pen'1'adß1ran tanah di saranti'ati: sl'al'l' agensi kerajaan...

24
PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' 7'INJA1'AN DI BAIIAGIAN SAti1ARAHAN KRAM BIN 11,1. SAINI ! atiltan Ilntiah im dikentukakan untuk memenuhi sehahagian daripada untuk mentperolelu Ijar_ah Sarianamuda Sams Sostal I)enk! an kepuJtan I 't1I lt lk dan Ile nierintahan FAhFl, 'I] ti. -%I1ti tiOtil.. kl. ti; 11tAW: 1h 2000

Upload: nguyenthu

Post on 04-Mar-2018

252 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' 7'INJA1'AN DI BAIIAGIAN SAti1ARAHAN

KRAM BIN 11,1. SAINI

! atiltan Ilntiah im dikentukakan untuk memenuhi sehahagian daripada untuk mentperolelu Ijar_ah Sarianamuda Sams Sostal

I)enk! an kepuJtan I 't1I lt lk dan Ile nierintahan

FAhFl, 'I] ti. -%I1ti tiOtil.. kl. ti; 11tAW: 1h

2000

Page 2: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

PENGHARGAAN

Saya mengucap syukur ke hadrat Allah swt. kerana atas limpah kurniaNya

saya dapat menyempurnakan tulisan ilmiah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan untuk Encik Ahi Sarok yang telah menyelia latihan ilmiah ini dari awal hingga akhir. Beliau telah memberi arah tuju yang jelas dalam kerangka penulisan berbentuk diskriftif yang perlu mengintergrasikan antara perundangan dan sistem pentadbiran dalam jaringan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain. Ucapan yang sama atas teguran dan komen para pensyarah semasa pembentangan untuk membaiki lagi penulisan ini.

Di Jabatan Tanah dan Survei, Samarahan saya begitu diterima oleh Penguasa, Ketua Seksyen, Staff dan kakitangannya. Peluang ini saya manfaatkan untuk mengumpul data melalui `attachment' secara teori dan amali termasuk kerja-kerja lapangan. Im dipengaruhi kuat oleh penyelia saya Encik Saimi Mahmud (staff surveyor) yang begitu komited menghubungkan saya dengan jaringan pentadbiran Tanah di JTS Samarahan im. Kepada beliau diucapkan ribuan terima kasih atas bimbingan dan seliaannya.

Tidak lupa saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yayasan Budaya Melayu Sarawak dan Baitulmal Kuching atas bantuan kos kajian im.

Akhir sekali saya amat gembira dengan sokongan isteri saya, Nor Azimah dan

anak-anak serta keluarga saya yang setia memberi dorongan sepanjang pengajian

saya.

Semoga sumbangan semua pihak yang telah mcmberi kcrjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penulisan ini akan beroleh keberkatan dan pemeliharaan Allah swt. Amin.

Page 3: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

ABSTRAK

Kajian yang bertajuk `Pentadbiran Tanah Sarawak Suatu Tinjauan Di Samarahan' ini bertujuan mengenalpasti sistem pentadbiran tanah di Sarawak untuk mengurus sumber asas terpenting dalam pembangunan negara. Tajuknya begitu luas kerana pentadbiran tanah itu sendiri bersifat kompleks dan berintegrasi dengan agensi- agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain.

Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui umum seperti pentadbiran, penilaian, penyelesaian, perancangan clan pendaftaran. Komponen lain dibincangkan juga untuk melengkapi kajian agar objektifnya tercapai.

Sebenarnya kajian dipandu oleh Kanun Tanah Negeri Sarawak (Sarawak Land Code ), The Law of Sarawak dan Garis Panduan Lembaga Perancang Negeri. Sebagai bahagian baru, Jabatan Tanah dan Survei, Samarahan berada dalam kedudukan terbaik untuk melaksanakan polisi, perundangan dan manual itu kerana `starting point' pentadbirannya disertai oleh pindaan terkini terhadap Kanun Tanah Sarawak dan pengambilalih autoriti perancangan sumber tanah oleh Lembaga Perancang Negeri dari Unit Perancang Negeri baru dan bermula tahun 1998. Oleh itu, pentadbiran tanah di Samarahan adalah yang terbaik untuk dikaji.

Melalui latihan industri di Jabatan Tanah dan Survei Samarahan secara teori dan amali berpeluang mengkaji sistem undang-undang dan pentadbiran tanah yang pada umumnya seragam di seluruh Negeri Sarawak. Semoga kajian sulung ini memberi manfaat untuk generasi akan datang.

ii

Page 4: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

ABSTRACT

The topic of this study is `the Administration of Land in Sarawak'. A case study on Samarahan Division' this study is aimed, to find out the administrative and regulatory system which deals with land in Sarawak as a whole and in Samarahan division in particular. Development of land administration is a vast topic to study which lead to the complexity of the land administration.

