bab 9sumber mineral dan tenaga di malaysia

7
BAB 9 SUMBER MINERAL DAN TENAGA DI MALAYSIA MINERAL DI NEGARA MALAYSIA 1. Sumber mineral dan tenaga sangat penting bagi pembangunan sesebuah negara. 2. Sejak dahulu lagi, manusia telah menggunakan unsur-unsur daripada bumi untuk menjalankan aktiviti harian. 3. Sumber boleh dibahagikan kepada: a) Sumber yang boleh diperbaharui seperti sumber tenaga suria, tenaga angin, tenaga air dan tenaga ombak. b) Sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti mineral logam dan bukan logam. 4. Mineral jenis logam adalah seperti bijih timah, bijih besi, kuprum da emas. 5. Malaysia kaya dengan berbagai jenis mineral seperti petroleum, gas asli, bijih timah, bijih besi, bauksit dan emas. 6. Petroleum, gas asli dan bijih timah ialah mineral-mineral yang paling penting di negara kita. PETROLEUM DAN GAS ASLI 1. Petroleum berasal daripada berjuta-juta organisma haiwan dan tumbuhan halus yang telah mati dan mendap di dasar laut. 2. Organisma ini ditimbuni oleh lumpur dan pasir yang dibawa oleh arus sungai. 3. Selepas berjuta-juta tahun, lumpur dan pasir menjadi batuan mendak yang keras manakala organisma yang mati itu reputdan berubah menjadi minyak. 4. Petroleum adalah bahan eksport dalam bentuk mineral yang utama di Malaysia. 5. Kawasan-kasawan pengeluaran petroleum yang utama ialah: a) Luar pantai Terengganu b) Luar pantai Sarawak c) Luar pantai Sabah 6. Di negara kita, petroleum dilombong di dasar laut. Sebelum petroleum dilombong, kerja mencarigali minyak dijalankan di sesebuah kawasan untuk menentukan dengan tepat tempat simpanan petroleum. 7. Selepas ditentukan kedudukan lapisan petroleum di dasar laut, sebuah pelantar minyak dibina dan alat-alat menggerudi disediakan. 8. Dasar laut digerudi hingga ke lapisan batuan yang mengandungi petroleum mentah. 9. Petroleum mentah yang dilombong disalurkan melalui saluran paip yang dibina di dasar laut ke kilang penapisan petroleum di pinggir laut. 10. Di kawasan perlombongan petroleum juga terdapat gas asli. Kawasan-kawasan perlombongan gas asli ialah: a) Luar pantai Terengganu b) Luar pantai Sarawak c) Luar pantai Sabah 11. Loji penapisan petroleum di Malaysia terletak di: a) Kerteh, Terengganu b) Lutong, Sarawak c) Tangga Batu, Melaka d) Port Dickson, Negeri Sembilan BIJIH TIMAH

Upload: branden-rutledge

Post on 26-Jan-2016

267 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

geo

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 9sumber Mineral Dan Tenaga Di Malaysia

BAB 9 SUMBER MINERAL DAN TENAGA DI MALAYSIA

MINERAL DI NEGARA MALAYSIA

1. Sumber mineral dan tenaga sangat penting bagi pembangunan sesebuah negara.2. Sejak dahulu lagi, manusia telah menggunakan unsur-unsur daripada bumi untuk menjalankan

aktiviti harian.3. Sumber boleh dibahagikan kepada:

a) Sumber yang boleh diperbaharui seperti sumber tenaga suria, tenaga angin, tenaga air dan tenaga ombak.

b) Sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti mineral logam dan bukan logam.4. Mineral jenis logam adalah seperti bijih timah, bijih besi, kuprum da emas.5. Malaysia kaya dengan berbagai jenis mineral seperti petroleum, gas asli, bijih timah, bijih besi,

bauksit dan emas.6. Petroleum, gas asli dan bijih timah ialah mineral-mineral yang paling penting di negara kita.

PETROLEUM DAN GAS ASLI

1. Petroleum berasal daripada berjuta-juta organisma haiwan dan tumbuhan halus yang telah mati dan mendap di dasar laut.

2. Organisma ini ditimbuni oleh lumpur dan pasir yang dibawa oleh arus sungai.3. Selepas berjuta-juta tahun, lumpur dan pasir menjadi batuan mendak yang keras manakala

organisma yang mati itu reputdan berubah menjadi minyak.4. Petroleum adalah bahan eksport dalam bentuk mineral yang utama di Malaysia.5. Kawasan-kasawan pengeluaran petroleum yang utama ialah:

a) Luar pantai Terengganub) Luar pantai Sarawakc) Luar pantai Sabah

6. Di negara kita, petroleum dilombong di dasar laut. Sebelum petroleum dilombong, kerja mencarigali minyak dijalankan di sesebuah kawasan untuk menentukan dengan tepat tempat simpanan petroleum.

