bab 3 perjuangan kemerdekaan (bac)

27
BAB 3 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN

Upload: abu-zuhaily

Post on 02-Jul-2015

440 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Perjuangan Kemerdekaan

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

BAB 3PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN

Page 2: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Pengenalan

Perjuangan kemerdekaan berkembang di Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak ekoran kebangkitan nasionalisme di kalangan rakyat dalam pelbagai aspek keagamaan, sosial, ekonomi dan politik.

Semangat nasionalisme ditunjukkan melalui akhbar dan persatuan. Malayan Union diperkenalkan oleh British mendapat tentangan dari

orang Melayu dan diikuti oleh penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).

Kemunculan parti politik seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti Perikatan sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Selepas merdeka, wujud cadangan Pembentukan Malaysia, faktor pembentukan dan tentangan oleh pelbagai pihak.

Akhir sekali peristiwa Singapura keluar dari Malaysia pada Ogos 1965.

Page 3: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Faktor-faktor Kebangkitan Nasionalisme Di Tanah MelayuFaktor Luaran Gerakan pemulihan Islam di Mesir

- gerakan dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh. Perjuangan berkonsepkan pemulihan Islam oleh gerakan reformis Islam.

- tokoh tempatan terpengaruh gerakan spt Syed Al-hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin.

Pengaruh gerakan Turki Muda- gerakan yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attartuk di Turki

Perang Russia-Jepun- Pada tahun 1904-05 , Jepun berjaya mengalahkan Russia dalam perang rusia-Jepun

Pengaruh dari Indonesia - kemuculan Syarikat Dagang Islam (Sarekat Islam) pengaruhi nasionalisme Melayu spt Syed Sheikh al-Hadi dari kaum Muda.- kemunculan Parti Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Sukarno.

Page 4: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Faktor Dalaman Agama Islam Bahasa dan Kesusateraan Kewartawanan Sistem Pendidikan dan kebangkitan golongan Intelektual

Kebangkitan Semangat Nasionalisme Mengikut Kaum

Nasionalisme Melayu Tiga peringkat perkembangan nasionalisme Melayu :

1) Tahap keagamaan (1906-1926)

2) Tahap sosial dan ekonomi (1926-1938)

3) Tahap politik (mulai 1938)

Page 5: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Tiga Golongan Utama Nasionalisme Melayu

Berpendidikan Islam Berpendidikan Melayu

Berpendidikan Inggeris a) Tahap Keagamaan

- dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam dari Timur Tengah (Mesir dan Turki).- gerakan telah mempengaruhi pemimpin spt Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al-Hadi. Mereka gelar sebagi kaum Muda. Terbitkan majalah seperti Al-Iman, Al-Ikwan dan Saudara.Mereka kritik pentadbiran British, galakkan tubuh persatuan, dasar liberal dalam pendidikan agama, kebebasan wanita dan pemodenan.- Kaum Muda mendapat tentangan dari kaum Tua yang terdiri dari golongan elit Melayu tradisional dan ulama.

Page 6: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Tahap Sosio-ekonomi Golongan ini bersifat sekular dan tumpuan kepada kedudukan

sosio-ekonomi orang Melayu . Dipelopori oleh golongan berpendidikan Melayu dari Maktab

Perguruan Sultan Idris 1922 dan sebahagian golongan elit Melayu berpendidikan Inggeris.

Perjuangan melahirkan kesatuan2 spt Kesatuan Melayu Singapura 1926 untuk memastikan org Melayu tidak ketinggalan faedah pemodenan dari kerajaan.

Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) 1934 untuk perjuang pemulihan sosio-ekonomi org Melayu.

Page 7: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Tahap Politik Perjuangan berkonsepkan politik lahir di klangan Melayu ekoran

tekanan drpd bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada tahun 1920-an.

Wujud persatuan-persatuan pada setiap negeri . Golongan radikal telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 dgn memperjuangkan kemerdekaan T Melayu dan penyatuan dgn Indonesia- (Indonesia Raya / Melayu Raya).

KMM kurang mendapat sokongan kerana terlalu radikal dgn penyatuan dengan Indonesia.

Page 8: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Tokoh Golongan Intelektual Melayu1. Syed Syeikh Al-Hadi 2. Ahmad Boestaman

3. Ishak Hj Muhammad (Pak sako) 4. Mohd Eunos Abdullah

Page 9: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Nasionalisme Cina Perjuangan nasionalisme Cina bertumpu kpd pergolakan politik di

Negara China. Kesedaran bermula sejak Perang China-Jepun 1894-1895.

