bahan usulfiqh 8

Upload: paul-lancaster

Post on 07-Jan-2016

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sembelihan

TRANSCRIPT

MONDAY, FEBRUARY 25, 2008 http://agamaberitaharian.blogspot.my/2008/02/pemimpin-perlu-utamakan-kebajikan.htmlPemimpin perlu utamakan kebajikan rakyatOleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

KEPEMIMPINAN adalah satu bentuk amanah yang cukup berat, sarat dengan tanggungjawab dan kewajipan. Ini selaras dengan kewajipan sebagai khalifah di muka bumi ini yang Allah SWT kurniakan kepada manusia dengan misi membangun dan memakmurkan bumi.

Kepemimpinan itu bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya adalah tanggung jawab cukup getir. Ia bukan satu kelebihan atau kemegahan tetapi satu pengorbanan. Ia juga bukannya kesenangan dan kemewahan tetapi kerja keras dan usaha bersungguh-sungguh.

Bahkan ia bukan tindakan secara semberono dan membuta tuli tetapi tindakan penuh strategi dan perancangan. Pendek kata, kepemimpinan adalah wadah pembangunan, kemajuan, kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Perlu diinsafi, Islam menganggap setiap manusia sama ada lelaki mahupun perempuan secara umumnya adalah pemimpin. Paling minimum, setiap orang adalah pemimpin terhadap dirinya sendiri dan yang paling tinggi ialah tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat bawahannya.

Dalam hal ini, Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." (Hadis riwayat Bukhari)

Jelas daripada maksud hadis itu bahawa tanggungjawab dan kewajipan terpikul di bahu setiap Muslim berbeza antara satu sama lain bergantung kepada kedudukan dan kuasa kepemimpinan yang diamanahkan kepadanya.

Namun, tanggungjawab terbesar yang akan dipertanggungjawabkan kelak pada hari akhirat ialah tanggungjawab pemimpin terhadap rakyatnya. Tidak hairanlah Rasulullah SAW pernah memberi peringatan kepada setiap pemimpin mengenai tanggungjawab pemimpin yang sebenarnya.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Pemimpin yang menguasai urusan kaum Muslimin tetapi tidak bersungguh-sungguh memerhatikan kepentingan kaumnya, tidak nasihat menasihati demi kebaikan dan kesejahteraan mereka, kelak dia tidak dapat masuk syurga bersama-sama mereka." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah betapa besar dan beratnya tanggungjawab seorang pemimpin yang diamanahkan Allah SWT kepadanya kuasa kepemimpinan untuk menerajui rakyatnya ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa ingin berkhidmat dan berkorban demi kebahagiaan rakyat yang dipimpinnya dan tidak sekali-kali mengutamakan kepentingan dirinya, keluarganya mahu pun kerabat terdekatnya.

Lebih daripada itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pemimpin sesuatu bangsa pada hakikatnya adalah pelayan bagi bangsa itu." (Hadis riwayat Abu Na'im dan Ibnu Babuwaih)

Sehubungan itu, memadailah Rasulullah SAW dan Khulafa' al-Rasyidin sebagai contoh ikutan terbaik dalam konteks kepemimpinan unggul dalam lipatan sejarah Islam. Baginda Rasulullah SAW sendiri adalah pemimpin yang amat mengambil berat kebajikan rakyatnya dan Baginda sanggup berkorban demi kesejahteraan mereka.

Pernah satu hari, Saidatina Aisyah kebingungan untuk menyediakan hidangan makanan Baginda. Di dapur tidak ada bahan yang boleh dimasak kecuali segenggam gandum. Akhirnya, gandum yang sedikit itulah yang dimasaknya untuk hidangan bersama Rasulullah SAW.

Tatkala Rasulullah SAW hendak makan, tiba-tiba daripada depan pintu rumahnya datang seorang mengucapkan salam, iaitu seorang lelaki yang kurus kering tubuhnya dan pakaiannya nampak lusuh. Dia pun berkata: "Ya Rasulullah! Saya ini orang miskin. Kami sekeluarga dalam beberapa hari ini menahan lapar kerana kami tidak memiliki apa-apa lagi untuk dimakan. Oleh kerana itu, tolonglah kami."

Rasulullah SAW hanya terdiam dan Baginda tidak tahu bagaimana dia harus menjawab kerana Baginda sendiri pun tidak memiliki apa-apa. Akhirnya Baginda berkata: "Wahai saudaraku! Aku pun hari ini tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan kecuali sekeping roti bakar. Namun, kalau kamu mahu menerimanya, dengan senang hati akan aku berikan kepadamu.

