bab 3 : konsep makanan kosyer dalam agama yahudi

31
27 BAB 2 KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI 2.1 PENGENALAN Sebagaimana agama Islam menetapkan syarat halal bagi pengambilan sesuatu makanan, begitu juga agama Yahudi menuntut supaya memilih makanan yang telah ditetapkan dalam Old Testament 1 iaitu Kosher. Oleh yang demikian, kajian ini akan membincangkan persamaan dan perbezaan syarat yang ditetapkan dalam perkara halal menurut Islam dan kosyer menurut Yahudi. Persamaan yang berkemungkinan wujud, dipercayai kerana kedua-duanya adalah agama samawi. Pun begitu, Islam adalah al-Din yang telah diiktiraf Allah sebagai agama yang syumul. Justeru wujudnya perbezaan bersesuaian dengan tuntutan dan falsafah kedua-dua agama tersebut. Untuk mencapai tujuan tersebut bab ini akan menumpukan perbincangan dari konsep Kosher daripada perspektif Yahudi. Agama Yahudi merupakan agama samawi yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Bani Israil sepertimana turunnya agama Kristian dan agama Islam selepas penurunannya. Ketiga-tiga agama ini mempunyai pertalian dan memperlihatkan satu rentetan kesinambungan antara agama-agama tersebut. Kewujudan agama Yahudi dan agama samawi yang lain ada dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi: 2 1 Merupakan perjajian lama diantara Tuhan Moses dan Bani Israil menurut kepercayaan masyarakat Yahudi. 2 Al-Maidah 5 : 44.

Upload: vuongkhanh

Post on 04-Feb-2017

273 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

27

BAB 2

KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

2.1 PENGENALAN

Sebagaimana agama Islam menetapkan syarat halal bagi pengambilan sesuatu

makanan, begitu juga agama Yahudi menuntut supaya memilih makanan yang telah

ditetapkan dalam Old Testament1 iaitu Kosher. Oleh yang demikian, kajian ini akan

membincangkan persamaan dan perbezaan syarat yang ditetapkan dalam perkara halal

menurut Islam dan kosyer menurut Yahudi. Persamaan yang berkemungkinan wujud,

dipercayai kerana kedua-duanya adalah agama samawi. Pun begitu, Islam adalah al-Din

yang telah diiktiraf Allah sebagai agama yang syumul. Justeru wujudnya perbezaan

bersesuaian dengan tuntutan dan falsafah kedua-dua agama tersebut. Untuk mencapai

tujuan tersebut bab ini akan menumpukan perbincangan dari konsep Kosher daripada

perspektif Yahudi.

Agama Yahudi merupakan agama samawi yang telah diturunkan oleh Allah

SWT kepada Bani Israil sepertimana turunnya agama Kristian dan agama Islam selepas

penurunannya. Ketiga-tiga agama ini mempunyai pertalian dan memperlihatkan satu

rentetan kesinambungan antara agama-agama tersebut. Kewujudan agama Yahudi dan

agama samawi yang lain ada dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Qur‟an yang

berbunyi: 2

1 Merupakan perjajian lama diantara Tuhan Moses dan Bani Israil menurut kepercayaan masyarakat Yahudi. 2 Al-Maidah 5 : 44.

Page 2: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

28

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi

petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang

menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang

Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya

(menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara

dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan

mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang

perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi

hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan

maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual

(membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana

mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa

yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah

(kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Kajian yang dijalankan terhadap agama Yahudi, Nasrani dan Islam

memperlihatkan wujudnya persamaan dasar dan prinsip doktrin iaitu sumber

kepercayaannya berpunca daripada Tuhan. Agama Yahudi telah dianggap sebagai ibu

kepada agama Kristian dan Islam.3 Agama Yahudi merupakan agama tertua di antara

lima agama yang menganut keyakinan bahawa kuasa Allah menurunkan wahyu kepada

seorang rasul. Empat agama lain ialah Zarathustra, Kristian, Islam dan Sikh.4 Agama

Zarathustra dan Sikh hanya merupakan agama ciptaan manusia dan bukannya agama

yang turut diwahyukan Allah.5

3 Geoftrey Wigoderv(1989), The Encyclopedia of Judaism, Macmillan Publishing Company : New York. h. 389. 4 Joesouef Sou‟yb (1996), Agama-Agama Besar Di Dunia, al-Husna Zikra, Jakarta, h. 268. 5 Kenyataan tersebut dilihat daripada perspektif kepercayaan penganut Zarathustra dan Sikh sahaja. Namun begitu, hanya agama

Islam sahaja yang diiktiraf sebagai al-Din dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul terakhir.

Page 3: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

29

Penganut Yahudi mengamalkan peraturan pemakanan mengikut agama mereka.

Peraturan ini merupakan ketetapan yang telah dinyatakan di dalam kitab suci agama

Yahudi yang dinisbahkan kepada makanan Kosher. Kosher merupakan undang-undang

pemakanan penganut Yahudi yang telah diperintahkan dalam Al-Kitab (Bible).

Peraturan ini juga dahulunya, telah dinyatakan dalam kitab Taurat secara jitu. Namun,

peraturan tersebut berubah mengikut keadaan dan tempat yang sesuai mengikut hukum

semasa. Peraturan Kosher juga merujuk kepada Sepuluh Perintah (Ten Commandment)

yang telah diturunkan di gunung Sinai.6

2.2 KOSHER DALAM KEPERCAYAAN AGAMA YAHUDI

Kepercayaan Yahudi kepada Tuhan dibahagikan kepada tiga prinsip utama :

iaitu kepercayaan kepada Tuhan (Kuasa Ghaib), perjanjian dengan Tuhan (The

Covenant) dan sepuluh perintah (Ten Commandments).7

Pernyataan pertama dalam kitab Taurat yang membuktikan kewujudan Tuhan

membawa kepada penghasilan prinsip pertama iaitu berdasarkan kepercayaan kepada

Tuhan. Kenyataan di dalam Kejadian 1:1 mengungkapkan cacatan yang menyatakan

„pada peringkat permulaan Tuhan meciptakan Syurga dan dunia’.8

Walaubagaimanapun, pengkaji melihat terdapat perbezaan dari segi nama tuhan yang

dinyatakan dalam agama Yahudi dengan agama Islam. Ketika Nabi Musa a.s. melarikan

diri daripada Firaun selepas membunuh seorang penduduk Mesir, baginda didatangi

oleh Tuhan Yahweh yang menjelma sebagai api pada pokok.

6 J.M. Regenstien, M.M. Chaundry dan C.E. Regenstien (2003) The Kosher and Halal Food Laws; Comprehensive Reviews in

Food Science and Food Safety Journal , vol. 2, Institute of Food Technologists. h. 111. 7 Michael Keene (1993), Believers In One God : Judaism, Christianity, Islam. Cet.II, London : Cambridge University Press. h. 22 8 Jacob Neusner (1994), The Judaism Behind the Texts : The Generative Premises of Rabbanic Literature. Vol 3, Atlanta Georgia:

Scholar Press. h.32. Rujuk juga al-Kitab (Edisi Bahasa Melayu) Kejadian 1:1.

Page 4: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

30

Yahweh dalam bahasa Ibrani dieja dengan empat huruf sahaja iaitu „YHWH‟

tetapi ianya dibaca dengan Yahweh kerana huruf vokal hanya wujud semasa

pembacaannya sahaja. Oleh yang demikian, nama Tuhan ini hanya disebut pada zaman

Nabi Musa a.s. sahaja sedangkan nama nabi-nabi sebelumnya seperti Nabi Ibrahim a.s.,

Nabi Ishak a.s. dan nabi Yaakob a.s. menggunaka nama El-Shaddai untuk Tuhan.

Perkataan Yahuweh atau Yahuah atau Jehovah bermaksud ‘aku adalah aku ‘.9

Meskipun nama Tuhan dalam agama Yahudi berbeza, namun sifat-sifatya adalah

sama iaitu tuhan bersifat tunggal (Esa), dan Maha Berkuasa. Segala yang dilakukan oleh

manusia di muka bumi ini adalah terletak di bawah kawalanNya dan kuasaNya.

Mereka juga percaya perjanjian di antara Bani Israil dengan Yahweh. Perjanjian

ini dibuat oleh Nabi Ibrahim dengan Tuhan semasa baginda sampai di Hebron.

