bahagian 2

14
1.0 Penghargaan Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala selawat serta salam hanya disandarkan pada Nabi junjungan yang diutuskan kepada sekalian alam, Nabi Muhammad S.A.W. Nikmat iman, nikmat islam, al-Quran dan hadis yang masih dapat kita nikmati dalam mengharungi kehidupan menuju ke tempat rehat yang sebenar, iaitu syurga yang menjadi dambaan semua manusia. Pertama sekali, jutaan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia Nya yang telah mengizinkan jari-jemari menaip papan kekunci, mata yang mampu menahan cahaya silauan komputer serta badan yang kental menahan kekejangan otot setelah berjam-jam menghadap komputer. Tanpa keizinan Nya, pasti tidak akan wujud satu huruf pun di atas kertas ini. Malah kerja kursus ini juga tidak akan mampu dihantar tepat pada tarikh yang telah ditetapkan. Semoga segala bentuk penyampaian dan penulisan yang terselit di dalam kerja kursus ini mendapat redha Nya. Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah yang mengajar subjek SJH1024 - Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Pendidikan di Malaysia, kerana berusaha mendidik jiwa guru dalam kalangan guru pelatih iaitu Cik Norazan Bin Mat Nor. Sebagai insan yang bertanggungjawab mendidik kami, beliau telah memberikan kami kefahaman yang mendalam mengenai tajuk yang diajar beliau. Kefahaman yang ditanamkan dalam diri kami dapat membantu memudahkan kami untuk menyelesaikan masalah dalam menyelesaikan kerja khusus ini. Bimbingan beliau dalam menghasilkan kerja kursus yang berkualiti juga membantu kami daripada aspek pengurusan dalam menghasilkan bahan- bahan kerja kursus ini. Seterusnya, jutaan penghargaan juga kepada sahabat seperjuangan yang disayangi kerana banyak membantu dari segi penggunaan sistem APA dan lain- lain masalah teknikal. Tidak lupa juga kepada perpustakaan Tok Kenali yang telah banyak membantu kami dalam membekalkan sumber dan bahan bacaan yang memudahkan kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Serta penghargaan kepada semua individu dan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memberi serta menghulurkan bantuan ketika kerja-kerja menghasilkan kerja kursus ini berlangsung. Segala budi serta kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. 1

Upload: amir

Post on 20-Feb-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lala

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian 2

1.0 Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala selawat serta

salam hanya disandarkan pada Nabi junjungan yang diutuskan kepada sekalian alam, Nabi

Muhammad S.A.W. Nikmat iman, nikmat islam, al-Quran dan hadis yang masih dapat kita

nikmati dalam mengharungi kehidupan menuju ke tempat rehat yang sebenar, iaitu syurga

yang menjadi dambaan semua manusia.

Pertama sekali, jutaan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Illahi kerana

dengan limpah kurnia Nya yang telah mengizinkan jari-jemari menaip papan kekunci, mata

yang mampu menahan cahaya silauan komputer serta badan yang kental menahan

kekejangan otot setelah berjam-jam menghadap komputer. Tanpa keizinan Nya, pasti tidak

akan wujud satu huruf pun di atas kertas ini. Malah kerja kursus ini juga tidak akan mampu

dihantar tepat pada tarikh yang telah ditetapkan. Semoga segala bentuk penyampaian dan

penulisan yang terselit di dalam kerja kursus ini mendapat redha Nya.

Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah yang mengajar subjek SJH1024 -

Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Pendidikan di Malaysia, kerana berusaha

mendidik jiwa guru dalam kalangan guru pelatih iaitu Cik Norazan Bin Mat Nor. Sebagai

insan yang bertanggungjawab mendidik kami, beliau telah memberikan kami kefahaman

yang mendalam mengenai tajuk yang diajar beliau. Kefahaman yang ditanamkan dalam diri

kami dapat membantu memudahkan kami untuk menyelesaikan masalah dalam

menyelesaikan kerja khusus ini. Bimbingan beliau dalam menghasilkan kerja kursus yang

berkualiti juga membantu kami daripada aspek pengurusan dalam menghasilkan bahan-

bahan kerja kursus ini.

