bk1 layout akhir - usm | universiti sains malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan...

20
28 JULAI 2008 JILID39 BIL 1 RM 0.50 ConvEx’08 ketengah konsep Lestari Alam Sekitar Sistem yang julung kali diperkenalkan itu mendapat sambutan membanggakan serta di luar jangkaan.” -Mohd Azizudin Mohd Shariff ISNIN ISSN: 1397-7443 BeritaKampus SUARA DARI MENARA ILMU e-Daftar disambut baik 85 peratus pelajar yang mendaftar 37 hari tempoh mendaftar 1690 bilangan tertinggi dicatatkan Pusat Pengajian Pendidikan 98 peratus tertinggi dicatatkan Pusat Pengajian Kesihatan Berita selanjutnya di halaman-5 KAMPUS PTPTN LEWAT, MPP DISALAH- KAN-3 RENCANA KURANG UPAYA BUKAN PENGHALANG-16 AKSI USM LESU DI MASUM-19/20 “Semua usaha ini adalah untuk membantu bumi kita yang sedang menderita akibat pemanasan global dan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08 di QueensBay Mall di sini baru-baru ini. Majlis pra pelancaran tersebut telah menyaksikan acara konvoi berbasikal yang disertai oleh 40 pelajar yang juga penyelaras ConvEx’08 bermula dari QueensBay Mall ke Bukit Jambul sebelum tamat di USM. Upacara Konvokesyen Ke- 38 yang akan berlangsung pada 14 hingga 17 Ogos 2008 ini menyaksikan penganugerahan ijazah kepada lebih 7,000 graduan dan akan dirasmikan oleh Canselor USM , Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. E kspo Konvokesyen 2008, (ConvEx’08) Universiti Sains Malaysia (USM), bakal mengetengahkan konsep “Kelestarian Alam Sekitar dan Kampus” seiring dengan usaha menjadikan Universiti dalam taman ini sebagai Kampus Sejahtera. Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Ahmad Shukri Mustafa Kamal berkata, konsep tersebut adalah usaha untuk meneruskan program Earth Hour dan kempen White Coffin yang dijalankan oleh USM sebelum ini. “Konsep ini adalah sebagai manifestasi daripada program Earth Hour dan Kempen White Coffin yang dijalankan oleh USM sebelum ini. Oleh Siti Jumaayah Abdol Samat TNC HEAA melepaskan peserta konvoi semasa pra pelan pelacancaran ConvEx’08. MENYEMBAH BUMI.. POKOK BERHADAPAN UNIT KAUNSELING TUMBANG KIRA- KIRA JAM 12 TENGAHARI PADA 21 JULAI LALU. JABATAN KESELAMTAN TELAH MENGAMBIL LANGKAH SEGERA DENGAN MEMBERSIHKANNYA. JILID 41

Upload: trinhkien

Post on 06-Mar-2019

262 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

28 JULAI 2008JILID39 BIL 1

RM 0.50

ConvEx’08 ketengah konsep Lestari Alam Sekitar

“ Sistem yang julung kali diperkenalkan itu mendapat sambutan membanggakan serta di luar jangkaan.”

-Mohd Azizudin Mohd Shariff

ISNIN ISSN: 1397-7443

BeritaKampusSUARA DARI MENARA ILMU

e-Daftar disambut baik

85peratus pelajar yang mendaftar

37hari tempoh mendaftar

1690bilangan tertinggi

dicatatkan Pusat

Pengajian Pendidikan

98peratus tertinggi

dicatatkan Pusat

Pengajian Kesihatan

Berita selanjutnya di halaman-5

KAMPUSPTPTN LEWAT, MPP DISALAH-KAN-3

RENCANAKURANG UPAYA BUKAN PENGHALANG-16

AKSIUSM LESU DI MASUM-19/20

“Semua usaha ini adalah untuk membantu bumi kita yang sedang menderita akibat pemanasan global dan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08 di QueensBay Mall di sini baru-baru ini.

Majlis pra pelancaran tersebut telah menyaksikan acara konvoi berbasikal yang disertai oleh 40 pelajar yang juga penyelaras ConvEx’08 bermula dari QueensBay Mall ke Bukit Jambul sebelum tamat di USM.

Upacara Konvokesyen Ke-38 yang akan berlangsung pada 14 hingga 17 Ogos 2008 ini menyaksikan penganugerahan ijazah kepada lebih 7,000 graduan dan akan dirasmikan oleh Canselor USM , Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Ekspo Konvokesyen 2008, (ConvEx’08) Universiti Sains Malaysia (USM),

bakal mengetengahkan konsep “Kelestarian Alam Sekitar dan Kampus” seiring dengan usaha menjadikan Universiti dalam taman ini sebagai Kampus Sejahtera.

Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Ahmad Shukri Mustafa Kamal berkata, konsep tersebut adalah usaha untuk meneruskan program Earth Hour dan kempen White Coffin yang dijalankan oleh USM sebelum ini.

“Konsep ini adalah sebagai manifestasi daripada program Earth Hour dan Kempen White Coffin yang dijalankan oleh USM sebelum ini.

Oleh Siti Jumaayah Abdol Samat

TNC HEAA melepaskan peserta konvoi semasa pra pelan pelacancaran ConvEx’08.

MENYEMBAH BUMI..POKOK BERHADAPAN UNIT KAUNSELING TUMBANG KIRA-KIRA JAM 12 TENGAHARI PADA 21 JULAI LALU. JABATAN KESELAMTAN TELAH MENGAMBIL LANGKAH SEGERA DENGAN MEMBERSIHKANNYA.

JILID 41

Page 2: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Meja EditorialBK2

AUKU: Pinda Atau Mansuh

Bilangan 3Berita Kampus Jilid 38 Akhbar Makmal Kewartawanan

Penasihat/PensyarahTuan Haji Haroon Hj Awang

Pembantu KhasEncik Izaham Musa

Ketua Pengarang Mohd Hafizee B Mohd Arop

Timbalan Ketua PengarangMohd Firdaus B Ismail Nur Azira Bt Abdullah

Ketua PenyuntingEfarhana Bt Adenan

Timbalan Ketua PenyuntingAzila Bt Adonia

Ketua Atur Letak Hang Kean Lee

Pengurus Iklan Siti Fatimah Bt Yazid

Pengurus Pemasaran Nor Azmaliza Bt Mohd Yasin

Wartawan Adila Sharinni Wahid Ahmad Yusri Yusoff

Asmahanim AmirChan Siang Ling Chia Lee Ching Christina Bakar Eo Pee See Fadzilla Hernani Mohd Janis Farah MusaJauhariatul Akmal JoharKu Alnawirah Ku IsmailLau Chao Yi Mahiran Hj Ismail Maria Drahman Muhammad Nurul Firdaus AliMuhammad Nur HapisNoor Hafiza Che Abdullah

Noor Hajidah Hassan Nor Malini MohamadNor Hazwani Hamat Nur Azimah ZulkafliNurain AzmiNurul Nadia HamidRadhiah MohammadSakinah Alias Siti Harisah Abdullah Siti Jumaayah Abdol Samat Siti Mahfuzah Othman Siti Nurul Zahra Hamdan Sitie Nurhajartulziemah Mohd NorTan Eng Lan

Vega Aulia Pradipta Wan Norhaspalela Wan Ishak Yusrina MokhtarYasmalisa Yazid Yusrina Mokhtar

Penyelaras IklanC.J WongCindy MahasenTang Jia yi

Berita Kampus adalah akhbar makmal penuntut tahun akhir pengkhususan kewartawanan, Pusat pengajian Komunikasi, USM. Ia bukan pendirian dan pandangan

rasmi Universiti Sains Malaysia.

Kesepian Politik Kampus selepas Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar tahun

lalu kembali bergelora pada awal bulan ogos ini berikutan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyarankan supaya 10 % kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi Mara (UITM) dibuka kepada pelajar bukan Bu-miputera. Lantaran dari kenyataan tersebut pelbagai pihak telah mem-beri reaksi mereka tentang cadan-gan Khalid terutamanya pihak pen-tadbir UITM, pemimpin politik , Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain lagi berdasarkan semangat dan prinsip perjuangan mereka.

Kemuncak manifestasi bantah-an cadangan ini ialah apabila sera-mai 5000 orang pelajar UITM telah berarak ke bangunan Setiausah-Kerajaan Negeri Selangor pada 12 Ogos lalu untuk membantah cadangan tersebut. Bantahan yang berterusan telah digerakkan oleh mahasiswa dan mahasiswi cawan-gan UITM di seluruh Negara.

Selang seminggu kemudian pada 18 ogos 2008, sekumpulan pe-lajar yang mengelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Man-suh Auku (GMMA) telah menga-

dakan perhimpunan di pintu masuk bangunan Parlimen yang memban-tah pindaan yang disifatkan mereka sebagai pindaan kosmetik. Seba-liknya, mereka menuntut supaya AUKU dimansuhkan terus kerana dianggap sebagai mengongkong kegiatan pelajar. GMMA telah membawa patung mayat sebesar saiz manusia yang dikafankan den-gan kain putih diusung dari depan pintu bangunan Parlimen ke ping-gir Tugu Peringatan Negara bersa-makain rentang unrtuk membantah AUKU. Mereka cuba menggunak-an alat pembesar suara tetapi pihak berkuasa tidak membenarkannya. GMMA juga membantah tinda-kan pelajar UITM yang dibenar-kan menggunakan pembesar suara sedangkan mereka dilarang sama sekali menggunakan alat tersebut.

Di sini hal yang ingin diketen-gahkan ialah mengenai kewajaran perhimpunan dan demonstrasi yang telah diadakan itu dan bukannya ingin mengulas cadangan Khalid yang telah dianggap oleh seseten-gah pihak sebagai telah dipolitikan untuk kepentingan pihak tertentu.

Persolannya adakan kegiatan ini tidak menyalahi AUKU? Hal ini

timbul kerana tiada tindakan yang diambil terhadap pelajar-pelajar UITM yang diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar yang menga-dakan demonstrasi tersebut. Pada 20hb ogos lalu, Naib Canselor UITM akur dengan keputusan Ke-menterian Pengajian Tinggi (KPT) supaya pelajar-pelajar yang menga-dakan demonstrasi tersebut diambil tindakan yang sewajarnya kerana pada mulanya Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cuba untuk mempertahankan pe-lajar- pelajar tersebut. Namun, sehingga kini masih belum ada se-barang tindakan yang diambil oleh UITM terhadap pelajar- pelajar terbabit.

Mungkin kejadian ini ada hik-mahnya terutamanya dalam proses Kemneterian Pengajian Tinggi (KPT) membuat pindaan AUKU. KPT perlu mengambil inisiatif terbaik dengan mengambil kira semua kejadian yang berlaku ini dalam membuat keputusan samada AUKU dipinda sahaja atau diman-suhkan terus. Disamping itu, semua IPTA haruslah membuat pendirian yang seragam tentang perkara ini supaya pelajar tidak terus keliru.

Perpaduan Teras Kejayaan’ itu tema sambutan Hari Ke-merdekaan negara yang ke-

51. Namun bulan kemerdekaan pada tahun ini seolah-olah ham-bar tidak seperti tahun-tahun se-belumnya yang lebih meriah den-gan sambutan Jubli Emas.

Mungkinkah fenomena ini berlaku disebabkan kenaikan kos sara hidup dan peningkatan harga minyak? Atau apakah disebabkan tiada pemberian Jalur Gemilang percuma secara besar-besaran seperti tahun-tahun sudah? Atau mungkinkah rakyat sudah berasa selesa dan alpa dengan kemewa-han yang dikecapi kini?

Sememangnya tarikh 31 Ogos perlu diingati seluruh warga Malaysia bukan hanya untuk mengimbau sejarah ke-

merdekaan dan perit getir pejuang kemerdekaan tetapi perasaan cin-takan negara perlu disemai kukuh di hati. Perpaduan dan keharmoni-an mesti dipertahankan agar negara terus maju dan dihormati dunia.

Semua pihak terutamanya golongan mahasiswa perlu meme-lihara kemerdekaan dan mengu-kuhkan perpaduan tanpa mengira kaum, ras, agama dan warna kulit dengan pelbagai aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim.

Mahasiswa perlu memi-liki semangat patriotisme yang tinggi bagi mengharungi du-nia global yang lebih mencabar.

Usia ke-51 tahun ini sepatutnya menyedarkan mahasiswa agar ber-fikiran lebih matang dan gigih dalam menuntut ilmu bukannya menjadi

Sambutan Kemerdekaan Hambar‘ alat propaganda sesetengah pihak

yang mempunyai agenda tersendiri.Bertepatan dengan tema “Per-

paduan Teras Kejayaan” maha-siswa seharusnya memantapkan perpaduan dan terus berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.

Pengorbanan generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa perlu dijaga generasi kini.

Sambutan kemerdekaan kali ini yang jatuh hampir dengan bulan Ramadan Al-Mubarak sepatutnya mengajar mahasiswa erti kesyu-kuran. Perasaan syukur kerana di lahirkan sebagai rakyat Malaysia.

Berita Kampus mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan dan ke-pada umat Islam, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga Ramadan kali ini memberi seribu pengertian.

Sebutir Perak Olimpik Dan Sesuram Kompleks Sukan

pahit un tuk ditelan. Mengapakah situasi ini berlaku, adakah kita kekurangan fasiliti sukan? Jawa-pannya pasti kerana Kompekls Su-kan yang tersergam indah itu sudah pasti mampu menjadi gelanggang yang mampu melahirkan atlet-atlet yang berpontensi untuk membawa cabaran universiti. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, kemu-dahan-kemudahan itu seolah-olah dipandang sepi sahaja oleh warg-anya, hanya beberapa kerat sahaja daripada lebih sepuluh ribu pelajar yang menggunakan kemudahan itu. Adakah kesibukan sebagai pe-lajar benar-benar menghalang kita untuk aktif bersukan pada sebe-lah petang atau lebih enak tidur di desasiswa masing-masing. Itulah yang harus direnungkan dan juga mungkin menjadi cabaran kepada Unit Sukan sendiri supaya lebih proaktif dalam usaha melahirkan atlet yang mampu menyumbang kepada gemilang universiti.

Walau bagaimanapun, ke-jayaan Skuad Hoki yang kembali menempatkan diri ke divisyen satu Liga Hoki Msum sedikit se-banyak memberi tonik kepada perkembangan sukan universiti. Selepas tersingkirnya ke divisyen dua pada musim ini dan sekadar bersaing dengan pasukan-pasukan “hingusan”, pemegang-pemegang kayu yang membawa cabaran uni-versiti itu kembali menunjukkan taring dengan mengamuk “sakan” membelasah lawannya di divisyen dua. Kembalilah mereka ke divi-syen satu bolehlah dianggap seb-agai sirih pulang ke gagang kerana disitulah seharusnya kita berada bersaing bersama pasukan- pasu-kan elit lain seperti Universiti Ma-laya. Cuma apa yang diharapkan, prestasi cemerlang lagi gemilang itu mampu konsisten agar sekali lagi tidak menjadi pasukan belasa-han. Selamat bersukan dan sentiasa ingatlah “together we serve the best to our university”.

Selepas 12 tahun tidak berpingat pada Temasya Olimpik, akhirnya pada 17 Ogos lalu, Lee Chong Wei berjaya menoktahkan-nya. Sekalipun tewas kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir bad-minton perseorangan lelaki, na-mun kejayaannya mara ke final dan meraih sebutir pingat gangsa adalah satu pencapaian yang sangat bermakna kepada negara. Susulan daripada kejayaan itu, mencurah-curah ganjaran yang telah dan bakal diterima oleh jagoan yang berasal dari Bukit Mentajam itu. Selepas tersenyum lebar kerana menerima ganjaran RM300 000 diatas penca-paian pingat perak itu, Chong Wei kini menanti hari untuk bergelar Datuk (menjadi atlet kedua di Pulau Pinang selepas Nicol David men-catat sejarah menjadi atlet termuda di Pulau Pinang menerima gelaran tersebut pada Jun lalu).