Perjanjian ini adalah berbentuk dua hala, Bani Israil mesti mengingati Yahweh

sepanjang masa, beribadat kepadaNya dan mentaatiNya di dalam kehidupan mereka.

Seterusnya sebagai balasannya Yahweh akan sentiasa mematuhi perjanjian ini dan akan

menganggap Bani Israil adalah hambaNya yang suci.10

Perjanjian ini termasuk

peraturan pemakanan Kosher yang perlu mereka patuhi sebagai menjaga kesucian

mereka sebagai penganut Yahudi. Perkara ini berlaku kerana Tuhan telah menyatakan

dalam Al-Kitab di bahagian Imamat 11:44:

“Akulah Tuhan kamu, berhati-hatilah agar kamu tetap suci kerana Aku

suci.”11

9 David S. Noss (1999), A History Of The World Religions, edisi X, New Jersey, Prentice Hall Inc. h. 378. 10 Michael Kerne (1993),Op Cit. h. 22 11 Imamat 11:44

Page 5: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

31

Prinsip seterusnya ialah sepuluh perintah (Ten Commanment) yang dikenali juga

dengan ‘Mitzvah’ atau ‘Mitzvot’. Mitzvot ini diperintahkan oleh Yahweh kepada Nabi

Musa a.s. semasa perjalanan baginda dan umatnya ke tanah yang dijanjikan. Perintah ini

ialah untuk menguji kesetiaan Bani Israil kepada perjanjian. Ia mengarahkan Bani Israil

supaya jangan menyengutukan Yahweh, tidak boleh bersumpah bohong dengan nama

Yahweh, menjaga kesucian hari Sabbath, menghormati ibu-bapa, tidak boleh

membunuh binatang tanpa tujuan, berzina, mencuri, bersaksi bohong terhadap jiran,

mengingini isteri jiran atau barang-barang milik jiran.12

Ketiga-tiga prinsip di atas merupakan perkara terpenting dan disepakati oleh

majoriti Yahudi pada masa dahulu dan kini, namun Musa bin Maimun13

(1135-1204)

atau lebih dikenali sebagai Moses Maimonides telah memperbaharui asas itu pada

kurun ke12 dan diakui ianya sebagai yang paling kukuh.14

“Kami percaya dengan sepenuh hati bahawa Tuhan adalah pencipta

kepada segala sesuatu tanpa bantuan, Dia bersifat Tunggal,Dia tidak

berjasad dan berbentuk, Dia kekal abadi, hanya kepadaNya tumpuan

pengabdian, semua kata-kata yang diucapkan oleh para nabi adalah

benar, Nabi Musa adalah penghulu para Nabi, undang-undang ini tidak

boleh dipinda dan tiada gantinya, Tuhan Maha Mengetahui segala apa

yang difikirkan dan dilakukan oleh manusia, Dia memberikan ganjaran

kebaikan kepada mereka yang taat dan akan memberikan balasan

hukuman kepada mereka yang berdosa, Messiah akan datang dan hari

kiamat pasti berlaku”..

Pernyataan daripada Moses Maimonides walaupun tidak disepakati oleh

sebahagian ulama agama Yahudi namun ia tetap dimasukkan di dalam buku peribadatan

12 Kenneth Kramer (1986), World’s Scriptures: An Introduction To Comparative Religious. New York: Paulist Press. h. 180. 13 Nama arab beliau ialah Abu Imran ibn Musa bin Maimun bin Ubaydullah Al-Qurtubi Al-Adalusi. Seorang pendita Yahudi yang

dilahirkan di Cordova semasa penguasaan umat Islam ke atas Sepanyol. Kemudian dia dan keluarganya diarahkan untuk

berpindah ke Kaherah dan berkhidmat kepada Salahuddin Al-Ayyubi. Lihat David S. Noss (1999), Op. Cit. h. 430. Lihat juga

Mustafa Abdullah (2000). Penyelewengan Kitab Taurat Dan Penjelasannya Di Dalam Al-Quran. Jurnal Usuluddin Bil. 12, h. 22. 14 David S. Noss (1999), Ibid. h. 430

Page 6: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

32

harian penganut Yahudi dengan bentuk tulisan yang besar dan dibaca dengan berirama

dengan nada khas. Ia dibaca sebagai pembukaan upacara sembahyang yang dilakukan

pada waktu pagi oleh orang-orang Yahudi. Prinsip kepercayaan agama Yahudi

sebenarnya banyak mengalami perubahan ketika penaklukan Rom, Parsi serta Greek.

Kesan yang mendalam dapat kita lihat pada generasi Yahudi yang ada pada hari ini.15

2.2.1 KONSEP KOSHER

Kosher dari sudut bahasa dalam agama Yahudi membawa maksud ‘fit’ iaitu

sesuai, selari dan peraturan pemakanan yang dibenarkan untuk digunakan berdasarkan

undang-undang makanan orang Yahudi. 16

Undang-undang pemakanan Yahudi adalah

berdasarkan kitab suci dan perintah dari Nabi Musa. Perkara tersebut membezakan di

antara makanan (Kosher) yang dibenarkan dan makanan (therifah) yang dilarang dalam

agama Yahudi. Kebiasaan dalam agama Yahudi peraturan pemakanan ini disebut

sebagai Kosher bagi menyatakan makanan yang halal dan haram dari perspektif Islam.

Peraturan pemakanan ini telah ditetapkan kepada masyarakat Yahudi sejak wujudnya

kaum mereka (Nabi Musa) di muka bumi. Sejarah penganut Yahudi penuh dengan

peristiwa akibat daripada penganutnya yang berani menolak perintah yang telah

diturunkan dalam peraturan pemakanan mereka.17

2.3 PERINTAH DAN PERATURAN MAKANAN KOSHER

Penganut agama Yahudi menggunakan kitab yang dipanggil „Tenakah‟ dan

adakalanya dieja sebagai ‘TeNaKh’. Ia merangkumi tiga bahagian iaitu Taurat (Torah),

15 David S. Noss (1999), Ibid. h. 432. 16 Mohammad Mahazar Hussaini (1993) Islamic Dietary Concepts & Practices, London, The Islamic Food & Nutrition Council of

America, Bedford Park. h.40. Lihat juga David Bridger, Samuel Wolk and Abba Eban, (1976), The New Jewish Encyclopedia,

United States America, Behrman House, Inc. h. 275. 17 David Bridger, Samuel Wolk and Abba Eban, (1976), Op. Cit. h. 114.

Page 7: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

33

Kisah-kisah Nabi (Neveiim) dan Kitab Tulisan (Kethuviim). Mereka juga menggunakan

kitab Talmud sebagai panduan selain daripada kitab Tenakh.18

3.3.1. Kitab Taurat

Kitab Taurat dikenali sebagai kitab Perjalanan Musa. Taurat ialah kitab rujukan

utama untuk perundangan dan etika bagi agama Yahudi. Ia juga merupakan panduan

pemikiran dan akhlak serta panduan perhubungan diantara Tuhan dan sesama

makhluk.19

Secara umumnya Kitab Taurat adalah wahyu agama samawi yang

diturunkan dalam bentuk penulisan dan diterima oleh Nabi Musa dari Tuhannya,

seterusnya berkesinambungan secara turun-temurun dari generasi ke generasi yang

seterusnya.20

Sepertimana yang telah diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran yang

berbunyi:

Maksudnya:

“Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan

sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan

demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki

amalannya.”21

Taurat terbahagi kepada lima bahagian atau juz iaitu Kitab atau Gospel ; Genesis

(Kejadian), Exodus (Keluaran), Leviticus (Imamat), Numbers (Bilangan) dan

Deutronomy (Ulangan). Terdapat ayat-ayat yang dinyatakan dalam Old Testament yang

menyatakan tentang kewajipan mencari makanan yang Kosher kepada penganutnya,

seperti berikut yang bermaksud:

18 Michael Keene (1993),Op Cit. h. 26. 19 Nigosian S.A. (1990) World Faith. New York: Saints Martin Press.h.119. 20 Ghazi Muhammaad al-Qarni (2001), Menyingkap Kejahatan Yahudi, Ummu Fatimah az-Zahra (terj.) Perniagaan Jahabersa,

Johor. h. 16. 21 al-Qasas :14.

