bahan kokum

15
REFLEKSI PENDIDIKAN Khas menurut Akta Pendidikan 1996 bermaksud pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid khas. Antara kategori pelajar pendidikan khas di Malaysia adalah insan yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran, pintar cerdas dan juga pemulihan. Akibat daripada ketidakupayaan mereka, maka golongan ini memerlukan pendidikan yang diubahsuai bagi memudahkan mereka melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Untuk memenuhi keperluan individu, P&P yang dijalankan perlu fleksibel selaras dengan Peraturan- peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 yang menyatakan bahawa guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. Pelajar pendidikan khas juga merupakan manusia yang boleh berjaya dengan syarat mereka dibimbing dengan baik oleh pengajarnya. Semua pelajar mempunyai kesamaan dari segi kepentingan pendidikan dan pada masa yang sama, kaedah menyampaikan pengajaran dan gaya pembelajaran adalah pelbagai mengikut ciri unik individu. Maka, ternyatalah bahawa pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran memerlukan pengajaran yang berpusatkan kepada keperluan mereka. Maka kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana amalan dan persepsi guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran terhadap strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar terhadap pelajar bermasalah pembelajaran. Sebagai guru pendidikan khas kita perlu mempunyai ilmu yang lengkap dan mengetahui selok belok pendidikan khas yang kita ceburi. Kita perlu melengkapkan diri kita dengan segala ilmu yang dapat membantu kita dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita juga perlu mempunyai maklumat berkenaan kategori lain dalam bidang pendidikan khas supaya kita tidak terkial-kial menjawab persoalan yang dikemukan oleh orang ramai. Perlu diingat bahawa guru khas bukan sahaja sebagai guru yang mengajar di sekolah tetapi mereka juga merupakan pakar rujuk oleh ibu bapa atau guru- guru lain berkenaan pelajar berkeperluan khas. Guru pendidikan khas haruslah lebih kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar-pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika berada di dalam kelas. Guru-guru perlu pandai untuk mencari kelemahan serta kekuatan pelajar seterusnya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Guru-guru juga perlu mempunyai sikap yang baik terhadap pengajarannya dan perlu mewujudkan hubungan yang baik bersama pelajar.

Upload: daniel-nur-haqeem

Post on 03-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bahan kokum

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Kokum

REFLEKSI

PENDIDIKAN Khas menurut Akta Pendidikan 1996 bermaksud pendidikan yang disediakan

untuk memenuhi keperluan murid-murid khas. Antara kategori pelajar pendidikan khas di

Malaysia adalah insan yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran, pintar

cerdas dan juga pemulihan.

Akibat daripada ketidakupayaan mereka, maka golongan ini memerlukan pendidikan

yang diubahsuai bagi memudahkan mereka melibatkan diri dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Untuk memenuhi keperluan individu, P&P yang dijalankan perlu

fleksibel selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 yang

menyatakan bahawa guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau

pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti mata pelajaran dan bahan bantu

mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

Pelajar pendidikan khas juga merupakan manusia yang boleh berjaya dengan syarat

mereka dibimbing dengan baik oleh pengajarnya. Semua pelajar mempunyai kesamaan

dari segi kepentingan pendidikan dan pada masa yang sama, kaedah menyampaikan

pengajaran dan gaya pembelajaran adalah pelbagai mengikut ciri unik individu. Maka,

ternyatalah bahawa pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran memerlukan

pengajaran yang berpusatkan kepada keperluan mereka.

Maka kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana amalan dan persepsi guru

pendidikan khas bermasalah pembelajaran terhadap strategi pengajaran yang

berpusatkan pelajar terhadap pelajar bermasalah pembelajaran.

Sebagai guru pendidikan khas kita perlu mempunyai ilmu yang lengkap dan mengetahui

selok belok pendidikan khas yang kita ceburi. Kita perlu melengkapkan diri kita dengan

segala ilmu yang dapat membantu kita dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita juga

perlu mempunyai maklumat berkenaan kategori lain dalam bidang pendidikan khas

supaya kita tidak terkial-kial menjawab persoalan yang dikemukan oleh orang ramai.

Perlu diingat bahawa guru khas bukan sahaja sebagai guru yang mengajar di sekolah

tetapi mereka juga merupakan pakar rujuk oleh ibu bapa atau guru-guru lain berkenaan

pelajar berkeperluan khas.

