bab 4

Upload: annie-chau

Post on 03-Mar-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SOALAN IV CABARAN PLURALITI BUDAYA DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

4.0PengenalanMalaysia kini telah melangkah ke era modenisasi selaras dengan tuntutan dalam Wawasan 2020. Sepanjang tempoh masa 50 Tahun (1957-2007), Malaysia bergerak ke arah kemajuan. Faktor utama yang menjadi penggerak untuk negara kita bergerak ke arah kemajuan ialah tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Sekiranya perkara tersebut tidak berlaku, masyarakat kita, berkemungkinan besar masih lagi berada dalam keadaan yang leka dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang berlaku terhadap negara kita. Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969, barulah kebanyakan daripada kita telah membuka mata kita dan bangun daripada tidur. Kesedaran dalam diri telah timbul. Pengalaman pahit tersebut telah memberikan banyak iktibar dan panduan serta kesedaran untuk masyarakat kita supaya tidak akan melakukan perkara yang sama lagi. Pluraliti budaya mula terbentuk apabila masyarakat kita telah dijajah oleh kuasa Barat. Misalnya, menjelang tahun 1875, British telah menjajah Tanah Melayu melalui dasar campur tangan. Kuasa Barat tersebut mula menguasai kawasan yang kaya dengan sumber alam seperti bijih timah, emas, dan lain-lain. Masyarakat Cina telah dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam sektor perlombongan. Keadaan ini juga turut menggalakkan penghijrahan orang-orang India sebagai tenaga buruh dalam sektor perladangan dan sektor pembinaan seperti pembinaan jalanraya dan kereta api.

4.1Cabaran Pluraliti Budaya dan Hubungan Etnik di MalaysiaMalaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya sudah tentu tidak dapat mengelak daripada menghadapi sebarang bentuk cabaran hubungan etnik. Setiap kaum mempunyai budaya dan pandangan mereka yang tersendiri terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, percanggahan idea atau salah faham pasti akan timbul. Cabaran dan dugaan tersebut haruslah ditempuhi dengan tabah.

4.1.1SosiobudayaSalah satu bentuk cabaran yang timbul ialah cabaran ke atas aspek sosiobudaya. Cabaran ini merupakan satu persoalan yang sangat hangat diperdebat kerana setelah terlerainya masalah utama sosiobudaya sesuatu kelompok masyarakat, maka segala usaha untuk mengatasi atau meneroka bidang-bidang yang lain akan menjadi lebih mudah. Faktor-faktor yang menimbulkan konflik atau masalah dalam budaya masyarakat Malaysia adalah seperti berikut:i. Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam.ii. Timbulnya jurang sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi.iii. Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal.iv. Perasaan syak wasangka dan prejudis yang menebal dalam kalangan kaum.v. Perbezaan atau jurang dalam pendapatan masyarakat.vi. Sikap masyarakat yang mengamalkan dasar pintu tertutup terhadap pihak luar.vii. Dominasi atau kuasa majoriti dalam bidang yang tertentu. Misalnya, kamu Cina berkuasa mutlak dalam perniagaan dan sebagainya. viii. Wujudnya politik perkauman.Cabaran dari segi sosiobudaya memang tidak dapat dielakkan dalam proses mengukuhkan hubungan etnik. Perbezaan dalam elemen-elemen kebudayaan masyarakat kita seperti bahasa, agama, adat resam, makanan dan sebagainya telah menimbulkan jurang sosial antara setiap kaum di Malaysia kerana kurangnya pergaulan antara satu sama lain. Tambahan pula, perbezaan dalam pekerjaan telah menyebabkan segelintir masyarakat menetap di kawasan yang berbeza. Misalnya, bagi buruh kasar, mereka tidak mungkin akan tinggal di kawasan Bandar kerana jenis pekerjaan dan jumlah pendapatan tahunan mereka tidak berapa lumayan ditambah pula dengan taraf hidup masyarakat Bandar sangat tinggi. Sikap dasar pintu tertutup rakyat turut menyukarkan usaha kerajaan untuk melaksanakan proses pluraliti budaya kerana mereka enggan menerima dan berhubung dengan pihak luar. Di samping itu, kuasa majoriti atau dominasi kaum dalam bidang tertentu juga merupakan cabaran dalam pluraliti budaya. Misalnya, dalam bidang perniagaan, kebanyakannya adalah terdiri kaum Cina. Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan politik perkauman yang mana setiap kaum mempunyai wakil mereka tersendiri untuk menyuarakan pandangan masing-masing. 4.1.2PolitikDari segi politik, dapat dilihat bahawa setiap kaum mempunyai kuasa majoriti atau minoriti terhadap sesuatu kuasa politik. Masing-masing mempunyai parti politik yang tersendiri untuk mewakili mereka. Setiap kaum ingin menyuarakan, mengekalkan, menjaga, serta memperjuangkan hak-hak kaum masing-masing daripada dipengaruhi oleh kuasa lain. Selain itu, mereka juga enggan menerima pemimpin yang berasal daripada kaum yang berbeza dengan mereka. Tambahan pula, semangat persukuan atau perkauman sangat menebal dalam kalangan setiap bangsa di Malaysia. Oleh itu, adalah sukar untuk membawa kemajuan dan memastikan semua kaum dapat berinteraksi dan menerima sesuatu pembaharuan yang diperkenalkan.