Page 8: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

34

Janganlah makan apa-apa yang dinyatakan haram oleh Tuhan.22

Berdasarkan ayat tersebut, jelas manyatakan bahawa agama Yahudi juga

menekankan aspek pemilihan makanan yang berkualiti dan baik untuk kesihatan

penganutnya. Perkara ini juga sebenarnya melibatkan kepercayaan penganut Yahudi

apabila mereka patuh kepada larangan yang dinyatakan dalam kitab Taurat.

Bahagian kedua menceritakan kisah Nabi-Nabi terdahulu seperti Joshua, Judges,

Samuel, Kings, dan nabi terkemudian seperti Isaiah, Jeremiah, Ezekiel serta cerita nabi-

nabi kecil seperti Hosea, Joel, Amos, Obadiah, Jonah, Micah, Nahum, Habbakuk,

Zephaniah, Haggai, Zechariah dan Malachi. Sebahagian daripadanya digunakan ketika

upacara sembahyang di dalam Syanagogue (kuil Yahudi). Bahagian ini selalunya dibaca

selepas Taurat yang di panggil haftarah.23

Bahagian ketiga pula adalah bahagian terpanjang yang merangkumi koleksi

koleksi tulisan pelbagai perkara. Terdapat perkara berkaitan Psalmi, Kata-kata hikmat,

nyayian lagu-lagu, kisah Ruth, Daniel, Esther dan pelbagai lagi. Ia juga digunakan

untuk bacaan doa dalam pelbagai upacara orang Yahudi.24

3.3.2 Kitab Talmud

Kalimah „Talmud’ berasal dari kata ‘Lamut’ yang membawa maksud ajaran.

Talmud adalah sebuah kitab yang diturunkan oleh Tuhan kepada mereka secara lisan

(Oral Law) kepada nabi Musa.25

Kitab ini merupakan riwayat-riwayat yang diturunkan

22 Ulangan 14: 3. Kajian ini menggunakan al-Kitab tertua yang dipercayai terjemahnnya menepati dengan apa yang diterjemah

dalam Bahasa Inggeris dan menepati terjemahan Bahasa Hebrew Greek sebagai rujukan kajian. 23 Leo Trepp (1982) Judaism: Development and Life. Edisi III cet.1 California: Wadworth Inc. h. 218. 24 Ibid. h. 219. 25 Mohd. Rosmizi Abd. Rahman, (2004) Op Cit h. 45.

Page 9: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

35

daripada generasi ke generasi melalui lisan. Ia juga merupakan syarahan dan tafsiran

kepada Al-Kitab.26

Sekitar tahun 150 M, riwayat-riwayat ini dibukukan oleh seorang

Rabbai Israil yang bernama Yudas. Himpunan ini dinamakan Misyna.27

Kandungan kitab ini menceritakan berkenaan dengan hukum-hakam, nasihat

nama-nama Tuhan dan sebagainya. Selain itu, riwayat-riwayat ini turut menyentuh

beberapa kisah dan pengajaran.28

Kitab ini yang asal juga menyatakan berkaitan dengan

larangan makanan dalam kitab Talmud, Aliran Ishmael menyatakan 3 perkara yang

diharamkan dalam pemakanan daging dan susu : iaitu ‘issur achilah’ larangan

memakan daging dan susu bersama; ‘issur hana’ah’ larangan untuk mendapatkan

sebarang faedah hasil dari percampuran susu dan daging; ‘issur bishule’ larangan untuk

memasak daging dan susu bersama.29

Terdapat juga teknik dan cara penyembelihan binatang dalam kitab Talmud

memandangkan dalam kitab Taurat bahagian Ulangan 12:21 hanya menyatakan (kamu

mesti menyembelih lembu atau biri-biri...seperti yang aku arahkan). Cara

penyembelihan lembu itu telah diajar kepada Nabi Musa tanpa tercatat dalam Taurat.30

Kefahaman masyarakat kini berkaitan Talmud adalah sebagai terjemahan atau

tafsiran kepada kitab Taurat, malahan ada yang menganggapnya sebagai „sunnah‟.

Menurut Rabbai Ignaz Maybaum, Talmud tidak boleh diinterpetasikan seperti sunnah

sama seperti yang terdapat dalam agama Islam. Talmud adalah Hansard; iaitu kitab

yang menggambarkan satu keadaan manusia bebas berbincang mengenai masalah-

26 Rahmat S.H.O.K.. Dr.(t.t), Dari Adam Sampai Muhammad: Sebuah Kajian Mengenai Agama-Agama. Kota Baharu, Kelantan:

Pustaka Aman Press, 1984. h. 360. 27 Ibid. h. 360. 28 Ibid. Lihat juga,Ghazi Muhammad al-Qarni (2001), Op Cit. h. 46 29 James M. Lebaeau, The Jewish Dietary Laws : Sanctify Life h. 60. 30 Leo Trepp (1982), Op. Cit. h. 219

Page 10: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

36

masalah mereka. Tegasnya, ia merupakan laporan perbincangan-perbincangan berkaitan

kehidupan Yahudi pada kurun kedua hingga kurun ke-6 Masihi.31

Persoalan yang timbul, adakah kitab Taurat yang wujud pada zaman ini

merupakan yang tulin dan baru. Para sejarawan menyatakan Kitab Taurat tidak diubah

sehinggalah zaman penaklukan Raja Nebuchadnezzar, pemerintahan Babylon.32

Imam

Haramayn menyatakan Kitab Taurat yang dikatakan daripada Nabi Musa a.s. pada masa

sekarang terdapat dalam tiga versi penulisan:33

i. Versi Hebrew atau Ibrani yang berada pada orang Yahudi sekarang.

ii. Versi Yunani atau Greek yang ada pada orang Nasrani atau Kristian sekarang.

iii. Versi Samaria.

Semua versi ini diragui kesahihannya terutama versi Yunani. Versi ini juga

digelar versi Sab’iyyah (versi Tujuh Puluh) kerana ia telah ditulis oleh tujuh puluh

orang tukang tilik atau tukang cerita Yahudi. Penulisan versi ini berlaku di kota

Iskandariah pada zaman Raja Batlimus 285-247 S.M. Penulisannya bercampur aduk di

antara isi kandungan Taurat Hebrew dan Taurat Samaria.34

Setelah diteliti sumber-sumber yang digunakan oleh orang Yahudi, pengkaji

mendapati kesemua sumber tersebut adalah hasil dari tulisan dan olahan mereka sendiri

daripada kitab Taurat yang asal. Perkara ini berlaku kerana beberapa penulisannya

berbeza dan boleh dipertikaikan kesahihannya. Pun begitu, atas dasar ianya adalah

olahan semula daripada sumber asasnya Taurat, bererti dalam bab makanan Kosyer ia

31 Ignaz Maybaum, Trialogue Between Jew, Christian and Muslim. London : Routledge & Kagen Paul. h.48 32 Michael Kerne (1993),Op Cit. h. 27. 33 Al-Tahtawi, Muhammad Izat (1993), al-Mizan Fi Muqaranah al-Adyan; Haqa’iq Wa Watha’iq. Cet. 1 Damsyik: Dar al-Qalam.

h.18 34 Michael Kerne (1993),Op Cit. h. 29.

Page 11: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

37

masih lagi diutamakan. Ini kerana dalam Old Testament yang turut memuatkan

peraturan mengenai makanan Kosyer.

Peraturan dan perintah makanan Kosher yang terdapat dalam agama Yahudi

adalah berdasarkan Kitab Perjanjian Lama (Old Testament). Perkara ini juga ada

disebutkan dalam Undang-undang Makanan Yahudi (Jewish Dietary Law) yang

menyatakan tiga kitab utama yang menjadi perbahasan dalam makanan Kosher. Semua

perbahasan ini adalah berkaitan dengan persoalan yang melibatkan haiwan dalam

pemakanan penganut Yahudi. Tiga tumpuan perbahasan tersebut adalah seperti

berikut:35

i. Binatang yang dibenarkan untuk dimakan.

ii. Larangan memakan darah haiwan.

iii. Larangan memakan daging yang bercampur dengan susu dan sebaliknya.

Penetapan makanan ini menunjukkan agama Yahudi menitikberatkan soal

pemakanan dalam kalangan penganutnya kerana diyakini apa yang masuk ke perut akan

menjadi darah yang akan dibekalkan ke otak serta penghasilan zat yang seterusnya akan

menjamin kesihatan pertumbuhan bahagian fizikal tubuh seseorang insan.