The focus of the study is on the major components and functions of Land and Survey Department such as land administration, valuation, settlement, planning an well as registration. Where necessary other components will be incorporated such as survey, enforcement and so on in order to achieve the study objectives.

The study is fully guided by the Sarawak Land Code and State Planning Authority Manual. Samarahan division is actually the latest division created and the best `take-off stage of development, the State Planning Authority Manual which adopted in 1998 form `starting point' for it. Thus Land and Survey Department of Sarawak division is the best venue to fullfill the need of this study. Hopefully the study will be beneficial to readers and students in future.

iii

Page 5: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

SENARAI GAMBARAJAH

SENARAI JADUAL

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI SINGKATAN

BAB I: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Definisi Tanah

1.3 Undang-undang Tanah Malaysia

1.3.1 Sejarah Awal

1.4 Penerimaan Undang-undang Tanah Inggeris

1.5 Sejarah Awal Perundangan Tanah Sarawak

1.6 Kanun Tanah Negeri Sarawak

1.7 Sistem Torrens

1.8 Ciri-ciri Utama Kanun Tanah Negara, 1965

1.9 Perbezaan di antara Kanun Tanah Negara dengan Kanun Tanah

Sarawak

1.10 Skop Kajian

1.11 Kenyataan Masalah

1.12 Objektif Umum

1.13 Kepentingan Kajian

1.14 Limitasi Kajian

1.15 Metodologi

1.16 Kesimpulan

i

ii

viii

viii

ix

X

I

2

6

6

10

12

14

15

16

19

21

22

23

24

25

27

27

iv

Page 6: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

BAB II: PENTADBIRAN TANAH

2.1 Pengenalan 30

2.2 Klasifikasi Tanah 32

2.3 Tanah Simpanan Kerajaan (Seksyen 7, Kanun Tanah Sarawak) 42

2.4 Pemberimilikan Tanah (Alienation of Land) 43

2.5 Kadar Premium 54

2.6 Tempoh dan Pembaharuan Surat Hak Milik 55

2.7 Pembahagian Kecil Tanah 57

2.8 Kebenaran Membahagi dan Menjual 59

2.9 Permohonan Melanjutkan Tempoh Pembinaan Bangunan 60

2.10 Pengutuan Hasil 62

2.11 Notis dan Publisiti 63

2.12 Penguatkuasaan 66

2.13 Lesan Pendudukan Sementara (TOL) 70

2.14 Hak Untuk Laluan 70

2.15 Rezab Tetap 71

2.16 Kesimpulan 73

BAB III: PENYELESAIAN DAN PENILAIAN

3.1 Pengenalan 75

3.2 Penyelesaian Hak Tanah 76

3.2.1 Prosedur Penyelesaian Hak Ke Atas Tanah Kcrajaan (Statcland) 77

3.2.2 Prosedur Penyelesaian Surat Hak Milik Tanah Yang Telah 79

Dipindahmilik.

3.2.3 Kajian Kes Operasi Penyelesaian Kawasan Tanah Simpan 85

Bumiputera: Kawasan Penyelesaian Ritoh/Merang/Entawa/Baru

Daerah Serian, Samarahan

3.2.4 Kajian Kes: `Public Settlement Hearing' di Bilik Mahkamah Serian 88

pada 23 hingga 26 Oktober, 1987 dan 5.12.1987

3.3 Pengambilan Tanah 93

3.4 Prosedur Pembayaran Pampasan 94

V

Page 7: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

3.5 Penghapusan Hak Adat Bumiputera ke atas Tanah Adat Bumiputera 97

Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Sarawak

3.6 Prosedur Pengambilan Terhadap Tanah Secara Penghapusan Seksyen 101

47,48 dan 5 KTS, untuk tujuan pembinaan jalan di Samarahan

3.7 Kesimpulan 105

BAB IV: PENGAMBILAN DAN PENILAIAN TANAH 4.1 Pengenalan 107

4.2 Lembaga Perancang Negeri (State Planning Authority) 108

4.3 Manual Standard Kawalan Pembangunan SPA 109 4.3.1 Pengenalan 109

4.3.2 Jalan Masuk dan Peredaran 110

4.3.3 Hirarki Jalanraya Bandar 110

4.3.4 Lebarjalan dan Keratan Rentas 1l1

4.3.5 Simpang Jalan 111

4.3.6 Jalan Masuk Kedua di Belakang Bangunan 113

4.3.7 Pelbagai Standard Dimensi Menurut SPA 114

4.3.8 Stesen Pengepam Petrol 116

4.4 Manual Lembaga Perancang Negeri 1 17

4.4.1 Koordinasi Kajian Wilayah, Corak Pertempatan clan Pembikinan Pelan 118

4.4.2 Kawalan Pembangunan Melalui Perundangan Perancangan berasaskan 119

Ordinan Pindaan Kanun Tanah Sarawak 1997

4.4.3 Guna Tanah (Ordinan Kawalan Aktiviti Perniagaan 1997) 121

4.5 Pendaftaran Tanah 122

4.5.1 Jualbeli `Dealing' 124

4.5.2 Sewaan (Sublease) 125

4.6 Kaveat 125

4.7 Kesimpulan 126

vi

Page 8: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

BAB V: RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 128

5.2 Rumusan 128

5.3 Cadangan 130

5.4 Kesimpulan 130

Bibliografi 132

vil

Page 9: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

SENARAI RAJAH

Bit Tajuk Mukasurat

Rajah 2.1 Kawasan D `Tanah Rezab Kerajaan 66 kaki dari 72

tebing sungai.

