aspirasi pekerjaan pelajar kejuruteraan sekolah...

7
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(1): 53-59 (2004) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Aspirasi Pekerjaan Pelajar Kejuruteraan Sekolah Teknik ZAKARIA KASA & AB. RAlllM BAKAR Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia Kata kunci: Aspirasi ketjaya, panduan ketjaya, pembangunan ketjaya, ketjaya dalam kejuruteraan, pendidikan teknikal dan vokasional ABSTRAK Aspirasi kerjaya adalah satu aspek penting dalam kehidupan seseorang yang boleh mempengaruhi kemajuan kerjayanya. Aspirasi kerjaya boleh menjadi daya penarik kepada pelajar sekolah untuk menceburi sesuatu pekerjaan. Satu kajian deskriptif dijalankan untuk mengenal pasti aspirasi kerjaya pelajar bidang kejuruteraan di sekolah menengah teknik di Semenanjung Malaysia. Sejumlah 1,123 pelajar Tingkatan Empat dipilih sebagai sam pel kajian. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Dapatan menunjukkan kebanyakan pelajar perempuan memasuki bidang kejuruteraan awam dan binaan, manakala kebanyakan pelajar lelaki memasuki bidang kejuruteraan elektrikal dan mekanikal. Majoriti responden menyatakan mereka memilih bidang pengajian kerana minat. Walaupun responden memasuki bidang kejuruteraan, hanya separuh daripada mereka bercita-cita menjadi jurutera, manakala yang lain telah memilih pelbagai jenis pekerjaan lain selain jurutera. Justeru itu, adalah dicadangkan agar usaha perlu dilaksanakan untuk menarik lebih banyak pelajar berminat untuk jurutera, terutama di kalangan mereka yang mengikuti bidang kejuruteraan. Ini boleh dilakukan dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan bidang mereka. ABSTRACT Career aspiration is an important aspect in a person's life that can influence his or her career development. Career aspirations can become a motivating force to school students to get involved in certain kinds of jobs. A descriptive study was conducted to identify the career aspirations of engineering students in the secondary technical schools in Peninsular Malaysia. A total of 1,123 Form Four students was chosen as research sample. Questionnaires were used to collect the data. The findings showed that many female students were enrolled in the fields of civil and construction engineering, whereas many male students were enrolled in the fields of electrical and mechanical engineering. A majority of the respondents said that they had chosen their fields of study because of their interests. Though even the respondents enrolled in the fields of engineering, only one half of them had the ambition to become engineers, whereas the others had chosen other kinds of jobs besides engineers. As a result, it was suggested that efforts should be made to attract more students to be interested in becoming engineers, especially among those enrolled in the field of engineering. This could be done by exposing them to various kinds of jobs that were related to their fields of study. PENGENALAN Aspirasi adalah satu faktor penting yang menentukan sesuatu pencapaian dalam hidup seseorang (Gottfredson 1981). Pencapaian dalam bidang pendidikan pula sebagaimana yang dinyatakan oleh Wolffe (1985) adalah suatu nilai yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Walberge (1989) berpendapat aspirasi adalah panduan kepada pelajar tentang apa yang akan mereka pelajari di sekolah, bagaimana mereka menyediakan diri untuk menjadi orang dewasa dan seterusnya mencapai sesuatu yang dihajati. Malaysia adalah sebuah negara membangun yang bercadang menjadi sebuah negara maju

Upload: buikhue

Post on 08-Mar-2019

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(1): 53-59 (2004) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Aspirasi Pekerjaan Pelajar Kejuruteraan Sekolah~enengah Teknik

ZAKARIA KASA & AB. RAlllM BAKARFakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Kata kunci: Aspirasi ketjaya, panduan ketjaya, pembangunan ketjaya, ketjaya dalam kejuruteraan,pendidikan teknikal dan vokasional

