perkhidmatan awam berintegriti aspirasi negara

39
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Amanat Perdana Menteri Sesi 1 Tahun 2019 30 April 2019 (Selasa) PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA Sempena Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kerajaan Gred 52,54 dan JUSA C Bersama-Sama YAB Perdana Menteri

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Amanat Perdana Menteri

Sesi 1 Tahun 2019 30 April 2019 (Selasa)

PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITIASPIRASI NEGARA

Sempena Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai KerajaanGred 52,54 dan JUSA C Bersama-Sama YAB Perdana Menteri

Page 2: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

MAJLIS PERJUMPAAN

PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN

BERSAMA-SAMA

YAB PERDANA MENTERI

SESI 1 TAHUN 2019

Penerbitan Bahagian Penyelidikan,

Perancangan dan Dasar

dengan kerjasama

Bahagian Khidmat Pengurusan,

Jabatan Perkhidmatan Awam

CETAKAN OGOS 2019

Page 3: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

“Kalau negara tidak ditadbir dengan baik, bukan hanya negara yang

rugi tetapi kita juga yang rugi…"

Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Tun

Dr. Mahathir Mohamad semasa Majlis

Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan

bersama-sama YAB Perdana Menteri pada

30 April 2019

Page 4: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

Muka surat

PENDAHULUAN 1

LATAR BELAKANG 1

PENYERTAAN 2

SESI PERJUMPAAN PEGAWAI KERAJAAN BERSAMA-SAMA YAB

PERDANA MENTERI

3

ALUAN YAB PERDANA MENTERI 5

SESI DIALOG BERSAMA YAB PERDANA MENTERI TUN DR. MAHATHIR

MOHAMAD

11

SESI PERKONGSIAN YBHG. DATUK SERI KETUA SETIAUSAHA

NEGARA BERSAMA-SAMA PEGAWAI KERAJAAN

18

SESI DIALOG BERSAMA YBHG. DATUK SERI KETUA SETIAUSAHA

NEGARA

20

PENUTUP 23

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERJUMPAAN PEGAWAI -

PEGAWAI KERAJAAN BERSAMA-SAMA YAB PERDANA MENTERI

24

LAMPIRAN - LAMPIRAN

BILANGAN KEHADIRAN 25

ATUR CARA PROGRAM 27

LIPUTAN MEDIA 28

KANDUNGAN

1

9

2

3

4

11

5

6

7

8

10

Page 5: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

1

PENDAHULUAN

Majlis ini merupakan satu medium interaksi YAB Perdana Menteri bersama semua

Pegawai Kanan Kerajaan bagi menjelaskan dan menghayati hala tuju baharu

Kerajaan dalam memastikan pelaksanaan jentera Kerajaan berada pada landasan

yang sebenar berlandaskan prinsip Good Governance serta Rule of Law. Dalam

pada itu, Kerajaan juga ingin melihat mutu penyampaian perkhidmatan awam kekal

berada di tahap paling cemerlang.

LATAR BELAKANG

Semenjak akhir tahun 2018, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan

beberapa siri program interaksi antara YAB Perdana Menteri bersama pegawai awam

iaitu Program Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Bersama-sama YAB

Perdana Menteri di Langkawi pada 23 hingga 25 November 2018, Program Eksekutif

Khas Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia pada 9 Disember 2018 dan Majlis

Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama-sama Jentera Pentadbiran Pejabat

YB Menteri dan YB Timbalan Menteri di Putrajaya pada 23 Januari 2019.

Bagi memastikan YAB Perdana Menteri dapat terus bertemu dan berdialog dengan

lebih ramai pegawai awam dari pelbagai gred, maka JPA telah merangka dua (2)

program termasuk Majlis Perjumpaan Pegawai - Pegawai Kerajaan Bersama-sama

YAB Perdana Menteri bagi Gred 52 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C

pada 30 April 2019 dan Majlis Perjumpaan Pegawai - Pegawai Kerajaan Bersama-

sama YAB Perdana Menteri bagi Gred 41 hingga Gred 48 pada 22 Ogos 2019.

Tujuan program ini ialah sebagai wadah komunikasi dua hala antara YAB Perdana

Menteri dengan pegawai awam dari pelbagai gred untuk memastikan mutu

penyampaian perkhidmatan awam berada di tahap yang paling cemerlang. Program

ini juga dapat menyediakan platform untuk menjelaskan halatuju baharu dan matlamat

Kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan awam yang berteraskan nilai, kualiti,

amanah dan bebas rasuah. Ini untuk memastikan bahawa pejawat awam dapat

memahami dan menghayati kehendak stakeholders agar dapat memberikan

Page 6: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

2

perkhidmatan yang profesional, terbaik dan berkesan kepada rakyat. Motivasi di

sebalik program ini juga dapat memupuk semangat patriotisme, taat setia dan

berkecuali (loyal and neutral) dalam memainkan peranan sebagai pengantara

Kerajaan dan rakyat, ini dapat dijayakan melalui pembentukan sikap

bertanggungjawab sebagai bakal pemimpin yang mempunyai political acumen iaitu

objektif, berani, tepat dan cepat bertindak dalam membuat keputusan. Akhir sekali,

program ini dapat memberi ruang yang lebih dekat bagi pegawai kerajaan yang

menjadi nadi dan tulang belakang perkhidmatan awam untuk bertemu dan berdialog

serta menyampaikan cadangan bagi memantapkan perkhidmatan awam kepada

YAB Perdana Menteri.

PENYERTAAN

Program yang berlangsung pada 30 April 2019 (Selasa) di Puspanitapuri, Dewan Seri

Endon, Putrajaya. adalah dikhususkan kepada pegawai dari Gred Jawatan Utama

Sektor Awam Gred 52 hingga JUSA C. Tema majlis yang telah ditetapkan ialah

‘Perkhidmatan Awam Berintegriti Aspirasi Negara’. Seramai 1,006 pegawai dari

pelbagai kementerian dan kerajaan negeri menghadiri program ini. Program ini

mengandungi dua (2) sesi utama iaitu sesi perjumpaan pegawai Kerajaan bersama-

sama YAB Perdana Menteri dan sesi perkongsian YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha

Negara (KSN) serta sesi dialog kedua-dua tokoh diatas.

.

