bahagian - 2.pdf
TRANSCRIPT
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Menurut pandangan Ahmad (2003), bangunan adalah sebuah aset fizikal yang bernilai dan
memerlukan penyenggaraan yang sempurna. Tanpa kerja-kerja penyenggaraan yang
sempurna, lama-kelamaan keseluruhan struktur dan bahan-bahan bangunan akan menjadi
pudar, lusuh, rosak dan usang. Keadaan tersebut bukan sahaja akan menyusutkan nilai
bangunan, malah akhirnya menjadikan bangunan itu tidak bernilai langsung. Malangnya,
penyenggaraan sering kali diberikan pertimbangan terakhir apabila pemilik bangunan
bercadang memberikan suatu peruntukan atau menyediakan belanjawan untuk
organisasinya.
Melalui pendapat Wireman (2007), kerosakan dan kecacatan bangunan merupakan
fenomena yang sering berlaku kepada kebanyakan bangunan dan ianya bergantung kepada
beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan fizikal bangunan itu sendiri. Sekiranya tiada
sistem pemeriksaan yang rapi dibuat, maka agak sukar kepada pemeriksa, pengurus dan
pemilik bangunan dapat menentukan kaedah pembaikan yang terancang dan menyediakan
belanjawan yang mencukupi. Secara tidak langsung, keadaan kelapukan yang lebih teruk
tentu sahaja boleh berlaku atau dijangka akan berlaku kepada bangunan.
Berdasarkan dua pendapat di atas, maka melalui penyelidikan ini suatu sistem maklumat
pengurusan penyenggaraan yang efisien perlu dibangunkan. Dalam konteks ini, keutamaan
2
sistem maklumat tersebut perlu dimulakan dengan penentuan masalah kecacatan atau
kerosakan bangunan. Diikuti kemudiannya dengan pembinaan perisian yang relevan dan
dapat diguna pakai.
Bahagian ini adalah bertujuan untuk menerangkan secara ringkas konsep dan elemen-
elemen yang diperlukan dalam pembinaan sistem pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja
penyenggaraan bangunan yang diberi nama sebagai BUILDIMS iaitu Building Inspection
and Monitoring System.
1.2 LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN
Keupayaan komputer untuk menyelesaikan pelbagai isu dan membuat keputusan tidak
dapat diragukan lagi. Komputer telah digunakan untuk menyelesaikan isu semasa
hinggalah mencetus fenomena dan inovasi masa depan. Namun begitu, masih banyak lagi
perkara yang belum diterokai (Shelly et al., 2007).
Pendapat Shelly et al. (2007) turut selari dengan Tomlingson (1998) dan Marquez (2007)
yang menjelaskan di antara beberapa perkara yang belum mendapat liputan meluas dalam
penggunaan komputer adalah seperti bidang pengurusan dan penyenggaraan bangunan,
khususnya di dalam permasalahan pemeriksaan kecacatan bangunan. Hal ini
diketengahkan kerana masalah kecacatan bangunan merupakan perkara yang kian serius
pada masa kini yang perlu ditangani segera. Pemeriksaan bangunan secara manual dan
konvensional adalah sudah ketinggalan, tidak efisien dan tidak dapat mempercepatkan
pihak pengurusan dalam membuat keputusan yang cepat dan tepat. Walaupun pada masa
3
kini terdapat beberapa perisian yang menguruskan maklumat pengurusan bangunan tetapi
ianya tidak memfokuskan kepada diagnosis keadaan bangunan.
Permasalahan yang berlaku ini adalah berpunca daripada struktur bangunan yang terdiri
daripada susunan dari suatu sistem dan sistem sub yang kompleks. Selain itu, setiap
bangunan yang dibina juga mempunyai komponen dan elemen yang berlainan. Maka
dengan mengenal pasti entiti atau atribut yang ada sahaja dapat memperlihatkan kriteria
keseluruhan sesebuah bangunan. Walau bagaimanapun, pemilihan kriteria-kriteria pada
bangunan itu mempunyai perbezaan dalam beberapa aspek. Di samping itu pihak yang
bertanggungjawab menentukan kriteria-kriteria tersebut, adalah juga penting bagi
memenuhi kehendak mereka yang berkepentingan dan juga pengguna. Faktor kerumitan
ini merupakan penyebab kepada sukarnya sebuah perisian pemeriksaan kecacatan
bangunan yang umum dapat dibangunkan (Douglas, 1993).
Oleh kerana itu, untuk membangunkan sesebuah perisian, adalah lebih baik sekiranya
pembangun perisian dapat memikirkan suatu sistem sokongan membuat keputusan yang
berkesan dalam penyenggaraan. Ini dapat dilakukan melalui pakej-pakej perisian yang
boleh membekalkan penyelesaian kepada masalah-masalah penyenggaraan tersebut.
Malah, sistem-sistem tersebut turut juga mampu diadun untuk memenuhi kehendak-
kehendak tertentu dalam operasi pengurusan penyenggaraan (Wood, 2003). Selain itu juga
kelebihan penggunaan komputer dalam praktis ukur bangunan ialah untuk kerja merekod,
menganalisis kecacatan bangunan, pembaikan dan penambahbaikan. Di samping itu, ia
juga dapat digunakan untuk analisis statistik mengenai kegagalan fungsi bangunan (Mike,
1986).
4
Bagi membolehkan pihak pengurusan dapat membuat keputusan yang berkesan terhadap
kerja-kerja penyenggaraan bangunan, mereka memerlukan data atau maklumat yang
relevan pada kadar yang segera. Data dan maklumat terkumpul itu adalah penting untuk
membolehkan analisis dilakukan. Dalam hal ini, tindakan yang perlu dilakukan adalah
data-data yang telah dikumpul dapat dipindahkan daripada dokumen soal selidik lapangan
ke dalam komputer untuk dikumpulkan di dalam pangkalan data (Hart, 1993).
Oleh itu, kegunaan sistem maklumat pengurusan amat penting dalam menguruskan data-
data penyenggaraan bangunan yang telah dikumpul. Data-data yang disimpan ke dalam
pangkalan data boleh membantu pemeriksa bangunan untuk mencapai maklumat-
maklumat yang diingini. Sistem maklumat pengurusan yang dicadangkan ini merupakan
sebuah sistem yang mengumpul, memproses dan mengeluarkan maklumat yang diperlukan
oleh penggunanya untuk membuat sesuatu keputusan (Panchadhari, 2003).
1.3 ISU DAN PERMASALAHAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
Hasil daripada kajian literatur ke atas isu-isu semasa maka permasalahan penyenggaraan
boleh dinyatakan seperti di bawah:
i. Kurang kefahaman terhadap matlamat penyenggaraan
Merekabentuk, membina dan menghasilkan sesuatu struktur fizikal baru dalam
alam bina bukanlah suatu masalah besar kepada kebanyakan pereka bentuk,
jurutera, pembina dan pemilik bangunan. Sebaliknya perkara yang sering menjadi
masalah adalah untuk mencapai matlamat penyenggaraan, iaitu mengekal dan
5
mempertahankan sesuatu yang telah dibina dan telah dihasilkan itu agar sentiasa
dalam keadaan asli, berkekalan, berfungsi sepertimana yang telah dirancang pada
asalnya dan tidak lapuk dimakan zaman. Banyak pihak melihat penyenggaraan
hanya terhad kepada kerja-kerja pembersihan dan pembaikan semata-mata. Konsep
penyenggaraan sememangnya amat luas dan perlu difahami supaya matlamat
penyenggaraan dapat direalisasikan (Chanter dan Swallow, 2007).
ii. Menjalankan penyenggaraan tanpa sistem
Apabila bangunan mula diduduki atau sesebuah infrastruktur mula digunakan,
maka bermulalah kerja-kerja penyenggaraannya. Penyenggaraan ini berterusan
sepanjang jangka hayat bangunan tersebut. Untuk tempoh jangka panjang, sudah
pasti penyenggaraan bersistem perlu diimplementasikan. Tanpa penyenggaraan
bersistem, penyenggaraan yang efektif sukar untuk diwujudkan. Ini kerana
perancangan, perjalanan, pemantauan dan penilaian prestasi penyenggaraan tidak
dapat dilakukan secara menyeluruh. Dunia tanpa sempadan hari ini membuatkan
keputusan penyenggaraan perlu dibuat dalam tempoh masa yang singkat dan tepat.
Dalam membuat keputusan, maklumat-maklumat penting diperlukan pada kadar
segera supaya keputusan yang dibuat bersandarkan kepada pertimbangan fakta
yang tepat, bukan berdasarkan pengalaman semata-mata. Dalam mengekalkan
persaingan organisasi, ‘pengurusan berasaskan kertas’ dilihat sudah tidak relevan
lagi (Patton, 2005).
6
iii. Kekurangan kepakaran untuk menjalankan penyenggaraan
Bidang penyenggaraan melibatkan kepakaran teknikal dan penyusunan strategi
supaya perancangan kerja-kerja penyenggaraan dapat berjalan lancar. Di Malaysia,
sukatan pembelajaran berkaitan subjek penyenggaraan bangunan ditawarkan dalam
kursus Ukur Bangunan di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Skim
perkhidmatan Juruukur Bangunan telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) di bawah gred J41 dan J29. Di Malaysia, Juruukur Bangunan Profesional
bernaung di bawah Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM), manakala di peringkat
antarabangsa, Juruukur Bangunan bernaung di bawah The Royal Institution of
Chartered Surveyors (RICS), United Kingdom dan Association of Building
Engineers (ABE), United Kingdom. Dapat dilihat bahawa kepakaran bidang
penyenggaraan bangunan dimiliki oleh mereka yang menjadi ahli bersekutu kepada
pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan. Namun di Malaysia, kerja-kerja
penyenggaraan bangunan tidak dilakukan oleh profesion yang bernaung di bawah
pertubuhan-pertubuhan ini. Hal yang sedemikian menyebabkan pertimbangan
penyenggaraan tidak dilakukan dengan sewajarnya bagi meminimumkan kerosakan
bangunan (Ahmad, 2003).
iv. Kerosakan bangunan yang bersifat perlahan
Secara majoriti, kerosakan bangunan adalah bersifat perlahan sebelum sesuatu
kerosakan serius berlaku. Dalam banyak keadaan, kerosakan bangunan
menunjukkan simptomnya terlebih dahulu sebelum berlakunya kerosakan serius.
Kegagalan mengenal pasti simptom kerosakan menyebabkan bangunan berada
dalam keadaan berisiko. Sebagai contoh, tompokan warna coklat pada siling
7
memberi kemungkinan bahawa terdapat kebocoran pada penutup bumbung.
Apabila tiada tindakan penyenggaraan diambil, lama-kelamaan siling tersebut akan
runtuh, seterusnya membahayakan pengguna bangunan. Ini menyebabkan
keperluan penyenggaraan kurang dihargai kerana sifat kerosakan yang berlaku ke
atas bangunan kebiasaannya terbentuk secara perlahan dan kerja-kerja
pembaikannya boleh ditangguhkan (Ahmad, 2004; Chanter dan Swallow, 2007).
v. Kurang Penglibatan pengguna bangunan
Perkara yang selalu menjadi halangan besar kepada petugas-petugas penyenggaraan
adalah yang melibatkan pengurusan dan tingkahlaku manusia, iaitu mereka yang
menjadi pengguna kepada sesuatu bangunan. Perosaklaku (vandalisme) oleh
pengguna yang tidak bertanggungjawab sebenarnya melemahkan peranan dan
kewibawaan staf penyenggaraan. Kekerapan kerosakan yang berlaku bukan sahaja
menambahkan kos, malah boleh melemahkan semangat pekerja. Perkara ini berlaku
kerana kesukaran untuk mengawal atau melenyapkan sepenuhnya aktiviti-aktiviti
perosaklaku tersebut. Selain daripada itu, pengguna bangunan juga sukar untuk
memberikan kerjasama dan bersikap berdiam diri daripada memberi kerjasama
untuk kebaikan penyenggaraan. Ini menyebabkan pengguna tidak membuat aduan
kerosakan bangunan, seterusnya menyukarkan kumpulan penyenggaraan untuk
mengambil tindakan terhadap simptom kerosakan bangunan (Wordworth, 2001).
Di Malaysia, konsepnya lebih menjurus kepada penyenggaraan semata-mata, yang mana
lebih memfokuskan kepada usaha-usaha membaiki apabila kerosakan berlaku sahaja.
Pihak-pihak yang dilantik pula lebih menjurus kepada profesional yang hanya mendalami
8
satu skop kerja sahaja, sama ada kerja-kerja awam, mekanikal mahupun elektrikal. Jika
usaha-usaha ini tidak ditangani dengan baik, percayalah bahawa akan berlaku lagi
masalah-masalah kecacatan bangunan di masa-masa akan datang. Adalah sewajarnya
perancangan secara berjadual diwajibkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan
senggaraan di semua bangunan-bangunan kerajaan di Malaysia (Nur, 2006).
Hasil penyelidikan ini mendapati permasalahan yang dinyatakan di atas sebenarnya saling
berkait di antara satu sama lain. Atas sebab ini, satu jalan penyelesaian harus dilaksanakan
supaya permasalahan di atas dapat diminimumkan dan tidak lagi menjadi masalah untuk
tempoh jangka panjang. Penglibatan semua pihak daripada peringkat pemilik, kumpulan
penyenggaraan dan pengguna sangat diperlukan untuk mewujudkan persekitaran budaya
penyenggaraan yang efektif.
1.4 PERNYATAAN PERMASALAHAN
Merujuk kepada isu dan permasalahan penyenggaraan bangunan, terdapat masalah-
masalah yang telah dikenal pasti terutamanya daripada pihak pengurusan dan juga orang
ramai. Kepentingan penyenggaraan sememangnya banyak ditegaskan oleh banyak pihak.
Namun, implementasinya dilihat masih samar-samar dan terpisah di dalam sesebuah
organisasi. Tambahan pula, tiada satu sistem yang lengkap dan menyeluruh yang dapat
membantu kumpulan penyenggaraan untuk merancang, menjalankan, mengawal dan
mengukur prestasi penyenggaraan bagi sesebuah organisasi (Chanter dan Swallow, 2007).
9
Patton (2005) turut menambah tanpa sistem yang menyeluruh, penyenggaraan dilihat
sebagai satu kerja yang membebankan dan sering dianggap kerja remeh-temeh yang boleh
dipinggirkan.
Selain itu, permasalahan yang berlaku pada kerja-kerja pemeriksaan dan penyenggaraan
bangunan adalah berpunca daripada struktur bangunan yang terdiri daripada susunan suatu
sistem dan system-sub yang kompleks. Malah bangunan yang dibina juga tidak sama
komponen dan elemen-elemennya. Kaedah merekod maklumat pemeriksaan bangunan
secara manual juga menyukarkan pemeriksa bangunan untuk menentukan kecacatan dan
kerosakan bangunan secara tepat. Faktor kerumitan ini merupakan penyebab kepada betapa
sukarnya sebuah sistem pengurusan pemeriksaan bangunan yang umum dapat dibangunkan
(Douglas, 1993).
1.5 CADANGAN PENYELESAIAN PERMASALAHAN
Untuk menyelesaikan permasalahan yang terdapat dalam kaedah pemeriksaan dan
penyenggaraan berkomputer, pembangun perisian haruslah mengetahui punca-punca utama
kerosakan yang sering berlaku pada bangunan-bangunan (Boyll, 2002). Terdapat pelbagai
unsur-unsur yang membolehkan prestasi bangunan berubah seperti contoh punca
kerosakan disebabkan salahlaku pengguna, kecacatan bahan atau sebagainya (Ahmad,
2003). Pembangun perisian harus mengetahui punca-punca tersebut agar analisis boleh
dijalankan (Wordsworth, 2001).
10
Selain mengetahui punca-punca kerosakan, pembangun perisian perlu peka terhadap
persekitaran malah bahagian pemeriksaan yang dijalankan, contohnya bahagian luar
bangunan atau dalam bangunan atau bahagian perkhidmatan bekalan elektrik atau yang
lain-lain. Melalui pemerhatian terhadap bahagian kerosakan, pihak pengurusan boleh
mengetahui lokasi kerosakan serta keadaan persekitaran yang mempengaruhinya (Chanter
dan Swallow, 2007).
Akhir sekali, dengan mengetahui jenis-jenis kecacatan utama yang sering terjadi pada
bangunan-bangunan, maka ia dapat membantu pihak pengurusan menilai aspek-aspek
utama berlakunya kerosakan pada bangunan-bangunan. Contohnya, sekiranya kecacatan
bangunan seperti lantai kayu sering patah atau reput maka pihak pengurusan boleh
membuat penilaian sama ada kayu tersebut berkualiti rendah ataupun terdapatnya beban
berat yang ditampung oleh lantai kayu tersebut (Ahmad, 2004).
Setiap maklumat yang diterima itu boleh dikumpulkan bersama sebagai satu maklumat
yang saling berhubungkait serta mampu membantu pihak pengurusan membuat keputusan
dengan baik, berkesan dan cepat. Melalui cara ini pihak pengurusan dapat membuat
analisis dan jangkaan tindakan terhadap permasalahan yang dihadapi (Rata, 2001).
11
1.6 OBJEKTIF PENYELIDIKAN YANG DIBANGUNKAN
Empat objektif utama kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti kaedah pemeriksaan bangunan serta merekodkan komponen dan
elemen bangunan.
ii. Mengenal pasti komponen-komponen pemeriksaan sebagai modul analisis.
iii. Mengenal pasti elemen-elemen kecacatan bangunan dan susunan pengisian
maklumat.
iv. Membangunkan model prototaip yang diberi nama sebagai BUILDIMS untuk
menilai kecacatan bangunan.
1.7 SKOP PENYELIDIKAN
Untuk menjalankan penyelidikan tersebut, beberapa skop telah ditentukan seperti:
i. Mengenal pasti kecacatan umum bangunan bagi sesuatu pemeriksaan bangunan.
ii. Mengenal pasti komponen-komponen dan elemen-elemen bangunan kediaman
jenis banglo untuk memudahkan kerja-kerja pemeriksaan.
iii. Menentukan kaedah pemeriksaan terancang mengikut sistem sub bangunan.
iv. Pemeriksaan hanya merangkumi elemen dan komponen-komponen bangunan.
v. Pemeriksaan bangunan berasaskan kepada kajian kes rumah banglo.
12
1.8 SOALAN-SOALAN PENYELIDIKAN BERKAITAN
Berdasarkan permasalahan yang dihadapi dalam menguruskan kerja-kerja pemeriksaan dan
penyenggaraan bangunan, maka terdapat tiga (3) persoalan yang timbul bagi tujuan
penyelidikan ini:
i. Apakah jenis-jenis komponen dan elemen bagi suatu bangunan?
ii. Bagaimana untuk menilai kecacatan pada bangunan?
iii. Bagaimanakah kaedah merekod dan menyediakan laporan pemeriksaan bangunan?
Soalan pertama timbul adalah bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis komponen
bangunan iaitu ruang serta bahagian bangunan. Manakala elemen bangunan adalah bahan-
bahan yang digunakan sebagai aksesori atau perlengkapan bangunan.
Soalan kedua adalah untuk mengenal pasti bagaimana para penyenggara bangunan
menentukan kecacatan pada bangunan. Ini memandangkan setiap individu mempunyai
pendapat yang berbeza ke atas kecacatan-kecacatan tersebut. Soalan ini bertujuan untuk
memudahkan kerja-kerja membuat analisis kerosakan keadaan bangunan dijalankan.
Soalan ketiga adalah untuk menetapkan satu format yang bersesuaian untuk menyediakan
laporan pemeriksaan bangunan. Ianya bertujuan agar format ini dapat diguna pakai oleh
setiap organisasi dari pelbagai jawatan yang berkaitan dengan penyenggaraan bangunan.
13
1.9 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN PENYELIDIKAN
Penggunaan BUILDIMS merupakan satu inovasi kepada sistem pengurusan penyenggaraan
bangunan (CMMS) yang sedia ada. Kelebihan dan pengubahsuaian yang dilakukan pada
BUILDIMS dapat membantu pihak pengurusan mengenal pasti permasalahan sebenar yang
berlaku pada kondisi bangunan mereka.
Kepentingan dan sumbangan penyelidikan ini dapat membantu organisasi serta pemilik
bangunan mengelakkan daripada mengalami kerugian dalam kerja-kerja penyenggaraan
bangunan serta membantu meningkatkan nilai pelaburan mereka ke atas bangunan-
bangunan tersebut. Selain itu segala usaha penyelidikan ini bukan sahaja bagi tujuan
merekod, malah sebagai panduan untuk pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan yang
setara.
Secara keseluruhan, kepentingan penyelidikan ini mampu memberikan impak yang
mendalam kepada praktis profesional yang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan
bangunan. Penyelidikan ini turut menyumbang kepada komuniti akademik untuk
menerokai ilmu baru dalam menerapkan elemen teknologi maklumat dalam proses
pemeriksaan bangunan. BUILDIMS terbukti dapat meningkatkan keberkesanan para
penyenggara melakukan kerja mereka, iaitu kerja-kerja pemeriksaan dan penyenggaraan
bangunan dengan lebih baik berbanding dengan kaedah manual yang dilakukan sebelum
ini. Di samping itu juga proses membuat keputusan berkenaan keadaan bangunan dapat
dilakukan dengan lebih pantas.
14
1.10 KAEDAH PENYELIDIKAN
Penyelidikan ini melibatkan dua pendekatan iaitu:
i. Perolehan maklumat dijalankan melalui dua cara, iaitu pertama melibatkan kerja-
kerja lapangan dan tinjauan lokasi. Sementara yang kedua berteraskan kepada
bacaan ilmiah seperti bahan-bahan perpustakaan, jurnal-jurnal, buku-buku rujukan
dan bahan rujukan sampingan seperti keratan surat khabar, artikel malah internet.
ii. Kaedah penyelidikan bertindak, iaitu pendekatan yang memerlukan penyelidikan
terlibat secara langsung dalam bidang pembinaan perisian berasaskan penemuan
dari pendekatan (i).
Berikut adalah Rajah 1.1 yang menunjukan kerangka penyelidikan:
Rajah 1.1 Kerangka Penyelidikan
Sumber: Managing Business Research Projects: Effective Management of Research
Projects (Tow, 2004)
15
1.11 SUSUNAN BAB-BAB DALAM PENYELIDIKAN
Berikut adalah susunan bab-bab dalam penyelidikan yang dijalankan:
a) Bab I – Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang latar belakang penyelidikan yang dijalankan beserta
permasalahan yang dialami dalam kerja-kerja merekod maklumat pemeriksaan
bangunan secara manual.
b) Bab II - Sistem Pengurusan Penyenggaraan Bangunan
Bab ini menerangkan pengertian sistem pengurusan penyenggaraan berkomputer
dan kaitan di antara sistem maklumat pengurusan dan penyenggaraan bangunan.
c) Bab III - Pemeriksaan dan Penyenggaraan
Bab ini menerangkan pengertian pemeriksaan, penyenggaraan dan pemantau.
Kaedah pemeriksaan bangunan dan kepentingan pemeriksaan bangunan.
d) Bab IV - Kaedah Penyelidikan
Bab ini menjelaskan bagaimana kaedah penyelidikan dijalankan dengan lebih
mendalam.
e) Bab V - Pemerihalan dan Penganalisaan Data
Bab ini menerangkan data-data analisis yang terkumpul daripada hasil
penyelidikan.
f) Bab VI – Analisis dan Rekabentuk Sistem
Bab ini menerangkan secara terperinci analisis sistem berdasarkan maklumat yang
diterima daripada kajian lapangan.
16
g) Bab VII - Pembangunan Perisian
Bab ini menerangkan secara terperinci kerja-kerja pembangunan perisian,
pangkalan data, perisian dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan sistem yang
dibangunkan.
h) Bab VIII - Kesimpulan
Bab ini menjelaskan secara ringkas hasil penyelidikan yang telah dijalankan serta
sumbangan-sumbangannya terhadap pengguna dan bangunan.
1.12 RUMUSAN
Secara keseluruhan, penyelidikan ini menerangkan tentang BUILDIMS. Ianya dibangunkan
untuk membantu pihak pengurusan mengenal pasti permasalahan sebenar yang berlaku
pada kondisi bangunan mereka dengan bantuan tenaga pakar dalam bidang perisian
komputer seperti jurutera perisian, pihak universiti dan juga di dalam bidang
penyenggaraan bangunan seperti juruukur, jurutera dan lain-lain yang dapat membantu
organisasi untuk membuat keputusan yang tepat dalam urusan penyenggaraan bangunan
mereka. Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, kerja lapangan, tinjauan lokasi dan
temu bual pakar telah dijalankan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang latar
belakang masalah. Semua data dan maklumat tersebut akan dijelaskan dengan lebih
terperinci dalam bab yang seterusnya. Secara keseluruhannya pembangunan sistem ini
diharap dapat menyelesaikan masalah yang wujud di dalam pengurusan penyenggaraan
bangunan.
17
BAB 2
SISTEM PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
2.1 PENDAHULUAN
Penggunaan teknologi maklumat dalam kerja-kerja penyenggaraan bangunan memudahkan
data-data kerja penyenggaraan disimpan, diproses, dikeluarkan dan dipindahkan.
Teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam operasi pemeriksaan dan
penyenggaraan serta sebagai alat untuk memenuhi suatu matlamat yang spesifik (Rata,
2001).
Manakala pendapat Ronald et al. (1997) mengatakan penggunaan komputer dan perisian
penyenggaraan bangunan yang berkesan mampu menyelesaikan masalah kerja-kerja
penyenggaraan. Untuk memahami sistem maklumat dalam kerja-kerja pemeriksaan dan
penyenggaraan bangunan, pihak pengurusan bangunan haruslah memahami bentuk
masalah yang ingin diselesaikan, elemen-elemen bangunan yang berkaitan dan proses
penyenggaraan yang dilakukan dalam organisasi tersebut untuk mencapai penyelesaian.
Berdasarkan pendapat di atas, maka penyelidikan ini berpendapat amatlah penting bagi
pemilik, pengurus dan penyenggara bangunan memiliki kemampuan dan pengetahuan
dalam pengurusan maklumat untuk kerja-kerja penyenggaraan bangunan.
18
2.2 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN
Sistem maklumat pengurusan atau dikenali sebagai Management Information System (MIS)
merupakan kaedah pengurusan maklumat secara berkomputer. Ianya mampu mengawal
aliran data-data secara teratur serta mampu memberikan keputusan dengan cepat dan tepat
berdasarkan data-data yang dikumpul sebagai maklumat. Sistem maklumat pengurusan
merupakan satu sistem maklumat yang menyediakan maklumat rutin untuk perancangan,
menyusun dan mengawal operasi dalam sesuatu kefungsian organisasi (Turban et al.,
2004).
Bagi melaksanakan sistem maklumat pengurusan, pihak pengurusan harus memainkan
peranan penting untuk memilih maklumat-maklumat sebagai sumber membuat keputusan
secara berkomputer bagi membantu mempercepatkan segala operasi-operasi dalam
organisasi mereka. Kekurangan data-data yang relevan akan menjejaskan prestasi sesuatu
pengurusan malah turut gagal menghasilkan keputusan yang tepat. Kesan daripada itu akan
melemahkan proses produktiviti suatu organisasi (Sharma, 1998).
Bagi memahami pengertian sistem maklumat pengurusan dengan terperinci, penyelidikan
ini telah membahagikan pengertiannya kepada tiga bahagian iaitu: - (i) Sistem, (ii)
Maklumat dan (iii) Pengurusan.
19
2.2.1 SISTEM
Sistem merupakan kumpulan komponen yang berfungsi di antara satu-sama lain mengikut
polisi atau langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pembangun sistem. Sistem boleh
didefinisikan sebagai satu set unsur-unsur atau komponen yang berkaitan yang mengumpul
(input), mengolah (proses) dan menyimpan dan menyebar (output) data dan maklumat
yang menyediakan satu mekanisma maklumbalas untuk mencapai sesuatu objektif dan
bagi menyokong membuat keputusan dan kawalan dalam sesebuah organisasi (Turban et
al., 2004).
Bagi menyokong pendapat di atas, Sharma (1998) menunjukkan komponen-komponen
sistem yang membekalkan maklumat terus kepada pihak pengurusan berdasarkan Rajah
2.1 yang menerangkan tentang aliran data sistem.
Rajah 2.1: Aliran Data Sistem
Sumber: Inspection, Quality Control and Reliability (Sharma, 1998)
20
2.2.2 MAKLUMAT DAN SISTEM MAKLUMAT
Maklumat adalah data-data terkumpul yang telah diproses mengikut kehendak pengguna
(Turban et al., 2007). Maklumat merupakan sesuatu yang diperlukan dalam operasi dan
juga pengurusan. Manakala sistem maklumat adalah proses maklumat yang disalurkan
kepada pihak pengurusan yang telah dirancang, diurus, dihasilkan dan dikawal dengan
teliti dan tersusun supaya maklumat yang relevan sahaja disampaikan (Pearlson dan
Saunders, 2004).
Sistem maklumat juga berperanan penting dalam proses membuat keputusan, penyelarasan
dan kawalan yang membantu organisasi dalam menganalisis masalah, menggambarkan
perkara yang kompleks dan menjana produk baru. Rajah 2.2 menunjukkan mekanisma
kawalan sistem maklumat (Turban et al., 2004).
Rajah 2.2: Mekanisme Kawalan Sistem Maklumat
Sumber: Information Technology for Management (Turban et al., 2004)
21
2.2.3 PENGURUSAN
Pengurusan merupakan kerja-kerja yang dilakukan dalam organisasi bagi menguruskan
operasi-operasi meraka. Pengurusan yang berjaya dan berkesan adalah pengurusan yang
menjalankan sesuatu operasi dengan kreatif, inovatif dan mengikut strategi yang diarahkan
seperti merancang, mengurus, menghasil dan mengawal. Strategi ini membantu
pengurusan dalam menetapkan matlamat jangka masa pendek dan juga jangka masa
panjang (Sharma, 1998).
2.3 PERANAN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN
Sistem maklumat pengurusan sangat berguna kepada pengurusan taktikal kerana ia dapat
menyediakan produk maklumat yang menyokong keperluan membuat keputusan harian
yang rutin di dalam organisasi. Sistem maklumat pengurusan menyediakan pelbagai
laporan kepada pengurus dan kandungan laporan ini boleh ditentukan sendiri mengikut
keperluan pengurus atau dari masa ke semasa secara berjadual atau apabila sesuatu
keadaan berlaku (Turban et al., 2004).
Manakala Mcleod dan George (2001) mempunyai pendapat yang berlainan iaitu sistem
maklumat pengurusan di dalam sesebuah organisasi lebih berperanan untuk membantu
pihak pengurusan melihat secara menyeluruh unit-unit operasi pada setiap peringkat
sistem. Malah sistem maklumat pengurusan mampu mengurus organisasi melalui sistem
berkonsep yang menukar data-data kepada maklumat untuk dikongsi serta dibentangkan
secara sumber fizikal.
22
Cash et al., (1996) menyatakan bahawa sesetengah aktiviti-aktiviti sistem maklumat adalah
melambangkan kemasyhuran pada sesetengah organisasi yang menggunakannya.
Manakala sebahagian daripada peranan sistem itu pula adalah untuk menyokong urusan-
urusan dalaman organisasi mereka. Saunder (2000) juga mendapati peranan sistem
maklumat dipengaruhi oleh jenis industri. Malah Laudon (2006) di dalam kajiannya turut
mendapati bahawa peranan sistem maklumat juga berbeza secara signifikan di antara
pelbagai kumpulan industri. Berikut adalah peranan utama penggunaan sistem maklumat
pengurusan dalam kerja-kerja pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan:
i. Menguruskan Maklumat Pihak Pengurusan
Sistem maklumat pengurusan menyediakan maklumat kepada pengurus pelbagai
tahap di dalam organisasi dan sistem pemprosesan transaksi pula melaporkan
maklumat aktiviti harian organisasi. Maklumat yang diperolehi daripada sistem
maklumat pengurusan dapat merumuskan maklumat-maklumat yang dikumpul oleh
sistem pemprosesan transaksi untuk kegunaan pengurusan. Sistem maklumat
pengurusan hanya menyediakan maklumat dalaman syarikat kepada pengurus.
