new report pembinaan asas

Upload: huzaifah-zainuddin

Post on 14-Apr-2018

296 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    1/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    1

    1.0 PENGENALAN

    1.1 NAMA PROJEK

    Projek pembinaan ini dinamakan Genting Pura Kencana dan ia berkonsepkan

    TOWNSHIP serta membina satu unit Club House yang mempunyai tapak sukan iaitu

    dua belas gelanggang badminton, satu gelanggang tenis, dua gelanggang futsal di Sri

    Gading, Batu Pahat. Pejabat, gim, kafe, kolam renang, dan sauna (bilik wap) turut

    disediakan.

    1.2 LOKASI PROJEK

    Projek dilakukan di Sri Gading di tapak yang beralamat Lot 4704, Mukim Simpang

    Kanan, daerah Batu Pahat, negeri Johor Darul Takzim.

    1.3 LATAR BELAKANG PROJEK

    Projek ini diuruskan oleh syarikat Genting Property Sdn. Bhd. dibawah naunganGenting Plantations Berhad. Nama Pura Kencana itu pula diambil dari bahasa klasik

    Melaka yang bemaksud Bandar Emas dan projek bermula pada tahun lepas dan sudah

    4 bulan dijalankan dengan jayanya tetapi terdapat sedikit kelewatan atas sebab yang

    tertentu. Pencetus idea dari ladang kelapa sawit kepada pembinaan perumahan

    dilakukan dari perbincangan pihak atasan yang tertentu. Kos keseluruhan projek ini

    dianggarkan sebanyak RM 11 juta yang dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu

    bahan-bahan binaan, pengambilan buruh, kos pembaziran dan lain-lain.

    Pembinaan ini berkonsepkan TOWNSHIP dan ini adalah fasa pertama yang

    berkeluasan 320 ekar daripada 8000 ekar bagi kawasan Batu Pahat. Ia menjadikan

    Bandar Batu Pahat sebagai Bandar Baru Metropolis. Setiap projek yang dilaksanakan

    mesti disertakan dengan projek dari pihak kerajaan. Pihak pegurus hanya membekalkan

    tanah kepada kerajaan dan yang selebihnya pihak kerajaan yang menguruskannya

    sendiri.

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    2/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    2

    2.0 MAKLUMAT KAEDAH PENGINTIPAN (SOIL INVESTIGATION)

    2.1 PENYIASATAN TAPAK

    Satu penyiasatan tapak yang terperinci dan menyeluruh adalah perlu pada peringkat awal

    kerja rekabentuk dan binaan dalam kerja-kerja kejuruteraan awam. Penyiasatan tapakbiasanya bergantung kepada saiz dan jenis sesuatu projek/kerja. Malah dalam keadaan

    tertentu juga memerlukan penyiasatan tapak. Penyiasatan tapak yang secukupnya harus

    dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu kerja kejuruteraan awam dilakukan.

    Maklumat yang mencukupi harus diperoleh untuk mencapai hasil rekabentuk yang

    selamat dan ekonomi, juga untuk mengelakan sebarang kesulitan semasa pembinaan.

    Tujuan utama penyiasatan ialah:

    Untuk menentukan urutan ketebalan dan keluasan sisi sesuatu lapisan tanah danaras batuan dasar.

    Untuk memperoleh sample yang mewakili tanah untuk tujuan mengenalpasti danpengelasan dan jika perlu, digunakan didalam ujian makmal bagi menentukanparameter tanah yang sesuai.

    Untuk mengenal pasti keadaan air bumi.Penyiasatan juga termasuk pencapaian ujian di situ bagi menilai ciri-ciri tanah yang

    sesuai. Keputusan sesuatu penyiasatan seharusnya memberikan maklumat lengkap,

    misalnya untuk menetukan pemilihan asas yang paling sesuai bagi sesuatu strukturcadangan dan untuk menunjukkan sekiranya akan timbul masalah semasa pengorekan.