Faktor-faktor kemunculan nasionalisme Cina Di T Melayu :

a) Gerakan Pembaharuan 100 hari 1898 di negara China.

b) Pengaruh parti Koumintang

c) Pengaruh Parti Komunis Malaya

d) Pengaruh Gerakan Revolusi China 1911

e) Pengaruh Perang China-Jepun

Nasionalisme India Sebelum Perang Dunia Kedua, perjuangan politik orang India di

Tanah Melayu lebih tertumpu kpd pergolakan politik di India. Hanya selepas Perang beri tumpuan kpd poltik di Tanah Melayu.

Page 10: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Pada peringkat wal tertumpu kpd pertubuhan bercorak sosial dan kebajikan serta melindungi kepentingan orang India. Contoh Persatuan India Taiping (1906). Kemudian tubuh CIAM (Central Indian Association of Malaya) Okt 1936 bercorak politik.

Antara faktor pencetus nasionalisme di kalnagan orang India kpd perkembangan Gerakan Kebangsaan di India dipelopori oleh Mahatma Gandhi. Beliau tubuhkan Parti Kongres dan peroleh kemerdekaan pada tahun 1947 telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.

Page 11: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Perjuangan dan Idea-idea Semangat Kebangsaan Melalui Akhbar atau Majalah

Akhbar/Mjlh Tahun Pengasas Fokus

Al-Iman 22 Jul 1906 Syed Syeikh Al-Hadi di Singapura

Wadah idea kaum Muda ttg pembaharuan dan bimbingan org Melayu bangkit dari kemunduran

Al-Ikhwan 16 Sep 1926 Syed Syeikh Al-Hadi di Pulau Pinang

Majalah bercorak islah Islamiah ttg isu kemunduran bangsa dan kebebasan wanita dari kaum Muda

Saudara 29 Sep 1928 Syed Syeikh Al-Hadi di Pulau Pinang

Akhbar mingguan ttg persoalan agama dan majukan diri orang Melayu

Neracha 15 Feb 1911 Hj Abas Mohd Taha di Singapura

Bercorak keagamaan dan berita dari Timur Tengah- semangat Pan-Islam

Page 12: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Majlis 17 Dis 1931 Abd rahim Kajai

di KL

Perjuang semangat kebangsaan org Melayu

Warta Malaya 1 Jan 1930 Dato’Onn Jaafar

di Singapura

Beri kesedaran kpd org Melayu dan kecam dasar2 Inggeris

Utusan Melayu Nov 1907-1922

Abd Rahim Kajai

di Singapura

Akhbar sbg lambang perpaduan Melayudan bela kepentingan org Melayu.

Warta Sarawak - - Akhbar yang bangkitkan semanagt kebangsaan di kalangan msyrkt Melayu Sarawak

Pengasuh 11 Julai 1918

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan

- Bertujuan menentang perjuangan kaum Muda.

- Tentang hukum-hakam dan panduan agama.

Page 13: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Gerakan Berorganisasi Menentang Penjajah Kaedah ini lebih bersistem kerana melalui persatuan yang

ditubuhkan. Contoh Kesatuan Melayu Singapura (KMS), Persaudaraan Sahabat Pena(PASPAM).

Kesatuan Melayu Singapura(KMS) Pada tahun 1926, golongan Melayu Singapura berpendidikan

Inggeris menubuhkan parti separa politik. Diasaskan oleh Mohammad Eunos Abdullah.

Antara perjuangan KMS :

a) baiki kedudukan sosio-ekonomi org Melayu dan memupuk kesedaran politik.

b) perantara antara orang Melayu dgn Brirish. Pada tahun 1937, cawangan KMS dibuka di Melaka dan Pulau Pinang.

Page 14: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) PASPAM ditubuhkan oleh golongan berpendidikan Melayu tahun

1934. Bertujuan memperbaiki kedudukan sosioekonomi org Melayu. Sebuah pertubuhan kesusasasteraan pro kaum Muda.

Tokoh utama ialah Syed Alwi, S.M. Zainal dan Sheikh Abdullah Al-Maghribi.

Persatuan Melayu Perak Ditubuhkan 18 Dis 1937 di Ipoh Keahlian seramai 104 orang. Pemimpin utama- Wan Mohd Nur bin

Wan Nasir. Tujuan utama persatuan :

- tinggikan taraf ekonomi dan pendidikan rakyat.

- pelihara kepentingan org Melayu dlm pentadbiran negara.

