rp sarung bantal

49
ZM ENTERPRISE 1 1.0 Pengenalan Perniagaan Kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual sarung dan bantal kusyen yang bercorak batik. Pada zaman moden ini, produk bercorak batik merupakan pilihan kepada semua orang. Kebanyakkan orang, terutamanya golongan berada menempah dan membeli sarung dan bantal kusyen bercorak batik sabagai hiasan pada kerusi mereka dan dalam kereta mereka. Masyarakat kini sentiasa meminati pakaian atau fabrik yang bercorak batik kerana penggunaan corak batik menampakkan pengguna lebih elegen dan bergaya, maka syarikat kami telah mengeluarkan produk sarung dan bantal kusyen yang dapat memenuhi permintaan pengguna dalam menyediakan sarung dan bantal kusyen. Produk ini menggunakan fabrik yang bermutu tinggi dan hiasan tambahan yang dijahit menggunakan tangan bagi mencantikkan dan mengukuhkan lagi jahitan. Kami telah menyediakan 3 jenis produk iaitu produk pertama ialah sarung bantal kusyen yang menggunakan fabrik bercorak batik, produk kedua ialah produk yang menggunakan fabrik tanpa corak batik tetapi dihias bercorak batik dengan menggunakan bahan hiasan dan produk ketiga adalah bantal kusyen yang pelbagai bentuk mengikut citarasa pelanggan. Disamping itu, kami juga menjual bahan-bahan hiasan pada fabrik dan fabrik yang bercorak batik. Kami akan mengutamakan dua aktiviti iaitu produk dan

Upload: shahsktl

Post on 28-Sep-2015

82 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fxgvfd

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan PerniagaanKumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual sarung dan bantal kusyen yang bercorak batik. Pada zaman moden ini, produk bercorak batik merupakan pilihan kepada semua orang. Kebanyakkan orang, terutamanya golongan berada menempah dan membeli sarung dan bantal kusyen bercorak batik sabagai hiasan pada kerusi mereka dan dalam kereta mereka.

Masyarakat kini sentiasa meminati pakaian atau fabrik yang bercorak batik kerana penggunaan corak batik menampakkan pengguna lebih elegen dan bergaya, maka syarikat kami telah mengeluarkan produk sarung dan bantal kusyen yang dapat memenuhi permintaan pengguna dalam menyediakan sarung dan bantal kusyen. Produk ini menggunakan fabrik yang bermutu tinggi dan hiasan tambahan yang dijahit menggunakan tangan bagi mencantikkan dan mengukuhkan lagi jahitan.

Kami telah menyediakan 3 jenis produk iaitu produk pertama ialah sarung bantal kusyen yang menggunakan fabrik bercorak batik, produk kedua ialah produk yang menggunakan fabrik tanpa corak batik tetapi dihias bercorak batik dengan menggunakan bahan hiasan dan produk ketiga adalah bantal kusyen yang pelbagai bentuk mengikut citarasa pelanggan. Disamping itu, kami juga menjual bahan-bahan hiasan pada fabrik dan fabrik yang bercorak batik.

Kami akan mengutamakan dua aktiviti iaitu produk dan perkhidmatan. Perkhidmatan yang akan diberikan adalah memberi nasihat tentang fesyen atau rekaan yang sesuai dengan bentuk sarung bantal kusyen dan menerima tempahan menjahit sarung bantal kusyen yang dikehendaki pelanggan. Bagi produk pula kami menyediakan pelbagai bentuk dan rekaan sarung dan bantal kusyen yang menarik dengan harga yang berpatutan.