    BS5930 : 1981 Code of Practice for Site Investigation menyenaraikan objektif

    objektif penyiasatan tapak :

    i. Menilai kesesuaian kawasan tapak bina dan keadaan sekeliling dengan kerja-kerjayang dicadangkan secara keseluruhan.

    ii. Membantu menyediakan satu kerja/rekabentuk yang lengkap, ekonomik danselamat. Ini termasuklah untuk kerja - kerja sementara.

    iii. Merancang kaedah pembinaan terbaik, membuat pelbagai bancian terhadapkemungkinan masalah/kesusahan semasa pembinaan dan sekaligus dapat

    menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah yang timbul.

    iv. Mendapatkan maklumat tentang kemungkinan perubahan pada kawasan tapak binadan sekelilingnya sama ada semulajadi atau terjadi akibat daripada kerja-kerja yang

    dilakukan. Juga maklumat tentang kesan - kesan perubahan tersebut terhadap kerja

    - kerja yang sedang berjalan dikawasan tapak bina.v. Mendapatkan kawasan yang lebih sesuai jika ada pilihan kawasan tapak bina.Tidak kira sama ada kawasan didalam satu tapak bina atau pada tapak bina yang

    berbeza.

    Pada amnya penyiasatan tapak perlu diselesaikan sebelum peringkat merekabentuk

    sesuatu projek. Walaubagaimanapun ada juga overlapping, lebih - lebih lagi dalam

    kerja - kerja kejuruteraan awam yang besar dan kebiasaannya melibatkan ujian-ujian

    tertentu yang tidak dapat dielakkan.

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    3/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    3

    2.2 SKOP KERJA

    Peringkatperingkat dalam penyiasatan tapak

    Pada kebiasaannya penyiasatan tapak yang melibatkan projek sederhana ke besar

    mengandungienam peringkat :

    a. Penyiasatan permulaan/awal Proses pengumpulan peta, lukisan/lakaran, maklumat pembangunan kawasan

    terperinci, maklumat daripada majlis tempatan dan lain - lain kerja pejabat.

    b. Pemeriksaan dan bancian tapak secara am. Merupakan pemeriksaan tapak oleh pakar - pakar seperti ahli geologi, juru ukur

    dan jurutera. Termasuk penyediaan lay - out untuk tapak bina, peta topo,

    maklumat geologi. Juga mendapatkan maklumat tentang cuaca, punca air dan

    perlakuan tanah.

    c. Penyiasatan tapak terperinci dan persampelan. Proses penyiasatan terperinci tentang geologi kawasan dan juga keadaan tanah

    dibawahpermukaan dengan cara bancian permukaan trial pit, lubang jara dan

    lain-lain. Juga bancian tentang air tanah, pemeriksaan tentang kerosakan pada

    bangunan berhampiran lokasi struktur dan proses penyempelan.

    d. Pengujian sample di makmal. Pengujian terhadap sample terusik dan tak terusik. Pengujian pada tanah :

    Pengelasan, mutu, kebolehterlapan, kekuatan ricih, kebolehmampatan.

    Pengujian pd batuan : Kekuatan & ketahanan

    Pengujian pada tapak : CBR

    Pengujian air tanah : Kimia

    e. Pengujian di-situ Pengujian yang dijalankan sama ada sebelum atau semasa kerja - kerja

    pembinaan dijalankan. Jenis - jenis ujian: vane shear, SPT, CPT, beban plat.

    f. Laporan keputusan Perincian kajian geologi pelbagai komen & perakuan yang berkaitan dengan

    rekabentuk dan pembinaan kepada kerja yang dicadangkan, perakuan untuk

    penyiasatan tapak yang selanjutnya.

    Kaedah kaedah penyiasatan tapak

    Dalam memilih kaedah - kaedah penyiasatan tapak ada empat factor yang harus diambilkira:

    a. Keadaan geologi di tapak. Tanah liat lubang jara Tanah berpasir lubang jara, peralatan persampelan Tanah kemas/padat trial pits/lubang ujian Batuan lembut diatas GWT trial pits Batuan keras Korekan / boring

    b. Keadaan topografi di tapak Keadaan mukabumi & kemudahan keluar masuk ke tapak bina adalah

    penting dalam proses membawa peralatan penyiasatan tapak ke tapak bina.

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    4/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    4

    Kawasan berbukit : Heading lebih sesuai digunakan.

    Kawasan berpaya : Menyediakan jalan yang sesuai atau kawasan yang

    bersifathardstanding.

    c. Jenis maklumat yang dikehendaki. Keadaan tanah dan batuan di bawah permukaan tanah. Perincian sambungan geometri tanah Keadaan air tanah Lokasi permukaan tanah yang telah berlaku kegagalan.

    d. Kos dan masa.Kaedah kaedah yang biasa dijalankan

    1. Shell and Bailer Boring Merupakan sebuah alat mudah alih dan agak mudah digunakan. Sesuai pada tanah

    lembut ke padat yang bebas dari batuan. Saiz lubang korekan antara 150300 mm

    diameter dan kedalaman korekan antara 50-60 m.

