membuat corak dan rekaan bahagian 2

Upload: jack-n-jill-ted

Post on 19-Jul-2015

1.168 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1.0 Membuat corak dan rekaanBidang kegiatan ini memberi peluang bagi memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti; Corak tidak terancang secara a. Pualaman b. Tiupan c. Titisan d. Ikatan dan celupan e. Renjisan dan percikan Corak terancang secara a. Lukisan b. Catan c. Cetakan d. Capan e. Lipatan dan guntingan f. Resis

g. Kolaj h. Kaligrafi

Bidang ini membolehkan kita mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

1

2.0 Corak tidak terancang2.1 Pualaman 2.1.1 Asal usul pualaman Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit. Ia merupkan sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan minyak. Bahan yang berasaskan minyak akan terapung di atas permukaan dalam semua arah mengikut aliran bahan tersebut Teknik pualaman digunakan untuk menghasilkan corak bercat di atas kertas. Corak yang dihasilkan dengan menggunakan teknik ini boleh digunakan untuk membuat kraftangan, penanda buku, bingkai foto, kulit buku dan sebagainya. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti. Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat kaligrafi. Secara amnya, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada orang yang ingin menghasilkan corak. Pualaman terawal ditemui di China dalam bentuk kompilasi yang bertajuk Wen Fang Si Puor. Kompilasi ini mengandungi maklumat tentang batang dakwat, batu dakwat, berus dakwat dan kertas di China. Ia menjelaskan maklumat tentang jenis kertas dekoratif yang dipanggil sha jian yang bermakna drifting-sand. Kertas ini dihasilkan melalui tindakan menarik kertas di dalam tepung yang telah melalui proses penapaian yang telah dicampur dengan pelbagai warna. Ia menghasilkan corak yg bebas mempunyai corak kemarmaran.

2

2.1.2 Proses pembuatan dan penghasilan pualaman A. Alatan yang diperlukan Cat Tinner Kayu (pengacau) Air Talam Kertas yang agak tebal

B. Langkah-langkah pembuatan dan penghasilan 1. Sebuah talam yang telah diisikan dengan air.

Sebuah talam diisi dengan air 2. Cat dicairkan dengan menggunakan thinner dan dititiskan mengikut citarasa sendiri.

Sediakan beberapa jenis warna cat minyak yang digemari. 3. Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang

dikehendaki.

3

4. Tangkupkan kertas lukisan ke atas permukaan cat atau air dalam talam dan keluarkan dengan cepat. 5. Akhirnya jemur. 6. Kemudian, pualaman yang dihasilkan digunakan untuk menghasilkan bingkai photo. 2.1.3 Hasil-hasil corak pualaman

4

2.1.4 Organisasi rekaan aplikasi menggunakan corak pualaman

Beg kertas adalah lipatan kertas yang berbentuk beg. Kebiasaanya kertas yang digunakan kertas yang tebal. Ini kerana untuk beg kertas tahan lasak untuk, menyimpan atau membawa pakaian, surat, buku, dan lain-lain lagi.

Pembalut hadiah

Bingkai gambar

5

2.2 Ikat dan celup 2.2.1 Pengenalan Celup ikat merupakan corak hias kain yang dibentuk melalui proses celup rintang. Teknik ini membentuk corak dengan menutupi bahagian-bahagian kain yang tidak diwarnakan kerana pencelupan. Ikat-celup menggunakan tali, benang, dan getah sebagai bahan penghambat atau perintang warna. Ikat-Celup dikenali di beberapa daerah di Nusantara dengan nama, tritik (Jawa Tengah dan Yogyakarta, Sasirangan (Banjarmasin), dan Pelangi (Palembang). 2.2.2 Sejarah corak ikatan dan celupan Mengikut catatan sejarah, corak kain ikat dan celup dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di Negara China dan Jepun, kain bercorak mula digunakan sejak abad ke-7 dan ke-8. Di Tanah Melayu, kain bercorak mula diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil Malaysia mula diketahui pada abad ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan kain batik di Terengganu. Dalam tahun 1911, Haji Che Su. B. Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dengan dikenali sebagai Batik Pelangi. Pada masa itu kain diimport dari Thailand jenis Kain Pereir sementara itu warna dibuat sendiri menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelangi hanyalah biru dan hitam sahaja.6

Haji Che Su. B. Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalam tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu. 2.2.3 Teknik ikat dan celup Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik pelangi. Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin hanya membuat ikatan pada kain mengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang dihasilkan adalah menarik dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini masih banyak diaplikasikan di seluruh dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti pembuatnya haruslah pelbagai dan imaginasi haruslah tinggi.