Page 15: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Persatuan Melayu Selangor (PMS) Ditubuhkan 5 Jun 1938. Pengasas dan pemimpin utama ialah

Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yasin, Raja Bot bi Raja Yahya dan Raja Yaacob bin Raja Alang.

Bergerak secara terbuka sbg pertubuhan politik. Tujuan :

- desak kerajaan British supaya menambahkan bilangan pegawai Melayu dlm perkhidmatan kerajaan

- desak kerajaan tambah peluang pelajaran utk pelajar Melayu melanjutkan pelajaran

- cadang kpd kerajaan hentikan penghijrahan orang asing ke Tanah Melayu.

Persatuan Melayu Pahang Ditubuhkan pada Mac 1938 di bawah pimpinan Tengku Muhammad

bin Sultan Ahmad. Bertujuan memperjuangkan kemajuan orang Melayu dan salur

masalah mereka kpd kerajaan British.

Page 16: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Persatuan Melayu Negeri Sembilan Ditubuhkan pada 9 September 1938. Pemimpin utama – Tengku

Mohamed Nasir. Bertujuan menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu.

Persatuan Melayu Kelantan Ditubuhkan pada 20 April 1939, pemimpin utama- Nik Mohamamad

Saleh bin Umar. Keanggotaan kpd golongan atasan dan Inggeris sahaja.

Bertujuan untuk menyatukan anak-anak Melayu- tinggikan taraf hidup mereka.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) Ditubuhkan Ogos 1938 oleh golongan nasionalis radikal

berpendidikan Melayu. Pemimpin utama ialah Ibrahim bin Yaakob dan Ishak Hj Mohammad, Ahmad Boestaman.

Ahli dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Sekolah Pertanian Serdang dan Sekolah Teknikal K.Lumpur.

Matlamat utama KMM :

a) perjuangkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Page 17: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

b) menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia (Indonesia Raya

atau Melayu Raya) Kelemahan KMM:

- idea KMM terlalu radikal dan tidak diterima oleh orang Melayu (idea satukan Indonesia dgn Tanah Melayu)

- bersifat anti-birokrasidan tidak disokong oleh glgn feudal Melayu.

- masalah kewangan dan kekurangan kemahiran. Terbit akhbar spt Warta Malaya dan Majlis. Pemimpin KMM ditangkap oleh British kerana perjuangan radikal

dan dibebaskan oleh Jepun. KMM tetap diharamkan oleh British.

Page 18: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Pembentukan Malayan Union dan Reaksi Rakyat

Terhadapnya

Kesatuan Malaya (Malayan Union) Pada 10 Oktober 1945, Sir Harold MacMichael telah datang ke

Tanah Melayu untuk mengemukakan Kertas Putih menandakan kesediaan Inggeris untuk melaksanakan Malayan Union

Beliau menjadi wakil Inggeris untuk mendapatkan tandatangan persetujuan sultan-sultan Melayu sebagai persetujuan untuk menyerahkan kuasa politik mereka kepada pihak British

Matlamat Inggeris 1. Memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu 2. Membentuk pentadbiran yang sistematik dan seragam 3. Menjimatkan kos pentadbiran di Tanah Melayu 4. Menyediakan TM ke arah kemerdekaan sendiri

Page 19: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Ciri-ciri Malayan Union (MU) Terdiri daripada semua negeri Melayu termasuk Melaka dan Pulau

Pinang (kecuali Singapura yang dikekalkan sebagai tanah jajahan Inggeris) diletakkan di bawah satu pemerintahan pusat

Kuasa pemerintahan mutlak adalah di tangan Gabenor British yang dilantik dan berpusat di Kuala Lumpur

Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam hal ehwal Islam. Mereka hanya menjadi raja Kehormat dan anggota satu Majlis penasihat yang dipengerusikan oleh Gabenor

Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan tetapi tertakluk kepada pengawalan kerajaan pusat

Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip jus soli iaitu:- Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di TM selama 10 tahun daripada 15 tahun yang lalu sebelum 15 Februari 1942- Mereka yang dilahirkan di TM selepas penubuhan Malayan Union- Mereka yang menetap di TM atau Singapura selama 5 tahun- Rakyat British boleh mendapat kerakyatan MU tanpa hilang kerakyatan British- Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada MU

Page 20: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Tentangan terhadap Malayan Union

Punca penentangan Orang Melayu:

a) Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu

b) Pemberian kerakyatan yang mudah dan bebas kepada kaum bukan Melayu

c) Hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi akan terhapus

d) Sikap wakil Inggeris iaitu Sir Harold MacMichael yang mengugut

raja-raja Melayu untuk mendapatkan tandatangan Pada peringkat awal ornag Melayu menunjukkan rasa tidak

puashati melalui akhbar Majlis dan Utusan Melayu. Dato Onn Jaafar telah mengadakan Persidangan bersama 41

buah pertubuhan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman di K.Lumpur pada 1 - 4 Mac 1946. Pada 11 Mei 1946,Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan secara rasmi di Johor Bahru. Dato Onn Jaafar sbg Presiden.