Maklumat yang disediakan adalah berasaskan mingguan, bulanan atau tahunan
seperti yang telah ditetapkan semasa pembangunan sistem tersebut (Laudon, 2006).
ii. Pengagihan Serta Komunikasi Maklumat
Sistem maklumat ialah satu set prosedur formal berkaitan dengan pengumpulan,
pemprosesan data dan pengagihan maklumat kepada pengguna (Hall, 1998).
Komponen-komponen lain dalam sistem maklumat termasuk sistem maklumat
pengurusan, sistem sokongan keputusan, sistem pakar dan sistem maklumat
23
eksekutif. Hasil daripada operasi-operasi di antara komponen-komponen sistem ini
yang membantu pengagihan data serta memudahkan proses komunikasi maklumat
di antara pengguna seperti pihak pengurusan dengan pihak operasi (Wilkinson dan
Cerullo, 1997).
Aktiviti pemprosesan ini akan menghasilkan maklumat yang akan dikomunikasikan
kepada pengguna luaran dan dalaman. Sistem maklumat pengurusan adalah set
sumber manusia dan modal di dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab
untuk mengumpul dan memproses data untuk menghasilkan maklumat yang
berguna kepada semua tahap pengurus. Maklumat yang disediakan oleh sistem ini
akan digunakan oleh pengurus untuk merancang dan mengawal aktiviti organisasi
(Cushing dan Romney, 1994).
Maklumat yang dihasilkan daripada pemprosesan sistem maklumat pengurusan
akan dikomunikasikan kepada pengguna dalaman dan digunakan oleh sistem
maklumat eksekutif, sistem sokongan keputusan dan sistem pakar. Hasil maklumat
yang diproses oleh sistem maklumat eksekutif, sistem sokongan keputusan dan
sistem pakar kemudiannya juga dikomunikasikan kepada pengguna dalaman
(Laudon, 2006).
iii. Meningkatkan Prestasi Pengurusan Maklumat
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi prestasi pengurusan maklumat,
termasuk penglibatan pengguna (Conarth dan Mignen, 1990), sokongan
pengurusan atasan (Cerullo, 1980), pendidikan dan latihan pengguna (Cerullo,
24
1980; Cheney dan Dickson, 1982), konteks kumpulan sistem maklumat dan lain-
lain konteks organisasi seperti saiz, ciri-ciri tugas dan lain-lain (Ghani, 1992).
Proses meningkatkan prestasi pengurusan maklumat itu biasanya memfokuskan
kepada ciri-ciri pelaksanaannya. Keberkesanan pengurusan maklumat adalah
pengukuran sejauh mana sistem maklumat dapat memberikan sumbangan dan
kesan kepada keberkesanan dalam sesebuah organisasi. Tiga aspek yang biasanya
diutamakan untuk mengukur keberkesanan sistem maklumat adalah, pelaksanaan
keputusan iaitu keupayaan sistem untuk menyokong pengurusan pembuatan
keputusan, kepenggunaan dan kepuasan pengguna. Biasanya kajian berkenaan
dengan keberkesanan sistem maklumat melibatkan kesan sistem maklumat kepada
individu, organisasi, kualiti sistem, kualiti maklumat, kepenggunaan maklumat,
kepuasan pengguna dan kualiti perkhidmatan (Pitt dan Watson, 1997).
2.4 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN DALAM KERJA-KERJA
PENYENGGARAAN BANGUNAN
Kegunaan teknologi komputer dalam kehidupan harian tidak dapat dinafikan lagi. Bahkan
ianya mampu membantu manusia dalam melaksanakan tugasan. Pelbagai cara yang
difikirkan oleh para pembangun perisian agar produk-produk berteknologi ini mampu
mengubah corak hidup dan tugasan harian manusia (Brown et al., 2008). Ini termasuk juga
dengan kegunaan sistem maklumat pengurusan yang digunakan pada kerja-kerja
penyenggaraan bangunan di mana ianya dapat merekod segala kerja-kerja penyenggaraan
bangunan, kos penyenggaraan, pekerja dan lain-lain lagi (Wordsworth, 2001).
25
Kegunaan sistem maklumat dalam kerja-kerja penyenggaraan bangunan adalah untuk
merekod kerja-kerja penyenggaraan dan merujuk kembali data-data terdahulu seperti
pembangun, jurutera, pembeli, penyewa, kerja-kerja pemeriksaan terdahulu dan
sebagainya. Kegunaan sistem maklumat pengurusan ini haruslah dilaksanakan dengan
mengutamakan kegunaan sebenar atau objektif ia dibangunkan. Malah permintaan
pengguna juga harus dititik beratkan supaya data-data yang tertentu sahaja digunakan dan
disimpan sebagai maklumat yang boleh digunakan sebagai rujukan akan datang dan juga
untuk membuat keputusan (Wordsworth, 2001).
Pembangunan dan pelaksanaan sistem maklumat pengurusan dalam kerja-kerja
penyenggaraan sebenarnya bermula daripada kehendak para pemeriksa bangunan.
Pemeriksa bangunan memerlukan satu sistem yang mampu membuat keputusan
berdasarkan hasil daripada maklumat–maklumat yang dikumpulkan (Bagadia, 2006).
Sistem berkenaan berkemampuan untuk menguruskan para pekerja senggara seperti
membuat arahan tugasan, jadual tugasan dan laporan tugas. Selain itu, sistem tersebut
mampu menyediakan fungsian lukisan rekabentuk berkomputer (CAD) yang menguruskan
ruang dan aset di dalam bangunan (Anthony, 2006a).
Wordsworth (2001) dan Anthony (2006a) bersependapat bahawa bagi mendapatkan data-
data yang terpilih sebagai maklumat membuat keputusan maka sistem tersebut haruslah
menyediakan paparan menu yang membenarkan pengguna menentukan kemasukan data.
Data dimasukkan mengikut spesifikasi penyenggaraan dan juga struktur bangunan tersebut
bagi memperolehi maklumat-maklumat yang relevan.
26
2.5 SUMBER MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK PERANCANGAN
DAN PENGAWALAN
Untuk memastikan sumber maklumat yang berguna dan konsisten bagi perancangan dan
pengawalan kerja-kerja penyenggaraan secara berkomputer, maka pemilihan maklumat-
maklumat yang berguna dan relevan sahaja digunakan. Maklumat-maklumat itu
dikumpulkan sebagai sumber rujukan dan membuat keputusan (Anthony, 2006b).
Terdapat lima (5) jenis maklumat utama yang diperlukan untuk dikumpulkan bersama dan
ia disenaraikan seperti berikut: -
i. Maklumat Kemudahan
Maklumat kemudahan yang dimaksudkan adalah peralatan-peralatan yang
dikumpulkan secara berkumpulan seperti bangunan, harta benda, tapak lokasi,
kenderaan atau lain-lain yang berkaitan (Wordsworth, 2001).
ii. Maklumat Peralatan
Peralatan merupakan item yang perlu disenggara sentiasa seperti jentera. Kegunaan
peralatan adalah penting bagi suatu operasi penyenggaraan. Oleh kerana itu,
maklumat peralatan perlu disimpan untuk rujukan (Ahmad, 2003; Wordsworth,
2001).
27
iii. Langkah-Langkah Penyenggaraan
Langkah-langkah penyenggaran merupakan manual yang memberitahu cara-cara
penyenggaraan dilakukan ke atas kemudahan-kemudahan dan juga peralatan-
peralatan yang dimiliki. Maklumat yang diterima daripada manual tersebut
membantu penyenggara menjalankan tugasan (Ahmad, 2003).
iv. Maklumat Kalendar atau Penjadualan
Setiap penyenggaraan seharusnya mengikuti jadual yang telah ditetapkan seperti
mengikut hari, minggu, bulan dan tahun. Sebarang kerja-kerja harian perlulah
dicatatkan sebagai rujukan untuk masa akan datang (Anthony, 2006b).
v. Maklumat Bahagian
Setiap penyenggaraan pada setiap bahagian seperti inventori, kos penyenggaraan,
arahan kerja, tenaga kerja dan sebagainya perlu direkodkan. Maklumat ini
membantu pengurusan penyenggaraan mengumpulkan bahagian-bahagian ini untuk
dihubungkaitkan sebagai maklumat yang boleh digunakan sebagai membuat
keputusan. Pengumpulan maklumat-maklumat tersebut akan mewujudkan tiga
komponen utama maklumat iaitu (1) sumber maklumat, (2) pemprosesan maklumat
dan (3) pengeluaran maklumat. Berikut adalah rajah komponen sistem maklumat
dalam penyenggaraan bangunan yang dinyatakan oleh Wordsworth (2001) pada
Rajah 2.3:
28
Rajah 2.3: Komponen Sistem Maklumat Dalam Penyenggaraan Bangunan
Sumber: Lee’s Building Maintenance Management (Wordsworth, 2001)
Menurut Wordsworth (2001), komponen sistem maklumat tersebut membantu operasi-
operasi penyenggaraan bangunan seperti membuat jangkaan, perbandingan dan
mendapatkan pengetahuan. Berikut adalah tujuan utama kegunaan maklumat dalam kerja-
kerja penyenggaraan bangunan: -
29
i. Jangkaan
Jangkaan maklumat melibatkan pengumpulan data-data dari saat awal
penyenggaraan hingga data yang terakhir diterima. Data-data yang dikumpulkan
tersebut akan dihubungkaitkan antara satu sama lain. Melalui pengumpulan dan
hubungkait yang diterima, pengurusan penyenggaraan dapat memahami dan
membuat jangkaan terhadap pemasalahan yang akan berlaku pada persekitaran
lokasi yang disenggara.
ii. Perbandingan
Kerja-kerja membuat perbandingan data-data bertujuan untuk mengukur prestasi
data dalaman atau membandingkan dengan data luaran bagi memastikan data-data
yang diterima tersebut berkesan. Selain dari itu ia mampu membantu pengurusan
penyenggaraan membuat keputusan.
iii. Pengetahuan
Data-data yang diterima tersebut boleh menghasilkan maklumat-maklumat yang
berguna sebagai rujukan, pengetahuan malah sebagai manual. Maklumat-maklumat
tersebut akan dianggap sebagai pengetahuan mengikut beberapa keadaan iaitu: -
a) Tujuan maklumat tersebut digunakan.
b) Maklumat tersebut telah dihantar dan diguna pakai oleh penerima.
c) Berdasarkan kaedah penyampaian yang berkesan sama ada secara manual
atau digital.
d) Maklumat tersebut menerangkan keadaan ekonomi secara terperinci.
e) Maklumat yang mempunyai pelbagai kegunaan dan dapat dihubungkait di
antara satu sama lain.
30
2.6 MODEL SISTEM MAKLUMAT DALAM KERJA-KERJA
PENYENGGARAAN
Model sistem maklumat merupakan kaedah yang menerangkan aliran maklumat operasi
pengurusan penyenggaraan. Bagi membangunkan satu sistem pengurusan pemeriksaan
bangunan, pembangun perisian perlu mengetahui kaedah tersebut. Konsep asas pada
modul sistem maklumat ini ialah untuk menerangkan setiap data yang terdapat pada setiap
operasi pengurusan penyenggaraan. Data-data ini disimpan di dalam pangkalan data untuk
dihubungkan di antara satu sama lain untuk menghasilkan maklumat yang boleh berguna.
Data-data yang disimpan ini dipecahkan kepada beberapa aras mengikut kategori dan juga
kerumitan operasi tersebut (Mather, 2002).
Manakala Wordsworth (2001) menjelaskan langkah pertama dalam proses pembangunan
sistem pengurusan pemeriksaan bangunan adalah membentuk model sistem pengurusan
tersebut kepada beberapa bahagian iaitu data, hubungan data dan keputusan yang terhasil
daripada hubungan data yang terbentuk. Berikut adalah gambarajah model tersebut pada
Rajah 2.4: -
31
Rajah 2.4: Komponen Operasi Penyenggaraan Bangunan secara Berkomputer.
Sumber: Lee’s Building Maintenance Management (Wordsworth, 2001)
Berdasarkan rajah di atas, satu kesimpulan tentang susunan model sistem penyenggaraan
telah dibentuk iaitu terdiri daripada beberapa sistem sub seperti (i) penyenggaraan, (ii)
pengeluaran, (iii) simpanan dan lain-lain yang saling berkaitan antara satu sama lain.
Berikut adalah Rajah 2.5 berkaitan model sistem penyenggaraan bangunan.
32
Rajah 2.5: Model Sistem Penyenggaraan Bangunan
Sumber: Maintenance Systems and Documentation (Anthony, 2006a)
Kebanyakan model-model sistem pengurusan penyenggaraan adalah saling berintegrasi
secara sepenuhnya dengan model-model sistem lain seperti pada Rajah 2.6.
Rajah 2.6: Integrasi Sistem dalam Kerja-Kerja Penyenggaraan Bangunan
Sumber: Maintenance Systems and Documentation (Anthony, 2006a)
33
2.7 SISTEM PENGURUSAN PENYENGGARAAN BERKOMPUTER (CMMS)
Sistem pengurusan penyenggaraan berkomputer atau lebih dikenali sebagai (CMMS)
merupakan alatan yang digunakan oleh pihak pengurusan fasiliti dan bangunan untuk
menguruskan dan menjaga aset-aset mereka agar sentiasa terpelihara. Oleh kerana itu
pemilik bangunan menggunakan CMMS ini kerana bangunan merupakan aset yang
berharga (Wireman, 2008).
Bagadia (2006) turut menambah, kerja-kerja pemuliharaan aset dianggap penting bagi
organisasi dan pemilik bangunan telah mengambil langkah-langkah pemuliharaan dan
merancang langkah-langkah pengurusan ke atas aset-aset yang dimiliki. Penggunaan
CMMS yang berkesan mampu mendapatkan maklumat-maklumat yang relevan bagi
menguruskan aset-aset yang dimiliki. Maklumat seperti pelan-pelan bangunan, rekod-
rekod lama penyenggaraan, kos penyenggaraan, kos peruntukan dan sebagainya akan
disimpan menggunakan CMMS.
2.7.1 KONSEP SISTEM PENGURUSAN PENYENGGARAAN BERKOMPUTER
CMMS dibangunkan untuk mencatatkan keseluruhan maklumat-maklumat peralatan dan
juga aset yang dimiliki. Setiap maklumat ini disimpan berasingan di dalam fail atau
pangkalan data berkomputer mengikut bahagian atau spesifikasi maklumat tersebut.
Seperti contoh maklumat aset disimpan di dalam pangkalan data aset, maklumat inventori
disimpan di dalam pangkalan data inventori dan sebagainya (Bagadia, 2006; Rata, 2001).
34
CMMS mampu untuk mencari dan menyusun maklumat yang disimpan dalam masa yang
singkat dan memaparkan maklumat yang dicari (Jeff dan Angelo, 1996). Rekod secara
berkomputer ini juga bukan sahaja memudahkan pencarian maklumat malah ianya juga
memudahkan rekod-rekod tersebut dicetak sebagai laporan yang lengkap (Rata, 2001).
Berikut adalah Rajah 2.7 yang menerangkan kitaran aset dalam CMMS.
Rajah 2.7: Kitaran aset dalam CMMS
Sumber: Kitaran aset dalam Pelan Penyenggaraan Aset pada Sektor Awam
(Jeff dan Angelo, Maintenance Journal, 1996)
2.7.2 TUJUAN KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PENYENGGARAAN
BERKOMPUTER
Kegunaan CMMS dalam kerja-kerja penyenggaraan bukan sahaja untuk tujuan merancang
penyenggaraan bahkan mampu beroperasi untuk operasi-operasi yang berkaitan dengan
kerja-kerja penyenggaraan bangunan. Keistimewaan yang ada pada CMMS ini
membolehkan organisasi memilih fungsi-fungsi yang sesuai dengan operasi mereka
35
(Burns, 2001). Berdasarkan pendapat di atas, penyelidikan ini telah menetapkan beberapa
tujuan kegunaan CMMS dalam kerja-kerja penyenggaraan: -
i. Pengurusan Aset
Dalam CMMS, pengurusan aset merupakan satu fungsi untuk mendaftar dan
menguruskan aset-aset yang dimiliki oleh organisasi. Penggunaan pengurusan aset
adalah agar memudahkan pihak pengurus bangunan dapat menyimpan dan merujuk
kembali maklumat-maklumat aset tersebut seperti nombor aset, jabatan, nama aset,
model, nombor siri, harga pembelian, lokasi, pengedar dan sebagainya (Burns,
2001).
ii. Jaminan Aset
Setiap aset mempunyai tarikh pembelian dan juga tarikh jaminan. Dengan
penggunaan CMMS dalam menguruskan kerja-kerja penyenggaraan dan aset, maka
pengurus bangunan harus peka tentang penggunaan aset-aset yang dimiliki supaya
ianya sentiasa berkeadaan baik tanpa sebarang kerosakan. Sekiranya berlaku
kerosakan pada aset-aset tersebut, pengurus bangunan dapat merujuk kepada
CMMS terus tanpa sebarang kesulitan (Wilson, 2002; Bagadia, 2006).
iii. Pelaksanaan Penyenggaraan Pencegahan
Penyenggaraan pencegahan haruslah ditentukan dengan teliti serta mengikut masa
yang ditetapkan. Penyenggaraan pencegahan sering kali dilaksanakan pada aset-
aset yang dimiliki agar ianya sentiasa berkeadaan baik (Rata, 2001). Dengan
penggunaan CMMS dalam kerja-kerja penyenggaraan pencegahan, pemeriksa
36
bangunan dapat menguruskan dan menetapkan jadual pemeriksaan dengan lebih
mudah malah sistem tersebut akan memberitahu pemeriksa bangunan tarikh
penyenggaraan perlu dilakukan (Burns, 2001; Bagadia, 2006).
iv. Penjadualan Pelan Penyenggaraan
Setiap penyenggaraan perlu dilaksanakan mengikut pelan yang ditetapkan oleh
pengurusan. Penjadual pelan ini dilakukan dengan mengikut kesesuaian para
pemeriksa untuk bertugas pada masa yang sesuai atau lapang (Nyman dan Levitt,
2000). Kebanyakan sistem CMMS menyediakan fungsi ini bagi memudahkan
pemeriksa membuat jadual pemeriksaan (Burns, 2001).
v. Inventori
Maklumat simpanan aset-aset dalam suatu simpanan akan disimpan di dalam
inventori. Inventori ini berfungsi untuk menyimpan maklumat aset-aset separa
kekal yang tersimpan serta mengira baki jumlah yang tertinggal sekiranya ianya
digunakan. Dengan adanya fungsi inventori, pemeriksa bangunan akan sentiasa
berwaspada dengan inventori mereka (Wilson, 2002).
vi. Aduan Kerosakan
Pengguna bangunan merupakan pihak pertama yang menghadapi masalah
kerosakan dan kecacatan pada bangunan. Dengan adanya fungsi aduan kerosakan
secara rangkaian komputer, pengguna bangunan dapat membuat aduan kerosakan.
Maklumat aduan tersebut akan terus sampai kepada pihak pengurusan bangunan
(Bagadia, 2006).
37
vii. Arahan Kerja
Sebelum melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan, pengurus bangunan akan
mengeluarkan arahan kerja kepada pemeriksa-pemeriksa bangunan. CMMS juga
berfungsi menyediakan ruang untuk pengurus bangunan untuk memberi arahan
kerja sebelum kerja-kerja pemeriksaan dijalankan (Nyman dan Levitt, 2000).
viii. Data-Data Tenaga Kerja
CMMS juga berfungsi untuk menguruskan maklumat-maklumat para penyenggara
bangunan. Setiap maklumat mereka akan disalurkan kepada pihak sumber manusia
organisasi (Burns, 2001; Bagadia, 2006).
2.8 ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM PEMBANGUNAN PERISIAN
PENYENGGARAAN BANGUNAN
Berdasarkan kajian literatur, terdapat empat (4) elemen penting untuk menghasilkan sistem
penyenggaraan bangunan. Ianya amatlah penting bagi memastikan sistem yang
dibangunkan tersebut mengikut perkembangan teknologi semasa, mudah dikongsi dan
digunakan. Empat (4) elemen tersebut adalah seperti sistem berasaskan web, lukisan
rekabentuk berkomputer, analisis bergraf dan keselamatan sistem.
2.8.1 SISTEM BERASASKAN WEB
Sistem berasaskan web merujuk kepada aplikasi yang dibangunkan dalam pelayan yang
menggunakan Protokol Internet serta boleh diakses menggunakan pelayar web. Aplikasi
38
ini dapat diakses daripada mana-mana tempat diseluruh dunia melalui web. Melalui sistem
berasaskan web, data atau kandungan yang dijana hendaklah sentiasa dikemaskini dan
dapat diakses oleh pengguna secara universal melalui web (Harvey dan Paul, 2007).
Perkataan World Wide Web (WWW) adalah tidak asing lagi dalam penggunaan Internet.
WWW membenarkan pengguna komputer untuk mencari atau pengesan dan memaparkan
dokumen yang berasaskan multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam
kebanyakan perkara (Deitel et al., 2001). WWW merupakan satu perkhidmatan pencarian
maklumat yang terdapat di dalam Internet dan ia juga merupakan sebahagian daripada
Internet (Turban et al., 2004). WWW juga merupakan sekumpulan dokumen yang saling
berkaitan dan bekerjasama dengan menggunakan satu spesifikasi protokol Internet yang di
panggil sebagai Protokol Penghantaran Teks Tinggi (HTTP) (Deitel et al., 2001).
Komponen asas dalam persekitaran web digambarkan seperti dalam Rajah 2.8.
Rajah 2.8: Komponen asas dalam persekitaran web
Sumber: e-Business and e-Commerce How to Program (Deitel et al., 2001)
39
Rangkaian komunikasi utama dalam persekitaran web adalah Internet, Intranet dan
Extranet.
i. Internet
Perkataan Internet berasal daripada perkataan Internetworking yang bermaksud
komunikasi antara rangkaian. Internet merupakan rangkaian komputer yang
berselerak di seluruh pelusuk benua untuk membolehkan komunikasi dua hala dan
perkongsian maklumat secara bebas berlaku (Deitel et al., 2001).
Amat berbeza dengan era komputer yang dahulunya secara tunggal (stand alone),
tetapi kini teknologi Internet telah menjadikan komputer dapat berhubungan secara
langsung dengan hos-hos atau komputer-komputer yang lainnya. Internet
merupakan satu rangkaian global yang menghubungkan rangkaian-rangkaian
komputer di seluruh dunia tanpa sempadan (Turban et al., 2004).
Melalui Internet, pengguna dapat mencapai pelbagai maklumat dan menyediakan
penghantaran maklumat serta merta ke serata pelusuk dunia. Ini membolehkan
manusia di seluruh dunia berkomunikasi di antara satu sama lain dalam masa
beberapa saat sahaja (Deitel et al., 2001; Turban et al., 2004).
ii. Intranet
Intranet adalah teknologi berasaskan web untuk mencipta rangkaian yang hanya
terhad di dalam sesebuah organisasi sahaja. Intranet menggunakan Rangkaian
Kawasan Setempat (LAN) yang berserta protokol TCP/IP (Greer, 1997). Malah
40
penggunaan firewall sebagai laluan keselamatan digunakan untuk tujuan
mengasingkan Intranet dengan Internet supaya ianya hanya boleh digunakan oleh
pihak yang sah sahaja (Turban et al., 2004).
Intranet berperanan dalam mengagihkan maklumat dalaman organisasi kepada
aktiviti berkumpulan untuk tujuan pengagihan maklumat projek dalam organisasi.
Di antara pengagihan maklumat tersebut adalah seperti dokumen kewangan
syarikat, penggunaan pengurusan pengetahuan, bahan-bahan kajian dan maklumat
penting lain yang memerlukan pengagihan dalam organisasi (Griswold, 1997).
iii. Extranet
Extranet adalah kombinasi beberapa intranet melalui Internet dengan
menambahkan ciri-ciri keselamatan dan kefungsiannya (Callaghan, 2002). Ianya
membentuk rangkaian komunikasi yang besar dan membenarkan pengguna seperti
rakan niaga berhubung dengan intranet utama dalam organisasi melalui Internet.
Ciri-ciri keselamatan seperti penggunaan data yang telah dienkripkan (encrypt) data
sebagai perlindung maklumat daripada diceroboh (Turban et al., 2004).
Melalui kajian literatur yang dijalankan, teknologi Intranet digunakan dalam sistem yang
dibangunkan kerana ianya menggunakan rangkaian terhad di dalam sesebuah organisasi
sahaja.
41
2.8.2 LUKISAN REKABENTUK BERKOMPUTER
AutoCAD merupakan perisian daripada Autodesk yang membolehkan pengguna mereka
bentuk, menvisual dan mendokumenkan idea dengan lebih jelas. Pengguna boleh
membina, mengedit dan membangunkan rekabentuk alternatif berdasarkan objek dan
permukaan tertentu (Syamsul, 2007). Jenis fail AutoCAD adalah DWG yang bermaksud
Drawing. Keupayaan DWG adalah membenarkan pelbagai rekabentuk seperti 2 dimensi
(2D) dan juga 3 dimensi (3D). Teknologi DWG telah dibangunkan oleh Mike Riddle pada
tahun 1970 dan dilesenkan kepada syarikat Autodesk pada tahun 1982. Kini produk
syarikat tersebut dikenali sebagai AutoCAD (Murugappan, 2004).
Melalui kajian literatur yang telah dijalankan penggunaan AutoCAD membantu pengguna
untuk:
i. Menghubungkan pelan dengan pangkalan data
ii. Memasukkan data ke dalam peta
iii. Membina nod, jaringan dan analisis topologi data poligon
iv. Melakukan kerja-kerja pemetaan dengan menggunakan pelbagai sistem koordinat
dan format
v. Mengimport peta dari pelbagai perisian pemetaan dan sistem Geographical
Information System (GIS)
vi. Mengeksport data ke pelbagai format
vii. Menghubungkan dokumen ke dalam peta
viii. Mencetak peta dengan lebih mudah
42
Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, ternyatalah AutoCAD ini boleh digunakan sebagai
sebahagian daripada elemen-elemen sistem penyenggaraan bangunan yang melibatkan
koordinat kawasan pemeriksaan bangunan.
2.8.3 ANALISIS BERGRAF
Penggunaan perisian analisis seperti SPSS dan Microsoft Excel sering kali digunakan oleh
pelbagai pihak untuk mengira, membuat tinjauan dan juga membuat analisis. Setiap fungsi
perisian ini mempunyai kelebihannya tersendiri (Field, 2005).
SPSS atau dikenali sebagai Statistical Package for the Social Sciences, telah dihasilkan
pada 1968 oleh Norman Nie (Morgan et al., 2006). Hasil penemuan ini telah
dikembangkan lagi oleh Professor Emeritus dari Fakulti Sains Politik, Universiti Chicago.
Penggunaan SPSS ini amatlah meluas untuk mengkaji analisis statistik dalam sains politik
(Levesque, 2007). Fungsi analisis statistik menggunakan SPSS adalah seperti yang
diterangkan oleh Lavesque (2007):
i. Statistik Deskriptif seperti taburan bersilang, frekuensi, deskriptif, ratio dan lain-
lain.
ii. Statistik Bivariate seperti Means, t-test, ANOVA, Correlation, Nonparametric.
iii. Statistik Ramalan untuk angka.
iv. Statistik Mengenalpasti Kumpulan seperti Analisis Faktor dan Analisis
Berkumpulan.
v. Lain-Lain.
43
Manakala Santoso (2005) menjelaskan bahawa penggunaan kaedah statistik dalam SPSS
terbahagi kepada dua iaitu:
i. Statistik Deskriptif iaitu statistik yang menggambarkan secara besar-besaran
statistik pada sebuah sampel, tanpa ada pengambilan keputusan tertentu. Statistik
Deskriptif ditunjukkan melalui pembuatan grafik statistik, pembuatan medan,
penghitungan ringkasan statistik dan uji data statistik.
ii. Statistik Induktif ialah proses pengambilan keputusan tertentu berdasarkan data
yang ada. Ianya ditunjukkan melalui kaedah Pengujian Dua Sampel, Pengujian
ANOVA, Pengujian Kolerasi dan sebagainya.
Berbeza pula dengan pendapat Dodge dan Stinson (2007) yang memilih Microsoft Excel
sebagai pendekatan analisis, menjelaskan penggunaan Microsoft Excel mempunyai
pendekatan analisis yang agak berlainan. Pemilihan perisian-perisian ini bergantung
kepada para pemeriksa bangunan untuk menggunakannya. Walkenbach (2004) turut
berpendapat penggunaan Microsoft Excel sebagai sebuah perisian spreadsheet iaitu lembar
kerja yang terdiri atas sel-sel untuk menyelesaikan kes-kes statistik mempunyai beberapa
kelebihan iaitu:
i. Microsoft Excel dapat menjalankan proses pengiraan statistik secara terperinci iaitu
perisian ini akan menunjukkan pengiraan yang dilakukan satu demi satu. Berbeza
dengan SPSS yang akan terus memaparkan jawapan bagi setiap permasalahan tanpa
menunjukkan pengiraannya satu demi satu.
44
ii. Microsoft Excel mempunyai kemampuan automatic recalculation, yang mampu
mengira semula secara automatik untuk setiap data yang diubah, ditambah atau
dipadam. Berbeza dengan SPSS, fungsi tersebut tidak disediakan, sehingga jika ada
sebuah data yang diubah, maka proses pengiraan perlu diulang semula.
Berdasarkan pendapat di atas, penyelidikan ini memilih analisis menggunakan SPSS dalam
kerja-kerja mengumpul data sebagai maklumat membuat keputusan memandangkan SPSS
menyediakan pelbagai pakej-pakej analisis yang lengkap dan mencepatkan proses
membuat analisis bergraf dan jadual untuk kerja-kerja penyelidikan.
2.8.4 KESELAMATAN
Secara amnya, keselamatan bermaksud sebagai kualiti sesuatu keadaan yang selamat
(Trcek, 2005). Berdasarkan isu keselamatan terhadap teknologi, Pertubuhan Sistem
Keselamatan Negara (CNSS) menjelaskan bahawa keselamatan maklumat merupakan
perlindungan terhadap maklumat dan elemen-elemen termasuk sistem, perkakasan,
maklumat yang diguna, disimpan dan diagihkan melalui polisi, latihan dan juga program
kesedaran terhadap teknologi. CNSS telah menghasilkan model keselamatan NSTISSC atau
dikenali sebagai National Security Telecommunications and Information Systems Security
Committee yang bertujuan untuk melindungi maklumat (Whitman dan Mattord, 2008).
Dalam masa yang sama, aspek keselamatan merupakan perkara yang paling penting dalam
membangunkan sistem yang berasaskan laman web (Deitel et al., 2001). Beberapa aspek
keselamatan yang perlu dipertimbangkan sebelum membangunkan sistem web adalah
45
seperti keselamatan pelanggan web, keselamatan pelayan web, keselamatan sistem
pengoperasian dan juga keselamatan transaksi data (Conway dan Cordingley, 2004).
Pelbagai langkah keselamatan yang sering digunakan oleh organisasi-organisasi dalam
menjaga keamanan sistem web mereka seperti menggunakan proxy, firewall dan
sebagainya. Firewall akan memberikan perlindungan kepada pengguna dalam melayari
Internet dengan selamat. Ia bertindak sebagai proksi ketika melayari laman-laman web
dengan menukarkan nombor alamat Protokol Internet (IP) komputer yang berada dalam
sistem tersebut dan meninggalkan nombor tersebut ketika memasuki mana-mana laman.
Ini menghalang penceroboh mengetahui secara lengkap struktur sebenar rangkaian di mana
komputer tersebut berada (Conway dan Cordingley, 2004).
2.9 PENGLIBATAN AGENSI-AGENSI DALAM PENGGUNAAN SISTEM
PENGURUSAN PENYENGGARAAN BERKOMPUTER
Terdapat beberapa penglibatan agensi-agensi yang terdiri daripada organisasi kerajaan dan
swasta yang berperanan penting dalam penggunaan sistem pengurusan penyenggaraan
berkomputer. Ini dapat dilihat melalui analisis pemegang berkepentingan (state holder
analysis) sistem tersebut seperti Juruukur Bangunan, Jurubina, Jurutera Awam, Akitek,
Pengurus Harta dan lain-lain (Ahmad, 2003). Maklumat lanjut mengenai agensi-agensi
tersebut akan diterangkan pada bab 3.
