bab 4 komponen utama sistem kerajaan malaysia
TRANSCRIPT
BAB 4 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
Pengenalan
Setelah kedatangan British pada abad ke-19, berlaku perubahan ketara dalam sistem politik dan pentadbiran negara.
Sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia. Terdapat dua institusi utama iaitu Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
YDPA sebagai ketua Negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada.
Gelaran rasmi dari segi kedudukan YDPA sebagai Ketua Utama Negara
YDPA ketua raja-raja seluruh Negara. Dari segi jentera pentadbiran sebenar, ia diketuai oleh Perdana
Menteri. YDPA mengetuai tiga badan :
a) Badan Perundangan b) Badan Pemerintahan c) Badan Kehakiman
Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia
Yang Di Pertuan Agong
Majlis Raja-raja
Perundangan Eksekutif Kehakiman
Parlimen Kabinet Mahkamah
Yang DiPertuan Agong Yang Dipertuan Agong bertindak sebagai Ketua Negara dan ketua
bagi tiga badan eksekutif, perundangan dan kehakiman. YDPA dilantik lima tahun sekali daripada kalangan 9 Raja-raja
Melayu yg dipilih oleh Raja-raja Melayu.PEMILIHAN YDPA Jawatan YDPA diisi secara pilihan seperti yang ditetapkan dalam
Perlembagaan Malaysia. Kaedah Pemilihan :
Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih. Raja-raja sahaja yang boleh mengundi. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada giliran. Seseorang Sultan / Raja boleh melantik seorang lain dari negeri
baginda sebagai proksi untuk wakili baginda.
Peraturan Perlembagaan boleh mempercepatkan juga perubahan giliran. a) Seseorang Raja / Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai YDPA. b) Seseorang Raja / Sultan yang giliran negerinya tiba dn baginda didapati layak, menolak jawatan YDPA. c) Seseorang Raja / Sultan yang giliran negerinya tiba, didapati tidak layak oleh Majlis Raja-Raja. Memerlukan undi sulit sekurang-kurangnya 5 undi Majlis Raja-raja.
Tugas YDPA Tugas mengikut nasihat kabinet atau Perdana Menteri Tugas mengikut budi bicara Memperkenankan rang undang2 dari Parlimen
Berkuasa memanggil, menangguh dan membubarkan parlimen Melantik Ketua Hakim negara, Hakim Besar serta Hakim
Mahkamah persekutuan dan Tinggi atas nasihat PM selepas berunding dgn MRR
Kuasa mengampun – segala kesalahan di mahkamah tentera, di mana-mana wilayah Persekutuan dan kesalahan dari Mahkamah Syariah di Melaka, P Pinang, Sarawak, Sabah dan W Persekutuan.
Tugas-tugas Lain Panglima Angkatan Tertinggi Tentera Malaysia dan Ketua
Agama Islam di Melaka, P Pinang, Sabah, Sarawak dan WP. Pelihara kedudukan istimewa org Melayu dan Bumiputera
Sabah/Sarawak. Berkuasa melantik atau lucutkan jawatan Kabinet Menteri dan
timbalan (atas nasihat PM) Perlantikan jawatan – Ahli Suruhanjaya perkhidmatan
Awam+P/raya, Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Ahli Dewan Negara)
Kuasa Budi Bicara YDPAMengikut perkara 40 (2) Perlembagaan memperuntukan bahawaYDPA bertindak ikut budi bicara :a) Melantik seorang PMb) Tidak mempersetujui permintaan PM untuk bubar
Parlimenc) Meminta diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja2.Majlis Raja-rajaSejarah dan Perkembangan Majlis Raja-Raja Bermula dengan Persidangan Durbar Raja-Raja dari
empat buah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan pegawai-pegawai kanan Inggeris pada tahun 1897. Pertemuan untuk bincangkan masalah-masalah negeri-negeri mereka dengan pegawai-pegawai kanan Inggeris.
Bentuk MRR yang ada sekarang bermula secara formal pada tahun 1946, di bawah gagasan MU, dan pertama kalinya disertai oleh semua sembilan orang raja-raja Melayu.
1948 - perlembagaan PTM menyentuh tentang raja-raja Melayu.
Suruhanjaya Reid tidak membuat apa-apa syor atau memberikan sebarang peranan penting kepada MRR.
