bab 2 matlamat dan prinsip dasar kerajaan

33
MATLAMAT DAN PRINSIP DASAR KERAJAAN PPP6264 DASAR DAN PRAKTIS MOHD ASRI MOHD NOOR

Upload: jelita-kasih-adinda

Post on 29-Jan-2016

248 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

MATLAMAT DAN PRINSIP DASAR KERAJAANPPP6264 DASAR DAN PRAKTIS

MOHD ASRI MOHD NOOR

Page 2: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN• Di akhir kuliah, pelajar dapat:

• Mengenalpasti beberapa jenis matlamat dasar kerajaan.• Menjelaskan beberapa prinsip falsafah yang mempengaruhi

pembentukan dasar.

Page 3: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

PERBINCANGAN• Di dalam kumpulan masing-masing, sila bincangkan tajuk-

tajuk berikut:• Apakah matlamat dasar kerajaan?• Falsafah Islam• Konsep Gandhisme• Falsafah Confucianisme• Konsep Utilitarianisme• Bagaimanakah falsafah dan konsep di atas mempengaruhi

pembentukan dasar kerajaan?

Page 4: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

PENDAHULUAN• Matlamat unggul dasar adalah untuk kesejahteraan

masyarakat dan pembangunan negara.• Bersandar kepada beberapa perspektif falsafah dan

prinsip-prinsip pentadbiran awam – ini memastikan sistem pentadbiran kerajaan yang berprinsip, mengikut lunas kemanusiaan dan agama.

Page 5: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

DEFINISI DASAR AWAM• “Public Policy is whatever Governments choose to do or

not to do”.(Thomas R. Dye-Understanding Public Policy, 1975).

• Usaha Kerajaan menghadapi/ mengatasi masalah yang membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk kebajikan umum.

• Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan / mendapatkan hasil/ mencapai objektif.

Page 6: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

MATLAMAT KESEJAHTERAAN AWAM• Matlamat ialah satu gagasan idea tentang keadaan yang

ingin kita wujudkan sebagai satu realiti.• Matlamat merupakan beberapa keperluan berangkai yang

memerlukan usaha-usaha berangkai untuk memanifestasikannya.

• Contoh: matlamat pembangunan sosial – merangkumi pendidikan, seni budaya, kebajikan, prasarana asas.

Page 7: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

MATLAMAT UTAMA DASAR• Kesejahteraan dan pembangunan.• Kesejahteraan – satu nilai mutakhir/ideal yang penuh

nikmat kebagusan, kegembiraan, keharmonian pada diri dan alam.

• Kesejahteraan bersifat relatif - terletak pada individu.• Fungsi kerajaan – menjamin pencarian kesejahteraan

rakyat tidak terhalang dan tercapai.

Page 8: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

MATLAMAT UTAMA DASAR• Ada 2 polar utama manusia mencari kesejahteraan –

polar mencari keseronokan vs mengelak kesakitan.• Masyarakat mewujudkan mekanisme dan institusi untuk

mengatur kehidupan.• Mekanisme tersirat lebih berpengaruh berbanding

mekanisme formal – adat resam vs undang-undang.

Page 9: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

MATLAMAT PEMBANGUNAN MASYARAKAT• Pembangunan bermakna kemajuan tamadun dan budaya.• Manusia telah mengalami perubahan zaman dari zaman

batu zaman besi zaman gangsa zaman emas zaman arang batu zaman petroleum zaman silikon.

• Tamadun manusia bermula dengan tamadun MesirParsiMadyanIndiaCinaYunanRom KristianIslamEropahRusiaUS.

Page 10: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

PERSPEKTIF FALSAFAH DAN PRINSIP MASYARAKAT• Perspektif islamisme.• Gandhisme.• Konfusianisme.• Utilitarianisme.• Materialisme moden.• Setiap perspektif mempunyai kekuatan masing-masing

kerana ia merupakan penciptaan terbaik dalam konteks sesuatu zaman, tamadun dan masyarakat.

Page 11: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

FALSAFAH ISLAM• Islam berpaksi kepada tauhid – Allah sebagai Tuhan dan

Muhammad SAW sebagai Rasul.• Islam sebagai pembawa kesejahteraan kepada manusia

dan alam.• Manusia tertakluk kepada hukum Tuhan.• Konsep tauhid membuat manusia berfokus kepada Allah

sebagai sumber utama dalam menjalani kehidupan/kesejatheraan.

Page 12: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

ASAS KONSEP TAUHID

1) Tuhan itu satu – Allah sebagai pencipta dan pemerintah alam. Manusia sebagai pentadbir.

2) Tuhan wujud dengan sendiri – pencipta dan pemerintah mutlak.