7

2.2.4 Jenis ikat dan celup a. Jahitan b. Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek c. Lipatan dan ikatan d. Simpulan 2.2.5 Proses pembuatan dan penghasilan ikat dan celup A. Alatan dan bahan yang diperlukan Kain sebaiknya kain kapas Tali Benang Gelang getah Batu, guli, duit syiling, kayu dan sebagainya Warna, dye (remazol, dylon, primazine) Garam, Sudu, kayu pengacau Apron Sarung tangan Kain lap Bekas untuk pewarnaan Sodium silikat

B. Langkah-langkah penghasilan karya menggunakan ikat dan celup Langkah 1 Penyediaan kain 1. Sediakan beberapa helai kain putih yang dapat menyerap warna dengan baik.

8

2. Ikatkan kain tersebut dengan kemas mengikut kreativiti bagi mendapatkan corak yang menarik

ikatan mestilah kuat agar warna tidak menyerap ke dalam ikatan

3. Gunakan tali atau benang atau gelang getah untuk mengikat 4. Gunakan juga objek seperti batu, duit syiling dan sebagainya yang diletakkan di bahagian dalam kain tersebut bagi mendapatkan corak yang pelbagai 5. Lipatan dan simpulan juga boleh digunakan bagi memperolehi corak yang menarik. Langkah 2 Penyediaan warna 1. Bancuh serbuk pewarna dengan air panas. 2. Masukkan sesudu garam bagi membantu proses penyerapan.

9

3. Tuangkan warna ke dalam bekas tertentu dan tambah air sejuk.

Warna yang dibancuh dengan air 4. Kacau cermat dengan pengacau. 5. Pastikan tidak terlalu cair. Langkah 3 Proses mencelup kain 1. Kain yang telah siap diikat haruslah dilembabkan dahulu bagi membantu memudahkan proses penyerapan warna. 2. Celupkan kain ke dalam pewarna. 3. Keringkan kain tersebut. 4. Ulangi mencelup dengan warna yang lebih gelap. Langkah 4 Membuka ikatan kain 1. Setelah proses pengeringan kain selesai, buka ikatan kain tersebut. 2. Keluarkan semua objek yang digunakan. 3. Cuci kain tadi dengan washing soda dan pemati warna.

10

4. Jemurkan kain sehingga kering.

Contoh-contoh hasil yang menggunakan ikat dan celup

Contoh pewarna fabrik (dye)

11

3.0 Corak terancang3.1 Cetakan 3.1.1 Pengenalan Cetakan ialah proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Seni percetakan melibatkan kerja-kerja melukis, mengukir dan mencetak. Dengan menggunakan blok, pemidang dan plat logam, imej dapat dicetak dengan banyak dan disebut sebagai edisi. Semua karya yang dihasilkan dalam satu edisi adalah dianggap karya asli. Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat. Permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej yang terbentuk pada imej atau blok tersebut dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain. 3.1.2 Perkembangan cetakan dalam kegiatan seni corak rekaan Seni cetakan ini mempunyai daya hidupnya tersendiri, terus mekar dan subur seiring kecanggihan persekitarannya. Daripada teknik tradisional seperti cetakan skrin, potongan lino, potongan kayu, gurisan, litografi hingga ke sinaran kosmik dan cetakan kreatif menggunakan teknologi komputer terkini, kita akur bahawa seni unggul melampaui fesyen dan sentiasa menawarkan sesuatu yang baru, tanpa mengira tarikh ia dicipta ataupun usia penciptanya. Hasil terapan warna boleh menghasilkan permukaan yang boleh dicetak terdiri daripada kertas, logam, kayu, plastik dan kanvas. Kelebihan cetakan ialah dapat menghasilkan cetakan yang banyak dengan menggunakan blok atau stensil yang12