46
2.10 SISTEM-SISTEM SEMASA SISTEM PENGURUSAN PENYENGGARAAN
BERKOMPUTER
Dalam menjalankan penyelidikan ini, empat (4) sistem semasa telah dipilih untuk
membuat perbandingan ke atas sistem pengurusan penyenggaraan berkomputer.
2.10.1 CWORKS
United States – Cworks, Inc
(www.cworks.com)
Serdang, Malaysia – Cworks Systems Sdn. Bhd (Cawangan Malaysia)
(www.cworks.com.my)
CWorks merupakan sistem pengurusan penyenggaraan berkomputer (CMMS). Penggunaan
sistem ini memudahkan penyenggara mengesan aset, lokasi aset tersebut, tenaga kerja,
arahan kerja, kos penyenggaraan dan sebagainya. Perisian CWorks ini dibangunkan oleh
CWorks, Inc yang terletak di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan-cawangan
diseluruh dunia termasuk Malaysia iaitu CWorks Sdn. Bhd.
CWorks dibangunkan menggunakan pengatur cara Visual Basic melalui penggunaan
Microsoft Access 2000 dan ke atas bagi versi percuma, Pro dan Plus. Manakala versi SQL
dan NetMain menggunakan Microsoft.Net dan MY SQL. Penggunaan MS Access dalam
CWorks juga memudahkan penghasilan laporan dengan cepat. Malah melalui MS Access
ini, pengguna lebih memahami penggunaannya memandangkan pangkalan data ini
47
merupakan salah satu produk Microsoft. Keistimewaan yang ada pada CWorks ini adalah
penggunaan pelbagai bahasa yang digunakan seperti: Bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan
Sepanyol. Selain itu juga lokasi jualannya pada seluruh dunia memudahkan pengguna
berurusan terus kepada pengedarnya. Rajah 2.9 menunjukkan paparan muka sistem
CWORKS:
Rajah 2.9: Paparan Muka Sistem CWORKS
48
2.10.2 TMASYSTEM
Oklahoma – TMA Systems, LLC
(www.tmasystems.com)
Perisian TMA merupakan perisian yang menawarkan kemudahan-kemudahan profesional
bagi membantu menyelesaikan permasalahan dalam kerja-kerja penyenggaraan seperti
pengurusan akaun dan penyenggaraan ke atas aset-aset. Kelebihan yang ada pada perisian
TMA ianya merupakan gabungan di antara perisian pengurusan kemudahan aset dan juga
sistem pengurusan penyenggaraan berkomputer (CMMS). Rajah 2.10 menunjukkan
paparan muka sistem TMA:
Rajah 2.10: Paparan Muka Sistem TMA
49
Perisian TMA ini dibangunkan oleh syarikat TMA System, LLC yang terletak di
Oklahoma, Amerika Syarikat pada tahun 1989. Perisian TMA dipecahkan mengikut
beberapa bahagian sistem iaitu ‘TMAeXpress’, ‘TMAWorkGroup’, ‘TMAEnterprise’ dan
‘WebTMA’. Sistem-sistem tersebut mempunyai kelebihan yang tersendiri dan mampu
menguruskan kerja-kerja penyenggaraan bangunan dengan mudah. Berikut adalah butiran
terperinci modul-modul perisian TMA:
i. TMAeXpress
TMAeXpress merupakan sistem pertama yang dibangunkan pada tahun 1989
dengan menggunakan teknologi CMMS bagi kerja-kerja penyenggaraan. Pada
tahun 1990 TMAeXpress ini telah dikemaskini dan ditambah dengan pelbagai
fungsian yang bersesuaian pada sistem operasi Microsoft Window dan juga
Macintosh. TMAeXpress ini merupakan sistem penyenggaraan bangunan yang
digunakan hanya pada satu komputer sahaja atau perkongsian melalui pusat
komputer melalui konsep MSDE (Microsoft SQL Server 2000 Desktop Engine)
iaitu engin data yang dibangunkan berdasarkan teknologi SQL Server atau
Microsoft 2000/XP dan penggunaan MJDE (Microsoft Jet Database Engine), iaitu
sistem pengurusan data berdasarkan fail.
ii. TMAWorkGroup
TMAWorkGroup merupakan sistem penyenggaraan bangunan yang sesuai dengan
organisasi yang sederhana besar. Penggunaan sistem ini dapat menampung
maklumat-maklumat penyenggaraan melalui pangkalan data Oracle dan Pelayan
MS SQL.
50
iii. TMAEnterprise
TMAEnterprise adalah gabungan daripada TMAeXpress dan TMAWorkGroup.
TMAEnterprise merupakan sistem penyenggaraan bangunan yang sesuai dengan
organisasi yang besar serta mempunyai cawangan-cawangan.
iv. WebTMA
WebTMA merupakan sistem yang dibangunkan melalui persekitaran extranet
mahupun intranet. Dengan WebTMA pengguna dapat meninjau maklumat-
maklumat penyenggaraan dengan lebih mudah dan cepat seperti mendapat,
mengawal, mengurus dan menyenggara aset-aset melalui paparan muka halaman
web. WebTMA dibangunkan menggunakan pengatur cara ASP.Net dan beberapa
teknologi dari Microsoft. Net.
2.10.3 AMPRO
Eagle Farm QLD, Australia – Third City Solutions Pty. Ltd
(www.thirdcitysolutions.com)
AMPRO merupakan sebuah sistem pengurusan penyenggaraan berkomputer (CMMS) yang
membantu pengurusan mengurus dan menstrukturkan aset-aset seperti pelan bangunan,
peralatan, kenderaan, jentera dan sebagainya. Penggunaan sistem ini membolehkan
pengguna menyediakan laporan, dokumentasi ke atas sejarah kerja-kerja penyenggaraan,
penjadualan kerja, arahan kerja, maklumat aset dan lain-lain. Rajah 2.11 menunjukkan
paparan muka sistem AMPRO:
51
Rajah 2.11: Paparan Muka Sistem AMPRO
AMPRO dibangunkan oleh sebuah syarikat di Australia yang dikenali sebagai Third City
Solutions Pty. Ltd. Syarikat ini juga merupakan pembekal dan pengeluar produk-produk
eletrik, gas, alatan peladangan, kemudahan alatan hotel, alatan pembinaan dan pembinaan
kapal-kapal. AMPRO dibangunkan menggunakan teknologi SQL Server atau Microsoft
2000/XP dan penggunaan MJDE , iaitu sistem pengurusan data berdasarkan fail.
Pemasangan sistem ini juga mudah kerana ianya boleh menjadi penggunaan satu komputer
atau pun dipasang di pusat komputer sebagai pelayar. Penggunaan AMPRO dapat
membantu pengurusan mengurangkan kos penyenggaraan malah turut meningkatkan nilai
pelaburan infrastruktur bagi organisasi-organisasi yang menggunakannya. Penyenggara
bangunan juga lebih mudah untuk mencari maklumat-maklumat lama penyenggaraan
bangunan dengan masa yang singkat serta membantu meningkatkan produktiviti operasi-
operasi mereka.
52
2.10.4 ARCHIBUS
Boston – Archibus, Inc
(www.archibus.com)
Archibus/FM adalah sebuah sistem pengurusan infastruktur dan perkhidmatan bangunan
yang dibangunkan oleh Archibus, Inc yang telah bertapak lama semenjak tahun 1982.
Archibus, Inc merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan produk-produk
kemudahan bangunan dan juga pengurusan infrastruktur. Archibus/FM menawarkan
kelengkapan yang lengkap bagi pengurusan penyenggaraan bangunan untuk menguruskan
kedudukan pekerja bagi suatu jabatan, pengurusan ruang, aset-aset, pemindahan perabot
dan sebagainya. Rajah 2.12 menunjukkan paparan muka sistem Archibus:
Rajah 2.12: Paparan Muka Sistem Archibus
53
2.10.5 PERBANDINGAN SISTEM-SISTEM SEMASA
Berikut dalam Jadual 2.1, perbandingan ciri-ciri sistem-sistem semasa yang telah
diselidik:-
Jadual 2.1: Perbandingan ke atas ciri-ciri sistem-sistem semasa CMMS
Sistem Ciri-Ciri
CWORKS TMASYSTEM AMPRO ARCHIBUS/ FM
Versi Sistem Free, Pro, SQL dan NETMain
TMAeXpress, TMAWorkGroup, TMAEnterprise dan TMAWeb
AMPRO Standard Edition, AMPRO Portable Edition dan AMPRO Job Request Edition
Archibus/FM Standard, FM Web Central dan FM Executive Information System
Aplikasi secara rangkaian komputer
Melalui perkongsian fail dan pangkalan data
Melalui perkongsian fail dan pangkalan data
Melalui perkongsian fail dan pangkalan data
Melalui perkongsian fail dan pangkalan data
Aplikasi secara web Hanya versi SQL dan NetMain Melalui kaedah intranet
Hanya versi TMAWeb Melalui kaedah intranet
Hanya versi AMPRO Portable Melalui kaedah intranet
Semuanya Secara web Melalui kaedah intranet
Aplikasi beroperasi secara satu komputer
Hanya versi Free dan Pro
Hanya versi TMAeXpress
Hanya versi AMPRO Standard dan AMPRO Job Request
Kesemua versi mampu beroperasi secara satu komputer
Enjin pencarian maklumat
Pencarian melalui kata carian dan tarikh
Pencarian melalui kata carian dan tarikh
Pencarian melalui kata carian dan tarikh
Pencarian melalui kata carian dan tarikh
Bahasa pengatur caraan
Visual Basic Visual Basic Visual Basic Visual Basic.Net dan ASP
Jenis Pangkalan Data
MS Access MS Access dan MS SQL Server
MS Access SQL Server dan Oracle
Keselamatan Katalaluan Disediakan
Katalaluan Disediakan
Katalaluan Disediakan
Katalaluan Disediakan
Pemeriksaan Umum Pengisian pemeriksaan yang ringkas
Pengisian pemeriksaan yang ringkas
Pengisian pemeriksaan yang ringkas
Pengisian pemeriksaan yang ringkas
Pemeriksaan Menyeluruh
Tiada Tiada Tiada Tiada
Pemeriksaan Jenis-Jenis Kerosakan
Tiada Tiada Tiada Tiada
Pemeriksaan Jenis-Jenis Kecacatan
Tiada Tiada Tiada Tiada
Analisis Kerosakan Tiada Tiada Tiada Tiada
54
Berikut dalam Jadual 2.2 yang menunjukkan perbandingan fungsi sistem-sistem semasa
yang telah diselidik:-
Jadual 2.2: Perbandingan ke atas fungsi sistem-sistem semasa CMMS
Sistem Fungsi-Fungsi
CWORKS TMA SYSTEM
AMPRO ARCHIBUS/ FM
Pendaftaran Aset dan Peralatan Disediakan Disediakan Disediakan Disediakan Pengurusan Tenaga Kerja Disediakan - Disediakan Disediakan Arahan Kerja Disediakan Disediakan Disediakan Disediakan Pengurusan Bahan Disediakan Disediakan Disediakan Disediakan Penyenggaraan Pencegahan Disediakan Disediakan Disediakan Disediakan Permintaan Perkhidmatan Disediakan - - - Pengurusan Pembelian dan Peruntukan Kos Disediakan - - Disediakan Pengurusan Bangunan dan Ruang - Disediakan - Disediakan Pengurusan Akaun Penyenggaraan - Disediakan Disediakan Disediakan Pengurusan Dokumen - Disediakan - - Pesanan Ringkas - Disediakan - - Pengurusan Projek - Disediakan - Disediakan Pengurusan Aset - Disediakan Disediakan Disediakan Pengurusan Pengalihan Aset - - - Disediakan Pengurusan Anggaran Kos - Disediakan Disediakan Disediakan Pengurusan Kontrak - Disediakan - Disediakan Penjadualan Kerja Terperinci - Disediakan Disediakan - Pengurusan Risiko dan Keselamatan - Disediakan - - Pertukaran Stok - Disediakan - - Pengurusan Produk - Disediakan - - Pengeluaran Bil-Bil Secara Automatik - Disediakan - - Pencarian dan Penetapan Lokasi Alatan - Disediakan Disediakan Disediakan Penyediaan Enjin Pencarian yang Terperinci - Disediakan - Disediakan Pengurusan Masa - Disediakan - - Permintaan Perkhidmatan atau kerja-kerja - Disediakan - - Pengurusan Pentadbiran - - - Disediakan Pengurusan Perhubungan - - Disediakan Disediakan Pengurusan Inventori - Disediakan Disediakan Disediakan Pemeriksaan Keadaan Bangunan - - - - Pengurusan Harta, Sewa dan Pajak - - - Disediakan Pengurusan Ruang - - - Disediakan Pengurusan Rekabentuk - - - Disediakan Pengurusan Komunikasi dan Kabel - - - Disediakan Pelan Utama Strategi - - - Disediakan Analisis Kecacatan Bangunan - - - - Analisis Punca Kerosakan Bangunan - - - - Analisis Aduan & Baik Pulih Bangunan - - - - Analisis Kos Penyenggaraan & Jumlah Kerosakan - - - - Pembentukan Laporan, Graf dan statistik Disediakan Disediakan Disediakan Disediakan Pengurusan Laporan Disediakan Disediakan Disediakan Disediakan
55
Berdasarkan penyelidikan secara pemerhatian dan rujukan yang telah dijalankan ke atas
sistem-sistem semasa tersebut, adalah didapati terdapat beberapa permasalahan yang wujud
dan permasalahan tersebut hampir sama di antara satu sama lain.
Keempat-empat sistem semasa tersebut menyediakan fungsi pemeriksaan bangunan untuk
memudahkan para pemeriksa mengisi laporan pemeriksaan mereka. Walau bagaimanapun
pengisian maklumat-maklumat pemeriksaan tersebut bukanlah secara menyeluruh.
Contohnya pemeriksa bangunan hanya memasukkan data seperti tarikh pemeriksaan,
lokasi, aset yang disenggara dan keterangan pemeriksaan. Berdasarkan maklumat-
maklumat tersebut, amat sukar untuk pihak pengurusan membuat penilaian prestasi
keadaan bangunan secara menyeluruh. Malah analisis kerosakan dan kecacatan bangunan
juga sukar ditentukan. Sekiranya kaedah pengisian maklumat pemeriksaan ini masih tidak
berubah, maka akan kerap berlakunya kerosakan dan kecacatan ke atas bangunan-
bangunan mereka tanpa menyedari punca utama yang sebenar. Kegagalan ini akan
membawa kerugian yang tidak dapat dijangkakan malah mendatangkan musibah kepada
pengguna bangunan.
2.11 RUMUSAN
Sistem pengurusan penyenggaraan berkomputer atau dikenali CMMS merupakan satu
perisian yang dapat membantu dalam melakukan aktiviti-aktiviti penyenggaraan bangunan.
CMMS yang berkesan adalah perisian yang mudah digunakan, boleh diubah suai atau
ditambah mengikut keperluan organisasi. CMMS tersebut juga perlu mampu menyimpan
data-data penyenggaraan dengan cepat, sistematik dan dapat memotivasikan pengguna
56
tentang kebaikan merekodkan kerja-kerja penyenggaraan. Penggunaan CMMS dalam
organisasi dapat menjana produktiviti dan juga menjimatkan kos penyenggaraan.
Pelbagai pihak telah menjalankan pelbagai kajian terhadap keperluan ini serta
mengeluarkan pelbagai jenis produk CMMS untuk memenuhi permintaan pengguna.
Walau bagaimanapun masih terdapat kekurangan pada sistem-sistem semasa tersebut. Bagi
mengatasi masalah-masalah dalam sistem-sistem semasa, maka adalah penting pembangun
perisian menentukan kriteria-kriteria kerosakan bangunan seperti jenis-jenis kerosakan
utama serta punca-punca kecacatan suatu bangunan. Data-data tersebut dapat diguna pakai
sebagai bahan analisis yang berkesan dalam menguruskan keadaan bangunan, malah ianya
juga mampu memudahkan kerja-kerja penyenggaraan bangunan.
Melalui penyelidikan ini, bab yang seterusnya akan membincangkan tentang kaedah
pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan serta memahami polisi-polisi penyenggaraan
bangunan. Melalui penyelidikan tersebut ianya membantu dalam membangunkan
BUILDIMS mengikut kriteria-kriteria penyenggaraan bangunan.
57
BAB 3
PEMERIKSAAN DAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
3.1 PENDAHULUAN
Bangunan merupakan aset yang bernilai dan memerlukan penyenggaraan yang mantap.
Tanpa penyenggaraan, bangunan akan menjadi pudar, rosak dan susut nilai. Pengabaian
terhadap penyenggaraan bangunan adalah disebabkan pemilik dan pengurus bangunan
gagal menilai dan menghargai bangunan yang dimiliki. Matlamat sebenar pemeriksaan dan
penyenggaraan sebenarnya adalah bertujuan untuk mengekalkan dan mempertahankan
sesuatu yang telah dibina supaya kelihatan asli serta kekal fungsinya (Ahmad, 2003).
Dalam pada itu Chanter dan Swallow (2007) yang mengatakan dengan menjalankan
pemeriksaan dan penyenggaraan pada setiap masa juga tidak menjamin kesempurnaan
sesebuah bangunan. Ia juga perlu menepati tujuan sebenar fungsi bangunan tersebut dibina,
memperoleh kos penyenggaraan yang minimum, mendapat keuntungan yang maksimum
dan melaksanakan pengurusan yang efisien dan lebih ekonomi.
Dalam masa yang sama Reid (2005) turut menambah bahawa kerja-kerja penyenggaraan
perlu dibuat secara sistematik dan teratur, setiap aktiviti diselia dengan baik, mempunyai
kakitangan yang terlatih, berwibawa dan kompeten. Dengan ini, segala aktiviti-aktiviti
pemeriksaan dan penyenggaraan akan lebih berkesan malah menyenangkan pelbagai pihak
untuk menggunakan kemudahan yang terdapat pada bangunan tersebut.
58
3.2 MATLAMAT PEMERIKSAAN DAN PENYENGGARAAN
Matlamat pemeriksaan dan penyenggaraan adalah untuk memberi jalan keluar supaya
persepsi negatif terhadap isu-isu penyenggaraan bangunan dapat dipulihkan dan
menjadikan penyenggaraan suatu yang wajib dijalankan secara berkesan di seluruh
Malaysia (Ahmad, 2003). Oleh itu, penyelidikan yang telah dijalankan ini menyatakan
dengan jelas mengenai kelebihan-kelebihan dan bantuan yang dapat digunapakai oleh staf
penyenggaraan melalui pelaksanaan sistem pemeriksaan dan penyenggaraan berkomputer.
Wireman (2008) menyenaraikan enam (6) kelebihan tersebut iaitu:
i. Memenuhi keperluan sebenar penyenggaraan.
ii. Meminimumkan kos penyenggaraan.
iii. Mengurangkan kerosakan mengejut dan banyak aduan pengguna.
iv. Menjadikan bangunan sentiasa berkeadaan baik, selamat dan selesa diduduki.
v. Membolehkan penyenggaraan berancang dibuat.
vi. Melonjakkan nama baik pemilik bangunan atau agensi-agensi kerajaan mahupun
swasta sebagai organisasi yang melaksanakan program penyenggaraan secara
berkesan dan menjadi sumber rujukan organisasi lain.
3.3 PENGERTIAN PEMERIKSAAN
Pemeriksaan merupakan satu pengujian terhadap suatu bahan atau produk. Kerja-kerja
pemeriksaan amatlah penting dan harus dititik beratkan bagi mengawal mutu keluaran
sesuatu bahan sama ada dari aspek saiz, rekabentuk, mahupun kualiti. Terdapat pendapat
59
lain yang mengatakan bahawa pemeriksaan adalah proses mengukur kualiti pada sesuatu
produk atau perkhidmatan bagi mencapai piawai yang telah ditetapkan (Wordsworth,
2001). Pendapat Wordsworth (2001) adalah bersesuaian dengan prinsip pemeriksaan
bangunan iaitu pemeriksaan pada sesuatu bangunan perlulah dilakukan mengikut piawaian
yang ditetapkan oleh kerja-kerja pemeriksaan bangunan.
Dalam kerja-kerja pemeriksaan bangunan, kerja-kerja perbandingan sering kali digunakan
bagi melihat prestasi elemen dan komponen suatu bangunan. Melalui kerja-kerja
perbandingan ini, para pemeriksa bangunan dapat menentukan baik atau tidak sesuatu
bahan yang digunakan (Anthony, 2006b). Berdasarkan kajian literatur yang dijalankan
mendapati bahawa langkah-langkah pemeriksaan bangunan ini seharusnya diadaptasikan
pada BUILDIMS supaya ianya mampu membuat perbandingan dan membuat keputusan ke
atas sesuatu elemen dan komponen bangunan yang diperiksa.
3.3.1 OBJEKTIF PEMERIKSAAN
Sharma (1998) telah menyenaraikan enam (6) objektif utama pemeriksaan di mana ianya
amat sesuai untuk diambil sebagai salah satu elemen pembangunan perisian yang
dibangunkan:
i. Pemeriksaan bertujuan untuk menilai suatu produk sama ada berkeadaan baik atau
tidak.
ii. Pemeriksaan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada suatu proses atau kerja-kerja
penyenggaraan berubah atau tidak.
60
iii. Pemeriksaan bertujuan untuk mengukur keupayaan suatu proses atau kerja-kerja
penyenggaraan bangunan.
iv. Pemeriksaan bertujuan untuk menilai ketepatan pemeriksa dalam membuat kerja-
kerja penyenggaraan.
v. Pemeriksaan bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah pengukuran
terhadap keadaan suatu bangunan.
vi. Pemeriksaan bertujuan untuk mengawal maklumat dan juga rekabentuk suatu
produk agar berkekalan.
3.3.2 KAEDAH PEMERIKSAAN
Untuk memulakan sesuatu tugas pemeriksaan pada suatu bangunan, para pemeriksa
bangunan perlu mengetahui kaedah-kaedah utama pemeriksaan dijalankan seperti berikut:
i. Di manakah pemeriksaan harus dijalankan
Kerja-kerja pemeriksaan dilakukan di dalam atau di luar bangunan dan perlu
direkod aras lokasi yang diperiksa supaya memudahkan kerja-kerja mencari lokasi
pemeriksaan untuk tujuan pembaikian (Sharma, 1998).
ii. Bilakah pemeriksaan perlu dilakukan
Tiada peraturan-peraturan am yang menetapkan bilakah sesuatu pemeriksaan itu
harus dilakukan. Ianya bergantung pada keadaan sesuatu bahan atau mengikut
jadual tugasan pemeriksaan (Sharma, 1998; Wordsworth, 2001; Ahmad, 2003).
61
iii. Bagaimana pemeriksaan dilakukan
Terdapat pelbagai cara pemeriksaan bangunan, kebanyakannya adalah berdasarkan
penilaian atau pemerhatian pada suatu bahan, elemen dan komponen bangunan.
Penggunaan alatan pengukuran keadaan bangunan juga digunakan untuk
menentukan takat kerosakan sesuatu bangunan (Panchadhari, 2003).
iv. Berapa kerap pemeriksaan harus dilakukan
Kekerapan pemeriksaan bangunan adalah tidak terhad. Pemeriksaan dijalankan
mengikut situasi sama ada keadaan bahan, elemen atau komponen bangunan
tersebut berkeadaan baik atau tidak (Sharma, 1998; Wordsworth, 2001; Ahmad,
2003).
3.4 PENGERTIAN PENYENGGARAAN
Penyenggaraan bangunan merupakan satu aktiviti atau tugasan yang amat besar dan
berisiko. Berbeza dengan pemeriksaan bangunan, penyenggaraan bangunan memerlukan
operasi yang besar, penentuan lokasi sebenar serta pengurusan masa dan tenaga pakar
(Wordsworth, 2001). Kerja-kerja pemeriksaan bangunan merupakan salah satu tugasan di
dalam pengurusan penyenggaraan bangunan.
Manakala pengurusan penyenggaraan bangunan merupakan operasi yang rumit, berkait
rapat dengan bidang-bidang teknikal lain serta mengenal pasti kegunaan utama sesuatu
bangunan (Wireman, 2007).
62
Merujuk kepada British Standard BS 3811: 1984 yang menyatakan penyenggaraan
merupakan satu kombinasi ke atas sebarang tindakan seperti penyenggaraan
berperancangan, penyenggaraan pencegahan dan penyenggaraan penangguhan untuk
mendapatkan, memasang atau menerima keadaan suatu item. Berikut adalah maksud yang
dijelaskan oleh BS 3811: 1984:
i. Penyenggaraan berperancangan dijalankan mengikut kaedah-kaedah yang
ditetapkan serta merujuk pada rekod-rekod lama sebagai sumber bagi merancang
aktiviti-aktiviti penyenggaraan.
ii. Penyenggaraan pencegahan dijalankan mengikut satu tempoh bagi item-item yang
disenggara supaya item-item tersebut dalam keadaan baik sebelum tamat tempoh
penggunaan item-item tersebut.
iii. Penyenggaraan penangguhan bermaksud sebarang kerja-kerja penyenggaraan yang
tidak serius di mana ianya boleh ditangguh dan dibawa pada tarikh yang lain.
Berdasarkan kajian literatur, definasi penyenggaraan oleh BS 3811: 1984 diambil sebagai
bahan rujukan utama memandangkan ianya amat lengkap dan diiktiraf sebagai satu
piawaian penyenggaraan yang sering digunakan oleh organisasi-organisasi penyenggaraan.
3.4.1 OBJEKTIF PENYENGGARAAN
Objektif penyenggaraan bertujuan agar aset-aset yang dimiliki oleh organisasi dapat
disediakan, dikemaskini, dioperasi atau dihapuskan pada kadar yang rendah bagi
menjimatkan lain-lain operasi organisasi tersebut (Wordsworth, 2001).
63
3.4.2 POLISI-POLISI PENYENGGARAAN BANGUNAN
Bagi menentukan proses perjalanan sistem pengurusan pemeriksaan bangunan, maka
adalah amat penting bagi pembangun perisian untuk mengetahui polisi-polisi utama kerja-
kerja penyenggaraan. Dengan mematuhi polisi-polisi tersebut, para pemeriksa akan dapat
menguruskan data pemeriksaan dengan baik dan tersusun seperti maklumat lokasi,
maklumat bangunan, punca kerosakan dan kecacatan bangunan, kos penyenggaraan dan
pengeluaran laporan (Ahmad, 2003). Bagi meyokong pendapat tersebut, Wordsworth
(2001) menyenaraikan polisi-polisi asas penyenggaraan seperti berikut:
i. Polisi penyenggaraan haruslah berkait rapat secara keseluruhannya dengan polisi
pengurusan sesebuah organisasi.
ii. Pelaksanaan dan tanggungjawab dalam penyenggaraan haruslah secara telus dan
mengikut terma-terma syarat, langkah pembaikian dan piawaian-piawaian yang
tersenarai dalam kerja-kerja penyenggaraan.
iii. Polisi persekitaran haruslah dipatuhi seperti kawalan alam sekitar seperti
pembuangan, percemaran bunyi, habuk, sumber bahan dan pengurusan tenaga.
Wordsworth (2001) turut menjelaskan bahawa polisi BS 3811 adalah strategi bagi
membuat keputusan ke atas kerja-kerja penyenggaraan yang dibuat seperti:
i. Polisi kepada Pengguna Bangunan
a) Pengguna bangunan seharusnya mengetahui cara-cara penyenggaraan asas
suatu bangunan bagi membaiki kerosakan kecil.
64
b) Pengguna perlu memastikan bangunan yang didiami dalam berkeadaan baik
dan selamat.
c) Pengguna harus mengutamakan keselamatan diri ketika di dalam bangunan.
d) Pengguna boleh bekerja atau membuat sebarang aktiviti di dalam premis-
premis selagi ianya tidak mengugat keadaan bangunan.
ii. Polisi kepada Organisasi
a) Organisasi perlu menguruskan pekerja dan jumlah kakitangan dalam
sesuatu bangunan.
b) Penyenggaraan pencegahan haruslah dilakukan pada sesuatu bangunan bagi
mengelakkan kerosakan berlaku dan juga bertujuan untuk menentukan
jadual masa yang sesuai untuk menyenggara bangunan.
c) Organisasi perlu memastikan para penyenggara bangunan menyediakan
laporan kerosakan dan kecacatan bangunan, laporan pemeriksaan dan lain-
lain lagi.
d) Kerja-kerja perkhidmatan haruslah dilakukan dan disediakan pada setiap
bangunan.
iii. Polisi Perolehan
a) Sesebuah organisasi berhak menentukan sama ada kerja-kerja
penyenggaraan bangunan melibatkan kontraktor luar atau pun tidak.
b) Pemilihan kontraktor yang bersesuaian perlu untuk kerja-kerja
penyenggaraan bangunan.
65
c) Kerja-kerja kontrak perlu merangkumi jenis, kos, masa peruntukan dan
perkhidmatan.
iv. Polisi Tinjauan dan Tindak Balas
a) Setiap kerja–kerja pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan haruslah
direkodkan dan laporan tersebut perlu diberikan kepada pihak pengurusan.
b) Sebarang kerja-kerja rutin haruslah dicatatkan supaya dapat menguruskan
kualiti kerja.
c) Kesemua laporan dan catatan perlulah dibuat penilaian supaya pihak
pengurus dapat mengetahui prestasi bangunan.
3.4.3 PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA
PENYENGGARAAN
Dalam kajian yang dibuat oleh Ahmad (2003), terdapat enam klasifikasi pihak-pihak yang
sesuai mengkordinasikan kerja-kerja pemeriksaan bangunan, penyenggaraan dan
pengekalan. Hasil kajian Ahmad (2003) mendapati:
Jadual 3.1: Penglibatan Pihak Menyelaraskan Kerja Pemeriksaan Bangunan
Sumber: Prinsip dan Praktis Pengurusan Penyenggaraan Bangunan, Ahmad (2003)
Klasifikasi
pihak terlibat
Juruukur
Bangunan
Jurubina Jurutera
Awam
Arkitek Pengurus
Harta
Lain-lain
Peratus
Penglibatan
36.4%
9.1%
11%
27.2%
9.0%
7.3%
66
Hasil daripada kajian tersebut, Ahmad (2003) menyenaraikan enam bidang tugas utama
yang bersesuaian dengan jawatan tertentu. Berikut adalah statistik gambaran bahawa
sebahagian besar responden bersetuju dengan bidang tugas tersebut:
Jadual 3.2: Kesesuaian Jawatan Menyelaraskan Kerja
Sumber: Prinsip dan Praktis Pengurusan Penyenggaraan Bangunan, Ahmad (2003)
Klasifikasi Jawatan/ Perunding
Bidang tugas Juruukur
Bangunan
Jurubina
( CIOB)
Jurutera
Awam
Arkitek Pengurus
Hartanah
Lain-
Lain
Tetapkan objek, keperluan pelanggan dan perincian kerja
45.5% 6.8% 1.0% 36.4% 9.3% 1.0%
Kajian kemungkinan dan kerja ukur kondisi
55.0% 4.0% 2.0% 27.3% 9.0% 2.7%
Spesifikasi kerja dan dokumen kontrak
45.5% 2.5% 0.5% 45.5% 5.0% 1.0%
Kelulusan PBT 50.10% 4.00% 2.40% 36.40% 6.10% 1.00%
Urus dan
selaras Kerja 58.00% 1.00% 0.00% 40.20% 0.50% 0.30%
Periksa kerja
siap dan uruskan CF 57.30% 3.80% 2.20% 25.80% 10.00% 0.90%
Statistik dalam Jadual 3.2 memberi gambaran bahawa sebahagian besar responden kerja-
kerja pemeriksaan bangunan, penyenggaraan dan pengekalan harus dilakukan oleh
Juruukur Bangunan. Maka dalam pembinaan BUILDIMS, keutamaan akan diberikan
kepada Juruukur Bangunan di mana pihak ini mempunyai kelebihan utama dalam
penggunaan perisian tersebut.
