Download - Bahan Kokum
REFLEKSI
PENDIDIKAN Khas menurut Akta Pendidikan 1996 bermaksud pendidikan yang disediakan
untuk memenuhi keperluan murid-murid khas. Antara kategori pelajar pendidikan khas di
Malaysia adalah insan yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran, pintar
cerdas dan juga pemulihan.
Akibat daripada ketidakupayaan mereka, maka golongan ini memerlukan pendidikan
yang diubahsuai bagi memudahkan mereka melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Untuk memenuhi keperluan individu, P&P yang dijalankan perlu
fleksibel selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 yang
menyatakan bahawa guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau
pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.
Pelajar pendidikan khas juga merupakan manusia yang boleh berjaya dengan syarat
mereka dibimbing dengan baik oleh pengajarnya. Semua pelajar mempunyai kesamaan
dari segi kepentingan pendidikan dan pada masa yang sama, kaedah menyampaikan
pengajaran dan gaya pembelajaran adalah pelbagai mengikut ciri unik individu. Maka,
ternyatalah bahawa pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran memerlukan
pengajaran yang berpusatkan kepada keperluan mereka.
Maka kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana amalan dan persepsi guru
pendidikan khas bermasalah pembelajaran terhadap strategi pengajaran yang
berpusatkan pelajar terhadap pelajar bermasalah pembelajaran.
Sebagai guru pendidikan khas kita perlu mempunyai ilmu yang lengkap dan mengetahui
selok belok pendidikan khas yang kita ceburi. Kita perlu melengkapkan diri kita dengan
segala ilmu yang dapat membantu kita dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita juga
perlu mempunyai maklumat berkenaan kategori lain dalam bidang pendidikan khas
supaya kita tidak terkial-kial menjawab persoalan yang dikemukan oleh orang ramai.
Perlu diingat bahawa guru khas bukan sahaja sebagai guru yang mengajar di sekolah
tetapi mereka juga merupakan pakar rujuk oleh ibu bapa atau guru-guru lain berkenaan
pelajar berkeperluan khas.
Guru pendidikan khas haruslah lebih kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar-
pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika berada di dalam kelas. Guru-guru
perlu pandai untuk mencari kelemahan serta kekuatan pelajar seterusnya menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Guru-guru juga perlu mempunyai
sikap yang baik terhadap pengajarannya dan perlu mewujudkan hubungan yang baik
bersama pelajar.
Faktor kejayaan program ini terletak pada kebijaksanaan guru dalam mengendalikannya
selain faktor ibu bapa, guru biasa, pihak pengurusan KPM atau pun sekolah. Guru perlu
bijak untuk memilih strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar mereka
yang nyata cukup istimewa. KESIMPULAN
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan individu yang harus
diberikan bantuan agar mereka mampu untuk menghadapi cabaran hidup.
Salah satu bantuan yang dapat diberikan kepada mereka ialah dengan
melakukan proses penilaian kanak-kanak berkeperluan khas seawal yang
mungkin. Dengan adanya proses penilaian ini, kita dapat mengetahui
ketidakupayaan mereka dengan lebih spesifik sekaligus dapat mengetahui
tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh pihak-pihak berkenaan seperti ibu
bapa dan guru sekolah. Salah satu tindakan yang boleh diambil oleh ibu
bapa kanak-kanak berkeperluan khas selepas mengetahui ketidakupaayaan
mereka ialah menyediakan satu persekitaran yang kondusif bagi kanak-kanak
ini membesar dan agar mereka dapat berinteraksi serta berkomunikasi
senormal yang mungkin. Manakala pada pihak guru pula, mereka berpeluang
untuk merancang satu rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
kognitif kanak-kanak berkeperluan khas. Malah, penempatan kanak-kanak ini
sama ada ke sekolah inklusif, integrasi ataupun PDK dapat ditentukan melalui
proses penilaian ini.
Proses penilaian ini sudah pastinya berkait rapat dengan model-model
penilaian kanak-kanak khas. Setiap penilaian yang dilakaukan adalah
berdasarkan model-model ini seperti model biogenik, model psikodinamik,
model psikopendidikan dan model tingkah laku. Setiap model ini pula adalah
berasaskan teori-teori yang berhubung kait dengan keperluan dan kepentingan
proses penilaian kanak-kanak berkeperluan khas. Model tingkah laku
contohnya, merupakan satu model yang berasaskan teori tingkah laku yang
menyatakan bahawa kehidupan manusia dipengaruhi oleh ransangan daripada
persekitaran dan bukannya oleh unsur-unsur dalaman seseorang individu. Oleh
itu, proses penilaian yang dilakukan haruslah merangkumi tingkah laku kanak-
kanak khas secara menyeluruh seperti aktiviti kanak-kanak semasa di rumah,
sekolah ataupun di taman permainan.