Persidangan Majlis Raja-Raja Bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun, dan
berlangsung selama 3 hari. Raja-Raja dan Gabenor diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua
Menteri masing-masing. Pada hari ketiga, YDPA berangkat, diiringi oleh Perdana
Menteri. Dipengerusikan oleh Raja yang terkanan mengikut
senioritinya. Majlis juga boleh mengadakan persidangan khas bila-bila diperlukan.
Ahli bukan raja – fungsi hanya terhad kepada fungsi majlis membincangkan hal-hal berhubung dengan persoalan-persoalan negara.
Tugas-tugas lain MRR seperti yang ternyata dalam Perkara 32 Perlembagaan adalah : memilih atau memecat YDPA dan Timbalan YDPA mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara agama Islam, dan mempersetujui atau tidak mempersetujui perlantikan
seseorang bagi jawatan-jawatan tertentu yang dinyatakan dalam perlembagaan
Kuasa Budi Bicara Majlis a) Pelembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara
kepada MRR berhubung dengan perkara-perkara tertentu. Maksud kuasa budi bicara ialah kuasa mengikut pertimbangan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Perdana Menteri atau mana-mana badan lain.
b) memilih atau memecat YDPA dan Timbalan YDPAc) memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan;
d) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja; atau
e) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.
Setiausaha MRR – Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Tugas Setiausaha
a) urus pentadbiran MRR dgn memanggil msyrt dan edar kertas
kerja
b) catat minit mesyuarat
c) mengesahkan dan umum keputusan mesyuarat
d) umum tarikh mula puasa, hari raya Puasa dan raya Haji.
Badan EksekutifPeringkat Persekutuan Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran peringkat
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Tugas utama kabinet ilah menggubal dan menjalankan dasar
tertinggi negara. Ia diketuai oleh Perdana Menteri dan diikuti oleh menteri-menteri lain.
PM dilantik oleh YDPA dan menteri2 dilantik oleh YDPA atas nasihat PM.
Peringkat Negeri Kuasa Eksekutif - Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri. Semua perlembagaan negeri mengandungi syarat seksyen 1(2)
bertindak mengikut kuasa budi bicara berikut :
a) Melantik Menteri Besar
b) Tidak setuju permintaan bubarkan DUN
Badan Eksekutif – Peringkat Persekutuan
YANG DI PERTUAN AGONG
PERDANA MENTERI
MENTERI
KEMENTERIAN
JABATAN
Kuasa Eksekutif Peringkat Negeri
Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri
Majlis Mesyuarat KerajaanNegeri
Dewan Undangan Negeri
Kerajaan Eksekutif Peringkat Negeri Kuasa eksekutif peringkat negeri akan dijalankan oleh
Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri Raja bertindak menurut budibicara dalam menjalankan
tugas-tugas berikut :a) melantik menteri besar
b) tidak mempersetujui permintaan membubar DUN. Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri berkuasa untuk :
a) memperkenankan pelantikan menteri besar /ketua menteri daripada kalanganmereka yang memenangi undi majoriti peringkat negeri.b) memperkenankan pelantikan ahli2 majlis mesyuarat kerajaan negeri (EXCO)atas nasihat menteri besar/ketua menteri.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO/ Jemaah Menteri Raja, Sultan atau Yang Dipertua Negeri mesti melantik Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri dan melantik Menteri Besar/Ketua Menteri mengetuai majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Atas nasihat Menteri Besar, Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri melantik tidak lebih lapan ahli DUN
Peranan Exco lebih kurang sama dengan peranan kabinet peringkat persekutuan. Exco memainkan peranan memberi nasihat kpd Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri dalam menjalankan pemerintahan.