67
3.4.4 KEKERAPAN MEMERIKSA BANGUNAN
Ahmad (2003) menjelaskan bahawa terdapat satu kajian rambang dibuat di England pada
tahun 2002 yang mendapati pengguna, profesional dan pegawai-pegawai pihak berkuasa
tempatan telah memberikan pandangan mereka berkaitan kekerapan memeriksa kecacatan
dan prestasi bangunan. Lima (5) kategori kekerapan telah dikemukakan, iaitu setiap bulan,
setiap empat (4) bulan, sekali setahun, sekali setiap dua (2) tahun dan lain-lain. Hasil
kajian tersebut mendapati:
Jadual 3.3: Kekerapan Pemeriksaan Bangunan
Sumber: Prinsip dan Praktis Pengurusan Penyenggaraan Bangunan, Ahmad (2003)
Kategori Sekali setiap
bulan
Sekali setiap
4 bulan
Sekali setiap
setahun
Sekali setiap
2 tahun
Lain-lain
Peratus (%) 0 18.00% 55.00% 9.00% 18.00%
Berdasarkan kajian tersebut, maka satu rumusan boleh dibuat dalam penghasilan sistem
pemeriksaan bangunan di mana fungsi penghasilan laporan secara berkomputer boleh
dihasilkan mengikut kekerapan memeriksa bangunan. Selain itu juga, pengumpulan data
pemeriksaan bangunan juga boleh disusun mengikut kekerapan tersebut.
3.5 KEROSAKAN DAN KECACATAN BANGUNAN
Prestasi sesuatu bangunan adalah bergantung kepada masalah kecacatan yang berlaku pada
bangunan tersebut. Semakin kurang kecacatan yang berlaku pada sesebuah bangunan,
maka semakin baik keadaan bangunan tersebut. Secara amnya kecacatan-kecacatan ini
68
amat banyak dan berbeza mengikut faktor keadaan bangunan, persekitaran, perkhidmatan,
bahan dan lain-lain (Burns, 2001). Dalam membangunkan perisian pemeriksaan bangunan
tersebut, adalah penting kepada pembangun untuk mengetahui apakah kecacatan-kecacatan
utama bangunan kediaman. Dengan ini analisis lebih mudah dilakukan dan membantu para
pemeriksa bangunan meneliti punca kecacatan utama bangunan kediaman tersebut
(Bagadia, 2006).
3.5.1 JENIS-JENIS KECACATAN BANGUNAN
Kecacatan pada setiap bangunan adalah berbeza dan tidak menentu. Ini disebabkan
beberapa faktor-faktor dalaman dan luaran yang mampu merubah keadaan sesuatu
bangunan (Anthony, 2006b). Ahmad (2003); Panchadhari (2003) dan Wood (2003)
bersependapat bahawa terdapat tujuh (7) faktor utama yang mengakibatkan kecacatan
bangunan seperti: -
i. Faktor Rekabentuk Bangunan
ii. Faktor Pembinaan Bangunan
iii. Faktor Pengaruh Alam Sekitar
iv. Faktor Pemilihan Tapak dan Lokasi Bangunan
v. Faktor Ketahanan Bahan
vi. Faktor Penggunaan dan Tekanan Luar
vii. Lain-Lain Faktor
69
3.6 PEMANTAUAN KEADAAN BANGUNAN
Kerja-kerja pemantauan keadaan bangunan seperti pemantauan projek dan juga
pemantauan kerosakan bangunan merupakan satu proses penting untuk memastikan
bangunan-bangunan sentiasa diawasi. Proses ini sentiasa berterusan bagi memastikan mutu
bangunan sentiasa berkeadaan baik (Beebe, 2004).
Watt (1999) menerangkan bahawa untuk memantau keadaan bangunan terutama pada
kerosakan bangunan adalah dengan cara menentukan jangka masa bagi setiap pemantauan.
Ini kerana pengumpulan maklumat seperti kesan-kesan kerosakan, bukti-bukti kerosakan
akibat faktor-faktor alam semulajadi dan jangka masa ketahanan bangunan adalah melalui
pemantauan yang disertakan dengan ukuran yang tepat seperti berdasarkan kajian
terperinci dan juga tempoh pemantauan.
Manakala bagi setiap pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan pula memerlukan
permantauan projek agar ianya sentiasa mengikuti perancangan yang telah ditetapkan.
Tujuan utama pemantauan projek adalah bertujuan untuk mengawasi pelaksanaan sebenar
projek supaya kemajuan kerja selaras dengan perancangan dan penjadualan yang telah
dibentuk. Sekiranya terdapat sebarang perubahan berlaku, suatu tindakan yang bersesuaian
akan diambil melalui perancangan dan penjadualan semula (Abdul dan Ishamuddin, 1995).
Berdasarkan pendapat-pendapat berikut merumuskan bahawa kerja-kerja pemantauan dan
penyenggaraan bangunan merupakan proses yang berpanjangan dan berterusan. Ianya
perlu sentiasa mengikut perancangan yang ditetapkan bagi menjaga mutu bangunan-
70
bangunan yang disenggara. Dalam masa yang sama juga pemantau kerja-kerja
penyenggaraan adalah untuk memastikan segala projek-projek penyenggaraan berjalan
lancar serta memuaskan pengguna.
3.7 PENYEDIAAN LAPORAN
Setiap pemeriksaan bangunan yang telah dijalankan haruslah direkodkan. Rekod-rekod ini
apabila dikumpulkan bersama-sama akan menjadi satu laporan pemeriksaan bangunan
yang berguna bagi tujuan penyenggaraan atau pembaikian. Justeru, adalah amat penting
bagi pemeriksa bangunan merekodkan kerja-kerja pemeriksaan bangunan mengikut kaedah
yang betul dan hanya maklumat-maklumat yang penting sahaja disimpan (Seeley, 1985).
Dalam mengurus dan menyediakan laporan bagi kerja-kerja pemeriksaan bangunan,
pengurus penyenggaraan perlu membuat beberapa pendekatan sistematik yang mampu
menyimpan rekod yang cukup dan boleh dikemaskini sentiasa. Penentuan maklumat-
maklumat ini amat penting bagi membina laporan secara berkomputer dalam sistem
pemeriksaan bangunan tersebut (Rata, 2001).
3.8 REKABENTUK BANGUNAN
Stone (1980) menjelaskan bahawa rekabentuk sesuatu bangunan banyak mempengaruhi
keadaan, persekitaran dan kos pembinaan sesuatu bangunan. Selain itu dengan meneliti
rekabentuk dan bahan yang digunakan, para pemeriksa bangunan dapat menilai kos
pembinaan bangunan tersebut. Memandangkan kos pembinaan bangunan amat tinggi
71
nilainya, maka dengan itu kerja-kerja penyenggaraan amatlah penting bagi menjaga aset
tersebut.
Berbeza pendapat Anthony (2006b) yang mengatakan bahawa penggunaan sesuatu
elemen-elemen bangunan akan mempengaruhi rekabentuk sesuatu bangunan. Ini kerana
setiap penggunaan elemen-elemen tersebut mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza tetapi
berinteraksi dengan elemen-elemen yang lain bagi mewujudkan suatu komponen
bangunan.
Berdasarkan pendapat di atas, maka pembangunan sistem pemeriksaan bangunan yang
dibangunkan mestilah memenuhi skop yang telah ditetapkan malah harus mengikuti
rekabentuk bangunan. Selain itu rekabentuk bangunan serta komponen-komponen
bangunan yang berbeza juga perlu diambil kira bagi memudahkan sistem ini mampu untuk
menyediakan platform pemeriksaan bangunan yang sesuai dengan pelbagai jenis
bangunan.
3.9 JENIS-JENIS BANGUNAN KEDIAMAN
Bangunan yang digunakan sebagai tempat berlindung, berehat dan membesarkan keluarga
adalah dikenali sebagai rumah kediaman (Gurcharan dan Jadish, 1992). Bagi menghasilkan
sistem pemeriksaan bangunan untuk kerja-kerja penyenggaraan, maka adalah penting bagi
pembangun perisian mengetahui jenis-jenis rumah kediaman supaya maklumat tersebut
dapat diisi dan digunapakai dalam pangkalan data sistem tersebut. Berikut adalah enam (6)
jenis rumah kediaman yang disenaraikan oleh Gurcharan dan Jadish, (1992):-
72
i. Apartment - Rumah kediaman berunit yang dibangunkan secara bertingkat-
tingkat. Rumah kediaman jenis ini dilengkapi dengan perkhidmatan-pekhidmatan
bangunan seperti kawalan keselamatan, lif, tangga keselamatan dan lain-lain.
ii. Banglo - Rumah kediaman berunit yang besar, mempunyai beberapa bilik dan
dibina secara sebuah-sebuah sama ada setingkat atau lebih.
iii. Cottage - Rumah kediaman bersaiz kecil atau sederhana dan mempunyai ciri-ciri
kedesaan yang dibina di atas tapak yang luas.
iv. Flat - Rumah kediaman berunit berkos rendah yang dibangunkan secara bertingkat-
tingkat. Lebih kecil daripada apartment malah mempunyai bilangan bilik yang
sedikit.
v. Semi D - Rumah kediaman yang dibina secara bersambung dua buah unit secara
selari dan mempunyai beberapa bilik yang besar serta rekabentuk yang hampir
serupa dengan banglo.
vi. Teres - Rumah kediaman yang sederhana besar, mempunyai beberapa bilik dan
dibina secara bersambung dengan unit yang lain secara selari.
73
3.10 PERSAMAAN DI ANTARA BANGUNAN-BANGUNAN KEDIAMAN
DENGAN MENGENAL PASTI KOMPONEN BANGUNAN
Walaupun terdapat pelbagai jenis rumah kediaman namun terdapat juga persamaan di
antara bangunan-bangunan tersebut. Ini dapat dilihat dari segi pembahagian kawasan
bangunan seperti yang dinyatakan oleh Gurcharan dan Jadish, (1992):
Jadual 3.4: Senarai Ruang di Dalam Bangunan Kediaman
Sumber: Building Planning, Designing and Scheduling (Gurcharan dan Jadish, 1992)
Bil. Ruang / Kawasan Peratus Keluasan Ruang 1 Kawasan ruang tamu 30% hingga 35% 2 Kawasan bilik tidur 40% 3 Kawasan Perkhidmatan 50% hingga 60%
Kawasan ruang tamu merupakan ruang pelbagai guna, kebanyakan penghuni menjadikan
ruang tamu sebagai ruang rehat, tempat mengumpul keluarga dan sebagainya. Manakala
kawasan bilik tidur digunakan untuk berehat, tidur atau lebih dikenali sebagai ruang
peribadi. Akhir sekali adalah kawasan perkhidmatan yang dipecahkan kepada beberapa
bahagian seperti ruang makan, dapur, bilik air, setor dan lain-lain.
Melalui pembahagian ruang-ruang tersebut, terdapat pula beberapa bilik-bilik yang
berkemungkinan terdapat pada setiap jenis bangunan-bangunan kediaman. Bilik-bilik ini
lebih dikenali sebagai komponen bangunan. Berikut adalah komponen-komponen
bangunan tersebut disenaraikan oleh Gurcharan dan Jadish, (1992):
74
i. Veranda ii. Bilik air
iii. Bilik tidur iv. Tangga
v. Bilik persalinan vi. Bilik tetamu
vii. Dapur viii. Bilik kanak-kanak
ix. Bilik makan x. Garaj
xi. Setor xii. Lain-lain.
3.11 ELEMEN-ELEMEN BANGUNAN
Pengetahuan yang mendalam adalah amat diperlukan bagi menentukan dan membezakan
di antara elemen-elemen bangunan yang berperanan penting dalam merekabentuk
bangunan atau fabrik bangunan. Elemen bangunan ini merupakan asas pembentukan
sesuatu bangunan yang diingini, kerana itu pemeriksaan dan penyenggaraan ke atas
elemen-elemen bangunan harus dititik beratkan (Borer dan Harris, 1998). Walaupun
terdapat pelbagai jenis rumah kediaman, namun asas kepada elemen-elemen bangunan
adalah sama. Sekiranya berbeza ianya tidak begitu ketara (Ahmad, 2004).
Borer dan Harris (1998) menyenaraikan lima (5) sumber bahan yang sesuai digunakan
dalam membentuk suatu elemen: -
i. Sumber mineral seperti bahan-bahan terbuang dan bahan-bahan sedia ada.
ii. Sumber material tidak diproses seperti kayu-kayan, batu-batan semulajadi, tanah
dan fiber semulajadi.
75
iii. Sumber material rendah seperti bahan mudah lupus dan bahan yang boleh dikitar
semula.
iv. Sumber material yang boleh digunakan berulang kali seperti batu-batu blok, skru,
paku dan bahan-bahan kompos.
v. Sumber material sesuai untuk kesihatan seperti cat organik, fiber semulajadi dan
bahan-bahan semulajadi tanpa diproses.
Untuk menentukan prestasi fizikal elemen-elemen bangunan yang terdapat pada bangunan,
maka penggunaan sistem pemeriksaan bangunan harus digunakan untuk menilai
kerosakan, kecacatan dan prestasi elemen-elemen bangunan secara fizikal yang mana dapat
dilihat melalui mata kasar pemeriksa bangunan (Newman, 2000).
3.12 RUMUSAN
Perkara penting dalam proses pemeriksaan bangunan ialah memeriksa keadaan fizikal
bangunan. Ia boleh dibuat setelah permeriksa bangunan menerima arahan kerja dari pihak
pengurusan atau setelah menandatangani perjanjian. Cara memulakannya ialah dengan
mendapatkan segala maklumat, pelan-pelan bangunan dan dokumen-dokumen penting. Ini
bagi menjamin kelancaran kerja-kerja tersebut.
Pemeriksaan bangunan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu kerja-kerja awal,
pemeriksaan fizikal dan penyediaan laporan. Penyediaan laporan bagi setiap pemeriksaan
perlu dilakukan bagi tujuan menyemak semula kerja-kerja yang telah dilakukan. Setiap
76
laporan haruslah ringkas tetapi padat dengan maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja.
Ini bertujuan agar semua pihak dapat memahami dengan mudah.
Rekabentuk bangunan kediaman adalah unik dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza
mengikut arkitek bangunan tersebut. Terdapat pelbagai jenis rumah kediaman dan ke
semua jenis-jenis rumah kediaman tersebut menggunakan elemen-elemen bangunan yang
sama di mana hanya penggunaan bahan-bahan sahaja yang menentukan prestasi suatu
elemen-elemen bangunan yang digunakan.
Bab seterusnya menerangkan tentang kaedah penyelidikan yang menerangkan secara
terperinci tentang langkah-langkah pemeriksaan bangunan, kerja-kerja lapangan,
pemeriksaan dan soalan kaji-selidik yang diberikan kepada pakar-pakar serta orang-orang
yang berpengalaman dalam bidang penyenggaraan bangunan.
77
BAB 4
KAEDAH PENYELIDIKAN
4.1 PENDAHULUAN
Perkara yang akan diterangkan dalam bab ini ialah mengenai kaedah penyelidikan yang
telah dijalankan. Contohya penyediaan soal selidik, pemilihan responden, pengutipan dan
cara-cara menganalisis data. Pentingnya perkara tersebut ditetapkan dengan jelas ialah
supaya proses penyelidikan dapat dibuat dengan betul, tanpa kekeliruan dan agar hasil
penemuannya dapat digeneralisasikan.
Selepas kaedah penyelidikan diselesaikan, pemilihan metodologi pembangunan perisian
akan ditentukan pada peringkat seterusnya. Metodologi kajian yang digunakan adalah
model kitar hayat pembangunan sistem (SDLC) dengan menggunakan kaedah prototaip.
Setiap fasa perlu diselesaikan dan diulangi selari dengan keperluan sistem dan keperluan
pengguna sistem.
4.2 KAEDAH PENYELIDIKAN
Menurut Dennis et al. (2005), kaedah penyelidikan adalah bermaksud kaedah yang
digunakan untuk menjalankan satu penyelidikan iaitu dalam konteks untuk mendapatkan
dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan bidang penyelidikan. Kaedah
penyelidikan yang biasanya digunakan untuk pembangunkan sistem maklumat ini adalah
kajian kualitatif dan kajian kuantitatif. Berikut adalah maklumat tersebut:
78
i. Kajian Kualitatif
Kajian kualitatif melibatkan penggunaan data kualitatif seperti temuramah,
dokumen-dokumen yang digunakan sepanjang proses dan data yang diperolehi
sepanjang melakukan pemerhatian untuk memahami dan menerangkan fenomena
sosial. Kaedah kajian kualitatif digunakan untuk membantu penyelidik memahami
kajian, sosial dan budaya persekitaran (Dennis et al., 2005).
ii. Kajian Kuantitatif
Kajian kuantitatif dibangunkan di dalam bidang sains untuk mengkaji fenomena-
fenomena semulajadi. Contohnya, kaedah pemerhatian, ujikaji atau eksperimen
makmal serta kajian yang melibatkan nombor dan matematik. Kajian dilakukan
berdasarkan beberapa sampel yang telah dipilih untuk dijadikan sebagai bahan uji
kaji. Hasil daripada kajian ini akan dipaparkan dalam bentuk graf atau pun statistik
(Dennis et al., 2005).
Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kaedah kuantitatif. Ini
kerana kajian banyak melibatkan penggunaan data kuantitatif seperti borang soal selidik,
dokumen-dokumen yang digunakan sepanjang proses dan data yang diperolehi sepanjang
melakukan pemerhatian untuk memahami proses semasa dan pembaikan yang perlu
dilakukan terhadap proses-proses tersebut.
79
4.2.1 ELEMEN PENYELIDIKAN
Penetapan elemen-elemen penyelidikan adalah bermaksud menentukan persekitaran dan
perkara-perkara yang akan disoal selidik dari responden berhubung dengan masalah dan
matlamat penyelidikan (Lawrence, 2003). Secara keseluruhan penetapan elemen dalam
penyelidikan ini dipecahkan kepada lima (5) bahagian, iaitu:
i. Tujuan Penyelidikan - Tujuan atau maksud penyelidikan ialah membuat
pengujian hipotesis kerja dan penghuraian deskriptif ke atas objektif penyelidikan
yang telah ditetapkan. Unit analisis yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah
rumah kediaman jenis banglo dua tingkat yang terdapat di Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. Rumah tersebut merupakan rumah Naib Canselor atau dikenali
sebagai Rumah VC (Vice Chancellor).
ii. Cara Siasatan - Cara siasatan dilakukan adalah dengan mengkaji dan mengenal
pasti bahagian asal bangunan, mengenal pasti jumlah komponen bangunan, lukisan
terukur (measured drawing) dan mengenal pasti perkhidmatan bekalan elektrik dan
air. Kesemua siasatan ini dilakukan dengan kerjasama pihak penyelidik Fakulti
Alam Bina, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Penyelidikan ke atas Rumah VC
tersebut diketuai oleh Sr. Nor Haniza binti Ishak dan dianggotai beberapa
penyelidik-penyelidik yang lain.
iii. Tempoh Penyelidikan - Penyelidikan ini hanya melibatkan peristiwa semasa, iaitu
penyelidikan terhadap kaedah pengurusan pemeriksaan bangunan yang telah
dicapai dan maklum balas responden mengenai fenomena pembuatan keputusan
80
yang berlaku. Manakala tempoh siasatan ke atas Rumah VC adalah selama 3
minggu di mana ianya telah ditetapkan oleh penyelidik Fakulti Alam Bina.
iv. Penetapan Penyelidikan - Penyelidikan dibuat melalui kaedah kutipan data primer
dan sekunder. Data primer dikutip dari penyelidikan lapangan. Data sekunder pula
dikutip dari pelbagai sumber sorotan karya yang berkaitan.
v. Analisis Data - Pengujian data telah dijalankan melalui kaedah statistik ringkas
iaitu, peratus dan mod. Kesemuanya dianalisis secara berkomputer menggunakan
perisian SPSS.
4.2.2 POPULASI DAN PENSAMPELAN
Tujuan mendapatkan responden di dalam sesuatu penyelidikan adalah untuk mewakili
sesuatu populasi penyelidikan (Supranto, 1986). Untuk menerangkan lebih lanjut mengenai
jumlah agensi, responden, kategori dan ciri-ciri responden, penerangan bahagian ini
dibahagikan kepada empat pecahan, iaitu kriteria agensi, klasifikasi, saiz dan ciri-ciri
responden.
i. Kriteria Pemilihan Agensi dan Responden Penyelidikan
Penetapan kriteria responden adalah bertujuan supaya setiap responden yang dipilih
benar-benar mewakili populasi sepertimana yang dinyatakan di dalam skop
penyelidikan. Pemilihan tersebut dibuat berasaskan kepada dua pertimbangan
berikut, iaitu (i) setiap ahli di dalam populasi mempunyai peluang yang sama
terpilih, (ii) responden dipilih dari kelompok atau klasifikasi yang betul. Oleh itu,
kedua-dua proses tersebut telah dipastikan supaya meliputi pihak yang benar-benar
81
terlibat dalam kerja-kerja pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan, di samping
respondennya juga dipilih dengan mengikut kriteria seperti berikut:
a) Pihak-pihak yang terlibat seperti sektor, bahagian ataupun jabatan-jabatan
tertentu yang terlibat secara khusus dalam kerja-kerja penyenggaraan
bangunan.
b) Pihak-pihak akademik yang terlibat dalam pembelajaran Ukur Bangunan,
Kejuruteraan, Arkitek dan kerja-kerja penyenggaraan bangunan.
Penetapan kriteria tersebut sangat penting kerana ianya dapat memastikan
pemilihan agensi yang benar-benar menjalankan peranan merancang dan
melaksanakan projek secara menyeluruh dalam kerja-kerja penyenggaraan
bangunan. Dengan itu, proses mendapatkan hasil penyelidikan akan lebih lancar
dan mampu mengeluarkan hasil penyelidikan yang berguna.
ii. Saiz Responden Penyelidikan
Secara am, cara pada peringkat awal jumlah responden tersebut dikira adalah
seperti berikut:
jumlah agensi x jumlah jabatan x jumlah penglibatan = Jumlah Set Kertas
Diedar
bersamaan
7 agensi x 2 jabatan x 10 penglibatan = 140 Set Kertas
Diedar
82
Berdasarkan formula di atas, ianya boleh dirumuskan kepada dua jenis jabatan
dalam satu agensi iaitu (i) pihak pengurusan atau akademik (ii) pihak operasi atau
penyenggaraan. Agensi-agensi yang memberi kerjasama penuh dalam membantu
mendapatkan hasil kaji selidik ini adalah seperti (i) beberapa universiti awam (ii)
beberapa jabatan pengurusan aset dan juga bahagian akademik, (iii) beberapa
syarikat arkitek (iv) beberapa syarikat perunding bangunan dan (v) beberapa
syarikat kontraktor. Namun, jumlah terakhir yang berjaya memberi tindak balas
adalah sebanyak 54 responden daripada jumlah 140 set kertas kaji selidik yang
diedarkan. Secara tidak langsung responden-responden tersebut adalah sebagai
mewakili populasi organisasi kerja-kerja penyenggaraan bangunan.
iii. Ciri-Ciri Responden
Kamarudin dan Roslin (1990) telah menggariskan empat (4) ciri-ciri responden
yang baik, iaitu yang boleh memberikan hasil soal selidik yang meyakinkan. Ia
terdiri daripada kematangan, kewarasan, kebijaksanaan dan kesanggupan bekerja.
Dalam masa yang sama ciri-ciri responden yang telah terpilih dalam penyelidikan
adalah terdiri dari pegawai-pegawai kanan, berpendidikan tinggi dan memegang
jawatan penting atau berkaitan dengan tugasan penyenggaraan. Kewibawaan dan
komitmen mereka tentang pengurusan kerja-kerja penyenggaraan tidak diragui.
4.2.3 PENGUTIPAN DATA
Di dalam penyelidikan ini, sumber data analisisnya ialah data primer yang dapat membantu
menyelesaikan masalah penyelidikan. Tanpa pemprosesan dan analisis data primer, maka
83
adalah agak sukar untuk membuat sesuatu keputusan. Setiap data yang dikumpulkan
mestilah bersesuaian dan mengikut maklamat penyelidikan yang dijalankan (Balian, 1983).
4.2.4 ANALISIS DATA
Analisis data merupakan proses yang dapat menghasilkan rumusan dan boleh diterima
umum, iaitu berdasarkan kepada pengolahan statistik (Norusis, 1990). Menurut Kamarudin
dan Roslin (1990) pula, analisis data ialah proses yang sekurang-kurangnya dapat
menghasilkan dua (2) perkara berikut:
i. Dapat menghasilkan sesuatu penemuan ataupun rumusan mengenai masalah yang
dikaji, iaitu untuk mengetahui apa yang telah berlaku dan mengapa ia berlaku.
ii. Memberikan gambaran tentang cara penyelesaian yang boleh dilakukan, ataupun
mengemukakan cadangan-cadangan baru tentang masalah yang dikaji.
4.3 METODOLOGI PEMBANGUNAN PERISIAN
Metodologi pembangunan perisian atau lebih dikenali sebagai (development methodology)
adalah sangat penting bagi membina sebuah perisian supaya ianya mengikut keperluan,
citarasa serta langkah-langkah yang teratur supaya tiada kecacatan besar berlaku sepanjang
proses pembangunan (Stellman dan Greene, 2005). Kaedah pembangunan yang telah
ditetapkan untuk penyelidikan ini adalah model Kitaran Hayat Pembangunan Sistem
(SDLC) sebagai pendekatan umum manakala model prototaip sebagai kaedah
pengembangan sistem.
84
4.3.1 MODEL KITARAN HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (SDLC)
Menurut Hanif (2007), Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) merupakan satu
proses pembangunan perisian komputer yang digunakan untuk membangunkan sistem
maklumat, termasuk keperluan, pengesahan, latihan dan hak milik pengguna melalui
pengumpulan maklumat keperluan, analisis, reka bentuk, pelaksanaan, dan penyenggaraan.
SDLC perlu dilaksana dalam kualiti sistem yang tinggi yang memenuhi atau mencapai
tahap tanggapan pengguna sama ada dalam lingkungan anggaran masa, kos, cara bekerja
yang efektif serta penggunaan infrastruktur teknologi maklumat yang dirancang. Hoffman
dan Beaumont (1997) turut menambah bahawa SDLC ialah satu pendekatan sistematik
kepada penyelesaian masalah dan ianya digubah untuk beberapa fasa, setiap satunya terdiri
daripada pelbagai langkah-langkah seperti; (i) perancangan, (ii) analisis, (iii) reka bentuk,
(iv) pembangunan, (v) pemeriksaan, (iv) pemasangan dan (iiv) penyenggaraan. Maklumat
lanjut adalah seperti berikut:
i. Perancangan: Merupakan langkah pertama dalam SDLC yang diperlukan dalam
penyelidikan ini untuk mengenal pasti, menganalisis dan mengatur aliran kerja
(Hanif, 2007). Di antaranya:-
a) Mengenal pasti projek-projek yang berpontensi tinggi yang mampu
memberi satu penyelesaian atau kejayaan yang besar sama ada dari segi
keuntungan ataupun kemudahan akan datang. Setelah kerja-kerja mengenal
pasti dilakukan, maka jumlah projek-projek tersebut disenaraikan.
85
b) Berdasarkan senarai tersebut, kerja-kerja mangklasifikasi projek dilakukan
dengan membuat perbandingan di antara projek-projek yang lain sama ada
ianya berbaloi dilakukan ataupun tidak.
c) Keutamaan projek akan diberikan terhadap projek yang sesuai untuk
dikembangkan berdasarkan permintaan atau permasalahan utama yang
dialami oleh pengguna-pengguna.
Berdasarkan kajian literatur yang telah dilakukan, maka empat (4) maklumat lanjut
yang dititiberatkan dalam membuat perancangan dan pengurusan penyelidikan
adalah seperti yang dipersetujui oleh Hanif (2007); Stellman dan Greene (2005):
a) Pentakrifan Sistem - Mentakrifkan sistem yang perlu dibangunkan
berdasarkan kepada faktor kritikal kejayaan organisasi, sistem mesti dikenal
pasti dan dipilih.
b) Skop projek - Keperluan sistem mesti dikenal pasti dan diletakkan ke
dalam satu dokumen skop projek.
c) Membangunkan pelan projek – Semua maklumat lengkap tentang
tugasan perlu disiapkan mengikut format laporan seperti tenaga kerja,
tempoh projek dan lain-lain yang berkaitan.
d) Mengurus dan memantau pelan projek – Ini membenarkan organisasi
untuk kekal di atas landasan, mencipta had tempoh projek (milestones) dan
ciri-ciri yang membenarkan pembangun untuk menyiapkan projek.
86
ii. Analisis: Tahap analisis merupakan tahap di mana sistem semasa seperti sistem
secara manual ataupun berkomputer dipelajari dan sistem baru atau pengganti akan
diusulkan. Aktiviti-aktiviti mengenal pasti sistem semasa, permasalahan, keperluan
pengguna dan peningkatan akan didokumentasikan untuk proses-proses reka
bentuk. Tujuan utama analisis adalah untuk memahami keperluan pengguna serta
persyaratan proses-proses untuk sistem baru yang akan dibina (Robert dan
Wysocki, 2006).
Berdasarkan pendapat Robert dan Wysocki (2006), maka penyelidikan
pembangunan BUILDIMS dijalankan berdasarkan lima (5) aktiviti utama fasa
analisis iaitu:
a) Pengumpulan maklumat – Langkah awal pada tahap ini adalah
mengumpulkan maklumat tentang bagaimana proses-proses kerja yang ada
pada sistem atau konsep lama berfungsi sama ada manual ataupun
berkomputer. Kemudian ditentukan pada titik-titik mana proses kerja yang
mengalami masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan sistem
maklumat. Kelemahan-kelemahan dari sistem atau konsep lama
diidentifikasikan dan diperbaiki dengan sistem atau konsep baru.
b) Mendefinisikan keperluan sistem – Berdasarkan maklumat kelemahan
sistem yang didapati, analisis sistem kemudiannya mendefinisikan
keperluan-keperluan yang diperlukan oleh pengguna untuk mengatasi
masalahnya. Inilah yang disebut sebagai keperluan sistem (Sistem
Requirement).
87
c) Menentukan keutamaan keperluan – Dalam beberapa kes, keperluan
yang diterima adalah sangat besar dan rumit. Ini memakan masa dan
sumber-sumber yang lain untuk menyelesaikannya. Untuk kes seperti ini
maka analisis akan memilih keperluan yang paling utama untuk
diselesaikan.
d) Menyusun dan mengevolusikan cadangan – Perkara penting yang harus
diambil kira adalah menyenaraikan beberapa cadangan pembangunan.
Setelah menyusun dan menentukan keutamaan keperluan, pembangun
sistem harus menyiapkan beberapa cadangan jika seandainya susunan
keperluan yang ada diterima oleh pengguna.
e) Mengulas keperluan dengan pihak-pihak terlibat – Langkah terakhir
adalah mengulas keperluan yang telah ditetapkan kepada pihak-pihak yang
terlibat seperti pengguna untuk memastikan mereka memahami fungsi
sistem tersebut.
iii. Reka bentuk – Peringkat ini merupakan proses pertukaran analisis maklumat
kepada satu konsep spesifikasi sistem yang mengandungi pelbagai modul-modul
yang ditetapkan berdasarkan keperluan sistem (Rittinghouse 2003). Di antara
proses-proses reka bentuk adalah seperti:
a) Penerangan fungsi-fungsi data dan proses yang ada dalam sistem baru.
b) Penerangan lanjut spesifikasi sistem seperti data masuk (input), proses dan
data keluar (output).
88
Peringkat reka bentuk biasanya menghasilkan beberapa dokumen seperti dokumen
model data, dokumen model proses, reka bentuk antara muka (GUI), reka bentuk
pangkalan data dan teknikal perkakasan serta perisian yang sepadan dalam sistem
keperluan tersebut (Dennis et al., 2005). Dalam penyelidikan ini beberapa aktiviti
reka bentuk telah dilakukan seperti yang dijelaskan oleh Teddy dan Agus (2007)
seperti:
a) Merancang dan mengintegrasikan jaringan.
b) Merancang senibina perisian.
c) Mereka bentuk antara muka (GUI).
d) Mereka bentuk pangkalan data.
e) Membuat model prototaip
f) Mereka bentuk dan mengintegrasikan fungsi dan modul sistem.
iv. Pembangunan - Pada peringkat ini segala maklumat daripada reka bentuk tersebut
akan diperkembangkan melalui aktiviti aturcara komputer. Di antara peringkat
aturcara komputer yang dilakukan untuk menghasilkan sistem tersebut adalah
seperti modul-modul program, fail-fail berkaitan, sistem jaringan, sistem integrasi
pangkalan data dan sistem integrasi perkakasan komputer (Hoffman dan Beaumont,
1997; Robert dan Wysocki, 2006; Hanif, 2007).
v. Pemeriksaan - Pada peringkat ini, pengujian terhadap hasil aturcara program
berkomputer dilakukan. Dua (2) tujuan utama pengujian dilakukan; (1) dari segi
pengembangan sistem adalah untuk memastikan kod-kod program yang dibuat
89
bebas dari kesalahan sintaks dan logik dan (2) dari segi pengguna adalah program
yang dihasilkan harus mampu menyelesaikan masalah yang terdapat pada
pengguna dan sistem haruslah mudah dijalankan dan difahami oleh pengguna
(Hanif, 2007).
vi. Pemasangan – Setelah program-program berjaya diuji, maka pemasangan perisian
dan perkakasan komputer dilakukan pada organisasi ataupun pelanggan dan secara
rasmi ianya boleh digunakan untuk menggantikan sistem lama (Hanif, 2007).
vii. Penyenggaraan – Langkah terakhir dari SDLC di mana pada peringkat ini sistem
secara sistematis diperbaiki dan ditingkatkan. Penyenggaraan adalah bagi
memastikan sistem dikemas kini mengikut perubahan dan matlamat organisasi.
