Allahyarham Ustaz Muhammad El-Muhammady, Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid, dan Allahyarham Tan Sri Dr Awang Had Salleh. Semoga Allah merahmati mereka semua!

Isu BuliUntuk tahun ini, masih ada kedengaran beberapa kes buli dalam kalangan pelajar yang dilaporkan ke media massa. Dimulakan dengan isu buli ketua kelas di SMK Tun Hussein Onn sehinggalah isu buli dalam asrama di SMK Julau, Sarawak. 

Page 8: 24 November 2011 artikel

Walaupun kes yang berlaku di 2 buah sekolah ini adalah tidak serius sehingga menyebabkan kematian, namun perkara seperti ini perlu sentiasa dipandang serius. Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras kes buli ini sehingga ke tahap sifar!

Isu Cikgu BerpolitikOleh sebab pada tahun ini kita didemamkan dengan demam politik untuk hampir sepanjang tahun, maka muncul lah beberapa cikgu yang saya rasa sedikit melampau bila bermain dengan isu politik. Maka muncul lah kes-kes macam Cikgu Doggie. Serius juga kesnya, sehinggakan diambil tindakan oleh polis dan KPM sendiri.

Isu politik ini berterusan lagi apabila seorang guru di Selangor telah menghukum pelajar-pelajarnya yang sekolah rendah berdiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. Musim politik, sila jaga diri yer..

Page 9: 24 November 2011 artikel

Isu Cikgu PerkaumanIni juga antara isu yang sepatutnya dah tak boleh ada di bumi Malaysia nih. Seorang cikgu perempuan di sebuah sekolah di Johor, telah melakukan provokasi melampau terhadap muridnya dengan memanggil mereka dengan gelaran yang sangat tidak sopan. Memang tak patut! Guru tersebut kemudiannya ditempatkan di PPD sementara menunggu siasatan.

Kemudian sekali lagi gempar dengan kenyataan kontroversi oleh seorang Pengetua semasa perhimpunan. Kenyataan menjadi lebih kontroversi apabila wartawan hanya melaporkan "balik ke China dan India" menyebabkan ianya menjadi isu yang besar. Kenyataan asalnya, "balik ke China, India dan Indonesia". Yang wartawan tuh pun satu hal..

Isu PPPMIsu pelaksanaan PPPM juga mengundang banyak polemik dalam kalangan pendidik Malaysia. Terutamanya bagi mereka yang salah faham akan tujuan pelaksanaan dasar tersebut. Bantahan menyebabkan respon yang keras daripada pelbagai pihak. Ini termasuk kenyataan daripada Dr Teo Kok Seong terhadap Dong Zong yang dilihat menentang pelaksanaan dasar tersebut. Menteri Pendidikan pula tegas dengan kenyataan akan meneruskan pelaksanaan dasar tersebut. Akhirnya pada bulan September 2013, PPPM telah selamat dilancarkan dengan jayanya.

Page 10: 24 November 2011 artikel

Isu PBSIsu PBS memang isu yang paling TOP dalam kalangan cikgu untuk tahun 2013 ini. Sampai ada yang buat luahan berkaitan dengan permasalahan yang timbul akibat PBS ini. Rungutan demi rungutan didedahkan oleh pihak tertentu. Kes menjadi lebih kritikal apabila isu PBS dan sistemnya iaitu SPPBS turut disuarakan di Parlimen. Kesannya, sistem yang banyak kelemahan tersebut telah ditutup bagi dibaikpulih selama sebulan. 

Tokoh-tokoh akademik seperti Dr Mohamad Agus juga lantang dalam memperjuangkan nasib-nasib guru yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan dalam kesukaran. Kewujudan group-group di Facebook yang memohon supaya dimansuhkan PBS bagi menjamin masa depan pendidikan Malaysia.

Isu Profesionalisma Guru2013 juga menyaksikan kewujudan begitu banyak sistem-sistem e- dalam dunia pendidikan Malaysia. Memang banyak, sampai ada yang bertindih fungsinya. Itu belum kira samaada berkesan atau tak, lambat atau cepat. Kemudian keluar pula kenyataan mengenai 70% guru Bahasa Inggeris yang tidak menguasai bahasa tersebut. Pelbagai maklumbalas daripada guru-guru Bahasa Inggeris menerjah dunia blog. 