Page 7: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

3

SESI PERJUMPAAN PEGAWAI KERAJAAN BERSAMA-SAMA YAB PERDANA

MENTERI

Sesi berkenaan telah dimulai dengan ucapan Aluan YBhg. Datuk Seri KSN, beliau

menyampaikan rasa bersyukur atas kesudian YAB Perdana Menteri menghadiri Majlis

Perjumpaan Pegawai - Pegawai Kerajaan Bersama-sama YAB Perdana Menteri Sesi

1 Tahun 2019 dengan tema ‘Perkhidmatan Awam Berintegriti Aspirasi Negara’. YBhg.

Datuk Seri KSN juga memaklumkan bahawa sehingga bulan Mac 2019, jumlah

perjawatan dalam perkhidmatan awam ialah sebanyak 1.710 juta dengan pengisian

sebanyak 1.589 juta.

YBhg. Datuk Seri KSN turut menyatakan majlis pagi ini menarik penyertaan lebih

daripada 1,000 orang melibatkan pegawai dari gred Jusa C hingga gred 52 dari

pelbagai kementerian, jabatan, agensi dan negeri. Program ini merupakan

kesinambungan dari beberapa siri program sebelum ini antara YAB Perdana Menteri

dengan pegawai awam termasuk Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kanan

Kerajaan Bersama-sama YAB Perdana Menteri di Langkawi; Program Eksekutif Khas

Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Putrajaya; dan Sesi Khas Bual Bicara

Ketua Setiausaha Negara Bersama-sama Jentera Pentadbiran Pejabat YB Menteri

dan YB Timbalan Menteri di Putrajaya.

YBhg. Datuk Seri KSN seterusnya menyatakan program seperti ini akan diteruskan

lagi supaya aspirasi Kerajaan dan nasihat daripada YAB Perdana Menteri dapat

disebar luaskan kepada seluruh pegawai kerajaan. Program seterusnya dijadualkan

pada bulan Jun 2019 iaitu Majlis Perjumpaan Pegawai - Pegawai Kerajaan Bersama-

sama YAB Perdana Menteri bagi pegawai awam di Gred 41 hingga 48.

Program seperti ini sebenarnya bermanfaat kepada penjawat awam kerana pegawai

dapat mengetahui halatuju perkhidmatan awam di bawah Malaysia Baharu. Pegawai

juga berpeluang berinteraksi secara terus dengan YAB Perdana Menteri dan mereka

dapat menyingkap pengalaman berharga YAB Perdana Menteri dalam mendepani

pelbagai isu.

Page 8: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

4

YBhg. Datuk Seri KSN turut memaklumkan banyak pembaharuan telah dan sedang

dilaksanakan dengan matlamat untuk memastikan pengurusan sumber manusia yang

cekap dan optimum. Antara inisiatif baharu yang diperkenalkan ialah MyPortfolio dan

MyPerformance bagi mengukur prestasi dan kompetensi pegawai, pelaksanaan

waktu kerja fleksibel sejajar dengan keseimbangan kerja dan kehidupan serta

penambahbaikan Gantian Cuti Rehat (GCR). Kerajaan turut memperkenalkan

Transformasi Perkhidmatan Awam melalui Rasionalisasi Perkhidmatan Awam.

Sementara itu, bagi memperkasa integriti dan tadbir urus yang baik, Kerajaan

memperkenalkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC),

memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menubuhkan

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

YBhg. Datuk Seri KSN turut mengingatkan para pegawai awam agar sentiasa

menambahbaik dan terus berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan kepada

rakyat selari dengan moto perkhidmatan awam iaitu ‘Saya Yang Menjalankan

Amanah’. Seterusnya YBhg. Datuk Seri KSN mempersilakan YAB Perdana Menteri

naik ke pentas untuk menyampaikan amanat kepada pegawai awam.

Page 9: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

5

ALUAN YAB PERDANA MENTERI

Setelah menyampaikan penghargaan beliau kepada YBhg. Datuk Seri KSN dan para

hadirin. YAB Perdana Menteri memanjatkan kesyukuran dan berkongsi perasaan

gembiranya kerana dapat berjumpa dan berinteraksi dengan pegawai kerajaan yang

memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Sesi Amanat YAB Perdana Menteri kepada pegawai awam

Page 10: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

6

Sejarah Pentadbiran Negara

YAB Perdana Menteri memulakan

ucapan dengan mengimbau kembali

sistem pentadbiran negara sejak zaman

pemerintahan British. Sistem

pentadbiran kerajaan di Tanah Melayu

pada ketika itu telah ditubuhkan dan

ditadbir secara tersusun. Ketua-ketua

pentadbiran pada masa tersebut hanya

terdiri daripada kalangan orang British

sahaja. Oleh itu, pada ketika itu warga

tempatan mempunyai tanggapan bahawa hanya orang-orang British sahaja yang

layak mentadbir negara ini dengan sebaiknya. Mereka turut mempunyai persepsi

bahawa warga tempatan tidak berkemampuan untuk mentadbir Tanah Melayu

dengan baik dan berkesan. Oleh yang demikian, semua urusan hal ehwal pentadbiran

negara kekal ditadbir dan ditentukan oleh pegawai British.

Beliau mengimbas kembali gerakan

tuntutan kemerdekaan berlaku,

dimana warga tempatan masih

mempunyai persepsi yang sama iaitu

warga tempatan tidak mampu untuk

mengurus negara dengan baik.

Namun, apabila negara mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957, dan

setelah British meninggalkan negara,

tanggungjawab mengurus dan mentadbir negara mula diletakkan di bawah pegawai-

pegawai tempatan yang ketika zaman penjajahan dahulu mereka hanya menjadi

pegawai kelas kedua (second rank officers). Namun, mereka berjaya membuktikan

bahawa mereka mampu untuk mentadbir negara dengan cekap dan berjaya.