2.4 STATUS MAKANAN KOSHER DALAM AGAMA YAHUDI

Tuhan telah menyatakan dalam Al-Kitab berkaitan bangkai binatang yang

Kosher dan Therif untuk dibawa atau menyentuhnya, dalam Kitab Imamat 11:24-28

seperti berikut :

Seseorang yang menyentuh bangkai binatang yang berikut akan menjadi

najis sehingga matahari terbenam ; semua binatang yang berkuku,

35 Mian N. Riaz & Muhammad M.Chaundry, (2001) Halal Food Production, CRC Press. h. 149.

Page 12: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

38

kecuali yang berkuku belah dan yang memamah biak dan semua

binatang yang berkaki empat dan mempunyai cakar. Sesiapa yang

membawa bangkai binatang jenis ini mesti mencuci pakaiannya, tetapi

ia tetap najis sehingga matahari terbenam.(28)36

Perkara ini turut dinyatakan dalam Kitab Imamat 11: 39-40 seperti

berikut:

Sesiapa yang menyentuh bangkai binatang yang halal akan menjadi

najis sehingga matahari terbenam. Sesiapa yang makan bahagian apa

pun daripada bangkai binatang itu, mesti mencuci pakaiannya, tetapi

dia tetap najis sehingga matahari terbenam. Sesiapa yang membawa

bangkai itu mesti mencuci pakaiannya tetapi akan tetap najis sehingga

matahari terbenam.(40)37

Dalam meneliti konsep Kosher, beberapa jenis makanan diperhatikan statusnya

mengikut pandangan agama Yahudi iaitu daging binatang dan merangkumi

permasalahan penyembelihan daging tersebut, ikan, darah, gelatin, enzim, keju,

minuman alkohol, susu dan permasalahan yang berkaitan dengan percampurannya

dengan daging, makanan yang diproses melalui penggunaan peralatan mengikut

spesifikasi tertentu, dan makanan bukan daging seperti bijirin yang merangkumi

penggunaannya dalam perayaan tertentu.

2.4.1 Haiwan Yang Dibenarkan

2.4.1.1 Hidupan Daratan

Kitab Taurat telah menjelaskan beberapa ciri haiwan yang dibenarkan secara

khusus. Pertamanya, binatang tersebut mestilah menepati ciri-ciri dan peraturan

36 Perjanjian Lama : Imamat 11:24-28 37 Perjanjian Lama : Imamat 11: 39-40.

Page 13: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

39

makanan Kosher. Penganut Yahudi tidak dibenarkan untuk memakan binatang yang

mempunyai kedua-dua ciri haiwan Kosher dan juga Therif, seperti babi ; walaupun ia

mempunyai kuku belah, namun ia tidak makan dengan cara memamah makanan.

Tuhan menyatakan dalam Al-Kitab berkaitan larangan memakan daging babi,

dalam kitab Imamat 11:7-8 seperti berikut :

Jangan makan babi. Babi mesti dianggap haram kerana walaupun

berkuku belah, tetapi tidak memamah biak. Jangan makan binatang-

binatang itu dan jangan sentuh bangkainya; binatang-binatang itu

Haram.38

Larangan memakan babi dalam kalangan penganut Yahudi berdasarkan

ayat di atas adalah kerana ia mempunyai kuku belah, namun ia tidak makan

dengan cara memamah makanan.

Tuhan menyatakan dalam Al-Kitab berkaitan larangan memakan lemak lembu

dan kambing , dalam kitab Imamat 7 : 22-27 seperti berikut :

Tuhan memberikan peraturan berikut kepada Musa bagi umat Israil.

Lemak lembu, domba atau kambing tidak boleh dimakan. Lemak

daripada binatang yang mati biasa ataupun yang diterkam binatang

buas tidak boleh dimakan, tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain.

Orang yang makan lemak daripada binatang yang dipersembahkan

sebagai persembahan makanan kepada Tuhan tidak akan lagi dianggap

sebagai anggota ummat Allah.39

Keduanya, jika binatang tersebut mempunyai banyak ciri-ciri Kosher walaupun

binatang tersebut mempunyai unsur-unsur Therif, maka ia tidak boleh dimakan oleh

38 Imamat 11:7-8 39 Imamat 7 : 22-27

Page 14: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

40

penganut Yahudi. Sebagai contoh, jika bahan makanan yang Kosher seperti daging

kambing yang dicampurkan dengan daging babi, maka ia dianggap haram.

Menurut Al-Kitab ; dalam kitab Imamat 11: 1-6 telah menyatakan penerangan

yang jelas berkaitan binatang yang Kosher atau Therif untuk dimakan seperti berikut40

:

Tuhan memberi Musa dan Harun peraturan-peraturan berikut bagi Bani

Israil. Kamu boleh makan binatang darat apa sahaja yang berkuku

belah dan memamah biak. Tetapi kamu tidak boleh makan unta, landak

batu atau arnab. Binatang ini mesti dianggap haram walaupun

memamah biak, namun tidak berkuku belah.

Dalam al-Qur’an juga menyatakan pengharaman unta kepada orang Yahudi.

Firman Allah SWT dalam surah al-An‟aam : 146,

“Dan telah Kami haramkan atas orang-orang Yahudi setiap haiwan yang

mempunyai satu kuku (unta dan kuda). Dan dari lembu dan kambing.

Kami haramkan lemak dari kedua binatang itu, kecuali yang terletak di

punggung keduanya atau yang di perut dan usus atau yang bercampur

dengan tulang. Demikianlah Kami hukum mereka disebabkan

kedurhakaan mereka; dan sesungguhnya Kami adalah Maha Benar.”41

Sesungguhnya, Allah telah mengharamkan binatang tersebut kerana kesalahan

mereka sendiri kerana mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah. Hukuman

yang diturunkan kepada mereka adalah bertujuan untuk mendidik mereka atas

keingkaran mereka terhadap perintah Allah.42

Ayat ini memberi pengajaran, jika

40 Imamat 11: 1-6 41 al-An‟aam : 146 42 M. Quraish Shihab, (2002) Tafsir Al-Misbah, Vol. 2, Penerbit Lentera Hati, Indonesia. h. 98.

Page 15: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

41

seseorang hamba yang mengingkari perintah Allah, maka Allah berkuasa untuk

melarang makanan-makanan tertentu. Penyembelihan binatang di dalam agama Yahudi

juga merupakan perkara yang amat penting dalam menentukan status Kosher. Kitab

Taurat telah menyatakan binatang yang dibolehkan dan juga binatang yang tidak

dibolehkan untuk disembelih. Antara ciri-ciri utama binatang yang boleh disembelih

ialah;43

i. Haiwan darat yang berkuku belah (loven hoof)

ii. Haiwan yang memamah44

makanan.

Proses penyembelihan (Shechita) hanya boleh dilakukan oleh penyembelih

Kosher berbangsa Yahudi yang bertauliah dan terlatih sahaja (sochet), dengan

menggunakan alat-alat penyembelihan yang dikhususkan untuk penyembelihan Kosher

sahaja (pisau yang tajam).45

Selepas proses shechita, seorang pemeriksa berbangsa

Yahudi yang bertauliah dan terlatih akan melakukan proses pemeriksaan dan akan

memastikan bahawa tiada organ-organ dalaman yang rosak dan boleh menyebabkan

haiwan tersebut tergolong di dalam kategori sembelihan Kosher. Proses ini dinamakan

bedika. 46

Pada tahun 1985, kongres Amerika Syarikat bersetuju menyatakan bahawa

sembelihan Kosher bersamaan dengan sembelihan halal dalam agama Islam kerana ia

memudahkan haiwan untuk mati. Namun yang demikian, penyembelihan Kosher

43 Muhammad Umar Chand, (2003), Halal and Haram The Prohibited & The permitted Food Drinks; According To Jewish,

Christien and Muslim Scriptures, Kuala Lumpur, Percetakan Zafar Sdn. Bhd. h.64 44 Jenis binatang yang memamah makanan seperti lembu dan kambing kerana ia mempunyai kuku belah. Perkara ini jelas

dinyatakan dalam kitab taurat sepertimana penjelasan dalam bahagian Imamat 11: 24-28. Ibid. h. 64. 45 Pisau yang digunakan untuk menyembelih mestilah sangat tajam dan pisau yang lurus (tidak bengkok). Panjang pisau tersebut

mestilah melebihi dua kali diameter leher haiwan yang hendak disembelih. Proses ini dinamakan ‘Chalef’ . Rujuk J.M. Regenstien, M.M. Chaundry dan C.E. Regenstien (2003) Op. Cit. h.151.