Pelaksanaan dasar MMI juga memberi reaksi berbeza daripada guru-guru sehingga memaksa untuk NUTP bertindak memperjuangkan permasalahan yang timbul di peringkat guru dan sekolah. Dengan pelaksanaan pelbagai dasar lagi untuk sepanjang tahun 2013 ini, maka diharapkan KPM agar lebih berhati-hati dan jalankan kajian terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Muncul juga kenyataan-kenyataan kontroversi daripada pihak-pihak tertentu berhubung dengan profesionalisma guru seperti guru yang tidak bersemangat mengajar dan pelajar ponteng kerana cikgu membosankan.

Isu PeperiksaanIsu peperiksaan paling popular tahun ini tentulah mengenai

Page 11: 24 November 2011 artikel

pemansuhan PMR dan digantikan dengan PBSMR bermula tahun 2014. Walaupun masih belum clear sistem dan tatacara pelaksanaannya, namun diharapkan pelaksanaannya tidak menjejaskan pendidikan generasi akan datang.

Kisah pada hari keputusan UPSR juga tak kurang hebatnya. Ada kisah sedih mengenai seorang anak OKU yang dikendong oleh bapanya sampai ke rumah kerana mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Dan ada juga kisah yang berlebihan. Namun yang paling diingati tentulah kisah seorang tokey ayam yang menghadiahkan anaknya sebuah kereta Mini Cooper sebab dapat 5A.. Bestnya dia...

Pada hari pertama SPM juga, kita dikejutkan dengan kisah sedih mengenai kematian 2 orang pelajar yang menjadi calon SPM. Sudah tentu kisah ini mengingatkan saya kepada mendiang pelajar saya yang tak sempat nak ambil SPM pada tahun ini kerana terlibat dalam satu kemalangan maut. 

Kisah SPM dipanaskan lagi dengan isu soalan Matematik yang dikatakan bocor. Memang hebat betul perdebatan yang berlaku kat ruangan komen di blog saya nih. Pelbagai pihak saling tuduh menuduh dan memberikan bukti masing-masing. Akhirnya Lembaga Peperiksaan muncul dengan kenyataan bahawa tidak ada isu soalan bocor. Selesai!

Page 12: 24 November 2011 artikel

Isu Pertukaran GuruPertukaran guru juga merupakan isu yang memang sudah lama berkumandang dalam dunia pendidikan. Besarnya isu ini sehingga dimainkan sebagai antara isu utama dalam permainan politik pada tahun ini sehingga menyebabkan menteri mengeluarkan kenyataan berita baik bagi pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin. 

Pertukaran juga dikatakan akan lebih bersifat mesra pasangan. Malah guru-guru semenanjung di Sabah dan Sarawak yang sudah lama berkhidmat akan cuba dibawa pulang pada tahun ini. Tak cukup dengan itu, KPM juga tampil membersihkan diri dengan menjawab dakwaan pertukaran yang menggunakan duit oleh orang tengah.

Akhirnya apa yang berlaku?. Keputusan EGTukar lewat diumumkan lebih daripada kebiasaan. Dan pertukaran mesra pasangan seperti yang dijanjikan juga kurang boleh dipercayai. Kalau tidak masakan boleh muncul watak cikgu yang baru, iaitu Cikgu Idayu. Kisah sedih guru muda yang sangat tertekan akibat gagal dalam permohonan pertukaran. Bukan Cikgu Idayu sahaja, tetapi juga Cikgu Hailmi yang gagal permohonan pertukaran buat kali ke-10! (tumpang sekaki)

Di sebalik semua kisah kontroversi sepanjang tahun 2013 ini, saya yakin semua guru mempunyai semangat yang kental dalam mengharungi susah payah dan jerih perih kesukaran bergelar seorang cikgu! Semoga kita terus tabah dan dikurniakan dengan semangat yang tak pernah kenal erti jemu dalam mendidik anak bangsa. Amin!

