badminton

Upload: mohd-shamsul-syamsul-sapian

Post on 18-Jul-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tajuk : Badminton Kandungan : 1. Mengenal gelanggang badminton 2. Mengenal cara-cara membuat servis Objektif : Membolehkan murid : 1. Mengenal gelanggang badminton 2. Belajar membuat servis Aktiviti: 1. Guru memperkenalkan permainan badminton, dan mempertontonkan video permainan badminton. 2. Guru membawa pelajar ke gelanggang badminton. i. Gelanggang Gelanggang merupakan kemudahan yang paling penting dalam sukan badminton. Ukuran gelanggang badminton mestilah mempunyai ukuran panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap gelanggang ini digarisi dengan garisan servis panjang, garisan servis pendek, garisan luar ganda, garisan tengah dan net yang mempunyai ukuran ketinggian 1.55 meter. Selain itu, gelanggang badminton untuk permainan individu dan permainan beregu adalah berbeza. Bagi permainan individu garisan luar tidak dikira jika shuttlecock jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis shuttlecock jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long.

Bentuk gelanggang badminton mestilah berbentuk empat segi bujur dengan ukuran 13.40 meter panjang dan 6.10 meter lebar. Permukaan kayu yang kenyal adalah paling sesuai kerana ia akan memberi permukaan yang sempurna untuk bermain.

Gambar A.

Gambar B ii. Jaring Selain daripada gelanggang, kemudahan yang terdapat dalam sukan badminton ialah jaring atau net. Jaring atau net penting dalam sukan ini kerana ianya bertujuan untuk memisahkan antara kedua-dua pemain badminton. Tinggi jaring yang digunakan semasa permainan badminton ini ialah 1.524 meter dari lantai,manakala ianya perlu diukur dari titik tengah gelanggang ke atas jaring. Tiang-tiang yang di gunakan pula tidak melebihi daripada 1.55 meter dan diletakkan di garisan tepi di sebelah luar seperti rajah di bawah:

Pemasangan jaring yang betul

Pemasangan Jaring yang salah

Selain itu juga jaring yang digunakan hendaklah dipasang dengan cara yang betul. Jaring hendaklah dipasang rapat dengan tiang untuk mengelakkan bola tangkis

masuk ke gelanggang lawan dengan tidak sengaja. Ianya juga bertujuan untuk mengelakkan ketidakadilan berlaku semasa pemain bermain di jaring.

3. Guru menunjukkan cara membuat servis, iaitu servis rendah dan servis tinggi. 4. Guru membuat demonstrasi permainan badminton bersama murid. 5. Guru membimbing murid membuat penyejukan badan.

Bahan bantu mengajar : 1. Pemain video dan tv. 2. Raket 3. Bulu tangkis 4. Jaring 5. Gelanggang badminton Nilai : kesungguhan, menepati masa dan mematuhi peraturan. Terapi : fizikal, pertuturan, dan carakerja. Teknik : demonstrasi , pengalaman, dan permainan.