bab 6 - kesimpulan rp

Upload: vasant-sriudom

Post on 06-Jul-2015

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KESIMPULAN

Rancangan perniagaan adalah sesuatu kertas kerja yang sangat penting bagi sesuatu perniagaan termasuklah Murtabak DLela Enterprise yang akan beroperasi pada masa akan datang nanti. Rancangan perniagaan ini dapat menjadikan prosedur dalam mengurus perniagaan kami supaya dapat mencapai objektif dalam masa yang singkat serta mendatangkan keuntungan terhadap pengusahanya. Murtabak DLela Enterprise telah merangkakan beberapa perancangan supaya produk yang dikeluarkannnya dapat memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan yang menginginkan dan menggemari untuk untuk menikmati murtabak mini sejuk beku ini. Kami memilih perniagaan murtabak mini sejuk beku kerana ruang pasarannya yang luas serta tidak ramai pesaingan daripada syarikat-syarikat yang lain.

Aspek pengurusan kewangan adalah amat penting dalam menghidupkan perjalanansesuatu operasi perniagaan. Rancangan perniagaan bagi Murtabak DLela Enterprise ini menunjukkan aliran keluar masuk tunai yang baik kerana mempunyai cara pengurusan yang cekap dan berkesan. Oleh itu, segala keputusan yang akan dibuat untuk melaksanakan sesuatu operasi yang ditetapkan perlu dirujuk kepada rancangan perniagaan yang dibuat. Dengan menetapkan strategi pemasaran yang cekap, sesuatu organisasi perniagaan dapat dijalankan dengan lancar. Begitu juga dengan Murtabak DLela Enterprise. Dengan mengamalkan konsep 4P iaitu produk, tempat, harga dan promosi, Murtabak DLela Enterprise dapat memasarkan produknya dengan cekap dan berkesan.

Berdasarkan rancangan perniagaan yang telah dibuat, ia menunjukkan bahawa Murtabak DLela Enterprise mempunyai peluang yang cerah dalam menjalankan perniagaan murtabak mini sejuk beku ini dan berkemampuan untuk berkembang maju pada masa akan datang. Laporan kewangan menunjukkan kesan positif yang akan membawa kepada keuntungan yang maksimum terhadap pemiliknya dan berkemampuan untuk membayar balik hutang serta pinjaman yang dibuat pada permulaan perniagaan.

52 Hak Milik Sant Sahabat dan Kawan-Kawan. Dibenar untuk tujuan pembelajaran sahaja