Rajah 3.3 Carta Aliran Kerja Seksyen Penilaian 81

Rajah 4.3 Saiz Lot Kenderaan 107

SENARAI JADUAL

Bil Tajuk Mukasurat

2.1 Peruntukan Notis KTS untuk diwartakan 64

3.2 Kawasan Penyelesaian Bahagian Samarahan 77

4.3.1 Lebar rezab danjarak minima antara simpang untuk 112

pelbagai kategori jalan

4.3.2 Dimensi Pepatan Di Persimpangan `T' 106

4.3.3 Saiz Lot Kenderaan 114

viii

Page 10: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

SENARAI SINGKATAN

ASO AVTC BDC CDT DCSM EIA FAMA FELCRA IADP IBRD JTS KTN KTS KWB LKIM LPS MARA MDHS MDS MDUS MOU MTLD NCL NCR PELITA PLS RGC RM7 SALCRA SDA SEDC SESCO SLD SO SPADC SPAM STIDC TOL UNIMAS

Penolong Pegawai Penyelesaian Application Variation Of Title Condition Perbadanan Pembanguan Borneo Certificate Deed of Transfer Manual Standard Kawalan Pembangunan Penilaian Kesan Alam Sekitar Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan Projek Pembangunan Tanah Persekutuan Bank Pembangunan Semula dan Pembangunan Antarabangsa Jabatan Tanah dan Survei Kanun Tanah Negara Kanun Tanah Sarawak Lembaga Air Kuching Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Lesen Pegangan Sementara Majlis Amanah Rakyat Majlis Daerah Hilir Sadong Majlis Daerah Samarahan/Serian Majlis Daerah Ulu Sadong Memorandum Persefahaman Muara Tuang Land District Tanah Adat Bumiputera Tanah Hak Adat Bumiputera Lembaga Lindungan Tanah Sarawak Pengarah Tanah dan Survei Pusat Pembangunan Desa Rancangan Malaysia Ketujuh Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak Lembaga Perancang Negeri Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak Samarahan Land District Pegawai Penyelesaian Kawalan Pembangunan Lembaga Perancang Negeri Manual Lembaga Perancang Negeri (SPA) Perbadanan Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak Lesen Pendudukan Sementara Universiti Malaysia Sarawak

IX

Page 11: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini cuba menerangkan definisi tanah dari segi perundangan, latar

belakang, perundangannya di Malaysia, sejarah Kanun Tanah Negeri, kenyataan

masalah, objektif, skop kajian, limitasi, kepentingan clan methodologi yang digunakan

di dalam kajian ini.

Masyarakat umum Malaysia pastinya mengakui betapa pentingnya tanah

kepada kehidupan mereka. Namun tidak semua mengetahul hak mereka dan segi

undang-undang dalam hal ehwal tanah. Di samping penyebaran maklumatnya tidak

meluas, sistem pentadbirannya juga begitu kompleks untuk difahami. Apatah lagi

masyarakat luar bandar yang masih ramai belum mengetahui keujudan Kanun Tanah

Negeri. Malah ada golongan pertengahan, pelajar dan penjawat awam sendiri kurang

arif untuk mentafsirnya. Masyarakat umum perlu tahu akan hak mereka dan segi

undang-undang dalam kontek hartanah agar urusan dengan kerajaan jadi mudah'. Di

Sarawak tidak dinafikan kesedaran dan pemahaman terhadap pentadbiran clan undang-

undang tanah telah lama diketahui unium, bagi sesetangah kawasan yang telah lama

maju. Namun sebagai bahagian baru, pentadbiran tanah di Samarahan bagi saya

masih ditahap yang perlu penerokaan dan `pembangunan'. Kekurangan tcrjemahan ke

' Harapan Penguasa Tanah dan Survei Samarahan, Encik Abd. Kadir Materang ketika saya melapor diri di JTS Samarahan pada 8 Mac, 1999 pada jam 3.00 petang.

I

Page 12: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

2

Dengan itu, kajian ini diharap dapat menerokai sistem pentadbiran tanah di

bahagian Samarahan dengan harapan dapat dimanfaat oleh masyarakat umum. Di

samping memfokuskan kajian terhadap Kanun Tanah, kajian ini tidak boleh

mengenepikan Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah dan juga Kanun Tanah

Persekutuan untuk Melaka dan Pulau Pinang. Kerana antaranya mempunyai

persamaan umum dari segi sistem perundangan dan pentadbirannya, yakni Sistern

Torren.

