bab 3-kepelbagaian biologi

Upload: pbp88995464790

Post on 03-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Bab 3-Kepelbagaian Biologi

    1/6

    Bab 3 - Kepelbagaian Biologi (Biodiversity)

    Pengkelasan (classification) organisma hidup

    Satu sistem klasifikasi diperlukan bagi mengkelaskan hidupan (living things) secara teratur

    kerana bilangan mereka yang besar serta pelbagai jenis.Walaupun mereka memiliki ciri-ciriumum yang biasa (common general characteristics), organisma daripada spesis yang samamasih mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh membezakan mereka daripada spesis yanglain.

    Klasifikasi (classification) adalah penting untuk membolehkan kajian saintifik yang lebihmendalam dijalankan bagi peningkatan (improvement) sesuatu spesis itu.

    Pengkelasan Haiwan

    Kumpulan haiwan boleh dikelaskan (classified) mengikut persamaan dalam ciri-ciri,

    sifat dan struktur.

    Ciri-ciri yang biasa adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh dua atau lebih jenis spesis.

    Ciri-ciri biasa pada haiwan adalah termasuk kaedah pembiakan, jenis makanan yang

    diambil, habitat dan ciri-ciri fizikal.

    Pengkelasan haiwan mengikut ciri-ciri biasa (common characteristics):

    Ciri-ciri haiwan Contoh

    Hidup di dalam air Ketam, ikan, udang, tiram, sotong, kerang,obor-obor.

    Hidup di atas darat Anjing, ayam, kucing, tupai, tikus, gajah,rusa,harimau.

    Hidup di dalam air dan di atas darat Buaya, katak, penyu, singa laut, memerang.

    Membiak dengan bertelur Ayam, ikan, burung, ketam, itik, angsa, lipas.Membiak dengan melahirkan anak Ikan paus, ikan lumba-lumba, landak,

    tenggiling, kelawar, arnab, lembu.

    Herbivor Arnab, lembu, kambing, zirafah, tupai, siput,belalang.

    Karnivor Singa, harimau, ikan piranha, labah-labah,buaya, ular, katak.

    Omnivor Ayam, itik, kucing, lipas, tikus, beruang.

    Badan berbulu rambut Kucing, anjing, lembu, beruang, kelawar.

    Badan berbulu pelepah Burung, ayam, itik.

    Badan bersisik Ikan, tenggiling, cicak, ular.

    Haiwan boleh dibahagikan kepada 2 kategori:1. Vertebrata (vertebrates)2. Invertebrata (invertebrates)

    Perbezaan (differences) antara haiwan vertebrata dan invertebrata adalah seperti berikut:

    Aspek Vertebrata Invertebrata

    Tulang belakang Mempunyai tulang belakang. Tidak mempunyai tulangbelakang.

    Sokongan badan Sokongan utama adalahrangka dalaman(endoskeleton) yang terdiri

    daripada tulang.

    Sokongan utama adalahexoskeleton(seperti kulitkeras) dan tekanan cecair /

    bendalir.

  • 7/28/2019 Bab 3-Kepelbagaian Biologi

    2/6

    Vertebrata

    Vertebrata (vertebrates) boleh dibahagikan kepada lima (05) kumpulan, iaitu:1. Ikan (fish)2. Amfibia (amphibians)

    3. Reptilia (reptiles)

    4. Burung (birds)

    5. Mamalia (mammals)

    Ciri-ciri vertebrata adalah seperti berikut:

    Ikan

    http://2.bp.blogspot.com/-EvqOP4XVS8I/UMr1lccc-YI/AAAAAAAAAwM/vSTTHdMORUc/s1600/fish.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-_oQWJyTZ9dE/UL7sztFDOXI/AAAAAAAAAro/lMWl4MCOiXo/s1600/classification+of+animal.jpg
  • 7/28/2019 Bab 3-Kepelbagaian Biologi

    3/6

    Hidup dalam air tawar atau laut.

    Badan ditutup dengan sisik dan sirip berlendir (slimy scales and fins).

    Sirip gunakan untuk berenang dan mengimbangi badan.

    Badan berbentuk torpedo (aerodinamik) untuk mengurangkan rintangan air.

    Bernafas melalui insang (gill).

    Berdarah sejuk (poikilothermic). Suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran.

    Bertelur (lay eggs). Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk

    persenyawaan.

    Persenyawaan (fertilisation) berlaku di luar badan, dimana sperma dan telur bersatu

    di luar badan ikan betina.

    Mempunyai garis deria (sensory line) untuk mengesan rangsangan luar (external

    stimuli).

    Terdapat beberapa ikan jenis terdiri dari tulang rawan (cartilaginous) seperti jerung.