    Antara komponen yang digunakan ialah derik, mesin/kuasa mesin dan alat - alatpengorekan.

    Cara penyempelan dan cara hentakan:- Perlatan penyempelan diangkat oleh kuasa mesin setinggi 1 m dari dasar

    lubang yang dikorek.

    - Kemudian dibiarkan jatuh dan tiub penyempelan dipenuhi tanah.

    - Tiub penyempelan ditarik keatas dan sample dikeluarkan.

    Korekan tanah pasir dan kerikil.- Kelompang pasir atau bailer digunakan. Ianya merupakan sebuah silinderterbuka dengan mata pemotong pada hujungnya.

    - Injap berperanan memerangkap bahan-bahan yang mudah pecah/longgar

    kedalam kelompang pasir apabila ianya diangkat ke atas.

    2. Trial Pits (Lubang Ujian) Lebih diutamakan untuk tanah kohesif dan batuan lembut. Senang digali/dikorek

    dengan menggunakan mesin penggali. Kelebihannya ialah dalam mempamerkan

    strata tanah bagi pemeriksaan secara kasar.

    Kekurangannya ialah kedalamannya terhad iaitu antara 23 m sahaja. Pengorekanyang lebih dalam memerlukan tenaga manusia.

    Bahagian tepi lubang mestilah di tupang dengan kayu secukupnya. Pengaliran airtanah perlu untuk tanah pasir dan berbutir. Sample diambil pada bahagian dinding

    dan bahagian bawah lubang dengan menggunakan peralatan tangan.

    Kaedah ini penting bagi pemerhatian paras air bumi, tanah berbatu, perletakan paip -paip dan lain - lain perkhidmatan bawah tanah.

    3. Hand Auger (Gerudi Tangan) Juga dikenali sebagai gerudi Iwan dan Post-hole Auger. Ianya merupakan sebuah

    alat tangan yang digunakan untuk mengorek tanah lembut sehingga kedalaman

    maksimum 6m.

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    5/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    5

    Antara komponen gerudi tangan ialah gerimit separa silinder berukuran 100 mmdiameter, extension rod berukuran 1 m panjang dan T handle.

    Gerudi tangan ini dipasang dan dipusingkan dengan tangan di permukaan tanah.Untuk mendapatkan sample, gerimit tangan ditukarkan dengan tiub persampelan

    38 mm diameter. Yang disambungkan pada sliding precussion link. Dengan

    mengangkat extensionrod/precussion link dank e bawah, tiub persampelan

    dimasukkan kedalam tanah. T handle dipusingkan untuk tujuan memutuskan

    bahagian bawah tanah dalam tiub penyempelan dengan bahagian luar.

    4. Headings Juga dikenali sebagai adits. Pengorekan dibuat secara mendatar pada tempat-

    tempat berikut :

    i. 2Q Tanah yang curam

    ii. Tebing-tebing tinggiiii. Permukaan berbatu (quarry faces)

    Kos pengerudian agak mahal. Masalah timbul jika beroperasi di kawasan tanahlembut atau kawasan di bawah paras airbumi. Oleh itu headings jarang sekalidigunakan kecuali untuk korekan - korekan yang penting seperti terowong dan

    carigali bahan galian dimana cara lain tidak begitu sesuai.

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    6/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    6

    2.3 LUBANG JARA

    Dua ujian lubang jara telah dijalankan di tapak iaitu BH31 dan BH32 seperti yang

    ditunjukkan dalam rajah sebagai mewakili keadaan strata tanah di tapak binaan.Kesimpulan daripada ujian yang dijalankan ditunjukan dalam jadual di bawah.

    No. Lubang Jara Kedalaman (m) Perkara

    BH31

    0.1503.950

    3.95010.950

    10.95015.450

    16.50024.120

    25.50025.750

    -berwarna coklat terang ke

    sederhana terang, teguh,

    berkelodak lempung dengan

    pasir dan beberapa batu kelikir

    kasar.

    -berwarna coklat terang ke

    sederhana terang, kaku,berkelodak lempung dengan

    sedikit pasir.

    -berwarna coklat terang ke

    sederhana terang, sangat

    kaku, berkelodak lempungdengan sedikit pasir.

    -berwarna pucat ke kelabu,

    sangat padat, berkelodak liat

    berpasir dengan baru kelikir

    kasar.

    -tukul terpantul.

    BH31

    BH32

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    7/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    7

    BH32

    0.1503.450

    3.4506.450

    7.50012.450

    13.50016.950

    18.00019.950

    21.00022.770

    23.50026.500

    -berwarna kelabu terang

    coklat gelap, sangat longgar,

    berkelodak pasir dengan

    kayu reput.

