bab 2 visi & aspirasi (1)

3
LATAR BELAKANG KAJIAN Menggariskan aspirasi baharu untuk keseluruhan sistem pendidikan Malaysia,termasuk aspirasi setiap murid. Pada dasarnya kerajaan Malaysia berhasrat mencapai matlamat negara maju dan negara berpendapatan tinggi. Bagi merealisasikan matlamat atau aspirasi ini, sistem pendidikan Malaysia perlu melalui transformasi dan penglibatan seluruh masyarakat Malaysia adalah amat diperlukan. Oleh yang demikian, permulaan asas bagi mencapai matlamat ini telah dikenal pasti iaitu menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti dengan melaburkan sejumlah modal yang besar agar seiring dengan keperluan pendidikan masa kini dan menetapkan aspirasi setiap murid. Kandungan di dalam bab ini, menyatakan dua aspek iaitu Aspirasi Sistem Pendidikan dan Aspirasi Setiap Murid. Bagi aspek Aspirasi Sistem Pendidikan, ia melibatkan lima teras asas iaitu yang pertama, Akses dengan menyediakan akses pendidikan berkualiti tanpa mengira taraf atau latar belakang. Kedua, Kualiti iaitu menyediakan semua murid dengan pendidikan berkualiti mengikut standard antarabangsa. Ketiga, Ekuiti iaitu semua murid berhak mendapat pendidikan terbaik samada di Bandar atau luar Bandar dan seterusnya dapat merapatkan jurang sosioekonomi. Keempat, Perpaduan iaitu menghargai kepelbagaian bermula dari sekolah bagi membentuk identiti nasional dan perpaduan negara.Kelima, Kecekapan iaitu menggunakan bajet yang disediakan dengan bertanggungjawab dan cekap bagi memaksimumkan keberhasilan murid. Bagi aspek Aspirasi Setiap Murid pula pendidikan Malaysia berhasrat agar setiap murid dapat mencapai potensi sepenuhnya dengan memberi penekanan terhadap enam aspirasi utama iaitu Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional.

Upload: cikgu-sahari

Post on 16-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sdfgf

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Visi & Aspirasi (1)

LATAR BELAKANG KAJIAN

Menggariskan aspirasi baharu untuk keseluruhan sistem pendidikan Malaysia,termasuk aspirasi setiap murid.

Pada dasarnya kerajaan Malaysia berhasrat mencapai matlamat negara maju dan negara berpendapatan tinggi. Bagi merealisasikan matlamat atau aspirasi ini, sistem pendidikan Malaysia perlu melalui transformasi dan penglibatan seluruh masyarakat Malaysia adalah amat diperlukan. Oleh yang demikian, permulaan asas bagi mencapai matlamat ini telah dikenal pasti iaitu menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti dengan melaburkan sejumlah modal yang besar agar seiring dengan keperluan pendidikan masa kini dan menetapkan aspirasi setiap murid.

Kandungan di dalam bab ini, menyatakan dua aspek iaitu Aspirasi Sistem Pendidikan dan Aspirasi Setiap Murid. Bagi aspek Aspirasi Sistem Pendidikan, ia melibatkan lima teras asas iaitu yang pertama, Akses dengan menyediakan akses pendidikan berkualiti tanpa mengira taraf atau latar belakang. Kedua, Kualiti iaitu menyediakan semua murid dengan pendidikan berkualiti mengikut standard antarabangsa. Ketiga, Ekuiti iaitu semua murid berhak mendapat pendidikan terbaik samada di Bandar atau luar Bandar dan seterusnya dapat merapatkan jurang sosioekonomi. Keempat, Perpaduan iaitu menghargai kepelbagaian bermula dari sekolah bagi membentuk identiti nasional dan perpaduan negara.Kelima, Kecekapan iaitu menggunakan bajet yang disediakan dengan bertanggungjawab dan cekap bagi memaksimumkan keberhasilan murid.

Bagi aspek Aspirasi Setiap Murid pula pendidikan Malaysia berhasrat agar setiap murid dapat mencapai potensi sepenuhnya dengan memberi penekanan terhadap enam aspirasi utama iaitu Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional.

PERNYATAAN ISU

1. Enrolmen murid setiap tahun 100% tetapi enrolmen harian murid tidak mencapai 100 % setiap hari kerana kadar ponteng sekolah dan jarak tempat tinggal agak jauh dari sekolah. Contohnya sistem e-hadir jika purata ketidakhadiran murid bagi setiap kelas adalah 3 orang jadi ia memberi kesan sebanyak hampir 10% bagi enrolmen kehadiran harian.

2. Sistem pentaksiran baharu yang kurang dipersetujui oleh kebanyakan ibu bapa kerana menganggap sistem penilaian tidak diyakini kesahannya dan dikhuatiri wujudnya bias antara guru dengan murid. Ibu bapa tidak tahu status pencapaian

Page 2: Bab 2 Visi & Aspirasi (1)

anak-anak mereka sama ada cemerlang atau gagal.

3. KPI sekolah mensasarkan sifar LINUS, namun keupayaan murid masih lagi berada di tahap yang kurang memuaskan. Bagi mencapai KPI tersebut dalam tempoh yang ditetapkan (Ujian saringan)ada sesetengah keputusan ujian saringan tidak dilaksanakan mengikut prosedur yang betul. Maka, murid yang sepatutnya masih kekal di kelas LINUS dilepaskan ke arus perdana.

4. Murid-murid berkeperluan khas di kawasan luar bandar terpaksa mengikuti kelas arus perdana kerana tiada kemudahan khusus di kawasan tersebut. Hal ini kerana sekiranya jumlah murid berkeperluan khas tidak mencapai seramai lima orang maka sekolah tersebut tidak layak disediakan guru berpendidikan khas.

5. Perpaduan-kurangnya penekanan penghayatan terhadap nilai-nilai perpaduan dan program RIMUP yang dari tahun ke tahun kurang penyertaan dari pihak sekolah dan juga murid. Sepatutnya sekolah vernakular dimansuhkan sejak dahulu lagi bagi membentuk integriti dan perpaduan.

6. Terdapat jurang capaian ICT di kawasan bandar dan luar bandar. Komputer yang disediakan tidak mencukupi untuk kemudahan murid dan menyukarkan untuk pembelajaran dan pemudahcara bagi matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Begitu juga dengan kemudahan internet YES yang disediakan tidak dapat diakses dengan pantas.