sama. Stensil atau blok boleh disusun dengan cara-cara yang berbeza menggunakan warna-warna yang berlainan. Cetakan juga merupakan proses menggambar atau mencorak yang dihasilkan dengan mengguris atau memotong permukaan plat dan menggunakan pigmen. Kemudian gambar atau corak dipindahkan pada permukaan kertas atau kain. Melalui teknik cetakan, kita akan dapat menghasilkan beberapa edisi karya yang sama dengan mudah. 3.1.3 Teknik-teknik cetakan a. Cetakan timbulan - cetakan kayu atau cetakan lino, Cetakan Kolograf dan Cetakan Kolaj. b. Cetakan benaman - blok logam (intaglio) c. Cetakan datar atau planografi - blok batu kapur d. Cetakan sarigrafi atau stensil - blok sutera saring. A. Cetakan timbulan Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.

13

B. Cetakan benaman blok logam (intaglio) Cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej. Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat. Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin. Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.

C. Cetakan datar atau planografi Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Dikenali juga sebagai litografi. Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air. Menggunakan blok batu kapur. Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.

14

D. Cetakan Sarigrafi atau stensil Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini. Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi. Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang. Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto. Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas. Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah: a. Kaedah Potongan Kertas Pendua b. Kaedah Filem leker c. Kaedah Lilin d. Kaedah Sutera Saring 3.1.4 Proses penghasilan cetakan - Cetakan blok kayu (Cetakan lino) Cetakan potongan kayu merupakan kaedah yang paling lama digunakan dalam kalangan pencetak. Cetakan ini mudah dilakukan kerana bahan dan peralatannya mudah didapati. Cara dan teknik cetakan kayu ini boleh digunakan untuk mencetak lino. Perbezaan cetakan lino dengan cetakan kayu adalah permukaan lino licin berbanding dengan permukaan cetakan kayu yang berira. Kayu yang berira ini mencantikkan lagi nilai imej pada cetakan. Antara cetakan yang termashyur ilah kiss (1902 ).

15

A. Alatan dan bahan yang diperlukan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Kepingan kayu Dakwat atau pewarna lino Set pemahat Roda penggelek dan dakwat Sekeping kaca untuk meratakan dakwat Pisau pemotong NT Kertas (jenis lembut seperti newsprint dan kertas beras atau rice paper) Minyak linsid Turpentine Minyak tanah untuk mencuci alat Spatula

B. Langkah-langkah pembuatan dan penghasilan cetakan lino Proses mencetak merupakan proses terakhir. Kerja mencetak sebaliknya dilakukan di tempat mencetak, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian. 1. Setelah selesai kerja-kerja pendedahan foto, 2. Foto disapukan menggunkan minyak masak.tujuan adalah untuk menampakkan dan memudahkan proses penerapan pada playwood 3. Periksa permukaan playwood agar cetakan yang dihasilkan berkualiti tidak mempunyai kecacatan pada permukaan kayu 4. Foto diterapkan menggunakan kertas karbon dan diterapkan ke atas playwood.16

5. Motif objek diukir menggunkan alat ukiran.ukiran dilakukan dengan teliti tanpa mencacatkan rupa sebenar.

6. Dakwat lino diratakan ditempat cetakan yang telah disediakan

17

7. Kemudian lino disapukan pada permukaan kayu dan diterap menggunakan kertas rice paper.

8. Proses cetakan dilakukan dengan berhati-hati dengan cetakan seterusnya

18

3.2 Catan 3.2.1 Asal-usul catan Catan ialah proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik. Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan berus, pisau lukis dan sebagainya. Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko. Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko. Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi. 3.2.2 Teknik catan i. Teknik basah atas kering Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan. Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.

19

ii.