Saidatina Aisyah tidak senang hati kerana tidak ada makanan lagi yang dapat mereka berdua makan pada hari itu. Lalu Aisyah berkata: "Mengapa Rasulullah lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri?"

Baginda menjawab: "Wahai isteriku! Aku adalah pemimpin rakyatku. Kewajipanku adalah memberikan layanan dan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Ingatlah, bagaimana aku harus menjawab apabila kelak Allah SWT bertanya kepadaku: Wahai Muhammad! Mana tanggungjawabmu sebagai pemimpin? Mengapa rakyatmu kelaparan sedangkan perutmu selalu kenyang?"

Begitulah contoh teladan ditunjukkan Rasulullah SAW sebagai pemimpin. Seorang pemimpin berkewajipan memberi layanan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di bawah pimpinannya. Pendek kata, kebahagiaan dan kesengsaraan rakyat adalah cermin kejayaan atau kegagalan pemimpin.

Keadaan ini amat berbeza dengan realiti masyarakat dewasa ini yang rata-rata tertipu dengan kekuasaan sehingga mereka sanggup berusaha mendapatkannya dan meraihnya dengan berbagai taktik serta cara biarpun dengan saluran yang kotor dan terlarang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kalian semua berlumba-lumba untuk mendapatkan kekuasaan padahal pada hari akhirat nanti akan menjadi penyesalan kamu sekalian. Berbahagialah orang yang tidak mengejarnya dan celakalah orang yang berlumba-lumba mendapatkannya." (Hadis riwayat Jama'ah)

Sabda Baginda lagi yang bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran. Seorang sahabat bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu, wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah saat kehancurannya." (Hadis riwayat Bukhari)

Kepemimpinan dalam Islam bukan sekadar kontrak perjanjian yang termeterai antara seorang pemimpin dengan masyarakat pimpinannya, tetapi juga satu ikatan perjanjian yang suci antaranya dengan Allah SWT dalam menjunjung titah dan perintah Ilahi serta menjauhi segala larangan-Nya. Pemimpin yang sebenar akan berkhidmat kerana Allah SWT dan akan berjuang menegakkan keadilan Islam demi kesejahteraan hidup rakyatnya.Posted byAgama Berita Harianat5:31 PMLabels:(A) Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi,Kepemimpinan,PemimpinNo comments:

http://umpir.ump.edu.my/4376/1/Siyasah_Syariah_KUIM.pdf

Sesungguhnya kebajikan rakyat hanya dapat disempurnakan dengan wujudnya pemerintah. Peranan tersebut adalah sukar dilaksanakan secara individu, kewujudan pemerintahan adalah cara terbaik untuk menyempurnakan kebajikan rakyat. Ia meliputi pengurusan dan pentadbiran yang cekap serta memerlukan kepada pemerintah sebagai penyelaras kuasa. Tolong menolong, bekerjasama dan bersatu padu adalah unsur-unsur yang perlu dan penting supaya kebajikan rakyat dapat dipenuhi. Unsur-unsur ini selamanya tidak akan mencapai tahap kecemerlangan tanpa wujudnya pemerintah yang adil