2.0 Nama Dan Alamat PerniagaanNama syarikat kami ialah ZM Enterprise. Penggunaan ZM Enterprise akan tertera pada label yang terdapat pada sarung bantal kusyen yang sayrikat kami keluarkan. Objektif syarikat kami adalah untuk memberi jaminan kepada pelanggan berpuas hati dengan kualiti jahitan yang syarikat kami lakukan. Perniagaan kami akan beroperasi di Bandar Marang Terengganu. Tujuan kami beroperasi perniagaan kami di sana kerana populasi orang di sana banyak. Kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan kaya dan golongan yang bekerja serta berkereta. Terdapat juga di pusat peranginan dan hotel.

3.0 Tujuan Penyediaan RancanganTujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk memberi keterangan atau maklumat berkenaan dengan sebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain itu, dengan adanya rancangan perniagaan yang terperinci, ini akan meyakinkan para pihak yang bekerjasama dengan syarikat kami, termasuk pihak pemiutang iaitu institusi kewangan dan pihak pembekal bahan mentah bahawa perniagaan yang akan dijalankan dapat dimajukan dan dapat diusahakan. Dengan penyelidikan terhadap saiz pasaran dan persaingan yang dihadapi, syarikat boleh menyediakan rancangan yang sepatutnya untuk menghadapi saingan di pasaran. Di samping itu, rancangan perniagaan ini juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan produk yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Selain itu, rancangan perniagaan juga dapat membantu pemilik perniagaan mengenalpasti keberkesanan perniagaan yang dijalankan olehnya.

Tujuan penyediaan rancangan ini dan pihak yang memerlukannya.

Usahawan

Pembekal

Institusi kewangan atau pelabur

Kakitangan

UsahawanUsahawan untuk membolehkannya memahami projek atau perniagaan yang mendalam. Rancangan ini boleh memberi rujukan kepada usahawan untuk menguruskan perniagaan tersebut dan tujuan pelaburan dan pembiayaan.

PembekalRancangan perniagaan yang terperinci memberikan keyakinan kepada pembekal yang bekerjasama dengan syarikat. Dengan itu, kami boleh mendapat bekalan dan bahan yang diperlukan secara kredit.

Institusi kewangan atau pelaburRancangan perniagaan disediakan kepada institusi kewangan adalah untuk memantapkan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan rakan kongsi pelaburan tambahan untuk perniagaan yang dijalankan.

KakitanganRancangan perniagaan mendedahkan kakitangan syarikat dengan arah tujuan syarikat, oleh itu, kakitangan mempunyai matlamat yang jelas untuk membantu syarikat mencapai objektif yang ditetapkan.

4.0 Latar Belakang PerniagaanNama Perniagaan: ZM Enterprise

Alamat Perniagaan: No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu

Alamat surat Menyurat: ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu

No telefon: 09-6182223/09-6182224

Bentuk syarikat: Perkongsian

Kegiatan utama: Menjual produk sarung dan bantal kusyen

Tarikh mulakan perniagaan: 17 Oktober 2013

Tarikh pendaftaran: 14 Ogos 2013

Nombor pendaftaran: PG0036918-W Modal permulaan : RM 300,000.00

Nama bank: CIMB Bank

Jenis Akaun: Akaun semasa

Nombor akaun Syarikat: 2009203698710170

Syarikat kami adalah berbentuk perkongsian yang terdiri daripada 2 orang pekongsian. Kedua-dua daripada kami bukan sahaja merupakan pekongsi kepad syarikat tetapi juga merupakan orang yang bertugas dalam bahagian pentadbiran, pengeluaran, kewangan dan pemasaran. Syarat-syarat perkongsian yang akan dipersetujui oleh kami adalah tertakluk kepada Akta Perkongsian 1967. Dalam aspek modal permulaan, modal yang diperlukan adalah sejumlah RM300,000.00.

Oleh kerana syarikat kami merupakan syarikat yang bermodal kecil maka setiap pekongsi akan mengeluarkan wang simpanan sendiri atau bantuan ahli keluarga untuk memulakan perniagaan ini.

