bab 6 sumber tenaga sains tingkatan 1

17
BAB 6 PELBAGAI BENTUK DAN SUMBER TENAGA Disediakan oleh; Azreen Syazwani Binti Mohd Azmi

Upload: azreen-syazwani-azmi

Post on 21-Oct-2015

174 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

BAB 6PELBAGAI BENTUK DAN

SUMBER TENAGA

Disediakan oleh;Azreen Syazwani Binti Mohd Azmi

Hasil Pembelajaran

Pelajar seharusnya dapat:

1. Menyenaraikan pelbagai bentuk tenaga.

2. Menyenaraikan pelbagai sumber tenaga.

3. Mengenalpasti Matahari sebagai tenaga utama.

Bentuk Tenaga

Tenagaelektrik

Tenaga Nuklear

Tenaga Keupayaan

Tenaga Kinetik

Tenaga Haba

Tenaga Bunyi

Tenaga Kimia

Tenaga Cahaya

Penerangan

• Tenaga Bunyi merupakan tenaga yang terhasil daripada objek yang bergetar.

• Tenaga Haba merupakan tenaga yang mengalir dari satu kawasan panas ke satu kawasan yang sejuk.

• Tenaga Cahaya merupakan tenaga yang dimiliki oleh objek yang boleh mengeluarkan cahaya.

• Tenaga Elektrik merupakan tenaga yang terhasil daripada arus elektrik yang mengalir.

• Tenaga Kimia merupakan tenaga yang diperoleh daripada bahan kimia, makanan dan bahan api.

• Tenaga Nuklear merupakan tenaga yang diperoleh daripada bahan radioaktif.

• Tenaga keupayaan merupakan tenaga yang tersimpan dalam sesuatu objek kerana kedudukan dan keadaannya.

• Tenaga Kinetik merupakan tenaga yang dipunyai oleh objek yang bergerak. Objek pegun tidak mempunyai tenaga kinetik.

SUMBER TENAGA

1.MATAHARI

2.BAHAN API FOSIL

3. BIOJISIM/biomass

4.ANGIN

5.AIR

6.OMBAK

7.GEOTERMA

8.BAHAN RADIOAKTIF

1. Matahari

• Matahari – merupakan sumber tenaga paling utama.• Matahari (tenaga solar) membekalkan tenaga haba dan

cahaya.• Tumbuhan menggunakan cahaya Matahari bukan sahaja

untuk mereka membesar, tapi untuk membuat makanannya sendiri, ini bermakna mereka mempunyai tenaga yang boleh disimpan.

• Apabila kita menjemur pakaian di luar di bawah cahaya Matahari, kita menggunakan haba daripada cahaya Matahari untuk mengeringkan pakaian tersebut.

Bahan Api Fosil

• Bahan bakar adalah sebarang bahan yang boleh terbakar dan menghasilkan tenaga haba.

• Contoh – contoh bahan bakar ialah kayu, petroleum, gas asli, arang dan arang batu.

• Apabila pokok – pokok ditebang dan kering, mereka digunakan sebagai kayu api atau arang.

• Selepas mati, haiwan dan tumbuhan mereput, mereka tertanam di dalam tanah. Selepas beberapa ribu tahun, mereka berubah menjadi arang, petroleum atau gas asli yang merupakan sumber tenaga.

BIOJISIM

• Merupakan sumber yang terhasil daripada sisa-sisa organisma(tumbuhan dan haiwan) yang telah reput.

• Contoh pelepah dan tandan kelapa sawit.

• Bahan buangan ini juga diproses menjadi biogas(gas metana) digunakan untuk bahan api untuk memasak.

ANGIN• Tenaga angin digunakan

untuk menjanakuasa elektrik dan digunakan untuk menjana jentera dan pam air.

• Contoh kapal layar menggunakan tenaga angin untuk belayar, kincir angin digunakan untuk mengisar jagung dan mengepam air.

• Terkenal di Jerman dan Sepanyol.

AIR

• Air yang bertakung dalam empangan mempunyai tenaga keupayaan.

• Air takungan dibiarkan mengalir deras untuk memutarkan turbin.

• Air adalah digunakan untuk memutarkan turbin yang akan menjanakan tenaga elektrik.

OMBAK• Ombak merupakan tenaga

yang diperoleh daripada laut.

• Tenaga kinetik yang diperoleh daripada ombak di laut digunakan untuk jana elektrik.

• Tenaga ombak ialah tenaga yang menggunakan angin untuk menjana elektrik di atas permukaan air di lautan.

GEOTERMA

• Tenaga haba daripada kerak bumi(haba daripada bawah bumi).

• Contoh geiser, gunung berapi dan mata air panas.

• Tenaga ini memanaskan air dan menghasilkan stim.

• Stim yang terhasil digunakan untuk menjana elektrik.

BAHAN RADIOAKTIF

• Bahan radioaktif adalah sumber tenaga yang digunakan oleh stesen janakuasa nuklear.

• Tindak balas bahan radioaktif seperti Uranium.

• Menghasilkan tenaga nuklear yang akan menjana elektrik

MEMERIHAL TENAGA DAN SUMBERNYA

• Matahari merupakan sumber tenaga utama kepada kebanyakan sumber tenaga secara langsung dan tidak langsung.

• Matahari membebaskan dua sumber iaitu cahaya dan haba.

• Contoh aplikasi penggunaan tenaga daripada Matahari adalah penggunaan pemanas suria yang digunakan untuk mengumpul tenaga haba bagi memanaskan air di rumah.

• Matahari juga diperlukan oleh tumbuhan hijau bagi menjalanakn proses fotosintesis.

Terima kasih sudi mendengar…Jom Buat PBS

Selamat maju jaya!!!!