    -berwarna kelabu terang,

    longgar, berkelodak pasirdengan tanah liat berkelikir

    kasar dan kayu reput.

    -berwarna coklat terang ke

    kelabu terang, sederhana

    padat ke padat, berkelodak

    pasir dengan sedikit kayu

    reput.

    -berwarna kelabu ke coklat

    terang, kaku, berkelodak liat

    dengan sedikit pasir.

    -berwarna kelabu ke coklatterang, sangat kaku,

    berkelodak liat dengan

    sedikit pasir dan sedikit

    kelikir kasar.

    -berwarna kelabu pucat ke

    coklat terang, keras,

    berkelodak liat dengan pasir

    dan kelikir kasar.

    -berwarna kelabu terang ke

    coklat terang, lembut, retakan

    yang tinggi,sederhana

    terluluhawa,granit.

    **untuk rekod lubang jara, sila lihat pada lampiran.

    Pesampelan dalam lubang jara

    Sampel terbahagi kepada 2 kategori iaitu :

    i. Sampel tak terganggu/ tak terusik Dimana struktur dan kandungan lembapan dikekalkan seperti yang terdapat

    ditapak bina. Sample ini digunakan bagi ujian-ujian kekuatan ricih,

    pengukuhan dan kebolehterlapan tanah.

    Dimasukkan kedalam bekas bebas udara dan disaluti dengan sejenis bahanlilin.

    ii. Sampel terganggu/ terusik Diambil semasa proses pengorekan dan pengerudian tanah dijalankan.

    Kandungan lembapan juga seboleh-bolehnya seperti yang terdapat ditapak.

    Sample-sampel ini digunakan bagi pengujian pengelasan tanah. Juga

    dimasukkan ke dalam bekas bebas udara sebelum dibawa ke makmal.

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    8/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    8

    Gangguan pada sampel

    Gangguan pada sample adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, lebih - lebih lagi

    dari lubang korekan sederhana dalam ke dalam.

    Gangguan adalah disebabkan oleh :

    i.proses mengorek, penelusan, pengerudian, memasukkan dan mengeluarkan alatalat pengorekan dsbg dari lubang korekan menyebabkan gangguan berlaku.

    ii. Sample yang diambil daripada lubang korekan mengampul kerana ianya bebasdaripada tegasan dalam tanah yang berlebihan.

    Sample sepatutnya diambil daripada lubang yang baru dikorek/gerudi, dengan berhati

    hati supaya tidak bersentuhan dengan air. Sample tersebut :

    a. disaluti dengan bahan lilinb. dimasukkan kedalam bekas tertutupc. disimpan ditempat yang sesuai dan jauh daripada getaran.

    Kelodak lembut dan tanah liat berplastisi rendah sangan sensitive kepada gangguan

    lebih - lebih lagi bahagian yang bersentuhan dengan tiub penyempelan. Gangguan

    sample boleh dikurangkan dengan menggunakan tiub - tiub penyempelan yang

    bersesuaian. Alat - alat penyempelan yang biasa digunakan ialah :

    1. Pensampel Pemacu Terbuka (Open-Drive Sampler) Merupakan satu alat yang paling ringkas dan banyak digunakan.

    Mengandungi komponen - komponen berikut :

    i. tiub keluli dengan bebenang skrew pada setiap hujungnyaii. kasut pemotong

    iii. sampler headSemasa sample tanah dimasukkan kedalam tiub, injap membenarkan air dan udara

    keluar, tetapi tertutup apabila alat penyempelan diangkat dan dengan ini

    memerangkap pada setiap hujungnya.

    Isipadu tanah yang diambil oleh alat penyempelan berkadaran dengan isipadu sample

    tanah dan dinyatakan dalam bentuk nisbah luas (area ratio,Ar)

    Dc = diameterdalam cutting shoe

    Dw = diameterluar cutting shoe

    Untuk mengelakkan gangguan sample, Ar mestilah serendah mungkin. Saiz yang

    biasa bagi pensampel pemacu terbuka ialah :

    diameter dalam = 105 mm

    panjang = 380450 mmAr = 30 %

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    9/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    9

    2. Pensampel Berdinding Nipis Lebih sesuai bagi tanah yang sensitive kepada gangguan sample seperti

    kelodak dan tanah liat. Hujung tiub ini dinipiskan untuk memotong dengan

    nisbah luas Ar = 10 % diameter yang biasa = 35 ke 100 mm.