Page 13: 24 November 2011 artikel

KES BULI MURID PEMULIHAN

PETALING JAYA: Satu lagi video pelajar sekolah rendah dibuli menjadi viral di laman sosial hingga mencetuskan kegusaran dan kemarahan orang ramai.

Kes dikatakan berlaku di sebuah sekolah rendah di Alor Setar, Kedah dan ia turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Kebangsaan MIC Sivarraajh Chandran yang turut berkongsi video berkenaan di laman Facebook miliknya.

“Saya telah meminta Ketua Biro Pendidikan untuk membuat laporan mengenai kes buli ini. Saya menggesa Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan penuh.

“Kita sepatutnya mendidik generasi akan datang supaya mereka menjadi insan yang berkualiti dan bersopan santun dan bukannya menjadi pembuli di sekolah,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi The Rakyat Post, Pengarah Strategi MIC Datuk Seri S. Vell Paari berkata, dia menerima rakaman video yang kemudian dikongsi bersama anggota parti yang lain.

“Saya telah meminta bekas pengerusi MIC Kedah untuk menyiasat sekolah di mana insiden itu dikatakan berlaku kerana tulisan di belakang baju yang dipakai oleh seorang murid itu tidak dapat memberikan maklumat terperinci.

“Beliau biasa dengan sekolah-sekolah di Kedah dan berjanji akan menghubungi saya sebaik saja mendapat maklumat, esok,” katanya.

Tambahnya lagi, dia bimbang dengan keadaan di negara ini selepas melihat satu lagi video buli murid, terutamanya melibatkan pelajar di sekolah rendah.

Page 14: 24 November 2011 artikel

Vell Paari menggesa pihak berkuasa untuk melihat perkara ini secara serius dan menyiasat mengapa kejadian ini berlaku kerana menurutnya, “Suatu hari nanti pasti akan berlaku kematian akibat buli.”

“Kejadian buli berlaku hampir di semua negara tetapi seperti di Amerika dan Australia, kita perlu mengambil langkah serius untuk menangani kejadian ini dan memastikan ia tidak berlaku lagi.

“Saya akan berbincang dengan P. Kamalanathan (Timbalan Menteri Pendidikan) mengenai perkara ini dan juga video berkenaan.

“Tidak kiralah sama ada ia video lama atau tidak, setahun atau dua tahun lalu, kejadian seperti ini perlu dihentikan.”

Pada Nov 2014 saja, dua video buli menjadi viral di laman sosial. Satu daripadanya adalah video sepanjang empat minit di mana sebilan pelajar lelaki dipukul dengan teruk oleh sekumpulan lima pelajar di bilik asrama.

Jurucakap Polis Bukit Aman Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad dilaporkan berkata, insiden berlaku pada 2010 dan suspek utama dalam video itu telah dibuang sekolah walaupun bukan atas sebab membuli.

Satu lagi video memaparkan seorang budak lelaki yang dipukul dan ditumbuk di kepalanya dan beberapa kali ditendang ke almari kayu.

Asmawati berkata, insiden berkenaan berlaku di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis pada 25 Mei, tahun lalu.

Pembuli-pembuli itu telah ditahan dan didakwa di mahkamah di mana mereka mengaku bersalah dan dihantar ke Penjara Pokok Sena Prison di Alor Setar, Kedah.

Page 15: 24 November 2011 artikel

GURU HENTAK KEPALA KE MEJA KERANA GAGAL JAWAB SOALAN – MURID TRAUMA DAN ENGGAN KE SEKOLAHammboi | Feb 16, 2014 | 4 Comments

Banyak betul kes guru pukul murid yang dilaporkan sejak kebelakangan ini. Adakah masalah itu benar-benar berpunca dari murid yang bermasalah atau guru itu sebenarnya yang bermasalah? Kalau murid bermasalah, peranan guru untuk mendidik mereka. Tak perlulah nak belasah atau pukul mereka. Sudah tentu akan timbul masalah lain jika guru bertindak melampaui batasan.

Sebagaimana laporan Sinar Harian hari ini, seorang pelajar darjah empat, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, masih trauma ekoran dipukul guru kerana tidak dapat menjawab soalan Matematik. Bapanya, Wan Rohaizit Mohd Zain, 36, berkata, sejak kebelakangan ini anaknya tidak ceria dan tidak mahu pergi ke sekolah kerana takut berdepan dengan guru itu.