Semoga hasil kajian im akan sedikit sebanyak dapat membantu pihak-pihak

yang berkepentingan dan berminat dalam hal-hal pentadbiran tanah ini dalam konteks

bahagian Samarahan ini khususnya dan Sarawak amnya dari segi pcngctahuan

asasnya.

1.2 Definisi Tanah

Salleh Hj Buang (1993) yang mengulas Seksycn 5 Kanun Tanah Negara

(KTN) mentafsirkan `tanah' sebagai mcnjangkau makna yang lchih luas daripada

maknanya yang biasa difahami. lanya bukan hanya pcrmukaan bumi dan scmua

benda yang membentuk permukaan tersebut, tetapi juga mcliputi tanah di hawah

permukaan bumi dan semua yang ada di dalamnya yakni tumbuhan dan hasil

semulajadi, semua benda yang melekap atau tcrikat secara tetap pada apa-apa henda

yang berada di bumi dan di tanah yang digenangi air'.

' Harapan Penguasa Tanah dan Survei Samarahan, Encik Abd. Kadir Matcrang ketika saya melapor diri di JTS Samarahan pada 8 Mac, 1999 pada jam 3.00 petang. ' Seksyen 5 KTN mentafsirkan 'tanah' termasuk; a) muka bumi dan semua benda yang menjadi muka bumi itu.,

Page 13: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

Kerana Malaysia menerima sistem Torrens maka konsep `tanah; tidak banyak

berbeza dengan negara-negara yang mengamal perundangan Inggeris yang berasaskan

kaedah quic quid pantatur solo solo cedit (Buang, 1993). Ini dilihat pada sistem

keadilan mahkamah tempatan dalam membuat keputusan bagi kes-kes yang

membabitkan benda atau catel lekap yang menjadi sebahagian dari `tanah'. Tetapi

tanah juga didefiniskan secara berbeza mengikut keputusan hakim yang

membicarakan kes-kes berikut:

a) Tangki minyak petrol yang ditanam di bawah pcrmukaan bumi dalam kcs

Shell Co. Ltd lawan Commissioner of Federal Capital (1994),

b) Tangki minyak kelapa sawit yang dibina di alas permukaan bumi dalam kes

Socfin Ltd lawan Chairman, Klang Town Council (1964),

c) Jentera yang dipasang di lantai kilang, dalam kes Goh Chong Hin lawan

Consolidated Malay Rubber,

d) Mesin cetak yang diletakkan di lantai kilang dalam kes Wiggins Teape lawan

Bahagia Trading (1980),

e) Rumab kediaman yang berdinding pagan tetapi bcrlantai sirren, dalam kes

Kartar Singh lawan Pappa (1954).

Selain itu mahkamah juga memasukkan Ickapan lain termasuk dalam konsep

undang-undang `tanah'. Tempat duduk panggung wayang, patung-patung perhiasan di

b) tanah bumi di bawah niuka humi dan senuia benda yang terkandung di dalamnya., c) semua tumbuhan dan keluaran semulajadi, memerlukan tenaga berkala terhadap pengeluarannya

atau tidak, sama ada di atas atau di bawah muka bumi., d) semua benda yang terlekat pada tanahbumi atau dilekatkan selama-Iamanya pada apa-apa henda

yang terlekat pada tanahbumi, samada di atas atau di hawah mukahumi, dan

Page 14: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

4

taman-taman, kerusi dan tembikar batu di taman, kandang anjing, langsir dan potret

yang telah dilekat pada dinding sebagai hiasan tetap.

Bagi menentukan sesuatu itu masih catel atau lekapan maka keputusan

sprocele HB boleh dijadikan panduan:

"Mengikut kaedah umumnya apa-apa juga yang melekat pada tanah menjadi sebahagian daripadanya tetapi kaedah ini berasaskan salu tanggapan bahawa perkataan itu untuk sementara waktu sahaja, kaedah umum tadi tidak boleh dipakai. Adat yang terbukti wujudnva bolehjuga menolak anggapan mengenai tujuan perkataan itu. "

Dalam kes Kiah lawan Soni (1953) dan Re Thiambi (1904) catcl merujuk

kepada benda yang tidak (lekap) yang menjadi sebahagian dan tanah - langsir, batu

bata dan ketulan batu di perkarangan bangunan, bangkai burung yang dikeraskan

dalam kotak kaca, gambar yang disangkaut pada dinding, saluran paip yang dipasang

di tanah jiran dan rumah kayu yang didirikan di atas tiang (Buang, 1993: 26).

Pada menentukan sama ada sesuatu benda itu masih kekal sebagai catcl atau

telah menjadi lekapan kerana telah dilekatkan pada bangunan atau tanah, sama ada di

permukaan atau di bawah tanah sepertimana kes di alas. Buang (1993: 26) memcllk

keputusan Sprocece HB sebagai:

" ...