Selain ahli DUN yang menang dalam p/raya ug dilantik ke dalam Exco terdapat tiga orang anggota perkhidmatan awam negeri yg turut menjadi anggota EXCO sebagai ex-officio iaitu:
a) Setiausaha Negeri
b) Penasihat Undang-undang
c) Pegawai Kewangan Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Exco, Sabah (Menteri Kabinet) dan Sarawak (Majlis Tertinggi)
Pentadbiran di Peringkat Negeri Perkhidmatan Awan Negeri
- Perkhidmatan Tadbir Negeri (PTN)
- Setiausaha Kerajaan Negeri Jabatan Kerajaan di peringkat Negeri
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
- Pejabat Pegawai Kewangan Negeri
- Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri
- Unit Perancangan Ekonomi Negeri
Pentadbiran di Peringkat Daerah, Mukim dan Kampung Pentadbiran peringkat negeri di Semenanjung Malaysia :
a) Daerah
b) Mukim
c) Kampung Daerah - Pegawai Daerah Mukim - Penghulu (Penggawa,Kelantan) Kampung - Ketua Kampung (Penghulu, Kelantan)
- Tok Sidang (Melaka)
- dibantu oleh JKKK
Sabah Sistem kabinet di Sabah dikenali sebagai Menteri
Kabinet Pentadbiran negeri Sabah dibahagikan 2 peringkat:
a) Daerah - Pegawai Daerah - dibantu oleh Ketua Anak Negeri
(suku kaum peribumi) b) Kampung - ketua kampung
Sarawak Sistem kabinet Sarawak dikenali Majlis Tertinggi. Pentadbiran negeri Sarawak dibahagi 4 peringkat : a) Bahagian (Residen, dibantu Temenggong) b) Daerah (Pegawai Daerah, dibantu oleh Pemanca) c) Daerah Kecil (Pegawai Perkhidmatan Tadbir
Sarawak) d) Kampung - Penghulu (Tuai Rumah)
Struktur Pentadbiran Negeri Di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak
Semenanjung Malaysia
Sabah Sarawak
Daerah Daerah Bahagian
Mukim Kampung Daerah
Kampung Daerah Kecil
Kampung
Badan Perundangan
Struktur Parlimen
YDPA
DEWAN NEGARA DEWAN RAKYAT
YANG DI PERTUA
SENATOR
YANG DIPERTUA
AHLI DEWAN RAKYAT
Dewan Negara
Bangunan Parlimen
Dewan Rakyat
Fungsi dan Kuasa Parlimen Parlimen berkuasa untuk membuat undang-undang yang
ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui Perkara 66-68, bahagian 4, Bab 5.
Antara fungsi parlimen :
a) kuasa perundangan iaitu kuasa membuat, meminda/memansuhkan undang-undang
b) mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau mansuhkan mana2 cukai
c) meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.
Dewan Negara Dewan Negara ditubuhkan untuk membahaskan rang undang-
undang dengan lebih teliti berbanding Dewan Rakyat. Ahli Dewan Negara ialah berjumlah 70 orang. Tempoh perkhidmatan 3 tahun dan tidak boleh memegang jawatan
tidak lebih dua penggal. Dikenali sebagai senator.
Keahlian Cara Lantikan Bilangan Ahli
2 orang wakil dari 13 negeri Dipilih dari DUN 26
2 orang dari Wilayah Persekutuan (KL)
Dilantik oleh YDPA 2
1 orang wakil dari W. Labuan Dilantik oleh YDPA 1
1 orang wakil dari Putrajaya Dilantik oleh YDPA 1
Orang yang beri sumbangan pada negara
Dilantik oleh YDPA 40
Jumlah 70
Dewan Rakyat Dewan Rakyat bertindak sebagai penggubal undang-
undang. Fungsi Dewan Rakyat :
a) Meluluskan undang-undang b) Menentukan belanjawan negarac) Mengawasi perjalanan kerajaan
Jumlah ahli Dewan Rakyat : 222 orang ahli Berumur 21 tahun ke atas Pegang jawatan 5 tahun Ahli dikenali sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan
Rakyat Ketua Dewan Rakyat dikenali Yang Di Pertua(Speaker).
Tempat Duduk Ahli Dewan Rakyat
Ahli Dewan Rakyat akan hilang kelayakan dengan syarat berikut :a) seorang yang tidak sempurna akalb) muflis yg belum dibebaskanc) pegang jawatan bergaji dan berfaedah- sepenuh masa (perkhidmatan awam)d) tidak hadir 6 bulan berturut-turut tanpa keizinane) gagal hantar penyata perbelanjaan pilihanraya f) disabitkan dgn kesalahan jenayah mana2 mahkamah dan hukuman tidak kurang dari 1 tahun/ denda tidak kurang RM2000/tidak dapat pengampunan.g) perolehi kewarganegaraan asing secara sukarela.