4.1.3EkonomiDari segi ekonomi pula, terdapat jurang perbezaan yang besar dalam pendapatan masyarakat. Ada sesetengah masyarakat yang berpendapatan rendah dan ada pula yang berpendapatan tinggi. Terdapat segelintir kaum yang mempunyai kuasa autoriti terhadap sesuatu bidang ekonomi. Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah jelas berbanding dengan kaum yang lain kerana kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan dan kemajuan sesebuah negara juga dinilai dari sudut kekuatan ekonominya. Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap kaum saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Jelas kepada kita kaum Melayu, India dan kaum-kaum yang lain kurang melibatkan diri dalam bidang ekonomi tetapi peranan mereka sebagai pengguna tidak boleh dipinggirkan. Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara satu-satu kaum juga sebenarnya tidak akan membantu sesebuah negara untuk maju malahan berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati satu kaum yang lain. Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka wujud jurang pendapatan antara setiap etnik. Begitu juga dengan aspek ketidakseimbangan dalam tingkat pendapatan, corak guna tenaga, pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang. Keadaan ini menyebabkan setiap etnik berusaha merebut hak ekonomi yang lebih mewujudkan ketida seimbangan dan persaingan. Untuk mengeratkan perpaduan maka penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan.

4.1.4SosialCabaran dalam aspek sosial turut membawa kesan dan mempengaruhi perkembangan budaya negara. Salah satu daripadanya adalah pemisahan dalam petempatan rakyat. Tidak semua rakyat yang berbilang kaum diletakkan atau ditempatkan di petempatan yang sama. Oleh itu, hubungan silaturahim antara setiap kelompok kaum akan semakin rengang dan tiada interaksi antara satu sama lain. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan keinginan kerajaan untuk melahirkan warganegara yang bersatu padu dan hidup bersama secara aman. Selain itu, pemisahan penempatan akan menggalakkan lagi sentimen perkauman yang mana setiap kaum mementingkan kaum sendiri, perasaan prejudis dan stereotaip.

4.1.5Agama dan BudayaSetiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, Cina dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Selain itu, kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing.Perbezaan dari agama dan budaya ini telah menjadi penghalang dan cabaran pluraliti budaya bangsa. Perbezaan dalam aspek ini bertambah rumit terutamanya apabila setiap kaum mementingkan bangsa sendiri dalam sesuatu perkara sehingga jurang antara etnik wujud. Terdapat juga segelintir kaum yang bersikap terlalu mementingkan agama dan budaya masing-masing sehingga mempengaruhi perkembangan dalam budaya dan hubungan etnik Malaysia.

4.1.6Sistem Pendidikan yang BerasinganPada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Misalnya, sebelum merdeka, British telah membiarkan sistem pendidikan wujud dalam empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru. Kurikulum yang terdapat juga adalah berlainan.Malahan buku teks dan guru juga dibawa dari luar. Implikasinya, ketika itu pelajar-pelajar tidak berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar dari kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya akan menyulitkan proses pembentukan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan pelajar.Kini, terdapat perubahan dalam sistem pendidikan Negara kita. Walaupun aliran yang berlainan masih wujud dalam dunia pendidikan, namun, dalam setiap sekolah yang berbeza aliran, terdapat murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa menuntut ilmu di situ. Contohnya, SJK (C) dan SJK ( T) merupakan sekolah khas untuk satu bangsa sahaja. Tetapi, kerajaan telah menggalakkan percampuran kaum di setiap sekolah agar setiap bangsa dapat menikmati manfaat dan hubungan etnik dapat diterapkan ke dalam kalangan generasi muda.

4.1.7Cabaran Intraetnik dan Interetnik Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membolehkan penubuhan parti-parti politik untuk bertanding dalam pilihan raya. Kewujudan parti politik yang pelbagai kadang kala boleh mencetuskan konflik antara satu sama lain. Sejarah pernah memaparkan keadaan genting yang melanda negara akibat daripada keadaan berpolitik yang tidak sihat. Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk bersatu:i. Terlalu extremis dalam melaksanakan sesuatu.ii. Bersifat taksub dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak.iii. Fanitik atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan pendapat orang lain bahkan menolak sekeras-kerasnya pandangan orang lain.Cabaran hubungan intraetnik adalah seperti kewujudan pelbagai parti politik yang mewakili kelompok kaum yang sama umpamanya dalam masyarakat Melayu ada parti UMNO dan PAS. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku ketida sefahaman antara sesama kaum. Kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili dan didominasi oleh etnik yang sama juga sedikit sebanyak telah menimbulkan hubungan tidak baik antara etnik.

4.2PenutupCabaran-cabaran yang timbul dalam mencapai matlamat untuk mengeratkan hubungan antara setiap etnik di Malaysia harus ditangani dalam cara yang baik kerana negara kita mempunyai golongan bangsa yang pelbagai dan masing mempunyai kepercayaan tersendiri. Oleh itu, semua harus bertanggungjawab untuk menangani cabaran pluraliti bukan hanya terletak pada tangan pihak atasan sahaja malah kita sebagai rakyat Malaysia juga hasruslah berganding bahu dan bersama-sama dalam mengatasi kesulitan yang timbul. Kesan daripada penjajahan perlu dijadikan sebagai iktibar dalam mengekalkan keharmonian dan juga menghadapi cabaran dengan hati yang terbuka.