bab 4 sebatian karbon 4.6-4.7 jawapan

3
SAINS TINGKATAN 5 BAB 4 SEBATIAN KARBON NAMA :_______________________ TARIKH : 26/08/15 4.6 Polimer Asli SOALAN 1 Apakah itu polimer? Berikan dua contoh bahan polimer. Polimer merupakan molekul besar yang terbina daripada unit-unit kecil dan berulang yang dikenali sebagai monomer. Contoh-contoh polimer adalah kanji dan protein. SOALAN 2 Apakah itu monomer? Berikan dua contoh bahan monomer. Monomer merupakan unit-unit kecil yang saling berhubing untuk membentuk molekul-molekul besar yang dikenali sebagai polimer. Contoh- contoh monomer adalah glukosa dan asid amino. SOALAN 3 Jelaskan proses pempolimeran (polymerization) dan penyahpolimeran (depolymerization). Pempolimeran Merupakan proses tindak balas kimia di mana monomer-monomer saling terikat untuk membina rantaian panjang yang dikenali sebagai polimer. Penyahpolimeran Merupakan proses tindak balas kimia di mana ikatan polimer-polimer dipisahkan kepada monomer-monomer. SOALAN 4 Berikan dua contoh : a) Polimer asli Kanji dan protein b) Polimer Sintetik

Upload: boyd-junior

Post on 25-Jan-2016

94 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sains tingkatan 5

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4 Sebatian Karbon 4.6-4.7 Jawapan

SAINS TINGKATAN 5

BAB 4 SEBATIAN KARBON

NAMA :_______________________ TARIKH : 26/08/15

4.6 Polimer Asli

SOALAN 1

Apakah itu polimer? Berikan dua contoh bahan polimer.

Polimer merupakan molekul besar yang terbina daripada unit-unit kecil dan berulang yang dikenali sebagai monomer. Contoh-contoh polimer adalah kanji dan protein.

SOALAN 2

Apakah itu monomer? Berikan dua contoh bahan monomer.

Monomer merupakan unit-unit kecil yang saling berhubing untuk membentuk molekul-molekul besar yang dikenali sebagai polimer. Contoh-contoh monomer adalah glukosa dan asid amino.

SOALAN 3

Jelaskan proses pempolimeran (polymerization) dan penyahpolimeran (depolymerization).

Pempolimeran

Merupakan proses tindak balas kimia di mana monomer-monomer saling terikat untuk membina rantaian panjang yang dikenali sebagai polimer.

Penyahpolimeran

Merupakan proses tindak balas kimia di mana ikatan polimer-polimer dipisahkan kepada monomer-monomer.

SOALAN 4

Berikan dua contoh :

a) Polimer asli

Kanji dan protein

b) Polimer Sintetik

Plastik dan nilon

Page 2: Bab 4 Sebatian Karbon 4.6-4.7 Jawapan

SOALAN 5

a) Nyatakan dua ciri-ciri bagi getah asli.

Elastik, fleksibel, kalis air, bersifat penebat, telap terhadap udara

b) Hubungkaitkn sifat-sifat getah tervulkan kepada struktur molekulnya.

Getah tervulkan tahan terhadap haba. Ini disebabkan lebih banyak haba yang diperlukan untuk

memisahkan ikatan silang getah dan polimer di dalamnya.

4.7 Kajian Saintifik Terhadap Penggunaan Sebatian Karbon untuk Kesejahteraan Hidup

SOALAN 1

Jelaskan kepentingan penemuan penggunaan sebatian karbon berikut :

a) Hidrokarbon

Digunakan secara meluas sebagai bahan bakar. Ia membekalkan sumber bahan bakar kepada

kenderaan, masakan dan penjanaan tenaga elektrik di stesen janakuasa. Selain itu, pelbagai bahan

sintetik seperti plastic dan fiber sintetik diperbuat daripada hidrokarbon.

b) Minyak kelapa sawit

Digunakan sebagai minyak masak, membuat marjerin, sabun, dan produk penjagaan kulit. Ia juga

digunakan sebagai bahan bakar iaitu biodiesel. Ia merupakan gantian bagi bahan api fosil.