Empat Rang Undang-undang Parlimen
Jenis Rang Undang-undang Pembentangan
Rang Undang-undang Awam Dibentang oleh menteri yg mewakili kerajaan dan melibatkan kepentingan awam
Rang Undang-undang Persendirian
Melibatkan pertubuhan, persatuan, perbadanan atau orang tertentu
Rang undang-undang Ahli Persendirian
Dibentang oleh ahli2 Parlimen drpd parti pembangkang
Rang Undang-undang Hibrid Dibentangkan oleh ahli2 Parlimen (pemerintah/pembangkang) kepentingan tertentu.
Proses Penggubalan Undang-UndangBacaan pertama Bacaan pertama bermaksud bacaan atas tajuk rang
undang-undang. Apabila rang undang-undang dibaca buat pertama
kalinya, rang undang-undang ini dicetak sekiranya belum dicetak dan menanti untuk dibaca buat kali ke dua.
Bacaan kedua Bacaan kedua juga bermaksud bacaan atas tajuk rang
undang-undang selepas usul mencadangkan bacaan kedua dipersetujui oleh Majlis Parlimen.
Bacaan kedua adalah penting oleh sebab ia memberi publisiti tentang apa yang dikemukakan dan memberi peluang bagi perbahasan mengenai rang undang-undang itu dari segi prinsip dan kebaikan dan keburukan rang undang-undang itu.
Perbincangan dalam Jawatankuasa Apabila rang undang-undang dibaca buat kali keduanya, rang
undang-undang itu dibahaskan dengan lebih terperinci lagi dalam jawatankuasa.
Jawatankuasa membahaskan rang undang-undang itu terbahagi kepada tiga jenis : a) Jawatankuasa merangkumi semua ahli Majlis Parlimen
b) Jawatankuasa Perbekalan c) Jawatankuasa PilihanBacaan yang ketiga. Bacaan ketiga ialah bacaan tajuk rang undang-undang dan
adalah bacaan yang terakhir. Bacaan dibuat apabila usul yang mencadangkan bacaan ini
dipersetujui oleh Majlis Parlimen dan usul dibuat setelah jawatankuasa yang berkenaan membahaskan rang undang-undang itu.
Dengan bacaan ketiga, rang undang-undang itu dianggap diluluskan oleh Majlis Parlimen.
Apabila rang undang-undang sudah diluluskan, ia dihantar kepada Majlis yang satu lagi.
Apabila diluluskan oleh Majlis yang satu lagi, rang undang-undang dipersembahkan kepada YDPA.
Perkara 66(3): Sekiranya rang undang-undang itu telah dipinda oleh Majlis yang satu lagi, pindaan ini hendaklah dipersetujui oleh Majlis Parlimen yang mengemukakan rang undang-undang itu sebelum rang undang-undang itu dipersembahkan kepada YDPA.
Perkara 66(4): YDPA hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas rang undang-undang itu dipersembahkan kepada baginda, memberi persetujuan kepada rang undang-undang itu dan persertujuan itu dimeterikan dengan dicapkan rang undang-undang itu dengan Mohor besar.
Perkara 66(4A) : sekiranya YDPA tidak memberi persetujuan kepada rang undang-undang itu dalam masa tiga puluh hari, rang undang-undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila tamat tempoh tiga puluh hari itu seolah-olah baginda telah memberi persetujuan
Perkara 66(5) : rang undang-undang itu kemudiaanya disiarkan sebagai undang-undang yang dibuat dalam Warta Kerajaan dan undang-undang itu berkuatkuasa pada tarikh siaran Tetapi Parlimen mempunyai kuasa menangguhkan kuatkuasa undang-
undang itu kepada masa yang akan datang atau memberi kuatkuasa kepada undang-undang itu sebelum disiarkan.
Prosedur Penggubalan Rang Undang-undang di Parlimen
Bacaan Pertama Menteri membaca buat kali pertama tajuk rang undang2 yg akan dibentangkan. Menteri juga akan memberitahu secara lisan bila bacaan kali kedua akan dilakukan
Bacaan Kedua Rang undang2 akan dibahaskan dengan membincangkan prinsip2 am serta pengaruh dan implikasinya kpd rakyat dan negaraMenteri akan menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan dlm sidang DewanRang undang2 diundi utk dapatakn kelulusan sama ada melalui majoriti mudah atau 2/3.