Seterusnya, jutaan penghargaan juga kepada sahabat seperjuangan yang disayangi

kerana banyak membantu dari segi penggunaan sistem APA dan lain-lain masalah teknikal.

Tidak lupa juga kepada perpustakaan Tok Kenali yang telah banyak membantu kami dalam

membekalkan sumber dan bahan bacaan yang memudahkan kami dalam menyiapkan kerja

kursus ini. Serta penghargaan kepada semua individu dan pelbagai pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak dalam memberi serta menghulurkan bantuan ketika kerja-kerja

menghasilkan kerja kursus ini berlangsung. Segala budi serta kerjasama yang diberikan

amatlah dihargai dan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

1

Page 2: Bahagian 2

2.0 Bahagian 1: Kronologi

2

Page 3: Bahagian 2

3.0 Bahagian 2

3.1 Huraian Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

Sejarah merupakan elemen yang terdapat dalam bidang Sains Sosial atau dalam

kefahaman Islam dipanggil Sunnah Ijtima’iyyah. Sejarah mempunyai kepentingan yang

sangat tinggi untuk melahirkan dan membina seorang individu yang mempunyai ciri

kepimpinan, berpengatahuan luas dan mempunyai fikiran yang kreatif, kritis dan inovatif.

Sejarah merupakan salah satu daripada tentera Allah akan menguatkan hati. Kenyataan ini

dikuatkan lagi dengan firman Allah di dalam Al-Quran, Surah Hud ayat ke-120 yang

bermaksud:

“Dan tiap-tiap berita dari Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) untuk

menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan

pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.”

Oleh itu, sejarah amat penting dalam memberi peringatan dan pengajaran kepada

manusia supaya mereka sentiasa beringat dan mengelak daripada sejarah buruk kembali

berulang serta mengekalkan kegemilangan. Begitulah juga yang perlu diamalkan di

3

Page 4: Bahagian 2

Malaysia. Pembelajaran sejarah amat penting dalam usaha untuk mengekalkan keamanan,

perpaduan dan kemerdekaan negara. Melihat kepentingan ini, Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR) telah dilaksanakan disemua sekolah rendah diseluruh negeri pada tahun

1983 dan telah dipecahkan kepada dua tahap iaitu Tahap Satu dan Tahap Dua.

Membaca, menulis dan mengira (3M) merupakan kemahiran asas yang diutamakan

dalam pelaksanaan KBSR Tahap Satu. Unsur sejarah telah diterapkan dalam sistem

pendidikan ini dalam memupuk dan memastikan asas 3M dapat dikuasai oleh semua

pelajar. Dalam memupuk kemahiran membaca dan menulis, pelajar telah diberikan

pelajaran mengenai bahasa dalam subjek Bahasa Melayu. Subjek Bahasa Melayu

digunakan sebagai medium penerapan sejarah dalam pendidikan iaitu di dalam isi

kandungan pendidikan Bahasa Melayu itu sendiri. Penerapan ini umpama peribahasa

menyelam sambil minum air. Hal ini kerana pelajar dapat menguasai kemahiran asas yang

ditetapkan KBSR disamping memperoleh pengetahuan dalam mengasah kemahiran asas

tersebut. Murid boleh menguasai kemahiran asas dalam subjek Bahasa Melayu iaitu

menulis dan membaca dalam masa yang sama memperoleh pengetahuan sejarah hasil

daripada penulisan dan pembacaan mereka.

Subjek sejarah masih tidak mampu untuk berdiri sendiri untuk dilaksanakan dalam

KBSR Tahap Satu kerana pelajar masih bertumpu untuk menguasai kemahiran 3M terlebih

dahulu. Oleh itu, unsur sejarah hanya diterapkan melalui subjek-subjek tertentu sebagai

pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tahap satu mengenai sejarah negara.

Untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir dalam 3M tetapi juga berpengetahuan,

unsur sejarah telah diterapkan disamping dapat membentuk peribadi anak muda yang

bersatu padu dan bersemangat patriotik. Hal ini membuatkan kenapa relevannya

penggantian kurikulum lama dengan KBSR.

Tahap Dua KBSR pula berfokuskan kepada pengukuhan kemahiran asas, berkemahiran

belajar serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Tahap Dua KBSR amatlah berbeza

dengan Tahap Satu KBSR. Oleh itu, penekanan diberikan dari segi pengukuhan dan

pengamalan kemahiran asas untuk dipraktikkan dalam memperoleh kemahiran dan ilmu

lain. Terdapat tiga kompenen dalam kurikulum Tahap Dua iaitu Kemahiran Asas, Kesenian

dan Rekreasi dan mata pelajaran sejarah telah diterapkan di dalam kompenen yang ketiga

iaitu kemanusiaan dan persekitaran yang berada di bawah matapelajaran Alam dan Melayu.

Matapelajaran Alam dan Melayu telah diajar mulai tahun empat sekolah rendah.

4

Page 5: Bahagian 2

Kemahiran-kemahiran ini telah diterapkan bagi membina jati diri murid akan semangat

kebangsaan. Nilai kepentingan hidup dengan bersatu padu dalam masyarakat yang

berbilang kaum juga dapat diterapkan. Selain meningkat nilai kewarganegaraan dan

semangat cinta akan negara, pendidikan sejarah di sekolah rendah juga digunakan untuk

menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang luas dan melahirkan pelajar yang penuh

ilmu di dada. Dengan adanya pengetahuan yang meluas ini, pelajar akan belajar dalam

membuat keputusan berdasarkan semua sudut dengan mempraktikkan segala

pengetahuan yang diperoleh. Hal ini tidak menjadikan pelajar yang ilmu penuh di dada

tetapi kosong tidak diamalkan ilmu tersebut bahkan melahirkan murid yang sentiasa

mengamalkan segala ilmu yang diperolehnya.

Bagi melaksanakan matlamat KBSR, matapelajaran sejarah telah digabungkan dengan

pelbagai bidang dan matapelajaran seperti sivik, sains, geografi, hal ehwal tempatan dan

pendidikan kesihatan. Gabungan ini membolehkan pelajar mempelajari kemahiran subjek

tersebut disamping memperoleh pengetahuan mengenai sejarah. Aspek sejarah pula telah

diperkenalkan melalui matapelajaran Alam dan Melayu iaitu melalui sejarah kebudayaan,

adat resam, perlembagaan, pembangunan negara, perusahaan dan pengangkutan.

Kesemua aspek sejarah ini telah ditekankan mengenai kebudayaan negara untuk memupuk

pelajar supaya tidak alpa dengan budaya yang berada di Malaysia. Pelajar akan lebih

menghargai keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam di Malaysia dengan

adanya penekanan kepada kebudayaan negara. Keunikan ini akan menjadi kebanggaan

pelajar dan akan berusaha mengekalkan keunikan tersebut supaya tidak pupu ditelan

zaman. Hal ini akan melahirkan generasi penyambung budaya dan adat resam negara yang

hidup harmoni dalam masyarakat berbilang kaum.

Masa terus berlalu, berudu menjadi katak, ulat menjadi rama-rama dan begitu juga

jadinya kepada KBSR yang juga mengalami perubahan mengikut kepentingan zaman untuk

keperluan masa hadapan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diadakan semakan bagi

mengenal pasti kerelevanannya merentas masa. Tujuan semakan ini dilakukan ialah bagi

meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep kesepaduan serta

memberi penekanan dalam melahirkan negara yang maju dengan masyarakat yang

berilmu. Justeru, pada 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diganti dengan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan apa yang tertulis di dalam Falsafah

Pendidikan Negara (FPN) yang tertulis pada 1988.