Guru pendidikan khas haruslah lebih kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar-

pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika berada di dalam kelas. Guru-guru

perlu pandai untuk mencari kelemahan serta kekuatan pelajar seterusnya menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Guru-guru juga perlu mempunyai

sikap yang baik terhadap pengajarannya dan perlu mewujudkan hubungan yang baik

bersama pelajar.

Faktor kejayaan program ini terletak pada kebijaksanaan guru dalam mengendalikannya

Page 2: Bahan Kokum

selain faktor ibu bapa, guru biasa, pihak pengurusan KPM atau pun sekolah. Guru perlu

bijak untuk memilih strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar mereka

yang nyata cukup istimewa. KESIMPULAN

Kanak-kanak  berkeperluan  khas  merupakan  individu  yang  harus 

diberikan  bantuan  agar  mereka  mampu  untuk  menghadapi  cabaran  hidup.

 Salah  satu  bantuan  yang  dapat  diberikan  kepada  mereka  ialah  dengan

melakukan  proses  penilaian  kanak-kanak  berkeperluan  khas  seawal yang 

mungkin.  Dengan  adanya  proses  penilaian  ini,  kita  dapat  mengetahui 

ketidakupayaan  mereka  dengan  lebih  spesifik  sekaligus  dapat  mengetahui 

tindakan-tindakan  yang  perlu  diambil  oleh  pihak-pihak  berkenaan  seperti  ibu 

bapa  dan  guru  sekolah.  Salah  satu  tindakan  yang  boleh  diambil  oleh  ibu 

bapa  kanak-kanak  berkeperluan  khas  selepas  mengetahui  ketidakupaayaan 

mereka  ialah  menyediakan  satu  persekitaran  yang  kondusif  bagi  kanak-kanak 

ini  membesar  dan  agar  mereka  dapat  berinteraksi  serta  berkomunikasi 

senormal  yang  mungkin.  Manakala  pada  pihak  guru  pula,  mereka  berpeluang 

untuk  merancang  satu  rancangan  pengajaran  yang  bersesuaian  dengan  tahap 

kognitif  kanak-kanak  berkeperluan  khas.  Malah,  penempatan  kanak-kanak  ini 

sama  ada  ke  sekolah  inklusif,  integrasi  ataupun  PDK  dapat  ditentukan  melalui 

proses  penilaian  ini.

Proses  penilaian  ini  sudah  pastinya  berkait  rapat  dengan  model-model 

penilaian  kanak-kanak  khas.  Setiap  penilaian  yang  dilakaukan  adalah 

berdasarkan  model-model  ini  seperti  model  biogenik,  model  psikodinamik, 

model  psikopendidikan  dan  model  tingkah  laku.  Setiap  model  ini  pula  adalah 

berasaskan  teori-teori  yang  berhubung  kait  dengan  keperluan  dan  kepentingan 

proses  penilaian  kanak-kanak  berkeperluan  khas.  Model  tingkah  laku 

contohnya,  merupakan  satu  model  yang  berasaskan  teori  tingkah  laku  yang 

menyatakan  bahawa  kehidupan  manusia  dipengaruhi  oleh  ransangan  daripada 

persekitaran  dan  bukannya  oleh  unsur-unsur  dalaman  seseorang  individu.  Oleh 

itu,  proses  penilaian  yang  dilakukan  haruslah  merangkumi  tingkah  laku  kanak-

Page 3: Bahan Kokum

kanak  khas  secara  menyeluruh  seperti  aktiviti  kanak-kanak  semasa  di  rumah, 

sekolah  ataupun  di  taman  permainan.

Kesimpulannya,  proses  penilaian  dan  model-model  penilaian  kanak-

kanak  berkeperluan  khas  adalah  saling  berkait  rapat  antara  satu  sama   lain 

dan  harus  diketahui  oleh  setiap  penilai  sebelum  membuat  sesuatu  penilaian 

terhadap  kanak-kanak  khas.  Hal  ini  adalah  supaya  hasil  penilaian  tersebut 

adalah  tepat  dan  boleh  digunakan  untuk  membantu  dalam  proses 

perkembangan  kanak-kanak  khas. 

