bab 5 tamadun melayu sebagai asas pembinaan tamadun malaysia

8
Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia

Upload: fazlyazali

Post on 02-Jul-2015

1.241 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 5 Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia

Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia

Page 2: BAB 5 Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia

Sejarah dan Asas Sistem Pemerintahan

• Dari segi sejarah terbukti bahawa wilayah politik/negara-bangsa – Malaysia merupakan lanjutan dari kemunculan politik-politik/kerajaan-kerajaan Melayu awal.

• Malaysia kini merupakan negara-bangsa yang berbentuk persekutuan yang terdiri dari beberapa buah negeri Melayu

• Setiap politik Melayu di atas diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua

• Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PPM) memaktubkan dua institusi beraja yang menjadi kompenan pentig dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen:– Yang di-Pertuan Agong– Majlis Raja-raja Melayu

Page 3: BAB 5 Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia

Samb….

• Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dan hak:– memperkenankan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen– Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet, Ketua Hakim Negara

dan Hakim-hakim, Duta-duta dan Pesuruhjaya Tinggi ke luar negara– Menerima nasihat daripada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri– Mengampunkan setiap kesalahan sama ada di mahkamah sivil yang

dilakukan di Wilayah Persekutuan atau di mahkamah tentera.– Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia– Sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri yang tidak beraja

• Yang diPertuan Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara.

Page 4: BAB 5 Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia

Sistem Perundangan Tradisional

• Berdasarkan sejarah, negeri-negeri Melayu memiliki kanun perundangan yang berasaskan adat Melayu dan hukum syariah.– Melaka - Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka; – Johor - Undang-undang Johor dan kemudiannya,

Undang-undang Tubuh Negeri Johor, 1895; – Pahang - Undang-undang Pahang; – Kedah - Undang-undang Kedah; – Perak - Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang

Keturunan Daripada Turun Negeri Perak; dll• Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan

dan perlembagaan ini telah dilanjutkan pula kepada entiti politik Malaysia dalam PPM dan perlembagaan negeri.

Page 5: BAB 5 Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia

Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu

• Islam dan adat Melayu, telah menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dan saling melengkapi dalam tamadun Malaysia.

• Islam menjadi faktor definitif Melayu dalam PPM iaitu Melayu sebagai yang mengamalkan adat istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam

• Islam juga sebagai agama bagi persekutuan Malaysia (perkara 3(1), PPM), dan setiap raja atau sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri.

• Melalui peruntukan 3(1) ini, membolehkan kerajaan pusat melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa agama negeri melaksanakan pembangunan Islam dalam pelbagai bidang.

• Menurut PPM, wujud kebebasan beragama tetapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh menggubal undang-undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman yang menyeleweng.

Page 6: BAB 5 Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia

Bahasa Melayu dan Islam

• Penyebaran dan perkembangan Islam di Alam Melayu tidak boleh dipisahkan dari peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu.

• Bahasa Melayu melalui tulisan jawi menjadi bahasa tulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu dan bahasa pengantar komunikasi utama perkembangan Islam

• Bahasa Melayu telah menjadi medium dakwah oleh para mubaligh/pendakwah

• Bahasa Melayu menjadi lingua franca di kalangan para pedagang yang berdagang di kawasan ini dan menjadi bahasa persatuan dan kesatuan Melayu

• Berdasarkan pernyataan sejarah ini, maka dimaktubkan di dalam Perkara 152 PPM bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

• Akta Pendidikan (1961) juga telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.

Page 7: BAB 5 Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dan Undang-undang Adat

• Persetujuan melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan oleh pemimpin-pemimpin Melayu telah membolehkan pemimpin-pemimpin bukan Melayu mengakui keduduka istimewa orang Melayu dan orang Islam.

• Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 Sept. 1963, taraf kedudukan istimewa telah diperluas kepada kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

• Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dimaktubkan menurut Perkara 153 PPM.

• PPM juga mengiktiraf peranan undang-undang adat yang dapat dilaksanakan di kalangan orang Melayu dan masyarakat pribumi.

Page 8: BAB 5 Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan Tamadun Malaysia

Kewarganegaraan Dan Jatidiri Kebangsaan

• Selepas kemerdekaan Malaysia berusaha mewujudkan satu jati diri kebangsaan bagi warganegaranya yang mengandungi beberapa kompenan pelbagai kaum.

• Asas-asas kebangsaan tersebut telah termaktub di dalam Akta Pendidikan (1961) dan Akta Bahasa (1967)

• Selepas tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk digunakan sebagai intrumen perpaduan kaum. Begitu juga Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) dan Rukun Negara (1971)

• Dasar Kebangsaan Kebangsaan telah diterima sebagai dasar negara untuk mewujudkan jati diri. Dasar ini menyatakan bahawa kebudayaan kebangsaan negara hendaklah berasaskan kebudayaan masyarakat asal rantau ini dan Islam menjadi teras kebudayaan kebangsaan dan nilai-nilai baik dari budaya lain akan diambil kira.

• Dasar ini juga mengambil kira bahawa imej atau citra kebangsaan mestilah citra kemelayuan.