46 Lise Stern (2004), Op. Cit. h. 42.

Page 16: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

42

menolak penyembelihan mengunakan teknik ‘stunning’47

yang diterima dalam teknik

penyembelihan halal. Agama Yahudi tidak menerima kaedah ini kerana mereka

menganggap proses tersebut sebagai kejam kerana haiwan terseksa sebelum mati.48

Selepas itu daging tersebut akan menjalani proses pemeriksaan pengesahan cop „Glatt

Kosher’ iaitu „Kosher Tanpa Syak Lagi!‟ sebelum dibawa kepada proses selanjutnya. 49

Pembunuhan binatang melalui perburuan dan memanah adalah Therif dalam agama

Yahudi kerana ia tidak bersesuaian dengan perlakuan ihsan terhadap binatang.50

Kemudian, upacara Nikkur, iaitu pembersihan daripada darah, lemak dan juga

organ-organ lain yang diharamkan di dalam haiwan akan dilakukan. Penyimpanan

daging hendaklah tidak dicampurkan dengan susu dan juga organ-organ yang

diharamkan tadi. Jika sesuatu tempat itu pernah digunakan untuk menyimpan daging-

daging yang bukan Kosher, maka pembakaran dan pembersihan melalui proses

penghangatan akan dilakukan demi memastikan tempat tersebut benar-benar suci dan

bersih. Selepas proses yang rumit dan panjang serta berhati-hati, barulah sesuatu daging

itu boleh diberikan sijil Kosher dan dijual di pasaran.51

Kitab Kejadian 9 : 4 telah menyatakan penerangan yang jelas berkaitan

larangan memakan daging yang berdarah (tidak disembelih) seperti berikut :

Hanya daging yang masih berdarah tidak boleh kamu makan, kerana

nyawa itu terkandung dalam darah.

Kitab Imamat 7: 23-27 juga menjelaskan perkara yang sama seperti berikut:

47 Stunning merupakan proses mengurangkan kesakitan kepada haiwan yang hendak disembelih. Lokman Adb Rahman (2002).

Penyembelihan Halal ; Hukum, Teknik dan Kawalan Bakteria. Jabatan Agama Islam Melaka, h. 12. 48 Mereka mengandaikan proses tersebut boleh menyebabkan haiwan itu mati dan terseksa sebelum disembelih. Proses tersebut

adalah teknik untuk mempercepatkan kematian haiwan dengan kadar penggunaan stunning yang ditetapkan. 49 Lise Stern (2004), Op. Cit. h. 43. 50 Zushe Yosef Blech, (2004) Kosher Food Production. Australia, Blackwell Publishing Asia. h. 193. 51 Ibid. h. 44.

Page 17: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

43

Katakanlah kepada orang Israel: Segala lemak dari lembu, domba

ataupun kambing janganlah kamu makan. Lemak bangkai atau lemak

binatang yang mati diterkam boleh dipergunakan untuk segala

keperluan, tetapi jangan sekali-kali kamu memakannya. Karena setiap

orang yang memakan lemak dari haiwan yang dipergunakan untuk

mempersembahkan korban api-apian bagi Tuhan, nyawa orang yang

memakan itu, haruslah dilenyapkan dari bangsanya. Demikian juga

janganlah kamu memakan darah apapun di segala tempat kediamanmu,

baik darah burung-burung ataupun darah haiwan. Setiap orang yang

memakan darah apapun, nyawa orang itu haruslah dilenyapkan dari

antara bangsanya.

Penyembelih (shechita) perlu mengucapkan pemujaan kepada Tuhan sebelum

melaksanakan penyembelihan bagi memastikan penyembelihan tersebut Kosher. Proses

penyembelihan akan dilaksanakan dengan teliti dan berhati-hati kerana setiap haiwan

yang telah disembelih akan diperiksa semula bagi memastikan cara pengendalian

penyembelihan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Setelah penyembelihan

dilakukan, maka Shechita dikehendaki memeriksa organ dalaman haiwan agar bebas

daripada penyakit yang tidak cacat. Jika pemeriksaan itu mendapati haiwan yang

disembelih mempunyai tanda-tanda berpenyakit atau cacat, maka haiwan tersebut tidak

boleh dimakan (Therif). 52

Penetapan Kosher yang lebih tinggi diletakkan pada haiwan yang disembelih

tersebut mendapat pemeriksan yang khusus di bahagian paru-paru. Sistem pengawalan

Kosher ini dinamakan sebagai Glatt Kosher atau Menhadrin53

. Pemeriksaan ini juga

sebenarnya perlu menyingkirkan urat-urat tertentu, saluran darah dan lemak yang

52 Rabbai Blech Z. (2004) Royal Jelly in Kosher Food Production , Iowa State Press Forthcomping., h. 75. 53 Maksud Menhandrin adalah piawaian yang lebih ketat bagi mengesahkan status kosher sesuatu produk atau daging.

Page 18: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

44

terdapat pada haiwan tersebut. Proses ini dsebutkan sebagai upacara „Nikkur‟ dalam

bahasa Ibrani.

Bahagian belakang haiwan (hindquarter) yang disembelih adalah tidak

diharuskan (Therif) kerana ia mempunyai urat yang sukar untuk dihapuskan dari

bahagian tersebut. Namun ada juga sebahagian rabbai yang membenarkan beberapa

haiwan seperti rusa yang dibenarkan untuk bahagian belakang (hindquarter). Namun

perkara ini mengambil kira bahawa binatang tersebut adalah makanan tradisi sesebuah

masyarakat.54

Selepas penyembelihan, maka daging tersebut mestilah suci darpada sisa darah

yang mengalir ialah dengan perendaman dan pengasinan selepas 72 jam disembelih. 55

Kaedah menghilangkan darah daripada daging merah dan haiwan yang disembelih ialah

dengan kaedah perendaman yang dilakukan selama 5 jam dalam air yang dingin.

Kemudian penggaraman dilakukan selama satu jam di semua permukaan

daging.kemudian daging tersebut akan dibilas sebanyak tiga kali. Proses tersebut

bertujuan bagi menghilangkan darah daripada daging haiwan yang disembelih.

2.4.1.2 Haiwan Air.

Antara haiwan lautan yang dibenarkan untuk dimakan ialah haiwan yang

mempunyai sirip dan sisik. Namun kebanyakkan ikan mempunyai sirip dibahagian

badannya akan tetapi peraturan Kosher lebih memberikan penekanan untuk melihat

bahagain sisik bagi pemilihan makanan yang Kosher. Status Kosher makanan haiwan

54 Rabbai Blech Z. (2004) Royal Jelly in Kosher Food Production , Iowa State Press Forthcomping., h. 78. 55 J.M. Regenstien, M.M. Chaundry dan C.E. Regenstien (2003) Op. Cit h.114.

Page 19: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

45

laut menurut Al-Kitab ; dalam kitab Imamat 11: 9-12 telah menyatakan penerangan

yang jelas berkaitan jenis ikan yang Kosher atau Therif untuk dimakan seperti berikut :

Kamu boleh makan semua jenis ikan yang mempunyai sirip dan sisik,

tetapi apa sahaja binatang yang hidup di dalam air dan yang tidak

mempunyai sirip dan sisik tidak boleh dimakan. Binatang seperti ini

mesti dianggap haram. Kamu tidak boleh memakannya atau menyentuh

bangkainya. Kamu tidak boleh makan binatang apa sahaja yang hidup

di dalam air dan yang hidup di dalam air dan yang tidak mempunyai

sirip dan sisik.56

2.4.1.3 Serangga dan Burung

Antara haiwan serangga yang boleh dimakan adalah serangga dari kategori

belalang sahaja. Serangga selain daripadanya adalah dianggap Therif. Lebah juga

merupakan serangga yang dilarang untuk dimakan namun madu dan sarang lebah boleh

dimakan dan rabbai menggalakkannya kerana kebiasaannya ia digunakan untuk

menyadur buah-buahan supaya nampak bersinar.57

Seterusnya dalam Al-Kitab dinyatakan berkaitan burung dan serangga yang

Kosher dan Therif untuk dimakan, dalam kitab Imamat 11: 41-43 seperti berikut:58

Semua serangga yang bersayap adalah Therif kecuali serangga yang

dapat melompat. Kamu boleh makan belalang juta, jengkerik dan

belalang. Tetapi semua serangga lain yang bersayap dan juga yang

merayap mesti dianggap haram.