3) Tuhan bersifat pengasih dan penyayang – rezeki, dosa, taubat, kemaafan.

4) Tuhan itu maha bijaksana – Allah sebagai penyelesai terbaik, ilmu menjadi tunjang kehidupan.

5) Tuhan itu hakim yang adil – konsep keadilan, pembalasan, ganjaran.

Page 13: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

KONSEP TAUHID ISLAM• Implikasi – manusia sentiasa mengharapkan rahmat dan

belas kasihan Tuhan dalam menjalankan pekerjaan dengan cara mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

• Tuhan sentiasa melihat perlakuan manusia dan pembalasan sewajar akan diberikan kepada setiap hambaNya.

Page 14: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

PRINSIP PENTING ISLAMISME1) Prinsip integrasi agama-politik. Agama sebagai asas

dalam berpolitik.2) Prinsip kepimpinan berakhlak – mengamal kebenaran,

keadilan, kebersihan, dedikasi, disiplin, ketegasan, keilmuan, dan ketakwaan.

3) Prinsip uniti sejagat – semua umat Islam bersaudara. Kesejahteraan sejagat.

4) Prinsip jujur dan amanah – untuk kesejahteraan individu dan masyarakat.

5) Prinsip menepati perjanjian – perjanjian perniagaan.6) Prinsip bersifat objektif – membuat keputusan

berdasarkan fakta benar.7) Prinsip inovatif – penggunaan akal.

Page 15: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

GANDHISME• Falsafah ahisma positif – bersandar pada nilai-nilai utama seperti kasih sayang, kebenaran, berani, murah hati.

• Berjuang untuk peraturan sosial yang bebas dari belenggu kapitalis dan kelas atasan.

• Menyokong kepada perburuhan kreatif untuk kemajuan ekonomi dan perindustrian.

• Gaji setimpal dengan kreativiti dan inovasi.• Menolak kepura-puraan dan kedayusan yang berlawanan dengan swaraj/keazaman diri manusia.

Page 16: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

GANDHISME• Perasaan selamat individu berpunca daripada kebebasan dari sifat tamak dan khayalan kosong.

• Perasaan selamat terpancar dalam persaudaraan kukuh dan semangat setia kawan – kesejahteraan masyarakat.

• Dendam rakyat timbul dari peminggiran harga diri di mata kelas elit – pemberontakan.

• Kemewahan dicapai dalam suasana demokratik.

Page 17: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

GANDHISME• Ahisma – menghormati hak-hak individu untuk hidup

sebagai warganegara dan hak kebebasan dalam memajukan diri.

• Maksim – ‘sayangi orang lain seperti anda menyayangi diri sendiri’.

• Prinsip ahisma – kebenaran, tidak mencuri, kasih sayang, persaudaraan sejagat, ketahanan diri.

Page 18: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

GANDHISME• Ganguli (1973) merumuskan perlakuan Gandhisme:

1)Kasih bermakna perakuan bersama dan kesatuan atas dasar sama rata, tanpa kehadiran kuasa dan dominasi.

2)Pengorbanan untuk mencapai hasrat murni dan tinggi.

3)Keadilan – tuntutan tanpa syarat kepada hak-hak insan dan kenegaraan.

4)Keberanian menempuh kesengsaraan untuk kebebasan.

Page 19: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

GANDHISME

5) Kelainan individu atas dasar saksama.

6) Keganasan dan peperangan adalah sisa-sisa tamadun jahil (barbarian).

7) Hidup menghampirkan diri kepada alam – penawar bagi penyakit dendam kerana terpinggir.

8) Sosialisme iaitu saling bergantungan untuk tujuan pembangunan dan penzahiran individu.

Page 20: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

GANDHISME• Pemimpin mesti berjiwa rakyat agar boleh bergaul dengan

rakyat dan menjadi teladan yang baik untuk rakyat.• Pemimpin berkhidmat untuk rakyat.

Page 21: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

FALSAFAH I CHING DAN KONFUSIANISME• Falsafah klasik ‘I Ching’ telah wujud 5000 tahun lalu.

• Telah dimantapkan oleh Conficius 600 tahun kemudian.

• Tujuan utama – mencapai tahap kebenaran dan kejelasan fikiran tentang kehidupan dan alam agar seseorang mempunyai sifat dan peribadi yang tekal, yang diperolehi melalui perseimbangan daya-daya yin (kreatif) dan yang (reaktif).

Page 22: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

FALSAFAH I CHING DAN KONFUSIANISME• Asas kepimpinan kerajaan:

1)Pemerintah mestilah berilmu pengetahuan tinggi dan berhemah tinggi.

2)Tidak bersifat kuku besi.