    3. Split-barrel Sampler Sebuah alat yang mempunyai 2 fungsi :

    - jika dipasangkan dengan kasut pemotong berbentuk silinder ianya bolehdigunakan untuk mengambil sample.

    - Jika dipasangkan dengan kasut berbentuk kon yang padi, ianya bolehberfungsi seperti SPT.

    Split-barrel sampler boleh dibelah dua kepada dua bahagian berbentukseparuh silinder bagi mengeluarkan sample tanah didalamnya. Kelemahan

    utama penggunaan alat ini disebabkan diameter luar pensampel ini ialah 50

    mm dan diameter dalam ialah 35 mm, menghasilkan nisbah luasnya Ar = 100

    %.

    4. Pensampel Piston Sesuai bagi mengambil sample di tanah lanar berkelodak yang lembut dan

    tanah liat. Alat ini mengandungi berdinding nipis yang dipasangkan dengan

    omboh. Omboh ini dipasang di bahagian bawah hujung rod pengorekan. Rod

    dalaman yang melepasi bahagian tengah tiub penyempelan yang mengawal

    segala pergerakan omboh. Omboh berfungsi sebagai seal kepada air dankotoran dari masuk ke dalam tiub penyempelan.

    Semasa penurunan tiub penyempelan dijalankan, omboh dikunci padakedudukan asalnya. Semasa penyempelan, kunci omboh dibuka dan tiub

    penyempelan diturunkan bagi mendapatkan sample. Omboh dikunci semula

    proses menaikkan tiub penyempelan ini ke permukaan tanah.

    Saiz : diameter (dalam) = 35100 mm, panjang = sehingga 600mm

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    10/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    10

    Ujian penusukan Piawai (SPT)

    Ujian yang biasa digunakan mengukur rintangan penusukan pensample piawai dalam

    lubang jara. Ia adalah satu cara yang cepat untuk mendapatkan maklumat parameter

    tanah. Ujian Penusukan Piawai (SPT) digunakan secara meluas kerana :

    a. Peralatannya mudah diselenggarakan.b. Prosidur penggunaannya senang dijalankan dan boleh menjalankan ujian

    berulang kali

    c. Sesuai untuk semua jenis tanah dan batuan lemahd. Sesuai digunakan bagi lapisan atas dan lapisan di bawah aras air bumi.Menurut piawaian BS 1377: 1990: Part 9, Ujian Penusukan Piawai

    menggunakan pensampel pisah berukuran 50 mm diameter luar dan berukuran 35

    mm diameter dalam dan 650 mm panjang seperti yang ditunjukkan dalam rajah di

    bawah akan disambung dengan penghujung rod pengerudi. Pensample pisah akan

    dipacu masuk ke dalam tanah dengan menggunakan tukul seberat 65 kg dan akandijatuh bebas pada ketinggian 0.76 m ke atas rod pengerudi. Rajah menunjukkan

    contoh - contohtukul yang digunakan dalam SPT. Bilangan hentaman dikira untuk

    setiap 0.15m sehingga mencapai 0.45 m. Penusukan akan dihentikan sekiranya

    bilanganhentaman melebihi 50 kali untuk keseluruhan jarak 0.15 m dan direkodkan

    baki jarak yang masih belum menusuk masuk ke dalam tanah.

    Pensample Pisah (Split-barrel sampler)

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    11/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    11

    Contoh-contoh tukul yang digunakan dalam SPT

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    12/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    12

    Penyiasatan air bumi

    Penentuan aras air bumi dan sebarang tekanan di dalam sesuatu stratum dikenali

    sebagai penyiasatan air bumi. Perubahan aras atau tekanan di dalam sesuatu tempoh

    tertentu perlu juga ditentukan. Cerapan air bumi lebih lagi diperlukan sekiranya

    pengorekkan dalam ingin dilakukan.

    Kedalaman permukaan air diukur bagi mendapatkan aras air bumi dalam

    lubang jara. Masa sambutan adalah masa yang agak lama untuk aras air bumi dalam

    lubang jara menjadi stabil, dimana ia bergantung kepada kebolehtelapan tanah. Oleh

    itu, pengukuran harus diambil pada selayang teratur sehingga aras air menjadi telap.

    Sekiranya lubang jara ini didalamkan lagi, berkemungkinan stratum yang di bawah

    tekanan artes akan ditembusi, ini menghasilkan aras air dalam lubang lebih tinggi

    daripada aras air bumi. Stratum yang mempunyai kebolehtelapan yang rendah di

    bawah aras air tenggek hendaklah tidak menembusi sebelum aras air ditentukan.