ABSTRAK

Aspirasi kerjaya adalah satu aspek penting dalam kehidupan seseorang yang boleh mempengaruhikemajuan kerjayanya. Aspirasi kerjaya boleh menjadi daya penarik kepada pelajar sekolah untukmenceburi sesuatu pekerjaan. Satu kajian deskriptif dijalankan untuk mengenal pasti aspirasikerjaya pelajar bidang kejuruteraan di sekolah menengah teknik di Semenanjung Malaysia.Sejumlah 1,123 pelajar Tingkatan Empat dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik digunakanuntuk mengumpul data. Dapatan menunjukkan kebanyakan pelajar perempuan memasukibidang kejuruteraan awam dan binaan, manakala kebanyakan pelajar lelaki memasuki bidangkejuruteraan elektrikal dan mekanikal. Majoriti responden menyatakan mereka memilih bidangpengajian kerana minat. Walaupun responden memasuki bidang kejuruteraan, hanya separuhdaripada mereka bercita-cita menjadi jurutera, manakala yang lain telah memilih pelbagai jenispekerjaan lain selain jurutera. Justeru itu, adalah dicadangkan agar usaha perlu dilaksanakanuntuk menarik lebih banyak pelajar berminat untuk me~adi jurutera, terutama di kalanganmereka yang mengikuti bidang kejuruteraan. Ini boleh dilakukan dengan mendedahkan merekakepada pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan bidang peng~ian mereka.

ABSTRACT

Career aspiration is an important aspect in a person's life that can influence his or her careerdevelopment. Career aspirations can become a motivating force to school students to get involvedin certain kinds of jobs. A descriptive study was conducted to identify the career aspirations ofengineering students in the secondary technical schools in Peninsular Malaysia. A total of 1,123Form Four students was chosen as research sample. Questionnaires were used to collect the data.The findings showed that many female students were enrolled in the fields of civil andconstruction engineering, whereas many male students were enrolled in the fields of electricaland mechanical engineering. A majority of the respondents said that they had chosen their fieldsof study because of their interests. Though even the respondents enrolled in the fields ofengineering, only one half of them had the ambition to become engineers, whereas the othershad chosen other kinds ofjobs besides engineers. As a result, it was suggested that efforts shouldbe made to attract more students to be interested in becoming engineers, especially among thoseenrolled in the field of engineering. This could be done by exposing them to various kinds ofjobsthat were related to their fields of study.

PENGENALAN

Aspirasi adalah satu faktor penting yangmenentukan sesuatu pencapaian dalam hidupseseorang (Gottfredson 1981). Pencapaian dalambidang pendidikan pula sebagaimana yangdinyatakan oleh Wolffe (1985) adalah suatu nilaiyang amat penting dalam sesebuah masyarakat.

Walberge (1989) berpendapat aspirasi adalahpanduan kepada pelajar tentang apa yang akanmereka pelajari di sekolah, bagaimana merekamenyediakan diri untuk menjadi orang dewasadan seterusnya mencapai sesuatu yang dihajati.

Malaysia adalah sebuah negara membangunyang bercadang menjadi sebuah negara maju

Zakaria Kasa & Ab. Rahim Bakar

menjelang 2020. Oleh itu ramai pekerja dalampelbagai bidang teknikal diperlukan Oadual 1).Berdasarkan unjuran Rancangan MalaysiaKelapan, negara kekurangan 52,915 jurutera dan117,715 pembantujurutera. Secara keseluruhan,bilangan graduan dalam bidang kejuruteraanyang diunjurkan daripada institusi pengajiantinggi tempatan menjelang 2005 ialah 163,079orang Oadual 2). Daripada unjuran ini, kitadapati negara masih kekurangan 65,235 tenagateknikal menjelang 2005. Kekurangan yangketara ialah dalam kategori pembantu jurutera.