7. Selepas ditentukan kedudukan lapisan petroleum di dasar laut, sebuah pelantar minyak dibina dan alat-alat menggerudi disediakan.

8. Dasar laut digerudi hingga ke lapisan batuan yang mengandungi petroleum mentah.9. Petroleum mentah yang dilombong disalurkan melalui saluran paip yang dibina di dasar laut ke

kilang penapisan petroleum di pinggir laut.10. Di kawasan perlombongan petroleum juga terdapat gas asli. Kawasan-kawasan perlombongan

gas asli ialah:a) Luar pantai Terengganub) Luar pantai Sarawakc) Luar pantai Sabah

11. Loji penapisan petroleum di Malaysia terletak di:a) Kerteh, Terengganub) Lutong, Sarawakc) Tangga Batu, Melakad) Port Dickson, Negeri Sembilan

Page 2: Bab 9sumber Mineral Dan Tenaga Di Malaysia

BIJIH TIMAH

1. Pada masa dahulu sekitar abad ke-19, bijih timah pernah menjadi bahan eksport mineral yang terbesar bagi negara kita. Kini, pengeluaran bijih timah sudah susut.

2. Pada tahun 2002, hanya terdapat 24 buah lombong bijih timah yang masih aktif menjalankan kegiatan perlombongan di negara kita.

3. Pengeluaran bijih timah semakin merosot kerana:a) Simpanan bijih timah semakin berkuranganb) Banyak lombong ditutup kerana pengeluaran yang tidak menguntungkan

4. Kawasan perlombongan bijih timah di Malaysia ialah:a) Lembah Kintar di Perakb) Dengkil dan Kuala Langat di Selangorc) Kaki Bukit di Perlisd) Kota Tinggi di Johor

5. Di Malaysia, bijih timah dilombong dengan menggunakan kapal korek, pam kelikir dan mendulang.

6. Kapal korek mengorek tanah yang mengandungi bijih timah serta mengasingkannya daripada bahan-bahan lanar. Cara ini biasanya digunakan oleh syarikat-syarikat yang besar kerana kos sebuah kapal korek adalah sangat tinggi.

7. Pam kelikir memancutkan air pada tebing tanah untuk memecahkan tanah tersebut. Tanah itu kemudiannya dihanyutkan ke sebuah kolam.

8. Bahan-bahan dalam kolam disedut dan dibiarkan mengalir turun ke sebuah palung. Pada palung ada sekatan-sekatan kayu yang menyekat bijih timah. Bijih timah ini akan dikumpulan dan dibersihkan.

9. Mendulang biasanya dijalankan oleh kaum wanita di tebing sungai.

MINERAL-MINERAL YANG LAIN

1. Bijih besi dilombong di Temangan (Kelantan), Kota Tinggi dan Endau (Johor) dan Yan (Kedah).2. Bijih besi dieksport dan dileburkan di loji-loji besi dan keluli tempatan.3. Bauksit dilombong di Teluk Ramunia, Johor. Mineral ini digunakan untuk membuat aluminium.4. Lombong kuprum atau tembaga terdapat di Mamut, Sabah.5. Sedikit emas dilombong di Bau, Sarawak.6. Granit, batu kapur, batu marmar, tanah liat, pasir dan pasir silika dilombong untuk kegunaan

dalam negeri.7. Batu kapur dilombong di Tasek, Perak dan di Pulau Langkawi.8. Tanah liat digunakan untuk membuat barang-barang tembikar.9. Batu granit dan pasir digunakan dalam pembinaan jalan raya dan bangunan.

KESUSUTAN DAN PEMELIHARAAN SUMBER NEGARA

1. Perlombongan yang dijalankan secara berterusan boleh menyebabkan sumber mineral kehabisan.

2. Beberapa buah lombong telah pun ditutup seperti lombong besi di Sri Medan (Johor), Rompin (Pahang) dan Bukit Besi (Terengganu).

3. Kesusutan sumber mineral membawa kesan yang buruk kepada pembangunan dan kemakmuran negara.

Page 3: Bab 9sumber Mineral Dan Tenaga Di Malaysia

4. Ramai penduduk kehilangan pekerjaan dan mata pencarian jika lebih banyak lombong ditutup.5. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa pihak seperti Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS),

Perbadanan Perlombongan Malaysia (MMC) dan Perbadanan Nasional (PERNAS) menjalankan kerja-kerja mencari gali uutuk mengesan longgokan mineral yang baru.

