bab 4 tamadun india dr. amini amir - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/minggu 5 bab...

85
Tamadun India Bab 4 – Tamadun India Dr. Amini Amir

Upload: lyhanh

Post on 12-Jul-2019

382 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Tamadun India

Bab 4 – Tamadun India

Dr. Amini Amir

Objektif

Menghuraikan asas-asas dan

nilai-nilai tamadun India

Ciri2 utama Tamadun India

Sumbangan Tamadun India

kepada Tamadun dunia

Pendahuluan: Tamadun India

Bermula di bahagian Barat Laut India iaitu di Lembah Sungai Indus.

Tamadun yang unik & kekal sehingga hari ini (Perkembangannya meliputi aspek ekonomi,sosial,budaya,politik,sains, falsafah, agama dan kesenian).

KEDUDUKAN TAMADUN INDIA

Di antara Lautan Hindi dan pergunungan Himalaya

India Utara dan India Selatan

Indo-Arya (India Utara)

Dravida (India Selatan)

Orang Asli Mundas, Bhil dan Khol (kawasan Gunung

Himalaya dan pergunungan Assam)

Termasuk juga Gurkha, Bhutiya dan Khasi.

Peta Tamadun India

Geografi

T.I ndia :2 bahagian utama benua kecil India iaitu:

India Utara (masyarakat Indo Arya) & India Selatan (Masyarakat

Dravida)

Antara Lautan Hindi dengan pergunungan Himalaya. Sebelah

Barat bersempadan Tamadun Parsi

Sebelah Timur-Tamadun China

India Utara

Masyarakat Indo Arya.

Bahasa Sanskrit (utama),

Benggali, Gujerat, Hindi,

Kashmir, Punjabi, Urdu.

Bhs Sinhala yg digunakan di

Sri Lanka juga bhs Indo

Arya.

India Selatan

Bahasa Tamil (bahasa ibunda)

Tinggal di Tamil Nadu, India Selatan. Bersama kumpulan lain seperti Telegu, Malayalam, dan Kannada.

Kepercayaan, pemikiran, amalan & kehidupan berasaskan kpd mazhab Saivisme dan Vaisanavisme.

Banyak berbicara puisi2 Sangam-berkaitan aspek kehidupan.Cth kewajipan seorg bapa menjadikan anaknya seorg terpelajar dan berbudi.

Zmn kegemilangannya dikenali zmn Sangam

MASYARAKAT DAN BUDAYA Sistem Keluarga

- Indo Arya(berasal dr A.Tengah &menetap di IU) & Dravida(IS).

- Terdpt susunlapis masy mengikut veda (Ashrama dharma)-4 peringkat kehidupan yg perlu dilalui olh seorg Hindu tulen:

- 1. Brahmacarya(menentukan individu menerima ilmu pengetahuan &disiplin diri),

- 2. Grahasta( kehidup berumahtanga-laksanakan tugas,lahirkan anak yg baik),

- 3. Vanaprasta (ttg kerohanian &keduniaan-mengalakkan menjadi petapa &bermeditasi) dan

- 4. Sannyasa (Tidak mengutamakan kebendaan/hawa nafsu ttp utk mencapai kehidupan suci/kesempurnaan hidup)

Sistem Kasta

Sistem kasta-Institusi yg unik dlm TI.

- Menitikberatkan idea kelas dlm masy:setiap kelas ada peranan

masing2.

- 4 kasta utama: Brahmin(gol pendidik), ksatriya (gol

pemerintah), Vaisya( peniaga) dan Sudra (pekerja).

Bahasa & Kesusasteraan

- 2 bhs utama:

- 1. Sanskrit (kump Indo

Arya-dlm penulisan kitab2

Veda (bhs persuratan)

dan…

- 2. Dravida (dibhg IS-Tamil

(Tamil Nadu)- bhs tertua:

krn Dravida tlh wujud sbl

Arya, Telegu (Andhra

Pradesh),

Malayalam(Kerala), dan

Kannada(Karnataka).

Kesusasteraan Sanskrit

Kesusasteraan Sanskrit: Vedik(Sruti: ajaran yg diwahyukan olh Tuhan kpd para pendeta),Smriti (Tafsirn/ulasan ttg sastera ini &diperturunkan kpd generasi akan dtg), Mahabhrata, Ramayana.