5

Page 6: Bahagian 2

Berikut kepada keperluan pendidikan untuk bergerak seiringan dengan keperluan

zaman untuk melahirkan generasi yang sesuai dengan masa hadapan, pemindaan telah

dilaksanakan oleh KPM bagi memastikan pendidikan bergerak sezaman dengan kemajuan

negara. Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah digantikan dengan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang telah ditulis pada 1988 telah

ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996. Selaras

dengan keperluan FPN yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama

dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. Melalui konsep kesepaduan, gambaran

tentang sesuatu perkara dapat dilihat secara keseluruhan. Murid dapat membezakan yang

mana perkara ini lebih baik. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

kandungan KBSR diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan.

Dalam konteks kesepaduan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, pembangunan

insan dapat dilihat secara seimbang, meyeluruh dan bersepadu. Sehubungan itu, unsur-

unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan

supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian. Unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani

dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat dipupuk sekali gus menjadi aset

utama dalam pembangunan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990). Oleh itu,

negara dapat melahirkan pelajar yang bersepadu, berkemahiran dan memiliki pengetahuan

luas.

Dalam melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini, pemisahan sejarah

dalam pelajaran sivik, sains, Ilmu Kesihatan dan Hal Ehwal Tempatan telah dilaksanakan.

Pemisahan ini telah membawa penggabungan matapelajaran sejarah dengan

matapelajaran geografi. Penggabungan kedua-dua matapelajaran ini telah melahirkan

matapelajaran baru iaitu subjek Kajian Tempatan. Kajian Tempatan merangkumi bidang

kemanusiaan dan kemasyarakatan yang melibatkan kajian interaksi sesama manusia serta

persekitaran dan bidang ini amat memenuhi keperluan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah iaitu untuk melahirkan generasi yang bersepadu.

Kajian Tempatan lebih menceritakan mengenai kehidupan masyarakat terdahulu dan

bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan geografi dan kekurangan

banyak kemudahan teknologi seperti yang kita kecapi sekarang. Pelajar akan belajar

bagaimana cara hidup, makanan, sistem dan ekonomi yang dilaksanakan masyarakat

terdahulu. Kajian Tempatan mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pengajaran

6

Page 7: Bahagian 2

sejarah yang terdapat di dalam KBSR Tahap Satu. Subjek Kajian Tempatan telah diajarkan

kepada murid mulai murid darjah empat. Hal ini bertujuan untuk menguatkan dan

mengukuhkan lagi kemahiran asas semasa di tahap satu dengan pengetahuan,

pemahaman, kesedaran dan nilai yang akan diterapkan di dalam subjek Kajian Tempatan.

Pelaksanaan subjek Kajian Tempatan amat sesuai dalam memupuk nilai kesepaduan

dalam diri pelajar di samping dapat melahirkan generasi yang memiliki nilai dan semangat

patriotik yang tinggi.

Kajian Tempatan yang diperkenalkan amat berbeza dengan subjek sejarah yang

terdapat pada kurikulum sebelum ini. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran

Kajian Tempatan adalah berkonsepkan berpusat kepada pelajar. Pelajar dapat mengaitkan

sendiri nilai dan kepentingan sejarah dengan diri sendiri. Dengan ini, pelajar yang

menghargai nilai dan kepentingan sejarah dapat dilahirkan. Kajian Tempatan disampaikan

dengan penekanan dalam nilai sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini

bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang

sejarah negara. Namun subjek Kajian Tempatan kurang menjadi fokus para guru kerana

berlakunya sngkalan mengenai kepentingan Kajian Tempatan dilaksanakan. Selain itu,

tiadanya subjek Kajian Sejarah dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah

mengurangkan lagi fokus terhadap matapelajaran ini. Sekiranya matapelajaran ini diberikan

fokus yang sama dengan matapelajaran teras yang lain, sudah pasti akan lahirnya ramai

generasi yang memiliki semangat bersepadu dan patriotik yang tinggi.

Era abad ke-21 ini telah membawa banyak perkembangan yang pesat terutama dalam

bidang sains dan teknologi serta bidang ICT yang meluas dalam membawa perubahan ini.