Seperti kebiasaannya, hasil pembaikian dan peningkatan akan dikategorikan
mengikut versi bagi memudahkan rujukan pembangunan (Hanif, 2007).
4.4 PENDEKATAN-PENDEKATAN PENGEMBANGAN SISTEM
Penggunaan metodologi Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) sering kali
digunakan dalam proses pembangunan perisian, namun ianya memiliki beberapa
kelemahan seperti yang dijelaskan oleh Hanif (2007) iaitu:
i. Kesukaran untuk membuat perubahan ke atas keperluan sistem berdasarkan
kekerapan respon pengguna terhadap keperluan pengguna dan sistem.
90
ii. SDLC hanya digunakan sekiranya kaedah pembangunan perisian benar-benar
difahami oleh kumpulan pembangun sistem.
iii. Komitmen yang tinggi perlu dilakukan pada peringkat perancangan dalam SDLC
yang mengakibatkan pembahagian projek kepada beberapa tahap bagi mengenal
pasti, menganalisis dan mengatur aliran kerja.
Hanif (2007) turut menjelaskan bahawa terdapat empat (4) kaedah pengembangan sistem
bagi menyelesaikan masalah SDLC seperti (i) model pengembangan evolusi, (ii) model
pengembangan berorientasi pemakaian berulang (Re-Usable), (iii) model prototaip dan (iv)
model pengembangan berorientasi objek. Berikut adalah perbandingan di antara keempat-
empat model tersebut seperti yang dijelaskan oleh Hanif (2007):
i. Model Pengembangan Evolusi – Model ini adalah berdasarkan idea untuk
mengembangkan implementasi awal, kemudian memperlihatkan sistem awal itu
kepada pengguna untuk dikomen dan diperbaiki versi demi versi sehingga sistem
tersebut memenuhi syarat atau keperluan yang dikehendaki. Kelebihan pada model
ini adalah ianya tidak perlu melalui keseluruhan proses SDLC bagi menghasilkan
sistem informasi.
Walau bagaimanapun, kelemahan pada model ini adalah struktur sistem akan
berkeadaan buruk kerana sering diubah, malah kos perubahan sistem berserta
dokumentasi akan meningkat kerana sering diubah mengikut versi-versi terbaru.
Berikut adalah Rajah 4.1 Model Pengembangan Evolusi:
91
Rajah 4.1: Model Pengembangan Evolusi
Sumber: Analisis dan Perancangan Sistem Informasi untuk Keunggulan Bersaing
Perusahaan dan Organisasi Moden (Hanif, 2007)
ii. Model Pengembangan Berorientasi Pemakaian Berulang – Model ini
merupakan konsep guna pakai sesuatu sistem yang dibangunkan daripada satu
pelanggan kepada pelanggan yang lain mengikut kesamaan proses perniagaan dan
keperluan pengguna. Hanya perubahan kecil pada spesifikasi sistem dilakukan bagi
memenuhi keperluan pelanggan yang baru. Kelebihan pada model ini ialah
perancangan sistem dapat dipakai berulang kali. Malah kerangka kerja sistem telah
tersedia awal dan hanya perlu diubah sahaja mengikut keperluan semasa.
Walau bagaimanapun kelemahannya adalah ianya tidak boleh digunakan pada
sistem yang baru dicadangkan dan bukan kesemua komponen sistem yang
berfungsi mengikut keperluan semasa. Berikut adalah Rajah 4.2 Model
Pengembangan Berorientasi Berulang:
92
Rajah 4.2: Model Pengembangan Berorientasi Berulang
Sumber: Analisis dan Perancangan Sistem Informasi untuk Keunggulan Bersaing
Perusahaan dan Organisasi Moden (Hanif, 2007)
iii. Model Prototaip – Model ini merupakan proses pengembangan sistem yang
memerlukan kerjasama di antara pengguna dan pembangun sistem untuk mengubah
sistem secara terus menerus mengikut keperluan pengguna. Kebanyakan sistem
prototaip dibangunkan menggunakan beberapa peralatan pembangunan, contohnya
Rapid Application Development (RAD). Kelebihan model ini adalah ianya
melibatkan secara langsung pengguna dalam analisis dan reka bentuk sistem.
Prototaip berkemampuan untuk mendapatkan keperluan secara menyeluruh
daripada pihak pengguna terakhir (end-user). Malah penggunaan prototaip juga
berfungsi memperluaskan metodologi SDLC dengan membantu proses reka bentuk
dan pembangunan sistem. Berikut adalah Rajah 4.3 Model Prototaip:
93
�
�
�
� ������������
������� ��
��� ��
���������
�������������
��� ��
�� ������
�������
��������
Rajah 4.3: Model Prototaip
Sumber: Analisis dan Perancangan Sistem Informasi untuk Keunggulan Bersaing
Perusahaan dan Organisasi Moden (Hanif, 2007)
iv. Model Pengembangan Berorientasi Objek – Model ini lebih menekankan objek
dibandingkan dengan data atau proses. Melalui penggunaan model ini, kaedah
menulis aturcara berkomputer dan analisis adalah mengunakan konsep
berorientasikan objek. Ada beberapa ciri khas dari model ini iaitu object,
inheritance dan class. Object adalah struktur yang meringkaskan sesuatu benda
nyata di mana data dan proses digabungkan untuk menghasilkan struktur dan sifat
objek tersebut. Class adalah sekumpulan objek yang mempunyai struktur dan sifat
yang sama. Inheritance merupakan sifat-sifat yang diwarisi oleh setiap entity atau
objek. Kelebihan pada model ini adalah sekiranya terdapat perubahan ke atas
keperluan sistem, maka dengan mengubah object, inheritance dan class sahaja
mampu mengubah keseluruhan proses sistem dengan cepat.
94
Walau bagaimanapun, kelemahan pada model ini adalah ianya perlu difahami
dengan betul serta pembangun sistem perlu mengetahui lokasi setiap object,
inheritance dan class yang diletakkan pada setiap baris aturcara komputer.
Berdasarkan empat (4) pengembangan sistem yang telah dijelaskan, Jadual 4.1
menunjukkan perbandingan ke atas keempat-empat pengembangan sistem tersebut:
Jadual 4.1: Perbandingan ke atas Keempat-Empat Pengembangan Sistem.
Model Perbandingan
Model Pengembangan Evolusi
Model Pengembangan Berorientasi Berulang
Model Prototaip Model Pengembangan Berorientasi Objek
Kelebihan Mengembangkan sistem untuk ditunjukkan kepada pengguna supaya dikomen dan diperbaiki versi demi versi sehingga sistem tersebut memenuhi syarat atau keperluan yang dikehendaki. Tidak perlu melalui keseluruhan proses SDLC
Perancangan sistem dan kerangaka sistem dapat dipakai berulang kali. Pembangunan sistem boleh dirujuk kepada dokumentasi sebelumnya yang mempunyai ciri-ciri projek yang sama dengan projek terkini.
Berkemampuan untuk mendapatkan keperluan secara menyeluruh daripada pihak pengguna terakhir. Prototaip berfungsi memperluaskan metodologi SDLC dengan membantu proses reka bentuk dan pembangunan sistem
Sekiranya terdapat perubahan ke atas keperluan sistem, maka dengan mengubah object, inheritance dan class sahaja mampu mengubah keseluruhan proses sistem dengan cepat.
Kelemahan Struktur sistem buruk kerana sering diubah. Kos perubahan sistem dan dokumentasi meningkat kerana sering diubah mengikut versi-versi terbaru.
Tidak sesuai pada sistem yang baru dicadangkan. Bukan kesemua komponen sistem berfungsi mengikut keperluan semasa.
Perlu melibatkan secara langsung pengguna dalam analisis dan reka bentuk sistem.
Model ini perlu difahami dengan betul serta pembangun sistem perlu mengetahui lokasi setiap object, inheritance dan class yang diletakkan pada setiap baris aturcara komputer.
Berdasarkan Jadual 4.1 tersebut, Model Prototaip telah dipilih sebagai kaedah
pengembangan sistem. Maklumat lanjut diterangkan pada sub-topik 4.5.
95
4.5 PENDEKATAN MODEL PROTOTAIP SEBAGAI PILIHAN
PENYELIDIKAN
Dalam melaksanakan pembangunan sistem yang dicadangkan, pendekatan yang digunakan
adalah pendekatan model prototaip. Proses prototaip terdiri daripada proses
membangunkan satu sistem percubaan dengan cepat dan mudah dinilai oleh pengguna
akhir (Dennis et al., 2005). Metodologi prototaip merupakan kaedah bagi melaksanakan
fasa-fasa utama yang terdapat di dalam kaedah metodologi kitar hayat pembangunan
sistem (SDLC). Fasa-fasa tersebut ialah fasa perancangan, analisis sistem, reka bentuk
sistem dan pembangunan. Fasa-fasa ini akan dilakukan berulang kali sehingga sebuah
sistem yang lengkap diperolehi dan memenuhi keperluan pengguna (Ali dan Mo, 2001).
Model prototaip dipilih sebagai metodologi pembangunan sistem berdasarkan pendapat
Patterson dan Hennessy (2007) yang menjelaskan bahawa penghasilan prototaip dapat
membantu mengenal pasti dan memenuhi keperluan pengguna dari semasa ke semasa dan
pada masa yang sama, komponen dalam projek ini boleh diperbaiki secara terus. Antara
faktor-faktor lain diterangkan oleh Patterson dan Hennessy (2007) adalah:
i. Prototaip meningkatkan penglibatan dan komitmen penguna dalam membangunkan
sistem bagi menentukan kualiti projek yang akan dibangunkan. Penglibatan
pengguna di dalam pembangunan prototaip akan memudahkan pemahaman ke atas
fungsi-fungsi sistem serta menjadikan latihan penggunaan sistem menjadi lebih
mudah.
ii. Kos dan masa latihan pengguna menggunakan sistem dapat diminimakan.
96
iii. Pembangunan projek yang menggunakan proses peningkatan dapat mengawasi
kemungkinan risiko yang dihadapi dan dapat meningkatkan kualiti sistem yang
dibangunkan.
iv. Sistem yang akan dibangunkan akan lebih dinamik berdasarkan keperluan
pengguna yang sentiasa berubah. Prototaip mampu menangani keadaan ini kerana
ia membenarkan pengulangan fasa apabila berlaku sebarang perubahan.
4.5.1 JENIS-JENIS PROTOTAIP YANG DIGUNAKAN DALAM
PENYELIDIKAN
Terdapat dua (2) jenis protototaip yang sering digunakan oleh para pembangun sistem iaitu
prototaip jenis pertama dan prototaip jenis kedua. Menurut McLeod dan George (2001),
model prototaip jenis pertama merupakan sistem operasi yang sering berulang bagi
memastikan sistem tersebut benar-benar berfungsi mengikut keperluan pengguna. Terdapat
empat (4) langkah yang perlu dituruti dalam model prototaip jenis pertama iaitu:
i. Langkah 1: Mengenal pasti keperluan pengguna - Proses ini melibatkan juru
analisis untuk mengumpul data-data serta keperluan sistem daripada pengguna-
pengguna.
ii. Langkah 2: Membangunkan prototaip - Pembangun sistem akan membangunkan
prototaip menggunakan perkakasan pembangunan perisian.
iii. Langkah 3: Memastikan prototaip boleh diguna pakai - Sistem prototaip akan
diserahkan kepada pengguna untuk dicuba dan diguna pakai. Sebarang cadangan
dan kesalahan akan dikumpulkan untuk proses perubahan semula. Pembangun
97
sistem akan merujuk semula bahagian-bahagian yang perlu diubah atau ditambah
berdasarkan cadangan para pengguna. Seterusnya langkah 1, 2, dan 3 akan diulang
semula sehingga sistem memenuhi jangkaan pengguna.
iv. Langkah 4: Menggunakan Prototaip – Prototaip yang diterima dan disetujui oleh
pengguna akan digunakan sebagai sistem operasi.
Walau bagaimanapun, McLeod dan George (2001) berpendapat bahawa penggunaan
prototaip jenis pertama adalah amat ringkas kerana ianya hanya menyokong sistem
berskala kecil sahaja. Manakala penggunaan prototaip jenis kedua lebih digunakan sebagai
kertas biru (blueprint) untuk sistem operasi dan boleh diadaptasikan dalam SDLC.
Terdapat tujuh (7) langkah yang perlu dituruti dalam model prototaip jenis kedua di mana
tiga (3) langkah yang pertama adalah sama dengan prototaip jenis pertama. Langkah yang
seterusnya adalah seperti berikut:
iv. Langkah 4: Menulis Kod ke Atas Sistem Operasi – Pengatur cara komputer
menggunakan prototaip sebagai asas untuk memprogramkan sistem operasi.
v. Langkah 5: Menguji Sistem Operasi – Pengatur cara komputer akan menguji
fungsi-fungsi sistem.
vi. Langkah 6: Menentukan Sama Ada Sistem Operasi Diterima ataupun Tidak –
Para pengguna mencadangkan perubahan kepada juru analisis berkomputer
sekiranya terdapat kekurangan dalam sistem operasi. Sekiranya para pengguna
berpuas hati dengan sistem operasi maka langkah 7 akan diteruskan. Sekiranya
tidak maka langkah 4, 5 dan 6 akan diulangi.
98
vii. Langkah 7: Menggunakan Sistem Operasi – Sistem operasi yang disetujui oleh
para pengguna akan digunakan dengan sepenuhnya.
Rajah 4.4: menunjukkan perbandingan diantara diagram Prototaip Pertama dan Kedua
seperti yang telah dijelaskan.
Prototaip Jenis Pertama
Prototaip Jenis Kedua
Rajah 4.4: Perbandingan Diantara Diagram Prototaip Pertama dan Kedua
Sumber: Management Information System (McLeod dan George, 2001)
99
Jadual 4.2 menunjukkan perbandingan ke atas kedua-dua jenis prototaip tersebut:
Jadual 4.2: Perbandingan Prototaip Jenis Pertama dan Prototaip Jenis Kedua
Prototaip
Perbandingan
Prototaip Jenis Pertama Prototaip Jenis Kedua
Kelebihan - Mudah membangunkan sistem.
- Pembangunan mengambil masa yang singkat kerana sistem yang dibangunkan adalah ringkas.
- Digunakan sebagai kertas biru (blueprint) untuk sistem operasi dan boleh diadaptasikan dalam SDLC.
- Menghasilkan prototaip yang lengkap seperti rekabentuk paparan muka yang elok, pesanan, amaran dan sebagainya.
- Hasil prototaip lebih mudah difahami.
Kelemahan - Menyokong sistem berskala kecil sahaja.
- Hanya sesuai untuk menunjukkan sebuah modul fungsi sahaja.
- Memerlukan soal selidk pengguna, analisis statistik dan lain-lain sebagai maklumat untuk membangunkan prototaip.
- Pembangunan mengambil masa lama.
Berdasarkan kedua-dua jenis prototaip yang dibincangkan maka penyelidikan telah
membuat perbandingan dan memilih prototaip jenis kedua sebagai pendekatan
pengembangan sistem yang diadaptasikan dalam SDLC.
Pemilihan ini adalah disebabkan prototaip sistem yang dibangunkan perlu menghasilkan
sepuluh modul utama untuk tujuan menyaingi sistem-sistem sedia ada. Pada masa yang
sama memerlukan maklumat soal selidk pengguna, analisis statistik dan lain-lain sebagai
maklumat untuk membangunkan prototaip sebagai syarat lengkap penyelidikan.
100
4.6 RUMUSAN
Secara keseluruhan, proses penyelidikan ini mengandungi beberapa langkah-langkah
penting, iaitu bermula dengan objektif penyelidikan, penyelidikan teori, kaedah
penyelidikan dan analisis data hinggalah kepada kesimpulan penyelidikan. Dari sudut
pemilihan sampel pula, selain dari menekankan tentang bentuk organisasi dan kaedah
pengurusan penyenggaraan bangunan, dipertimbangkan juga mengenai saiz dan ciri-ciri
responden. Kemudiannya data tersebut dianalisis secara statistik dengan kemudahan
komputer.
Dalam penyelidikan ini pemilihan metodologi Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC)
telah dipilih untuk membangunkan sistem maklumat. Setiap fasa-fasa dalam SDLC terdiri
daripada perancangan, analisis, reka bentuk, pembangunan, pemeriksaan, pemasangan dan
penyenggaraan. Dalam masa yang sama, pendekatan pengembangan sistem yang
digunakan adalah model prototaip memandangkan model tersebut merupakan kaedah bagi
melaksanakan fasa-fasa utama yang terdapat di dalam kaedah metodologi SDLC.
Perbincangan dalam bab seterusnya akan membincangkan tentang analisis data dengan
lebih terperinci. Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan data-data yang telah
dikumpulkan dari soal selidik lapangan yang diterima serta berpandukan juga kepada
kaedah penyelidikan yang telah dibincangkan.
101
BAB 5
PEMERIHALAN DAN PENGANALISAAN DATA
5.1 PENDAHULUAN
Bab ini menghuraikan tentang proses dan hasil pengolahan data yang dikumpul dan
diproses. Matlamat pengolahan data adalah untuk menerangkan tentang corak objek,
sampel ataupun peristiwa melalui data-data yang telah dikutip untuk dianalisis. Matlamat
analisis dan pentafsiran data yang dilakukan ini adalah untuk mencari jawapan kepada
beberapa matlamat kajian yang telah dirangka, iaitu bagi mendapatkan kesimpulan akhir
penyelidikan untuk tujuan menghasilkan BUILDIMS. Bagi mendapatkan kesimpulan akhir
penyelidikan, maka segala maklumat kaji selidik dikumpulkan dan dianalisis
menggunakan perisian SPSS seperti yang telah dibincangkan pada Bab Dua muka surat 42.
5.2 PEMERIHALAN DATA DESKRIPTIF
Di dalam pemerihalan data deskriptif, terdapat lima tajuk penting yang akan dibincangkan,
iaitu (i) maklumat latar belakang organisasi dan responden, (ii) mengenal pasti kerosakan
dan kecacatan bangunan, (iii) mengenal pasti keadaan bangunan, (iv) mengenal pasti
prestasi keadaan bangunan dan (v) mengenal pasti reka bentuk bangunan. Bagi
mendapatkan keputusan analisis ke atas tajuk yang dibincangkan maka penyelidikan ini
menggunakan kaedah analisis deskriptif iaitu peratus, min, median ataupun mod.
102
Min atau nilai purata merupakan pengiraan yang sering digunakan untuk mengetahui
gambaran umum tentang data. Sebagai contohnya bagi mendapatkan maklumat purata
tentang aduan kerosakan bangunan yang didapati sepanjang tempoh setahun. Pengukuran
min memberikan satu idea yang baik tentang berapa jumlah aduan kerosakan yang harus
diambil perhatian.
Median merupakan item di tengah sesuatu data yang telah disusun secara menaik atau
menurun. Sebagai contohnya bagi mendapatkan maklumat pertengahan aduan kerosakan
bangunan bagi sesuatu kawasan dengan tujuan mengenal pasti kawasan pertengahan yang
sering berlaku kerosakan.
Mod merujuk kepada fenomena yang mempunyai frekuensi yang paling tinggi dalam
sesuatu penyelidikan. Sebagai contoh untuk mendapatkan punca-punca kerosakan
bangunan yang sering berlaku daripada sepuluh punca-punca yang disenaraikan.
5.2.1 PEMILIHAN KAEDAH STATISTIK
Selain menggunakan kaedah peratus bagi pemilihan yang dibuat oleh responden delam
kertas kaji selidik, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum
membuat keputusan untuk menggunakan min, median atau mod. Whiteley (2004)
menyenaraikan tiga (3) panduan yang boleh ikuti:
i. Sekiranya pembolehubah diukur dalam skala nominal, mod perlu digunakan.
ii. Sekiranya pembolehubah diukur dalam skala ordinal, median digunakan.
103
iii. Sekiranya pembolehubah diukur dalam skala interval/ratio, min digunakan.
Skala nominal menggunakan nombor untuk mewakili data taraf bagi pengelasan dan
kategori (Fox, 2008). Sebagai contoh nombor jenis-jenis kerosakan bangunan adalah data
nominal. Nombor yang digunakan bermaksud jumlah pemilihan bagi setiap jenis-jenis
kerosakan yang dipilih oleh responden. Banyak soalan-soalan demografi di dalam soal
selidik adalah data nominal disebabkan soalan yang digunakan hanyalah untuk pengelasan
sahaja. Contoh soalan skala nominal adalah seperti “apakah jenis-jenis kerosakan
bangunan yang sering terjadi pada sesebuah bangunan?” Soalan ini akan mendapat
jawapan yang pelbagai maka mod akan digunakan untuk memilih jawapan yang tertinggi
secara berkumpulan.
Skala ordinal digunakan untuk menyusun objek. Sebagai contoh, dengan menggunakan
data ordinal, penyelia boleh menilai tiga orang pekerja dengan memeringkatkan
produktiviti mereka dengan nombor 1 hingga 3. Penyelia boleh mengenal pasti, satu
pekerja amat produktif, saorang pekerja kurang produktif dan saorang lagi tidak produktif
menggunakan data ordinal. Walau bagaimanapun, penyelia tidak boleh menggunakan data
ordinal untuk membuktikan interval di antara dua orang pekerja yang diperingkatkan
sebagai 1 dan 2 atau pekerja diperingkat 2 dan 3 adalah sama. Iaitu, ia tidak boleh
menyatakan bahawa perbezaan di antara pekerja diperingkat 1, 2 dan 3 adalah sama.
Dengan data ordinal, jarak yang diwakili oleh nombor yang berturutan adalah tidak
selalunya sama (Fox, 2008).
104
Skala interval mempunyai semua kandungan data taraf ordinal, tetapi jarak di antara
nombor berturutan mempunyai makna dan data selalunya adalah numerik. Jarak adalah
diwakili oleh perbezaan di antara nombor berturutan adalah sama (Fox, 2008). Contoh
pengukuran interval adalah nombor suhu Farenheit, suhu boleh diperingkatkan, jumlah
kepanasan di antara bacaan berturutan, seperti 21o, 22o dan 23o. Purata bacaan akan dibuat
berdasarkan jumlah tersebut.
Berdasarkan penjelasan tersebut maka kesemua keputusan daripada maklumat-maklumat
kaji selidik akan diambil berdasarkan nilai peratus dan mod. Berikut adalah keterangan
tersebut:
i. Pemilihan berdasarkan peratus adalah untuk mendapatkan satu keputusan sahaja
dalam satu soalan yang dikaji.
ii. Terdapat soalan-soalan demografi di dalam soal selidik adalah data nominal
disebabkan soalan yang digunakan hanyalah untuk pengelasan sahaja maka
pemilihan secara mod digunakan untuk memilih jawapan yang tertinggi secara
berkumpulan untuk tujuan pengelasan.
5.3 MAKLUMAT LATAR BELAKANG ORGANISASI DAN RESPONDEN
Penyelidikan ini melibatkan beberapa organisasi yang terlibat dalam sektor, bahagian
ataupun jabatan-jabatan tertentu yang terlibat secara khusus dalam kerja-kerja
penyenggaraan bangunan. Berdasarkan tindak balas soal selidik yang telah diedarkan,
sebanyak 54 orang responden telah memberikan maklumat. Hasil daripada analisis yang
105
dilakukan, kajian ini telah mendapati bahawa terdapat dua belas (12) profesion yang
terlibat secara langsung dengan kerja-kerja penyenggaraan. Berikut adalah jadual
penglibatan profesion yang terlibat pada Jadual 5.1:
Jadual 5.1: Profesion Profesion Peratus, N= 54 Juruukur Bangunan 5.6% Jurubina Bangunan 5.6% Jurutera Awam 5.6% Jurutera Elektrik 7.4% Jurutera Mekanikal 5.6% Juruteknik Awam 1.9% Juruteknik Elektrik 1.9% Juruteknik Mekanikal 1.9% Arkitek 7.4% Pengurus Harta 5.6% Kontraktor Binaan 7.4% Lain-Lain 44.4%
Jumlah, N=54 100.0%
Analisis ke atas jadual 5.1 mendapati bahawa pilihan “Lain-Lain” dalam kajian lapangan
adalah terdiri daripada bidang perundingan, pengurusan projek, pengurusan operasi dan
pensyarah dalam jurusan senibina, alam bina dan kejuruteraan. Ini membuktikan bahawa
pihak pengurusan atasan banyak melibatkan diri dalam tugasan kerja-kerja penyenggaraan
seperti perundingan, pengurusan masa, tender, kontrak dan sebagainya. Manakala
sebahagiannya pula merupakan pihak operasi yang menjalankan tanggungjawab
penyenggaraan seperti tinjauan tapak, pengukuran tapak, pemeriksaan bangunan,
membaiki atau menyenggara dan sebagainya.
106
5.3.1 PENGALAMAN PERKHIDMATAN DALAM ORGANISASI
Pengalaman dalam kerja-kerja penyenggaraan bangunan adalah kunci utama untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang berkesan dan bersesuaian dengan isu-isu semasa
kerja-kerja penyenggaraan bangunan. Berikut adalah Jadual 5.2 pengalaman bekerja yang
dikumpulkan:
Jadual 5.2: Pengalaman Bekerja Pengalaman Peratus, N=54 1>2 Tahun 24.1% 3>4 Tahun 35.2% 5>6 Tahun 14.8% 6 Tahun Ke Atas 25.9%
Jumlah, N=54 100.0%
Analisis pada Jadual 5.2 mendapati bahawa 24 peratus responden berpengalaman 1 hingga
2 tahun terdiri daripada lepasan sijil dan ijazah, 35 peratus pekerja yang berpengalaman di
antara 3 hingga 4 tahun adalah terdiri daripada profesion yang berpendidikan tinggi dan
profesional. Manakala 14 peratus terdiri daripada responden yang berpengalaman 5 hingga
6 tahun adalah terdiri daripada ketua unit, pengurus dan pegawai. Akhir sekali 26 peratus
yang berpengalaman 6 tahun ke atas adalah terdiri daripada pengarah.
Analisis pengalaman bekerja ini dihuraikan lebih lanjut pada Jadual 5.3 untuk mengkaji
pengalaman bekerja mengikut profesion.
107
Jadual 5.3: Pengalaman Bekerja Berdasarkan Kerjaya Profesion Peratus Pengalaman Bekerja
1>2 Tahun 3>4 Tahun 5>6 Tahun 6 Tahun Ke Atas
Jumlah, N=54
Juruukur Bangunan 1.9% 1.9% 1.9% .0% 5.6% Jurubina Bangunan 1.9% 1.9% .0% 1.9% 5.6% Jurutera Awam .0% 3.7% .0% 1.9% 5.6% Jurutera Elektrik 5.6% 1.9% .0% .0% 7.4% Jurutera Mekanikal 1.9% .0% .0% 3.7% 5.6% Juruteknik Awam .0% .0% 1.9% .0% 1.9% Juruteknik Elektrik .0% .0% 1.9% .0% 1.9% Juruteknik Mekanikal .0% .0% 1.9% .0% 1.9% Arkitek .0% 1.9% .0% 5.6% 7.4% Pengurus Harta .0% 1.9% 3.7% .0% 5.6% Kontraktor Binaan .0% 1.9% .0% 5.6% 7.4% Lain-Lain 13.0% 20.4% 3.7% 7.4% 44.4%
Jumlah, N=54 24.1% 35.2% 14.8% 25.9% 100.0%
Kajian mendapati bahawa bidang profesion yang berpengalaman lama merupakan kerjaya
“Lain-Lain” yang terdiri daripada bidang perundingan, pengurusan projek dan pensyarah
dalam jurusan yang berkaitan. Penglibatan mereka amat diperlukan untuk setiap projek
penyenggaraan bangunan bagi menyelesaikan masalah-masalah penyenggaraan. Secara
amnya, maklumat yang dikumpul daripada kertas soal selidik ini boleh diguna kerana
ianya dibekalkan oleh responden yang mempunyai pengalaman lama dalam bidang
penyenggaraan bangunan. Malah sistem yang dibangunkan harus sesuai digunakan dan
difahami oleh kesemua profesion di atas.
5.4 KEKERAPAN MENGEMASKINI JADUAL PENYENGGARAAN
Setiap organisasi memerlukan kerja-kerja mengemaskini jadual dan perancangan kerja-
kerja penyenggaraan yang kerap. Berikut adalah Jadual 5.4 yang menunjukkan kekerapan
mengemaskini jadual dan perancangan kerja-kerja penyenggaraan bangunan.
108
Jadual 5.4: Kekerapan Kemaskini Jadual Tugasan Penyenggaraan Mengemaskini Jadual Tugasan Penyenggaraan Piawaian Penyenggaraan Organisasi
Ya Tidak Jumlah, N=54 6 Bulan Sekali 31.5% 5.6% 37.0% 1 Tahun Sekali 35.2% 13.0% 48.1% Lebih 1 Tahun 5.6% 3.7% 9.3% Tidak Mengemaskini 1.9% 3.7% 5.6%
Jumlah, N=54 74.1% 25.9% 100.0%
Analisis dijalankan mendapati bahawa kekerapan mengemaskini jadual yang sering
dilakukan adalah setahun sekali. Kekerapan mengemaskini jadual ini menjadi pilihan
utama responden kerana ianya lebih mudah disediakan dan mengekalkan format jadual
yang tidak membebankan pekerja. Malah dengan mengemaskini maklumat, jadual, arahan
serta perancangan penyenggaraan ianya telah membantu mewujudkan penyenggaraan
berancang melalui proses penyenggaraan cegahan ataupun penyenggaraan pembetulan.
Jadual 5.5 menunjukkan kekerapan pemeriksaan bangunan dilakukan.
Jadual 5.5: Kekerapan Pemeriksaan Bangunan Kekerapan Pemeriksaan Bangunan Dilakukan Piawaian Penyenggaraan Organisasi
Ya Tidak Jumlah, N=54 6 Bulan Sekali 29.6% 1.9% 31.5% 1>2 Tahun Sekali 27.8% 9.3% 37.0% 3>4 Tahun Sekali 7.4% 5.6% 13.0% 5 Tahun Sekali 5.6% 5.6% 11.1% Tidak Tetap 3.7% 3.7% 7.4%
Jumlah, N=54 74.1% 25.9% 100.0%
Tujuan proses penyenggaraan berancang adalah supaya punca-punca kerosakan dapat
dihindari terlebih awal. Pemeriksaan bangunan yang dilakukan pada setiap 1 hingga 2
tahun sekali adalah masa yang sesuai untuk memantau keadaan dan prestasi bangunan
secara keseluruhan. Berdasarkan analisis tersebut, sistem yang dibangunkan mampu untuk
mengemaskini jadual penyenggaraan, memberi arahan kerja dan merekod segala aktiviti-
aktiviti penyenggaraan .
109
5.4.1 KAEDAH PENYEDIAAN LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN
Penyediaan laporan pemeriksaan bangunan bertujuan merekod dan melaporkan
pemeriksaan yang telah dijalankan. Terdapat dua kaedah menyediakan laporan
pemeriksaan bangunan yang telah dikenal pasti iaitu (i) menggunakan kaedah manual
seperti mencatatkan maklumat atas kertas kosong ketika pemeriksaan dan menaip
maklumat tersebut ke dalam komputer menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel
atau (ii) menggunakan perisian penyenggaraan iaitu CMMS untuk mengisi maklumat pada
sistem tersebut. Berikut adalah Jadual 5.6 tentang kaedah menyediakan laporan
pemeriksaan bangunan.