4 kitab Veda dlm agama Hindu- i. Rig (mazmur kpd dewa dewi), ii. Yajur(mazmur yg digunakan dlm upacara), iii. Sama (Antologi mazmur Rig bersama

muzik), iv. Atharva (koleksi mazmur utk menjauhkan

diri drp penyakit, kematian, dan sihir)

Tamadun Lembah Sungai Indus/

Tamadun Harappa

Bangkit sekitar 2,500

tahun sebelum masehi

sekitar Pakistan dan India

pada hari ini

Tamadun Lembah Indus

dirujuk sekarang sebagai

tamadun Harappa selepas

penemuan Harappa

Tamadun Lembah Sungai Indus/

Tamadun Harappa

Tamadun ini merupakan tamadun

terbesar berbanding tamadun Mesir,

Mesopotamia dan Cina

Tamadun Harappa di temui pada

1920an

Peninggalan dan bandar-bandar utama

masih lagi dalam keadaan baik

Tamadun Lembah Sungai Indus/

Tamadun Harappa

Terletak dalam wilayah Punjab, Pakistan di sepanjang

Sungai Ravi.

Harappa adalah merupakan clue pertama kepada

penemuan Lembah Indus Kuno, dan dikenali sebagai

Tamadun Harappa.

Mohenjodaro kemungkinan adalah satu-satunya kawasan

Lembah Indus yang cukup dikenali. Ia terletak di Sindh,

Pakistan, bersebelahan dengan Indus.

Tradisi tamadun Lembah Sungai

Indus Pengeluaran Makanan Awal - 6500 –

5000 SM. Era Regionalisasi 5000 – 2600B.C. Tamadun Indus – Budaya Harappa Era Integrasi 2600 - 1900 B.C. Tradisi Pasca-Indus Barangan Bercat Kelabu - 1200 - 800

B.C. Barangan Bergilap Utara 700 -

300B.C. Zaman Pensejarahan Awal 600 B.C.

Skripsi

Peta Lembah Sungai Indus

Lembah Sungai Indus

Penemuan-penemuan Tamadun

Lembah Sungai Indus

Tempat mandian

Hampir semua unit rumah di Mohenjo-daro dilengkapkan dengan tempat mandi persendirian dengan saliran longkang untuk pengaliran air kotor ke longkang yang lebih besar yang kemudiannya ke tempat buangan (sewage drain).

Banyak tempat permandian sebegini mempunyai lantai rapat mengelakkan air daripada menyerap ke bawah atau bilik sebelah. Telaga persendirian dibina untuk menampung keperluan peningkatan ahli keluarga dan juga jiran.

Telaga masa lampau ini kelihatan seperti chimney kerana tanah persekitarannya telah dialihkan ketika usaha ekskavasi (excavation)

Rumah

Bahagian atas: Stupa

Buddha – Kurun

pertama Masehi.

Rumah Batu Bata

Zaman Harappa

(2600 hingga to

1900 Sebelum

Masehi).

Sistem Perparitan dan Longkang

Ekskavasi oleh Harappa

Archaeological Research

Project dalam tahun

1993.

Saliran parit besar di

Harappa untuk aliran

hujan dan air kotoran

pembuangan najis.

Jalanraya

Laluan sempit rumah ke

rumah di Mohenjo-daro.

Rumah-rumahnya dua

tingkat dengan dinding

berbatu tebal dan siling

yang tinggi untuk

mengekalkan suhu sejuk

ketika musim panas.

Great Bath

Tempat mandi umum.

Terdapat 27 petak

Ada hadangan air yang diperbuat daripada kayu.

Great Bath

Great Bath adalah kolam air terbesar untuk umum dalam dunia purba.

Kolam ini berukuran 12 meter utara selatan dan 7 meter lebar.

2.4 meter tinggi atau dalam.

Bertingkat-tingkat

Dua tangga utama

Di sekeliling kolam terdapat laluan .

Model kolam renang yang futuristik.

Perigi Awam

Perigi awam yang

besar.

Terdapat juga platfom

tempat mandi.