Boleh dikatakan keseluruhan masyarakat Malaysia hari ini heboh memperkatakan tentang politik tanah air. Walaupun begitu masih ada golongan yang tidak memahami maksud sebenar politik yang sering diperkatakan itu. Definisi politik mengikut Kamus Dewan membawa tiga maksud iaitu: 1) Ilmu (pengetahuan) berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain). 2) Segala sesuatu berkenaan pemerintah sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. 3) Kelicikan, muslihat dan tipu muslihat. Sekiranya ketiga-tiga maksud ini digabungkan dapatlah kita membuat satu kesimpulan dengan mengatakan bahawa politik adalah satu cabang dari cabang-cabang ilmu pengetahuan berkenaan dasar-dasar pemerintahan sesebuah negara meliputi hubungan dalam dan luar negara berdasarkan pengalaman, gaya tadbir, kelicikan dan tipu muslihat. Manakala Political Sciences pula adalah subjek yang membicarakan tentang ilmu pemerintahan dan politik. Kalimah siyasah syariyyah kini sangat popular pada masa kini yang juga boleh diertikan sebagai politik. Definasi siyasah atau politik sepertimana terkandung di dalam kitab sahih Muslim syarah Imam an-Nawawi adalah "Mentadbir sesuatu bagi kemaslahatannya". Secara sepintas lalu inilah definasi kepada politik atau siyasah yang dijalankan pada hari ini secara global sama ada ianya bersistemkan demokrasi atau autokrasi. Kesemuanya menjurus kepada mentadbirkan selok belok masyarakat dan negara dengan mempamerkan pelbagai senario. Politik atau siyasah secara global adalah bermaksud cara mentadbir sesuatu atau mengurusnya. Adapun mafhum siyasah syar`iyyah sepertimana yang disebut oleh ulamaulama terdahulu mempunyai dua makna. 13 1) Makna umum/am iaitu pentadbiran urusan-urusan manusia dan juga selok belok kehidupan dunia mereka berasaskan syarak. Dengan itu mereka mendefinasikan khalifah sebagai pengganti kepada Rasulullah s.a.w pada urusan menjaga agama dan politik pentadbirannya dengan agama. 2) Makna khas iaitu perkara yang dilihat oleh pemerintah atau yang dikeluarkannya daripada hukum-hukum serta perlembagaan untuk menghalang keburukan yang sedang berlaku atau dijangka akan berlaku atau untuk membaiki keadaan yang khusus/khas. Banyak politik hari ini terang-terang melanggar syariat Islam. Banyak politik hari ini tidak memperdulikan syarak. Banyak politik hari ini tidak mengenal batas haram dan halal, boleh diterima atau tidak. Politik hari ini berjalan mengikut persepsi, acuan dan hawa nafsu pendokongnya. Antara mereka ada yang menjadikan falsafah, fikrah-fikrah serta ideologi tertentu sebagai sumber rujukan yang dijadikan pegangan sepertimana yang dilakukan oleh puak sekularisme sama ada mereka yang menyokong dasar liberal mahupun berfahaman Marx. Ada juga yang mengamalkan politik gaya nafsu syahwat, kepentingan individu atau parti bagi mengekalkan kedudukan atau kerusinya tanpa memandang kepentingan masyarakat bersama, cita-cita serta nilai kewujudan mereka. Sistem politik-politik seperti ini tidak layak mendapatkan gelaran siyasah syar`iyyah atau politik yang dibenarkan, kerana ianya tidak menjadikan syarak sebagai dasar kegiatan dan sumber rujukan politiknya. Apabila kalimah siyasah atau politik dikaitkan atau diiringi dengan syarak dengan kata-kata siyasah syar`iyyah atau politik syar`iyyah, ada pihak-pihak yang cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa tiada kalimah politik atau siyasah di dalam Islam - there is no political in Islam. Golongan-golongan yang memperjuangkan politik Islam dengan syiar "Islam adalah agama dan politik" diserang oleh puak-puak sekularisme atau yang berfahaman serta memperjuangkan dasar-dasar sekularisme dengan syiar mereka "Mengasingkan agama dari negara", atau "Mengasingkan agama dari kehidupan seharian". Dalam ibarat yang lain sekularisme bermaksud tiada atau anti agama dan mengasingkan kehidupan dari kongkongan agama. Mereka mengatakan bahawa golongan yang menjadikan "Islam adalah agama dan politik" sebagai syiar mereka telah mencampuradukkan politik dengan agama seterusnya mengeksploitasikan agama untuk kepentingan politik. Mereka-mereka yang berkata sedemikian adalah puak-puak sekularisme atau mendokong dasar fahaman sekular. Dengan itu politik Islam mendapat tentangan hebat dari puak berfahaman sekular yang cuba mencelah masuk ke negara-negara Islam hari ini. Sistem politik demokrasi berparlimen adalah satusatunya sistem yang paling mirip dengan politik Islam. Politik demokrasi yang mirip kepada politik Islam adalah dilihat dari aspek kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat, mengkritik atau menegur kepimpinan. Walaupun begitu politik Islam tetap mempunyai gaya dan uslub (method) yang tersendiri mengatasi segala sistem politik yang lain. Politik Islam merupakan salah satu dari pelbagai cabang-cabang feqah Islami yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia. Sebagaimana dimaklumi Islam menitik beratkan kepada beberapa hubungan yang telah disebutkan sebagai asas kepada politik Islam iaitu adalah seperti berikut : i) Merangkumi hubungan manusia dengan Penciptanya yang disebut sebagai feqah ibadah. 14 ii) Merangkumi hubungan manusia dengan kehidupan dirinya secara khusus yang disebut sebagai feqah halal dan haram. iii) Merangkumi hubungan individu dengan keluarganya mengenai urusan nikah, cerai, wasiat, harta pusaka dan sebagainya yang disebut sebagai al-Ahwal as-Syakhsiyyah. iv) Merangkumi hubungan individu dengan masyarakat dalam segala urusan dan tindakan seharian yang disebut sebagai al-Qanun al-Madani atau Tijari (urusan perniagaan). v) Merangkumi hubungan dua hala di antara sebuah negara Islam dengan negara-negara Islam yang lain juga negara bukan Islam atau dalam erti kata lain hubungan antarabangsa dalam semua aspek dan situasi, dalam keadaan aman mahupun darurat atau peperangan. Politik Islam juga merangkumi hubungan manusia dengan negara atau hubungan pengadilan dengan yang diadili atau pemerintah dengan rakyat jelata atau Kerajaan dengan masyarakat atau dalam erti kata lain sebagai al-Feqah ad-Dusturi (Feqah Pelembagaan).