Jadual 5.6: Kaedah Penyediaan Laporan Mengikut Piawaian Penyenggaraan Kaedah Laporan Pemeriksaan Disediakan Piawaian Penyenggaraan Organisasi
Ya Tidak Jumlah, N=54 Secara Manual 70.4% 25.9% 96.3% Secara Digital 3.7% .0% 3.7%
Jumlah, N=54 74.1% 25.9% 100.0%
Analisis mendapati 96 peratus organisasi menyediakan laporan secara manual. Ini
termasuk organisasi yang mempunyai piawaian penyenggaraan sendiri dan juga tiada
piawaian sendiri. Walaupun begitu, kebanyakan responden-responden tersebut
menyediakan laporan pemeriksaan dengan menggunakan format-format yang telah
ditetapkan oleh organisasi masing-masing seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 5.7 tentang
penghasilan format laporan.
110
Jadual 5.7: Penggunaan Format Laporan Pemeriksaan
Kaedah Format Laporan Pemeriksaan
Kaedah Laporan Pemeriksaan Disediakan Secara Manual Secara Digital Jumlah, N= 54
Ada Format Laporan 63.0% 3.7% 66.7% Tiada Format Laporan 33.3% .0% 33.3%
Jumlah, N= 54 96.3% 3.7% 100.0%
Walaupun Jadual 5.7 menunjukkan peratus penggunaan format pemeriksaan adalah lebih
tinggi iaitu 66.7 peratus, namun setiap format adalah tidak sama di antara satu sama lain.
Kekeliruan menjadi lebih ketara apabila pemilik bangunan dapat membandingkan
perbezaan kaedah merekod pemeriksaan bangunan dari satu pihak dengan pihak yang lain
dan mengesan kekurangan yang terdapat di antara kedua-dua laporan yang berbeza itu.
Keberkesanan dalam menghasilkan laporan dan menganalisis maklumat kerosakan
bangunan adalah kurang berkesan dan lambat. Malah membuktikan bahawa penggunaan
perisian penyenggaraan seperti CMMS masih tidak meluas. Jadual 5.8 menunjukkan
kekurangan penggunaan perisian penyenggaraan dalam kerja-kerja penyenggaraan.
Jadual 5.8: Penggunaan Perisian Mengikut Pengalaman Bekerja Penggunaan Perisian
Pengalaman Bekerja 1>2 Tahun 3>4
Tahun 5>6 Tahun 6 Tahun Ke
Atas Jumlah, N= 54
Ya 3.7% 1.9% 1.9% 1.9% 9.3% Tidak 20.4% 33.3% 13.0% 24.1% 90.7%
Jumlah, N= 54 24.1% 35.2% 14.8% 25.9% 100.0%
Kebanyakan responden tidak menggunakan perisian penyenggaraan kerana kebanyakan
perisian CMMS hanya mementingkan cara pengurusan penyenggaraan secara berkomputer
tetapi tidak dilengkapi dengan fungsian pemeriksaan keadaan bangunan secara terperinci.
Berdasarkan analisis ini, maka penyelidikan ini akan menghasilkan sebuah sistem yang
111
dilengkapi dengan format laporan pemeriksaan keadaan bangunan yang memudahkan
semua pihak menggunakannya serta memudahkan analisis keadaan bangunan dijalankan.
5.5 MENGENAL PASTI KEROSAKAN BANGUNAN
Untuk mengetahui kewujudan sesuatu kerosakan pada bangunan-bangunan, para
pemeriksa bangunan sering kali menggunakan kaedah-kaedah seperti (1) mendapatkan
maklumat aduan dari pengguna atau penghuni bangunan, (2) menghadapi kes kerosakan
kecemasan dan (3) menjalankan pemeriksaan berkala. Walau bagaimanapun, berdasarkan
analisis yang dijalankan mendapati kaedah mendapatkan maklumat aduan adalah lebih
banyak dipraktiskan iaitu sebanyak 72 peratus. Jadual 5.9 menunjukkan beberapa kaedah
yang dijalankan untuk mengenal pasti kerosakan dan kecacatan bangunan.
Jadual 5.9: Kaedah Untuk Mengetahui Kerosakan Bangunan Kaedah Dijalankan
Peratus Perlaksanaan, N= 54
Tidak Dilakukan
1-25% Dilakukan
26-50% Dilakukan
51-75% Dilakukan
76-100% Dilakukan
Aduan Pengguna 2% 4% 7% 14% 72% Kerosakan Kecemasan
2% 7% 13% 28% 50%
Pemeriksaan Berkala
4% 17% 26% 17% 37%
Analisis mendapati, kaedah mendapatkan aduan orang ramai merupakan kaedah alternatif
yang pantas untuk mengetahui sesuatu kerosakan telah berlaku. Maka dalam pembangunan
sistem tersebut juga dilengkapi dengan fungsian aduan secara atas talian bagi memudahkan
pengguna bangunan membuat aduan.
112
5.5.1 MENGETAHUI FAKTOR PENYEBAB KEROSAKAN BANGUNAN
Analisis ke atas faktor penyebab kerosakan bangunan adalah bertujuan untuk mengenal
pasti faktor penyebab yang boleh dimasukkan ke dalam pangkalan data sistem. Berikut
adalah Jadual 5.10 dan Jadual 5.11 yang menerangkan faktor-faktor yang boleh diambil
kira sebagai penyebab kerosakan bangunan.
Jadual 5.10: Faktor-Faktor Kerosakan Bangunan Faktor Penyebab
Peratus Berlaku, N=54
Tidak Berlaku
1-25% Berlaku
26-50% Berlaku
51-75% Berlaku
76-100% Berlaku
Faktor Biologi 0 9% 26% 24% 41% Faktor Cuaca 0 4% 19% 22% 56% Faktor Fizikal 0 17% 19% 24% 41% Faktor Kelemahan Reka bentuk 0 15% 17% 28% 41% Faktor Kesesuaian Bahan 0 9% 33% 17% 41% Faktor Kimia 2% 20% 54% 9% 37%
Jadual 5.11: Analisis Secara Mod Faktor-Faktor Kerosakan Bangunan Nilai Faktor
Biologi Faktor Cuaca
Faktor Fizikal
Faktor Kelemahan
Reka bentuk
Faktor Kesesuaian
Bahan
Faktor Kimia
Mod 5 5 5 5 5 5
Untuk analisis ini, pemilihan secara mod digunakan untuk memilih keputusan yang
pelbagai dalam satu soalan. Hanya pemilihan yang mendapat majoriti tertinggi sahaja
dipilih secara berkumpulan untuk tujuan pengelasan. Kebanyakan responden bersetuju
bahawa faktor-faktor seperti Biologi, Cuaca, Fizikal, Kelemahan Reka bentuk, Kesesuaian
Bahan dan Kimia adalah penyebab berlakunya kerosakan bangunan berdasarkan nilai 5
pada setiap pemilihan tersebut. Faktor-faktor kerosakan ini akan digunakan di dalam
sistem sebagai medium membuat keputusan untuk menentukan punca utama kerosakan
113
yang terjadi pada sesuatu bangunan. Untuk maklumat lanjut pemilihan mod sila rujuk
kembali sub topik 5.2.1 muka surat 102 seperti yang telah dibincangkan.
5.5.2 MENETAPKAN MAKLUMAT UTAMA SISTEM
Analisis ke atas maklumat utama untuk menghasilkan sebuah sistem haruslah dilakukan.
Ini dapat memastikan agar hanya maklumat yang tertentu sahaja direkodkan. Berikut
adalah Jadual 5.12 dan Jadual 5.13 yang menerangkan tentang keperluan maklumat
tersebut.
Jadual 5.12: Maklumat Utama yang Diperlukan Jenis Maklumat
Peratus Diperlukan, N=54
Tidak Perlu
1-25% Perlu
26-50% Perlu
51-75% Perlu
76-100% Perlu
Alatan Pemeriksaan 6% 6% 30% 19% 41% Cuaca Semasa 0 6% 9% 15% 70% Gambar Kerosakan 0 6% 9% 15% 70% Gambar Pembaikian 0 9% 13% 22% 56% Kaedah Pemeriksaan 0 4% 19% 17% 61% Lokasi Bangunan 0 2% 11% 24.1% 63% Masa Pemeriksaan 0 9% 20% 26% 44% Nama Pemeriksa 0 17% 22% 26% 35% Peringatan / Arahan 0 11% 20% 20% 48% Punca Asal Kerosakan 0 4% 11% 17% 69% Tanda-Tanda Kerosakan 0 2% 11% 19% 69% Tarikh Pemeriksaan 2% 2% 22% 20% 54%
Jadual 5.13: Analisis Secara Mod Maklumat Utama yang Diperlukan Jenis Maklumat Bacaan Mod Alatan Pemeriksaan 5 Cuaca Semasa 5 Gambar Kerosakan 5 Gambar Pembaikan 5 Kaedah Pemeriksaan 5 Lokasi Bangunan 5 Masa Pemeriksaan 5 Nama Pemeriksa 5 Peringatan/Arahan 5 Punca Asal Kerosakan 5 Simptom 5 Tarikh Pemeriksaan 5
114
Untuk analisis ini, pemilihan secara mod digunakan untuk memilih keputusan yang
pelbagai dalam satu soalan. Hanya pemilihan yang mendapat majoriti tertinggi sahaja
dipilih secara berkumpulan untuk tujuan pengelasan. Kebanyakan responden bersetuju
bahawa elemen-elemen maklumat tersebut digunakan sebagai satu borang lengkap sistem
yang dibangunkan berdasarkan nilai 5 pada setiap pemilihan tersebut. Elemen-elemen pada
borang tersebut juga boleh dicetak sebagai laporan pemeriksaan bangunan. Untuk
maklumat lanjut pemilihan mod sila rujuk kembali sub topik 5.2.1 muka surat 102 seperti
yang telah dibincangkan.
5.6 MENGENAL PASTI PRESTASI KEADAAN BANGUNAN
Untuk mengenal pasti prestasi keadaan bangunan, para pemeriksa perlu mengesan
kecacatan yang bakal berlaku atau yang telah berlaku. Untuk menentukan prestasi keadaan
bangunan, satu kaedah pengiraan perlulah ditetapkan. Ini dapat dilihat berdasarkan Jadual
5.14 terhadap persetujuan responden dalam menentukan prestasi keadaan bangunan.
Jadual 5.14: Kaedah Mengira dan Menentukan Prestasi Bangunan Kaedah Mengira dan Menentukan Prestasi Bangunan
Peratus Setuju, N=54
Tidak Perlu
1-25% Perlu
26-50% Perlu
51-75% Perlu
76-100% Perlu
Berdasarkan Jumlah Kerosakan dan Peratus Kerosakan
0% 2% 11% 32% 56%
Berdasarkan Jumlah Aduan dan Peratus Aduan
0% 0% 20% 32% 48%
Berdasarkan Pernilaian Visual 13% 4% 13% 30% 41%
Analisis di atas menunjukkan responden-responden bersetuju bahawa untuk menentukan
prestasi keadaan bangunan adalah berdasarkan pengiraan ke atas jumlah kerosakan
bangunan dan peratus kerosakan yang berlaku pada bangunan yang diperiksa.
115
5.7 MENGENAL PASTI REKA BENTUK BANGUNAN
Salah satu objektif kajian dalam menghasilkan sebuah sistem pemeriksaan keadaan
bangunan ialah menyenaraikan komponen dan elemen-elemen utama bangunan. Berikut
adalah Jadual 5.15 dan Jadual 5.16 mengenai senarai komponen utama bangunan.
Jadual 5.15: Senarai Bahagian Bangunan Yang Diperiksa Bahagian Bangunan
Peratus Diperiksa, N = 54
Tidak Periksa
1-25% Periksa
26-50% Periksa
51-75% Periksa
76-100% Periksa
Bahagian Luar Bangunan 0% 0% 7% 30% 63% Bahagian Dalam Bangunan 0% 0% 6% 32% 63% Bahagian Perkhidmatan Bangunan 0% 2% 4% 24% 70% Bahagian Kemasan Bangunan 0% 0% 13% 37% 50% Bahagian Persekitaran Bangunan 0% 0% 22% 32% 46% Bahagian Sanitari dan Perpaipan 0% 0% 11% 28% 61% Bahagian Mekanikal, Elektrikal dan Jentera
0% 2% 4% 28% 67%
Jadual 5.16: Analisis Secara Mod Bahagian Bangunan Yang Diperiksa Bahagian Bangunan Mod Bahagian Luar Bangunan 5 Bahagian Dalam Bangunan 5 Bahagian Perkhidmatan Bangunan 5 Bahagian Kemasan Bangunan 5 Bahagian Persekitaran Bangunan 5 Bahagian Sanitari dan Perpaipan 5 Bahagian Mekanikal, Elektrikal dan Jentera 5
Untuk analisis ini, pemilihan secara mod digunakan untuk memilih keputusan yang
pelbagai dalam satu soalan. Hanya pemilihan yang mendapat majoriti tertinggi sahaja
dipilih secara berkumpulan untuk tujuan pengelasan. Berdasarkan analisis di atas,
kebanyakan responden bersetuju bahawa bahagian luar bangunan, dalam bangunan,
perkhidmatan bangunan, kemasan bangunan, persekitaran bangunan, sanitari serta
perpaipan dan mekanikal, elektrikal dan jentera merupakan bahagian bangunan yang perlu
116
diperiksa dan direkodkan. Untuk maklumat lanjut pemilihan mod sila rujuk kembali sub
topik 5.2.1 muka surat 102 seperti yang telah dibincangkan.
5.7.1 MENENTUKAN FORMAT PENCARIAN LOKASI PEMERIKSAAN
Untuk membangunkan sebuah sistem yang membolehkan pengguna mengenal pasti lokasi
pemeriksaan dan kerosakan bangunan maka beberapa format pencarian lokasi pemeriksaan
bangunan dicadangkan kepada para responden. Berikut adalah Jadual 5.17 mengenai
cadangan format pencarian lokasi pemeriksaan bangunan.
Jadual 5.17: Cadangan Format Pencarian Lokasi Pemeriksaan Bangunan. Profesion
Susunan Lokasi Bangunan, N = 54 Format Lokasi I Format Lokasi
II Format
Lokasi III Format Lokasi
IV Juruukur Bangunan 5.6% .0% .0% .0% Jurubina Bangunan 1.9% .0% 1.9% 1.9% Jurutera Awam 3.7% .0% .0% 1.9% Jurutera Elektrik 5.6% .0% 1.9% .0% Jurutera Mekanikal 3.7% 1.9% .0% .0% Juruteknik Awam 1.9% .0% .0% .0% Juruteknik Elektrik 1.9% .0% .0% .0% Juruteknik Mekanikal 1.9% .0% .0% .0% Arkitek 3.7% .0% 3.7% .0% Pengurus Harta 5.6% .0% .0% .0% Kontraktor Binaan 7.4% .0% .0% .0% Lain-Lain 25.9% 11.1% 7.4% .0%
Jumlah, N =54 68.5% 13.0% 14.8% 3.7%
Jadual 5.18: Singkatan Format Pencarian Lokasi Pemeriksaan Singkatan Format Lokasi Pemeriksaan Format Lokasi I Alamat Bangunan>Blok Bangunan>Aras>Unit>Bahagian Bangunan>Komponen
Bangunan>Elemen Bangunan>Pemeriksaan Format Lokasi II Alamat Bangunan>Blok Bangunan>Aras>Bahagian Bangunan>Komponen
Bangunan>Elemen Bangunan>Pemeriksaan Format Lokasi III Alamat Bangunan>Blok Bangunan>Bahagian Bangunan>Aras>Komponen
Bangunan>Elemen Bangunan>Pemeriksaan Format Lokasi IV Alamat Bangunan>Blok Bangunan>Unit>Aras>Komponen Bangunan>Elemen
Bangunan>Pemeriksaan
117
Berdasarkan analisis tersebut, sebanyak 68.5 peratus responden telah memilih “Format
Lokasi I” sebagai format yang paling sesuai untuk diguna pakai dan diaplikasikan dalam
sistem yang dibangunkan.
5.8 PENEMUAN ANALISIS
Berdasarkan kajian soal selidik yang telah dijalankan didapati terdapat lima (5) fakta telah
dikumpulkan. Ianya seperti berikut:
i. Terdapat pertunjuk yang memperlihatkan bahawa sebahagian besar proses kerja-
kerja pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan serta pembuatan keputusan adalah
dikendalikan oleh pentadbir atau pengurus-pengurus projek. Tugas-tugas tersebut
melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan memerlukan tenaga pakar bagi
menyelesaikan masalah-masalah penyenggaraan.
ii. Analisis mendapati bahawa bidang pengurusan dan kerja-kerja penyenggaraan
bangunan dilakukan oleh pelbagai profesion yang berlatarbelakang pendidikan dan
pratikal yang berbeza dalam kerja-kerja khusus penyenggaraan bangunan. Ini
mempengaruhi keadaan kerja serta pengurusan penyenggaraan bangunan yang amat
ketara perbezaannya di antara satu sama lain.
iii. Kebanyakan responden yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja
pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan berpengalaman 1 hingga 4 tahun iaitu
sebanyak 59%. Manakala 41% terdiri daripada yang berpengalaman 5 hingga 6
tahun ke atas adalah terdiri daripada ketua unit, pengurus dan pegawai. Peratus
118
perbezaan kedua-dua pihak ini mempengaruhi keberkesanan dalam kerja-kerja
pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan.
iv. Rata-rata organisasi yang mempunyai piawaian penyenggaraan sendiri mempunyai
format laporan tersendiri, sentiasa mengemaskini jadual penyenggaraan setahun
sekali dan sering melakukan kerja-kerja penyenggaraan setiap 6 bulan atau setahun
sekali.
v. Komponen-komponen dominan telah didapati pada ciri-ciri utama dalam
membangunkan sistem pemeriksaan dan pemantauan keadaan bangunan. Hasil
daripada analisis data maka satu proses maklumat telah dihasilkan bagi tujuan
pembangunan sistem tersebut.
5.9 SARANAN PENYELIDIKAN
Berdasarkan penemuan analisis yang diterima maka saranan penyelidikan telah
dicadangkan untuk tujuan penambahbaikkan kaedah kerja-kerja penyenggaraan bangunan.
Ianya seperti berikut:
i. Bidang penyenggaraan melibatkan kepakaran teknikal dan penyusunan strategi
supaya perancangan kerja-kerja penyenggaraan dapat berjalan lancar. Hal yang
demikian, kerja-kerja penyenggaraan bangunan harus dilakukan oleh profesion
yang bernaung di bawah pertubuhan-pertubuhan profesional sahaja. Di antaranya
adalah seperti Juruukur Bangunan Profesional bernaung di bawah Pertubuhan
Juruukur Malaysia (ISM), manakala di peringkat antarabangsa, Juruukur Bangunan
bernaung di bawah The Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS), United
119
Kingdom dan Association of Building Engineers (ABE), United Kingdom (Ahmad,
2003).
ii. Konsep penyenggaraan perlu difahami supaya matlamat penyenggaraan dapat
direalisasikan. Tujuan penyenggaraan adalah untuk mengekal dan mempertahankan
sesuatu yang telah dibina agar sentiasa dalam keadaan asli, berkekalan, berfungsi
sepertimana yang telah dirancang pada asalnya dan tidak lapuk dimakan zaman.
(Chanter dan Swallow, 2007).
iii. Penyenggaraan berancang harus dipraktiskan dengan sepenuhnya agar para
penyenggara tidak bergantung kepada aduan sahaja untuk memeriksa dan
membaiki bangunan. Adalah sewajarnya perancangan secara berjadual diwajibkan
untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan senggaraan di semua bangunan-bangunan
kerajaan di Malaysia (Nur Azfahani, 2006).
iv. Para penyenggara haruslah mengkaji dan meninjau bahan-bahan yang digunakan
untuk membangunkan sesebuah bangunan. Setiap bahan-bahan yang digunakan
mempunyai kadar ketahanan yang berbeza serta mudah mengalami kerosakan.
Secara majoriti, kerosakan bangunan adalah bersifat perlahan sebelum sesuatu
kerosakan serius berlaku. Dalam banyak keadaan, kerosakan bangunan
menunjukkan simptomnya terlebih dahulu sebelum berlakunya kerosakan serius.
Kegagalan mengenal pasti simptom kerosakan menyebabkan bangunan berada
dalam keadaan berisiko. Oleh itu keperluan penyenggaraan perlu dihargai supaya
para penyenggara berwaspada terhadap sifat kerosakan yang berlaku ke atas
bangunan kebiasaannya terbentuk secara perlahan (Ahmad, 2004; Chanter dan
Swallow, 2007).
120
v. Setiap kali melakukan kerja-kerja pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan, para
penyenggara harus menyimpan maklumat kerja-kerja tersebut. Setiap maklumat
yang diterima itu boleh dikumpulkan bersama sebagai satu maklumat yang saling
berhubungkait serta mampu membantu pihak pengurusan membuat keputusan
dengan baik, berkesan dan cepat. Melalui cara ini pihak pengurusan dapat membuat
analisis dan jangkaan tindakan terhadap permasalahan yang dihadapi (Rata, 2001).
vi. Bagi memudahkan kerja-kerja merekod dan menganalisis, maka penggunaan sistem
pengurusan penyenggaraan boleh digunakan untuk tujuan perancangan, perjalanan,
pemantauan dan penilaian prestasi penyenggaraan supaya dapat dilakukan secara
menyeluruh. Dunia tanpa sempadan hari ini membuatkan keputusan penyenggaraan
perlu dibuat dalam tempoh masa yang singkat dan tepat. Dalam membuat
keputusan, maklumat-maklumat penting diperlukan pada kadar segera supaya
keputusan yang dibuat bersandarkan kepada pertimbangan fakta yang tepat, bukan
berdasarkan pengalaman semata-mata (Patton, 2005).
5.10 RUMUSAN
Melalui pemerihalan dan penganalisaan data, maka hasil analisis penyelidikan ini dapat
dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu, (i) bagi mengetahui maklumat latar belakang
organisasi dan responden serta keadaan semasa berkaitan pengurusan penyenggaraan
bangunan di Malaysia, (ii) bagi mengetahui maklumat kerosakan dan kecacatan, keadaan
bangunan, prestasi bangunan dan reka bentuk bangunan dan (iii) bagi membina sistem
pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja penyenggaraan bangunan untuk dijadikan
instrumen bagi menilai keadaan sesuatu bangunan yang diperiksa. Hasil analisis ke atas
121
soal selidik responden mendapati permasalahan dalam penyenggaraan bangunan
sebenarnya saling berkait di antara satu sama lain. Atas sebab ini, satu jalan penyelesaian
harus dilaksanakan supaya permasalahan di atas dapat diminimumkan dan tidak lagi
menjadi masalah untuk tempoh jangka panjang. Penglibatan semua pihak daripada
peringkat pemilik, kumpulan penyenggaraan dan pengguna sangat diperlukan untuk
mewujudkan persekitaran budaya penyenggaraan yang efektif. Bab berikutnya
membincangkan tentang analisis sistem dan reka bentuk sistem berdasarkan pemerihalan
dan penganalisaan data yang telah dilakukan.
122
BAB 6
ANALISIS DAN REKA BENTUK SISTEM
6.1 PENDAHULUAN
Bab ini menerangkan analisis dan reka bentuk sistem ke atas penyelidikan yang telah
dijalankan. Hasil daripada pemerihalan dan penganalisaan data yang telah dijalankan,
maka maklumat tersebut dikumpul dan diolah sebagai satu set data yang diperlukan bagi
menghasilkan sebuah sistem pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja penyenggaraan
bangunan.
6.2 ULASAN SISTEM YANG DIBANGUNKAN
Sistem pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja penyenggaraan bangunan yang diberi
nama sebagai Building Inspection and Monitoring System (BUILDIMS) dibangunkan
berdasarkan hasil penyelidikan ke atas permasalahan yang dialami oleh para penyenggara
bangunan. Walaupun terdapatnya sistem-sistem pengurusan penyenggaraan bangunan
seperti Computerize Maintenance Management System (CMMS). Namun ianya tidak
dilengkapi fungsi dianogsis keadaan bangunan yang disenggara.
Penyelidikan juga mendapati kebanyakan pihak pengurusan tidak menggunakan sistem
yang sempurna untuk tujuan penyenggaraan. Berdasarkan hasil analisis data yang telah
dijelaskan pada bab lima sebelum ini, terdapat hanya segelintir pengurus bangunan sahaja
yang menggunakan perisian CMMS. Turut menjadi masalah apabila para pertugas senggara
123
tidak dapat membuktikan dianogsis kerosakan dan kecacatan bangunan yang disenggara.
Malah kos-kos pembaikian juga tidak dapat dihubungkaitkan dengan kerosakan bangunan
yang dialami. Ini menyukarkan para pertugas senggara membuktikan keadaan sebenar
bangunan yang disenggara.
Bagi mengatasi permasalahan ini, maka BUILDIMS dibangunkan untuk tujuan diagnosis
keadaan bangunan serta dapat memberi keputusan yang cepat. Sistem ini dibangunkan
hasil daripada analisis data, kerja lapangan serta rujukan ilmiah dan internet. Hasil
daripada analisis data, maka satu proses maklumat telah dihasilkan bagi tujuan
pembangunan sistem tersebut. Sila rujuk Rajah 6.1 untuk maklumat lebih lanjut.
124
Rajah 6.1: Proses Pembuatan Keputusan Pembangunan Sistem
125
Pada peringkat pertama, rajah tersebut menunjukkan objektif utama yang dicapai dalam
penyelidikan. Tujuan utama mengkaji prestasi keadaan bangunan adalah untuk
menghasilkan sebuah sistem yang dapat membantu para pemeriksa bangunan menentukan
prestasi sesuatu bangunan yang diperiksa.
Pada peringkat kedua, penyelidikan ini telah memecahkan beberapa faktor utama dalam
proses penghasilan sistem iaitu (i) Pematuhan Prosedur, (ii) Penggunaan Maklumat dan
(iii) Pendekatan Mengesan Kerosakan. Melalui faktor-faktor tersebut, ianya dirungkaikan
kepada beberapa komponen seperti pada Jadual 6.1:
Jadual 6.1: Peringkat Kedua Proses Pembuatan Keputusan Pembangunan Sistem Faktor Komponen
Pematuhan Prosedur – Sistem yang
dibangunkan tersebut haruslah menggunakan
format asal laporan pemeriksaan bangunan
bagi sesebuah organisasi.
Komponen laporan akan dirujuk mengikut keselesaan
penggunaan dan akan diubah mengikut keperluan
pengguna dan juga keperluan bangunan.
Penggunaan Maklumat – Faktor
Penggunaan Maklumat ialah mengumpul
sebanyak mungkin komponen maklumat
yang berkaitan.
Maklumat-maklumat ini dikumpul berdasarkan kerja-
kerja penganalisaan data dan juga pengumpulan
sumber-sumber ilmiah serta polisi-polisi penyenggaraan
bagi sesebuah organisasi. Berikut adalah komponen-
komponen tersebut:
i. Komponen Kerosakan dan Kecacatan Bangunan
ii. Komponen Maklumat Bangunan
Pendekatan Mengesan Kerosakan – Untuk
mengkaji bagaimana sistem tersebut dapat
mengesan kerosakan-kerosakan dan
merekodkannya ke dalam sistem tersebut.
Di antara komponen-komponen yang perlu
dilaksanakan adalah seperti:
i. Menerima Aduan Pengguna
ii. Merekod Kerosakan Kecemasan
iii. Melakukkan Pemeriksaan Berkala
Pada peringkat ketiga, komponen-komponen dipecahkan kepada beberapa ciri-ciri tertentu
seperti (i) format, (ii) prestasi, (iii) borang pemeriksaan, (iv) faktor, (v) mengira kerosakan,
(vi) lokasi, (vii) bahagian, (viii) borang aduan, dan (ix) maklumat utama. Melalui ciri-ciri
126
ini, maka elemen-elemen ditentukan mengikut penganalisaan data yang telah dijalankan
seperti Jadual 6.2:
Jadual 6.2: Peringkat Ketiga Proses Pembuatan Keputusan Pembangunan Sistem Elemen Ciri-Ciri Format Format laporan adalah mengikut bulan dan tahun iaitu 6 bulan hingga 1
tahun sekali. Prestasi Prestasi bangunan adalah berdasarkan jumlah kerosakan pada komponen
bangunan. Borang Pemeriksaan Borang pemeriksaan diisi dengan maklumat pemeriksaan agar ianya boleh
direkodkan untuk rujukan serta menghasilkan laporan pemeriksaan. Borang pemeriksaan yang disediakan dalam sistem mempunyai beberapa label seperti: (i) Alatan Pemeriksaan, (ii) Cuaca Semasa, (iii) Gambar Kerosakan dan Pembaikian, (iv) Kaedah Pemeriksaan, (v) Lokasi Pemeriksaan, (vi) Masa Pemeriksaan, (vii) Tarikh Pemeriksaan, (viii) Nama Pemeriksa, (ix) Peringatan, (x) Punca Asal dan (xi) Simptom Kerosakan.
Faktor-Faktor Faktor-faktor kerosakan digunakan dalam sistem tersebut untuk mengenalpasti punca berlakunya kerosakan sesuatu bangunan. Faktor kerosakan adalah berpunca daripada: (i) Faktor Biologi, (ii) Faktor Cuaca, (iii) Faktor Fizikal, (iv) Faktor Kelemahan Reka bentuk, (v) dan Faktor Kesesuaian Bahan.
Mengira Kerosakan Berdasarkan jumlah kerosakan dan peratus jumlah tersebut. Lokasi Lokasi pemeriksaan adalah berdasarkan susunan lokasi iaitu:
Alamat Bangunan � Blok Bangunan � Aras � Unit � Bahagian Bangunan � Komponen Bangunan � Elemen Bangunan � Pemeriksaan.
Bahagian Bahagian bangunan digunakan supaya pengguna fokus ke atas tempat yang diperiksa. Beberapa bahagian bangunan adalah seperti: (i) Bahagian Luar Bangunan, (ii) Bahagian Dalam Bangunan, (iii) Bahagian Perkhidmatan Bangunan, (iv) Bahagian Kemasan Bangunan, (v) Bahagian Persekitaran Bangunan, (vi) Sanitari dan Perpaipan, dan (vii) Bahagian Mekanikal, Elektrikal dan Jentera.
Borang Aduan Borang secara elektronik yang boleh diperolehi melalui internet ini memudahkan pengadu membuat aduan dengan cepat dan mudah. Borang aduan dengan label seperti: (i) Lokasi Kerosakan, (ii) Tarikh Aduan, (iii) Masa aduan, dan (iv) Keterangan Kerosakan.
Maklumat Utama Beberapa maklumat utama diperlukan untuk merekod kerosakan kecemasan dan juga pemeriksaan berkala. Maklumat tersebut adalah merujuk kepada borang pemeriksaan.
127
6.3 FAEDAH PERLAKSANAAN BUILDIMS
BUILDIMS berkebolehan memberikan faedah seperti berikut:
i. Pulangan Ekonomi
a) Kos pembangunan BUILDIMS adalah sangat berpatutan, malah terendah
dari kebanyakan perisian yang berkonsepkan siap pasang (customize).
b) BUILDIMS boleh diguna dalam bentuk penggunaan berkumpulan. Jika ia
ditawarkan kepada kontraktor, sistem ini dapat mengumpul segala
maklumat-maklumat yang diterima oleh kontraktor-kontraktor senggara.
ii. Kelebihan Operasi BUILDIMS
a) Mampu mengurangkan kadar kerosakan dan aduan pengguna bangunan
kerana ia boleh bertindak sebagai penyenggaraan berancang.
b) Boleh memantau kemajuan kerja pembaikan dan membuat laporan pada
kadar segera.
iii. Kelebihan Pengurusan
a) Memudahkan pihak pengurusan membuat bajet dan merencana keperluan
kewangan penyenggaraan.
b) Penyimpanan maklumat yang cepat dan mudah dipapar kembali.
c) Dapat mengembangkan penggunaan BUILDIMS kepada pengurusan fasiliti
dengan sedikit pengubahan operasi tertentu kepada modul-modul sedia ada.