    Lubang jara harus diselongsong sekiranya air tenggek wujud untuk menentukan aras

    air bumi dengan betul.

    Maka, piezometer digunakan untuk memperolehi tekana air di dalam sesuatu

    stratum. Terdapat dua jenis peizometer iaitu piezomete Casagrande dan piezometer

    hidraulik. Bagi tanah kebolehtelapan yang rendah, piezometer Casagrande

    mempunyai masa sambutan yang panjang manakala peizometer hidraulik mempunyai

    masa sambutan yang singkat. Maka jelaslah bahawa dalam kes ini, piezometer

    hidraulik adalah lebih sesuai digunakan.

    Sampel air bumi harus membuat analisis kimia bagi memastikan sampel tidak

    dicemar ataupun dicairkan oleh bahan kimia yang dimana ia boleh menyerang konkrit

    simen Portland. Adalah lebih baik sekiranya sampel diambil terus apabila menempuh

    stratum yang mengandungi air.

    a. Pengawalan sampel terganggub. Pengawalan sampel tak tergangguc. Rock Quality Designation (RQD)d. Pelabelan sampel tanah

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    13/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    13

    3.0 PEMBINAAN ASAS

    3.1 Kaedah pembinnan asas

    Asas Cerucuk

    Cerucuk merupakan salah satu alternatif untuk memindahkan beban bangunan ke lapisan

    tanah. Cerucuk merupakan struktur pembinaan yang mempunyai luas keratin rentas yang

    kecil berbanding dengan penjangnya. Lazimnya, kumpulan cerucuk akan digabung

    bersama oleh tukup cerucuk (pilecap) untuk menanggung beban di atas.

    Cerucuk diperlukan dalam beberapa keadaan seperti yang berikut:

    1. Lapisan galas yang sesuai tidak dapat diperoleh. Sebenarnya, asas rakitberupayan menangani masalah ini. Namun, sekiranya beban tiang bangunan

    adalah tidak seragam, adalah lebih baik supaya asas cerucuk digunakan untuk

    menggalas beban bangunan yang berbeza-beza itu.

    2. Apabila lapisan galas wujud melebihi 3 meter dalam dari permukaan tanah.Dalam situasi ini,penggunaan asas pad, asas jalur atau asas rakit menjadi tidak

    ekonomik kerana melibatkan penggunaan isipadu konkrit yang terlalu besar.

    Dalam pada itu, asas cerucuk dapat menjimatkan penggunaan isipadu konkrit

    yang terlalu banyak.

    3. Apabila kerja penyahairan atau sokongan korekan menjadi terlalu mahal atausukar untuk dilaksanakan. Sekiranya kerja-kerja ini tidak dapt dijalankan, kerja

    pembinaan asas biasa menjadi sangat sukar. Jadi, asas cerucuk adalah ideal

    kerana tidak memerlukan kerja penyahairan dan sokongan korekan yang

    terlalu dalam.

    Di Malaysia, kira-kira 81% daripada bangunan JKR yang dibina menggunakan asas

    cerucuk dan 19% yang lain itu menggunakan asas cetek. Sebenarnya, untuk

    menghasilkan sistem asas cerucuk yang tidak terlampau direkabentuk atau yang tidak

    selamat, pemahaman tentang mekanik tanah yang baik serta pengalaman kejuruteraan

    yang mencukupi adalah diperlukan. Menurut Neoh, pemahaman tentang beberapa aspek

    di bawah ini adalah penting untuk menghasilkan rekabentuk asas cerucuk yang baik serta

    memastikan pembinaan asas cerucuk yang berkesan:

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    14/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    14

    1. Jenis cerucuk yang sedia ada, ciri-ciri umum dan spesifikasi teknikal cerucuk-cerucuktersebut.

    2. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis cerucuk: Keadaan tapak dan sub-tanah Geologi tapak Ketahanan cerucuk Magnitud beban yang dikenakan Kos cerucuk dan kos pembinaan

    Kemungkinan wujudnya kecacatan pada cerucuk dan kesan- kesan kecacatantersebut

    3. Keperluan keupayaan geoteknik Penyiasatan tapak Cerucuk di dalam tanah liat lembut atau tanah pasir Kesan kumpulan cerucuk