Perubahan ini membawa kesan yang besar kepada seluruh aspek dan perubahan yang

bersifat globalisasi. Cabaran dunia baru dan global ini bersifat berubah dari semasa ke

semasa. Oleh yang demikian, kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan

global tersebut supaya cabaran masa hadapan dapat dihadapi dengan jayanya. Oleh itu,

kurikulum bersepadu telah dikaji semula bagi memastikan kurikulum di sekolah bersifat

holistik dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan

seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan.

Sehubungan itu, mulai tahun 2011 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah

ditransformasikan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

7

Page 8: Bahagian 2

Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk organisasi, kandungan,

pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di

sekolah. Di peringkat awalnya, iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR telah

menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Daripada jumlah tersebut, 50

buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah sekolah

lagi menjalani uji rintis bagi matapelajaran yang terpilih sahaja. Pada 14 Oktober 2010,

Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta semua sekolah rendah melaksanakan

KSSR untuk murid Tahun 1 mulai 2011. KSSR diharap akan membekali generasi masa

hadapan dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran.

Kepentingan sejarah telah mewujudkan sejarah sebagai matapelajaran yang wajib

dipelajari di tahad dua sekolah rendah oleh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

mulai tahun 2014. Menurut Alimuddin Mohd Dom (2013), subjek sejarah telah diperkenalkan

mulai tahun empat tahap dua sekolah rendah melalui gabungan beberapa mata pelajaran

yang bertujuan untuk menanam semangat kenegaraan, patriotisme dan memupuk nilai

peribadi yang mulia dalam kalangan murid. Hal ini selarilah dengan matlamat kurikulum

sejarah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu sejarah

membolehkan murid untuk memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan

sejarah tanah air dan kegemilangan negara dalam usaha melahirkan warganegara yang

patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia. melalui subjek sejarah juga dapat

melahirkan murid yang mampu menganalisis dan menilai fakta sejarah dengan matang.

KSSR mata pelajaran sejarah telah dibina dengan berasaskan enam tunjang yang

berkait antara satu sama lain iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan,

literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri (Bahagian Perkembangan Kurikulum,

2010). Enam tunjang ini dikaitkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi bagi melahirkan

modal insan yang seimbang dan harmonis serta berpengatahuan dan berketerampilan.

Enam tunjang ini mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada

pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

KSSR juga telah mewujudkan modul teras tema yang wajib dipelajari oleh semua

murid dan sebagai tarikan kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Modul teras tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat dua

modul teras tema iaitu Dunia Kesenian yang terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia

8

Page 9: Bahagian 2

Muzik. Manakala modul kedua merupakan modul Dunia Sains dan Teknologi (DST) yang

menggabungkan disiplin sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK). Menurut Najib Razak (2013), Malaysia perlu melaksanakan perubahan

untuk melonjakkan pencapaian memenuhi aspirasi yang tinggi dalam persekitaran global

yang semakin kompetitif bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran yang diperlukan pada

abad ke-21. Oleh itu, matapelajaran sejarah diterapkan supaya lahir generasi yang

berpengatahuan luas dan berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

Wawasan 2020 menyarankan Malaysia menjadi negara maju mengikut acuan kita

sendiri. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan tentang dunia luar supaya

berkemampuan untuk bersaing dengan mereka (Zainal Abidin Ahmad, 1998). Untuk

mengembangkan pengetahuan tersebut, pengetahuan mengenai tanah air sendiri mestilah

didahulukan dan mesti diterapkan dalam diri generasi baru. Oleh itu, telah diperkenalkan

tema yang ditekankan dalam kurikulum sejarah sekolah rendah iaitu tema Mengenal Negara

Kita, Sejarah Negara Kita, Kewarganegaraan dan Cintai Tanah Air. Justeru, berdasarkan

pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, murid dibimbing untuk

menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional (Carmen & Adams, 1984).

Hasil daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, murid dapat membina

kekuatan semangat cinta akan negara. Konsep sebab dan akibat yang ditekankan pula

menyebabkan murid tahu akan kepentingan sejarah dalam usaha untuk mengekalkan

keharmonian negara.