Teknik basah atas basah Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia

ada semasa basah. Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda. iii. Teknik kering atas kering Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya. 3.2.2.1 Proses pembuatan dan penghasilan menggunakan catan A. Alat dan bahan yang diperlukan 1. Jenis jenis kertas An- all raund paper Heavy paper Stretching paper Hot pressed Cold pressed or not pressed Raugh

20

2. Jenis- jenis berus Raunds Flats Mops Filbert Ringgers Spotters Fans

3. Jenis- jenis warna air Cat air terdapat air terdapat dalam dua jenis i. ii. Jenis opaque Jenis tranparents atau lutsinar - cat air dalam bentuk transparent pula terbahagi kepada dua atau jenis iaitu: a. Dalam bentuk kering atau dry pars. b. Dalam bentuk basah atau moigt tube Tube Pans Piant box White guache 4. Palettes - Jenis- jenis palettes Folding Metal Palettes Butcher trays Ceramic Palettes Studio palettes

21

B. Langkah-langkah pembuatan dan penghasilan 1. Penyediaan kertas cat air Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape). 2. Penetapan tajuk catan Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi. 3. Membuat lakaran Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam. 4. Proses mewarna Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. 5. Kemasan dan persembahan Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.

22

C. Hasil-hasil catan

Catan teknik basah atas basah

Catan teknik basah atas kering

Catan teknik kering atas kering

23

3.2.3 Teknik Cat Minyak i. Titik (Pointilisme) Dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan cara menegak dan bersistematik di atas kanvas putih. Proses yang rumit dan memerlukan kesabaran dan ketekunan serta disiplin yg tinggi untuk menyiapkannya. ii. Impasto Teknik ini menggunakan warna terus daripada tiub dan disapu dengan pisau palet. Biasanya hasil catan ini mempunyai warna yang tebal dan legap. Tidak banyak menggunakan warna linsid. Menimbulkan kesan jalinan tampak yang menarik. iii. Scambling Penggunaan berus yg terkawal dan secara lembut penggunaan satu lapisan nipis warna legap secara kasar diatas warna latar. Ia menimbulkan kesan lutsinar pada warna latar dan kelihatan seolah-olah menerusi sehelai kain halus. Teknik ini digunakan untuk mendapatkan kesan yang kusam dan bertekstur. iv. Alla Prima Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub dan melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu hingga warna yang dikehendaki.

24

v.

Teknik glazing Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan berkaca yang lut sinar. Teknik

ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah yang telah kering. vi. Teknik hard edge Teknik ini merupakan teknik yang menggunakan masking tape untuk memisahkan warna yang mana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong.

3.2.3.1 Proses pembuatan dan penghasilan menggunakan cat minyak A. Bahan dan alat yang diperlukan Minyak linsid Minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat. Turpentine - bersifat legap, licin, dan berkilat, kasar berjalinan, terpulang kepada teknik mencatan Berus pelbagai saiz Pisau palet Plat pembancuh warna Bekas minyak linsid Turpentine Kekuda (easel) Kanvas permukaan. atau sebarang

25

B. Proses penyediaan kanvas 1. Siapkan pemidang kayu mengikut saiz yang dikehendaki (pastikan kukuh dan tidak boleh dilentur). 2. Gunakan stapler gun untuk meregangkan kanvas atau kain belacu. 3. Kain dipaku di sisi pemidang dengan kemas dan tegang. 4. Sapukan gam kanji yang cair, glu enamel atau akrilik primer untuk menutup lubang pada kain. 5. Sapukan cat emulsi putih ke atas lapisan gam kanji cair tadi setelah kering. 6. Pastikan jalur catan emulsi menyilang supaya permukaan kanvas rata dan licin. C. Persediaan sebelum mencatan cat minyak Sebelum memulakan gerak kerja mencatan, terlebih dahulu perlu menyediakan alat dan bahan media. Persediaan mencatan cat minyak rumit sedikit daripada persediaan cat air kerana cat minyak banyak memerlukan alat-alat tambahan seperti kekuda (easel), kanvas, minyak linseed dan turpentine. Kanvas perlu diletakkan pada kekuda. Picit tiup warna keatas plat pembacuh warna atau palatte dan susun mengikut susunan yang sesuai untuk memudahkan kerja semasa melukis. Illustrasi menunjukkan cara memegang berus yang betul semasa mencatan. Cara ini biasanya digunakan ketika mencatan cat minyak keatas kanvas yang digantung pada kekuda.

26

C. Hasil-hasil cat minyak

Bathing at Asnieres, Georges Seurat, 1883.