4.1 Senarai kakitangan pengurusanNamaJawatanBil

Muhd Zulkifli Bin HamzahPengurus besar, pentadbiran dan Operasi1

Mastura `Aqasiah binti MuktarPengurus Kewangan dan Pemasaran1

4.2 Latar belakang pemilik (rakan kongsi)4.2.1 Latar belakang rakan kongsi 1Jawatan : Pengurus Besar, Pentadbiran dan Operasi

Nama penuh: Muhd Zulkifli Bin Hamzah

No I/C : 871017-11-5553

Tarikh lahir: 17 Oktober 1987

Umur : 26 tahun

Jantina : Lelaki

Alamat Tetap : Lot 1353 Kg Telaga Batu, 21600 Marang Terengganu. No Telefon: 013-333888

Taraf Perkahwinan : Bujang

Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, sesi motivasi francaisi-francaisor, bengkel perdagangan, kursus pengurusan syarikat, seminar pembuatan, seminar pengurusan pengeluaran operasi, kursus kualiti barangan.

Pengalaman: ketua pentadbiran, pengarah eksekutif,penolong pengarah eksekutif, Penolong penyelia, pembantu penolong operasi.

Modal sumbangan : RM 150,000.00

4.2.2 Latar belakang rakan kongsi 2Jawatan : Pengurus Kewangan dan Pemasaran Nama penuh : Mastura `Aqasiah binti Muktar No I/C : 890621 06 5558

Tarikh lahir: 21 Jun 1989

Umur : 24 tahun

Jantina : Perempuan

Alamat Tetap : No. 342 Blok C, Bukit Kechil,Kuala Terengganu. Telefon: 013 - 9177777

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, kurus kewangan syarikat, seminar perdagangan, bengkel pemasaran, kursus pelanggan dan pengguna

Pengalaman: pengurus kewangan, juruaudit, Wakil jualan, eksekutif pemasaran

Modal sumbangan : RM 150,000.00

5.0 Latar Belakang Projek5.1 Lokasi tapak projekAlamat: ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu

5.2 Bangunan-pelan lantai6.0 Rancangan Pemasaran6.1 Analisa pasaranKonsep utama syarikat kami adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan pelanggan. Selain tiu, syarikat juga mementingkan persaingan yang sedia ada dalam pasaran. Oleh itu, rancangan pemasaran syarikat kami juga mengambil faktor persaingan yang wujud dalam pasaran, perniagaan ini berpotensi di kawasan ini sebab terdapat bilangan yang sedikit di kawasan ini. Oleh itu, persaingan adalah terhad dan perniagaan ini mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang di kawasan ini.

6.2 Bentuk pasaranAktiviti perniagaan dan perkhidmatan:

Penjualan pelbagai rekabentuk bantal dan sarung bantal kusyen.

Perkhidmatan tempahan rekabentuk sarung bantal kusyen pelanggan

Memberi nasihat dan pereka fesyen pelanggan tetap.

Potensi perniagaan

Tren pasaran

Pasaran produk bantal dan sarung bantal kusyen yang semakin meningkat di Malaysia telah menjadi salah satu sebab wujudnya produk sayrikat kami. Kami juga menyedari potensi yang sedia ada di dalam perniagaan ini kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap produk bantal dan sarung bantal kusyen yang bersesuaian dan memberi satu kepuasan kepada pengguna.

Dalam menentukan tren pasaran untuk memasarkan produk ini, kami akan memberi tumpuan kepada pasaran di Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun dan Kuantan pada permulaannya. Setelah perniagaan ini mencapai peringkat yang lebih stabil, kami akan mengembangkan skop pasaran yang lebih luas dan bercadang untuk membuka cawangan di lokasi yang berlaianan jika keadaan membenarkan syarikat berbuat demikian. Syarikat kami juga berhasrat akan mengembangkan pasaran sehingga peringkat antarabangsa.