Page 11: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

7

Oleh yang demikian, pandangan-pandangan yang menyatakan warga tempatan tidak

mampu untuk mentadbir negara dengan baik adalah tidak benar. Hanya mereka tidak

diberi peluang untuk melakukannya. Apabila diberi peluang, mereka mampu

mentadbir negara jauh lebih baik berbanding zaman penjajahan dahulu. Namun, tidak

dinafikan terdapat segelintir warga tempatan yang tidak senang apabila negara

ditadbir oleh anak tempatan kerana kesetiaan mereka masih kekal kepada Kerajaan

British. Walau bagaimanapun, fenomena ini tidak berpanjangan apabila mereka turut

mengalih kesetiaan kepada Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

YAB Perdana Menteri tidak menafikan kepakaran British diperlukan untuk membantu

dalam pentadbiran negara ketika di awal kemerdekaan. Semasa Parti Perikatan

memerintah negara di awal

kemerdekaan, terdapat tiga

orang warga British di dalam

barisan kabinet negara

khususnya untuk menjaga

dan menguruskan hal ehwal

kewangan negara. Namun,

perkhidmatan mereka tidak

berpanjangan dan secara

beransur-ansur, pentadbiran

negara mula diterajui oleh warga tempatan. Sejak itu, beliau melihat lebih banyak

kemajuan, malah lebih baik berbanding ketika era pentadbiran British yang hanya

mementingkan kepentingan mereka sendiri.

Pentadbiran kerajaan selepas itu dan selama 61 tahun berikutnya lebih menumpukan

kepada pembangunan negara dan diperintah oleh sebuah kerajaan campuran iaitu

Parti Perikatan dan kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional (BN). Tempoh

pemerintahan yang panjang oleh BN menyebabkan pegawai kerajaan turut

beranggapan bahawa negara akan terus ditadbir dan diterajui oleh BN dan merasakan

hanya satu-satunya parti yang mampu mentadbir dan membangunkan negara dengan

baik. Oleh itu, mereka menumpukan seluruh kesetiaan kepada Kerajaan yang

memerintah.

Page 12: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

8

Kesetiaan Kepada Kerajaan

YAB Perdana Menteri mengingatkan pada 10 Mei 2018, Kerajaan BN berjaya

ditumbangkan dan tampuk pemerintahan bertukar tangan kepada Kerajaan Pakatan

Harapan. Ini disebabkan banyak

kesalahan dilakukan oleh Kerajaan

terdahulu. Peristiwa ini memberi

kejutan kepada semua pihak.

Pegawai-pegawai Kerajaan berada

dalam keadaan serba salah kerana

mereka perlu menukar kesetiaan

dan perlu bekerjasama pula

dengan parti pembangkang yang sebelum ini dianggap sebagai musuh. Keadaan ini

menyebabkan kesetiaan mereka berbelah bahagi malah ada yang beranggapan

kerajaan baharu hanya mampu bertahan selama satu penggal sahaja sebelum diambil

alih semula oleh Kerajaan BN pada masa hadapan. YAB Perdana Menteri

menegaskan bahawa senario ini tidak baik kepada negara kerana hanya

menyebabkan urusan pentadbiran negara terganggu dan tidak dapat berjalan dengan

lancar.

Beliau memaklumkan walaupun negara pada hari ini telah diperintah oleh sebuah

kerajaan baharu, namun masih dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang sama.

Beliau jugalah yang suatu ketika dahulu memimpin untuk bersama-sama

membangunkan negara sehingga Malaysia dikenali sebagai ‘Harimau Asia’. Di

samping itu, beliau berpandangan urusan pentadbiran negara pada hari ini tidak jauh

berbeza ketika era pentadbiran beliau semasa menjadi Perdana Menteri Keempat.

YAB Perdana Menteri juga mengakui bukan mudah untuk mengalih kesetiaan

pegawai awam daripada Parti BN yang telah memerintah negara selama 61 tahun.

Namun, beliau percaya ia masih boleh dilakukan jika negara dapat ditadbir dengan

baik. Oleh itu, pegawai kerajaan perlu bersikap neutral dan memberikan perkhidmatan

berlandaskan kepada konsep memberi kesetiaan kepada kerajaan yang dipilih oleh

rakyat bagi memastikan pentadbiran kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik demi

kesejahteraan negara. Hubungan yang baik di antara para pentadbir

Page 13: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

9

(menteri/timbalan menteri) dengan pegawai kerajaan adalah sangat penting untuk

kemajuan negara. Beliau turut mengingatkan para pegawai Kerajaan sekiranya ada

menerima arahan daripada anggota pentadbiran dan arahan berkenaan bertentangan

dengan undang-undang, maka arahan tersebut tidak perlu dipatuhi. Namun

sebaliknya, jika arahan tersebut berlandaskan undang-undang, maka pegawai

hendaklah mematuhinya sesuai dengan amalan demokrasi. Pegawai kerajaan harus

memahami bahawa Perdana Menteri dan anggota pentadbiran tidak berhasrat untuk

menjadi musuh kepada jentera Kerajaan sebaliknya ingin membawa Malaysia kembali

menjadi “The Asian Tiger” seperti suatu ketika dahulu.

Tolak Rasuah

YAB Perdana Menteri mengingatkan kepada para pegawai supaya memberikan

perkhidmatan dan kesetiaan kepada Kerajaan hari ini (government of the day). Jika

tidak, tindakan tersebut hanya akan merugikan

Kerajaan dan rakyat serta tidak menyumbang

kepada kelancaran pentadbiran negara. Mereka

juga perlu akur bahawa Kerajaan yang terbentuk

adalah atas pilihan rakyat. Oleh itu, pegawai awam

perlu bersifat neutral dan menanamkan semangat

berkhidmat kerana negara bukan kerana parti atau

individu tertentu. Pegawai juga perlu melaksanakan

arahan yang ditetapkan selagi tidak melanggar

undang-undang. Beliau menyatakan pentadbiran kerajaan yang diselubungi dengan

rasuah hanya menyebabkan perkhidmatan kepada rakyat tidak dapat dilaksanakan

dengan efisien, meningkatkan kos operasi dan matlamat untuk menjadi negara maju

tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, pegawai kerajaan perlu menangani dan

memerangi rasuah kerana kegagalan berbuat demikian akan menghancur dan

memusnahkan kedaulatan negara.

YAB Perdana Menteri Beliau turut menyatakan kehairanan walaupun pegangan

agama pegawai masa kini lebih kukuh berbanding dahulu, namun amalan rasuah

masih berleluasa. Pegawai terutamanya yang beragama Islam perlu menolak rasuah

sebagaimana mereka menolak arak, kerana kedua-duanya adalah haram di sisi

Page 14: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

10

agama. Beliau mengingatkan amalan rasuah hanya mendatangkan kemudaratan

kepada pentadbiran kerajaan. Oleh yang demikian, rasuah perlu ditangani dan

dihapuskan agar pegawai dapat melaksanakan tugas dengan baik, efisien dan

berkesan. Sebagai pegawai awam, mereka hendaklah berjanji kepada diri dan

masyarakat untuk tidak terlibat dalam amalan rasuah dalam melaksanakan tugas.