Salah satu matlamat pendidikan teknikaldan vokasional ialah melahirkan bakal pekerjamengikut bidang pengajian yang mereka ikuti.Dari segi ekonomi, kejayaan sesuatu bidangpendidikan teknikal dan vokasional boleh diukurmengikut kejayaan penempatan pelajar di dalampekerjaan yang berkaitan dengan bidangpengajian yang diikuti. Jika sesuatu bidangteknikal dan vokasional itu dapat membentukpelajar yang akan menceburi pekerjaan yangberkaitan bidang pengajian, maka bidangpengajian berkenaan dianggap berkesan danberjaya, dan begitulah sebaliknya.

Pengukuran terhadap keberkesanan dankejayaan sesuatu bidang pengajian dalammelahirkan golongan pekerja dilakukan denganmenjumlahkan bilangan bekas pelajar yangbekerja dalam pekerjaan yang berkaitan denganbidang pengajian. lni dilakukan melalui kajian

'tracer' atau 'follow-up'. Bagaimanapun adakajian yang dilakukan dengan melihat kepadaaspirasi pekerjaan pelajar yang sedang mengikutisesuatu bidang pengajian semasa di sekolah. Jikaaspirasi pekerjaan mereka selaras dengan bidangpengajian yang diikuti, maka bidang peng~ian

berkenaan boleh dianggap berkesan dan berjayadalam melatih dan melahirkan pelajar beraspirasipekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajianmereka.

Kajian untuk melihat sejauh mana sesuatubidang pengajian berkesan dan berjaya dalammenghasilkan golongan pekerja yang berkaitanadalah penting dari segi ekonomi keranaperuntukan kewangan yang besar diperlukanuntuk melatih seorang bakal pekerja melaluisekolah menengah teknik. Jika kebanyakanpelajar dalam sesuatu bidang pengajian tidakberminat bekerja dalam pekerjaan yang berkaitandengan bidang pengajian mereka, maka usahauntuk melatih mereka dalam bidang yang merekatidak akan ceburi apabila bekerja adalah suatupembaziran dan segi masa dan kewangan. Malahsesuatu bidang pengajian teknikal atau vokasionalperlu menjustifikasikan kerelevanannya untukmelahirkan golongan pekerja yang dikehendaki.Jika tidak, bidang pengajian berkenaan perludihentikan atau diteruskan dengan modifikasiuntuk memastikan kerelevanannya dalammelahirkan golongan pekerja seperti yangdikehendaki.

JADUAL 1Keperluan tenaga teknikal menjelang 2005

Kategori KeIja Kedudukan pada Jangkaan Tambahan2002 keperluan pada 2005

Jurutera 55,485 108,400 52,915Pembantu jurutera 130,024 247,739 117,715

JUMLAH 185,509 356,139 170,630

JADUAL 2Unjuran bilangan pelajar kejuruteraan di institusi pengajian tinggi

awam tempatan menjelang 2005

Peringkat pengajian

IjazahDiploma

Sijil

JUMLAH

Bilangan

57,68442,87962,516

163,079

54 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004

Aspirasi PekeIjaan Pelajar Kejuruteraan Sekolah Menengah Teknik

OBJEKTIF

Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pastiaspirasi pekerjaan pelajar bidang kejuruteraandi sekolah menengah teknik di SemenanjungMalaysia. Secara khususnya, objektif kajian iniialah untuk: (l) meninjau aspirasi pekerjaanpelajar dalam bidang kejuruteraan di sekolahmenengah teknik, (2) mengenal pasti sarna adaterdapat hubungan yang signifikan antara aspirasipekerjaan pelajar dengan bidang pengajian yangmereka ikuti, dan (3) mengenal pasti sarna adaterdapat hubungan yang signifikan antara aspirasipekerjaan pelajar dengan minat mereka.

