bagaimana membersihkan gigi anda dengan

2
Bagaimana membersihkan gigi anda dengan betul Anda tentu merasakan yang anda tahu bagaimana memberus gigi. Tetapi persoalannya, adakah cara anda memberus gigi itu betul? Pemilihan berus gigi 1. Jenis : Anda boleh memilih apa jua jenis berus gigi samada yang biasa atau bermotor/elektrik asalkan anda selesa untuk menggunakannya dan anda boleh memberus seluruh permukaan gigi sehingga gigi yang paling belakang sekali. Tetapi elok jika anda memilih berus gigi yang kepalanya kecil sekiranya anda mempunyai gigi geraham bungsu untuk menyenangkan anda memberusnya. 2. Berus gigi: Pastikan anda memilih berus gigi yang berusnya lembut (soft) dan bukannya sederhana(medium) ataupun keras (hard). Plak yang anda perlu bersihkan setiap hari adalah lembut sahaja jadi anda tidak memerlukan berus yang keras untuk menghilangkannya. Karang gigi TIDAK boleh dibersihkan dengan berus gigi. Pemilihan ubat gigi Terdapat pelbagai jenis ubat gigi yang berada di pasaran sekarang yang mempunyai berbagai fungsi. Kebanyakkan ubat gigi mempunyai florida (fluoride) yang penting untuk mengurangkan risiko karis gigi. Sekiranya anda mempunyai gigi yang sensitif, adalah di nasihatkan supaya memilih ubat gigi untuk gigi sensitif kerana ia boleh membantu mengurangkan sensitiviti pada gigi anda seperti Sensodyne ataupun Colgate Sensitive. Sekiranya anda tidak

Upload: mynemdanish

Post on 19-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

gosok

TRANSCRIPT

Bagaimana membersihkan gigi anda dengan betul

Anda tentu merasakan yang anda tahu bagaimana memberus gigi. Tetapi persoalannya, adakah cara anda memberus gigi itu betul?

Pemilihan berus gigi

1. Jenis :

Anda boleh memilih apa jua jenis berus gigi samada yang biasa atau bermotor/elektrik asalkan

anda selesa untuk menggunakannya dan anda boleh memberus seluruh permukaan gigi sehingga

gigi yang paling belakang sekali. Tetapi elok jika anda memilih berus gigi yang kepalanya

kecil sekiranya anda mempunyai gigi geraham bungsu untuk menyenangkan anda memberusnya.

2. Berus gigi:

Pastikan anda memilih berus gigi yang berusnya lembut (soft) dan bukannya

sederhana(medium) ataupun keras (hard). Plak yang anda perlu bersihkan setiap hari adalah

lembut sahaja jadi anda tidak memerlukan berus yang keras untuk menghilangkannya. Karang

gigi TIDAK boleh dibersihkan dengan berus gigi.

Pemilihan ubat gigi

Terdapat pelbagai jenis ubat gigi yang berada di pasaran sekarang yang mempunyai berbagai

fungsi. Kebanyakkan ubat gigi mempunyai florida (fluoride) yang penting untuk mengurangkan

risiko karis gigi. Sekiranya anda mempunyai gigi yang sensitif, adalah di nasihatkan supaya

memilih ubat gigi untuk gigi sensitif kerana ia boleh membantu mengurangkan sensitiviti pada

gigi anda seperti Sensodyne ataupun Colgate Sensitive. Sekiranya anda tidak mempunyai

masalah, anda boleh menggunakan apa jua ubat gigi mengikut citarasa anda. Apa pun yang anda

pilih, pastikan anda hanya meletakkan sedikit sahaja ubat gigi ke atas berus gigi anda bukan

seperti yang anda nampak di iklan ubat gigi. Kerana anda tidak memerlukan ubat gigi yang

banyak untuk memastikan gigi anda bersih. Penggunaan ubat gigi berlebihan hanya membazir

dan tidak menyebabkan gigi anda bertambah putih dan bersih!

Cara memberus gigi dengan betul

Unuk membersihkan seluruh permukaan gigi anda dengan betul, anda

perlulah melihat cermin semasa memberus gigi dan juga mengambil masa untuk memberus

gigi anda (anda bolehlah mengira sebanyak 5 kiraan di dalam hati pada setiap bahagian

permukaan gigi yang diberus). Jangan memberus dengan kuat kerana ini akan menyebabkan

gigi anda boleh terhakis terutamanya pada leher gigi dan menyebabkan gigi anda menjadi

sensitif. Cara memberus adalah seperti dibawah :