Dalam usaha untuk melahirkan generasi yang dapat memenuhi matlamat dan

aspirasi negara, pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan sejarah perlu

menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah di

kalangan murid di samping nilai-nilai murni dan semangat patriotik (Azizi Yahya, 2006). Oleh

itu, sejarah sebagai satu cabang ilmu perlulah ditekankan sebagai ilmu yang praktikal dan

mampu membentuk setiap warganegara Malaysia yang berjiwa patriotik. Nilai semangat

cinta akan negara ini dapat dipupuk dalam kalangan generasi muda apabila aspek

Perlembagaan Persekutuan dan kemerdekaan tanah air diberikan keutamaan dan

penekanan dalam kurikulum sejarah sekolah rendah.

Penekanan subjek sejarah juga dilakukan dalam perspektif keunikan tanah air.

Negara kita memiliki keunikan yang tersendiri yang sukar didapati di negara lain. Keunikan

9

Page 10: Bahagian 2

itu lahir daripada kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia. Kepelbagaian kaum

membawa kepada kepelbagaian agama, budaya dan adat resam. Hal ini menjadikan

Malaysia unik kerana kaya dengan adat resam dan budaya. Oleh itu, untuk memelihara

keunikan ini, matapelajaran sejarah memainkan peranan untuk pelajar lebih menilai warisan

negara yang akhirnya membawa kepada penerangan yang jelas mengenai kehidupan dan

kebudayaan masyarakat dahulu dan masyarakat kini di Malaysia. Menghargai warisan

negara dapat melahirkan generasi baru Malaysia yang menghormati semua kaum, budaya

serta agama dalam usaha untuk memupuk kefahaman dan perpaduan antara kaum (Awang

Had Salleh, 1983). Oleh itu, nilai ini amat penting bagi mengekalkan perpaduan bagi

menjamin kemakmuran negara dan nilai ini perlu diterapkan dalam kalangan generasi muka

kerana merekalah penyambung warisan. Penyambung warisan yang akan mengekalkan

perpaduan negara dan dengan adanya nilai ini, maka perpaduan negara akan terus kukuh.

Sejarah bukan sahaja menceritakan mengenai warisan dan kepelbagaian yang

terdapat di Malaysia tetapi sejarah juga penting dalam memelihara kedaulatan negara

(Putman, 1998). Sejarah yang menekankan konsep kedaulatan negara akan mendedahkan

pelajar dengan pelbagai kejayaan negara iaitu dalam bidang ekonomi, sosial dan pelbagai

pencapaian lain yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pendedahan ini akhirnya akan

melahirkan perasaan bangga dengan pencapaian negara. Oleh itu, semangat yang lahir

bukan sahaja untuk mengekalkan pencapaian tersebut, malah pelajar akan memperoleh

satu titik tolak untuk membawa negara mengecapi pencapaian yang lebih tinggi. Titik tolak

ini membuatkan murid bersedia dan tahu cabaran yang akan mereka hadapi bagi meraih

serta mengekalkan pencapaian negara. Mereka mampu membuat keputusan yang betul

berdasarkan pengetahuan dan pemahaman mereka serta mengenai cabaran yang bakal

dihadapi dalam usaha untuk meningkatkan kedaulatan negara. Nilai ini perlu ditanam bagi

melahirkan pemimpin yang mampu memimpin negara dengan konsep kedaulatan yang

tinggi bagi mengekalkan Malaysia untuk terus berdiri di persada dunia.

Secara tuntasnya, dalam usaha kerajaan ke arah mengecapi Wawasan 2020,

kurikulum sejarah sekolah rendah amatlah penting dalam menyediakan generasi baru yang

bertepatan dengan Wawasan 2020 yang telah ditetapkan. Penerapan subjek sejarah

mampu melahirkan generasi yang bersatu padu, berbangga menjadi rakyat Malaysia,

berpengetahuan luas dan menjadi warganegara yang cemerlang dalam segala aspek (Abd.