Digunakan untuk

membasuh kain

seperti yang biasa

dilihat di Pakistan dan

India hari ini.

Inskripsi

Ditemui di Harappa Inovasi dan kreativiti

Pengebumian wanita

Telah diusik oleh pencuri makam.

Barangan milik peribadi seperti tempayan, tembikar, pinggan-mangkuk ditanam bersama jenazah.

Terdapat lahad kecil dihujung kaki si ibu.

Bayinya ditanam dalam lahad ini.

Perhiasan

Emas dan batu nilam serta aked.

Rantai dan kalung.

Gelang, cincin, subang, dan broaches.

Sikat sanggul.

Ada yang diwarisi daripada generasi ke generasi.

Ada yang dikebumikan bersama mayat.

Biasanya perhiasan disembunyikan di bawah lantai rumah orang kaya atau tukang emas.

Epik Mahabhrata

Pujangga Vyasa: Menghasilkan lebih daripada 74000 seloka, dalam 18 buku. Karya puisi terpanjang di dunia.

Sinopsis karya: Perebutan kuasa dalam kerajaan Hastinapura oleh dua kumpulan adik beradik dalam keluarga yang sama iaitu Kaurava dan Pandava.

Epik Ramayana

-Dihasilkan oleh Valmiki.Mengandungi 24000 seloka.

Setiap orang Hindu menghormati epik ini

-Sebuah kitab yang ada nilai-nilai tertinggi, tiada

kecacatan, kerana nilai yg terkandung dlm epik

terkenal ini.

- Kisah tentang RAMA (Lmbg

Kebaikan):mengambarkan bagaimana

individu(menjalani kehidupan) dan pemerintah

(melaksanakan tugas).

Bhagavadgita, Sastera Sangam

dan Tirukkural Bhagavadgita:sebahagian dari epik mahabrata :ajaran

agama dalam bentuk falsafah

Kesusasteraan Sangam: 2 koleksi: Ettutokai (antologi 8 buah teks yg temanya adalah akam (dalaman/batin) & puram(luaran/zahir) &Pattupattu(koleksi nyanyian)

Tirukkural: dikarang oleh Pujangga Tiruvalluvar.sastera Tamil klasik yg tertua. Kitab pegangan hidup penganut Hinduisme. Aspirasi kepada pemerintahan secara adil.

Pandangan Semesta/Hidup

Tamadun India

Bergantung kepada falsafah dan

pegangan agama masyarakat di India

Hinduisme: idea2 agama, falsafah dan

budaya

Kepercayaan kelahiran semula

Tuhan yang mutlak,mengagungkan

keadilan

Pelbagai Agama Tamadun India

Agama Hindu/Hinduisme:Sanatana Dharma (kekal abadi).Agama yg besar di dunia tetapi berbeza kerana tiada pengasas.Tarikh mula juga tidak diketahui. Bukti muncul ialah dalam TLSI.

Hinduisme - 6 mazhab mengikut tuhan yg disembah: Tuhan Siva (mazhab Saivisme). Vishnu(Vaisnavisme), Sakti(Sakta), Muruga(Kaumaram), Ganesha(Ganapatiyam), Surya(Sauram)

5 Prinsip dan 10 Disiplin

5 prinsip Hindu- Kewujudn Tuhan yg tunggal, manusia itu suci, perpaduan melalui percintaan, harmoni agama,pengetahuan ttg sungai, kitab, mantera yg suci.

10-disiplin: kejujuran (satya), Kesederhanaan (ahimsa), Tidak berzina (brahmacharya), Tidak merompak (asteya),kesucian (aparigraha), kebersihan (Shaucha), Kepuasan (Santosh), mengaji kitab (swadhyaya), Penjimatan (Tapas) dan doa (pooja)

Agama Buddha Tiada pengaruh Veda. Pengasas doktrin

Buddhisme: Siddharta Gautama(suku Shakya di India)anak kpd Raja Suddhodana Gautama.Lahir 563 S.M. Semasa kelahiran diramal:akan jadi maharaja jika sanggup memerintah/menjadi Buddha jika menjalani kehidup bertapa.ibunya meninggal slp seminggu kelahirannya.dijaga oleh adik ibunya(isteri kedua Suddhodana).