Namun beliau sedar usaha murni Kerajaan untuk memerangi rasuah turut mendapat

tentangan dari sebilangan kecil pegawai yang pada masa lalu bebas mengamalkan

rasuah. Mereka kecewa kerana gagal mendapat ‘extra income’ dan perkara ini sedikit

sebanyak menjejaskan sokongan terhadap kerajaan.

YAB Perdana Menteri menyatakan Malaysia mempunyai undang-undang berkaitan

pencegahan rasuah. Namun, pada pandangan beliau perkara yang lebih utama ialah

keupayaan seseorang pegawai untuk mengawal diri dari mengambil rasuah walaupun

tiada siapa yang mengetahuinya. Di akhir amanat, YAB Perdana Menteri menyeru

kepada semua pegawai kerajaan supaya berikrar untuk tidak terlibat dengan rasuah

kerana ia adalah perbuatan yang salah dan berdosa. Menurut beliau, sekiranya kita

sayang kepada negara dan inginkan negara terus maju dan dihormati, maka kita

semua perlu menolak rasuah.

Page 15: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

11

SESI DIALOG BERSAMA YAB PERDANA MENTERI TUN DR. MAHATHIR

MOHAMAD

Soalan pertama telah dibangkitkan oleh Encik Azizul bin Alias dari Jabatan

Perkhidmatan Awam, beliau menyatakan bahawa apabila berlakunya perubahan

tampuk pemerintahan

Kerajaan, sudah pasti

terdapat dasar-dasar

baharu diperkenalkan.

Sehubungan itu, beliau

bertanyakan cara-cara

penjawat awam boleh

meneruskan dasar-dasar

sedia ada tanpa

mengenepikan dasar-dasar

baharu.YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa memang terdapat dasar-dasar

baharu diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Namun begitu, dasar-dasar

lama masih dikekalkan dan tiada larangan untuk meneruskannya sehingga ianya

ditukar.

YBrs. Dr. Amerjit Singh A/L S Bhag Singh dari Kementerian Komunikasi Dan

Multimedia Malaysia mencadangkan supaya budaya membaca di kalangan pegawai

awam diperkasakan dan dipertimbangkan menjadi salah satu kriteria dalam penilaian

prestasi tahunan. Beliau juga mencadangkan supaya insentif atau elaun diberikan

kepada penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah

(PhD). YAB Perdana Menteri menyahut baik cadangan berkenaan dan menjelaskan

sebagai seorang pegawai awam mereka seharusnya melihat proses menuntut ilmu

dan membaca sebagai langkah untuk mengejar ilmu, dikongsi dan membantu

memudahkan tugas dan tanggungjawab. Memang tidak dinafikan upah itu penting tapi

yang lebih penting ialah kejayaan yang dicapai hasil dari usaha kita. Beliau

menyatakan kepuasan bekerja (work satisfaction) dan upah yang diperolehi perlu

diimbangi. Tidak guna jika mendapat upah yang tinggi tetapi tiada kepuasan bekerja

apabila gagal untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.

Page 16: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

12

Sehubungan itu, beliau menitipkan nasihat untuk menggunakan kelayakan akademik

yang diperolehi bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik.

Soalan berikutnya telah dibangkitkan oleh Encik Mohd Sukhairy bin Sutan dari

Kementerian Pengangkutan, beliau menyatakan bahawa sebagai sebuah negara

demokrasi, seorang pemimpin perlu mempunyai kuasa budi bicara dalam

melaksanakan tugas-tugas pentadbiran. Oleh itu, beliau bertanyakan perkara-perkara

yang perlu diambilkira untuk memastikan kuasa budi bicara dapat digunakan

sebaiknya dan tidak disalahguna. YAB Perdana Menteri menyatakan kejayaan

melaksanakan tugas tidak hanya terletak kepada kuasa budi bicara pemimpin sahaja,

tetapi melibatkan keseluruhan sistem perkhidmatan awam yang boleh berfungsi

dengan baik. Jika sesebuah negara ditadbir oleh pentadbir yang tidak boleh

membezakan antara yang baik dengan yang buruk, maka ia hanya akan merosakkan

negara. Pegawai awam perlu bijak untuk membezakan arahan yang betul dan arahan

yang salah supaya mereka dapat membuat keputusan yang baik kepada negara.

Pegawai tidak seharusnya bertindak semata-mata kerana takut dikenakan tindakan

akibat tidak mematuhi arahan tetapi apa yang lebih utama ialah arahan yang diterima

untuk dilaksanakan mematuhi undang-undang.

Soalan keempat yang dibangkitkan Puan Asrinayanti Mokhtar dari Kementerian

Pengangkutan adalah berkenaan dengan kesediaan pegawai awam untuk

menjalankan tugas dengan

baik. Namun, beliau memohon

pandangan YAB Perdana

Menteri bagaimana sekiranya

pegawai gagal mendapat

sokongan, kerjasama dan

kepercayaan daripada anggota

pentadbiran. YAB Perdana

Menteri menyatakan isu

sokongan dan kerjasama boleh berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Ini kerana

terdapat keadaan di mana anggota pentadbiran juga tidak mendapat sokongan dari

pegawai awam. Beliau juga melihat berkemungkinan terdapat masalah hubungan

interpersonal di kedua-dua belah pihak. Oleh itu, kedua-dua belah pihak perlu sedar

Page 17: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

13

bahawa mereka sedang melakukan yang terbaik demi kepentingan negara dan

hendaklah bertindak mengikut budi bicara yang bersesuaian demi mencapai matlamat

yang dihasratkan. Sekiranya kedua-dua belah pihak masih tidak boleh mencapai

persetujuan, maka pertukaran antara salah satu pihak boleh dipertimbangkan.

Puan Nurul Syahairah binti Mokhtar dari Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri bertanyakan mengenai perancangan jangka panjang

kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara bagi mencapai status negara maju.