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk deskriptif-korelasi. Populasikajian terdiri daripada pelajar dalam bidangkejuruteraan di sekolah menengah teknik diSemenanjung Malaysia. Sampel kajian dipilihdengan menggunakan teknik persampelankelompok dengan pelajar di sekolah yang terpilihsebagai sampel dijadikan responden. Saizminimum sampel ditentukan denganmenggunakan formula Cochran (1977). Datayang diperoleh daripada Unit Data, BahagianPerancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan(BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia.Jumlah pelajar Tingkatan Empat di semuasekolah menengah teknik di SemenanjungMalaysia ialah 21,670 orang. Saiz minimumsampel yang diperlukan untuk kajian ini, setelahdikira dengan menggunakan formula Cochran,ialah 625 orang. Oleh kerana kajian inimenggunakan teknik persampelan kelompok,sebanyak sebelas buah sekolah telah dipilih secararawak dan semua pelajar Tingkatan Empat disekolah terpilih itu dijadikan sampel kajian. Inimenjadikan jumlah pelajar yang dijadikan sebagaisampel kajian ialah 1,219 orang.

Data dikumpulkan dengan menggunakansoal selidik yang mengandungi soalanbertanyakan latar belakang responden danaspirasi pekerjaan mereka. Soal selidik telahdiberikan kepada panel pakar yang terdiridaripada pensyarah dan guru sekolah untukmeneliti dan memberi komen ke atas soalanyang telah dibentuk. Maklum balas panel pakartelah diambil kira dalam mengkaji semula soalandalam soal selidik sebelum diedarkan kepadaresponden. Pengumpulan data dilakukan denganpenyelidik mentadbir sendiri soal selidik kepadapelajar di sekolah-sekolah yang terlibat. Datayang dikumpul dianalisis dengan menggunakan

perisian SPSS. Data deskriptif dianalisis denganmenggunakan statistik deskriptif sepertikekerapan dan peratusan. Manakala statistikinferensi digunakan untuk menganalisishubungan antara pemboleh ubah.

DAPATAN KAJIAN

Daripada saiz sampel1,219 pelajar, di 11 sekolahyang dipilih secara rawak, sebanyak 1,123 pelajar(92.1 %) telah mengembalikan soal selidik untukdianalisis. Daripadajumlah tersebut, 822 (73.2%)adalah pel<9ar lelaki dan 301 (26.8%) adalahpelajar perempuan. Jika ditinjau taburan jantinapelajar mengikut bidang pengajian, kebanyakanpelajar perempuan didapati mengikuti bidangkejuruteraan awam (63.8%) dan kejuruteraanbinaan (56.1 %). Pelajar lelaki pula didapatibanyak mengikuti bidang kejuruteraan elektrikal(81.9%) dan kejuruteraan mekanikal (87.5%).Majoriti responden berbangsa Melayu (97%).Sebanyak 41.9% responden berasal dari luarbandar, 32.6% dari bandar dan 25.6% dari pekankecil. Majoriti bapa (91.6%) dan ibu (96.6%)responden berpendidikan tertinggi sekurang­kurangnya peringkat Diploma.

Sebanyak 78% responden menyatakanmereka memilih bidang pengajian di sekolahmenengah teknik kerana minat, 16.6% atasnasihat ibu bapa atau ahli keluarga dan 2.6%atas nasihat rakan. Majoriti responden (96%)menyatakan mereka ingin meneruskan pengajianpada peringkat lebih tinggi setelah tamatpengajian di sekolah menengah teknik. Sebanyak71.3% responden tinggal di asrama, 24.9%tinggal bersama ibu bapa dan kurang 5 %menumpang di rumah rakan, menyewa rumahdan menumpang di rumah saudara-mara.Majoriti responden (77.6%) menyatakanpendapatan ibu bapa mereka kurang daripadaRM1,500.00 sebulan.