3)Fleksibel dalam menyelesaikan masalah awam.

4)Mengikut daya yin dan yang – mencapai keseimbangan diri dan kesejahteraan.

Page 23: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

RUMUSAN FALSAFAH I CHING

1) Berpegang kepada perkara asas dan ketepikan perkara remeh.

2) Berpeganglah kepada yang kekal abadi kerana kekuatan diri ada pada yang tidak musnah.

3) Kenali diri.

4) Fahami asas sesuatu tindakan dan kesanny.a

5) Meditasi untuk kebenaran.

6) Berpandu kepada cahaya di langit (tuhan).

7) Perkara yang tidak dapat ditanggap itulah bermakna – ketahui punca kekuatan.

8) Ramalan atau bayangan tersirat bagi mengubah nasib.

Page 24: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

RUMUSAN FALSAFAH I CHING9) NASIB MANUSIA DITENTUKAN OLEH TINGKAHLAKU KITA.

TUHAN BERSIFAT RAHMAN DAN RAHIM10) BERPEGANG KEPADA KEBENARAN11) KESEDERHANAAN SEBAHAGIAN HUKUM AZALI12) BERKREATIF UNTUK KEMAJUAN DIRI13) KETERATURAN BERMULA DENGAN NIAT YANG BETUL14) KEJUJURAN DAN MERENDAHKAN DIRI IALAH SIFAT-SIFAT

KEINDAHAN SEBENAR15) BERWASPADA, KETAHANAN DIRI DAN BERHEMAH MULIA16) PEMULAUAN BAGI MEMBAIKI HUBUNGAN YANG ROSAK17) KESEDARAN TINGGI TENTANG KEWUJUDAN KEJAHATAN18) MEMBUAT KEBAIKAN PADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN

Page 25: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

PRINSIP-PRINSIP KONFUSIANISME

1. Pembentukan peribadi budiman.

2. Berpegang kepada adat warisan.

3. Menepati perjanjian.

4. Menggunakan budi untuk mentadbir.

5. Memimpin menggunakan budi dan bukan undang-undang.

6. Pemimpin jujur.

7. Pemimpin yang bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab.

8. Bercakap benar.

9. Merancang dengan berhati-hati dan menyeluruh.

Page 26: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

PRINSIP-PRINSIP CONFUCIANISME

10. Percakapan yang boleh dipercayai.

11. Jujur dalam memerintah.

12. Berakhlak mulia asas perikemanusiaan.

13. Keadilan sebagai asas pekerjaan.

14. Menjaga kebajikan rakyat dan tidak membazir.

Page 27: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

UTILITARIANISME

• Dicetuskan oleh Jeremy Bentham, seorang tokoh undang-undang Inggeris.

• Falsafah pragmatik bagi menjamin keteraturan dan kesejahteraan masyarakat yang penuh dengan konflik.

• Asas falsafah – sesuatu dasar adalah pragmatik (baik) sekiranya menjamin ‘kegembiraan maksimum untuk sebilangan maksimum rakyat’.

Page 28: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

UTILITARIANISME• Kegembiraan dan keseronokan adalah matlamat hidup

manusia.• Jadi dasar perlu memelihara kegembiraan dan

keseronokan rakyat.• Penafian keseronokan dan kegembiraan merupakan

penindasan.

Page 29: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

UTILITARIANISME

• Menurut Mill (1962), kegembiraan manusia meliputi berbagai-bagai aspek iaitu:

1)Deria

2)Kekayaan

3)Kemahiran

4)Setia kawan

5)Kealiman

6)Nama baik

7)Kuasa

Page 30: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

UTILITARIANISME

8) Baik hati

9) Jahat hati

10) Ingatan

11) Imaginasi

12) Kepintaran

13) Jangkaan

14) Penglibatan

15) Kelegaan

Page 31: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

UTILITARINISME• Undang-undang dan peraturan menjadi garis rujukan

untuk mendapatkan kegembiraan atau mengekalkan kegembiraan dalam masyrakat.

• Tanpa undang-undang, maka tiada keamanan dan keteraturan- maka tiada kegembiraan.

Page 32: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

UTILITARIANISME• Kegembiraan mempunyai variannya iaitu sifat-sifat khas

seperti ketulenan, keamatan, pertempohan, ketekalan, kekerapan, dan kepastian.

• Rumusan – budaya kehidupan yang mementingkan kekayaan wang dan harta benda bagi mencari keseronokan dan kegembiraan.

Page 33: Bab 2 Matlamat Dan Prinsip Dasar Kerajaan

PENUTUP• Sebagai contoh: Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru

(DEB)?• Apakah kaitan prinsip-prinsip falsafah ini dengan

pembentukan dasar kerajaan?