    Geseran kulit negatif (Negative skin friction) Pengawalan tapak dan ujian-ujian

    4. Keperluan struktur Tegasan pengendalian Tegasan pemacuan Keupayaan struktur

    Pengurangan keupayaan struktur disebabkan oleh sambungan dan kelangsingan

    5. Anggaran kelakuan cerucuk (keupayaan dan pengenapan) Kaedah analisis yang digunakan Pengelasan profil sub tanah Pemilihan parameter-parameter rekabentuk Kaedah pemacuan

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    15/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    15

    3.2 Rekabentuk Asas Yang Digunakan

    3.2.1 Cerucuk geseran

    Cerucuk geseran bergantung sepenuhnya kepada geseran yang berlaku di antara

    cerucuk dengan tanah di sekelilingnya. Ini memberi maksud bahawa kedua-dua

    permukaan bersentuhan harus dapat menghasilkan geseran. Cerucuk geseran sesuai

    digunakan di tanah liat yang keras. Ini kerana permukaan cerucuk dapat menghasilkan

    geseran apabila bersentuhan dengan tanah jenis ini [6].

    Sebaliknya, tanah liat yang lembut atau tanah pasir yang longgar tidak dapat

    mewujudkan geseran yang dikehendaki.

    Rajah Cerucuk geseran

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    16/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    16

    3.2.2 Cerucuk Konkrit Pratuang Bertetulang

    Cerucuk konkrit pratuang bertetulang (Precast reinforced concrete piles)

    merangkumi 87% daripada projek pembinaan Jabatan Kerja Raya di Malaysia. Ia

    merupakan jenis cerucuk yang paling umum digunakan di Malaysia.

    Panjang maksimum yang dibenarkan untuk satu sambungan cerucuk ini ialah 40

    kaki (kira-kira 12m). Ini dijelaskan oleh fakta bahawa tetulang besi yang diperlukan

    untuk tetulang memanjang berukuran 40 kaki. Cerucuk yang melebihi 40 kaki

    panjang tidak harus dituang dalam satu unit individu atas sebab kesusahan untuk

    menyambung tetulang dengan butt welding, seperti yang dijelaskan dalam

    British Standards Code of Practice CP 2004 (1972).

    Cerucuk konkrit pratuang bertetulang direkabentuk sebagai anggota mampatan.

    Namun begitu, tetulang memanjang disertakan untuk membekalkan rintangan

    terhadap lenturan semasa proses pengendalian. Perhatian perlu diberikan kepada

    aspek bahawa hanya cerucuk konkrit yang telah mengeras kepada kekuatan yang

    diperlukan dalam rekabentuk boleh dihantar ke tapak pembinaan. Untuk tujuan

    pengangkatan, lubang-lubang akan ditebuk di sesetengah lokasi sepanjang cerucuk

    mengikut pertimbangan rekabentuk. Jadi, kontraktor perlulah mahir menggunakan

    kemudahan ini. Juga, cerucuk perlulah dipacu terus ke atas piket yang telah dipaku ke

    atas lokasi tertentu di atas tanah. Keperluan terakhir ini seringkali diabaikan oleh

    pihak kontraktor di tapak pembinaan.

    Menurut pemerhatian Neoh, kebanyakan cerucuk konkrit pratuang bertetulang di

    pasaran masa kini tidak memenuhi keperluan yang dinyatakan di dalam MS 1314 Part

    1 (1993), misalnya, tetulang yang dibekalkan adalah jauh lebih kurang daripada

    keperluan minimum 1% yang dinyatakan, cerucuk yang dibekalkan tanpa sijil

    pengesahan (Certificate of compliance, MS 1314, Part1, Appendix D), MS end plate

    kurang daripada keperluan 12mm tebal, diameter tetulang tengah kurang daripada

    25mm dan pendek daripada 300mm, dan sebagainya. Kerosakan struktur ke atas

    cerucuk konkrit yang substandard lazim berlaku dan kesannya boleh menjadi serius

    sekali sekiranya jurutera rekabentuk membuat rujukan bulat-bulat daripada perincian

    piawaian yang dibekalkan oleh pembekal tanpa mengikut prosedur rekabentuk normal

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    17/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    17

    seperti yang dicadangkan oleh pihak JKR. Jurutera yang merekabentuk cerucuk yang

    substandard adalah bertanggungjawab ke atas kecuaian professional (professional

    negligence). Justeru, jurutera rekabentuk dan penyelia tapak pemacuan adalah

    digalakkan untuk membaca dan memahami MS 1314 Part 1 (1993), iaitu bahagian

    yang menerangkan tentang saiz cerucuk, keperluan struktur, keperluan dimensi,

    keperluan kekuatan lenturan dan keperluan kualiti yang minimum untuk cerucuk

    konkrit pratuang.