6. Langkah juga telah diambil untuk mengurangkan penggunaan petroleum dan gas asli sebagai bahan api.

7. Negara kita mempunyi potensi tenaga suria yang besar kerana pancara cahaya matahari yang dialami adalah kira-kira 6 jam sehari.

8. Hujan yang lebat dan sungai yang banyak di Malaysia membolehkan banyak stesen janakuasa hidroelektrik didirikan.

9. Penyelidikan yang dijalankan pada sisi-sisi pertanian seperti sekam padi dan hampas buah kelapa sawit menunjukkan ianya boleh digunakan sebagai bahan api untuk menjanakan kuasa elektrik.

10. Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit (PORIM) telah menghasilkan minyak diesel daripada minyak kelapa sawit.

11. Negara kita mempunyi satu pusat penyelidikan tenaga nuklear di Bangi, Selangor iaitu Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr Ismail atau PUSPATI.

12. Tenaga nuklear amat berbahaya dan pengeluarannya harus dilaksanakan secara teliti.

KEPENTINGAN MINERAL

1. Bahan eksport mineral Malaysia ke negara-negara seperti Jepun, Britain, Korea Selata, Singapura dan Amerika Syarikat menghasilkan pertukarna wang asing.

2. Pertukaran wang asing ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan negara seperti pembinaan jalan raya, sekolah dan hospital.

3. Perlombongan mineral juga menyediakan banyak peluang pekerjaan bagi penduduk.4. Perlombongan petroleum telah menggalakkan perkembangan industri-industri baru seperti

kilang petrokimia dan kilang urea.5. Hasil dari perlombongan, banyak bandar telah berkembangan dengan pesat. Contohnya Ipoh

dan Kuala Lumpur yang menjadi bandar-bandar besar kerana perlombongan bijih timah. 6. Kerteh di Terengganu dan Bintulu di Sarawak dijangka akan menjadi kawasan-kawasan

perindustrian yang penting disebabkan penapisan petroleum.7. Petroleum dan arang batu boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik bagi kegunaan kilang

dan rumah.8. Bijih timah ada pelbagai kegunaan seperti membuat pateri, dijadikan bahan sadur dan bahan

penyalut.9. Penapisan petroleum menghasilkan gas, minyak pelincir, minyak tar dan bahan kimia yang

digunakan dalam pelbagai industri petrokimia.

Page 4: Bab 9sumber Mineral Dan Tenaga Di Malaysia

BAB 10 PENDUDUK DAN PETEMPATAN DI MALAYSIA

PETEMPATAN AWAL DI NEGARA KITA

1. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan ialah:a) Keselamatanb) Mata pencarianc) Kemudahand) Perhunbungane) Keadaan muka bumi

2. Sejak Zaman Batu, kira-kira 40 000 tahun dahulu, manusia telah pun mendiami negara kita.3. Manusia Zaman Batu kebanyakannya tingga di dalam gua kerana gua melindungi mereka

daripada cuaca buruk dan binatang buas.4. Petempatan awal bagi orang Zaman Batu di Malaysia ialah Gua Niah dan sekitar Teluk Darvel di

Sabah.5. Lembah Bujang berhampiran dengan Gunung Jerai di Kedah dan tebing Sungai Melaka adalah

dua buah petempatan awal.6. Dalam kurun ke-7, Lembah Bujang menguasai jalan perdagangan utam dari timur ke barat

melalui Segenting Kra.7. Kedudukan Melaka yang terletak di tepi sungai dan juga menghadap Selat Melaka adalah

strategik dari segi perhubungan. Ini membolehkan Melaka menjadi sebuah pelabuhan perdangangan antarabangsa.

8. Terdapat satu bukit rendah di Melaka yang telah dijadikan kubu pertahanan penduduk Melaka zaman dahulu.

9. Petempatan di Johor Lama di muara Sungai Johor telah bertapak kerana sebab-sebab keselamatan dan perdagangan. Kedudukan petempatan di tepi Sungai Johor memudahkan pertahanan dan perhubungan.

10. Kedudukannya yang strategik juga telah mengalakkan kapal perdagangan dari India, China, Eropah dan negara-negara Asia Tenggara datang ke Johor Lama.

11. Orang Belanda telah membina kota-kota di Pulau Pangkor, Perak dan Bukit Melawati, Selangor untuk menguasai bijih timah di Lembah Kinta dan Lembah Klang.

