bahan 2

25
BIL. PERKARA FORMAT 1 Jenis Instrumen Ujian Subjektif 2 Jenis Item Respon Terhad Respon Terbuka 3 Bilangan Soalan 5 Soalan Bahagian A - 1 soalan (wajib)

Upload: sanusi-barawi-sanusi

Post on 03-Jul-2015

2.244 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan 2

BIL. PERKARA FORMAT

1 Jenis Instrumen Ujian Subjektif

2 Jenis Item Respon Terhad Respon Terbuka

3 Bilangan Soalan 5 Soalan Bahagian A - 1 soalan (wajib)

Page 2: Bahan 2

Bahagian B - 3 soalan (pilih 1) Bahagian C - 1 soalan (wajib)

4 Bilangan Perkataan Bahagian A - Tiada had Bahagian B - Tidak kurang daripada 80 patah perkataan Bahagian C - Tidak kurang daripada 50 patah perkataan

5 Jumlah Markah 60 markah Bahagian A - 10 markah Bahagian B - 30 markah Bahagian C - 20 markah

6 Tempoh 1 jam 15 minit

7 Konstruk yang ditaksir Memindah maklumat Ujian Penulisan/Kemahiran Menulis/Membina Ulasan

8 Cakupan Konteks Mencakupi semua bidang pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Tahun 1 – 6

9 Stimulus Bahan grafik

Page 3: Bahan 2

BAHAGIAN A

(Masa yang dicadangkan : 15 minit)

Perkara Stimulus Bilangan Soalan Jumlah Perkataan Bentuk Jawapan

Memindahkan maklumat dari bahan grafik Gambar/carta/graf/peta dan sebagainya 1 soalan sahaja (tiada pilihan, wajib jawab) Tiada had Ayat lengkap/gramatis/Ditulis dalam bentuk penomboran tidak melebihi lima ayat.

Bagaimana ayat gramatis?

Struktur ayat betul, tepat (mempunyai subjek dan predikat)

Penggunaan perbendaharaan kata betul, tepat dan meluas.

Betul dari segi tanda baca dan ejaan.

Penggunaan penanda wacana yang sesuai.

Menepati kehendak gambar dan arahan soalan.

Page 4: Bahan 2

Tulis lima ayat lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. CONTOH AYAT

1. Saya dan keluarga berkelah di Air Terjun Ranchan.

2. Emak menghidangkan makanan di atas tikar yang kami bawa.

3. Ayah duduk di atas batu sambil memerhatikan kami mandi.

4. Kami mandi dengan girang sambil bermain air.

5. Suasana di kawasan air terjun sungguh tenang dan kami berasa gembira.

Page 5: Bahan 2

Tulis lima aktiviti berdasarkan gambar di bawah. CONTOH AYAT

1. Emak sedang menghulurkan sepinggan makanan kepada ayah.

2. Saya dan adik sedang membina istana pasir.

3. Abang dan rakannya begitu leka bermain bola di tepi pantai.

4. Kelihatan kanak-kanak gembira bermain dan berenang

dengan menggunakan pelampung.

5. Ada juga yang berekreasi dengan perahu layar dan mendayung sampan.

Page 6: Bahan 2
Page 7: Bahan 2

BAHAGIAN B

Tiga soalan karangan dikemukakan.

Calon dikehendaki memilih satu

soalan sama ada Soalan 1,2 atau 3

Pemilihan soalan karangan yang betul dan

tepat amat penting.

Bagaimana Memilih Soalan Karangan?

Baca setiap soalan dengan teliti.

Pilih soalan yang sesuai dengan pemahaman,

pengetahuan dan keupayaan calon untuk

mengembangkan ideanya.

Pastikan calon mengetahui bentuk dan format

karangan untuk soalan berkenaan.

Page 8: Bahan 2
Page 9: Bahan 2

Karangan Berformat Khusus

Surat Rasmi

Surat Tidak Rasmi

Dialog

Laporan

Ucapan

Syarahan

Berita

Catatan

Perbahasan

Karangan Berformat Umum

Naratif

Menyambung dan Menyudahkan Cerita

Fakta

Gambaran/Keperihalan

Peribahasa

Rencana

Penerangan

Perbincangan

Page 10: Bahan 2

Pastikan calon mempunyai

idea dan mengetahui gaya

bahasa yang sesuai untuk

menulis karangan.