Rahim, 2001). Segala nilai ini amat diperlukan bagi memastikan legasi dan kemerdekaan

yang dikecapi negara terus kekal. Kurikulum sejarah juga mampu menerapkan nilai

10

Page 11: Bahagian 2

kemasyarakatan yang tinggi dan semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Oleh itu,

sejarah amat penting dalam memastikan kedaulatan sesebuah negara kerana tingginya nilai

cinta akan anak air. Malaysia yang semakin maju akan menghadapi cabaran yang besar

dalam masa hadapan serta masalah dalam kesepaduan dan kedaulatan negara akan

tercalar. Untuk menghadapi cabaran tersebut, sejarah memainkan peranan penting dalam

memupuk nilai semangat cinta akan negara dan semangat patriotik. Dengan ini, kedaulatan

negara akan terus kekal dan terus menjadi warisan kepada generasi baru.

4.0 Refleksi

Pengalaman semasa menjalankan tugasan ini semestinya bermula setelah pensyarah

selesai menyerahkan tugasan ini. Perkara pertama yang dilakukan ialah memahami soalan

dan kehendak tugasan. Setelah selesai barulah kerja-kerja mencari bahan dan penerokaan

maklumat dijalankan. Perpustakaan Tok Kenali di IPG Kampus Kota Bharu telah menjadi

tempat serangan pertama bagi misi mencari bahan dan maklumat. Bahan bacaan dan buku

ilmiah diteroka supaya mempunyai bukti yang kukuh bagi menyokong kenyataan di dalam

tugasan ini. Selain itu, internet juga digunakan sebagai medium untuk mencari bahan dan

maklumat. Internet digunakan bagi mencari berita-berita baru mengenai tajuk kajian dan

pandangan umum mengenai tajuk kajian. Maklumat juga diperoleh daripada akhbar,

majalah dan jurnal. Selepas itu, segala jenis maklumat akan dikumpulkan bagi

memudahkan pengkajian dan mencari maklumat.

Masalah pertama yang dihadapi semasa proses menyelesaikan tugasan ialah

masalah semasa di Perpustakaan Tok Kenali. Saya telah mengahadapi masalah untuk

mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan isu yang saya kaji. Apa yang saya lakukan

11

Page 12: Bahagian 2

untuk menangani masalah ini ialah dengan menggunakan kemudahan OPAC di

perpustakaan. OPAC memudahkan dan mempercepatkan proses untuk mencari bahan

bacaan serta dapat menjimatkan masa. Seterusnya timbul masalah kepayahan untuk

membaca bahan yang didapati di perpustakaan kerana bahan bacaan yang diperoleh terlalu

tebal. Sekiranya saya membaca setiap muka bahan bacaan tersebut, pasti akan

menyebabkan pembaziran masa. Oleh itu, saya telah mempraktikan ilmu kemahiran belajar

iaitu kemahiran membaca dengan pantas. Saya telah membaca bahagian yang penting

sahaja iaitu bahagian yang membantu saya untuk menyokong isu yang telah saya kaji.

Saya juga menghadapi masalah untuk melayari internet kerana berlakunya lintar pintas di

asrama menyebabkan wifi tidak dapat digunakan. Langkah yang saya ambil ialah dengan

melanggan pelan internet di telefon pintar dan menghubungkan dengan komputer. Semoga

segala bentuk ujian yang saya hadapi ini menjadikan saya lebih menghargai kajian yang

telah saya lakukan ini.

Semestinya segala penat lelah, ujian dan kepayahan dalam melaksanakan sesuatu

tugas akan menjadi bibit-bibit yang membuatkan kita menghargai serta mengingati tugasan

yang telah dilakukan. Semangat serta usaha yang tinggi dalam menghasilkan tugasan ini

pasti tidak akan disia-siakan. Oleh itu, hasil usaha ini akan terus dihargai dengan

menjadikan dapatan daripada tugasan ini akan dijadikan amalan dan dipraktikan dalam

kehidupan.