YAB Perdana Menteri menjelaskan bahawa bagi meningkatkan produktiviti, negara

perlu bebas rasuah. Selain itu,

setiap pegawai perlu meningkatkan

keupayaan dan kemahiran melalui

pembelajaran sepanjang masa.

Perkara ini boleh dilakukan dengan

mengamalkan sikap suka membaca

untuk meningkatkan pengetahuan

supaya setiap tugasan boleh

dilaksanakan dengan cekap yang

akhirnya produktiviti negara dapat ditingkatkan. Dalam pada itu, belajar dan

memahirkan diri dengan penggunaan teknologi digital juga dapat membantu

meningkatkan produktiviti.

Encik Azman dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat ingin mengetahui hasrat YAB

Tun terhadap barisan kepimpinan sedia ada bagi mencapai hasrat murni ke arah

melahirkan negara maju pada masa akan datang. YAB Perdana Menteri menjelaskan

bahawa setiap menteri mempunyai niat yang baik tetapi mereka turut berhadapan

dengan kekangan. Oleh itu, mereka perlu belajar dan menjalinkan hubungan

kerjasama dengan pegawai awam supaya semua urusan dapat berjalan dengan lebih

mudah. Selain itu, para menteri dan setiap pegawai awam perlu meningkatkan

pengetahuan serta keupayaan untuk memantapkan urusan pentadbiran negara.

Beliau turut menyatakan bahawa sudah memadai sekiranya anggota pentadbirannya

mampu mencapai 50% daripada sasaran ditetapkan.

Page 18: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

14

YAB Perdana Menteri turut berkongsikan idea bagi menambahbaik dan

memperbetulkan sistem pendidikan negara bagi menjawab pertanyaan YBrs. Dr.

Hanizah Binti Hamzah dari Kementerian Pendidikan Malaysia. YAB Perdana

Menteri menyatakan peranan guru sangat penting untuk memberi ilmu kepada murid.

Oleh itu, negara memerlukan guru terbaik supaya dapat melahirkan murid yang

cemerlang. Namun begitu, semua sedia maklum bahawa jumlah guru yang terbaik

adalah terhad dan tidak semua murid berpeluang untuk diajar oleh guru yang terbaik.

Tetapi dengan kepesatan teknologi masa kini, peluang setiap murid diajar oleh guru

terbaik bukan suatu yang mustahil. Beliau memberi pandangan supaya kaedah dan

cara pengajaran yang disampaikan oleh guru terbaik direkodkan dan dimainkan

semula di seluruh sekolah dengan kemudahan teknologi digital. Dengan pendekatan

ini, semua murid walau dimana mereka berada akan mendapat peluang sama rata

untuk diajar oleh guru yang terbaik. Sementara itu, guru kelas berperanan untuk

memberi panduan dan bantuan kepada murid ketika sesi pembelajaran. Pendekatan

ini juga membolehkan guru kelas meningkatkan pengetahuan serta menimba

pengalaman bagaimana untuk melaksanakan kaedah terbaik ketika mengajar.

YAB Perdana Menteri turut menyarankan supaya sistem pendidikan turut memberi

penumpuan kepada subjek-subjek lain di samping subjek pendidikan agama. Ini

adalah kerana kita juga perlu untuk menguasai ilmu-ilmu lain jika ingin terus maju ke

hadapan. Kegagalan untuk menguasai pelbagai ilmu akan menyebabkan kita

tertinggal dan dipandang rendah oleh pihak lain. Beliau juga berpesan supaya

mendidik anak murid dengan sebaiknya agar mereka menjadi seorang yang berilmu

dengan pegangan moral yang tinggi.

Soalan kelapan dibangkitkan oleh Encik Joanis Muda dari Jabatan Mineral &

Geosains, Negeri Sembilan, beliau bertanyakan sama ada Kerajaan akan melihat

semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) bagi mengembalikan semula Sabah dan

Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dalam Persekutuan Malaysia. YAB

Perdana Menteri memaklumkan apabila Malaysia dibentuk melalui Perjanjian

Malaysia 1963, hasil gabungan daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan

Sarawak, serta Singapura (ketika itu). Bagaimanapun, pindaan Perlembagaan pada

1976 menyenaraikan Sabah dan Sarawak termasuk dalam negeri Persekutuan

sehingga sekarang. Perkara ini telah mendapat tentangan dari Sabah dan Sarawak

Page 19: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

15

yang mahukan status mereka dikembalikan sebagai rakan sekutu seperti termaktub

di dalam MA63. Oleh itu, apabila Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, kerajaan

telah membuat pindaan terhadap perlembagaan persekutuan bagi mengembalikan

status asal Sabah dan Sarawak. Malangnya pindaan ini gagal diluluskan di Dewan

Rakyat dan antara yang tidak bersetuju termasuklah ahli parlimen dari Sarawak.

Sehubungan itu, Kerajaan perlu mengkaji semula mengapa Sarawak tidak bersetuju

dengan pindaan berkenaan. Mungkin terdapat tuntutan lain yang boleh

dipertimbangkan sekiranya memberi manfaat kepada negara.

Sesi Dialog YAB Perdana Menteri kepada pegawai awam

Encik Fadlun bin Munawar dari SUK Negeri Sembilan berhasrat untuk

mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut dari YAB Perdana Menteri berkenaan

komitmen pegawai awam dalam melaksanakan tugas dengan tegas dan taat setia

tetapi pada masa sama bersikap neutral. YAB Perdana Menteri menyatakan perkara

ini tidak begitu susah. Sebelum itu, pegawai awam perlu menerima hakikat bahawa

mereka perlu melaksanakan arahan dari Kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Sudah

pasti arahan berkenaan adalah untuk kebaikan negara dan perlu dilaksanakan

dengan segera. Namun, jika pegawai merasa ragu tentang arahan yang diterima,

Page 20: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

16

pegawai hendaklah bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut. Namun, sekiranya

arahan yang diterima secara terang-terangan menyalahi undang-undang, maka

arahan tersebut tidak perlu dipatuhi. Oleh itu, pegawai dinasihatkan untuk

melaksanakan arahan selagi tidak menyalahi undang-undang. Di samping itu,

pegawai hendaklah sentiasa bersikap neutral, iaitu tidak memihak kepada mana-

mana pihak ketika menjalankan tugas.