Mengikut kaedah, tanunatti"a apa-apa jua yctng melekat pada tanalt menjacli sebahagian daripadat»va tetapi kaedah ini herasaskan sattt anggapan bahawa pelekatan itu untttk sementara waktu saltaja. Kaedah umtun tidak holeh dipakcti.

. -ldat yang terhukti wujttcht. i. ct holeh juga menolak anggapan mengenai tujuan im " (Buang, 1993: 21).

e) tanah yang diliputi air.

Page 15: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

Pada membuktikan lama ada sesuatu catel itu masih kekal atau telah lekap

pada menghuraikan kes Hollang & Anor lawan Hodgson & Anor (1872) Hakim Black

burn mengatakan:

'Barangkali kaedah yang sebenar ialah sesuatu henda yang hanva terletak di alas tanah tidak menjadi sehahagian daripada tanah melainkan hal keadaan menunjukkan ada niat menjadikannva sedemikian. Behan penthuktian terletak pada mereka yang mendakwa benda yang sedmikian rupa telah hilang sifatrrya sehagai catel. Sebaliknya jika sesuatu henda itu telah dilekatkan ke tanah, walau sedikit sahaja ia telah metjadi sehahagian daripada tanah, inelainkan hal keadaan menunjukkan hahawa ada nicrt untuk mengekalkan keadaannya sehagai catel. Behan pemhuktian terletak pada mereka yang mendakwa ia masih kekal sehagai catel. "(Buang, 1993: 27)

Langsir atau lukisan yang dilekatkan pada tanah atau bangunan dianggap catcl

jika niatnya untuk menikmati sesuatu catel itu sebagai catel. Jika ia berubah menjadi

lekapan (tidak boleh tanggal) maka akan terjual bersama tanah dan bangunan itu.

Demikian uga jentera yang dilekapkan pada lantai kilang dalam perjanjian gadal dan

lelong (Buang, 1993: 28).

Contoh-contoh di atas boleh ditanggalkan menjadi catel jika peºjanjian antara

pemilik dan penycwa membenarkannya dan tidak berlaku kcrosakan hesar pada

penanggalannya (Buang, 1993: 28).

Bab 81 - Bahagian I Kanun Tanah Negeri Sarawak (1958) mcndcfinisikan

bahawa `tanah' adalah pcrmukaan bumi dan mcrangkumi apa sahaja yang mclckat di

atasnya atau apa saja yang tcrikat tetap pada apa saja yang mclckat di bumi (KTS,

Bahagian 1: 20).

Page 16: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

6

Setakat im belum ada pindaan terhadap tafsiran tanah' dari segi perundangan

atau pentadbiran tanah negeri Sarawak selain dari yang disebut pada Sub. Cap. A50

Part I KTS: 20 yang asalnya menyatakan; ... "land includes things attached to the

earth or permanently fastened to anything attached to the earth. " (KTS, Part 1, Chap.

81: 26).

Dengan itu pokok, tumbuhan dan bangunan kekal (batu) adalah tergolong

dalam `tanah', seperti mana KTN mentafsirkan bahawa tugu, patung atau mana-mana

bahan tembikar hiasan taman juga tergolong dalam definisi tanah dalam mcnentukan

keputusan kes Karta Singh lawan Poppa (1954) yang dimaksudkan oleh seksycn 5

Kanun Tanah Negara.

1.3 Undang-undang Tanah Malaysia.

1.3.1 Sejarah Awal

Meskipun telah wujud beberapa keajaan di Tanah Melayu sebelum kedatangan

Inggeris 1786, namun belum ada sistem pentadbiran dan undang-undang yang benar-

benar berkesan untuk mentadbir keluasannya yang kurang Iebih 51,000 hatu pcrscgi

itu (Parmer, 1982: 365). Siapa saja yang menguasai Kerajaan Melaka hermakna

menguasai Selat Melaka. ' Pemerintah mana yang mengUasal Tanah Melayu haik

Utara atau Tenggaranya maka kuasa kc atas tanah dan hasilnya adalah di hawah

' Temubual dengan Jaquline George Pauo, Pegawai 'l'adbir 1.01, IFS, pada 23.4.1999. I3eliau adalah Pegawai Tadbir Tanah di JTS, bare berpindah tugas darf ibupejabat J'I'S, Kuching ke Bahagian ini pada I Mac, 1999. ' Merujuk kepada Kuasa Empayar Melaka (1402-1511), Portugis (151 1-1622), Belanda (1622-1824 dan British ( 1824-1957).