The Sunflowers, Vincent van Gogh, 1888.

Cat minyak menggunakan teknik Pointilisme

Cat minyak menggunakan teknik impasto

27

3.3 Resis 3.3.1 Pengenalan Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

28

3.3.2 Teknik-teknik resis a. Krayon resis dengan warna air b. Krayon resis dengan warna tempera c. Krayon resis dengan warna tempera d. Krayon resis dengan dakwat basah e. Krayon resis f. Kertas lilin resis g. Resis dengan kain h. Krayon resis batik i. j. Resis dari warna air dan perekat getah Resis dari warna air dan lilin biasa

k. Resis dari kapur dan lilin (cara positif) l. Resis dari kapur dan lilin (cara negatif)

3.3.3 Proses penghasilan karya resis dari warna air dan lilin biasa A. Bahan dan alat yang diperlukan 1. Bahan yang berasaskan lilin (lilin biasa, lilin paraffin, krayon lilin) 2. Berbagai jenis kertas. 3. Kain putih ( poplin, cotton, cambrich, rayon atau fuji) 4. Berbagai jenis pensil untuk lakaran. 5. Warna (warna air, warna poster, warna tempera, cat rumah) 6. Dakwat basah yang berbagai warna.

29

B. Langkah-langkah penghasilan Langkah 1 - Lakarkan corak batik bermotifkan bunga dan daun dengan imaginasi sendiri atau dilihat dari corak-corak kepada sumber lain.

Langkah 2 Warnakan bunga-bunga batik dengan pensel

Langkah 3 Ikut bahagian tepi lakaran dengan menggunakan pastel warna putih atau lilin.

30

Langkah 4 - Warnakan latar belakang corak dengan warna air yang kontra bagi menghasilkan corak yang menarik.

Corak-corak hasil karya resis yang telah siap

31

3.3.4 Hasil hasil corak dan rekaan resis

Tema Tajuk Bahan

: : :

Bahan Organik Alam Semula jadi 1 Lilin, Canting, Kain putih, pensel, warna air ( untuk batik ) dan berus mewarna.

Teknik

:

Resis dengan kain

Tema Tajuk Bahan Teknik

: : : :

Bahan Organik Alam Semula jadi II Lilin, Kertas lukisan, berus, warna air dan bekas air. Resis dari warna air

32

Tema Tajuk Bahan Teknik

: : : :

Campuran bahan organik dan geometri Corak tidak terancang Kertas lukisan, krayon, warna air, pensel, berus dan bekas air dan tisu. Krayon resis batik

Tema Tajuk Bahan Teknik

: : : :

Bahan geometri Kertas pembalut hadiah Kertas lukisan, krayon lilin warna, warna air, pensel, berus dan bekas air Krayon resis dengan warna air

33

Tema Tajuk Bahan Teknik

: : : :

Organik Alam Semulajadi Warna air, lilin biasa, kertas lukisan, berus dan bekas air. Resis dari warna air dan lilin biasa.

34

4.0 RefleksiKerja kursus yang hendak dilengkapkan memerlukan tempoh dan masa yang ditetapkan mengikut tarikh serahan. Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus, saya telah melakukan beberapa perkara penting sehingga ke akhir proses itu selesai. Perkara pertama yang saya telah lakukan ialah mencari maklumat tentang tajuk Membuat corak dan rekaan. Maklumat yang saya cari, kebanyakan melalui sumber buku rujukan dan laman-laman web tertentu. Daripada sumber ini saya membaca maklumat tentang aktiviti-aktivit mencorak yang sesuai dan terperinci untuk dijadikan sebagai bahan tugasan saya. Daripada hasil pembacaan, saya amat tertarik mengenai corak iaitu pualaman, ikat dan celup, catan, resis dan cetakan. Banyak maklumat lebih lanjut boleh diperolehi melalui laman-laman web tertentu. Maklumat-maklumat ltu saya kumpulkan untuk penulisan ilmiah. Begitu juga saya mendapatkan maklumat secara tidak langsung daripada rakan sekuliah mengenai tajuk tugasan itu. Hasil daripada perbualan, perbincangan dan pemerhatian saya mendapat beberapa idea dan kreativiti hasil tugasan rakan-rakan yang mereka lakukan, ketika dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu ketika ketiadaan pensyarah masuk. Hasil bahan-bahan maklumat dan pemerhatian yang telah dibuat, saya membuat penyusunan maklumat-maklumat iaitu mengorganisasi maklumat itu dalam bentuk penulisan yang menarik. Dalam proses itu hasil bahan yang diperolehi melalui laman-laman web perlu diedit dan dibaca terlebih dahulu sebelum disimpan sebagai fail tugasan kerja kursus dalam komputer riba. Kerja-kerja ini mengambil masa kerana terdapat sesetengah maklumat diperolehi tidak sesuai dimasukkan, tidak lengkap dan sesetengah maklumat diperolehi untuk mendapatkan perlu dibayar sebelum diturun muat ke dalam komputer. Alternatif yang saya ambil ialah merujuk daripada buku-buku rujukan daripada perpustakaan. Hasil tugasan yang lengkap diproses dan dicetak melalui komputer menggunakan printer.