Kesimpulannya, proses penilaian dan model-model penilaian kanak-
kanak berkeperluan khas adalah saling berkait rapat antara satu sama lain
dan harus diketahui oleh setiap penilai sebelum membuat sesuatu penilaian
terhadap kanak-kanak khas. Hal ini adalah supaya hasil penilaian tersebut
adalah tepat dan boleh digunakan untuk membantu dalam proses
perkembangan kanak-kanak khas.
KONSEP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK
.Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentangperkembangan dan kemajuan murid dengan
menggunakan pelbagai kaedah. lamerupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras denganSeksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta
550). Secara keseluruhannya penaksiran danpenilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid
bagimemperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran danpenialain membolehkan guru
mengambil tindakan susulan yang berkesan danseterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap
optimum dalamdomain kognitif, afektif dan psikomotor
Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepadatiga proses utama
iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses keduamelaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah
merekod maklumat
Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslahdiambil kira agar penilaian dan penaksiran
yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal
pasti muridyang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,yang ketiga menentukan
instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnyaadalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan
tempoh masapemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaianhendak dijalankan
Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perludititikberatkan. Instrumen yang dibina
seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuanyang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan
perludiingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja.Dalam proses kedua iaitu proses
melaksanakan penaksiran dan penilaian pula,perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan
penilaian
Pelajar perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut bagi memenuhi keperluan
tugasan bagi seminar ini.
Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumusan Ceramah Tajuk 1 (T2A1)
Berdasarkan kepada video seminar yang telah dimuat naik dalam portal EPiC, anda
dikehendaki membuat rumusan terperinci berkaitan Tajuk 1 Pembangunan
Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri. Rumusan
tersebut harus merangkumi aspek-aspek penting yang telah dibentangkan.
Hadkan rumusan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.
Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada 19
Februari 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A1.
Tugasan 2 Aktiviti 2: Ulasan Ceramah Tajuk 2 (T2A2)
Membuat ulasan secara kritis bagi Tajuk 2 : Motivasi Pelajar berdasarkan kepada
persoalan-persoalan berikut:
a) Apakah faedah yang akan diperolehi oleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan
Guru; dan
b) Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengikuti
Program Pensiswazahan Guru.
Hadkan ulasan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.
Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 2 sebelum atau pada 25
MAC 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A2.
Tugasan 2 Aktiviti 3: Jurnal Reflektif (T2A3)
Imbas kembali aspek-aspek penting yang telah anda perolehi semasa mendengar kedua-
dua ceramah. Cuba fikirkan adakah aspek-aspek yang telah disarankan menggambarkan
situasi diri anda sebagai seorang guru pada masa ini? Selanjutnya, sejauhmanakah anda
dapat melaksanakan saranan-saranan tersebut demi meningkatkan kerjaya diri sebagai
seorang guru yang boleh membawa kepada keberhasilan murid.
Hadkan Jurnal Relektif anda kepada 3 muka surat sahaja.
Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 3 sebelum atau pada 8
MEI 2014. Namakan fail laporan anda sebagai T2A3 (Reflektif Jurnal).
5.0 KESEUAIAN ITEM DAN UJIAN
5.1 Indeks Kesukaran Item
Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah indeks kesukaran
item.. Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu
item itu mudah dijawab atau susah dijawab.Indeks kesukaran dengan menggunakan nisbah
bilangan calon yang member jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang
menjawab item tersebut.Contohnya:-
Bilangan calon yang memberikan jawapan betul P= Jumlah calon yang menjawab
Tujuan indeks kesukaran digunakan adalah memudahkan guru mengenal pasti konsep
yang perlu diajar semula iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat
dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan sukar).Selain itu guru dapat mengenal pasti an
melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum iaitu yang boleh dikuasai
pelajar dan tidak dapat dikuasai oleh pelajar.Guru juga dapat member maklum balas kepada
pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran dan
pembelajaran yang di
5.2 Indeks Diskriminasi Item
Indeks diskriminasi merupakan indeks untuk mengenal pasti calon atau pelajar yang
berkeupayaan tinggi , matlamat tertentu seperti melanjutkan pelajaran kedalam bidang
terentu.Item atau soalan yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara
mereka yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi.Contohnya:-
(R U -R L )
(d) [ 1 T(L+U)]
2
Tujuan indeks diskriminasi ini digunakan adalah untuk mengenal pasti konsep yang perlu
diajar semula iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh
sebahagian pelajar-pelajar pandai.Selain itu, guru dapat mengenal pasti dan melaporkan
kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian kurikulum iaitu yang tidak boleh dikuasai pelajar
pandai.Guru juga dapat membri maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan
mereka bagi setiap tauk pengajaran yang diuji.Guru juga dapat mengenal pasti jenis soalan
yang bias kepada sesuatu kandungan seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa
pengajaran atau langsung diajar.