Rangka karangan merupakan

panduan ke arah

menghasilkan karangan yang

mantap.

Page 11: Bahan 2

Rangka karangan

bertujuan memastikan bahawa :

Tidak berlaku pengulangan idea.

Idea ditulis mengikut keutamaan.

Huraian dan contoh ada disertakan pada setiap idea.

Pastikan karangan lengkap ada pendahuluan dan penutup.

Page 12: Bahan 2

Bagaimana menyediakan rangka karangan? Calon boleh menggunakan :

Ayat yang tidak lengkap

Kata-kata singkatan yang mudah difahami.

Tanda koma dan tanda sempang.

Peta minda, draf, rajah, grafik, jadual dan sebagainya.

Page 13: Bahan 2

idea

Page 14: Bahan 2

• Tiada huraian atau pengembangan idea dan contoh-contoh.

• Kesalahan ejaan. • Tidak dapat menulis ayat dengan jelas dari

segi maksudnya. • Ayat, struktur ayat, frasa dan kata-kata yang

digunakan tidak begitu betul. • Lemah dalam penggunaan imbuhan. • Terdapat penggunaan huruf besar di

tengah-tengah perkataan dan ayat.

Contoh soaIan :

Persatuan Sains di sekolah kamu ingin mengadakan lawatan ke loji pembersihan air di kawasan tempat tinggal kamu. Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis surat kepada pihak pentadbiran loji tersebut.

Analisis soalan

Jenis karangan : Surat Kiriman Rasmi Format : Berformat Khusus Kata Kunci/ : Menulis surat permohonan Kehendak soalan kebenaran mengadakan lawatan.

Page 15: Bahan 2

Rangka Karangan Pendahuluan • alamat pengirim dan penerima - tarikh surat Idea-idea • memberitahu tujuan surat ditulis • menyatakan tujuan mengadakan lawatan – memperkenalkan cara-cara

pembersihan air • disertai 40 orang murid dan enam orang guru. • menyerahkan kepada pihak Loji Pembersihan Air untuk menetapkan tarikh dan

masa lawatan – mengharapkan permohonan diluluskan Penutup • ucapan terima kasih • tandatangan/jawatan

Page 16: Bahan 2

Karangan Contoh Persatuan Sains, Sekolah Kebangsaan Semerah Padi, Jalan Depo, Petra Jaya, 93050 Kuching.

Pegawai Pentadbir, Loji Pembersihan Air, Jalan Batu Kitang, 93250 KUCHING. 30 JANUARI 2007. Tuan, Memohon Kebenaran Melawat Loji Pembersihan Air Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sains sekolah ini akan mengadakan lawatan sambil belajar ke loji pembersihan air di kawasan ini. 2. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para pelajar tentang cara-cara air dibersihkan sehinggalah air tersebut selamat untuk kegunaan harian. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang operasi pembersihan air di loji tersebut. 3. Untuk pengetahuan dan persediaan tuan, rombongan ini akan disertai oleh 40 orang murid dan enam orang guru pengiring. 4. Berkenaan tarikh dan masa lawatan, kami serahkan kepada tuan untuk menetapkannya. Kami dengan rasa rendah diri mengharapkan agar tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Diharapkan juga tuan dapat memberi keputusan kepada kami dengan secepat mungkin untuk kami membuat persediaan. 5. Segala jasa baik tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian dan harap maklum. Yang menjalankan tugas,

