bahagian c

7
BAHAGIAN C : PERANCANGAN AMALI Jenis Bunga Hiasan dan Sayur-sayuran OREGANO Nama Tempatan: Oregano Nama Saintifik: Origanum Vulgare Nama Lain: Greek oregano,wild marjoram. Keluarga: Labiatae/Lamiaceae Genus: Origanum Ciri-ciri: Oregano ialah tumbuhan jenis renek yang berasal dari Mediterannean. Pokok ini sama famili dengan pudina dan ketinggiannya sekitar 1 meter sahaja. Oregano juga lebih dikenali sebagai herba pizza kerana daunnya agak tebal dan agak berbulu. Herba ini banyak digunakan dalam masakan

Upload: wenwen-teoh

Post on 19-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bahagian c

TRANSCRIPT

BAHAGIAN C : PERANCANGAN AMALIJenis Bunga Hiasan dan Sayur-sayuran

OREGANO

Nama Tempatan: Oregano Nama Saintifik: Origanum Vulgare Nama Lain: Greek oregano,wild marjoram. Keluarga: Labiatae/LamiaceaeGenus: Origanum

Ciri-ciri:Oregano ialah tumbuhan jenis renek yang berasal dari Mediterannean. Pokok ini sama famili dengan pudina dan ketinggiannya sekitar 1 meter sahaja. Oregano juga lebih dikenali sebagai herba pizza kerana daunnya agak tebal dan agak berbulu. Herba ini banyak digunakan dalam masakan kerana baunya kuat dan pedas. Misalnya, herba ini memberikan aroma dan rasa kepada ikan dan daging. Ia perlu mendedahkan cahaya matahari setiap hari sekurang-kurangnya 6 jam supaya ia boleh tumbuh subur dan sihat. Daunnya yang mempunyai minyak pati dipanggil minyak oregano. Daunnya sedap dijadikan rempah atau dimakan sebagai ulam seperti daun basil. Pembiakan Oregano ialah melalui biji benih, keratan batang dan pecahan anak.Kegunaan:Daun segar Oregano yang beraroma boleh dimakan sebagai pembuka salera. Daun Oregano yang dikeringkan dijadikan teh dan diminum. Ia juga banyak digunakan sebagai perisa untuk biskut, lauk (daging dan ikan),dan sup. Oregano sebagai penawar untuk penyakit seperti masalah pencernaan, sakit kepala, batuk dan menghilangkan bengkak dan lebam. Daunnya yang segar dikunyah boleh menghilangkan bau nafas yang kurang menyenangkan. Kulit dicantikkan dan pengaliran darah juga dilancarkan jika amalan makan daun Oregano sebagai ulam.

CILI MERAH DAN CILI UNGGU

Nama Saintifik: Capsicum sppKelas:Magnoliopsida

Order:Solanales

Famili: Solanaceae

Ciri-ciri:Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah.Cili juga dikenali sebagai lada atau cabai.Kegunaannya dalam masakan lebih kepada sebagai rempah.Cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak dan mempunyai ciri-ciri morfologi seperti akar, batang( bercabang dan berwarna hijau. Buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada kultivar cili.), daun yang berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar, bunga, buah dan biji. Cili sesuai ditanam di dataran rendah pada suhu antara 22-400C. Iklim yang paling baik ialah pada suhu 28-29 0C. Nilai pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini adalah 5.5 - 6.8. Cara pendebungan ialah persenyawaan sendiri namun persenyawaan silang juga berlaku sehingga 30 %

ZINNIA ORANGE

Nama tempatan: Kembang kertasKeluarga: AsteraceaeNama saintifik: Zinnia

Ciri-ciri:Tumbuhan ini renek lebat tegak, bercabang dengan daun bujur, hijau gelap dan besar berbentuk bunga bersendirian seperti daisy. Zinnar mempunyai semua warna kecuali biru, bicolor, dan jenis berlainan warna diwujud. Saiz semak yang berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai, 30-120cm. Ia perlu diletakkan di bawah sinar matahari penuh namun ia bertolak-ansur dengan beberapa jam teduh sehari. Tumbuhan ini tidak sukai musim sejuk. Sebaliknya, ia suka musim panas. Ia tidak perlu air yang banyak, hanya perlu disiram secra teratur , sedikit air dan menunggu tanah kering antara penyiraman. HELICONIA

Nama Saintifik: Heliconia DensifloraKeluarga: HeliconiaceaeAsal : Amerika TropikaCiri-ciri:Heliconia Densiflora merupakan bunga pisang-pisangan yang berbentuk bunga tegak seperti cakar kepiting dan berwarna jingga kekuningan. Batangnya berpelepah, daunnya pun tak ubahnya daun pisang.Pola hidup Heliconia juga mirip pola hidup pisang. Ia bertumbuh adalah relatif cepat dan secara berkelompok dan rimbun. Heliconia mudah tumbuh pada daerah lembap yang terkena sinar matahari.Bunga heliconia dipotong pada saat belum sepenuhnya mekar. Bunga heliconia akan ditempatkan pada ruang bersuhu rendah bagi menjaga kesegarannya. Heliconia menjadi semakin popular dalam industri landskap, bunga keratan, tanaman berpasu dan hiasan. Ia mempunyai kepelbagaian jenis dan warna. Bahan dan keperluanStepping stoneBatu kecil putihBatu merahBatu besarBatu refleksologiSabutTikarBuluh Pasu bungaPlant fencingKerusiPapan penandaPamCangkulSudip tanganPolibegStreater

http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=84&cat=HERBAhttp://adrydaud.blogspot.com/2010/08/oregano.htmlhttp://www.taman-rif.net/garden/loji-tahunan/zinnia.asphttp://www.ibujempol.com/gambar-bunga-aneka-jenis-tanaman-hias-bunga/http://taman.ideaonline.co.id/index.php/home/read/39/heliconia:-pisang-pisangan-yang-tak-berbuahhttp://www.doa.gov.my/html/themes/moa_doa/documents/pakej_cili.pdfhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Misai_Kucinghttp://fazlisyam.com/2008/03/03/tanaman-hiasan-bunga-celosia/http://linaherbs.blogspot.com/2010/03/bunga-butang-gomphrena-globosa-l.htmlhttp://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=255&cat=HERBAhttp://en.wikipedia.org/wiki/Ajuga_reptanshttp://fazlisyam.com/2007/10/21/pokok-sakat-sarang-burung/