Melalui kajian ini, saya mendapati bahawa setiap negara yang terbina pasti akan

mengalami zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan. Setiap negara yang sedang

membangun pasti akan berusaha sedaya upaya untuk bersaing dengan negara lain.

Teknologi dan kemudahan telah menjadikan rakyat dan pemimpin lalai untuk mengekalkan

kesepaduan negara kerana mereka hanya fokus untuk membangunkan negara sahaja,

pembangunan akhlak rakyat diambil remeh. Hal ini menyebabkan negara ketandusan orang

yang memiliki semangat untuk mempertahankan negara dan menghargai keamanan kerana

begitu selesa dengan keamanan tersebut yang akhirnya membawa kepada keruntuhan

semangat patriotik.

Begitu juga keadaannya Malaysia yang kini berada dalam medan persaingan untuk

menggapai kemajuan yang sebaris dengan negara-negara maju lain. Generasi baru yang

lahir selepas merdeka telah menikmati keamanan negara sehinggakan mereka selesa dan

berasa selamat dengan keadaan ini. Negara yang sedang membangun pasti akan

12

Page 13: Bahagian 2

menghadapi banyak cabaran dan ancaman baru yang boleh menggugat keamanan negara

sama ada ancaman dalam ataupun luaran. Dengan kajian ini, saya dapati banyak cabaran

yang akan dihadapi oleh Malaysia yang sedang pesat membangun untuk memburu

Wawasan 2020. Malaysia akan menghadapi masalah dalam negara yang melibatkan tiada

kefahaman dalam pentadbiran negara dan rakyat. Kekurangan insan yang menghargai nilai

keamanan akan menyebabkan mudah berlakunya kekacauan dan kucar kacir dalam

negara. Ancaman luar juga akan dihadapi negara kesan daripada sifat cemburu atau niat

tidak baik negara lain terhadap negara kita. Maka segala ancaman ini akan membawa

kepada kejatuhan Malaysia sekiranya langkah yang bijak tidak diambil

Kajian ini juga membuatkan saya yakin betapa pentingnya perpaduan rakyat dalam

menjamin keselamatan dan keamanan negara. Apa yang saya dapati, kebanyakan negara

atau peradaban yang jatuh bukan sahaja berpunca daripada serangan luar tetapi berpunca

daripada pepecahan rakyat. Kerana itulah Islam sangat mementingkan perpaduan umat dan

menolak konsep asobiah sepenuhnya malah pemerintahan Islam juga berkonsepkan

kesepaduan umat.

5.0 Rujukan

Abd. Rahim. (2001). Guru Sejarah berkesan dan bermotivasi tinggi dalam pengajaransejarah dan penerapan patriotisme. Kuala Lumpur: Kementerian PendidikanMalaysia.

Alimuddin Mohd Dom. (2013, December 31). Kurikulum baharu KSSR meningkatkan kualiti

pendidikan. Retrieved September 3, 2014, from Utusan:

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131231/re_06/Kurikulum-baharu-

KSSR-meningkatkan-kualiti-pendidikan

Awang Had Salleh. (1983). Pendidikan dan Nasionalisme: Penentuan . Tanjung Malim:Konvensyen Pendidikan ke-8.

Azizi Yahya. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd.

Bahagian Perkembangan Kurikulum. (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah.Kuala Lumpu: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Carmen, R. A., & Adams, W. R. (1984). Study Skill. Canada: John Wiley & Sons Inc.

13

Page 14: Bahagian 2

Najib Razak. (2013, September 7). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:Menuju Kelas Dunia. Retrieved September 3, 2014, from BH Online:http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/PelanPembangunanPendidikanMalaysia2013-2025__br_Menujukelasdunia/Article

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Buku Penerangan Kurikulum Baru SekolahMenengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Putman, D. E. (1998). Teaching About Patriotism: An Assessment Of Teacher Attitudes AndClassroom Practices. United State: University Of Tennessee.

Zainal Abidin Ahmad. (1998). Educational Reform and Ethnic Response: A History Study ofThe Development of a National System Education In West Malaysia. Tesis Ph.D .

14