“Saya pernah bawa dia jalani sesi kaunseling supaya berminat ke sekolah semula, tetapi tidak berjaya. Saya tidak boleh paksanya kerana doktor sendiri memberitahu dia perlukan masa akibat kejadian itu. Saya bimbang masalah ini akan mengganggu masa depannya,” katanya.

Page 16: 24 November 2011 artikel

Wan Nur Dania mendakwa seorang guru menghentak kepalanya ke meja lima atau enam kali kerana gagal jawab soalan. Guru berkenaan bertindak menghentak kepalanya hingga tudungnya tertanggal. Damia juga mendakwa guru tersebut turut mencubit tangannya sampai lebam.

Wan Rohaizit membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15, selepas membawa anaknya menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selain itu, dia juga berharap ada pihak sudi membantu anaknya yang menghadapi masalah penglihatan sebelah mata untuk belajar di sekolah pendidikan khas. Katanya, untuk pindahkan Dania ke sekolah pendidikan khas memerlukan kad untuk orang kurang upaya (OKU), tetapi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak meluluskan permohonan itu sebelum prosedur yang ditetapkan dipatuhi.

Jumaat, 13 Januari 2012

Di manakah silap guru?

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus daripada 6,667 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didapati tidak boleh membaca dan menulis.

Ini menyedarkan kita bahawa masalah kegagalan pelajar sekolah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi masih lagi menghantui dunia pendidikan negara. Pelbagai kaedah dan program khas telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Dulu dikenali sebagai KIA 2M (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis) dan terbaru ialah LINUS (program Saringan Literasi dan Numerasi) yang dilancarkan pada tahun 2010, tetapi masalah ini masih terus berlaku.

Dari aspek psikologi perkembangan, manusia normal, berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca menulis dan mengira ini di peringkat kanak-kanak lagi, iaitu seawal usia 6 tahun.

Setelah menamatkan pengajian di peringkat pra sekolah, semua pelajar sepatutnya boleh membaca dan menulis perkataan-perkataan dan membuat ayat-ayat mudah dengan baik.

Adalah terlalu malang buat pelajar setelah menamatkan pelajaran di tingkatan lima dan berumur 17 tahun tapi masih belum boleh membaca dan menulis dengan baik.

Isu ini perlu mendapat perhatian serius kepada guru-guru di sekolah. Guru-guru yang telah mendapat latihan secukupnya dalam bidang psikologi pendidikan, pedagogi dan profesionalisme keguruan (Diploma 3 tahun dan Ijazah 5 setengah tahun - merujuk

Page 17: 24 November 2011 artikel

kepada jangkamasa latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia) apakah tidak mampu menyelesaikan isu ini?

Adalah sangat memalukan, dengan ijazah/kepakaran dalam bidang psikologi, pedagogi dan profesionalisme yang dimiliki, dengan skim perkhidmatan yang menarik, umur yang masih muda, masalah buta huruf tidak menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) masih lagi berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah di negara ini.

Pertengahan bulan Januari ini, generasi kedua guru-guru lulusan IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) akan ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Syabas kepada semua guru ini kerana telah berjaya menjadi seorang guru.

Di samping kegembiraan kerana menamatkan pengajian dan latihan dengan jayanya dan telah ditempatkan di sekolah-sekolah untuk bertugas, sehinggalah kepada pengumuman skim perkhidmatan yang sentiasa ditambah baik oleh kerajaan, anda pada hakikatnya telah diberi satu tanggungjawab besar.

Tanggungjawab itu ialah memastikan semua pelajar sekurang-kurangnya dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi sebelum mereka meninggalkan sekolah rendah.

Tiada apa-apa alasan lagi di pihak guru untuk gagal melaksanakan tanggungjawab ini.

Anggaplah dengan penempatan anda di sekolah sebagai guru permulaan, merupakan langkah permulaan memikul tanggungjawab besar ini.

Justeru para guru perlu mengambil serius terhadap fenomena ini dan berusaha mengatasinya sehingga berjaya supaya profesyen perguruan akan dihormati disanjung sebagai arkitek pembangunan akal budi manusia dan pencorak kemajuan rakyat dalam sesebuah negara.