Sidharta(nama yg diberikan olh ibubapanya), Gautama(nama keluarga). Buddha pula menandakan seseorang manusia itu tlh mncapai trf kesedaran kerohanian yg sempurna.

Sidharta Gautama Buddha

Sidharta 29 thn, keluar sbg seorg zahid menuju kearah mencari kebenaran. Selama 6 thn berpuasa&menyeksa diri ttp tiada sbrg jawp bg soalannya.Baginda menyedari bhw menyeksa diri sendiri tidak berguna.

Sidharta duduk di bwh pokok ara, yg kemudian digelar Bodhi dan bermeditasi. Sidharta menerima kesedaran. Segl rintgn dpt diketepikn.akhirnya mnjd buddha.menyampaikan khutbah &doktrin

Matlamat Buddhisme

Mengatasi samsara/roda kelahiran

semula. Seseorang harus mengikis

karma dengan menjauhkan diri

daripada perbuatan jahat.

Hukum karma : menetapkan perbuatan

baik dibalas baik, perbuatan jahat

dibalas jahat di dalam kehidup yg akan

dtg.

2 Elemen dlm ajaran Buddha

4 kebenaran mulia: penderitaan itu universal(duhkha), ada punca segala penderitaan(duhkha samudaya), Penderitaan itu boleh diatasi(duhkha nirodha), ada cara utk mengatasi penderitaan (duhkha nirodha marga).

Jalan Lapan lapis: Pandangan(kefahaman), aspirasi(cita2),pertuturan(komunikasi), kelakuan(aksi), kehidupan(sarahidup), usaha, minda(mental), konsentrasi(meditasi) yang betul/baik:

8 ini utk mencapai kesempurnaan hidup/nirvana.

Mazhab Buddha

Hinayana- disebut Theravada/doktrin org

berpengalaman.Pengikut mazhab ini mendakwa mereka

memelihara donktrin asal budha.(India Selatan, Myanmar,

Thai, AT).

Mahayana-pembebasan hanya dpt dicapai melalui

Bodhisattva/guru sbg org perantaraan.Tibet, Mongolia,

Korea, China, Jepun.

Agama sikh

Agm monoteisme;kewujudan Tuhan yg satu:bersifat nirankar(tidak berbentuk), abadi,berkuasa,&manusia tdk dpt menghuraikannya.Tuhan wujud dimana2 jua. Menyebut nama Tuhan Waheguru (Tuhan yang menakjubkan)

Ajarannya menyentuh moral, kerohanian, semangat kemanusiaan tanpa mengira latar belakg agm, bangsa&gender.

Guru Nanak mengasaskan agm Sikh dgn berpandukan: jika hdk mendekati Tuhan maka harus kita mpunyai perasaan syg atr satu sama lain dlm seseb masy.

Sikhisme

Gobind Singh (1675-1708): guru terakhir

dalam sejarah Sikh

Memperkenalkan persaudaraan khalsa

(memperkasa identiti sikh dgn memakai 5

simbol (5K): Kesh, kangha, kara,

kirpan,kachera

Demi kesejahteraan hidup

Islam Menyatukan pemerintahan di bawah satu kuasa yang

berpusat di Delhi abad ke 12

Ada bahasa baru( urdu)

Taj Mahal di Kota Agra, Qutb Minar (menara besar yang

dipamerkan ayat al Quran)

Sistem masyarakat tanpa kasta

Memartabatkan kedudukan wanita dengan menghapuskan

dowri dan amalan sati

Pcapaian Dalam Pelbagai Bidang

Seni Tarian &seni muzik, drama (seni halus)

- Mpunyai hub yg erat.Cth tarian kathak &

muzik Hindustani (India Utara)

- Tarian Bharata Natyam & muzik karnataka

(India Selatan)

- Natya sastra:teks tarian India/menergkan

semua jenis seni halus, dicipta oleh Bharata.

Sambungan…

Bukan sekadar hiburan tetapi tarian mpunyai unsur keagamaan: siva, Krishna, Ganesha dikaitkan dengan tarian.

Satu tarian yg mbygkan imej Tuhan Siva dikenali Tarian kosmik.