KONSEP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

.Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentangperkembangan dan kemajuan murid dengan

menggunakan pelbagai kaedah. lamerupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras denganSeksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta

550). Secara keseluruhannya penaksiran danpenilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid

bagimemperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran danpenialain membolehkan guru

mengambil tindakan susulan yang berkesan danseterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap

optimum dalamdomain kognitif, afektif dan psikomotor

Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepadatiga proses utama

iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses keduamelaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah

merekod maklumat

Page 4: Bahan Kokum

Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslahdiambil kira agar penilaian dan penaksiran

yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal

pasti muridyang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,yang ketiga menentukan

instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnyaadalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan

tempoh masapemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaianhendak dijalankan

Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perludititikberatkan. Instrumen yang dibina

seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuanyang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan

perludiingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja.Dalam proses kedua iaitu proses

melaksanakan penaksiran dan penilaian pula,perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan

penilaian

Page 5: Bahan Kokum

Pelajar perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut bagi memenuhi keperluan

tugasan bagi seminar ini. 

Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumusan Ceramah Tajuk 1 (T2A1)

Berdasarkan kepada video seminar yang telah dimuat naik dalam portal EPiC, anda

dikehendaki membuat rumusan terperinci berkaitan Tajuk 1 Pembangunan

Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri. Rumusan

tersebut harus merangkumi aspek-aspek penting yang telah dibentangkan.

Hadkan rumusan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada  19

Februari 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A1.

 Tugasan 2 Aktiviti 2:  Ulasan Ceramah Tajuk 2 (T2A2)

Membuat ulasan secara kritis bagi Tajuk 2 : Motivasi Pelajar berdasarkan kepada

persoalan-persoalan berikut:

a)    Apakah faedah yang akan diperolehi oleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan

Guru; dan

b)    Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengikuti

Program Pensiswazahan Guru.

Hadkan ulasan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 2 sebelum atau pada 25

MAC 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A2. 

Tugasan 2 Aktiviti 3: Jurnal Reflektif (T2A3)

Imbas kembali aspek-aspek penting yang telah anda perolehi semasa mendengar kedua-

dua ceramah. Cuba fikirkan adakah aspek-aspek yang telah disarankan menggambarkan

situasi diri anda sebagai seorang guru pada masa ini?  Selanjutnya, sejauhmanakah anda

dapat melaksanakan saranan-saranan tersebut demi meningkatkan kerjaya diri sebagai

seorang guru yang boleh membawa kepada keberhasilan murid.

Hadkan Jurnal Relektif anda kepada 3 muka surat sahaja. 

 Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 3 sebelum atau pada 8

MEI 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A3 (Reflektif Jurnal).

Page 6: Bahan Kokum

 

5.0 KESEUAIAN ITEM DAN UJIAN

5.1 Indeks Kesukaran Item

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah indeks kesukaran

item.. Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu

item itu mudah dijawab atau susah dijawab.Indeks kesukaran dengan menggunakan nisbah

bilangan calon yang member jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang

menjawab item tersebut.Contohnya:-

Bilangan calon yang memberikan jawapan betul P= Jumlah calon yang menjawab

Tujuan indeks kesukaran digunakan adalah memudahkan guru mengenal pasti konsep

yang perlu diajar semula iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat

dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan sukar).Selain itu guru dapat mengenal pasti an

melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum iaitu yang boleh dikuasai

pelajar dan tidak dapat dikuasai oleh pelajar.Guru juga dapat member maklum balas kepada

pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran dan

pembelajaran yang di

5.2 Indeks Diskriminasi Item

Indeks diskriminasi merupakan indeks untuk mengenal pasti calon atau pelajar yang

berkeupayaan tinggi , matlamat tertentu seperti melanjutkan pelajaran kedalam bidang

terentu.Item atau soalan yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara

mereka yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi.Contohnya:-

(R U -R L )

(d) [ 1 T(L+U)]

2

Tujuan indeks diskriminasi ini digunakan adalah untuk mengenal pasti konsep yang perlu

diajar semula iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh

Page 7: Bahan Kokum

sebahagian pelajar-pelajar pandai.Selain itu, guru dapat mengenal pasti dan melaporkan

kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian kurikulum iaitu yang tidak boleh dikuasai pelajar

pandai.Guru juga dapat membri maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan

mereka bagi setiap tauk pengajaran yang diuji.Guru juga dapat mengenal pasti jenis soalan

yang bias kepada sesuatu kandungan seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa

pengajaran atau langsung diajar.

Page 8: Bahan Kokum
Page 9: Bahan Kokum
Page 10: Bahan Kokum