Puan Eizan Azura binti Zainudin dari Jabatan Perkhidmatan Awam turut

mengambil kesempatan untuk bertanyakan mengenai pendekatan yang sesuai untuk

menangani isu penyebaran berita palsu (fake news) tanpa menjejaskan freedom of

speech. YAB Perdana Menteri menyatakan Kerajaan terdahulu memperkenalkan

undang-undang berita palsu bagi menyekat penyebaran berita tidak benar. Namun,

beliau percaya kepada kewarasan rakyat yang mampu menyaring dan dapat

membezakan antara berita yang benar dan yang palsu. Oleh itu, pada masa ini tiada

keperluan untuk kerajaan memperkenalkan undang-undang berita palsu. Dalam pada

itu, beliau mengingatkan bahawa freedom of speech juga mesti ada hadnya,

dilaksanakan secara beradab dan tanpa menimbulkan kemarahan orang lain seperti

berbicara tanpa perlu memaki hamun. Setiap individu perlu bercakap benar, isu yang

dibincangkan masuk akal dan munasabah. Beliau yakin dengan kebolehan dan

kewarasan individu dalam menapis sesuatu berita yang sampai kepadanya walaupun

kadangkala sukar untuk menilainya.

Terdapat juga pertanyaan yang berkaitan dengan pengamalan nilai-nilai integriti dan

pelaksanaan semula budaya kerja yang dahulu seperti fail meja dan manual prosedur

kerja dapat meningkatkan nilai-nilai murni. YAB Perdana Menteri memaklumkan

bahawa Kerajaan pada suatu masa dulu ada memperkenalkan nilai-nilai murni melalui

slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Antara tiga sifat yang diperkenalkan, sifat amanah

adalah yang paling penting kerana bangsa yang mempunyai sifat amanah akan

sentiasa dipercayai. Sementara itu, sifat tidak amanah hanya menimbulkan banyak

masalah. Beliau juga menyatakan jika kita mempunyai ketiga-tiga sifat ini, hasil kerja

menjadi lebih baik dan pencapaian negara akan lebih maju berbanding negara China,

Jepun dan Eropah.

Page 21: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

17

Pertanyaan terakhir yang dibangkitkan oleh Puan Dinatra binti Mohd Saat dari

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat adalah berkaitan

dengan pendirian Kerajaan hari ini dalam menilai dan melihat sumbangan wanita

dalam pentadbiran negara. YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa kedudukan

wanita di dalam Kerajaan semakin menyerlah. Namun perkara ini tidak berlaku

dengan sekelip mata malah mengambil masa dan berperingkat. Beliau mengimbau

ketika mula memasuki universiti dahulu di mana hanya terdapat seorang wanita

sahaja yang berjaya memasukinya iaitu isteri beliau. Namun sekarang populasi wanita

di institusi pengajian tinggi mencecah sehingga 60%. Sementara itu, pencapaian dan

sumbangan mereka sangat menakjubkan. Mereka berjaya menjawat pelbagai jawatan

yang dahulunya didominasi golongan lelaki seperti anggota kabinet, juruterbang

pesawat tempur dan menganggotai pasukan keselamatan. Beliau turut menjelaskan

sebenarnya untuk memegang sesuatu jawatan di dalam kerajaan, tidak bergantung

kepada gender tetapi lebih bergantung kepada kebolehan dan keupayaan individu

terbabit untuk memegang jawatan tersebut. Beliau juga berpandangan layanan yang

diterima oleh golongan wanita di Malaysia adalah lebih baik berbanding di sesetengah

negara luar seperti Afghanistan dan Arab Saudi. Beliau turut mengingatkan agar kita

jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat yang memperjuangkan hak sama rata

antara jantina. Ini adalah kerana Allah menjadikan lelaki dan wanita dengan kelebihan

masing-masing dan saling melengkapi. Maka, beliau menasihati agar kita perlu

mempertahankan identiti kita dan nilai-nilai dalam agama adalah sebaik-baik nilai

yang perlu diikuti.

Dengan menjawab pertanyaan akhir berkenaan, sesi dialog berkenaan tersebut

diakhiri dengan juru acara menjemput para pegawai yang hadir untuk mengambil

tempat bagi sesi fotografi bersama YAB Perdana Menteri.

Page 22: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

18

SESI PERKONGSIAN YBHG. DATUK SERI KETUA SETIAUSAHA NEGARA

BERSAMA-SAMA PEGAWAI KERAJAAN

Kata-kata Aluan

YBhg. Datuk Seri KSN mengucapkan salam dan selamat datang kepada hadirin ke

program pagi ini. Sementara menanti kehadiran YAB PM dan masih terdapat masa

yang terluang, beliau mengambil inisiatif untuk menyampaikan amanat kepada para

hadirin.

Ucapan aluan oleh Ketua Setiausaha Negara kepada para hadirin

Ekspektasi / Pengharapan Kerajaan Baru

Di awal sesi amanat, YBhg. Datuk Seri KSN menyatakan Malaysia telah diterajui oleh

sebuah Kerajaan baharu hasil dari keputusan pilihanraya umum yang lalu. Oleh itu,

setiap pegawai awam perlu menyesuaikan diri dengan cara kerja Kerajaan baharu.

Pegawai juga hendaklah bersifat berkecuali dan impartial di samping bijak dan tidak

melibatkan diri dalam politik semasa melaksanakan tugas. Namun, pada masa sama

pegawai perlu mengambil tahu semua perkara yang berlaku di sekeliling mereka

termasuk hal-hal yang melibatkan politik. Kita juga dikehendaki melaksanakan tugas

dengan jujur dan amanah serta elakkan unsur-unsur rasuah dalam pelaksanaan

Page 23: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

19

tugas. Kita perlu belajar dan mengambil iktibar dari negara-negara maju seperti Jepun,

Australia dan Korea di mana perkhidmatan awam kekal utuh dan efisyen dalam

memberikan perkhidmatannya kepada rakyat walaupun Kerajaan yang memerintah

kerap berubah. Beliau menasihati

supaya setiap pegawai berani

untuk melaksanakan keputusan

yang telah dipersetujui untuk

dilaksanakan termasuklah

keputusan-keputusan yang dibuat

sebelum pilihanraya yang lalu. Ini

disebabkan masih terdapat

pegawai yang teragak-agak untuk

melaksanakan keputusan, mengakibatkan berlaku kelewatan yang tidak sepatutnya

sehingga menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat. Beliau juga menekankan agar

melaksanakan dengan segera keputusan yang telah dipersetujui kerana dapat

membuka peluang pekerjaan yang akan meningkatkan kuasa beli rakyat dan akhirnya

mampu menjana ekonomi negara.