Pkr yg ptg dlm tarian:muzik, pakaian, gerakan,ekspresi &emosi.

Dipersembahkan dikuil2 (IS),1 tradisi, dr 1 generasi ke 1 generasi.

- Tarian kathak- diadakan di kuil & jg tpt awam (IU).Muzik diiringi utk mghidupkan cerita dlm tarian.Teknik kepantasan kaki mgikut irama &muzik. Kecantikan tarian & identiti terus dikekalkan.

Seni Muzik

Alat muzik India Utara adlh bbeza dgn alat muzik India Selatan. Di India Utara, sitar, sahnai, & tabala merupakan alat muzik utama.

Vinai, natasvaram & mirdanga mjadi alat muzik yg penting di India Selatan

Seni Bina dan Seni Ukir Pbuatan patung, tiang2 yg terukir&kehalusan seni pahat.Cth Tiang

Asoka (kemegahanIndia)

India Utara-Stupa Sanchi, Imej Buddha.Ukiran gua Ajanta dan gua Ellora, duit syiling India zaman Gupta.

India S-Kuil batu Mamallapuram oleh Raja Pallava.

Zaman Chola- Kuil Brigathiswarar oleh Thanjavur. Seni bina T.India byk mggabungkan ciri India (Hindu) dgn Parsi (Islam).Menara besar dinamakan Qutb Minar di tulis ayat2 suci pd bhg hadapannya.Taj Mahal yg terletak di Agra:mjd bukti kecemerlgn senibina Islam.

Sains Matematik

- Penulis utama matematik klasik India (Aryabhata,

Brahmagupta & Bhaskara)

- Mrk myumbgkan idea mengenai sistem

penomboran,sifar, nombor negatif, kira2, algebra.

- Konsep matematik ini tersebar ke T.Tengah,

China, Eropah.

Astronomi

- Org India berjaya menemui 7 planet

tanpa bantuan tekno

peralatan(matahari,

bulan,marikh,Utarid, musytari,

zuhrah,zuhal dan 2 lagi planet

ditambah rahu dan Kethu (pusat

tenaga)

Fizik &kimia

- Pgetahuan ilmu fizik&kimia berkaitan dgn

agama&teologi.Mpercayai alam semesta terdiri dr gabngan(tanah, angin,api, air, angkasa).Elemen ini dihubungkan dgn persepsi pancaindera manusia(bau, sentuhan, pglihatan, rasa&ruang)

Ahli fals mempercayai bhw semua elemen kec ruang mengandungi atom.Atom yg paling kecil disebut anu.Maka muncullah teori atom.

Bidang logam

- dlm bidg pertukgn besi, kemahiran org India jelas nampak

pada Iron Pillar (tiang besi) di Delhi(kurun ke 5): sebatg besi 7

meter tinggi, tulen , tidak berkarat.

- Menunjukkan kemahiran dlm bidg ilmu kaji logam.

Perubatan

- perubatan tradisi Ayurveda( 2 bhn kimia: merkuri &sulfur)

digunakan dlm penyediaan ubat.

- Nagarjuna (pengamal popular) yg melahirkan byk pil utk penyakit.

- Sushrutu (pembedah pertama) di India. Bukunya Sushrutu Samhita:menergkan sebanyak 120 instrumen pmbedhan, 300 prosedur, pembedahan manusia kepda 8 kategori(plastik)

PANDANGAN SEMESTA ATAU PANDANGAN HIDUP TAMADUN INDIA

Tamadun India mempunya beberapa tahap perkembangan

agama iaitu zaman Vedik/ortodoks, Heterodoks dan moden.

Agama Zaman Vedik/ortodoks

Tradisi zaman Veda masih tercermin dalam budaya orang India . Mereka meyakini kewujudan tuhan/dewa-dewi.

Orang India menamakan agama mereka sebagai Sanathara Dharma.

Hindu - digunakan oleh orang Parsi sebelah India.

Dharma - sebagai satu sistem kerohanian/etika.

Veda - dari kata dasar Vid -iaitu pengetahuan rohani juga melihat serta mengetahui bukan dari mata kasar.