35

Di samping itu hasil tugasan siap dicetak keluar, saya merancang perbelanjaan membeli bahan-bahan yang diperlukan, saya telah memberi kertas blok lukisan bersaiz A3 dua set, gam, kertas warna sebagai hiasan, CD kosong, kulit depan dan di akhir proses menampal, kerja-kerja menjilid dibuat di kedai fotostat dan cetakan buku berdekatan. Daripada tugasan diberikan, saya telah mempelajari banyak pengetahuan dan maklumat mengenai kegiatan mencorak dan rekaan kerana ia membantu saya secara tidak langsung mengulangkaji topik yang dikaji dalam tugasan kerja kursus tersebut. Selain itu bahan tersebut boleh dijadikan nota lanjutan dan bahan rujukan penting. Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, terdapat kesukaran yang dihadapi untuk menjayakan hasil tugasan tersebut iaitu bahan maklumat sukar diperolehi. Kesukaran ini berlaku apabila perpustakaan IPG Kampus Dato Razali Ismail ditutup buat sementara kerana gangguan bekalan elektrik selama beberapa minggu menyebabkan kampus tidak memperolehi bekalan elektrik dalam beberapa minggu itu. Bahan-bahan yang hendak diakses secara online terhad kerana untuk mendapatkan bahan itu pengguna perlu membuat pembayaran secara on-line dan bahan diberi tidak secara terperinci. Selain itu halangan aktiviti-aktiviti tugasan melibatkan kerja kursus dan lain-lain program menyukarkan tugasan dilengkapkan secara beransur-ansur dan kehilangan mengolah idea-idea kerana perlu memikirkan banyak perkara yang penting perlu dibuat. Selain itu masalah gangguan bekalan elektrik di asrama menghadkan penggunaan komputer dalam jangka masa yang lama. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah membuat perancangan awal iaitu membuat pinjaman buku lebih awal kerana membuat pinjaman buka lebih awal memudahkan persediaan awal rujukan bahan, membuat salinan-salinan penting daripada buku yang hendak dipinjam kerana penggunaan pinjaman buku dihadkan kepada dua minggu. Begitu juga bahan maklumat diakses secara on-line sukar diperolehi dengan merujuk buku rujukan yang dipinjam. Saya

36

juga mengambil peluang melengkapkan tugasan kerja kursus tersebut dengan melengkapkan dalam kelas semasa ketiadaan pensyarah masuk dan membuat pemerhatian melihat hasil kerja rakan-rakan sambil memperolehi sedikit idea untuk mengorganisasi maklumat-maklumat tersebut. Walaupun masalah bekalan elektrik di asrama kerana bekalan elektrik hanya beroperasi sebelah lewat petang saya cuba membuat catatan dalam buku sebelum ditaip ke dalam komputer, ini juga dapat membantu mengurus masa lebih baik tanpa mengabaikan perkara penting iaitu ulangkaji pelajaran dan tugasan yang lain. Oleh yang demikian tugasan kerja kursus ini berjaya dilengkapkan sebaik mungkin kerana tanpa daya usaha, sukar bagi saya menyempurnakannya dengan baik.

37

38