Page 17: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

7

tanggungjawab dan haknyas. Sebelum kedatangan James Brooke 1839, Kesultanan

Bolkiah Brunei menguasai Sarawak yang ketika itu hanya dar, Tanjung Datu hingga

ke Sungai Sarawak sahaja. Segala hasil masghul tanah dikuasai oleh pembesar

tempatan (Runciman, 1960). Perenggan berikutnya akan mengupas sejarah awal

perundangan dan pentadbiran tanah di Tanah Melayu, Penerimaan Negeri- ncgcri

Selat, Neeri-negeri Bersekutu (NMB), Negeri Melayu Tidak Bersckutu (NMTB),

Kanun Tanah Negara (KTN) dan Kanun Tanah Sarawak (KTS) dan akhir sckal,

penerimaan Sistem Torrens ke dalam pentadbiran tanah di Malaysia.

Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka clan Singapura)

Kajian mendalam mendapati Pulau Pinang tidak dijajah olch Inggeris, tetapi

perjanjian 1786,1791 dan 1800 antara Sultan Kedah dan Francis Light adalah sewaan

oleh Kedah kepada Syarikat Hindia Timur. Dalam kes Ong Cheng Nco lawan Yeap

Cheah Neo (1872) lawan Majlis Privy telah menyatakan bahawa Pulau Pinang `tidak

didiami orang' sewaktu ketibaan Inggeris dcngan kenyataannya:

"... untuk mempertimbangkan sama ada pulaci III, patut dianggap

sebagai wilayah yang iliserah atau diduduki. Kerana tiada apa-apa tanda yang menumjukkan wujuiihuYa umdang- unilang di situ sehelum pudau itu dimiliki olch Svarikat 1/india Timur. (. lusleru iluc) undang- undang Inggeris hendaklah dianggap sebagai undang-timlang yang herkuatkuasa setakat mana yang holeh dipakai setelah di. ccsuaikan dengan hal keadaan setenupat. " (E3uang 1993: 2)

Pcmakaian undang-undang Common Law Inggcris hanya sctclah parlimcn

Inggeris meluluskan tiga piagam kcadilan:

s Merujuk kepada Sultan Melayyu di Taman Melaka, Siam di Utara, Johor Riau, dan tiga kuasa karat Portugis, Belanda dan inggeris.

Page 18: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

S

" 1807 setelah Pulau Pinang jatuh ke tangan Syarikat Hindia Timur,

0 1826 setelah Inggeris berkuasa di Melaka dan Singapura dan 1855.

Walaupun Inggeris mengambil alih Melaka 1824 dari Belanda namun

pengiktirafan terhadap undang-undang Tanah Adat Melayu masih diikuti. Sebelum

kedatangan Portugis lagi kerajaan Islam telah ada kanun tanahnya (Mukmin, 1992:

308).

Dalam kes Sahrip lawan Mitchel & Anor (1870) Maxwell HB menyatakan:

"Sudah diketahui umum iaitu mengikut undang-undang Mclayu lama atau adat Melaka bahawa manakala raja-raja memiliki scmula tanah dalam negeri, setiap oang berhak mengerjakan dan menduduki tanah hutan dan tanah mati tcrtakluk kepada syarat mcnycrahkan satu per sepuluh daripada hasil tanah itu kepada Raja. " (Buang 1993: 3)

Antara ciri-ciri utama pcmcgang tanah adat Mclayu:

1. Hak milik sementara - mcngusahakannya sahaja,

if. Mcngusahakan tanah mata (paya dan hutan),

III. Satu per sepuluh hasil untuk raja scbagai cukai,

IV. Jika lama tcrbiar raja mcrampas balik,

V. Jual hell pada kadar `pulang bclanja' sahaja,

VI. Digadai secara ̀ jual janji' dan jual putus'.

Page 19: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

9

Sebenarnya undang-undang Tanah Adat Melayu Melaka itu mencerminkan

undang-undang Islam'. Aspek penting pemilihan tanah mengikut Tanah Adat Melayu

adalah:

I.

II.

III.

IV.

Pemilik tidak mutlak. Tanah milik mutlak Allah.

Menghidupkan tanah mati ihya-al mawat.

Kewajipan membayar u'shr.

Mengelakkan pembaziran dengan membiarkan tanah tidak

diusahakan.

V. Jualan tanah `pulang bclanja' mcnccrminkan bahawa tanah

adalah kegunaan umum.

VI. `Jual janji' sama dengan bai bil wafa, Mazhab Ifanafi (Al

Hidayah, 118: 520).

Di Semenanjung Malaysia, dengan pemakaian undang-undang British

Common Law 1861 maka undang-undang Adat Melayu bcrakhir sctclah undang-

undang Inggcris mengambil alih maka tiga undang-undang tanah dipakai. Undang-

undang tersebut disenaraikan di bawah:

1. Pegangan Tanah Adat Mclayu,

11. Pcmilikan Tanah Bclanda.

" TTerdapat perselisihan pendapat fckah tile ngcnai 'Jual-13c1i' di antara Mazhab I Ianati (Ahu I Ianifäh) clan Mazhab Shafiee (Imam Muhammad). Kitah Fikh Islam olch Drs. Sulaiman Rasyid, I987, Pustaka Antara JogJakarta.