Tegasnya, bidang sukan yang sememangnya memerlukan disiplin serta pengorbanan yang bukan sikit mampu memberi jaminan untuk meneruskan kelangsungan hidup jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Lihatlah juga bagaimana Negara-negara yang masih diang-gap sebagai antara yang termun-dur di dunia seperti Kenya mampu megah di Olimpik Beijing baru-baru ini apabila atletnya berjaya meraih lima pingat emas. Bagaimana pula dengan situasi sukan di kampus ini? Setelah 40 tahun ditubuhkan, adakah kita telah berada pada ta-hap yang hebat dan sepadan dengan usia penubuhannya? Pencapaian lesu pada kejohanan Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia (Ma-sum) yang lalu seolah-olah memberi jawapan. Prestasi kontingen Univer-siti Sains Malaysia (USM) masih lagi tidak sepadan dengan usianya malah kita tewas kepada universiti-universiti yang lebih “hijau” seperti Universiti Teknologi Mara( UiTM) dan juga Universiti Utara Malaysia. Itulah rumusannya walaupun agak

Page 3: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 SekitarKampus BK 3

Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM)

mengalu – alukan semua pelajar terutamanya pelajar bukan Islam untuk turut serta dalam aktiviti - aktiviti yang akan diadakan sepanjang sidang ini.

Menurut Yang di Pertua PPMUSM, Sdra. Mohd. Saiful Afindi Sulaiman, PPMUSM, pihaknya berhasrat untuk melibatkan semua warga kampus pelbagai kaum untuk memberi sumbangan idea dalam membantu masyarakat.

“ Kami cuba menyedarkan mahasiswa tentang tanggungjawab mereka terhadap masyarakat di samping tanggungjawab hakiki

yang patut dilaksanakan sebagai seorang pelajar,” katanya.

Saiful berkata, PPMUSM sebenarnya berusaha mengupayakan kesedaran dan mencetuskan tindakan mahasiswa untuk memartabatkan identiti serta maruah masyarakat dan menjadi pelapis dalam membela masyarakat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

“ Atas kesedaran bahawa mahasiswa sebahagian daripada masyarakat, kami berusaha memberi sumbangan kepada masyarakat biarpun PPMUSM ini bukanlah suatu persatuan besar dan gah di mata warga kampus,” katanya ketika ditemui Berita Kampus (BK) baru-baru ini.

Tambahnya, PPMUSM akan menganjurkan program Mahasiswa Turun Sekolah (MTS) di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak pada 8 Ogos ini bagi menyelami permasalahan pelajar masyarakat Orang Asli seterusnya mencetuskan idea dalam menyelesaikannya. Warga kampus yang berminat amat dialu-alukan.

Selain itu, PPMUSM juga akan menganjurkan program seperti Mahasiswa Bersama Masyarakat, Kem Anak-Anak Sejahtera dan Permata Hidayah akan diadakan sepanjang sidang ini, jelasnya.

“Biarpun kehadiran PPMUSM tidak dikenali, tetapi dengan kehadiran kami menerusi pelbagai program, akan dirasai,”tambahnya.

Perkumpulan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) pada sidang ini melantik 59 exco dan penolong serta mengatur beberapa aktiviti menarik sepanjang semes-ter ini.

PERMATA turut membuka kaunter pendaftaran di Foyer De-wan Kuliah bermula 14 sehingga 18 Julai lepas untuk mengalakkan penyertaan pelajar-pelajar baru bu-kan sahaja dari negeri Terengganu malah terbuka kepada semua yang berminat menyertai persatuan itu.

Yang Di Pertua Permata, Mohd Zuhairi Mohd Ikmal berkata setakat ini penyertaan daripada pelajar baru

amat memberangsangkan.“PERMATA akan terus membu-

ka penyertaan ini memandangkan maklum balas yang diterima amat menggalakkan dan tidak mengha-lang sesiapa yang ingin menyertai kami walaupun ada segelintir yang bukan datang dari negeri pantai timur ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada Berita Kampus ketika ditemui baru-baru ini.

Jelasnya lagi, matlamat penubu-han Permata ialah untuk menjaga kebajikan pelajar yang berasal dari Terengganu dan ahlinya.

Zuhairi berkata, Permata telah

menubuhkan sekretariat baru untuk sidang ini terdiri daripada Majlis Tertinggi seramai lima orang dan pemilihan tersebut adalah berdasar-kan komitmen yang mereka berikan pada sidang lepas.

Permata juga akan mengadakan Hari Interaksi merupakan aktiviti pertama persatuan tersebut bertu-juan untuk memperkenalkan sek-retariat Permata yang baru kepada ahli-ahlinya.

“ Saya berharap segala program yang telah diatur mendapat sambu-tan yang mengalakkan dari semua pihak,” katanya.

Aktiviti Menarik Untuk Ahli P E R M ATA

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop Nor Hajidah Hassan

Kemasukan wang Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional

(PTPTN) untuk semester 1 sidang 2008/ 2009 Universiti yang masuk enam hari lewat berbanding sem lepaas menimbulkan pelbagai kritikan yang seakan-akan menyalahkan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar 2007-2008.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM, Sdr. Muhammad Syukri Ibrahim menjelaskan, isu kelewatan PTPTN disebabkan sistem penggiliran.

“Pada semester dua sidang 2006/2007, PTPTN lewat dua minggu, semester dua sidang 2007/2008 PTPTN tiga hari awal dan pada semester ini tiga hari lewat. Hal ini berlaku disebabkan sistem penggiliran dimana semester

sebelum ini kita dapat tiga hari awal dan semester ini tiga hari lewat, ” katanya.

Syukri turut menjelaskan bahawa MPP telah menghantar surat untuk mempercepatkan kemasukan wang PTPTN untuk semester ini pada bulan lima yang lalu. Beliau berharap pelajar bersyukur dan tidak menyalahkan MPP berkenaan

Kerisauan pelajar Bumiputera tentang keputusan Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) merombak kuota biasiswa baru-baru ini adalah berikutan kurang kefahaman mengenai peranan sebenar jabatan berkenaan.

Menurut Pengerusi Rancangan Sains Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, kebanyakan pelajar Bumiputera berasa bimbang kerana kurang jelas akan fungsi sebenar JPA, selain isu berkenaan sering dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.

“JPA bukanlah satu-satunya institusi yang menawarkan biasiswa untuk pelajar Bumiputera. Seharusnya pelajar tidak berasa bimbang kerana perkara ini tidak bercanggah dengan perlembagaan Malaysia atau mengenepikan hak-hak kaum Bumiputera.”

“Saya berpendapat JPA perlu melaksanakan tindakan ini untuk mengambil kira kepentingan semua golongan kerana jabatan berkenaan bertindak sebagai satu institusi yang memberi perkhidmatan awam,” kata beliau ketika diminta mengulas keputusan JPA menambah kuota biasiswa bagi pelajar bukan Bumiputera kepada 45 peratus daripada 10 peratus sebelum ini.

Menurut beliau lagi, institusi sedia ada seperti Amanah Rakyat Malaysia (MARA) telah mnyediakan kuota biasiswa 100

peratus untuk pelajar Bumiputera. Oleh itu, JPA sebagai institusi yang berkhidmat kepada rakyat perlu bersikap adil dalam menyediakan perkhidmatan seperti penawaran biasiswa.

Walaubagaimanapun, tinjauan Berita Kampus mendapati bahawa masih ada pelajar Bumiputera yang tidak bersetuju dengan keputusan JPA berkenaan.

FairuzRidzuan, Sains Komputer, 3, berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan JPA berkenaan kerana merasakan hak Bumiputera diketepikan.

“Saya merasakan tindakan ini adalah tidak adil bagi pelajar Bumiputera dan ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar Bumiputera yang merasakan hak mereka diketepikan ,” katanya

Sementara itu, YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM), Mohd Syukri Ibrahim berpendapat bahawa perwakilan berkenaan tidak boleh campur tangan dalam isu berkenaan kerana ia melibatkan dasar kerajaan.

“Pihak MPP tidak akan campur tangan dalam isu berkenaan kerana kerajaan boleh menilai sendiri kebaikan atau keburukan keputusan tersebut. Bagi saya, langkah ini sebenarnya dapat mewujudkan persaingan sihat antara pelajar,” katanya.

PTPTN LEWATPelajar Tuding Jari Kepada MPP

Mohd Syukri Ibrahim, YDP Majlis Perwakilan Pelajar

“Bukan MPP yang

tentukan wang PTPTN

masuk awal, kita hanya

mampu memohon supaya

wang PTPTN dimasukkan

awal dan tidak mempunyai

kuasa untuk menetapkan

tarikh bila PTPTN masuk.”

Kuota Baru Biasiswa JPA Mencukupi

Pelajar Bukan Islam Dialukan Sertai PPMUSM

isu ini. “Bukan MPP yang tentukan

wang PTPTN masuk awal, kita hanya mampu memohon supaya wang PTPTN dimasukkan awal dan tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan tarikh bila PTPTN masuk,” ujarnya lagi.

Seorang pelajar yang ditemubual, Saudara Mohd Shahrezz B. Encharang, Sains Kemasyarakatan 3 berpendapat isu kelewatan tiga hari wang PTPTN bukanlah suatu isu yang perlu diperbesarkan pelajar kerana PTPTN untuk kali ini hanya lewat tiga hari dari tarikh pelajar mendaftarkan diri.

“Tidak patut salahkan MPP tentang isu ini kerana MPP telah berusaha tetapi yang menetapkannya ialah organisasi lain, saya sebagai pelajar memang memahami situasi tersebut,”. katanya.

Wang PTPTN telah dimasukkan ke dalam akaun pelajar pada 10 Julai 2008 iaitu 3 hari lewat dari tarikh permulaan pengajian.

Page 4: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 SekitarKampusBK4

Sistem Wireless Akan Dipertingkat

Pengurangan pengambilan pelajar baru oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

(PPIP) pada tahun ini berbanding tahun lepas bertujuan memberi peluang kepada PPIP untuk mengutamakan Ijazah Lanjutan (post-graduate). Menurut Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan) Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Prof. Madya Dr. Munirah Ghazali, bilangan pengambilan pelajar ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, dan PPIP tidak mengehadkan bilangan tersebut. “Bilangan pengambilan

pelajar baru bergantung kepada unjuran dan permintaan Kementerian Pengajian Tinggi,” kata beliau kepada Berita Kampus baru-baru ini. Menurut beliau, kekurangan bilangan pelajar baru memberi peluang kepada PPIP untuk lebih mementingkan Ijazah Lanjutan, supaya penekanan dapat diberikan dalam bidang penyelidikan. Tambahnya, kekurangan bilangan pelajar tidak mempengaruhi bilangan bakal guru kerana masih terdapat universiti lain yang menawarkan khusus pendidikan untuk pelajar baru.

PPIP Kurangkan Pengambilan Pelajar Baru

Tiga pelajar antarabangsa program Ijazah Tinggi Universiti Sains Malaysia

(USM) mencipta sejarah apabila diumum sebagai penerima sulung biasiswa Pelan Colombo 2008.

Pelajar dari Iran, Sri Lanka dan Bhutan itu merupak-an penerima pertama yang dipi-lih oleh Sekretariat Pelan Colom-bo (SPC) yang telah beroperasi di rantau ini sejak lebih 50 tahun yang lepas dan telah menyum-bang lebih RM 400,000 biasiswa.

Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata, kejayaan meraih biasiswa itu bermula setelah ter-meterainya memorandum perse-fahaman (MoU) pembangunan akademik antara USM dengan Sek-retariat Pelan Colombo pada 2006 .

“Melalui biasaiswa terse-but penerima akan memperoleh fae-

dah perbelanjaan bulanan sebanyak RM 1,000 sebulan, pengecualian tertentu, tiket kapal terbang pergi balik percuma, elaun buku, elaun tesis, “ katanya ketika ditemui pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Seramai 9,400 orang berjaya diberi pendedahan dan latihan dalam pelbagai jenis pro-gram di bawah kelolaan SPC se-jak 1995. Antara negara-negara yang tersenarai sebagai penerima di bawah program-program Pelan Colombo ialah Mongolia, Jepun Timur, Fiji, Australia dan India.

Sementara itu, Setiausaha Agung SPC, Patricia Yoon-Moi CHIA yang juga merupakan Se-tiusaha Agung SPC pertama di-pilih dari Malaysia berkata, SPC dalam proses tranformasi untuk melaksanakan pelbagai pengi-sian program yang lebih ber-sesuaian dengan kehendak semasa.

Pelajar Antarabangsa Terima Biasiswa Pelan Colombo

Oleh Farah Musa Jauhariatul Akmal Johar

Penambahan liputan untuk kemudahan mengakses internet di desasiswa-

desasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya di Restu, Saujana dan Tekun (RST) termasuk desasiswa lain yang berada dalam kampus kini dalam peringkat perancangan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada penghuninya.

Menurut Ketua Unit Rangkaian Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) USM, Encik Ahmad Fadhlul Irham Yusoff, liputan mengakses internet akan diperluas kepada 80 peratus selewat-lewatnya penghujung semester

ini dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatannya.

“ Pelan rancangan telah disediakan, cuma memerlukan masa untuk bertindak bergantung kepada persetujuan pihak universiti. Pelbagai aspek perlu diteliti dan diberi perhatian memandangkan bukan sedikit kos yang terpaksa diperuntukan bagi memperluas liputan wireless di setiap desasiswa dan keseluruhan kawasan universiti,” katanya.

Katanya, pihak PPKT sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan sistem internet di USM bagi memastikan pelajar dan kakitangan universiti dapat mengakses internet dengan lancar dan berpuas hati terhadap perkhidmatan internet yang dibekalkan secara percuma ini.

“ Projek yang bakal dijalankan ini

mengambil masa antara dua hingga tiga bulan memandangkan kami perlu mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Setiap perancangan perlu mengambil kira pemprosesan dokumen dan proses perolehan daripada vendor,” jelasnya.

PPKT turut menyediakan komputer yang dilengkapi rangkaian internet di setiap blok desasiswa dan pihak desasiswa seharusnya menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam memainkan peranan bagi memastikan operasi kafe siber berkenaan berjalan lancar.

“ Kami sedaya mungkin cuba memberi keutamaan kepada pelajar dalam menyediakan perkhidmatan terbaik demi kepuasan semua,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam

satu pertemuan bersama Berita Kampus baru-baru ini ketika diminta mengulas rungutan pelajar tentang perkhidmatan wireless di desasiswa yang mengecewakan.

Menurut Sdri. Latifah Ahmad, Pendidikan Khas 3, perkhidmatan wireless di blok RST kurang memuaskan terutamanya di dalam bilik penghuni.

“ Saya agak kecewa dengan perkhidmatan internet, susah dapat. Malah terpaksa tunggu berjam-jam di tangga mahupun koridor bagi mengakses internet. Itupun belum tentu dapat,” katanya memberi reaksi terhadap tahap perkhidmatan internet di desasiswa.

Latifah turut menjelaskan walaupun menghadapi kesukaran dalam mengakses internet, tetapi beliau

mendapati ada sedikit peningkatan mutu berbanding semester lepas.

Sdri. Nor Ez-zatul Hanani Mohamed Rosli, Komunikasi 1, dari Desasiswa Restu berkata, dia turut menghadapi masalah yang sama dalam menggunakan perkhidmatan internet.

“Semasa mahu mengisi borang permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), saya terpaksa cuba berkali-kali kerana kelemahan sistem liputan internet di sini,” katanya.

Sementara itu, pihak PPKT mengharapkan agar pelajar dapat menggunakan perkhidmatan pengaksesan internet percuma ini dengan betul dan dimanfaatkan untuk perkara-perkara berfaedah.

Oleh Ahmad Yusri Yusoff Nur Azimah Zulkafli

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM)

menyeru semua persatuan dan pertubuhan berdaftar universiti ini supaya menerima saranan Naib Canselor untuk mengurangkan tempahan pakaian persatuan, selari dengan Dasar Penjimatan Universiti yang dilaksanakan baru-baru ini.

Yang Dipertua MPPUSM, Muhammad Syukri Ibrahim, berkata pihak beliau memuji tindakan Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal (PPMS) yang menjadi pertubuhan pertama di USM yang melaksanakan saranan tersebut apabila mengurangkan

yang ditunjukkan oleh PPMS dengan mengurangkan tempahan pakaian seperti kemeja T bagi aktiviti persatuan,” katanya dalam satu pertemuan dengan Berita Kampus, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Datuk Dzulkifli Abd Razak yang menyarankan kepada semua persatuan dan pertubuhan berdaftar USM untuk berjimat-cermat.

Ditanya mengenai reaksi yang mungkin diterima berikutan kemeja T sering menjadi identiti sesebuah persatuan, Syukri berkata mereka masih boleh menempah pakaian berkenaan, tetapi disarankan supaya mengekalkan rekaan sedia ada.