http://www.ukm.my/hairun/EX3613/kuliah%201.pdf

PEMERINTAH ISLAM DAN EKONOMI Konsep Pemerintah dan Negara Dalam Islam Islam adalah satu cara hidup yang lengkap. Untuk melaksanakan cara hidup ni, ia memerlukan satu organisasi masyarakat yang tersusun berdasarkan kepada ajaran yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Lapisan organisasi masyarakat manusia yang tertinggi ialah kerajaan atau pemerintah. Ini kerana pemerintah mempunyai kuasa politik untuk memastikan semua kegiatan sosio-ekonomi dalam masyarakat dapat dilaksanakan dengan teratur berdasarkan kepada prinsip dan dasar yang telah ditentukan. Apabila anggota masyarakat mematuhi dan melaksanakan segala prinsip dan dasar ditetapkan oelh pemerintah, maka akan wujud satu negara. Apabila pemerintah itu menentukan prinsip dan dasar yang dikehendaki oleh Islam, maka pemerintah tersebut dinamakan pemerintah atau kerajaan Islam dan negara yang dihasilkan adalah negara Islam. Kemuncak kepada kerajaan Islam ini ialah khalifah, imam atau ketua negara. Tugas utama pemerintah Islam ialah bertindak sebagai khalifah Allah di bumi dengan menguruskan segala urusan sosial, politik dan ekonomi dalam negara berkenaan berdasarkan kepada syariah supaya aqidah Islam yang kuat sentiasa dapat dipertahankan. Justeru itu, pemerintah dan negara adalah merupakan alat untuk mencapai matlamat akhir kehidupan manusia iaitu mencapai keredhaan Allah. Melalui sistem bernegara, mereka yang beriman kepada Allah akan dapat mengagungkan Allah dengan sempurna kerana mereka mampu melaksanakan segala urusan berdasarkan kepada hukum ketuhanan. Manusia sebagai hamba Allah, tidak berhak membatalkan hukum ketuhanan ini. Dengan keyakinan yang sedemikian, negara Islam dapat diwujudkan kerana segala perancangan dan perlaksanaan mudah dilakukan melalui musyawarah daripada semua lapisan masyarakat daripada pihak pemerintah sehingga kepada rakyat biasa. Dalam hal yang sedemikian, maka kebanyakkan ahli fikir menyatakan bahawa negara Islam adalah bersifat demokratik. Antara perlaksanaan konsep musyawarah yang penting adalah pemilihan ketua negara atau khalifah. Khalifah juga boleh dipanggil sebagai amir atau imam. Para ulama sepakat mengatakan bahawa adalah satu kemestian bagi orang Islam untuk memilih seorang ketua bagi memudahkan urusan negara. Khalifah atau ketua negara itu akan bertanggungjawab membentuk satu sistem pemerintahan supaya menjaga kebajikan kerohanian dan kebajikan kebendaan rakyatnya. Manakala tuga setiap rakyat adalah untuk mematuhi pemerintah. Oleh kerana itu, pemerintah perlu terlibat dalam membentuk dasar dan strategi yang boleh membantu meningkatkan kebajikan rakyatnya. Antara dasar dan strategi berkenaan yang berkaitan dengan ekonomi adalah melalui dasar fiskal dan kewangan. Pemerintah juga bertanggungjawab dalam melaksanakan strategi dan dasardasar yang lain dalam memastikan kebajikan rakyatnya terpelihara. Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang menunjukkan hak pemerintah mengawasi serta memandu rakyat dalam pelbagai lapangan kehidupan. Contohnya Surah 4 : 59, 5: 52, 3: 139 dan sebagainya. 1 Fungsi Pemerintah dalam Ekonomi 1. menghapuskan kemiskinan, mencapai gunatenaga penuh dan pertumbuhan ekonomi yang optimum. Allah menjadikan manusia bersama-sama dengan pelbagai sumber dan ia adalah amanah Allah. Manusia perlu menggunakannya secara cekap dan optimum melalui panduan dan arahan daripada pemerintah. Kesannya kemiskinan boleh di atasi dan ekonomi akan sentiasa berada dalam gunatenaga penuh. Perancangan penggunan tenaga perlu dilakukan seperti latihanlatihan, pendidikan, R&D dll perlu dilaksanankan. Penyediaan infrastruktur perlu dilaksanakan seperti jalanraya, sekolah dsb ke arah pencapaian matlamat tersebut. 2. Mengekalkan kestabilan Nilai Benar Wang Ia penting bukan sahaja utk menjamin pertumbuhan ekonomi tetapi juga berkaitan dengan keadilan sosial. Nilai wang adalah ukuran perlu disempurnakan dalam kegiatan masyarakat Kesan negatif akan timbul jika nilai wang tak stabil o Terkurang nilai o Terlebih nilai 3. Menjamin keadilan sosial dan ekonomi Aspek pendidikan, kesihatan, perumahan & kebajikan masy. Hub ant pekerja & majikan Setiap transaksi ekonomi dll 4. Memastikan kesaksamaan agihan pendapatan & kekayaan Jika jurang adalah besar- timbul permusuhan ant kaya & miskin. Pemerintah akan menjalankan pelbgi dasar termasuklah percukaian agar rakyat dapat menikmati kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pendidikan dsb. 5. Memelihara undang-undang & ketenteraan Penggubalan undang-undang agar wujud ketenteraman Penguatkuasaan oleh kerajaan melalui pelbagai gensi termasuklah pihak polis. Melengkapkan aspek ketenteraan supaya dapat pertahankan tanah air dari pelbagai musuh terutamanya bukan Islam 6. Menyelaras hub Antarabangsa Antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam Kerjasama dilakukan bukan sahaja aspek ekonomi, malah aspek sosial, politik dsb.