Page 20: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

I0

III. Surat ikatan Inggeris.

1.4 Penerimaan Undang-Undang Tanah Inggeris

Selepas kedatangan pentadbir Inggeris di Negeri Melayu Bersekutu sistern

pemegangan tanah Adat Melayu digantikan oleh sistern Torrens' yang dilaksanakan

1891 di bawah Peraturan Hak Milik (1891) di Selangor. Tahun 1897 Perak dan

Pahang dan Negeri Sembilan 1898.

Pahang, Selangor, Perak clan Negeri Sembilan adalah di bawah kekuasaan

sultan masing-masing 1824x. Dalarn kes Pahang Consolidated Co. Ltd. Lawan State

of Pahang (1933) Lord Tornin menyatakan:

"Sultan Pahang iulah pemerintah hung herkuasa perundangan clan afektif secara nnutlak, terhad hant'a kepada sekatan-sckatan lung ditentukan sendiri. "

Dalam kes Woon Ngee Yew & Ors. Lawan Ng Yoon Thai & Ors (1941)

Hakim Terrel antara lain menjelaskan:

"... di Negeri Meluvu Bersekutu tiduk terduhut piugum keuddun,

manukalu Common Law Inggo-is tiduk dihukui sehingguluh diluluskun Enukmen undung-undung Sivil No. 3 (1937). "

Diperkenalkan oleh Sir Robert Torrens (Australia) yang menekankan prinsip pendaliaran hal ehvýal tanah. x Empat Negeri Melayu ßersekutu, Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan, tidak pernah diduduki Inggeris sepertimana Melaka dan Pulau Pinang.

Page 21: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

II

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB).

Akibat dari perjanjian Siam-Inggeris (1909) Negeri Kedah, Terengganu,

Kelantan dan Perlis dan Johor menerima Penasihat Inggeris. Menjelang mcrdeka,

Persekutuan Tanah Melayu (1948) mempunyai tujuh undang-undang tanah yang

berbeza iaitu satu Kanun Tanah Seragam NMB, lima undang-undang tanah berlainan

bagi NMTB dan sistem ikatan Inggeris untuk Pulau Pinang dan Melaka.

Pada tahun 1955 Bank Pembangunan dan Pembinaan Semula Antarabangsa

(IBRD)9 telah menubuhkan pasukan petugas untuk mcngkaji kemungkinan

mewujudkan satu kanun tanah kebangsaan. Antara lain pasukan pimpinan Sir Louis

Chuck itu mendapati pelbagai kelemahan pada perundangan tanah yang sedia ada

(Buang 1993: 10). Kelemahan-kelemahan tersebut adalah; pengeluaran dan

pembaharuan lesen pendudukan sernentara yang tidak sistematik, kurang bcrkesan

pengawasan tanah, pcmberian milik yang berlcluasa, pelupusan tanah tidak teratur,

dan kedudukan Tanah Rczab Mclayu yang tidak scimbang.

Suruhanjaya Reid juga memben pandangan yang sama dengan menyatakan

bahawa kedudukan undang-undang Tanah Mclayu sekarang "... tilluk memulrsknn lli

munu negeri-negeri Selut mempun. t"ui unllung-rnulungn. vu sumu seperti Ili l: ugluull.

Di Negeri MeluYu ßeisekutu iuulung-unllungn. vu serugum llengun sellikit porhezuun

(Ii Negeri Sembilan. Di Negeri MeluYtl "1'icluk Rersekutiu, unllung-unllungirvu tilluk

serugum.

" Bank Pembangunan dan Pcmbangunan Semula Antarabangsa.

Page 22: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

12

Kanun Tanah Negara digubal pada tahun 1965 berasaskan model Kanun

Tanah 1928. Akta Khas juga digubal untuk memansuh ikatan Inggeris untuk Pulau

Pinang clan Melaka. Keduanya dilaksanakan I Januari, 1966.

Memandangkan ketidakseragaman undang-undang di atas, maka laporan

IBRD yang dikemukakan pada tahun 1955 menyarankan penuh agar undang-undang

yang sedia ada disatukan di bawah satu kanun tanah kebangsaan yang bolch ditcrima

pakai di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dengan sedikit kelonggaran bag]

Negeri Sembilan"'.

1.5 Sejarah Awal Perundangan Tanah Sarawak

Pemberontakan oleh penduduk Sarawak terhadap Pengiran Mahkota adalah

berpunca darf rasa tidak puashati terhadap cukai tanah dan lain-lain ketidakadilan

terhadap Sarawak (MacDonald 1958). Apabila keluarga Brooke mengambilalih

pemerintahan (1840), pentadbiran tanah mula disusun nlelalui `Bill of Sales' (1898)

dan `Rajah Order' (1920). Melalui `Sarawak Ordinance' 1948 kerajaan koloni British

memperkenalkan klasifikasi tanah. Sistcm Torrens diterima pada tahlln 1958 dan

menjadi asas kepada pembentukan Kanun Tanah Negeri harf ini .