    Cerucuk konkrit pratuang bertetulang yang bersaiz kurang daripada 200mm

    diambilkira sebagai cerucuk kecil dan adalah tidak digalakkan dalam pembinaan

    struktur penting (MS 1314 Part 1). Cerucuk konkrit pratuang bertetulang yang kecil

    ini mudah terdedah kepada kerosakan semasa proses

    pengendalian dan pemasangan sekiranya penjagaan yang rapi dan teknik yang baik

    tidak diaplikasikan.

    Jadual di bawah menunjukkan perbandingan di antara kebaikan dan

    keburukan penggunaan cerucuk konkrit pratuang bertetulang

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    18/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    18

    Rajah Perincian tipikal rasuk tanah dan tukup cerucuk

    Rajah Perincian tipikal tukup cerucuk

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    19/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    19

    3.4 Langkah-langkah Keselamatan Yang Diambil Di Tapak Bina

    Kerjakerja penanaman cerucuk ini memerlukan keselamatan yang sangat ketat

    kerana ia melibatkan jentera yang berat dan proses kerjanya yang membahayakan nyawa.

    Daripada pemerhatian saya, saya mendapati ada segelintir pekerja yang tidak memakai

    sarung tangan ketika mengendalikan kerja terutamanya ketika kerja pemotongan cerucuk

    dan kerja mencantumkan cerucuk starter dengancerucuk extention. Ini sangat

    merbahaya kerana dikuatiri ketika memegang mesin pemotong concrete tile cutter

    tangan menjadi licin kerana berpeluh. Ini akan menyebabkan pegangan pada mesin

    tersebut menjadi tidak kuat lalu mengakibatkan kecederaan pada pekerja. Selain itu,

    alatan yang digunakan tidak disusun atau disimpan dengan teratur. Kawasan untuk

    menanam cerucuk bersepah dengan alatan seperti set kimpalan, tukul dan aras spirit yang

    diletakkan bersebelahan denganjentera piling machine. Jika pekerja tersadung atau

    kaki mereka tersangkut pada manamana alatan dan akan mengakibatkan kemalangan.

    Pada pandangan kami, aspek keselamatan perlu dititik beratkan lagi untuk kerja

    kerja binaan yang lain supaya kemalangan atau kecederaan dapat dielakkan. Selain itu,

    perlu untuk menyediakan sebuah kotak alatan untuk menyimpan semua alatan yang telahdigunakan agar sentiasa berada dalam keadaan teratur dan tidak bersepah.

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    20/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    20

    4.0 KESIMPULAN

    4.1 Halangan di tapak pembinaan semasa menjalankan projek

    Cuaca

    Keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan beberapa hari mengangguperjalanan pembinaan.

    Bahan

    Bahan binaan yang tidak mencukupi akan menganggu perjalanan projek. Iniberpunca dari sistem pengurusan sumber yang lemah dan tidak efektif.

    Lalu Lintas

    Pergerakan kenderaan yang tidak teratur di tapak projek akan menganggukerja pembinaan yang dijalankan.

    Kerja-kerja pembinaan yang dilakukan ditempat awam terutama berdekatanjalan raya utama, sedikit sebanyak akan mengakibatkan kesesakan.

    Pengurusan

    Sistem pengurusan yang tidak berkesan akan memberi gangguan kepadakerja-kerja pembinaan terutama pengurusan pekerja dan sumber.

    Keselamatan pekerja dan persekitaran tapak bina perlu dititikberatkan agarkerja pembinaan terus berjalan.

    Penggunaan kos yang tidak dipantau akan mengakibatkan syarikatmenanggung kerugian. Kerja pembinaan mungkin perlu dihentikan buat

    sementara.

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    21/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    21

    5.0 LAMPIRAN

    Sekitar tapak pembinaan.

    Piling 1 point Piling 4 point

    Bersama kontraktor tapak projek

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    22/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    22

    Sesi bergambar bersama penyelia projek Genting Property

    Sdn. Bhd.

    Sesi temu ramah penyelia projek Genting Property Sdn.

    Bhd.

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    23/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    23

    LAKARAN ASAS/PILING 1 PONT DAN 4 POINT

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    24/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    24

    REKOD LUBANG JARA

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    25/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    25

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    26/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103

    26

  • 7/30/2019 New Report Pembinaan Asas

    27/27

    PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA 2012/13

    KEJURUTERAAN GEOTEKNIK DAC21103