Perkhidmatan Awam Yang Produktif

YBhg. Datuk Seri KSN mengambil maklum berkenaan dengan isu kenaikan serta

semakan gaji yang sering dibangkitkan oleh pegawai awam. Malah YAB Perdana

Menteri dan anggota kabinet juga menyedari akan hal ini. Beliau menjelaskan bahawa

isu gaji berkait rapat dengan produktiviti. Oleh itu, pegawai awam perlu bersegera dan

produktif dalam menjalankan tugas kerana perkhidmatan awam yang produktif akan

memberi kesan kepada peningkatan hasil Kerajaan. Apabila hasil Kerajaan

meningkat, maka isu-isu dalam perkhidmatan awam termasuk berkaitan dengan gaji

dapat ditambahbaik.

Tingkatkan Kemahiran Komunikasi

YBhg. Datuk Seri KSN menasihati pegawai awam supaya dapat meningkatkan

kemahiran komunikasi. Melalui komunikasi yang berkesan, idea dapat dikongsi dan

disampaikan kepada orang lain dengan lebih baik. Dalam pada itu, pegawai juga boleh

Page 24: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

20

mendapat idea dari orang lain bagi menjana idea-idea baharu. Oleh itu, pegawai

awam disarankan untuk terus mempertingkatkan kemahiran komunikasi termasuk

ketika berurusan dengan anggota pentadbiran yang baru. Di samping itu, beliau turut

menasihatkan pegawai awam dapat menguasai kemahiran mendengar dan

meningkatkan amalan membaca untuk menambah ilmu.

Kebajikan Penjawat Awam Terus Terpelihara

Beliau turut menekankan bahawa Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan pegawai

awam. Oleh itu, banyak elaun dan kemudahan diperkenalkan oleh Kerajaan.

Berkenaan dengan isu pengurangan kakitangan awam, beliau menjelaskan bahawa

Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan penjawat awam tanpa

alasan yang munasabah. Pendekatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan pada hari ini

ialah untuk merasionalisasikan perkhidmatan awam supaya setiap agensi dapat

memainkan peranan dengan lebih lancar, mengoptimumkan penggunaan sumber

manusia dan mengelakkan pertindihan fungsi antara agensi. Walau bagaimanapun,

beliau tidak menyangkal bahawa pengurangan jumlah pegawai awam

berkemungkinan berlaku pada masa hadapan dengan memanfaatkan kemajuan

teknologi dan penggunaan big data secara berleluasa sehingga menyebabkan banyak

perkhidmatan boleh dilaksanakan secara dalam talian (online).

SESI DIALOG BERSAMA YBHG. DATUK SERI KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Terdapat empat (4) soalan yang dibangkitkan semasa berlangsungnya sesi dialog

bersama YBhg. Datuk Seri KSN. Soalan pertama dibangkitkan oleh Tuan Haji Ahmad

Sukri bin Jusoh dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang berkaitan

dengan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek yang telah diluluskan sebelum PRU

14 juga disebabkan projek-projek berkenaan telah dipusatkan di peringkat

Persekutuan. Beliau turut memohon penjelasan berkenaan dengan kenyataan yang

dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bangi bahawa Kerajaan akan meneruskan proses

‘pembersihan’ dalam perkhidmatan awam. YBhg. Datuk Seri KSN memaklumkan

bahawa setahu beliau, tiada peraturan atau pekeliling baharu yang menyatakan

semua projek yang telah diluluskan sebelum PRU 14 perlu diselaraskan di peringkat

pusat. Walau bagaimanapun, beliau akan menyemak perkara tersebut. Sementara

Page 25: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

21

itu, berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bangi, beliau

menegaskan bahawa proses pemutihan boleh dilaksanakan dalam apa-apa keadaan

tetapi bukan ditujukan khusus untuk menjatuhkan kredibiliti perkhidmatan awam.

Proses pemutihan dilaksanakan supaya pentadbiran awam kekal berintegriti dan

bebas dari unsur rasuah. Oleh itu, sekiranya terdapat isu integriti dan rasuah di

kalangan pegawai awam, perkara ini akan disiasat sebaiknya agar perkhidmatan

awam dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Namun, beliau akur

bahawa kenyataan seperti ini tidak perlu diulangi sehingga menimbulkan keresahan

pelbagai pihak.

Soalan kedua yang dibangkitkan oleh YBrs. Dr. Hanizah binti Hamzah dari

Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berkenaan pusingan kerja untuk pegawai

merupakan satu usaha yang baik bagi mendedahkan pegawai dengan cabaran dan

pengalaman baharu. Namun, beliau berpandangan inisiatif ini hanya sesuai untuk

pegawai junior sahaja dan masih belum menemui bidang kepakarannya. Beliau

berpandangan bagi pegawai senior dan telah menjadi pakar dalam sesuatu bidang,

pusingan kerja tidak diperlukan dan patut dielakkan kerana akan menyebabkan

urusan kerja terjejas, hilang kepakaran dan pegawai memerlukan masa untuk

menyesuaikan diri dengan tugasan baharu. YBhg. Datuk Seri KSN memaklumkan

bahawa urusan pertukaran pegawai dan pusingan kerja merupakan peraturan sedia

ada yang dilaksanakan oleh Kerajaan supaya pegawai mendapat ilmu dan

pengalaman baharu. Pendedahan dengan pelbagai persekitaran kerja sebenarnya

memberi manfaat kepada pegawai terutamanya apabila mereka dinaikkan pangkat

kelak. Di samping itu, pertukaran dan pusingan kerja dapat mengelakkan pegawai dari

terdedah dengan perkara-perkara negatif terutamanya apabila mereka mengisi

jawatan-jawatan yang sensitif. Beliau tidak menafikan pegawai yang duduk di sesuatu

jawatan dalam tempoh yang lama akan menjadikan mereka lebih cekap,

berpengalaman dan dapat memberi sumbangan yang positif kepada jabatan. Namun,

kejayaan sesebuah jabatan bukan hanya bergantung kepada kepakaran seseorang

individu semata-mata, tetapi hasil kerjasama semua pihak. Oleh itu, beliau

menasihatkan para pegawai supaya akur untuk berpindah sekiranya mendapat

arahan pertukaran dan mengelakkan dari menggunakan kuasa-kuasa luar bagi

menghalang sesuatu pertukaran.

