09 bahan bacaan tajuk bpg2

17
WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU 1 1.1 Sinopsis Bengkel aktiviti prabacaan mengkehendaki pelajar melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pergerakan tangan dan mata. Untuk melaksanakan aktiviti ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai. Empat jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali aktiviti prabacaan dalam modul ini. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M. 2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M 3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M. Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini. Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam portfolio anda. Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104. Tajuk 1 AKTIVITI PRABACAAN Arahan Pembelajaran

Upload: share-with-me

Post on 03-Jul-2015

5.465 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

1

1.1 Sinopsis

Bengkel aktiviti prabacaan mengkehendaki pelajar melaksanakan aktiviti

pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pergerakan tangan dan

mata. Untuk melaksanakan aktiviti ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan

bantu belajar yang sesuai. Empat jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali

aktiviti prabacaan dalam modul ini.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M.

2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M

3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

melaksanakan KIA2M.

Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap

aktiviti yang terdapat dalam modul ini.

Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam

portfolio anda.

Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran

Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.

Tajuk 1 AKTIVITI PRABACAAN

Arahan Pembelajaran

Page 2: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

2

PRABACAAN

Pengamatan penglihatan

Pengamatan pendengaran

Pergerakan tangan dan mata

1.3 Kerangka Konsep

Untuk memahami aktiviti prabacaan sila teliti kerangka konsep berikut.

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya,

kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-

kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan

kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman

penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi

pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap

kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan (Juriah

Long et.al. 1994).

Prabacaan :

Apakah yang anda fahami maksud prabacaan

Bagaimanakah aktiviti ini membantu proses membaca

l a t i h a n Menggunakan bahan bantu belajar

Page 3: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

3

Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran,

kemahiran pengamatan peglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan

menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula

meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid

didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca boleh

dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk

mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

1.4 Aktiviti/Bengkel Prabacaan

Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang aktiviti prabacaan, anda perlu

melaksanakan aktiviti berikut:

1.4.1. Pengamatan Penglihatan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, lakukan aktiviti:

pengamatan penglihatan

Aktiviti ini bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk.

Kini anda perlu melakukan aktiviti seterusnya.

1.4.2 Pengamatan Pendengaran

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki

melakukan aktiviti untuk mengecam bunyi-bunyi. Anda perlu melakukan aktiviti:

pengamatan pendengaran

Tahniah! Anda telahpun berjaya melaksanakan aktiviti mempertingkatkan

ketajaman pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran.

Page 4: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

4

Teruskan aktiviti berikut yang melibatkan psikomotor.

1.4.3 Pergerakan Tangan dan Mata

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki

melakukan aktiviti: pergerakan tangan

Teruskan aktiviti prabacaan dengan melakukan aktiviti

pergerakan mata

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, anda perlu melakukan aktiviti

menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan sebagai pengukuhan.

Latihan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina

sendiri, anda dikehendaki melaksanakan aktiviti prabacaan secara simulasi.

Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

Page 5: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

5

2.1 Sipnosis

Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan pelajar membuat latihan

membunyikan huruf dan mengasosiasikan benda/objek dengan bunyi huruf.

Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa dan

ayat. Untuk melaksanakan kaedah fonetik ini, pelajar dikehendaki menggunakan

bahan bantu belajar. Empat jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali

bengkel asas membaca kaedah fonetik dalam modul ini.

2.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M.

2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M

3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

melaksanakan KIA2M.

Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap

aktiviti yang terdapat dalam modul ini.

Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam

portfolio anda.

Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran

Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.

Tajuk 2 BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH FONETIK

Arahan Pembelajaran

Page 6: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

6

2.3 Kerangka Konsep

Untuk memahami kaedah fonetik, sila teliti kerangka konsep berikut

Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap

hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan

murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah

ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan

pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan

yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca

beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.

Menggunakan bahan bantu belajar

KAEDAH FONETIK

l a t i h a n

Membunyikan huruf dan

asosiasi dengan benda

Membatang suku kata dan

perkataan

Membaca frasa dan ayat

Kaedah Fonetik :

Apakah yang anda fahami tentang kaedah fonetik

Bagaimanakah kaedah ini membantu proses membaca

Page 7: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

7

2.4 Aktiviti/Bengkel Kaedah Fonetik

Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut:

2.4.1 Membunyikan huruf dan asosiasi dengan benda

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan

langkah-langkah berikut:

membunyikan huruf A – Z

Setelah anda selesai membunyikan kesemua huruf anda dikehendaki

mengasosiasikan benda dengan bunyi huruf tersebut.

2.4.2 Membatangkan suku kata dan perkataan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki:

membatang suku kata

Seterusnya, anda perlu

menyebut/membunyikan perkataan tanpa membatang suku

kata

2.4.3 Membaca frasa dan ayat

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki : membaca frasa

Teruskan aktiviti membaca dengan

membaca ayat yang lengkap.

Page 8: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

8

2.4.4 Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah

fonetik

Pastinya kini anda telah mahir melaksanakan langkah demi langkah dalam

kaedah fonetik.

Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk :

Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-

langkah tersebut.

Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk

melaksanakan kaedah fonetik seperti yang telah anda pelajari.

Latihan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina

sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah fonetik secara simulasi.

Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

Page 9: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

9

3.1 Sipnosis

Bengkel asas membaca kaedah abjad mengkehendaki pelajar menyebut nama

huruf abjad A hingga Z; huruf besar dan huruf kecil, menyebut suku kata V dan KV,

mengeja suku kata, perkataan dan frasa, membaca ayat dan menggunakan bahan

bantu belajar yang sesuai. Empat jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali

aktiviti bengkel asas membaca kaedah abjad dalam modul ini.

3.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M.

2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M

3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

melaksanakan KIA2M.

Arahan Pembelajaran:

Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap

aktiviti yang terdapat dalam modul ini.

Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam

portfolio anda.

Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran

Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.

Tajuk 3 BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH ABJAD

Arahan Pembelajaran

Page 10: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

10

3.3 Kerangka Konsep

Untuk memahami kaedah abjad, sila teliti kerangka konsep berikut

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan

suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata

itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini

dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu

dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga

‘z’ mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan,

huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al,

1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan

Menggunakan bahan bantu belajar

KAEDAH ABJAD

Menyebut nama huruf abjad a – z; huruf besar

dan kecil

Menyebut suku kata V dan KV

Mengeja suku kata, perkataan

dan frasa

Membaca ayat l

a t i h a n

Kaedah Abjad :

Apakah yang anda fahami tentang kaedah abjad

Bagaimanakah kaedah ini membantu proses membaca

Page 11: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

11

terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji

Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf

besar didedahkan serentak.

Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula

pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang

terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf

yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal

huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata

secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja

perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf

pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.

3.4 Aktiviti/Bengkel Asas Membaca Kaedah Fonetik

Kita perlu melaksanakan aktiviti berikut untuk memahami kaedah ini:

3.4.1 Menyebut nama huruf abjad A-Z; huruf besar dan kecil

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan

langkah-langkah berikut:

menyebut huruf a-z ; huruf kecil

Setelah anda selesai menyebut kesemua huruf, anda dikehendaki pula

menyebut huruf A-Z; huruf besar

3.4.2 Menyebut suku kata V dan KV

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki:

menyebut suku kata V

Page 12: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

12

Seterusnya, anda perlu

menyebut suku kata KV

3.4.3 Mengeja suku kata, perkataan dan frasa

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki:

mengeja suku kata

Teruskan latihan anda untuk

mengeja perkataan

Anda sekarang perlu meneruskan latihan untuk

mengeja frasa

3.4.4 Latihan membaca ayat

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki:

membaca ayat dengan lengkap

3.4.5. Menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai untuk melaksanakan kaedah abjad

Anda telah pun melaksanakan langkah demi langkah kaedah abjad bermula

daripada menyebut nama huruf dansuku kata, mengeja suku kata, perkataan

dan frasa serta latihan membaca ayat.

Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk :

Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-

langkah tersebut.

Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk

melaksanakan kaedah abjad seperti yang telah anda pelajari.

Page 13: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

13

Latihan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina

sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah abjad secara simulasi.

Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

Page 14: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

14

Tajuk 4 BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

4.1 Sipnosis

Bengkel asas membaca kaedah pandang dan sebut memerlukan pelajar

membuat latihan menyebut perkataan, mencerakinkan perkataan menjadi suku

kata, membina dan membaca ayat dan menggunakan bahan bantu belajar yang

sesuai.Untuk melaksanakan kaedah ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan

bantu belajar. Tiga jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali aktiviti bengkel

asas membaca kaedah pandang dan sebut dalam modul ini.

4.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M.

2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M

3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

melaksanakan KIA2M.

Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap

aktiviti yang terdapat dalam modul ini.

Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam

portfolio anda.

Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran

Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.

Arahan Pembelajaran

Page 15: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

15

4.4 Kerangka Konsep

Untuk memahami kaedah pandang dan sebut, sila teliti kerangka konsep berikut

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan

dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah

ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah

memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan

diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan.

Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa

kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu

belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

Menggunakan bahan bantu belajar

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

l a t i h a n

Menyebut perkataan

Mencerakinkan perkataan kata

Membina dan membaca ayat

Kaedah Pandang dan Sebut :

Apakah yang anda fahami dengan kaedah pandang dan sebut

Bagaimanakah kaedah ini membantu proses membaca

Page 16: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

16

4.4 Aktiviti/Bengkel Asas Membaca Pandang dan Sebut

Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut:

4.4.1 Menyebut Perkataan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan

langkah-langkah berikut:

menyebut perkataan

4.4.2 Mencerakinkan perkataan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki:

mencerakinkan perkataan menjadi suku kata

4.4.3 . Membina dan membaca ayat

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki:

membina ayat

Teruskan aktiviti membaca dengan

membaca ayat yang lengkap.

4.4.4. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah Pandang dan sebut

Pastinya kini anda telah mahir melaksanakan langkah demi langkah dalam

kaedah pandang dan sebut.

Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk :

Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-

langkah tersebut.

Page 17: 09 bahan bacaan tajuk bpg2

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

17

Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk

melaksanakan kaedah pandang dan sebut seperti yang telah

anda pelajari.

Latihan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina

sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah pandang dan sebut secara

simulasi. Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang

digunakan.