Peringkat Jawatan kuasa
Rang undang2 itu dibentang di peringkat jawatankuasa utk dibahaskan dgn lebih teliti dari segi fasal, jadual dan pendahuluan rang undang2 dan pindaan
Bacaan Ketiga Menteri usulkan kpd DR supaya diluluskan.Undian akan dibuat utk kali kedua sblm diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Bidang tugas jawatan penting di Dewan Rakyat Yang Dipertua DR
- dikenali speaker- tugas mempengerusikan sidang dewan rakyat
Setiausaha DR- ketua Pentadbir Jabatan Parlimen- peranan menguruskan sidang parlimen
Tim Yg Dipertua DR- dikenali tim speaker yg terdiri dari 2 org - bantu tugas speaker
Ketua Pembangkang- dilantik oleh ahli parti pembangkang DR dan dibayar elaun- peranan sbg ketau pembangkang
Ketua Whip- gelaran utk ahli parti politik utk menentukan kehadiran ahli bagi sokong sesuatu usul
Ketua Majlis- PM berperanan dlm menentukan tarikh utk mengadakan mesyuarat
Badan KehakimanSejarah Perundangan Di Malaysia Sebelum kedatangan penjajah Barat, T Melayu mempunyai
undang2 sendiri iaitu Undang-undang Adat Melayu (adat Perpatih dan Adat Temenggung) dan di Sabah dan Sarawak (Adat Bumiputera)
Msyrkt Melayu terbahagi kpd dua iaitu masyarakat matrilineal dan patrilineal. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka digunakan semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka.
Kedatangan British, undang2 mengalami perubahan iaitu Common Law dan kaedah2 Ekuiti.
Undang-undang Malaysia diperolehi dari lima sumber :
a) Undang2 Bertulis (perlembagaan dan perundangan persekutuan dan negeri)
b) Keputusan2 mahkamah d) Undang2 Islam
c) Undang2 Inggeris e) Undang2 Adat
Fungsi Badan Kehakiman Mentafsir undang-undang Mengadili pendakwaan jenayah Mengadili tindakan sivil Mendengar rayuan drpd mahkamah bawahan Pengurusan harta pusaka Mengeluarkan waran tangkap Menguruskan dan mengadili hal-hal berkaitan hal-ehwal
keluarga Islam khususnya Mahkamah Syariah
Kebebasan Badan Kehakiman Kedudukannya tidak memihak dan bebas drpd kawalan
dua badan (perundangan dan eksekutif). Kebebasan badan kehakiman melalui perkara berikut :
a) seseorang hakim(Mahkamah Agung, Tinggi) setelah dilantik tidak boleh dilucutkan jawatannya oleh
YDPA sebelum mencapai umur bersara (65 tahun) kecuali bbrp sebab. b) Saraan seorang hakim diperuntukan oleh akta parlimen dan dibayar pada kumpulan wang yang disatukanc) Saraan hakim dan syarat2 jawatan yg lain tidak boleh diubahd) Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dlm mana2 majlis parlimen.
Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia
Mahkamah di Malaysia dibahagikan kpd dua :1. Mahkamah Persekutuan Mahkamah Atasan
Mahkamah Rendah Mahkamah Khas
2. Mahkamah Negeri Mahkamah SyariahMahkamah Adat
Mahkamah
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Negeri
Bangunan Mahkamah Tinggi
Bangunan Mahkamah Syariah
Mahkamah Persekutuan a) Mahkamah Atasan Mahkamah Agung
Mahkamah RayuanMahkamah Tinggi Malaya dan Borneo
b) Mahkamah Rendah SesyenJuvanaMajistret kelas I dan
IITuntutan KecilPenghulu
c) Mahkamah KhasTenteraPerusahaanBuruhKhas Raja-rajaNegeri
Mahkamah Negeri Mahkamah syariah
- Syariah Rayuan
- Tinggi Syariah Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak)
- Adat Daerah
- Ketua Adat
- Penghulu
Mahkamah: Kategori dan Peranan
Mahkamah
Mahkamah
Agung
Peranan
Mahkamah tertinggi di MalaysiaDikenali juga sbg Mahkamah PersekutuanKuasa menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dgn kerajaan PersekutuanMenentukan pengesahan bagi undang2 oleh Parlimen dan DUNMendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Tinggi Kes-kes rayuan meliputi kes sivil dan kes jenayahKes sivil nilai kurang < RM250,000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini
Mahkamah
Rayuan
Bincang kes rayuan bagi kes jenayah Kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang daripada RM250,000 Kes-kes jenayah dirujuk meliputi kes yang telah dikenakan oleh Mahkamah Tinggi
Mahkamah
Tinggi
Kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara Malaysia dan asing yang berada di Malaysia Bicara kes-kes sivil dan jenayah Kes sivil melibatkan hal penjagaan kanak2 dan orang tidak siuman, wasiat, perkahwinan serta penceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan (bankrupt)Berkuasa mendengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah (>RM25,000)Beri nasihat kpd Mahkamah Rendah tentang tatacara & prosiding serta soal perlembagaan.