“Dengan mengekalkan rekaan pakaian sedia ada, hanya ahli baru persatuan perlu membelinya, sementara ahli-ahli lama yang sudah memiliki pakaian berkenaan tidak perlu berbuat demikian,” katanya.

Selain itu, Syukri turut mencadangakan agar majlis makan malam persatuan tidak diadakan di hotel, sebaliknya dilakukan di dalam kawasan universiti seperti di dewan bankuet atau di Dewan Utama Desasiswa Restu, Saujana, Tekun.

Langkah berkenaan boleh mengelakkan pembaziran kerana dapat menjimatkan kos pengangkutan, selain dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti untuk semua pelajar.

NC sarankan pelajar berjimat

Pelajar-pelajar baru mendengar taklimat di dalam dewan kuliah sempena minggu orientasi.

Page 5: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 SekitarKampus BK 5

Oleh Adilla Sharini Wahid Nor Hazwani Hamat

Sebanyak 85 peratus pelajar telah mendaftar melalui sistem E-Daftar pada sidang

akademik 2008/2009 yang mula diperkenalkan 1 Jun lalu.

Penolong Pendaftar Kanan Unit Pemprosesan Data dan Rekod Universiti Sains Malaysia (USM), En. Mohd Azizudin Mohd Sharif berkata, sistem yang julung kali diperkenalkan mendapat sambutan di luar jangkaan daripada pelajar.

“Sistem online E-Daftar yang baru diperkenalkan ini bertujuan memudahkan pelajar membuat pendaftaran kursus tanpa pergi ke Pusat Pengajian masing-masing.

Melalui E-Daftar ini pelajar boleh melayari secara terus ke laman web Kampus Sejahtera dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Azizudin berkata demikian ketika ditanya oleh Berita Kampus mengenai sambutan E-Daftar yang diterima oleh pelajar baru-baru ini.

“Menurutnya lagi, sistem E-Daftar yang dibuka selama sebulan masih dianggap baru dan sememangnya ia akan memberi sedikit masalah kepada pelajar semasa mereka mendaftar kursus.

“Masalah yang yang akan dihadapi oleh pelajar seperti sukar untuk mendaftar masuk ke laman web ‘healthycampus’ kerana lupa kata laluan mereka, ketidakpastian kursus minor yang ditawarkan oleh

Pusat Pengajian lain, menyemak jadual waktu dan masalah teknikal,” katanya.

Azizudin berkata, pihaknya akan berusaha memperbaiki dan meningkatkan lagi perkhidmatan

sistem online ini bagi mengelak masalah yang sama berulang.

“Sekiranya pendaftaran ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada semester akan datang, kami akan berusaha untuk

menambah baik sistem pangkalan data bagi memudahkan pelajar mendaftar,” katanya.

Berdasarkan analisa yang dibuat, peratusan pelajar yang paling tinggi mendaftar secara online ialah Pusat Pengajian Kesihatan sebanyak 98 peratus, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia 97 peratus, Pusat Pengajian Komputer dan Pusat Pengajian Farmasi mencatat peratusan yang sama 95 peratus.

“Kami tidak menyangka sambutan yang diberikan oleh pelajar sangat menggalakkan dengan rekod analisa yang agak tinggi,” katanya.

Sementara itu, beliau juga turut mengulas mengenai peranan Penasihat Akademik (PA) setelah sistem online E-daftar diperkenalkan.

Walaupun adanya sistem online E-daftar, khidmat PA masih diperlukan lagi bagi memberi khidmat nasihat kepada pelajar untuk memilih kursus yang bersesuaian dengan mereka.

“Peranan PA bukan hanya sekadar menandatangani borang pendaftaran kursus tetapi juga mereka lebih membantu pelajar dalam aspek akademik.

“Pelajar juga seharusnya berbincang terlebih dahulu dengan PA mereka sebelum mendaftar kursus yang akan diambil pada

85% Pelajar Aplikasi Sistem E-Daftar

Perlaksanaan Sistem Pendaftaran Dalam Talian (E-Daftar)

Universiti Sains Malaysia (USM), bermula 1 Jun lalu mendapat pujian pelajar. Sistem yang baru diperkenalkan pada sidang akademik sesi 08/09 itu mencatat sambutan diluar jangkaan pihak universiti.

Menurut Sdri. Masyitah Hasan, Perumahan, Bangunan dan Perancangan, 2, sistem baru ini memudahkan pelajar mendaftar kursus yang bakal diambil untuk semester depan. Para pelajar juga tidak perlu lagi untuk bersesak-sesak dan beratur di pusat pengajian masing-masing.

“Sistem ni bagus dan sistematik. Pelajar mungkin sukar untuk menentukan kursus yang ingin diambil dan

mungkin ingin berbincang dengan rakan-rakan terlebih dahulu dan sekurang-kurangnya kami tidak lagi perlu beratur menuggu giliran untuk mendaftar di pusat pengajian.

“Kerja kami juga lebih mudah dalam mendaftar dan menggugurkan kursus-kursus yang dipilih kerana E-Daftar tidak lagi memerlukan tandatangan Penasihat Akademik (PA) sebagai kebenaran untuk tindakan menggugur dan menambah kursus dalam sistem pendaftaran kami,” jelas Sdri.Masyitah.

Dalam pada itu, ada segelintir pelajar yang dihalang dari menggunakan sistem ini. Pelajar bertaraf akademik P1 dan P2 disaran untuk menggunakan sistem pendaftaran secara manual di pusat pengajian masing-masing seperti sebelum ini.

E-Daftar DapatSambutan

Penyertaan pelajar-pelajar tahun satu sidang 2008/2009

dalam bengkel KRISALIS yang dijalankan oleh pihak Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) masih kurang daripada 80 peratus biarpun mereka mendapat arahan daripada pusat pengajian masing-masing supaya menghadiri bengkel itu.

Pihak PHS dengan kerjasama Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) dan pusat-pusat pengajian dalam penyediaan makmal komputer telah menambah baik prosedur bengkel tersebut.

Pustakawan Bahagian Rujukan dan Penyelidikan, Puan Rizalawati Ayu Abdul Razak berkata biarpun pelbagai penambahbaikan telah dilakukan, masih ramai

pelajar tidak berminat untuk menghadirinya.

“ Universiti Sains Malaysia tidak mewajibkan pelajarnya menghadiri bengkel ini seperti universiti lain tetapi pelajar-pelajar harus mengetahui cara mengakses dan menggunakan sistem KRISALIS serta pengkalan data yang lain.

“ Ini akan memudahkan pelajar mencari bahan-bahan untuk setiap tugasan kursus yang diberikan, “ katanya dalam satu pertemuan bersama Berita Kampus baru-baru ini.

PHS sebelum ini menjalankan bengkel KRISALIS di perpustakaan itu dan mula memperkenalkan kaedah teori dan praktikal pada sidang lepas di PPKT setelah mendapat maklum balas, cadangan dan keperluan dari para pelajar.

Pelajar Manfaat Kemudahan Baru

Bengkel KRISALIS Dingin

Menurut Penolong Pendaftar Kanan Unit Pemprosesan Data dan Rekod USM, En. Mohd Azizudin Mohd Shariff, pihak universiti berbuat demikian kerana mahu pelajar bertaraf P1 dan P2 berjumpa terus dengan PA mereka untuk menyelesaikan masalah akademik yang mereka hadapi.

“Kita mahu mereka terus berhubung dengan PA masing-masing dalam membuat perancangan pengajian yang lebih teliti untuk memperbaiki status akademik mereka di masa depan,” kata Azizudin.

Sebelum ini sistem pendaftaran online terdahulu memerlukan semua pelajar mendapatkan tandatangan PA bagi melayakkan data mereka diproses untuk pengguguran dan penambahan kursus online di pusat pengajian masing-masing.

MUDAH: Pendaftaran dalam talian mudah dan mesra pengguna.

Pelajar beri reaksi positif

Page 6: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 SekitarKampusBK6

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Bekas juruterbang pesawat Nuri Tentera Udara diraja Malaysia (TUDM)

yang terselamat selepas pesawat yang dipandunya terhempas di Butterworth empat tahun lalu antara pelajar baru Universiti Sains Malaysia yang mendaftar bagi sesi pengambilan 2008/2009.

Kapten Yuhaizam Yahya, 37, terpaksa berkerusi roda ekoran kemalangan ngeri yang menyebabkan kecederaan di bahagian belakang dan retak tulang kaki. Kejadian yang berlaku 5 Mac 2004 pukul 7.21 pagi itu meragut nyawa dua rakannya. Beliau yang sekarang bertugas sebagai Pegawai Operasi 3 Skuadron TUDM ini akan mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan.

“Saya gembira dan tidak sabar untuk memulakan pengajian di USM kerana selama ini memang saya berhajat untuk menyambung pelajaran tetapi tidak pasti tentang pemilihan kursus pengajian. Kursus ini saya pilih supaya ilmu yang diperolehi dapat digunakan untuk membetulkan persepsi dan membuang sikap negatif masyarakat sekaligus menambah kesedaran masyarakat terhadap

kami,”katanya.Sementara itu, seorang pelajar

warga emas yang mempunyai 10 orang anak, Omar Yahaya, 50, berkata, beliau tidak sabar untuk memulakan pengajian dalam bidang yang diminatinya iaitu farmasi.

Beliau yang kini bekerja sebagai Pembantu Farmasi di Klinik Kesihatan Sungai Petani dan mempunyai Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok gembira kerana diterima masuk ke USM.

“Anak saya, pelajar tahun akhir di USM mulanya tidak berapa suka dengan hasrat saya untuk sambung belajar di sini kerana dia malu tetapi selepas menjelaskan minat saya ini, dia akhirnya akur.

“Isteri serta anak-anak yang lain tidak menghalang malah mereka memberi sokongan dan galakan untuk saya sambung belajar,” katanya yang berasal dari Kampung Ekor Kucing di Padang Serai, Kedah.

Bekas Juruterbang Terselamat Antara Pelajar Baru

Universiti Sains Malaysia (USM) giat menjalankan kempen “ Katakan Tidak

Pada Plastik” untuk mengurangkan penggunaan plastik di sekitar kampus USM. Usaha ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan penuntut. Rata-rata penuntut bersetuju dengan kempen yang diadakan tersebut.

Menurut Naib Yang Dipertua II, Kelab Alam Sekitar, Nurhidayah Abd Rahman, Sains Kaji Hayat 2, kempen ini dianggap wajar untuk memastikan penuntut mengetahui dan mengaplikasikan empat polisi yang dicadangkan iaitu sama ada makan di kafe, menghabiskan makanan, membawa sendiri bekas makanan dan menggunakan biodegradasi.

“Kampus Sejahtera akan memperkenalkan ‘ecobags’ tidak lama lagi untuk kemudahan para pelajar,” ujarnya.

Sementara itu, Nurhanisah Zulkifli, Ilmu Pendidikan, 3, berkata, kempen ini membantu dalam penjagaan alam sekitar dan patut diteruskan serta diperluaskan bukan hanya di sekitar USM.

“Tetapi kadang-kadang timbul masalah membawa barang apabila penuntut membeli barang lebih daripada dua atau tiga,” tambahnya lagi.

Sementara itu, bagi Nor Rafidah Khairuddin, Sains Kemasyarakatan 1, bersetuju dengan kempen yang diadakan bagi mengurangkan masalah alam sekitar.

“Saya ada terbaca dalam sebuah akhbar mengenai penggunaan beg plastik yang menjejaskan alam sekitar iaitu dalam masa sehari apabila dikumpulkan sampah sarap dari seluruh Malaysia, ketinggian sampah mencapai ketinggian bangunan pencakar langit KLCC,” jelasnya lagi.

Bagi Nik Wajihah Nik Kamarulzaman, Komunikasi 1, berkata, kempen yang dijalankan amat baik sementelah USM begitu peka dalam memelihara alam sekitar.

“ Saya harap kempen ini dapat diperluaskan di luar kampus supaya masyarakat sedar dan mempunyai rasa tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar,” katanya.

Suhaily Ramlan, Pengurusan 3, berkata, kempen ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti sampah.

“ Cuma timbul masalah apabila saya membungkus makanan untuk rakan lain kerana sukar bagi saya membawa bungkusan makanan itu tanpa menggunakan plastik,” ujarnya.

Kempen “Katakan Tidak Pada Plastik”

“Saya gembira dan tidak sabar untuk memu-lakan pengajian di USM”

Oleh Radhiah Mohammad Yasmalisa Yazid

Pusat Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) yang terletak di Desasiswa Cahaya Gemilang

mula beroperasi sepenuhnya pada awal bulan ini setelah berpindah ke bangunan baru dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Pengarah Pusat Kesihatan USM, Dr Nurul Ain Abdullah Bayamuddin, berkata dengan adanya Pusat Kesihatan yang baru ini, pihaknya dapat menyediakan pelbagai kemudahan dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.

“Kami menyediakan bilik pemerhatian dan kuarantin yang selesa kepada pesakit yang mana ia mengasingkan antara lelaki dengan perempuan berbanding dulu mereka terpaksa berkongsi bilik yang sama.

“Sebelum ini, kami tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menempatkan pesakit lelaki dan perempuan secara berasingan tetapi setelah adanya Pusat Kesihatan baru ini pesakit dapat diasingkan,” katanya kepada Berita Kampus ketika ditemui.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, Pusat Kesihatan juga turut menyediakan kemudahan lif kepada pesakit terutamanya kepada golongan kurang upaya (OKU) bagi memudahkan pergerakan mereka semasa mendapatkan rawatan di sini. Menurutnya, terdapat juga pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Pusat Kesihatan ini bagi menjamin keselamatan peralatan dan kelengkapan yang ada.

Nurul Ain berkata, klinik pergigian

akan menyediakan kemudahan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit semasa mendapatkan rawatan.

“Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di sini, kami menyediakan bebarapa kemudahan seperti menambah bilik rawatan bertujuan untuk membantu pesakit agar tidak menunggu terlalu lama berbanding dahulu mereka terpaksa mengikut giliran untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, Pusat Kesihatan juga akan mengekalkan penggunaan tenaga secara efesien selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjimatkan tenaga.

“Sebagai langkah penjimatan tenaga, kami akan menggunakan segala sumber tenaga yang ada di Pusat Kesihatan secara cekap.

“Pihak kami akan menggunakan tenaga secekap yang mungkin dengan menutup mana-mana suis dan alat penghawa dingin di bilik yang tidak digunakan terutamanya pada masa

rehat,” katanya.Pada tahun 2006 Pusat Kesihatan

USM mendapat gelaran johan bagi Pertandingan Kecekapan Tenaga dan berhasrat akan mengekalkannya.

Menurutnya, Pusat Kesihatan juga masih menggunakan peralatan rawatan dan kelengkapan yang sedia ada seperti kerusi, komputer, dan sebagainya tanpa menggantikan dengan yang baru.

Beliau berkata, Pusat Kesihatan juga bercadang untuk menambahkan peralatan dan kemudahan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.

“Pusat Kesihatan merancang untuk mewujudkan Taman Herba dan menubuhkan Kafeteria sihat (healthy cafe) bagi menjual makanan yang berkhasiat kepada pesakit atau pengunjung.

“Kami juga bercadang untuk menjemput doktor pakar ke sini bagi meninjau kes melibatkan kesihatan untuk memberi perkhidmatan rawatan yang baik kepada pesakit,” katanya lagi.

Selain itu, antara kemudahan lain yang disediakan di Pusat kesihatan seperti bilik x-ray, utiliti, autoclave, fisioterapi, pemeriksaan jantung, hemodialisis dan sebagainya.

Pusat Kesihatan Baru Mula Beroperasi

Pusat Kesihatan baru yang mula beroperasi awal bulan ini.

Page 7: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 SekitarKampus BK 7

penghadang jalan raya itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak JKR,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai impak perkara tersebut kepada pelajar USM, Shukri menjelaskan selain dapat menjaga keselamatan pelajar, pihak MPP juga mahu setiap

pelajar tahu bahawa mereka tidak memandang ringan terhadap setiap aduan dan masalah yang dialami oleh para pelajar.

“Kami mahu setiap pelajar tahu kami mengamalkan sikap diplomasi. Setiap masalah pelajar, kami cuba selesaikan,” tambahnya

Oleh Noor Hafiza Che Abdullah

Masalah laluan pejalan kaki di Sungai Dua yang terlalu dekat

dengan jalan raya, tiada penutup longkang dan berlubang telah diatasi setelah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) membawa masalah itu kepada pihak berwajib.