Melihat dan Mengetahui Bukan

Dengan Mata Kasar

Melihat itu dari dua sudut iaitu:

i- Objektif

Apa yang dilihat dari alam ini seperti langit, bumi,

hujan dan sebagainya.

ii- subjektif

Iaitu penglihatan dalaman iaitu melihat serta

memahami dengan menggunakan akal.

Kitab-kitab Suci Zaman Veda

i- Shuruti

Yang didengarkan dari tuhan kepada beberapa orang alim yang bertapa dan tidak boleh diubah.

Termasuk kitab Veda dan terdapat beberapa bahagian yang dinamakan SAMHITA.

SAMHITA.

a. Shukta/mantra-mazmur-mazmur dari tuhan

b. Brahmana-keterangan-keterangan berbentuk prosa mengenai erti mantra dan cara penggunaan mantra tersebut.

c. Aranyaka-ajaran-ajaran batin yang bersifat mistik mengenai upacara keagamaan dan memberi sebab dan hasil sesuatu upacara dilakukan

d. Upanishad-kesimpulan terakhir mengenai ketiga-tiga bahagian dan bersifat falsafah.

Samhita dan Veda Golongan ortodok hanya menerima Shukta/Mantra

sebagai Samhita dan yang lainnya hanya prosa.

Apakah Veda? Veda bermaksud pengetahuan. Sebarang ilmu yang diterima oleh manusia ialah Veda. Veda dianggap sebagai pengetahuan yang asli.

Terdapat 4 kitab Veda:

Rig Veda (tertua)

Sama Veda

Yajur Veda

Atharva Veda

Ruh yang terkurung (conditioned soul)

dan ruh yang bebas (liberated soul)

Smirti

ii. Smirti

Ajaran-ajaran oleh

manusia-manusia

yang dianggap alim

kepada yang lain.

Boleh diubah dari

semasa ke semasa.

4 tahap perkembangan agama Veda

1-Politheisme- Bererti kepercayaan kepada banyak

dewa. Masyarakat Indo-Arya mempercayai bahawa setiap unsur alam semulajadi memprngaruhi kehidupan manusia. Mereka menganggap unsur-unsur ini mempunyai jiwa atau bernyawa dan mampu membawa kebaikan dan keburukan.

2-Henotheisme Menganggap bahawa apabila

seseorang memuja sesuatu dewa-dewi dengan penuh kebaktian,beliau lupa akan kewujudan dewa-dewi yang lain dan menganggap kesemua dewa-dewi yang lain sebagai manifestasi dewa yang disembah.

Sambungan 3-Monotheisme

“Mono” bererti satu dan “theisme” pula bermaksud kepercayaan. Monotheisme membawa maksud penyembahan kepada dewa yang satu. Walaupun alam semulajadi menunjukkan kepelbagaian tetapi terdapat satu perpaduan dalam kepelbagaian.

4-Monisme

Monisme bermaksud segala apa juga di alam ini berasal dari sumber yang sama iaitu tuhan.Tuhan yang satu itu dipuja sebagai Ukhta dalam Rig Veda,Agni dalam Yajur Veda dan sebagai Mahavrata dalam Sama Veda.

Agama Zaman Heterodoks

Kemudian lahir agama-agama yang tidak meyakini kewujudan tuhan dan tidak menerima kitab Veda.

1-Buddhisme Buddha tidak mengajar hal-hal tentang

ketuhanan,metafizik atau suatu falsafah kerana pengasasnya tidak menggalakkan falsafah.Sebaliknya jaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi,etika yang berkaitan dengan kehidupan. Ajaran-ajaran metafizik dalam Buddhisme adalah tambahan kepada ajaran asal Buddha.

Sambungan 2-Jainisme Agama ini mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-

ajaran Buddha. Ia mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Jadi konsep karma dan samsara tang terdapat dalam Upanishad ditekankan.

3-Hinduisme Purana Perkembangan Hinduisme Purana merupakan reaksi terhadap

pengaruh Buddhisme dan Jainisme. Ia mulai kukuh dalam masyarakat India Buddha sebagai salah satu avatara( penjelmaan Vishu). Cerita-cerita Mahabhrata dan Ramayana diinterpretasikan dan Bhagvadgita adalah hasil ciptaan zaman ini untuk memulihkan Hinduisme. Krishna dan Rama dua jelmaan Hindu yang penting diwujudkan.