Pelajar yang mengikuti sesuatu bidangpengajian sepatutnya meminati atau mempunyaiaspirasi pekerjaan yang berkaitan dengan bidangpengajian. Dapatan kajian mendapati sebanyak56.2% responden bercita-eita menjadi juruteradalam pelbagai bidang, manakala 44.5% bercita­cita memilih pelbagai pekerjaan lain selainjurutera. Jika dianalisis dengan lebih mendalam,kajian mendapati sebanyak 76.9% respondenkejuruteraan mekanikal bercita-cita menjadijurutera dalam bidang pengajian mereka,berbanding responden daripada bidangkejuruteraan yang lain, seperti 42.3% responden

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004 55

Zakaria Kasa & Ab. Rahim Bakar

kejuruteraan awam, 47.1 % respondenkejuruteraan elektrikal dan 19.3% respondenkejuruteraan binaan (Jadual 3). Bagi respondenkejuruteraan binaan, sebanyak 47.3% bercita­cita menjadi arkitek. Begitu juga bagi respondenkejuruteraan awam, sebanyak 24.9% bercita-citamenjadi arkitek. Bagi responden kejuruteraanmekanikal, sebanyak 7.5% bercita-cita menjadijuruterbang. Ini jelas menunjukkan terdapathubungan yang signifikan antara bidangpengajian dengan aspirasi pekerjaan responden(Cramer's V = 0.45, P < 0.05).

Jika ditinjau sarna ada terdapat hubunganyang signifikan antara minat dengan aspirasipekerjaan responden, kajian mendapatihubungan yang signifikan wujud antara kedua­dua pemboleh ubah ini (Phi = 0.16, P < 0.05).Daripada 858 responden yang berminatmengikuti bidang pengajian kejuruteraan,sebanyak 59.2% bercita-cita menjadi jurutera.Sebaliknya, daripada 265 responden yangmenyatakan sebab lain selain minat yangmendorong mereka mengikuti bidang pengajianyang dipilih, 40.4% bercita-cita menjadijurutera(Jadual 4).

PERBINCANGAN

Powlette dan Young ( 1996) berpendapatkeputusan tentang pilihan kerjaya adalah suatuperkara yang amat penting bagi golongan remajaatau belia. Mereka juga menyatakan pilihankerjaya adalah suatu tugas utama yang remajaperlu lakukan dalam hidup mereka. Tugas iniakan memberikan kesan ke atas masa hadapanmereka. Oleh itu, adalah wajar bagi golonganpelajar membuat suatu pilihan kerjaya yangrealistik. N amun kajian oleh Conroy (1997) danEmpson dan Krahn (1992) menunjukkan bahawasering kali pilihan kerjaya pelajar adalah tidakrealistik. Kajian Ab. Rahim (2001) misalnyamendapati sebanyak 60% pelajar yang lemahdalam bidang sains dan matematik bercadangmelanjutkan pengajian dalam bidangkejuruteraan.

Dapatan kajian ini menunjukkan lebihkurang 56% sahaja pelajar dalam bidangkejuruteraan bercadang menjadi jurutera.Sebanyak lebih kurang 44% pelajar dalam bidangberkenaan bercadang mendapatkan pekerjaandalam bidang selain jurutera. Dapatan kajianAb. Rahim (2001) ke atas pelajar sekolah

Bidang pengajian

JADUAL 3Aspirasi pekerjaan responden mengikut bidang pengajian

Aspirasi Kerjaya Jumlah

Jurutera Lain

N % n % n %

Kejuruteraan awam 90 42.3 123 57.7 213 100Kejuruteraan binaan 11 i9.3 46 80.7 57 100Kejuruteraan e1ektrik 224 47.1 252 52.9 476 100Kejuruteraan mekanikal 290 76.9 87 23.1 377 100

Cramer's V = 0.45, P < 0.05

JADUAL 4Hubungan aspirasi pekerjaan dengan pendorong responden mengikuti bidang pengajian

Aspirasi Pekerjaan

JuruteraSelain JuruteraJumlah

Phi = 0.16, P < 0.05

56

Minat Selain Minat

n % n %

508 59.2 107 40.4350 40.8 158 59.6858 100 265 100

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004

Aspirasi Pekerjaan Pelajar Kejuruteraan Sekolah Menengah Teknik

menengah teknik mendapati hanya 42.2% sahajapelajar sekolah berkenaan bercadang memilihkejuruteraan sebagai keIjaya mereka. Dapatankedua-dua kajian ini jelas menunjukkan bahawaperatusan pelajar sekolah menengah teknik yangmengikuti bidang kejuruteraan yang inginmenjadi jurutera adalah rendah.