Menurut Yang Dipertua MPP, Sdr. Mohd Syukri Ibrahim, pihak MPP telah menghantar surat permohonan kepada Jabatan Kerja raya pada April agar laluan tersebut diperbaiki secepat mungkin. Katanya lagi, surat tersebut dihantar pada bulan April dan pihak JKR bersetuju untuk membaiki laluan tersebut.

“Pihak kami turut meminta agar penghadang jalan dibina agar keselamatan pelajar terjaga dan pihak JKR bersetuju membina penghadang tersebut,” ujarnya ketika ditemui oleh wakil Berita Kampus.

“Proses tersebut mengambil masa kurang sebulan. Pada awal Mei, laluan pejalan kaki telah siap diperbaiki dan penghadang jalan raya juga turut siap. Segala kos membaikpulih dan pembinaan

Masalah Laluan Pejalan Kaki Sungai Dua Diatasi

lagi. Menurut saudari Musdalifah

Mohd Nasir, Pendidikan 3, penghadang jalan tersebut amat berguna untuk mengelakkan pelajar dan pengguna lain berebut menaiki +bas walaupun bas masih belum berhenti.

Pulau Aman Destinasi Hari Keluarga KUSISDARI

Hasil lelongan barang-barang yang tidak dituntut meningkat

sejumlah RM2,144.38 pada sidang 2006/2007 berbanding pada sidang 2005/2006 iaitu sejumlah RM1,812.16.

Pegawai Keselamatan Kapt.(B) Mohamed Fadzil Baharuddin berkata hasil lelongan barang tersebut akan dimasukkan ke Unit Jabatan Bendahari sebelum disalurkan ke tabung pelajar di Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (HEPP).

Mohamed Fadzil berkata antara barang-barang yang tidak dituntut dan akan dilelong oleh pihak Jabatan Keselamatan ialah payung, buku, baju sejuk, barang kemas dan sebagainya.

“Biasanya antara barang yang selalu ditinggalkan oleh pelajar ialah payung, buku, baju sejuk, beg dan sebagainya dan barang-barang tersebut selalunya dikutip di dewan kuliah dan perpustakaan, jika tidak dituntut

pihak kami akan membuat lelongan,” tanbahnya lagi.

Menurut beliau barang-barang yang dikutip akan dihantar ke Jabatan Keselamatan bagi memudahkan pelajar berkenaan membuat tuntutan, jika tidak ada sebarang tuntutan, barang berkenaan akan disimpan selama setahun di jabatan tersebut sebelum sebut harga dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Penetapan Harga Barang Hilang Jumpa bagi tujuan lelongan.

Sementara itu, Pegawai Keselamatan Unit Stor, En. Shahidan Saad berkata pihak jabatan dengan kerjasama Unit Audit Dalam, HEPP, Pusat Islam dan Jabatan Bendahari akan menetapkan harga barang berkenaan sebelum dilelong.

“Pihak jabatan akan mengeluarkan notis terlebih dahulu untuk memberitahu tarikh sebelum proses membuat lelongan dilakukan dan harga yang ditetapkan adalah berpatutan,

kami biasanya akan membuat lelongan di foyer Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP),” katanya.

Beliau berkata, bagi kes pelajar yang kehilangan kad matrik dan kad pengenalan mereka boleh membuat semakan di Jabatan Keselamatan terlebih dahulu, dalam tempoh dua minggu kad tersebut masing-masing akan di hantar ke Unit Kemasukan dan Jabatan Pendaftaran jika tidak dituntut.

Menurut beliau, pada semester ini tidak ada sebarang lelongan dilakukan kerana pihaknya masih dalam proses pengumpulan, beliau menjangka proses lelongan akan dilakukan pada bulan Mac semester depan.

“Pihak kami menyeru supaya pelajar yang ada kehilangan barang-barang datang ke jabatan untuk membuat semakan sebelum barang tersebut dilelong atau dilupuskan,” katanya.

Saudara Mohd Nazri Samian, Komunikasi 3 pula berpuas hati dengan laluan itu dan berkata pelajar tidak lagi berhadapan dengan situasi yang tidak diingini terutamanya pada waktu malam.

Tuntut Bar ang Sebelum Dilelong

LEBIH SELAMAT: Laluan pejalan kaki yang telah dibaiki dan ditambah penghadang.

Pulau Aman menjadi destinasi pilihan Kumpulan Siswa Siswi Darul Ridzuan Universiti Sains Malaysia (KUSISDARI) sempena sambuatan Hari Keluarga persatuan itu yang akan diadakan pada 9 dan 10 Ogos ini.

Yang di Pertua KUSISDARI, Sdra. Mohd. Ridzuan Yahya berkata, Hari Keluarga ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan setiap ahli di samping memperkenalkan Pulau Pinang kepada pelajar- pelajar baru.

“Kami mengharapkan penglibatan semua ahli untuk memeriahkan lagi hari keluarga pada tahun ini,” katanya.

Ridzuan berkata, sokongan setiap ahli amat diperlukan dalam menjayakan program ini bagi memastikan ahli-ahli KUSISDARI mengenali

Pelajar rasa lebih selamat

antara satu sama lain dalam mengukuhkan ikatan ukhuwah.

“Program ini pasti menjanjikan kepuasan dan pengalaman yang tidak terhingga kepada peserta yang menyertainya kelak memandangkan Pulau Aman diyakini aman dan mendamaikan,” jelasnya.

Tambahnya, bayaran sebanyak RM 25 seorang yang dikenakan pasti berbaloi dengan kepuasan yang bakal dirasai. Hanya mereka yang menyertai program ini sahaja yang akan mendapat pengalaman melihat dan merasai suasana kehidupan keluarga nelayan di Pulau Aman di samping berpeluang menjamah mee udang yang popular di situ.

Penyertaan ini tidak terhad kepada ahli KUSISDARI sahaja malah terbuka kepada semua pelajar baru yang berminat.

Page 8: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 SekitarKampusBK8

Harga MakananKafeteria Masih Terkawal

Hari Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP)

bersama pelajar yang diadakan pada 16 Julai yang lepas mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Tujuan utamanya ialah mendekatkan bahagian tersebut dengan pelajar serta melihat permasalahan pelajar.Menurt Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (HEPP), Cik Fadzilla Bosman, 30 kaunter dibuka untuk memudahkan urusan pelajar terutamanya pelajar tahun satu untuk mendapatkan meklumat mengenai permasalahan mereka.

“Pelajar tahun satu

memberikan sambutan yang amat menggalakkan, 30 kaunter dibuka hari ini seperti kaunter jabatan bendahari, keselamatan, sekretariat kampus sejahtera dan lain-lain,” katanya kepada Berita Kampus baru-baru ini.

Pada tahun lepas, program ini telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada semester satu dan semester dua. Pelbagai masalah dan aduan pelajar boleh diajukan terus di kaunter-kaunter yang telah dibuka. Kaunter bendahari seperti tahun-tahun lepas masih menjadi tumpuan utama pelajar iaitu mengenai masalah PTPTN pelajar tahun satu.

Fadzilla turut menjelaskan mengenai borang soal selidik

yang diisi oleh pelajar dikaunter HEP adalah satu cara untuk mendapat reaksi pelajar mengenai mutu perkhidmatan bahagian tersebut.

“Ini adalah satu cara untuk penambahbaikan bahagian ini selepas mendapat reaksi daripada pelajar,” ujarnya.

Program yang dijalankan bermula pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang itu dijalankan di hadapan Dewan Tuanku Syed Putra yang merupakan laluan utama pelajar ke dewan kuliah. Turut diadakan di sepanjang foyer Dewan Kuliah ialah pembukaan kaunter Pendaftaran Persatuan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Kaunter BHEPP Dapat Sambutan Pelajar

Oleh Fadzilla Hernani Mohd Janis Efarhana Adenan

Harga siling yang telah ditetapkan oleh pihak universiti

menyebabkan pengusaha kafeteria tidak menaikkan harga makanan walaupun harga barangan di pasaran meningkat secara mendadak.

Tinjauan Berita Kampus (BK) di beberapa buah kafeteria mendapati senarai harga yang dipaparkan masih tidak berubah.

Pengusaha kafeteria yang ditemui berkata, mereka menjual makanan mengikut kategori dan saiz lauk. Sebagai contoh, seketul ayam bersaiz kecil berharga RM1.50 dan yang bersaiz sederhana berharga RM1.80.

“Kami ada memohon kepada pihak universiti untuk menaikan harga makanan tetapi tidak dibenarkan dan berharap pelajar memahami situasi kami kerana kos pengeluaran semakin meningkat berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini,” kata salah seorang pengusaha Kafetaria kepada Berita Kampus.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir pengusaha yang menaikkan harga makanan jenis mee dan sup sekitar 10 hingga 20 sen

namun harga ini masih terkawal.Berbeza dengan komen pelajar

yang kami perolehi, mereka mengatakan pengusaha tidak mengikut senarai harga makanan yang dipaparkan dan harga yang dikenakan tidak menentu.

“Harga yang ada di kafe tidak menentu dan lebih mahal berbanding sebelum ini. Jika sebelum ini saya membeli nasi, sayur dan ikan dengan harga RM2.80 hingga RM3 tetapi baru-baru ini meningkat kepada RM3.50 untuk menu yang sama,” kata seorang pelajar, PPIP 3, dari Desasiswa Fajar Harapan.

Seorang lagi pelajar yang enggan dikenali pula berpendapat, pihak pengusaha tidak boleh meningkatkan harga makanan secara mendadak akibat harga barangan dipasaran meningkat. Mereka harus mempertimbangkan situasi pelajar kerana pelajar turut menggunakan wang pinjaman yang tidak seberapa untuk kegunaan-kegunaan lain.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM), Sdra. Muhammad Syukri Ibrahim berkata, terdapat beberapa aduan yang diterima pihaknya sepanjang dua minggu semester baru bermula.

“Selepas menerima beberapa aduan pihak kami akan turun padang meninjau harga makanan di kafeteria-kafeteria dan akan mengambil tindakan seterusnya,” katanya ketika ditemui BK baru-baru ini.

Pelajar baru mengunjungi kaunter BHEPP di depan Dewan Tuanku Syed Putra

Oleh Siti Nurul Zahra binti Hamdan

Ketua jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan

(PALAPES), Universiti Sains Malaysia (USM), Mejar Mohd Fadzil Ibrahim berkata badan berpasukan itu masih lagi relevan untuk dijadikan aktiviti dalam universiti kerana dapat memberikan alternatif kepada pelajar.

Fadzil berpendapat, dengan alternatif yang diberikan oleh PALAPES dapat memberikan kelebihan kepada para pelajar sama ada untuk bekerja dalam bidang ketenteraan atau bidang

lain.“Terdapat alternatif budaya

dan keperibadian yang boleh diamalkan pelajar contohnya cara kerja berkumpulan dan tata tertib ketika makan.

“Apa yang dipelajari di sini berguna apabila berhadapan dengan alam pekerjaan kerana terdapat banyak perkara yang dipelajari boleh diadaptasi ketika menempuh alam pekerjaan,” katanya ketika ditemubual.

Sementara itu, Fadzil juga berkata dengan menyertai PALAPES dapat membuatkan pelajar itu menghargai kehidupan, berkeazaman serta menghargai jasa-jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM). “Terdapat banyak

faedah yang dapat diperolehi jika menyertai PALAPES dan antaranya ialah merasai bagaimana hidup dan tinggal dihutan seperti apa yang dilalui oleh tentera dalam menjaga keamanan.

“Dengan itu pelajar-pelajar dapat menghargai kehidupan dan bila adanya kutipan derma Hari Pahlawan dapatlah mereka menyumbang apabila terdapatnya kesedaran terhadap mereka yang mempertahankan negara,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, orang ramai selalu membuat tanggapan negatif seperti badan beruniform merupakan alat propaganda kerajaan.

Hal ini tidak benar kerana semua aktiviti yang diajar bukanlah

bertujuan untuk menyokong kerajaan.

“Saya sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Kami mengajar pelajar-pelajar ini untuk menjadi pegawai supaya mereka ini berguna ketika negara dilanda kecemasan seperti darurat,” katanya lagi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai langkah yang diambil pihak PALAPES untuk menarik minat para pelajar menyertai badan berpasukan itu adalah dengan mengurangkan masa latihan.

“Masa latihan telah dikurangkan untuk memudahkan penuntut supaya mereka dapat menumpukan perhatian dalam

akademik,” tambahnya.Fadzil juga mahu membetulkan

anggapan sesetengah pihak yang berpendapat dengan menyertai PALAPES, minda penuntut akan terkongkong kerana mereka tidak diberikan peluang untuk bersuara.

“Saya disini memberikan ruang untuk pelajar-pelajar bersuara. Tidak dinafikan suatu ketika dahulu pelajar-pelajar diajar untuk tidak bersuara.

“Namun keadaan ini sudah berlainan di mana saya sedaya upaya bertolak ansur. Jika ada sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar mereka boleh berjumpa dengan saya atau menghantar email,” ujarnya mengakhiri perbualan.

PALAPES Tetap Relevan Dalam Universiti

Page 9: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 SekitarKampus BK 9

SUKSIS dan PALAPES Kurang Dapat Sambutan Pelajar

Oleh Mahiran Hj Ismail Siti Jumaayah Abdol Samat

Kemasukan Pelajar Baru dalam badan beruniform bersenjata di Universiti

Sains Malaysia (USM) pada sidang ini menurun dengan hanya 60 orang ahli berdaftar dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) manakala Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) pula terpaksa membuat temuduga kedua untuk mencukupkan kuota yang ditetapkan.

Menurut pegawai penyelaras SUKSIS, ASP Faridah Shariff Hussain, kemerosotan penyertaan pelajar dalam SUKSIS boleh dikaitkan dengan jumlah kemasukan pelajar ke USM pada sidang ini. Selain itu, kewujudan pelbagai unit beruiform dan kelab-kelab lain memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan.

“Jika hendak mengukur tahap kemerosotan penyertaan pelajar dalam SUKSIS, kita terpaksa juga melihat kepada jumlah pelajar baru yang masuk pada sidang ini. Tahun ini, jumlah pelajar yang masuk tidak ramai dan terbahagi pula kepada pelbagai kaum.

“Setiap sidang, jumlah penyertaan dari kaum melayu memang tinggi berbanding kaum lain. Pecahan kaum yang pelbagai turut menjadi faktor kemerosotan pelajar dalam SUKSIS kerana kaum Cina dan India dilihat kurang meminati badan beruniform seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemerosotan jumlah pelajar dalam badan beruniform bersenjata dalam sidang 2008/2009.

Menurut Timbalan Komander PALAPES USM pula, Mejar Prof Madya Ibrahim Jaafar, jumlah pelajar yang menyertai PALAPES selalu tidak pernah mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu seramai 150 pelajar untuk satu

sidang. Jumlah tertinggi yang pernah dicatat hanyalah seramai 89 pelajar iaitu pada sesi 2006/2007.

“Saya tidak tahu kenapa pelajar enggan menyertai badan beruniform seperti ini sedangkan ia memberi banyak manfaat kepada pelajar. PALAPES tidak menekankan bidang ketenteraan semata-mata tetapi banyak aspek lain yang sangat berguna untuk alam pekerjaan dan kehidupan seharian. Misalnya, lebih berdisiplin, berfikir secara lateral dan kritikal, membentuk keyakinan diri, menekankan keterampilan diri, berkerjasama dalam pasukan dan berbagai-bagai lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Lt Mohd Mukhwim Maghribi berkata, penyertaan dalam ko-kurikulum sebenarnya akan meningkatkan daya saing pelajar untuk mendapat pekerjaan kelak.

“Kebanjiran graduan ketika ini dan ditambah pula dengan keadaan ekonomi semasa, peluang mendapat pekerjaan semakin sukar. Hal ini menyebabkan ramai graduan yang menganggur .

“Cuba fikir jika dua orang calon menghadiri temuduga dengan PNGK yang sama tetapi, seorang lagi mempunyai kelebihan penglibatan

dalam ko-kurikulum, sudah pasti pelunag calon itu dipilih oleh majikan lebih tinggi.” katanya.

Beliau juga melihat pola kemasukan pelajar perempuan yang menyertai PALAPES adalah lebih ramai berbanding dengan lelaki dan senario ini tidak sepatutnya berlaku kerana tugas untuk mempertahankan negara adalah tanggungjawab lelaki.

“Rasa cintakan negara semakin kurang diterjemahkan dalam diri setiap pelajar. Dalam menghadapi cabaran yang melanda negara dan dunia ketika ini, pelajar sepatutnya lebih menghargai jasa dan perjuangan pahlawan kemerdekaan melalui cara melatih diri supaya lebih bersedia dengan segala kemungkinan ancaman yang wujud,” katanya.

