bahan bk sekolah

9
[Unit Disiplin ] [ Biasiswa ] [ Asrama ] [ Bimbingan & Kaunseling ] [ Pusat Sumber Sekolah ] [ SPBT ] UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING VISI, MISI DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING PENGENALAN Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan. Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan. Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok. VISI Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah MISI Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan,ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘ MADANI’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan. FALSAFAH Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2007

Upload: manupsipjj

Post on 13-Aug-2015

56 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Bk Sekolah

[Unit Disiplin] [ Biasiswa ] [ Asrama ] [ Bimbingan & Kaunseling ] [ Pusat Sumber Sekolah] [ SPBT ]

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELINGVISI, MISI DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN

BIMBINGAN & KAUNSELING

PENGENALAN

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan.  Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan.  Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok. 

VISI

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah

MISI

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan,ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘ MADANI’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

FALSAFAH

Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2007

Penaung: Pn. Fitriani Bte Wahid(Pengetua)

Penasihat: En.Othman Bin Idris( P.K.Hal Ehwal Murid )

Pengerusi: Pn. Norliza Bte Zakaria( Kaunselor Pelajar )

Setiausaha: Cik Masyitah Khadijah Mohd AminAhli Jawatankuasa:

Pn. Nurdayana MuhamadEn. Noran Zaidi Abdullah

Page 2: Bahan Bk Sekolah

En. Mohd Khusairi Mohd Pn. Amy ChongEn. Edward Sabinus

FUNGSI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.

2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru pentadbiran, kakitangan sekolah ibu bapa dan bekas pelajar.

3. Merancangkan, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori. 4. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Unit Bimbingan Kaunseling Kelompok dan tunjuk

ajar yang meransang perkembangan pelajar secara optimum. 5. Mengumpul,menyedia,menyebar maklumat UBK kepada semua pelajar. 6. Merancang, melaksana dan mengawal selia pekhidmatan kaunseling individu secara

profesional dan beretika. 7. Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua

pelajar 8. Merancang, melaksana,mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. 9. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan

pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol. 10. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti untuk

menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam & luar negara.

11. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan & Kaunseling Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa,guru,kakitangan bukan mengajar dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan & perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti,modul,model,instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah.

14. Merancang,menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.

15. Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelars Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar,guru,kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.

18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi- agensi luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. 20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang sekolah,Disiplin sekolah dan

jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas sekolah. 21. Menjadi penyelaras dalam program mentor mentee. 22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti

kolokium,motivasi,kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.

Halangan-halangan yang dihadapi

Page 3: Bahan Bk Sekolah

1. Keadaan bilik yang kurang kondusif. 2. Peralatan yang tidak mencukupi. 3. Kurangnya bahan rujukan. 4. Kewangan untuk mengadakan sesuatu program. 5. Persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling.

Cadangan mengatasi halangan yang timbul

1. Pengubahsuaian bilik kaunseling. 2. Melengkapkan keperluan peralatan & menambah bahan rujukan. 3. Guru-guru membantu mengubah persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling

(mewujudkan fikiran yang positif )

Tugas-tugas kaunselor:

Merancang dan memastikan kaunselor melaksanakan 22 tugas yang ditetapkan iaitu :

Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti K & B kaunseling sekolah. Buat kajian keperluan. Mengemaskini rekod dan inventori pelajar. Menyebarkan maklumat B & K. Aktiviti Bimbingan & Kaunseling kelompok, meransang perkembangan pelajar. Rancang dan laksanakan kaunseling individu secara profesional. Rancang aktiviti kemahiran belajar. Rancang pemilikan pelajar elektif. Rancang program pencegahan dadah, inhalar, rokok dan alkohol. Rancang pemilikan pelajar ke IPT. Rancang aktiviti/program keibubapaan. Menjadi Ex-Oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. AJK majlis Perancang sekolah. Penyelaras mentor-mentee. Dll.

Aktiviti kaunselor dapat dilihat secara holistik untuk mengembangkan potensi pelajar secara seimbang, berjiwa besar, jati diri, berwawasan dan berketrampilan perlu melaksanakan seperti berikut:

a) Akademik:

Penetapan potensi pelajar berdasarkan Head-Counts bersama PKI. Penetapan potensi ke IPTA/IPTS bersama PKI. Penetapan laluan kerjaya berasaskan potensi pelajar (tingkatan 5) bersama PKI.

b) Kemahiran Belajar:

Memberi kemahiran membaca, mencatat, pengurusan masa, pengurusan diri, mendengar, mengingat dll.

Program ini dibuat bersama PK Hem.

c) Kerjaya:

1. Inventori minat. 2. Inventori personaliti.

Page 4: Bahan Bk Sekolah

3. Inventori nilai. 4. Pemilikan mata pelajaran elektif. 5. Pengumpulan maklumat kerjaya. 6. Pendedahan kerjaya & peluang latihan kerjaya. 7. Penyebaran maklumat.