    Sesetengah ikan mempunyai beg udara dalam badan untuk lebih mudah terapung.

    Amfibia

    Boleh hidup di atas darat dan di dalam air.

    Mempunyai kulit yang lembap (moist) dan terdedah yang berfungsi sebagai organ

    pernafasan tambahan kerana gas meresap dengan mudah ke dalam sel-sel badan.

    Berdarah sejuk (poikilothermic).

    Bertelur. Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.

    Persenyawaan berlaku di luar badan.

    http://1.bp.blogspot.com/-IX0jHApGQdM/UMArBwoK04I/AAAAAAAAAsE/x1E7gxa6RQk/s1600/amphibian.jpg
  • 7/28/2019 Bab 3-Kepelbagaian Biologi

    4/6

    Berudu (tadpoles) bernafas melalui insang dan hidup dalam air manakala katak

    dewasa tinggal di atas tanah dan nafas melalui paru-paru serta kulit lembap (moistskin).

    Mempunyai selaput renang pada kaki untuk membantunya berenang.

    Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.

    Contoh: katak, kodok, salamander, cicak.

    Reptilia

    Mempunyai kulit yang kering dan bersisik (dry and scaly skin).

    Sisik melindungi badan reptilia.

    Bertelur.

    Persenyawaan berlaku dalam badan reptilia betina, dimana sperma dan telur bersatu

    di dalam badan reptilia betina.

    Berdarah sejuk (poikilothermic).

    Kebanyakannya mempunyai dua pasang kaki, kecuali ular.

    Bernafas melalui paru-paru (lungs).

    Mempunyai satu jenis gigi sahaja.

    Giginya tajam dan berbentuk kon.

    Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.

    Contoh: buaya, kura-kura, penyu, cicak, ular.

    http://1.bp.blogspot.com/-Dfb8P3mJlXo/UMArcZdIkDI/AAAAAAAAAsM/OWN-dhY_cvs/s1600/reptile.jpg
  • 7/28/2019 Bab 3-Kepelbagaian Biologi

    5/6

    Burung

    Tinggal di atas darat. Badannya dilindungi oleh bulu pelepah (feathers).

    Bulu pelepahnya adalah kalis air serta boleh memerangkap haba.

    Mempunyai sepasang sayap yang boleh laras, dari depan badan. Sayap

    membolehkannya terbang.

    Sesetengah burung boleh berenang, seperti itik dan penguin.

    Bertelur. Telurnya mempunyai cengkerang keras (hard shell).

    Persenyawaan berlaku di dalam badan.

    Berdarah panas (homoiothermic). Suhu badan kekal/tetap serta tidak berubah

    mengikut suhu persekitaran.

    Bernafas melalui paru-paru.

    Tidak mempunyai gigi, tetapi menggunakan paruh (beak) untuk mematuk (peck)

    makanan.

    Mempunyai kaki bersisik keras serta kuku tajam.

    Badannya berbentuk aerodinamik untuk mengurangkan rintangan udara semasa

    terbang.

    Contoh: burung kiwi, burung merpati, burung helang, burung kakak tua, burung

    penguin.

    Mamalia

    http://1.bp.blogspot.com/-oXFeW3azx5E/UMArtQkgP3I/AAAAAAAAAsU/nxVgI2v0fyU/s1600/bird.jpg
  • 7/28/2019 Bab 3-Kepelbagaian Biologi

    6/6

    Kebanyakkannya tinggal di atas darat, kecuali ikan paus dan ikan lumba-lumba yang

    tinggal di dalam air. Badan diliputi dengan rambut (hair) dan bulu (fur).

    Kulitnya mempunyai kelenjar peluh (sweat glands).

    Mempunyai cuping telinga.

    Berdarah panas.

    Mamalia betina mempunyai kelenjar susu bagi menyediakan susu untuk anaknya.

    Persenyawaan berlaku di dalam badan.

    Melahirkan anak dari rahim mamalia betina, kecuali platypus yang bertelur.

    Bernafas melalui paru-paru.

    Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk gigi untuk fungsi yang khusus dan berbeza.

    Contoh: manusia, monyet, arnab, anjing, lembu, zirafah, ikan paus, kelawar.

    Beberapa jenis mamalia menunjukkan ciri-ciri yang luar biasa. Contohnya, kelawar

    mempunyai sepasang sayap, landak mempunyai bulu berduri, platypus bertelur sertamempunyai paruh seperti itik.

    http://3.bp.blogspot.com/-FcwquLDc2qg/UMAr_tBjWzI/AAAAAAAAAsc/vqBuvcVhGIM/s1600/mammal.jpg