Jurulatih SUKSIS, Sarjan Ismail Harun turut mempertahankan kenyataan bahawa penyertaan dalam badan beruniform ini dapat membentuk keyakinan diri dalam diri pelajar. Hal ini kerana modul pembelajaran dan aktiviti tidak terhad kepada latihan kawad semata-mata. SUKSIS mempunyai tiga pecahan modul iaitu akademik, latihan luar, dan pentadbiran dan ketiga-tiga modul ini mempunyai peranannya yang tersendiri.

“Terdapat ramai ahli SUKSIS yang berjaya memegang jawatan tinggi tidak kira di desasiswa dan pusat pengajian masing-masing. Perkara ini adalah hasil daripada latihan yang diberikan di sini,” tambahnya lagi.

Berita Kampus turut mendapatkan pandangan beberapa ahli PALAPES dan SUKSIS. Mereka menolak dakwaan kebanyakan pelajar bahawa penyertaan dalam

Pelajar SUKSIS semasa Latihan Luar di Tupah, Bidong, Kedah

Saya tidak tahu kenapa pelajar enggan menyertai badan berunifom seperti ini sedangkan ia memberi banyak manfaat kepada pelajar. PALAPES tidak menekankan bidang ketenteraan semata-mata tetapi banyak aspek lain yang sangat berguna untuk alam pekerjaan dan kehidupan seharian.

Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menempa nama dalam pertandingan

International Invention, Innovation, Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX) kali ke-19, yang diadakan di Kuala Lumpur pada Mei lalu.

Dengan kejayaan tersebut, Naib Cancelor, Tan Sri Prof. Dato’ Dzulkifli Abdul Razak menyifatkan sebagai sesuatu yang membanggakan kerana berjaya merangkul 9 pingat emas, 10 perak dan 5 gangsa sekaligus melebihi bilangan pingat dimenangi pada tahun sebelumnya.

Bahkan, dalam pertandingan tersebut, USM turut menerima Anugerah Khas ITEX melalui ciptaan kunci motosikal oleh Prof.Ahmad Yusoff Hassan yang mampu mengelakkan dan menghalang kes kecurian motosikal sehingga 90 peratus

keberkesanannya. Kejayaan anugerah khas

itu turut di sumbang oleh Dr.Alexander Chong Shu-Chien menerusi ciptaan makanan ikan kaedah Biologi sehingga terhasilnya lemak tidak tepu, sekaligus mampu mengurangkan penggunaan sumber alam semulajadi.

Bagi Pingat emas USM disumbang Dr.Alexander Chong Shu-Chien, Prof.Ahmad Yusoff Hassan, Prof Madya Dr.Mani Maran Ratnam, dan Dr.Azizi Bahauddin bergandingan dengan Dr.Aldrin Abdullah.

Turut meraih kejayaan ialah Dr.Syed Sahal Nazli Alhady Shed Hassan menerusi penciptaan sistem brek dan penguncian kerusi roda khas untuk golongan kurang upaya (OKU) terutamanya ketika melalui laluan curam.

Penyelidik USM Tempa Nama Di ITEX Kali Ke-9

badan beruniform ini menjejaskan pelajaran dan membuang masa.

Noor Aini Mohd Nordin, Pendidikan Sains 3, berkata penglibatannya dalam SUKSIS langsung tidak menjejaskan pelajaran malah membantu dalam menaikkan PNGKnya setiap semester.

“Pihak USM sudah menyediakan masa untuk waktu ko-kurikulum, dan SUKSIS hanya mengambil cuti hari Sabtu untuk menambah latihan. Saya tidak rasa aktiviti ini membebankan atau menjejaskan pelajaran tetapi bergantung kepada pelajar itu sendiri dalam menguruskan masa dengan bijak.

“Khabar angin yang menyatakan penyertaan dalam badan beruniform menjejaskan pelajaran dan membuang masa, itu semua tidak betul. Mereka hanya membuat andaian sendiri. Dalam SUKSIS, kami diwajibkan mendapat PNGK minimum 2.75 ke atas dan hal ini meyebabkan saya dan kawan-kawan sepasukan sentiasa bersedia melepasi tahap itu,” jelasnya.

Bagi Lt M. Ahmad Khairi Mohamad, Ilmu Kemanusian 3, menyertai badan beruniform ini sungguh menyeronokkan dan pelbagai pengalaman yang berharga sukar didapati jika bersama persatuan lain.

“Banyak pengalaman manis saya sepanjang menyertai PALAPES seperti menggunakan senjata M16, M203, Morthar 60 dan CARL GUSTAV. Keseronokannya sukar digambarkan dan pengalaman sebegini hanya diperolehi setelah saya menyertai PALAPES,” katanya.

TimbalanKomanderPALAPES USM,Mejar Prof. MadyaIbrahim

Page 10: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 SekitarKampusBK10

Kajian mengenai pemban-gunan karbon nanotiub berasaskan nano kompos-

it sebagai bahan kapasitor yang dihasilkan dua pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya merangkul Anugerah Projek Ter-baik pada Pertandingan Penyeli-dikan dan Inovasi Kebangsaan (NRIC) 2008.

Produk yang dihasilkan oleh dua penuntut jurusan Kejuruter-aan Kimia itu berfungsi sebagai bahan menyimpan tenaga yang 10 kali lebih berkesan daripada kapa-sitor yang ada sekarang untuk ke-gunaan pengangkutan awam dan sebagainya.

Menurut pelajar berkenaan, Mun Sing, hasil kajian itu mem-beri kesan besar kepada pengu-

Universiti Sains Malaysia akan mempunyai satu lagi kampus cawangan,

dikenali Sanggar Inovasi Sains dan Sastera, atau SAINS@USM di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Pelancaran SAINS@USM disempurnakan Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail di USM Pulau Pinang.

Baginda bertitah, kewujudan SAINS@USM merupakan satu kejayaan dalam usaha menyepadukan sains dan

sastera supaya masyarakat dapat mengekalkan ilmu dan budaya yang seimbang.

Jelas baginda, konsep baru seperti itu merupakan cetusan idea yang berani kerana menjadikannya berbeza daripada taman-taman sains yang ada di serata dunia.

“Tidak mustahil usaha memartabat ilmu menerusi projek berkenaan dapat menyamai pencapaian tamadun Andalusia yang disegani suatu masa dahulu,” titah baginda

Kampus dengan rekabentuk kontemporari itu dibina dengan kos RM59 juta ringgit dan dijangka siap sepenuhnya pada 2014 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Kemudahan seperti apartmen, hotel, sekolah antarabangsa dan pusat kajian turut disediakan untuk kemudahan orang awam

Dalam majlis pelancaran itu, USM turut menandatangani memorandum persefahaman dengan enam syarikat berteknologi tinggi serta Khazanah Nasional Berhad.

Tuanku Syed Sirajuddin kemudian menerima cek bernilai RM24.35 juta ringgit daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bagi menjayakan lapan projek penyelidikan di USM.

Persatuan Siswa-Siswi Sabah (PERSIS) akan mengadakan program Serasi Sejaya

bersama pelajar tahun 1 pada 1 Ogos 2008. Program ini salah satu antara acara tahunan PERSIS.

Menurut YDP PERSIS, yang juga Pengerusi Program, Sdra. Khalid Ashar Aripin, acara tahunan PERSIS yang dinamakan Hari Interaksi itu kini dipanggil Serasi Sejaya bermula siding ini.

“Program Serasi Sejaya ini sebenarnya sama dengan Hari Interaksi, cuma namanya diubah kerana kita mahu buat satu pembaharuan,” katanya dalam satu pertemuan dengan Berita Kampus hari ini.

Walau bagaimanapun katanya, tempat program itu diadakan belum ditentukan lagi.

“Setakat ini ada dua tempat yang dicadangkan iaitu di Dewan Utama Peperiksaan (DUP) dan di Dewan Kuliah (DK). Namun, belum ditentukan lagi tempatnya

kerana masih dalam perbincangan dengan Penolong Pendaftar, En. Khairul Erwan,” katanya.

Menurutnya antara tujuan program ini adalah mengalu-alukan kedatangan pelajar tahun 1 ke Universiti sains Malaysia (USM) khususnya pelajar-pelajar dari Sabah yang jauh daripada keluarga.

“Kita bukan sahaja mengalu-alukan pelajar baru ke USM ini, malah kita juga prihatin dan mahu menjaga kebajikan mereka iaitu ahli-ahli PERSIS dari segi masalah kewangan, hal-hal kematian dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam program ini pelajar-pelajar junior

berpeluang mendapatkan nota daripada pelajar-pelajar senior.

“Pada hari Serasi Sejaya itu nanti, pelajar-pelajar ini akan dikumpulkan bersama-sama dengan senior-senior mengikut bidang pengajian masing-masing dan waktu itulah mereka boleh mendapatkan nota,” jelasnya.

Menurut Khalid, pelbagai acara akan diadakan pada hari tersebut. Ini termasuklah acara mentor-mentee iaitu junior diagihkan kepada kumpulan mengikut kursus bersama senior, cabutan bertuah dan lain-lain permainan.

Beliau menjelaskan program itu akan dirasmikan oleh Penasihat PERSIS, Dr. Mapjabil dan dijangka seramai 100 orang mengikuti program tersebut.

Khalid sebagai pengerusi program berharap agar Serasi Sejaya ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar junior dan senior.

Dulu Hari Interaksi,Kini Serasi Sejaya

rangan kos dalam pembuatan kapasitor pada masa depan selain satu inovasi dengan menggunak-an produk atau bahan sedia ada dalam penyimpanan bahan tenaga sekarang.

Hasil kejayaan tersebut mem-bolehkan mereka membawa pu-lang wang tunai RM 5,000 dan trofi yang disampaikan oleh Tim-balan Ketua Setiausaha Kement-erian Pengajian Tinggi, Omar Ab-dul Rahman.

NRIC yang diadakan selama tiga hari bermula Selasa lalu mempamerkan 145 hasil penyeli-dikan pelajar Ijazah sarjana muda dari 19 buah institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari seluruh negara.

Oleh Nurain Azmi

Universiti Sains Malaysia, (USM) sekali lagi mengukir nama dalam bidang

perubatan apabila berjaya mencipta Intelligent Axoskeletel Arm Trainer (Axotrain) yang dapat membantu mempertingkatkan kuasa pemulihan pesakit angin ahmar atau strok.

Penyelidik USM, Prof. Mohd Zaid Abdullah berkata, hasil penyelidikan selama setahun itu dapat membantu mempertingkatkan kuasa pemulihan dengan lebih berkesan dengan kos lebih rendah.

Menurut beliau, penghasilan alat tersebut mampu memudahkan pesakit menjalani proses pemulihan tanpa bantuan dari ahli fisioterapi.

Ini kerana katanya, alat tersebut mampu digerakkan sepenuhnya oleh kuasa elektronik yang dikawal oleh teknologi berkomputer 100 peratus.

Tambahnya, dengan menggunakan Axotrain, tempoh pemulihan seseorang pesakit lebih pendek iaitu sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan dengan kelebihan alat tersebut dapat mengesan getaran dan seterusnya menggerakkan

anggota pesakit. “ Pesakit akan melalui tiga sesi

pemulihan, iaitu Isometric bertujuan untuk membiasakan pesakit dengan alat tersebut dan fasa kedua iaitu Sokinetic yang bertindak membantu mengaktifkan sel-sel mati pada anggota pesakit seterusnya membantu pergerakan secara berperingkat,” katanya.

Seterusnya pesakit bakal

Penyelidik USM Cipta Axotrain

menjalani proses peringkat Isotonic (fasa ketiga) yang bertindak merangsang pergerakan lebih efektif seperti keupayaan mengangkta barang.”

Beliau yang komited dengan ciptaan tersebut yakin alat terbabit mampu membantu usaha memulihkan pesakit strok yang kini mencatatkan angka 40 ribu setahun

‘pelajar-pelajar junior berpeluang mendapatkan nota daripada pelajar-pelajar senior’

Pelajar USMRangkul Anugerah Projek Terbaik

SAINS@USMDilancar

Cawangan Baru di Bukit Jambul

‘Kewujudan SAINS@USM merupakan satu kejayaan dalam usaha menyepadukan sains dan sastera supaya masyarakat dapat mengekalkan ilmu dan budaya yang seimbang’

Sebahagian pesakit guna Axotrain - Prof. Mohd Zaid Abdullah

Page 11: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 SuaraSiswa BK 11

Kementerian Pelajaran Tinggi telah mengeluarkan arahan

agar para pelajar tidak menyertai sebarang perhimpunan haram selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 15(3), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Seksyen 15(3) menyatakan,

“Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan

sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.”

Mohammad AbdullahPejabat Naib CanselorUniversiti Sains Malaysia T: 04.653 2193/3105 F: 04. 658 8444

Larangan Menyertai Perhimpunan Haram

Boleh Saya Bantu?

Saudara Pengarang,

BOLEH SAYA BANTU? Itulah papan tanda yang menyambut kehadiran

pelawat di empat pintu pagar kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM). Walau bagaimanapun, sebagai pelajar, saya ingin bertanya adakah pengawal keselamatan yang bertugas benar-benar memahami maksud di sebalik perkataan itu???

Kejadian yang berlaku pada satu malam minggu pertama sekitar jam10.30 malam amatlah mengecewakan saya sekaligus merasakan bahawa pengawal keselamatan tidak benar-benar serius menjaga keselamatan pelajar. Kenapa saya berkata demikian??

Ceritanya mudah sahaja. Begini, selepas makan digerai makan Ivory, saya bersama empat orang rakan berkereta untuk pulang ke Desasiswa Fajar Harapan, kami menggunakan pintu masuk Bukit Gambir.

Pada malam itu, palang berfungsi. Ketika kenderaan kami bergerak untuk masuk ke kampus, ada sebuah kereta wira

dihadapan kami. Namun pemandu kenderaan tidak menyentuh kad matrik pada palang automatik. Oleh itu, pamandu kereta itu kelam kabut (pada pandangan saya , mungkin orang luar tersilap jalan). Oleh itu pamandu tersebut mengundurkan kenderaannya dan menyebabkan kami juga terpaksa mengundur kenderaan kami..

Bayangkan ketika aksi undur mengundur itu berlaku, jika tiba-tiba datang kenderaan lain? Apakah akan terjadi kepada kami? Apa yang amat mengecewakan, sikap pengawal keselamatan yang bertugas malam itu.

Dia hanya duduk dikerusinya sahaja dan tersenyum melihat adegan tersebut. Sikap beginikah seorang pengawal keselamatan dan adakah ia bertepatan dengan papan tanda yang menyambut kedatangan tetamu di setiap pintu pagar. Apakah kriteria

bagi mengambil seorang pengawal keselamatan?

Adakah tugas pengawal Keselamatan hanya untuk menunggu pelawat masuk?

Budak Tahun 3`

Selain surat kepada Ketua Pengarang, Berita Kampus juga menerima surat kepada Ketua Kaunselor serta mengalu-alukan sebarang pendapat, soalan dan komen membina terhadap universiti. Semua surat mesti disertai nama, nombor kad pengenalan, nombor matrik dan alamat lengkap.Nama samaran boleh digunakan untuk tujuan siaran.Pengarang berhak menyunting surat yang disiarkan. Alamatkan surat anda kepada:Pengarang Berita Kampus, Bangunan D37, bilik Berita Kampus, USM atau emel kepada :[email protected]

Saudara Pengarang,

Saya pelajar tahun akhir juga penghuni desasiswa Bakti Permai. Saya ingin

maklumkan kepada pengarang mengenai anjing liar yang berkeliaran di sekitar kampus.

Pernah satu hari saya baru pulang dari kelas jam 11 pagi, seekor anjing liar berada di foyer laluan dari dewan kuliah kearah Perpustakaan Hamzah Sendut 1. Pada masa itu terdapat ramai pelajar dilaluan itu dan takut untuk menghalau kerana bimbang digigit anjing tersebut. Anjing itu juga, seolah-olah tidak menghiraukan kehadiran orang ramai malah cuba mengikut sesiapa sahaja yang berada disitu.

Anjing lain juga pernah masuk kebahagian laluan ke tandas di H09 Desasiswa Bakti

Permai. Pada masa itu saya hendak ke tandas akhirnya lari lintang pukang kembali masuk kedalam bilik.