Dalam Rancangan Malaysia Kelapandinyatakan bahawa sistern sekolah menengahteknik akan menyediakan tenaga manusia terlatihdan merupakan penyalur utama pelajar keuniversiti teknikal. Atas sebab itu, enrolmenpelajar di sekolah menengah teknik dijangkameningkat menjadi 99,755 orang pada 2005,iaitu 10.8% daripada jumlah enrolmen pelajardi peringkat menengah atas dengan peruntukanlebih kurang satu bilion ringgit untuk tempohRancangan Malaysia Kelapan. Ini merupakanaspirasi negara yang berhasrat untuk melahirkantenaga keIja teknikal yang mencukupi. Hasratini mungkin tidak tercapai sekiranya bilanganpelajar yang bercadang menceburi pekeIjaandalam bidang kejuruteraan adalah rendahwalaupun mereka mengikuti bidang pengajianteknikal atau kejuruteraan semasa di sekolahmenengah teknik.

Memang terdapat ketidakselarasan antaraaspirasi pekeIjaan pelajar dengan aspirasi negara,dan keadaan ini boleh menjejaskan perancanganpembangunan negara. Di samping itu,ketidakselarasan ini akan menyebabkanpeningkatan kadar pengangguran seperti yangsedang dialami oleh lulusan institusi pengajiantinggi sekarang. Tidak dapat dinafikan bahawaketidakselarasan ini akan wujud sekiranyapekeIjaan yang ingin diceburi oleh pelajar tidakselari dengan bidang pengajian mereka. Arbonodan Novy (1991) menunjukkan bahawa terdapatlulusan institusi pengajian tinggi tidak mendapatpekeIjaan yang selaras dengan aspirasi mereka.Gottfredson dan Holland (1975) berpendapatketidakselarasan ini mungkin berpunca daripadapilihan pekeIjaan oleh pelajar yang tidak realistik.Keadaan ini berlaku mungkin akibat daripadaketidakpastian pelajar semasa membuatkeputusan mereka untuk menyarnbung pen~iandalam bidang kejuruteraan di sekolah menengahteknik. Ketidakpastian ini juga mungkin berlakudisebabkan oleh kekurangan maklumat tentangkelayakan akademik untuk meneruskanpengajian dalam bidang kejuruteraan padaperingkat universiti dan seterusnya menjadijurutera. Kekurangan maklumat keIjaya juga

boleh menyebabkan pelajar membuat pilihankerjaya yang tidak sesuai dengan bidangpengajian mereka. Maklumat keIjaya yang tepatadalah sesuatu yang amat penting bagi seseorangpelajar (Mau 1995). George (1990) berpendapatbahawa pelajar sepatutnya mendapat maklumatkeIjaya seawal-awalnya sejak mereka berada didalam tingkatan dua.

Tidak dapat dinafikan bahawa membuatkeputusan tentang keIjaya adalah satu tindakanyang perlu dilakukan oleh setiap pelajar. Pelajarmesti membuat keputusan sarna ada untukmenjurus dalam bidang teknikal, vokasional,pendidikan umum atau mengikuti programlatihan (U.S. Department of Labor 1992).Keputusan ini perlu dibuat oleh pelajar sarnaada mereka mendapat atau tidak mendapatbantuan daripada orang dewasa seperti gurudan ibu bapa. Daripada empat bidangkejuruteraan yang dikaji, hanya bidangkejuruteraan mekanikal mempunyai pelajar yangpaling banyak mempunyai aspirasi untuk menjadijurutera, manakala bagi bidang kejuruteraan lain,kecuali bidang kejuruteraan binaan, separuhdaripada pelajar masing-masing mempunyaiaspirasi pekerjaan sebagai jurutera.Bagaimanapun, hampir separuh pelajarkejuruteraan binaan mempunyai aspirasipekerjaan sebagai arkitek. Memang tidakdinafikan, bidang seni bina mempunyai kaitandengan bidang kejuruteraan binaan, tetapipersoalannya ialah jurutera binaan dan arkitekadalah dua jenis pekeIjaan yang berbeza. Apayang diajar dalam kurikulum kejuruteraan binaanmungkin tidak menepati sepenuhnya apa yangdiperlukan dalam bidang arkitek. Jika pelajardalam bidang kejuruteraan binaan memang inginmenjadi arkitek, maka bidang pengajian yangrelevan, iaitu bidang pengajian seni bina, perluditawarkan kepada kumpulan pelajar berkenaan.