12. Georgetown di Pulau Pinang telah berkembang maju kerana pelabuhannya yang terlindung dan air lautnya yang dalam. Kedudukannya yang strategik menjadikannya pintu masuk ke Selat Melaka dan Lautan Hindi.

13. Ipoh yang terletak di tepi Sungai Kinta dan Kuala Lumpur yang terletak di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak berkembang kerana perlombongan bijih timah.

14. Sungai-sungai itu digunakan untuk mengangkut bijih timah dan menghubungkan kawasan perlombongan ke tempat-tempat lain.

15. Kuala Terengganu, Melaka dan Kota Bahru adalah bandar-bandar yang bermula sebagai perlabuhan perikanan.

16. Bandar-bandar yang bermula sebagai bandar-bandar pertanian ialah Alor Setar, Pekan dan Bagan Serai.

Page 5: Bab 9sumber Mineral Dan Tenaga Di Malaysia

TABURAN PENDUDUK MALAYSIA

1. Berdasarkan Banci Penduduk dan perumahan Malaysia tahun 2000, jumlah penduduk Malaysia ialah 23.3 juta orang. Kiri-kira 79.9% daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.2% di Sabah dan 8.9% di Sarawak.

2. Taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata. Kebanyakkan penduduk tertumpu di dataran pantai barat dan bahagian pantai timur laut Semenanjung Malaysia.

3. Dataran pantai barat Semenanjung Malaysia mempunyai penduduk yang paling padat kerana:a) Dataran aluvium yang luas dan suburb) Terlindung dari tiupan angin monsun yang kencangc) Kegiatan-kegiatan ekonomi yang berkembang maju sejak zaman dahulud) Terdapat sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik

4. Beberapa kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai ialah:a) Lembah Klangb) Lembah Kintac) Dataran Kelantand) Kuchinge) Kota Kinabalu

5. Di dataran pantai timur Semenanjung Malaysia, penduduk tertumpu di Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan. Tanah aluvium di tempat-tempat ini mengalakkan penanaman padi.

6. Kawasan bergunung-ganang dan berhutan tebal di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan kawasan paya di pinggir pantai mempunyai penduduk yang sikit.

7. Orang asli menduduki kawasan bergunung-ganang dan berhutan tebal. Mereka menjalankan pertanian pindah, memburu binatang dan mengumpul hasil hutan.

8. Kawasa-kawasan seperti lembah sungai, kampung dan pekan mempunyai penduduk yang sederhana ramai. Kawasan-kawasan ini seperti Kuala Lipis, Mentakab dan Pontian menjalankan kegiatan pertanian.

9. Di Sabah dan Sarawak, penduduk tertumpu di bandar-bandar besar iaitu Kota Kinabalu dan Sandakan di Sabah dan Kuching, Sibu dan Miri di Sarawak.

10. Sedikit penduduk di Sabah dan Sarawak tinggal di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang dan berhutan tebal serta di kawasan paya di pantai. Ini disebabkan kawasan-kawasan ini kurang maju dalam pertanian dan pengangkutan.

POLA PETEMPATAN DI NEGARA KITA

1. Sebuah petempatan wujud apabila manusia hidup berkelompok. Sebuah petempatan adalah juga pusat perniagaan.

2. Terdapat tiga jenis pola petempatan yang biasa di Malaysia iaitu:a) Petempatan berpusatb) Petempatan berjajar atau linearc) Petempatan berselerak

3. Petempatan berpusat mempunyai susunan rumah atau bangunan yang rapat. Petempatan jenis ini terdapat di pekan, bandaraya dan pelabuhan.

4. Petempatan berjajar atau linear mempunyai rumah atau bangunan yang tersusun di sepanjang tebing sungai, pinggir pantai, terusan, jalan raya dan jalan keretapi.

Page 6: Bab 9sumber Mineral Dan Tenaga Di Malaysia

5. Petempatan berselerak mempunyai rumah dan bangunan yang terletak jauh antara satu dengan yang lain. Contoh petempatan jenis ini ialah kampung-kampung kecil di kawasan pedalaman.

FUNGSI DAN LOKASI BANDAR

1. Setiap kawasan mempunyi kegiatan yang utama. Kegiatan yang dijalankan ialah fungsi sesebuah petempatan.Misalnya:a) Kuala Lumpur berfungsi sebagai pusat perniagaa, pengangkutan dan pentadbiran.b) Bintulu berfungsi sebagai pusat menapis petroleum.c) Pelabuhan Klang berfungsi sebagai pusat persinggahan kapal-kapal dagang.

2. Kawasan luar bandar membekalkan bahan makanan untuk penduduk di bandar. Bahan-bahan mentah seperti getah dan kelapa sawit juga dibawa dari kawasan luar bandar untuk diproses di kilang-kilang.