Saya pernah mendangar laporan tentang pelajar yangt digigit anjing yang berkeliaran di Desasiswa Saujana. Hal ini sangat membimbangkan. Terbaru saya terserempak dengan tiga ekor anjing liar berhampiran Dewan Kuliah Sains Kemasyarakatan semasa pulang dari perbincangan kumpulan. Saya harap pihak pengarang memandang serius hal ini dan cuba mendapatkan komen daripada pihak pengurusan atau keselamatan universiti.

Mohon pihak pengarang tidak memandang remeh hal ini kerana ia melibatkan keselamatan pelajar universiti.

Siswi takut anjing

Anjing Liar AncamPenghuni Desasiswa

Saudara Pengarang,

Saya merupakan pelajar ta-hun akhir. Saya mempunyai masalah dengan wireless di

blok saya iaitu di blok K05, Desa-siswa Amam Damai. Saya mengi-nap di bilik yang sama sejak saya tahun satu lagi dan sebelum ini tidak mempunyai masalah dengan wireless.

Tetapi pada semester ini saya

Masalah Wireless dapati wireless di blok saya selalu putus-putus. Saya hanya dapat online beberapa minit sahaja. Itupun sangat perlahan. Hal ini menyukarkan saya dan penghuni lain untuk mencari bahan bagi menyiapkan tugasan. Saya harap agar pihak Pusat Komputer dapat menyelesaikan masalah ini den-gan segera.

Dah Bosan

Saya pelajar tahun akhir juga penghuni desasiswa Cahaya gemilang . Saya tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan desasiwa .Saya ingin memberitahu kepada pengarang bahawa tandas dan bilik mandi kotor dengan sampah sarap yang

Kebersihan Desasiswa Tanggungjawab Bersama

dibuanmg oleh penghuni .Walaupun tong sampah telah

disediakan oleh pihak Desasiswa, namun para penghuni masih tidak menggunakan kemudahan tersebut,bahkan mereka lebih gemar membuang sampah di merata tempat sehingga

mengotorkan kawasan terutama di tandas.

Seperti semester lepas, kedaan kotor di semua desasiswa tetap sama. Sikap dan tabiat pelajar yang telah mengharapkan kerja-kerja oleh tukang cuci sahaja.Keadaan yang kotor diselonggok

dengan sampah sarap yang berlimpahan melebihi tong sampah.Akibat itu, binatang berkeliaran seperti kucing, anjing dan burung menyelongkar sampah-sampah tersebut.

Jesteru itu, saya memohon agar semua penghuni desasiswa

agar menjaga kebersihan bagi memastikan agar desasiswa sentiasa bersih.

Page 12: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Salam AlumniBK12

Persatuan Alumni USM ditubuhkan pada tahun 1989 melalui cetusan idea

sekumpulan bekas pelajar USM. Usaha penubuhan Persatuan Alumni ini bermula pada awal tahun 1989 menerusi pembentukan Jawatankuasa Protem yang diketuai oleh Prof. Madya Itam Sulaiman (Biologi ’74) yang merupakan pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM dan beberapa orang staf akademik serta pentadbiran USM.

Persatuan Alumni USM mempunyai Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatankuasa Eksekutif akan menerajui jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun.

Sejak penubuhannya, Persatuan Alumni telah dipimpin oleh beberapa orang presiden.

Presiden yang pertama ialah Prof ra,li Mohamed (Komunikasi ’74) untuk tempoh empat tahun. Kini hingga 2009 di terajui oleh Dr Mohamed Jafre Zainol Abidin (Pendidikan ’85)

Persatuan Alumni USm semakin bergerak ke hadapan dan kini telah membuka peluang perniagaan kepada pelajar dan ahli-ahli Alumni yang mana perniagaan tersebut berpusat di Bangunan Sekretariat dan Rumah Alumni.

Persatuan Alumni juga mempunyai Kedai Alumni yang terletak bersebelahan Dewan Budaya. Pelbagai barangan yang dijual termasuk barangan cenderahati, t-shirt, pen dan sebagainya sebagai tanda kenangan daripada Alumni USM.

The USM 12th AGM was attended by about 35 members on 17 March at the Lecture Theatre ‘A’.

Among the list of Alumni activities planned for the year are the hosting of an ‘English Camp’ in May and a motivational seminar for PMR/SPM students in June.

PERSATUAN ALUMNI USM

Photograph courtesy of Centre for Instructional Technology and Multimedia (PTPM), USM

Alumni USM 12th Annual General Meeting (AGM)

1. Mewujudkan saluran komunikasi di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan bekas siswazah.

2. Mengambil bahagian yang aktif dalam pembangunan fizikal dan intelektual USM.

3. Mewujudkan interaksi di kalangan ahli-ahli

4. Mewujudkan hubungan saintifik sosial dan kebudayaan di kalangan ahli.

5. Mencadangkan aktiviti-aktiviti kepada Jawatankuasa USM dan perbadanan lain yang berkaitan.

Alamat Terkini Persatuan Alumni USM

Persatuan SekretariatPersatuan Alumni USM

Bangunan D10Universiti Sains Malaysia

11800 MindenPulau Pinang

TEL : 04-6569370 (DL)

FAKS : 04-6569370

E-Mail : [email protected]

Website : www.alumni.usm.net.my

MATLAMAT ALUMNI USM

Persatuan Alumni menjemput semua pelajar-pelajar ke tapak gerai konvo Alumni untuk

melihat Pameran Keusahawanan dan Kerjaya yang diperkenalkan oleh Perda-Best-2U.

MATLAMAT

“ Membentuk satu kerjasama antara Usahawan PERDA dan pihak Alumni USM di dalam aktiviti keusahawanan yang

mampu melahirkan graduan dengan kualiti modal insan dan keusahwanan yang profesional ”

PERSATUAN ALUMNIDENGAN BANGGANYA

MENGUCAPKAN SELMAT DATANG DAN

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR

BARU SIDANG 2008/2009

Page 13: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Koleksi Khas BK 13

Ci n t a merupakan s e s u a t u

yang unik. Cinta datang tanpa berjemput dan k a d a n g k a l a perginya tanpa

F i l e m k a r y a p e n g a r a h y a n g m u l a m e n d a p a t t e m p a t d i k a l a n g a n

p e m i n a t f i l e m t e m p a t a n , K a b i r B h a t i a i n i m e n g i s a h k a n k o f l i k c i n t a t i g a w a t a k u t a m a n y a , A d a m , S u f i d a n I m a a n . K e t i g a - t i g a w a t a k u t a m a i n i d i c e r i t a k a n s e c a r a b e r a s i n g a n t e t a p i d i k e t e m u k a n d a l a m s u a t u p e r i s t i w a .

F i l e m i n i d i m u l a k a n d e n g a n w a t a k A d a m ( A d f l i n S h a u k i ) s e o r a n g

Kalimah Cintamu

Sepi

dipinta atau diduga sesiapa. Cinta tidak mengenal daripada siapa dan kepada siapa. Malah, cinta juga kadangkala hadir tanpa disangka dengan insan yang sama sekali tidak terbayang di benak fikiran. Itulah definisi cinta yang tersirat.Walau apapun tafsirannya, cinta tetap cinta.

Melalui “kalimah cintamu”, penulis mempersembahkan hubungan persahabatan yang telah menyemarakkan api cinta dalam diri Wirda dan Suffian tanpa mereka sedar.

Kemunculan Izwanie di antara mereka berdua menyebabkan perhatian Suffian beralih arah. Biarpun hati kecil Wirda masih utuh buat Suffian, namun demi memujuk hati sendiri Wirda mengambil keputusan menjauhkan diri.

B uku in i m e n g h i d a n g k a n karya t iga orang

sar jana dan pakar te rkenal yang mengkaj i bukt i -bukt i pembukaan awal Pulau P inang. Mereka ia lah Dr Mokhtar Sa id in , seorang ah l i a rkeologi , Dr. Mahani Musa , se ja rawan dan Dr.

Nor iah Mohamed, seorang ah l i bahasa .

Buku yang mempunyai empat bab in i mencer i takan se ja rah awal Pulau P inang dan Seberang Pera i .

Berbeza dengan buku-buku se ja rah yang la in , buku in i l eb ih leb ih banyak mencer i takan ten tang k e p e n d u d u k a n sebe lum kedatangan Franc is Light dan t idak berp ihak kepada penja jah .

Kaj ian mereka bermula dar i bukt i awal dan membawa kepada dekad awal keda tangan Syar ika t Hindia Timur.

Penul i s juga banyak mencer i takan mengenai ind iv idu- indiv idu yang membuka penempatan d i sek i ta r Pulau P inang dan Seberang Pera i sebe lum kedatangan Light pada 1786.

Bahasa yang d igunakan untuk mencer i takan se ja rah in i ada lah mudah dan senang untuk d i fahami pembaca . Se la in dar ipada i tu , fo to , pe ta dan jadual yang d iser takan juga menar ik perha t ian para pembaca dan membantu memudahkan pembaca memahami se ja rah te rsebut .

Sejarah Awal Pulau Pinang

Kehadiran Haiqal mengisi ruang kekosongan di hati Wirda yang sedang berduka lara dengan satu simpulan ikatan pertunangan.

Tetapi, dalam meniti bahagia, sekali lagi Wirda diuji. Ketika menanti hari bahagia diijabkabulkan, Haiqal pergi meninggalkan Wirda. Walaupun bersedih, Wirda tidak keseorangan. Airy teman baiknya sejak dibangku sekolah sentiasa setia menemani dan menjadi penghibur buat Wirda.

Airy dalam diam menyimpan perasaan pada Wirda namun sanggup mengenepikan perasaan sendiri demi melihat kebahagiaan Wirda. Biarpun hati tidak mampu menipu keinginan perasaannya sendiri tetapi Airy tetap cuba berselindung di sebalik layanan dan gelak tawa ketika bersama Wirda. Dia

Pengulas : Jauhari-atul Akmal JoharUlasan Novel: Ka-limah CintamuPenulis : Hafirda AfielaTahun Penerbitan : 2008Penerbit :Fajar Pa-keer Sdn. BhdHalaman : 575Harga : RM 20.90

Pengulas : Fadzilla Hernani Mohd JanisTajuk : SepiPengarah : Kabir BhatiaGenre : CintaPelakon : Adflin Shauki, Tony Eusoff, Baizura Kahar, Vanidah Imran, Nasha Aziz, Siti Sharizah, Riezman Khuzaimi, Syed Hussien, Pierre Andre.Durasi : 1 jam 45 minit

Nama Pengulas : Efahana AdenanTajuk Buku : Sejarah Awal Pulau PinangEditor : Muhammad Haji SallehHalaman :117 muka suratPenerbit : Penerbit Universiti Sains Malaysia.

t u k a n g m a s a k y a n g j a t u h h a t i d e n g a n s e o r a n g p e r a n c a n g p e r k a h w i n a n , I l y a n a ( Va n i d a h I m r a n ) d a l a m p e r t e m u a n s e m a s a A d a m m e m b a n t u r a k a n n y a m e n g u r u s k a n m a j l i s p e r k a h w i n a n .

P e r t e m u a n t e r s e b u t a k h i r n y a m e m b a w a k e p a d a b i b i t - b i b i t p e r c i n t a a n t e t a p i c i n t a m e r e k a y a n g b e l u m b e r m u l a t e r p a k s a d i l u p a k a n k e r a n a I l y a n a s u d a h t e r l e b i h d a h u l u m e r a n c a n g p e r k a h w i n a n n y a d e n g a n j e j a k a l a i n s e b e l u m p e r t e m u a n m e r e k a .

K e h i l a n g a n i s t e r i

t e r s a y a n g d a l a m k e m a l a n g a n m e m b e r i t a m p a r a n h e b a t k e p a d a S u f i l a k o n a n To n y E u s o f f d i s e b a b k a n r a s a b e r s a l a h m e n j a d i p u n c a k e m a l a n g a n t e r s e b u t . S u f i b e r t e m u d a n g a n M a r y a ( S i t i S h a h r i z a h ) y a n g m e n j a d i p e n y e l a m a t h i d u p n y a d a r i p a d a t e r u s m e n y a l a h k a n d i r i . S u f i d a n M a r y a s a l i n g j a t u h c i n t a t e t a p i M a r y a t e r p a k s a m e l e p a s k a n c i n t a i t u k e r a n a d i a s u d a h b e r k a h w i n .

I m a a n ( B a i z u r a K a h a r ) s e r a n g g a d i s p e n d i a m b e r t e m u d e n g a n E a n ( S y e d H u s s i e n ) d i d a l a m p e m e n t a s a n t e a t e r k o l e j , t e t a p i g a d i s i t u t i d a k m e n y e n a n g i s i k a p E a n y a n g k u r a n g s e r i u s d a n s e r i n g m e m p e r m a i n k a n k a r y a s e n i . I m a a n k e m u d i a n s u d i m e m b a n t u E a n m e n j a y a k a n t e a t e r k a r y a n y a k e r a n a k e s u n g g u h a n j e j a k a i t u . I m a a n m u l a m e n y e n a n g i s i k a p E a n t e t a p i d a l a m m a s a y a n g s a m a t e r p e r a n g k a p d a l a m b a y a n g a n c i n t a b e r s a m a k e k a s i h n y a K h a l i l ( P i e r r e A n d r e ) .

F i l e m S e p i p a s t i m e n i n g g a l k a n k e s a n m e n d a l a m d i h a t i p e n o n t o n k e r a n a j a l a n c e r i t a n y a y a n g m e n a r i k d a n m a m p u m e m b u a t k a n p e n o n t o n t u r u t m e r a s a i k e s e p i a n d a n k e s e d i h a n w a t a k - w a t a k u t a m a n y a u n t u k m e n c a r i c i n t a m e r e k a .

tetap bahagia walaupun hanya bergelar teman kepada Wirda.

Tahun berganjak, Suffian kembali menagih cinta di hati Wirda namun sekeping hati itu milik Airy kini. Tetapi, kekeliruan Airy pada cinta Wirda membuatkan dia membawa diri. Rela jika Wirda bukan untuknya. “ Tiada kalimah yang lebih agung, kalimah cintamu yang kutunggu-tunggu…”

Kalimah cintamu hasil idea dan garapan kreatif Hafirda Afiela sebagai buah tangan khas kepada penggemar novel. Susunan kata yang mudah mampu menarik pembaca menjiwai watak yang diketengahkan. Di samping itu, penulis cuba membawa pembaca menyelami hati budi dalam setiap hubungan persahabatan.

Page 14: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 KembaraBK 14

Oleh Sakinah Alias Farah Musa

Char Koay Teow amat popular di Asia terutamanya China,

Singapura, Jepun, Korea dan juga Malaysia. Di mana ada masyarakat cina, disitulah adanya sajian berkenaan. Malaysia amnya, hidangan itu turut dikenali sebagai Chinese Seafood.Menu dengan tarikan yang tersendiri itu digemari ramai kerana rasanya.

Begitupun, apakah keistimewaan Char Koay Teow yang terdapat di MyFriend’s Char Koay Teow? MyFriend’s Char Koay Teow terkenal di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang dan ia mendapat sambutan menggalakkan

daripada pelbagai lapisan masyarakat, malahan pelbagai kaum di negara ini.

Sajian unik di MyFriend’s itu,bukanlah seperti yang terdapat di restoran atau gerai-gerai lain. Keistimewaan yang terdapat pada menu ini adalah ia berasaskan koay teow dan ramuan kicap yang diadun dengan cara yang tersendiri selain diperincikan lagi dengan kaedah memasak yang unik untuk menjaga mutu, keaslian dan keenakannya.

Kicap yang menjadi bahan utama untuk menghasilkan menu ini dihasilkan 100 peratus oleh MyFriend’s Char Koay Teow Food Stuff. Ia dihasilkan daripada pelbagai bahan yang diimport dan bebas daripada bahan pengawet atau kimia selain bahan-bahan yang digunakan halal dan suci.Berita Kampus mengunjungi My Friend’s Char Koay Teow yang baru membuka cawangannya di Sungai Dua, Pulau Pinang

M y F r i e n d ’s Char Koay T e o w . C o n t o h n y a , di Kubang S e m a n g jualannya telah m e n c e c a h R M 1 0 , 0 0 0 dalam tempoh satu bulan,“ ujarnya lagi.