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatianterhadap dapatan kajian ini ialah minat sebagaipendorong pelajar mengikuti sesuatu bidangpengajian kejuruteraan. Kajian mendapati lebihseparuh daripada pelajar yang mengikuti sesuatubidang pengajian di sekolah menengah teknikadalah kerana minat dan mempunyai aspirasipekeIjaan sebagai jurutera. Jika pekeIjaan yangdiaspirasikan itu selain jurutera, kebanyakanmereka memilih pekeIjaan yang menghampiribidang pengajian mereka, seperti pelajar dalambidang kejuruteraan binaan yang mempunyaiaspirasi pekerjaan sebagai arkitek. Keadaan

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004 57

Zakaria Kasa & Ab. Rahim Bakar

sebaliknya berlaku bagi pelajar yang mengikutisesuatu bidang pengajian atas sebab selain minat.Dapatan kajian ini menunjukkan hanya 40%daripada mereka mempunyai aspirasi pekeIjaansebagai jurutera, manakala selebihnya memilihpelbagai pekeIjaan lain yang tidak berkaitandengan bidang pengajian mereka seperti menjadidoktor perubatan, peguam, ahli perniagaan dansebagainya.

Kaunselor sekolah boleh memainkanperanan penting dalam mendedahkan kepadabidang keIjaya yang berkaitan dengan bidangpengajian yang diikuti oleh pelajar. Bloch (1996)danJenkins (1987) menyatakan salah satu tugaskaunselor sekolah ialah membekalkan maklumatdan bimbingan yang diperlukan oleh pelajaruntuk membuat pilihan yang wajar, sepertikeIjaya. Selain itu, Powlette dan Young (1996)menyatakan ahli teori perkembanganmenganggap pilihan pekeIjaan adalah satuproses yang berterusan. Oleh itu, pelajarsememangnya perlukan pengetahuan yangsecukupnya untuk membuat pilihan keIjaya

CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian di atas, cadanganberikut dikemukakan:1. Pihak sekolah perlu berusaha dengan lebih

bersungguh-sungguh untuk menanarn minatyang mendalarn di kalangan pelajar dalarnbidang kejuruteraan terhadap bidangpengajian mereka supaya lebih banyak dikalangan mereka mempunyai aspirasipekeIjaan sebagai jurutera selaras denganbidang pengajian mereka.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia perlusentiasa memantau kesesuaian kurikulumsesuatu bidang pengajian supaya selarasdengan perkembangan dalam bidangteknologi. Mana-mana bidang pengajianyang kurang relevan perlu diubahsuaikurikulumnya supaya dapat memenuhipermintaan tenaga mahir dalam sektorpekeIjaan negara.

3. Pelajar yang mengikuti bidang pengajianseperti kejuruteraan perlu didedahkankepada pelbagai jenis keIjaya yang berkaitandengan bidang pengajian mereka. Matlamatini boleh dicapai dengan mengadakanminggu kerjaya atau membawa pelajarmelawat tempat keIja yang berkaitan denganbidang pengajian mereka. Kaunselor sekolahboleh melaksanakan aktiviti ini.