(41) Kamu tidak boleh makan binatang kecil yang bergerak di atas

tanah, baik makanan yang menjalar, yang berjalan dengan empat kaki,

56 Imamat 11: 9-12. 57 Rabbai Blech Z. (2004) Royal Jelly in Kosher Food Production , Iowa State Press Forthcomping., h. 109. 58 Imamat 11: 41-43

Page 20: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

46

ataupun yang mempunyai banyak kaki. Jangan najiskan diri kamu

dengan memakan salah satu binatang itu.

Seterusnya dalam Al-Kitab dinyatakan berkaitan burung dan serangga yang

Kosher dan Therif untuk dimakan, dalam kitab Imamat 11:13-23 dan 11: 41-43 seperti

berikut :59

Burung yang berikut tidak boleh kamu makan : burung rajawali, burung

hantu, semua jenis burung helang, burung gagak, burung unta, burung

camar, burung pucung, burung kosa, burung ranggung dan semua jenis

burung bangau, burung undan dan kelawar.

Oleh yang demikian, larangan ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam kitab

mereka supaya semua penganut agama Yahudi dapat menentukan serangga yang telah

diharamkan oleh Tuhan kepada mereka.

2.4.2 Darah

Kitab Kejadian 9 : 4 menyatakan penerangan yang jelas berkaitan larangan

memakan daging yang berdarah (tidak disembelih) seperti berikut :60

Hanya daging yang masih berdarah tidak boleh kamu makan, kerana

nyawa itu terkandung dalam darah.

Kitab Imamat 7: 23-27 juga menjelaskan perkara yang sama seperti

berikut:61

Katakanlah kepada orang Israel: Segala lemak dari lembu, domba

ataupun kambing janganlah kamu makan. Lemak bangkai atau lemak

binatang yang mati diterkam boleh dipergunakan untuk segala

keperluan, tetapi jangan sekali-kali kamu memakannya. Karena setiap

59 Imamat 11:13-23 dan 11: 41-43 60 Kejadian 9 : 4 61 Imamat 7: 23-27

Page 21: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

47

orang yang memakan lemak dari haiwan yang dipergunakan untuk

mempersembahkan korban api-apian bagi Tuhan, nyawa orang yang

memakan itu, haruslah dilenyapkan dari antara bangsanya. Demikian

juga janganlah kamu memakan darah apapun di segala tempat

kediamanmu, baik darah burung-burung ataupun darah haiwan. Setiap

orang yang memakan darah apapun, nyawa orang itu haruslah

dilenyapkan dari antara bangsanya.

2.4.3 Gelatin

Gelatin adalah bersumberkan haiwan, hanya sedikit sahaja geletin dari sumber

tumbuhan. Kebanyakan gelatin di negara Barat diperbuat daripada sumber tulang dan

kulit babi kerana murah dan mudah dihasilkan.62

Gelatin boleh dihasilkan daripada tisu

ikan dan juga haiwan-haiwan yang lain. Kegunaan gelatin adalah dalam pembuatan

gula-gula, produk berasaskan susu dan kapsul ubat-ubatan dan vitamin.

Cara pemprosesan gelatin melibatkan tulang atau kulit binatang dan

dicampurkan dengan bahan kimia. Kegunaan gelatin adalah sebagai agen penggalak

dalam peroses penghasilan makanan. Sesetengah pihak berkuasa yang mengesahkan

produk Kosher, mereka menerima pakai binatang yang tidak Kosher dalam proses

pembuatan gelatin atas beberapa alasan:63

a. Tulang yang kering daripada binatang yang tidak halal dikira sebagai Kosher

dan gelatin yang bersumberkan daripadanya adalah dibenarkan untuk kegunaan

tersebut.

b. Gelatin adalah produk yang „baru‟ selepas pemperosesan tulang dan ia tidak

mengambikira bahan yang asal.

62 Wilson G. Pond and Alan W. Bell (2005) Encyclopedia of Animal Science. New York, Marcel Dekker, h. 771. 63 Zushe Yosef Blech, (2004) Op. Cit. Australia, Blackwell Publishing Asia. h. 375.

Page 22: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

48

c. Ketika proses pemperosesan gelatin, ia telah menghilangkan status Therif

bahan yang asal kepada Kosher.

Perkara ini terjadi kerana terdapat perbezaan dan perselisihan pandangan dalam

menentukan sesuatu status hukum. Pandangan ini wujud kerana ada sebahagian pihak

persijilan Kosher yang mengambil pendekatan yang ringan dalam menentukan sesuatu

hukum kerana faktor keadaan semasa yang sukar untuk mendapatkan gelatin dari

sumber tumbuhan dan ikan. Walaupun begitu, jika terdapat gelatin dari sumber ikan dan

tumbuhan; harga gelatin tersebut agak mahal berbanding gelatin yang diperbuat

daripada babi kerana ia mudah dihasilkan.

2.4.4 Minuman Alkohol atau Arak

Semua produk berasaskan anggur adalah Kosher. Penganut Yahudi dibenarkan

untuk minum arak yang diperbuat daripada anggur dengan syarat arak tersebut

dihasilkan oleh penganut Yahudi sahaja. Larangan untuk meminum arak hanya

dikhususkan kepada arak yang telah dijadikan pemujaan dan telah digunakan bagi

tujuan keagamaan yang tertentu. Arak yang dianggap Therif tidak akan menjadi Kosher

walaupun ia dimasak (Yayin Mevushal) untuk kegunaan minuman.64

Arak Kosher yang

telah bercampur dengan arak yang non-Kosher juga merupakan sesuatu yang dianggap

Therif dalam agama Yahudi.

Perintah asal dalam Taurat : Imamat 10:9 bermaksud Tuhan berfirman kepada

Nabi Harun “Janganlah kamu dan anak-anakmu masuk ke dalam rumah Tuhan setelah

64 Zushe Yosef Blech, (2004) Kosher Food Production. Australia, Blackwell Publishing Asia. h. 121.

Page 23: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

49

minum arak atau minuman yang memabukkan. Jika kamu masuk, kamu akan mati.

Iniah peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua keturunanmu”.

Namun perintah di dalam pernyataan tersebut mereka tafsirkan hanya termaktub

kepada orang-orang Nazarite kerana mereka adalah daripada golongan orang yang

berasal dari satu kawasan bernama Nazarite dan dan mereka dalam keadaan sedang

bernazar kepada Tuhannya. Apabila seorang lelaki atau perempuan dari kalangan

mereka yang bernazar untuk mengabdikan diri kepada Tuhan sebagai orang Nazarite,

dia tidak boleh meminum minuman keras. Dia tidak boleh meminum apa-apa yang

diperbuat daripada buah anggur dan tidak boleh makan buah anggur segar maupun

kismis. Selama mana mereka orang Nazarite mereka tidak dibenarkan makan apa-apa

sahaja yag berasal daripada pokok anggur, samada biji mahupun kulit anggur.65

Apabila seorang Nazarite telah menyelesaikan nazarnya, dia harus melakukan

upacara berikut: pergi ke pintu Rumah Tuhan66

dengan mempersembahkan tiga ekor

binatang yang tidak cacat kepada Tuhan. Seekor anak kambing jantan berumur satu

tahun sebagai korban untuk menyenangkan Tuhan. Kemudian dia perlu mengorbankan

seekor anak kambing betina berumur satu tahun sebagai korban untuk menghapuskan

dosa dan seekor kambing jantan sebagai korban untuk memohon berkat Tuhan.67

Dia juga harus mempersembahkan sebakul roti tanpa ragi, roti tebal yang

dicampuri minyak zaitun. Kemudian dia juga harus mempersembahkan korban tersebut

65 Bilangan 6 : 1-4. 66 Rumah Tuhan adalah tempat peribadatan bagi orang Yahudi, ia juga dikenali sebagai Synagogue. Lihat : Zushe Yosef Blech, Op.

