bahan bacaan 10

2
BAHAN BACAAN 10 Tajuk : Langkah-langkah untuk Mengatasi Masalah Pencemaran Pencemaran merupakan aktiviti yang merosakkan alam sekitar den bahan kumbahan seperti sampah sarap, asap dan sisa-sisa toksik. Pencemaran dilakukan oleh individu-individu yang mementingkan diri sendiri. Terdapat pencemaran, iaitu pencemaran air, udara, bunyi dan tanah. Sejak kebelakangan ini, pelbagai fenomena alam yang tidak dijangkakan berlaku akibatdaripada kesan pencemaran. Pencemaran yang berlarutan dapat mengancam kehidupan manusia serta flora dan fauna. Oleh itu, beberapa lang diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah pencemaran. Langkah yang paling ideal ialah menguatkuasakan undang-undang seperti pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut perlu dikenakan hukuman yang berat agar mereka menginsafi kesalah telah mereka lakukan. Selain itu, kita haruslah menggalakkan orang ramai menaiki kenderaan berkongsi kereta untuk pergi ke tempat kerja. !al ini bukan sahaja dapat m kesesakan jalan raya, malahan dapat mengurangkan kadar kapasiti asap yang ke udara. Seterusnya, sampah sarap yang kita buang seperti kertas, plastik dan kadangkala dapat dikitar semula. Proses kitar semula bukan sahaja dapat me pelbagai pencemaran, malah apabila barangankitarsemula dijual kita dapat menambahkan ang saku. "esimpulannya, pencemaran yang tidak terkaal sudah pasti mengancam s kehidupan di dunia ini. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan dan dipandang serius oleh semua pihak.

Upload: ily-tinus

Post on 04-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bhn

TRANSCRIPT

BAHAN BACAAN 10

BAHAN BACAAN 10TAHUN 5

Tajuk:Langkah-langkah untuk Mengatasi Masalah PencemaranPencemaran merupakan aktiviti yang merosakkan alam sekitar dengan bahan-bahan kumbahan seperti sampah sarap, asap dan sisa-sisa toksik. Pencemaran biasanya dilakukan oleh individu-individu yang mementingkan diri sendiri. Terdapat empat jenis pencemaran, iaitu pencemaran air, udara, bunyi dan tanah.Sejak kebelakangan ini, pelbagai fenomena alam yang tidak dijangkakan telah berlaku akibat daripada kesan pencemaran. Pencemaran yang berlarutan dapat mengancam kehidupan manusia serta flora dan fauna. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah pencemaran.Langkah yang paling ideal ialah menguatkuasakan undang-undang seperti melarang pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut perlu dikenakan hukuman yang berat agar mereka menginsafi kesalahan yang telah mereka lakukan.Selain itu, kita haruslah menggalakkan orang ramai menaiki kenderaan awam atau berkongsi kereta untuk pergi ke tempat kerja. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, malahan dapat mengurangkan kadar kapasiti asap yang dilepaskan ke udara.Seterusnya, sampah sarap yang kita buang seperti kertas, plastik dan botol kaca kadangkala dapat dikitar semula. Proses kitar semula bukan sahaja dapat mengurangkan pelbagai pencemaran, malah apabila barangan kitar semula dijual kita dapat menambahkan wang saku.Kesimpulannya, pencemaran yang tidak terkawal sudah pasti mengancam semua kehidupan di dunia ini. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan dan pengawalan harus dipandang serius oleh semua pihak.