Page 17: Bahan 2

Amirhassan

( AMIR BIN HASSAN ) Setiausaha, Persatuan Sains, Sekolah Kebangsaan Semerah Padi. KARANGAN YANG BAlK HENDAKLAH MEMPUNYAI: Pendahuluan/Pengenalan yang berkaitan dengan tajuk. Idea-idea yang disertai dengan huraian dan contoh, penggunaan penanda

wacana, peribahasa dan ungkapan amat digalakkan. Penutup karangan dengan membuat kesimpulan atau rumusan tentang tajuk

karangan dengan memberi pendapat sendiri. Semak ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh atau isi yang tertinggal atau

kurang tepat. CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG • Penulisan karangan yang bertepatan dengan kehendak soalan atau tajuk. • Mempunyai isi yang mencukupi dan dikembangkan dengan memberi contoh-

contoh yang konkrit dan relevan serta kukuh. • Penggunaan bahasa yang baik dan lancar • Penyampaian berkesan dan pengolahan yang menarik serta menampakkan

kematangan penulisan. • Tidak terdapat kesalahan bahasa. • Mempunyai kepelbagaian ragam ayat dan struktur ayat. • Mempunyai kosa kata yang luas dan penggunaan perkataan yang tepat. • Penggunaan tanda baca dan penanda wacana yang tepat dan sesuai.

Page 18: Bahan 2

BAHAGIAN C

(Cadangan masa : 20 minit ) Markah : 20

PERKARA Membuat ulasan (pengajaran, nilai murni, kebaikan, faedah dan lain-lain)

STIMULASI Petikan (sastera/ bukan sastera)

BILANGAN SOALAN 1 soalan sahaja (Tiada pilihan) (Soalan wajib dijawab)

JUMLAH PERKATAAN Tidak kurang 50 patah perkataan

BENTUK JAWAPAN Satu perenggan

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Baca dan fahami

Garis isi penting/pengajaran/nilai/kebaikan/kepentingan

Senaraikan

Tulis dalam satu perenggan

Page 19: Bahan 2

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Haziq ialah anak pertama daripada lima orang adik-beradik. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya telah meninggal dunia. Hanya ibunya sahaja yang menyara keluarga. Oleh itu, sebagai anak sulung Haziq perlu membantu ibunya.

Haziq seorang yang sangat rajin dan kuat semangat. Pada waktu pagi, Haziq akan ke sekolah seperti biasa manakala sebelah petang pula, dia akan bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan. Haziq akan mengulang kaji pelajarannya pada waktu malam. Semua duit gaji yang diterima akan diberi kepada ibunya untuk perbelanjaan keluarga.

Haziq sangat disenangi oleh orang kampung kerana sikapnya yang ringan tulang dan kecemerlangannya dalam pelajaran. Oleh itu, dia telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Orang kampung telah mengutip derma untuk membantu Haziq melanjutkan pelajarannya. Haziq sangat terharu dengan bantuan mereka. Dia berjanji akan membalas jasa mereka setelah bekerja nanti.

NILAI MURNI

• Bertanggungjawab

• Rajin berusaha

• Kuat semangat

• Tidak mementingkan diri sendiri

• Baik hati

• Tolong menolong

• Bersyukur

• Bersimpati

• Membalas budi

Page 20: Bahan 2

Berdasarkan petikan, pengajaran yang boleh diambil ialah, kita mesti

bertanggungjawab terhadap keluarga. Kita juga perlu sentiasa bantu-membantu antara

satu sama lain. Kita perlu rajin berusaha dan kuat semangat untuk berjaya walaupun

serba kekurangan. Selain itu, janganlah bersikap mementingkan diri sendiri. Kita perlu

bersikap baik hati dan ringan tulang. Tolong-menolong adalah satu amalan yang baik.

Kita mestilah tahu menghargai budi baik orang dan tidak lupa membalas jasa.

Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit.

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Buah delima pelbagai rasa,

Dipetik sebelum waktu senja;

Dari kecil hinggalah dewasa,

Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,

Masuk seekor ikan kelisa;

Sungguh mulia jasamu ibu,

Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan terlupa,

Beli juga sebungkus asam jawa;

Tidak kulupa jasamu bapa,

Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang bercampur santan kelapa,

Nasi berulam pucuk pegaga;

Terima kasih ibu dan bapa,

Bersyukur kita hidup bahagia.