HASSAN SALLEH

Kuala Terengganu

Utusan Malaysia OnlineL 13 Januari 2012

Page 18: 24 November 2011 artikel

ARKIB : 02/04/2012

Kelas pemulihan perkasa BM, BI

Oleh ASMA HANIM [email protected]

Sebahagian daripada pelajar SK Tiong yang mengikuti kelas bahasa anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) Kampus Kesihatan USM di sekolah mereka di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Page 19: 24 November 2011 artikel

agenda pendidikan negara terutama di peringkat sekolah sememangnya memerlukan sokongan semua pihak dalam memastikan anjakan ke arah pendidikan bertaraf dunia terus berjalan dengan sempurna.

Dalam memenuhi tuntutan transformasi ini, perhatian kepada pelajar daripada kelompok yang agak lemah juga tidak boleh diabaikan dan harus diberi tumpuan khusus bagi memastikan mereka tidak ketinggalan berbanding rakan lain.

Sejak Julai tahun lalu, seramai 30 murid tahun tiga dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, Kota Bharu, Kelantan dipilih menyertai kelas bahasa yang dikendalikan tenaga pengajar dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Kelas mingguan Bahasa Melayu dan Inggeris itu khusus buat murid kelas pemulihan iaitu yang mengalami masalah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira atau 3M dan ia merupakan program khidmat masyarakat USM di sekolah itu yang akan berakhir hujung tahun ini.

Menurut Guru Besar SK Tiong, Ismail Mat Akib, beliau amat menghargai bantuan pihak USM dan mencadangkan agar tempoh program dipanjang dan diperluaskan ke sekolah-sekolah lain.

"Sekolah pinggir bandar seperti SK Tiong memerlukan sokongan dan kepakaran universiti dalam meningkatkan keupayaan 3M pelajar.

"Apabila ada pihak yang dapat menumpukan perhatian kepada mereka tanpa terlalu terikat dengan sukatan pelajaran, ia sudah tentu memberi manfaat yang lebih besar," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Sementara itu, guru penyelaras program peringkat sekolah, Noor Hayati Abdul Ghazi pula berkata, pihaknya mendapati ada sedikit peningkatan yang ditunjukkan para pelajar selepas mereka mengikuti kelas berkenaan.

Beliau yang bertanggungjawab memilih kumpulan murid terlibat berkata, 15 orang murid menyertai kelas Bahasa Melayu manakala selebihnya kelas Bahasa Inggeris yang dijalankan setiap Khamis dari pukul 1.30 petang hingga 3 petang.

"Mungkin konsep santai yang lebih banyak menggunakan permainan bahasa dan minda serta nyanyian telah membuat pelajar lebih berminat belajar bahasa, pihak sekolah berharap agar objektif meningkatkan kemahiran 3M murid-murid kami tercapai," katanya.

Ketua Projek Khidmat Masyarakat PPBLT, Helmey Zaneee Mohd. Zain, 27, pula memberitahu, tenaga pengajar seramai 14 orang dari Kampus Kesihatan USM bergilir-gilir datang ke sekolah itu setiap minggu untuk mengajar secara sukarela.

Page 20: 24 November 2011 artikel

Katanya, selain bahan mengajar dan buku latihan, pelajar juga dibekalkan pihak USM dengan sedikit makanan sebagai alas perut memandangkan kelas diadakan sebaik sahaja tamat waktu persekolahan.

Salah seorang murid yang ditemui, Nur Zulfiqha Aina Zuki, 10, berkata, dia kini lebih yakin untuk menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dan tidak berasa malu jika melakukan kesalahan kerana ia sebahagian daripada kaedah belajar.

Seorang lagi murid, Nor Irwan Shah, 10, pula berkata, dia tidak kisah terpaksa berada lebih lama di sekolah kerana berasa seronok belajar Bahasa Melayu dengan guru dari 'universiti.'

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Fauzi Ismail dalam satu majlis ringkas di sekolah itu pada September tahun lalu.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0402&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz3SaSBQWHd © Utusan Melayu (M) Bhd