Cit. h. 123. 67 Bilangan 6 : 13-14

Page 24: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

50

bagi mengucapkan syukur dan korban arak68

sebagaimana yang telah ditetapkan.

Seterusnya Rabbai perlu mempersembahkan semua itu kepada tuhan iaitu korban untuk

mengampunkan dosa dan korban untuk menyenangkan Tuhan. Rabbai akan

mempersembahkan kambing jantan itu kepada Tuhan sebagai korban untuk memohon

berkat Tuhan dan mempersembahkannya dengan sebakul roti, kesemua perkara

tersebut dilakukan denagn mengucapkan syukur dan korban arak.69

Orang Nazarite yang melakukan korban ini harus mencukur rambutnya di

hadapan Rumah Tuhan dan melemparkan rambutnya itu ke dalam api yang sedang

membakar korbannya untuk memohon berkat Tuhan. Kemudian Rabbai akan

mengambil kaki depan kambing jantan yang sudah direbus, seketul roti tebal dan

seketul roti tipis dari bakul itu dan seterusnya meletakkan kesemuanya ke dalam tangan

orang Nazarite itu. Kemudian Rabbai harus mempersembahkan kesemuanya, sebagai

persembahan khas kepada Tuhan. Semua persembahan itu aalah suci dan menjadi milik

imam, bersama dengan dada dan paha kambing jantan yang menurut peraturan

sememangnya ia menjadi milik imam. Maka selepas upacara ini, orang yang berkorban

ini bukan lagi orang Nazarite lagi dan dia boleh minum arak.70

Inilah peraturan untuk orang Nazarite. Namun jika, seorang Nazarite berjanji

untuk memberikan persembahan yang lebih dari syarat-syarat nazarnya, dia mesti

memenuhi semua janji-janjinya itu dengan melaksanakan korban yang telah dijanjikan

kepada Tuhan.71

68 Korban Arak ialah merupakan upacara korban orang Nazarite untuk membebaskan diri mereka daripada peangharaman arak.

Merka perlu menghidangkan atau mempersembahkan arak kepada Tuhan mereka sebagai sebagai salah satu syarat sah korban

mereka. Selepas melaksanakan korban ini mereka dibolehkan untuk meminum arak. Rujuk, Bilangan 6 : 15. 69 Bilangan 6 : 15-18. 70 Bilangan 6 : 19-20. 71 Bilangan 6 : 21.

Page 25: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

51

2.4.5 Penggunaan Susu, Keju Dan Enzim Dalam Makanan.

Larangan mencampurkan susu dan daging diulang dalam Al-Kitab sebanyak tiga

kali yang berbunyi :

Thou shalt not seeth the kid in its mother’s milk”.72

Bermaksud : Jangan kamu masak anak lembu atau anak kambing di

dalam air susu ibunya.

Ini merupakan larangan yang keras dalam Taurat kepada penganut Yahudi dan

juga makanan tersebut tidak dibenarkan diberikan kepada haiwan peliharaan untuk

memakannya. Perniagaan yang melibatkan susu dan daging juga tidak dibenarkan

seperti menjual burger dan keju.73

Bagi memastikan susu dan daging berasingan

mengikut garis panduan peraturan Kosher, semua proses pembuatan dan pembungkusan

dipantau dan dikategorikan kepada tiga bahagian:

1. Produk berasaskan daging sahaja.

2. Produk berasaskan susu sahaja.

3. Produk yang tidak mengandungi daging dan susu (Parve).74

Semua produk yang berasaskan tanaman dianggap sebagai ‘parve’. Telur, ikan

dan madu juga merupakan makanan kategori ‘prave’ dan makanan ini boleh dimakan

bersama daging atau susu dalam satu hidangan. Contohnya telur yang dicampur dengan

susu akan menjadi keju adalah Kosher untuk dimakan. Namun terdapat peraturan

khusus bagi ikan, ikan boleh dimakan bersama daging, akan tetapi ianya tidak boleh

bercampur dengan satu bekas makanan. Jika bekas ikan yang sama hendak digunakan

72 Keluaran 23: 19, Keluaran 34: 26, Deuteronomy 14:21 73 Zushe Yosef Blech, (2004) Op. Cit. h. 146. 74 Perkataan tersebut juga disebut sebagai „pareve’, ‘perve’ atau „parev’ dan dalam bahasa Ibrani atau Hebrew ialah „pareve‟. Lihat :

Zushe Yosef Blech, (2004) Op. Cit. h. 59.

Page 26: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

52

untuk meletakkan daging, bekas tersebut perlu dibilas dahulu sebelum digunakan untuk

meletakkan daging tersebut.75

Bagi memantau proses penyediaan makanan ‘prave’ di kilang yang memproses

makanan berasaskan susu, maka satu badan kawalan dilantik untuk memantau supaya

produk tersebut dilabelkan dengan logo D.E. (Dairy Equipment). Peraturan ini

bertujuan untuk menjelaskan kepada pengguna bahawa alat pemprosesan makanan

tersebut menggunakan peralatan yang memproses susu. Jika produk parve diproses di

kilang pengeluaran daging, maka produk tersebut akan dilabelkan sebagai M.E. (Meat

Equipment). Pinggan atau bekas yang digunakan untuk makanan M.E. boleh juga

digunakan untuk makanan D.E. dengan syarat ianya perlu dibasuh dahulu, begitu juga

jika sebaliknya.

Syarat jarak masa yang diperlukan untuk memakan makanan daging selepas

meminum susu adalah selama 3-6 jam, ia bergantung kepada kebiasaan dalam tradisi

pemakanan dan amalan keluarga tersebut. Sebelum memakan daging maka ia hendaklah

membilas mulut dengan air dalam tempoh masa selang satu jam. Namun pada

kebiasannya produk yang bertanda Parve mendapat permintaan yang tinggi kerana

memudahkan pengguna untuk makan tanpa menunggu beberapa jam untuk memakan

makanan yang lain.

Rennin atau enzyme merupakan bahan yang digunakan bagi kaedah terbaru

dalam pengunaan dalam bioteknologi makanan. Kegunaan renin ini kebiasannya

digunakan dalam proses membuat keju dan gula-gula getah. Kebanyakan Rabbai

75 Namun kajian yang dilakukan oleh pengkaji sains pemakanan, tiada maslah kesihatan yang akan timbul jika ikan dan daging

bercampur di dalam satu bekas. Peraturan ini berasal daripada aliran Yahudi Konservatife yang melarangnya. Sebenarnya perkara

ini tiada kaitan dengan kesihatan manusia, akan tetapi ia adalah berkaitan dengan kepatuhan terhadap peraturan makanan Kosher.

Lihat Blech Z, Op. Cit. h. 40.

Page 27: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

53

menerima penggunaan pepsin dan lipase dari sumber babi dalam pembuatan keju atas

permintaan dalam kegunaan membuat keju dalam bidang bioteknolgi. Namun segala

proses pembuatan keju mestilah mematuhi peraturan Kosher dan tidak bercampur

dengan daging.76

2.4.6 Peralatan Dalam Penyediaan Makanan

Al-Kitab menyatakan berkaitan alatan yang dianggap Kosher dan Therif untuk

digunakan bagi tujuan pemakanan, dalam kitab Imamat 11:29-36 seperti berikut :77

Tikus mondok, tikus, cicak biawak dan semua jenis bengkarung mesti

dianggap haram. Seseorang yang menyentuh binatang itu atau

bangkainya akan menjadi najis sehingga matahari terbenam. Jika

bangkai binatang itu jatuh ke atas benda apa sahaja, benda itu juga

menjadi najis, samaada benda itu daripada kayu, kain kulit atau karung,

tidak kira apapun kegunaan benda-benda itu. Bekas-bekas itu mesti

dicelup didalam air, tetapi bekas itu tetap najis sehingga matahari

terbenam. Jika bangkai itu jatuh ke dalam belanga, segala yang ada di

dalamnya menjadi najis dan belanga itu mesti dipecahkan. Apa sahaja

makanan yang biasanya boleh dimakan akan menjadi najis, jika kena air

dari belanga itu, dan minuman yang ada di belanga itu juga menjadi

najis. Jika alat itu ketuhar tanah atau dapur arang. Alat itu harus

dipecah.