128
iv. Produktiviti BUILDIMS
Menyediakan borang pemeriksaan berkomputer yang boleh diolah atau ditambah
bersesuaian dengan operasi di lapangan dan untuk pelbagai jenis bangunan.
6.4 MODUL-MODUL SISTEM
Secara umum, konsep pelaksanaan BUILDIMS adalah melalui modul-modul operasi dan
penghuraian maklumat. Ia dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti dalam Rajah 6.2.
Rajah 6.2: Modul-Modul BUILDIMS
129
Berikut adalah modul-modul beserta sub modul yang disediakan dalam BUILDIMS:
i. Pengurusan Syarikat (Organisasi Penyenggaraan)
a) Mengurus Makluat Am Organisasi, Jabatan Penyenggaraan dan Kakitangan
b) Mengurus Rekod Syarikat Sumber Luar (outsource)
ii. Pengurusan Bangunan dan Rekod
a) Mengurus Rekod Bangunan
iii. Pemeriksaan Bangunan
a) Paparan Pelan Bangunan Untuk Pemeriksaan
b) Paparan Aktiviti Pemeriksaan Ikut Lokasi
iv. Pengurusan Penyenggaraan Berkala / Perhindaran (Preventive)
a) Penyenggaraan Berasaskan Penjadualan dan Kalendar
v. Pengurusan Mekanikal dan Elektrikal (M dan E)
a) Pengesanan Bahan/Peralatan M dan E
vi. Pengurusan Aset dan Inventori
a) Maklumat-Maklumat Aset, Jaminan dan Kontrak
b) Pengesanan Maklumat Inventori dan Kuantiti Aset
c) Pengesanan Pergerakan Aset
vii. Pengurusan Aduan dan Tindakan Kerja
a) Pengesanan Aduan Pengguna
b) Pelaksanaan Tindakan Kerja
viii. Pengurusan Kos Penyenggaraan
a) Menyedia Kos Penyenggaraan
130
ix. Pengurusan Analisis Kerja (Graf)
a) Analisis Keseluruhan Pemeriksaan
b) Analisis Kategori Kerosakan
c) Analisis Jenis Kerosakan
d) Analisis Kos Penyenggaraan
x. Pengurusan Dokumen Digital
a) Penyimpanan Dokumen, Pelan Bangunan dan AutoCAD
xi. Pengurusan Laporan
a) Laporan Secara Paparan Laman Web
BUILDIMS beroperasi melalui persekitaran internet. Setiap pusat operasi disambungkan
kepada stesen pusat yang dikawal selia oleh pembuat keputusan utama seperti dalam Rajah
6.3.
Rajah 6.3: Integrasi Rangkaian BUILDIMS
131
6.5 FUNGSI SISTEM
BUILDIMS dibangunkan sebagai satu medium pemeriksaan keadaan bangunan. Kegunaan
sistem ini akan memberi manfaat kepada para pemeriksaan bangunan dalam merekodkan
segala maklumat pemeriksaan bangunan. Berikut adalah fungsi sistem ini:
i. Pengurusan Maklumat Bangunan - Segala penyimpanan maklumat pemeriksaan
keadaan bangunan dapat dilakukan dengan segera, malah sebarang pembetulan
dapat dilakukan tanpa mengganggu data–data yang lain.
ii. Pengurusan Maklumat Pemeriksaan Bangunan - Segala aktiviti-aktiviti
pemeriksaan bangunan dijalankan melalui pengisian secara berkomputer.
Maklumat pengisian tersebut akan disimpan sebagai arkib di mana ianya boleh
dirujuk kembali.
iii. Pengurusan Aduan dan Arahan Kerja - Aduan boleh dibuat secara atas talian
dan maklumat ini akan terus sampai ke bahagian pengurusan. Pihak pengurusan
akan memberi arahan kerja kepada pekerja senggara.
iv. Pengurusan Kos Penyenggaraan - Sistem juga dilengkapi dengan pengurusan kos
penyenggaraan untuk memudahkan kerja-kerja pengiraan untuk memudahkan
peruntukan pembelanjaan penyenggaraan dibuat.
v. Penghasilan Data Analisis - Maklumat-maklumat pemeriksaan keadaan bangunan
akan dikumpulkan dan diproses sebagai data dimensi. Data dimensi ini akan
ditunjukkan dalam bentuk grafik seperti carta graf, pai, dan lain-lain jenis graf yang
digunakan sebagai bahan analisis.
132
vi. Pengeluaran Laporan - Data-data yang telah diproses dan dikemaskini boleh
dikeluarkan sebagai satu laporan tahunan penyenggaraan/pemeriksaan keadaan
bangunan.
6.6 PRESTASI SISTEM
Sistem yang dibangunkan ini adalah berorientasikan web (web-based system). Oleh itu,
dari segi perisian segala perlaksanaan aplikasi sistem ini akan lebih pantas dan dinamik.
Gabungan teknologi PHP dan MySQL dalam pengaturcaraan aplikasi web sangat penting
dalam infrastruktur sistem yang dibangunkan. Dari segi perkakasan pula, sistem ini adalah
berdasarkan kaedah sistem teragih atau dikenali sebagai sistem pelanggan-pelayan (client-
server system). Oleh itu, pemprosesan yang berlaku telah diagihkan di antara pelayan dan
pelanggan dan ini secara tidak langsung telah mengurangkan beban kerja.
6.7 ANALISIS SISTEM
Analisis sistem adalah teknik pemecahan masalah yang menghuraikan bahagian-bahagian
komponen dengan mempelajari komponen-komponen yang berfungsi dan berinteraksi di
antara satu sama lain untuk mencapai tahap penggunaan yang diingini (Avison dan
Fitzgerald, 2008). Peringkat analisis merupakan peringkat penting bagi menentukan bentuk
sistem yang harus dibangunkan. Peringkat ini sepatutnya mudah sekiranya pengguna
memahami dengan jelas akan masalah-masalah yang dihadapi oleh organisasi mereka serta
mengenalpasti apakah keperluan yang mereka mahukan dalam sebuah sistem yang hendak
dibangunkan. Sekiranya tidak maka peringkat ini akan menjadi sebaliknya (Hanif, 2007).
133
Jadi dalam pembangunan sistem pemeriksaan dan pemantauan bangunan tersebut, maka
maklumat-maklumat yang terperinci harus dikumpul dan dianalisis dengan baik agar
proses pembangunan tersebut tidak tertinggal keperluan-keperluan yang penting.
6.7.1 PENDEKATAN ANALISIS SISTEM
Analisis dan reka bentuk berorientasikan objek (OOAD) merupakan pendekatan analisis
sistem yang digunakan dalam penyelidikan ini. Joseph (2004) menjelaskan bahawa teknik
OOAD adalah untuk menganalisis data serta proses dalam keadaan yang berasingan. Ini
bermaksud analisis data menggunakan carta aliran yang berbeza dengan carta aliran
analisis Proses. Model-model OOAD adalah berdasarkan objek-objek sistem dari pelbagai
perspektif seperti struktur, perilaku dan interaksi di antara objek-objek. Model OOAD yang
digunakan dalam penyelidikan ini adalah Unified Modelling Languange (UML) (Joseph,
2004). Sila rujuk bahagian 6.8.3 untuk maklumat lanjut mengenai UML.
6.7.2 KEPERLUAN PENGGUNA
Tujuan mengumpulkan maklumat keperluan pengguna adalah untuk memahami keperluan
sistem yang dibangunkan itu sendiri dan mengembangkan sebuah sistem yang memenuhi
kehendak pengguna (Rittinghouse, 2003). Melalui SDLC, penyelidikan ini telah berjaya
mengumpul keperluan pengguna yang telah membantu proses-proses pembangunan sistem
tersebut. Berikut adalah maklumat tersebut:
134
i. Operasi – Pada bahagian ini harus dijelaskan secara teknikal bagaimana sistem
tersebut berfungsi. Memandangkan penggunaan sistem operasi (OS) seperti
Microsoft XP dan Vista amat meluas dipasaran, maka sistem yang dibangunkan
adalah sesuai dengan sistem operasi tersebut.
ii. Fungsi – Pada bahagian ini fungsi-fungsi am seperti jenis sistem sama ada jenis
tunggal (standalone) atau jenis rangkaian (network). Sistem yang dibangunkan
tersebut adalah dwi-sistem iaitu boleh menjadi secara tunggal atau pun secara
rangkaian komputer. Ini memudahkan maklumat dikongsi dan disalurkan dengan
cepat dan selamat.
iii. Keselamatan – Keperluan keselamatan bermaksud bagaimana sistem tersebut
menyediakan aspek-aspek keselamatan. Kata laluan (password) digunakan pada
setiap peringkat pengguna.
iv. Politik dan Bidang Kerja – Sistem yang dibangunkan tersebut hanya sesuai
digunakan oleh pakar-pakar atau pengguna yang mempunyai latar belakang yang
berkaitan dengan teknologi bangunan seperti; arkitek, juruukur bangunan, jurutera,
juruteknik, kontraktor, perunding dan lain-lain yang berkaitan.
6.7.3 KEPERLUAN FUNGSIAN
Keperluan fungsian adalah berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah
sistem (Sommerville, 1996). Fungsi tersebut adalah seperti berikut:-
i. Mempersembahkan maklumat pemeriksaan secara visual berserta cara interaksi
pelan bangunan dengan sesuatu pemeriksaan yang dijalankan.
135
ii. Menyediakan aktiviti pentadbiran maklumat iaitu pengemaskinian maklumat
seperti penambahan, penghapusan dan pengubahsuaian maklumat.
Selain itu terdapat empat (4) pengguna utama sistem ini iaitu:-
i. Pentadbir sistem - Pengguna yang menguruskan akaun ketua penyenggara,
pengarah, serta pekerja am bagi suatu kawasan tersebut.
ii. Pengurus senggara - Pengguna yang meneliti hasil kerja pekerja bawahnya,
memberi arahan kerja serta melihat status projek penyenggaraan.
iii. Pekerja senggara - Pengguna yang akan menerima arahan kerja, membuat rekod
baru pemeriksaan dan mengemaskini kerja-kerja penyenggaraan bangunan.
iv. Pengadu kerosakan - Pengguna yang membuat aduan kerosakan secara dalam
talian. Aduan akan diterima oleh pengurus senggara.
6.7.4 KEPERLUAN BUKAN FUNGSIAN
Keperluan bukan fungsian pula merupakan kekangan di dalam sesuatu sistem yang
beroperasi dan harus mengikuti piawaian (Sommerville,1996). Oleh sebab sistem tersebut
merupakan suatu sistem yang berasaskan antara muka pengguna grafik (GUI) maka sistem
ini perlu mempunyai ciri-ciri keperluan bukan fungsian yang baik seperti antara muka yang
menarik, mudah disenggara dan efisien. Berikut adalah ciri-ciri antara muka pengguna
grafik seperti yang dinyatakan oleh Somnerville (1996) dalam Jadual 6.3 :-
136
Jadual 6.3: Ciri-Ciri Antara muka Pengguna Grafik Yang Baik
Sumber: Software Engineering (Somnerville, 1996) Ciri-Ciri Penerangan Tetingkap Banyak tetingkap membenarkan pelbagai maklumat ditunjukkan secara serentak pada
skrin pengguna. Ikon Ikon mewakili jenis maklumat yang berbeza. Pada sesuatu sistem, ikon
mempersembahkan fail dan ada juga yang mewakili proses. Menu Arahan dipilih daripada menu berbanding ditaip dengan menggunakan bahasa arahan. Penunjuk Peranti penunjuk seperti tetikus digunakan bagi memilih pilihan daripada menu dalam
sesuatu tetingkap aplikasi. Grafik Elemen grafik dicampur adukkan dengan teks pada paparan yang sama.
6.7.5 KEPERLUAN PERKAKASAN DAN PERISIAN KOMPUTER UNTUK
PELANGGAN (CLIENT) DAN PELAYAN (SERVER) KOMPUTER
Penyelidikan menetapkan pemilihan perkakasan komputer bagi pelanggan (client) dan
pelayan (server) seperti berikut:
i. PERKAKASAN KOMPUTER
Pemilihan perkakasan komputer adalah mengikut pemilihan yang minimum seperti
Jadual 6.4:
Jadual 6.4: Maklumat Perkakasan Komputer KEPERLUAN PELAYAN (SERVER) CPU Pelayan berprosesor Pentium 4.AMD , 1.8 GHz RAM Sekurang-kurangnya 2GB RAM (L2 Cache) HARDDISK Cakera Keras (Harddisk) bersaiz 40 GB NETWORK Kad slot rangkaian komputer KEPERLUAN PELANGGAN (CLIENT) CPU Komputer berprosesor Pentium 4.AMD , 1.8 GHz RAM Sekurang-kurangnya 1 GB RAM (L1 Cache) HARDDISK Cakera Keras (Harddisk) bersaiz 10 GB NETWORK Kad slot rangkaian komputer Driver 3.5 Floopy Disk / Pemacu USB
137
ii. PERISIAN KOMPUTER
Pemilihan perisian komputer adalah terdiri daripada perisian sumber terbuka (Open
Source). Walau bagaimanapun, terdapat juga penggunaan perisian berlesen seperti
daripada produk Microsoft. Ini diterangkan pada Jadual 6.5:
Jadual 6.5: Maklumat Aplikasi Komputer KEPERLUAN PELAYAN Sistem Operasi Windows XP service pack 2 / Microsoft Server 2003/2005 Pelayan Web dan Pangkalan Data
Apache Server Versi 5.0 dan MySQL Versi 4.0 dan ke atas
KEPERLUAN PELANGGAN Sistem Operasi Windows XP service pack 2 / VISTA Pembuat Laporan PDF Writer
6.8 REKA BENTUK SISTEM
Berdasarkan kepada Bass et al. (2003), reka bentuk sistem merupakan proses
pengimplementasian pelbagai teknik bertujuan menentukan peranti, proses atau sistem
dengan lebih lanjut bagi merealisasikannya secara fizikal. Pada fasa reka bentuk ini,
keperluan pengguna, keperluan fungsian dan bukan fungsian diterjemahkan ke dalam
bentuk perisian.
6.8.1 REKA BENTUK SENIBINA SISTEM
BUILDIMS dibangunkan berdasarkan persekitaran pelayan/pengguna (Client/Server).
Senibina pelayan/pengguna mengandungi peranti pengguna (Client device) yang
menghantar permintaan (request) kepada perkhidmatan (service) dan peranti pelayan
138
(server device) yang memproses permintaan tersebut (Goodyear, 1999). Berikut adalah
rajah 6.4 pelayan/pengguna dalam sistem tersebut seperti:
Rajah 6.4: Rajah Senibina Pelayan/Pelanggan
Sumber: Enterprise System Architecture – Building Client Server and Web Based
Systems (Goodyear, 1999)
Berdasarkan Rajah 6.4 di atas, Jadual 6.6 menerangkan tentang senibina Pelayan/Pengguna
dengan lebih lanjut:
Jadual 6.6: Maklumat Arkitektur Pelayan/Pengguna
Sumber: Enterprise System Architecture – Building Client Server and Web Based Systems
(Goodyear, 1999)
Pengguna Pelayar web biasa. Biasanya dihubungkan ke pelayar aplikasi yang beroperasi dalam pelayan web. Pengguna sistem akan mencapai sistem melalui bahagian pengguna ini.
Pelayan: Aplikasi yang terletak pada sesebuah pelayan web yang melayan permintaan pengguna sistem. Pelayan akan memenuhi permintaan pengguna.
ODBC Open Database Connectivity (ODBC) menawarkan prosedur untuk menggunakan SQL untuk mengakses data daripada pangkalan data.
Pangkalan Data Koleksi maklumat bagi kandungan pelan strategik.
139
6.8.2 SENARAI KEPERLUAN PENGGUNA (USER REQUIREMENT LIST)
Berikut adalah senarai keperluan pengguna bagi sistem yang dibangunkan seperti dalam
Jadual 6.7:
Jadual 6.7: Senarai Keperluan Pengguna
Pengguna Keperluan Penggunaan Sistem Pentadbir i. Untuk mendaftar senarai pengguna sistem mengikut kategori
penggunaan sistem. ii. Untuk mengurus akaun pengguna seperti mencipta, mengubah dan
memadam maklumat pengguna. Pengurus Bangunan i. Untuk mengurus kerja-kerja penyenggaraan dan memantau aktiviti
pemeriksaan. ii. Dapat menerima aduan pengguna iii. Untuk memberi arahan kerja kepada para penyenggara bangunan iv. Mampu melihat carta graf sebagai alat analisis keadaan bangunan v. Untuk mencetak laporan.
Penyenggara Bangunan i. Menerima arahan kerja daripada pengurus bangunan. ii. Untuk membuat pemeriksaan bangunan berdasarkan pelan digital. iii. Untuk mengemaskini inventori dan aset dalam bangunan. iv. Untuk membuat pengiraan kos penyenggaraan bangunan. v. Mampu melihat carta graf sebagai alat analisis keadaan bangunan. vi. Untuk mencetak laporan.
Penghuni Bangunan/Pengadu
i. Untuk membuat aduan melalui sistem terus ke pihak/jabatan senggara.
Berdasarkan senarai keperluan pengguna di atas, maka terdapat empat (4) pihak utama
yang menggunakan sistem tersebut seperti dalam Jadual 6.8:
Jadual 6.8: Senarai Pihak Terlibat
Pihak Tanggungjawab Pentadbir Orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan akaun pengguna dan membaik
pulih sistem. Pengurus Bangunan Orang yang bertanggungjawab dalam memantau dan menasihati para penyenggara
dalam kerja-kerja pemeriksaan bangunan. Para Penyenggara Orang yang bertanggungjawab dalam membuat kerja-kerja pemeriksaan dan
penyenggaraan dan lain-lain yang berkaitan. Penghuni Bangunan/Pengadu
Orang yang menduduki/mendiami bangunan yang mengalami kerosakan.
140
6.8.3 UML DIAGRAM
UML Diagram atau dikenali sebagai Unified Modelling Languange Diagram adalah
teknik untuk memaparkan fungsi-fungsi sebuah sistem melalui lakaran diagram. UML
Diagram menerangkan tentang interaksi di antara pengguna dengan sistem itu sendiri
dengan menggambarkan sebuah situasi tentang bagaimana sistem tersebut digunakan
(Joseph, 2004).
Bagi memudahkan sistem ini difahami, maka cara penyelidikan ini menunjukan UML
Diagram tersebut adalah berdasarkan modul-modul untuk setiap fungsi. Ini bertujuan agar
sistem ini mudah untuk dirujuk serta mampu memberi gambaran yang lebih jelas. Sila
rujuk Lampiran A untuk maklumat lebih lanjut setiap diagram-diagram tersebut.
6.8.3.1 KES PENGGUNA
Berikut adalah keterangan untuk setiap kes pengguna dalam Jadual 6.9 hingga Jadual 6.20.
Untuk rajah-rajah kes pengguna sila rujuk lampiran A untuk maklumat lebih lanjut.
i. KES PENGGUNA DAFTAR MASUK
Jadual 6.9: Kes Pengguna Daftar Masuk
Kes Pengguna Keterangan Masukkan Kata Nama dan Kata Laluan
Pengguna memasukkan kata nama dan kata laluan.
Kemaskini Akaun Pengguna
Pengguna mengemaskini maklumat peribadi seperti profil dan kata laluan.
Keluar Sistem Pengguna keluar sistem apabila tidak menggunakannya.
141
ii. KES PENGGUNA PENGURUSAN AKAUN
Jadual 6.10: Kes Pengguna Pengurusan Akaun
Kes Pengguna Keterangan Daftarkan Pengguna Baru Hanya Pentadbir Sistem sahaja boleh mendaftarkan pengguna baru
serta menentukan status akaun pengguna sama ada ”Pengurus Bangunan”, ”Penyenggara”, atau ”Pentadbir Sistem”.
Kemaskini Status Pengguna
Hanya Pentadbir Sistem sahaja boleh mengemaskini status pengguna mengikut kesesuaian penggunaan.
Hapus Akaun Pengguna Hanya Pentadbir Sistem sahaja boleh menghapus akaun pengguna.
iii. KES PENGGUNA MENGURUS MAKLUMAT SYARIKAT
Jadual 6.11: Kes Pengguna Pengurusan Maklumat Syarikat
Kes Pengguna Keterangan Masukkan Maklumat Syarikat
Pengurus Bangunan akan memasukkan maklumat syarikat mereka bekerja.
Kemaskini Maklumat Syarikat
Pengurus Bangunan akan mengemaskini maklumat syarikat mereka bekerja.
Masukkan Maklumat Jabatan
Pengurus Bangunan akan memasukkan maklumat Jabatan Penyenggaraan mereka.
Kemaskini Maklumat Jabatan
Pengurus Bangunan akan mengemaskini maklumat Jabatan Penyenggaraan mereka.
Masukkan Maklumat Kontraktor
Pengurus Bangunan akan memasukkan maklumat kontraktor untuk rujukan dan juga kontrak.
Kemaskini Maklumat Kontraktor
Pengurus Bangunan akan mengemaskini maklumat kontraktor.
Padam Maklumat Kontraktor
Pengurus Bangunan akan memadam maklumat kontraktor sekiranya diperlukan.
iv. KES PENGGUNA MENGURUS BANGUNAN
Jadual 6.12: Kes Pengguna Pengurusan Bangunan
Kes Pengguna Keterangan Daftar Bangunan Pengurus dan Penyenggara Bangunan akan mendaftarkan maklumat
bangunan. Daftar Aras Bangunan
Pengurus dan Penyenggara Bangunan akan mendaftarkan setiap aras bangunan untuk setiap bangunan yang didaftarkan.
Masukkan Pelan Digital Setiap Aras
Setelah aras bangunan didaftarkan, Pengurus dan Penyenggara Bangunan akan memasukkan pelan digital pada setiap aras bangunan.
Tentukan Komponen Bangunan
Melalui pelan bangunan, Pengurus dan Penyenggara Bangunan akan menentukan komponen bangunan dan menyusun lokasi komponen ke atas pelan mengikut kordinat.
142
v. KES PENGGUNA MENGURUS ADUAN KEROSAKAN DAN ARAHAN
KERJA
Jadual 6.13: Kes Pengguna Pengurusan Aduan Kerosakan dan Arahan Kerja
Kes Pengguna Keterangan Membuat Aduan Pengadu membuat aduan menggunakan borang aduan kerosakan yang
berfungsi secara dalam talian. Terima Aduan Pengurus Bangunan menerima aduan kerosakan. Beri Arahan Kerja Pengurus Bangunan memberi arahan kerja kepada penyenggara
bangunan. Menerima Arahan Kerja Penyenggara bangunan menerima arahan kerja.
vi. KES PENGGUNA MENGURUS PEMERIKSAAN BANGUNAN
Jadual 6.14: Kes Pengguna Pengurusan Pemeriksaan Bangunan
Kes Pengguna Keterangan Pelan Bangunan Penyenggara Bangunan akan memilih aras bangunan untuk
memaparkan pelan bangunan. Pilih Lokasi Bangunan Penyenggara Bangunan akan memilih lokasi bangunan yang akan
diperiksa. Membuat Pemeriksaan Bangunan
Penyenggara Bangunan membuat pemeriksaan bangunan dan merekodkan maklumat pemeriksaan di dalam sistem.
Kemaskini Pemeriksaan Bangunan
Penyenggara Bangunan mengemaskini maklumat pemeriksaan bangunan.
Padam Pemeriksaan Bangunan
Penyenggara Bangunan memadam maklumat pemeriksaan bangunan.
vii. KES PENGGUNA PENGURUSAN PEMERIKSAAN MEKANIKAL DAN
ELEKTRIKAL
Jadual 6.15: Kes Pengguna Pengurusan Pemeriksaan Mekanikal dan Elektrikal
Kes Pengguna Keterangan Pelan Bangunan Penyenggara Bangunan akan memilih aras bangunan untuk
memaparkan pelan bangunan. Pilih Lokasi Bangunan Penyenggara Bangunan akan memilih lokasi bangunan yang akan
diperiksa. Membuat Pemeriksaan Mekanikal dan Elektrikal
Penyenggara Bangunan membuat pemeriksaan mekanikal dan elektrikal dan merekodkan maklumat pemeriksaan di dalam sistem.
Kemaskini Pemeriksaan Mekanikal dan Elektrikal
Penyenggara Bangunan mengemaskini maklumat pemeriksaan mekanikal dan elektrikal.
Padam Pemeriksaan Mekanikal dan Elektrikal
Penyenggara Bangunan memadam maklumat pemeriksaan mekanikal dan elektrikal.
143
viii. KES PENGGUNA MENGURUS PEMERIKSAAN ASET
Jadual 6.16: Kes Pengguna Pengurusan Pemeriksaan Aset
Kes Pengguna Keterangan Pelan Bangunan Penyenggara Bangunan akan memilih aras bangunan untuk
memaparkan pelan bangunan. Pilih Lokasi Bangunan Penyenggara Bangunan akan memilih lokasi bangunan yang akan
diperiksa. Membuat Pemeriksaan Aset
Penyenggara Bangunan membuat pemeriksaan aset dan merekodkan maklumat pemeriksaan di dalam sistem.
Kemaskini Pemeriksaan Aset
Penyenggara Bangunan mengemaskini maklumat pemeriksaan aset.
Padam Pemeriksaan Aset Penyenggara Bangunan memadam maklumat pemeriksaan aset.
ix. KES PENGGUNA MENGURUS ASET dan INVENTORI
Jadual 6.17: Kes Pengguna Pengurusan Aset dan Inventori
Kes Pengguna Keterangan Daftar Aset Penyenggara Bangunan mendaftarkan aset bangunan. Tentukan Kuantiti Asal Penyenggara Bangunan menentukan kuantiti asal aset tersebut. Aset Disimpan di Inventori
Aset disimpan di inventori manakala maklumat disimpan di dalam sistem.
Guna Aset Penyenggara Bangunan mengunakan aset dan merekodkan penggunaan aset tersebut.
Tentukan Kuantiti Semasa
Baki aset yang tinggal dikira dan maklumat semasa kuantiti disimpan di dalam sistem.
x. KES PENGGUNA MENGURUS KOS PENYENGGARAAN
Jadual 6.18: Kes Pengguna Pengurusan Kos Penyenggaraan
Kes Pengguna Keterangan Tentukan Nombor Sebut Harga
Penyenggara Bangunan mengisi nombor sebut harga.
Tentukan Tarikh Sebut Harga
Penyenggara Bangunan mengisi tarikh sebut harga.
Senaraikan Kos Penyenggara Bangunan mengisi item-item dan harga-harga yang diperlukan untuk kerja-kerja pembaikian.
Tambah Jumlah Keseluruhan Kos
Penyenggara Bangunan menambah jumlah harga-harga untuk mendapatkan keseluruhan kos penyenggaraan.
144
xi. KES PENGGUNA MENGURUS DOKUMEN DIGITAL
Jadual 6.19: Kes Pengguna Mengurus Dokumen Digital
Kes Pengguna Keterangan Pilih Dokumen Pengurus dan Penyenggara Bangunan memilih dokumen untuk
disimpan ke dalam sistem. Muat Naik Dokumen Pengurus dan Penyenggara Bangunan memuat naik dokumen ke
dalam sistem. Mendaftarkan Dokumen Pengurus dan Penyenggara Bangunan mendaftarkan dokumen. Dokumen Disimpan Dokumen disimpan di dalam pangkalan data sistem. Papar Dokumen Pengurus dan Penyenggara Bangunan memapar dokumen dengan
memilih dokumen yang dikehendaki.
xii. KES PENGGUNA MENGURUS GRAF ANALISIS
Jadual 6.20: Kes Pengguna Mengurus Graf Analisis
Kes Pengguna Keterangan Cari Kategori Graf Analisis
Pengurus dan Penyenggara Bangunan memilih kategori graf analisis untuk dipaparkan seperti: (i) Jumlah Pemeriksaan Bangunan, (ii) Prestasi Bangunan, (iii) Kerosakan dan Kecacatan Bangunan, (iv) Aduan, (v) Kos Penyenggaraan
Pilih Tahun Pengurus dan Penyenggara Bangunan memilih tahun laporan yang ingin dipaparkan.
Papar Graf Analisis Pengurus dan Penyenggara Bangunan memaparkan graf analisis. Cetak Graf Analisis Pengurus dan Penyenggara Bangunan mencetak graf analisis tersebut.
6.9 REKA BENTUK ANTARA MUKA
Antara muka pengguna merupakan medium yang membolehkan pengguna berinteraksi
dengan sistem. Setiap antara muka sistem mempunyai ciri-ciri yang tertentu malah
menyokong sesuatu modul serta penggunanya (Teddy dan Agus, 2007). Berikut adalah
beberapa contoh antara muka pengguna yang dihasilkan pada Rajah 6.5 hingga 6.11:
145
i. Daftar Masuk
Rajah 6.5: Reka bentuk Paparan Muka Daftar Masuk Pengguna
Pada Rajah 6.5 menunjukkan BUILDIMS akan memaparkan paparan muka daftar
masuk pengguna sebagai satu keselamatan ke atas sistem. Pengguna yang berdaftar
perlulah memasukkan maklumat seperti nama pengguna dan katalaluan untuk
menggunakan sistem ini.
ii. Pelan Lokasi Bangunan
Rajah 6.6: Reka bentuk Paparan Muka Pelan Bangunan
146
Pada Rajah 6.6 menunjukkan BUILDIMS menyediakan ruang pelan bagi
memudahkan para pemeriksa membuat pemeriksaan. Pelan bangunan ini akan
dibahagikan mengikut kategori “Bangunan” dan “Aras Bangunan”. Dengan hanya
menekan butang lokasi, para pemeriksa bangunan dapat mengenal pasti lokasi dan
juga maklumat penyenggaraan dengan lebih cepat dan efektif.
iii. Senarai Pemeriksaan Bangunan
Rajah 6.7: Reka bentuk Paparan Muka Senarai Pemeriksaan Bangunan
Pada Rajah 6.7 menunjukkan segala rekod pemeriksaan akan direkodkan mengikut
tahun pemeriksaan. Melalui tahun ini, laporan pemeriksaan dapat diterbitkan.
147
iv. Pemeriksaan Bangunan
Rajah 6.8: Reka bentuk Paparan Muka Pemeriksaan Bangunan
Rajah 6.8 menunjukkan borang pengisian secara elektronik adalah sama dengan
borang yang digunakan oleh para pemeriksa bangunan. Selain itu, BUILDIMS juga
menyediakan borang pengisian penyenggaraan bangunan mengikut kehendak
pengguna dan keperluan bangunan berdasarkan ciri-ciri dan teknologi bangunan.
148
v. Pencarian Maklumat
Rajah 6.9: Pencarian Maklumat Pemeriksaan Bangunan
Rajah 6.9 menunjukkan rekod-rekod pemeriksaan akan disimpan ke dalam
pangkalan data dengan cepat malah pencarian maklumat juga mudah dengan
menggunakan “Enjin Carian Maklumat”.
vi. Pengurusan Maklumat Organisasi
Rajah 6.10: Reka bentuk Paparan Muka Pengurusan Maklumat Organisasi
Rajah 6.10 menunjukkan BUILDIMS menyediakan ruang kepada pengguna untuk
menyimpan maklumat am syarikat mereka.
149
vii. Pengurusan Maklumat Jabatan Senggara
Rajah 6.11: Reka bentuk Paparan Muka Maklumat Jabatan Senggara
Rajah 6.11 menunjukkan BUILDIMS menyediakan ruang kepada jabatan
penyenggaraan untuk menyimpan maklumat am jabatan mereka. Dengan maklumat
ini, ia akan memudahkan perkongsian maklumat yang berguna di antara satu sama
lain.
6.10 REKA BENTUK PANGKALAN DATA
Pangkalan data MySQL telah digunakan untuk menghasilkan medan-medan pangkalan data
yang sesuai dengan penggunaan pengaturcaraan PHP. Jadual 6.21 menunjukkan medan-
medan yang dicipta. Sila rujuk Lampiran B untuk maklumat medan yang lebih lanjut.