Rajah James mengambil alih kuasa tcrhadap Sarawak darf Kcsultanan 13runci

1941. Pengiran Mahkota sebagai wakil Sultan Brunei mcmcrintah Sarawak scbagai

gabenor apabila pembcrontakan'' dapat dipadamkan dan kcamanan dapat

° Enaknien '909, Pemilikan Tanah di bawah Adat Pepatih di perakui dan dikekalkan. Rakyat Sarawak memberontak untuk melepaskan diri dari kuasa Brunei sekitar 1830-1840.

Page 23: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

13

dikembalikan oleh Rajah maka Sarawak'`' diserahkan kepadanya oleh Sultan Hasanal

Bolkiah, Brunei 1941 (Stevan, 1960).

Apabila Charles Brooke mengambil alih kuasa sebagai Rajah kedua mengganti

bapa saudaranya (James Brooke) beliau memperkenalkan Perintah Mahkamah V

(Court Order 1898). Charles Brooke" mengenakan sebarang pentadbiran `bill of sale'

atas atau dokumentasi tanah hendaklah didaftarkan (Laporan Tahunan JTS, 1976: 4).

Pada tahu 1920 pula Rajah Vyner Brooke (Rajah ke 111) mengemaskan lagi

perundangan tanah Rajah Order dengan (Land Order VII of 1920) atau Pcrintah Tanah

1920. Ini membolehkan penyimpanan rekod pernilikan oleh pihak pemerintah

(Laporan Tahunan JTS 1980).

Pada tahun 1931, perintah Tanah Rajah Vll 1920 dikemaskan lagi perintah

dengan pindaan kepada L-2 1931. Sehelum berlakunya penaklukan Jepun, Rajah

Vyner Brooke sempat memasukkan Ordinan Penyclesaian Tanah (L-7 pf 1933) hagi

menyelesaikan hal ehwal Tanah Adat Bumiputera. Ordinan im tclah memheri

jaminan pendaftaran dan pemilkan tanah (Song, 1985'x)

" Tanah darf Tanjung Datu hingga ke Sungai Sarawak sebelum 1841, Simanggang hingga ke I. awwas ketika itu masih di bawah Brunei. " Ketika itu keseluruhan Tanah darf Tanjung Datu hingga kc Lawas, Lirahang telah diserahkan oleh Kesultanan Brunei kepada 'Rajah' Sarawak mcnulis tulisan Sir Steven 1960: 'I'hc White Rajah. " Freddy Song Abdullah adalah Pegawai Pentadbir Tanah di Ihn Pc. jabat J'I'S, Sarawak, Nota kursus `Land Administrative HAND-OUI"nya di Kapit pada 28.09.1994 untuk Pemhantu'I'eknik (Wan Ibrahim Othman J'I'S, Samarahan.

Page 24: PEN'1'ADß1RAN TANAH DI SARANti'Ati: Sl'Al'l' agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain. Justeru itu tumpuan ialah kepada komponen-komponen utama yang penting untuk diketahui

14

1.6 Kanun Tanah Negeri Sarawak

Selepas penyerahan Jepun 1945, kerajaan Mahkota British (British Crown)

menerima sistem Torrens dalam pentadbiran tanah, Ianya bermula dengan klasifikasi

tanah mengikut ordinan klasifikasi tanah 1948 (JTS, 1980). Ordinan tersebut

menjeniskan tanah Sarawak kepada:

" Tanah mixed zone (Mixed zone land)

" Kawasan Tanah Bumiputera (Tanah Kawasan Bumiputera)

" Tanah Adat Bumiputera (Native Customary Rights)

" Tanah Simpan Kerajaan (Reserved Land)

" Tanah Kawasan Pedalaman (Interior Area Land)

Pada tahun 1957, kerajaan British telah menggubal Kanun Tanah Negcri bag]

menyediakan sebuah dokumen perundangan tanah yang digunakan untuk mcntadbir

hal-ehwal tanah Sarawak. Pada tahun 1.1.1958 Majlis Perundangan Negeri telah

meluluskan draf perundangan tanah yang bertcraskan sistem Torrens dalam kanun

yang dikenali Kanun Tanah Negeri Bahagian 81 (Sarawak Statc Land ('ode, ('haptcr

81 )'' (R. T. Russel, 1960)"

Kanun Tanah Negeri, Bahagian 81 adalah scbuah dokumcn kanun tanah

Iengkap yang mcngandungi pcruntukan pcmbcrian hak milik tanah, pentadbiran,

klasifikasi, pengambil balik wajib olch kcrajaan, pcmbcrian hak, survci dan

Ketiak Sarawak di bawah "1'anah Jajahan British (British Crown Colony) R. "1' Russel ialah Penoarah Jabatan 'l anah dan Survei Sarawak 1960-1963.