Zaman Moden

Islam dan Kristian juga berkembang di India dan mempunyai penganutnya yang ramai terutama pada era pertengahan dan moden

Islam

Tiba di India pada 712 M melalui kekuasaan orang Islam di negeri Sind dan selatan Punjab. Ia juga berkembang melalui perkahwinan campur dan mewujudkan budaya komposit Indo-Muslim.

Kristian

Bermula dengan kedatangan British pada tahu 1498 diketuai Vasco Da Gama. Berlaku gerakan reformis dan pemulihan Hindu dan idea-idea Kristian disebarkan.

PERMULAAN TAMADUN ISLAM DI INDIA

Pengenalan

Permulaan Tamadun Islam

Permulaan Tamadun Islam Di India

Pada sekitar akhir abad ketujuh terdapat

beberapa buah pelabuhan di pantai barat

India yang didiami oleh orang Islam Arab.

Pada ketika itu Islam belum tersebar secara

meluas dan masyarakat tempatan rata- rata

masih menganut agama Hindu.

Permulaan Tamadun Islam Di India

Islam mula tiba di benua kecil India pada

abad pertama Hijrah atau ketujuh Masihi.

Tentera Islam mula menjejak kaki di pantai

Sind (India) pada zaman Khalifah Umar Bin

Al- Khattab.

Pada waktu itu (636-637M), tentera Islam

cuba menawan Thana, berhampiran Bombay

tetapi tidak berjaya.

Penguasaan Tentera Islam

Pada zaman Khalifah Uthman (644M), tentera

Islam menguasai Sind melalui jalan darat

pimpinan Abdullah bin Amir. Dalam serangan itu

tentera Islam berjaya menawan sebahagian besar

lembah Sind.

Diikuti zaman Mu’awiyah bin Abi Sufyan dengan

tentera Islam berjaya menawan Kabul dan

Lahore, tetapi belum berjaya memasuki kawasan

tengah India.

Penguasaan Tentera Islam

Pada masa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul

Malik, barulah tentera Islam berjaya menembusi

benteng pertahanan India. Tentera Islam di bawah

pimpinan Muhamad bin al-Qasim telah melakukan

serangan ke atas kota- kota wilayah Sind dan Lembah

Indus.

Sebelum memasuki wilayah Multan, jumlah tentera

Muhamad bin al-Qasim mencapai seramai 50,000

orang. Ini membuktikan bahawa ramai di kalangan

penduduk tempatan telah memeluk agama Islam dan

berkhidmat dalam tentera Islam.

Tentera Muhammad Bin Al-Qasim

Pada musim bunga tahun 712 M, beliau telah berjaya

menawan Daibul (Debal atau Dewal) dan mendirikan

sebuah masjid.

Sebelum meninggalkan Daibul, Muhammad bin al Qasim

telah menempatkan 4000 orang tenteranya bagi

mengawal Daibul.

Setelah itu Multan pula jatuh ke tangan tentera Islam dan

Muhammad bin al-Qasim dilantik sebagai Gabenor

Multan olah Khalifah al- Walid. Kejatuhan Multan telah

membuka jalan seluruh Lembah Indus kepada penguasaan

tentera Islam.

Lagi Mengenai Muhammad Al-

Qasim

Penduduk tempatan dikatakan telah keluar beramai-ramai

menyambut ketibaan orang Islam yang mereka anggap sebagai para

pejuang yang membebaskan mereka daripada belenggu raja-raja

Hindu yang bersikap menindas.

Puak Jat dan Med telah menyebelahi tentera Islam bagi menewaskan

tentera Hindu.

Mereka yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam peperangan

telah dibebaskan olen Muhammad bin al-Qasim. Keselamatan harta

benda dan nyawa mereka dijamin. Mereka yang tidak memeluk

agama Islam dikenakan cukai perlindungan (jizyah). Kadar jizyah

jauh lebih kecil berbanding dengan kadar cukai yang dikenakan oleh

raja-raja Hindu. Oleh kerana mereka taat kepada pemerintahan

Islam, maka kuil, gereja dan haikal Yahudi tidak diruntuhkan.