4. Selain mendedahkan pel~arkepada peluangpekerjaan yang boleh mereka ceburi, pelc:Yarjuga perlu didedahkan kepada peluanguntuk meneruskan pengajian pada peringkatyang Iebih tinggi, terutama berkaitan denganbidang pengajian mereka.

5. Penyelidikan yang lebih mendalarn perludijalankan untuk meninjau sejauh manapengetahuan dan kemahiran yang dipelajarioleh pelajar dalarn sesuatu bidang pengc:Yiandi sekolah menengah teknik digunakansetelah tamat pengajian mereka. Matlarnatutama kajian ini ialah untukmenjustifikasikan kewajaran peruntukankewangan untuk penawaran bidangpengajian berkenaan.

6. Kajian juga perlu dijalankan untuk mengenalpasti sebab-sebab pelajar tidak berminatuntuk menceburi pekeIjaan dalam bidangkejUIUteraan sedangkan mereka sendiri yangmernilih untuk mengikuti bidang pengajiankejUIUteraan semasa di sekolah. Selain itu,kajianjuga perlu dijalankan untuk mengenalpasti sarna ada pencapaian akademik pelajardalarn mata pelajaran sains, teknikal danmatematik mempunyai hubungan denganrancangan keIjaya mereka.

7. Satu kajian juga perlu dijalankan untukmengenal pasti sebab kenapa tidak rarnaipelajar bukan Melayu yang mengikuti bidangpengc:Yian teknikal di sekolah menengahteknik.

RUJUKANAB. RAHIM BAKAR. 2001. Rancangan pendidikan dan

kerjaya pelajar sekolah menengah teknik.Laporan penyelidikan. Fakulti PengajianPendidikan, Universiti Putra Malaysia.

ARBONA, C. dan D. M. Now. 1975. Career aspirationsand expectations of Black, Mexican American,and White students. Career Development Quarterly39: 231 - 239.

BLOCH, D. P. 1996. Career development andworkforce preparation: educational policyversus school practice. The Career DevelopmentQuarterly 45: 20 - 40.

EMPSO , W. S. dan H. KRAHN. 1992. Unemploymentand occupational aspirations: a panel study ofhigh school graduates. Canadian Review ofSociology and Anthropology 29(1): 38 - 55.

58 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004

Aspirasi Pekerjaan Pelajar Kejuruteraan Sekolah Menengah Teknik

GEORGE, C. A. 1990. Course enrollment practices ofhigh school students in California. Sacramento,CA: California State Department of Education.ED317897.

GOTTFREDSON, L. S. 1981. Circumscription andcompromise: a development theory ofaspirations. Joumal of Counselling Psychology 28:545 - 579.

GoTIFREDSON, G. D. dan]. HOLLAND. 1975. Vocationalchoice of man and women: a comparison ofpredictors from the Self-Directed Search.Joumal of Counselling Psychology 22: 28 -34.

JENKINS, D. E. 1987. The challenge of the marketplace: implications for school counsellors.Joumal of Career Development 13(3): 57 - 62.

KERA]AAN MALAYSIA. 2001. Rancangan MalaysiaKelapan. Kuala Lumpur: Percetakan NasionalBerhad.

MAU, W.C. 1995. Educational planning andacademic achievement of middle schoolstudents: a racial and cultural comparison.Joumal of Counselling and Development 75(5):518 - 527.

POWLETTE, N. M. dan D. R. YOUNG. 1996. Career andother factors influencing postsecondarydecisions: survey of high school students inAlberta, Canada. Joumal of Technology Studies22(3): 30 - 37.

U.S. DEPARTMENT OF LABOR. 1992. Apprenticeship.Occupational Outlook Quarterly 35(4): 27 - 31.

TAN, E. 1998. Research on vocational behavior: theSingapore perspective. Joumal of VocationalBehavior 52: 323 - 342.

WALBERG, HJ. 1989. Students' aspirations: nationaland international perspectives. Research in RuralEducation 6(2): 1 - 9.

(Diterima: 22 Julai 2002)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004 59