3. Kawasan bandar pula membekal barang-barang keperluan yang telah diproses di kilang serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan seperti pejabat pos dan hospital.

4. Perkhidmatan dan barangan yang disediakan di sebuah kawasan kecil hanya dapat memenuhi keperluan penduduk kawasan tersebut dan kawasan sekitarnya.

5. Di kawasan yang lebih besar seperti bandaraya, perkhidmatan dan barangan yang disediakan dapat memenuhi keperluan penduduk sesebuah kawasan yang lebih luas.

6. Sejauhmana perkhidmatan dan barangan yang disediakan di sebuah kawasan itu dapat memenuhi keperluanpenduduk di situ dikatakan lingkungan pengaruh.

7. Sebuah kawasan petempatan kecil mempunyi kawasan lingkungan pengaruh yang kecil. Sebuah kawasan petempatan yang besar mempunyai lingkungan pengaruh yang lebih besar.

PERKEMBANGAN BANDAR-BANDAR

1. Petempatan-petempatan yang bertapak di muara sungai atau di pinggir laut biasanya mempunyi pelabuhan semula jadi yang terlindung dan air laut yang dalam. Contohnya, Georgetown di Pulau Pinang yang telah berkembangan menjadi pusat pelabuhan.

2. Petempatan di tebing-tebing sungai berkembang kerana fungsinya sebagai perlabuhan sungai. Sibu, Sarikei dan Kuching di Sarawak adalah bandar-bandar pelabuhan.

3. Petempatan sesuai didirikan di tanah pamah yang subur kerana:a) Pertanian boleh dijalankanb) Jalan raya dan jalan keretapi mudah dibina

4. Petempatan di tanah pamah berkembang pesat sebagai pusat pentadbiran dan perniagaan bagi hasil pertanian.

5. Alor Setar di Dataran Kedah dan Kota Bharu di Delta Kelantan adalah bandar-bandar di tanah pamah yang berkembang pesat kerana kegiatan pertanian.

6. Petempatan ini berkembang kerana kedudukannya di kawasan yang kaya dengan mineral. Contohnya bandar Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban terletak di kawasan perlombongan bijih timah.

7. Bandar-bandar ini mempunyai banyak jenis barangan dan perkhidmatan. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat pentadbiaran kerajaan, pendidikan dan perlancongan.

8. Bandar-bandar mempunyai penduduk yang padat sebab terdapat banyak peluang pekerjaan di situ.

Page 7: Bab 9sumber Mineral Dan Tenaga Di Malaysia

9. Kuala Terengganu, Kuantan dan Mersing adalah petempatan yang bermula sebagai kampung nelayan dan kemudiannya berkembang menjadi bandar kecil.

10. Di samping menjadi pengeluaran ikan, bandar-bandar ini juga adalah pusat pentadbiran sesebuah daerah, kawasan perindustrian dan pelabuhan kecil.

11. Bandar-bandar yang bertapak di persimpangan jalan telah menjadi bandar perdagangan yang memberi perkhidmatan kepada ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Sungai Petani, Mentakab dan Segamat adalah bandar-bandar yang berfungsi sedemikian.

12. Di kawasan-kawasan luar bandar, banyak petempatan yang terancang seperti kampung-kampung rancangan Felda didirikan. Kampung-kampung ini menjalankan kegiatan pertanian.

KAJIAN KES: KUALA LUMPUR

1. Kuala Lumpur terletak di Lembah Kelang. Pada asalnya ia adalah pekan perlombongan bijih timah.

2. Bijih timah dilombong di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan dihantar ke Pelabuhan Kelang melalui sungai Kelang.

3. Pada masa dahulu, kegiatan pertanian juga giat dijalankan di Kuala Lumpur.4. Kegiatan melombong bijih timah telah menarik ramai orang ke Kuala Lumpur. Pada awal kurun

ke-20, Kuala Lumpur telah berkembang menjadi bandar perlombongan, pertanian dan perniagaan yang utama.

5. Kedudukan di tengah-tengah negara menjadikannya pusat pengangkutan dan pusat pentadbiran negara.

6. Peda hari ini pembangunan ekonomi semakin pesat di kasawan sekitar Kuala Lumpur. Banyak kawasan perindustrian didirikan berhampiran dengan Kuala Lumpur seperti Petaling Jaya, Batu Tiga dan Shah Alam.

7. Kuala Lumpur adalah juga pusat perdagangan yang penting di Malaysia. Terdapat banyak syarikat perniagaan, bank dan pusat membeli belah di sini.