Jangkaan permintaan dan tren permintaan yang memberangsangkan

Secara umumnya, permintaan terhadap produk sayrikat kami iaitu rekabentuk baru batanl dan sarung bantal kusyen dijangka akan mengalami peningkatan. Keadaan ini adalah selaras dengan perubahan zaman iaitu zaman sekarang menekankan keunikan rekabentuk bantal dan sarung bantal kusyen untuk keselesaan dan kecantikan hiasan

mereka. Para pemilk kereta juga sudah meminta untuk menyediakan bantal dan sarung bantal kusyen yang sesuai untuk diletakkan dalam kereta mereka.

Perubahan demografi penduduk

Dengan bertambahnya saiz penduduk dan lebih ramai pemilik kereta dan penghuni rumah yang berkeluarga pada zaman sekarang, maka bertambahlah permintaan ke atas produk keluaran syarikat kami ini terutamanya produk yang dijamin berkualiti dan bertepatan dengan kehendak pengguna. Oleh itu, perniagaan ini mat berpotensi untuk dikembangkan.

Keadaan ekonomi yang baik dan berkemampuan setiap individu

Harga produk keluaran sayrikat kami adalah berpatutan dan para pengguna adalah berkeupayaan membeli. Di samping itu, sayrikat kami juga terpaksa bertukar-tukar maklumat dan mendapatkan informasi terkini seperti majalah-malajah dekorasi dan buku- buku rekabentuk kerusi terkini sebagai panduan kepada sayrikat kami untuk menghasilkan produk yang seiring dengan kemajuan rekabentuk kerusi mengikut kehendak pengguna.

6.3 Aktiviti perniagaan dan perkhidmatanProduk keluaran dapat dibahagikan kepada dua jenis dan harganya dapat dilihat dalam jadual di bawah :

ProdukHarga(RM)/1unit

Bantal kusyen15

Sarung bantal kusyen35

Jumlah50

6.4 PelangganSasaran pelanggan syarikat adalah:

Pemilik kereta

Penghuni rumah yang berkeluarga

Pejabat kerajaan dan swasta

Pengeluar perabot kerusi

Hotel dan pusat peranginan

6.5 Saiz pasaranTerdapat lebih kurang 5 ribu penduduk yang berkeluarga, 10 ribu pemilik kereta,

30 syarikat dan pejabat dan 10 pengeluar perabot kerusi.

6.6 Pesaing sedia adaNama syarikat pesaingKekuatan/kelebihanKelemahan/keburukan

RY DesignMempunyai rekabentuk yang

pelbagai dan fabrik yang berkualiti tinggi serta peralatan yang sempurna.Jauh dari Bandar (lokasi tidak

strategik) dan harga produk mahal.

6.7 Penyediaan ramalan jualanBulanTahun pertama (unit)Tahun kedua (unit)

Januari830950

Februari8701010

Mac9001080

April9301150

Mei9501180

Jun10001230

Julai11001250

Ogos12301300

September13001350

Oktober15001400

November18001500

Disember19901600

Jumlah1440015000

6.8 Strategi penjualanSemasa pemasaran produk kami, usaha-usaha promosi, barangan yang bermutu dan harga yang berpatutan tidak akan memberikan makna selagi barangan tidak diedarkan berhampiran dengan pelanggan. Oleh yang demikian, sistem jualan yang mantap akan dapat memastikan setiap barangan sampai di tangan pembeli pada masa yang sesuai dengan efektif. Bakal pelanggan akan berasa kecewa jika mereka tidak dapat memiliki barangan yang telah diiklankan kerana kegagalan pihak perniaga membekalkan barangan di pusat-pusat jualan.

Syarikat kami mengamalkan 2 jenis strategi pengagihan iaitu zero-level channel yang merupakan jualan secara terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakalan one-level channel iaitu jualan dengan cara pengeluar menjual kepada pengusaha perabot kerusi dan pegusaha perabot kerusi menjual bersama kerusi kepada pengguna.