https://www.academia.edu/3997126/Erti_Ekonomi_Politik_Islam_oleh_Mohd_Syakir_Mohd_Rosdibahan tak copy lagi..................................

Sebagai kesimpulan, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor hasil. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan emosi dan tekanan fizikal yang rendah. Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan ke arah pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan. Justeru itu, untuk mencapai kecemerlangan kualiti hidup melalui pendidikan, perhatian awal harus tertumpu kepada kanak-kanak. Kanak-kanak adalah khazanah dunia yang paling berharga kerana pendidikan terawal bermula dari zaman kanak-kanak

, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusiaKEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM PENBENTUKAN KUALITI HIDUP SEJAHTERA Dr Affizal Ahmad Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan http://web.usm.my/education/MEDC/Vol2/1.%20KEPENTINGAN%20PENDIDIKAN%20DALAM%20PENBENTUKAN%20KUALITI%20HIDUP.pdf

Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang menpunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan di negara ini.Walaupun perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci,Namun,perlembaggaan tersebut telah berjaya menlicinkan pertadbian negara dan mewujudkan keamanan serta kestabilan negara.Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.Hal ini kerana,sejarah pembentukan perlembagaan adalah atas dasar persetujuai semua kaum.Perlembagaan juga menjadi dasar kepada perbentukan sistem Demokrasi berparlimen di Malaysia.Melalui perlembagaan,setiap warganegara sama pemerintah atau rakyat mendapat hak masing -masing dan pembelaan yang sewajarnya.

Para pemimpin bertanggungjawab menjaga hal-ehwal keselamatan, perundangan (termasuk perlaksanaan syariat hudud), menjaga ekonomi negara, dan keperluan rakyatnya yang bersesuaian dengan agama. Termasuk dalam urusan pemimpin adalah memerangi orang-orang yang menentang Islam dan ahli bidah. Semua ini selain menjadi tanggungjawab utama para pemimpin, ia perlu dibantu pula oleh para ulama (para ilmuan) dalam bidangnya masing-masing bagi memperkukuhkan kebaikan-kebaikan demi kepentingan bersama dan bagi meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Taala.