Ada tiga cara untuk mensucikan peralatan memasak makanan berasaskan

daging dan susu bagi membolehkan ia digunakan untuk memasak makanan

parve. Rabbai secara amnya kurang bersetuju peralatan memasak yang

digunakan untuk memasak daging dan penyediaan susu digunakan pula untuk

76 Mian N. Riaz & Muhammad M.Chaundry, (2001) Op. Cit. h. 162. 77 Imamat 11:29-36

Page 28: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

54

memasak makanan parve. Begitu juga jika peralatan memasak makanan daging

digunakan untuk memasak makanan berasaskan susu. Peralatan yang digunakan

untuk memasak sebaiknya diasingkan bagi memastikan status Kosher benar-

benar terjamin. Beberapa peralatan memasak yang diperbuat daripada seramik,

getah, tembikar dan percelien tidak boleh disucikan menjadi peralatan memasak

makanan parve kerana ia dianggap tidak dapat menghilangkan sisa makanan dan

bau makanan sebelumnya sewaktu proses penyucian.78

2.4.7 Makanan Bijirin

Peraturan pemakanan Kosher berkait rapat dengan perayaan Passover79

(pada

akhir Mac atau April) yang melarang penganutnya memakan bijirin (chometz) seperti

gandum, barli, dan oat dalam perayaan tersebut. Penganut Yahudi juga dikehendaki

memakan makanan tidak beragi dan makanan yang dimakan mestilah dipuja dahulu

sebelum dimakan oleh penganut Yahudi. Seramai 92% penganut Yahudi merayakan

perayaan Passover kerana ia merupakan hari perayaan terbesar dalam agama Yahudi.

Perayaan ini telah mempertingkatkan permintaan pengguna sebanyak 40% daripada

penjualan makanan Kosher masyarakat Yahudi. Perkara ini telah menjadikan industri

Kosher meningkat maju di pasaran Amerika Syarikat.80

2.5 MAKANAN THERIF DALAM AGAMA YAHUDI

Al-Kitab menyatakan berkaitan daging yang diharamkan untuk makan oleh

penganut Yahudi dalam aspek pemakanan, dalam Kejadian 32 : 31 seperti berikut :

78 J.M. Regenstien, M.M. Chaundry dan C.E. Regenstien (2003) Op. Cit. h. 118. 79 Penganut Yahudi merayakan hari Passover selama lapan hari dalam musim menuai, mereka memperingati seribu tahun yang lalu

masyarakat Yahudi diusir dari negara Mesir. Mereka merasa bangga atas warisan yang dimiliki dan mereka mengharapkan

keamanan dan kebebasan kepada semua manusia. Lihat : Amanda Deoring (2007) Passover : Jewish Celebration of Freedom,

Capstone Press, United States of America. h. 7. 80 J.M. Regenstien, M.M. Chaundry dan C.E. Regenstien (2003) Op. Cit h.112.

Page 29: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

55

Sampai sekarang keturunan Israil tidak makan daging yang menutupi

sendi pinggang binatang kerana Yaakub kena pukul pada

pinggangnya.81

Peristiwa nabi Yaakub ini telah menyebabkan masyarakat Yahudi tidak

memakan daging yang berada pada pinggang binatang yang disembelih kerana ia

menganggapnya sebagai tidak suci. Peraturan Kosher melarang penganutnya memakan

daging yang berada di bahagian belakang (pinggang) kerana bahagian tersebut

mempunyai bayak saraf dan lemak yang sukar untuk dipisahkan daripada daging.

Proses pengasingan saraf sukar dilakukan dan ia tidak praktikal bagi pekerja kilang

penyembelihan Kosher melakukan perkara tersebut.82

Binatang yang Kosher tetapi tidak disembelih mengikut peraturan Kosher juga

dikira sebagai Therif. Binatang yang diperolehi daripada hasil berburu dan tidak

disembelih adalah terif bagi penganut Yahudi. Mereka tidak dibenarkan memakan

bintang yang ditembak mahupun yang dipanah kerana ia dikira sebagai bangkai.

2.6 PENGARUH MAKANAN KOSHER TERHADAP KEPERIBADIAN

PENGANUT YAHUDI

Tuhan menyatakan dalam Al-Kitab berkaitan kepercayaan dan perintah kepada

penganut Yahudi dalam aspek pemakanan, dalam kitab Imamat 11:44-47 seperti

berikut:

Akulah Tuhan kamu, berhati-hatilah agar kamu tetap suci kerana

Aku suci. Akulah Tuhan yang membawa kamu keluar dari Mesir, supaya

aku boleh menjadi Tuhan kamu. Hendaklah kamu suci kerana Aku suci.

81 Kejadian 32 : 31. 82 Lihat Blech Z., Op. Cit. h. 109.

Page 30: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

56

Demikianlah peraturan-peraturan tentang binatang, burung, segala

sesuatu yang hidup di dalam air dan yang bergerak di atas tanah. Berhati-

hatilah membezakan apa yang halal dan apa yang haram, binatang yang

boleh dimakan dengan binatang yang tidak boleh dimakan.

Faktor pemakanan yang Kosher memberikan kesan yang besar dalam diri

penganut Yahudi. Perintah ini merupakan satu arahan daripada Tuhan supaya memilih

makanan yang Kosher dalam pemilihan pemakanan seharian. Kepatuhan penganut

Yahudi dalam memilih makanan Kosher merupakan penyerahan dan kepatuhan yang

hakiki kepada Tuhan dalam mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh

peratuan agama Yahudi. Penganut Yahudi yang mengamalkan peraturan ini tergolong

dalam kalangan penganut Yahudi yang patuh pada agama dan perintah Tuhan. Jika

penganut Yahudi melanggar peraturan makanan Kosher yang telah ditetapkan, mereka

tidak berdosa dan mendapat balasan buruk, akan tetapi mereka tidak mendapat rahmat

dari Tuhan.83

Penganut Yahudi juga percaya bahawa segala peraturan yang dinyatakan dalam

kitab Taurat adalah bertujuan menjadikan kehidupan lebih sempurna. Peraturan yang

diturunkan ini adalah bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia dan secara amnya

ia adalah berpadanan dan baik untuk manusia semasa berada di dunia. Namun, jika

terdapat sebahagian penganutnya yang tidak mematuhi peraturan Kosher, sebenarnya

dia telah melanggar fitrah kejadian manusia sepertimana yang dianjurkan di dalam

Taurat. Mereka akan mendapat kesan negatif dari aspek fizikal dan rohani. Mereka

tidak dihukum kerana keingkaran tidak menuruti perintah Taurat, akan tetapi jiwa

mereka perlu dibersihkan kerana mengingkari seruan Tuhan kerana telah melakukan

kerosakan ke atas diri mereka sendiri. Namun, Tuhan amat mengetahui setiap

83 Joe M. Regenstein, , M.M. Chaundry dan C.E. Regenstien (2003) Op. Cit. h. 122.

Page 31: BAB 3 : KONSEP MAKANAN KOSYER DALAM AGAMA YAHUDI

57

penganutnya yang mengingkari arahanNya, dan Tuhan mengetahui setiap apa yang

berada di dalam hati manusia. Hanya Tuhan yang layak menghukum seseorang yang

tidak menuruti setiap arahan dan melakukan setiap kemungkaran di dalam agama

Yahudi. Oleh yang demikian, penganut Yahudi perlu berusaha untuk melakukan

perkara yang disuruh dan mengajak orang lain untuk bersama-sama dengan kita bagi

menuruti perintah Kosher di dalam kitab Taurat.84

2.7 KESIMPULAN

Penentuan sesuatu makanan itu adalah benar-benar Kosher ataupun tidak

bergantung kepada setiap proses di dalam penghasilan makanan tersebut, bermula dari

penternakan, penyembelihan, proses dan pengedarannya. Ia juga hanya boleh dilakukan

oleh penganut Yahudi demi memastikan setiap penganutnya hanya makan makanan

yang benar-benar Kosher dan berkhasiat. Perkara ini penting bagi memastikan mereka

merupakan penganut yang setia dan taat segala perintah Tuhan.

84 Rabbai Yisroel Cotlar, http://www.chabad.org/asktherabbi/default_cdo/jewish/Ask-the-Rabbi.htm. 30 April 2010.