Strategi zero-level cahnnel

Dalam strategi ini syarikat kami akan mengedarkan produk sarung dan bantal kusyen ZM Enterprise kepada pengguna secara terus tanpa pengantaraan. Tujuan syarikat kami memilih strategi ini adalah untuk memegang kuasa kawalan dalam urusniaga jualan produk kami. Maka syarikat tidak bercadang mengagihkan kepada pengedar-pengedar untuk menjualkannya dan pembeli akan membuat pembelian di kedai kami.

Strategi one-level channel

Melalui strategi ini kami akan mengedarkan produk sarung dan bantal kusyen keluaran syarikat kami kepada pihak pengeluar perabot kerusi dan seterusnya akan memasarkan praoduk kami bersama-sama dengan produk mereka. Strategi ini dapat membantu syarikat kami menjalankan kerja pengkhususan tenaga pekerja dan tidak perlu menumpukan perhatian yang lebih dalam hal pengedaran dan penembusan pasaran lain. Ini adalah kerana penjualan produk kami kepada pengeluar perabot kerusi dapat memudahkan sistem saluran pengagihan dan meluaskan pengedaran ke pasaran lain yang lebih luas.

Dengan menggunakan strategi ini syarikat dapat merendahkan risiko syarikat dengan membahagikan produk kepada pengedar-pengedar yang berlainan tempat. Sekirannya syarikat pengeluar perabot kerusi berlaku masalah, syarikat kami tidak perlu risau tentang keuntungan syarikat kerana terdapat pengedar perabot kerusi lain yang akan menyumbangkan keuntungan kepada syarikat. Selain itu, strategi ini dapat menjimatkan masa dan kos syarikat untuk mengedarkan hasil syarikat kami ke tempat yang lebih jauh.

7.0 Rancangan Organisasi7.1 Matlamat dan strategi organisasiMisi organisasiMemaksimumkan keuntungan perniagaan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Menyediakan produk bantal dan sarung bantal kusyen yang dapat memenuhi kepuasan dan permintaan pengguna.

Menghasilkan rekabentuk sarung dan bantal kusyen yang terkini.

Memastikan kemampuan perniagaan untuk bersaing dengan pesaing di pasaran.

Matlamat organisasiMatlamat uatam setiap organisasi adalah untuk memperolehi keuntungan dan terus kekal sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing. Matlamat organisasi ini adalah untuk:

Memastikan perniagaan terus unggul dalam memberikan produk perkhidmatan yang terbaik.

Memastikan hubungan yang baik antara pihak pengurusan, pekerja dan pelanggan.

Memastikan kebajikan pekerja terjamin.

7.2 Strategi jangka pendek Memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan

Mengekalkan kesetaian pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Memaksimumkan keuntungan.

Menghasilkan produk sarung dan bantal kusyen mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan.

Memperluaskan pasaran.

Sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggan.

7.3 Strategi jangka panjang Sentiasa menyediakan bantal dan sarung bantal kusyen mengikut piawaian standard.

Mengekalkan harga standard

Memaksimumkan kepuasan pelanggan

Meluaskan pasaran dengan membuka cawangan-cawangan di setiap negeri di Malaysia.

7.4 Carta organisasi7.5 Fungsi dan tanggungjawab

Pengurus besar, pentadbiran dan operasi

Merancang dan mengenalpasti dasar-dasar peraturan dan prosedur syarikat.syarikat, menentukan misi, membentuk

Mengawal dan memberi arahan kepada kakitangan bawahan.

Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.

Menjaga kebajikan pekerja.

Berfungsi menyusun jadual dan menguruskan hal produktiviti pengeluaran.

Mengawal mutu pengeluaran, jumlah pengeluaran dan urusan pembelian input.

Memastikan perkhidmatan bermutu dan kualiti sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

Menyelenggara komen, pendapat dan sebagainya daripada pelanggan.

Memastikan produk yang dikeluarkan sentiasa mencukupi.