150
Jadual 6.21: Medan dalam Pangkalan Data
Medan Saiz activities_department 16.0 KB areas 16.0 KB building 16.0 KB building_cpadaergory 16.0 KB building_damage_cpadaergory 16.0 KB building_disablity_cpadaergory 16.0 KB building_gred 16.0 KB building_owner 16.0 KB building_part 16.0 KB building_roof 16.0 KB building_structure 16.0 KB building_type 16.0 KB building_wall 16.0 KB cpadaergory_company 16.0 KB cdkey 16.0 KB company 16.0 KB complaint 16.0 KB counting_unit 16.0 KB department 16.0 KB exam_building_component 16.0 KB exam_building_detail 16.0 KB exam_building_insp_damage 16.0 KB exam_building_insp_disablity 48.0 KB exam_building_inspection1 16.0 KB exam_building_inspection2 272.0 KB maintenance_cost 16.0 KB maintenance_cost_work 16.0 KB maintinance_scheduler 16.0 KB outside_company 16.0 KB staff 16.0 KB system_user 16.0 KB temp_table 16.0 KB
6.11 RUMUSAN
BUILDIMS yang bermaksud Building Inspection and Monitoring System dibangunkan
berdasarkan hasil penyelidikan sepenuhnya ke atas permasalahan yang dialami oleh para
penyenggara bangunan. Hasil penyelidikan ini, sebuah proses pembuatan keputusan
pembangunan sistem telah dibentuk melalui analisis data, kerja lapangan serta rujukan
ilmiah dan internet bagi memudahkan pembinaan BUILDIMS. Proses pembuatan
keputusan ini melibatkan tiga peringkat iaitu Peringkat 1, Peringkat 2 dan Peringkat 3.
151
Setiap peringkat ini menjelaskan tentang objektif, faktor-faktor, komponen-komponen,
ciri-ciri dan elemen-elemen sistem tersebut.
Setelah proses pembuatan keputusan pembangunan sistem dibentuk maka kaedah
pembangunan perisian akan ditetapkan dari awal sebelum proses pembangunan perisian
dijalankan. Kaedah pembangunan yang telah ditetapkan tersebut adalah model Kitaran
Hayat Pembangunan (SDLC).
Manakala pendekatan analisis untuk menghasilkan sistem ini pula adalah Analisis dan reka
bentuk berorientasikan objek (OOAD). Teknik OOAD adalah untuk menganalisis Data
serta Proses dalam keadaan yang berasingan. Model OOAD yang digunakan dalam
penyelidikan ini adalah Unified Modelling Languange (UML).
Melalui UML maka beberapa rajah analisis sistem tersebut telah dibentuk seperti Kes
Pengguna, Diagram Kolaborasi, Diagram Klas, Digram Aturan, Diagram Aktiviti dan
Diagram Kombinasi Klas.
Untuk memastikan pelaksanaan sistem ini berjalan lancar maka beberapa langkah harus
dilakukan. Langkah-langkah ini akan diterangkan pada bab seterusnya iaitu penerangan
tentang proses-proses pembangunan perisian yang dijalankan berdasarkan analisis sistem
yang dibuat sebelum ini.
152
BAB 7
PEMBANGUNAN PERISIAN
7.1 PENDAHULUAN
Pembangunan perisian merupakan proses pertukaran maklumat keperluan pengguna dan
reka bentuk kepada suatu program atau modul dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan untuk menghasilkan aplikasi dan pangkalan data (Hanif, 2007). Untuk
memastikan pelaksanaan sistem itu lancar, maka beberapa langkah harus dilakukan seperti
mengenal pasti kaedah pembangunan, pengaturcaraan dan kod-kod sistem yang
bersesuaian dengan penyelidikan yang dilakukan (Dennis et al., 2005).
7.2 PERKAKASAN DAN PERISIAN KOMPUTER
Berikut adalah maklumat-maklumat perkakasan komputer serta perisian yang digunakan:
i. PERALATAN KOMPUTER
Berikut adalah peralatan untuk membangunkan sistem:
a) Komputer berprosesor Pentium 4.AMD , 1.8 GHz
b) Sekurang-kurangnya 1GB RAM (L1 Cache)
c) Cakera Keras (Harddisk) bersaiz 10 GB
d) 3.5 Floopy Disk dan Pemacu USB
153
ii. PERISIAN KOMPUTER
Berikut adalah perisian yang digunakan untuk membangunkan sistem:
a) Sistem Operasi : Microsoft XP
b) Perkakasan Pembanguna: Micromedia Dreaweaver MX
c) Pembangunan Grafik: Adobe Photoshop CS2
d) Pelayan Web: Apache Server
e) Pangkalan Data: MySql, EasyPHP 1.8
7.3 DOKUMENTASI PEMBANGUNAN PROGRAM
Segala maklumat pembangunan dalam penyelidikan ini telah dikumpulkan untuk tujuan
dokumentasi. Diantara maklumat-maklumat yang dikumpulkan bersama adalah seperti (1)
keterangan dan konsep sistem, (2) keperluan sistem dan pengguna, (3) analisis sistem dan
(4) pangkalan data.
7.4 REKA BENTUK PROGRAM
Sebelum program ditulis, kerja-kerja menganalisis sistem keperluan akan dilakukan
terlebih dahulu dengan membentuk antara muka pengguna serta mereka bentuk struktur
logikal bagi memudahkan kerja-kerja mereka bentuk struktur program sistem tersebut.
154
7.4.1 MENULIS PROGRAM
Pada peringkat ini, program sistem akan ditulis ke dalam komputer menggunakan
perkakasan Macromedia Dreamweaver bagi membangunkan kod PHP. Kod PHP yang
ditulis adalah mengikut reka bentuk program yang telah dirancang terlebih dahulu. Selain
itu, beberapa kod-kod lain seperti Java Script dan HTML digunakan bagi menyokong
fungsi-fungsi tambahan untuk peringkat interaksi pengguna terhadap paparan sistem
supaya sistem yang dibangunkan dapat digunakan dengan mudah serta senang difahami
pengguna.
7.5 PELAKSANAAN SISTEM
Berikut adalah maklumat lanjut tentang pelaksanaan sistem sepanjang tempoh
penyelidikan tersebut:
i. PEMILIHAN SISTEM OPERASI
Windows XP adalah salah satu daripada keluarga sistem pengendalian Windows
keluaran Microsoft. Akronim XP bermaksud eXPerience (pengalaman). Kelebihan
penggunaan Windows XP adalah kerana sistem pengendalian paling stabil pernah
dibina oleh Microsoft. Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000
yang terbukti sangat stabil serta paling banyak digunakan diseluruh dunia.
155
ii. PENYAMBUNGAN PANGKALAN DATA
My Sequence Query Language (MySQL) merupakan sebuah pangkalan data sumber
terbuka yang menyediakan pelbagai kegunaan akses kepada sistem-sistem yang
menggunakannya sebagai pangkalan data. Sumber maklumat untuk mengakses
pangkalan data MySQL boleh diperolehi dalam semua program bahasa utama
dengan bahasa khusus Application Programming Interface (API). Hypertext
Preprocessor (PHP) dan MySQL adalah komponen yang diperlukan untuk
menggerakkan kandungan sistem.
iii. PENGGUNAAN PELAYAN APACHE
Apache merupakan salah sebuah atur cara pelayan web sumber terbuka yang serupa
dengan Internet Information Service (IIS), Nama Apache sebenarnya berasal
daripada perkataan bahasa Inggeris, "A patchy server". Atur cara pelayan web ini
berpunca daripada proses tampung yang dijalankan ke atas Daemon NCSA HTTP
pada awal tahun 1995. Kelebihan pada penggunaan Apache adalah kod yang
digunakan untuk membina modul-modul tersebut berasal daripada objek
perkongsian dalam sistem Unix, dan boleh dipasang secara statik ke dalam Apache.
iv. PENGGUNAAN BAHASA PENGATURCARAAN PHP, HTML DAN JAVA
SCRIPT
Hypertext Preprocessor (PHP) ialah bahasa skrip yang direka khas untuk
digunakan bersama-sama dengan penanda Hypertext Markup Language (HTML)
untuk membina laman web. Laman web yang mengandungi skrip PHP diproses
oleh enjin skrip PHP dan kod tersebut digantikan dengan apa yang dapat dilihat
156
pada paparan skrin komputer. PHP ialah sumber terbuka dan dianggap sebagai satu
teknologi penulisan web yang terbaik dan mudah dipelajari.
JavaScript ialah set arahan yang digunakan di dalam HTML untuk mengawal
pelayar web atau menghasilkan efek web. Pereka web boleh meletakkan kod
JavaScript sama ada di bahagian HEAD atau BODY. Namun begitu terdapat
beberapa keadaan di mana JavaScript digunakan sebagai skrip luaran yang mana
fail tersebut ditulis dan disimpan dalam format ".js". Dengan JavaScript, pereka
web untuk memasukkan web mereka dengan kandungan-kandungan yang dinamik,
menukar warna latarbelakang, efek butang, efek tertikus, menu interaktif dan
sebagainya.
v. DREAMWEAVER MX SEBAGAI ALAT PEMBANGUNAN
Adobe Dreamwever MX merupakan peralatan yang digunakan untuk
membangunkan perisian melalui kaedah menulis aturcara komputer serta
pembinaan reka bentuk antara muka sistem. Adobe Dreamweaver adalah
berkonsepkan “WYSIWG (What You See Is What You Get)” yang bermaksud “Apa
Yang Ada Lihat Adalah Apa Yang Ada Terima”. Dengan penggunaan peralatan ini,
pengatur cara boleh menguruskan laman-laman web profesional, sama ada dengan
HTML, XHTML, XML, ColdFusion, ASP.NET, ASP, JSP atau PHP.
157
vi. ADOBE PHOTOSHOP SEBAGAI ALAT MEREKA BENTUK GRAFIK
Adobe Photoshop ialah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan
untuk mengubah gambar dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik.
Adobe Photoshop didatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna
untuk memilih, melukis dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di
dalam Adobe Photoshop adalah seperti pengurusan warna dan pengurusan lapisan
bertindih (layer) dan lain-lain. Secara umumnya pereka boleh melakukan apa saja
ke atas imej menggunakan Adobe Photoshop bagi menghasilkan kesan khas
tertentu dan pelbagai kegunaan lain.
7.5.1 PENGESAHAN DATA
Pengesahan data adalah untuk memastikan pengguna akhir (end user) memasukkan nilai
dan jenis maklumat dengan betul. Proses ini penting bagi menghalang kesilapan yang
disengajakan (Hanif, 2007). Sebahagian daripada pengesahan data yang dibuat dalam
BUILDIMS adalah seperti memeriksa nama pengguna dan kata laluan yang sah,
memastikan pentadbir sistem tidak akan mendaftar nama pengguna yang sama berulang-
kali dan sebagainya. Pengesahan data juga bertujuan memastikan hanya rekod yang
disahkan sahaja boleh dimasukkan ke dalam pangkalan data dan mengurangkan risiko
kesilapan sistem disebabkan oleh data yang tidak sah.
158
7.5.2 MENGURUSKAN KESILAPAN
Kebiasaannya kesilapan pada sistem berlaku disebabkan oleh dua keadaan iaitu kesilapan
pada kod program pelanggan dan kod program pelayan. Maka adalah penting untuk
pembangun mengetahui bagaimana untuk mengenal pasti dan menyingkirkan pepijat
(debugging) serta mengawal kesilapan tersebut secara berperingkat (Hanif, 2007). Ketika
peringkat penulisan kod program, pembangun perlu mencuba fungsi penyusunan arahan
(compile) dengan menggunakan perisian Adobe Dreamweaver MX untuk melihat tindak
balas fungsi kod-kod yang ditulis. Sekiranya ada kesilapan, perisian tersebut akan
memaparkan barisan kod-kod yang salah dan ianya perlu dibaiki untuk memastikan sistem
berfungsi dengan baik.
7.5.3 PENGURUSAN KESELAMATAN
Pengurusan keselamatan adalah penting bagi memastikan maklumat lengkap pengguna
disimpan secara rahsia dan selamat. BUILDIMS menyediakan tahap keselamatan
berdasarkan status kumpulan pengguna. Setiap kumpulan pengguna mempunyai hak
capaian yang berbeza yang dikategorikan sebagai pentadbir sistem, pengurus senggara,
kakitangan senggara dan pengadu kerosakan.
Secara asasnya, pentadbiran sistem adalah dibenarkan untuk melakukan penyuntingan dan
penghapusan kerja sementara pengguna-pengguna daripada kumpulan yang lain
dibenarkan untuk mencapai data-data yang mereka perlukan sahaja. Ini untuk mencegah
pengguna daripada secara tidak sengaja memusnahkan maklumat dalam pangkalan data.
159
Selain daripada itu, pentadbir sistem adalah bertanggungjawab untuk mengatur akaun
pengguna bagi setiap pengguna baru. Ini bagi memastikan integrasi data pada setiap akaun
adalah rekod yang sah. Dengan penguasaan capaian, setiap kumpulan pengguna akan capai
kepada jenis set modul yang berbeza bergantung kepada status capaian mereka tersebut.
Malah pangkalan data BUILDIMS juga memerlukan nama pengguna dan kata laluan untuk
mengakses pangkalan data tanpa dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
7.6 PENGUJIAN SISTEM
Pengujian sistem telah dilakukan pada tapak Rumah Naib Canselor, Universiti Malaya
bagi melihat keberkesanan pengisian maklumat, paparan maklumat dan analisis. Sistem
telah dibawa bersama ketika proses membuat pemeriksaan keadaan bangunan dijalankan.
Data-data yang diisi telah diperiksa secara visual melalui skrin komputer serta dicetak bagi
melihat sistem tersebut berfungsi dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan atau
kerosakan sistem.
Pengujian fungsi sistem juga dilakukan secara “Pengujian Sub” iaitu pengujian yang
menfokuskan pada pengujian struktur fungsi pada setiap modul. Pengujian ini penting
untuk memastikan setiap struktur fungsi berfungsi secara menyeluruh dan saling bertindak
balas dengan modul-modul yang lain mengikut tindakan pengguna (Hanif, 2007). Berikut
adalah rajah pengujian struktur fungsi yang diuji dalam sistem tersebut seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 7.1:
160
Rajah 7.1: Pengujian Struktur Fungsi Secara Pengujian Sub
Sumber: Analisis dan Perancangan Sistem Informasi Untuk Keunggulan Bersaing
Perusahaan dan Organisasi Moden (Hanif, 2007)
161
7.6.1 PERINGKAT PENGUJIAN
Terdapat tiga (3) peringkat pengujian yang dilakukan ke atas BUILDIMS seperti berikut:
i. PENGUJIAN UNIT
Pengujian unit dilakukan selepas pengujian struktur fungsi untuk menguji setiap
modul BUILDIMS berfungsi dengan baik. Terdapat dua (2) kaedah untuk
melakukan pengujian unit, iaitu:
a) Pengujian Kotak Hitam - Pengujian ini adalah untuk memastikan
program-program sistem memenuhi keperluan yang telah ditetapkan dalam
spesifikasi sistem. Kaedah pengujian dilakukan pada setiap akses unit dan
modul agar ianya berfungsi mengikut keperluan serta proses. Sekiranya
terdapat unit-unit yang tidak mengikut keperluan yang ditetapkan maka
perubahan akan dilakukan.
b) Pengujian Kotak Putih - Pengujian ini dilakukan untuk meneliti kod-kod
program pada setiap modul dan menganalisis sebarang kerosakan atau
kecacatan pada kod-kod tersebut. Sekiranya terdapat modul-modul yang
menghasilkan data keluar yang tidak mengikut proses yang ditetapkan.
Maka baris program, pengubah, parameter dan lain-lain yang terlibat pada
unit tersebut akan diperiksa dan diperbaiki.
162
ii. PENGUJIAN INTEGRASI
Setelah pengujian unit selesai, maka interaksi dilakukan bagi memastikan sistem
informasi setiap modul berfungsi dengan baik. Pengujian integrasi yang dilakukan
ke atas BUILDIMS adalah seperti:
a) Pengujian paparan muka untuk setiap modul-modul.
b) Pengujian aliran data untuk setiap medan dalam pangkalan data.
iii. PENGUJIAN PENERIMAAN
Pengujian ini dilakukan untuk memastikan pengguna akhir (end user) dapat
memahami dan menerima sistem yang direka serta memenuhi keperluan pengguna.
Terdapat dua (2) jenis pengujian penerimaan iaitu:
a) Pengujian Alpha - Pengujian ini dilakukan sendiri oleh pengguna
BUILDIMS untuk menjamin bahawa mereka menerima sistem, mengisi
data-data serta menggunakan kembali data-data yang terdapat dalam sistem
tersebut.
b) Pengujian Beta - Pengujian ini melibatkan pengguna BUILDIMS mencuba
serta menilai tahap kesukaran sistem tersebut. Malah sebarang fungsi-fungsi
sistem yang didapati tidak berfungsi akan dilaporkan kepada pembangun
sistem.
163
7.6.2 TINDAK BALAS PENGGUNA DALAM PENGUJIAN
Dalam proses pengujian sistem, kertas soal selidik telah diserahkan kepada para penguna
iaitu penyelidik-penyelidik Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya ketika melakukan kerja-
kerja pemeriksaan dan penyenggaraan ke atas Rumah Naib Canselor, Universiti Malaya.
Kerja-kerja pemeriksaan dan penyenggaraan Rumah Naib Canselor melibatkan sepuluh
kakitangan yang terdiri daripada Ketua Projek, Arkitek, Pelukis AutoCAD, Pemeriksa
Bangunan, Juruukur Bangunan. Jurutera dan Kontraktor. Kertas soal selidik telah
diserahkan kepada kakitangan-kakitangan tersebut dan keputusan tindak balas pengguna
dalam pengujian sistem boleh dirujuk pada Lampiran E.
Berdasarkan maklumat responden-responden yang dikumpul secara graf peratus, maka
secara rumusannya bahawa kebanyakan pengguna memberikan kerjasama yang amat baik
untuk mencuba sistem yang telah dibangunkan. Hanya sebilangan kecil responden sahaja
yang memberi keputusan tidak pasti seperti pada soalan 6, 7, 8, 11 dan 12 kerana tidak
sempat mencuba sebilangan fungsi-fungsi sistem yang telah disediakan. Perbezaan
pendapat di dalam graf-graf tersebut adalah amat kecil memandangkan hanya sebilangan
kecil sahaja responden-responden yang mencuba sistem tersebut. Ini dapat dibuktikan
dengan kebanyakan graf-graf menunjukkan nilai-nilai peratus yang hampir sama.
Setiap pandangan pengguna-pengguna yang diterima telah dikumpulkan untuk kerja-kerja
membaik pulih sistem supaya sistem tersebut dapat diguna pakai serta memenuhi
keperluan dan objektif kerja-kerja pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan.
164
7.6.3 OPERASI DAN PENYENGGARAAN
Walaupun BUILDIMS telah direka, dibangun dan diuji, namun kesilapan serta pepijat
(bug) adalah sesuatu yang tidak dapat dihindari. Sebarang kecacatan sistem boleh
disebabkan oleh:
i. Keperluan sistem yang tidak memenuhi spesifikasi pengguna.
ii. Keperluan sistem yang sukar difahami pengguna.
iii. Keperluan sistem yang disalahtafsirkan.
iv. Kesalahan ketika mereka bentuk dan melaksanakan keperluan sistem.
Maka dalam penyelidikan ini, proses menjangka sesuatu yang mungkin terjadi pada
BUILDIMS harus diambil perhatian. Sebarang proses operasi dan penyenggaraan sistem
harus dikaji agar sistem ini sentiasa berfungsi dan diguna pakai sentiasa. Teknologi dan
arus perniagaan selalu berubah, sehinggakan keperluan sistem juga akan turut berubah.
Beberapa perkara yang harus diketahui dalam kerja-kerja penyenggaraan sistem adalah
seperti:
i. Permasalahan Urusan Baru - Masalah-masalah dan isu-isu baru dalam
pembangunan, keselamatan bangunan, pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan
yang sering muncul akan menyebabkan BUILDIMS tidak boleh digunakan dengan
hanya berbekalkan modul-modul sedia ada.
165
ii. Keperluan Sistem Baru - Keperluan sistem baru seperti versi laporan, pengurusan
yang baru, transaksi, polisi-polisi adalah diperlukan untuk menjamin sistem
sentiasa berfungsi mengikut keperluan.
iii. Keperluan Teknologi Baru - Hal ini terjadi sekiranya teknologi-teknologi baru
wujud dan digunakan dalam kerja-kerja pemeriksaan dan pemantauan bangunan.
Kemungkinan teknologi-teknologi ini diperlukan untuk berinteraksi dengan
BUILDIMS. Maka perubahan ke atas struktur sistem perlu dilakukan.
iv. Reka bentuk Sistem Yang Baru - Kadang kala beberapa elemen dari sistem yang
sedia ada perlu diubah walaupun tiada sebarang masalah dalam pengurusan
penyenggaraan dan keperluan pengguna (misalnya perubahan jumlah medan dalam
pangkalan data yang turut memerlukan perubahan di dalam borang sistem).
7.7 RUMUSAN
Perlaksanaan sistem melibatkan banyak proses serta aturan yang perlu diikuti. Setiap
proses-proses perlaksanaan sistem ini mempunyai beberapa peringkat. Dalam perlaksanaan
sistem, apabila proses penulisan program selesai dilakukan, maka peringkat pengembangan
sistem informasi harus dilalui. Pertama, sistem harus melalui proses pengujian sistem
untuk melihat sistem mencapai keperluan pengguna. Pengujian juga bertujuan untuk
melihat keberkesanan sistem tersebut dalam memberi manfaat kepada pengguna.
Setelah sistem diuji, maka peringkat implementasi atau pemasangan dijalankan. Untuk
sistem tersebut, beberapa latihan telah ditunjuk agar pengguna dapat menggunakannya
166
dengan mudah. Selain itu juga penyelidikan ini memastikan supaya sistem tersebut
sentiasa digunakan dalam kerja-kerja pemeriksaan bangunan.
Pemeliharaan sistem juga merupakan proses penting dalam kitaran hayat pembangunan
sistem. Proses ini adalah bertujuan untuk bertindak balas terhadap perubahan keperluan
pengguna apabila sistem tersebut siap dan digunakan untuk jangka masa beberapa waktu.
Bab seterusnya adalah bab terakhir penyelidikan ini yang menerangkan kepentingan,
sumbangan serta kemajuan penggunaan BUILDIMS untuk memudahkan kerja-kerja
pemeriksaan serta membuat keputusan ke atas pemeriksaan dan pemantauan yang
dilakukan.
167
BAB 8
KESIMPULAN
8.1 PENDAHULUAN
Bab ini menerangkan kesimpulan terhadap keseluruhan penyelidikan yang telah
dijalankan. Setelah kerja-kerja penyelidikan dijalankan, hasil daripadanya akan dapat
dimanfaatkan kepada pengguna untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan kerja-
kerja penyenggaraan bangunan dengan menggunakan BUILDIMS.
8.2 PENEMUAN DALAM PENYELIDIKAN
Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan terdapat lima (5) fakta telah dikumpulkan
melalui soal selidik responden. Ianya seperti berikut:
vi. Terdapat pertunjuk yang memperlihatkan bahawa sebahagian besar proses kerja-
kerja pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan serta pembuatan keputusan adalah
dikendalikan oleh pentadbir atau pengurus-pengurus projek. Tugas-tugas tersebut
dilaksanakan termasuk mekanikal dan elektrikal yang melibatkan perbelanjaan
yang tinggi dan memerlukan tenaga pakar bagi menyelesaikan masalah-masalah
penyenggaraan.
vii. Analisis mendapati bahawa bidang pengurusan dan kerja-kerja penyenggaraan
bangunan dilakukan oleh pelbagai profesion yang berlatarbelakang pendidikan dan
pratikal yang berbeza dalam kerja-kerja khusus penyenggaraan bangunan. Ini
168
mempengaruhi keadaan kerja serta pengurusan penyenggaraan bangunan yang amat
ketara perbezaannya di antara satu sama lain. Sistem yang dibangunkan juga harus
menepati kefahaman profesion-profesion yang terlibat.
viii. Kebanyakan responden yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja
pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan berpengalaman 1 hingga 4 tahun iaitu
sebanyak 59%. Manakala 41% terdiri daripada yang berpengalaman 5 hingga 6
tahun ke atas adalah terdiri daripada ketua unit, pengurus dan pegawai. Peratus
perbezaan kedua-dua pihak ini mempengaruhi keberkesanan dalam kerja-kerja
pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan.
ix. Rata-rata organisasi yang mempunyai piawaian penyenggaraan sendiri mempunyai
format laporan tersendiri, sentiasa mengemaskini jadual penyenggaraan setahun
sekali dan sering melakukan kerja-kerja penyenggaraan setiap 6 bulan atau setahun
sekali. Maklumat ini membantu dalam kerja-kerja pembangunan sistem.
x. Komponen-komponen dominan telah didapati pada ciri-ciri utama dalam
membangunkan sistem pemeriksaan dan pemantauan keadaan bangunan. Hasil
daripada analisis data maka satu proses maklumat telah dihasilkan bagi tujuan
pembangunan sistem tersebut.
8.3 PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN PENYELIDIKAN
Melalui penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa penerapan penggunaan
BUILDIMS dalam kerja-kerja pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan banyak
membantu para penyenggara melakukan tugasan dengan lebih baik, produktif serta cekap
dalam membuat keputusan berkenaan keadaan bangunan. Hal ini dapat dibuktikan melalui
169
aktiviti pengujian yang dijalankan semasa penyelidikan sebelum ini. Hasil yang diperolehi
daripada kajian dan pembangunan sistem adalah seperti yang dinyatakan berikut:
i. Pembangunan BUILDIMS adalah berdasarkan kombinasi penggunaan sistem
maklumat pengurusan, sistem pengurusan penyenggaraan berkomputer (CMMS),
teknologi Intranet, lukisan rekabentuk berkomputer (CAD) dan perkakasan analisis.
Kombinasi teknologi-teknologi tersebut membantu organisasi-organisasi
menjalankan pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja penyengaraan bangunan
dengan lebih sistematik dan teratur.
ii. Sistem berasaskan web ini membenarkan para pemeriksa bebas melakukan capaian
dalam lingkungan Intranet pada bila-bila masa sahaja di kawasan atau bangunan
yang diselia yang mempunyai rangkaian komputer.
iii. Sistem dapat membantu para pemeriksa dan pengurus bangunan mendapatkan
maklumat mengenai pemeriksaan, aduan serta status kerja-kerja penyenggaraan
bangunan.
iv. Sistem membolehkan proses membentuk graf analisis untuk melihat prestasi
bangunan, jumlah kerosakan, punca kerosakan, jumlah aduan, jumlah senggara
serta jumlah kos penyenggaraan.
v. Sistem dapat menjimatkan masa pengguna melalui modul paparan pelan bangunan
bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai maklumat kerja-kerja
pemeriksaan dan penyenggaraan secara pantas dan lebih efektif.
170
8.4 KELEBIHAN SISTEM YANG DIBANGUNKAN
Setelah dikenalpasti, terdapat empat kelebihan sistem yang dibangunkan, diantaranya
adalah:
i. Pulangan Ekonomi - Kos pembangunan BUILDIMS adalah sangat berpatutan,
malah terendah dari kebanyakan perisian yang berkonsepkan siap pasang.
BUILDIMS boleh diguna dalam bentuk penggunaan berkumpulan kerana ianya
berkonsepkan Intranet.
ii. Kelebihan Operasi BUILDIMS - Pengurus bangunan dan para penyenggara
sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa bangunan berdasarkan sistem
maklumat yang menunjukkan maklumat pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan
pada paparan sistem.
iii. Kelebihan Pengurusan - Memudahkan pihak pengurusan membuat keputusan ke
atas analisis yang dikeluarkan oleh sistem. Hasilnya akan memudahkan pihak
pengurusan membuat peruntukan kewangan penyenggaraan.
iv. Produktiviti BUILDIMS - Modul-modul sistem boleh ditambah mengikut
keperluan penggunaan. Malah sistem yang dibangunkan juga adalah berdasarkan
penyelidikan yang dijalankan ke atas permasalahan kerja-kerja pemeriksaan dan
penyenggaraan bangunan di Malaysia.
171
8.5 PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI
Terdapat enam (6) perkara yang diperolehi semasa penyelidikan ini dijalankan iaitu:-
i. Mengetahui dengan lebih mendalam jenis-jenis data pemeriksaan bangunan yang
mempunyai item dan attribut masing-masing.
ii. Mempelajari tentang sistem dan sistem sub struktur, komponen-komponen dan
elemen-elemen binaan bangunan.
iii. Mempelajari konsep ukur bangunan (building surveying) secara teorikal dan
praktikal yang banyak menyentuh kepada bagaimana untuk menguruskan kerja-
kerja penyenggaraan, mengesan kerosakan serta menganalisis kecacatan bangunan.
iv. Mengetahui bagaimana proses merancang dan bertindak yang sering dilakukan bagi
menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan penyenggaraan bangunan.
v. Mempelajari bagaimana menggunakan peralatan kerja ukur bagi mendapatkan
gambaran serta kefahaman konsep kerja-kerja pemeriksaan dan penyenggaraan
bangunan.
vi. Mempelajari bagaimana pengujian terhadap sistem dapat dilakukan bagi
menentukan keberkesanan sistem yang dibangunkan.
172
8.6 KEKANGAN PENYELIDIKAN
Terdapat tiga (3) kekangan semasa penyelidikan ini dijalankan iaitu:
i. Tiadanya sistem semasa yang berkebolehan mendiagnosis keadaan bangunan
secara terperinci untuk dijadikan bahan rujukan.
ii. Sukar untuk memenuhi cita rasa pengguna yang berlainan latar belakang kerjaya
seperti arkitek, jurutera, jurubina, juruukur yang mempunyai pelbagai perspektif
dan pandangan teoritikal dan praktikal yang berbeza.
iii. Kualiti persembahan sistem bergantung kepada spesifikasi perkakasan yang
digunakan. Spesifikasi perkakasan yang baik dapat menjamin masa tindakbalas
sistem yang cepat. Ini adalah bagi memastikan kualiti sistem dapat dipertingkatkan.
8.7 PENINGKATAN KEUPAYAAN MASA DEPAN
Walaupun sistem ini telah memenuhi keperluan skop dan objektif, namun sistem yang
dibangunkan ini memerlukan peningkatan secara berperingkat. Peningkatan keupayaan
tersebut bolehlah dilakukan terhadap sistem ini supaya ianya lebih efisien serta seiring
dengan permintaan semasa dan kemodenan teknologi komputer.
Pada masa depan saingan sistem akan semakin sengit dan mencabar. Maka penyenggaraan
sistem ini haruslah diteruskan bagi memenuhi fungsi-fungsi yang diingini oleh pengguna
sepanjang masa. Dalam masa yang sama, penyelidikan ini memberi suatu tanggapan baru
bagaimana suatu maklumat yang hanya berbentuk teks dan borang kaji selidik dapat
173
membantu para pemeriksa bangunan, para perunding bangunan dan kontraktor bangunan
membuat penilaian ke atas sesebuah bangunan melalui diagnosis bagi mendapatkan
gambaran sebenar bangunan tersebut.
8.8 RINGKASAN
BUILDIMS dibangunkan untuk menguruskan pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja
penyenggaraan bangunan. Sistem dibangunkan berdasarkan penyelidikan secara literatur
dan kaji selidik yang dilakukan pada organisasi-organisasi yang melibatkan diri dalam
kerja-kerja penyenggaraan bangunan .
Sistem dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan MySQL
sebagai pangkalan data. Sistem pengoperasian yang digunakan adalah Windows XP
Professional Edition. Sistem yang berasakan web ini dapat dilayari menggunakan pelayar
web Internet Explorer dan juga Mozilla Firefox.
Sistem ini diharapkan dapat mengembangkan operasi penyenggaraan bangunan untuk
setiap organisasi yang menggunakannya. Segala proses dapat dilakukan dalam lingkungan
Intranet dengan adanya capaian rangkaian komputer tanpa mengira masa.
Secara keseluruhannya, penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan satu sistem
maklumat pengurusan yang berkesan. Kejayaan pembangunan sistem ini adalah
bergantung kepada sejauh mana pengumpulan pengetahuan yang dapat dijalankan dan
distrukturkan dengan sebaik-baiknya. Selain itu kualiti maklumat, perkhidmatan dan
174
kualiti sistem juga adalah elemen penting bagi memastikan sistem yang dibangunkan
berkesan kepada organisasi dalam menjalankan pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja
penyenggaraan bangunan. Secara tidak langsung, ia juga dapat meluaskan pengetahuan di
dalam bidang sistem maklumat dan teknologi semasa yang sentiasa berkembang pesat.