bahan 1

2

Click here to load reader

Upload: sir

Post on 17-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BAHAN 1

TRANSCRIPT

Page 1: bahan 1

Orang yang paling rapat dengan kita selain dari ibu bapa dan

keluarga yang lain adalah kawan-kawan kita, khususnya kawan-

kawan sekelas atau sekuliah. Pergaulan seharian adalah suatu

perkara yang tidak boleh dinafikan, lantaran kebanyakan masa

diluangkan bersama-sama mereka.

*Dalam usaha untuk memperolehi rasa hormat dan sayang kawan-

kawan terhadap diri kita, bergaullah dengan mereka secara baik dan

peliharalah adab-adab dan batas-batas pergaulan dengan mereka.

Insya-Allah, diri kita akan sentiasa dihormati, kehilangan kita akan

sentiasa dicari dan ketiadaan kita akan terasa hambarnya

persahabatan yang dirasakan oleh mereka. Jadikanlah diri kita

seperti garam dalam masakan, akan tawarlah masakan tanpa garam

lalu hilanglah keenakannya. Walau bagaimanapun, jangan kita

merasa ego apabila merasakan diri kita seperti jaguh. Sebaliknya

ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Janganlah

seperti kaduk naik junjung.

Maka, di antara adab-adab pergaulan dengan kawan-kawan ialah

- Menghulurkan bantuan kepada mereka apabila mereka amat-

amat memerlukan bantuan tersebut. Bantulah dengan ikhlas

tanpa mengharapkan sebarang balasan.

- Bersikap jujurlah dalam persahabatan, janganlah bersifat

hipokrit, yang mana lain di lidah lain pula di hati. Akibatnya

diri sendiri yang akan kehilangan harga diri.

- Jangan memburuk-burukkan seseorang kawan di hadapan

kawan-kawan yang lain

- Jangan membuka aib kawan, kelak Allah S.W.T. akan membuka

aib kita di akhirat kelak

- Jangan cemburu dengan kejayaan kawan-kawan. Cemburu yang

membuta tuli akan menimbulkan perasaan hasad dengki.

Sebaliknya, cemburulah dengan kejayaannya itu dan berusaha

untuk mencapai kejayaan yang serupa.

- Janganlah menjatuhkan air muka sahabat dihadapan orang lain

- Jangan ketawa apabila seseorang rakan mengalami kegagalan

Page 2: bahan 1

- Jangan mengejek dan memperkecil-kecilkan kawan kita.

Umpanya jika seseorang rakan sekelas memberikan satu

pendapat, jangan menolaknya sekali gus, katakanlah

kepadanya: “pendapat anda baik”

- Jangan mengejek kawan-kawan kita dengan menggunakan

panggilan yang tidak disukainya.

- Apabila berada dikalangan kawan-kawan, janganlah berbisik-

bisik dengan seseorang kawan yang lain kerana ia akan

mengundang syak di hati kawan-kawan yang lain.

- Apabila kita ingin menggunakan barang kepunyaan rakan kita,

mintalah izin kepada mereka terlebih dahulu

- Kotakanlah setiap janji dengan sedaya upaya yang mungkin

- Akhir sekali, saling nasihat-menasihati sesama rakan untuk

melakukan kebaikan dan menjauhi dari sebarang bentuk

kejahatan.

*Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi seorang

sahabat yang baik kepada sahabat kita. Ini kerana, kadang-kadang

kita tidak sedar bahawa perbuatan kita telah menyinggung perasaan

sahabat kita.