Membuat penyata keperluan stok dan inventori

Merekod jualan harian

Memastikan keadaan kedai sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.

Pengurus kewangan dan pemasaran

Menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat agar selaras seperti yang dirancang.

Melakukan urusan pembahagian keuntungan, penyata untung rugi, penyata pendapatan dan penyata kira-kira.

Bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan menyimpan wang syarikat ke dalam bank untuk dijadikan sebagai modal pusingan dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan perniagaan.

Memastikan hasil keluaran mendapat tempat dan memenuhi kehendak pelanggan.

Menyelia urusan promosi serta menghebahkan kemunculan syarikat kepada orang ramai.

Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat kepad aorang ramai.

Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat (papan tanda dan tanda arah)

Memastikan sasaran pasaran harian tercapai dan pelanggan berpuas hati dengan mutu nperkhidamatan syarikat.

Melakukan pelbagai aktiviti untuk menghargai pelanggan seperti potongan harga, pemberian baucer serta kad ahli.

7.6 Senarai kakitanganBilJawatanBilangan pekerja

1.Pengurus besar, operasi dan pentadbiran1

2.Pengurus pemasaran dan kewangan1

3.Pekerja am2

4.Pereka3

5.Tukang jahit6

6.Jurujual3

Jumlah16

7.7 Bayaran imbuhan kepada kakitangan Cuti sakit

Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecedraan ataupun kemalangan semasa bekerja, pihak syarikat akan memberi cuti bergaji di samping memberi rawatan perubatan secara percuma.

Cuti tahunan

Pihak syarikat akan memberi cuti tahunan kepada pekerja selama dua minggu ataupun 14 hari.

Kenaikan gaji

Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan akan diberi kenaikan gaji. Pihak syarikat juga kan memberi gaji bonus pada setiap hujung tahun bergantung kepada peratus keuntungan yang diperolehi pada tahun berkenaan.

Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP)

Bagi menjamin masa depan pekerja, mereka diwajibkan mendaftar dalam KWSP.

8.0 Rancangan Operasi8.1 Senarai barangan yang dihasilkanProdukHarga

Sarung bantal kusyen yang menggunakan fabrik

bercorak batikRM35

Sarung bantal kusyen yang menggunakan

hiasan sebagai corak batikRM45

Bantal kusyenRM15

Tempahan mengikut rekaan penggunaBergantung pada penggunaan bahan dan

kesukaran.

8.2 Carta aliran proses8.3 Senarai bahan mentah yang diperlukan (bulanan)BahanKuantitiHarga/kuantiti (RM)Jumlah (RM)

Fabrik bercorak batik1000 M28/M28 000.00

Farik kosong1000 M10/M10 000.00

Benang150 gelung98/gelung14 700.00

Hiasan100 kotak40/kotak4000.00

Kapas100KG4.10/KG410.00

JumlahRM 57,110

8.4 Senarai mesin, perabot, dan alat kelengkapanJenis mesinModelBilanganHarga seunitJumlah (rm)

Trimmer quality

controller and labeling machineADX-1121104,100104,100

Industrial

lockstitch and other machinesDB-736425,588102,350

Industrial

overlock

machines and accessoriesNV-4000249,27598,550

Embroidery

sewing machinesNV-700E297,500195,000

JUMLAH500,000

8.5 Perabot dan kelengkapan pejabatPejabat kami dilengkapi dengan beberapa bilik kakitangan syarikat. Selain itu, pejabat kami juga mempunyai sebuah stor untuk penyimpanan barang dan sebagainya. Bagi alatan komunikasi dan teknologi pula, pejabat kami mempunyai beberpa buah telefon pejabat, mesin faks, komputer dan internet. Pejabat kami mempunyai banyak almari untuk menyimpan stok-stok baru dan stok tempahan. Bilik tetamu pejabat kami dilengkapi dengan 3 buah sofa, sebuah meja. Televisyen, astro dan rak majalah supaya pelanggan kami dapat menunggu atau berehat dalam keadaan yang selesa. Pejabat kami dilengkapi dengan alat penghawa dingin pada setiap bilik termasuk bilik tetamu dan ruang hadapan pejabat.