Page 26: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

22

Encik Salim bin Md Osman dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan

Wilayah memaklumkan bahawa program-program engagement seperti Majlis

perjumpaan ini perlu diteruskan untuk memastikan komunikasi dua hala antara

anggota pentadbiran dan pegawai awam dapat terus ditingkatkan. Di samping itu,

beliau turut berpandangan bahawa bukan semua perkara perlu dipolitikkan sehingga

menjejaskan perkhidmatan. YBhg. Datuk Seri KSN menjelaskan supaya setiap

pegawai awam dapat memaklumkan kepada pihak pengurusan tertinggi di

kementerian/jabatan/agensi di mana mereka bertugas jika terdapat campur tangan

politik dalam melaksanakan tugas. Sekiranya pegawai takut atau enggan

memaklumkan, ini akan menimbulkan lebih banyak masalah dalam pentadbiran

Kerajaan.

Soalan terakhir sesi ini dibangkitkan oleh Encik Abdul Basit bin Abdul Latif dari

Kementerian Wilayah Persekutuan, beliau memohon supaya pegawai yang berasal

dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang bertugas di

Semenanjung turut mendapat kemudahan elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kerana

pada pandangan beliau tujuan pemberian elaun COLA adalah berbeza dengan

pemberian elaun Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Pengarah Bahagian Saraan JPA

menjelaskan bahawa semangat pemberian elaun BIW adalah sama dengan

semangat pemberian elaun COLA iaitu untuk meningkatkan kesejahteraan dan

kebajikan pegawai. Oleh itu, pegawai yang telah menerima elaun BIW tidak akan

menerima elaun COLA dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu tiada pegawai yang layak

untuk menerima kedua-dua elaun berkenaan.

Page 27: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

23

PENUTUP

Program ini ditangguhkan pada jam 1.00 petang dan sesi fotografi telah diadakan

bersama YAB Perdana Menteri bersama-sama pegawai Kerajaan yang hadir sebelum

majlis bersurai.

Sesi fotografi YAB Perdana Menteri bersama-sama para hadirin

Page 28: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

24

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERJUMPAAN PEGAWAI - PEGAWAI KERAJAAN BERSAMA-SAMA YAB PERDANA MENTERI

YAB Perdana Menteri melambaikan tangan kepada para hadirin sebelum meninggalkan majlis

YAB Perdana Menteri melayani pertanyaan dari petugas media sebelum meninggalkan majlis

Page 29: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

25

BILANGAN KEHADIRAN

a) KEMENTERIAN

Bil. Kementerian Kehadiran

1. Jabatan Perdana Menteri 147

2. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 20

3. Kementerian Dalam Negeri 22

4. Kementerian Kewangan 55

5. Kementerian Pertahanan 24

6. Kementerian Pendidikan 77

7. Kementerian Kemajuan Luar Bandar 67

8. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi 21

9. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 31

10. Kementerian Pengangkutan 38

11. Kementerian Komunikasi dan Multimedia 14

12. Kementerian Sumber Manusia 18

13. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 65

14. Kementerian Kesihatan 28

15. Kementerian Belia dan Sukan 22

16. Kementerian Pembangunan Usahawan 23

17. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli 43

18. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

11

19. Kementerian Kerja Raya 6

20. Kementerian Luar Negeri 26

21. Kementerian Industri Utama 11

22. Kementerian Tenaga, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

8

23. Kementerian Wilayah Persekutuan 19

24. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 25

25. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya 27

Jumlah

848

Page 30: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

26

b) PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

Bil. SUK Kehadiran

1. SUK Sarawak 8

2. SUK Kelantan 2

3. SUK Perlis 3

4. SUK Terengganu 7

5. SUK Kedah 6

6. SUK Melaka 5

7. SUK Perak 22

8. SUK Negeri Sembilan 6

9. SUK Pulau Pinang 22

10. SUK Pahang 12

11. SUK Selangor 32

12. SUK Johor 33

Jumlah 158

JUMLAH KESELURUHAN 1006

Page 31: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

27

ATUR CARA PROGRAM MAJLIS PERJUMPAAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN

BERSAMA-SAMA YAB PERDANA MENTERI 30 APRIL 2019 (10.00 PAGI)

PUSPANITAPURI, DEWAN SERI ENDON, PUTRAJAYA

MASA ATUR CARA

10.00 pagi Ketibaan dan pendaftaran peserta

11.20 pagi Ketibaan YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar Ketua Setiausaha Negara

11.30 pagi Ketibaan YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia

11.35 pagi Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Malaysia Bersih

11.40 pagi Bacaan Doa

11.45 pagi Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar Ketua Setiausaha Negara

11.50 pagi Ucaptama oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia

12.10 tengah hari

Sesi Soal Jawab

1.00 petang Sesi Bergambar Majlis Tamat dan Bersurai

Page 32: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

28

LIPUTAN MEDIA BERKAITAN MAJLIS PERJUMPAAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN

BERSAMA-SAMA YAB PERDANA MENTERI

Media cetak

Siaran Media JPA berkenaan Majlis Perjumpaan Pegawai - Pegawai Kerajaan Bersama-sama YAB Perdana Menteri.

Page 33: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

29

Keratan Akhbar Dari Pelbagai Agensi Berita Yang Melaporkan Majlis Perjumpaan Pegawai - Pegawai Kerajaan Bersama-sama YAB Perdana Menteri.

Page 34: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

30

Page 35: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

31

Page 36: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

32

Page 37: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

33

Liputan program di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam dan Laman Web Pejabat Perdana Menteri

Page 38: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perjumpaan Pegawai - Pegawai Kerajaan Bersama-sama

YAB Perdana Menteri.

Anjuran Bersama:

Pejabat Perdana Menteri Pejabat Ketua Setiausaha Negara

Jabatan Perkhidmatan Awam

PENGHARGAAN

Page 39: PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI ASPIRASI NEGARA

Anjuran Bersama:

Pejabat Perdana MenteriPejabat Ketua Setiausaha Negara

Jabatan Perkhidmatan Awam