Mahkamah
Sesyen
Mahkamah tertinggi (Mahkamah Rendah)Bicara kes kes jenayahdan sivil. Kes sivil nilai tidak melebihi RM25,000.Apa saja kes kesalahan jenayah kecuali jatuhkan hukuman mati.Lakukan siasatan awal sbl seseorang itu dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Jika bukti cukup dibicarakan di M/Tinggi.Hukuman maksimun 5 tahun penjara, denda RM1000, 12 kali sebatan atau kedua2 sekali.
Mahkamah
Juvana
Kes-kes jenayah bagi berumur antara 10 tahun hingga 18 tahunJika seseorang kanak2 didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga
21 tahunPerbicaraan dijalankan secara tertutup.
Mahkamah
Majistret Kelas 1
Bincangkan kes2 jenayah dan sivilJenayah melibatkan hukuman penjara dan hukuman dendaHukuman maksimun= 5 tahun penjara dan denda RM10,000, 12 kali sebatan atau ketiga-tiganya sekali.
Hukuman yg paling tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.Kes sivil – melibatkan jumlah nilai yg tidak melebihi RM 12,000 setahun.
Mahkamah
Majistret Kelas 2
Kes Jenayah- hukuman maksimun dijatuhkan oleh mahkamah tidak melebihi 3 bulan penjara dan denda RM250 atau kedua-dua sekaliKes sivil – nilai kes tuntutan tidak melebihi RM300
Mahkamah Tuntutan Kecil
Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM 3,000.
Mahkamah
Penghulu
Bicara kes sivil dan jenayahMahkamah paling rendah dalam mahkamah rendahDikendalikan oleh Penghulu sesuatu mukimKes sivil- tuntutan tidak lebih drpd RM50Kes jenayah- tuntutan tidak melebihi RM25Rayuan terhadap mahkamah Penghulu boleh dibuat di mahkamah Majistret
Mahkamah Tentera
Kendali kes berkaitan tingkahlaku anggota tenteraTidak bicarakan kes sivil dan jenayahAntara kesalahan- tidak mematuhi arahan drpd pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaranBoleh menjatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman matiPesalah boleh membuat rayuan kpd mahkamah Tinggi
Mahkamah Khas Raja-raja
Bicara kesalahan YDPA dan Sultan dalam kes sivil dan jenayah yang dilakukan dalam PersekutuanTindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau Sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.
Mahkamah Syariah
Untuk mengadili orang IslamBicara kes sivil dan jenayahKes sivil – nafkah dan tanggungan perkahwinan, perceraian, wasiat, wakaf, pembahagian harta(faraid)Kes jenayah- berjudi, zina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan terhadap isteri dan anak, minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah
Kesalahan besar di mahkamah Syariah Tinggi dan kesalahan kecil di mahkamah Syariah RendahMahkamah Syariah Rayuan berperanan mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah
Mahkamah
Adat
Bicarakan kes-kes perlanggaran adat oleh suku-suku kaum di Sabah dan SarawakContoh : perlanggaran adat oleh suku kaum, adat perkahwinan, undang-undang adat, adat-adat keagamaan.
Penutup Secara keseluruhan komponen utama utama sistem
pentadbiran negara terbahagi kepada tiga badan iaitu
eksekutif, perundangan dan kehakiman yang terletak di bawah Yang Dipertuan Agong.
YDPA dan Majlis Raja-raja mempunyai bidang tugas dan kuasa budibicara yang tersendiri.
Setiap badan tersebut berperanan menjalankan tugas masing-masing berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan persekutuan.