Nilai/Pengajaran

1. kasih sayang

Page 21: Bahan 2

2. bertanggungjawab

3. membalas jasa

4. berterima kasih

5. bersyukur

6. sanggup berkorban

Berdasarkan petikan, sebagai anak kita hendaklah menghargai dan membalas

jasa ibu dan bapa. Mereka telah membesar dan mendidik kita hingga dewasa. Ibu bapa

juga telah menjaga dan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, kita mesti

sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa. Mereka telah sanggup berkorban harta dan

nyawa demi anak-anak. Sebagai anak, kita hendaklah menghormati dan berterima

kasih kepada ibu dan bapa. Kita mesti bersyukur kerana mempunyai ibu bapa dan

dapat hidup bahagia.

Ceritakan kebaikan ‘Aku’ dalam sajak di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Aku

Menolong manusia,

Pakaian menjadi bersih,

Makanan boleh dimasak,

Badan sihat, hilang dahaga.

Limau kasturi jangan terlupa,

Beli juga sebungkus asam jawa;

Tidak kulupa jasamu bapa,

Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang bercampur santan kelapa,

Nasi berulam pucuk pegaga;

Terima kasih ibu dan bapa,

Bersyukur kita hidup bahagia.

Bumi yang luas menghijau dengan pepohon

Sungai yang cetek dipenuhi air,

Hidupan air menjadi gembira,

Sumber rezeki kepada manusia.

Page 22: Bahan 2

Kebaikan aku dalam sajak di atas ialah Aku amat berguna dan dapat

menolong manusia seperti mencuci, memasak menyihatkan badan dan menghilangkan

dahaga. Selain itu, kehadiran aku sentiasa dinantikan kerana Aku pembawa rahmat

kepada petani. Aku menyubur dan melembapkan tanah. Selain itu, Aku juga

menghijaukan bumi dengan pepohon, sungai yang cetek dipenuhi air dan hidupan air

juga gembira dengan kehadiran Aku. Aku adalah sumber rezeki kepada manusia.

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA

BAHAGIAN A

CEMERLANG - ayat gramatis, menepati stimulus, perbendaharaan kata dan kosa kata

meluas, ejaan dan tanda baca yang betul.

Keputusan BAIK - ayat jelas dan menepati stimulus, perbendaharaan kata dan kosa

kata sederhana.

MEMUASKAN - mudah, ringkas dan sesuai dengan stimulus. Perbendaharaan kata

dan kosa kata terhad dan sesuai. Banyak kesalahan tanda baca, ejaan tetapi tidak

menjejaskan ayat.

Page 23: Bahan 2

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM - apabila ayat tidak sesuai dengan stimulus,

penggunaan perkataan yang terhad dan tidak bersesuaian dengan stimulus. Banyak

kesalahan ejaan dan tanda baca.

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA

BAHAGIAN B

CEMERLANG - persembahan jelas, menarik, pengolahan idea sangat baik, ayat

gramatis bertepatan dengan tema, kosa kata dan perbendaharaan kata meluas tiada

kesalahan ejaan dan tanda baca.

BAIK - persembahan jelas, pengolahan idea baik dengan ayat gramatis sesuai dengan

tema. Perbendaharaan dan kosa kata sederhana. Terdapat kesalahan faham tanda

baca tetapi tidak menjejaskan karangan.

Page 24: Bahan 2

MEMUASKAN - persembahan ringkas, menyatakan idea dengan menggunakan ayat

dasar, perbendaharaan dan kosa kata terhad. Banyak kesalahan tanda baca dan

ejaan.

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM - persembahan tidak sesuai dengan tema. Idea tidak

tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. Penggunaan perkataan terhad

dan banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA

BAHAGIAN C

CEMERLANG - ulasan jelas, tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa kata

meluas bersesuaian dengan rangsangan serta betul penggunaan ejaan dan tanda

baca.

Page 25: Bahan 2

BAIK - ulasan jelas, tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa kata yang

sederhana serta bersesuaian dengan rangsangan terdapat beberapa kesalahan ejaan

dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat.

MEMUASKAN - ulasan tepat ayat mudah dan ringkas. Perbendaharaan kata dan kosa

kata terhad dan sesuai. Terdapat kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM - ulasan tidak menepati, penggunaan perkataan

terhad dan tidak bersesuaian dengan rangsangan serta banyak kesalahan ejaan dan

tanda baca.