(Kaunselor dan guru subjek & penyelaras tingkatan)

d) Psiko Sosial & Kesejahteraan Mental:

1. Ujian Personaliti. 2. Senarai Semak Masalah. 3. Kemahiran Komunikasi. 4. Kemahiran Asertif. 5. Pengurusan Tekanan. 6. Pengekalan Penghargaan Kendiri/Self Esteem. 7. Perkembangan Keremajaan 8. Konsep Kendiri. 9. Pengendalian Kendiri. 10. Program Orentasi

(Kaunselor bersama guru agama)

e) Keibubapaan:

1. Komunikasi. 2. Kemahiran Keibubapaan. 3. Motivasi Keluarga.

(Kaunselor bersama PIBG/HEM)

f) Masalah Pelajar:

1. Kemahiran Komunikasi. 2. Kemahiran Penyelesaian Masalah. 3. PRS 4. Kemahiran Sosial. 5. Kemahiran Tegas Diri.

(Kaunselor bersama HEM dan guru disiplin)

SEKITAR PROGRAM MOTIVASI PELAJARPelajar Ting.5 SMTT 2007

07.02.2007 hingga 09.02.2007

Page 5: Bahan Bk Sekolah

TAKWIMUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TAHUN 2007

Januari

Page 6: Bahan Bk Sekolah

Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan

03.01.2007 1Pengurusan bilik kaunseling dan maklumat yang diperlukan

Semua AJK Keceriaan bilik

09.01.2007 2Persediaan Program Motivasi pelajar tingkatan 5

Semua AJKPerancangan dan agihan tugas

16.01.2007 3Mesyuarat AJK unit B&K Ko-Kurikulum kali pertama

Semua AJKPerancangan & agihan tugas

20.01.2007 3Program Motivasi Pelajar Tingkatan 5

Semua AJKSemua Pelajar Tingkatan 5

23.01.2007 4 Pemilihan PRS Semua AJK Pelajar Ting. 5

Februari Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan

06.02.2007 1Taklimat Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

Guru KaunselingProgram Budaya Cemerlang SMTT

13.02.2007 2

Mengenalpasti keperluan Pelajar             Tingkatan 4 (RESOSS)

Semua AJKBorang Kajian& Senarai Semak Masalah

20.02.2007 3 Teknik Pengurusan Diri Semua AJK Pelajar T.4

23.02.2007 4 Pemilihan PRS Semua AJK Pelajar T.4

Mac Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan

06.03.2007 1Persediaan Program Titian Kasih

Semua AJKPerancangan dan agihan tugas

11.03.2007 hingga 19.03.2007 cuti pertengahan penggal

20.03.2007 3 Program Titian Kasih Semua Guru Penyerahan pelajar

27.03.2007 4Ujian Personaliti, Ujian Minat dan Ujian Nilai Kerjaya

Guru Kaunseling Semua Pelajar T.4

April Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan

03.04.2007 2 Teknik belajar AJK B&K Pelajar Ting 5

10.04.2007 2Sebaran maklumat IPTA/S & Kerjaya

Guru kaunseling Penceramah Luar

17.04.2007 3 Keceriaan bilik Kaunseling Semua & Pelajar Ahli PRS

24.04.2007 4 Kursus Kepimpinan AJK B&K Ahli PRS

Mei Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan

02.05.2007 1Pertandingan buku skrap dan kerjaya

Guru B&K Semua Pelajar

08.05.2007 2 Mesyuarat UBK kali ke 2 Semua AJK Bilik kaunseling

Page 7: Bahan Bk Sekolah

15.05.2007 3Teknik menghadapi peperiksaan ( fasa I )

Guru kaunseling Pelajar T.5

22.05.2007 4 Sebaran maklumat kerjaya Guru kaunseling Papan Kenyataan

27.05.2007 hingga 11.06.2007 cuti pertengahan tahun

Jun Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan

12.06.2007 2 Kemahiran berkomunikasi Guru kaunseling PRS

19.06.2007 3Perjumpaan mentor –mantee kali ke dua

Semua guru Pelajar Ting 5

26.06.2007 4 Kajian jejakan Guru kaunseling Pelajar Lepasan SPM

Julai Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan

03.07.2007 1 Kecerian bilik kauseling Guru kaunseling Kemaskini bahan

10.07.2007 2 Sebaran Maklumat Kerjaya Guru kaunseling Papan Kenyataan

17.07.2007 3 Teknik Belajar Berkesan Guru kaunseling Pelajar asrama

24.07.2007 4 Kaedah penyelesaian masalah Guru kaunseling Ahli PRS

Ogos Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan

01.08.2007 1 Teknik belajar Guru kaunseling PRS

07.08.2007 2 Sebaran Maklumat Kerjaya Guru kaunseling Papan Kenyataan

14.08.2007 3 Teknik Belajar Berkesan Guru dan Pelajar Ahli PRS

19.08.2007 hingga 27.08.2007 (Cuti Semester kedua)

September Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan

04.09.2007 1 Perjumpaan PRS Guru kaunseling Ahli PRS

11.09.2007 2Teknik menulis resume & menghadiri temuduga

Guru kaunseling Pelajar yang berminat

18.09.2007 3 Sebaran Maklumat UPU Guru kaunseling Pelajar Ting 5

25.09.2007 4Teknik menghadapi peperiksaan (Fasa 2)

Guru kaunseling Pelajar Ting 5

Oktober Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan

02.10.2007 1 Perjumpaan Mentor Semua guru Galakan semangat

09.10.2007 1 Perjumpaan PRS AJK & PRS Latihan Asertif

13.10.2007-22.10.2007 Peperiksaan Akhir tahun ting 4

Page 8: Bahan Bk Sekolah

27.10.2007 4 Mesyuarat Unit B&K kali ketiga AJK B&K Bilik kaunseling

November Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan

01.11.2007 1Kemas kini dan pendokumentasian

AJK B&KData dan maklumat unit B&K

06.11.2007 2 Perancangan tahun 2007 AJK kaunseling Bilik kaunseling

13.11.2007 3Penyerahan laporan akhir tahun

Pengerusi Pentadbir

18.11.2007 hingga 03.01.2007 Cuti Akhir Tahun