9.0 Rancangan Kewangan9.1 Kos projekPerkaraUnitStatusNilai (RM)

Bangunan1 buahSewa24,000 (2,000/bulan)

Van1 buahPinjaman40,000

Peralatan Pejabat6 setBelian tunai2,500

Mesin Pemproses9 buahBelian tunai dan

kredit500,000

Perabot dan almari10 setBelian tunai31,500

Komputer5 setBelian tunai15,000

Jumlah613,000

9.2 Sumber pembiayaanModal sendiri (Ahli kongsi) Nilai SumbanganMuhd Zulkifli Bin Hamzah RM 150,000.00

Mastura `Aqasiah binti Muktar RM 150,000.00

Pinjaman RM 500 000.00

Jumlah RM 800 000.00

9.3 PinjamanTujuan memohon pinjaman : Sebagai modal tambahan untuk membiayai syarikat pinjaman dibuat melalaui Bank Bumiputera- Commerce pada kadar faedah 5% setahun. Jangkamasa pembayaran balik pinjaman RM 500,000 adalah dalam tempoh 5 tahun.

9.4 Jadual bayaran balik pinjamanJumlah Pinjaman : RM 500,000.00

Kadar Faedah: 5%

Jangka bayar balik : 5 Tahun

Kaedah : Bayaran Bulanan

9.5 Jadual susut nilai aset tetapJenis Aset : Mesin Pemproses ( 8 buah) Jumlah Harga : RM 500,000.00

Hayat Ekonomi: 5 tahun

Nilai skrap : RM 250,000

9.6 Aliran tunaiZM ENTERPRISE Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun 2013

ZM ENTERPRISE Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun 2013

9.7 Proforma untung rugiZM ENTERPRISE

KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2013

ZM ENTERPRISE

KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2014

10.0 Jadual Perlaksanaan ProjekTinjauan Pemasaran

Tempoh : Tiga Bulan

Penyediaan Perancangan Perniagaan

Tempoh : Sebulan

Permohonan Pinjaman

Tempoh : Enam Bulan11.0 Rumusan

Penyediaan Hasil

Tempoh: Satu Tahun

Daripada perancangan yang kami hasilkan, kami berpendapat bahawa syarikat kami iaitu ZM Enterprise, sebuah perniagaan yang berasaskan produk sarung dan bantal kusyen bercorak batik mampu melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing secara sihat dengan syarikat-syarikat sarung kusyen lain yang ada di pasaran.

Dengan modal yang mencukupi dan komitmen yang padu daripada setiap ahli, maka kami optimis dengan perniagaan yang kami ceburi ini. Tambahan pula, masyarakat kini, tidak kira tua atau muda masing-masing menitikberatkan keselesaan dan dekorasi di dalam rumah mahupun kereta.

Dalam pengalaman dan cara pemasaran yang rapi yang telah kami atur, kami mampu untuk bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah sedia ada. Dalam operasi kami menggunakan mesin jahit industri yang tahan lasak dan pekerja-pekerja yang mahir dan terlatih. Dengan ini kami berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi cita rasa pengguna. Kami juga amat yakin bahawa perniagaan ini akan terus berkembang lagi masa hadapan selara dengan perkembangan teknologi dan gaya hidup terkini.

12.0 LampiranDi bawah merupakan produk eksklusif syarikat ZM Enterprise iaitu sarung kusyen bertema batik.

Di bawah adalah contoh contoh kusyen beraneka bentuk, rupa dan saiz daripada syarikat ZM Enterprise.

Ini merupakan logo bagi syarikat ZM Enterprise :ZM ENTERPRISESOFT & COMFORT