Page 21: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Walaupun mendapat tentangan, Malayan Union tetap dilancarkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent sbg Gabenor pertama.

Akhirnya MU dibubarkan kerana mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan khasnya org Melayu. MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.

Page 22: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Tentangan yang hebat dari pelbagai pihak mendorong Inggeris

tubuhkan PTM. Pada 1 Februari 1948, British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

a) 9 buah negeri dalam Persekutuan kecuali Singapura

b) Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh dua

Majlis Undangan Persekutuan dan Mesyuarat Kerajaan Psktuan.

Setiap majlis tersebut mempunyai ahli masing2.

c) Sultan diberi semula hak dan kuasa ke atas negeri masing2

dan mpunyai kuasa memerintah tetapi atas nasihat dua majlis

- Majlis Mesyt Kerajaan Negeri dan Undangan Negeri

d) Syarat kewarnegaraan diketatkan

e) Orang Melayu diberi hak keistimewaan

Page 23: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Parti Politik Utama di Tanah Melayu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato Onn Jaafar sbg presiden pertama. Matlamat : - penentangan terhadap Malayan Union dan

- satupadukan org Melayu dan pertahankan kedudukan kedudukan istimewa org Melayu.

1948, dijadikan parti politik . Perlembagaan UMNO diluluskan pada 29 Mei 1946.

Dua badan- Perikatan Pemuda dan Kaum Ibu UMNO

Kongres India Malaya (MIC) Ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presiden pertama Tun Sambanthan Tujuan penubuhan

a) memupuk dan pelihara kepentinga politik, ekon dan sosial orang India di Tanah Melayub) perjuang kepentingan politikc) wakil kaum India kpd British

Tahun April 1955, masuk Parti Perikatan.

Page 24: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Persatuan Cina Malaysia (MCA) Ditubuhkan apada 27 Feb 1949. Idea oleh Leong Yew Koh.

Presiden pertama – Tan Cheng Lock Dua matlamat:

a) lindungi hak dan kepentingan org Cina

b) pelihara keharmonian kaum Tahun 1952, bergabung dengan UMNOmenjadi Parti Perikatan.

Parti Perikatan Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952, MCA dan

UMNO bekerjasama menjadi Parti Perikatan dan menang pilihanraya tersebut.

Formula tersebut sbg asas Perikatan di seluruh Tanah Melayu. MIC menyertai Perikatan tahun 1955. Parti Perikatan memenangi 51 kerusi drpd 52 kerusi , 1 kerusi oleh PAS dalam Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu tahun 1955.

Page 25: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Rundingan Kemerdekaan Jan 1956, rombongan Tunku Abd Rahman ke London untuk

membuat rundingan menuntut kemerdekaan. Anggota terdiri dari 4 org Raja dan 4 orang wakil parti Perikatan.

Hasil rundingan, 8 Feb 1956 Perjanjian London ditandatangani dgn menetapkan kemerdekaan TM pada 31 Ogos 1957.

Satu suruhanjaya Perlembagaan baru Tanah Melayu dinamakan Suruhanjaya Reid. Diketuai oleh Lord Reid.

Ciri Perlembagaan Tanah Melayu ;a) YDPA sebgai ketua agamab) Ketua kerajaan- PMc) Parlimen dibentuk – Dewan Negara dan Rakyatd) Syarat kewarnegaraan diketatkane) Bahasa Melayu sbg bhs Kebangsaanf) Agama Islam – agama rasmi persekutuan tp kebebasan agama dibenarkan.

Page 26: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abd Rahman sbg Perdana Menteri pertama dan Yamtuan Besar N Sembilan- Tuanku Abd Rahman (YDPA pertama)

MERDEKA !!!!!!

Page 27: Bab 3 Perjuangan Kemerdekaan (Bac)

Tokoh Kemerdekaan Tanah Melayu

Tunku Abd Rahman Tun Sambanthan

Dato Onn Jaafar Tun Tan Cheng Lock