Kerajaan India Di Semenanjung

Tanah Melayu Kerajaan-kerajaan India semasa zaman historic

ialah:

• Lembah Bujang, Kedah

Empayar Langkasuka

• Pada peringkat permulaannya adalah di bawah teraju Parameswara merupakan raja keturunan kerajaan Sri Vijaya.

Kerajaan Melaka (bermula tahun 1100 Masehi)

• Beribu kota di Palembang

• (Bermula dari Pulau Luzon di Filipina hingga ke Segenting Kra di Thailand),

Empayar Sri Vijaya (kurun 600 ke 1200 Masehi)

Empayar Hindu Funan, Kemboja

Parameswara (1402-1414) Megat Iskandar Shah [Parameswara's Muslim name)

(1414-1424)

Sri Maharajah (Muhammad Shah)

1424-1444

1. Parameswara Dewa Shah s/o Princess of Rohan (1444-1446)

2. Raja Kassim (Muzaffar Shah) (1446-1459)

Raja Muhammad (banished to Pahang) Alauddin Riayat Shah

(1477-1488)

Sultan Mahmud (1488-1528)

Pengaruh Brahmanisme Pengaruh-pengaruh Brahman tamadun

India begitu berpengaruh di Alam Melayu terutamanya di istana dan kraton Melayu dalam aspek upacara-upacara istana, majlis rasmi Negara dan gelaran-gelaran yang masih wujud hingga sekarang.

Tidak dapat dinafikan bahawa kesannya turut mempengaruhi masyarakat awam.

Pengaruh Wayang Kulit Dalam

Interaksi Tamadun Dalang dalam persembahan wayang

kulit dianggap sebagai penjelmaan

semula Vishnu dan peranan dalang

ialah untuk membuat persembahan

kepada Siva (Guru Agung) dan kepada

semua Tuhan-tuhan minor seperti

Ramayana dan Mahabrata.

Pengaruh Hinduisme Dalam

Interaksi Tamadun Di Pantai Timur, amalan pemujaan,

bersemah dan puja pantai adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu tradisional.

Dikatakan bahawa 15,000 orang nelayan mengamalkan amalan khurafat ini sehinggalah Mufti Terengganu mengeluarkan fatwa menegah perkara itu pada tahun 1959.

Pengaruh Hindu Dalam Masyarakat Melayu

Selepas Daripada Kedatangan Islam (1)

Cerita-cerita popular Hindu berbanding

dengan cerita metos Hindu lebih berpengaruh

dalam kesusasteraan masyarakat Melayu dan

system kepercayaan Melayu.

Manakala amalan-amalan animistik yang

berbagai bentuk sudah semacam sebati dalam

budaya hidup Melayu sejak zaman awal lagi.

Pengaruh Hindu Dalam Masyarakat Melayu

Selepas Daripada Kedatangan Islam (1) Kecenderungan pada sinkritisme Islam pada

peringkat awalan penyebaran Islam di Alam Melayu telah menghasilkan pentafsiran semula amalan-amalan animistic yang berbagai bentuk itu.

Proses sinkritisme Islam dikatakan tidak sempurna kerana amalan dan kepercayaan yang berkaitan dengan Hinduisme atau pengaruh animistic tempatan masih lagi berterusan ketika itu.

Interaksi Tamadun India-Melayu Makanan orang-orang India seperti capati,

vasalode, maruku juga sudah menjadi makanan orang-orang Melayu.

Kari yang berasal daripada India dengan nama balti telah mengalami pengubahsuaian dan menjadi antara makanan popular rakyat Malaysia.

Tidak diketahui daripada mana asalnya teh tarik, tetapi ia dipercayai adalah tradisi warisan rakyat Malaysia. Cumanya kebelakangan ini ia menjadi kegemaran rakyat negara India di India.

Kesimpulan

Sebagai salah satu tamadun tertua, setiap tamadun telah berjaya membentuk tamadun nya sendiri.

Contohnya tamadun India, peninggalan kebudayaan, kuil2 Hindu merupakan manifestasi daripada ajaran Hindu itu sendiri yang membentuk pandangan semesta masyarakat India.