Pemilihan Sungai Dua s e b a g a i lokasi terbaru berhampiran U n i v e r s i t i Sains Malaysia (USM) kerana s a s a r a n pelanggan kami ialah pelajar

USM. MyFriend’s Char Koay Teow turut menerima tempahan melalui telefon dan menyediakan khidmat penghantaran kepada

pelanggannya.„ S e l a i n

dari Char Koay Teow, kami turut menyediakan menu lain seperti Nasi Goreng Udang dan Udang Goreng Sepinggan yang m e n g g u n a k a n kicap istimewa k e l u a r a n M y F r i e n d ’ s Char Koay Teow pada harga berpatutan,“ kata Ghazali. S e l a i n m e n g h a s i l k a n kicap dan sos serta menjadi pembekal bahan mentah kepada peniaga tempatan mereka juga menyediakan kelas latihan memasak dan cara pengurusan francais kepada rakan niaga baru

bertempat di Pusat Perniagaan Alma, Bukit Mertajam.

Menurut pelanggan yang ditemui, Aliena Abdullah, 25, menu

yang disediakan di MyFriend’s Char Koay Teow lain dari yang lain dan sangat menyelerakan .

”Saya berpuas hati dengan masakan yang disediakan di sini kerana rasanya yang unik dan sedap dan saya berharap agar ia akan dapat diperkenalkan kepada orang ramai supaya mereka dapat datang untuk mencuba sendiri resepi ini,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Faridah Ahmad, 48, yang kali pertama datang makan di MyFriend’s Char Koay Teow berpendapat, perniagaan ini perlu dipopularkan lagi supaya lebih ramai orang yang akan tahu mengenai keenakan serta keunikan Char Koay Teow.

”Saya tertarik dengan makanan yang disediakan kerana rasanya sedap dan makanan yang disediakan juga cepat,” katanya.

MyFriend’s Char Koay Teow beroperasi setiap hari bermula pada pukul 6 petang hingga 3 pagi dan boleh hubungi 017-4275768 untuk tempahan.

untuk merasai sendiri keunikan Char Koay Teow tersebut. Menurut pengurusnya, Mohd Ghazali Murshid, 29, minat untuk menjalankan perniagaan ini timbul setelah melihat sambutan yang menggalakkan serta keuntungan yang diperolehi dari perniagaan ini selain potensinya untuk terus berkembang pada masa hadapan.

„Masyarakat bumiputera Pulau Pinang telah menjadikan Char Koay Teow sebagai makanan popular sebaris dengan rojak, laksa penang, pasembor dan nasi kandar. Segelintir masyarakat bumiputera di sini telah mengkomersialkan Char Koay Teow kerana keunikan dan rasanya yang sedap serta digemari pelbagai kaum,” katanya.

MyFriend’s Char Koay Teow mula beroperasi pada tahun 2007 setelah timbulnya idea untuk

memperkenalkan makanan enak ini kepada rakyat Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan seterusnya ke peringkat antarabangsa dalam konsep perniagaan francais. MyFriend’s Char Koay Teow yang turut beroperasi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang juga mengedar ramuan aslinya (kicap) kepada beberapa restoran dan gerai di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak berikutan permintaannya yang tinggi.

”Kami telah membuka beberapa cawangan di Pulau Pinang dan Kedah. Kami juga akan membuka lebih banyak cawangan pada masa hadapan. Cawangan di Alma dan Kubang Semang (Bukit Mertajam) bukan sahaja mendapat sambutan daripada penggemar tempatan tetapi juga dari Kuala Lumpur dan Johor.

Kami telah menawarkan pembukaan francais secara percuma kepada 20 usahawan dalam usaha untuk menambah cawangan

MEGAH: MyFriend’s Char Koay Teow tawar pelbagai hidangan istimewa.

MyFriend’s Char Koay Teow

ENAK: Cendawan goreng istimewa.

Sesedap Rasa Resepi Istimewa

Char Keow Teow yang menjadi menu utama kedai ini.

Page 15: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Kembara BK 15

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee seorang seniman agung yang berjasa

kepada negara dalam bidang seni. Beliau seorang penghibur yang sempurna, pengarah, penyanyi, pelakon, penerbit dan pelawak yang disegani dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat termasuk di dalam dan luar negara.

Walaupun selepas 35 tahun pemergian beliau, karya-karya seperti filem yang dihasilkan masih lagi ditayangkan serta lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau masih berkumandang di corong radio.

Selain itu, barangan artifak yang berkaitan dengan beliau juga di simpan dan dijaga untuk diabadikan dan dijadikan tatapan kepada generasi akan datang.Rumah kelahiran seniman serba boleh ini masih ada sehingga sekarang menunjukkan betapa besarnya penghargaan yang diberikan kepada Allahyarham.

P.Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 di rumahnya yang terletak di Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang dan selepas tempoh pantang selama 44 hari, beliau telah dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung Jawa. Rumah beratap nipah berlantaikan papan ini telah dibina oleh ayah beliau iaitu Puteh bin Kasim bersama-sama bapa saudaranya Rejab bin Hussien pada tahun 1926.

Kini rumah tersebut telah dibaik pulih dan dijadikan salah satu lokasi pelancongan popular negara yang menempatkan b a r a n g - b a r a n g b e r h a r g a peninggalan beliau seperti potret-potret keluarga serta barang-barang pengenalan peribadi untuk tatapan umum bagi generasi akan datang .

Berita Kampus mengunjungi Rumah Kelahiran beliau di Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang yang terletak kira-kira dua kilometer dari pusat bandar untuk melihat sendiri cara hidup beliau semasa hayatnya.

Sebaik melihat rumah tersebut, para pengunjung pasti tertanya-tanya dan ingin mengetahui segala isi kandungan di dalamnya. Pemandangan sekitar kawasan rumah tersebut dihiasi dengan pokok-pokok menghijau yang dipelihara dan dijaga rapi untuk

mengekalkan kecantikan dan kedamaian kawasan tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diterima, rumah asal P.Ramlee terletak di lorong Yahudi telah dirobohkan kerana kawasan itu digunakan untuk membina kuarters kerajaan.

Namun, rumah asal ini pernah dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun dan sekali lagi ia dibaiki pada tahun 1948.

Kini, rumah bersejarah itu telah dibina semula mengikut bentuk asalnya oleh Arkib Negara Malaysia sebagai mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham kepada perkembangan seni tanah air pada 1961 dan dibuka dengan rasminya oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Sabaruddin Chik pada 13 Disember 1991.

Menurut penjaga rumah tersebut, Ahmad Hashim, 75, rumah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian dalam dan bahagian luar. “Bahagian dalam terdapat ruang pameran yang memaparkan aspek-aspek kehidupan beliau semasa remaja. Ini dibahagikan kepada ruang tamu yang merakamkan detik-detik hidup beliau dari kecil hingga sehinggalah berhijrah ke Singapura.

“Sementara itu di ruang tengah menempatkan alat-alat muzik dan gambar-gambar mengenai kegiatan beliau dalam bidang seni dan sukan serta di ruangan bilik tidur terdapat katil besi, meja dan cermin yang merupakan

kelengkapan seharian hidup beliau.”

“Terdapat juga sebuah peti besi yang merupakan tempat menyimpan pakaian bagi keluarga beliau serta ruangan dapur yang memaparkan kedudukan dapur dan kelengkapan harian,” katanya.

Di bahagian luar pula terdapat sebuah basikal kegemaran P.Ramlee yang sengaja dicabutkan sebelah break basikalnya semata-mata untuk menghasilkan bunyi yang menarik semasa mengayuh basikal tersebut.

“Akibat perbuatan tersebutlah, P. Ramlee selalu sahaja mendapat ilham untuk mencipta pelbagai jenis irama dan lagu sehinggalah menjadi popular dan terkenal seperti sekarang,” jelasnya lagi.

Jika pelawat berkunjung ke sini, mereka dapat melihat pokok-pokok disekeliling rumah tersebut yang mempunyai kaitan rapat dengan zaman kanak-kanaknya.

Selain itu, di halaman yang sama terdapat “Kompleks Pustaka Warisan Seni” dimana di kawal selia oleh Arkib Negara. Di situ ditempatkan juga Galeri P. Ramlee

yang mempamerkan artifak peribadi beliau. Kompleks tersebut menggunakan konsep bangunan moden dan menggabungkan ciri-ciri tradisional supaya pengunjung tetap merasai suasana pada zaman dahulu.

Ditanya mengenai barangan yang mempunyai nilai sejarah paling tinggi terdapat di dalam rumah tersebut, Ahmad menjawab, kesemua barangan tersebut mempunyai nilai yang sama, tetapi yang paling menjadi tarikan adalah tikar yang digunakan oleh P. Ramlee untuk tidur dan beristirehat.

“Beliau lebih senang untuk berbaring dan tidur di atas tikar miliknya berbanding menggunakan tilam kerana beliau sentiasa ingin merasakan kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh golongan yang kurang berkemampuan pada ketika itu,” katanya lagi.

Ahmad menjelaskan jumlah pelancong yang berkunjung ke rumah dan galeri itu pada hari biasa seramai 90 orang dan jumlah itu meningkat sebanyak 40 peratus pada musim cuti umum dan persekolahan.

Rumah Kelahiran P. Ramlee dan Galeri ini dibuka kepada orang ramai setiap hari kecuali hari Isnin bermula dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang dan masuk adalah percuma.

‘ P a l i n g m e n j a d i tarikan adalah tikar yang d i g u n a k a n oleh P. Ramlee untuk tidur dan beristirehat.’

Rumah P.Ramlee Menyimpan Seribu MemoriOleh Sakinah Alias Farah Musa

Page 16: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 RencanaBK16

Oleh Asmahanim Amir Eo Pee See

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami

kecacatan pada anggota badan biasanya dilihat sebagai golongan yang tidak mampu menjalani aktiviti biasa seperti orang lain. Malah, terdapat sesetengah daripada golongan tersebut menyisihkan diri daripada masyarakat kerana menganggap kecacatan mereka akan mendatangkan pandangan serong daripada masyarakat.

Namun, bagi Yuhaizam Yahaya, 37 tahun, kecacatan kekal yang dialaminya sejak empat tahun lepas akibat kemalangan udara tidak pernah menjadi penghalangnya untuk meneruskan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pengkhususan Kerja Sosial pada sidang ini.

M e n c e r i t a k a n pengalamannya sepanjang berkhidmat dengan TUDM, Yuhaizam telah memasuki kem tentera udara di Kinrara, Kuala Lumpur dan seterusnya di Subang, Ipoh, Kluang, Alor Setar, Labuan dan akhir sekali di Butterworth pada usianya 20 tahun selepas menamatkan

pengajian tingkatan limanya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Perlis .

S e p a n j a n g perkhidmatannya dengan TUDM, beliau telah menerima sayap terbang dan sayap payung terjun seperti tentera lain yang menjalani latihan di TUDM dan beliau telah diberi kepada Anugerah Khidmat Cemerlang yang diberi setiap lima tahun sekali pada 2003.

Beliau yang pernah

bertugas sebagai juruterbang helikopter Nuri selama 10 tahun sebelum ini, mempunyai hasrat untuk menyambung pelajaran sebelum berlakunya kemalangan udara yang mengakibatkannya lumpuh seumur hidup (dari paras pinggang ke bawah) pada 5 Mac 2004 lepas.

Walaupun pergerakannya terbatas selepas kemalangan tersebut, namun semangatnya untuk meneruskan pengajian ke menara gading tidak pernah

pudar.“Tragedi kemalangan itu,

memang membawa seribu kenangan yang menyedihkan, akan tetapi saya anggap itu sebagai satu ujian daripada Tuhan untuk menguji ketabahan dan kesabaran diri,” katanya.

“Walaupun saya lumpuh selepas kejadian tersebut, tetapi saya tetap redha menghadapi dugaan ini, ” katanya yang kelihatan optimis atas kejadian yang berlaku ketika ditemui Berita Kampus di Desasiswa Aman Damai baru-baru ini.

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.21 pagi pada hari kejadian, beliau berkata helikopter yang dipandunya terputus dua selepas membuat pendaratan cemas di kawasan perumahan Jalan Solok Beringin, Taman Udara, Permatang Tengah, Butterworth.

“Ketika itu saya bersama seorang pembantu juruterbang, Kapten Dicky Richi Chin, berasal dari Johor Bahru dan seorang krew, Sarjan Udara Zailani Ab. Kadir,

dari Pasir Puteh, Kelantan. Kami berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth untuk membuat ujian penerbangan bagi sesi latihan mencari dan menyelamat kira-kira pada pukul 7 pagi,” katanya.

Beliau berkata semasa menjalani latihan, helikopter tersebut mengalami kerosakkan teknikal pada bahagian enjin dan dalam keadaan yang terdesak, beliau mengambil keputusan membuat pendaratan cemas.

“Semasa membuat pendaratan cemas, saya mencuba sedaya upaya mengimbangi dan mengalih haluan pesawat itu daripada menimpa bumbung deretan rumah teres setingkat di situ bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk lagi berlaku,” kata Yuhaizam.

Walau bagaimanapun, helikopter berkenaan terhempas di belakang deretan rumah teres tersebut, kira-kira 50 meter dari tempat mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth, menyebabkan kedua-dua rakannya meninggal

Kurang Upaya

Bukan Penghalang Jejak Menara GadingTragedi kemalangan itu, memang membawa seribu kenangan yang menyedihkan, akan tetapi saya anggap itu sebagai satu ujian daripada Tuhan untuk menguji ketabahan dan kesabaran diri

Yuhaizam Yahaya

Disamping keretanya

yang direka khas untuk

golongan OKU

Bersama rakan-rakan OKU di Desasiswa Aman Damai

Page 17: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Rencana BK 17

di tempat kejadian.“Ketika kejadian tersebut,

saya dalam keadaan separuh sedar dan tidak dapat mengingati apa yang berlaku seterusnya. Semasa sedar sepenuhnya, saya mendapati diri sudah berada di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang,” katanya.

Semasa Yuhaizam sedar, beliau tidak diberitahu tentang kematian kedua-dua rakannya itu, sehinggalah beliau terdengar isteri rakannya meraung di luar wad.

“Semua orang yang datang melawat saya diberi amaran supaya tidak diberitahu tentang kematian kawan-kawan saya itu kerana takut ia akan menganggu emosi saya,” katanya yang sekarang ini masih berkhidmat di TUDM Butterworth sebagai Pegawai Operasi.

Susulan daripada kejadian berkenaan, Yuhaizam kemudiannya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama setahun.

Semasa menerima rawatan di HKL, beliau telah menyertai Persatuan Perwira K-9 yang banyak mengajar tentang kerja-kerja kehidupan harian OKU seperti cara-cara mengendalikan kerusi roda.

“Ramai orang memikirkan OKU tidak boleh melakukan banyak perkara yang biasa dilakukan orang normal.

“Tetapi melalui persatuan

ini, saya telah d i a j a r

bagaimana mengendalikan kereta yang diubah suai khas untuk OKU. Kini, saya mampu memandu kereta ke mana-mana sahaja.” katanya yang sering berulang-alik dari tempat kerja ke rumahnya di Taiping.

Selepas menyertai persatuan tersebut, beliau menjadi lebih ramah dan mudah bergaul dengan orang ramai berbanding sebelum itu.

“Sebelum berlakunya kemalangan itu, saya bukanlah seorang yang suka berbual. Tetapi selepas menyertai persatuan itu, saya mula bergaul dengan orang ramai

dan menjadi peramah sehingga kadang kala saya disuruh berhenti bercakap,” katanya sambil berseloroh.

Sepanjang menerima rawatan di hospital, beliau mendapat sokongan daripada keluarganya terutama isterinya, Rosila Hassan, 33 tahun, seorang suri rumah tangga bersama empat orang anak yang kini menetap di Taiping, Perak.

“Sokongan daripada mereka amat penting bagi saya

meneruskan kehidupan yang

semakin mencabar ini.“Tanpa mereka, mungkin

saya tidak setabah dan berfikiran optimis sebegini,” katanya.

Setelah lama menyimpan hasratnya untuk menyambung pelajaran, akhirnya hasratnya tercapai apabila beliau telah ditawarkan biasiswa daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam kursus-kursus yang ditawarkan, beliau telah memilih kursus Kerja Sosial sebagai kursus pengajiannya kerana beliau mempunyai misi tersendiri .

“Kerja Sosial boleh memberi banyak pendedahan terutamanya mengenai tingkah laku manusia kerana manusia itu unik. Jadi, melalui kursus ini saya dapat belajar bagaimana hendak menolong orang yang senasib dengan saya”, katanya.

“Bukan semua orang faham tentang jiwa dan perasaan OKU. Malah pekerja sosial yang normal pun kadang kala tidak memahami perasaan OKU.

“Melalui kursus ini, saya berharap masyarakat akan lebih memahami serta dapat menerima golongan ini dengan

“Jangan jadikan kecacatan sebagai alasan untuk menagih simpati daripada orang ramai, kerana di luar sana ada lagi golongan

jauh lagi kurang bernasib baik daripada kita,”

seadanya,” katanya yang turut mendapat cuti bergaji selama tiga tahun sepanjang pengajiannya di sini..

Selain itu, beliau berpendapat OKU perlu berdikari dan tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada orang di sekeliling mereka.

“ Masyarakat tidak perlu terlalu memanjakan golongan ini sahaja kerana ada banyak lagi golongan lain yang perlu diberi perhatian.

“Jangan jadikan kecacatan sebagai alasan untuk menagih simpati daripada orang ramai, kerana di luar sana ada lagi golongan jauh lagi kurang bernasib baik daripada kita,” katanya.

Dalam menyesuaikan diri dengan pelajaran dan kehidupan baru di kampus, Yuhaizam juga menyimpan azam dalam menghadapi pengajian selama tiga tahun.

“Azam saya ialah belajar bersungguh-sungguh dan berharap saya dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang.selama tiga tahun di sini.

“Pelajaran sangat penting. Semua orang tidak kira normal atau sebaliknya perlu mendapat pendidikan sempurna supaya berjaya dalam kehidupan,” katanya mengakhiri perbualan.

Bersama rakan-rakan semasa minggu orientasi.

Page 18: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 RencanaBK18

Oleh Siti Nurhajatulziemah Mohd Noor

Hidup ini pasti terasa sunyi tanpa keha-diran teman-teman.

Kawan menjadi platform ter-baik untuk berkongsi kisah dan masalah. Bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai teman yang ‘sekepala’? Atau masih ter-cari-cari sahabat sejati. Jika mencari teman untuk gelak ketawa memang mudah tetapi mencari kawan ketika menangis amat sukar.

Bagaimana dengan pe-lajar baru USM semester ini? Adakah mudah mencari kawan sehati sejiwa? Mung-kin kini anda gembira dengan kehadiran teman-teman baru disisi. Tidaklah anda berasa risau atau bersendirian lagi. Ke mana sahaja anda pergi pasti dikelilingi teman-te-man. Tetapi bagaimana pula dengan anda yang masih mencari sahabat? Di sini ada beberapa informasi yang boleh dipraktikkan dalam memulakan persahabatan dan untuk mengekalkan hubungan yang terjalin.

Menurut Ketua Kaun-selor Unit Kaunseling dan Kerjaya, En.Azmi Hj Has-san, individu cenderung me-milih kawan mengikut krite-ria yang dia sendiri tetapkan. Dalam konteks persahabatan

terutama di universiti, in-dividu perlu melihat faktor diri sendiri sama ada boleh disukai, mudah didekati dan senang dibawa berbincang.

“Jika individu itu seorang pemalu jangan biarkan per-asaan malu dan rendah diri menjejaskan kehidupan se-harian. Cuba cari peluang memulakan perbualan den-gan individu yang baru dike-nali. Pelajar perlu memahami diri sendiri terlebih dahulu. Kaji sikap yang ada dalam diri dan sentiasa melakukan perubahan pada diri jika pe-rubahan itu membawa kebai-kan,” katanya lagi.

1. Tanya soalanApa kata anda bertan-

yakan soalan-soalan yang berkaitan tentang dirinya dan ini akan membuatkan kawan baru anda berasa se-lesa dan ringan mulut un-tuk bercerita. Jangan berasa ragu-ragu untuk bertanyakan apa sahaja soalan asalkan ti-dak menyentuh hal peribadi dan menimbulkan kemarah-annya.

2. Beri perhatianAnda juga perlu menden-

gar dengan penuh minat dan elakkan dari memalingkan muka ke arah lain ataupun sibuk melakukan aktiviti sampingan seperti menaip ‘sms’. Anda perlu menjadi pendengar yang baik jika kamu mahukan maklum balas yang sama daripada kawan anda ketika kamu se-dang berbual.

3. Jaga perlakuan ketika berbual

Cara kita me-nampilkan diri sewaktu berbual perlu dititik beratkan. C o n -tohnya a p a -b i l a Si J

menun-j u k k a n e k s p r e s i muka seperti ‘bosan’ dan ti-dak berminat men-dengar perbualan den-gan memandang ke arah lain. Setiap perlakuan yang anda tonjolkan membawa makna tersirat. Justeru itu, anda perlu berhati-hati den-gan tutur kata dan tingkah laku supaya tidak wujud perselisihan faham.

4. Buang prasangkaSetiap orang mempunyai

persepsi tersendiri terhadap orang lain. Misalnya, jika Si A kelihatan bergaya dari segi penampilan pasti kamu be-ranggapan bahawa Si A akan memilih untuk berkawan den-

gan individu yang ‘sealiran’ dengannya sahaja. Hapuskan persepsi sedemikian kerana setiap orang berbeza-beza antara satu sama lain dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Jangan menilai dari segi luaran sahaja. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

5. Jangan pilih bulu Segelintir individu dicop

pilih bulu dalam berkawan sehingga sanggup memulau dan mengutuk kerana tidak suka individu lain. Con-tohnya, Si A tidak mahu ber-sahabat dengan Si B kerana dia terlalu pendiam ataupun tidak pandai bersosial. Jan-ganlah begitu kerana den-gan ada perbezaan, hidup ini menjadi lebih seronok dan pelbagai. Anda perlu belajar untuk berfikiran lebih luas dan terbuka.

6. Elak persengketaanApabila kita sudah

mengenali hati budi dan tingkahlaku masing-mas-ing mulalah timbul pelbagai masalah. Marah, sakit hati, tidak puas hati, berselisih pendapat dan kecil hati mula menguasai diri. Inilah antara perasaan yang seringkali

Fahami Diri Sebelum Cari Sahabat menjadi punca persahabatan

yang terjalin menjadi renggang dan

yang paling b u r u k

boleh

m e n -g a k i -

b a t k a n p e r g a d u h a n .

Semua ini perlu dia-tasi dengan bijak jika anda

sayangkan persahabatan dan tidak mahu bermasam muka sesama sendiri.

7. Terima kelebihan dan kelemahan

Bukan mudah mengekal-kan hubungan persahabatan jika kita sendiri tidak beru-saha untuk menjaga ber-sama. Kita perlu menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika anda rasakan bahawa hubungan kamu dan sahabat mula di-landa masalah segeralah berterus terang supaya dapat menyelesaikan masalah se-cepat mungkin sebelum ian-ya menjadi lebih serius.

Anda perlu menghabiskan masa selama tiga atau empat tahun untuk mendapatkan segulung ijazah. Selama itu jugalah, hidup kamu sentiasa bersama teman-teman sama ada ke kuliah, beriadah, membeli belah, menonton wayang dan sebagainya. Ke-jayaan yang dicapai pasti in-gin diraikan bersama teman seperjuangan yang selama ini melalui saat suka duka sepanjang bergelar maha-siswa/i.

SAHABAT IBARAT PELANGI YANG HADIR SELEPAS HUJAN, WALAU BUMI DI-BASAHI, NAMUN PELANGI TETAP SETIA ME-WARNAI

Sekadar Gambar Hiasan

Page 19: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008 Aksi BK 19

Kontigen Universiti Sains Malaysia (USM) menamatkan cabaran Sukan Majlis Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 2008 dengan pencapaian lesu apabila hanya mengumpul satu pingat emas, satu perak dan pingat satu gangsa dalam kejohanan yang ber-langsung dari 13 hingga 17 Mei lalu di Universiti Malaya.

Selepas tamat hari terakhir ke-johanan, USM hanya berjaya men-duduki tempat ke 12 daripada 20 kontingen yang bertanding.

Pasukan mendayung wanita telah menyelamatkan maruah USM apabila menyumbangkan pinggat emas tunggal dalam kat-egori “women coxed four” dengan menewaskan pasukan dari Univer-siti Teknologi Malaysia (UTM) yang sekadar berpuas hati dengan pingat perak, manakala pingat gangsa diraih rangkaian penda-

yung dari Universiti Islam Antara-bangsa (UIAM).

Walaubagaimanapun, impian USM untuk meraih emas kedua dalam kategori “women coxless four” berakhir apabila mereka sekadar berpuas hati dengan pin-gat perak setelah rangkaian pen-dayung UTM berjaya memintas pendayung USM di saat akhir.

Pingat gangsa USM pula dis-umbangkan menerusi acara men-dayung kategori “men coxless four”.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuktikan kejaguhan mereka apabila muncul juara kes-eluruhan dengan catatan 11 pingat emas, lapan perak, dan tiga gangsa, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menyerlah apabila menduduki tempat kedua melalui pungutan tujuh pingat emas, tiga perak dan satu gangsa.

Sementara itu, bagi Sukan Masum Fasa Kedua yang ber-langsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari 21–28 Mei 2008, pasukan USM mempamer-kan peningkatan apabila berjaya membawa pulang tiga pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa untuk menduduki tempat ke-tujuh secara keseluruhan. Pingat-pingat USM telah disumbangkan melalui acara taekwando dan bola tampar wanita.

UiTM sekali lagi menunjuk-kan penguasaan mereka dengan mengungguli saingan keseluru-han apabila memenangi 14 pingat emas, 14 perak dan 11 gangsa un-tuk muncul juara keseluruhan

Namun begitu, mereka telah menerima saigan sengit daripada pasukan UPM yang turut meraih 14 pingat emas, 10 perak dan tujuh gangsa bagi muncul sebagai naib juara.

Selepas pencapaian kurang memberangsangkan dalam Majlis Sukan Unversiti (MASUM) baru-baru ini, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengorak langkah dalam usaha memartabatkan bi-dang sukan supaya mampu berdiri sama tinggi bersama pencapaian bidang akademik setanding den-gan universiti tempatan yang lain.

Terbaru, Program Sukan USM telah diperkenalkan dengan objek-tif utama untuk menaikkan nama USM pada kejohanan-kejohanan berprestij seperti MASUM.

Melalui program warga sukan, USM akan memberikan peluang kepada pelajar mempunyai pen-galaman sebagai atlet negeri atau negara yang masih bergiat aktif untuk tempoh sekurang-kurang-nya tiga tahun untuk melanjut-kan pelajaran di USM disamping mencapai PNGK yang diperlukan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Ma-laysia (STPM)

Menurut Ketua Unit Sukan USM, En Muhammad Mohd Hanif, seramai 13 orang pelajar telah terpilih sebagai perintis un-tuk projek ini ketika pengambilan pelajar baru bagi sidang akademik 2008/2009.

“Pelajar-pelajar ini adalah atlet-atlet yang berpengalaman dalam sukan seperti ping pong, ragbi, boling padang dan juga bola tampar.

“Kita berharap mereka mam-pu menyumbang sesuatu kepada

universiti disamping berpeluang untuk meneruskan pengajian mer-eka”, katanya ketika ditemui berita kampus baru-baru ini.

Menjawab satu soalan menge-nai pencapaian sukan USM yang dilihat berada pada tahap “kurang memberangsangkan” jika diband-ingkan dengan beberapa universiti lain.

Beliau menjelaskan bahawa keadaan ini disebabkan status atlet yang mewakili universiti.

“USM tidak mempunyai atlet kebangsaan seperti universiti lain .Atlet kita dilatih disini dan cuma mempunyai asas sukan yang mer-eka sertai sahaja. Oleh itu, untuk mendapat hasilnya , latihan masa yang lama diperlukan , sedangkan tempoh pengajian ialah antara tiga tahun sehingga lima tahun sahaja.

Selain itu, jumlah pelajar juga agak terhad, tidak ada program diploma berbanding universiti Pu-tra Malaysia atau Uitm, jadi pelu-ang agar mendapatkan atlet yang benar-benar berpotensi agak terba-tas,” katanya.

Namun beliau menjelaska ba-hawa semua itu bukan halangan bagi unit sukan untuk terus beru-saha menyediakan para atlet yang mampu membawa cabaran Usm ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya yakin Program Warga Sukan yang diperkenalkan ini mampu untuk menyumbang ses-uatu untuk universiti,” tambahn-ya.

USM Mengorak Langkah Dalam Bidang Sukan

KONTINGEN USM GAGAL MENYERLAHOleh Mohd Firdaus Ismail(ROONEY)

Desasiswa Fajar Hara-pan dinobatkan seb-

agai juara pasukan sorak un-tuk kali kedua berturut-turut dalam program riadah Cam-pus Walkrobic,1 Julai lalu.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Omar Osman itu, disertai hampir 3540 orang penuntut baru Univer-siti Sains Malaysia (USM).

Program yang berlangsung di Stadium Olahraga USM itu turut menyaksikan Desasiswa Cahaya Gemilang merangkul juara bagi kategori slogan.

Desasiswa yang menang membawa pulang Piala Pasu-kan Sorak Walkrobic dan Pi-ala Slogan Walkrobic beserta hamper.

Sementara itu, Pengarah Projek Walkrobic Desasiswa Fajar Harapan, Saudari Siti Nur Syuhada Binti Abdul Aziz, Sains Kemasyaraka-tan 2, berasa bangga dengan penglibatan penuntut baru yang amat bersemangat dan telah memberi kerjasama un-tuk menjayakan program ini.

“Pelbagai cabaran telah ditempuh oleh penuntut baru terutamanya semasa sesi latihan sorak kerana mereka harus menyeragamkan gaya dan sebutan sorakan dengan peserta seramai 400 orang” tambahnya lagi.

Saudara Mohamad Saffi Hafiz Bin Mat Jenoldin, Ilmu Kemanusiaan 1, turut berasa gembira dengan kemenangan Desasiswa Fajar Harapan.

Program riadah ‘Campus Walkrobic’ 2008

Fajar Pertahan Gelaran

Juara lagi.. Pelajar baru Desasiswa Fajar Harapan gembira selepas berjaya menerus-kan legasi kemenangan senior mereka dalam acara sorak sempena minggu orientasi baru-baru ini di Universiti Sains Malaysia.

Page 20: bk1 layout akhir - USM | Universiti Sains Malaysiaweb.usm.my/comn/bk/bk1.pdfdan penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula,” katanya semasa Majlis Pra Pelancaran ConvEx’08

USM LESU DI MASUM

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA 2008 (MASUM)

KONTINGEN Universiti Sains Malaysia (USM) menamatkan cabaran Sukan Majlis Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 2008 dengan pencapaian lesu apabila hanya mengumpul satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam kejohanan yang berlangsung dari 13 hingga 17 Mei lalu di Universiti Malaya. Selepas tamat hari terakhir kejohanan, USM hanya berjaya untuk menduduki tempat ke 12 daripada 20 kontigen yang bertanding. Pasukan mendayung wanita telah menyelamatkan maruah USM apabila menyumbangkan pingat emas tunggal universiti. Namun begitu, kontijen USM menunjukkan peningkatan dalam Fasa II apabila berjaya membawa pulang tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa.

PUNGUTAN PINGAT (FASA 1)IPTA EMAS PERAK GANGSA JUMLAHUiTM 11 6 3 20UKM 7 3 1 11UPSI 7 2 3 12UM 6 6 8 20UTM 5 9 8 22UIAM 4 5 10 19UTHM 3 1 1 5UPM 2 3 3 8USIM 1 4 6 11UPNM 1 2 5 8UNIMAS 1 2 2 5USM 1 1 1 3UNITEN 0 2 0 0UMP 0 1 2 2UUM 0 1 2 2UDM 0 0 4 4UMT 0 0 2 2UTEM 0 0 1 1UMK 0 0 0 0UMS 0 0 0 0UniMAP 0 0 0 0

PUNGUTAN PINGAT (FASA 2)UiTM 14 14 11 39UPM 14 10 7 41UM 9 9 3 21UUM 8 4 10 22UTM 3 4 7 14UIAM 3 3 7 13USM 3 3 5 11UPSI 2 5 1 8UMS 2 3 4 9UKM 2 0 5 7UPNM 1 1 2 4UMT 1 1 1 3UTHM 0 2 0 2UTeM 0 1 2 3UMP 0 1 1 2UNIMAS 0 1 0 1UDM 0 0 2 2USIM 0 0 1 1UNIMAP 0 0 1 1Berita selanjutnya di halaman 19

FAJAR MENANG LAGI-19

USM MENGORAK LANGKAH

DALAM BIDANG SUKAN-19

Program ‘Campus Walkrobic’ 2008